The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-44 2022 / 2023 SMK Kepong Baru

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-34416549, 2022-06-23 21:31:14

Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-44 2022 / 2023 SMK Kepong Baru

Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-44 2022 / 2023 SMK Kepong Baru

Mesyuarat

Agung Tahunan

PIBG

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KEPONG BARU

25 JUN Masa : KALI KE
2022 9:00 pagi
SABTU 44
Medium :
Google Meet

Dirasmikan Oleh
Dato’ Vincent Chin Teck How

YDP PIBG SMK Kepong Baru

Senarai Kandungan

BAHAGIAN TAJUK H

BAHAGIAN 1 : PENDAHULUAN 2

1.1 Sekapur Sireh : Ucapan Pengetua 3

1.2 Seuntai Kata : Ucapan YDP PIBG 4

1.3 Notis Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-44 5

1.4 Aturcara Majlis 6

1.5 Agenda Mesyuarat 7

1.6 Ahli Jawatankuasa PIBG Sesi 2021/2022 8
 
Ahli Jawatankuasa Kerja Mesyuarat Agung Kali Ke-44 9
1.7

BAHAGIAN 2 : MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KALI 11
KE-43 2021 12
30
2.1 Minit Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali Ke-43
2021/2022

BAHAGIAN 3 : LAPORAN TAHUNAN PIBG SESI 2021/2022

3.1 Laporan Tahunan PIBG Sesi 2021/2022 31

BAHAGIAN 4 : LAPORAN KEWANGAN PIBG SESI 2021/2022 48

BAHAGIAN 5 : USUL-USUL 52

BAHAGIAN 1 :
PENDAHULUAN

2

Sekapur Sireh

PENGETUA

ENCIK LOK CHEE WAI
Salam Sejahtera dan Salam Perpaduan

Yang Berbahagia Dato’ Vincent Chin Teck How, Yang Dipertua PIBG SMK Kepong Baru,
Yang Dihormati, Encik Abu Zaid bin Zakaria, Penolong Kanan Tadbir dan Kurikulum, Cik
Rozila binti Iberahim, Penolong Kanan Kokurikulum, Puan Stella Rethinavathi A/P
Vedamanikkam, Penolong Kanan Petang, barisan guru kanan mata pelajaran, barisan guru
kaunseling sekolah, barisan AJK PIBG SMK Kepong Baru,

Para ibu bapa dan para guru yang dihormati sekalian,

Syukur kehadrat Tuhan kerana masih diberi peluang untuk bersama-sama
tuan-tuan, puan-puan serta hadirin dan hadirat sekalian secara alam maya dan
meneruskan Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SMK Kepong Baru kali ke-44 bagi tahun
2022/2023. Sesungguhnya, jauh di sudut hati saya, saya mengimpikan mesyuarat ini
dapat dijalankan secara bersemuka. Namun apakan daya, walaupun kita sudah berada
dalam fasa endemik, pelbagai aspek telah dikaji dan dilihat sebelum mesyuarat ini
 dilaksanakan. Oleh itu, pihak sekolah telah memutuskan bahawa mesyuarat secara alam
maya ini merupakan cara yang terbaik patut dilaksanakan.

Sekolah merupakan institusi yang memberi peluang kepada semua murid menimba
ilmu, memupuk bakat dan membentuk sahsiah terpuji. Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG)
merupakan tiang sokongan kepada pihak sekolah dalam menjalankan program dan
membentuk jati diri murid. Sejajar dengan penerapan konsep Sekolahku SEJAHTERA,
guru dan ibu bapa akan bersama-sama menerapkan konsep ini dalam diri generasi pewaris
negara supaya nilai murni tersebut sentiasa tersemat di hati mereka. Oleh itu, saya
sangat berharap agar barisan guru, ibu bapa dan penjaga murid di sekolah ini sentiasa
memberikan komitmen yang tinggi untuk meningkatkan kecemerlangan akademik,
kokurikulum, sahsiah anak-anak seiring dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
(PPPM) 2013-2025.

