LAPORAN LATIHAN INDUSTRI
MAJLIS DAERAH RAUB
PEJABAT MAJLIS DAERAH RAUB, 27600 RAUB, PAHANG DARUL MAKMUR
SITI HAJAR AISHAH BINTI ZAINUDDIN
BB180041
SEMESTER 3 2020/2021
Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional (FPTV)
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
PENGAKUAN PENGARANG
Dengan ini saya akui bahawa laporan ini adalah hasil kerja dari saya sendiri dan dibuat berdasarkan
peraturan yang termaktub di bawah Program Latihan Industri Jabatan Teknologi Maklumat Majlis
Daerah Raub, Pusat Pengajian Universiti Tun Huessien Onn Malaysia (UTHM). Ia adalah asli
berpandukan daripada kajian yang telah dilakukan oleh saya. Projek ini belum dihasilkan oleh
mana mana pihak atau institusi untuk mana mana ijazah atau kelayakan. Saya dengan ini berjanji
sekiranya projek yang dilaksanakan oleh saya melanggar mana mana syarat yang tertera di atas,
segala hasil kerja saya akan digagalkan dan didapati sebagai tidak melengkapkan ijazah dan
bersetuju untuk dikenakan sebarang tindakan seperti yang ditetapkan dalam peraturan Program
Latihan Industri Jabatan Teknologi Maklumat Majlis Faerah Raub.
Nama Penulis: SITI HAJAR AISHAH BINTI ZAINUDDIN
Tandatangan:
Tarikh: 29/9/2021
Jabatan: Teknologi Maklumat Majlis Daerah Raub
Tajuk Projek: Reka bentuk Grafik
i
PERAKUAN PENYELIA
Saya dengan ini memperakui bahawa telah membaca laporan ini dan segala yang terkandung di
dalam ini adalah benar. Projek ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti serta telah memenuhi
segala syarat dan undang undang di bawah peraturan Program Latihan Industri, Jabatan Teknologi
Maklumat Majlis Daerah Raub, Pusat Pengajian Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, Universiti
Tun Hussein Onn Malaysia bagi tujuan penganugerahan Ijazah Pendidikan Teknikal dan
Vokasional Multimedia Kreatif.
Nama Penyelia: Puan Noor Sinar Surya binti Mohamad
Tandatangan:
Tarikh: 29/9/2021
ii
PENGHARGAAN
Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang Segala puji bagi Allah
SWT milik sekian alam syukur ke hadrat ilahi dengan taufiq dan hidayah dapat saya menamatkan
latihan industri selama sepuluh minggu dengan jayanya di jabatan Teknologi Maklumat. Majlis
Daerah Raub (MDR) bermula pada 26 september hingga 1 oktober 2021 pada masa yang diminta
saya berjaya menyempurnakan laporan latihan ini sepertimana yang telah ditetapkan bagi
memenuhi syarat utama penganugerahan ijazah Pendidikan Teknikal dan Vokasional Multimedia
Kreatif. Pertama sekali saya ingin berterima kasih kepada ibu dan bapa saya yang banyak memberi
sokongan dari dorongan sepanjang saya menjalani Latihan industri ini. Disini saya ingin
mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih tidak terhingga kepada kakitangan
bahagian Teknologi Maklumat dalam menguruskan hal hal berkaitan dengan latihan Industri
Segala penghargaan juga kepada pihak pengurusan Majlis Daerah Raub kerana sudi
menerima saya sekaligus memberi peluang kepada saya untuk menjalani latihan Industn di sini
tidak lupa juga kepada kakitanagn lain yang turut memberi tunjuk ajar kepada saya sepanjang
tempoh saya menjalani Latihan industri, terutama buat Puan Noor Sinar Surya binti Mohamad
merupakan penyelia saya. Segala tugasan yang diberikan kepada saya mungkin tidak mampu saya
laksanakan tanpa kerjasama yang baik daripada seluruh kakitangan Majlis Daerah Raub. Di
samping itu, tidak dilupakan kepada pihak pengurusan Unit Latihan Industri Universiti Tun
Hussein Onn Malaysia, kerana berusaha menempatkan diri saya ke pusat latihan industri.
Terima kasih kepada Semua warga kerja Jabatan Teknologi Maklumat kerana sudi
meluangkan masa bersama saya untuk memberi tunjuk ajar kepada saya dalam menjalani tugasan
yang diberi, segala nasihat dan tunjuk ajar yang telah diberi saya memohon sejuta kemaafan
sekiranya terdapat kesilapan sepanjang saya menjalani Latihan industri.
iii
ISI KANDUNGAN
ISI KANDUNGAN MUKA
SURAT
BAB PEKARA
PENGAKUAN PENGARANG i
PENGAKUAN PENYELIA ii
PENGHARGAAN iii
BAB 1: PENGENALAN KEPADA LATIHAN INDUSTRI
1.1 PENGENALAN 1-3
1.2 OBJEKTIF LATIHAN INDUSTRI 4-5
1.3 OBJEKTIF LAPORAN LATIHAN INDUSTRI 5
1.4 KEPENTINGAN LATIHAN INDUSTRI 6-7
1.5 HASIL PEMBELAJARAN 7
1.6 PEJABAT HUBUNGAN UNIVERSITI DAN INDUSTRI (PHI) 8
1.7 TUGAS PENYELIA INDUSTRI 9
1.8 TUGAS PENYELIA INDUSTRI 10
BAB 2: PENGENALAN KEPADA SYARIKAT
2.1 BUTIR BUTIR SYARIKAT 11
2.2 LATAR BELAKANG MAJLIS DAERAH RAUB 12-16
2.3 VISI DAN MISI MAJLIS DAERAH RAUB 17-19
2.4 SRUKTUR ORGANISASI MAJLIS DAERAH RAUB
2.5 KOD ETIKA MAJLIS DAERAH RAUB 20
2.6 NILAI NILAI BERSAMA MAJLIS DAERAH RAUB 21
2.7 FUNGSI DAN PERANAN MAJLIS DAERAH RAUB 22
2.8 STRATEGIK MAJLIS DAERAH RAUB 22
BAB 3: SKOP LATIHAN 22-23
3.1 PENGENALAN SKOP LATIHAN
3.2 LAPORAN SETIAP MINGGU 24
3.3 BIDANG TUGAS LATIHAN INDUSTRI DI MAJLIS DAERAH RAUB 25-30
30
3.4 PEKARA PEKARA UTAMA YANG DICAPAI 31
BAB 4: KANDUNGAN LATIHAN
4.1 PENGENALAN LATIHAN UTAMA 32-34
4.2 PENGENALAN PROJEK UTAMA (REKA BENTUK GRAFIK) 34-35
4.3 PENYATAAN MASALAH
4.4OBJEKTIF PROJEK 35
4.5 PEKARA UTAMA PROJEK 36
4.6 ELEMEN ASAS REKA BENTUK GRAFIK DALAM PROJEK 36-38
BAB 5: CADAGAN 39-40
BAB 6: KESIMPULAN 41-43
LAMPIRAN 44-45
RUJUKAN iv-v
vi
BAB 1
PENGENALAN PADA LATIHAN INDUTRI
1.1 Pengenalan
Latihan Industri sangat penting untuk pelajar bagi memastikan pelajar mengikuti Latihan
Industri di organisasi tertentu mereka akan lebih berkemahiran dalam menjalankan sesuatu kerja
setelah diberi penerangan dan tunjuk ajar tentang sesuatu kerja oleh pekerja yang berkemahiran.
