The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by UNIT KOKO JSKKPPD, 2021-02-04 23:04:59

PENGURUSAN KELAB MESRA ALAM

EDISI PERTAMA
EDISI POLITEKNIK

Keywords: MESRA ALAM

PENGURUSAN KELAB
MESRA ALAM

ZULZANA BINTI ZULKARNAIN
NOORZIAWATI BINTI SAHAP
NORAZIZAH BINTI MISDUKI

www.polipd.edu.my
2020

Edisi Pertama 2020
© ZULZANA BINTI ZULKARNAIN, NOORZIAWATI BINTI SAHAP

& NORAZIZAH BINTI MISDUKI

Hak cipta terpelihara. Setiap bahagian daripada terbitan ini tidak boleh diterbitkan semula,
disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan kepada bentuk yang lain, sama ada dengan cara
elektronik, mekanik, fotokopi, gambar, rakaman, dan sebagainya sebelum mendapat kebenaran

daripada Politeknik Port Dickson.

PENGURUSAN KELAB MESRA ALAM

e-ISBN:978-967-2246-80-0

Penulis:
ZULZANA BINTI ZULKARNAIN
NOORZIAWATI BINTI SAHAP
NORAZIZAH BINTI MISDUKI

Diterbitkan oleh:
POLITEKNIK PORT DICKSON

KM 14 JALAN PANTAI
71050 SI RUSA, PORT DICKSON

NEGERI SEMBILAN
TEL: 06-662 2000/2111
FAKS: 06-66202026/2027
Emel : [email protected]
Laman Web: www.polipd.edu.my

ISI KANDUNGAN

PRAKATA i

BAB 1 PENGENALAN KEPADA MESRA ALAM 1
1.0 Definisi Mesra Alam 2
1.1 Kepentingan Mesra Alam 3
1.2 Konsep Bangunan Hijau 9
1.3 Green Building Index (GBI)
1.4 Penilaian Kesan Alam Sekitar (Environmental Impact 11
12
Assessment - EIA)
1.5 Jejak Karbon (Carbon Footprint) 15
1.6 Agensi Terlibat Berkaitan Alam Sekitar 17
28
BAB 2 PENCEMARAN 31

2.0 Definisi Pencemaran 36
2.1 Jenis-Jenis Pencemaran 38
2.2 Kesan Pencemaran Alam Sekitar 39
2.3 Kepentingan Penjagaan Alam Sekitar 41

BAB 3 AMALAN MESRA ALAM 44
45
3.0 Amalan Mesra Alam Di Rumah 47
3.1 Amalan Mesra Alam Di Sekolah dan Institusi 48
3.2 Amalan Mesra Alam Di Pejabat 55
3.3 Amalan Mesra Alam Semasa Membeli Belah 60
62
BAB 4 PENGURUSAN SISA PEPEJAL

4.0 Definisi Sisa Pepejal
4.1 Jenis Sisa Pepejal Terkawal
4.2 Pengurusan Sisa Pepejal di Malaysia
4.3 Elemen Pengurusan Sisa Pepejal
4.4 Teknologi Rawatan Sisa Pepejal
4.5 Amalan 3R
4.6 Konsep 5R Ke Arah Meningkatkan Kelangsungan Hidup Masa

Depan

BAB 5 TEKNOLOGI HIJAU

5.0 Definisi Teknologi Hijau 67
5.1 Fungsi Teknologi Hijau 67
5.2 Strategi Teknologi Hijau 68
5.3 Dasar Teknologi Hijau 69
5.4 Prinsip-Prinsip Pembangunan Mampan 69

BAB 6 PENGURUSANAN KELAB/PERSATUAN 74
6.0 Pengenalan Pengurusan Kelab/Persatuan 75
6.1 Objektif Pengurusan Kelab/Persatuan 75
6.2 Misi Khusus Pengurusan Kelab/Persatuan 76
6.3 Kelab/Persatuan 77
6.4 Pengurusan Mesyuarat 80
6.5 Pengurusan Fail 81

6.6 Pengurusan Aktiviti/Projek/Program 96

RUJUKAN

PRAKATA

Buku Pengurusan Kelab Mesra Alam merupakan buku edisi pertama tahun 2020. Buku ini merupakan
bahan rujukan dan panduan kepada pelajar dan pensyarah dalam membimbing serta melatih ahli-ahli kelab
di dalam pelaksanaan aktiviti-aktiviti Kelab Mesra Alam.
Buku ini merupakan garis panduan pengajaran serta aktiviti-aktiviti yang akan dilaksanakan oleh Kelab
Mesra Alam politeknik Malaysia. Bersesuaian dengan matlamat penubuhannya, Kelab Mesra Alam
berperanan untuk melahirkan generasi yang sentiasa melestarikan alam sekitar. Dengan terbitnya buku ini
diharapkan dapat membantu pensyarah-pensyarah dalam menjalankan aktiviti kokurikulum secara
terancang dan sistematik sekaligus menyalurkan pengetahuan dan kemahiran asas pengurusan kelab.
Pelaksanaan kelab ini juga memenuhi hasrat Lonjakan Pertama Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
2015-2025 (Pengajian Tinggi) untuk memperkembangkan potensi graduan secara holistik, berciri
keusahawanan dan seimbang.
Selain itu, kami percaya penerbitan buku ini selari dengan tuntutan untuk melahirkan modal insan yang
berilmu, berkemahiran, berakhlak mulia dan berketerampilan. Semoga buku ini dapat memberi manafaat
kepada semua.

Melestarikan Alam Sekitar
Zulzana Binti Zulkarnain
Noorziawati Binti Sahap
Norazizah Binti Misduki

i

BAB 1 PENGENALAN KEPADA
MESRA ALAM

HASIL PEMBELAJARAN KURSUS

Pada akhir bab ini, anda seharusnya dapat:

1. Menerangkan maksud mesra alam.
2. Menjelaskan kepentingan mesra alam terhadap kesihatan,

faedah, fungsi dan tanggunjawab individu.
3. Menerangkan konsep bangunan hijau.

1.0 Definisi Mesra Alam

Definisi mesra alam ialah istilah kelestarian dan pemasaran yang merujuk kepada barang dan
perkhidmatan, undang-undang, garis panduan dan dasar yang menuntut dikurangkan, minimun,
dan tidak mendatangkan kemudaratan terhadap ekosistem atau alam sekitar. Syarikat-syarikat
menggunakan istilah yang samar-samar untuk mempromosikan barangan dan perkhidmatan,
kadang-kadang dengan tambahan, pensijilan dengan lebih spesifik, seperti ekolabel yang
dikenali sebagai pencucian hijau (greenwashing). Greenwashing merupakan dakwaan atau
maklumat palsu yang dibuat oleh penjual, pengeluar atau syarikat berkenaan produk atau servis
yang dikatakan mesra alam, sedangkan dakwaan atau maklumat tersebut tidak benar.

1| ms

Mesra alam merupakan sikap atau
tingkahlaku yang menunjukkan

keprihatinan terhadap alam sekitar.

Mesra alam juga ditakrifkan sebagai
tidak memudaratkan atau tidak

menjejaskan kualiti alam sekitar (bukan
penggunaan sesuatu atau sesuatu
kegiatan).

(Kamus Pelajar Edisi Kedua)

1.1 Kepentingan Mesra Alam

Kesihatan Faedah Fungsi Tanggungjawab

Rajah 1.1: Kepentingan Mesra Alam

Kesihatan - Implikasi penggunaan bahan berasaskan plastik terutama beg plastik bukan sahaja
mengancam alam sekitar, malah kesihatan dan ekonomi negara berbanding (beg hijau) yang
diperbuat daripada beg kertas. Sebahagian inisiatif penggunaan beg plastik digantikan dengan
penggunaan beg mesra alam atau beg hijau.

Faedah - Menggalakkan masyarakat supaya menggunakan bahan mesra alam untuk
meningkatkan pelupusan bahan plastik secara sistematik untuk mengelak berlaku pencemaran.

Tanggungjawab - Sebagai pengguna menjadi tanggungjawab untuk menyokong kempen-
kempen memelihara dan memulihara alam sekitar.

2| ms

Fungsi - Menimbulkan kesedaran tentang kepentingan untuk melakukan kitar semula terhadap
bahan-bahan seperti kaca, plastik dan kertas.

LATIHAN
PENGUKUHAN

Mengamalkan konsep Mesra Alam dengan Sistem Pengurusan
Hijau.
Apakah Sistem pengurusan Hijau?

1.2 Konsep Bangunan Hijau

Sejak kebelakangan ini, masyarakat telah mula sedar akan kepentingan sebuah kediaman yang
bukan sahaja selesa untuk didiami, tetapi juga dilengkapi dengan pelbagai fungsi yang
praktikal. Pada masa yang sama, ia juga mengekalkan konsep yang mesra alam.

Konsep ini menjadi lebih penting kerana lebih banyak masa seharian akan dihabiskan di rumah.
Ia juga semakin popular dan mendapat tempat di hati pengguna kerana orang ramai mulai
sedar keistimewaan kediaman yang bukan sahaja mampu menyediakan tempat berlindung,
malah memberi keseimbangan dalam kehidupan seharian bagi menjalani gaya hidup yang
sihat.