Saya berharap lebih ramai ibu bapa tampil memberi sumbangan dari segi tenaga,
sokongan serta idea yang realistik demi kejayaan anak-anak dan sekolah. Semoga usaha
kita diberkati-Nya demi amanah untuk mendidik anak-anak supaya menjadi insan yang
berilmu dan cemerlang kelak.

Sekian, terima kasih.

3

Seuntai Kata

YDP PIBG

DATO’ VINCENT CHIN TECK HOW

Selamat sejahtera.

Yang Berusaha Encik Lok Chee Wai, Pengetua SMK Kepong Baru merangkap penasihat PIBG,
Ahli-ahli PIBG, Penolong-Penolong Kanan, guru-guru dan ibu bapa yang dikasihi sekalian.

Para ibu bapa dan para guru yang dihormati sekalian,

Pertama sekali, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi
tahniah dan syabas kepada semua AJK PIBG kerana sekali lagi telah berjaya menganjurkan
Mesyuarat Agung Tahunan PIBG secara maya. Saya ingin mengambil kesempatan pagi ini untuk
menyampaikan ucapan terima kasih kepada Encik Lok Chee Wai, Pengetua SMK Kepong Baru kerana
beliau telah berjaya menerajui sekolah ke arah kecemerlangan akademik, kokurikulum dan
kemantapan sahsiah bagi melahirkan modal insan yang berkualiti dari segenap aspek. Selain itu,
tidak dinafikan sumbangan tenaga, idea dan curahan ilmu pengetahuan dari guru-guru sehingga
menjadikan pencapaian murid dalam bidang akademik dan kokurikulum meningkat dari tahun ke
 
tahun. Saya mewakili AJK PIBG bagi tahun ini akan terus menyokong segala program yang
dianjurkan pihak sekolah untuk memacu kecemerlangan murid.

Untuk makluman semua, setiap sumbangan yang dihulurkan ibu bapa digunakan sebaiknya
untuk membantu program sepanjang sesi persekolahan. Kami juga telah membelanjakan setiap
sumber kewangan mengikut teras dia bawah lembayung kemenjadian murid seperti membangunkan
kemudahan infrastruktur untuk kemudahan murid. Pihak sekolah dan PIBG sentiasa berganding
bahu dalam usaha untuk menyediakan persekitaran yang kondusif dan selamat sebelum menerima
kehadiran murid ke sekolah dalam era pandemik ini. Mudah-mudahan impian kita sebagai ibu bapa
untuk melihat anak-anak kita berjaya menjadi murid yang cemerlang dalam pelbagai aspek akan
tercapai.

Akhir sekali saya berharap AJK yang baharu dilantik akan terus menyumbang tenaga dan
berusaha membentuk kecemerlangan dari sudut akademik, sahsiah, dan kokurikulum. Kejayaan
anak-anak kita juga merupakan kejayaan kita bersama.

Sekian. Terima Kasih.

4

Notis Mesyuarat

 