Latihan industri adalah merupakan salah satu corak pembelajaran di mana para pelajar Universiti
Tun Hussein Onn Malaysia di semester lima akan menjalani latihan industri selama 10 minggu.
Latihan industri ini adalah wajib untuk dijalani oleh pelajar universiti untuk kursus Multimedia
kreatif. Untuk menjalani latihan industri ini, pelajar pelajar akan ditempatkan ke syarikat syarikat
yang terlibat dalam bidang-bidang teknologi maklumat samada syarikat swasta mahupun kerajaan
yang telah dipohon oleh pelajar-pelajar itu sendiri ataupun yang telah ditetapkan oleh pihak
pengurusan universiti. Dasar utama yang ada dalam program latihan industri ini adalah untuk
memberikan pendedahan awal kepada pelajar suapaya mereka dapat merasai sendiri bagaimana
rasanya situasi alam pekerjaan yang sebenar. Pelajar yang mengikuti Latihan Industri akan lebih
matang dalam menjalankan sesuatu kerja kerana telah diberi pendedahan.
Latihan industri merupakan satu daripada program kurikulum pendidikan di Malaysia.
Pelajar di Malaysia akan diwajibkan untuk menjalani latihan industri di sektor swasta ataupun
kerajaan. Objektif latihan industri ini perlu dicapai bagi memastikan keberkesanan kepada pelajar
tersebut. Kementerian pendidikan perlu memastikan keberkesanan latihan industri di kalangan
pelajar pelajar dari aspek kesesuaian kurikulum, kerjasama pihak industri, kesesuaian tempat
latihan dan penyeliaan oleh Unit Latihan dan Perhubungan Industri. Latihan Industri menunjukkan
bahawa berkesan untuk pelajar pelajar bersedia melangkah ke alam pekerjaan yang sebenar pada
masa akan datang. Selain itu, keberkesanan latihan adalah dari faktor pensyarah yang membantu
dalam membuat lawatan industri, latihan dan Perhubungan Industri perlu membuat lawatan
sekurang kurangnya sekali dalam masa 6 bulan ke tempat tempat latihan industri untuk menjadikan
latihan industri lebih berkesan.
Namun, sejak dunia digegarkan dengan penularan pandemik Covid-19 pada awal tahun lalu,
semua aktiviti latihan industri di pusat latihan terpaksa dihadkan. Pada April lalu, hampir semua
1
sektor pekerjaan digalakkan bekerja dari rumah (BDR). Kebanyakan tempat latihan industri di
sektor swasta mahupun kerajaan juga tidak mengambil pelajar buat sementara waktu sehingga
keadaan pulih. Ini menyukarkan proses latihan yang perlu dilalui setiap pelajar industri. Sekiranya
syarikat masih menerima pelajar, latihan tidak dijalankan seperti kebiasaan kebanyakkan pelajar
diminta bekerja di rumah sahaja, pelajar perlu menyesuaikan diri menjalani latihan industri dalam
norma baharu, pelajar turut diarahkan untuk membuat kerja sama seperti pekerja lain dengan
diberikan beberapa tugasan oleh penyelia latihan industri, pelajar juga tidak terlalu sibuk kerana
tugasan yang diberi tidak seberat seperti bekerja di pejabat. Bekerja di rumah ini, pelajar tidak
dapat merasai pengalaman berkerja secara 'on-site' walaupun kebiasaannya latihan industri
memberi peluang kepada mereka mengasah kemahiran insaniah melalui prosedur dan peraturan di
tempat kerja.
Di samping itu, para pelajar juga akan mengetahui bagaimana keadaan di tempat kerja serta
kerja-kerja yang akan dilakukan bagi mempraktikkan dan memahirkan apa yang telah dipelajari
selama tempoh berada di universiti. Pengalaman ini adalah sangat penting bagi pelajar-pelajar
apabila mereka sudah menamatkan pengajian di universiti kelak. Pendedahan yang selalu
ditekankan sewaktu latihan industri ini ialah untuk meningkatkan lagi pengetahuan para pelajar di
dalam bidang-bidang kemahiran dan juga teknikal yang berkaitan dengan bidang yang telah
dipelajari sewaktu di universiti. Latihan industri juga dapat menanamkan semangat bekerjasama
dan menjalinkan hubungan yang baik sesama pekerja ataupun majikan. Latihan industri juga dapat
memberikan pengetahuan yang lebih mendalam mengenai kecanggihan teknologi yang ada pada
masa kini.
Secara keseluruhannya, latihan industri ini juga banyak membantu pihak universiti dalam
sistem pembelajaran. Hal ini kerana pihak universiti sendiri tidak dapat menyediakan alatan yang
lengkap bagi tujuan pembelajaran sepenuhnya memandangkan kos pembiayaan yang tinggi dan
perubahan-perubahan teknologi sentiasa berkembang pesat dari masa ke semasa. Selain itu, para
pelajar juga dapat melihat sendiri perkaitan di antara teori yang telah dipelajari di dalam kelas
dengan praktikal yang dijalani sewaktu berada di makmal makmal dan kelas. Ini juga dapat
memberikan pendedahan kepada pelajar supaya menceburi bidang-bidang yang mencabar dan
memerlukan ketabahan serta tanggungjawab yang tinggi bagi menjayakan sesebuah organisasi itu
sendiri.
