PENGURUSAN PENTADBIRAN SK PUTRA HEIGHTS 2
1
PENGURUSAN PENTADBIRAN SK PUTRA HEIGHTS 2
BIL Isi Kandungan MS
1 KATA ALUAN GURU BESAR SK PUTRA HEIGHTS 2 3
2 MAKLUMAT AM 7
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 8
Ikrar Integriti Perkhidmatan Awam 9
Ikrar Guru 10
Visi, Misi dan Moto Sekolah 11
Falsafah Pendidikan Kebangsaan 12
Ikrar Rukun Negara 13
Maklumat Sekolah 14
Sejarah Sekolah 15
Kemudahan Fizikal Sekolah 16
Lencana Sekolah 17
Bendera Sekolah 18
Lagu Sekolah 19
Piagam Sekolah 21
37
3 UNIT PENTADBIRAN 45
4 UNIT KURIKULUM 55
5 UNIT HAL EHWAL MURID
6 UNIT KOKURIKULUM
2
PENGURUSAN PENTADBIRAN SK PUTRA HEIGHTS 2
KATA ALUAN
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum w.b.t. Salam sejahtera dan salam sehati sejiwa.
Alhamdulillah, marilah sama-sama kita memanjatkan rasa syukur kepada Allah
SWT kerana dengan izin-Nya kita masih lagi diberi kekuatan dan kesungguhan
untuk memikul amanah sebagai pendidik. Pada kesempatan ini, saya ingin
mengucapkan tahniah kepada Barisan Penolong Kanan dan Jawatankuasa Buku
Pengurusan Pentadbiran Sekolah kerana telah berjaya menyempurnakan buku ini.
Buku pengurusan sekolah ini sangat penting sebagai rujukan dan garis panduan
kepada guru-guru dalam rangka melaksanakan tugas dengan lebih efisien dan
berfokus.
Bidang pendidikan negara sememangnya bersifat dinamik bagi memenuhi keperluan
semasa khususnya di peringkat global. Oleh hal yang demikian, warga pendidik
merupakan arkitek sosial yang memikul tanggungjawab yang besar dalam
memberikan pendidikan, menyampaikan ilmu, membentuk peribadi dan sahsiah
sekali gus menjana potensi murid ke arah yang lebih optimum. Sehubungan dengan
itu, diharapkan buku pengurusan pentadbiran ini dapat membantu PPP dan AKP di
peringkat SK Putra Heights 2 dalam memahami dan melaksanakan tugas-tugas serta
tanggungjawab yang diamanahkan secara sistematik. Pengetahuan dan pemahaman
yang jelas mengenai tugas dan tanggungjawab akan menghasilkan perkhidmatan
pendidikan berkualiti seterusnya memperkasa SK Putra Heights 2.
Akhir kata, saya percaya bahawa buku ini dapat membantu menyeragamkan tatacara
pengurusan dan pentadbiran di peringkat SK Putra Heights 2. Semoga panduan dan
maklumat yang disediakan dalam garis panduan ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya
oleh semua pihak.
Sekian, terima kasih.
Wassalam.
…………………
ABD RASHID BIN RAZALI
GURU BESAR
SK PUTRA HEIGHTS 2.
3
PENGURUSAN PENTADBIRAN SK PUTRA HEIGHTS 2
5
PENGURUSAN PENTADBIRAN SK PUTRA HEIGHTS 2
PELAN
PEMBANGUNAN
PENDIDIKAN MALAYSIA
2013-2025
Pada Oktober 2011, Kementerian Pendidikan telah melancarkan kajian semula
sistem pendidikan negara secara menyeluruh dalam usaha membangunkan Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia yang baharu. Keputusan melaksanakan kajian
semula sistem pendidikan dibuat dalam konteks standard pendidikan antarabangsa
yang kian meningkat, peningkatan aspirasi negara dalam mempersiapkan generasi
muda untuk menghadapi keperluan abad ke-21, dan peningkatan harapan ibu
bapa serta masyarakat terhadap dasar pendidikan negara. Dalam tempoh 15 bulan
(Oktober 2011 hingga Disember 2012). Kementerian telah memperolehi
input daripada pelbagai sumber seperti laporan penyelidikan yang dijalankan oleh
pakar pendidikan dari UNESCO, Bank Dunia, OECD dan enam Institusi Pengajian
Tinggi Awam. Kajian ini juga melibatkan pemimpin sekolah, guru, ibubapa, murid
dan orang ramai di seluruh negara. Hasilnya ialah Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia yang telah menilai prestasi semasa sistem pendidikan negara dengan
mengambil kira pencapaian lampau dan membandingkannya dengan tanda aras
antarabangsa. Pelan ini melakarkan visi sistem pendidikan dan aspirasi murid yang
dapat memenuhi keperluan negara pada masa depan. Pelan ini juga
mencadangkan 11 anjakan strategik dan operasi yang perlu dilaksanakan oleh
Kementerian bagi mencapai visi yang dihasratkan.
7
PENGURUSAN PENTADBIRAN SK PUTRA HEIGHTS 2
IKRAR INTEGRITI PERKHIDMATAN AWAM
Kami, pegawai awam Malaysia, dengan sepenuh dan rela hati berikrar
mempertahankan dan memperkukuhkan integriti perkhidmatan awam
dengan mencegah dan membenteras segala bentuk rasuah, salah guna
kuasa dan penyelewengan melalui tindakan yang berikut :
• Pertama: Berusaha memupuk dan mengamalkan nilai-nilai membenci
rasuah;
• Kedua: Menutup semua ruang dan peluang yang mendedahkan
kepada amalan rasuah;
• Ketiga: Bertindak tegas terhadap mereka yang melanggar undang-
undang, peraturan dan etika jabatan;
• Keempat:Bekerjasama sepenuhnya dengan mana-mana pihak untuk
memerangi sebarang perlakuan jenayah rasuah;
• Kelima: Bertindak tegas terhadap mereka yang cuba menggugat
integriti dan imej pegawai awam; dan
• Keenam: Mematuhi sepenuhnya kod etika jabatan dan mengamalkan
nilai-nilai murni yang berteraskan ajaran agama dalam
melaksanakan tugas.
8
PENGURUSAN PENTADBIRAN SK PUTRA HEIGHTS 2
IKRAR GURU
BAHAWASANYA KAMI
GURU-GURU NEGARA MALAYSIA
DENGAN INI BERIKRAR
MENDUKUNG CITA-CITA KAMI
TERHADAP TUGAS KAMI
DAN MENYATAKAN KEYAKINAN KAMI
PADA CITA-CITA PEKERJAAN KAMI
KAMI AKAN BERBAKTI
KEPADA MASYARAKAT
DAN NEGARA KAMI
KAMI SENTIASA MENJUNJUNG
PERLEMBAGAAN NEGARA
KAMI MENGAMALKAN
PRINSIP-PRINSIP RUKUN NEGARA
PADA SETIAP MASA
9
PENGURUSAN PENTADBIRAN SK PUTRA HEIGHTS 2
VISI SEKOLAH
Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera
MISI SEKOLAH
Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan
Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara.
MOTO SEKOLAH
ILTIZAM bererti keterlibatan secara bersungguh-sungguh dan
penuh tanggungjawab dalam melaksanakan sesuatu.
JAYA Adalah diharapkan menjadi amalan guru-guru di sekolah
GEMILANG
bererti berhasil, mencapai kemenangan atau kejayaan.
bererti kejayaan yang sangat baik. Apabila dijadikan
frasa kata, jaya kecemerlangan membawa maksud ber-
jaya berhasil membawa kejayaan yang sangat baik dan
cemerlang.
Bagi maksud keseluruhan, amalan warga SK Putra Heights 2 adalah di-
harapkan mengamalkan budaya iltizam. Setiap usaha dan amalan yang baik
dibuat, pasti akan mendapat dan menghasilkan kejayaan. Kejayaan yang
amat diharapkan dengan lebih gemilang khususnya bagi seluruh warga SK
Putra Heights 2 ini.
10
PENGURUSAN PENTADBIRAN SK PUTRA HEIGHTS 2
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke
arah memperkembangkan lagi potensi individu secara
menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang
seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada
Tuhan.
Usaha ini adalah bagi melahirkan bangsa Malaysia yang
berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan
diri dan keluarga serta memberi sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.