5

Aturcara Majlis

8:30 - 9:00 pagi : Pendaftaran Ibu Bapa/ AJK PIBG/ Guru

9:00 pagi : Bacaan Doa

: Ucapan Aluan Pengetua

: Ucapan Aluan Pengerusi

: Membentang dan Pengesahan Minit

Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke-43

: Membentang dan Menerima Laporan

Tahunan 2021/2022

: Pembentangan dan Menerima Penyataan

Kewangan Berakhir 31 Disember 2021

: Membahaskan Usul-usul

: Pelantikan Ahli Jawatankuasa PIBG Sesi

  2022/2023
: Pelantikan Juruaudit Dalaman Sesi

2022/2023

: Ucapan Penangguhan

: Majlis Bersurai

6

Agenda Mesyuarat

2.1 Ucapan Pengetua

2.2 Ucapan Pengerusi

2.3 Membentang dan Pengesahan Minit Mesyuarat

Agung Tahunan PIBG kali ke-43

2.4 Membentang dan Menerima Laporan Tahunan

2021/2022

2.5 Pembentangan dan Menerima Penyata

Kewangan Berakhir 31 Disember 2021

2.6 Membahaskan Usul-usul

2.7 Pelantikan Ahli Jawatankuasa PIBG Sesi

2022/2023

  2.8 Pelantikan Juruaudit Dalaman Sesi 2022/2023
2.9 Ucapan Penangguhan

7

Jawatankuasa PIBG

JAWATANKUASA PIBG
SMK KEPONG BARU

TAHUN 2021/2022

Penasihat / Ex-Officio : Encik Lok Chee Wai (Pengetua)
Yang Dipertua PIBG : Dato’ Vincent Chin Teck How
Naib Yang Dipertua : Encik Mohd Hanif bin Bakar
Setiausaha : Puan Noor Nadirah binti Zainal
Bendahari : Puan Michelle Lu Mei Ern

AJK Ibu Bapa : Dato’ Wan Ahmad bin Haji Abdullah
AJK Ibu Bapa : Encik Lim Bee San
AJK Ibu Bapa : Encik Lew Nam Kok
AJK Ibu Bapa : Encik Cheah Kok Hiong
AJK Ibu Bapa : Puan Umahdevi A/P Supramaniam

  AJK Guru : Encik Mohd Faizal bin Abbas Ali
AJK Guru : Puan Vimali A/P Chellapan
AJK Guru : Puan Hartini binti Mazlan
AJK Guru : Puan Moo Chuin Yin
AJK Guru : Puan Kok Hong Jin

Juruaudit 1 : Puan Ratimalar A/P Thiruvasagam
Juruaudit 2 : Puan Nazwin Shufiza binti Mohamad Shuhaimi

8

Jawatankuasa Kerja

Pengerusi : Encik Lok Chee Wai (Pengetua)
Encik Abu Zaid bin Zakaria (Penolong Kanan Pentadbiran)
Naib Pengerusi I : Cik Rozila binti Iberahim (Penolong Kanan Kokurikulum)
Puan Stella Rethinavathi a/p Vedamanikkam
Naib Pengerusi II : (Penolong Kanan Petang)
Puan Norshahrizan binti Mohd Shah
Naib Pengerusi III : (Pemangku tugas PK HEM)
Puan Noor Nadirah binti Zainal (Setiausaha PIBG)
Naib Pengerusi IV : Puan Michelle Lu Mei Ern (Bendahari PIBG)

Setiausaha :
Bendahari :

JAWATANKUASA PELAKSANA

PENDAFTARAN IBU BAPA DAN E-BUKU PROGRAM
GURU Cik Nurul Maslida binti Zahari (K)
Puan Ting Siew Ching (K) Cik Nur Fatihah binti Nazri
Encik Chandra Kumar a/l Vellasamy Puan Norhidayah binti Hassan
  Puan Noor Rashidah binti Ismail
Puan Intan Noradila binti Norhashimi BACAAN DOA
Encik Ahmad Kamaluddin bin Rofien
PENGACARA MAJLIS
Encik Kamarulzaman bin Adnan (K) PENCATAT MINIT
Cik Nor Sabidah binti Abdul Karim Puan Noor Nadirah binti Zainal (K)
Puan Kok Hong Jin
JEMPUTAN
Puan Noor Nadirah binti Zainal (K) BACKDROP/ LATAR BELAKANG
Puan Kok Hong Jin GOOGLE MEET
Cik Nurasyikin binti Jawad
TEKS UCAPAN PENGETUA
Puan Zaili Hafida binti Zulkifli BUKU PELAWAT
Cik Hazwani Safura binti Mohamad
TEKS UCAPAN YDP PIBG Yazid (K)
Puan Nik Norsyuhada binti Nik Dir Puan Naquiah binti Mohd Yusoff

9

Jawatankuasa Kerja

LANTIKAN AJK DAN UNDIAN LAPORAN MESYUARAT AGUNG
AJK MAT SESI 2022/2023 PIBG
Encik Mohd Faizal bin Abbas Ali (K) Puan Noor Nadirah binti Zainal
Puan Vimali a/p Chellapan Puan Kok Hong Jin
Encik Mohamad Firdaus bin Puan Michelle Lu Mei Ern
Mohamad Yusup Puan Moo Chuin Yin