2
Justeru itu, latihan industri juga memberi peluang kepada para pelajar untuk menilai sendiri
perbezaan antara teori dan latihan praktikal yang dijalankan sendiri oleh pelajar ketika berada di
firma atau syarikat. Segala cabaran yang diterima semasa latihan industri akan mengukuhkan lagi
keyakinan pelajar terhadap pekerjaan yang bakal dijawat selepas tamat tempoh pengajian
disamping memberi rangsangan serta minat kepada pelajar untuk meneruskan pengajian kelak.
3
1.2 Objektif Latihan Industri
Adanya latihan industri di universiti tun Hussein onn Malaysia, maka pelajarcpelajar kursus
multimedia kreatif dapat menjalani latihan industri di tempat yang telah dipilih oleh mereka
berkaitan dengan jurusan. Oleh itu, objektif latihan industri ini adalah mahu memberi kesan
kepada para pelajar dalam melaksanakan tugas yang diberi dengan sebaik mungkin serta mahu
melihat sejauh mana seseorang pelajar itu mengaplikasikan perkara-perkara yang telah
dipelajari di dalam tugas yang diberikan.Secara amnya, objektif latihan industri boleh
disenaraikan seperti berikut.
Objektif Umum:
i) Menghasilkan kerjasama dan merapatkan antara pihak Fakulti/Universiti dan Industri
ii) Mempertingkatkan peluang kebolehpasaran pelajar
iii) Mendedahkan pelajar kepada alam pekerjaan yang sebenar
iv) Mendedahkan pelajar kepada amalan spesifik dalam bidang pengkhususan masing
masing
v) Mempertingkatkan pengetahuan, kemahiran pengalaman pelajar dengan organisasi dan
melahirkan graduan yang mempunyai kompetensi yang diperlukan oleh majikan
Objektif Khusus:
Program latihan industri memberi peluang kepada pelajar untuk:
i) Mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran akademik dalam alam pekerjaan yang
sebenar
ii) Bekerja sambil belajar serta mendapat pengalaman praktikal yang sesuai dengan
bidang pengkhususan masing masing
iii) Menilai kebolehan kerjaya, pengetahuan, dan keyakinan diri;
iv) Menghayati nilai dan etika bekerja
v) Memahami tanggungjawab alam pekerjaan sebenar
vi) Meningkatkan kebolehpasaran supaya lebih berdaya saing
vii) Memantapkan kemahiran insaniah yang sesuai dengan persekitaran pekerjaan
viii) Meningkatkan kemahiran berkomunikasi
4
ix) Menyemai, memupuk serta membangun ciri-ciri keusahawanan melalui pendedahan
kepada situasi sebenar dan peluang kerjaya
x) Menjalinkan jaringan profesional dengan pihak industri
1.3 Objektif Laporan Latihan Industri
Setiap pelajar yang menjalani latihan industri dibekalkan dengan buku laporan harian dan
laporan teknikal yang berkaitan dengan latihan industri. Bagi pelajar yang telah selesai menjalani
latihan industri, pelajar diwajibkan untuk menyediakan satu laporan latihan industri, laporan ini
adalah berdasarkan kerja yang dilakukan pelajar semasa menjalani latihan industri selama satu
semester. Objektif laporan ini adalah menerangkan dengan lebih teperinci apa yang telah dipelajari
semasa dipelajari semasa menjalani latihan industri.
Antara objektif laporan latihan industri adalah seperti berikut:
i. Memberi gambaran kepada pensyarah mengenai kegiatan tugasan kerja yang
dilakukan pelajar serta peranan jabatan atau syarikat tersebut
ii. Sebagai rujukan buku untuk mengumpul segala maklumat dan data yang diperolehi
semasa menjalani latihan industri
iii. Menerangkan dengan lebih jelas mengenai tugasan kerja yang dibuat berdasarkan buku
laporan harian pelajar setiap minggu
iv. Sebagai rujukan kepada pengurusan syarikat Latihan industri untuk penambahbaikan
kepada jabatan tersebut
v. Syarat wajib lulus untuk penerimaan anugerah ijazah di Universiti Tun Hussein Onn
Malaysia.
5
1.4 Kepentingan Latihan Industri
Kemahiran dalam Latihan industri pada hari ini amat sinonim dengan keperluan pengajaran
dan pembelajaran sama ada secara langsung atau tidak langsung di peringkat pengajian tinggi
terutamanya di university universiti awam. Penerapan kemahiran Latihan industri amatlah
dititikberatkan kepada para graduan memandangkan ianya adalah medium penting bagi
membekalkan sumber tenaga manusia yang seimbang dalam dunia pekerjaan. Pelaksanaan
kemahiran Latihan industri selari dengan pembangunan sahsiah untuk melahirkan bakal
pekerja yang seimbang dari segi intelek, jasmani, emosi dan rohani selain berketrampilan,
penting dalam era pembangunan negara yang pesat membangun bagi menghadapi persaingan
global pada masa kini. Kemahiran Latihan industri sebagai kemahiran yang boleh digunakan
merentasi sebilangan besar pekerjaan yang pelbagai cabaran, bukan sekadar merangkumi
kemahiran asas tetapi juga merangkumi kemahiran kognitif, personal dan interpersonal yang
relevan dengan sesuatu pekerjaan. Beberapa kemahiran dalam Latihan industri perlu dikuasai
oleh pelajar bagi melaksanakan kemahiran berfikir, kemahiran mentaksir, kemahiran
pemudahcara serta menilai dan kemahiran teknologi komputer.
