The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nurhazliyana, 2021-12-25 21:53:53

Buku Program Madani 2021

Buku Program Madani 2021

1

i

SEMINAR ANTARABANGSA MASYARAKAT MADANI ALAF 21
KALI KE-3

“KESEJAHTERAAN MASYARAKAT TERAS KELESTARIAN”
28 – 29 DISEMBER 2021 / SECARA MAYA
Anjuran

PUSAT PENDIDIKAN ASAS DAN LANJUTAN (PPAL),
UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU (UMT).

Dengan kerjasama

PlANET MAHIR SDN. BHD.

1

ISI KANDUNGAN................................................................................................ 1
KATA ALU-ALUAN.............................................................................................. 2

Naib Canselor Universiti Malaysia Terengganu................................... 2
Dekan Pusat Pendidikan Asas dan Lanjutan........................................ 4
Pengarah MADANI 2021..............................................................................5
LATAR BELAKANG SEMINAR........................................................................... 7
TEMA & BIDANG/SUB-BIDANG...................................................................... 8
PENGUCAPTAMA 1......................................................................................... 10
PENGUCAPTAMA 2......................................................................................... 11
PENGUCAPTAMA 3......................................................................................... 12
PIDATO KHAS....................................................................................................13
JADUAL ATUR CARA MAJLIS PERASMIAN.................................................14
JADUAL KESELURUHAN SEMINAR................................................................ 15
JADUAL UCAPTAMA DAN SIDANG SELARI...............................................16
SENARAI ABSTRAK...........................................................................................25
SENARAI AHLI JAWATANKUASA............................................................... 108
PENGHARGAAN............................................................................................ 110

2

Naib Canselor Universiti Malaysia Terengganu

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera

Segala pujian hanya milik Allah Tuhan Semesta Alam
Selawat dan Salam kepada Nabi Junjungan Muhammad SAW.

Alhamdulilah, saya mengucapkan rasa syukur ke hadrat Allah S.W.T. atas perkenan dan izin-Nya,
kita dapat bersama-sama menjayakan Persidangan Antarabangsa Masyarakat Madani (MADANI
2021) pada pagi yang berbahagia ini.

Saya mengucapkan terima kasih kepada pihak Sekretariat Persidangan iaitu Pusat Pendidikan Asas
dan Lanjutan (PPAL) kerana telah menjemput saya bagi merasmikan majlis pada kali ini. Saya juga
mengucapkan tahniah dan syabas kepada Pusat Pendidikan Asas dan Lanjutan atas usaha
memastikan penganjuran program seperti ini dapat dilaksanakan dengan jayanya. Sekalipun negara
kita masih lagi dilanda wabak COVID-19, komitmen dan usaha yang telah dilaksanakan dalam
tempoh yang mencabar ini telah membolehkan persidangan seperti ini dapat dijalankan secara maya.

Saya juga mengambil kesempatan mengucapkan “Selamat Datang” kepada semua peserta
persidangan dari dalam dan luar negara. Terima kasih kerana telah memberikan komitmen bagi
menjayakan persidangan kali ini. Semoga persidangan ini menjadi platform untuk melahirkan idea-
dea baharu dan percambahan ilmu menerusi interaksi dalam kalangan para peserta.

Tema persidangan kali ini KESEJAHTERAAN MASYARAKAT TERAS KELESTARIAN sangatlah
bertepatan dengan situasi dan cabaran semasa yang berlaku dalam masyarakat pada hari ini.
Masyarakat dunia sangat terkesan dengan krisis kembar kesihatan dan impak ekonomi akibat
daripada penularan COVID-19 termasuklah Malaysia. Bencana ini telah menjejaskan kesejahteraan
masyarakat dari setiap dimensi. Menerusi “total lockdown” Perintah Kawalan Pergerakan yang
dikenakan, semua sektor tidak dibenarkan beroperasi kecuali sektor ekonomi dan perkhidmatan perlu
yang disenaraikan oleh Majlis Keselamatan Negara. Hal ini menjejaskan kesejahteraan sosial dan
kehidupan masyarakat.

Alhamdulillah, kini negara kita sedang berada di fasa pemulihan pasca COVID-19. Kerajaan telah
merangka Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) yang menyediakan rujukan asas bagi tempoh lima
tahun seterusnya dalam usaha membina semula negara, serta memulihkan ekonomi yang terjejas
akibat COVID-19. Kita doakan situasi ini akan bertambah baik dan kehidupan kita akan berjalan
seperti biasa.

Peradaban manusia didasari oleh kepentingan-kepentingan yang saling melengkapi di antara satu
sama lain. Kemakmuran ekonomi disulami dengan keharmonian dan kesejahteraan sosial akan
menjadikan sesebuah negara itu maju dan mencapai tahap ketamadunan yang tinggi.

Persidangan ini diadakan bagi menjelmakan idea dan hasrat masyarakat Madani yang diimipikan
oleh ummah sejagat. Konsep masyarakat madani (Islam) digunakan sebagai alternatif untuk
mewujudkan good governance (tadbir urus yang baik) yang dapat diertikan menciptakan suatu
masyarakat yang harmonis dalam kehidupan berbangsa dan bernegara yang pada puncaknya akan
terciptalah masyarakat adil dan makmur.

3

Secara ringkasnya, madani dalam istilah bahasa Arab dimaksudkan sebagai kehidupan yang dapat
atau hampir dapat mencapai ideal atau bentuk kehidupan yang tinggi yang hendak dicapai oleh
sesuatu masyarakat.

Al-Farabi seorang tokoh ilmuwan Islam merujuk kepada ruang lingkup ilmu Madani meliputi ilmu-
ilmu asas kemanusiaan, ilmu kemasyarakatan dan ilmu kenegaraan termasuklah cabang-cabang
utama ilmu seperti antropologi, sosiologi, psikologi, etika, sains politik, ekonomi, kebudayaan dan ilmu
sivik. Ringkasnya, ilmu madani menyentuh setiap segi pembangunan tamadun, bukan secara
terperinci tetapi dari segi asas atau prinsipnya.

Kesejahteraan yang dinikmati ini, selari dengan konsep masyarakat Madani yang berteraskan agama
dan budaya. Keharmonian dan kesejahteraan masyarakat akan mendorong kepada kebangkitan dan
kemajuan sesebuah negara seperti yang berlaku pada zaman kegemilangan Tamadun Islam di
Andalusia, Sepanyol.

Hasrat kesatuan dan kebersamaan masyarakat ini dicita-citakan oleh semua lapisan rakyat Malaysia.
Ini selaras dengan konsep “Keluarga Malaysia” yang diumumkan oleh kerajaan yang meliputi tiga
teras iaitu Keterangkuman (inclusivity), Kebersamaan (common ground) dan Kesyukuran
(contentment). Pendek kata, keharmonian dan kesatuan masyarakat adalah tunjang kepada kejayaan
sesebuah negara.

Dalam ruang lingkup pendidikan, ahli akademik seharusnya memainkan peranan bukan sahaja
memberi ilmu kepada masyarakat, bahkan mendidik mereka menjadi individu dan ahli masyarakat
yang berilmu, beradab dan berakhlak. Universiti tidak sepatutnya dipandang sebagai pusat
penyebaran ilmu semata-mata tetapi universiti seharusnya menjadi tanda aras ketamadunan dan
ketinggian intelektual masyarakatnya.

Oleh itu, besarlah harapan saya untuk melihat persidangan antarabangsa ini memberi ruang untuk
kita membangunkan faktor manusiawi melalui pelbagai disiplinnya yang mana kesemua disiplin ini
digembleng bagi mencari satu penyelesaian yang menyeluruh. Semoga para peserta mendapat
manafaat yang berguna semasa menyertai persidangan ini.

Mengakhiri ucapan saya, sekali lagi tahniah saya ucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam
kelancaran persidangan pada kali ini. Dengan ini, saya menyimpulkan ucapan saya dengan
menurunkan rangkap pantun yang dipetik dari tulisan Prof Dr Osman Bakar:

Terbumbung langit ibarat kubah samawi
Terhampar bumi ibarat permaidani
Kebahagiaan duniawi juga ukhrawi
Itulah matlamat insan madani.

Sekian, wabillahi taufik wal hidayah, wassalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

YBhg. Prof. Dr. Mazlan Abd. Gaffar

4

Dekan Pusat Pendidikan Asas dan Lanjutan

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah SWT, kerana dengan izin-Nya
kita semua dapat bersiaran selama dua hari dengan lancarnya bagi menjayakan Persidangan
Antarabangsa Masyarakat Madani 2021.

Bagi pihak penganjur, saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan penghargaan terima kasih
kepada semua pihak, yang telah memberikan sumbangan sama ada secara langsung atau tidak
langsung untuk menjayakan Madani 2021 ini. Rakaman terima kasih ini khususnya kepada
pengurusan UMT yang memberi kepercayaan kepada Pusat Pendidikan Asas dan Lanjutan (PPAL)
untuk terus mengendalikan persidangan kali ketiga ini.

Jutaan terima kasih juga dirakamkan kepada ketiga-tiga pengucap utama yang sudi meluangkan
masa, tenaga dan paling penting buah fikiran yang sangat bermanfaat, iaitu YBhg. Prof. Dato’ Dr.
Ahmad Murad Merican dari Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Prof. Emeritus Dr. Yasin Dutton dari
Oxford Centre for Islamic Studies, dan YBhg. Prof. Dr. Yusni Saby dari Universitas Islam Negeri Ar-
Raniry, Banda Aceh.

Saya juga merakamkan jutaan terima kasih kepada para penaja yang turut menyumbang untuk
menjayakan persidangan ini. Semoga Allah membalasnya dengan sebaik-baik pembalasan. Tidak
lupa juga untuk semua pembentang yang turut serta berkongsi pandangan, para peserta, serta
seluruh jawatankuasa pelaksana yang bertungkus lumus sejak awal untuk memastikan persidangan
ini berlangsung dengan lancar.

Sepanjang seminar ini berlangsung, sebanyak tiga kertas utama dan 72 kertas selari telah berjaya
dibentang. Kertas-kertas kerja ini mewakili empat tema utama di bawah konsep masyarakat madani
iaitu (i) Bahasa, budaya dan warisan, (ii) Ekonomi dan pembangunan sosial, (iii) Pendidikan dan
modal insan, erta (iv) sains dan teknologi.