11
PENGURUSAN PENTADBIRAN SK PUTRA HEIGHTS 2
IKRAR RUKUN NEGARA
Maka kami
rakyat Malaysia
berikrar
akan menumpukan
seluruh tenaga dan usaha kami
untuk mencapai cita-cita tersebut
berdasarkan
atas prinsip-prinsip berikut :
Kepercayaan kepada Tuhan
Kesetiaan kepada Raja dan Negara
Keluhuran Perlembagaan
Kedaulatan Undang-Undang
Kesopanan dan Kesusilaan
12
PENGURUSAN PENTADBIRAN SK PUTRA HEIGHTS 2
MAKLUMAT AM SEKOLAH
NAMA SEKOLAH : SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRA HEIGHTS 2
KOD : BBA 8289
ALAMAT : PERSIARAN PUTRA BAHAGIA, BANDAR
NO. TEL / FAX PUTRA HEIGHTS 47650 SUBANG JAYA,
E-MAIL SELANGOR DARUL EHSAN
GRED : 03-51032676
JENIS SEKOLAH : [email protected]
MODEL :B
JENIS BANTUAN : SEKOLAH KEBANGSAAN
LOKASI : SEKOLAH HARIAN
DAERAH : BANTUAN PENUH KERAJAAN
SIDANG : BANDAR
TARIKH MULA : PETALING PERDANA
GURU BESAR : PAGI DAN PETANG
PK PENTADBIRAN : 21 MAC 2016
PK KOKURIKULUM : ENCIK ABD RASHID BIN RAZALI
PK HEM : PUAN NORLIZA HANIM BINTI RAZALI
PK PETANG : PUAN ROJIYAH BINTI HASHIM
: TUAN AHMAD NORMI BIN TUAN MAT
: WAN NOR IZWANI BINTI WAN ISMAIL
13
PENGURUSAN PENTADBIRAN SK PUTRA HEIGHTS 2
SEJARAH SEKOLAH
Sekolah Kebangsaan Putra Heights 2 secara rasminya telah dibuka pada 21
Mac 2016 dengan nama Sekolah Kebangsaan Putra Heights 2. Ianya
terletak lebih kurang 2 km dari bandar Putra Heights dengan keluasan 5
ekar. Sekolah ini adalah gred B dan beroperasi satu sesi pada tahun 2016
dan 2 sesi pada tahun 2018.
Sekolah ini mempunyai 4 blok bangunan yang terdiri daripada blok
pentadbiran, blok akademik, blok makmal dan dewan serta sebuah kantin
dan mempunyai padang sendiri.
Kumpulan pelajar pertama ialah seramai 524 orang terdiri daripada murid
lelaki dan murid perempuan pelbagai kaum dengan bilangan kelas sebanyak
16 buah kelas.
Sekolah ini mendapat nama sempena lokasinya di kawasan Bandar Putra
Heights. Murid-murid diambil dari sekitar Seksyen 27, Seksyen 28, Putra
Heights dan Bandar Saujana Putra. Pada Jun 2016, pengambilan murid baru
dibuka untuk semua kawasan tersebut.
Barisan perintis yang mentadbir sekolah ini ialah Encik Abd Rashid Bin
Razali selaku Guru Besar pertama. Penolong Kanan Pentadbiran pula ialah
Encik Mohamad Zahid bin Haris manakala Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
ialah Puan Lee Suet Ping dan Penolong Kanan Ko kurikulum pula ialah
Encik Zaidi Bin Abu. Guru perintis sekolah ini terdiri daripada 21 orang guru.
14
PENGURUSAN PENTADBIRAN SK PUTRA HEIGHTS 2
KEMUDAHAN FIZIKAL SEKOLAH
Sekolah Kebangsaan Putra Heights 2 adalah Sekolah Harian Biasa Gred B
dan mendapat Bantuan Penuh Kerajaan. Ia mempunyai 4 blok tiga tingkat
iaitu:
Blok A- Pentadbiran, Blok B- Akademik, Blok C - Makmal dan Blok D -
Dewan Terbuka. Kemudahan-kemudahan yang terdapat di sekolah ini
adalah seperti berikut:
Aras 1 Blok A
Blok B
• Pejabat Am, Kedai Buku, Bilik Operasi Buku Blok C
Teks Blok D
• Bilik Darjah Blok A
Blok B
• Bilik Pengurusan Sukan, Bilik Muzik, Bilik Kema- Blok C
hiran Hidup
Blok A
• Ruang Serbaguna Blok B
Blok C
Aras 2
Blok B
• Bilik Guru, Bilik Kaunseling, Bilik Gerakan Blok C
Kokurikulum, Klinik
• Bilik Darjah
• Bilik Pendidikan Islam, Bilik Pengawas, Bilik
Komputer
Aras 3
• Perpustakaan, Bilik Keselamatan, Bilik Rakaman
& Tayangan
• Bilik Darjah
• Bilik SAL, Kelas Pemulihan, Bilik Pendidikan
Seni
Aras 4
• Bilik Darjah
• Bilik Sains
15
PENGURUSAN PENTADBIRAN SK PUTRA HEIGHTS 2
LENCANA SEKOLAH
ICON SAINS ICON PENCAWANG INTERNET
Lambang sains dan matematik Lambang pencawang internet
mewakili matapelajaran akademik
yang dipelajari di sekolah ini. adalah mewakili teknologi
ICON MANUSIA maklumat dan komunikasi yang
Selain ilmu penegtahuan, SKPH2 diamal dan diguna pakai semasa
menitikberatkan bidang sahsiah
dan kokurikulum dalam mem- persekolahan serta penerapan
bangunkan modal insan yang
cemerlang. nilai.
BUKU
Sekolah sebagai gedung
ilmu. Pelbagai ilmu boleh
ditimba di sekolah ini.
TIGA JALUR SEPARA BULATAN PEN BENTUK BUJUR
Melambangkan penyatuan 3 kaum
utama di SKPH2 yang diwakili Menandakan minda dan wawasan Bermaksud Kerjasama dengan
kaum Melayu, Cina dan India serta bagi mencapai akademi bertaraf penduduk setempat dan komuniti
lain-lain bangsa juga tidak dunia. dalam membangunkan SKPH2.
diketepikan.
BENTUK BUJUR PUTIH
Bermaksud kecemerlangan di
dalam bidang pembelajaran dan
ilmu di peringkat global.
BIRU KUNING MERAH
Warna perpaduan dan Kesetiaan kepada sekolah serta berusaha Ketabahan dan kecekalan
kesejahteraan rohani bagi mencapai kecemerlangan dengan berlandaskan semasa menimba ilmu.
menjaga imej sekolah. prinsip rukun negara.
Dicipta oleh: En Zaidi bin Abu
16
PENGURUSAN PENTADBIRAN SK PUTRA HEIGHTS 2
BENDERA SEKOLAH
MAKSUD BENDERA SEKOLAH
BIRU KUNING MERAH
Warna perpaduan dan Kesetiaan kepada sekolah serta berusaha Ketabahan dan kecekalan
kesejahteraan rohani bagi mencapai kecemerlangan dengan berlandaskan semasa menimba ilmu.
menjaga imej sekolah. prinsip rukun negara.
Dicipta oleh: En Abd Rashid bin Razali
17
PENGURUSAN PENTADBIRAN SK PUTRA HEIGHTS 2
LAGU SEKOLAH
Teguh hadapi
Cabaran demi masa depan
Didik jiwa nurani dan minda
Di SK Putra Heights 2
Moto iltizam jaya juga kegemilangan
Jadikan panduan
Kami isi ilmu di dada
Untuk agama dan negara yang kami cintai
Doalah kami semua berjaya
Mengejar cita-cita yang mulia
Ibu bapa dan guru dihormati
Supaya kami diberkati
Perubahan akan kami ikuti
Demi sekolah yang tercinta ini
Nilai murni kan jadi teras kami
Menjadi murid yang bestari
Menjadi murid yang bestari.
18
PENGURUSAN PENTADBIRAN SK PUTRA HEIGHTS 2
PIAGAM SEKOLAH
Kami warga Sekolah Kebangsaan Putra Heights 2 dengan penuh tekad dan iltizam
berikrar akan memenuhi setulus amanah dan berjanji akan menumpukan seluruh
tenaga, fikiran dan usaha kami untuk:-
1. Menyediakan sistem pendidikan yang terbaik berasaskan budaya ilmu yang
diredhai Allah bagi memenuhi kehendak individu, masyarakat dan negara serta
memenuhi matlamat perpaduan negara.
2. Memberi peluang yang sama kepada setiap kanak-kanak tanpa mengira latar
belakang dan kehidupan sosialnya.
3. Menentukan program pengajaran dan pembelajaran selaras dengan Falsafah
Pendidikan Negara dan memberi layanan yang saksama dan seimbang kepada
setiap murid tanpa mengira budaya, agama dan keturunan.
4. Mengadakan kemudahan pengajaran dan pembelajaran yang terkini, canggih
dan berkesan serta menyediakan pengurusan yang cekap, bijaksana,
bertimbang rasa, berketrampilan dan bersesuaian mengikut masa.
5. Menyediakan guru dan staf sokongan yang berwawasan, amanah, berdedikasi,
berdisiplin aktif, proaktif, komited, terlatih, produktif dan bertanggungjawab
terhadapa citra guru yang sebenar.