Selain itu, membentuk pelajar dalam memastikan mereka menyedari kepentingan
penguasaan kemahiran bagi mengimbangkannya dengan kemahiran dan pengetahuan semasa
mengikuti latihan industri. Kajian yang telah dijalankan ini diharap dapat membantu pelajar
menguasai kemahiran bagi melahirkan pelajar yang berteknologi yang cekap dan
bertanggungjawab serta berkualiti. Seterusnya, Mengenal pasti tahap kemahiran komunikasi
di kalangan pelajar semasa menjalani latihan industri, mengenal pasti tahap pemikiran kritis
dan kemahiran penyelesaian masalah di kalangan pelajar semasa menjalani latihan industri,
mengenal pasti tahap bekerja secara berpasukan di kalangan pelajar semasa menjalani latihan
industri, mengenal pasti tahap pembelajaran berterusan dan pengurusan maklumat di kalangan
pelajar semasa menjalani latihan industri, mengenal pasti tahap keusahawanan di kalangan
pelajar semasa menjalani latihan industri, mengenal pasti tahap kepimpinan dan
kecenderungan proaktif di kalangan pelajar semasa menjalani latihan industri dan mengenal
pasti tahap etika serta moral profesional di kalangan pelajar semasa menjalani latihan industri.
Akhir sekali, pelajar akan dapat menimba pengalaman. Latihan industri banyak memberi
pengalaman kepada pelajar tidak kira di bahagian apa sekalipun pasti memperolehi ilmu yang
boleh membantu pelajar dalam menghadapi situasi bekerja. Dimana pengalaman di alam
6
pekerjaan adalah amat berbeza dengan situasi di dunia pembelajaran kerana situasi
pembelajaran hanya tertumpu kepada bahan bacaan seperti buku, pensyarah dan rakan
seperjuangan tanpa melibatkan persekitaran luaran berbanding alam pekerjaan yang lebih
mencabar. Di antaranya adalah hubungan dengan pelanggan, orang-orang kenamaan,
kakitangan dan melibatkan tugas-tugas yang mencabar dan perlu disiapkan secepat mungkin
apabila diperlukan segera. Adakalanya, maklumat-maklumat sulit perlu dirahsiakan supaya
tidak berada di tangan pesaing. Ianya jauh berbeza dengan dunia pembelajaran kerana segala
maklumat hanya berkaitan dengan pelajaran dan tidak perlu menjadi rahsia untuk disimpan.
1.5 Hasil Pembelajaran
Di akhir Latihan Industri ini, pelajar dapat menggunakan ilmu dan kemahiran yang dipelajari
untuk:
i. Mengaplikasikan teori dan pengetahuan akademik yang telah dipelajari di universiti,
dalam persekitaran industri
ii. Menghubungkaitkan pengalaman di industri dengan apa yang dipelajari di universiti
setelah tamat Latihan
iii. Meningkatkan pengetahuan, kemahiran, sikap dan pengalaman kerja supaya lebih
beretika dan berdaya saing;
iv. Berkomunikasi dan berinteraksi secara berkesan dengan pelbagai pihak
v. Menerapkan nilai-nilai murni dan integriti dalam diri pelajar
Semua pelajar yang layak untuk menjalani latihan industri perlu mendaftar mengikut keperluan
program pengajian masing masing. Kursus latihan industri juga melibatkan pelajar-pelajar
antarabangsa yang mengikuti pengajian Ijazah Sarjana Muda. Skop tugas harus memberi
peluang kepada pelajar untuk mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari
serta mendapat pendedahan amalan kerja dalam bidang pengkhususan masing-masing. Pelajar
diselia oleh penyelia professional dan berpengalaman supaya pelajar mendapat bimbingan
yang membina bagi memantapkan kemahiran insaniah, teori dan praktikal mereka sepanjang
tempoh latihan industri.
7
1.6 Pejabat Hubungan Universiti dan Industri (PHI)
Pejabat Perhubungan Universiti-Industri ditubuhkan pada 1 Ogos 2009 sebagai sebahagian
daripada Pejabat Penolong Naib Canselor (Perhubungan Masyarakat dan Industri). Ia
bertanggungjawab untuk penyelarasan dan pengukuhan hubungan Universiti-Industri serta
mempromosikan perkongsian strategik dengan rakan Industri untuk meningkatkan aktiviti
Pengajaran, Pembelajaran, Penyelidikan dan Pembangunan di Universiti. Aspirasi untuk
menerajui hubungan pintar Universiti dan Industri, melaksanakan kerjasama Universiti dan
Industri melalui kerjasama strategik.
Objektif Pejabat Hubungan Universiti dan Industri (PHI);
i. Menyelaraskan pengurusan latihan industri ke sembilan (9) fakulti untuk setiap
semester.
ii. Memastikan 90% pengurusan aktiviti antara akademik dan industri dapat
diselesaikan setiap tahun.
iii. Memastikan kerjasama antara industri dengan industri mencapai 90% daripada
sasaran tahunan.
Fakulti fakulti yang terlibat dalam program latihan industri di UTHM ialah Fakulti
Kejuruteraan Awam dan Alam Sekitar Binaan (FKAAB), Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan
Pembuatan (FKMP), Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (FKEE), Fakulti Sains
Komputer dan Teknologi Maklumat (FSKTM), Fakulti Pengurusan Teknologi dan Perniagaan
(FPTP), Fakulti Teknologi Kejuruteraan (FTK), Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional
(FPTV), Fakulti Sains, Teknologi dan Pembangunan Insan (FSTPI) dan Pusat Pengajian Diploma
(PPD).
8
1.7 Tugas Penyelia Industri
Dalam latihan industri, organisasi atau firma, bertanggungjawab menawarkan dan
menyediakan penempatan Latihan Industri dan penyeliaan kepada pelajar. Secara amnya,
penyeliaan akan dilakukan oleh seseorang iaitu penyelia. Tahap kejayaan program latihan
industri banyak bergantung kepada keupayaan penyelia yang memainkan peranan yang
berbeza di sepanjang proses latihan. Oleh yang demikian, penyelidikan ini dijalankan dengan
objektif untuk menentukan peranan penyelia di organisasi dalam menyediakan penyeliaan
yang sesuai untuk pelajar semasa latihan industri. Dalam konteks ini, majoriti penyelia
memainkan peranan yang berbeza seperti pereka pekerjaan, fasilitator, pendidik, mentor,
sekutu dan penilai prestasi. Selain itu, peranan yang dimainkan oleh penyelia turut
dibandingkan berdasarkan beberapa faktor, misalnya, profil responden seperti jantina dan
umur, dan profil firma seperti saiz dan kuantiti projek. Kesimpulannya, peranan penyelia
syarikat adalah penting dalam latihan industri pelajar. Oleh yang demikian, penyelia wajar
meneruskan peranan mereka serta menambah baik peranan mereka dalam menyelia pelajar
semasa latihan industri.
