The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BUKU KETETAPAN PENGURUSAN SK PUTRA HEIGHTS 2

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-sk10278tmp01, 2022-03-15 08:00:43

BUKU KETETAPAN PENGURUSAN SK PUTRA HEIGHTS 2

BUKU KETETAPAN PENGURUSAN SK PUTRA HEIGHTS 2

PENGURUSAN PENTADBIRAN SK PUTRA HEIGHTS 2

4.3 Pihak sekolah akan melindungi maklumat peribadi pelajar yang bermasalah
demi menjaga maruah pelajar tersebut.

4.4 Memastikan murid yang layak mendapat bantuan SPBT, RMT, KWAPM dan
Susu.

4.5 Pemilihan murid berdasarkan maklumat SMM dan diputuskan oleh AJK
Kebajikan.

4.6 RMT dan Bantuan Susu diuruskan mengikut Panduan Pengurusan Program
RMT.

4.7 Guru RMT dengan bantuan Guru Bertugas Harian perlu memantau penyediaan
makanan dan menyelia murid makan semasa waktu rehat.

5.0 BIMBINGAN DAN KAUNSELING
5.1 Mendapat khidmat guru bimbingan yang dilantik.
5.2 Guru bimbingan bekerjasama dengan pihak pentadbir dan AJK Disiplin bagi
menjayakan kursus, bengkel, ceramah dan mewujudkan perhubungan erat
dengan agensi- agensi luar yang bersesuaian.

6.0 KESELAMATAN
6.1 Keselamatan pelajar akan sentiasa dilindungi sepenuhnya sepanjang mereka
berada di kawasan sekolah pada waktu persekolahan.
6.2 Semua individu termasuk ibu bapa atau penjaga, ahli jawatankuasa PIBG dan
ahli keluarga guru serta kaki tangan sekolah ini, perlu mendaftar diri di Pondok
Pengawal Keselamatan untuk masuk ke SK Putra Heights 2.
6.3 Ibu bapa yang ingin membawa pelajar keluar perlu menulis nama di dalam
Buku Kebenaran Keluar di pejabat.
6.4 Semua pelajar dilindungi dengan Skim Insurans Takaful Malaysia.
6.5 Alat pemadam api disediakan di tempat-tempat strategik dan sentiasa diselia.
6.6 Latihan kebakaran dijalankan sekurang-kurangnya 2 kali setahun.

51

PENGURUSAN PENTADBIRAN SK PUTRA HEIGHTS 2

7.0 KESIHATAN
7.1 Sekolah akan memastikan tahap kesihatan pelajar sentiasa baik melalui
program-program ceramah dan kempen yang dirancang.
7.2 Memberi kerjasama untuk Pemeriksaan Kesihatan dan Pergigian daripada
Klinik Kesihatan.
7.3 Penjaga akan dihubungi sekiranya pelajar didapati tidak sihat semasa
berada di sekolah.
7.4 Pihak sekolah akan maklumkan kepada ibu bapa tentang semua kes
sebelum mengambil sebarang tindakan lanjut.

8.0 KECERIAAN & KEBERSIHAN
8.1 Melaksanakan program- program bersesuaian untuk memastikan sekolah
sentiasa bersih dan ceria.
8.2 Menyediakan jadual pemantauan bagi memantau pembersihan tandas
sekolah.
8.3 Memastikan semua murid menggunakan tandas yang telah ditetapkan
untuk setiap aliran.

9.0 DATA & REKOD
9.1 Semua kemasukan murid direkod dalam Buku Pendaftaran Murid.
9.2 Maklumat peribadi murid yang disediakan oleh ibu bapa dikemaskini dalam
Sistem Maklumat Murid (SSM). Borang SSM lengkap disimpan dalam Fail
Peribadi Murid.
9.3 Data SSDM dan APDM hendaklah dikemaskini dan dimasukkan ke dalam
fail pada setiap bulan bagi memudahkan capaian data oleh pihak pentadbir
dan pengurusan pejabat.
9.4 Unit Pengurusan Data dan Rekod hendaklah menyemak dan memastikan
Fail Peribadi Murid dilengkapkan dengan sempurna oleh semua guru kelas.
9.5 Sentiasa menjaga kerahsiaan data semua murid SK Putra Heights 2.