6. Menentukan dan menyediakan kemudahan-kemudahan sekolah yang selesa
dan selaras dengan konsep Masyarakat Penyayang dan Cintailah Sekolah.
7. Sentiasa peka dengan kehendak dan keperluan murid, masyarakat, guru,
ibubapa dan negara berdasarkan semangat akrab dan ikram.
8. Sentiasa menjaga nama baik sekolah dan memberi kerjasama yang padu
kepada Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat
Pendidikan Daerah dan Agensi-agensi kerajaan yang lain.
9. Meningkatkan kegemilangan dan memartabatkan profesional keguruan untuk
menarik individu-individu yang terbaik menyertai perkhidmatan pendidikan.
10. Sentiasa bersedia dan sanggup menerima pendapat, cadangan, syor dan
teguran yang membina daripada semua pihak demi mempertingkatkan
perkhidmatan dan kecemerlangan pendidikan.
19
PENGURUSAN PENTADBIRAN SK PUTRA HEIGHTS 2
21
PENGURUSAN PENTADBIRAN SK PUTRA HEIGHTS 2
A. PENTADBIRAN
KETETAPAN SEKOLAH
1.0 ARAHAN AM
1.1 Selaku pegawai kerajaan, guru dan staf sokongan tertakluk kepada segala
arahan yang terdapat dalam Perintah Am. Oleh itu, Guru dan staf sokongan
sekolah dikehendaki membaca,memahami dan juga mematuhi Perintah Am
tersebut.
1.2 Guru hendaklah menghayati tatasusila profesion keguruan sebagai satu
profesion dan bukan sebagai satu pekerjaan sahaja.
1.3 Semua guru dan staf sokongan hendaklah mengamalkan dan menghayati
prinsip-prinsip Perkhidmatan Cemerlang.
1.4 Guru hendaklah mengamalkan dan menghayati Falsafah dan Matlamat
Pendidikan Kebangsaan.
1.5 Guru perlu meletakkan kepentingan murid dan sekolah lebih daripada
kepentingan diri dalam menjalankan tugas.
1.6 Guru bertanggungjawab menjaga dan menjamin keselamatan murid ketika
berada di sekolah dan menjaga harta benda sekolah.
1.7 Guru perlu Sentiasa mengamalkan kepimpinan yang berkesan dan dinamik
serta cekap menjalankan tugas sedrta menjadi “role-model”.
1.8 Guru harus menunjukkan kepimpinan melalui teladan.
1.9 Semua guru menjalankan tugas dalam satu pasukan.
2.0 KEHADIRAN
2.1 Semua guru sesi pagi hendaklah sampai di sekolah sebelum pukul 7:10
pagi. Sesi petang sampai ke sekolah sebelum 1.00 petang.
2.2 Bagi guru-guru yang bertugas harian, mereka hendaklah sampai sebelum
6:50 pagi dan 12.50 tengah hari bagi sesi petang untuk menjaga dan
mengatur murid-murid bertugas.
2.3 Semua kakitangan sokongan hendaklah sampai di sekolah untuk bertugas
pada pukul 7.30/8:00 pagi dan balik pada pukul 4.30/5:00 petang.
(Tertakluk kepada pilihan waktu bekerja.)
2.4 Semua staf WAJIB mengimbas masa sampai dan balik serta keluar pada
masa persekolahan menggunakan sistem `thumb print’ dan imbasan muka.
23
PENGURUSAN PENTADBIRAN SK PUTRA HEIGHTS 2
2.5 Sekiranya staf keluar dari kawasan sekolah untuk urusan RASMI semasa
waktu sekolah, alasan dan tujuan keluar perlulah mengisi borang kebenaran
keluar dan mohon kebenaran dari Guru Besar.Sekiranya Guru Besar tiada,
sila berjumpa Penolong Kanan mengikut hierarki.
2.6 Sekiranya guru/staf tidak dapat bekerja disebabkan sakit atau hal-hal lain,
guru/staf berkenaan perlu memaklumkan Guru Besar dan Penolong Kanan
(Pentadbiran) sehari sebelum atau awal pagi melalui telefon supaya Guru
pengganti dapat diatur. Guru/staf berkenaan perlu menunjukkan surat akuan
doktor bagi mengesahkan bahawa sakit. Surat akuan doktor ini akan
dimajukan ke Pejabat Pendidikan Daerah Petaling Perdana.Jika gagal berbuat
demikian, guru/ staf berkenaan dikehendaki menulis surat tunjuk sebab.
3.0 FAIL REKOD MENGAJAR DAN KETETAPAN MINGGU
3.1 Mulai tahun 2021, rekod mengajar guru akan menggunakan e-rph (e-prema).
RPH perlu disiapkan dan dihantar secara atas talian selewat-lewatnya pukul
12.00 tengah malam setiap hari.
3.2 Bagi tahun semasa, sekolah menetapkan jumlah minggu belajar iaitu 40
minggu bagi Tahap 2 dan 42 minggu bagi Tahap 1.
3.3 RPH perlu dicetak sekiranya ada pemantauan dan pencerapan pada hari
berkenaan.
3.4 Semua guru mesti bersedia dengan Rekod Persediaan Mengajar setiap kali
masuk ke kelas untuk tujuan PdPc supaya ia dapat dikemukakan dengan
serta merta apabila dikehendaki oleh pihak yang diberi kuasa dalam apa
jua bentuk media. Contohnya telefon bimbit, komputer riba dan gajet-gajet
yang lain.
3.5 Maklumat yang perlu ada di dalam Fail Personal :
3.5.1 Maklumat guru
3.5.2 Jadual Waktu
3.5.3 RPT matapelajaran yang diajar
3.5.3 Akujanji
3.5.4 Senarai Nama murid
3.5.5 Keberhasilan
3.5.6 Borang Pencerapan
3.5.7 Rekod Penilaian dan Peperiksaan
3.5.8 Surat Panggilan Mesyuarat
3.5.9 Sijil-sijil berkaitan
3.5.10 Senarai tugas guru/ Jawatan
24
PENGURUSAN PENTADBIRAN SK PUTRA HEIGHTS 2
3.6 Tatacara Pengurusan e-RPH
3.6.1 Url yang digunakan bagi capaian e-RPH tersebut adalah https://
www.eprema.com.my/SK/login.asp
3.6.2 Setiap guru akan dibekalkan dengan id dan kata laluan.
3.6.3 RPH perlu disiapkan sehari sebelum pdpc bermula dan dihantar
secara atas talian selewat-lewatnya pukul 12.00 tgh malam.
3.6.4 RPH boleh dicetak / dimuat turun dalam bentuk pdf ke dalam gajet
yang ada pada guru semasa sesi pdpc sebagai panduan dan
pemantauan.
3.6.5 Semakan RPH oleh pentadbir adalah setiap hari dan mingguan
mengikut kumpulan yang telah ditetapkan. RPH hari Isnin perlu
dihantar pada hari Jumaat minggu sebelumnya.
3.6.6 Aktiviti pdpc perlu ditulis mengikut urutan pengajaran dan mempunyai
penerangan.
3.6.7 Refleksi/ Impak yang boleh diukur perlu ditulis selepas pdpc di dalam
e-RPH
4.0 LATIHAN PERSONEL
4.1 Kursus Dalaman
4.1.1 Semua guru yang menghadiri kursus mesti memberikan taklimat
ringkas dan memberi minit curai kepada Guru Besar dan
Penolong Kanan Pentadbiran apabila pulang berkursus.
4.1.2 Latihan Personel akan dianjurkan oleh guru berkenaan mengikut
keperluan dan budi bicara Guru Besar dan Penolong Kanan apabila
dirasakan perlu atau atas penganjur kursus.
4.1.3 Bahan edaran kursus adalah aset sekolah guru menyimpan
salinan untuk keperluan sendiri dan guru lain.
4.1.4 Menghadiri LADAP sekurang-kurangnya 7 hari setahun dan PLC 4
kali bersamaan 20 mata kredit.
4.2 Kursus Personel / Konsultansi
4.2.1 Dirancang mengikut permintaan guru berdasarkan keperluan kursus
dalam serahan tugas guru.
4.2.2 Lawatan boleh dianjurkan oleh Panitia ke sekolah yang cemerlang
diadakan dalam kumpulan kecil untuk mendapatkan maklumat dan
perkongsian pintar.
4.3 Bahan-bahan Ilmiah Kursus
4.3.1 Diperbanyak untuk keperluan guru lain.
4.3.2 Disimpan untuk rujukan panitia.
4.4 Kajian Tindakan
4.4.1 Semua unit disarankan membuat satu kajian tindakan setiap tahun.
4.4.2 Kajian tindakan yang berkualiti akan dihantar ke JPN / PPD untuk
penyertaan sekolah.