Peranan menyelia pelajar semasa latihan industri adalah seperti berikut:
i. Merancang akiviti latihan dan memberi arahan kepada pelajar mengenai tugas yang
perlu dilakukan dari semasa ke semasa sepanjang tempoh menjalani latihan industri.
ii. Menyelia dan memantau prestasi pelajar semasa menjalani latihan industri.
iii. Memberikan arahan kepada pelajar mengenai tugas yang perlu dilakukan dari semasa
ke semasa sepanjang menjalani latihan industri.
iv. Berbincang dengan pelajar dan menyemak buku log pelajar.
v. Menilai dan mengisi laporan prestasi pelajar serta menyerahkan kepada Penyelia
Fakulti semasa lawatan
9
1.8 Tugas Penyelia Fakulti
Penyelia bertanggungjawab sepenuhnya ke atas pengurusan dan hala tuju penyelidikan pelajar
serta hal hal yang berkait dengan pentadbiran seperti peranan untuk memberikan perakuan,
sokongan dan lain-lain bagi sesuatu urusan. Penyelia perlu melaksanakan semua tanggungjawab
penyeliaan, Semua penyelia mesti dilantik oleh Dekan PPS atas nasihat Dekan Fakulti dan
diluluskan oleh Mesyuarat JKPSU. Penyelia Utama atau Pengerusi Jawatankuasa Penyeliaan mesti
terdiri dalam kalangan ahli akademik yang sedang berkhidmat dengan Universiti. Penyelia
bersama Ahli jawatankuasa Penyeliaan boleh dilantik dalam kalangan individu yang berkelayakan
dari institusi lain yang sedang berkhidmat dengan Universiti yang berkelayakan.
Tugas penyelia fakulti adalah seperti berikut:
i. Membuat lawatan industri di mana pelajar menjalani latihan, memantau perjalanan
program dan membuat penilaian ke atas pelajar yang dilawati.
ii. Membantu pelajar menyelesaikan masalah yang dihadapi. Jika masalah tersebut tidak
dapat diselesaikan, laporan perlu dikemukakan kepada (PHI) untuk tindakan
selanjutnya.
iii. Berbincang dengan PI, membimbing dan memberi panduan kepada pelajar yang
dilawati
iv. Berbincang dengan pelajar dan menyemak buku log pelajar
v. Menilai buku log dan laporan akhir latihan industri pelajar di akhir Latihan industri
vi. Membuat pertimbangan dan sasaran berkaitan pelajar di bawah seliannya
vii. Mengumpul laporan prestasi pelajar
viii. Menilai dan mengisi laporan prestasi pelajar serta menyerahkan laporan prestasi
kepada penyelaras fakulti
ix. Menyimpan laporan latihan industri untuk semakan pengauditan ISO.
10
BAB 2
PENGENALAN KEPADA SYARIKAT
2.1 Butir Butir Syarikat
2.1.1 Logo Syarikat
Rajah 2.1 Menunjukkan Logo Majlis Daerah Raub
2.1.2 Profil Organisasi
Nama Organisasi: Majlis Dearah Raub
Alamat Organisasi: Pejabat Majlis Daerah Raub, 27600, Raub, Pahang Darul Makmur
Telefon/faks: 09-3552275/09-3551804
Email: [email protected]
Laman Web: www.mdraub.gov.my
11
2.2 Latar Belakang Majlis Daerah Raub
Majlis Daerah Raub atau singkatannya ialah MDR ini telah ditubuhkan melalui warta
kerajaan Negeri Pahang Darul Makmur pada 4 Jun 1981 (Jilid 34/12, No. Gn 339, Pekan No.
Paw 1236) yang berkuatkuasa pada 1 julai 1981. Majlis Daerah Raub merangkumi Kawasan
seluas 110.31kilometer persegi. Oleh demikian keluasan keseluruhan Kawasan Majlis Daerah
Raub telah bertambah menjadi 977.207kilometer persegi. Kawasan Majlis daerah Raub telah
diperluaskan dengan mengambil keluasan Bukit Fraser dan lain lain Kawasan dalam daerah
Raub kecuali Kawasan hutan simpan berkuatkuasa pada 7 November 1997 melalui warta
kerajaan negeri Pahang Darul Makmur bertarikh 31 Disember 1998, (Jilid 51/27, No Gn 1082,
Pelan NO.PW. 3270). Terdapat enam Kawasan di bawah Majlis Derah Raub iaitu Pusat Bandar
seluas 33.95Kilometer, bagi Pekan Dong keluasan 20.23Kilometer, Sungai Ruan
19.53Kilometer, Pekan Tras 10.70Kilometer, bagi Pekan Cheroh 11.01Kilometer, Tranum
3.55Kilometer, Kampung Sungai Chetang seluas 3.57Kilometer, Kampung Sang Lee
3.34Kilometer, Sungai Klau seluas 4.43Kilometer dan akhir sekali Bukit Fraser seluas
28.049Kilometer. Jumlah Kawasan Majlis Daerah Raub adalah seluas 138.359 Kilometer
Persegi.
Struktur organisasi Majlis Daerah Raub terdiri daripada jabatan, unit dan bahagian.
