The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Noor Afezah, 2020-06-25 05:59:07

OUMM2103_Keusahawanan

OUMM2103_Keusahawanan

Topik  Penilaian

4 Persekitaran
Usaha Niaga

HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

1. Mengenal pasti dua komponen persekitaran perniagaan;

p 2. Menerangkan empat elemen persekitaran makro dan enam elemen
persekitaran mikro;

3. Menjelaskan tiga elemen persekitaran dalaman organisasi;

4. Menghuraikan peluang perniagaan; dan

5. Menilai suatu peluang perniagaan.

 PENGENALAN

Persekitaran perniagaan biasanya dibincangkan dengan kaitan kepada
pemasaran dan pengurusan ekonomi. Di dalam topik ini, kita akan
membincangkan kepentingan persekitaran dalam menyediakan peluang dan
memberikan ancaman kepada usaha mencipta perniagaan baharu. Terdapat
banyak cara untuk menilai persekitaran perniagaan baharu.

Pertama sekali, kita akan menilai komponen persekitaran di mana suatu
perniagaan itu beroperasi. Kemudian, kita akan membincangkan langkah-
langkah mengenal pasti peluang perniagaan dan bagaimana untuk menilai dan
merebut peluang memulakan perniagaan baharu.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 4 PENILAIAN PERSEKITARAN USAHA NIAGA  37

4.1 KOMPONEN-KOMPENAN PERSEKITARAN
USAHA NIAGA

Usahawan perlu menilai persekitaran bukan sahaja sebelum memulakan
perniagaan tetapi juga semasa membangunkan perniagaan tersebut. Persekitaran
adalah situasi di mana perniagaan itu beroperasi. Persekitaran perniagaan boleh
dibahagikan kepada dua bahagian iaitu:
 Pandangan makro terhadap persekitaran luaran; dan
 Pandangan mikro terhadap persekitaran luaran dan dalaman.
Setiap bahagian ini mempunyai banyak komponen yang perlu dinilai, seperti
yang ditunjukkan di dalam Rajah 4.1.

Rajah 4.1: Komponen persekitaran perniagaan

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

38  TOPIK 4 PENILAIAN PERSEKITARAN USAHA NIAGA

(a) Persekitaran Luaran
Ini terdiri daripada persekitaran makro dan mikro. Persekitaran luaran
boleh mempengaruhi keputusan perniagaan yang akan dibuat untuk
jangka masa panjang dan merupakan unsur yang tidak boleh dikawal.

Persekitaran makro terdiri daripada empat unsur iaitu:
(i) Politik dan undang-undang;
(ii) Ekonomi;
(iii) Sosiobudaya; dan
(iv) Teknologi.

Persekitaran mikro pula, mengikut Kuratko dan Hodgetts (2004), adalah
sebahagian daripada persekitaran luaran perniagaan tetapi boleh
mempengaruhi keputusan dan aktiviti usahawan secara langsung. Ia
dikenali sebagai persekitaran industri atau persekitaran tugas. Persekitaran
mikro mempunyai enam elemen iaitu:
(i) Pelanggan;
(ii) Pesaing;
(iii) Pembekal;
(iv) Institusi kewangan;
(v) Organisasi bukan kerajaan; dan
(vi) Agensi kerajaan.

Persekitaran mikro atau persekitaran industri juga dikenali sebagai
persekitaran persaingan dalam Model Lima Kuasa Porter yang termasuk
ancaman pesaing baharu, produk pengganti dan kuasa tawar-menawar
pembekal dan pembeli. Institusi kewangan boleh diletakkan di bawah
persekitaran umum, manakala organisasi bukan kerajaan dan agensi
kerajaan boleh diletakkan di bawah kategori politik dan undang-undang.

(b) Persekitaran Dalaman
Persekitaran dalaman juga boleh mempengaruhi pembuatan keputusan
usahawan secara langsung. Bagaimanapun, usahawan boleh mengawal
unsur ini. Persekitaran dalaman organisasi terdiri daripada:
(i) Struktur organisasi;
(ii) Budaya; dan
(iii) Sumber.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 4 PENILAIAN PERSEKITARAN USAHA NIAGA  39

AKTIVITI 4.1  
 
Apakah yang anda fikir akan berlaku jika usahawan memulakan
perniagaan tanpa menganalisa persekitaran di mana perniagaan itu
akan beroperasi? Bandingkan dan bincangkan jawapan anda dengan
rakan dan tutor anda.
 

LATIHAN 4.1

Senaraikan semua segmen dan komponen persekitaran perniagaan.

4.2 PERSEKITARAN MAKRO

Sebelum ini, kita telah menyebut bahawa persekitaran makro terdiri daripada
elemen politik dan undang-undang, ekonomi, teknologi dan sosiobudaya. Di
dalam subtopik ini, kita akan menjelaskan unsur-unsur ini dan pengaruh mereka
terhadap usahawan. Rajah 4.2 menunjukkan pemboleh ubah persekitaran.

  

 
Rajah 4.2: Pemboleh ubah persekitaran
Sumber: Diadaptasi daripada Kuratko, D. F., & Hodgetts, R. M. (2004). Entrepreneurship:

A contemporary approach (6th ed.).

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

40  TOPIK 4 PENILAIAN PERSEKITARAN USAHA NIAGA

4.2.1 Politik dan Undang-undang

Politik dan undang-undang dalam persekitaran makro adalah ruang di mana
kumpulan berkepentingan yang berlainan akan bersaing untuk memperolehi
perhatian dan sumber. Ini adalah persekitaran di mana para usahawan
menggunakan kekuatan politik yang mereka ada. Selalunya, usahawan terpaksa
menerima unsur politik dan undang-undang untuk perniagaan baharu mereka.
Mereka perlu patuh dan mengikut polisi, undang-undang dan peraturan di
tempat perniagaan tersebut dijalankan.
 

SEMAK KENDIRI 4.1

Pada pendapat anda, apakah peranan segmen politik dan undang-
undang dalam persekitaran perniagaan?

 
 
Rajah 4.3 menunjukkan segmen politik dan undang-undang dalam persekitaran
makro.
 

 
Rajah 4.3: Segmen politik dan undang-undang dalam persekitaran makro
 
Terdapat banyak perbezaan politik dan undang-undang dari satu negara dengan
negara yang lain. Usahawan perlu menyedari isu global seperti halangan
perdagangan, tarif dan risiko politik serta hubungan dua hala dan pelbagai hala.
Kesemua isu ini adalah berhubung kait antara satu sama lain.

(a) Halangan Perdagangan dan Tarif
Halangan perdagangan dan tarif dikenakan terhadap barangan dan
perkhidmatan yang didagangkan dalam pasaran antarabangsa. Ia
menghalang aliran bebas sumber dari negara lain untuk melindungi

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 4 PENILAIAN PERSEKITARAN USAHA NIAGA  41

industri tempatan. Contohnya, sekatan perdagangan dikenakan terhadap
industri automobil di Malaysia.

(b) Risiko Politik
Ini merujuk kepada kemungkinan berlakunya ketidakstabilan, rasuah dan
keganasan di dalam negara atau di kawasan di mana perniagaan
dijalankan. Di kawasan di mana risiko politik adalah tinggi, adalah sukar
dan mahal bagi usahawan untuk membeli, melindungi dan menggunakan
sumber. Risiko lain termasuk keganasan politik dan fizikal, pemerasan dan
penyelewengan yang melibatkan rasuah atau pembayaran yang tidak
beretika. Ini akan menambah kepada kos perniagaan baharu.

(c) Perjanjian Perdagangan
Perjanjian perdagangan antara negara kian meningkat, contohnya
perjanjian AFTA yang perlu dipertimbangkan oleh usahawan Malaysia
dalam membuat keputusan dalam menjalankan perdagangan di pasaran
antarabangsa. Matlamat AFTA adalah untuk meningkatkan produktiviti
ekonomi dalam pasaran serantau. Usahawan perlu peka terhadap beberapa
isu nasional seperti pencukaian, peraturan dan perbelanjaan kerajaan.
Kesemua isu ini adalah berhubung kait.

(d) Pencukaian
Ini merupakan faktor politik utama yang dihadapi oleh usahawan pada
peringkat nasional. Kesan cukai ke atas operasi perniagaan adalah seperti
berikut:

 Mengurangkan tunai yang sedia ada untuk pelaburan perniagaan; dan

 Sesetengah cukai adalah baik bagi perniagaan tertentu dan tidak baik
bagi perniagaan lain.

(e) Peraturan
Contoh peraturan adalah peraturan mengenai penggunaan dadah. Walau
bagaimanapun, adakalanya peraturan memberikan kesan negatif kepada
perniagaan. Kadangkala pula, peraturan menambahkan kos perniagaan
dari segi pekerjaan tulis-menulis, ujian, pemantauan dan pematuhan.

Oleh sebab itu, usahawan harus menilai persekitaran politik dengan
terperinci untuk mengenal pasti ancaman atau peluang yang ada. Secara
amnya, kestabilan politik sesuatu negara di mana perniagaan dilakukan
memberikan peluang kepada usahawan untuk memulakan atau
mengembangkan perniagaan mereka.

 

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

42  TOPIK 4 PENILAIAN PERSEKITARAN USAHA NIAGA

AKTIVITI 4.2

Apakah peranan AFTA? Bincangkan dalam myVLE.

 

4.2.2 Ekonomi

Persekitaran ekonomi memainkan peranan penting dalam menentukan kejayaan
atau kegagalan sesuatu perniagaan. Persekitaran ekonomi makro meliputi
kesemua produk dan perkhidmatan yang dihasilkan, diedarkan, dijual dan
diguna. Usahawan perlu menganalisa persekitaran ini pada paras global,
nasional dan tempatan di mana perniagaan mereka dijalankan. Setiap
perniagaan saling berhubung kait antara satu sama lain di tiga paras
persekitaran ekonomi makro ini. Walau bagaimanapun, usahawan harus tahu
paras mana yang mempunyai kesan terbesar kepada perniagaan mereka. Mereka
harus meninjau, memantau, meramalkan dan mentaksirkan keadaan makro
ekonomi yang memberi kesan kepada perniagaan baharu mereka. Usahawan
harus berupaya melihat perubahan yang berlaku dalam ekonomi dan berupaya
menentukan pemboleh ubah yang berkaitan untuk dianalisa.

Rajah 4.4 menyenaraikan beberapa soalan penting untuk dijawab oleh usahawan
berkenaan persekitaran ekonomi perniagaan baharu untuk memberikan
gambaran keseluruhan iklim perniagaan:

 

 

Rajah 4.4: Soalan untuk dipertimbangkan bagi perniagaan baharu

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 4 PENILAIAN PERSEKITARAN USAHA NIAGA  43

4.2.3 Sosiobudaya

Persekitaran sosiobudaya terdiri daripada dua aspek yang berkait rapat iaitu:
 Demografik; dan
 Aliran budaya dalam masyarakat.

Peluang perniagaan wujud dalam budaya popular masyarakat, contohnya
peluang perniagaan untuk barangan pengguna dan barang tahan lama,
peruncitan dan perkhidmatan, waktu lapang, hiburan, perumahan dan
pembinaan.

(a) Perubahan demografik
Ini berlaku akibat perubahan penduduk, kumpulan etnik dan struktur
penduduk menurut umur, jantina, lokasi geografi dan pengagihan
pendapatan penduduk. Kesemua unsur ini menyumbang kepada
permintaan pengguna, kuasa membeli dan kapasiti industri. Usahawan
perlu menyelidik dengan teliti unsur-unsur ini yang menyumbang kepada
penciptaan pasaran. Walau bagaimanapun, perubahan aliran demografik
adalah di luar kawalan usahawan. Contohnya, bilangan kanak-kanak yang
bertambah dalam suatu masyarakat boleh mewujudkan peluang untuk
aktiviti perniagaan yang tertumpu kepada pendidikan, makanan dan
pakaian kanak-kanak.

