86 TOPIK 6 MEMULAKAN SEBUAH USAHA NIAGA
SEMAK KENDIRI 6.3
1. Berikan secara ringkas maksud tiga jenis perniagaan yang sah.
2. Nyatakan lima kelebihan dan lima kelemahan perniagaan tunggal.
6.5.2 Perkongsian
Sebuah perkongsian melibatkan dua atau lebih orang yang menjadi rakan milik
sebuah perniagaan untuk meraih keuntungan. Setiap rakan kongsi menyumbang
wang, usaha atau kemahiran dan berkongsi keuntungan dan kerugian.
Walaupun tidak diperlukan oleh undang-undang, perkongsian perniagaan
biasanya dibuat secara hitam putih. Ini sangat digalakkan kerana kalau tidak
disebut secara bertulis, mahkamah akan menganggap semua rakan kongsi
berkongsi sama rata dalam hal keuntungan, kerugian, pengurusan aset dan
aspek perniagaan yang lain. Sebuah perjanjian perkongsian menyebut secara
jelas sumbangan kewangan dan pengurusan setiap rakan kongsi serta
menghuraikan peranan mereka dalam perkongsian tersebut. Berikut adalah
beberapa maklumat yang biasanya disertakan dalam perjanjian perkongsian:
Nama, tujuan, lokasi;
Tempoh perkongsian;
Ciri rakan kongsi (umum atau terbatas, aktif atau senyap);
Sumbangan rakan kongsi (semasa penubuhan, pada waktu kemudian);
Pengagihan keuntungan dan kerugian;
Gaji;
Hak kesinambungan rakan kongsi;
Kematian rakan kongsi (pembubaran dan penamatan);
Pelepasan hutang;
Perbelanjaan perniagaan (cara diuruskan);
Hutang berasingan;
Kuasa (ke atas operasi perniagaan);
Buku, rekod dan kaedah akaun;
Jualan bahagian rakan kongsi;
Usaha perantaraan;
Penyelesaian perbalahan;
Penambahan, perubahan atau pengubahsuaian perkongsian;
Copyright © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 6 MEMULAKAN SEBUAH USAHA NIAGA 87
Tindakan yang diperlukan dan yang dilarang;
Ketidakhadiran dan kehilangan upaya; dan
Pengurusan pekerja.
Di samping perkara bertulis ini, usahawan juga perlu mempertimbangkan
beberapa cara perkongsian. Bergantung pada keperluan perniagaan, satu atau
lebih daripada cara ini boleh digunakan. Perlu diingat bahawa dalam
perkongsian perlu ada satu rakan kongsi umum yang bertanggungjawab untuk
hutang perniagaan dan liabiliti tanpa batasan.
Jadual 6.3 menunjukkan kelebihan dan kelemahan perkongsian.
Jadual 6.3: Kelebihan dan Kelemahan Perkongsian
Kelebihan Kelemahan
(i) Senang Ditubuhkan (i) Liabiliti Tanpa Batasan Satu Rakan Kongsi
Peraturan undang-undang dan Walaupun sesetengah rakan kongsi boleh
perbelanjaan kurang berbanding mempunyai liabiliti terbatas, sekurang-
dengan perusahaan dan syarikat yang kurangnya seorang mesti menjadi rakan
kompleks. kongsi umum yang menanggung liabiliti
tanpa batasan.
(ii) Ganjaran Langsung
Rakan kongsi bermotivasi untuk (ii) Kurang Kesinambungan
memberikan usaha yang terbaik Jika seorang rakan kongsi meninggal, ditakrif
kerana ganjaran didapati secara sebagai tidak siuman atau meninggalkan
langsung. perniagaan itu, perkongsian itu tamat.
Bagaimanapun, perniagaan itu boleh
(iii) Membantu Pertumbuhan dan Prestasi diteruskan oleh rakan kongsi lain. Ia mungkin
Lebih modal dan jenis kemahiran boleh dijadikan perkongsian baharu oleh
boleh didapati berbanding dengan rakan kongsi yang tinggal atau dengan
perniagaan tunggal. mengambil rakan kongsi baharu.
(iv) Kefleksibelan (iii) Agak Susah Mendapatkan Modal yang Besar
Modal yang besar, terutamanya untuk
Boleh segera menyelesaikan pembiayaan jangka panjang, susah diperolehi.
Biasanya harta kesemua rakan kongsi
keperluan perniagaan dengan menentukan jumlah modal keseluruhan yang
boleh didapatkan oleh perkongsian tersebut,
pembuatan keputusan harian. terutamanya pada masa permulaan
perniagaan.
(v) Agak Bebas daripada Kawalan dan
Peraturan Kerajaan (iv) Terikat Dengan Tindakan Seorang Rakan
Sangat sedikit campur tangan Kongsi
kerajaan dalam perkongsian. Seorang rakan kongsi umum boleh
mengambil kontrak dan tanggungawab yang
(vi) Kelebihan Cukai boleh memudaratkan perniagaan itu dan
Kebanyakan perkongsian membayar rakan kongsi lain.
cukai sebagai usahawan dan bukan
cukai tinggi yang dikenakan ke atas (v) Susah Menjual Bahagian Rakan Kongsi
syarikat. Membeli bahagian seorang rakan kongsi
mungkin susah kecuali ia disebut secara
khusus dalam perjanjian bertulis.
Copyright © Open University Malaysia (OUM)
88 TOPIK 6 MEMULAKAN SEBUAH USAHA NIAGA
SEMAK KENDIRI 6.4
Berikan lima kelebihan dan kelemahan perkongsian.
6.5.3 Syarikat
Sebuah syarikat adalah „suatu benda tiruan yang tidak kelihatan, tidak ketara
dan wujud hanya dari segi undang-undang‰.
Sumber: Diadaptasi daripada Supreme Court Justice John Marshall (1819)
Sebuah syarikat adalah sebuah entiti sah yang berasingan daripada usahawan
yang memilikinya. Di Malaysia, sebuah organisasi perniagaan diwujudkan
berdasarkan Akta Syarikat 1965. Akta ini mentadbir semua syarikat di Malaysia.
Ia ini mula berkuat kuasa pada 15 April 1966 dan telah dikaji semula beberapa
kali pada tahun 1969, 1971, 1985, 1986 dan 1987 (kajian semula yang paling
terakhir). Akta ini berdasarkan undang-undang syarikat yang berkuat kuasa di
Australia dan United Kingdom.
(a) Ciri-ciri Syarikat
Berikut adalah ciri-ciri sebuah syarikat:
(i) Hak dan Tanggungjawab
Sebuah syarikat bertanggungjawab ke atas pemilikan modal dan
boleh mengambil atau menghadapi tindakan undang-undang.
Bagaimanapun, sebuah syarikat tidak boleh mengambil tindakan
terhadap usahawan yang terlibat dalam syarikat itu sendiri. Namun
ejen pelaksana syarikat tersebut boleh mengambil tindakan bila perlu.
(ii) Jangka Hayat
Ahli sebuah syarikat tidak menentukan jangka hayatnya. Ia akan
berterusan walaupun ada ahli yang meninggal dunia atau meninggalkan
syarikat itu. Bagaimanapun, syarikat tersebut boleh ditamatkan jika
kesemua ahli tidak berminat untuk meneruskan perniagaan itu.
(iii) Liabiliti
Liabiliti ahli syarikat terbatas kepada jumlah saham yang dimilik. Ahli
tidak bertanggungjawab sekiranya syarikat itu jatuh muflis. Syarikat
berbeza daripada perniagaan tunggal dan perkongsian kerana ia
Copyright © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 6 MEMULAKAN SEBUAH USAHA NIAGA 89
mempunyai pengasingan antara aset perniagaan dan aset peribadi dan
hutang perniagaan tidak boleh mengakibatkan perampasan aset peribadi.
(iv) Ahli
Sebuah syarikat mesti mempunyai sekurang-kurangnya dua ahli yang
merupakan pemastautin tetap Malaysia. Mereka mesti berperanan sebagai
pengarah syarikat tersebut. Ahli syarikat melantik lembaga pengarah
yang akan bertanggungjawab menjalankan perniagaan syarikat dan
mengikuti undang-undang dan peraturan Akta Syarikat 1965.
(b) Kelebihan dan Kelemahan Syarikat
Kelebihan dan kelemahan syarikat ditunjukkan di dalam Jadual 6.4.
Jadual 6.4: Kelebihan dan Kelemahan Syarikat
Kelebihan Kelemahan
(i) Liabiliti Terbatas (i) Batasan Aktiviti
Liabiliti pemegang saham terbatas Aktiviti syarikat dibataskan oleh
kepada pelaburan usahawan. piagam dan pelbagai undang-undang.
Pemegang saham hanya boleh
kehilangan wang ini. (ii) Kurang Perwakilan
Kuasa undi pemegang saham utama
(ii) Pemindahan Pemilikan boleh menundukkan kuasa undi
Penjualan saham membolehkan pemegang saham kecil.
pemindahan pemilikan.
(iii) Peraturan
(iii) Berterusan Tanpa Batasan Peraturan kerajaan dan laporan yang
Hayat syarikat berasingan daripada terperinci diperlukan oleh agensi
hayat pemilik dan boleh kekal untuk kerajaan negeri dan persekutuan. Ini
waktu yang tidak tetap. mengakibatkan banyak kertas kerja
dan kerenah birokrasi.
(iv) Agak Senang Mendapatkan Modal
Besar (iv) Mengelolakan Perbelanjaan
Modal boleh didapatkan dengan Perbelanjaan besar diperlukan dalam
mengeluarkan bon dan saham serta penubuhan sebuah syarikat.
pinjaman jangka pendek yang dibuat
dengan menggunakan aset perniagaan (v) Pencukaian Berganda
atau jaminan peribadi pemegang Cukai pendapatan dikenakan ke atas
saham utama. keuntungan syarikat serta gaji dan
dividen bagi setiap staf.
(v) Lebih ramai pakar dan orang yang
berkebolehan
Boleh menggunakan kepakaran dan
kemahiran beberapa usahawan,
daripada pemegang saham utama
kepada pengurus profesional yang
dibawa masuk ke dalam syarikat.
Copyright © Open University Malaysia (OUM)
90 TOPIK 6 MEMULAKAN SEBUAH USAHA NIAGA
SEMAK KENDIRI 6.5
Berikan lima kelebihan dan kelemahan syarikat.
6.6 SUMBER MODAL UNTUK AKTIVITI
KEUSAHAWANAN
Terdapat pelbagai sumber modal yang boleh digunakan oleh usahawan untuk
memulakan, membesarkan dan mengembangkan perniagaan mereka. Jangka
masa yang diperlukan bergantung kepada sumber mana yang paling sesuai
untuk seorang usahawan dan perniagaannya. Rajah 6.7 menunjukkan sumber
modal untuk membiayai sebuah perniagaan.
Rajah 6.7: Sumber modal untuk aktiviti keusahawanan
(a) Kewangan Peribadi
Simpanan peribadi anda adalah sumber kewangan pertama anda. Ia
mungkin wang yang anda simpan pada waktu tertentu dalam akaun
simpanan atau akaun semasa bank, di dalam peti simpanan di rumah atau
tunai yang tersedia bila anda memerlukannya. Kerapkali, simpanan
peribadi cepat habis apabila seorang usahawan memulakan sebuah
perniagaan.
(b) Keluarga dan Sahabat
Apabila simpanan peribadi anda sudah habis, tempat seterusnya untuk
mendapatkan wang adalah keluarga dan sahabat. Mereka mungkin kawan
atau teman sekerja yang mampu memberi pinjaman. Walaupun ini
mungkin nampak seperti idea yang bagus, kemungkinan besar mereka
akan meminta wang itu kembali apabila anda tidak mampu membayarnya.