Terdapat enam jabatan dalam Majlis Daerah Raub iaitu Jabatan Khidmat Pengurusan
dibawahnya terdapat Bahagian Pentadbiran, Bahagian Teknologi Maklumat, Bahagian
Penguatkuasaan Dan Keselamatan dan Bahagian Tempt Letak Kereta. Bagi Jabatan
Perbendaharaan terdapat Jabatan Penilaian Dan Pengurusan Harta, Banagian Pengurusan Harta
(Sewaan), Bahagian Penilaian. Seterusnya Jabatan Perancangan Bandar Dan Landskap
terdapat Bahagian Perancang Bandar dan Bahagian Landskap. Selain itu, Jabatan Kejuruteraan
Dan Kawalan Bangunan terdapat Bahagian Kejuruteraan Awam dan Bahagian Kawalan
Bangunan. Akhirnya Jabatan Kesihatan Awam dan Perkhidmatan Perbandaran jaatan
dibawahnya terdapat Bahagian Kesihatan Awam dan Kawalan Vektor, Bahagian pelesenan
premis dan Cawangan Bukit Fraser. Untuk unit Majlis Daerah Raub terdapat Unit Audit
Dalam, Unit Undang Undang, Unit Perhubungan Awam dan Pembangunan Masyarakat dan
12
Unit Pusat Setempat (OSC). Kakitangan Majlis Daerah Raub seramai 168 orang, pembahagian
adalah mengikut taraf jawatan iaitu jawatan tetap seramai 166 kakitangan, jawatan kontrak 1
kakitangan dan pegawai OSC (KPKT) seramai 1 kakitangan.
Seperti kita sedia tahu bahawa Majlis Daerah Raub mempunyai Ahli Ahli Majlis yang
dilantik untuk berkhidmat bagi pihak berkuasa tempatan Negeri Pahang yang telah dibawa ke
Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pahang Yang ke 31/2019 pada 9 oktober 2019 dan Majlis
Mesyuarat Kerajaan Pahang Yang ke 36/2019 pada 14 november 2019.
13
Ahli Ahli Majlis Daerah Raub
14
Majlis Daerah Raub telah mengeluarkan Akta Akta, Undang Undang, Enakmen, Perintah
dan Kaedah yang digunapakai oleh Majlis Daerah Raub. Akta Akta yang dinyatakan disini
adalah Akta Kaerajaan Tempatan 1976 (Akta 171), Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976
(Akta 172) Akta Parit, Jalan dan Bangunan 1976 (Akta 133), Akta Pengambilan Balik Tanah
1976 dan Kanun Tanah Negara 1965. Selain itu, Undang Undang Kecil, Enakmen, Perintah
dan Kaedah juga dijelaskan dalam Buku Laporan Tahunan 2020.
Kenyataan adalah seperti berikut:
Perundangan
Akta
1. Akta 171, Akta Kerajaan Tempatan 1976
2. Akta 172, Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976
3. Akta 133, Akta Parit, Jalan dan Bangunan 1976,
4. Akta Pengambilan Tanah 1976.
5. Kanun Tanah Negara
Enakmen
1. Enakmen Kawalan Kerbau Lembu 2001.
2. Enakmen Hiburan 1993.
3. Enakmen Hiburan (Pindaan) 2006
Undang - Undang Kecil
1. Undang-undang Kecil (Mengkompaun Kesalahan-kesalahan) Kerajaan Tempatan (Majlis
Daerah Raub) 1983
2. Undang-undang Kecil (Mengkompaun Kesalahan-kesalahan) Jalan, Parit dan Bangunan
(Majlis Daerah Raub) 1983
15
3. Undang-undang Kecil Bayaran Pelan dan Permit (Majlis Daerah Raub) 1983
4. Undang-undang Kecil Pemungutan, Pembuangan dan Pelupusan Sampah Sarap (Majlis
Daerah Raub) 1983
5. Undang-undang Kecil Pengendali Makanan (Majlis Daerah Raub) 1984
6. Undang-undang Kecil Kawalan dan Penyeliaan Tempat-tempat Makan (Majlis Daerah
Raub) 1986
7. Undang-undang Kecil Taman (Majlis Daerah Raub) 1986
8. Undang-undang Kecil Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian (Majlis Daerah Raub)
1987
9. Undang-undang Kecil Penjaja (Majlis Daerah Raub) 1987
10. Undang-undang Kecil Kedai Gunting Rambut dan Pendandan Rambut (Majlis Daerah
Raub) 1987
11. Undang-undang Kecil Iklan (Majlis Daerah Raub) 1989
12. Undang-undang Kecil Iklan Pilihanraya (Majlis Daerah Raub) 1990
13. Undang-undang Kecil Tandas Awam (Majlis Daerah Raub) 1992
14. Undang-undang Kecil Kerja Tanah (Majlis Daerah Raub) 1998
15. Undang-undang Stor Kayu dan Kerja Kayu (Majlis Daerah Raub) 1999
16. Undang-undang Vandalisme (Majlis Daerah Raub) 2006
17. Undang-undang Kecil Pelesenan Anjing (Majlis Daerah Raub) 2007
18. Undang-undang Kecil Pasar (Majlis Daerah Raub) 2008
Perintah
1. Perintah pengangkutan jalan (Peruntukan mengenai tempat letak kereta) Majlis Daerah
Raub 1996; dan
2. Perintah pengangkutan jalan (Peruntukan mengenai tempat letak kereta)(Sistem Kupon)
Majlis Daerah Raub 2006
16
2.3 Visi dan Misi Majlis Daerah Raub
Visi
“Menjadikan Majlis Daerah Raub sebagai sebuah PBT yang terunggul, sejahtera dan mampan
menjelang tahun 2023”
Keterangan Visi:
Menjelang 2023, Majlis Daerah Raub akan menjadi sebuah PBT yang berjaya berdasarkan
strategi dan pelan Tindakan yang dirangka, di samping program bersama masyarakat selain
mewujudkan Bandar Selamat.
Misi
“Memastikan Majlis Daerah Raub menyediakan persekitaran kondusif, kawalan pembangunan
dan perkhidmatan cemerlang berteraskan tadbir urus yang berkualiti dan berintegriti”
Keterangan Misi:
Majlis Daerah Raub kini sedang melaksanakan pelan pembangunan infrastruktur dan
kemudahan awam bagi memenuhi kepuasan pelanggan.
Moto
“Masyarakat Berbudaya”
Keterangan Moto:
Masyarakat yang sentiasa mengamalkan nilai nilai murni dan beretika
17
2.3.1 Objektif Majlis Daerah Raub
1. Memperkasa keupayaan modal insan bagi meningkatkan kecekapan, profesionalisme
ke arah penyampaian perkhidmatan yang berkesan.
2. Memperkukuhkan dan memantapkan sumber hasil majlis
3. Memastikan pembangunan secara terancang dan terkawal.
4. Mewujudkan persekitaran yang kondusif supaya masyarakat hidup selesa, sihat dan
selamat.