Bagi memenuihi persekitaran bangunan hijau isu pencemaran bangunan perlu ditangani
dengan lebih cekap. Menurut kajian The Global Status Report 2017, United Nation Nature,
pelepasan terbuka dalam bangunan-bangunan dari pembakaran bahan api fosil) menghasilkan
28% pelepasan karbon dioksida (CO2) daripada kesuluruhan tenaga global manakala kerja-
kerja pembinaan menyumbang lagi 11% kadar pelepasan karbon dioksida di peringkat global.

Bangunan berpotensi besar untuk menyumbang terhadap penjimatan tenaga berbanding sektor
lain, seperti pengangkutan awam, pertanian, dan industri. Sebuah bangunan hijau adalah
bangunan yang mengamalkan konsep mesra alam dalam seluruh kitar hidupnya meliputi aspek
berikut:

3| ms

Perancangan

Pencerobohan Rekabentuk

Penjagaan Pembinaan

Rajah 1.2: Konsep Mesra Alam

1.3 Green Building Index (GBI)

Di Malaysia terdapat sistem pengiktiran sendiri yang mengambil kira iklim dan juga
pembangunan sosial, infrasruktur dan ekonomi. Sistem ini dipanggil Green Building Index yang
dibangunkan oleh Pertubuhan Arkitek Malaysia (PAM) dan Association of Consulting Engineers
Malaysia (ACEM). GBI dilaksanakan bertujuan untuk menggalakkan pemaju-pemaju untuk
memelihara alam sekitar ketika membina dan mereka bentuk bangunan. Selain itu, GBI ini juga
diwujudkan seiring dengan kebimbangan yang semakin meningkat terhadap perubahan iklim
dan keperluan Malaysia untuk mempunyai reka bentuk bangunan yang mampan.

Penilaian dan pengiktirafan bangunan hijau dan mesra alam dinilai berdasarkan enam kriteria
berikut:

a. Kecekapan penggunaan sumber tenaga
b. Kecekapan penggunaan air
c. Kualiti persekitaran dalam dalaman
d. Perancangan dan pengurusan tapak
e. Bahan-bahan dan sumber
f. Inovasi

4| ms

Tahap pengiktirafan yang dianugerahkan oleh GBI adalah:

Platinum
Emas
Perak

Rajah 1.3.1: Tahap Pengiktirafan GBI
Antara kawasan yang pernah mendapat pengiktirafan GBI adalah:

Leisure 1Farm Resort Central, Iskandar Malaysia, Johor

5| ms

Eco Majestic, Semenyih Selangor
Bandar Gamuda Gardens, Kuang Selangor (Perak)
Sunway Resort City, Bandar Sunway Selangor (Perak)

6| ms

Bukit Bintang City Centre, di Kuala Lumpur (Emas)
Marvelane Homes by The Lake di Subang Jaya (Emas)
Tun Razak Exchange (TRX), Kuala Lumpur (Platinum)

7| ms

Petronas Twin Towers, Non-Strata Commercial Category (Emas)

Bangunan Perdana Putrajaya (Emas)

Rajah 1.3.2: Kawasan Mendapat Pengiktirafan GBI
Pengiktirafan GBI turut diperluaskan ke industri peruncitan. Sebagai contoh, Shell Malaysia
mencatat sejarah apabila menjadi peruncit industri minyak pertama di Asia Tenggara yang
dianugerahkan pensijilan GBI. Sijil itu diberikan kepada Shell Damansara Jaya (Petaling Jaya,
Selangor) dan Shell Taman Connaught (Cheras, Kuala Lumpur) dengan kedua-duanya kini
diiktiraf sebagai bangunan hijau.
Pengiktirafan itu diterima selepas pengenalan kategori Peruncit Bahan Api dalam GBI
seterusnya membuka jalan bagi industri minyak dan bahan api untuk memperkenalkan lebih
banyak bangunan mesra alam di stesen.

8| ms

Antara inisiatif dan ciri kelestarian hijau diketengahkan termasuk pemasangan sistem bumbung
bersepadu dengan Fotovoltan Suria (PV) pada bahagian kanopi di stesen minyak yang
membolehkan penjanaan elektrik pada sebelah siang.

(Sumber Artikel ini disiarkan pada: Harian Metro Sabtu, 27 April 2019)

1.4 Penilaian Kesan Alam Sekitar (Environmental Impact Assessment - EIA)

Menurut United Nations Environmental Programme (UNEP) Penilaian Kesan Alam Sekitar atau
Environmental Impact Assessment (EIA) boleh ditakrifkan sebagai suatu kajian bagi
mengenalpasti, meramal, dan menghuraikan akan kebaikan dan keburukan sesuatu cadangan
projek pembangunan. Kajian ini perlu ada hubungan komunikasi antara pihak-
pihakberkepentingan iaitu masyarakat setempat, pemaju dan pihak berkuasa.

Jabatan Alam Sekitar, Kementerian Sumber Mineral dan Alam Sekitar menyatakan EIA sebagai
satu kajian mengenalpasti, meramal, menilai dan mendapatkan informasi melalui komunikasi
yang dibuat terhadap pihak-pihak terlibat, yang mana ianya berkaitan dengan kesan terhadap
alam sekitar yang berpunca dari cadangan projek pembangunan (Dr Wan Zuhairi Wan Yaacob,
2010).

Tujuan EIA
● Meneliti dan memilih “project option” yang terbaik
● Mengenalpasti dan memberi langkah-langkah kawalan dan tebatan bersama rancangan

projek
● Meramal impak penting yang berkekalan ke atas alam sekitar
● Mengenalpasti “environmental cost and benefit” projek kepada masyarakat.

Kepentingan EIA
▪ Memberi kemudahan kepada pihak berkuasa menentukan suatu projek untuk diteruskan

atau sebaliknya.
▪ Memberi rumusan yang tepat terhadap sesuatu tindakan dalam perancangan

pembangunan.
▪ Mewujudkan kaedah wujudkan pembangunan berterusan.

9| ms

▪ Menjadi sumber maklumat informasi

Kaedah Pelaksanaan EIA
a. Penilaian awal – preliminary EIA
b. Penilaian terperinci – detailed EIA
c. Mengulas dan memeriksa laporan penilaian

Komponen Sekitaran yang terlibat

● Fisiko-Kimia
● Biologi
● Kemanusiaan

Rajah 1.4: Komponen Sekitaran EIA

10| ms

1.5 Jejak Karbon (Carbon Footprint)

Pemanasan global boleh dikesan berasal daripada gas-gas seperti karbon monoksida, metana,
kloroflorokarbon dan nitrus oksida di dalam persekitaran yang memerangkap haba dari cahaya
matahari, mengakibatkan apa yang dikenali sebagai kesan rumah hijau. Kerana itu, gas-gas
yang menjadi punca pemanasan ini dipanggil gas-gas rumah hijau. Karbon monoksida menjadi
penyumbang utama kesan rumah hijau dan tahap kepekatannya dalam udara dirujuk sebagai
jejak karbon (carbon footprint).

Jejak karbon terbahagi kepada dua, iaitu jejak karbon primer (primary carbon footprint) dan
jejak karbon sekunder (secondary carbon footprint). Jejak karbon primer adalah jejak karbon
yang dihasilkan daripada proses pembakaran langsung bahan bakar fosil, contohnya
penggunaan kenderaan bermotor. Manakala jejak karbon sekunder pula adalah jejak karbon
yang dihasilkan daripada proses kitaran produk yang digunakan dari pembuatan sehingga
penguraian. Contoh jejak karbon sekunder adalah produk yang digunakan atau dimakan setiap
hari. Semakin banyak produk diguna atau dimakan, semakin besar jugalah jejak karbon terhasil.

Berikut adalah sepuluh (10) alternatif lestari yang boleh mengurangkan jejak karbon:

▪ Penyedut minuman keluli tahan karat – Lebih daripada 500 juta plastik digunakan
setiap hari di seluruh dunia.

▪ Penyangkut baju kayu – Penyangkut kayu lebih kuat daripada plastik dan
mengurangkan penghasilan sisa buangan plastik.

▪ Beg beli belah boleh diguna semula – Penggunaan beg yang boleh diguna semula
adalah alternatif lestari kepada penggunaan 500 bilion plastik setiap tahun.

▪ Botol air boleh guna semula – 91% botol plastik yang digunakan di seluruh dunia
akhirnya menjadi longgokan di tapak pelupusan sampah.

▪ Sabun buku dan perapi dalam bentuk bar – Lebih pekat dan tahan lama serta lebih
mesra alam.

11| ms

▪ Tuala yang diperbuat daripada kertas buluh – Boleh dibasuh dan diguna semula
untuk 100 kali.

▪ Kenderaan elektrik – Kos menggerakkan kenderaan elektrik adalah jauh lebih murah
daripada kenderaan yang menggunakan bahan bakar petrol.

▪ Pembalut yang diperbuat daripada lilin lebah – Alternatif yang baik kepada
penggunaan pembungkusan plastik.

▪ Barangan seperti kutleri keluli tahan karat – Menggantikan penggunaan plastik sekali
guna.

▪ Mentol lampu LED – Kos yang lebih tinggi tetapi penggunaan tenaga elektrik yang lebih
rendah, efisyen dan tahan lama.

Oleh yang demikian, mempertimbang jejak karbon adalah penting bagi mengurangkan kesan
rumah hijau yang mengakibatkan pemanasan global serta gangguan ekosistem. Gangguan
ekosistem membunuh spesies hidupan yang memainkan peranan penting dalam menjaga
spesies lain dalam populasi tertentu seterusnya mengakibatkan jangkitan, penyakit serta
berlaku pertambahan berlebihan atau kekurangan populasi di dalam spesies tertentu.