52

PENGURUSAN PENTADBIRAN SK PUTRA HEIGHTS 2

10.0 PENGURUSAN KELAS – GURU KELAS

10.1 Pengurusan dan Organisasi Kelas

10.1.1 Membentuk organisasi kelas yang terdiri daripada Ketua Kelas,
Penolong Ketua Kelas, Ketua Keceriaan dan Kebersihan.

10.1.2 Menentukan perkara-perkara yang berikut ada di dalam kelas:

i) Jadual Waktu
ii) Jadual Bertugas
iii) Perabot kelas seperti kerusi-meja guru dan murid

mencukupi
iv) Borang Kew pa 7

10.1.3 Mencatatkan kerosakan perabot dan peralatan dalam buku
10.1.4 penyelenggaraan.
Membimbing organisasi kelas/ murid yang dilantik menjalankan
tugas dan menjaga kebersihan kelas dengan sebaiknya.

10.2 Fail Peribadi Murid

Memastikan setiap murid mempunyai

10.2.1 Fail Peribadi Murid SK Putra Heights 2 yang lengkap dengan
maklumat yang diperlukan.

10.2.2 Buku Kesihatan / Borang Maklumat Kesihatan

10.2.3 Kad Pergigian

10.3 Sumbangan

10.3.1 Mengutip sumbangan PIBG.

10.3.2 Mengeluarkan resit rasmi kepada murid bagi pembayaran yang
dibuat.

10.3.3 Menyerahkan wang sumbangan kepada Bendahari PIBG dari
semasa ke semasa dan memulangkan Buku Resit Sumbangan
PIBG setelah selesai.

10.4 Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT)

10.4.1 Memastikan SPBT diagih kepada murid yang layak dan
memastikan buku-buku tersebut dibalut dan dijaga dengan baik
10.4.2 serta ditulis nama murid.
10.4.3 Mengemaskini Borang G semasa pengagihan dan pengembalian
atau mengemaskini fail SPBT dari masa ke semasa.
Melaksanakan Proses Pemulangan SPBT pada tarikh yang
ditetapkan dan menyenaraikan nama murid yang tidak mengem-
balikan / memulangkan/ merosak atau menghilangkan SPBT
pada akhir tahun dan menyerahkan senarai kepada Penyelaras
SPBT.

53

10.5 PENGURUSAN PENTADBIRAN SK PUTRA HEIGHTS 2

Pendaftaran Murid Baru
10.5.1 Menerima kemasukan murid baru.
10.5.2 Mendaftarkan murid baru ke dalam Buku Kedatagan Murid

dan Buku Kemasukan Murid
10.5.3 Memastikan semua murid baharu dimaklumkan tentang

keperluan membeli Fail Peribadi Murid dan Buku Maklumat
Murid SK Putra Heights yang perlu dilengkapkan segera.

10.6 Murid Keluar
10.6.1 Memastikan semua buku SPBT dibawa bersama ke sekolah
baharu kecuali ke sekolah swasta atau berpindah ke luar
negara. Buku kerja dan buku latihan, dipulangkan kepada
murid dengan lengkap dan semua latihan yang diberi telah
disemak oleh guru.
10.6.2 Memastikan Buku Kesihatan dan Kad Gigi diserahkan kepada
ibu bapa / penjaga.

54

PENGURUSAN PENTADBIRAN SK PUTRA HEIGHTS 2

55



PENGURUSAN PENTADBIRAN SK PUTRA HEIGHTS 2

D. UNIT KOKURIKULUM

1.0 Kegiatan kokurikulum di Sekolah Kebangsaan Putra Heights 2 ini terbahagi kepada
tiga bahagian iaitu:

PERMAINAN PERSATUAN UNIT
BERUNIFORM
1.1 Bola Sepak 2.1 Bahasa Melayu
1.2 Bola Jaring 2.2 Bahasa Inggeris 3.1 Pergerakan Puteri
1.3 Badminton 2.3 Sains , Teknologi, Islam
1.4 Hoki Kejuruteraan & 3.2 Pengakap
1.5 Catur dan Matematik (STEM) 3.3 Bulan Sabit Merah
2.4 Agama Islam Malaysia
Sahiba 2.5 Rukunegara / 3.4 Pandu Puteri Tunas
1.6 Sepak Takraw Pencegahan 3.5 Tunas Kadet Remaja
1.7 Petanque Jenayah Sekolah
2.6 Doktor Muda
2.7 Muzik dan
Kebudayaan