25
PENGURUSAN PENTADBIRAN SK PUTRA HEIGHTS 2
5.0 TATACARA PERHIMPUNAN RASMI SEKOLAH
5.1 Perhimpunan Rasmi sekolah pada hari Isnin bagi sesi pagi akan bermula pada
pukul 7.20 pagi hingga 7.50 pagi. Bagi sesi petang, bermula pada pukul 1.20
tengah hari sehingga 1.50 tengah hari. Semua guru WAJIB hadir.
5.2 Perhimpunan mingguan hendaklah berfokus ke arah menyemai, menanam
dan memupuk perasaan cinta akan sekolah, negeri dan negara dalam
kalangan murid-murid.
5.3 Perhimpunan Rasmi mesti menggambarkan sesuatu yang berdisiplin dengan
erti kata setiap orang dalam perhimpunan itu harus menghormati dan
mematuhi nilai, norma dan peraturan perhimpunan.
5.4 Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengeluarkan beberapa surat
pekeliling untuk panduan pengurusan sekolah bagi mengendalikan
perhimpunan mingguan.
5.4.1 Surat Pekeliling Am Bil.23/1966
5.4.2 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.4/1975
5.4.3 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.8/75
5.4.4 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.4/1984
5.5 Pekeliling tersebut juga menyarankan agenda yang patut dipatuhi ketika
menjalankan perhimpunan mingguan sekolah:
5.5.1 Nyanyian Lagu Kebangsaan, Lagu Kebangsaan Negeri, Lagu
Sekolah.
5.5.2 Upacara menaikkan bendera Jalur Gemilang.
5.5.3 Upacara membaca ikrar Rukunegara.
5.5.4 Ucapan Guru Besar.
5.5.5 Lain-lain perkara yang difikirkan perlu bagi mencapai tujuan
perhimpunan.
5.6 Aturcara Perhimpunan Rasmi
5.61 Lain-lain perkara yang difikirkan perlu bagi mencapai tujuan
perhimpunan.
5.6.2 Nyanyian Lagu Negaraku / Lagu Kebangsaan Negeri / Lagu
Sekolah sambil menaikkan bendera (Bendera Negeri dan Bendera
Sekolah berada di atas hanya Jalur Gemilang sahaja akan
dinaikkan).
5.6.3 Bacaan Doa – Murid
5.6.4 Upacara membaca ikrar Rukunegara, Membaca Visi dan Misi
Sekolah
5.6.5 Ucapan Guru Bertugas (Mengikut Tema) - Pengumuman
5.6.6 Acara sekolah (jika ada)
5.6.7 Ucapan Guru Besar/ Penolong Kanan
5.6.8 Majlis bersurai
26
PENGURUSAN PENTADBIRAN SK PUTRA HEIGHTS 2
5.7 Perhimpunan hendaklah dijalankan dengan ringkas dan tidak mengambil
masa yang berlarutan.
5.8 Guru Bertugas bertanggungjawab membuat persiapan perhimpunan.
5.8.1 Guru bertugas perlu meminta pengawas sekolah menyusun kerusi
plastik mengikut jumlah guru yang ada.
5.8.2 Semua guru WAJIB hadir tepat pada masa yang ditetapkan iaitu
7.20 pagi ke tapak perhimpunan/dewan dan duduk di atas kerusi
yang disediakan kecuali guru bertugas perlu mengawal murid.
5.8.3 Guru bertugas perlu memeriksa PA Sistem berfungsi dengan baik,
lagu dan bendera disediakan sebelum majlis bermula.
6.0 GURU BERTUGAS HARIAN
6.1 Guru Bertugas bertanggungjawab membuat persiapan perhimpunan.
6.2 Memastikan bilik-bilik darjah telah disapu, sampah-sampah telah dibuang,
tingkap telah ditutup setelah tamat persekolahan.
6.3 Mengawasi disiplin murid di luar waktu belajar seperti pada waktu rehat dan
waktu sebelum loceng pertama dibunyikan, di sekitar sekolah dan mengambil
tindakan segera dan munasabah jika perlu.
6.4 Mengawasi kebersihan bilik-bilik darjah, tandas, dapur RMT, bilik-bilik khas
dan kawasan sekolah.
6.5 Mengurus rawatan murid yang sakit dan menghantar mereka ke hospital/ke
rumah.
6.6 Mengeluarkan surat kebenaran ke hospital dan merekodkan nama murid
yang memohon.
6.7 Mengawasi murid menepati waktu datang dan pulang ke sekolah, masa rehat
dan masa pertukaran guru atau mata pelajaran.
6.8 Mengurus hal-hal bersabit dengan kehilangan barang-barang.
6.9 Menentukan keselamatan murid di sekitar kawaasan sekolah serta
mengawasi harta benda sekolah.
6.10 Mencatat kegiatan-kegiatan sekolah seperti sukan, persatuan-persatuan, unit
beruniform dan aktiviti-aktiviti lain yang dijalankan di sekolah.
6.11 Mengikuti peraturan/SOP yang ditetapkan oleh KPM/KKM/MKN/PKD dari
semasa ke semasa.
27
6.11 PENGURUSAN PENTADBIRAN SK PUTRA HEIGHTS 2
Membuat catatan setiap hari mengenai perkara-perkara penting yang berlaku
sepanjang hari /minggu persekolahan ke Buku Laporan Bertugas, antara
perkara-perkara yang dicatat ialah:
6.11.1 kedatangan murid, guru dan staf sokongan
6.11.2 murid ponteng, tidak hadir atau sakit
6.11.3 lawatan-lawatan / pelawat
6.11.4 ucapan / pengumuman-pengumuman dalam perhimpunan
6.11.5 laporan hari Isnin ditulis di dalam buku khas mengenai perhimpunan
6.12 Membuat laporan di dalam Buku Laporan Bertugas yang disediakan. Laporkan
terus kepada Guru Besar / Pen. Kanan jika ada kerosakan / kejadian besar
supaya tindakan segera dapat diambil.
6.13 Mengendalikan perhimpunan rasmi mengikut Tatacara Perhimpunan Rasmi
Sekolah.
6.14 Guru penyayang yang bertugas harian mesti menjalankan tugas dengan
dedikasi mengikut kawasan yang ditetapkan.
6.15 Guru yang dipertanggungjawabkan mesti bertugas mengawal murid-murid
beratur semasa membeli makanan di kantin sekolah setiap hari.
6.16 Menjaga keselamatan murid semasa waktu rehat dan selepas waktu sekolah.
6.17 Mengisi kehadiran murid secara atas talian (APDM) sebelum waktu kedua
sesi pagi dan petang atau sebelum jam 8.00 pagi dan sebelum jam 2.00
petang.
7.0 CUTI
7.1 Cuti Rehat / Cuti Penggal
Mengikut Surat Pekeliling Kementerian Pendidikan KP (pp) 0046.SJ/A/ (30)
bertarikh 24 Disember 1993, guru layak mendapat cuti penggal sekolah untuk
menggantikan cuti rehat tetapi guru boleh dipanggil bertugas oleh Guru Besar
tidak melebihi sepertiga daripada jumlah cuti sesuatu tahun untuk menjalankan
tugas-tugas seharian daripada tugas mengajar.
7.2 Cuti Sakit
7.2.1 Sijil sakit yang dikeluarkan oleh doktor swasta diterima.
7.2.2 Cuti sakit yang dikeluarkan oleh doktor swasta tidak boleh melebihi 14
hari dalam setahun.
7.2.3 Cuti sakit yang melebihi 90 hari setahun sama ada berterusan atau
berselangseli akan dilaporkan ke Jabatan Pendidikan untuk ditentukan
pembayaran gaji.
28
PENGURUSAN PENTADBIRAN SK PUTRA HEIGHTS 2
7.3 Cuti Tanpa Gaji
7.3.1 Mengikut Perintah Am C.
7.3.2 Kelayakan Cuti Tanpa Gaji ialah 30 hari bagi tiap-tiap genap tahun
perkhidmatan tetapi tidak melebihi 180 hari.
7.3.3 Cuti Tanpa Gaji untuk tujuan keluar negeri boleh diambil sekali dalam
masa 4 tahun.
7.3.4 Cuti Tanpa Gaji yang tidak melebihi 14 hari setahun diluluskan oleh
Pengarah Pendidikan Negeri. Cuti yang melebihi 15 hari diluluskan
oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Borang permohonan
hendaklah dihantar ke Jabatan Pendidikan Negeri 10 minggu sebelum
mula tarikh bercuti.
7.4 Cuti Rehat Khas
7.4.1 Cuti Rehat Khas ialah cuti bergaji penuh untuk guru sahaja.
7.4.2 Cuti ini boleh diluluskan oleh Guru Besar hanya atas sebab-sebab
kecemasan dan upacara agama bagi tempoh sepuluh hari dalam
setahun atas budi bicara Guru Besar. (tertakluk kepada SPI terkini)
7.5 Cuti Keluar Negeri
Semua guru yang hendak bercuti ke luar negeri mesti mendapat kelulusan
daripada Jabatan. Sila isikan borang permohonan yang ada di pejabat
selewat- lewatnya 5 minggu sebelum tarikh bercuti.