(b) Aliran sosial
Ini berkaitan dengan cara hidup, di mana ia menggambarkan cita rasa dan
kecenderungan manusia. Usahawan perlu menilai dan memantau
pertukaran cara hidup untuk mengenal pasti peluang perniagaan.
Pemboleh ubah yang memerlukan perhatian adalah pembentukan rumah
tangga, ragam pekerjaan, kadar penglibatan tenaga buruh, tahap
pendidikan, corak perbelanjaan dan corak waktu lapang. Usahawan boleh
menggunakan maklumat yang didapati dari sumber umum dan
persendirian untuk menilai dan memantau perubahan ini. Mereka juga
perlu meramal dan menilai erti perubahan untuk perniagaan mereka
dengan menjaga kepentingan diri sendiri. Dengan ini, mereka boleh
meramalkan gelagat orang ramai.

 

SEMAK KENDIRI 4.2

Mengapakah persekitaran sosioekonomi penting untuk usahawan?  
 

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

44  TOPIK 4 PENILAIAN PERSEKITARAN USAHA NIAGA

4.2.4 Teknologi

Cabang pengetahuan yang berkenaan dengan seni industri, sains gunaan,
kejuruteraan, proses, penciptaan atau kaedah boleh ditakrifkan sebagai teknologi.
Analisis teknologi memerlukan penelitian dan pemantauan dari masa kajian asas
dilakukan kepada masa suatu produk itu dibangunkan dan kemudiannya
dikomersialkan. Perubahan teknologi berlaku dalam dua bentuk iaitu:

(a) Penciptaan Tulen
Penciptaan tulen merujuk kepada penciptaan benda baharu yang berbeza
daripada teknologi atau produk yang sedia ada. Oleh itu, penciptaan biasanya
mempunyai nilai ekonomi dan tidak mempunyai saingan pada peringkat awal
dan selalunya dimonopoli oleh individu yang mempunyai hak undang-
undang terhadap penciptaan tersebut. Namun demikian, penciptaan
mempunyai kelemahan kerana tidak ada pasaran untuk ciptaan tersebut pada
peringkat awal. Walaupun begitu, ciptaan baharu boleh membuka pasaran
dan peluang perniagaan yang baharu. Contohnya, penciptaan semikonduktor
membuka peluang perniagaan dalam bidang komputer.

(b) Proses Inovasi
Proses inovasi merujuk kepada perubahan kecil dalam reka bentuk,
pembentukan dan pengeluaran produk, bahan dan pengedaran. Ini akan
dibincangkan dengan lebih terperinci di dalam seksyen tentang mengenal
pasti peluang. Meneliti dan memantau perubahan teknologi bukan mudah
kerana bukan senang untuk memperoleh maklumat. Malah, saintis yang
terlibat dalam kajian awal tidak mengetahui bila tahap pengkomersialan
dicapai. Walau bagaimanapun, ia merupakan satu kelebihan dan peluang
untuk usahawan sekiranya ia mengetahui maklumat tersebut.

4.3 PERSEKITARAN MIKRO

Persekitaran mikro perniagaan baharu juga merujuk kepada persekitaran
industri. Persekitaran ini mempengaruhi aktiviti keusahawanan dan sukar untuk
usahawan mempengaruhi elemen ini dalam industri. Mereka perlu merancang
dan melaksanakan strategi tertentu untuk mendapat kelebihan bersaing dalam
sesuatu industri. Pengaruh utama dalam industri adalah:

 Pelanggan;

 Pesaing;

 Pembekal;

 Institusi kewangan;

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 4 PENILAIAN PERSEKITARAN USAHA NIAGA  45

 Agensi kerajaan; dan
 Organisasi bukan kerajaan.
(a) Pelanggan

Pengguna merupakan kumpulan sasaran utama dalam perniagaan. Mereka
mengunakan barangan dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh industri.
Pengguna boleh merupakan individu dalam masyarakat seperti suri
rumah, pekerja, pelajar atau kumpulan orang. Pengguna adalah „raja‰
dalam sistem pasaran. Sesetengah produk digunakan oleh pengguna
industri seperti pengedar, ejen, pemborong dan peruncit. Kumpulan seperti
ini mempengaruhi keputusan usahawan.
(b) Pesaing
Usahawan dalam perniagaan baharu mesti menganalisa pesaing mereka
dalam industri yang diceburi. Pesaing adalah perniagaan yang memenuhi
kehendak pengguna yang sama atau berpeluang untuk berkhidmat kepada
pengguna tersebut. Mereka boleh dikenal pasti dengan menanyakan
pengguna perniagaan yang sedia ada atau bakal pengguna perniagaan
baharu di mana mereka membeli produk atau perkhidmatan tertentu.
Usahawan juga boleh mengenal pasti persaingan mereka melalui direktori
perniagaan.
Grid analisis persaingan berdasarkan sumber boleh digunakan untuk
menganalisa dan menentukan tahap pesaing-pesaing dalam industri.
Usahawan juga boleh mengenal pasti kekuatan dan kelemahan para
pesaing mereka dengan alat ini dan menggunakannya untuk membantu
mereka dalam memulakan perniagaan baharu. Jadual 4.1 menunjukkan
analisis persaingan berdasarkan sumber.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

46  TOPIK 4 PENILAIAN PERSEKITARAN USAHA NIAGA

Jadual 4.1: Analisis Persaingan Berdasarkan Sumber

Arahan: Dari skala 1 hingga 7, berikan penilaian sumber pesaing. Nilai 1 bererti syarikat
tersebut tidak mempunyai kelebihan langsung dari segi sumber; nilai 4 bererti syarikat
itu mempunyai kemampuan sumber yang sama dengan peserta lain dalam industri; dan
nilai 7 bererti syarikat itu mempunyai kelebihan mutlak dari segi sumber.

Jenis sumber dan sifat Syarikat sendiri 1 2 3 4 5 6 7

Sumber kewangan

Jarang didapati
Bernilai
Sulit untuk ditiru
Tidak boleh digantikan

Sumber fizikal

Jarang didapati
Bernilai
Sulit untuk ditiru
Tidak boleh digantikan

Sumber manusia

Jarang didapati
Bernilai
Sulit untuk ditiru
Tidak boleh digantikan

Sumber teknikal

Jarang didapati
Bernilai
Sulit untuk ditiru
Tidak boleh digantikan

Sumber reputasi

Jarang didapati
Bernilai
Sulit untuk ditiru
Tidak boleh digantikan

Sumber organisasi

Jarang didapati
Bernilai
Sulit untuk ditiru
Tidak boleh digantikan

 
Markah Keseluruhan________________________
Purata besar _______________________________
+/– Daripada Purata_________________________

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 4 PENILAIAN PERSEKITARAN USAHA NIAGA  47

(c) Pembekal
Pembekal adalah kumpulan kedua yang mempengaruhi aktiviti
keusahawanan. Mereka boleh menaikkan harga barangan atau
perkhidmatan yang mereka jual. Mereka juga boleh mengurangkan kualiti
produk dan perkhidmatan yang berada di pasaran.

(d) Institusi Kewangan
Insitusi kewangan merupakan punca luaran untuk membiayai perniagaan
baharu atau mengembangkan perniagaan yang sedia ada. Pinjaman daripada
institusi kewangan bukan sahaja sukar diperolehi untuk perniagaan baharu
kerana tidak mempunyai rekod prestasi tetapi juga kerana pembayaran faedah
yang membebankan perniagaan baharu. Oleh itu, institusi kewangan
mempunyai pengaruh secara langsung terhadap usahawan.

(e) Agensi Kerajaan
Kerajaan mempengaruhi aktiviti keusahawanan melalui pelaksanaan polisi.
Contohnya, Dasar Ekonomi Baru, Polisi Penswastaan dan Dasar Pertanian
yang telah dilaksanakan di negara kita. Sesetengah polisi memberi kesan
secara langsung kepada aktiviti keusahawanan. Polisi dan peraturan
kerajaan mempunyai objektif dan tujuan tertentu. Kerajaan juga
menyediakan sokongan untuk usahawan. Ini telah dibincangkan di dalam
topik-topik yang terdahulu.

(f) Organisasi Bukan Kerajaan
Persatuan pengguna, organisasi politik, kumpulan agama, persatuan
perniagaan, kumpulan pencinta alam sekitar dan sebagainya adalah antara
kumpulan berkepentingan yang mempengaruhi usahawan. Kumpulan ini
mempengaruhi usahawan melalui kempen terhadap produk atau
perkhidmatan tertentu dan penyebaran maklumat mengenai sesuatu produk.
Tindakan sebegini boleh mempengaruhi pengguna dan memberikan tekanan
kepada kerajaan untuk mengambil tindakan dalam isu tertentu.

 

LATIHAN 4.2

Kenapakah usahawan perlu menganalisa setiap komponen
persekitaran makro dan mikro?

 
 
 

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

48  TOPIK 4 PENILAIAN PERSEKITARAN USAHA NIAGA

4.4 PERSEKITARAN DALAMAN ORGANISASI

Persekitaran dalaman sebuah organisasi terdiri daripada:
 Sumber;
 Struktur; dan
 Budaya.

Kesemua unsur ini mempengaruhi keputusan dan aktiviti usahawan. Usahawan
perlu menilai kekuatan dan kelemahan perniagaan mereka sebelum membuat
sebarang keputusan atau membentuk sebarang strategi.

(a) Sumber
Antara sumber dalaman sebuah organisasi adalah usahawan itu sendiri,
kewangan, sumber manusia, harta yang nyata dan harta tidak nyata,
teknologi dan reputasi. Ciri-ciri peribadi, kemahiran, tenaga, idea,
pengetahuan dan pengalaman keusahawanan adalah sebahagian daripada
sumber usahawan. Kesemua sumber ini akan diproses bersama dalam
perniagaan untuk menghasilkan barangan dan perkhidmatan.

(b) Struktur
Struktur organisasi mestilah sesuai dengan perniagaan baharu yang
berkenaan untuk membolehkan penyesuaian dengan perubahan persekitaran.

(c) Budaya
Budaya dan nilai positif harus disemai dalam organisasi perniagaan untuk
kebaikan kesemua sumber manusia.  

4.5 MENGENAL PASTI PELUANG PERNIAGAAN

Peluang boleh wujud di atas kertas atau sebagai idea. Peluang boleh menukar
situasi yang buruk atau merugikan kepada situasi yang baik atau
menguntungkan. Menurut Myzuka (2000), peluang boleh ditakrifkan sebagai
suatu konsep perniagaan yang jika ditukar menjadi produk atau perkhidmatan
nyata yang ditawarkan oleh suatu perniagaan, boleh menghasilkan keuntungan
kewangan. Peluang selalunya dikaitkan dengan pengalaman, hobi dan
persekitaran sosial usahawan.

Peluang juga ditakrifkan sebagai aliran luaran yang positif atau perubahan yang
menyediakan kemungkinan yang unik dan jelas untuk melakukan inovasi dan
mencipta nilai. Peluang juga boleh didefinisikan sebagai keupayaan untuk

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 4 PENILAIAN PERSEKITARAN USAHA NIAGA  49

mencipta sesuatu yang baharu yang melibatkan perubahan dalam pengetahuan,
teknologi, ekonomi, politik serta keadaan sosial dan demografik.