Copyright © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 6 MEMULAKAN SEBUAH USAHA NIAGA 91
Oleh itu adalah mustahak untuk membuat perjanjian bertulis yang terang
dan jelas untuk mengelakkan kekeliruan di kemudian hari.
(c) Akaun Persaraan
Anda mungkin telah menyimpan wang untuk zaman persaraan anda.
Wang ini boleh digunakan untuk mengembangkan perniagaan anda.
Walapun begitu, jika anda gagal dalam perniagaan, anda perlu hidup
dengan wang yang sedikit di zaman persaraan anda.
(d) Bank dan Institusi Kewangan Lain
Institusi ini meminjamkan wang kepada orang yang memiliki aset yang
boleh digunakan sebagai cagaran untuk pinjaman tersebut. Jadual 6.5
menunjukkan tiga jenis pembiayaan iaitu jangka panjang, sederhana dan
pendek.
Jadual 6.5: Tiga Jenis Pembiayaan Institusi Kewangan
Jenis Pembiayaan Penjelasan
Institusi Kewangan
Jangka Panjang Pembiayaan jenis ini dipinjam daripada sumber luar
untuk tempoh yang lama, biasanya lima hingga 25 tahun.
Sebuah pajakan komersial atau perjanjian pinjaman
jangka panjang daripada salah satu bank utama adalah
contoh pembiayaan jangka panjang. Wang itu boleh
digunakan untuk memperolehi aset tetap seperti kilang
dan peralatan.
Jangka Sederhana Pinjaman untuk tempoh dua hingga tujuh tahun
dipanggil pinjaman jangka sederhana. Pembiayaan ini
biasanya berdasarkan perjanjian antara anda dan
organisasi yang akan memberikannya. Ia boleh digunakan
untuk sewa beli, penyewaan dan perjanjian pinjaman.
Jangka Pendek Pembiayaan jangka pendek yang paling biasa dan kerap
digunakan adalah kemudahan overdraf bank. Walaupun
yurannya adalah tinggi, usahawan terbabit boleh
membayar hanya faedah ke atas jumlah overdraf.
Sebaliknya, untuk pinjaman bank, anda boleh
menggunakan keseluruhan wang yang tersedia dan perlu
membayar faedah sama ada anda menggunakan
keseluruhan pinjaman tersebut ataupun tidak.
(e) Pinjaman Kerajaan
Pihak kerajaan sedang mengambil langkah positif untuk membantu
perniagaan dan industri secara keseluruhannya. Jutaan ringgit telah
Copyright © Open University Malaysia (OUM)
92 TOPIK 6 MEMULAKAN SEBUAH USAHA NIAGA
disediakan untuk memberikan bantuan (grant) dan pinjaman dalam bentuk
subsidi oleh kerajaan untuk menggalakkan pelaburan dan pembangunan.
Program kerajaan tersedia dan boleh mengurangkan kadar faedah
pinjaman bank dan menyediakan pinjaman untuk perniagaan yang
mungkin pada asalnya tidak mampu mengambil pinjaman sebegini. Pada
umumnya, kerajaan ingin mencari jalan untuk membantu projek yang
boleh memanfaatkan sektor industri yang merudum dan mempunyai kadar
pengangguran yang tinggi. Di samping itu, kerajaan ingin menggalakkan
pertumbuhan dan penambahbaikan di kawasan luar bandar.
(f) Pasaran Saham
Wang diperoleh dengan menawarkan saham dalam perniagaan anda
kepada orang ramai. Penawaran ini mesti menepati peraturan persekutuan.
Biasanya, khidmat bank pelaburan digunakan. Apabila seorang pelabur
membuat pelaburan modal, dia akan mendapat peratusan pemilikan. Ini
memberikan pelabur tersebut kuasa terhad terhadap perniagaan itu dan
sebahagian daripada keuntungan yang didapati berdasarkan nilai
peratusan pemilikan. Ini mungkin diberi dalam bentuk dividen.
SEMAK KENDIRI 6.6
Sebutkan lima sumber modal yang boleh digunakan oleh usahawan untuk
memulakan perniagaan baharu atau membeli perniagaan sedia ada.
Terdapat tiga cara memulakan sebuah perniagaan iaitu mendirikan
perniagaan baharu, membeli perniagaan sedia ada dan francais.
Setiap cara memulakan perniagaan ini mempunyai ciri-ciri tersendiri serta
kelebihan dan kelemahan.
Tiga jenis perniagaan yang sah adalah perniagaan tunggal, perkongsian dan
syarikat.
Topik ini juga membicarakan enam sumber modal untuk aktiviti usahawan
iaitu:
(i) Kewangan peribadi;
(ii) Keluarga dan sahabat;
(iii) Akaun persaraan;
Copyright © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 6 MEMULAKAN SEBUAH USAHA NIAGA 93
(iv) Bank/institusi kewangan;
(v) Pinjaman kerajaan; dan
(vi) Pasaran saham.
Francais Perniagaan tunggal
Pemegang francais Syarikat
Perkongsian Usaha wajar
Perniagaan baharu
Copyright © Open University Malaysia (OUM)
Topik Jaringan
7 Usahawan
HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menghuraikan tiga kelebihan mempunyai jaringan yang baik;
p 2. Menerangkan dua jenis jaringan;
Membincangkan enam sebab jaringan adalah penting;
3.
4. Menjelaskan tujuh teknik membina dan membangunkan keyakinan
dalam pembentukan jaringan; dan
5. Mengenal pasti lima halangan dalam membina jaringan.
PENGENALAN
Jaringan adalah peralatan perniagaan yang penting untuk kejayaan usahawan.
Sekiranya seseorang usahawan mempunyai jaringan yang baik dengan
pengguna luaran dan dalaman, akan menjadi lebih mudah untuk usahawan
tersebut menggunakan peluang perniagaan yang ada dan menyelesaikan
masalah yang berkenaan dengan perniagaannya. Hubungan jaringan yang baik
membolehkan usahawan mendapatkan sokongan dan kerjasama dari lingkaran
jaringan tersebut. Oleh itu, setiap usahawan perlu membina kemahiran jaringan,
kerana ia akan menjadi pemangkin kepada pencapaian sasaran dan objektif
perniagaan.
7.1 APA ITU JARINGAN?
Jaringan merupakan hasil strategi hubungan yang lepas dan juga merupakan
sumber untuk strategi akan datang. Hak dan tanggungjawab hubungan adalah
hasil daripada sumber yang dibawa oleh usahawan pada permulaan
perniagaannya kepada jaringan yang dibina, pengalaman yang diperolehi dan
Copyright © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 7 JARINGAN USAHAWAN 95
pelaburan yang dibuat dalam semua hubungannya. Ini bermaksud, sesebuah
syarikat itu bukan sahaja perlu menganalisis portfolio hubungannya dan
kefahamannya tentang jaringan, malah menyenaraikan semua sumber tambahan
yang telah dibina melalui pergaulan. Kesemua ini boleh dianalisis dengan
menggunakan cara konvensional untuk mendapat tahu asas kekuatan yang
mungkin dimiliki oleh syarikat tersebut.
7.2 KELEBIHAN MEMPUNYAI JARINGAN
YANG BAIK
Kelebihan yang diperolehi oleh seorang usahawan apabila mempunyai jaringan
yang baik adalah seperti berikut:
(a) Kebolehcapaian
Jaringan adalah amat penting untuk usahawan memperoleh sumber ketara
atau tidak ketara sama ada secara langsung atau tidak langsung. Antara
sumber ketara adalah sokongan kewangan, pemindahan teknologi dan
kemudahan mencapai maklumat untuk mengeluarkan produk yang sesuai
pada harga dan masa yang sesuai dengan kehendak pasaran. Manakala
sumber tidak ketara adalah seperti sokongan moral, bimbingan dan
kepercayaan yang diberi oleh pelbagai kumpulan kepada usahawan dalam
menjalankan operasi perniagaan.
(b) Reputasi
Reputasi merujuk kepada kebolehan usahawan untuk memimpin atau
mempengaruhi ahli jaringan lain dalam membuat keputusan, berdasarkan
pengalaman mereka. Reputasi yang baik membolehkan usahawan menarik
ahli jaringan untuk memberikan keutamaan kepada produk atau
perkhidmatan yang dihasilkan oleh usahawan tersebut.
(c) Harapan
Ini boleh memudahkan atau menyekat kebebasan aktiviti syarikat. Sebagai
contoh, ahli jaringan mungkin mengharapkan sebuah syarikat untuk
menentukan harga untuk beberapa syarikat lain dengan cara yang
berkesan. Akan tetapi, sebuah syarikat juga diharapkan tidak mengambil
kesempatan dengan menaikkan harga sesebuah produk apabila ia
berkurangan dalam pasaran. Ia juga mungkin diharapkan akan menurut
cara persaingan yang konvensional atau beroperasi dengan lebih beretika
daripada syarikat lain.
Copyright © Open University Malaysia (OUM)
96 TOPIK 7 JARINGAN USAHAWAN
7.3 APA ITU JARINGAN STRATEGIK?
Seorang usahawan yang berstrategi boleh membayangkan masa hadapan dan
mengambil langkah-langkah yang perlu untuk merealisasikannya. Untuk membina
sebuah jaringan strategik, seorang usahawan perlu jelas tentang matlamat dan
objektif yang ingin dicapai dalam menjalankan perniagaannya dengan berinteraksi
dengan orang lain dan menentukan tindakan terbaik yang harus diambil. Walaupun
usahawan mungkin tertarik untuk bertindak dengan pantas, mereka perlu
memahami di mana mereka berada dan ke mana mereka hendak tuju. Jaringan yang
berjaya adalah hasil daripada perancangan yang betul serta pembinaan dan
pelaksanaan yang cermat. Usahawan perlu mencari jalan dan kaedah untuk
membina jaringan yang baik dan mendapatkan faedah yang maksima daripadanya.
Jaringan mesti menjadi salah satu taktik pemasaran utama bagi kebanyakan ahli
profesional bebas dan pemilik perniagaan kecil-kecilan. Usahawan boleh
menggunakan jaringan berpusatkan pengguna untuk mengurangkan kos dan masa
dalam memperolehi dan mengedarkan maklumat. Strategi membina perniagaan ini
akan memanfaatkan usahawan dengan memberikannya pelanggan baharu secara
berterusan di samping mengekalkan pelanggan yang sedia ada.
LATIHAN 7.1
Sebutkan kelebihan yang boleh diperolehi oleh seorang usahawan
dengan memiliki sebuah jaringan yang baik.
7.4 JENIS-JENIS JARINGAN
Terdapat dua jenis jaringan seperti berikut:
(a) Jaringan Formal
Jaringan formal adalah hubungan sedia ada antara pelbagai individu yang
mempunyai hubungan simbiotik dengan seseorang usahawan itu. Mereka
yang mempunyai hubungan jaringan lebih bersedia untuk mencipta
peluang perniagaan dan menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam
jaringan tersebut. Setiap ahli jaringan bersedia untuk berkongsi
pengalaman dan kekuatan untuk kelebihan bersama.
(b) Jaringan Tidak Formal
Jaringan tidak formal dibina menerusi hubungan dengan rakan di zaman
kanak-kanak, ahli keluarga dan orang lain yang mempunyai minat atau hobi
yang serupa. Ia membolehkan seseorang usahawan itu membincangkan
perniagaannya secara tidak formal tanpa membuat temu janji.