RUMAH KOKURIKULUM PASUKAN
SUKAN ELIT
6.1 Taekwondo
4.1 Rumah Perwira 6.2 Silat 5.1 Bola Sepak
4.2 Rumah Perkasa 6.3 Memanah 5.2 Bola Jaring
4.3 Rumah 6.4 Kelas JMF – 5.3 Olahraga
Pahlawan Ukelele 5.4 Sepak Takraw
4.4 Rumah Panglima 6.5 Kelas JMF - 5.5 Memanah
Keyboard 5.6 Catur dan Sahiba
5.7 Merentas desa
5.8 Ragbi Rimau
5.9 Hoki
5.10 Silat

57

PENGURUSAN PENTADBIRAN SK PUTRA HEIGHTS 2

2.0 PUNCA KUASA PELAKSANAAN KOKURIKULUM
2.1 Pelaksanaan kegiatan kokurikulum di semua sekolah adalah wajib.
(Seksyen 18, Akta Pendidikan 1996- Akta 550). Keengganan
melaksanakan kegiatan kokurikulum ialah satu kesalahan yang jika
disabitkan bersalah boleh dijatuhi hukuman denda atau penjara atau
kedua-duanya sekali. Penalti Am (Seksyen 135 Akta Pendidikan 1996)
2.2 Penyertaan murid dalam kegiatan kokurikulum di sekolah adalah wajib.
Setiap murid hendaklah mengambil bahagian sekurang-kurangnya dalam
satu gerakerja pakaian seragam , satu kegiatan persatuan dan kelab dan
satu kegiatan sukan atau permainan. (Perkara 5.1 SPI Bil.1/1985
Jawatankuasa Bimbingan Pelajar Sekolah)
2.3 Penyertaan semua guru sebagai penjawat awam dalam mengurus,
menyelia dan mengelola kegiatan kokurikulum di sekolah adalah wajib.
(Perkara 5.2 SPI Bil.1/1985. Jawatankuasa Bimbingan Pelajar Sekolah).
2.4 Keengganan guru melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang telah
diperuntukkan adalah satu kesalahan daripada segi keperluan
perkhidmatan atau kepatuhan dan kebertanggungjawaban penjawat
awam atau pun moral dan wibawa keguruan yang boleh dikenakan
tindakan disiplin. (Perintah-perintah Am, Pegawai Awam-kelakuan dan
tatatertib D).

3.0 MESYUARAT
Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Kokurikulum Sekolah Kebangsaan Putra
Heights 2 perlu diadakan sebanyak 4 kali setahun.

4.0 PERJUMPAAN
4.1 Perjumpaan setiap Kelab/Persatuan, Kelab Permainan dan Badan
Beruniform adalah sekurang-kurangnya 12 kali iaitu 2 jam setiap kali
perjumpaan atau 24 kali iaitu 1 jam setiap kali perjumpaan setahun
setiap unit.
4.2 Sasaran peratus kehadiran kokurikulum secara keseluruhan ditetapkan
mengikut tahun semasa.

58

PENGURUSAN PENTADBIRAN SK PUTRA HEIGHTS 2

5.0 MASA PERJUMPAAN DAN RUTIN PERJUMPAAN

5.1 Perjumpaan Kelab/Persatuan, Permainan dan Badan Beruniform adalah
secara bergilir mengikut waktu yang ditetapkan oleh sekolah. Hari untuk
perjumpaan Rumah Sukan mengikut Takwim Sekolah.

Hari : Rabu

Masa : 10:00 pagi hingga 2:00 tengahari

(Murid tahun 3)

2:00 petang hingga 4:00 petang

(Murid tahun 4, 5 dan 6)

Tempat : Mengikut Penyelaras

5.2 Perjumpaan/ Latihan bagi Taekwondo, Silat dan memanah diadakan setiap
minggu kecuali cuti umum.

Hari : Mengikut hari yang ditetapkan tahun semasa

Masa : 8.00 pagi – 9.30 pagi (Memanah)

8.30 pagi – 10.00 pagi (Taekwondo /Silat )

Tempat : Dewan Aula Perdana (Taekwondo )

Padang Sekolah (Memanah )

Gelanggang Badminton (Silat )

Hari : Mengikut hari yang ditetapkan tahun semasa

Masa : 8.00 pagi – 9.30 pagi (Sparing Taekwondo )