Kebanyakan peluang baik dalam perniagaan tidak muncul secara tiba-tiba tetapi
adalah berpunca daripada sikap usahawan yang bersiap-sedia dalam mengenal
pasti peluang. Kebanyakan usahawan tidak mempunyai cara formal untuk
mengenal pasti peluang perniagaan. Sebaliknya, pengguna, rakan perniagaan,
rakan dalam sistem pengedaran dan pakar teknikal adalah sumber terbaik untuk
mendapatkan idea perniagaan yang baharu.
 

SEMAK KENDIRI 4.3

Pada pendapat anda, apakah itu peluang perniagaan?

 

4.5.1 Mengenali Peluang: Fasa Perspektif Proses
Tentang Keusahawanan

Mengenali peluang adalah salah satu fasa utama dalam perspektif proses tentang
keusahawanan. Proses keusahawanan bermula apabila seorang atau lebih
daripada seorang mengenal pasti suatu peluang. Peluang ini dihasilkan oleh
faktor ekonomi, teknologi dan sosial. Penumpuan faktor ini memberikan
peluang untuk perniagaan baharu yang menarik (rujuk Rajah 4.5).

 

Rajah 4.5: Peluang muncul dari penumpuan faktor
Sumber: Baron & Shane (2004).

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

50  TOPIK 4 PENILAIAN PERSEKITARAN USAHA NIAGA

Menurut Mukesh Chatter dalam Baron & Shane (2004), perubahan ekonomi,
teknologi dan keadaan sosial menjana peluang tetapi apa pun tidak akan berlaku
dengan peluang itu sehingga ada orang yang bermotivasi tinggi dan bertenaga
yang mengenal pasti peluang tersebut.

 
Usahawan patut boleh mengenali, mengejar dan merebut peluang perniagaan.
Usahawan yang berjaya adalah mereka yang berjaya merebut peluang.
Sesetengah usahawan mendapat peluang melalui penerokaan dan sesetengah
pula mendapat peluang kerana bernasib baik. Usahawan yang mengejar peluang
harus mempunyai nilai tambahan untuk menarik pelanggan, pengedar dan
peruncit. Peter Drucker, seorang penulis dalam bidang pengurusan yang
terkenal, telah mengenal pasti tujuh sumber peluang yang kemungkinan berlaku
dalam konteks luaran seperti yang ditunjukkan di dalam Jadual 4.2.

Jadual 4.2: Sumber Peluang

Sumber Peluang Situasi

Situasi yang Peluang boleh diperolehi apabila situasi dan kejadian yang
tidak diduga tidak dijangka berlaku seperti berita kejayaan/baik atau berita
kegagalan/buruk yang boleh menjadi peluang untuk dikejar
oleh usahawan.

Situasi yang Apabila ada situasi yang tidak konsisten, contohnya apabila
janggal cara pemikiran konvensional tidak lagi diguna pakai dalam
sesuatu perkara, akan wujud peluang untuk direbut. Dalam
situasi begini, usahawan yang berupaya berfikir di luar kotak
mungkin memperolehi peluang tersebut.

Keperluan Peluang keusahawanan boleh diperolehi daripada proses
proses penemuan. Contohnya daripada proses kajian dan
pembangunan yang dilakukan oleh para penyelidik dan pakar
Struktur teknikal yang menghasilkan produk dan perkhidmatan
industri dan tertentu. Malah sebelum sesuatu penemuan dibuat, akan
pasaran wujud pelbagai peluang yang boleh diambil oleh usahawan
semasa proses tersebut berlaku.
Demografik
Perubahan dari segi teknologi, nilai sosial dan cita rasa
pengguna boleh menukar struktur industri dan pasaran.
Situasi seperti ini memberikan usahawan peluang untuk
melakukan inovasi terhadap produk dan perkhidmatan
mereka.

Pertukaran demografik akan mempengaruhi pasaran sasaran
dan segmen pasaran. Ini boleh menjadi peluang kepada
usahawan untuk menjangka dan memenuhi kehendak
penduduk.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 4 PENILAIAN PERSEKITARAN USAHA NIAGA  51

Perubahan Persepsi adalah pandangan individu terhadap realiti. Ia
dalam persepsi melibatkan nilai-nilai dan kepercayaan mereka serta apa yang
mereka titikberatkan. Hal ini termasuk dalam bidang
Pengetahuan psikografik. Apabila nilai dan kepercayaan individu
baharu mengalami perubahan, ia boleh mewujudkan peluang pasaran
untuk usahawan yang telah membuat persediaan sewajarnya.

Pengetahuan baharu adalah sumber peluang untuk
usahawan. Contoh pengetahuan baharu adalah teknologi dan
penemuan baharu yang boleh menjadi sumber maklumat bagi
inovasi keusahawanan. Usahawan boleh menggunakan
pengetahuan baharu untuk menghasilkan produk dan proses
baharu yang boleh bersaing dengan produk lain.

4.5.2 E-dagang Sebagai Peluang Baharu

Evolusi perdagangan elektronik telah mencipta banyak peluang dan perniagaan
baharu. Namun, membina dan memasarkan perniagaan melalui e-dagang boleh
memakan kos yang tinggi. E-dagang memberi usahawan peluang untuk
mengubah idea kepada pasaran baharu yang menarik. Usahawan boleh
menggunakan katalog di laman sesawang untuk mempromosi dan menjual
produk mereka di atas talian. Teknologi yang menggunakan e-dagang
menawarkan maklumat yang membantu pengguna membuat keputusan.

Makluat e-dagang boleh dicapai 24 jam sehari, dengan data yang dikemaskini
setiap setengah jam (bergantung kepada syarikat terbabit). Ini membolehkan
syarikat tersebut menyediakan aktiviti berasaskan laman sesawang untuk
pengguna dari permulaan sehingga penamatan aktiviti pengguna. Ia juga boleh
menawarkan perkhidmatan mengikut keperluan individu dan membolehkan
pengguna berhubung dengan syarikat itu. Paling penting, e-dagang boleh
mengurangkan kos transaksi.
 

AKTIVITI 4.3

Apakah kelebihan dan kekurangan e-dagang kepada usahawan
dalam mencipta peluang baharu?

 
 
 

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

52  TOPIK 4 PENILAIAN PERSEKITARAN USAHA NIAGA

4.6 PENILAIAN PELUANG PERNIAGAAN

Sama ada peluang dikenal pasti menerusi pandangan pengguna, rakan perniagaan,
ahli saluran atau pakar teknikal, setiap peluang mesti ditapis dan dinilai dengan
teliti. Penilaian merupakan unsur yang paling kritikal dalam proses keusahawanan.

Jadual 4.3 menunjukkan proses penilaian yang melihat penciptaan dan jangka
masa peluang, nilai sebenar dan nilai tanggapan peluang, risiko dan ganjaran
peluang serta kesesuaiannya dengan matlamat peribadi usahawan dan
kelebihannya yang berbeza dalam persekitaran persaingannya.  

 
Peluang mesti sesuai dengan kemahiran dan matlamat usahawan. Pelan taksiran
peluang patut pendek, berfokus kepada peluang tersebut dan bukan kepada
keseluruhan perniagaan. Ia mesti menyediakan asas untuk membuat keputusan
sama ada untuk bertindak terhadap sesuatu peluang atau tidak. Pelan perniagaan
yang baik mesti dibangunkan untuk merebut peluang yang ada. Sumber untuk
peluang tersebut mesti juga ditentukan. Akhirnya, usahawan mesti menggunakan
sumber tersebut menerusi pelaksanaan pelan perniagaan tersebut.

Jadual 4.3 menunjukkan aspek-aspek proses keusahawanan.
Jadual 4.3: Aspek-aspek Proses Keusahawanan

Mengenal pasti dan Membina Pelan Sumber yang Mengurus
Menilai Peluang Perniagaan Diperlukan Syarikat

 Penciptaan dan  Muka surat tajuk  Sumber sedia  Cara
jangka masa ada usahawan pengurusan
peluang  Jadual kandungan
 Jurang antara  Pemboleh
 Nilai sebenar dan  Ringkasan eksekutif sumber dan ubah utama
nilai tanggapan 1. Penerangan bekalan yang untuk
peluang perniagaan ada kejayaan
2. Penerangan
 Risiko dan industri  Akses kepada  Mengenal
ganjaran peluang 3. Pelan pemasaran sumber yang pasti
4. Pelan kewangan diperlukan masalah
 Peluang lawan 5. Pelan pengeluaran sedia ada
kemahiran dan 6. Pelan organisasi dan yang
matlamat 7. Pelan operasi mungkin
8. Ringkasan timbul
 Situasi
persaingan  Apendiks (Pameran)  Pelaksanaan
sistem
kawalan

Sumber: Histrich & Peters (2000)

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 4 PENILAIAN PERSEKITARAN USAHA NIAGA  53

SEMAK KENDIRI 4.4  

Pada pendapat anda, bagaimanakah seorang usahawan menilai
suatu peluang perniagaan?
 

LATIHAN 4.3

Bincangkan tujuh sumber peluang yang berpotensi dalam konteks
luaran.

 

4.6.1 Magnitud Peluang

Betapa besarnya peluang itu bergantung pada faktor-faktor berikut:

 Nilai yang ingin dicipta oleh usahawan;

 Saiz peluang yang akan menarik minat pelabur;

 Faktor ekonomi yang memerlukan penggunaan aset dengan cekap; dan

 Keperluan perniagaan untuk menarik ahli pasukan yang penting untuk
menjayakan perniagaan.

Namun demikian, usahawan berorientasikan pertumbuhan tidak hanya
mempertimbangkan magnitud peluang yang ada tetapi juga kadar pertumbuhan
yang diharapkan. Kadar pertumbuhan yang terlalu pantas untuk jangka masa
yang lama akan memberikan kesan negatif kerana ia memerlukan peruntukan
kewangan yang banyak dan berterusan. Kadar pertumbuhan yang terlalu rendah
pula akan menyebabkan usahawan gagal mencipta nilai yang diinginkan dan
menarik minat pemegang taruh.

Peluang yang baik datang dalam tiga keadaan:

 Peluang asal mesti membawa kepada peluang lain;

 Peluang yang baik boleh memaksa organisasi untuk mengembangkan;
kemahiran yang boleh digunakan untuk mencari banyak idea baharu; dan

 Pelaksanaan peluang mesti dilakukan secara berkumpulan atau perkongsian.

Usahawan juga harus menimbangkan persekitaran persaingan, contohnya
syarikat-syarikat baharu yang telah bertahan dalam arena industri yang luas dan
sedang cuba bersaing dan membuat duit.
 

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

54  TOPIK 4 PENILAIAN PERSEKITARAN USAHA NIAGA

4.6.2 Sumber Peluang: Asal Perniagaan Baharu

Seperti yang telah diterangkan sebelum ini, peluang adalah keadaan di mana
perubahan dalam teknologi, (terutamanya) ekonomi, politik, sosial atau
demografik menjana sesuatu yang baharu. Jadual 4.4 menunjukkan contoh lima
jenis peluang yang berbeza untuk perubahan teknologi.  
 

Jadual 4.4: Contoh Jenis Peluang Keusahawanan Berbeza yang Lahir
daripada Perubahan Teknologi

Bil. Jenis Peluang Perubahan Contoh Idea Alasan
Teknologi Perniagaan Sebagai
1. Produk atau Enjin Enjin pembakaran
perkhidmatan pembakaran Jawapan Kepada dalam digunakan
baharu dalam Peluang Tersebut untuk menggerakkan
Internet Kereta kereta.
2. Cara baru
mengurus Peti ais Jualan buku atas Internet membenarkan
talian orang menjual produk
3. Pasaran Komputer tanpa kedai runcit.
baharu Kapal muatan
Minyak dingin Kapal muatan dingin
4. Kaedah membenarkan
pengeluaran Reka bentuk penternak di satu
baharu berbantukan negara menjual daging
komputer ternakan mereka di
5. Bahan mentah negara lain.
baharu Menghasilkan
gasolin Komputer
membolehkan pereka
membuat produk tanpa
membina contoh dasar
fizikal.