Seterusnya, gangguan ekosistem juga boleh menyebabkan ketidaksuburan tanah, pencemaran
air dan udara, kemarau dan banjir. Malah, sehingga ke satu tahap banyak negara tidak lagi
berupaya mengeluarkan makanan dan menyebabkan krisis kekurangan makanan global.
Menghapuskan jejak karbon secara total tidak akan dapat kita lakukan, namun sedikit usaha
untuk megurangkannya mungkin memberi kesan besar kepada pengurangan gas rumah hijau.
Lebih daripada itu, pengurangan jejak karbon boleh menjimatkan perbelanjaan harian tanpa
mengurangkan kualiti hidup kita.

1.6 Agensi Terlibat Berkaitan Alam Sekitar

Di Malaysia terdapat banyak agensi berkaitan alam sekitar yang terdiri daripada agensi
kerajaan dan agensi bukan kerajaan yang menjaga kepentingan serta menyuarakan isu

12| ms

berkaitan alam sekitar. Agensi ini merupakan platform untuk memperjuang dan menyuarakan
isu-isu berkaitan alam sekitar di negara ini. Di antara agensi kerajaan yang terlibat adalah:

● Jabatan Alam Sekitar (JAS)
● Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN)
● Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM)
● Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM)
● Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam (SWCorp)
● Indah Water Konsortium Sendirian Berhad
● Alam Flora Sendirian Berhad

Manakala agensi bukan kerajaan yang terlibat dalam menangani isu alam sekitar adalah:

● Pertubuhan Warisan Alam Sekitar Malaysia
● Pertubuhan Sahabat Alam Malaysia
● Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam (PEKA)
● Pertubuhan Pencinta Alam Malaysia
● Gerakan Rakyat Hentikan Pencemaran Bauksit (Geram)
● Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS)
● Persatuan Kelip-Kelip (Kecap)
● Persatuan Aktivis Sahabat Alam (Kuasa)
● Jaringan Kampung Orang Asli
● Gerakan Alam Sekitar Rakyat Malaysia (Gerak)

LATIHAN PENGUKUHAN

Apakah maksud mesra alam?
Mengapakah mesra alam penting dalam kehidupan manusia?

13| ms

AKTIVITI 1
Penghasilan poster digital
Jabatan Alam Sekitar akan mengadakan Pertandingan Rekacipta Poster Digital
Sempena Hari Bumi dengan tema Alam Semulajadi. Peserta adalah terdiri daripada
pelajar institusi pengajian tinggi seluruh Malaysia.

Anda telah terpilih untuk mewakili institusi dalam pertandingan tersebut. Hasilkan poster
tersebut mengikut tema yang telah ditepkan oleh pihak penganjur.

AKTIVITI 2
Penghasilan video isu alam sekitar
Anda merupakan seorang wartawan di sebuah stesen televisyen berbayar. Selaku
seorang wartawan di stesen tersebut anda telah diberi tugasan oleh Unit Berita untuk
membuat liputan di lokasi mengenai isu pencemaran alam sekitar yang berlaku di sekitar
Negeri Sembilan. Lakonkan watak anda sebagai seorang wartawan yang sedang
membuat laporan berita tersebut. Durasi video anggaran 5 minit.

14| ms

BAB 2 PENCEMARAN

HASIL PEMBELAJARAN KURSUS

Pada akhir bab ini, anda seharusnya dapat:

1. Menerangkan maksud pencemaran.
2. Menyenaraikan jenis-jenis pencemaran.
3. Menerangkan punca dan kesan pencemaran.

2.0 Definisi Pencemaran
Definisi pencemaran adalah perihal mencemari atau mencemarkan; pengotoran: Masalah ~
udara sering dihadapi oleh negara-negara yg sedang membangun (Kamus Pelajar Edisi
Kedua).

Ia juga ditakrifkan sebagai kemasukan bahan pencemar seperti bahan kimia, hingar, haba,
cahaya dan tenaga di alam sekitar yang mengakibatkan kesan memusnahkan sehingga
membahayakan kesihatan manusia, mengancam sumber alam dan ekosistem, serta
mengganggu ameniti dan kepenggunaan alam sekitar.

Menurut Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS) 1974, pencemaran ertinya, apa-apa perubahan
langsung atau tidak langsung kepada sifat-sifat fizika, haba, kimia, atau biologi mana-mana
bahagian alam sekeliling dengan melepaskan, mengeluarkan atau meletakkan benda
berbahaya kepada alam sekeliling, pencemar atau buangan-buangan hingga menjejaskan apa-
apa kegunaan berfaedah, menyebabkan suatu keadaaan yang merbahaya atau mungkin
merbahaya kepada kesihatan, keselamatan atau kebajikan awam, atau kepada binatang,
burung, hidup-hidupan liar, ikan atau hidupan-hidupan dalam air, atau kepada tumbuhan-
tumbuhan atau menyebabkan suatu perlanggaran terhadapa apa-apa syarat, had atau sekatan
yang dikenakan ke atas sesuatu lesen yang dikeluarkan di bawah Akta ini.

15| ms

PENCEMARAN ALAM jika dibiarkan akan mengganggu
keharmonian dan keselesaan kehidupan kita. Sebenarnya,
terdapat beberapa jenis pencemaran alam yang berlaku di
sekeliling kita. Antaranya pencemaran air, pecemaran udara,

pencemaran tanah, pencemaran bau.

Di Malaysia, saban hari alam sekitar kita mengalami pencemaran dalam pelbagai bentuk dan
dimensi, sama ada daripada pencemaran udara, air, bunyi bising sehinggalah pencemaran
sampah sarap yang seolah-olah tiada penghujungnya. Walaupun sudah banyak kempen
pendidikan dan kesedaran alam sekitar dalam pelbagai bentuk penerangan, bahan bacaan,
media cetak dan sosial telah diusahakan.

Namun, usaha murni yang dijalankan seperti mencurahkan air ke daun keladi, walaupun jutaan
ringgit dilaburkan untuk kempen berkenaan. Namun tahap kesedaran masyarakat mengenai
kepentingan menjaga alam sekitar masih pada tahap begitu rendah dan hampir
mengecewakan.

Rajah 2.0: Pencemaran alam sekitar

16| ms

2.1 Jenis-Jenis Pencemaran

UDARA

TANAH JENIS AIR
PENCEMARAN

BUNYI

Rajah 2.1a: Jenis-Jenis Pencemaran
a. Pencemaran Udara
Pencemaran udara boleh dikatakan antara pencemaran yang memberi impak yang paling besar
kepada alam sekitar. Pencemaran ini menyebabkan terjadinya fenomena pemanasan global
yang mengakibatkan berlakunya bencana alam yang mengancam bumi. Pencemaran udara
boleh diklasifikasi kepada dua bahagian iaitu pencemaran primer dan pencemaran sekunder.

17| ms

Pencemaran Dihasilkan daripada sulfur monoksida dan karbon monoksida
primer hasil pembakaran tidak lengkap yang menyebabkan zarah-zarah
halus terampai di udara.

Kebanyakan dilepaskan melalui ekzos kenderaan, industri yang
melepaskan asap atau bahan pencemar dan pembakaran arang
batu yang tidak terkawal.

Pencemaran Tindak balas sulfur dioksida yang bergabung dan membentuk
Sekunder dengan gas-gas yang tidak diperlukan oleh benda hidup seperti
gabungan sulfur dioksida, sulfur monoksida dan wap air akan
menghasilkan asid sulfurik.

Rajah 2.1b: Jenis Pencemaran Udara

Punca Pencemaran Udara

Punca kepada pencemaran udara termasuk perlepasan asap dari ekzos kenderaan, asap dari
industri kilang, penggunaan arang batu yang tidak terkawal dan pembakaran di tapak
pelupusan. Selain dari punca-punca tersebut fenomena semulajadi juga menyumbang kepada
kebakaran hutan akibat kepanasan dari matahari dan juga kejadian letupan gunung berapi yang
mengeluarkan partikel, asap dan debu dengan kadar yang banyak hingga menjejaskan
penglihatan di sekitar tempat kejadian.

Kesan Pencemaran Udara

Pencemaran udara menjejaskan sistem pernafasan manusia. Ini kerana dalam keadaan udara
yang tercemar terdapat udara telah diracuni oleh bahan tercemar dan gas-gas yang tidak
diperlukan. Gas ini seperti karbon monoksida yang akan meracuni sistem pengangkutan
oksigen dalam darah dan melambatkan tindak balas manusia. Kesan dari itu menyebabkan
mengantuk, penyakit lelah dan fungsi paru-paru terjejas. Menurut kajian Pertubuhan Kesihatan
Sedunia (WHO), sebanyak 3 juta manusia mati setiap tahun disebabkan oleh pencemaran

18| ms

udara dan tiga kali ganda lebih tinggi daripada jumlah kematian yang disebabkan kemalangan
(Sinar Harian, 10 Februari 2020). Manakala kesan pada tumbuhan pula menyebabkan
tumbuhan mengalami kerosakan seperti nekrosis (keguguran daun) dan pertumbuhan
terbantut. Begitu juga haiwan akan terancam akibat udara yang yang tercemar disedut dan
mengambil makanan dari tumbuhan yang tercemar.

