The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-44 2022 / 2023 SMK Kepong Baru

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-34416549, 2022-06-23 21:31:14

Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-44 2022 / 2023 SMK Kepong Baru

Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-44 2022 / 2023 SMK Kepong Baru

Laporan Kewangan

 

50

Laporan Kewangan

 

51

BAHAGIAN 5 :
USUL-USUL

52

Pembentangan Usul

USUL 1

NAMA PENCADANG: Pn. Wong Ban Bee
CADANGAN : Cadangan penawaran lebih banyak kelas ASK jika mempunyai
sumber tenaga pengajar yang mencukupi memandang ramai anak murid tidak
dapat mempelajari mata pelajaran ini walaupun berminat.

MAKLUM BALAS: Pihak sekolah hanya mampu menyediakan 2 kelas bagi setiap
tingkatan memandangkan sekolah kekurangan tenaga pengajar dengan opsyen
Teknologi Maklumat atau Sains Komputer. Kesediaan bilik komputer atau
makmal tidak dapat dipenuhi untuk disesuaikan dengan jadual waktu sekolah
terutamanya sesi pagi yang juga menawarkan mata pelajaran Sains Komputer.

  USUL 2

NAMA PENCADANG: Pn. Yeow Sheh Li
CADANGAN: Cadangan pembersihan tandas setiap hari kerana tandas
berbau busuk.
MAKLUM BALAS: Pihak sekolah telah menyusun semula jadual pembersihan
tandas yang lebih kerap lagi.

USUL 3

NAMA PENCADANG: En. Lim Bee San
CADANGAN: Mencadangkan menanam pokok di jalan sepanjang gelanggang
hoki untuk tujuan penambahan hijauan (green environment) di sekitar sekolah.
MAKLUM BALAS: Cadangan yang baik untuk menghijaukan persekitaran
sekolah. Buat masa ini tiada tukang kebun di sekolah. Bantuan PIBG diharapkan
dapat menghijaukan kawasan sekolah melalui perkongsian kemahiran penanaman
bunga atau gotong royong menghijaukan kawasan sekolah.

53

Pembentangan Usul

USUL 4

NAMA PENCADANG: En. Lim Bee San
CADANGAN : Mencadangkan menubuhkan kelab bahasa Jepun.
MAKLUM BALAS: Kelab Bahasa Jepun boleh dilaksanakan sekiranya mendapat
sambutan dari murid dengan sedikit pembayaran bulanan kepada guru Bahasa
Jepun dari luar. Anggaran bayaran adalah RM50 sebulan.

USUL 5

NAMA PENCADANG:

CADANGAN:Mencadangkan tukarkan jalan di depan sekolah dari dua hala

ke sehala pada waktu pagi dan waktu petang semasa waktu puncak (peak

hour) dengan tujuan menggunakan kesesakan jalan di depan sekolah.

  MAKLUM BALAS:Pihak sekolah telah berusaha untuk mengurangkan kesesakan
pada waktu puncak. Usaha permohonan kepada DBKL pernah dilakukan pada

tahun 2017 dan 2018. Masalahnya pihak penduduk sekitar Jalan Helang, Jalan

Helang Laut, Jalan Helang Jambu membuat bantahan kerana Jalan Helang

merupakan jalan utama ke Jalan Helang Sewah. Mereka tidak mahu

menggunakan jalan lain kerana pusingan sangat jauh.

Pihak DBKL juga telah mengecat garis kuning dan kotak kuning sepanjang Jalan
Helang berhadapan sekolah untuk mengelakkan penduduk memarkir kereta di
hadapan sekolah tetapi tidak diendahkan oleh penduduk setempat. Pihak DBKL
juga pernah mengeluarkan saman kepada pemilik kereta yang memarkir kereta
di hadapan sekolah.

Pembinaan lampu isyarat di simpang Jalan Belibis ke Jalan Mergastua tidak
banyak membantu untuk penyuaraian masalah kesesakan sepanjang Jalan
Belibis. Lampu isyarat tersebut menyebabkan kesesakan lalu lintas sehingga
persimpangan Jalan Belibis dan Jalan Helang

54

Pembentangan Usul

USUL 6

NAMA PENCADANG: En. Melvin Moses A/L George Edward
CADANGAN : Cadangan murid dibenarkan memakai baju PJK dari rumah dan
bukan menukar baju di sekolah. Hal ini adalah untuk mengelakkan pembaziran
masa dan masalah kesesakan dalam tandas.
MAKLUM BALAS: Murid-murid telah dimaklumkan kebenaran memakai pakaian
PJK yang rasmi dari rumah dan dipakai sepanjang hari persekolahan

USUL 7

NAMA PENCADANG: En. Melvin Moses A/L George Edward

  CADANGAN: Cadangan untuk patuhi jadual kokurikulum yang disediakan
kerana ini memudahkan ibu bapa membuat persiapan. Elakkan perjumpaan

ad-hoc terutamanya pada hari Sabtu cuti sekolah.

MAKLUM BALAS:Apabila sekolah mula dibuka pada 21 Mac 2022, pihak

sekolah masih menunggu SOP pembukaan sekolah daripada KPM terutamanya

melibatkan aktiviti kokurikulum dan kelas tambahan selepas waktu sekolah.

Setelah SOP dibenarkan, kebanjiran program dari KPM, JPN menyebabkan

pihak sekolah tidak mampu menyediakan jadual yang teratur.

Mulai Penggal 2 Persekolahan, pihak sekolah akan memastikan semua aktiviti
murid-murid akan diatur sebaik mungkin. Pihak ibu bapa/penjaga akan
dimaklumkan lebih awal melalui saluran rasmi komunikasi sekolah terutamanya
kumpulan WhatsApp ibu bapa dan Portal Rasmi sekolah jika terdapat perubahan
pada jadual aktiviti murid-murid.

55

Pembentangan Usul

USUL 8

NAMA PENCADANG: En. Melvin Moses A/L George Edward
CADANGAN : Cadangan sesi petang disuraikan lebih awal daripada waktu
bersurai sekarang.
MAKLUM BALAS:Pihak sekolah perlu memastikan pekeliling waktu mengajar
setiap subjek dalam setahun dicapai. Kekangan kelas kerana perkongsian dengan
sesi pagi menyebabkan kelas sesi petang tidak dapat dimulakan lebih awal.

USUL 9

  NAMA PENCADANG: En.Abu Zaid Bin Zakaria
CADANGAN:Cadangan Kutipan yuran PIBG bagi tahun 2022/2023 adalah
sebanyak RM 80.00.
MAKLUM BALAS:

PIBG RM25
Keselamatan RM10
RM10
Tandas RM15
Kurikulum RM2O
Penyelenggaraan komputer dan
Internet sekolah RM80/keluarga

Jumlah

56

PIBG SMK Kepong Baru mengucapkan jutaan

terima kasih
kepada :

● semua guru dan ibu bapa / penjaga yang
sudi menyertai serta menjayakan majlis
ini.

● semua Ahli Jawatankuasa Mesyuarat
Agung PIBG kali ke-44.

● semua pihak yang terlibat secara langsung
atau tidak langsung dalam majlis yang
penuh dengan usaha permuafakatan ini.

Semoga usaha murni ini dapat diteruskan
lagi pada masa hadapan


Click to View FlipBook Version