Minyak ditapis menjadi
gasolin untuk
digunakan bagi
menggerakkan
kenderaan.

Sumber: Baron & Shane (2004)

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 4 PENILAIAN PERSEKITARAN USAHA NIAGA  55

4.6.3 Peluang dan Syarikat Baharu

Syarikat yang telah lama bertapak akan melakukan kerja yang lebih baik dalam
menggunakan peluang berbanding dengan syarikat baharu. Apabila syarikat telah
berniaga buat seketika, mereka mula mempunyai beberapa kelebihan berbanding
dengan syarikat baharu, seperti yang ditunjukkan di dalam Jadual 4.5.  
 

Jadual 4.5: Kelebihan Syarikat yang Sudah Mantap Berbanding dengan Syarikat Baharu

Bil Kelebihan Alasan

1. Keluk Organisasi baharu belum habis belajar dan masih belum
Pembelajaran bijak dalam menghasilkan dan memasarkan produk.
Namun, apabila sesebuah syarikat itu menghasilkan sesuatu
dengan banyak, ia akan bertambah baik dalam usaha
tersebut.

2. Reputasi Kajian menunjukkan bahawa orang lebih suka membeli
produk daripada pengedar yang mereka kenali dan
percayai.

3. Aliran Tunai Sekiranya suatu perniagaan itu berjaya, ia akan mempunyai
aliran tunai positif yang boleh digunakan untuk
membangunkan produk dan perkhidmatan baharu. Ia juga
boleh menggunakan wang tersebut untuk melabur dalam
penghasilan produk dan perkhidmatan baharu yang
memenuhi permintaan pengguna.

4. Skala Ekonomi Skala ekonomi memberi manfaat kepada syarikat yang telah
mantap berbanding dengan syarikat baharu kerana ia
telahpun mula menghasilkan produk dan perkhidmatan.
Syarikat yang telah mantap menghadapi kos yang lebih
rendah berbanding syarikat baharu kerana ia telah
menghasilkan lebih banyak produk atau perkhidmatan.

5. Aset Aset sampingan digunakan oleh usahawan untuk
Sampingan menghasilkan atau mengedarkan produk baharu. Syarikat
baharu selalu menghadapi masalah untuk bersaing dengan
syarikat yang mantap kerana kekurangan aset sampingan.

 
Jadual 4.6 meringkaskan jenis peluang untuk perniagaan yang sudah mantap
dan perniagaan baharu.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

56  TOPIK 4 PENILAIAN PERSEKITARAN USAHA NIAGA

Jadual 4.6: Jenis Peluang Untuk Perniagaan yang Sudah Mantap dan Perniagaan Baharu

Perniagaan Mantap Perniagaan Baharu

 Sangat bergantung pada reputasi.  Menggunakan inovasi yang
memusnahkan kecekapan.
 Mempunyai keluk pembelajaran
yang kuat.  Tidak memenuhi keperluan
pelanggan utama syarikat yang
 Menggunakan modal yang sedia ada.
banyak.

 Memerlukan ekonomi ikut skala.  Berdasarkan inovasi diskret.

 Memerlukan aset sampingan  Sangat bergantung pada modal
insan.
dalam pemasaran dan

pengedaran.

 Bergantung pada peningkatan
penambahbaikan produk.

Sumber: Baron & Shane (2004)

SEMAK KENDIRI 4.7

Jelaskan kelebihan syarikat yang sudah mantap berbanding dengan
syarikat yang baharu dalam mencipta peluang.

 

 Komponen persekitaran perniagaan boleh dibahagikan kepada:
(i) Persekitaran luaran; dan
(ii) Persekitaran dalaman.

 Persekitaran makro melibatkan unsur-unsur berikut:
(i) Politik dan undang-undang;
(ii) Ekonomi;
(iii) Sosiobudaya; dan
(iv) Teknologi.

 Persekitaran mikro sangat dipengaruhi oleh:
(i) Pelanggan;
(ii) Pesaing;

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 4 PENILAIAN PERSEKITARAN USAHA NIAGA  57

(iii) Pembekal;
(iv) Institusi kewangan;
(v) Agensi kerajaan; dan
(vi) Organisasi bukan kerajaan.
 Persekitaran dalaman organisasi terdiri daripada:
(i) Sumber;
(ii) Struktur; dan
(iii) Budaya.
 Peluang boleh ditakrifkan sebagai suatu konsep perniagaan yang jika ditukar
menjadi produk atau perkhidmatan nyata yang ditawarkan oleh suatu
perniagaan, boleh menghasilkan keuntungan kewangan.
 Peluang perniagaan patut dipertimbangkan dan dinilai dengan berhati-hati
sebelum sebarang tindakan diambil. Ini akan menentukan sama ada ia akan
berjaya atau gagal.

Analisis persaingan Persekitaran industri
Berdasarkan sumber Persekitaran luaran
Halangan perdagangan dan tarif Persekitaran perniagaan
Peluang perniagaan Sosiobudaya
Persekitaran dalaman

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

Topik  Pelan

5 Perniagaan

HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

1. Menerangkan apa itu pelan perniagaan;

p 2. Menghuraikan tujuh sebab pelan perniagaan adalah penting;
Mengenal pasti pihak yang memerlukan pelan perniagaan;
3.

4. Menjelaskan lapan unsur penting sebuah pelan perniagaan yang baik;

5. Membincangkan enam panduan menyediakan pelan perniagaan; dan

6. Menerangkan lima faktor yang menyumbang kepada kegagalan pelan
perniagaan.

 PENGENALAN

Persekitaran perniagaan masa kini adalah dinamik, rumit dan sentiasa berubah
mengikut keadaan. Untuk memperoleh dan mengekalkan kelebihan dalam
persaingan serta mencapai matlamat dan kecekapan, seorang usahawan mesti
mempunyai pelan perniagaan yang baik. Perancangan perniagaan merupakan
salah satu alat pengurusan yang digunakan untuk mencapai objektif perniagaan.

Oleh kerana itu, sesebuah syarikat mesti menyediakan pelan perniagaan yang
dapat menarik minat pelabur. Para pelabur lebih bersedia untuk melabur dalam
sesuatu perniagaan apabila mereka percaya pelan perniagaannya adalah realistik
dan akan membawa keuntungan berdasarkan ramalan mereka tentang
kebolehupayaan perniagaan tersebut. Apabila pelan perniagaan disediakan
berdasarkan maklumat yang betul, para pelabur akan yakin terhadap pasaran
serta produk atau perkhidmatan syarikat berkenaan. Ketelitian sebuah pelan
perniagaan menunjukkan kebolehan, pengalaman dan latar belakang pihak
pengurusan dalam menjalankan perniagaan tersebut.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 5 PELAN PERNIAGAAN  59

5.1 APA ITU PELAN PERNIAGAAN?

Pelan perniagaan adalah dokumen bertulis yang menerangkan secara terperinci
keseluruhan perniagaan yang akan dilaksanakan oleh seorang usahawan.
Walaupun seorang usahawan itu telah menjalankan sebuah perniagaan
bertahun-tahun lamanya, pelan perniagaan akan membolehkannya menilai
semula perniagaan yang sedang dijalankan dan menimbangkan peluang
perniagaan baharu. Oleh itu, pelan perniagaan merupakan pelan masa hadapan
syarikat yang dipersembahkan dalam format standard perniagaan yang logik
dan realistik. Pelan perniagaan itu mesti menjelaskan idea dan matlamat
perniagaan itu dengan jelas. Untuk mencapai perkara ini, pelan itu mesti
mempunyai tiga perkara yang dinyatakan di dalam Rajah 5.1.

Rajah 5.1: Tiga perkara utama yang patut dimasukkan ke dalam pelan perniagaan

Menurut Utton (2001), pelan perniagaan ialah sebuah program yang lengkap
atau peta yang melakarkan setiap aspek perniagaan yang dicadangkan oleh
seseorang usahawan. Ia menyeluruh, menjelaskan apa yang usahawan tersebut
ingin lakukan, bagaimana dia merancang untuk melakukannya, bila dia
merancang untuk melakukannya, di mana dia hendak melakukannya dan
mengapa dia percaya bahawa ideanya bernas dan boleh membawa keuntungan.
Kesimpulannya, pelan perniagaan merupakan panduan yang berstruktur untuk
mencapai matlamat usahawan dalam menjalankan sebuah perniagaan.

Di samping itu, pelan perniagaan merupakan kaedah yang sangat sesuai untuk
menyemak fakta dan menguji secara menyeluruh sama ada sebuah idea itu
adalah praktikal sebelum melaksanakannya. Ini memberi usahawan tersebut
peluang untuk berharap dan bertindak secara realistik dalam menjalankan
sebuah perniagaan. Pelan perniagan juga membantu usahawan mengenal pasti
kekuatan dan kelemahan, peluang dan ancaman, serta perkara-perkara terperinci
yang lain yang perlu diketahui sebelum menjalankan sesebuah perniagaan.
Semua perkara ini akan menentukan tahap kejayaan usahawan itu dalam
mencapai matlamat perniagaannya.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

60  TOPIK 5 PELAN PERNIAGAAN

Pada amnya, ada beberapa sebab seorang usahawan perlu menyediakan sebuah
pelan perniagaan yang boleh dilaksanakan, iaitu:
(a) Ia memaksa usahawan tersebut mengatur pemikirannya secara logik dan

berstruktur;
(b) Ia membantu usahawan tersebut membina kerangka perniagaan dengan

mentakrifkan aktiviti, tanggungjawab dan matlamat perniagaan itu;
(c) Ia menggalakkan usahawan tersebut membayangkan realiti perniagaan itu

dan menjangka masalah yang mungkin akan dihadapi;
(d) Ia membantu usahawan tersebut membina strategi untuk mencapai

matlamat perniagaan;
(e) Ia berfungsi sebagai pelan tindakan kerja atau panduan dalam menjalankan

perniagaan itu; dan
(f) Ia membolehkan usahawan tersebut mengenal pasti kekangan yang

mungkin dihadapi dalam menjalankan perniagaan itu.

5.2 KEPENTINGAN PELAN PERNIAGAAN

Pelan perniagaan adalah penting kepada usahawan untuk pelbagai sebab, seperti
yang ditunjukkan di dalam Rajah 5.2.

Rajah 5.2: Kepentingan pelan perniagaan

(a) Menambahkan Peluang untuk Berjaya
Perancangan perniagaan yang menyeluruh akan mengenal pasti tahap
pelaksanaan yang patut dicapai dalam sebuah perniagaan. Sebuah pelan
perniagaan akan menentukan apa perubahan yang perlu dilakukan untuk
menentukan kejayaannya. Perubahan yang perlu dipertimbangkan adalah

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 5 PELAN PERNIAGAAN  61

yang berkaitan dengan struktur organisasi, pengenalan teknologi baharu,
teknik pengeluaran baharu serta program baharu untuk pekerja menambah
komitmen dan produktiviti mereka. Usahawan perlu mempertingkatkan ilmu
dan kemahiran diri untuk menambahkan peluang mereka untuk berjaya.

(b) Mengembangkan Misi dan Visi
Sebuah pelan perniagaan boleh memberikan misi dan visi yang jelas untuk
sebuah perniagaan. Ia membolehkan usahawan membuat keputusan yang
betul dan mengambil tindakan yang sesuai di masa hadapan. Misi dan visi
membolehkan usahawan mengetahui hala tuju mereka. Usahawan harus
memberitahu misi dan visi perniagaan mereka kepada pemegang taruh
untuk memperolehi keyakinan mereka.