FOTOGRAFI TEKNIKAL DAN MULTIMEDIA
Puan Liyana binti Azizi (K) Puan Hartini binti Mazlan (K)
Puan Fatin Nur Imaniah binti Mohd Encik Azzuhri bin Aziz
Khalid Encik Saiful Neezan bin Md Ariffin
Puan Siti Sarah Asyiqin binti Md
JAMUAN VIP/GURU Nasser
Puan Hatina binti Ishak (K) Puan Maizatul Nur binti Mahmud
Encik Mahyudin bin Md Arif
  Puan Noorul Nadia binti Abdullah CADANGAN DAN SOKONGAN
Puan Nazwin Shufiza binti Mohamad
PENGERUSI SEMENTARA Shuhaimi (K)
Encik Abu Zaid bin Zakaria Puan Nazlin Shakira binti Mohamad
Shuhaimi
PENCATAT SEMENTARA
Cik Siti Nur Waheeda binti Ab.
Halim

10

BAHAGIAN 2 :

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN
PIBG KALI KE-43 2021/2022

11

Minit Mesyuarat

SMK KEPONG BARU,
JALAN HELANG, KEPONG BARU, 52100 KUALA LUMPUR
MINIT MESYUARAT AGUNG PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG)

KALI KE-43 TAHUN 2021/2022

Tarikh : 2 September 2021 (Sabtu)
Masa
Tempat : 11.30 pagi
Pengerusi
Perisian : Lokasi masing-masing
Link
Kehadiran : Dato’ Chin Teck How

: Google Meet

: https://bit.ly/38WgOC3

: AJK PIBG : 6 orang

: Ibu Bapa : 88 orang

: Guru : 118 orang

KEHADIRAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG 2020/2021

 

12

Minit Mesyuarat

 

13

Minit Mesyuarat

 

14

Minit Mesyuarat

 

15

Minit Mesyuarat

 

16

Minit Mesyuarat

1.0 Ucapan Pengetua
  1.1. Pengetua mengalu-alukan kehadiran ibu bapa yang baru menyertai

MAT 2021.
1.2. Pengetua mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua peserta

MAT 2020 kerana memberi kerjasama yang baik untuk
menyempurnakan MAT 2020.
1.3. Pengetua berharap dalam MAT 2021 ini, perbincangan usul,
perkara-perkara berbangkit dan pemilihan AJK PIBG sesi
2021/2022 akan dijalankan dengan lancar.
1.4. Pengetua mengingatkan para peserta mesyuarat yang layak
mengundi perlu menggunakan ID MOE dan Kata Laluan Google (boleh
dapatkan dari anak yang bersekolah di SMK Kepong Baru) untuk
melakukan pengundian.
1.5. Pengetua menjelaskan mengenai Pengoperasian Pembukaan Sekolah
mengikut Pelan Pemulihan Sekolah seperti berikut:
1.5.1 Semua guru, staf sokongan sekolah, pekerja kebersihan, pengawal
keselamatan, pekerja kantin dan pekerja kedai buku telah menerima
dua dos vaksin.
1.5.2 Pihak sekolah sudah bersiap sedia membuka sekolah apabila

diarahkan kelak.
1.5.3 Pembukaan sekolah adalah mengikut Fasa Pelan Pemulihan

Negara (PPN):

17

Minit Mesyuarat

1.5.4 Jika sesebuah negeri beralih ke fasa seterusnya,
pengoperasian sekolah mengikut ketetapan fasa baharu akan
1.5.5 dilaksanakan selepas 2 minggu daripada tarikh peralihan fasa
1.5.6 tersebut.
Sesi persekolahan tahun 2021 dilanjutkan ke akhir bulan
1.5.7 Februari 2022.
Setelah KL masuk ke Fasa 3 pada 1/10/2021, maka
murid-murid T5 dibenarkan kembali ke sekolah mulai
18/10/2021 secara bergilir-gilir. Murid Peralihan hingga T4
tetap PdPR di rumah.
Ketetapan kehadiran murid adalah seperti berikut:

 