Langkah-Langkah Mengatasi Pencemaran Udara

▪ Menghijaukan kawasan
Penanaman pokok seperti pokok buah-buahan di persekitaran taman perumahan dapat
mengurangkan masalah peningkatan suhu. Selain itu, kandungan karbon dioksida dalam udara
dapat dikurangkan dan meningkatkan kandungan gas oksigen melalui proses fotosintesisnya.

▪ Penggunaan petrol tanpa plumbum
Penggunaan petrol tanpa plumbum dapat mengurangkan kandungan plumbum dalam
pelepasan asap kenderaan. Langkah ini dapat mengurangkan masalah jerebu yang sering
berlaku di waktu pagi dan juga dapat mengelakkan masalah kesihatan seperti batuk dan
selsema daripada berlarutan.

▪ Program kitar semula
Udara yang tercemar akibat pembakaran terbuka yang dilakukan penduduk di sekitar taman
perumahan boleh diatasi dengan menggalakkan mereka menjual barang-barang yang boleh
dikitar semula kepada peniaga barang terpakai. Antara barang yang boleh dikitar semula ialah
surat khabar, majalah lama, kertas terpakai dan kotak kertas. Barang-barang ini boleh diproses
semula untuk menghasilkan kertas baru.

▪ Meninggikan serombong asap dan memasang alat penapis asap
Pihak berkuasa mesti mewajibkan pihak kilang meninggikan serombong asap 30 meter ke
udara. Disamping itu, serombong asap itu hendaklah dipasang alat penapis asap agar asap
yang dilepaskan adalah asap bersih yang telah dirawat dan tidak mencemarkan udara.

19| ms

▪ Penguatkuasaan undang-undang
Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) diberi kuasa untuk mengawasi mana-mana kilang di negeri
masing-masing. Oleh itu, jika ada kilang yang tidak mematuhi Akta Kualiti Alam Sekitar 1974,
penduduk di sekitarnya boleh membuat aduan kepada PBT untuk diambil tindakan selanjutnya.
▪ Kempen
Kempen mencintai alam sekitar yang disiarkan dalam TV dan radio hendaklah dihayati supaya
alam sekitar kita terpelihara. Rasa tanggungjawab perlu disemai dalam diri setiap individu agar
alam sekitar bersih dan selamat untuk generasi akan datang

b. Pencemaran Air
Air merupakan salah satu keperluan asas manusia. Namun begitu pada masa ini, di negara-
negara membangun atau negara sedang membangun, masalah pencemaran air masih berlaku.
Masalah ini amat membimbangkan. Pencemaran air bermaksud perubahan yang berlaku dari
segi kandungan, keadaan dan warna sehingga tidak sesuai dan akan memberi kesan terhadap
manusia apabila digunakan. Pencemaran ini berlaku sama ada dari segi biologi, kimia dan fizik.
Bahan pencemaran boleh didapati dalam pelbagai bentuk iaitu gas, cecair dan pepejal.
Pencemaran air bukan sahaja berlaku di sungai sahaja tetapi juga di laut, pantai dan lain-lain
tempat berair.

20| ms

Punca Pencemaran Air

Punca berlakunya pencemaran air disebabkan kilang-kilang yang tidak bermoral. Kebanyakan
kilang yang dibina sepanjang sungai membuang bahan-bahan buangan disalirkan ke dalam
sungai-sungai berkenaan. Masalah timbul apabila cecair kimia yang disalurkan ke dalam sungai
tidak dirawat dan mengandungi bahan toksik yang mencemarkan air sungai dan laut.
Kebanyakan kilang membuang sisa cecair dan pepejal ke dalam sungai yang mengakibatkan
sungai tercemar seperti Sungai Juru yang terletak di Seberang Perai, Pulau Pinang
menunjukkan warna air di Sungai Juru berwarna hitam pekat apabila sampai di laut.

Di samping itu, industri perlombongan juga mengakibatkan pencemaran air. Cari gali petroleum
di dasar laut dan tumpahan minyak adalah antara bukti nyata. Penggerudian perigi-perigi
minyak dan letupan tangki minyak menyumbang kepada gejala ini. Apabila minyak ini
bercampur dengan air laut atau sungai, ia akan mengakibatkan air tercemar. Ini memberi kesan
negatif kepada kehidupan air seperti tumbuh-tumbuhan dan haiwan akuatik dan seterusnya
menjejaskan sumber protein manusia.

Bahan-bahan buangan radioaktif dan ujian-ujian bom dan nuklear di laut-laut juga menyumbang
kepada pencemaran air. Bahan-bahan buangan radioaktif yang terhasil dari makmal-makmal
yang mengandungi sisa-sisa toksik larut dalam air telah mencemarkan air sungai dan laut.
Stesen-stesen nuklear juga menyalirkan bahan buangan ke dalam sungai yang mengakibatkan
sungai tercemar.

Kesan Pencemaran Air

Pencemaran air ini menimbulkan banyak masalah terhadap hidupan-hidupan di dunia pada
masa kini termasuklah manusia sendiri. Bahan-bahan yang dibuang dalam sungai akan
mengurangkan kandungan oksigen dalam air. Hidupan laut akan mati apabila memakan bahan
beracun dari sumber air yang telah tercemar ini. Manusia akan mendapat penyakit kronik jika
mengambil sumber protein beracun dan meminum atau menggunakan air yang tercemar.
Selain itu, sampah-sarap dan najis yang dibuang ke dalam air juga menggalakkan bakteria
untuk terus membiak dan menjadi masalah kepada kehidupan di dalam air mahupun kepada
manusia sendiri.

21| ms

Kesan lain ialah sistem air bawah tanah tercemar. Sesetengah kilang akan memperuntukkan
kawasan untuk pembuangan sisa-sisa kilang. Apabila berlaku hujan lebat atau loji pecah, sisa-
sisa ini akan terkeluar dan menyebabkan dua masalah. Masalah pertama ialah jika sisa ini
mengalir di permukaan, maka ianya akan mengalir di dalam sistem saliran terutamanya parit
dan sungai. Masalah kedua pula ialah sekiranya sisa ini mengalir ke dalam sistem bawah
tanah, sisa-sisa ini akan menyebabkan sistem air bawah tanah tercemar. Kedua-dua masalah
tersebut akan merosakkan dan mencemarkan hidupan dan keadaan air itu sendiri.

c. Pencemaran Tanah

Tanah adalah bahagian permukaan bumi yang dihuni oleh banyak makhluk hidup terutama
manusia, tumbuh-tumbuhan, haiwan dan mikroorganisme Tanah dan makhluk hidup yang hidup
di atasnya mempunyai hubungan yang sangat erat. Tanah memberikan sumber daya yang
berguna bagi kelangsungan makhluk hidup di atasnya. Tanah memiliki fungsi produksi, iaitu
antara lain sebagai penghasil biomassa, seperti bahan makanan, serat, kayu dan bahan ubat-
ubatan. Selain itu, tanah juga berperan dalam menjaga kelestarian sumber daya air dan
kelestarian lingkungan hidup secara umum. Tanah juga merupakan habitat alamiah bagi
manusia dan makhluk hidup yang lain. Dapat dikatakan bahawa hidup manusia tergantung
kepada tanah.

Pencemaran tanah bermaksud perbuatan yang berlaku kepada sesuatu kawasan sehingga
terjadinya pertukaran warna, kesuburan dan hakisan. Pencemaran ini disebabkan oleh bahan
buangan sama ada berbentuk air atau pepejal. Bahan pencemar pula terdiri daripada pencemar
organik, kimia atau fizik.

22| ms

Punca Pencemaran Tanah

Antara punca berlakunya pencemaran ini ialah pembuangan bahan-bahan buangan daripada
kilang seperti minyak, sisa toksik dan sisa-sisa kilang. Pembuangan sampah merata-rata dan
penggunaan racun serangga secara berlebih-lebihan juga merupakan penyumbang ke arah
pencemaran ini. Di samping itu, sikap manusia yang jarang menghargai alam juga menjadi
salah satu punca pencemaran tanah. Selain daripada mengurangkan jumlah hutan asal dan
biodiversiti hutan dan hidupan liar, penebangan hutan juga turut menyumbang kepada hakisan
tanah, pemendapan, kerosakan cerun dan tanah runtuh di Malaysia. Pembangunan yang tidak
dirancang dengan berkesan seperti pembalakan yang giat dan pembukaan tanah secara
berleluasa akan memberikan kesan buruk terhadap alam sekitar contohnya berlakulah hakisan
tanah, berlaku perubahan iklim, kesan kepada rumah hijau dan banjir.

Kesan Pencemaran Tanah

Terdapat banyak kesan pencemaran yang memudaratkan tanah. Salah satu adalah
merosakkan tanah dan kualitinya. Sisa-sisa industri dan hasil tumpahan daripada kenderaan
pengangkut menjadikan tanah rosakdan kurang berkualiti. Tanah yang kurang berkualiti
menyebabkan tumbuh-tumbuhan atau sayur-sayuran yang ditanam tidak hidup dengan
sempurna dan tidak subur. Hujan asid yang meresap ke dalam tanah, perlombongan yang
berlebihan, penebangan hutan atau pembalakan menyebabkan tanah terhakis dan rosak.
Selain itu penggunaan racun serangga atau rumpai turut berperanan mengurangkan kualiti

23| ms

tanah. Kemajuan dari segi pengangkutan juga menyebabkan banyak kawasan tanah telah
digunakan untuk tujuan pembinaan jalanraya, landasan keretapi dan lapangan terbang.