Copyright © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 7 JARINGAN USAHAWAN 97
Jaringan tidak formal memberikan usahawan peluang untuk mendapatkan atau
bertukar maklumat. Perkhidmatan yang diberikan oleh ahli jaringan tidak
formal biasanya adalah percuma atau dengan bayaran yang minima. Biasanya
jaringan tidak formal membolehkan usahawan memperoleh pendapat dan
nasihat serta sokongan moral dan kewangan. Sokongan sebegini membantunya
menjadi lebih yakin dan menambahkan kebolehannya untuk membuat
keputusan yang berkesan dan mengurangkan risiko perniagaan. Ahli jaringan
tidak formal termasuk kawan, mentor dan ahli profesional. Rajah 7.1
menunjukkan ahli-ahli dalam sebuah jaringan tidak formal.
Rajah 7.1: Jaringan tidak formal
7.5 KEPENTINGAN JARINGAN
Mari kita lihat kepentingan jaringan seperti yang ditunjukkan di dalam Rajah 7.2.
Rajah 7.2: Kepentingan jaringan
(a) Membina Kepercayaan
Dalam perniagaan, usahawan mungkin menghadapi ketidakpastian,
contohnya kehilangan pelaburan, persaingan dan produk yang tidak dapat
menembusi pasaran. Jaringan yang baik boleh mengurangkan
ketidakpastian seperti ini. Seorang usahawan boleh memperolehi
Copyright © Open University Malaysia (OUM)
98 TOPIK 7 JARINGAN USAHAWAN
maklumat yang boleh dipercayai mengenai peluang pelaburan, pasaran
dan produk yang disukai pengguna. Jaringan juga membantu usahawan
menghadapi perubahan dalam persekitaran perniagaan, contohnya:
(i) Perubahan dalam strategi para pesaing;
(ii) Perubahan demografik; dan
(iii) Perubahan dalam kepuasan pelanggan.
(b) Mengurangkan Birokrasi
Birokrasi yang keterlaluan akan melambatkan proses aktiviti perniagaan.
Jaringan boleh mengurangkan birokrasi dalam membuat keputusan dengan:
(i) Mempercepatkan proses permohonan;
(ii) Menjimatkan masa, kewangan dan sumber lain;
(iii) Menghalang usahawan daripada melakukan kesilapan yang
sama berulang kali; dan
(iv) Mengelakkan tindakan menolak tanggungjawab (pass the buck).
(c) Meningkatkan Maklumat
Jaringan akan meningkatkan reputasi usahawan kerana semua ahli jaringan
akan tahu apa yang ia sedang lakukan. Pada masa yang sama, usahawan
tersebut boleh mendapatkan maklumat tentang siapa yang berada dalam
jaringan tersebut dan ini akan membolehkannya mendapatkan maklumat
yang diperlukan untuk menjayakan perniagaannya.
(d) Membina Keyakinan
Keyakinan adalah salah satu faktor terpenting dalam membina jaringan.
Dengan keyakinan, ahli jaringan akan bersedia memberi keutamaan
kepada produk atau perkhidmatan seseorang usahawan itu. Apabila orang
yakin dengan produk yang dijual atau perkhidmatan yang diberi oleh
usahawan, ia akan menjadi buah mulut orang ramai.
(e) Membina Situasi Saling Bergantung
Seseorang itu mungkin mengecapi kejayaan dengan pertolongan orang
lain. Anda juga mungkin ada merasai kejayaan dengan bantuan individu
lain. Hakikatnya, manusia bergantung sesama sendiri. Oleh itu, apa-apa
yang kita buat harus memanfaatkan orang lain. Semua orang mesti
bertindak dengan semangat simbiotik. Konsep bertolak ansur penting
dalam membangunkan hubungan jaringan yang baik.
(f) Sumber Kreativiti
Jaringan adalah sumber kreativiti untuk seorang usahawan dalam
menjalankan sebuah perniagaan. Kumpulan berlainan dalam jaringan akan
membantu membina idea baharu untuk mencipta produk atau
Copyright © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 7 JARINGAN USAHAWAN 99
perkhidmatan baharu serta cara pengeluaran dan pemasaran yang baharu.
Tambahan lagi, ahli jaringan boleh membawa peluang perniagaan baharu.
Idea boleh didapati daripada kawan, rakan sejawat, pelanggan dan
pengedar. Sokongan dan sumbangan pelbagai pihak dalam jaringan boleh
membantu usahawan untuk:
(i) Memperbaiki kualiti produk;
(ii) Memperbaiki pengedaran;
(iii) Memperbaiki teknik pengeluaran;
(iv) Memperbaiki teknik untuk perkhidmatan lepas jualan yang lebih
baik; dan
(v) Mencadangkan cara baharu untuk mempromosikan suatu produk.
7.6 BAGAIMANA MEMBINA JARINGAN
STRATEGIK
Terdapat tiga cara usahawan dapat menubuhkan jaringan strategik, seperti yang
ditunjukkan di dalam Rajah 7.3.
Rajah 7.3: Tiga cara untuk menubuhkan jaringan strategik
Copyright © Open University Malaysia (OUM)
100 TOPIK 7 JARINGAN USAHAWAN
LATIHAN 7.2
Huraian tiga cara usahawan boleh membina rangkaian strategik.
7.7 USAHAWAN DAN JARINGAN
Untuk menjadi usahawan berjaya, seseorang itu mesti mempunyai kekuatan
untuk bekerjasama dengan orang lain. Yang berikut adalah strategi menubuhkan
jaringan yang berkesan:
Ć Sedia mendengar;
Ć Sedia bertolak ansur;
Ć Mahir dalam memberikan keyakinan; dan
Ć Berfikiran tenang.
Bila kita bersedia mendengar pendapat orang lain, kita akan mendapat idea yang
boleh membantu kita berubah. Kita perlu bertolak ansur dengan orang lain dan
menunjukkan keyakinan kita. Setiap usahawan yang ingin menggunakan
jaringan strategik yang baik mesti memiliki kualiti-kualiti ini. Kegagalan
membina jaringan yang baik akan:
Ć Meningkatkan kos;
Ć Membuang masa;
Ć Membuang sumber syarikat;
Ć Merosakkan reputasi usahawan;
Ć Merosakkan reputasi syarikat; dan
Ć Mewujudkan dilema.
7.8 GABUNGAN JARINGAN STRATEGIK
Terdapat beberapa strategi bagi membangunkan hubungan antara usahawan
dan orang lain untuk membina jaringan yang baik. Hubungan yang baik dengan
orang lain boleh membantu usahawan membuat perubahan yang positif.
Strategi-strategi ini juga dapat menolong usahawan untuk menangani
perubahan. Strategi-strategi ini adalah seperti berikut:
(a) Strategi bagi Gabungan Jaringan
Ini adalah teknik membangunkan hubungan antara usahawan dan orang
lain yang mempunyai pengalaman perniagaan dan orang yang akan
Copyright © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 7 JARINGAN USAHAWAN 101
terlibat dalam perniagaan usahawan tersebut pada masa akan datang.
Usahawan mesti berusaha mengingati orang lain walaupun mungkin tidak
berurusan dengan mereka pada masa sekarang. Terdapat pelbagai cara
untuk membangunkan gabungan jaringan strategik, contohnya:
Membuat lawatan;
Menyertai majlis rasmi;
Berhubung melalui pihak ketiga;
Memberi cenderamata;
Menghantar kad, contohnya kad tahniah, takziah dan jemputan;
Menulis dan membalas surat dan e-mel;
Memberikan kad perniagaan;
Menghantar faks; dan
Bercakap melalui telefon.
(b) Strategi Membina Keyakinan Diri
Usahawan mesti menunjukkan kebolehan, personaliti dan kemahiran
mereka apabila diberikan tanggungjawab. Mereka perlu menunjukkan
bahawa mereka adalah bertanggungjawab agar orang yang memberikan
tanggungjawab tersebut kepada mereka akan berpuas hati dan bersedia
untuk memberikan tanggungjawab lain di masa hadapan. Bila kita
membuat perubahan, kita mesti bertanggungjawab dan melakukannya
dengan sebaik mungkin agar idea kita tidak gagal. Beberapa perkara yang
mesti diberikan perhatian adalah seperti berikut:
Ć Kebolehan membuat sesuatu yang orang lain tidak boleh;
Ć Kebolehan menyelesaikan masalah yang tidak dapat diselesaikan oleh
orang lain;
Ć Kebolehan menjana idea apabila diperlukan;
Ć Kebolehan menunjukkan kita boleh bersaing dengan orang lain;
Ć Kebolehan membuat tafsiran;
Ć Kebolehan menunjukkan kita adalah tempat rujukan bagi orang lain;
Ć Sentiasa betul dalam membuat keputusan;
Ć Membuat orang selesa dan gembira berkomunikasi dengan kita;
Ć Menyuarakan pendapat tanpa mendominasi orang lain;
Ć Kebolehan menguasai nada suara apabila bercakap;
Copyright © Open University Malaysia (OUM)
102 TOPIK 7 JARINGAN USAHAWAN
Ć Tidak mengambil kesempatan ke atas orang lain;
Ć Selalu bersedia untuk berterus-terang;
Ć Bersedia menerima pendapat orang lain;
Ć Bersedia menerima dan menghargai orang lain dan kebolehan mereka;
Ć Memberi dan menerima nasihat;
Ć Boleh mengawal diri sendiri;
Ć Fleksibel; dan
Ć Bertolak ansur apabila ada konflik.
Strategi begini membantu usahawan menangani kekurangan diri sendiri dan
menjalankan perniagaan selancar yang boleh dengan orang lain yang berkenaan.
AKTIVITI 7.1
Anda bercadang mengadakan majlis kesyukuran di rumah anda. Anda
menjemput ahli keluarga dan kawan anda. Terangkan bagaimana anda
akan menjalin rangkaian yang baik dengan mereka di majlis tersebut.
7.9 TEKNIK MEMBINA KEYAKINAN DALAM
KALANGAN USAHAWAN
Seorang usahawan mesti memperolehi kepercayaan orang ramai. Orang akan
yakin dengan usahawan yang membuktikan ia boleh melakukan kerja yang
diberikan dengan berjaya. Berikut adalah strategi yang boleh membantu anda
menjadi lebih berkeyakinan.
(a) Berhubung dengan berkesan dan penuh keyakinan
Jika anda tidak dapat menyuarakan pendapat atau mesej dengan berkesan,
orang lain akan kurang yakin dengan anda. Untuk berkomunikasi dengan
baik, anda perlu bersedia dengan maklumat dan data yang tepat. Anda
juga perlu ingat bahawa orang yang mendengar anda mungkin
mempunyai pendapat yang berbeza daripada anda. Hadapi perubahan
dengan yakin dan bersedia untuk berbincang tentang masalah dan idea
penyelesaian yang anda ada.
(b) Buktikan kebolehan anda kepada orang lain
Anda mesti ingat bahawa orang akan mula yakin dengan anda bila mereka
tahu anda boleh melakukan kerja yang diberikan. Anda mesti
Copyright © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 7 JARINGAN USAHAWAN 103
membuktikan bahawa anda mampu mengurus perubahan dan
membimbing orang lain dalam menghadapi perubahan tersebut.
(c) Tunjukkan keprihatinan anda terhadap orang lain
Tunjukkan yang anda bersedia untuk membantu orang lain. Apabila
anda bersedia untuk membantu orang yang memerlukan pertolongan,
mereka akan mengingati anda. Anda juga boleh memberi panduan kepada
orang yang menghadapi masalah menyesuaikan diri dengan perubahan
yang berlaku.
(d) Sentiasa bertindak adil
Jika anda tidak bertindak adil, anda akan memusnahkan jaringan yang
telah anda bina. Oleh itu untuk mengelakkan masalah, anda mesti berlaku
adil bila menjadi mentor, serta bila memberi bantuan, manfaat dan
perhatian. Anda mesti menyesuaikan diri dengan perubahan dalam
kumpulan.