8.0 REKOD KEBERADAAN DAN GURU GANTI
8.1 Guru yang diarahkan berkursus/ bertugas di luar perlu memaklumkan kepada
PKP sebelum hari kejadian dan memaklumkan di dalam ‘group whatapps’
keberadaan.
8.2 Guru yang ingin menukar sesi pada hari-hari tertentu atas sebab-sebab yang
tidak dapat dielakkan perlu memaklumkan kepada Guru Besar, PKP dan PK
Petang serta membuat pertukaran berdasarkan opsyen yang sama.
8.3 Menyediakan bahan untuk pengajaran guru ganti. Menjaga waktu MMI.
8.4 Menggantikan pelajaran yang tertinggal pada masa lain.
8.5 Guru dan kakitangan yang ingin keluar pada waktu bekerja perlu mengisi
borang dan mendapatkan kebenaran Guru Besar/ Pentadbir mengikut hierarki.
8.6 Menyediakan minit curai dalam tempoh 7 hari bekerja dan diserahkan kepada
Guru Besar dan Penolong Kanan Pentadbiran.
29
PENGURUSAN PENTADBIRAN SK PUTRA HEIGHTS 2
9.0 PAKAIAN
9.1 Guru hendaklah berpakaian kemas, sesuai dengan profesion keguruan
mengikut Pekeliling dan etika sedia ada.
9.2 Guru lelaki dikehendaki mempunyai potongan dan panjang rambut yang
sesuai.
9.3 Guru yang mengajar Pendidikan Jasmani dikehendaki memakai pakaian yang
sesuai.(Rujuk pekeliling sedia ada) minit curai dalam tempoh 7 hari bekerja
dan diserahkan kepada Guru Besar dan Penolong Kanan Pentadbiran.
9.3.1 Guru perempuan - seluar trek/ panjang yang sesuai berwarna
gelap, kemeja T / kemeja sukan, kasut sukan atau getah tanpa
tumit.
9.3.2 Guru lelaki- seluar, seluar trek/ panjang yang sesuai
berwarna gelap, kemeja T/kemeja sukan berkolar , kasut
sukan atau kasut getah tanpa tumit.
9.3.3 Semua guru hendaklah memakai tanda nama sepanjang waktu
bertugas pada hari persekolahan, majlis rasmi disekolah. Tanda
nama mesti mengikut saiz yang ditetapkan.
10.0 PERHUBUNGAN SESAMA GURU
10.1 Guru sewajarnya memupuk hubungan baik dan profesional sesama guru dan
sentiasa mengawal tutur kata mereka. Guru juga diharapkan dapat
mewujudkan perasaan kekitaan.
10.2 Guru tidak dibenarkan mempengaruhi atau memaksa pandangan / fahaman /
pendapat / kepercayaan guru ataupun murid atau staf sokongan sekolah yang
lain.
10.3 Perhubungan yang berbentuk kumpulan yang berdasarkan kepada
kaum, status sosial, sosial ekonomi, kelulusan dan sebagainya adalah
tidak dibenarkan sama sekali wujud di sekolah ini.
10.4 Guru mengamalkan kerja dalam satu pasukan dan mengamalkan motto
mencari penyelesaian masalah lebih baik daripada mencari punca
masalah.
11.0 PEJABAT GURU ( Bilik Guru)
11.1 Kebersihan dan keselamatan Pejabat Guru adalah menjadi tanggungjawab
semua guru. Ini termasuk keselamatan harta benda di dalam bilik guru.
Pengurusan susunan dan sebagainya adalah di bawah Kelab Kebajikan Guru
dan Kakitangan (KKGK). Pastikan semua guru mengamalkan amalan jimat
cermat terutama penggunaan peralatan elektrik dan air.
30
PENGURUSAN PENTADBIRAN SK PUTRA HEIGHTS 2
11.2 Waktu tidak mengajar atau waktu luang adalah masa bekerja. Masa ini
hendaklah dianggap sebagai waktu persediaan. Oleh itu, guru hendaklah
menggunakan masa tersebut untuk perkara-perkara berkaitan dengan
pengajaran dan pembelajaran sahaja.
11.3 Guru yang berada di bilik guru hendaklah sama-sama bertanggungjawab
memastikan suasana yang sesuai dan tidak mengganggu ketenteraman
mana - mana pihak.
12.0 TANGUNGJAWAB TERHADAP TUGAS
12.1 Guru-guru akan diberi tugas berbentuk Pengurusan pentadbiran, kurikulum,
hal ehwal murid, kokurikulum, pentadbiran dan tugas khas. Guru-guru mesti
melaksanakan tugas-tugas tersebut dengan dedikasi, cekap dan
bertanggungjawab.
12.2 Apabila diarahkan untuk melaksanakan sesuatu tugas / arahan seperti
menghadiri mesyuarat, berkursus atau ke sekolah lain, hendaklah akur. Guru
yang ditugaskan tidak boleh mengarahkan guru lain melaksanakannya tanpa
kebenaran Guru Besar.
12.3 Guru hendaklah melaksanakan tugas yang diarahkan oleh pihak pentadbiran
sekolah berdasarkan keperluan semasa.
13.0 JADUAL WAKTU
13.1 Guru kelas hendaklah menyediakan satu salinan jadual waktu untuk
dipamerkan dalam kelas sendiri.
13.2 Guru tidak dibenarkan mengubah jadual waktu yang telah ditetapkan tanpa
kebenaran Guru Besar.
13.3 Guru mesti mematuhi masa jadual waktu- jangan keluar dari kelas lebih awal
atau masuk kelas lewat.
14.0 KEHADIRAN MURID
14.1 Guru masa pertama bertanggungjawab menyenaraikan nama murid yang
tidak hadir secara bertaip dalam group keberadaan / Whatsapp.
14.2 Guru Kelas bertanggungjawab mengemaskini kehadiran secara atas talian
sebelum tamat masa kedua (sesi pagi sebelum jam 8.00 pagi dan sesi
petang sebelum jam 2.00 petang).
14.3 Guru kelas hendaklah mencetak Rumusan Kehadiran Bulanan pada hari
terakhir setiap bulan dan memasukkannya ke dalam Folder Kehadiran
Bulanan di pejabat.
14.4 Maklumat lengkap peribadi murid wajib dikemaskini, dicetak dan dimasukkan
ke dalam Folder Kehadiran Bulanan di pejabat pada minggu kedua
persekolahan.
31
PENGURUSAN PENTADBIRAN SK PUTRA HEIGHTS 2
15.0 KESELAMATAN HARTA BENDA SEKOLAH
15.1 Semua guru dikehendaki memberi kerjasama sepenuhnya dalam
menjaga keselamatan harta benda sekolah. Murid yang merosakkan
harta benda sekolah sama ada dengan sengaja atau tidak sengaja
hendaklah dibawa kepada pengetahuan Guru Besar, PK (HEM) atau
Guru Disiplin.
16.0 BILIK-BILIK KHAS
16.1 Semua bilik khas mesti diurus dengan sempurna oleh guru yang
bertanggungjawab berdasarkan Buku Panduan Pengurusan Sekolah.
16.2 Penyeliaan/Pemantauan adalah seperti berikut: Surau, Bilik RBT, Makmal
Sains, Bilik Seni, Bilik Muzik, Bilik SAL, Bilik Pemulihan, Bilik J-Qaf, Bilik
Tayangan, Bilik Pusat Sumber Sekolah(PSS), Makmal ICT, Bilik Boss, Bilik
Guru, Bilik Kaunseling, Bilik Peralatan Jasmani, Bilik Boss (SPBT), dan Bilik
Mesyuarat.
16.3 Rekod penggunaan dan peraturan serta jawatan kuasa mesti diwujudkan.
16.4 Rekod kewangan 7 (Kew PA7) hendaklah dipamerkan di setiap bilik khas
dan bilik darjah.
16.5 Keselamatan bahan dan peralatan hendaklah diutamakan pada setiap
masa guru dikehendaki memberi kerjasama sepenuhnya dalam menjaga
keselamatan harta benda sekolah. Murid yang merosakkan harta benda
sekolah sama ada dengan sengaja atau tidak sengaja hendaklah dibawa
kepada pengetahuan Guru Besar, PK (HEM) atau Guru Disiplin.
17.0 KEBERSIHAN
17.1 Setiap guru bertanggungjawab menjaga kebersihan sekolah. Jadual giliran
bertugas Murid hendaklah disediakan oleh guru kelas. Alat membersihkan
kelas hendaklah digunakan dengan rapi dan disimpan dengan selamat.
17.2 Ketua Panitia dan guru berjawatan khas yang mempunyai bilik khas
bertanggungjawab untuk menjaga kebersihan bilik tersebut.