Selain itu, pembuangan sampah merata-rata juga merupakan penyumbang kepada
pencemaran tanah. Pasti tempat yang berlonggokan sampah itu akan menarik perhatian
serangga dan haiwan pembawa penyakit seperti lalat dan tikus. Haiwan perosak yang tertumpu
di kawasan ini dan menyebarkan kuman-kuman penyakit ke tempat-tempat lain. Jika makanan
yang dihinggapi lalat atau dimakan lipas, manusia mudah keracunan makanan dan seterusnya
diserang penyakit yang serius.

Seterusnya, pengujian senjata nuklear di negara-negara barat juga turut mengancam kualiti
tanah dunia. Tanah bukan sahaja tidak subur malahan menyimpan bahan radioaktif yang
mampu membunuh manusia secara perlahan. Contoh yang paling ketara adalah letupan loji
nuklear di Chernobyl, Russia. Kesannya dapat dirasai hingga ke Sweden, kerana 23 orang
telah dilaporkan mati akibat daripada kesan radioaktif nuklear tersebut. Semua penduduk di
sekitarnya dipindahkan dan di sesetengah tempat, penjualan daging terpaksa dihentikan kerana
kadar pencemaran terlalu tinggi dan membahayakan kesihatan.

Di samping itu, penukaran tanah dari hutan kepada pertanian telah mengakibatkan berlakunya
penebangan hutan secara meluas. Penebangan hutan yang berterusan dan kemusnahan hutan
di kawasan tadahan air akan menjejaskan bekalan air dan kualiti sumber air, menjejaskan
kemampuan pengambilan semula air bawah tanah dan menyebabkan lebih banyak banjir di
kawasan tanah rendah.

Satu lagi kesan pencemaran tanah ini adalah hakisan. Hakisan tanah adalah salah satu
fenomena yang sangat sering berlaku di seluruh dunia. Ianya bukan sahaja merugikan dari
sudut kewangan dan ekonomi bahkan juga mengancam keselamatan dan nyawa manusia,
misalnya tanah runtuh dan juga gempa bumi. Terdapat banyak negara-negara yang sedang
diancam hakisan tanah. Di negara-negara tertentu juga, angin menjadi salah satu agen yang
boleh menyebabkan hakisan. Antara aktiviti-aktiviti manusia yang boleh menyebabkan hakisan
adalah pembersihan dan pembajakan cerun bukit yang menyebabkan tiada tumbuhan yang
dapat menahan tanah daripada dialirkan bersama-sama dengan air apabila hujan lebat,
penebangan hutan, padang ragut yang meluas dan berlebihan, dan penanaman secara meluas
hanya satu jenis tanaman.

24| ms

d. Pencemaran Bunyi
Pencemaran bunyi sering menjadi isu tetapi ia kurang diberi perhatian. Akhir-akhir ini, aspek ini
dibincangkan secara bersungguh-sungguh apabila paras bunyi semakin meningkat dari hari ke
hari. Pembangunan negara yang pesat menuju status negara industri yang menyebabkan
bilangan kenderaan di jalan raya meningkat merupakan antara sumber bunyi utama di negara
kita. Projek-projek pembinaan yang menggunakan banyak jentera dan pembinaan lebih banyak
lapangan terbang juga merupakan antara penyumbang lain pencemaran bunyi. Dalam sektor
pekerjaan, paras bunyi yang selamat harus dipastikan bagi mengelak pekerja mengalami
masalah pendengaran. Buat masa ini, kebanyakan sektor industri di negara ini lebih
berorientasikan buruh berbanding di negara-negara maju. Sehubungan ini pengoperasian
jentera dalam bangunan mungkin mendedahkan pekerja kepada risiko kerosakan pendengaran.
Pengukuran bunyi juga amat penting bagi menilai sumber, kesan dan teknologi kawalan yang
sesuai.

Rajah 2.1c: Alat Pengukuran Tahap Bunyi

Pencemaran bunyi didefiniskan sebagai bunyi bising yang keterlaluan sehingga menyakitkan
telinga. Pencemaran bunyi biasanya melebihi 80 dB(A)[desibel] dan pencemaran ini mengikut
situasi dan keinginan masing-masing. Pencemaran ini boleh dibahagikan kepada empat
bahagian, iaitu kebisingan selenjar, kebisingan fluktuasi dan hentakan impuls, dan kebisingan
selang-seli.

Kebisingan selenjar adalah kebisingan yang selar dan kurang daripada 3 desibel (dB). Ini
berlaku apabila seseorang sedang berbisik kerana gelombang bunyi bergetar dengan lebih
perlahan.

25| ms

Kebisingan fluktasi pula merupakan kebisingan yang terlatak antara puncak gelombang yang
tinggi dan rendah. Pada tahap ini getaran gelombang bunyi akan bergetar dengan lebih cepat
daripada kebisingan selenjar. Getaran gelombang adalah sekitar 3 dB sahaja. Contohnya
kebisingan fluktasi berlaku apabila seseorang sedang berbual-bual, dan bunyi enjin yang tidak
dimatikan.

Hentakan impuls merupakan bunyi yang lebih intensiti dalam tempoh yang lebih singkat.
Contohnya tembakan, ketukan atau lagaan daripada benda yang keras. Pada kebiasaannya,
tahap ini getaran gelombang akan memuncak dan menurun dengan cepat. Pada tahap ini
intensiti bunyi adalah melebihi 80 dB kemudian gelombang bunyi akan menurun dengan cepat.
Akan tetapi intensiti masih menunjukkan tahap yang tinggi kerana bunyi yang kuat akan
memberi kesan yang lama terhadap getaran. Kebisingan selang seli berlaku secara berselang-
seli. Ianya dihasilkan apabila bunyi bising menjadi perlahan dan kuat dalam jangka masa yang
pendek. Contoh: Ketika seseorang sedang menggergaji kayu, getaran akan berlaku ketika
gergaji itu bergerak dan getaran tidak akan berlaku apabila gergaji kayu dihentikan. Semasa
gergaji sedang ditarik intensitinya akan meninggi pada kadar tertentu dan menurun apabila
gergaji tidak disorongkan.

Rajah 2.1d: Pencemaran bunyi dari penggunaan mesin
Punca Pencemaran Bunyi
Punca-punca berlakunya pencemaran bunyi adalah seperti pembangunan dalam kawasan
industri dimana bunyi yang bising akan dikeluarkan melalui pemprosesan bahan, jentera dan
kenderaan. Aktiviti pembuatan ini secara tidak langsung akan menjejaskan ketenteraman orang
ramai dan memberi kesan gelisah, kurang rehat, gangguan pemikiran dan lain-lain atas
pencemaran bunyi yang dikeluarkan.

26| ms

Di kawasan petempatan pula, punca berlakunya pencemaran bunyi adalah proses pembinaan
yang menanamkan cerucuk-cerucuk besi di dalam tanah demi membinakan bangunan-
bangunan yang tinggi. Selain itu kenderaan-kenderaan awam yang mengeluarkan bunyi bising
yang memekakkan telinga di kawasan penempatan dan sekitar sekolah juga punca utama yang
menyumbangkan kepada pencemaran bunyi. Contohnya pemandu kereta yang suka hon
sesuka hati semasa kesesakan di jalan raya dan tidak mematikan enjin sementara menunggu
anak di sekitar sekolah.

Rajah 2.1e: Pencemaran bunyi dari penggunaan kenderaan

Aktiviti masyarakat seperti mendengar radio dan menonton program televisyen dengan suara
yang kuat juga merupakan punca berlakunya pencemaran bunyi. Pada sesetengah masa
aktiviti masyarakat seperti mengadakan konsert semasa musim perayaan dan tidak
merendahkan bunyi pembesar suara walaupun selepas pukul 12 malam juga merupakan
pencemaran bunyi yang sering berlaku.

Pencemaran bunyi dalam kehidupan moden ini sememangnya banyak membawa kesan yang
negatif ke atas kesihatan manusia. Pencemaran bunyi yang negatif selalu menstimulasikan
mekanisme pertahanan badan manusia yang mengakibatkan rembesan adrenalina(hormon)
dan respons-respons fisiologi lain walhal ketiadaan keadaan yang membahayakan.

Kesan Pencemaran Bunyi

Kesan pencemaran bunyi ke atas manusia dapat dibahagikan kepada kesan fisiologi dan kesan
psikologi. kesan fisiologi melibatkan kehilangan pendengaran dan respon kepada keadaan
cemas manakala kesan psikologi berlaku akibat pencemaran bunyi yang mengganggu

27| ms

komunikasi antara manusia., mengganggu tidur dan seterusnya menjejaskan kestabilan mental
dan mengganggu proses mental, iaitu pemikiran dan pemusatan perhatian susah dilakukan.

Kesan kesan negatif yang tersebut diatas biasanya berlaku kepada orang-orang yang selalu
terdedah kepada bunyi bising yang kuat di tempat kerja atau sekitar tempat perumahan mereka.
Contohnya pekerja-pekerja kilang dan penduduk-penduduk di sekitar lapangan terbang yang
mungkin menghadapi risiko kehilangan pendengaran mereka dimana kehilangan pendengaran
biasanya berlaku secara beransur-ansur dan tanpa disedari oleh mereka. Di bawah Akta Kualiti
Alam Sekeliling, had maksimum yang dibenarkan bagi kawasan Bandar yang mempunyai
jumlah kepadatan penduduk yang tinggi adalah 65 desibel (dBA) untuk waktu siang dan 60 dBA
untuk waktu malam. Sesiapa yang tidak mematuhi undang undang dibawah Akta Kualiti Alam
Sekeliling boleh dikenakan tindakan undang-undang sekiranya tidak mematuhi syarat-syarat
yang ditetapkan.