(e) Sentiasa bersedia mengakui kesilapan sendiri
Semua orang akan membuat kesilapan. Bila anda membuat kesilapan, anda
mesti bersedia untuk mengakuinya. Ini akan menunjukkan kepada orang
lain bahawa anda adalah jujur. Anda mesti selalu bersedia untuk bertanya
tentang apa yang anda tidak faham. Elakkan bertanyakan soalan yang
bertujuan menguji orang lain. Bila anda berkongsi idea dengan orang lain,
anda membantu diri sendiri menghadapi perubahan. Ini kerana anda akan
mempunyai banyak idea baharu dan dapat membuat keputusan yang baik.
(f) Tunjukkan Semangat Pasukan
Kita mesti selalu melihat diri kita sebagai ahli sebuah pasukan dan
memastikan orang lain turut merasakan mereka juga ahli pasukan tersebut.
Elakkan daripada menyendiri atau menyisihkan diri dari orang lain. Kita
mesti ramah dengan semua ahli pasukan untuk mengetahui perasaan
mereka terhadap organisasi supaya kita dapat bekerjasama untuk
menyelesaikan masalah dan membuat perubahan.
(g) Berkeyakinan terhadap orang lain
Bila kita menunjukkan bahawa kita yakin dengan orang lain, mereka juga
akan yakin dengan kita. Salah satu cara untuk menunjukkan keyakinan
terhadap orang lain adalah dengan menunjukkan kesediaan kita untuk
berkongsi maklumat. Bila kita menunjukkan keyakinan, orang akan lebih
bersedia menerima idea kita dan memberikan kerjasama.
Copyright © Open University Malaysia (OUM)
104 TOPIK 7 JARINGAN USAHAWAN
AKTIVITI 7.2
Anda baru dilantik menjadi ketua pasukan dalam organisasi anda.
Bagaimanakah reaksi anda jika ahli pasukan anda tidak bersetuju
dengan pendapat anda?
SEMAK KENDIRI 7.1
Jelaskan strategi yang anda boleh gunakan untuk menaikkan
keyakinan diri sendiri.
7.10 HALANGAN DALAM MEMBINA
JARINGAN STRATEGIK
Terdapat lima halangan utama yang mesti dielakkan oleh usahawan yang ingin
membina jaringan strategik yang berkesan. Jika kita gagal membina jaringan
strategik yang berkesan, kita juga akan gagal menyesuaikan diri dengan
perubahan. Langkah pertama yang perlu diambil adalah mengenal pasti
kelemahan diri sendiri. Lima halangan tersebut ditunjukkan di dalam Rajah 7.4.
Rajah 7.4: Lima halangan dalam membina jaringan strategik
(a) Emosi
Halangan mungkin timbul daripada kekurangan emosi yang tampak
dalam sikap, personaliti dan ego seorang usahawan. Halangan ini akan
mewujudkan jurang sosial yang menjauhkan usahawan daripada orang
lain. Jurang sosial boleh menyebabkan usahawan gagal menyesuaikan diri
dengan perubahan. Halangan emosi disebabkan oleh ciri-ciri personaliti
seperti berikut:
(i) Terlalu agresif;
(ii) Takut;
Copyright © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 7 JARINGAN USAHAWAN 105
(iii) Berbicara seolah-olah memegang jawatan ketua;
(iv) Cuai dalam bertindak;
(v) Berfikir dan berkelakuan seolah-olah diri sendiri lebih baik
daripada orang lain;
(vi) Bongkak;
(vii) Hipokrit;
(viii) Terlalu mementingkan kesempurnaan;
(ix) Mengambil pucuk pimpinan secara tidak sopan;
(x) Tidak menepati masa;
(xi) Tidak sanggup mengakui kesilapan sendiri; dan
(xii) Tidak sanggup mengiktiraf kebolehan dan bakat orang lain.
(b) Fizikal
Halangan fizikal mungkin timbul apabila usahawan kurang yakin dengan
diri sendiri atau tidak memberi perhatian kepada perkara lain yang penting
seperti perangai dan pakaian. Seorang usahawan yang tidak
mementingkan penampilan diri mudah gagal mendapatkan keyakinan
rakan sekerja. Biasanya, individu yang selekeh dari segi perangai,
penampilan dan pakaian akan dianggap tidak berkebolehan
mengendalikan sesebuah organisasi dengan baik. Akibatnya, orang akan
lebih bersedia menolak sebarang perubahan yang dicadangkan oleh
individu tersebut. Berikut adalah beberapa masalah penampilan fizikal
yang boleh menghalang usahawan daripada membina sebuah jaringan
strategik:
(i) Pakaian yang kurang sesuai;
(ii) Nampak sakit atau penat;
(iii) Kurang atau langsung tidak mengurus diri sendiri;
(iv) Gelisah;
(v) Berbicara seperti tidak mempunyai keyakinan;
(vi) Mengelakkan memandang mata apabila berbicara dengan orang
lain;
(vii) Nampak tidak mesra;
(viii) Terlalu banyak menggerakkan anggota badan apabila
berkomunikasi dengan orang lain; dan
(ix) Bercakap dengan nada tinggi.
Copyright © Open University Malaysia (OUM)
106 TOPIK 7 JARINGAN USAHAWAN
(c) Psikologi
Faktor dan ciri-ciri yang memberi kesan kepada psikologi usahawan akan
mempengaruhi kebolehannya membina sebuah jaringan yang strategik.
Halangan psikologi boleh menjejaskan interaksi usahawan dengan orang
lain. Contohnya, jika seseorang usahawan itu selalu merasa kesunyian atau
rendah diri, dia akan mengalami kesusahan dalam membina jaringan yang
berkesan.
Seorang usahawan yang mempunyai kekuatan psikologi yang seimbang
mempunyai peluang yang lebih baik untuk memperolehi sokongan dan
kepercayaan para pekerjanya. Dia akan berada dalam posisi yang kuat
apabila cuba membawa perubahan dalam organisasi. Sebaliknya, seorang
usahawan yang mempunyai psikologi yang kurang seimbang akan
memberikan persepsi yang buruk dan menghadapi masalah dalam
mendapatkan sokongan orang lain.
Halangan psikologi melibatkan ciri-ciri seperti berikut:
(i) Kegelisahan;
(ii) Tidak dapat membuat keputusan;
(iii) Masalah emosi yang mengakibatkan perasaan seperti benci atau
marah terhadap orang lain;
(iv) Kesunyian;
(v) Kekecewaan;
(vi) Kegagalan mencapai matlamat;
(vii) Keseganan;
(viii) Sangat memerlukan pengesahan dan penerimaan oleh orang lain;
(ix) Keinginan untuk menonjolkan diri;
(x) Keinginan yang mencapai tahap obsesi; dan
(xi) Tidak berkebolehan membincangkan masalah.
(d) Kelakuan
Cara kita berkelakuan akan menentukan sama ada kita rapat atau renggang
dengan orang lain. Kelakuan baik akan membantu kita menjana perubahan
yang baik. Ciri-ciri kelakuan buruk termasuk yang berikut:
(i) Memfitnah orang lain;
(ii) Cuai dalam membuat keputusan;
(iii) Selalu ingin menjadi orang yang pertama;
(iv) Selalu ingin menjadi pemimpin;
(v) Mengusik orang lain;
Copyright © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 7 JARINGAN USAHAWAN 107
(vi) Memperbodohkan orang lain;
(vii) Berpura-pura mengetahui semua perkara;
(viii) Berfikir dan berkelakuan seperti kita tidak bersalah dan hanya
orang lain melakukan kesilapan;
(ix) Tidak sudi menerima pendapat orang lain; dan
(x) Tidak menghargai sumbangan orang lain.
(e) Ucapan Negatif
Ucapan kita boleh membantu membina atau merosakkan sebuah jaringan
strategik. Cara kita menyuarakan pendapat adalah penting. Seandainya
kita cuai dalam berinteraksi, kita dengan mudahnya boleh menyinggung
perasaan orang lain. Akibatnya, kita akan sukar mendapatkan sokongan
daripada ahli jaringan yang lain. Ungkapan yang perlu dielakkan adalah
seperti berikut:
(i) Ungkapan yang menunjukkan dominasi
(ii) Ungkapan bagaikan ejekan atau sindiran
(iii) Ungkapan yang menunjukkan perasaan rendah diri
Copyright © Open University Malaysia (OUM)
108 TOPIK 7 JARINGAN USAHAWAN
(iv) Ungkapan yang menunjukkan sikap ego
Kesimpulannya, seorang usahawan mesti berusaha sebaik mungkin untuk
mengelakkan lima halangan ini dalam membina jaringannya yang strategik. Dia
boleh menubuhkan sebuah jaringan yang berkesan untuk menjayakan
perniagaannya dengan menggunakan pengetahuan yang dimilikinya dengan
penuh yakin. Jaringan ini akan memanfaatkan usahawan tersebut dan juga orang
lain dalam jaringan tersebut.
Seorang usahawan yang ingin mencapai potensi tahap maksima melalui jaringan
yang baik akan faham bahawa ia tidak boleh mendominasi orang lain.
Sebaliknya, adalah penting baginya untuk mendapatkan kerjasama daripada
pihak-pihak yang berkenaan. Dalam mana-mana situasi yang memerlukan
pelaksanaan perubahan, pendapat ahli jaringan lain mesti dipertimbangkan.
Melayan rakan sekerja dan rakan perniagaan dengan bertimbang rasa dan
hormat akan membuahkan hasil yang lebih baik daripada cuba mengawal,
mengancam atau menyinggung perasaan mereka agar mereka menurut kata.
SEMAK KENDIRI 7.2
Apakah jenis ungkapan yang harus anda elakkan untuk
mengekalkan jaringan yang baik?
Jaringan merupakan hasil strategi hubungan yang lepas dan juga merupakan
sumber untuk strategi akan datang.
Kelebihan jaringan adalah kebolehcapaian, reputasi dan harapan.
Terdapat dua jenis jaringan iaitu jaringan formal dan jaringan tidak formal.
Jaringan formal adalah hubungan sedia ada antara pelbagai individu yang
mempunyai hubungan simbiotik dengan seseorang usahawan itu. Jaringan
tidak formal dibina menerusi hubungan dengan rakan di zaman kanak-
kanak, ahli keluarga dan orang lain yang mempunyai minat atau hobi yang
serupa.
Copyright © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 7 JARINGAN USAHAWAN 109
Jaringan adalah penting kerana ia membina keyakinan, mengurangkan
birokrasi, meningkatkan maklumat, membangunkan kepercayaan, membina
situasi saling bergantung dan menjana kreativiti.
Untuk mewujudkan dan membina keyakinan dalam jaringan, anda boleh
menggunakan tujuh teknik berikut:
(i) Berhubung dengan berkesan dan penuh keyakinan;
(ii) Buktikan kebolehan anda kepada orang lain;
(iii) Tunjukkan keprihatinan anda terhadap orang lain;
(iv) Sentiasa bertindak adil;
(v) Sentiasa bersedia mengakui kesilapan sendiri;
(vi) Tunjukkan semangat pasukan; dan
(vii) Berkeyakinan terhadap orang lain.
Halangan kepada pembinaan jaringan termasuk halangan fizikal, emosi,
psikologi, kelakuan dan ucapan.
Jaringan formal Jaringan strategik
Jaringan tidak formal Halangan kepada pembinaan jaringan
Copyright © Open University Malaysia (OUM)
Topik Penilaian
8 Peluang
Keusahawanan
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menerangkan enam perangkap (pitfalls) dalam memilih idea
perniagaan baharu;
p 2.