1.6 Tatacara melaksanakan Ujian Kendiri Covid-19 di sekolah adalah
seperti berikut:
i) Ujian Kendiri Covid-19 di sekolah hanya dilakukan ke atas murid
yang bergejala semasa mereka berada di sekolah.
ii) Ibu bapa / Penjaga perlu mengisi Borang Kebenaran Pelaksanaan
Ujian Kendiri Covid- 19
iii) Tindakan sekolah jika murid didapati positif Covid-19 selepas
Ujian Kendiri dilaksanakan:

18

Minit Mesyuarat

 

19

Minit Mesyuarat

1.7 Pembelajaran bersemuka secara penggiliran.
1.7.1 Murid yang sihat dan tidak bergejala sahaja dibenarkan hadir
ke sekolah.
1.7.2 Murid yang belum menerima vaksin dibenarkan hadir ke
sekolah.
1.7.3 Murid mesti sentiasa memakai Pelitup Muka di sekolah dan
digalakkan memakai pelitup muka berganda.
1.7.4 Ibu bapa perlu memaklumkan kepada Guru Tingkatan melalui
aplikasi WhatsApp / Telegram atau surat bertulis jika murid
tidak hadir ke sekolah.
1.7.5 Sekolah akan dibuka mulai 3 Oktober 2021 (Bukan SMK
Kepong Baru) secara berperingkat mengikut Fasa PPN dan
murid hadir ke sekolah secara giliran minggu.

 

20

Minit Mesyuarat

1.8 Kaedah pembahagian kelas
  1.9 Kaedah pembelajaran

21

Minit Mesyuarat

1.10 Tanggungjawab murid dan ibu bapa

1.11 Cara murid hadir ke sekolah dan proses penyuraian murid pada fasa
  3.

1.12 Semasa hadir ke sekolah, murid-murid akan masuk ke sekolah
melalui Pintu C (di sebelah Kantin Jalan Helang) atau Pintu D (di
belakang Kantin Jalan Belibis) dari jam 6.45 pagi hingga 7.20 pagi.

1.13 Pada waktu bersurai jam 1.00 petang secara berperingkat:
a) Blok A dan Blok B menggunakan Pintu B (pintu besar sekolah
Jalan Helang)
b) Blok E dan Blok F menggunakan Pintu A (pintu menghadap bengkel
kereta Jalan Helang)

1.14 Makan semasa waktu rehat.
1.14.1 Murid boleh menempah makanan dari kantin atau membawa
makanan dari rumah.
1.14.2 Murid makan di dalam bilik darjah
Makluman

22

Minit Mesyuarat

2.0 Ucapan Pengerusi
2.1 Dato’ Chin Teck How mengalu-alukan kehadiran ibu bapa dan
guru-guru ke Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Tahun 2021/2022.
2.2 Pengerusi mengucapkan tahniah kepada AJK PIBG kerana berjaya
menganjurkan Mesyuarat Agung tahunan PIBG Tahun 2021/2022
dan mengucapkan ucapan terima kasih kepada Encik Wong Kum Ming
kerana telah berjaya menerajui SMK Kepong Baru ke arah
kecemerlangan akademik, kokurikulum dan kemantapan sahsiah bagi
melahirkan modal insan yang berkualiti dari segenap aspek.
2.3 Pengerusi memaklumkan bahawa setiap sumbangan yang dihulurkan
ibu bapa digunakan sebaiknya dalam melaksankan program sepanjang
sesi persekolahan. Pihak PIBG mengamalkan perbelanjaan secara
berhemah agar tidak berlaku pembaziran.
2.4 Pengerusi berharap ibu bapa akan terus memberi sumbangan idea
dan kepakaran demi kelangsungan pendidikan anak-anak murid.
2.5 Pengerusi berharap AJK yang baharu dilantik akan terus

  menyumbang tenaga dan berusaha dengan lebih giat untuk
membentuk kecemerlangan dari sudut akademik, sahsiah, dan
kokurikulum.
Makluman

3.0 Pengesahan Minit Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Tahun 2020/2021
3.1 Dato’ Chin Teck How membentangkan Minit Mesyuarat Agung
Tahunan PIBG Tahun 2020/2021.
3.2 Encik Mohd Hanif bin Bakar mencadangkan Minit Mesyuarat Agung
Tahunan PIBG Tahun 2020/2021 disahkan dan telah disokong Encik
Do Hock Hing.
3.3 Minit Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Tahun 2020/2021 diterima
dengan sebulat suara.