2.2 Kesan Pencemaran Alam Sekitar

Pencemaran alam sekitar telah memberi kesan yang buruk terhadap hidupan di dunia pada
masa kini. Di antara kesan utama yang menimpa manusia akibat daripada pencemaran alam
sekitar ialah terhadap udara, suhu persekitaran dan lain-lain. Pencemaran pada hari ini semakin
berterusan dari semasa ke semasa. Sememangnya pencemaran alam sekitar memberi kesan
buruk.

Pencemaran udara memberi kesan yang sangat buruk terhadap tumbuh-tumbuhan di dunia ini.
Tumbuh-tumbuhan mengalami kerosakan dengan tiga cara iaitu Nekrosis (Keguguran daun),
Klorosis (Pertukaran warna), dan perubahan pertumbuhan. Barli, kapas, gandum dan epal
adalah antara tumbuhan yang mudah mengalami kerosakan dengan bahan cemar sulfur
dioksida. Selain itu, tomato, kekacang, bayam dan kentang juga mengalami kerosakan dengan
adanya gas ozon di udara. Keadaan ini menyebabkan bumi kekurangan sumber makanan dan
ekonomi sebahagian daripada penduduk di bumi juga terganggu.

Seterusnya, bahan cemar juga menyebabkan haiwan-haiwan terancam dan terbunuh. Haiwan-
haiwan akan kehilangan habitat kerana bahan tercemar telah memusnahkan tempat tinggal
mereka. Maka, haiwan-haiwan terbunuh dan spesis-spesis yang istimewa juga akan
menghadapi kepupusan. Bahan-bahan tercemar seperti sulfur dioksida yang terlepas ke udara

28| ms

oleh kenderaan akan menyebabkan penghadaman makanan haiwan terjejas. Hal ini
menyebabkan haiwan-haiwan kehilangan nyawa kerana bahan – bahan toksid di udara ini telah
diserap ke dalam tubuh badan haiwan tersebut. Sebagai contohnya, gajah, harimau, kuda-
kuda, singa dan sebagainya.

Pencemaran udara juga menyebabkan penyusutan lapisan ozon bumi yang melindungi hidupan
di bumi ini daripada sinaran terus matahari. Pembebasan gas klorofluorocarbon atau CFC yang
digunakan dalam alat-alat penyembur, alat penyaman udara dan peti sejuk menipiskan lapisan
ozon ini. Ini menyebabkan lebih banyak sinaran matahari yang sampai ke bumi. Pendedahan
secara terus kepada cahaya matahari boleh menyebabkan kanser kulit yang amat berbahaya
kepada manusia dan juga hidupan lain. Pancaran matahari yang terik juga menyebabkan
berlakunya pencairaan kepada ais-ais di bahagian kutub-kutub bumi dan menyebabkan
berlakunya ketidakseimbangan ekosistem di dunia pada masa kini.

Rajah 2.2a: Peratan Penyumbang Pembebasan Gas Klorofluorocarbon (CFC)

Seterusnya, pencemaran udara juga menyebabkan terbentuknya Hujan asid yang disebabkan
oleh penggabungan gas-gas sulfur dioksida dan nitrogen oksida dengan air hujan. Hal ini
berlaku apabila gas-gas sulfur oksida (SO2) dan oksida-oksida nitrogen (NOx) dilepaskan ke
udara dan bertindakbalas dengan wap air yang terdapat di atmosfera dan seterusnya menjadi
asid sulfurik dan asid nitrik. Asid ini terkumpul di dalam awan dan awan pula bergerak ke
tempat- tempat lain dan membawa asid-asid tersebut. Asid itu akan turun bersama-sama
dengan hujan dan menimpa hidupan yang terdapat di dunia. Hal ini membunuh tumbuh-
tumbuhan dan juga hidupan air. Hal ini juga boleh menghakis pakaian, kertas dan bahan binaan
bangunan. Selain itu, asid tersebut juga meresap ke dalam tanah dan menyebabkan kualiti
tanah berkurang dan menjadikannya tidak subur.

29| ms

Selain itu, kesan yang paling ketara dan sedang hangat diperkatakan oleh seluruh warga dunia
pada masa kini adalah kesan pemanasan global yang disebabkan oleh kesan rumah hijau.
Kenaikan suhu bumi dan penipisan lapisan ozon menjadi punca kepada pemanasan global ini
yang dapat dirasakan oleh seluruh penduduk bumi. Kenaikan suhu bumi disebabkan oleh
pembebasan gas-gas karbon dioksida yang terkumpul di dalam udara. Gas karbon dioksida
yang terlalu banyak menyebabkan haba di bumi terperangkap dan akhirnya suhu bumi
meningkat, persekitaranya menjadi panas. Penyusutan lapisan ozon juga adalah faktor utama
kejadian pemanasan global ini. Pemanasan global menyebabkan keadaan bumi menjadi panas,
ekosistem terganggu, banjir berlaku secara kerap dan juga berlakunya kejadian alam yang tidak
normal. Sebagai contohnya, kegiatan tsunami yang berlaku di Indonesia telah banyak
mengorbankan nyawa manusia dan harta benda. Kebakaran hutan yang berlaku juga sedikit
sebanyak memberi kesan kepada suhu di bumi ini dan juga menjejaskan kualiti udara.

Pencemaran bunyi terhadap dunia pada masa kini termasuklah menggangu persekitaran
dengan keadaan bunyi yang bising sehingga tahap yang melampau. Pencemaran bunyi akan
menyebabkan keadaan persekitaran sangat bising dan menjadikan kehidupan manusia serta
kehidupan lain terganggu. Haiwan juga berasa takut dan ingin berhijrah ke habitat baru yang
lebih senyap dan nyaman. Hal ini akan menyebabkan ketidakseimbangan ekosistem.

Pencemaran bunyi menyebabkan kerosakan pada telinga manusia secara serta-merta dan juga
secara kronik. Sekiranya telinga menerima bunyi yang kuat iaitu lebih daripada 120 dB, selaput
tympanum di dalam telinga akan pecah serta kerosakan tulang kecil pada telinga dan ini
menyebabkan kehilangan pendengaran kekal. Pendedahan berpanjangan kepada bunyi kuat
iaitu lebih 85 dB dalam masa 8 jam sehari, ia akan merosakkan koklia dan menyebabkan
pendengran menjadi tidak berkualiti dan kemungkinan juga akan menjadi pekak secara
perlahan-lahan

Kesimpulannya, pencemaran alam sekitar memang memberi kesan buruk kepada seluruh alam
sekitar di bumi ini. Saya berharap pihak berwajib dapat memantau supaya pencemaran ini
dapat dikurangkan supaya kehidupan di bumi ini lebih selesa.

30| ms

2.3 Kepentingan Penjagaan Alam Sekitar
Alam sekitar merupakan segala benda hidup dan bukan hidup yang wujud secara semula jadi di
permukaan bumi, atau sebahagian daripadanya. Alam sekitar memainkan peranan yang
penting dalam kehidupan harian kita. Alam sekitar yang tidak tercemar memberikan kita satu
suasana yang selesa dan mennyamankan. Di samping memberi keselesaan kepada manusia,
ia juga sedikit sebanyak akan menjejaskan aktiviti-aktiviti pembangunan negara sekiranya alam
sekitar di negara kita tidak dijaga dengan baik. Amalan menjaga kerbersihan merupakan
tuntutan semua agama. Persekitaran yang bersih penting untuk mewujudkan kehidupan yang
sihat dan sejahtera.

Rajah 2.3a Kehidupan yang sihat dan sejahtera
Kepentingan menjaga alam sekitar adalah penting untuk manusia, terutamanya terhadap sistem
pernafasan kita. Persekitaran yang bersih membolehkan kita menyedut udara yang segar.
Udara yang bersih dan segar sememangkan amat penting untuk kesihatan. Kawasan yang
segar dan bersih lazimnya dipenuhi dengan tumbuhan menghijau. Tumbuh-tumbuhan
membebaskan oksigen ke udara dan membolehkan badan kita mendapat bekalan oksigen
secukupnya. Selain itu, alam sekitar yang bersih membolehkan kita menikmati keselesaan.
Cuaca panas dan kering yang disebabkan oleh kenaikan suhu dapat dielekkan dan
membolehkan kita menjalani kehidupan dalam keadaan cuaca yang baik. Melalui persekitaran
yang segar dan nyaman juga, orang ramai boleh melakukan aktiviti luar dan beriadah tanpa
gangguan yang boleh menimbulkan perasaan rimas, marah dan tidak selesa. Aktiviti riadah
yang dijalankan dalam keadaan bersih akan menguatkan kesihatan kita. Dengan ini, kesihatan
manusia akan terjamin.