(c) Mengenal pasti Pesaing Utama
Perancangan perniagaan membolehkan usahawan menentukan siapa
adalah pesaing utama mereka, kekuatan dan kelemahan mereka serta
strategi yang betul untuk menghadapi mereka. Semua ini boleh dilakukan
dengan analisa persaingan untuk mengenal pasti produk, perkhidmatan
dan segmen pasaran pesaing. Usahawan boleh mengenal pasti semua
pesaing utama untuk setiap produk atau perkhidmatan dan cuba
menganggarkan berapa lama sebelum pesaing baharu akan memasuki
sebuah pasaran.

(d) Mengenal pasti Cara Betul Mengurus Perniagaan
Sebuah pelan perniagaan membolehkan usahawan dan pekerja mereka
untuk membina strategi yang berkesan untuk menjalankan sebuah
perniagaan. Mereka boleh mentakrifkan siapa, bila dan bagaimana
menggunakan ilmu, kemahiran dan kebolehan dalam menjalankan
perniagaan tersebut. Usahawan juga harus memastikan produk dan
perkhidmatan mereka menepati cita rasa pelanggan, polisi kerajaan dan
perubahan lain dalam suasana perniagaan.

(e) Menambahkan Keyakinan Pemegang Taruh
Setiap pemegang taruh yang mempunyai kepentingan dalam sebuah
perniagaan akan ingin mengetahui kekuatan perniagaan tersebut seperti
kewangan, sumber dan kebolehupayaan perniagaan itu. Maklumat ini
mustahak untuk pemegang taruh menentukan pulangan pelaburannya.
Contohnya, sebelum sebuah institusi kewangan bersetuju memberikan
pinjaman yang diperlukan oleh seorang usahawan untuk mengembangkan
sebuah perniagaan, ia tentu ingin tahu kemungkinan perniagaan itu akan
berjaya dan kebolehan usahawan tersebut untuk membayar balik pinjaman
yang diberikan. Pembekal juga ingin tahu kekuatan keadaan kewangan
seorang usahawan sebelum membekalkan bahan mereka. Agensi kerajaan

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

62  TOPIK 5 PELAN PERNIAGAAN

juga tentu ingin tahu latar belakang dan jenis perniagaan yang akan
dijalankan sebelum membenarkan ia beroperasi.

(f) Mengenal pasti Penghalang Perniagaan
Bila melaksanakan sebuah perniagaan, seorang usahawan pasti akan
menghadapi banyak halangan. Semua halangan ini boleh menggagalkan
atau melambatkan prestasi perniagaan tersebut jika tidak diurus dengan
betul. Oleh itu, usahawan itu perlu mengenal pasti halangan yang bakal
dihadapi sebelum menjalankan sebuah perniagaan dan mengambil
tindakan untuk menyelesaikannya. Usahawan harus tahu sejauh mana
halangan tersebut akan memberikan kesan kepadanya dan perniagaannya.

(g) Sebagai Alat Pelaksanaan
Sebuah pelan perniagaan adalah alat untuk beroperasi yang boleh
membantu usahawan menjayakan perniagaannya jika disediakan dengan
betul. Pelan perniagaan itu akan membantu usahawan meletakkan sasaran
yang realistik untuk dicapai sebagai pengukur nilai prestasi. Oleh itu, pelan
perniagaan menyediakan asas untuk menilai dan menguasai prestasi
sebuah perniagaan di masa hadapan dari segi keuntungan, kos dan kualiti.
Ia juga digunakan untuk mencapai prestasi yang disasarkan, menganalisa
trend sikap pelanggan dan prestasi ekonomi dalaman dan luaran.

LATIHAN 5.1

Mengapakah pelan perniagan penting untuk usahawan?

5.3 SIAPA YANG MEMERLUKAN PELAN
PERNIAGAAN?

Pelan perniagaan adalah amat penting bagi pelbagai pihak, seperti berikut:

(a) Pihak Pengurusan
Sebuah pelan perniagaan membolehkan pihak pengurusan untuk
mempertimbangkan masa, usaha dan sokongan yang diperlukan untuk
mencapai matlamat sebuah perniagaan. Ia memberikan mereka peluang
untuk menganalisa keadaan-keadaan kritikal yang menghalang kemajuan
perniagaan tersebut. Ia membolehkan mereka menjangka perubahan yang
mungkin berlaku di masa hadapan. Pihak pengurusan mesti menganalisa
sebab-sebab perniagaan itu menemui kejayaan atau kegagalan serta
ancaman dan peluang yang bakal dihadapi di masa hadapan. Oleh itu,
pihak pengurusan mesti membina dan meneliti strategi dan keutamaan

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 5 PELAN PERNIAGAAN  63

yang harus dijelaskan dan diberitahu untuk memastikan perkembangan
perniagaan tersebut. Pihak pengurusan bertanggungjawab meletakkan
tanda aras yang berpatutan untuk mengukur kejayaan perniagaan itu. Di
samping itu, sebuah pelan perniagaan membolehkan pihak pengurusan
mengenal pasti masalah dan kekangan yang akan dihadapi oleh pekerja
dalam mencapai sasaran.

(b) Pemegang Taruh
Perancangan perniagaan adalah penting untuk pemegang taruh. Mereka
mesti tahu bagaimana perniagaan itu akan dijalankan kerana persetujuan
mereka diperlukan jika perubahan sasaran dan strategi dibuat. Oleh itu,
mereka perlu tahu tentang apa-apa keputusan baharu sebelum ia
dilaksanakan. Sebuah pelan perniagaan adalah dokumen penting untuk
pemegang taruh kerana mereka memainkan peranan yang sangat penting
dalam menilai secara kritikal deraf pelan itu. Usahawan harus
memberitahu mereka mengenai pasaran masa hadapan untuk produk atau
perkhidmatan mereka, operasi perniagaan, unjuran kewangan dan
rancangan masa hadapan seperti mengembangkan perniagaan tersebut ke
pasaran antarabangsa. Pelan perniagaan juga penting untuk perniagaan
baharu mendapatkan pemegang taruh.

(c) Bank atau Pemberi Pinjaman
Sebelum meluluskan sebuah permohonan pinjaman seseorang usahawan,
pihak bank perlu mengkaji pelan perniagaannya. Pelan itu akan memberikan
pihak bank petunjuk pulangan yang boleh diharapkan daripada pemberian
pinjaman itu dan membolehkan pihak bank mengukur kebolehupayaan dan
keberuntungan perniagaan tersebut dalam jangka masa yang berpatutan.
Sebuah pelan perniagaan akan memberi pihak bank idea strategi dan
keutamaan sesebuah perniagaan itu. Dua perkara ini mesti diterangkan
dengan jelas dalam pelan tersebut dan mesti selaras dengan keseluruhan polisi
strategi jabatan, fungsi tujuan dan keperluan laporan. Dengan meneliti pelan
perniagaan, pihak bank boleh mengenal pasti bantuan kerajaan dan insentif
cukai yang tersedia untuk usahawan berkenaan.

(d) Pelanggan
Pelanggan juga berminat dalam pelan perniagaan kerana ia memberikan
mereka maklumat yang boleh mempengaruhi keputusan mereka sama ada
untuk menggunakan produk atau perkhidmatan perniagaan berkenaan
atau tidak. Contoh isu penting bagi pelanggan adalah kualiti dan
keselamatan produk perniagaan itu. Untuk meraih keyakinan pelanggan,
pelan perniagaan mesti menyebut perihal harga, ketahanan, ciri-ciri,
sokongan tambahan dan perkhidmatan selepas jualan untuk sesebuah
produk. Pelanggan akan bertambah yakin jika produk itu menggunakan

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

64  TOPIK 5 PELAN PERNIAGAAN

teknologi baharu, diiktiraf oleh badan seperti SIRIM dan JAKIM dan sejajar
dengan budaya mereka.
(e) Pembekal
Pembekal memerlukan pelan perniagaan bagi memutuskan sama ada
untuk membekalkan bahan dengan cara kredit. Pembekal mahu melihat
sama ada perniagaan tersebut boleh membayar balik hutang dalam masa
yang ditentukan. Oleh itu, pelan perniagaan yang baik akan memberikan
gambaran jelas tentang kemampuan perniagaan tersebut.
(f) Pekerja
Kebanyakan bakal pekerja inginkan maklumat mengenai perkembangan
dan prestasi sebuah perniagaan sebelum membuat keputusan untuk
menyertainya. Mereka boleh mendapatkan maklumat ini melalui pelan
perniagaan.

5.4 UNSUR PENTING PELAN PERNIAGAAN
YANG BAIK

Perkara berikut merupakan unsur penting sebuah pelan perniagaan yang baik
(rujuk Rajah 5.3).

Rajah 5.3: Lapan unsur penting pelan perniagaan yang baik

(a) Ringkasan Eksekutif
Ringkasan eksekutif adalah bahagian paling penting sebuah pelan
perniagaan. Ini adalah bahagian pertama yang perlu dilihat. Ia
memberitahu kedudukan dan hala tuju sebuah syarikat. Antara unsur yang
dimasukkan dalam ringkasan eksekutif adalah kenyataan misi, tarikh

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 5 PELAN PERNIAGAAN  65

permulaan perniagaan, nama dan peranan pengasas, bilangan pekerja,
lokasi perniagaan serta cawangan dan subsidiari (jika ada), penjelasan
rancangan dan kemudahan, produk yang dikeluarkan, nama bank, prestasi
dan perkembangan syarikat, kedudukan kewangan dan ringkasan
rancangan masa hadapan pihak pengurusan.

(b) Analisa Pasaran
Bahagian ini menggambarkan pengetahuan seseorang usahawan itu
mengenai industri yang diceburi. Ia mempersembahkan gambaran
keseluruhan dan kesimpulan hasil kajian pasaran yang telah dikumpul.
Walau bagaimanapun penerangan secara terperinci haruslah tidak
diletakkan di dalam bahagian ini tetapi di dalam lampiran. Bahagian ini
mesti mengandungi deskripsi dan tinjauan mengenai industri, maklumat
matlamat pasaran, keputusan ujian pemasaran, masa tunggu dan penilaian
terhadap persaingan.

(c) Strategi Pemasaran dan Jualan
Pemasaran adalah proses mencipta dan menarik pelanggan kepada sesebuah
perniagaan. Seorang usahawan harus menyedari bahawa pelanggan adalah
nadi utama perniagaan mereka. Sebuah pelan perniagaan harus
mengandungi ramalan perniagaan berdasarkan analisa pasaran. Di dalam
bahagian ini, perkara yang paling penting untuk dibuat adalah mentakrifkan
strategi pemasaran. Strategi ini harus menjadi sebahagian daripada proses
penilaian kendiri yang berterusan dan unik kepada syarikat tersebut. Secara
keseluruhan, strategi pemasaran harus mengandungi maklumat perihal
strategi untuk menembusi pasaran, pertumbuhan perniagaan, saluran
pengedaran dan perhubungan. Ia juga harus menyebut tentang strategi
pasukan dan aktiviti pemasaran serta bajet pemasaran.

(d) Barisan Perkhidmatan atau Produk
Bahagian ini menerangkan keunikan perkhidmatan atau produk yang akan
disediakan dan manfaatnya kepada pelanggan dan bakal pelanggan.
Usahawan harus menonjolkan kebolehan produk atau perkhidmatan
tersebut untuk menyelesaikan masalah tertentu sebagai kelebihan produk
atau perkhidmatan itu.