17.3 Kebersihan kawasan sekolah adalah tanggungjawab semua warga sekolah.
18.0 SURAT MENYURAT
18.1 Semua surat rasmi hendaklah melalui Guru Besar untuk disampaikan
kepada pihak berkenaan.
18.2 ‘Letter-head’ sekolah hanya boleh digunakan dengan kebenaran Guru
Besar.
32
PENGURUSAN PENTADBIRAN SK PUTRA HEIGHTS 2
18.3 Semua surat rasmi yang perlukan tandatangan Guru Besar perlu dibawa
bersama fail berkenaan. Manakala nombor rujukan surat adalah mengikut
minit fail yang telah dibuat.
18.4 Surat yang diterima oleh sekolah perlu diedarkan kepada guru untuk diambil
tindakan.
18.5 Jika surat itu ditujukan kepada guru dengan dinyatakan melalui dan salinan
kepada Guru Besar, surat itu boleh disimpannya sendiri setelah tindakan
diambil.
18.6 Jika surat itu ditujukan kepada Guru Besar dan diedarkannya untuk
tindakan guru yang berkenaan, maka guru itu hendaklah:
18.6.1 Mengambil fail yang berkenaan daripada Pembantu Tadbir jika fail
itu tidak ada dalam simpannya.
18.6.2 Mengambil tindakan yang diperlukan.
18.6.3 Memulangkan semula fail itu kepada Pembantu Tadbir.
19.0 PELAWAT
19.1 Semua pelawat yang berurusan rasmi hendaklah berjumpa dengan Guru
Besar /Pen.Kanan (mengikut hierarki) untuk mendapat kebenaran.
19.2 Guru tidak dibenarkan berbincang pihak luar atau jurujual tanpa kebenaran
Guru Besar.
19.3 Semua pelawat dikehendaki mengikut SOP semasa seperti menulis nama,
mengimbas suhu badan dan MySejahtera serta mendapatkan pas pelawat
di pondok pengawal.
19.4 Pelawat Rasmi perlu menandatangani Buku Pelawat.
20.0 PESANAN BARANG PANITIA DAN PENGURUSAN STOK
20.1 Ketua Panitia yang hendak membeli barang mesti memohon kebenaran
dengan menggunakan Nota minta yang boleh diperoleh dari pejabat.
20.2 Segala invois mesti ditandatangani oleh guru yang menerima dan
direkodkan dalam buku stok dengan kemas.
20.3 Semua Borang Pesanan Tempatan mesti ditandatangani oleh Guru Besar,
Pembekal dan Penerima.
20.4 Panitia atau Penolong Kanan bertanggungjawab menguruskan buku stok /
inventori dan memastikan maklumat dalam buku stok atau inventori adalah
tepat, lengkap dan sentiasa kemas kini. Buku ini akan disemak dari semasa
ke semasa oleh Guru Besar atau Penolong Kanan.
33
PENGURUSAN PENTADBIRAN SK PUTRA HEIGHTS 2
21.0 MESYUARAT
21.1 Semua guru wajib hadir setiap mesyuarat yang telah ditetapkan.
21.2 Setiap keputusan yang dibuat dalam mesyuarat guru sama ada atas arahan
Guru Besar, guru-guru atau majoriti mesti dipatuhi oleh semua guru
walaupun berlainan pendapat.
21.3 Jawatankuasa Khas, Semua Unit , Kurikulum, HEM, Ko Kurikulum akan
bermesyuarat minima 4 kali setahun.
21.4 Isi kandungan mesyuarat mengikut garis panduan yang diberikan (rujuk
SPSK).
21.5 Minit mesyuarat semua Unit mestilah disediakan dan disahkan oleh Guru
Besar serta disimpan di dalam fail mengikut unit masing-masing.
21.6 Surat panggilan mesyuarat diedarkan kepada guru sekurang-kurangnya 7
hari bekerja sebelum tarikh mesyuarat.
21.7 Kehadiran bagi setiap mesyuarat adalah wajib kecuali dengan pelepasan
dan kebenaran Guru Besar. Ketidakhadiran guru ke mesyuarat tanpa sebab
membolehkan guru dikenakan surat tunjuk sebab.
22.0 SISTEM FAIL
22.1 Fail Jawatankuasa Semua Unit diurus dan disimpan oleh setiausaha unit
masing-masing.
22.2 Semua fail `Folder; diletakkan di bilik Penolong Kanan. Manakala Fail Am
435 diletakkan di pejabat.
23.0 KEAHLIAN PIBG
23.1 Semua guru secara automatik menjadi ahli PIBG sekolah.
23.2 Semua guru mesti hadir dalam Mesyuarat Agung Tahunan PIBG.
24.0 PENGGUNAAN PERALATAN ICT
24.1 Penggunaan alat-alat ICT hendaklah mengikut peraturan.
24.2 Guru perlu merekod apabila menggunakan alat ICT dalam kelas, bilik khas
atau bilik mesyuarat ke dalam Buku Rekod.
24.3 Alat-alat lain digunakan dengan baik dan bertanggungjawab serta
dipulangkan kembali dengan segera dalam keadaan baik.
24.4 Jika alat-alat rosak, kerosakan hendaklah dilaporkan dengan serta-merta dan
alat tersebut digantikan jika perlu.
34
PENGURUSAN PENTADBIRAN SK PUTRA HEIGHTS 2
25.0 ARAHAN DAN PEKELILING
25.1 Setiap arahan dan surat pekeliling yang disampaikan/diberikan oleh Guru
Besar hendaklah dibaca dengan teliti dan dipatuhi serta ditandatangani
selepas membacanya.
25.2 Sekiranya arahan dan surat pekeliling diberi terus, guru hendaklah
menyimpannya di dalam fail peribadi.
25.3 Sekiranya surat pekeliling dari Kementerian, Jabatan Pendidikan/PPD, guru
hendaklah mengembalikannya dengan segera ke pejabat sekolah setelah
tindakan diambil. Merekod surat dan simpanan fail mengikut unit.
26.0 TELEFON / EMAIL
26.1 Penggunaan telefon dan Email sekolah hanyalah untuk urusan rasmi sahaja.
No telefon : 0351032676
Email : [email protected]
27.0 ACARA ATAU MAJLIS SEKOLAH
27.1 Semua guru dikehendaki hadir dalam semua majlis atau acara rasmi sekolah.
27.2 Jika guru tidak dapat hadir kerana sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan,
guru mesti memberitahu / mendapatkan kebenaran Guru Besar terlebih
dahulu.
35
PENGURUSAN PENTADBIRAN SK PUTRA HEIGHTS 2
37
PENGURUSAN PENTADBIRAN SK PUTRA HEIGHTS 2
B. UNIT KURIKULUM
1.0 Sukatan Pelajaran, Rancangan Tahunan dan Rancangan Pelajaran Harian Serta
Pengurusan Rekod Persediaan Mengajar
1.1 Sukatan Pelajaran Terkini yang dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan
Malaysia hendaklah diperoleh dan disimpan dalam fail panitia dan oleh
setiap guru.
1.2 Semua Rancangan Pelajaran Tahunan hendaklah disiapkan / lengkapkan tidak
lewat dari 1 Januari tahun berkenaan.
1.3 Rancangan Pelajaran Tahunan hendaklah disahkan oleh Guru Besar. Bagi
Tahun 2020, Bil minggu pilihan bagi semakan KSSR Tahun 1, 2 dan 3, sekolah
memilih 41 minggu bagi pdpc dan 2 minggu peperiksaan bagi Tahun 4,5 dan 6.
1.4 Rancangan pelajaran harian mengandungi 10 perkara asas: Walau bagaimana-
pun menjadi amalan terbaik bagi semua guru mengikuti amalan terkini bagi
pdpc yang terbaik.
1.4.1 Hari
1.4.2 Tarikh
1.4.3 Matapelajaran
1.4.4 Kelas
1.4.5 Masa
1.4.6 Tajuk
1.4.7 Objektif
1.4.8 Kemahiran yang ingin dicapai
1.4.9 Aktiviti
1.4.10 Refleksi
1.5 Memastikan sukatan pelajaran dihabiskan mengikut RPT.
1.6 Pendidikan Bestari - Kaedah pengajaran hendaklah kepada student centered /
berpusatkan pelajar / Pembelajaran Abad ke 21, KBAT dan menggunakan
ABM / ICT yang disediakan.
1.7 Kualiti PdPc – dipertingkatkan dengan guru menguasai kaedah dan pedagogi
terkini serta pengalamannya dilaksanakan setiap masa melalui perkembangan
staf Latihan Personel).
1.8 Guru-guru digalakkan menggunakan google classroom dalam PDPc.
39
PENGURUSAN PENTADBIRAN SK PUTRA HEIGHTS 2
2.0 Penilaian dan Peperiksaan
2.1 Bagi sistem KSSR , 1 kali ujian dan 2 kali peperiksaan sama ada digubal
sendiri atau yang diselaraskan kertas soalan dan jadualnya oleh Majlis
Guru Besar. Kaedah pentaksiran PBS-KSSR dijalankan dengan
menggunakan instrumen yang dikhususkan. Analisis direkod ke dalam
SAPS secara online.