31| ms

Menjaga alam sekitar adalah penting untuk flora fauna. Kebersihan alam sekitar akan menjamin
keseimbangan ekosistem. Ekosistem yang terpelihara daripada kerakusan manusia akan
membantu menjamin sumber air. Tanpa pemusnahan hutan, ia dapat berfungsi sebagai
kawasan tadahan hujan. Kehadiran hutan-hutan tadahan hujan akan menakung air hujan
secara semula jadi dalam kuantiti yang besar. Hutan yang lengkap dengan flora dan faunanya
menyebabkan air hujan yang turun dapat disalurkan dengan baik ke sungai. Air hujan yang
turun itu tidak akan tersejat malah akan disalurkan ke sungai untuk meneruskan peredaran air.
Ini dapat menjamin bekalan air yang mencukupi bagi kegunaan domestik mahupun industri.
Selain itu, hutan akan membantu manusia menakung air dalam empangan-empangan yang
dilengkapi teknologi canggih. Keadaan ini membolehkan kita menghasilkan kuasa elektrik hidro
sebagai suatu tenaga yang bersifat mesra alam dan akan kita mampu mengurangkan
pergantungan kepada tenaga fosil seperti petrol dan arang batu yang memusnahkan alam.
Secara umumnya, kebersihan alam sekitar adalah tuntutan semula jadi untuk manusia
menjamin kehidupan yang selesa. Ini bukan sahaja memastikan manusia mengelak scenario
perubahan alam yang mengancam malah membantu manusia memiliki kualiti hidup yang baik.

Rajah 2.2b Pusat Pemulihanan Alam Sekitar
Pemuliharaan terhadap alam sekitar adalah amat penting untuk mengelakkan kepupusan. Alam
sekitar merupakan tempat tinggal bagi flora dan fauna. Kedua-duanya memainkan peranan
dalam mengekalkan alam semula jadi dan setiap satunya mempunyai rantaian yang mengikat

32| ms

antara satu sama lain, Flora fauna merupakan biodiversiti yang tidak boleh dipisahkan. Flora
merupakan tempat perlindungan pelbagai fauna daripada angkara manusia atau sesama
haiwan sendiri. Kepupusan salah satu daripadanya akna menjejaskan kitaran alam semula jadi.
Penerbangan hutan yang tidak terancang akan menyebabkan cuaca menjadi panas dan kering.
Ini akan menjejaskan pertumbuhan flora dan fauna pula akan kehilangan habitatnya.
Pemulihara terhadap alam sekitar adalah penting untuk mengelakkan kepupusan. Dengan itu,
habitat hidupan darat dan air terpelihara.

Penghutanan semula yang dilakukan secara terancang dan sistematik yang dijalankan oleh
Jabatan Perhutanan serta badan-badan bukan kerajaan dapat meningkatkan oksigen di
atmosfera kerana tumbuhan hijau berperanan sebagai perangkap dan pengguna utama karbon
dioksida dalam proses fotosintesis. Penghutanan semula dilakukan di kawasan pokok balak
yang telah ditebang tujuan penghutanan semula ini dapat memastikan spesies pokok tidak
pupus. Di samping itu, penghutanan semula dapat mengekalkan kualiti alam sekitar yang baik,
memulihara tanah yang subur dan sumber air yang cukup. Habitat fauna dan flora serta warisan
hutan juga dapat dikekalkan melalui penghutanan semula. Secara tidak langsung, ia dapat
mengurangkan pemanasan global yang serius di negara kita.

Persekitaran yang bersih juga dapat mengelakkan pembiakan seranggan. Persekitaran yang
kotor akan meyebabkan pembiakan seranggan yang dapat mengancam nyawa manusia.
Nyamuk aedes sebagai contoh, boleh menyebabkan deman denggi yang berbahaya manakala
nyamuk tiruk boleh menyebabkan penyakit malaria. Selain itu, persekitaran yang kotor akan
mendatangkan banyak lalat. Lalat yang makanan kita akan menyebabkan kesihatan manusia
terjejas. Oleh itu, penjagaan kebersihan terhadap alam sekitar adalah penting. Kita boleh bebas
daripada gangguan

Keindahan alam sekitar itu juga boleh memberi peluang kepada pelancong untuk mengunjungi
negara kita dan kita perlu untuk menarik perhatian mereka. Persekitaran yang cantik dan bersih
dapat menarik ramai pelancongan dari luar negara atau orang tempatan untuk melancong ke
negara kita. Dalam aktiviti pelancongan, kita dapat mendapatkan hasil dari pendapatan luar
negara untuk menambah sumber kewangan negara. Ini dapat meningkatkan pertukaran wang

33| ms

asing. Dalam jangka panjang, pertumbuahan ekonomi juga akan meningkat. Melalui aktiviti itu.
peluang perkerjaan untuk orang tempatan juga akan meningkat dan secara tidak langsung ia
dapat mengurangkan pengangguran di negara kita. Dalam usaha memajukan negara dan
meningkatkan taraf hidup penduduk, penjagaan terhadap alam sekitar merupakan
tanggungjawab masyarakat.

Kita mesti sedar akan kepentingan memelihara alam semula jadi yang masih ada pada hari ini.
Usaha-usaha memupuk kesedaran masyarakat terhadap kepentingan alam sekitar terus
dilakukan oleh pelbagai pihak di negara ini seperti kempen kebersihan, perkhemahan alam
sekitar bagi belia, seminar, bengkel, pameran, promo media dan penerbitan bahan-bahan
cetak. Semuanya adalah bagi meningkatkan pengetahuan, kesedaran dan penyertaan orang
ramai bagi memelihara alam sekitar. Pemuliharaan alam sekitar adalah tanggungjawab
bersama. setiap generasi supaya pembangunan lestari dikekalkan serta penggunaan sumber
alam dapat diguna pakai sehingga generasi akan datang secara kualitatif dan kuantitatif.

LATIHAN
PENGUKUHAN
Terdapat gas-gas yang dilepaskan semasa proses penguraian sisa pepejal di tapak
perlupusan sampah seperti SO2, NOX, Dioxin, Sulfur, CO, Ammonia dan lain-lain.
Apakah kesan gas-gas tersebut kepada manusia.

34| ms

AKTIVITI
Penghasilan video isu alam sekitar
Anda merupakan seorang wartawan di sebuah stesen televisyen berbayar. Selaku
seorang wartawan di stesen tersebut anda telah diberi tugasan oleh Unit Berita untuk
membuat liputan di lokasi mengenai isu pencemaran alam sekitar yang berlaku di sekitar
Negeri Sembilan. Lakonkan watak anda sebagai seorang wartawan yang sedang
membuat laporan berita tersebut. Durasi video anggaran 5 minit.

35| ms

BAB 3 AMALAN MESRA ALAM

HASIL PEMBELAJARAN KURSUS

Pada akhir bab ini, anda seharusnya dapat:

1. Meningkatkan tahap kesedaran masyarakat mengenai
kepentingan menjaga alam sekitar.

2. Meningkatkan kualiti persekitaran rumah, sekolah, pejabat dan
kawasan perkampungan sebagai satu tempat yang bersih, ceria
dan menyenangkan.

3.0 Amalan Mesra Alam Di Rumah

✔ Gunakan kain untuk mengelap meja dapur berbanding kertas kerana boleh diguna
semula.

✔ Guna semula bekas kaca dan plastic sebagai tempat menyimpan barang.
✔ Gunakan kuali memasak yang sesuai saiznya dan tutup periuk semasa memasak untuk

menjimatkan tenaga. Penggunaan periuk dan pengukus adalah lebih baik dan dapat
menjimatkan tenaga sehingga 70%.
✔ Guna semula beg plastik membeli belah untuk mengisi sampah.
✔ Menggunakan bahan organik sebagai baja kerana nutriennya tinggi. Cuba hentikan
penggunaan racun makhluk perosak.
✔ Mengitar semula kertas atau surat khabar lama.
✔ Gunakan mesin basuh pakaian apabila muatannya penuh. Air bilasan boleh digunakan
untuk diguna semula bagi mencuci lantai atau tandas.
✔ Membasuh kereta dengan menggunakan paip semburan amat membazirkan. Gunakan
air yang diisi dalam baldi untuk mencuci kereta.
✔ Kawal kadar aliran air apabila menggunakan paip. Aliran air yang rendah dapat
menjimatkan 25%-50%

36| ms

✔ Gunakan mesin basuh pakaian yang jimat tenaga. Sebelum membeli mesin basuh
pakaian, baca label kecekapan penjimatan tenaga mesin tersebut. Dengan memilih
mesin basuh yang tinggi penjimatan tenaganya, penggunaan air dan elektrik dapat
dikurangkan sebanyak 50%.

✔ Pasangkan sistem dua curahan pada tandas. Jika dibandingkan dengan system satu
curahan, system ini dapat mengurangkan penggunaan air sebanyak 50% untuk sebuah
keluarga.