Menjelaskan lapan faktor kritikal dalam menilai perniagaan baharu;
3. Menghuraikan tiga faktor utama yang mempengaruhi kejayaan
sesebuah perniagaan baharu;
4. Menganalisis empat kaedah proses penilaian; dan
5. Menyatakan aktiviti khusus yang termasuk dalam penilaian
kebolehlaksanaan (feasibility) yang menyeluruh.
PENGENALAN
Semakin banyak perniagaan baharu telah ditubuhkan sejak kebelakangan ini.
Terdapat beberapa sebab usahawan mendirikan perniagaan baharu. Bila idea
bercambah sehingga menjadi perniagaan, cabaran sebenar adalah agar
perniagaan tersebut mampu bertahan dan berkembang.
Apa yang akan menjadikan anda seorang usahawan yang berjaya? Pernahkah
anda memikirkan aspek-aspek yang perlu anda ketahui? Untuk menangani
cabaran sebenar dalam dunia keusahawanan, anda memerlukan pengetahuan
dan kefahaman yang mendalam tentang kesulitan yang lazim dihadapi dalam
memilih perniagaan baharu. Topik ini juga akan membantu anda mengenal pasti
faktor kritikal untuk membangunkan perniagaan baharu dan faktor yang
menyumbang kepada kejayaan perniagaan. Kita juga akan membincangkan
Copyright © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 8 PENILAIAN PELUANG KEUSAHAWANAN 111
proses penilaian yang berkesan untuk perniagaan baharu. Sekarang, mari kita
mulakan!
8.1 KESULITAN DALAM MEMILIH
PERNIAGAAN BAHARU
Peringkat peralihan di mana sebuah idea perniagaan bertukar menjadi realiti boleh
menjadi waktu yang paling penting untuk memahami pembangunan perniagaan
baharu. Di bawah adalah enam kesulitan yang mungkin dihadapi oleh seorang
usahawan dalam memilih sebuah perniagaan baharu (lihat Rajah 8.1).
Rajah 8.1: Enam kesulitan dalam memilih perniagaan baharu
Sekarang, mari kita lihat penjelasan ringkas mengenai setiap kesulitan yang
bahaya ini.
(a) Kurang Penilaian Objektif
(i) Ramai usahawan tidak objektif dan tidak menyedari kepentingan
menyelidik secara teliti. Semua idea mesti dikaji dan diselidik terlebih
dahulu untuk mengelakkan ancaman ini daripada berlaku.
(b) Tiada Pengetahuan Mendalam Tentang Pasaran Yang Berkenaan
(i) Membangunkan pendekatan pemasaran sebagai asas kepada sebuah
perniagaan baharu kerap diabaikan oleh golongan usahawan.
Mengikut Levitt (1960), mereka seolah-olah mengalami rabun dekat
dari segi pengurusan.
Copyright © Open University Malaysia (OUM)
112 TOPIK 8 PENILAIAN PELUANG KEUSAHAWANAN
(ii) Mereka juga gagal mempertimbangkan kitar hidup sebuah produk
atau perkhidmatan baharu.
(iii) Usahawan mesti menyedari kepentingan pengaturan masa.
Merancang kitar hidup produk baharu dan memperkenalkannya
pada waktu yang betul adalah mustahak.
(c) Kurang Kefahaman Tentang Keperluan Teknikal
(i) Usahawan perlu melakukan kajian terperinci sebelum memulakan
sebuah perniagaan.
(ii) Masalah teknikal kerap muncul dan ini akan memakan masa selain
mengakibatkan penggunaan wang yang banyak.
(d) Kurang Kefahaman Kewangan
(i) Usahawan kerap mengabaikan kos. Mereka juga tidak membuat
perancangan dengan betul.
(ii) Kadang-kadang usahawan membuat anggaran kos pembangunan
perniagaan yang sangat rendah berbanding kos sebenar.
(e) Perniagaan Kurang Unik
(i) Konsep dengan reka bentuk dan ciri-ciri unik akan menarik
pelanggan kepada sesebuah perniagaan. Usahawan tidak akan dapat
menarik perhatian pelanggan jika tiada keunikan dalam perniagaan
mereka.
(ii) Pembezaan produk merupakan cara terbaik untuk memberitahu
pelanggan tentang perbezaan antara keluaran sendiri dengan
keluaran pesaing.
(f) Tidak Mengetahui Isu Perundangan
(i) Masalah besar akan timbul jika isu perundangan tidak diendahkan.
(ii) Contoh keperluan perundangan adalah mewujudkan suasana bekerja
yang selamat, memastikan kualiti produk dan perkhidmatan, serta
mendapatkan hak cipta dan paten untuk melindungi produk dan
ciptaan sendiri.
AKTIVITI 8.1
Namakan dua firma yang dikenali di seluruh dunia yang gagal dalam
perniagaan baharu mereka. Apakah masalah yang mereka mungkin
telah hadapi? Kongsi maklumat ini dengan tutor dan rakan dalam sesi
tutorial.
Copyright © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 8 PENILAIAN PELUANG KEUSAHAWANAN 113
8.2 FAKTOR-FAKTOR KRITIKAL UNTUK
PEMBANGUNAN PERNIAGAAN BAHARU
Kita mesti mempertimbangkan faktor kritikal dalam membangunkan sebuah
perniagaan baharu. Vesper (1990) mengatakan bahawa seorang usahawan harus
menggunakan senarai semak untuk perniagaan baharu. Senarai ini meliputi lapan
perkara seperti yang ditunjukkan di dalam Rajah 8.2 di bawah.
Rajah 8.2: Lapan perkara yang perlu dipertimbangkan dalam
membangunkan perniagaan baharu
Jadual 8.1 menunjukkan senarai semak yang patut digunakan oleh usahawan
dalam menilai sebuah perniagaan baharu.
Copyright © Open University Malaysia (OUM)
114 TOPIK 8 PENILAIAN PELUANG KEUSAHAWANAN
Jadual 8.1: Senarai Semak Idea Perniagaan Baharu
Perkara Soalan Penilaian
Kebolehlaksanaan Asas
Perniagaan Bolehkah produk atau perkhidmatan itu
digunakan?
Kelebihan Daya Saing
Perniagaan Adakah ia sah?
Keputusan Pembeli Apakah kelebihan daya saing yang
Dalam Perniagaan ditawarkan oleh produk atau perkhidmatan
yang akan dikeluarkan?
Pemasaran Produk dan
Perkhidmatan Apakah tindak balas yang mungkin diberi
oleh para pesaing?
Pengeluaran Produk dan
Perkhidmatan Siapakah yang mungkin menjadi pelanggan?
Keputusan Pengambilan Berapakah unit yang akan dibeli oleh setiap
Pekerja Untuk pelanggan dan berapa ramai pelanggan yang
Perniagaan ada?
Penguasaan Perniagaan
Berapa akan dibelanjakan untuk pengiklanan?
Pembiayaan Perniagaan
Berapa besarkah bahagian pasaran yang akan
ditembusi oleh syarikat itu?
Siapa yang akan melakukan jualan?
Adakah syarikat akan mengeluarkan atau
membeli apa yang ia akan jual?
Adakah wujud sumber bekalan pada harga
yang berpatutan?
Bagaimanakah kecekapan dalam setiap bidang
perniagaan tersebut akan dipastikan?
Siapa yang akan mengambil pekerja?
Apakah rekod yang diperlukan? Bila? yang
Adakah apa-apa kawalan khas
diperlukan?
Berapa wang yang diperlukan untuk
pembangunan perniagaan itu?
Berapa wang yang diperlukan untuk modal
kerja?
Siapa akan membiayai perniagaan tersebut?
Berapakah kos pembiayaan?
Copyright © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 8 PENILAIAN PELUANG KEUSAHAWANAN 115
AKTIVITI 8.2
Apakah faktor kritikal yang perlu dipertimbangkan dalam
membangunkan sebuah perniagaan baharu?
8.3 KENAPA PERNIAGAAN BAHARU GAGAL
Kebanyakan perniagaan baharu lingkup dalam setahun dua dan sebahagian kecil
sahaja yang mencapai kejayaan. Mengikut Bruno et al. (1987) serta Karakaya dan
Kobu (1994), terdapat tiga sebab utama yang menyumbang kepada kegagalan
perniagaan baharu seperti yang boleh dilihat di dalam Rajah 8.3.
Rajah 8.3: Tiga faktor utama yang menyumbang kepada
kegagalan perniagaan baharu
Copyright © Open University Malaysia (OUM)
116 TOPIK 8 PENILAIAN PELUANG KEUSAHAWANAN
Jadual 8.2 di bawah menerangkan faktor-faktor tersebut.
Jadual 8.2: Faktor-faktor yang Membawa kepada Kegagalan
Sebab Kegagalan Faktor-faktor
Masalah Produk/Pasaran
Pengaturan waktu yang kurang baik
Masalah Kewangan
Masalah Pengurusan Masalah reka bentuk produk
Strategi pengedaran tidak sesuai
Definisi perniagaan tidak jelas
Terlalu bergantung kepada satu pelanggan
Kekurangan modal pada waktu permulaan
perniagaan
Mula berhutang terlalu awal
Masalah hubungan modal perniagaan
Konsep pendekatan pasukan (contohnya
pengambilan pekerja dan penaikan pangkat
berdasarkan nepotisme dan bukannya
kelayakan; hubungan kurang baik dengan
syarikat induk dan pembiaya perniagaan;
pengasas yang menumpukan perhatian
kepada kekurangan dan bukannya kekuatan;
pekerja sokongan yang kurang mahir).
Masalah sumber manusia (contohnya sogokan
dan selepasnya, pemecatan yang berlaku;
penipuan oleh pembiaya perniagaan;
perjanjian lisan tidak diikuti; kes mahkamah
yang berlarutan).
8.4 PROSES PENILAIAN
Mari kita bincangkan proses penilaian pula.
Satu tugas kritikal dalam memulakan sebuah perniagaan baharu adalah
menjalankan penganalisaan yang kukuh dan menilai kebolehlaksanaan produk
atau perkhidmatan yang akan dilancarkan. Usahawan akan mendapati banyak
kekurangan serius dalam cadangan perniagaan mereka jika penganalisaan ini
tidak dilakukan dengan betul.
Copyright © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 8 PENILAIAN PELUANG KEUSAHAWANAN 117
Rajah 8.4 menunjukkan proses penilaian yang dinyatakan oleh Kuratko dan
Hodgetts (2004).
Rajah 8.4: Proses penilaian
Kuratko dan Hodgetts (2004), menjelaskan proses penilaian seperti berikut:
(a) Bertanyakan Soalan Yang Betul
Banyak soalan penilaian yang patut ditanya. Antara soalan yang usahawan
harus menanyakan pada diri sendiri adalah seperti berikut:
(i) Adakah ia idea produk/perkhidmatan yang baharu? Adakah ia
proprietari? Bolehkah ia diberikan paten atau hak cipta?
(ii) Adakah sebuah prototaip telah diuji oleh penguji bebas dengan cara
cuba merosakkan atau mengoyakkannya? Apakah kelemahannya?
Mampukah ia bertahan?
(iii) Sudahkah produk/perkhidmatan itu dibawa ke pameran
perdagangan? Jika ya, apakah reaksi yang diterima? Adakah
produk/perkhidmatan tersebut berjaya dijual?
(iv) Adakah produk/perkhidmatan tersebut mudah difahami oleh
pelanggan, bank, penyedia modal, akauntan, peguam dan ejen
insuran?
(v) Apakah pasaran keseluruhan? Apakah segmen pasarannya? Bolehkah
produk tersebut menembusi segmen pasaran ini? Adakah fokus
pasaran (niche) yang boleh dimasuki?
(vi) Adakah kajian pasaran telah dibuat? Siapakah para pesaing
perniagaan tersebut?