5. Melaksanakan penguatkuasaan undang-undang dan peraturan dengan telus, adil dan
berhemah.
2.3.2 Strategi Majlis Daerah Raub
1. Berorientasikan pelanggan dan pro perniagaan (Customer Oriented and Bussiness
Like).
2. Melaksanakan dan menguatkuasakan Akta - akta yang digunapakai oleh MDR, dasar
dasar Kerajaan Persekutuan dan Negeri, rancangan struktur serta rancangan tempatan
secara efektif.
3. Mewujudkan Warga Majlis Daerah Raub yang lebih berkualiti, berpengetahuan dan
berkemahiran mengikut perkembangan atau keperluan sesama.
4. Melaksanakan urus tadbir kewangan yang cemerlang (Good Corporate Governance).
5. Melaksanakan budaya turun padang dan komunikasi terbuka dalam konteks
perkhidmatan serta pembangunan dalam kawasan MDR.
18
2.3.2 Piagam Pelanggan
1. Proses kelulusan dan Pengeluaran Lesen Perniagaan Tidak Berisiko dalam tempoh 1
hari.
2. Proses Permohonan Pelan Bangunan dalam tempoh 69 hari.
3. Proses Permohonan Pelan Infrastruktur dan Kerja Tanah dalam tempoh 57 hari.
4. Proses Permohonan Pelan Kebenaran Merancang dalam tempoh 57 hari.
5. Proses Pembayaran kepada pembekal / kontraktor melalui pesanan tempatan dalam
tempoh 14 hari.
6. Proses permohonan penyelesaian kompaun dalam tempoh 10 minit.
7. Urusan pencen yang bersara wajib diuruskan dalam tempoh tidak melebihi 3 bulan.
8. Memproses permohonan pinjaman perumahan ke Perbendaharaan Malaysia tidak
melebihi tempoh 21 hari daripada tempoh permohonan lengkap yang diterima.
9. Mengeluarkan Akuan Penerimaan Aduan Awam dalam tempoh 3 hari bekerja.
10. Kelulusan untuk pengeluaran permit bagi bangunan sementara diluluskan dalam
tempoh 1 bulan dari tarikh pembayaran.
11. Memastikan kes-kes pendakwaan dan perundangan bagi pihak Majlis Daerah Raub
dapat difailkan di mahkamah dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh izin dakwa
diperolehi daripada pihak Pendakwa Raya.
12. Membuat ulasan Pelan Landskap bagi projek pembangunan Majlis Daerah Raub dalam
tempoh 14 hari.
19
2.4 Struktur Organisasi
2.4.1 Carta Organisasi Majlis Daerah Raub
carta_orga
9_baha
Carta Organisas
Rajah 2.4.1 Carta Organi
anisasi_201
aru.pdf
si dalam file PDF
isasi Majlis Daerah Raub
20
2.5 Kod Etika Majlis Daerah Raub
Kod Etika Majlis Daerah Raub ialah ungkapan *'PAKSI' yang membawa maksud:
“P” Profesionalisme
Warga Majlis Daerah Raub mendukung prinsip profesionalisme dalam melaksanakan
tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan.
“A” Akauntabiliti
Warga Majlis Daerah Raub mementingkan akauntabiliti dan kebertanggungjawaban
dalam menyempurnakan tugas dan tanggungjawab.
“K” Komited
Warga Majlis Daerah Raub komited dalam melaksanakan tugas tanpa mengira status dan
kedudukan.
“S” Saksama
Warga Majlis Daerah Raub mengamalkan sikap saksama terhadap pelanggan dengan
mengutamakan pelanggan, memberi layanan mesra kepada pelanggan dan memuaskan
kehendak pelanggan.
“I” Integriti
Warga Majlis Daerah Raub berazam meningkatkan integriti dan sentiasa memelihara
kepentingan awam serta menolak kepentingan diri sendiri.
21
2.6 Nilai Nilai Bersama Majlis Daerah Raub
1. Kami mengutamakan pelanggan dan komited perkhidmatan yang berkualiti untuk
menyediakan perkhidmatan yang berkualiti
2. Kami sentiasa berusaha untuk mencapai kecemerlangan dalam setiap perkara.
3. Kami bekerja dalam satu pasukan bagi menjana kebolehan dan keupayaan bersama.
4. Kami mendukung dan mengamalkan integriti pada setiap masa.
5. Kami prihatin kepada komuniti dan alam sekitar.
2.7 Fungsi dan Peranan Majlis Daerah Raub
1. Untuk mengumpulkan cukai taksiran, lesen perdagangan dan iklan.
2. Merancang, melaksanakan dan memantau perkembangan selaras dengan
Rancangan Struktur Negeri Pahang, Rancangan Tempatan Daerah Raub dan Dasar-
dasar Kerajaan.
3. Menyelaras dan bekerjasama dengan jabatan lain dan juga sektor swasta dalam
membangun kawasan dengan pelbagai program.
4. Menyelia dan menegakkan premis makanan dan mengawal penyakit berjangkit
bersama dengan Pejabat Kesihatan Daerah Raub.
5. Untuk memantau, menyelaraskan dan meningkatkan keindahan kawasan di Majlis
Daerah Raub untuk memastikan alam semula jadi tetap terjaga.
6. Untuk mewujudkan kemudahan berkualiti dan perkhidmatan asas dan awam untuk
keselesaan masyarakat setempat dan pengunjung.
2.8 Strategik Majlis Daerah Raub
1. Meningkatkan kualiti pengurusan dan sistem penyampaian.
2. Memperkukuhkan pengurusan aset dan fasiliti.
3. Memantapkan pembangunan organisasi dan pengurusan sumber manusia.
4. Mengadakan audit secara berterusan.
5. Memantapkan keupayaan kutipan hasil cukai.
6. Meningkatkan hasil Majlis.
7. Memastikan pembangunan mematuhi Rancangan Tempatan Daerah Raub.
8. Penguatkuasaan peraturan pembangunan secara konsisten dan efektif.
22
9. Memastikan pembangunan landskap terancang.
10. Mempertingkatkan infrastruktur dan kemudahan awam.
11. Program Bandar Selamat.
12. Meningkatkan tahap kebersihan kawasan perbandaran.
13. Melaksanakan penguatkuasaan undang-undang dan peraturan dengan telus, adil
dan berhemah.