✔ Gunakan pancuran untuk mandi dan elakkan mandi dengan menggunakan air takungan.
✔ Isikan air ke dalam sinki untuk membasuh sayur-sayuran atau pinggan mangkuk untuk

menjimatkan 15kali penggunaan air berbanding membasuh di bawah paip air yang
mengalir berterusan.
✔ Semasa memberus gigi, gunakan air yang diisi dalam bekas dan elakkan pembaziran
air.
✔ Jimatkan tenaga dan lindungi penglihatan daripada rosak dengan mengurangkan
keamatan cahaya skrin televisyen, Apabila keamatan cahaya skrin televisyen terlalu
tinggi, lebih banyak tenaga diperlukan dan jangka hayat televisyen akan berkurang.
✔ Gunakan peralatan elektrik yang jimat tenaga. Padam dan buka plak selepas
menggunakannya. Peralatan elektrik seperti televisyen yang digunakan selama 3 jam
sehari dan selebihnya dibiarkan dalam keadaan ‘Standby mode’ selama 21jam akan
menggunakan sehingga 40% tenaga dalam keadaan ‘Standby mode’.
✔ Tempatkan peti sejuk jauh daripada sumber haba untuk mengurangkan pelepasan
karbon dioksida.
✔ Gunakan mentol berpendaflour padat [CFL] berbanding mentol bercahaya pijar untuk
menjimatkan 60% tenaga berbanding mentol bercahaya pijar.
✔ Gunakan pemanas air berkuasa solar untuk menjimatkan tenaga elektrik.
✔ Gunakan peti sejuk sebaik-baiknya untuk menjimatkan tenaga. Nyah beku secara
berkala dan elakkan membuka peti sejuk dengan kerap.
✔ Berbasikal atau berjalan kaki jika boleh. [Ke kawasan berdekatan] kerana mesra alam
dan menyihatkan tubuh badan.
✔ Gunakan langsir atau bidai berwarna putih untuk memantulkan haba dan mengurangkan
pemanasan.
✔ Menyokong program kitar semula.
✔ Mengelakkan mesin pengering malah menjemur pakaian di bawah cahaya matahari
untuk menjimatkan sebanyak 700paun karbon dioksida dalam tempoh 6 bulan.

37| ms

3.1 Amalan Mesra Alam di Sekolah dan Institusi

✔ Amalkan penggunaan cahaya semula jadi dan biarkan tingkap terbuka. Padamkan suis
lampu dan kipas yang tidak digunakan.

✔ Tanam pokok bagi mencantikkan persekitaran sekolah. Pokok menyerap karbon
dioksida dan membebaskan oksigen ke atmosfera.

✔ Pastikan persekitaran sekolah sentiasa bersih dengan menggunakan tong sampah dan
pupuk amalan ini di kalangan murid sekolah.

✔ Gunakan saputangan bagi mengurangkan penggunaan kertas tisu dan menjimatkan
sumber hutan.

✔ Gunakan mesin kira-kira (calculator) yang mempunyai kuasa solar.
✔ Gunakan klip kertas biasa berbanding klip berwarna kerana ia boleh mengakibatkan

keracunan kadmium.
✔ Tutup paip air dengan sempurna. Paip yang dibiarkan terbuka mengakibatkan

pembaziran sehingga 9 liter air seminit.
✔ Berjalan atau berbasikal ke sekolah untuk mengurangkan pencemaran udara yang

berpunca daripada penggunaan kenderaan bermotor.
✔ Beli kertas yang dikitar semula. Ia membantu mengurangkan bilangan pokok yang

ditebang untuk menghasilkan kertas.
✔ Kurangkan penghasilan sampah dengan menggunakan pena berdakwat yang boleh diisi

semula dan pensil mekanikal.
✔ Bawa bekalan makanan sendiri ke sekolah. Ia lebih menyihatkan, menjimatkan wang

dan kebersihannya juga adalah terjamin.
✔ Gunakan tong kitar semula. Asingkan bahan buangan seperti kertas, tin dan botol kaca

atau plastik. Contoh gambar amalan mesra alam di sekolah.

38| ms

3.2 Amalan Mesra Alam di Pejabat
Amalkan 3R (Reduce – Reuse- Recycle)

⮚ Berhemat dalam penggunaan alat tulis.
⮚ Cetak atau membuat salinan hanya jika perlu.
⮚ Cetak atau membuat salinan di kedua-dua belah mukasurat bagi dokumen formal.
⮚ Guna semula kertas terpakai semasa mencetak dokumen tidak formal (salinan draf).
⮚ Guna semula sampul surat dan fail yang telah digunakan.
⮚ Fikir dahulu sebelum buang.
⮚ Gunakan tong kitar semula yang betul.
⮚ Pesanan makanan untuk mesyuarat/majlis dibuat mengikut keperluan

Rajah 3.2a: Amalan 3R

⮚ Gunakan produk mesra alam.
⮚ Gunakan bahan kimia biorosot untuk pembersihan dan penyelenggaraan pejabat.
⮚ Nilai kebolehupayaan produk untuk dikitar semula.
⮚ Amalkan perolehan hijau.
⮚ Elakkan penggunaan botol air plastik.
⮚ Elakkan penggunaan penyegar udara di pejabat
⮚ Gunakan pembungkus makanan yang mesra alam.
⮚ Bawa bekas makanan sendiri untuk membungkus makanan dan minuman.
⮚ Jimatkan tenaga.
⮚ Padamkan lampu di ruang yang tidak digunakan.
⮚ Gunakan tangga untuk naik ke aras lain

39| ms

⮚ Meletakkan komputer peribadi ke sleep mode apabila tidak digunakan.
⮚ Gunakan peralatan elektrik mengikut keperluan.
⮚ Jangan buka tingkap apabila pendingin hawa sedang beroperasi.
⮚ Pastikan peralatan elektrik dimatikan sebelum meninggalkan pejabat.
⮚ Maklumkan kepada pihak yang berkenaan dengan segera mengenai sebarang

kerosakan.
⮚ Jimatkan air di tandas, sinki dan semasa mengambil wuduk.
⮚ Kawal penggunaan air.
⮚ Pastikan pili air ditutup rapat.
⮚ Elakkan `flushing` yang tidak perlu. Maklumkan juruteknik dengan segera jika terdapat

kerosakan atau kebocoran
⮚ Gunakan pengangkutan awam atau amalkan perkongsian kenderaan ke tempat kerja.
⮚ Gunakan perkhidmatan `Park and Ride` untuk mengurangkan kesesakan tempat parkir.

Rajah 3.2b: Amalan Berkongsi Kenderaan

40| ms

3.3 Amalan Mesra Alam Semasa Membeli Belah
Beli produk tempatan dan organik.

Beli barang yang boleh diguna semula dan makanan segar

Bawa bekas makanan apabila membeli makanan dan jangan
membeli produk yang diperbuat daripada haiwan.

Tukar kepada petrol tanpa plumbum dan pilih peralatan bebas
CFC.

Rancang tempat untuk membeli belah dan selalu fikir dahulu
sebelum membeli.

Gunakan bateri dicaj semula dan beli barang yang
diperbuatdaripada kertas kitar semula

Lakukan pembelian secara online dan gunakan kereta berenjin
diesel.

Rajah 3.3a: Amalam mesra alam semasa membeli belah

⮚ Beli sayur-sayuran dan buah-buahan dari ladang organik) menggunakan baja organic /
kompos dan tanpa racun makluk perosak).

⮚ Menjadi pembeli yang bijak tidak harus membeli barang-barang yang diperbuat daripada
haiwan atau tumbuhan terancam bagi mengekalkan biodiversity yang menjamin
keseimbangan alam sekitar.

⮚ Merancang pembelian untuk mengelakkan daripada membeli barangan yang tidak perlu.
Tambahan pula, kita haruslah rancangkan tempat untuk membeli-belah bagi
menjimatkan bahan api dan masa.

⮚ Gunakan beg sendiri untuk membeli-belah. Beg plastiik tidak boleh dilupuskan dan
mengambil masa sehigga 500 tahun untuk diuraikan.

41| ms

Rajah 3.3b: Amalan Semasa Membeli Belah Tanpa Menggunakan Beg Plastik
Keadaan persekitaran semakin berubah ke tahap yang lebih teruk. Situasi ini boleh
diperbaiki sekiranya setiap individu peka dan prihatin terhadap isu pemanasan global yang
sedang melanda dunia dengan mengamalkan amalan mesra alam bagi menjamin
kelestarian alam untuk generasi yang akan datang.

LATIHAN
PENGUKUHAN
1. Apakah amalan mesra alam ketika membeli belah di pasaraya?
2. Nyatakan LIMA amalan mesra alam ketika berada di pejabat?
3. Jelaskan amalan-amalan mesra alam yang boleh dilakukan dirumah?

42| ms

AKTIVITI
Merekabentuk dan menghias lanskap dari bahan kitar semula (3R sculpture)
Anda dikehendaki merekabentuk lanskap di institusi anda. Antara hiasan yang perlu ada dil
anskap tersebut termasuk “Sculpture 3R”. Sculpture yang dihasilkan mestilah menggunakan
sekurang-kurangnya 50% daripada bahan kitar semula.
Setiap kumpulan perlu menyediakan:

Kertas cadangan projek
Carta perbatuan pelaksanaan projek
Log book atau laporan mingguan
Persembahan video keseluruhan projek

43| ms

BAB 4 PENGURUSAN SISA
PEPEJAL

HASIL PEMBELAJARAN KURSUS

Pada akhir bab ini, anda seharusnya dapat:
1. Menjelaskan kategori sisa pepejal
2. Membincangkan kaedah pengurusan sisa pepejal
3. Menghasilkan prooduk daripada sisa pepejal yang boleh digunakan

semula

4.0 Definisi Sisa Pepejal
3.

Sisa pepejal merupakan hasil buangan daripada aktiviti sosio-ekonomi manusia yang
mempunyai sifat kotor dan dianggap tidak berguna dan pengurusan sisa pepejal adalah antara
masalah utama yang dihadapi oleh kebanyakan bandar di negara membangun (Hasnah, et.al,
2012).

Sebagai suatu bahan atau sumber yang tidak lagi dgunakan kerana tidak mempunyai nilai
ekonomi sebelum ia melalui proses aklhir (Soew dan Indera, 2016).

Rajah 4.0 Akta 672 (Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007)
44| ms


Click to View FlipBook Version