Copyright © Open University Malaysia (OUM)
118 TOPIK 8 PENILAIAN PELUANG KEUSAHAWANAN
(vii) Apakah kaedah pengedaran dan jualan yang boleh digunakan?
(viii) Bagaimana produk itu boleh dibuat? Berapakah kosnya?
(ix) Adakah konsep perniagaan itu akan dibangunkan dan lesennya
diberikan kepada orang lain atau adakah ia akan dibangunkan dan
dijual?
(b) Analisis Profail
Satu faktor strategik sahaja tidak boleh menentukan kejayaan sebuah
perniagaan. Dalam kebanyakan kes, hasil sebuah perniagaan ditentukan
oleh gabungan pelbagai faktor. Adalah penting untuk mengenal pasti dan
mengkaji faktor-faktor ini sebelum sesebuah idea baharu itu dilaksanakan.
Hasil analisis profail membolehkan usahawan menilai potensi sesebuah
perniagaan.
(c) Pendekatan Kriteria Kebolehlaksanaan
Pendekatan ini dibangunkan sebagai sebuah senarai pemilihan kriteria
yang boleh digunakan oleh usahawan untuk mendapat tahu mengenai
daya maju (viability) perniagaan mereka. Mengikut Kuratko dan Hodgetts
(2004), pendekatan ini menanyakan soalan berikut:
(i) Adakah ia proprietari?
(ii) Adakah kos pengeluaran permulaan realistik?
(iii) Adakah kos pemasaran permulaan realistik?
(iv) Adakah produk tersebut berpotensi membawa keuntungan besar?
(v) Adakah masa yang diperlukan untuk sampai ke pasaran dan
mencapai tahap pulang modal (break-even) realistik?
(vi) Adakah pasaran yang bakal ditembusi itu besar?
(vii) Adakah sudah ada pelanggan?
(viii) Adakah kos pembangunan dan jangka masa yang sedia ada realistik?
(ix) Adakah ia sebuah industri yang sedang berkembang?
(x) Bolehkah produk itu dan keperluan untuknya difahami oleh komuniti
kewangan?
(d) Pendekatan Kebolehlaksanaan Komprehensif
Ini maksudnya analisis kebolehlaksanaan yang lebih menyeluruh dan
sistematik yang menggabungkan faktor luaran. Terdapat dua faktor utama
yang terlibat dalam kajian kebolehlaksanaan komprehensif terhadap
sebuah perniagaan baharu seperti yang ditunjukkan di dalam Jadual 8.3.
Copyright © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 8 PENILAIAN PELUANG KEUSAHAWANAN 119
Jadual 8.3: Dua Faktor Utama Dalam Kajian Kebolehlaksanaan Komprehensif
Perniagaan Baharu
Kebolehlaksanaan Teknikal Kebolehpasaran
Ini bermakna mengenal pasti keperluan Ini memaksudkan bagaimana sebuah
teknikal untuk mengeluarkan sebuah produk atau perkhidmatan mudah dijual
produk atau perkhidmatan yang akan di pasaran dan permintaan yang ada.
menepati kehendak bakal pelanggan.
Tiga perkara utama dalam analisis jenis
Kriteria penting untuk keperluan ini ini adalah:
adalah seperti berikut:
Mengkaji potensi pasaran yang penuh
Reka bentuk fungsian dan daya dan mengenal pasti pelanggan untuk
tarikan produk. produk atau perkhidmatan tersebut.
Kefleksibelan, contohnya ciri-ciri Menganalisis sampai tahap mana
luaran produk boleh diubah suai perniagaan itu boleh menggunakan
untuk menunaikan permintaan pasaran yang dijangka wujud.
pelanggan atau menurut perubahan
teknologi dan persaingan. Menggunakan analisis pasaran untuk
menentukan peluang dan risiko yang
Produk itu dibuat daripada bahan berkaitan dengan perniagaan itu.
yang tahan lama.
Keutuhan, contohnya memastikan
prestasi seperti yang diharapkan
semasa digunakan dalam keadaan
normal.
Pelbagai sumber maklumat perlu dicari dan digunakan untuk menghadapi
perkara-perkara ini. Untuk analisis kebolehlaksanaan pasaran, sumber am
adalah seperti berikut:
(a) Trend ekonomi am (pelbagai tanda ekonomi);
(b) Maklumat pasaran (pelanggan, corak permintaan pelanggan);
(c) Maklumat harga (lingkungan harga untuk produk sama, produk
pelengkap dan produk pengganti; harga asas dan struktur diskaun); dan
(d) Maklumat persaingan (pesaing utama dan kekuatan daya saing mereka).
Ć Pemilihan perniagaan baharu mungkin mengalami bahaya seperti kurang
penilaian objektif, kurang pengetahuan tentang pasaran yang bakal
dimasuki, kurang kefahaman tentang keperluan teknikal, kefahaman
kewangan yang rendah, kurang idea unik dan tidak mengetahui isu
perundangan.
Copyright © Open University Malaysia (OUM)
120 TOPIK 8 PENILAIAN PELUANG KEUSAHAWANAN
Faktor utama yang boleh menyebabkan kegagalan perniagaan baharu adalah
kekurangan pengetahuan tentang pasaran, produk bermasalah, strategi
jualan dan pemasaran yang tidak berkesan, kurang pengetahuan tentang
tekanan persaingan, masalah pengaturan waktu dan kekurangan modal.
Ć Dengan menanyakan soalan yang betul, membuat analisis profail dan
menjalankan kajian kriteria kebolehlaksanaan, maka kebolehlaksanaan
produk atau perkhidmatan seorang usahawan boleh dinilai.
Analisis profail Kebolehsediaan produk
Faktor kritikal Keperluan perundangan
Kebolehlaksanaan teknikal Keunikan
Kebolehpasaran Pembezaaan produk
Kebolehsediaan pelanggan
Copyright © Open University Malaysia (OUM)
Topik Perancangan
9 Kewangan
Peribadi dan
Usahawan
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menerangkan makna perancangan kewangan;
p 2. Menjelaskan kepentingan mempunyai matlamat kewangan peribadi
dalam membuat perancangan kewangan;
3. Mengira nilai bersih (net worth) individu yang berkaitan dengan
kunci kira-kira peribadi (personal balance sheet);
4. Menyediakan bajet untuk perancangan kewangan peribadi dan
kenyataan aliran tunai (cash flow statement) untuk memantau aliran
tunai;
5. Mengenal pasti tanda-tanda seseorang individu itu sedang
menghadapi masalah kewangan; dan
6. Menghuraikan apa yang boleh dilakukan untuk menghindari atau
menyelesaikan masalah kewangan.
PENGENALAN
Bila kita merancang dengan baik, kita sudah sampai separuh jalan dalam
mengejar kejayaan. Prinsip ini adalah relevan kepada usahawan dalam
merancang kewangan peribadi. Sebagai seorang usahawan, anda mempunyai
pilihan sama ada untuk membuat perancangan kewangan peribadi ataupun
tidak. Jika anda membuat perancangan ini dan anda lakukannya dengan betul, ia
akan memanfaatkan keadaan kewangan anda. Topik ini akan memberikan anda
Copyright © Open University Malaysia (OUM)
122 TOPIK 9 PERANCANGAN KEWANGAN PERIBADI DAN USAHAWAN
pengetahuan asas tentang perancangan kewangan peribadi dan perkara lain
yang berkaitan dengannya. Mari kita lihat bersama.
9.1 PERLUNYA PERANCANGAN KEWANGAN
PERIBADI
Pada fikiran anda, kenapakah kita memerlukan perancangan kewangan?
Jawapannya adalah perancangan kewangan mempunyai pengaruh ke atas masa
hadapan, cita-cita dan matlamat kita. Ia akan menentukan sama ada kita boleh
merealisasikan apa yang kita ingin capai dalam kehidupan kita contohnya
berkahwin, membeli sebuah kereta atau rumah, menimang anak dan merancang
pendidikan mereka.
Anda memerlukan perancangan kewangan yang betul untuk mencapai cita-cita
dan matlamat hidup anda. Ini melibatkan bagaimana anda membuat bajet,
menyimpan dan membelanjakan wang dari masa ke semasa.
Mengikut Persatuan Perancangan Kewangan, perancangan kewangan adalah
proses jangka panjang yang memerlukan anda untuk menguruskan kewangan
anda dengan bijak agar dapat mencapai matlamat dan cita-cita anda dan pada
masa yang sama, menangani masalah kewangan yang biasa dihadapi di setiap
peringkat hidup. Perlu diingati bahawa perancangan kewangan adalah sebuah
proses dan bukannya sebuah produk.
9.1.1 Langkah-langkah dalam Perancangan Kewangan
Tahukah anda langkah-langkah yang perlu diambil untuk membuat
perancangan kewangan yang kukuh? Rajah 9.1 menunjukkan lima langkah
dalam perancangan kewangan.
Rajah 9.1: Lima langkah dalam perancangan kewangan
Kita akan membincang langkah-langkah ini dengan lebih lanjut dalam topik ini.
Copyright © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 9 PERANCANGAN KEWANGAN PERIBADI DAN USAHAWAN 123
SEMAK KENDIRI 9.1
1. Apa yang anda faham tentang perancangan kewangan peribadi?
2. Pada fikiran anda, apakah hubungan antara matlamat kewangan
peribadi dan peringkat-peringkat hidup seorang individu?
3. Adakah anda faham mengapa ia penting untuk menilai kedudukan
kewangan anda sebelum menetapkan matlamat kewangan anda?
9.1.2 Faedah Perancangan Kewangan
Kebanyakan kita memikirkan bahawa perancangan kewangan adalah leceh dan
menghindarkan kita daripada melakukan perkara-perkara lain yang lebih
menyeronokkan. Jika anda hidup mengikut bajet, anda perlu menghentikan
aktiviti-aktiviti yang membawa keseronokan kepada anda, bukankah begitu?
Cubalah anda berfikir sejenak, jika anda biasa menjimatkan wang anda, akan ada
wang lebih untuk menghiburkan diri bersama kawan-kawan.
Mungkin anda memerlukan bantuan untuk mengambil langkah yang pertama.
Jika anda mempunyai tabiat perancangan kewangan yang baik, anda pasti akan
mempunyai wang yang cukup untuk mengecapi keseronokan yang lebih di
masa hadapan!
Jika anda mempunyai waktu serta pengetahuan dan jika situasi kewangan anda
tidak terlalu rumit, mungkin anda boleh membuat perancangan kewangan anda
dengan sendiri. Dengan perancangan kewangan anda sendiri, anda akan:
(a) Mempunyai lebih kuasa dalam hal kewangan anda dan boleh mengelakkan
daripada berbelanja terlalu banyak, mempunyai hutang yang tidak
terkawal, bangkrap atau bergantung kepada orang lain;
(b) Mempunyai hubungan yang lebih baik dengan orang di sekeliling anda
contohnya keluarga, kawan dan rakan sekerja kerana anda gembira dengan
kehidupan anda dan tidak meminjam duit sana-sini untuk meneruskan
kehidupan atau mengharapkan orang lain untuk memberikan anda wang;
(c) Bebas daripada kebimbangan tentang duit kerana anda sudah pun
merancang untuk masa hadapan, menganggarkan perbelanjaan anda dan
mencapai matlamat hidup anda; dan
(d) Lebih efektif dalam memperoleh, menggunakan dan melindungi sumber
kewangan anda sepanjang hidup anda, bukan hanya untuk diri sendiri
tetapi juga untuk orang yang disayangi.
Copyright © Open University Malaysia (OUM)
124 TOPIK 9 PERANCANGAN KEWANGAN PERIBADI DAN USAHAWAN
Dalam erti kata lain, apabila anda mempunyai pelan kewangan peribadi yang
baik, anda akan lebih berpengetahuan tentang keperluan masa hadapan anda
dan sumber yang anda miliki. Anda akan berasa tenang kerana tahu keadaan
kewangan anda berada dalam kawalan.