(e) Organisasi dan Pengurusan
Bahagian ini menyebut perihal struktur organisasi syarikat, pemilikan
syarikat, pihak pengurusan, kelayakan ahli lembaga pengarah, pelan upah
dan bajet pentadbiran.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

66  TOPIK 5 PELAN PERNIAGAAN

(f) Permohonan Pembiayaan
Bahagian ini berfokus kepada jumlah pembiayaan yang diperlukan untuk
memulakan atau mengembangkan perniagaan. Jika perlu, ia boleh
mengandungi senario berlainan seperti jika pembiayaan diterima dan jika
pembiayaan tidak diterima dan kesannya terhadap perniagaan. Oleh itu,
bahagian ini mengandungi kos pelaksanaan projek, termasuk pembiayaan
modal, pembiayaan operasi dan sumber kewangan. Ia juga menyebut
perihal syarat pembiayaan, syarat pembiayaan untuk lima tahun ke
hadapan, bagaimana pembiayaan yang diterima akan digunakan dan
strategi kewangan jangka panjang yang akan memberi kesan terhadap
kemajuan kewangan syarikat.

(g) Kewangan
Kewangan mesti dibangunkan selepas menganalisa pasaran dan
menyatakan objektif dengan jelas. Di dalam bahagian ini, usahawan
menunjukkan secara terang unjuran kewangan seperti prestasi aliran tunai,
keuntungan dan kerugian serta unjuran kunci kira-kira dan sebagainya.

(h) Lampiran
Bahagian ini harus diberikan kepada pembaca bila diperlukan. Ia tidak harus
dimasukkan ke dalam badan utama pelan perniagaan kerana pelan itu adalah
alat komunikasi yang akan dibaca oleh ramai orang. Lampiran mengandungi
sejarah kredit, maklumat pengurus utama, gambar produk, surat rujukan,
perincian kajian pasaran, artikel majalah yang berkaitan, lesen, permit,
dokumen undang-undang, salinan sewaan, permit bangunan, kontrak dan
senarai penasihat perniagaan termasuk peguam dan akauntan.

AKTIVITI 5.1

Anda merupakan seorang usahawan yang mengusahakan sebuah
kedai kek tradisional di sebuah pusat membeli belah. Apakah
perincian yang akan anda masukkan di bawah Strategi Pemasaran dan
Jualan dalam pelan perniagaan anda? Bincang dalam kumpulan dan
tuliskan maklumat tersebut.

LATIHAN 5.2

Apakah unsur penting dalam sebuah pelan perniagaan yang baik?

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 5 PELAN PERNIAGAAN  67

5.5 PANDUAN MENYEDIAKAN PELAN
PERNIAGAAN

Rajah 5.4 menunjukkan enam panduan menyediakan pelan perniagaan yang
berkesan.

Rajah 5.4: Panduan menyediakan pelan perniagaan
 

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

68  TOPIK 5 PELAN PERNIAGAAN

5.6 KESULITAN YANG PERLU DIHINDARI
SEMASA MEMBUAT PERANCANGAN

Mengikut Kuratko (2004), terdapat beberapa kesulitan yang perlu dielakkan oleh
usahawan dalam membuat pelan perniagaan. Sesetengah daripadanya adalah
kesilapan lazim dan senang dicam. Jadual 5.1 menunjukkan lima kesulitan dan
langkah strategik untuk menghindari mereka.

Jadual 5.1: Kesulitan dalam Perancangan

Kesulitan Fakta Bagaimana Untuk Mengelak

Tiada matlamat  Sesetengah pelan Pelan perniagaan yang bagus
realistik perniagaan tiada matlamat mempunyai jadual jelas
yang jelas dan boleh dengan langkah spesifik untuk
 dicapai dilaksanakan dalam jangka
 masa yang ditetapkan.
 Tiada jangka masa

Tiada keutamaan

Tiada langkah tindakan

Gagal Kadang-kadang usahawan Senaraikan halangan yang
menjangka terlalu bertumpu kepada idea mungkin akan dihadapi dan
halangan mereka sehingga tidak melihat langkah-langkah penyelesaian
masalah yang mungkin timbul. serta pelan sokongan.
Tiada tanda-tanda yang boleh
digunakan untuk mengenal
pasti masalah dan tiada
pengakuan masalah atau
kelemahan yang mungkin ada
dalam pelan dan tiada pelan
sokongan.

Tiada komitmen Ramai usahawan menunjukkan Hadiri janji temu dan laburkan
atau dedikasi seolah-olah mereka tiada duit sendiri ke dalam
komitmen terhadap perniagaan perniagaan.
mereka. Tanda-tanda nyata
mereka tiada komitmen adalah
mereka:

 Sering berlengah-lengah

 Tidak menepati temu janji

 Tiada keinginan
melaburkan duit sendiri

 Ingin untung cepat

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 5 PELAN PERNIAGAAN  69

Kekurangan Ramai pelabur inginkan Usahawan harus
pengalaman
perniagaan atau usahawan yang berpengalaman menunjukkan pengalaman
teknikal
serta berpengetahuan peribadi dan pengetahuan

mengenai perniagaan yang latar belakang tentang

akan dijalankan dan bukan perniagaan yang akan

hanya penuh dengan idea. diceburi. Jika mereka tidak

memiliki ilmu atau

kemahiran tertentu, mereka

harus mendapatkan bantuan

daripada orang yang

memilikinya.

Tiada pasaran Ramai usahawan tidak Kembangkan segmen
tertentu mengenal pasti segmen
pelanggan yang mungkin pasaran khas untuk produk
berminat dengan produk
mereka. Banyak produk yang atau perkhidmatan yang
tidak sampai ke tangan
pelanggan kerana pasaran akan disediakan dan
untuk produk itu belum
dikenal pasti atau dibentuk. tunjukkan bagaimana

produk atau perkhidmatan

tersebut akan berguna untuk

pelanggan dalam segmen

tersebut.

Usahawan harus mengelakkan kesulitan yang dibincangkan di atas agar peluang
perniagaan mereka berjaya adalah bertambah baik. Kesemua benda kritikal ini
mesti diuruskan dengan berhati-hati sebelum mengembangkan pelan
perniagaan. Ini akan membantu usahawan menyediakan asas yang mantap
untuk membentuk satu pelan perniagaan yang berkesan.

LATIHAN 5.3

Huraikan faktor-faktor yang menyumbang kepada kegagalan sebuah
pelan perniagaan.

 Perancangan perniagaan adalah suatu sistem pengurusan. Ia
mengintegrasikan fungsi pengurusan seperti perancangan, pengaturan,
pelaksanaan dan pengawalan.

 Proses perancangan perniagaan memberikan pihak pengurusan alat dan
maklumat asas yang menjelaskan tentang aspek-aspek pengurusan dan

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

70  TOPIK 5 PELAN PERNIAGAAN

sumber serta menyumbang kepada pembentukan kerangka akauntabiliti
yang diperlukan untuk mengurus perniagaan dalam persekitaran yang
dinamik. Oleh itu, pelaksanaan pelan perniagaan sangat penting untuk
memastikan sesebuah perniagaan itu terus bertahan dan berkembang.

Analisa pasaran Pelan perniagaan
Barisan produk Pemegang saham
Fungsi pengurusan Pemegang taruh
Kesulitan Ringkasan eksekutif

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

Topik  Memulakan

6 Sebuah
Usaha Niaga

HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

1. Menyatakan tiga jenis perniagaan dan tiga peringkat dalam
memulakan sebuah perniagaan;
p
Menerangkan tujuh langkah dan proses dalam membeli perniagaan
2. yang sedia ada;

3. Menjelaskan struktur, kelebihan dan kelemahan francais;

4. Membincangkan struktur sah untuk perniagaan baharu; dan

5. Mengenal pasti enam sumber modal untuk usahawan.

 PENGENALAN

Di Amerika Syarikat, kajian menunjukkan lebih ramai orang sedang berusaha
memulakan perniagaan sendiri daripada berkahwin atau mendapatkan anak.
Satu daripada setiap 25 orang dewasa terlibat secara aktif dalam percubaan
memulakan perniagaan baharu.

Sumber: Diadaptasi daripada Zimmerer & Scarborough (1998).

Apakah pendapat anda tentang apa yang disebut di atas?

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

72  TOPIK 6 MEMULAKAN SEBUAH USAHA NIAGA

Tahukah anda siapa itu seorang usahawan? Mengikut Dictionary.com, usahawan
adalah seorang yang mengelolakan sebuah perusahaan, terutamanya sebuah
perniagaan, biasanya dengan inisiatif dan risiko yang tinggi. Adakah anda
berminat untuk menjadi seorang usahawan? Tahukan anda bagaimana untuk
menubuhkan sebuah perniagaan?
Di dalam topik ini, kita akan membincangkan jenis-jenis perniagaan. Terdapat
tiga jenis perniagaan iaitu perniagaan baharu, perniagaan sedia ada dan francais.
Di samping itu, kita juga akan melihat struktur perniagaan baharu yang sah dan
sumber modal untuk aktiviti perniagaan.

6.1 JENIS USAHA NIAGA

Terdapat beberapa cara untuk memulakan perniagaan. Tiga cara yang paling
lazim digunakan adalah memulakan perniagaan baharu, membeli perniagaan
sedia ada dan memulakan francais, seperti yang ditunjukkan di dalam Rajah 6.1.

Rajah 6.1: Tiga cara memulakan sebuah usaha niaga
Kita akan membincangkan ketiga-tiga cara ini dalam subtopik yang berikut.

6.2 PERNIAGAAN BAHARU

Dalam memulakan perniagaan baharu, adalah penting untuk anda mengetahui
tentang:
(a) Maksud perniagaan baharu;
(b) Peringkat-peringkat dalam memulakan perniagaan baharu; dan
(c) Kelebihan dan kelemahan perniagaan baharu.

6.2.1 Maksud Perniagaan Baharu

Apakah itu perniagaan baharu? Sebuah perniagaan baharu adalah syarikat yang
baharu ditubuhkan. Ia adalah suatu proses di mana seorang usahawan

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 6 MEMULAKAN SEBUAH USAHA NIAGA  73

membuka sebuah perniagaan yang benar-benar baharu. Sesetengah daripada
perniagaan ini dimulakan dengan keadaan berikut:
 Usahawan memulakan perniagaan mereka dengan sendiri;
 Usahawan menggunakan wang simpanan sendiri atau meminjam daripada

orang lain; dan
 Usahawan mencipta produk atau perkhidmatan baharu.
Seorang usahawan yang ingin memulakan sebuah perniagaan baharu biasanya
memerlukan pengalaman, pengetahuan, kemahiran dan minat yang mendalam
dalam bidang yang diceburi.

6.2.2 Fasa dalam Perniagaan Baharu

Sebuah perniagaan baharu akan melalui tiga fasa iaitu fasa pra-permulaan, fasa
permulaan dan fasa pasca permulaan. Sekarang, mari kita lihat Rajah 6.2 yang
menunjukkan tiga peringkat ini.