2.2 Bagi murid di tahun 6 semua murid adalah berhak dan la menduduki UPSR
mengikut jadual dan kertas soalan yang ditetapkan oleh Lembaga Peperik
saan Malaysia.
2.3 Format Peperiksaan:
2.3.1 Format – mengikut format soalan kertas peperiksaan awam.
2.3.2 Semua pengendalian mengikut standard peperiksaan sebenar.
2.3.3 Masa mengikut kertas sebenar peperiksaan awam.
2.4 Jadual Pengawasan
2.4.1 Disediakan oleh Setiausaha Peperiksaan Dalaman dan PK.
Pentabiran.
2.4.2 Jadual pengawasan mengikut jadual peribadi.
2.4.3 Masa adalah mengikut keperluan peperiksaan awam.
2.5 Rekod Markah
2.5.1 Kertas peperiksaan perlu dipulangkan kepada murid dalam
tempoh 2 minggu selepas peperiksaan.
2.5.2 Markah peperiksaan direkodkan dalam Rekod Persediaan
Mengajar selepas semakan kertas peperiksaan bersama murid.
2.5.3 Markah peperiksaan dimasukkan ke dalam Sistem SAPS secara
atas talian mengikut tarikh yang ditentukan.
2.5.4 Slip keputusan peperiksaan yang lengkap boleh diperlihatkan
kepada ibubapa murid yang hadir dan dimasukkan ke dalam fail
peribadi murid setelah ditandatangan ibubapa.
40
PENGURUSAN PENTADBIRAN SK PUTRA HEIGHTS 2
2.6 Syarat Lulus
2.6.1 Penetapan gred atau skor adalah sebagaimana berikut:
Gred Markah
A 80-100
B 65-79
C 50-64
D 40-49
E
0-39
(Berubah mengikut ketetapan KPM/JPN/PPD)
2.7 Pasca nilai untuk peperiksaan
2.7.1 Pascanilai secara bertulis disediakan oleh Ketua Panitia setiap kali selepas
peperiksaan. Dibincangkan dalam Mesyuarat Panitia.
2.7.2 Kekuatan dan kelemahan hendaklah dikenal pasti secara individu dan perlu
dibuat Intervensi.
2.8 Pentaksiran Berasaskan Sekolah
2.8.1 Semua ketua panitia perlu memastikan perlaksanaan PBD mengikut
2.8.2 tempoh yang ditetapkan.
2.8.3 Mana-mana murid yang berpindah perlu dipastikan fail/rekod PBD dibawa
2.8.4 bersama untuk mengelak masalah di sekolah baru murid berkenaan.
Dokumen berkaitan PBD hendaklah difailkan ke dalam fail berkaitan serta
boleh dikemukakan dengan serta merta apabila diminta oleh pencerap.
Isi kandungan fail/rekod berkaitan PBD adalah sebagaimana format dan
tatacara pengurusan yang telah ditetapkan.
41
PENGURUSAN PENTADBIRAN SK PUTRA HEIGHTS 2
3.0 Pemantauan
3.1 Pengajaran dan Pembelajaran
3.1.1 Pengajaran dan pembelajaran guru/murid dibilik darjah akan
dicerap sekurang–kurangnya sebanyak dua kali setahun secara
3.1.2 rasmi.
3.1.3 Guru-guru akan dicerap oleh Guru Besar/GPK. Jadual Induk
3.1.4 pencerapan akan dikeluarkan setiap tahun.
3.1.5 Guru boleh berbincang untuk menetapkan tarikh dan masa yang
sesuai untuk dicerap.
Ketua-ketua panitia juga digalakkan mencerap guru-guru dibawa
panitia masing- masing , dengan kebenaran Guru Besar.
Semua penolong kanan akan dicerapkan oleh Guru Besar.
3.2 Jawatankuasa Permantauan
3.2.1 Guru Besar
3.2.2 Guru Penolong Kanan Pentabiran.
3.2.3 Guru Penolong Kanan HEM
3.2.4 Guru Penolong Kanan Kokurikulum
3.2.5 Penolong Kanan Petang
3.3 Penyeliaan Buku Latihan Murid
3.3.1 Tugasan murid akan dicerap oleh pihak pengurusan sekurang-
3.3.2 kurangnya 2 kali setahun bagi memastikan penyemakan
dilakukan secara konstruktif.
Semua guru akan menyerahkan secara rawak 10 buah buku dari
setiap kelas yang diajar untuk semakan jawatankuasa.
4.0 Pengurusan Panitia
4.1 Pengurusan panitia diletakkan sepenuhnya dibawah pengawasan Ketua
Panitia mata pelajaran.
4.2 Penolong Kanan Pentadbiran akan menyelia semua panitia dua kali
setahun.
4.3 Semua panitia perlu membuat Pelan Perancangan Strategik, Pelan Taktikal
dan Pelan Operasi.
4.4 Semua panitia mesti menentukan sasaran tahunan berdasarkan TOV, ETR
Kohort tertentu. Ini termasuk mengambil kira OTI dan headcount murid.
4.5 Ketua Panitia bertanggungjawab menyediakan anggaran belanjawan
tahunan bagi tahun berikutnya.
4.6 Ketua Panitia perlu memastikan panitia dibawah mereka membelanjakan
Peruntukan PCG secara berkesan dan mematuhi peraturan kewangan.
42
PENGURUSAN PENTADBIRAN SK PUTRA HEIGHTS 2
5.0 Anggaran Perbelanjaan Tahunan Panitia
5.1 Dasar perbelanjaan dan perolehan akan ditentukan semasa Mesyuarat
Kewangan Sekolah. Setiap Panitia boleh mengemukakan anggaran
perbelanjaan tahunan yang diputuskan dalam mesyuarat panitia mengikut
ketetapan yang sedia ada.
5.2 Dasar perolehan,penggunaan, penyelenggaraan dan verifikasi tahunan
mesti mengikut Arahan Perbendaharaan yang sedang berkuatkuasa.
5.3 Bajet hendaklah berdasarkan peruntukan wang kerajaan dan wang suwa
yang ada.
6.0 Pusat Sumber Sekolah dan Bahan Bacaan
6.1 PSS hanya dibenarkan penggunaannya pada PdPc bagi mata pelajaran
Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris bagi Program NILAM.
6.2 Masuk ke PSS dengan tujuan pengajaran berfokus dibenarkan.
6.3 Program NILAM Pusat Sumber akan diselia sepenuhnya dilakukan setiap
bulan oleh guru-guru bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
6.4 Jadual penyemakan akan dikeluarkan oleh Guru Penyelaras PSS
6.5 Buku-buku rujukan percuma (Naskah Guru) hendaklah dijadikan aset
panitia.
7.0 Program Peningkatan Akademik
7.1 Semua program utama yang berlangsung dalam PdPc dibuat berdasarkan
keperluan panitia.
7.2 Dasar Kurikulum menyokong penuh semua program peningkatan akademik
yang bertunjang ke arah kecemerlangan murid.
7.3 Jawatankuasa kecemerlangan akademik adalah nadi membantu semua
panitia dalam merancang dan melaksana program akademik.
7.4 Panitia diminta mengemukakan kertas cadangan yang relevan untuk
program akademik panitia berkenaan.
7.5 Penglibatan semua penolong kanan dan guru bimbingan & kaunseling
adalah wajib bagi penyelarasan Program Akademik.
43
PENGURUSAN PENTADBIRAN SK PUTRA HEIGHTS 2
8.0 Dasar Penggunaan Kertas untuk PdPc dan Peperiksaan
8.1 Guru-guru dinasihatkan mengamalkan dasar penjimatan dengan
menggunakan Century Gothic 11 ( atau jenis huruf yang sesuai
dimaklumkan semasa) bagi Tahap 1 dan Wak Nan 11 bagi Tahap 2 dan set
up kertas left & right 0.5 dan top & bottom pada 0.5.
8.2 Percetakan lembaran kerja dan kertas soalan menggunakan mesin fotostat
perlu mengisi borang untuk mendapat kebenaran dan tandatangan
Pentadbir.
44
PENGURUSAN PENTADBIRAN SK PUTRA HEIGHTS 2
45
PENGURUSAN PENTADBIRAN SK PUTRA HEIGHTS 2
C. UNIT HEM
PENGURUSAN HAL EHWAL MURID
1.0 PENDAFTARAN MURID
1.1 Sekolah ini menerima kemasukan pelajar dari pelbagai kaum tanpa sekatan.
1.2 Setiap maklumat pelajar akan didaftarkan ke dalam buku rekod pendaftaran
dan Sistem Maklumat Murid (SMM).