Secara ringkasnya, para pembentang yang berkongsi pandangan dalam seminar ini telah
merumuskan; ilmu madani merupakan ilmu ketamadunan yang meliputi ilmu asas kemanusiaan, ilmu
kemasyarakatan dan ilmu kenegaraan termasuklah cabang-cabang utama seperti etika, sains politik,
ekonomi, kebudayaan, pendidikan dan ilmu sivik. Budaya ilmu ini amat penting untuk memenuhi
prasyarat sesebuah masyarakat madani yang akhirnya dapat mencapai kemajuan pemikiran,
kemajuan kebendaan, kemajuan rohani dan kemajuan nilai.

Sekejap lagi tirai Madani 2021 ini akan dilabuhkan, semoga buah perkongsian dalam seminar ini tidak
terhenti di sini. Akhir sekali, sekali lagi saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak
yang telah membantu untuk menjayakan Seminar Antarabangsa Masyarakat Madani 2021 ini.

Tuan puteri pergi ke Rasah;
Pulang semula sebelah pagi;
Kita bertemu akhirnya berpisah;

Diizin Tuhan bersua lagi.
Semoga berjumpa lagi pada tahun hadapan, Insya Allah.

Wabillahitaufik walhidayah, wassalamualaikum wr wbt

YBhg. Prof. Dr. Asyraf Haji Abd. Rahman

5

Pengarah MADANI 2021

‫لسالم عليكم ورحمة ا وبركاته‬

Alhamdullillah segala puji bagi Allah yang telah memberi kekuatan kepada kita
untuk menjayakan Seminar Antarabangsa Masyarakat Madani buat kali ke-3.
Sebagai makluman, tema utama kita pada kali ini ialah Kesejahteraan Masyarakat Teras Kelestarian
atau Community Well-Being as the Core of Sustainability. Penekanan tema pada kali ini lebih kepada
kelestarian masyarakat, agar muncul sebuah tamadun yang memartabatkan masyarakat Madani
yang proaktif dan mampu bersaing di peringkat antarabangsa suatu hari nanti.

Secara sepintas lalu, sucakita dimaklumkan bahawa masyarakat Madani ini adalah interpretasi
daripada sebuah masyarakat Madinah al-Munawwarah yang telah dibangunkan oleh Rasulullah SAW
lebih 1400 tahun yang lalu. Sebuah komuniti pelbagai etnik dan agama, namum mampu hidup
harmoni dan saling menghormati antara satu sama lain. Fenomena ini telah dimunculkan di zaman
Madinah al-Munawwah yang berpandukan kepada firman Allah dalam surah al-Saba’ ayat 15,

١٥ ٞ‫ بّ غَُفو ر‬ٞ‫ غو غ‬ٞ‫ غَ يَِّغ ر‬ٞ‫وْا َغُفۚۥ َغلۡ غَ ر‬ٞ‫َيّ فُ لۡ غوٱ لۡ فُ ف‬ٞ‫ لۡ يِ غ‬ّٞ‫ غجّنَغا ين غَن ِغ يِِ ٖن غو يۡ غِا ٖلۖ فُۡفوْا يِن ي‬ٞ‫َغَغ لَ غُا غن يَ غَۡغ ٖٖ ِيي غِ لۡ غُ يّ يِ لۡ غَِْغ رل‬

Bermaksud: Demi sesungguhnya, adalah bagi penduduk negeri Saba´, satu tanda (yang
membuktikan kemurahan Allah) yang terdapat di tempat tinggal mereka, iaitu: dua kumpulan kebun
(yang luas lagi subur), yang terletak di sebelah kanan dan di sebelah kiri (kampung mereka). (Lalu
dikatakan kepada mereka): Makanlah dari rezeki pemberian Tuhan kamu dan bersyukurlah
kepadaNya; (negeri kamu ini adalah) negeri yang baik (aman dan makmur) dan (Tuhan kamu adalah)
Tuhan Yang Maha Pengampun.

Suasana kesejahteraan sesebuah negara yang harmoni dan diredhai Allah telah dirakamkan dalam
al-Quran sebagai pedoman untuk kita semua. Marilah kita bersama-sama menggembling tenaga dan
berusaha untuk mencapainya. Ketahuilah bahawa usaha ini bukanlah suatu yang mudah. Ianya
bukan sekadar wacana teori, bahkan lebih daripada itu, memerlukan komitmen semua entiti yang
terlibat untuk merealisasikannya. Peranan kerajaan, ahli akademik, ahli politik, aktivis sosial dan
masyarakat awam perlu bergerak sederap dan senada untuk menjadikan impian masyarakat Madani
berjaya dijelmakan di negara bertuah ini.

Dalam kesempatan ini, sukacita saya merakamkan jutaan terima kasih buat ketiga-tiga
pengucaptama iaitu Profesor Emeritus Dr Yasin Dutton dari Universiti Oxford, United Kingdom, Prof
Dr. Yusny Saby dari Universiti Islam Negeri, Ar-Raniri, Banda Acheh, Indonesia dan Prof Dato’ Dr
Ahmad Murad Merican, Universiti Islam Antarabangsa, Malaysia. Dan tidak lupa juga, ucapan terima
kasih buat pembicara jemputan Dato’ Dr Ahmad Ramzi Muhamad Zubir, Pengasas merangkap CEO
Planetmahir Sdn Bhd, yang menjadi rakan kerjasama strategik dalam menjayakan seminar
antarabangsa pada kali ini.

Sekalung penghargaan buat perasmi program, Prof. Dr Mazlan bin Abd. Ghaffar, Naib Canselor UMT.
Beliau juga merupakan penaung Seminar Antarabangsa Masyarakat Madani kali ke-3 ini. Begitu juga
penghargaan diberikan buat Prof. Dr Asyraf bin Hj Ab. Rahman, Dekan Pusat Pendidikan Asas dan
Lanjutan, selaku penasihat utama program. Tidak lupa juga penghargaan kepada AJK Induk dan AJK
kecil yang turut sama bertungkus lumus untuk memastikan seminar antarabangsa yang berlangsung
secara webinar berjaya dilaksanakan dengan jayanya.

6

Dalam sesebuah seminar atau persidangan akademik, fokus utama adalah untuk menerbitkan
manuskrip yang terhasil daripada penyelidikan para pensyarah dalam bidang masing-masing. Di
samping itu, seminar seumpama ini juga turut menjadi medan bagi para pensyarah dan pelajar pasca
siswazah untuk berintraksi dengan rakan akademik yang datang dari pelbagai latarbelakang. Secara
tidak langsung, akan menjadi titik tolak perkenalan dan seteruskan membina pasukan penyelidikan
yang mantap daripada pelbagai disiplin keilmuan.

Adalah diharapkan, setelah berlangsungnya seminar selama dua hari iaitu 28-29 Disember 2021 ini.
Akan ada beberapa pasukan penyelidik yang berperanan untuk menggerakkan halatuju atau gagasan
yang diperolehi hasil perbentangan kertas-kerja yang pastinya amat berkualiti dan wajar diteliti oleh
para pengkaji. Dengan yang demikian, tidaklah menjadikan seminar yang diadakan hanya tinggal
seminar yang sepi. Sebaliknya, biar ada impak yang berharga buat generasi yang akan datang.

Sebagai makluman, Insha Allah kesemua prosiding yang diterbitkan dalam seminar kali ini akan
diusahakan untuk diterbitkan dalam jurnal yang berindek Scopus atau WoS. Tanggungjawab ini telah
diamanahkan kepada jawatankuasa penerbitan dan usaha tersebut akan dipergiatkan untuk
penerbitan pada tahun hadapan.

Akhir kalam, sukacita saya rakamkan perasaan terharu dengan amanah yang diberikan. Sekalung
kemaafan juga dititipkan sekiranya terdapat kekurangan dan kelemahan dalam pengendalian seminar
kali ini. Adalah diharapkan, seminar Antarabangsa Masyarakat Madani seumpama ini dapat
diteruskan untuk tahun-tahun yang akan datang.

“SELAMAT BERSEMINAR”

Dr. Firdaus Khairi bin Abdul Kadir

7

Masyarakat madani adalah merujuk kepada masyarakat yang maju dari segi pemikiran, kerohanian
dan kebendaan. Keseimbangan ketiga-tiga aspek tersebut adalah merupakan kunci dalam
keharmonian sejagat yang telah ditekankan dalam ajaran Islam. Pesanan cerdik pandai supaya
beribadat seperti akan mati esok hari dan berkerja seperti akan hidup seribu tahun lagi adalah antara
manifestasi keseimbangan tersebut dalam kehidupan mengikut ajaran Islam. Ketidakseimbangan
dalam aspek tersebut juga merupakan punca kepada kecelaruan hidup pada hari ini yang seterusnya
menimbulkan banyak kerosakan bukan sahaja dalam aspek sosial malah kerosakan kepada alam
secara menyeluruh.

Prinsip keseimbangan tersebut sangat bertepatan dengan fungsi penubuhan Pusat Pendidikan Asas
dan Lanjutan (PPAL) di Universiti Malaysia Terengganu (UMT). Sebagai pusat pendidikan yang
memberi khidmat penawaran kursus-kursus teras universiti dan elekftif, PPAL sememangnya
berfungsi untuk melengkapkan pelajar dengan kemahiran insaniah yang diterapkan secara holistik
bagi mengimbangi aspek kognitif dan kemahiran psikomotor dalam bidang masing-masing.
Keseimbangan pemikiran, kerohanian dan kebendaan dalam kehidupan juga dilihat selari dengan
gagasan Negara Rahmah yang dijadikan dasar oleh kerajaan Malaysia dalam era Malaysia Baharu.
Di bawah dasar Negara Rahmah, Malaysia Baharu menekankan pentadbiran berasaskan Maqasid
Syariah yang menekankan aspek penjagaan agama, nyawa, akal keturunan dan harta melalui tujuh
kluster utama iaitu kehakiman dan perundangan, dakwah dan media, pendidikan/modal insan,
halal/Tabung Haji, masjid, maqasid dan penyelidikan serta sosioekonomi.

Objektif penganjuran MADANI2021 adalah seperti berikut:

i. Menyediakan ruang perkongsian dan perbincangan berkaitan penemuan kajian yang
menyumbang kepada pembentukan masyarakat madani khususnya di Malaysia dan rantau
Nusantara.

ii. Menyediakan medium pertemuan dan pembinaan jaringan antara ahli akademik, penyelidik,
pemimpin masyarakat dan orang perseorangan yang bertanggungjawab atau mempunyai
kecenderungan dalam usaha pembentukan masyarakat madani khususnya di Malaysia dan
rantau Nusantara.

iii. Mendokumentasi dan menerbit hasil penyelidikan berkaitan pembentukan masyarakat madani
untuk rujukan pihak-pihak berkepentingan masa kini dan akan datang.