23

Minit Mesyuarat

4.0 Pembentangan Laporan Tahunan PIBG Tahun 2020/2021
4.1 Setiausaha PIBG Puan Noor Nadirah binti Zainal membentangkan
Laporan Tahunan PIBG 2020/2021 yang telah dilampirkan pada muka
surat G1 hingga G7, Buku Mesyuarat Agung Tahunan PIBG 2020 dan
2021.
4.2 Encik Lim Bee San mencadangkan pembentangan Laporan Tahunan
PIBG Tahun 2020/2021 disahkan dan disokong oleh Encik Harpajan
Singh A/L Jeswant Singh.
4.3 Laporan Tahunan PIBG Tahun 2020/2021 diterima dengan sebulat
suara.

5.0 Pembentangan Laporan Kewangan PIBG Tahun 2020/2021
5.1 Bendahari PIBG Puan Michelle Lu Mei Ern membentangkan Laporan
Kewangan PIBG tahun 2020 bagi tahun berakhir 31 Disember 2020
seperti dalam lampiran muka surat H1 hingga H4, Buku Mesyuarat

  Agung Tahunan PIBG 2020 dan 2021.
5.2 Puan Krishna Jayanthi A/P Tharumalingam mencadangkan Laporan
Kewangan PIBG Tahun 2020/2021 disahkan dan disokong oleh Encik
Mohd Hanif bin Bakar.
5.3 Laporan Kewangan PIBG Tahun 2020/2021 diterima dengan sebulat
suara.

6.0 Perbincangan Usul daripada Ibu Bapa
6.1 Terdapat tiga usul bertulis yang diterima dalam mesyuarat. Berikut
ialah usul dan maklum balas yang telah dibincangkan dalam
mesyuarat PIBG tahun 2020/2021.

24

Minit Mesyuarat

 

25

Minit Mesyuarat

7.0 Perkara-perkara Berbangkit
7.1 Terdapat 7 perkara berbangkit yang dikemukakan dalam mesyuarat.
Berikut ialah cadangan, pandangan dan maklum balas yang telah
dibincangkan dalam mesyuarat PIBG tahun 2020/2021.

 

26

Minit Mesyuarat

 

27

Minit Mesyuarat

8.0 Pembubaran Jawatankuasa PIBG Sesi 2020/2021
  8.1 Dato’ Chin Teck How selaku Yang Dipertua PIBG membubarkan AJK

PIBG sesi 2020/2021.
8.2 Beliau mengucapkan terima kasih kepada semua AJK PIBG sesi

2020/2021 atas kerjasama yang diberi sepanjang beliau menerajui
barisan AJK PIBG sepanjang tempoh 4 tahun ini.
9.0 Pemilihan Jawatankuasa PIBG Sesi 2021/2022
9.1 Cik Rozila Binti Iberahim telah mencadangkan Encik Wong Kum Ming
untuk menjadi pengerusi sementara dan disokong oleh Puan See Ko
Nee.
9.2 Ahli mesyuarat dengan sebuta suara melantik Encik Harpajan Singh
A/L Jeswant Singh untuk menjadi penjaga masa semasa pemilihan
AJK diadakan dan disokong sebulat suara.

28

Minit Mesyuarat

9.3 Keputusan pemilihan AJK PIBG sesi 2021/2022 adalah seperti berikut:

 

10.0 Penutup
10.1 Yang Dipertua PIBG Dato’ Chin Teck How mengucapkan terima kasih
kepada semua ibu bapa dan guru atas kepercayaan yang telah
diberikan. Beliau akan terus bekerjasama dengan AJK baharu
dengan membawa SMK Kepong Baru ke arah kecemerlangan yang
lebih tinggi.
10.2 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 1.10 petang.