1.3 Setiap pelajar akan di tempatkan di kelas-kelas berdasarkan keperluan
keseimbangan bilangan jantina dan kaum.
1.4 Takwim pendaftaran murid
1.4.1 Pendaftaran Tahun 1 – Mac hingga Ogos
1.4.2 Pendaftaran Tingkatan 1 – Ogos hingga November
2.0 PELANTIKAN PENGAWAS
2.1 Diadakan pada penghujung tahun untuk tahun berikutnya.
2.2 Pemilihan oleh guru berdasarkan pemilihan oleh semua guru.
2.3 Penentuan pengawas, Ketua dan Penolong Pengawas dibuat oleh Guru-guru
Lembaga Disiplin Sekolah.
2.4 Ibu bapa diberitahu tentang pemilihan pada hujung untuk persediaan pakaian
murid.
2.5 Pengawas yang baru dilantik akan diberi tempoh percubaan selama sebulan.
3.0 PENGURUSAN DISIPLIN
3.1 Ponteng Sekolah
3.1.1 Murid adalah dianggap ponteng sekolah sekiranya tidak hadir
sekolah dan tidak membawa surat daripada ibu bapa/penjaga
atau surat sakit pada keesokan harinya.
47
3.1.2 PENGURUSAN PENTADBIRAN SK PUTRA HEIGHTS 2
Jadual penghantaran surat kes Ponteng sekolah adalah seperti berikut:
3.1.3 Guru Kelas hendaklah merekodkan semua proses tindakan dan
hantaran surat berdaftar kepada ibubapa/penjaga dalam Fail Ponteng
Sekolah.
3.1.4 Surat Amaran 1, 2, dan 3 mesti diisi dalam 3 salinan dan ditandatangani
oleh Guru Besar:
3.1.4.1 Salinan 1 adalah untuk ibu bapa/penjaga, salinan 2
untuk dimasukkan ke dalam fail Ponteng Sekolah
dan salinan 3 untuk dimasukkan ke dalam fail Guru
Bimbingan & Kaunseling.
3.1.4.2 Catatan dibuat dalam Buku Kedatangan Murid untuk
surat-surat seperti berikut: AP: Amaran Pertama AK:
Amaran Kedua AT: Amaran Terakhir.
3.1.4.3 Selepas surat Amaran 1, murid hendaklah membawa
surat jawapan daripada ibubapa/penjaga masing-
masing.
3.1.4.4 Selepas surat Amaran 2, murid hendaklah membawa
surat jawapan daripada ibu bapa/penjaga masing-
masing dan berjumpa dengan PK HEM terlebih dahulu.
3.1.4.5 Selepas Amaran 3, murid mestilah datang kesekolah
bersama-sama ibu bapa/penjaga dan berjumpa
dengan Guru Besar.
3.2 Pas Keluar
3.2.1 Semua guru akan menerima dua keping pas kebenaran keluar
pada awal tahun.
3.2.2 Mana-mana murid yang ingin keluar kelas untuk ke tandas
berjumpa guru dan sebagainya mesti mendapat kebenaran
daripada guru mata pelajaran serta memakai pas berkenaan.
48
3.2.3 PENGURUSAN PENTADBIRAN SK PUTRA HEIGHTS 2
3.2.4
3.2.5 Guru-guru diingatkan bahawa hanya membenarkan seorang
3.2.6 pelajar lelaki atau dua orang pelajar perempuan untuk keluar
3.2.7 dalam satu masa.
Guru-guru berhak menahan dan meminta murid balik ke kelas
untuk mendapatkan pas daripada guru berkenaan atau guru yang
berada dikelas sebelahnya jika tiada guru.
Jika pelajar perlu pulang ke rumah kerana sakit dan sebagainya,
ibu bapa perlu ke pejabat untuk mengisi maklumat yang
diperlukan.
Murid yang sakit perlu diuruskan oleh guru mata pelajaran bagi
urusan menghubungi ibu bapa.
Murid tidak dibenarkan turun ke pejabat sendirian dan menelefon
ibu bapa di pejabat sekolah.
3.3 Pengurusan Disiplin Murid
3.3.1 SEMUA GURU ADALAH GURU DISIPLIN. Oleh itu, guru-guru
mestilah memastikan murid mematuhi semua peraturan sekolah
setiap masa.
3.3.2 Guru-guru mestilah memberi nasihat dan teguran jika mereka
dapati seseorang murid melakukan kesalahan disiplin.
3.3.3 Guru-guru menulis kesalahan dan amalan baik murid dalam Buku
Log Disiplin, kemudian ke dalam SSDM.
3.3.4 Tiada sentuhan badan kepada murid. Tiada tingkah laku negatif
guru yang boleh menimbulkan prasangka kepada murid.
3.4 Kawalan /Tanggungjawab Guru
3.4.1 Guru mestilah mengenali setiap nama murid mereka. Ini
dianggap sebagai satu usaha bahawa guru mempunyai sikap
keprihatinan dan mengenali mereka sebagai seorang individu.
3.4.2 Guru hendaklah memahami dan mengenali mana-mana murid
yang sering menimbulkan masalah disiplin dan memberikan
tumpuan yang lebih terhadap mereka bagi mendapatkan
kerjasama.
3.4.3 Mulakan proses PBD selepas berjaya menarik perhatian dan
tumpuan semua murid.
3.4.4 Murid-murid tidak dibenarkan berkumpul di hadapan meja guru
sedangkan murid-murid lain dibiarkan bising di tempat mereka
atau di belakang kelas
3.4.5 Guru haruslah memeriksa kebersihan kelas termasuk bahagian
kaki lima kelas sebelum dan selepas PBD.
3.4.6 Guru-guru haruslah mengambil perhatian terhadap murid-murid
yang selalu tidak membuat kerja rumah atau tugasan dalamkel
as. Kenalpasti sebab dan ambil tindakan yang sewajarnya.
49
PENGURUSAN PENTADBIRAN SK PUTRA HEIGHTS 2
3.5 Dasar Umum Disiplin
3.5.1 Setiap murid wajib memiliki buku peraturan sekolah dan perlu
difahami dan dipatuhi.
3.5.2 5 Minit Bersama Peraturan Sekolah dilaksanakan semasa
perhimpunan rasmi untuk menghurai intipati kandungan Buku
Peraturan SK Putra Heights 2.
3.5.3 Pemeriksaan mengejut boleh dijalankan dari semasa ke semasa
ke atas murid semasa berada di kelas atau tapak perhimpunan
atas arahan pihak pentadbir dan keperluan Unit Disiplin.
3.5.4 Barang larangan akan dirampas dan direkodkan dalam Log
Disiplin. Barang rampasan disimpan di bilik PK HEM. Barang
rampasan yang berharga (seperti telefon bimbit) hanya oleh di
tuntut oleh ibu bapa/ penjaga murid selepas berjumpa dengan
Guru Besar/ PK Hal Ehwal Murid.
3.5.5 Kehilangan barang-barang berharga adalah di bawah
tanggungjawab murid murid.
3.6 Kaedah Mengatasi Disiplin
3.6.1 Edarkan senarai kesalahan ringan, sederhana dan berat kepada:
3.6.1.1 semua guru.
3.6.1.2 Kelas-kelas (untuk dipamerkan dipapan kenyataan)
3.6.1.3 Bilik-bilik khas
3.6.2 Kes-kes disiplin kesalahan ringan perlu ditangani oleh semua
guru secara berhemat dengan kadar segera. Guru yang
menerima aduan daripada mana- mana murid wajib mengambil
tahu dan ambil tindakan akan aduan murid tersebut supaya
tidak timbul perkara berbangkit. Tindakan guru akan dapat
mengatasi sesuatu masalah disiplin ringan daripada menjadi
masalah berat.
3.6.3 Setiap kesalahan ditulis dalam Log Disiplin. Guru- guru Disiplin
setiap aliran akan mengumpulkan rekod kesalahan dan
menghantar laporan berbentuk jadual dan graf kepada Guru
Disiplin Sekolah.
3.6.4 Guru juga perlu masukkan kesalahan disiplin dan amalan baik
dalam SSDM. Guru SSDM akan menyemak sistem setiap dua
minggu, proses kes dan siapkan laporan SSDM setiap bulan.
Data dan dapatan daripada SSDM dibincangkan dalam
Mesyuarat Unit Disiplin (jika perlu). Data dan dapatan dilaporkan
dalam Mesyuarat Hal Ehwal Murid untuk makluman semua guru.
4.0 KEBAJIKAN
4.1 Pelajar-pelajar yang menghadapi pelbagai masalah akan sentiasa cuba
dibantu melalui jawatankuasa-jawatankuasa yang dibentuk di peringkat
sekolah.
4.2 Pihak sekolah akan sentiasa membuka ruang kepada pihak yang ingin
memberikan apa jua bentuk bantuan kepada pelajar disekolah ini.
50