8

Tema Seminar Antarabangsa Masyarakat Madani Alaf 21 (MADANI 2021) untuk tahun ketiga ini
adalah:

‘Kesejahteraan Masyarakat Teras Kelestarian’

Sub Bidang MADANI 2021 dikategorikan seperti berikut:
i. Kesejahteraan sosial dan ekonomi
ii. Sains, teknologi dan alam sekitar
iii. Bahasa, warisan dan budaya
iv. Pendidikan dan modal insan

9

10

YBhg. Prof. Dato’ Dr.Ahmad Murad Merican
Profesor Sejarah Sosial dan Intelektual,
Ketua, Unit Tamadun Melayu Islam

Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam,
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (ISTAC-IIUM)

BIOGRAFI

Professor Dato' Dr. Ahmad Murad Merican ialah profesor sejarah sosial dan intelektual, Institut
Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (ISTAC-IIUM).
Beliau merupakan felo kanan, Centre for Southeast Asia Research and Hub (SEARCH), De La Salle
University, Manila. Beliau juga adalah Presiden Persatuan Pengajar Kewartawanan Malaysia (MJTS),
Naib Presiden Persatuan Komunikasi Asia Pasifik (PACA), serta Ahli Seumur Hidup, Persatuan
Sejarah Malaysia (Cawangan Kedah). Beliau merupakan kolumnis untuk New Straits Times, Melaka
Hari Ini, dan Dewan Masyarakat, serta telah menerbitkan 17 buah buku termasuk 'Batu Uban:
Sejarah Awal Pulau Pinang' (2015), 'Revisiting Atas Angin: A Review of the Malay Imagination of Rum,
Ferringghi and the Penjajah' (2019); dan 'Colonialism in the Malay Archipelago' (editor
Bersama/2020). Dua tajuk buku yang akan diterbitkan awal tahun 2022 ialah 'The Avatar of 1786,'
dan 'Countering the Western Canon.' Sebelum menjadi ahli akademik bermula tahun 1986, Prof.
Murad merupakan seorang wartawan pada awal tahun 1980an.

11

YBhg. Prof. Emeritus Dr. Yasin Dutton

Felo Penyelidik Kanan Azman Hashim,
Pusat Pengajian Islam Universiti Oxford

BIOGRAFI

Profesor Yasin Dutton telah menyertai Pusat Pengajian Islam Oxford sebagai Felo Penyelidik Kanan
Azman Hashim dalam bidang Kajian Tentang Dunia Islam yang menjuruskan minat penyelidikan
beliau terhadap undang-undang Islam yang terdahulu (terawal), klasik dan juga yang moden. Beliau
telah memperolehi Ijazah Kedoktoran Falsafahnya (DPhil) dalam Pengajian Oriental (Ketimuran)
daripada Universiti Oxford di England, United Kingdom dengan pengkhususan dalam undang-undang
Islam yang terdahulu (terawal). Di awal kerjayanya pada tahun 1993 hingga 1995, beliau telah
mengajar al-Quran dan bahasa Arab di Institut Oriental, Universiti Oxford secara sambilan. Setelah itu,
beliau telah meneruskan kerjaya syarahannya dalam Pengajian Arab dan Islam selama hampir 11
tahun di Universiti Edinburgh, Scotland dari 1995 hingga 2006. Beliau kemudiannya menyambung
khidmat beliau sebagai pensyarah pengajian Arab di Universiti Cape Town di Afrika Selatan dari
tahun 2006 - 2018.
Profesor Yasin Dutton merupakan pengarang bagi The Origins of Islamic Law: The Qur'an, the
Muwatta' and Madinan 'Amal (Curzon Press, 1999) dan Original Islam: Malik and the Madhhab of
Madina (Routledge, 2007). Selain penerbitan di atas, terdapat lagi tambahan pelbagai artikel beliau
yang berkaitan undang-undang Islam terdahulu, manuskrip- manuskrip al-Quran terdahulu (lama),
dan juga artikel-artikel tentang aplikasi undang-undang Islam dalam dunia moden, khususnya yang
berhubung dengan isu ekonomi dan alam sekitar.

12

YBhg. Prof. Dr. Yusny Saby
Guru Besar Pascasarjana

UIN Ar-Raniry,Banda Acheh

BIOGRAFI

Profesor Dr Yusny Saby seorang sarjana dan tokoh pemimpin yang memiliki pelbagai kepakaran.
Beliau dilahirkan pada 26 Jun 1944 di Bugak Krueng Matee, Jangka – Bireuen. Beliau mendapat
Pendidikan awal di Sekolah Rendah Islam (SRI) Bugak, Aceh Utara dan seterusnya ke Madarasah
Dayah Bugak, Aceh Utara. Seterusnya, beliau telah terpilih untuk menyambung pelajaran ke
Pendidikan Guru Agama Pertama Negeri (PGAPN) Kutaraja dan menyambung pelajaran ke SLTA
Pendidikan Hakim Islam Negeri (PHIN), Yogyakarta. Pada tahun 1967 beliau menyambung pelajaran
Ijazah (S1) dalam bidang Jurusan Qadha di Institusi Agama Islam Negeri (IAIN) Ar Raniry
Darussalam, Banda Aceh. Setelah itu pada tahun 1974 di Universiti yang sama beliau ke peringkat
Ijazah (S2) dalam jurusan Qadha (Islamic Judicial Court). Pada tahun 1984 sehingga 1994 beliau
telah meyambung pelajarannya di peringkat MA (S2) dan Ph.D (S3) di Temple University, Amerika
Syarikat dalam bidang Islamic Studies dan beliau telah ke McGill University untuk menuntut ilmu
dalam Management Training.
Pertama kalinya bertugas pada tahun 1965 apabila dia dilantik menjadi Pegawai Negeri sebagai
Pembimbing Urusan Agama di pejabat IAIN Ar-Raniry Banda Aceh. Beliau juga pernah berkhidmat
sebagai Sekretaris Gampong Kota Baru (Blang Pineung) Banda Aceh bersama dengan Keuchik Drs.
Ismail Hasan dan Zakaria Alibasyah. Pada tahun 1970 beliau dilantik menjadi pembantu pensyarah
Fakulti Syariah di IAIN Ar Raniry. Beliau juga memegang jawatan sebagai Direktur Lembaga
Penerbitan dan Penyiaran (LPP) IAIN Ar-Raniry dan Pemimpin Redaksi /Penanggung Jawab jurnal
kampus GEMA AR-RANIR. Seterusnya, sebagai pensyarah di Akademi Pemerintahan Dalam Negeri
(APDN). Pernah memegang jawatan sebagai Wakil Direktur II P3KI. Beliau turut dilantik untuk
memegang jawatan penting iaitu sebagai Direktur Pascasarjana dan Rektor UIN Ar-Raniry Banda
Aceh. Di luar kampus beliau juga pernah menjawab sebagai Ketua Badan Rekonsiliasi Aceh (BRA)
dan Ketua Ikatan Cendekiawan Muslim se-Indonesia (ICMI) Provinsi Aceh.
Beliau merupakan seorang intelektual Muslim Indonesia dan dikenali sebagai tokoh kedamaian.
Beliau banyak terlibat dalam pekerjaan besar rehabilitasi dan rekonstruksi Aceh, juru runding damai
RI-GAM, dan pelbagai pekerjaan kemanusiaan lainnya. Kehebatan komunikasi dan pendekatan oleh
Prof. Dr. Yusny Saby sering mewakili masyarakat Aceh dan Indonesia dengan berbagai masyarakat
dunia yang pelbagai kepercayaan dan budaya, baik secara formal atau informal. Beliau tercatat
pernah mewakili tokoh masyarakat, ulama dan akademisi pada Lembaga monitoring perdamaian
Aceh (Aceh Monitoring Mission, AMM) dan dialog tokoh agama, budaya dan perdamaian dengan
Presiden Amerika Syarikat, William Clinton dan juga Goerge W. Bush ketika berkunjung ke Indonesia
pada tahun 2008.

13

YBhg. Dato’ Dr. Ahmad Ramzi Mohamad Zubir

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif
Planetmahir Sdn. Bhd.

BIOGRAFI

Dato Dr Ahmad Ramzi Mohamad Zubir seorang sarjana dalam pelbagai disiplin, pelbagai bahasa,
pelbagai kemahiran, usahawan dan ahli perniagaan, jurulatih, mentor, dengan semangat untuk
berkongsi pengetahuan, kemahiran, pengalaman dan kepakaran. Beliau dilahirkan pada 15 Julai
1972. Pada tahun 1995 beliau melanjutkan pelajaran ke Kolej Agama Sultan Zainal Abidin, Kuala
Terengganu dalam Diploma (ARAB). Menyambung pelajaran ke Universiti Al-Azhar, Mesir dalam
bidang Pengajian Islam dan Arab pada tahun 1997. Setelah itu, beliau menyambung pelajaran ke
peringkat Ijazah Sarjana di Universiti Putra Malaysia pada tahun 1999 dalam bidang Pentadbiran
Pendidikan. Beliau juga merupakan graduan Ph.D dari Universiti Edinburgh, United Kingdom dalam
bidang Perancangan Strategik pada tahun 2004.

Dato Dr Ahmad Ramzi mempunyai pengalaman luas dalam latihan bidang korporat, kepimpinan,
keyakinan diri, komunikasi, pengurusan tekanan, motivasi, pembentangan, jualan, pembangunan diri,
perkhidmatan pelanggan), bimbingan, bimbingan, penyelidikan, pendidikan, f&b, francais,
perundingan pelaburan, perancangan strategik, modal & latihan korporat,penjenamaan, jualan &
pemasaran, pemesejan & komunikasi, waqaf dan jihad ekonomi, platform pembelajaran dalam talian,
teknologi digital, aplikasi mudah alih serta modul ulul albab. Beliau juga adalah Pengasas Bersama
dan Ketua Pegawai Eksekutif bagi platform pembelajaran online Bahasa Melayu, Planetmahir.com
bermula pada tahun 2018 sehingga kini. Antara pengalaman beliau seperti pernah menyandang
sebagai Pengarah Eksekutif, Dale Carnegie Malaysia pada tahun 2018. Menjadi Pengerusi Eksekutif,
Killiney Kopitiam Malaysia bermula 2011 sehingga kini. Beliau juga pernah menjawat jawatan sebagai
Setiausaha Politik & Pegawai Khas Dato’ Seri Idris Jusoh bermula 2004 hingga 2018. Selain itu,
beliau juga pernah memegang jawatan sebagai Perantis Perancang Korporat, Bank Diraja Scotland,
Edinburgh pada tahu 2004 dan menyandang jawatan sebagai Timbalan Pengarah, Kolej IKIP di
Kuantan pada tahun 1999 sehingga 2001.