Disediakan oleh: Disahkan oleh:

…………………………………………………. ……………………………………..
( Noor Nadirah Binti Zainal ) (Dato’ Chin Teck How)
Setiausaha PIBG, Yang Di-Pertua PIBG,
SMK Kepong Baru. SMK Kepong Baru.

29

BAHAGIAN 3 :
LAPORAN TAHUNAN PIBG

SESI 2021/2022

30

Laporan Tahunan

SMK KEPONG BARU

JALAN HELANG, KEPONG BARU, 52100 KUALA LUMPUR, WILAYAH PERSEKUTUAN
KUALA LUMPUR

Laporan Tahunan PIBG
2021/2022

31

Laporan Tahunan
 

Ahli-ahli Jemputan :

PK PENTADBIRAN : ENCIK ABU ZAID BIN ZAKARIA
PK HAL EHWAL MURID : ENCIK ZAINAL BIN COLE

PK KOKURIKULUM (sehingga 22 April 2022)
PK PETANG : PUAN NORSHAHRIZAN BINTI MOHD SHAH

(memangku tugas PK HEM)
: CIK ROZILA BINTI IBERAHIM
: PUAN STELLA RETHINAVATHI A/P VEDAMANIKKAM

32

Laporan Tahunan

LAPORAN AKTIVITI-AKTIVITI PIBG
LAPORAN AKTIVITI-AKTIVITI PIBG

SMK KEPONG BARU 2021/2022
Mesyuarat Agung Tahunan PIBG 2021/2022 telah diadakan secara atas talian
menggunakan perisian Google Meet pada 2 September 2021 (Sabtu). Pihak PIBG SMK
Kepong Baru telah menunjukkan kerjasama yang tinggi kepada pihak sekolah. Berikut
ialah usaha-usaha yang telah dijalankan oleh AJK PIBG.

33

Laporan Tahunan

Perincian aktiviti-aktiviti yang telah dijayakan oleh jawatankuasa PIBG 2021/2022 :

1. Berkolaborasi dengan Lion’s Club Tropicana untuk menaja tablet kepada
murid-murid yang terpilih.

2. Menaja program Iftar Ramadhan (AJK PIBG).
3. Memberikan sumbangan cenderamata kepada semua guru SMK Kepong Baru

bersempena sambutan hari guru.
4. Membiayai kos perkhidmatan pengawal keselamatan sekolah.
5. Mengaturkan sesi ‘Mosquito Fogging’ sebelum sesi persekolahan bermula pada 16

Oktober 2021.
6. Menghadiri Webinar Hebahan Promosi Aplikasi-aplikasi dalam pelantar DELIMA,

EduWebTV dan Repositori Sumberku Kepada Ibu bapa di Daerah Sentul pada 16
Oktober 2021 secara dalam talian.
7. Memberikan sumbangan berupa wang tunai kepada bekas guru (Arwah Nik Rozaimi
bin Nik Zainuddin) yang meninggal akibat kemalangan jalan raya.
8. Memberikan sumbangan untuk Majlis Hi-Tea sekolah pada 8 Januari 2022.
9. Membantu menanggung kos lori berikutan kejadian pokok tumbang di kawasan
tempat letak kereta guru pada 6 Februari 2022.
10. Membiayai gaji 10 orang guru ganti bagi menampung kekurangan tenaga pengajar
akibat perpindahan / persaraan guru yang tidak disediakan pengganti oleh pihak
JPWPKL.
11. Terlibat dengan projek menaiktaraf bekalan elektrik Dewan Seri Mutiara dengan
mencari kontraktor dan perunding bagi menilai punca masalah pendawaian elektrik
tersebut.
12. Terlibat dengan pembaikan pendawaian elektrik untuk 2 buah tandas di Dewan
Seri Mutiara.

34

Laporan Tahunan

13. Menyalurkan maklumat daripada ibu bapa kepada pihak sekolah berkaitan isu
murid-murid.

14. Mendermakan 3 buah kipas tambahan (wall industrial fan) untuk kelas yang
memerlukan bagi keselesaaan murid. (Kipas sedia ada tidak dapat menampung
keperluan murid seramai 38-40 orang).