9.1.3 Peringkat Kehidupan dan Matlamat Kewangan
Sebagai seorang dewasa, anda akan melalui pelbagai peringkat kehidupan, dari
memulakan kerjaya sehingga bersara, dari zaman bujang sehingga berkahwin,
mempunyai anak dan kadangkala membujang sekali lagi. Dalam pelbagai fasa
ini, anda akan mempunyai keutamaan, tanggungjawab dan matlamat kewangan
yang berbeza-beza.
Setiap peringkat kehidupan anda mengemukakan peluang pelaburan dan
cabaran yang berlainan. Disiplin dan ketabahan berperanan penting dalam
pelaksanaan strategi kewangan yang boleh dipercayai. Sambil kehidupan anda
berubah, demikian juga keperluan dan matlamat anda. Perancangan kewangan
yang mantap akan membolehkan anda bersedia untuk menangani cabaran dan
perubahan dengan jayanya.
Apabila anda berusia dalam lingkungan 20-an, anda akan melihat wang dan
membelanjakannya secara berbeza berbanding dengan apabila anda berusia
dalam lingkungan 50-an. Sebagai contoh, semasa bujang, anda mungkin ingin
memiliki wang yang cukup untuk membuat bayaran muka sebuah kereta atau
bercuti bersama kawan-kawan. Selepas berkahwin, anda mungkin mahu
membeli sebuah rumah. Selepas itu, apabila anda mempunyai beberapa orang
anak, anda mungkin mahu merancang pendidikan mereka, malah juga
memulakan dana persaraan untuk diri sendiri.
Memandangkan keperluan anda berubah dari semasa ke semasa, keutamaan
kewangan anda akan juga berubah untuk memenuhi keperluan pada waktu yang
berlainan dalam hidup anda. Maka, apa yang anda lakukan dengan wang anda
sambil menempuh kehidupan dewasa bergantung pada matlamat kewangan anda.
Dalam bahagian yang seterusnya, kita akan melihat bagaimana anda mampu
mencapai matlamat kewangan anda. Walau bagaimanapun, adalah baik untuk
ditekankan di sini bahawa untuk mencapai matlamat kewangan, anda perlu
menabung!
Copyright © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 9 PERANCANGAN KEWANGAN PERIBADI DAN USAHAWAN 125
SEMAK KENDIRI 9.2
1. Berikan definisi perancangan kewangan.
2. Jelaskan tiga manfaat perancangan kewangan.
3. Pada fikiran anda, adakah matlamat kewangan peribadi berubah
mengikut peringkat hidup seseorang?
9.2 KUASA WANG
Adakah anda masih ingat apa yang dipelajari dalam subtopik sebelumnya? Kita
sudahpun membincangkan mengapa perancangan kewangan peribadi
diperlukan. Wang memainkan peranan penting dalam kehidupan kita kerana ia
membantu kita mencapai pelbagai perkara. Pernahkah anda dengar petikan
berikut?
Money is power, freedom, a cushion, the root of all evil, the sum of blessings.
(Wang adalah kuasa, kebebasan, pelindung, akar segala kejahatan, rumusan
segala rahmat).
Carl Sandburg
Adalah penting bagi kita untuk memahami peranan wang dari aspek
membolehkan kita berjaya dari segi kewangan. Pengetahuan kewangan adalah
penting kerana ia membolehkan kita membuat keputusan yang baik tentang
wang kita. Dalam subtopik ini, kita akan membincangkan bagaimana untuk
menetapkan matlamat serta apakah matlamat penting ă menyimpan wang untuk
kecemasan serta aset dan liabiliti: apa yang anda miliki dan hutang. Di samping
itu, kita juga akan melihat nilai bersih anda dan bagaimana untuk
menghitungnya.
9.2.1 Bagaimana Menetapkan Matlamat Anda
Tahukah anda bahawa menetapkan matlamat akan membolehkan anda
menguasai wang dan hidup anda? Ia adalah langkah pertama dalam mengatur
kewangan anda. Matlamat anda boleh merupakan matlamat jangka pendek atau
panjang, kecil atau besar, tetapi ia mesti merupakan matlamat yang boleh dicapai.
Bila menetapkan matlamat kewangan, anda perlu mengatur keutamaan anda
kerana tanpa mengetahuinya adalah susah untuk membentuk matlamat
Copyright © Open University Malaysia (OUM)
126 TOPIK 9 PERANCANGAN KEWANGAN PERIBADI DAN USAHAWAN
kewangan yang memuaskan. Akan lebih senang untuk anda menetapkan
matlamat kewangan bila anda faham apa yang menjadi keutamaan bagi diri anda.
Bagaimanakah anda menetapkan matlamat anda? Cara terbaik adalah untuk
menulis matlamat kewangan anda. Hanya memikirkan tentangnya tidak
mencukupi. Anda akan melupakan matlamat yang telah anda tetapkan atau
tanpa disedari menukarkannya dalam fikiran anda. Menulis matlamat kewangan
akan menambahkan peluang anda untuk mencapainya.
Tulis matlamat kewangan anda dengan cara yang paling spesifik yang mungkin.
Apakah gunanya menulis „Matlamat saya adalah untuk mempunyai duit yang
banyak dalam bank‰? Apakah erti „duit yang banyak‰? Adakah ia RM50,000,
RM500,000 atau RM5,000,000? Tulis matlamat anda dengan spesifik dan dalam
bentuk yang boleh diukur. Pecahkan matlamat anda kepada jangka pendek,
jangka sederhana dan jangka panjang.
Contoh:
(a) Matlamat Jangka Pendek (kurang daripada setahun)
(i) Menyimpan RM5,000 dalam enam bulan.
(ii) Membayar deposit untuk sebuah kereta baharu.
(b) Matlamat Jangka Sederhana (satu hingga tiga tahun)
(i) Membayar deposit RM20,000 untuk rumah pertama.
(c) Matlamat Jangka Panjang (lebih daripada tiga tahun)
(i) Menyimpan RM100,000 dalam lima tahun untuk akaun persaraan.
Anda boleh menggunakan Jadual 9.1 untuk menulis matlamat kewangan anda.
Jadual 9.1: Matlamat Kewangan
Jangka Pendek Matlamat Kewangan Saya Jangka Panjang
Jangka Sederhana
Copyright © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 9 PERANCANGAN KEWANGAN PERIBADI DAN USAHAWAN 127
9.2.2 Matlamat Penting – Simpan Wang untuk
Kecemasan
Apakah yang akan berlaku jika tiba-tiba anda tidak mampu membayar yuran
pendidikan anda? Adakah anda akan mengorbankan impian anda untuk
menggenggam segulung ijazah atau adakah anda akan menggunakan suatu
pelan kecemasan?
Dalam kehidupan ini, banyak ketidakpastian yang mungkin anda hadapi. Dari
kerosakan kecil pada kenderaan anda kepada kematian ketua keluarga, malang
memang tidak berbau.
Kejadian yang tidak disangka-sangka, sama ada malapetaka atau kemalangan,
boleh berlaku kepada anda atau ahli keluarga anda. Dalam kebanyakan situasi,
wang akan diperlukan. Adalah sangat penting untuk anda bersedia dengan alat
dan pengetahuan yang betul untuk situasi yang memerlukan anda untuk berfikir
pantas dan menangani masalah yang lazimnya anda tidak akan hadapi. Dana
kecemasan adalah salah satu alat yang boleh anda gunakan.
Bila anda menyenaraikan matlamat kewangan anda, menyimpan untuk dana
kecemasan patut dimasukkan sekali. Sebagai panduan am, simpan wang dalam
dana kecemasan anda untuk perbelanjaan kehidupan yang asas untuk sekurang-
kurangnya enam bulan. Paling bagus adalah menyimpan wang untuk 12 bulan.
Contohnya, jika anda memerlukan lebih kurang RM1,500 sebulan untuk
perbelanjaan hidup anda, termasuk bayaran tetap seperti pinjaman perumahan
atau sewa dan premium insurans serta bil elektrik dan air, anda harus
mempunyai sekurang-kurangnya RM9,000 dalam dana kecemasan anda
(RM1,500 x 6 bulan). Jika boleh, simpan RM18,000 dalam dana tersebut (RM1,500
x 12 bulan).
Mungkin susah untuk menyimpan wang yang sebegitu banyak bila anda mula
bekerja tetapi anda boleh membina simpanan tersebut sedikit demi sedikit. Anda
perlu ingat untuk menyimpan wang bagi dana kecemasan ini.
9.2.3 Aset dan Liabiliti: Apa yang Anda Miliki dan
Hutang
Dalam perancangan kewangan, anda perlu menilai di mana anda berada
sekarang dari segi kewangan iaitu apa yang anda miliki dan apa yang anda
hutang, berapa wang yang anda ada dan berapa wang yang tinggal selepas anda
membuat pelbagai bayaran.
Copyright © Open University Malaysia (OUM)
128 TOPIK 9 PERANCANGAN KEWANGAN PERIBADI DAN USAHAWAN
Bila membuat hitungan ini, dua jenis penyata kewangan peribadi adalah
berguna:
(i) Kunci kira-kira; dan
(ii) Penyata aliran tunai (dibincangkan dalam bahagian „Asas Membuat Bajet‰
dalam topik ini).
Penyata ini akan membantu anda untuk:
(a) Menyediakan maklumat tentang keadaan kewangan anda dan ringkasan
pendapatan dan perbelanjaan anda;
(b) Mengukur prestasi anda dalam mencapai matlamat kewangan anda dalam
bentuk jangka pendek, sederhana dan panjang;
(c) Menyimpan maklumat tentang aktiviti kewangan anda seperti pelaburan
dan corak perbelanjaan; dan
(d) Menyediakan maklumat yang boleh digunakan untuk mengisi borang
cukai atau permohonan pinjaman bank.
Tahukah anda apa itu kunci kira-kira peribadi? Mari kita lihat definisinya:
Kunci kira-kira peribadi adalah kad skor kewangan anda, yang boleh anda
gunakan untuk menilai kedudukan kewangan anda dari semasa ke semasa.
Anda boleh merujuknya dalam membuat keputusan yang berkaitan dengan
wang.
Kunci kira-kira anda melaporkan apa yang anda miliki dan apa yang anda
hutang:
(i) Apa yang anda miliki (aset) ă Contohnya wang tunai, simpanan, hartanah,
amanah saham atau saham syarikat.
(ii) Apa yang anda hutang (liabiliti) ă Contohnya semua jenis pinjaman, sama
ada pinjaman bank, keluarga atau kawan, serta hutang kad kredit dan
bayaran yang perlu dibuat seperti untuk sewa rumah dan bil utiliti.
Contoh kunci kira-kira peribadi diberikan di dalam Jadual 9.2. Anda boleh
gunakannya sebagai asas untuk menyediakan satu untuk diri anda. Kunci kira-
kira peribadi ini mempunyai nilai bersih positif kerana nilai jumlah aset lebih
tinggi daripada nilai jumlah liabiliti.
Copyright © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 9 PERANCANGAN KEWANGAN PERIBADI DAN USAHAWAN 129
Jadual 9.2: Kunci Kira-kira Peribadi
Butir Aset Liabiliti
RM RM
Akaun Bank
Akaun simpanan 5,237
Akaun semasa 3,532
Akaun deposit tetap 25,835
Tunai 1,235
Harta 250,000
Pangsapuri ·
Rumah ·
Tanah 7,695
Barang kemas
Kereta 60,000
Pelaburan 55,267 254,292
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) 15,982
Amanah saham
Saham ·
Pinjaman Bank ·
Kad kredit ·
Pinjaman pelajaran ·
Pinjaman dari keluarga dan kawan ·
Sewa beli perabot dan perkakas elektrik
424,783
Jumlah
170,491
Nilai Bersih
9.2.4 Mengetahui Nilai Bersih Anda
Nilai bersih anda adalah jumlah aset tolak jumlah liabiliti anda. Anda akan
mempunyai nilai bersih positif jika milik anda lebih daripada hutang anda. Bila
ini berlaku, tahniah! Ini bermakna anda mempunyai kedudukan kewangan yang
sihat.