14

8.45 pagi : Peserta/Pelajar bersedia dalam talian
8.50 pagi :
9.00 pagi : VIP & Dif-dif jemputan bersedia dalam talian
9.05 pagi :
: YBhg. Naib Canselor UMT bersedia dalam talian
9.15 pagi :
Bacaan doa
9.25 pagi :
Tayangan video korporat UMT
9.40 pagi :
9.45 pagi : Ucapan Alu-aluan oleh YBhg. Prof. Dr. Asyraf Haji Abd.
Rahman
10.30 pagi : Dekan
10.35 pagi : Pusat Pendidikan Asas dan Lanjutan (PPAL)
Universiti Malaysia Terengganu (UMT)

Ucapan Perasmian oleh YBhg. Prof. Dr. Mazlan Abd. Gaffar
Naib Canselor
Universiti Malaysia Terengganu (UMT)

Tayangan Montaj MADANI 2021

Ucaptama 1 oleh YBhg. Prof. Dato’ Dr. Ahmad Murad Merican
Profesor Sejarah Sosial dan Intelektual, dan
Ketua, Unit Tamadun Melayu Islam
Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam,
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (ISTAC-IIUM)

Sesi fotografi dalam talian

Bersurai

15

0900-1035 Hari Pertama - 28 Disember 2021 (Selasa)
1045-1145
1200-1300 : Majlis Perasmian
1300-1500
: Sidang Selari 1
1500-1545
: Sidang Selari 2
1600-1700
: Rehat
0900-0945
Ucaptama 2 oleh
0945-1030 : YBhg. Prof. Emeritus Dr. Yasin Dutton,

1045-1145 Felo Penyelidik Kanan Azman Hashim,
1145-1245 Pusat Pengajian Islam Universiti Oxford
1245-1400
1400-1500 : Sidang Selari 3
1500-1600
1730 Hari Kedua - 29 Disember 2021 (Rabu)

Ucaptama 3 oleh
: YBhg. Prof. Dr. Yusny Saby,

Guru Besar Pascasarjana
UIN Ar-Raniry,Banda Acheh

Pidato Khas oleh
: YBhg. Dato’ Dr. Ahmad Ramzi Mohamad Zubir,

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif
Planetmahir Sdn. Bhd.

: Sidang Selari 4

: Sidang Selari 5

: Rehat

: Sidang Selari 6

: Majlis Penutup

Bersurai

TENTATIF SEMINAR ANTARABANGSA MASY

Hari Pe
(28 Disem

Majlis Pe
(9.00 pagi -

Ucaptama 1: YBhg. Prof. Dat
Tajuk: Alam Melayu, Tanah Air dan

Pengerusi: Dr. Aisy
Pautan W

(9.45 pagi -

Panduan: : 8 Minit
: 5 Minit
1. Sesi Pembentangan : 2 minit
2. Sesi Q&A
3. Interval

16

YARAKAT MADANI KALI KE-3 (MADANI 2021)
ertama
mber 2021)

erasmian
10.35 pagi)

to’ Dr. Ahmad Murad Merican
n Bahasa: Pendekatan Peradaban
yah Binti Abdullah
Webex :
10.30 pagi)

Webex 1A Sidang Selari 1 (10.4
Webex 1B

Tema: Social and Economic Well-being Tema: Science, Technology and
Pengerusi: Dr. Firdaus Khairi Abdul Environment
Kadir Pengerusi: Dr. Nurul Hidayah Mat
Peranan Manusia Sebagai Khalifah Dalam
The Logical Evidence in Encouraging
Melestarikan Alam
Marine Life Preservation Among Youth

Dr. Firdaus Khairi Abdul Kadir Dr. Nurul Hidayah Mat
052MW1 055MW2

Cabaran Dakwah Dan Penggunaan Analysis the Level of Knowledge in Colreg
Kaedah Dakwah Dengan Kebijaksanaan for Nautical Science at Universiti Malaysia

Terhadap Orang Bukan Islam Terengganu.

Siti Aishah Binti Maliki Mumtazah Raidah Binti Shamsuri
041MW1 057MW2

The Challenges Encountered by Mualaf Mangrove Belowground Biomass and
After Conversion to Islam: A Study on The Carbon Storage in Universiti Malaysia
Cases of Murtad (Apostasy) in Malaysia
Terengganu (UMT) Campus
Nazihah Binti Rusli
031MW1 Dr. Siti Mariam Binti Muhammad Nor
091MW2

Penyeludupan Dadah Dari Kawasan Segi Highly Efficient and Green Approach of
Tiga Emas Thailand Serta Kesan Synthesizing Carboxylic Acids From
Aldehydes Using Food Additive
Terhadap Keselamatan Politik Negara
Malaysia Prof. Madya Dr. Chia Poh Wai
002MW2
Amer Fawwaz Bin Mohamad Yasid
028MW1

17

45 pagi - 11.45 pagi) Webex 1D
Webex 1C

Tema: Education and Human Capital Tema: Language, Culture & Heritage
Pengerusi: Masduki Mohammad Pengerusi: Dr. Riswadi Azmi
Morni
Pembinaan Profil Nilai Patriotisme dan Analisis Kaedah RASM Dalam Manuskrip
Al-quran LMNTE.21.14.UI.2 Koleksi
Bangga Negara dalam Kalangan Pra
Lembaga Muzium Negeri Terengganu
Siswazah Universiti Malaysia

Terengganu

Masduki Mohammad Morni Dr. Riswadi Azmi
039MW3 080MW4

Online Learning and Its Impacts on the Pengenalan kepada Analisis Persepsi
Education Industry Masyarakat Terhadap Mek Mulung

Zuriani Binti Yaacob Dr. Azlina Musa
042MW3 015MW4

Membangunkan Modal Insan Melalui Malay Wood Carvings in Four Traditional
Pendidikan Islam: Pengalaman Timber Pulpits
Saudara Kita Di Terengganu

Norhana Abdullah @ Ng Siew Boey Azli Bin Abdullah
085MW3 006MW4

Persepsi Masyarakat di Daerah Pengaruh Pengajaran Guru Dalam
Gombak Terhadap Hukuman Rotan Penguasaan Kosa Kata Pelajar Bahasa

yang Dilaksanakan di Sekolah Arab SMA di Terengganu

Muhammad Akmal Bin Zayyat Aqbal Mohamad Karimi Bin Ma
008MW3 056MW4

Sidang Selari 2 (12.00 ten

Webex 2A Webex 2B

Tema: Social and Economic Well-being Tema: Science, Technology and Environment

Pengerusi: Norlidawahi Wahab Pengerusi: Norliawati Binti Mohd Sidek

The Covid 19 And Business Online Synthesis, Characterization and Thermal
Activities Of Stabilization of Diphenyltin(IV) Complexes
Featuring 1-methyl piperazine dithiocarbamate
Mpu 3223: A Preliminary Findings and N-methyl cyclohexyl dithiocarbamate as

Norlidawahi Wahab Ligands
071MW1
Norliawati Binti Mohd Sidek
020MW2

Impak-Impak Kebanjiran Pekerja Asing A Baseline Study of Microplastics in Indoor
Terhadap Kesejahteraan Hidup Environment of University Buildings
Generasi Kedua Felda

Dr. Noranifitri Binti Md. Nor Dr. Noorlin Binti Mohamad
009MW1 023MW2

Isu Dan Permasalahan Perjanjian Air Accumulation of Trace Metals in Soil
Di Malaysia: Kajian Kes Perjanjian Air Associated With Decomposition of Buried
Antara Kedah Dan Perlis, 1969-2020
Cadaver

Mohd Firdaus Bin Abdullah Dr. Maisarah Jaafar
013MW1 090MW2

An Overview of Fraud in SMEs
Prof. Dr. Hafiza Aishah Hashim

103MW1

18

ngah hari – 01.00 petang)

Webex 2C Webex 2D

Tema: Education and Human Capital Tema: Language, Culture & Heritage
Pengerusi: Mohammad Mahdi Bin Abas Pengerusi: Dr. Radhiah Binti Ismail

Perbandingan Kaedah Pembelajaran Pelaksanaan Pembelajaran

Konvensional Dengan Pembelajaran Berasaskan Projek dalam PdP Kursus

e Berpusatkan Pelajar Dalam Meningkatkan Bahasa Sepanyol di Universiti

Mutu Pengajaran Kursus Asas Produksi Malaysia Terengganu

Filem Dokumentari

Dr. Radhiah Binti Ismail

Mohammad Mahdi Bin Abas 073MW4

037MW3

Exploring the needs of ESP courses among A Review on Key Issues for Indigenous
engineering students Peoples in Five Commonwealth
Countries
Nusrat Jahan
061MW3 Mohd Fahimi Zakaria
017MW4

Experiencing Cooperative Learning: An Stigmatization of Almajiri System
Approach to Assessment and Their Impact during the Covid-19 Pandemic: A
on Pupils Speaking Skills Corpus Analysis of Reports from

Nur Azlina Binti Md Aris Nigerian Newspapers
053MW3
Dr. Ibrahim Bashir
Merintis Pengalaman Pengajaran dan 081MW4
Pembelajaran (PdP) Dalam Talian
A Review on Key Issues for Indigenous
Semester Pandemik COVID-19: Satu Peoples in Five Commonwealth
Perkongsian Countries

PM. Noor Rohana Mansor Nurah Binti Abdul Razab
007MW3 017MW4

Ucaptama 2: YBhg. Prof. E
Tajuk: “A Madani Society: A Discourse with

Pengerusi: Dr. Abdu
Webe

(3.00 petang –

Sidang Selari 3 (04.00 p

Webex 3A Webex 3B

Tema: Social and Economic Well-being Tema: Education and Human Capital
Pengerusi: Prof. Madya Dr. Che Hasniza Pengerusi: Dr. Najihah Abdul Mutalib
Che Noh
Gaya Keibubapaan Dan Pola Komunikasi Aplikasi Konsep Etika Ketika PDP Atas
Talian: Kajian Terhadap Pelajar Kursus
Keluarga di Malaysia
MPU3132 Penghayatan Etika dan
Prof. Madya Dr. Che Hasniza Che Noh Peradaban
024MW1
Dr. Najihah Abdul Mutalib
Kepimpinan Kendiri dan Kesan 074MW3
Sosiopsikologi Masyarakat Terengganu
Gender-specific background knowledge
dalam suasana Covid 19 and the reading comprehension of two
culturally familiar and unfamiliar texts
Dr. Hailan Salamun
088MW1 among Saudi EFL learners