Tempat : Dewan Aula Perdana

5.3 Bola Jaring Rabu
Hari : 4:00 petang hingga 6:00 petang
Masa : Padang Bola Jaring
Tempat :

5.4 Hoki Mengikut hari yang ditetapkan tahun semasa
Hari : 8:30 pagi hingga 10:30 pagi
Masa : Dataran Perhimpunan
Tempat : Dewan Aula Perdana

59

PENGURUSAN PENTADBIRAN SK PUTRA HEIGHTS 2

6.0 PAPAN KENYATAAN DAN BILIK KHAS

6.1 Setiap penyelaras unit bertanggungjawab memastikan papan
kenyataan masing-masing dalam keadaan berinformasi terkini/ kemas/
ceria sepanjang tahun.

6.2 Bilik peralatan sukan, bilik kokurikulum hendaklah sentiasa berada dalam
kemas dan kondusif serta mesra pengguna dan bermaklumat.

7.0 PELAKSANAAN & PENYERTAAN AKTIVITI

Unit Kokurikulum Sekolah Kebangsaan Putra Heights 2 WAJIB menganjur dan
melaksanakan daripada aktiviti berikut setiap tahun iaitu:

7.1 Larian SKPH2 merentas taman

7.2 Kejohanan Sukan Tahunan dan Sukaneka

7.3 Sukan Tara bagi Kejohanan Sukan Tahunan

7.4 Perhimpunan Bulanan Kokurikulum hari pertama minggu ke-3 setiap bulan

7.5 Perkhemahan Unit Beruniform

7.6 Senamrobik 1 Murid 1 Sukan 30 minit setiap hujung bulan.

7.7 Guru Penasihat/ Jurulatih dan semua guru yang terlibat dalam membentuk
menyedia/ melatih pasukan sekolah untuk penyertaan aktiviti keperingkat
Zon/ Daerah/ Negeri/Kebangsaan atau Antarabangsa perlu menyediakan
siri latihan yang secukupnya untuk mencapai kecemerlangan dalam setiap
aktiviti yang disertai.

7.8 Bulan Bahasa Kebangsaan

7.9 Hari Sukan Negara/ Bulan Sukan Negara

7.10 Bulan Kebangsaan

7.11 Majlis Aspresiasi Kokurikulum

60

PENGURUSAN PENTADBIRAN SK PUTRA HEIGHTS 2

8.0 KEWANGAN

8.1 Memaksimumkan keberhasilan murid bagi setiap ringgit berdasarkan
setiap aktivti yang disertai oleh murid. Sumber Kewangan adalah
daripada :

8.1.1 Bantuan Kokurikulum (BKK)

8.1.2 Bantuan Bayaran Tambahan Persekolahan (BBTP) –
Sukan Tahunan

8.1.3 Bantuan Bayaran Tambahan Persekolahan (BBTP) –
Kokurikulum

8.1.4 Bantuan Bayaran Tambahan Persekolahan (BBTP) –
Bantuan Sukan Sekolah

8.1.5 Sumbangan PIBG – Kokurikulum

8.2 Semua bahagian aktiviti Kokurikulum TIDAK DIBENARKAN MENGUTIP
YURAN tetapi boleh menerima sumbangan atau derma dengan kebenaran
Penolong Pendaftar atas persetujuan kedua-dua pihak. Sumbangan atau
derma yang diterima perlulah melalui akaun PIBG dan digunakan untuk
menjalankan aktiviti dan sebagainya. Hanya yuran yang ditetapkan oleh
Badan NGO untuk tujuan pendaftaran dibenarkan dengan permohonan
dan kelulusan penolong pendaftar.

8.3 Penggunaan wang berdasarkan Anggaran Belanjawan Mengurus tahun
2020 yang diluluskan.

9.0 PAKAIAN

9.1 Semua guru mestilah memakai pakaian yang bersesuaian mengikut aktiviti
yang dijalankan serta menepati garis panduan yang ditetapkan oleh pihak
sekolah. Uniform Unit Beruniform perlu dipakai semasa Perhimpunan
Bulanan Kokurikulum dan Aktiviti Unit Beruniform, Pakaian Sukan lengkap
bagi aktiviti Kelab / Persatuan dan Permainan.( Tshirt sukan sekolah
berkolar, seluar trek dan kasut sukan )

9.2 Semua murid dikehendaki memakai baju rumah sukan atau baju
Pendidikan Jasmani masing-masing dalam setiap aktiviti sukan,
permainan, kelab/ persatuan yang dianjurkan oleh Unit Kokurikulum
Sekolah Kebangsaan Putra Heights 2 serta hendaklah dipakai dalam
setiap penyertaan aktiviti luar sekolah.