Rajah 6.2: Fasa perniagaan baharu

6.2.3 Kelebihan dan Kelemahan Perniagaan Baharu

Perniagaan baharu ada kelebihan dan kelemahannya. Jadual 6.1 menunjukkan
enam kelebihan dan lima kelemahan perniagaan baharu.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

74  TOPIK 6 MEMULAKAN SEBUAH USAHA NIAGA

Jadual 6.1: Kelebihan dan Kelemahan Perniagaan Baharu

Kelebihan Kelemahan

(a) Bebas membuat keputusan sendiri (a) Memerlukan masa, wang dan usaha
contohnya tentang bila, bagaimana yang banyak untuk mencari lokasi
dan apa jenis produk atau strategik, memperolehi lesen, membeli
perkhidmatan. mesin, mencari pembekal, mengambil
dan melatih pekerja untuk melakukan
(b) Boleh menggunakan idea sendiri aktiviti pengiklanan.
dan membentuk imej sendiri
dengan memahami perasaan (b) Di peringkat permulaan, usahawan
pengguna. akan meraih keuntungan yang sikit
atau menghadapi kerugian kerana
(c) Bebas memilih lokasi, kilang, terpaksa berbelanja besar untuk
memperolehi pelbagai benda yang
peralatan, produk atau diperlukan untuk memulakan
perniagaan.
perkhidmatan, pekerja, pembekal
(c) Tiada rekod perniagaan yang boleh
dan bank. Unsur-unsur ini akan digunakan untuk membuat unjuran
jualan, perbelanjaan dan keuntungan.
menentukan kejayaan sebuah
(d) Tiada pelanggan sedia ada, usaha yang
perniagaan. banyak diperlukan untuk menarik
pelanggan, jualan berkembang dengan
(d) Boleh mengelak duluan, polisi, perlahan dan masa yang lama akan
tatacara dan komitmen berlalu sebelum perniagaan itu
perundangan yang tidak diingini membawa keuntungan.
tetapi biasanya dihadapi perniagaan
sedia ada. (e) Susah mendapatkan pinjaman daripada
institusi kewangan kerana mereka
(e) Tiada reputasi yang perlu dihadapi kurang yakin dengan perniagaan
kerana ia adalah perniagaan yang baharu berbanding dengan perniagaan
baharu. yang sudah ditubuhkan.

(f) Boleh melakukan perubahan
kepada perniagaan tersebut.

AKTIVITI 6.1

Anda bercadang menjual keropok makanan laut. Bagaimanakah anda
akan memulakan perniagaan baharu anda?

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 6 MEMULAKAN SEBUAH USAHA NIAGA  75

SEMAK KENDIRI 6.1

1. Takrifkan perniagaan baharu.
2. Senaraikan tiga peringkat perniagaan baharu.
3. Apakah faktor kritikal dalam menilai perniagaan baharu?

6.3 MEMBELI PERNIAGAAN SEDIA ADA

Dalam membeli sebuah perniagaan yang sudah wujud, adalah penting untuk anda
mengetahui:
(a) Maksud membeli perniagaan sedia ada;
(b) Langkah dan proses membeli perniagaan sedia ada;
(c) Kelebihan membeli perniagaan sedia ada; dan
(d) Kelemahan membeli perniagaan sedia ada.

6.3.1 Maksud Membeli Perniagaan Sedia Ada

Membeli sebuah perniagaan sedia ada bermakna membeli atau memperoleh saham
atau semua aset sebuah syarikat atau perniagaan yang sudah wujud. Jika anda
sedang berfikir hendak menjalankan perniagaan sendiri, membeli sebuah
perniagaan yang sudah ditubuhkan memerlukan usaha yang kurang berbanding
dengan memulakan perniagaan baharu. Mengikut sesetengah pakar perniagaan, ia
adalah cara yang paling selamat dan berkesan untuk usahawan melibatkan diri
dalam perniagaan. Namun demikian, anda tetap memerlukan masa dan usaha
untuk mencari perniagaan yang bersesuaian dengan diri anda. Dengan membeli
sebuah syarikat yang sudah wujud, anda boleh mengembangkan syarikat tersebut
dan memasuki pasaran baharu.

6.3.2 Langkah dan Proses Membeli Perniagaan Sedia
Ada

Dalam membeli sebuah perniagan sedia ada, anda harus mempertimbangkan
beberapa langkah dan proses seperti berikut:

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

76  TOPIK 6 MEMULAKAN SEBUAH USAHA NIAGA

(a) Keutamaan Peribadi
Seorang usahawan perlu mempertimbangkan faktor peribadi, cara hidup
dan aspirasi diri. Sebelum mula mencari perniagaan sedia ada untuk dibeli,
fikirkan apa yang boleh anda berikan kepada perniagaan tersebut dan apa
yang anda ingin dapatkan daripadanya.
(i) Harapan anda dari segi pendapatan ă Apakah tahap keuntungan
yang anda perlukan untuk memenuhi keperluan anda?
(ii) Komitmen anda ă Adakah anda bersedia untuk bekerja keras dan
membuat pelaburan setakat yang diperlukan untuk menjayakan
perniagaan itu?
(iii) Kelebihan anda ă Peluang perniagaan jenis apa akan membolehkan anda
menggunakan latar belakang, pengalaman dan kemahiran anda?
(iv) Jenis perniagaan ă Contohnya perniagaan tunggal ataupun perkongsian.
(v) Sektor perniagaan yang anda minat ă Pelajari selok-belok industri
pilihan anda supaya anda boleh membandingkan perniagaan yang
berlainan.

(b) Peluang Perniagaan
Anda boleh mencari peluang dengan membaca iklan, membincangkan
peluang dengan broker perniagaan dan menyelidik sumber industri.
Jangan tergoda untuk membeli perniagaan pertama yang nampak bagus;
siasat dulu secara objektif.

Jumpa dengan penjual atau broker perniagaan untuk mengenali
perniagaan yang akan dipertimbangkan. Mereka harus memberikan anda
laporan kewangan ringkas, sejarah, harga dan tujuan jualan. Ini akan
membolehkan anda mengetahui tentang perniagaan tersebut dan berapa
lamakah ia sudah sedia untuk dijual.

(c) Meninjau Sasaran Yang Berpotensi
Sasaran yang berpotensi mesti disiasat dengan teliti untuk menentukan
bagaimana ia sedang diurus dan dijaga. Untuk perniagaan perkhidmatan,
cuba berbual dengan para pekerja dan pelanggan. Sediakan senarai semakan
maklumat yang diperlukan. Ia patut mengandungi perkara berikut:

(i) Akaun kewangan yang lengkap mengenai operasi, termasuk semua
pulangan cukai pendapatan dan cukai jualan sekurang-kurangnya
untuk tiga tahun.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 6 MEMULAKAN SEBUAH USAHA NIAGA  77

(ii) Senaraikan semua aset yang akan dipindah milik kepada pemilik
baharu, termasuk pecahan untuk semua inventori sehingga tempoh
perkiraan yang terakhir.

(d) Pengaturan Pembiayaan
Tanpa pembiayaan yang betul, pembelian perniagaan tidak boleh berjalan
dengan berjaya. Terdapat beberapa pilihan pembiayaan. Ini mesti diselidik
dengan berhati-hati untuk membuat pilihan terbaik untuk keperluan anda.
Pada umumnya, peminjam memerlukan:
(i) Butir terperinci tentang perniagaan / jualan;
(ii) Akaun untuk tiga tahun yang lepas;
(iii) Unjuran kewangan (jika tiada rekod akaun); dan
(iv) Maklumat aset dan liabiliti peribadi anda.

(e) Jalankan Usaha Wajar
Dalam menjalankan usaha ini anda perlu bekerja seperti seorang detektif.
Di sini anda perlu mengumpul maklumat dengan menjalankan siasatan,
pencarian dan pertanyaan. Ia penting untuk apa-apa saham atau aset yang
dibeli. Hasil usaha wajar boleh membantu anda:
(i) Membuat keputusan sama ada untuk teruskan pemerolehan;
(ii) Membuat keputusan sama ada untuk membeli saham atau aset;
(iii) Mengenal pasti berapa patut dibayar dan bagaimana untuk
memperuntukkan harga belian tersebut; dan
(iv) Mengenal pasti apa yang perlu disebut dalam perjanjian pembelian
untuk melindungi diri anda.

Proses ini harus membimbing anda dalam pembuatan keputusan dengan
memberikan maklumat yang mendalam tentang perniagaan baharu itu dan
memberikan anda anggaran baik tentang nilai transaksi yang sepatutnya.
Jaminan dan ganti rugi patut diperolehi daripada pembekal sebagai
sebahagian daripada perjanjian.

(f) Perjanjian Formal
Penyediaan perjanjian yang formal memberikan pihak yang berkenaan
peluang untuk mengembangkan perjanjian asas dan menyebut perkara-
perkara kecil yang mungkin tidak difikirkan sebelumnya dalam
perundingan permulaan. Tiga komponen asas perjanjian formal adalah
seperti berikut:

(i) Unsur Asas
Bahagian pertama perjanjian biasanya meliputi unsur asas berikut:
 Pihak-pihak yang terlibat;

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

78  TOPIK 6 MEMULAKAN SEBUAH USAHA NIAGA

 Aset atau saham yang dibeli;
 Harga belian;
 Perubahan harga belian serta bagaimana dan bila harga belian dan

perubahan akan dibayar; dan
 Bagaimana cukai akan dikendalikan.

(ii) Perwakilan dan Jaminan
Kedua, benda ini diberi oleh penjual tentang perkara yang penting
untuk anda membeli perniagaan tersebut. Mulanya, anda harus
mempertimbangkan fakta dan isu yang penting kepada keputusan
anda untuk membeli perniagaan itu dan jumlah yang sanggup anda
bayar. Di samping menjalankan usaha wajar tentang perkara ini, anda
perlu mendapatkan perwakilan dan jaminan daripada pembeli yang
membuktikan bahawa semua fakta yang diberikan kepada anda
adalah benar. Ini bertujuan melindungi anda jika ada fakta atau
maklumat yang anda tidak ketahui atau jika penjual memperdayakan
anda dalam suatu perkara penting.

(iii) Perkara Penutup
Bahagian perjanjian ini umumnya akan menyebut tarikh penutupan
dan apa yang mesti disaling tukar pada waktu penutupan. Ia juga
menyebut syarat-syarat khusus penutupan yang mesti dipenuhi
sebelum jualan itu boleh ditamatkan. Syarat-syarat penutupan yang
biasa adalah seperti berikut:

 Semua perwakilan dan jaminan yang diberikan sebelum
penutupan masih benar dan tepat pada tarikh penutupan;

 Anda memperoleh aset dan saham yang dibeli bebas daripada
sebarang halangan melainkan yang anda persetujui sebelumnya;

 Apa-apa lesen khas atau kebenaran yang diperlukan sudah
diperolehi;

 Semua sijil kebenaran daripada kerajaan yang diperlukan sudah
diterima;

 Semua dokumen lain berkenaan dengan pembelian sudah
ditandatangan dan diterima; dan

 Anda sudah menjelaskan bayaran seperti yang dipersetujui dalam
perjanjian.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 6 MEMULAKAN SEBUAH USAHA NIAGA  79
(g) Bersedia Untuk Berniaga

Pada peringkat ini, anda adalah pemilik baharu sebuah perniagaan. Jika
anda telah menjalankan usaha wajar dan mempunyai perjanjian pembelian
yang bagus, anda sedang melangkah menuju kejayaan. Anda mungkin
memerlukan nasihat berterusan dengan pemilik dahulu jadi adalah bijak
untuk mempunyai hubungan kerja yang baik dengan mereka. Anda juga
mungkin memerlukan bantuan berterusan daripada pasukan penasihat
anda kerana walaupun transaksi sudah sempurna, kerjanya baru bermula.

6.3.3 Kelebihan Membeli Perniagaan Sedia Ada

Kelebihan membeli perniagaan sedia ada ditunjukkan di dalam Rajah 6.3.

Rajah 6.3: Kelebihan membeli perniagaan sedia ada

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

80  TOPIK 6 MEMULAKAN SEBUAH USAHA NIAGA

6.3.4 Kelemahan Membeli Perniagaan Sedia Ada

Kelemahan membeli perniagaan sedia ada ditunjukkan di dalam Rajah 6.4.