Usman Shah
097MW3

The Effect of Psychosocial Attributes on Penerapan Teori Minda Dalam
Well-Being Among Professional Middle- Pembelajaran Ilmu Tajwid: Kajian Terhadap
Age Women: The Moderating Effects of
Kaedah Iqra’
Social Support

Muhammad Fakhrush Syakirin Bin Abdul Hanis Embong
Mohd Fairuz 014MW3
067MW1

19

Emeritus Dr. Yasin Dutton
hin the Framework of a Borderless World”
ul Mutalib Embong
ex:

– 3.45 petang)

petang – 05.00 petang)

Webex 3C Webex 3D

Tema: Education and Human Capital Tema: Language, Culture & Heritage
Pengerusi: Dr. Samsiah Abdul Pengerusi: Kasyfullah Bin Abd Kadir
Hamid
Konsep Musytarak Dalam Terjemahan Al-
Some insights into online learning Quran
during the pandemic: Malaysian, Saudi

and Jordanian EFL learners

Dr. Samsiah Abdul Hamid Kasyfullah Bin Abd Kadir
051MW3 063MW4

Kesan Pembelajaran Komunikasi Adun Wanita Dalam Dun Terengganu:
Terhadap Kemahiran Interpersonal Analisis Pencapaian Dalam Pilihan Raya

Pelajar Serta Undang-undang Tubuh Negeri

Dr. Mohd Yusri Ibrahim Hamdan Bin Aziz
034MW3 003MW4

A Video Can Paint 10,000 Words: Bahasa Melayu Di Universiti Awam : Taraf
p How to Select YouTube Videos to Help Dan Fungsi Sebagai Bahasa Pengantar
Utama Ilmu
Students Learn Languages

Chaizani Mohd Shamsudin Hamdan Azmi Abd Aziz
083MW3 043MW4

Customer willingness to pay for tele- Analisis Persepsi Dan Tahap Kepuasan
communication and internet services: A Pelajar Bahasa Arab Di Universiti Malaysia
Comparative study between household
and company demand before and during Terengganu

Covid-19 Pandemic. Che Mohd Zaid Yusof
054MW3
Akbar Ali Abd Kadir
096MW1

Hari K
(29 Disem

Ucaptama 3: YBhg. P
Tajuk: Memugar Idealisme Wasatiyya

Pengerusi: Dr.
Webe

(9.00 pagi –
Pidato Khas: YBhg.Dato’ Dr. A
Tajuk: Waqf as a Tool to Give Better Access to Education via

Pengerusi: Dr
Webe

(9.45 pagi –

20

Students’ Experience in Using Online Asimilasi Orang Banjar Dan Jawa Dalam
Learning Platform During MCO for Memperkayakan Identiti Budaya Rumpun
Group Work
Etnik Melayu Di Malaysia
Raihana Ramly
064MW3 Ismar Liza Mahani
048MW4

Kedua
mber 2021)

Prof. Dr. Yusny Saby
ah dalam Mendepani Hambatan Sosial
. Hamdan Aziz
ex:
– 9.45 pagi)
Ahmad Ramzi Mohamad Zubir

Digital Technology: The Experience of Planetmahir Sdn Bhd
r. Azza Jauhar
ex:

10.30 pagi)

Sidang 4 (10.45 p

Webex 4A Webex 4B

Tema: Social and Economic Well-being Tema: Education and Human Capital
Pengerusi: Zaharul Zabidi Pengerusi: Borhanudin Mohd Yusof

The impact of Covid-19 pandemic on Experiential Learning of Entrepreneurial
investment banks efficiency in Malaysia: Education in Malaysia

Data Envelopment Analysis Borhanudin Mohd Yusof
108MW3
Zaharul Zabidi
104MW1

Corporate Human Rights Reporting: Metadiscourse in Academic Writing of
Malaysia's Perspective Pre-university Malaysian at an

International University in Malaysia

Tengku Farrah Maimunah T. Mohd Muhamad Khairul Zakaria
Yusof 107MW3

109MW1

Peningkatan Kesejahteraan Hidup Inspiring Future Generations of Muslim
Keluarga Ibu Tunggal Melalui Pengurusan Scientists: Experiences and Approaches

Kewangan Peribadi dan Perniagaan Amongst Primary Schools Students

Ahmad Rusdi Abdullah Prof. Dr. Asyraf Hj Ab Rahman
102MW1 094MW3

Experiencing Cooperative Learning: An Possessing a Proper Understanding of
Approach to Assessment and Their Impact the Learning Theories Underpinning
Mandarin Mobile Learning
on Pupils Speaking Skills

Dr. Abdul Mutalib Embong Dr. Nurul Ain Chua Binti Abdullah
035MW1 036MW3

21

pagi-11.45 pagi)

Webex 4C Webex 4D

Tema: Education and Human Capital Tema: Language, Culture & Heritage
Pengerusi: Kasawani Ibrahim Pengerusi: Mazlina Ahmad

Kajian Persepsi Pelajar Terhadap Kursus Analysis of Online Communication
Isu dan Kepentingan Tanah Bencah Melalui Strategy Among International Students
Aktiviti Pembelajaran Berasaskan Masalah
in Learning the Malay Language
di Kalangan Pelajar Universiti Malaysia
Terengganu Mazlina Ahmad
033MW4
Kasawani Ibrahim
044MW3 Fungsi dan Pola Ganti Nama Bahasa
Jepun dalam Komunikasi Pelancongan
You Read You Write: A Intervention
Program to Help Improve AWS Students’

Referencing Skills

Halimatus Saadiah Abdul Rahman Roswati Abdul Rashid
026MW3 040MW4

Tense-o-gram: Creating Relevance, Building Nilai Moral Muzikal Uda dalam karya
Confidence. Usman Awang

Sharon Lim Sui-lin Madzlan Abetfathe
076MW3 068MW4

Program Junior Lestari: Perintis kepada Safeguarding Intangible Cultural
Pendidikan untuk Pembangunan Lestari Heritage in Malaysia: A Case of Songket

(ESD) di Terengganu (Malaysia’s Traditional Handwoven
Fabric)
Mohd Azmi Muhammed Idris
060MW3 Noorfathehah Bt Abdullah Sani
072MW4

Sidang 5 (11.45 p

Webex 5A Webex 5B

Tema: Social and Economic Well-being Tema: Education and Human Capital
Pengerusi: Syahrin Said Pengerusi: Wan Zulkifli Wan Kassim

Dasar Dan Pendekatan Politik Tun Abdul Cohesion and Coherence in Written
Razak Berdasar Analisis Teks Amanat Academic Texts of Malaysian University
Presiden Umno 1970-1975.
Students

Syahrin Said Wan Zulkifli Wan Kassim
032MW1 059MW3

Investigating Users’ Sentiment Using Teachers’ Awareness Towards the
Twitter Data: A Case Study on Apple, Adaptation of descriptors in CEFR
Component Scales to the Language
Samsung and Huawei Activities in Chinese National-type School

Laily Zainal Chan Xian Wei
101MW2 095MW3

Delivery and Competence of Family Challenges Of Teaching And Learning Al
Hakam in Resolving Matrimonial Disputes Quran Subjects (Online) During The Covid-

19 Pandemic

Rafidah Mohamad Cusairi

Siti Rashidah binti Abd Razak
100MW3

Tools, Machines and Software Used for

22

pagi-12.45 pagi)

Webex 5C Webex 5D
Tema: Language, Culture & Heritage
Tema: Education and Human Capital Pengerusi: Mariati Mat Salleh@md Nor
Pengerusi: Nabihah Alia Binti Abd
Rahman Amar Makruf Nahi Mungkar dalam
kumpulan puisi Rintik-rintik Huruf
Kepercayaan Dan Amalan Pengajaran
Dan Pembelajaran (Pdp) Guru Bahasa Mariati Mat Salleh@md Nor
029MW4
Cina Sebagai Bahasa Kedua Di Era
Pandemik Covid-19

Nabihah Alia Binti Abd Rahman
047MW3

Designing and Validation of Virtual Interior and Architectural Elements in
Physical Education-Sport Science Malay Heritage: Case Study of Melaka
Related Course: A Learner’s Engagement
Malay Traditional House
Approach

Rabiu Muazu Musa Noorul Huda Binti Mohd Razali
011MW3

Konsep Taklid dalam Fikah: Kajian

- Terhadap Persepsi Guru-Guru Perbandingan Pemikiran etatanegaraan
Pendidikan Islam di Negeri Terengganu Islam beraja Antara Teks Al-Salatin dan

Bustan Al-Salatin

Ahmad Tarmizi Bin Muhammad Khatib Shah Rul Anuar Nordin
050MW3

Losing or Not Losing Human Touch? :
Students Virtual Mobility Intercultural

Covid-19 Pandemic from The Window of Increasing the Speed of Reading
The Young Children
Salahud Din Abdul-Rab
. 092MW3

Nurul Ashikin binti Abdul Kadir/ Dr Mut

Sidang 6 (2.00 pet

Webex 6A Webex 6B

Tema: Social and Economic Tema: Education and Human Capital
Well-being Pengerusi: Nurhazliyana Hanafi

Pengerusi:

Faktor-faktor Potensi Keupayaan Penyerapan Inovasi
Sosial dalam kalangan Akademia.

Nurhazliyana Hanafi

106MW3

AN Overview on Experiential Online Learning of
Language in the Age of COVID-19 PANDEMIC

Che Wan Ida Rahimah Che Wan Ibrahim
110MW3

23

Experience during Pandemic COVID-19

Isma Rosila
045MW3

tang -3.00 petang)

Webex 6C Webex 6D

Tema: Education and Human Capital Tema: Education and
Pengerusi: Aisyah Binti Dollah@abdullah Human Capital
Pengerusi:
Saidatina ‘Aisyah binti Abu Bakar r.a : Ilmuwan
Rujukan Sepanjang Zaman

Aisyah Binti Dollah@abdullah

058MW3

WhatsApp as a Learning Tool: A Survey among
Technology and Engineering Students

Syahrul Alim Bin Baharuddin
030MW3

A Framework for Empowering Women of Terengganu
via Hybrid English Language Learning

Azza Jauhar Ahmad Tajuddin
082MW3

Community-based ESL Module: What Works and What
Does Not

Suria Hani Binti Ibrahim
079MW3

Majlis P
Web

(3.00 petang -

24

Keberkesanan Kempen Matlamat Pembangunan
Lestari (Sdg2030) Pelajar Dalam Kurikulum Kursus

Pembangunan Lestari

Mohamad Pirdaus Bin Yusoh
075MW3

Pelaksanaan Dan Cabaran Pengajaran Dan
Pembelajaran Di Rumah (Pdpr) Di Sekolah Agama

Daerah Kubang Pasu, Kedah.