9.3 Semua murid dikehendaki memakai uniform unit masing-masing pada
setiap hari pertama minggu ke-3 setiap bulan semasa Perhimpunan
Bulanan Kokurikulum dan Aktiviti Unit Beruniform.

61

10.0 PENGURUSAN PENTADBIRAN SK PUTRA HEIGHTS 2

PERALATAN

10.1 Setiap peralatan yang dibeli melalui wang kerajaan, PIBG atau sumbangan
individu adalah harta kerajaan, perlu direkodkan, disimpan di bilik Sukan
bagi peralatan sukan, di bilik kokurikulum bagi peralatan kokurikulum dan
di bilik muzik bagi peralatan muzik.

10.2 Setiap peralatan yang dipinjam mestilah direkodkan dan dipulangkan
semula dalam keadaan bersih, baik, lengkap dan sempurna. Setiap
peralatan yang hilang harus direkodkan. Guru yang terakhir menggunakan
peralatan harus bertanggungjawab.

10.3 Setiap peralatan padang dan gelanggang hendaklah dipantau sebanyak 3
kali setahun supaya sentiasa dalam keadaan bersih, baik, lengkap,
sempurna dan selamat untuk digunakan oleh guru dan murid. Setiausaha
Sukan perlu mengisi data IKEPS menggunakan portal EMIS online

10.4 Peralatan sukan yang telah rosak hendaklah dilupuskan untuk menjamin
keselamatan pengguna mengikut garis panduan yang ditetapkan.

11.0 PERTANDINGAN/ BENGKEL

11.1 Guru Penasihat, jurulatih yang menerima surat mesyuarat bagi
pertandingan atau bengkel harus menghadiri mesyuarat/bengkel mengikut
ketetapan yang diberikan. Ketidakakuran boleh menyebabkan guru
dikenakan surat tunjuk sebab oleh PPD / JPN/KPM .

11.2 Guru Penasihat, jurulatih perlu menyediakan minit curai, jadual
perlawanan, resit rasmi pembayaran yuran (jika berkaitan) dan maklumat
berkaitan pertandingan kepada Guru Besar dan Penolong Kanan
Kokurikulum.

11.3 Guru Penasihat/Pengurus Pasukan/ jurulatih perlu menyediakan:

11.3.1 Seminggu atau lebih sebelum pertandingan borang tuntutan
perjalanan berdasarkan jadual pertandingan.

11.3.2 Seminggu atau lebih sebelum pertandingan kebenaran daripada
ibubapa dan penjaga.

11.3.3 Mengambil surat lantikan membawa murid keluar sekolah

11.3.4 Mengisi Borang Kebenaran Penggunaan Kenderaan Sendiri oleh
guru untuk membawa murid bagi urusan rasmi Kementerian
Pendidikan Malaysia. ( 3 muka surat )

11.3.5 Seminggu selepas pertandingan menyediakan laporan
pertandingan/ bengkel yang disertai.

62

PENGURUSAN PENTADBIRAN SK PUTRA HEIGHTS 2

12.0 PAJSK

12.1 Buku PAJSK dan Rekod Laporan Aktiviti Kokurikulum setiap unit hendaklah
dilengkapkan setiap kali perjumpaan diadakan dan disimpan di dalam bilik
kokurikulum.

12.2 Semua guru penasihat dan jurulatih pasukan sekolah hendaklah membuat
pelaporan bagi setiap aktiviti yang disertai dengan menggunakan borang
pelaporan khas mengikut format yang ditetapkan dalam masa 1 minggu
dari tarikh setelah selesai menyertai setiap aktiviti.

12.3 Pengisian data dalam Buku Rekod PAJSK hendaklah dikemaskinikan oleh
Guru Penasihat Unit – pengisian data keahlian online bagi bulan Januari
dan data PAJSK bulan Oktober oleh guru kelas tahun 4, 5 dan 6 melalui
portal https://pajsk.moe.gov.my/index.php. Guru Penasihat Unit - mengisi
rekod kehadiran dan aktiviti mengikut unit masing-masing. Jurulatih/ SU
Ko / SU Sukan/ Guru Data Ko - mengemaskinikan penyertaan pelajar
diperingkat Zon/ Daerah/ Negeri/ Kebangsaan atau Antarabangsa.