Copyright © Open University Malaysia (OUM)
130 TOPIK 9 PERANCANGAN KEWANGAN PERIBADI DAN USAHAWAN
Namun demikian, mempunyai nilai bersih yang tinggi tidak menjamin anda
tidak akan mempunyai masalah kewangan sampai bila-bila. Anda boleh
memiliki nilai bersih yang tinggi dan masih menghadapi kesusahan.
Bagaimanakah seorang yang mempunyai nilai bersih yang tinggi boleh
menghadapi masalah? Masalah timbul apabila aset yang ada itu bukan aset cair!
Bila aset tidak mudah ditukarkan kepada tunai, masalah boleh muncul. Mari kita
lihat bagaimana ini boleh berlaku.
Katakan anda mempunyai sebuah rumah sebagai aset (di mana anda tinggal)
tetapi anda tidak mempunyai tunai di dalam poket atau akaun bank anda dan
anda sudah tidak membayar hutang kad kredit anda. Masalah yang paling
menekan adalah apabila anda memerlukan wang untuk perbelanjaan harian.
Anda sudah hilang kerja dan tidak ada cara untuk mendapatkan walau seringgit
pun. Anda bercadang menjual rumah anda untuk mendapatkan duit bagi
perbelanjaan harian. Di sini terletak masalahnya ă anda tidak boleh menjual
rumah anda dengan serta-merta. Oleh sebab ia bukan aset cair, ia tidak mudah
dijual. Mencari seorang pembeli akan memakan masa berbulan-bulan lamanya.
Tambahan lagi, ini rumah tempat tinggal anda sekeluarga. Tentu anda tidak
boleh menjualnya sehingga anda mempunyai tempat tinggal yang lain.
Adalah senang untuk membuat kesimpulan bahawa sihat dari segi kewangan
bererti mempunyai portfolio aset yang seimbang jadi anda tidak akan
kekurangan wang tunai pada bila-bila masa. Dengan cara ini anda boleh
memastikan bahawa kebebasan kewangan akan menjadi milik anda.
Bila anda berhutang lebih daripada yang anda miliki, anda mempunyai nilai
bersih negatif. Dalam situasi ini, anda tidak mampu membayar hutang anda bila
tiba masanya kerana anda tidak mempunyai cukup wang atau aset yang boleh
ditukarkan kepada wang tunai dengan mudah. Anda sebenarnya menghadapi
masalah kewangan dan mungkin menjadi bankrap.
Nilai bersih anda memberikan gambaran kedudukan kewangan anda pada
tarikh tertentu. Jangan anggap barangan bukan tunai anda sebagai tunai
kerana ia mungkin tidak senang dijual.
9.2.5 Menghitung Nilai Bersih Anda
Bagaimanakah kita boleh menghitung nilai bersih anda? Rajah 9.2 menunjukkan
lima langkah menghitung nilai bersih.
Copyright © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 9 PERANCANGAN KEWANGAN PERIBADI DAN USAHAWAN 131
Rajah 9.2: Lima langkah menghitung nilai bersih anda
Copyright © Open University Malaysia (OUM)
132 TOPIK 9 PERANCANGAN KEWANGAN PERIBADI DAN USAHAWAN
Terdapat beberapa cara untuk menambahkan nilai bersih anda contohnya
menambahkan simpanan anda, mengurangkan perbelanjaan dan hutang anda
dan menjual sebahagian daripada aset dan barang milik anda yang tidak
menjana pendapatan.
AKTIVITI 9.2
Hitung nilai bersih diri anda.
9.3 ASAS MEMBUAT BAJET
Menyediakan bajet adalah cara terbaik untuk mencapai matlamat anda ă tidak
kira umur atau peringkat hidup anda. Ia merupakan pelan untuk wang yang
anda harap terima dan bagaimana anda harap untuk membelanjakannya.
9.3.1 Pelan Bajet dan Perbelanjaan
Dalam perancangan kewangan, adalah penting untuk menyediakan bajet. Hidup
mengikut bajet memerlukan disiplin yang tinggi tetapi ia akan membantu anda:
(a) Hidup dalam lingkungan gaji bulanan anda;
(b) Menyimpan wang;
(c) Mencapai matlamat kewangan;
(d) Bersedia untuk kecemasan kewangan; dan
(e) Membina tabiat pengurusan kewangan yang baik di mana anda biasa
memantau aliran tunai dan nilai bersih anda.
Sediakan bajet anda pada permulaan setiap bulan atau pada hari anda
menerima gaji bulanan.
Bila anda menyediakan bajet peribadi:
(i) Rujuk matlamat kewangan anda. Bandingkan bajet anda dengan matlamat
kewangan anda untuk melihat sama ada anda sedang mencapai matlamat
tersebut. Contohnya, jika anda mensasarkan untuk membayar wang muka
untuk membeli sebuah kereta dalam masa setahun, pastikan anda
Copyright © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 9 PERANCANGAN KEWANGAN PERIBADI DAN USAHAWAN 133
membuat semakan bulanan untuk menentukan bahawa anda sedang
menyimpan duit untuk matlamat tersebut.
(ii) Anggarkan pendapatan anda untuk tempoh bajet tersebut. Anggaran ini
meliputi gaji, komisen, elaun dan sumber wang lain.
(iii) Peruntukkan sekurang-kurangnya 10% daripada pendapatan anda untuk
simpanan anda (20-30% daripada pendapatan anda adalah lebih baik
kerana anda akan mewujudkan simpanan yang lebih besar untuk
persaraan anda).
(iv) Peruntukkan sebahagian wang untuk dana kecemasan anda.
(v) Anggarkan perbelanjaan tetap (fixed expenses) untuk tempoh bajet. Ini
adalah perbelanjaan yang mesti dibayar atau dibelanjakan seperti sewa
rumah, bayaran ansuran pinjaman, bayaran kad kredit dan premium
insuran.
(vi) Anggarkan perbelanjaan tidak tetap (variable expenses) untuk tempoh
tersebut seperti petrol, barang runcit serta bil elektrik dan air.
(vii) Anggarkan perbelanjaan yang boleh dipertimbangkan (discretionary
expenses) iaitu untuk perkara di mana anda boleh memilih sama ada untuk
membelanjakan wang ataupun tidak seperti hadiah, hobi, hiburan dan cuti.
Untuk menyediakan bajet yang berjaya, ingat perkara yang berikut:
Bersabar dan berdisiplin ă Suatu bajet yang baik mengambil masa dan usaha
untuk disediakan. Jangan berputus asa sebab anda merasakan terlalu banyak
perkara yang perlu dilakukan!
Bersifat realistik ă Jika pendapatan anda sederhana, jangan berharap untuk
menyimpan wang yang banyak dalam masa yang singkat.
Bersifat fleksibel ă Akan ada perbelanjaan yang tidak dijangka dan
perubahan dalam harga barang runcit serta benda lain. Pinda bajet anda bila
perlu.
Peruntukkan sejumlah wang untuk menghiburkan diri ă Misalnya, anda
mungkin ingin keluar dengan kawan-kawan atau menonton wayang.
Ingat: Sebuah bajet hanya akan berjaya jika anda mengikutinya!
Copyright © Open University Malaysia (OUM)
134 TOPIK 9 PERANCANGAN KEWANGAN PERIBADI DAN USAHAWAN
9.3.2 Memantau Aliran Tunai Anda
Menyediakan bajet peribadi anda bukan langkah terakhir dalam proses bajet.
Anda perlu memantau perbelanjaan sebenar anda setiap hari, terutama sekali ke
mana wang anda pergi. Istilah lain yang digunakan adalah „mengurus aliran
tunai‰ ă aliran dana masuk dan aliran dana keluar bagi tempoh tertentu.
Rajah 9.3: Aliran dana masuk dan aliran dana keluar sebenar
Aliran dana masuk yang paling penting bagi anda mungkin adalah gaji anda
tetapi anda mungkin juga mempunyai pendapatan lain seperti pendapatan
perniagaan dan faedah yang diperolehi untuk simpanan dan pelaburan. Aliran
dana keluar adalah untuk perbelanjaan kehidupan, pinjaman dan komitmen
kewangan lain.
Jika anda mempunyai lebihan tunai, itu adalah hebat! Letakkan wang dalam
simpanan anda. Jika anda mempunyai defisit tunai, semak perbelanjaan anda.
Cuba tangguhkan sebarang pembelian atau pembayaran buat seketika. Cuba
jangan gunakan dana kecemasan anda kecuali jika benar-benar terpaksa. Jika
anda mesti juga menggunakan kad kredit, gunakannya sebagai jalan terakhir
kerana menggunakan kad kredit hanya akan menambahkan perbelanjaan anda
untuk bulan-bulan yang akan datang.
Dalam menyediakan bajet bulan yang berikut, gunakan baki bulan sebelumnya
sebagai asas.
Pastikan anda mengkaji semula dan meminda bajet dan pelan perbelanjaan anda
dari semasa ke semasa. Jika anda perlu mengurangkan perbelanjaan anda, lihat
perbelanjaan apa yang anda boleh elakkan. Antara lain anda boleh
mengurangkan perbelanjaan untuk makanan dan hiburan. Mungkin anda juga
perlu meminda matlamat kewangan anda jika ia tidak realistik untuk
pendapatan bulanan anda.
Copyright © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 9 PERANCANGAN KEWANGAN PERIBADI DAN USAHAWAN 135
Kunci kira-kira anda menunjukkan nilai bersih anda.
Bajet anda memberitahu berkenaan pendapatan, simpanan dan
perbelanjaan anda dalam usaha mencapai matlamat kewangan anda.
Penyata aliran tunai anda memberitahu jumlah tunai yang anda telah
terima dan belanjakan untuk tempoh tertentu.
Jadual 9.3 menunjukkan contoh penyata yang menggabungkan bajet peribadi
dan penyata aliran tunai. Dalam contoh ini, individu terlibat telah
membelanjakan lebih daripada yang diperuntukkan dalam bajetnya akibat
peristiwa yang tidak diduga iaitu kerosakan kereta dan penggunaan kereta yang
lebih banyak sehingga bertambah perbelanjaan petrol, tol dan tempat letak
kereta serta makanan.
Jadual 9.3: Bajet Peribadi dan Aliran Tunai Peribadi Bulanan
Bajet Peribadi dan Aliran Tunai Peribadi Bulanan dalam Satu Penyata
Pendapatan Bulanan Bajet Aliran Tunai Sebenar
RM3,450 RM3,450
Kerja #1 (nilai bersih KWSP,
PERKESO dan cukai bayar bila RM0 RM0
terima pendapatan / pay as you RM0 RM0
earn tax)
Kerja #2
Sumber lain
Jumlah pendapatan bulanan RM3,450 RM3,450
RM345 RM345
Tolak simpanan tetap bulanan (10%
daripada pendapatan bulanan) RM100 RM100
Tolak simpanan untuk dana RM3,005 RM3,005
kecemasan
Nilai bersih penjimatan daripada
pendapatan bulanan
Tolak perbelanjaan tetap bulanan RM300 RM300
Sewa bilik RM650 RM650
Pembayaran untuk kereta
RM0 RM0
Insuran kereta
Copyright © Open University Malaysia (OUM)