Rukhaiyah Abd. Wahab

Penutup
bex
- 4.00 petang)

25

ALAM MELAYU, TANAH AIR DAN BAHASA: PENDEKATAN
PERADABAN

AHMAD MURAD MERICAN

Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam,
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

Abstrak

Bahasa adalah landasan kepada suatu peradaban. Tanpa falsafah, adab dan maksud dalam kegunaan
bahasa, sesbuah masyarakat itu tidak berupaya mencapai satu tahap pencerahan dan peradaban. Justeru itu
kita hendaklah menelusuri sejarah dan identiti kita sebagai ahli rumpun bangsa Melayu yang bermastautin di
rantau yang kita namakan sebagai Kepulauan Melayu. Namun, naratif yang membanjiri alam pemikiran dan
budi kita bukanlah suatu naratif yang mandiri. Ia tercetus dari arus gerakan sejarah moden yang telah
menimbulkan beberapa permasalahan mengenai peradaban akibat dari pengaruh perspektif Eurosentrisme
dan Orientalisme. Tanah Air dan peradaban itu tidak dapat kita fahami jika kita masih menggunakan
pengukuran sejarah dan budaya penjajahan Eropah. Pengukuran tersebut telah memesongkan dan
memadamkan identiti dan sejarah kita. Andaian-andaian Eurosentrisme telah menggaris bawah sebagahaian
besar dari faham kita mengenai bahasa dan peradaban Melayu. Geografi dan sejarah kita membungkam dan
dibungkamkan. Dengan itu, salah satu istilah yang kritikal yang perlu ada dalam ungkapan kita ialah
"menyahjajah." Istilah menyahjajah membawa makna yang hakiki dalam usaha melihat kembali jiwa dan budi
kita; serta amalan negara bangsa. Istilah "dekolonialisasi" dan "kolonialisasi" tiada makna dan tidak boleh
menerajui usaha merungkai naratif masyarakat dan peradaban. Istilah sebeginilah yang mesti kita
bungkamkan. Malah, istilah-istilah lain yang merujuk kepada geografi dan penempatan di alam Melayu
mestilah dikaji semula demi meletakan maksudnya ditempat yang betul.

26

DIGITAL TECHNOLOGY: THE FUTURE OF WAQF EDUCATION AND
THE EXPERIENCE OF PLANETMAHIR IN PROVIDING BETTER
ACCESS TO EDUCATION, KNOWLEDGE AND SKILLS

AHMAD RAMZI MOHAMAD ZUBIR

Planetmahir Sdn. Bhd.

Abstract

The awareness of Muslims throughout the world towards Waqf has improved. Waqf is one of the potential
sources of Islamic finance for Muslims. Waqf (religious endowment) laid the cornerstone of an independent
means of financing for education across the Muslim world. Such an independent economic means contributed
greatly to the prowess of knowledge among Muslims. In Malaysia, Waqf-based financing has a significant
positive impact on educational development. It is considered as an alternative support and guarantee of the
availability of financing referred to, especially in education, where the cost incurred to students has been on the
rise. With the emergence of digital technology that has introduced online learning, mobile learning and e-
learning, more people are getting access to education, knowledge and skills. This paper outlines the
experience of Planetmahir in implementing Waqf, using Digital Technology, to give better access to education,
knowledge and skills.

27

TENSE-O-GRAM: CREATING RELEVANCE, BUILDING
CONFIDENCE

SHARON SUI-LIN LIM*
NIK IZYANI NIK NORDIN
SAMSIAH ABDUL HAMID
HUSNA NURUL IZZAH JAMALUDIN@NOORDIN

Centre for Fundamental and Continuing Education, Universiti Malaysia Terengganu, 21030 Kuala
Nerus, Terengganu, Malaysia

Abstract

Learning English language tenses is difficult for many English as Second/Foreign language learners
(ESL/EFL) (Alhaysony & Alhaisoni, 2017). Regardless of level (school or tertiary), or by teaching
tenses implicitly or explicitly, the complexity of the English language tense system remains difficult for
learners to remember and to apply. A cognitive organiser named the Tense-o-gram was created and
used to assist learners with this problem. The Tense-o-gram was used in lessons and was further
supported with the Tense-o-gram website as well as Tense-o-gram based online games to help
learners get a better grasp of English language tenses. The objective of this study was to measure
the students’ perception on the use of Tense-o-gram as a tool in teaching English tenses.
Instructional Materials Motivation Survey (IMMS) was administered to 44 students who were enrolled
in a remedial English language class. Results of the findings showed that the instrument was highly
reliable (α = .89) and the reliability coefficients of two of the IMMS dimensions emphasised in this
paper were high (Relevance α = .88; Confidence α = .82). The mean of the items in the two
dimensions ranged from moderate to high indicating that the students perceived the Tense-o-gram to
be relevant to their learning of English tenses and that they were confident in the cognitive organiser
as an aid to help them master English tenses.

Keywords: English tenses, Tense-o-gram, cognitive organiser

* Corresponding author: [email protected]

28

PENYELUDUPAN DADAH DARI KAWASAN SEGI TIGA EMAS
THAILAND SERTA KESAN TERHADAP KESELAMATAN POLITIK

NEGARA MALAYSIA

AMER FAWWAZ MOHAMAD YASID*
NORAINI ZULKIFLI
RUHANAS HARUN

SOFIAN KAMARUDDIN

Fakulti Pengajian dan Pengurusan Pertahanan, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, 57000
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia

Abstrak

Penyeludupan dan pengedaran dadah merupakan aktiviti jenayah popular kerana kegiatan tersebut
boleh menjana pulangan lumayan kepada sindiket dadah sama ada tempatan atau antarabangsa.
Kemasukan dadah ke Tanah Melayu dikesan seawal kurun ke-18 oleh imigran Cina. Penyalahgunaan
dadah dengan menghisap candu dijadikan budaya dalam masyarakat tempatan sebagai alternatif
mengurangkan tekanan kerja dan kehidupan seharian. Bagaimanapun kemasukan dadah dari luar
negara semakin kritikal selepas tamat Perang Dunia Kedua menyebabkan Kerajaan British
mengharamkan penggunaan dadah di Tanah Melayu secara menyeluruh pada 1952. Setelah
penubuhan Malaysia pada 1963, kerajaan telah meningkatkan usaha membenteras kegiatan
penyeludupan dadah sekitar penghujung tahun 1960-an. Era 1970-an hingga awal 1980-an
menunjukkan peningkatan kemasukan dadah yang sangat kritikal ke Malaysia. Keadaan ini berlaku
kerana tempoh tersebut kawasan Segi Tiga Emas yang terletak di pergunungan Thailand, Myanmar
dan Laos telah menjadi pengeluar utama heroin dunia. Aktiviti penyeludupan dadah ini sekaligus
telah mewujudkan ancaman tinggi terhadap keselamatan negara. Untuk meningkatkan kesedaran
dan sebagai langkah proaktif, pada 1983 kerajaan telah memulakan kempen anti-dadah dengan
pengisytiharan ‘dadah musuh nombor satu negara’ sebagai Falsafah Dadah Negara. Selaras
tindakan itu juga telah ditubuhkan Pasukan Khas Anti Dadah Negara. Malangnya kegiatan
penyeludupan dadah dari luar negara masih lagi aktif berlaku hingga ke hari ini. Oleh yang demikian,
kajian ini akan membincangkan kegiatan penyeludupan dan kemasukan dadah ke Malaysia dengan
mengenalpasti kaedah-kaedahnya. Serta kewujudan pelbagai ancaman terhadap keselamatan
negara terutamanya dari aspek keselamatan politik.

Kata kunci: Penyeludupan dadah, kemasukan dadah ke Malaysia, ancaman dadah terhadap
keselamatan politik, Segi Tiga Emas

* Corresponding author: [email protected]

29

PERSEPSI MASYARAKAT DI DAERAH GOMBAK TERHADAP
HUKUMAN ROTAN YANG DILAKSANAKAN DI SEKOLAH

MUHAMMAD AKMAL ZAYYAT AQBAL*
MUMTAZAH NAROWI

Fakulti Pendidikan dan Sains Sosial, Universiti Selangor (UNISEL), 45600 Batang Berjuntai, Selangor,
Malaysia

Abstrak

Rotan merupakan hukuman berbentuk didikan yang digunakan bagi mengawal masalah disiplin di
sekolah. Namun isu-isu yang berkaitan dengan hukuman ini sentiasa tular dari tahun ke tahun
berpunca daripada ketidakfahaman segelintir masyarakat terhadap konsep sebenar hukuman ini
dilaksanakan. Kajian lampau banyak menggunakan ibu bapa atau guru sebagai responden tetapi
kurang mengkaji persepsi masyarakat secara umumnya terhadap hukuman ini. Kajian ini lebih
memfokuskan untuk mengenalpasti konsep perlaksanaan yang telah ditetapkan oleh Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM), kemudiannya mengkaji tahap pengetahuan dan penerimaan masyarakat
di daerah Gombak terhadap perlaksanaan hukuman rotan yang masih dikekalkan di sekolah.
Seramai 230 orang responden yang menetap di daerah Gombak terlibat di dalam kajian ini. Data
yang diperolehi daripada borang selidik dianalisis dengan menggunakan perincian SPSS versi 22.0
bagi mendapatkan hasil kajian yang lebih tepat. Borang selidik dibina berpandukan kepada prosedur
operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh KPM terhadap hukuman ini. Berdasarkan borang
tersebut, dapatan dilihat melalui frekuensi kekerapan pilihan jawapan yang dipilih bagi bahagian B,
manakala bahagian C pula dinilai menggunakan formula indeks purata berpandukan kepada skor
yang telah ditetapkan. Secara ringkasnya, kajian mendapati bahawa rata-rata masyarakat
mengetahui terhadap konsep perlaksanaan hukuman ini dengan jumlah peratusan kekerapan
jawapan ‘Ya’ sebanyak 70.8%. Manakala tahap penerimaan masyarakat pula adalah pada tahap
yang menerima dengan nilai indeks purata sebanyak 3.61. Walaupun begitu, majoriti masyarakat
tidak mengetahui terhadap larangan hukuman rotan bagi pelajar perempuan sepertimana yang telah
ditetapkan oleh KPM. Oleh itu, kajian ini mengharapkan agar masyarakat bukan sekadar tahu
terhadap kewujudan SOP itu sendiri, tetapi untuk memahami terhadap perincian yang terkandung di
dalam SOP tersebut. Hal ini penting supaya hukuman ini tidak disalaherti dan disalahgunakan oleh
masyarakat itu sendiri.