12.4 Guru Pendidikan Jasmani melaksanakan SEGAK Bulan Mac dan Bulan
Ogos setiap tahun dan mengisi online melalui portal https://
pajsk.moe.gov.my/index.php selepas pelaksanaan SEGAK.

13.0 REKOD DAN PELAPORAN AKTIVITI

13.1 Setiausaha Kokurikulum/ Penyelaras perlu merekodkan maklumat murid
yang terlibat dengan aktiviti kokurikulum iaitu:

13.1.1 Jawatan kokurikulum

13.1.2 Kehadiran aktivtii kokurikulum

13.1.3 Penglibatan di dalam sekolah iaitu membantu guru ketika aktiviti
sukan, gotong royong, dan sebagainya

13.1.4 Penglibatan di dalam pertandingan di dalam sekolah

13.1.5 Penglibatan mewakili sekolah

13.1.6 Penglibatan luar anjuran KPM

13.1.7 Penglibatan luar bukan anjuran KPM

13.1.8 Sebarang aktiviti murid yang difikirkan perlu diberi ganjaran

13.2 Mengisi maklumat berkenaan di dalam aplikasi/ sistem.

13.3 Memastikan murid-murid yang mewakili sekolah mendapat sijil penyertaan/
penghargaan.

63

PENGURUSAN PENTADBIRAN SK PUTRA HEIGHTS 2

KETETAPAN KOKURIKULUM

1.0 TEMPAT PERJUMPAAN

1.1 Semua guru wajib hadir pada setiap kali perjumpaan Kokurikulum iaitu :

Hari : Rabu

Masa : 10:00 pagi hingga 12:00 tengahari ( Murid tahun 3)

2:00 petang hingga 4:00 petang

( Murid tahun 4, 5 dan 6 )

Tempat : seperti berikut (tertakluk kepada pindaan)

1.1.1 Unit : Kelab / Persatuan - Sesi petang (10.00 -12.00 )
- Sesi pagi (2.00 – 4.00 )
Penyelaras : Penyelaras tahun semasa

Bil Unit Tempat Catatan
1 Bahasa Melayu Pusat Sumber
2 Bahasa Inggeris Bilik Tayang

Sains , Teknologi, Bengkel RBT
3 Kejuruteraan & Ma-

tematik (STEM)

4 Agama Islam Surau

5 Rukunegara / Dewan Aula Perdana
Pencegahan Jenayah

6 Doktor Muda Makmal Sains

7 Muzik dan Kebudayaan Bilik Muzik

64

1.1.2 Unit : Permainan PENGURUSAN PENTADBIRAN SK PUTRA HEIGHTS 2

Penyelaras - Sesi petang (10.00 -12.00 )
- Sesi pagi (2.00 – 4.00 )
: Penyelaras tahun semasa

Bil Unit Tempat Catatan
1 Bola Sepak Padang Bola Sepak
2 Bola Jaring Padang Bola Jaring
3 Badminton Gelanggang Badminton
4 Hoki Gelanggang Sepaktakraw
5 Catur dan Sahiba Pusat Sumber
6 Sepaktakraw Dataran Perhimpunan
7 Petanque Gelanggang Pentaque
8 Bola Sepak Perempuan Padang Bola Sepak
9 Ping Pong Dewan Terbuka

• Tertakluk kepada pindaan

2.0 KEHADIRAN GURU

2.1 Guru WAJIB hadir dalam aktiviti kokurikulum.

2.2 Sekiranya guru tidak dapat hadir kerana sakit, menghadiri kursus,

kecemasan dan sebagainya. Sila mohon kebenaran daripada Guru Besar
dan maklumkan kepada PK Kokurikulum.
2.3 Guru perlu mengimbas jari/muka untuk kehadiran kokurikulum.

65

PENGURUSAN PENTADBIRAN SK PUTRA HEIGHTS 2

66

PENGURUSAN PENTADBIRAN SK PUTRA HEIGHTS 2

67

PENGURUSAN PENTADBIRAN SK PUTRA HEIGHTS 2

68


Click to View FlipBook Version