Rajah 6.4: Kelemahan membeli perniagaan sedia ada

AKTIVITI 6.2

Ali bercadang mendirikan sebuah warung nasi kandar di Bangsar. Kawan
Ali iaitu Dewi meminta Ali membeli warungnya di sana. Apakah manfaat
yang akan Ali kecapi jika dia membeli warung Dewi dan tidak
mendirikan perniagaan yang baharu?

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 6 MEMULAKAN SEBUAH USAHA NIAGA  81

SEMAK KENDIRI 6.2

1. Senaraikan lima kelebihan dan lima kelemahan mendirikan
perniagaan baharu.

2. Terangkan maksud membeli sebuah perniagaan sedia ada.
3. Senaraikan lima kelebihan dan lima kelemahan membeli

perniagaan sedia ada.

6.4 FRANCAIS

Bila kita menyebut francais, adalah penting untuk mengetahui:
(a) Maksud francais;
(b) Kelebihan francais; dan
(c) Kelemahan francais.

6.4.1 Maksud Francais

Apabila pemilik sebuah jenama, nama perniagaan atau hakcipta memberikan
lesen kepada orang lain untuk menggunakannya dan menjual barangan dan
perkhidmatannya, perniagaan yang dimulakan oleh orang lain tersebut
dipanggil francais. Seorang pembeli francais adalah bebas dari segi perundangan
tetapi bergantung secara ekonomi kepada sistem perniagaan berintegrasi yang
dijalankan oleh penjual francais. Seorang pemegang francais boleh beroperasi
sebagai peniaga bebas tetapi masih mengecapi kelebihan organisasi wilayah atau
nasional. Contoh perniagaan francais adalah restoran McDonaldÊs, Kentucky
Fried Chicken dan Pizza Hut.

Rajah 6.5: Contoh francais terkenal

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

82  TOPIK 6 MEMULAKAN SEBUAH USAHA NIAGA

6.4.2 Kelebihan Francais

Tahukah anda perihal kelebihan francais? Beberapa daripada kelebihan ini
disebut di dalam Rajah 6.6.

Rajah 6.6: Kelebihan francais
Kesemua kelebihan ini dijelaskan dengan terperinci seperti berikut.

(a) Latihan dan Bimbingan
Kelebihan utama membeli sebuah francais berbanding dengan mendirikan
perniagaan baharu atau membeli perniagaan sedia ada adalah bahawa
pemberi francais akan memberikan latihan serta bimbingan kepada
pemegang francais.

(b) Tarikan Nama Jenama
Seorang usahawan yang membeli sebuah francais nasional yang besar dan
terkenal mempunyai peluang tinggi untuk berjaya. Nama pemberi francais
adalah daya tarikan perniagaan tersebut. Biasanya barangan atau
perkhidmatan yang ditawarkan oleh sebuah francais nasional biasanya
lebih dikenali dan lebih disukai ramai berbanding dengan barangan atau
perkhidmatan yang ditawarkan oleh sebuah kedai yang kurang dikenali.

(c) Rekod Prestasi Terbukti
Pemberi francais sudahpun membuktikan bahawa perniagaannya boleh
berjaya. Perniagaannya telah beroperasi sekurang-kurangnya lima hingga
sepuluh tahun dan mesti mempunyai 50 atau lebih unit. Oleh itu, tidak
susah untuk melihat betapa berjayanya perniagaan tersebut. Jika semua
unitnya masih beroperasi dan pemiliknya melaporkan bahawa mereka
sedang mengaut keuntungan, kita boleh pasti bahawa pemberi francais
telah membuktikan bahawa aturan dan lokasi kedai, polisi harga, kualiti
barangan dan perkhidmatan serta pengurusan perniagaannya secara
keseluruhan adalah berjaya.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 6 MEMULAKAN SEBUAH USAHA NIAGA  83

(d) Bantuan Kewangan
Sebuah francais adalah pelaburan yang bagus kerana pemberi francais
mungkin boleh membantu pemilik baharu mendapatkan bantuan
kewangan yang diperlukan untuk menjalankan operasi. Malah, sesetengah
pemberi francais membantu pemegang francais memulakan operasi
dengan meminjamkan wang dan tidak memerlukan bayaran balik sehingga
operasi itu mula membawa keuntungan. Secara ringkas, membeli sebuah
francais kerap merupakan cara yang paling bagus untuk memastikan
bantuan kewangan diterima daripada institusi kewangan.

6.4.3 Kelemahan Francais

Berikut adalah kelemahan francais:

(a) Yuran Francais
Tidak ada benda yang percuma di dunia ini. Lebih berjaya sebuah francais,
lebih tinggi yurannya. Sebuah francais bertaraf nasional akan mengenakan
yuran dari RM5,000 sehingga RM100,000. Francais yang lebih kecil dan
tidak begitu berjaya akan mengenakan yuran yang kurang. Bakal
pemegang francais mesti juga membayar untuk membina unit francais
tersebut dan menyediakan stok yang mencukupi. Walaupun pemberi
francais mungkin membantu mendapatkan pinjaman bank, yuran
tambahan mungkin disertakan dengan harga kasar jualan. Seorang
pemegang francais juga perlu membayar royalti berterusan berdasarkan
jualan, biasanya lima hingga dua belas peratus. Kebanyakan pemberi
francais memerlukan pembeli untuk mempunyai 25 hingga 50 peratus kos
permulaan dalam bentuk tunai. Yang selebihnya boleh dipinjam daripada
organisasi itu sendiri. Kos francais meliputi perbelanjaan berikut:
 Yuran francais;
 Insuran;
 Inventori pembukaan produk;
 Penambahbaikan reka bentuk dan penyewaan;
 Bayaran utiliti, gaji dan hutang perkhidmatan;
 Bayaran simpanan kira-kira dan akaun, yuran guaman dan khidmat
profesional;
 Lesen negeri dan tempatan; dan
 Permit dan sijil.

(b) Kawalan Pemberi Francais
Dalam syarikat yang besar, syarikat mengawal aktiviti pekerjanya. Perkara
yang sama wujud dalam perniagaan kecil. Jika seorang usahawan mempunyai

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

84  TOPIK 6 MEMULAKAN SEBUAH USAHA NIAGA

perniagaan sendiri, dia boleh mengawal aktivitinya sendiri. Bagi seorang yang
menjalankan sebuah perniagaan francais, kawalan terletak di antara dua belah
ini. Pemberi francais umumnya mengawal operasi untuk tujuan penyelarasan.
Jika pemegang francais tidak mengikut arahan pemberi francais, kontrak
mereka mungkin tidak akan diperbaharui apabila tamat.

(c) Janji Tidak Ditunaikan
Dalam sesetengah kes yang melibatkan pemberi francais yang kurang
terkenal, pemegang francais mungkin tidak menerima semua yang
dijanjikan. Ramai pemegang francais mendapati bahawa mereka telah
memperolehi nama jenama dengan tiada daya tarikan. Ramai pemegang
francais juga tidak mendapat bantuan yang dijanjikan oleh pemberi
francais. Kerapkali, pemegang operasi bukannya membayar harga yang
kurang untuk bekalan, malah terpaksa membeli dengan harga yang lebih
mahal. Jika mereka mengadu, perjanjian mereka dengan pemberi francais
mungkin ditamatkan, ditarik balik atau tidak diperbaharui.

AKTIVITI 6.3

Adakah menjalankan perniagaan francais lebih mahal berbanding
dengan perniagaan jenis lain? Bincangkan pendapat anda dalam tutorial
yang akan datang.

6.5 STRUKTUR SAH UNTUK PERNIAGAAN
BAHARU

Sebelum menentukan bagaimana untuk mengelolakan sebuah operasi, bakal
usahawan perlu mengenal pasti struktur sah yang paling sesuai untuk keperluan
perniagaan mereka. Ini wajib kerana undang-undang cukai yang berubah, situasi
liabiliti, kesediaan modal dan kerumitan penubuhan perniagaan. Tiga jenis
perniagaan sah yang asas adalah perniagaan tunggal, perkongsian dan syarikat.
Oleh sebab setiap jenis mempunyai kelebihan dan kelemahannya yang
tersendiri, adalah mustahil untuk mengesyorkaan satu jenis perniagaan daripada
yang lain. Pemilihan jenis perniagaan yang sesuai perlu dibuat berdasarkan
keadaan spesifik usahawan, kebimbangannya dan keinginannya.

6.5.1 Perniagaan Tunggal

Sebuah perniagaan yang dimiliki dan dijalankan oleh satu orang dipanggil
perniagaan tunggal. Ia tidak wujud tanpa pemiliknya. Usahawan ini mempunyai hak
atas segala keuntungannya dan menanggung liabiliti untuk kesemua hutang dan

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 6 MEMULAKAN SEBUAH USAHA NIAGA  85

kewajipan perniagaan tersebut. Liabilitinya tidak ada batasan, yang bermakna
perniagaan dan aset peribadinya bergantung pada operasi perniagaan tersebut. Jika
syarikat itu tidak dapat menunaikan kewajipan kewangannya, pemiliknya boleh
menjual rumah dan kereta keluarganya serta aset lain untuk membayar pemiutang.

Untuk menjadi peniaga tunggal, seseorang itu hanya perlu memperoleh lesen
tempatan atau negeri untuk menjalankan operasi. Jika ia menggunakan nama lain
atau yang tidak wujud, ia mesti memfailkan sijil nama perniagaan dengan pihak
negeri. Oleh kerana ia senang ditubuhkan, perniagaan tunggal adalah jenis
perniagan sah yang paling banyak digunakan. Jadual 6.2 menunjukkan kelebihan
dan kelemahan perniagaan tunggal.

Jadual 6.2: Kelebihan dan Kelemahan Perniagaan Tunggal

Kelebihan Kelemahan

(i) Senang Ditubuhkan (i) Tiada Batasan Liabiliti
Penubuhannya tidak perlu formal. Pemilik bertanggungjawab untuk
Selain itu kurang sekatan dikenakan semua hutang. Liabiliti ini meliputi
atas penubuhan syarikat jenis ini kesemua aset pemilik.
berbanding jenis lain. Sedikit atau
tiada kebenaran kerajaan diperlukan (ii) Kurang Kesinambungan
dan biasanya ia kurang mahal Perniagaan itu mungkin lumpuh
daripada perkongsian dan syarikat. atau tamat jika pemilik sakit atau
meninggal dunia.
(ii) Keuntungan hak mutlak pemilik
Pemilik tidak perlu berkongsi (iii) Kurang Modal Sedia Ada
keuntungan dengan orang lain. Kurang modal sedia ada berbanding
dengan perkongsian dan syarikat.
(iii) Pembuatan Keputusan dan Kuasa di
Tangan Pemilik (iv) Agak Susah Mendapatkan
Tiada pemilik bersama atau rakan
kongsi yang perlu dirujuk dalam Pembiayaan Jangka Panjang
menjalankan perniagaan.
Oleh sebab pemilik hanya seorang,
(iv) Kefleksibelan
Boleh segera menyelesaikan keperluan selalunya susah mendapatkan modal
perniagaan dengan pembuatan
keputusan harian. untuk jangka panjang.

(v) Agak Bebas daripada Kawalan (v) Pendapat dan Pengalaman Agak
Kerajaan Terbatas
Kecuali pengeluaran lesen yang Oleh sebab perniagaan ini
berkenaan, kerajaan tidak akan bergantung hanya kepada seorang
masuk campur dalam operasi usahawan, hala tuju dan skopnya
perniagaan. dibataskan oleh kebolehan, latihan
dan kepakaran usahawan tersebut.
(vi) Bebas daripada Cukai Perniagaan
Cukai individu dan bukan cukai
perniagaan dikenakan.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


Click to View FlipBook Version