Kata kunci: Hukuman rotan, sekolah, masyarakat, persepsi, Prosedur Operasi Standard

* Corresponding author: [email protected]

30

COVID-19 PANDEMIC FROM THE WINDOW OF THE YOUNG
CHILDREN

ABDUL MUTALIB EMBONG1
NUSRAT JAHAN1

ZAMANUDDIN ZAKARIA2
NUR RIZKIYAH KENOO3
MAISARAH AKMAL MOHAMAD RAHIM3
NURUL ASHIKIN ABDUL-KADIR*4

JOHARI KASIM4

1Centre for Fundamental and Continuing Education, Universiti Malaysia Terengganu, 21030 Kuala
Nerus, Terengganu, Malaysia

2University College TATI, 24000 Chukai, Terengganu, Malaysia
3Eureka Training Center, 24000 Chukai, Terengganu, Malaysia
4School of Electrical Engineering, Universiti Teknologi Malaysia, 81310 Skudai, Johor, Malaysia

Abstract

The Covid-19 global health crisis has far-reaching consequences for the care and teaching of young
children in homes and classrooms. This study understands the young children’s perspectives towards
Covid-19 and sought answers how is their experience dealing with the pandemic and what kind of
challenges need to be overcome. The sample consisted of seven pre-schoolers at the age 4 to 6
through three different sessions, where they were asked to draw a picture of Covid-19, and some
open-ended questions were served. The children included in this qualitative research are all Malays
and are representative of the population of the three types of areas in which they reside. Collected
data were analysed using inductive content analysis. The results showed that the youngsters had a
basic understanding of corona virus illness (Covid-19), including symptoms, consequences,
transmission mechanisms, and prevention methods. The majority of the information on Covid-19 was
gathered from various sources. Their awareness is strong since they are aware of Covid-19's dangers
and effects. Prior to that, they put their awareness into practise by donning masks and cleaning their
hands with sanitizer, among other things. Children from towns and urban regions are more likely to be
exposed to Covid-19 than children from rural areas. Those from upper- and middle-class households
are more vocal about their views than those from lower-income families. In terms of mood, the
research found that the illness had no major impact on all of the children interviewed. Participants
also articulated that the Covid-19 epidemic had a number of negative impacts on preschool education,
and highlighted the need of preserving preschool education during pandemics. This study will pave
the door for further research on the impact of the Covid-19 epidemic on other grade levels and the
difficulties that preschool students experience.

Keywords: Awareness, children, Covid-19, environment, understanding

* Corresponding author: [email protected]

31

ONLINE LEARNING AND ITS IMPACTS ON THE EDUCATION
INDUSTRY

ZURIANI YAACOB*
ABDUL MUTALIB EMBONG

Centre for Fundamental and Continuing Education, Universiti Malaysia Terengganu, 21030 Kuala
Nerus, Terengganu, Malaysia

Abstract

Schools all across the world have been closed due to COVID-19. As a result, education has
undergone tremendous transformation with the emergence of e-learning in which instruction is done
remotely and on online platforms. In Malaysia, the rise of COVID-19 cases and the adoption of the
Movement Control Order (MCO) have compelled the government to shift away from the traditional
face-to-face meeting toward home-based learning and teaching, also known as Pengajaran dan
Pembelajaran di Rumah (PdPR). However, the majority of teachers, parents, and students raised
concerns about the implications of such approach. Some are questioning whether the acceptance of
online learning would continue post-pandemic and how such a transition would influence the global
education industry. In accordance with the new century, there is rapid expansion and acceptance of
educational technology with global ed-tech investments reaching billions of dollars. Language
applications, virtual tutoring, video conferencing tools and online learning software are all examples.
With the outbreak of COVID-19, the tendency is becoming more evident. Therefore, this study will
investigate the practise of online learning in terms of implementation, challenges and areas for
improvement. Facebook posts, Instagram posts, Twitter posts and other social media content will be a
data source. The researchers will review, analyze and code the comments and feedbacks of social
media users through a qualitative content analysis approach where overall trend will be observed and
presented. It is intended that the implementation of the online learning during the present COVID-19
pandemic phase may be utilised as a model for developing more adaptable online educational
practises in future.

Keywords: Online learning, impacts, education industry, Covid-19, PdPR

* Corresponding author: [email protected] ; [email protected]

32

CABARAN DAKWAH DAN PENGGUNAAN KAEDAH DAKWAH
DENGAN KEBIJAKSANAAN TERHADAP ORANG BUKAN ISLAM

SITI AISHAH MALIKI*
FIRDAUS KHAIRI ABDUL KADIR

NAJIHAH ABDUL MUTALIB

Pusat Pendidikan Asas dan Lanjutan, Universiti Malaysia Terengganu, 21030 Kuala Nerus,
Terengganu, Malaysia

Abstrak

Dakwah Islamiah pada masa kini sedang menghadapi era baru perubahan zaman. Umat Islam
sekarang dikenali sebagai ‘masyarakat terbuka’. Era globalisasi dan revolusi dalam hampir segenap
bidang terutamanya bidang komunikasi dan teknologi maklumat menjadikan masyarakat lebih terbuka
dalam pelbagai sudut. Lantaran itu, pendakwah perlu membuat persiapan dari segenap sudut dalam
berdakwah kepada orang bukan Islam terutama dari sudut penggunaan kaedah dakwah yang sesuai.
Tujuan kajian ini adalah untuk mengenalpasti cabaran-cabaran yang dihadapi oleh pendakwah dan
melihat kekuatan penggunaan kaedah pendekatan dakwah dengan kebijaksanaan terhadap orang
bukan Islam. Oleh itu, penelitian dibuat bagi mengkaji kaedah pendekatan dengan kebijaksanaan
yang ada dalam kajian-kajian lepas. Pendekatan yang digunakan dalam kajian ini ialah kajian
kepustakaan dengan menggunakan teknik analisis dokumen yang bersifat kualitatif. Dapatan kajian
menunjukkan terdapat banyak cabaran yang terdapat dalam dakwah. Antaranya kekangan sumber
ilmu, kurangnya komunikasi yang betul dan tiada kekuatan dan kesabaran dalam diri. Kaedah
pendekatan dengan kebijaksanaan yang digunakan dalam dakwah sangat berkesan jika digunakan
dengan ilmu yang luas. Kajian ini akan memberi sumbangan terhadap usaha dakwah di Malaysia dan
mampu membina masyarakat bertamadun yang mantap dari segi akidah, akhlak, ibadah dan
mualamat.

Kata kunci: Pendekatan dakwah, pendekatan dakwah dengan kebijaksanaan, non-muslim,
pendakwah

* Corresponding author: [email protected]

33

MENELUSURI KEGIATAN AWAL PENTERJEMAHAN AL-QURAN DI
MALAYSIA: ANALISIS KARYA TERJEMAHAN TERPILIH

MOHD FAHIMI ZAKARIA*

Universiti Kuala Lumpur – Royal College of Medicine Perak, 30450 Ipoh, Perak, Malaysia

Abstrak

Terjemahan merupakan salah satu bidang pengajian ilmu bahasa gunaan atau linguistik terapan yang
semakin berkembang berikutan kewujudan kepelbagaian bahasa dunia yang menjadi faktor
kemunculan bidang terjemahan. Terjemahan al-Quran dalam bahasa Melayu merupakan antara
bidang terjemahan yang penting khususnya kepada masyarakat Islam di Malaysia yang tidak
menguasai bahasa Arab. Ini adalah kerana melalui terjemahan al-Quran, pembaca dapat memahami
isi kandungan al-Quran seterusnya mengamalkannya dalam kehidupan seharian. Namun sebagai
pengkaji bidang terjemahan al-Quran, menelusuri kegiatan terjemahan al-Quran dalam bahasa
Melayu di Malaysia adalah satu perbincangan penting supaya dapat difahami bagaimana proses
penterjemahan tersebut berlaku dan seterusnya menyumbang ke arah pengayaan kosa kata bahasa
Melayu melalui penterjemahan. Maka, kajian ini bertujuan untuk melihat bagaimana kegiatan awal
terjemahan al-Quran berlaku di Malaysia dengan mengambil kira beberapa faktor seperti tokoh, latar
belakang penterjemah dan beberapa karya terjemahan al-Quran terpilih. Kajian ini ialah kajian
kepustakaan yang menggunakan pendekatan kualitatif. Pendekatan ini juga turut menggunakan
kaedah pemerhatian dan penerangan iaitu faktor-faktor terpilih tersebut dianalisis kemudian
diterangkan. Dapatan kajian ini mendapati bahawa terjemahan al-Quran dalam bahasa Melayu di
Malaysia telah berlaku sejak sekian lama berikutan keperluan pembaca yang majoriti menganut
agama Islam serta ingin memahami pelaksanaan ibadah.

Kata kunci: Kegiatan terjemahan, terjemahan al-Quran, Bahasa Arab, Bahasa Melayu, al-Quran
terjemahan

* Corresponding author: [email protected]

34

THE CHALLENGES ENCOUNTERED BY MU’ALLAF AFTER
CONVERSION TO ISLAM: A STUDY ON THE CASES OF MURTAD

(APOSTASY) IN MALAYSIA

NAZIHAH RUSLI*
FIRDAUS KHAIRI ABDUL KADIR

Centre for Fundamental and Continuing Education, Universiti Malaysia Terengganu, 21030 Kuala
Nerus, Terengganu, Malaysia

Abstract

The rising of conversion mualaf to Islam proved that Islam has become a universal religion, and
people started to recognize and accept the truth of Islam. Despite that, the phenomenon of mualaf
returning to their former religion had concerned the authorities as reported by newspapers and social
media. Even so, the issues related to mualaf have never ceased since it is a difficult matter to deal
with it. Thus, the purpose of this study is to identify the reasons that caused mualaf to return to their
former religion based on the murtad cases that happened in Malaysia. This qualitative document
analysis technique uses secondary data in attaining the information related to the study. The findings
showed that mualaf indeed had confronted various challenges after converting to Islam, for instance,
lack of faith (‘aqidah) in Islam, insufficient knowledge about Islam, lack of religious commitment,
failure in marriage and trouble from the birth family. On the other hand, this study will assist the
preachers and da’wah institution to comprehend more about issues related to mualaf and suggest a
more practical method of da’wah for them. By that, mualaf would be able to endure the urge to
commit murtad after facing the hardships in their life, and then the murtad cases in Malaysia
simultaneously could be put to an end.