15. Sumbangan dari YDP sebanyak RM 7100 untk Majlis RIMUP Sambutan Hari Raya
Aidilfitri dan Hari Guru SMK Kepong Baru.

16. Melantik dan membiayai juruteknik dan perunding ICT sekolah.
17. Menyumbangkan 1 LCD Projector yang rosak di makmal komputer PIBG.
18. Terlibat dalam penyediaan dan penambaikan system akses WIFI sekolah.
19. Membeli dan memasang 9 unit Exhaust Fan 12 inci jenama KDK di bilik guru sesi

petang
Berikut adalah aktiviti-aktiviti anjuran pihak sekolah yang telah diadakan dan dihadiri
oleh AJK PIBG Sesi 2021/2022

35

Laporan Tahunan

Penutup
AJK PIBG sesi 2021/2022 telah berjaya bekerjasama dengan sedaya upaya untuk
memastikan pelaksanaan program yang dirancang dapat menzahirkan manfaat untuk
kebaikan warga sekolah dan para ibu bapa.
Akhir kata, diharapkan ibu bapa, warga sekolah dan masyarakat setempat akan sentiasa
bekerjasama dan memberikan sokongan yang padu kepada barisan AJK PIBG SMK Kepong
Baru dalam merialisasikan perancangan yang dibuat demi kebaikan semua pihak,
khususnya murid-murid.
Disediakan oleh,

_______________________
(Noor Nadirah Binti Zainal)
Setiausaha PIBG,
SMK Kepong Baru,
Sesi 2021/2022

36

Laporan Tahunan

JADUAL KEHADIRAN MESYUARAT
AHLI JAWATANKUASA PIBG SESI 2021/2022

37

Laporan Tahunan

MOSQUITO FOGGING
TARIKH : 16 OKTOBER 2021
TEMPAT : SMK KEPONG BARU

38

Laporan Tahunan

PENYERAHAN TABLET OLEH LION’S CLUB TROPICANA
TARIKH : 6 NOVEMBER 2021

TEMPAT: BILIK MESYUARAT SERI MUTIARA, SMK KEPONG BARU

39

Laporan Tahunan

HI-TEA SMK KEPONG BARU
TARIKH : 8 JANUARI 2022
TEMPAT: WESTIN HOTEL, KUALA LUMPUR

40

Laporan Tahunan

PERAYAAN TAHUN BARU CINA 2022 DAN
SAMBUTAN HARI WILAYAH PERSEKUTUAN

TARIKH : 5 FEBRUARI 2022

41

Laporan Tahunan

42

Laporan Tahunan

MAJLIS PELANTIKAN PENGAWAS SEKOLAH SMK KEPONG BARU
TARIKH : 15 APRIL 2022

TEMPAT: BILIK MESYUARAT SERI MUTIARA, SMK KEPONG BARU

43

Laporan Tahunan

MESYUARAT AJK PIBG SMK KEPONG BARU KALI KE-2 SESI 2021/2022
TARIKH : 18 APRIL 2022

TEMPAT: BILIK MESYUARAT SERI MUTIARA, SMK KEPONG BARU

44

Laporan Tahunan

IFTAR AJK PIBG SMK KEPONG BARU
TARIKH : 18 APRIL 2022

TEMPAT: BILIK MESYUARAT SERI MUTIARA, SMK KEPONG BARU

45

Laporan Tahunan

AGIHAN CERMIN MATA GIFT OF SIGHT OLEH LIONS CLUB SUNGAI BULOH
TARIKH : 15 JUN 2022

TEMPAT: BILIK MESYUARAT SERI MUTIARA, SMK KEPONG BARU

46

Laporan Tahunan

MESYUARAT AJK PIBG SMK KEPONG BARU KALI KE-3 SESI 2021/2022
TARIKH : 17 JUN 2022

TEMPAT: LOKASI MASING-MASING & BILIK PENGETUA, SMK KEPONG BARU

47

BAHAGIAN 4 :
LAPORAN KEWANGAN

PIBG SESI 2021/2022

48

Laporan Kewangan

 

49


Click to View FlipBook Version