Keywords: Mu’allaf, murtad, murtad case, faith (‘aqidah), da’wah

* Corresponding author: [email protected]

35

PERANAN MANUSIA SEBAGAI KHALIFAH DALAM MELESTARIKAN
ALAM

FIRDAUS KHAIRI ABDUL KADIR*
NOOR AISYAH ABDUL AZIZ
NAZIHAH RUSLI

Pusat Pendidikan Asas dan Lanjutan, Universiti Malaysia Terengganu, 21030 Kuala Nerus,
Terengganu, Malaysia

Abstrak
Islam bersifat komprehensif merangkumi semua aspek dalam kehidupan masyarakat seperti sosial,
ekonomi, politik, kebudayaan, dan alam sekitar. Alam sekitar merupakan sebahagian daripada
manifestasi kebesaran Allah yang dikurniakan kepada manusia dengan seribu hikmah dan secara
tidak langsung ia mampu menyedarkan manusia bahawa semuanya berada dalam pengurusan Allah
S.W.T. Namun keseimbangan alam boleh terganggu kerana tangan-tangan manusia yang
mengeksploitasikannya secara berlebihan. Menjadi khalifah allah di muka Bumi, adalah
tanggungjawab umat Islam untuk menjaga alam sekitar secara proaktif. Islam menyeru untuk
menerapkan pembangunan yang bertanggungjawab dan menghormati prinsip-prinsip kelestarian.
Oleh itu, artikel ini memfokuskan kepada bagaimana peranan manusia sebagai khalifah dimuka bumi
ini bertanggungjawab terhadap alam dan bertindak dalam pemuliharaan dan pemeliharaan alam
sekitar. Kaedah penyelidikan tinjauan pustaka digunakan dalam kajian ini.

Kata kunci: Alam sekitar, makhluk, khalifah, tauhid

* Corresponding author: [email protected]

36

IMPAK-IMPAK KEBANJIRAN PEKERJA ASING TERHADAP
KESEJAHTERAAN HIDUP GENERASI KEDUA FELDA

NORANIFITRI MD. NOR*1
SHAHIDAH HAMZAH1
HARLIANA HALIM1

WAN ABD AZIZ WAN MOHD AMIN2

1Pusat Pengajian Umum dan Kokurikulum, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, 86400 Batu Pahat,
Johor, Malaysia

2Fakulti Sains Sosial Gunaan, Universiti Sultan Zainal Abidin, 21300, Kuala Nerus, Terengganu,
Malaysia

Abstrak

Pernyataan masalah: Dewasa ini, media sering memaparkan isu-isu yang berkaitan dengan pekerja
asing. Saban tahun, kehadiran pekerja asing ke Malaysia menunjukkan peningkatan dan bilangan
yang tidak terkawal. Negara dibanjiri pekerja asing yang terlibat dalam pelbagai sektor pekerjaan
termasuklah sektor perladangan. Di Malaysia, sektor perladangan terbesar adalah milik Lembaga
Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA). Kebanjiran pekerja asing dalam sektor perladangan
memberikan pelbagai impak kepada generasi kedua FELDA. Justeru, kajian ini bertujuan untuk
mengenal pasti impak kebanjiran pekerja asing terhadap kesejahteraan hidup generasi kedua FELDA.
Metodologi: Kajian tinjauan yang bersifat kuantitatif menggunakan soal selidik yang memperihalkan
persoalan impak kebanjiran pekerja asing terhadap kesejahteraan hidup generasi kedua FELDA.
Responden yang dipilih adalah terdiri daripada generasi kedua FELDA yang dipilih secara
persampelan rambang. Data kajian dianalisis menggunakan analisis statistik deskriptif. Dapatan:
Dapatan kajian menunjukkan terdapat tujuh impak kebanjiran pekerja asing terhadap generasi kedua
FELDA iaitu impak ekonomi, kebersihan, kemahiran, keselamatan, kesihatan, komunikasi dan sosial.
Kesimpulan: Kajian ini memberi kefahaman tentang kepentingan mengetahui impak-impak yang
diterima oleh generasi kedua FELDA akibat kemasukan pekerja asing secara beramai-ramai
sehingga menjejaskan kesejahteraan hidup generasi kedua FELDA.

Kata kunci: Impak, pekerja asing, kesejahteraan hidup, generasi kedua, felda

* Corresponding author: [email protected]

37

EXPLORING THE NEEDS OF ESP COURSES AMONG
ENGINEERING STUDENTS

NUSRAT JAHAN*

Centre for Fundamental and Continuing Education, Universiti Malaysia Terengganu, 21030 Kuala
Nerus, Terengganu, Malaysia

Abstract

English for Specific Purposes (ESP) is a term that refers to teaching or studying English for a
particular career or business in general. It has grown significantly during the past two decades.
Among the Engineering disciplines, well-designed ESP courses are in high demand at tertiary level. In
the global academic community where innovations and advancements are fast expanding, English is
vitally important as engineers and scientists could be technically creative and brilliant and enables
them to communicate effectively. English proficiency which is catered through ESP becomes
essential instrument for this reason. This paper examines the need of ESP courses in the engineering
disciplines focusing on the nature and features of present ESP curriculum, that can show the
relationship of the courses with the employment market expectations. It also shows that ESP as a
catalyst and societal need for the fast expansion of English culture, linguistics, and educational
psychology among engineers. This paper also highlights the challenges faced by ESP courses in
order to adjust their role for the market demands. Nevertheless, to say, there should be a systematic
design for course layout in term of teachers training, textbooks, or study on the effectiveness of these
ESP programs. With this as a backdrop, such theoretical underpinnings can provide the rationale to
fill this research gap by investigating the role of ESP courses in developing students’ academic skills
and graduates’ professional skills especially in the engineering domain.

Keywords: English for Specific Purposes (ESP), needs analysis, academic skills, professional skills,
perceptions of engineering students and graduates

* Corresponding author: [email protected]

38

PEMBINAAN PROFIL NILAI PATRIOTISME DAN BANGGA NEGARA
DALAM KALANGAN PRA SISWAZAH UNIVERSITI MALAYSIA
TERENGGANU

MASDUKI MOHAMMAD MORNI*
MOHD YUSRI IBRAHIM

MOHAMMAD MAHDI ABAS
KASAWANI IBRAHIM

CHE HASNIZA CHE NOH

Pusat Pendidikan Asas dan Lanjutan, Universiti Malaysia Terengganu, 21030 Kuala Nerus,
Terengganu, Malaysia

Abstrak

Semangat patriotisme yang ditunjangi oleh rasa bangga kepada negara dalam kalangan generasi
muda adalah begitu penting dalam usaha merealisasikan agenda masa hadapan sesebuah negara.
Ianya lebih kritikal bagi sebuah negara yang sedang mengalami ketidakstabilan politik seperti
Malaysia di mana emosi rakyat dengan mudah boleh dimanipulasi sehingga berkemungkinan untuk
bertindak membelakangi kepentingan negara. Sehubungan dengan itu, institusi pendidikan tinggi
perlu memainkan peranan dalam memantapkan pendidikan patriotisme bagi mengukuhkan nilai
patriotisme dalam kalangan generasi belia terdidik. Kajian ini telah dijalankan ke atas pelajar-pelajar
peringkat sarjana muda yang mengikuti kursus Kokurikulum Patriotisme di Universiti Malaysia
Terengganu bagi Sem. II Sesi 2020-21. Dalam kajian ini nilai patriotisme pelajar dibahagikan kepada
lapan aspek iaitu bangga sebagai warga negara, kesanggupan mempertahankan kedaulatan negara,
semangat cinta kepada negara, sumbangan kepada negara, menghormati dan mentaati simbol-
simbol negara, semangat setia kepada negara, kesedaran sebagai warga negara dan rela berkorban
untuk negara. Manakala nilai bangga negara pula dibahagikan kepada bangga dalam aspek sains
dan teknologi, ekonomi, sukan, seni dan kesusasteraan, pertahanan, sistem agihan, politik,
kesamarataan peluang, sejarah, dan sumber alam. Persampelan secara bertujuan ke atas 52 pelajar
berdaftar telah berjaya membina satu profil nilai patriotisme dan bangga negara mengikut faktor
demografi responden. Dapatan kajian secara umum menunjukkan nilai patriotisme pelajar berada
pada tahap tinggi namun nilai bangga negara adalah berbeza-beza mengikut aspek dan demografi
pelajar. Dapatan ini boleh dijadikan asas untuk merancang pendekatan atau program-program
berimpak yang mampu mengukuhkan nilai patriotisme dan bangga negara generasi muda khususnya
pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang lebih efektif dalam kursus yang dikaji.

Kata kunci: Patriotisme, bangga negara, belia, kokurikulum

* Corresponding author: [email protected]

39

MEMBANGUNKAN MODAL INSAN MELALUI PENDIDIKAN ISLAM:
PENGALAMAN SAUDARA KITA DI TERENGGANU

NORHANA ABDULLAH @ NG SIEW BOEY*1
KHAIRUL ANWAR MASTOR2

RAZALEIGH MUHAMAT @ KAWANGIT1
AZARUDIN AWANG3

1Institut Islam Hadari, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600, Bangi, Selangor, Malaysia
2Institut Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600, Bangi, Selangor, Malaysia
3Akademi Pengajian Kontemporari Islam, UiTM Terengganu, 23000 Kuala Dungun, Terengganu,

Malaysia

Abstrak

Pembangunan modal insan merujuk kepada perubahan ke atas individu untuk mencapai nilai akhlak
yang tinggi, berbudaya adab, intelek mental yang sihat dan mampu melaksanakan tanggung
jawabnya sebagai Khalifah di bumi ini. Tujuannya adalah untuk melahirkan masyarakat yang bersifat
“Khairu Ummah”. Objektif kajian ini ialah untuk mengkaji bagaimana saudara kita perlu diberi
perhatian, bimbingan dan pendidikan bagi membina jati diri supaya mereka menjadi seorang modal
insan yang boleh dicontohi. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dengan teknik sampling Fokus
Group Discussion. Hasil kajian mendapati bahawa tahap kefahaman dan penghayatan agama dalam
kalangan saudara kita di Terengganu adalah lemah. Kajian ini mencadangkan agar pendidikan yang
lebih efektif diperkukuhkan dengan memberi fokus kepada kaedah pengajaran yang dijalankan. Hasil
kajian ini penting kerana ia menyalurkan maklumat sebenar situasi pembelajaran dan penghayatan
agama saudara kita di negeri Terengganu untuk manfaat Pejabat Agama dan NGO-NGO berkaitan
supaya mereka boleh mengambil langkah-langkah yang sewajarnya.

Kata kunci: Pembangunan modal insan, penghayatan agama, saudara kita, kaedah pengajaran,
pendidikan Islam

* Corresponding author: [email protected]


Click to View FlipBook Version