23
BAB 3
SKOP LATIHAN
3.1 Pengenalan
Bab ini adalah ringkasan keseluruhan aktiviti mingguan yang dilakukan sepanjang
menjalani latihan industri. Setiap aktiviti atau tugas yang dijalankan dicatatkan dalam buku laporan
harian ataupun dikenali sebagai buku log. Oleh itu, bahagian ini akan menerangkan serba sedikit
aktiviti secara ringkas sepanjang 10 minggu berada di Majlis Daerah Raub. Perkara ini bertujuan
sebagai rujukan dan dapat menambahkan pemahaman tentang perkara yang dipelajari. Pelajar
dapat memahami dengan lebih mendalam tentang tugasan yang diselesaikan. Segala aktiviti harian
yang dilakukan adalah wajib untuk dicatatkan kesemuanya di dalam buku log harian yang
disediakan pihak universiti. Perkara ini juga haruslah sepadan panduan yang dikehendaki bagi
melayakkan mereka memperoleh anugerah Ijazah.
Selama tempoh 10 minggu, saya telah ditugaskan dibawah Penyelia Industri bahagian
teknologi maklumat iaitu Puan Noor Sinar Surya binti Mohamad selaku pembantu pegawai
bahagian Teknologi Maklumat. Latihan di sini telah mendedahkan saya pelbagai pengetahuan,
pengalaman dan kemahiran penting dalam dunia pekerjaan. Saya telah didedahkan dengan
persekitaran yang baru di Mjalis Daerah Raub dalam bahagian Teknologi Maklumat. Selain
mempraktikkan apa yang telah dipelajari di universiti, saya juga telah diberi pendedahan mengenai
peraturan peraturan dan etika bekerja dengan betul dan ianya perlu dipraktikkan setiap kali saya
berada di unit unit yang telah ditetapkan oleh penyelia semasa menjalani latihan industri. Ketika
menjalani latihan industri saya telah ditunjuk ajar oleh kakitangan pekerja di sini mengenai ciri
ciri keselamatan dan juga etika kerja yang dilakukan oleh saya sendiri sepanjang menjalani latihan
di Majlis Daerah Raub ini. Berikut merupakan waktu bekerja sepanjang menjalani Latihan Industri
di Majlis Daerah Raub:
Hari Bekerja Isnin-Jumaat
Masa Bekerja 8.00 pagi - 5.00 peatang
24
3.2 Laporan Mingguan
Ringkasan laporan mingguan adalah catatan ringkas segala aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan
sepanjang latihan industri mengikut minggu. Laporan itu dikemaskini dalam bentuk catatan, iaitu
semasa saya berada di bahagian Teknologi Maklumat. Latihan berlangsung dari 26 Julai 2021
sehingga 1 Oktober 2021 (10 Minggu).
Minggu 1 (26/7/2021-30/7/2021)
✓ Melapor diri di Majlis Daerah Raub dengan Puan Suraida binti Othman selaku bahagian
pentadbiran yang mengurus pelajar Latihan industri
✓ Mengisi borong pelajar Latihan industri yang dimint aoleh Puan Suraida binti Othman
✓ Mendengar taklimat menegnai latihan industri sebagai pengetahuan skop kerja
✓ Sesi suai kenal bersama kakitangan dan staf Majlis Daerah Raub
✓ Dibawa ke bahagian yang akan ditempatkan iaitu bahagian Teknologi Maklumat
✓ Berkenalan dengan kakitangan bahagian Teknologi Maklumat
✓ Kemaskini Maklumat dalam Potral rasmi Majlis Daerah Raub
✓ Kemaskini Bahagian Tender dan Sebut Harga dalam Potral rasmi Majlis Daerah Raub
✓ Membuat pemeriksaan komputer
✓ Cuti Hari Kelahiran Sultan Pahang (30/7/2021)
Minggu 2 (2/8/2021-6/7/2021)
✓ Pejabat Majlis Daerah Raub ditutup dari 31/7/2021 sehingga 6/8/2021 disebabkan
kakitangan positif Covid-19
✓ Membuat pemberitahuan hebahan umum tentang perubahan operasi Majlis Daerah Raub
✓ Membuat sedikit latihan pembelajaran kendiri aplikasi Adobe Photoshop dan Adobe
illustration
✓ Kemaskini berita dalam Potral Rasmi Majlis Daerah Raub
✓ Temu janji vaksin pada pukul 2 petang (5/8/2021)
✓ Cuti separuh hari (5/8/2021)
✓ Cuti sakit (6/8/2021)
25
Minggu 3 (9/8/2021-13/8/2021)
✓ Puan Sinar Surya meminta saya tidak bekerja di pejabat selama 1 minggu dari 9/8/2021
sehingga 13/8/2021 disebabkan ramai kakitangan masih menjalankan kuarantin di rumah
✓ Melihat maklumat terkini tentang Covid-19 di Facebook Majlis Daerah Raub
✓ Cuti Awal Muharram (10/8/2021)
✓ Mengemaskini berita terkini dari facebook ke dalam Potral Rasmi Majlis Daerah Raub
✓ Mengemaskini Tarikh penting dalam pengumuman di dalam Potral Rasmi Malis Daerah
Raub
✓ Meningkatkan lagi pengetahuan tentang teknologi maklumat (pembelajaran secara kendiri)
Minggu 4 (16/8/2021-20/8/2021)
✓ Bekerja di rumah 16/7/2021 sehingga 20/8/2021
✓ Mengkaji tentang pemasaran Majlis Daerah Raub, saya telah berbincang dengan Puan
Surya tentang penambahan pembelajaran sekirannya tiada tugasan diberi dengan kajian
yang saya buat dapat meningkatkan lagi kemahiran saya dalam Latihan Industri
✓ Mengedit poster/muka depan “Buletin MDR”
26
Minggu 5 (23/8/2021-27/8/2021)
✓ Bekerja di rumah 23/8/2021 sehingga 27/8/2021
✓ Membuat poster/muka depan “Buletin MDR” yang baru tetapi 100% ikut tema lama
✓ Belajar kemahiran dalam menghasilkan poster yang lebih baik menggunakan Adobe
Photoshop
✓ Membuat Poster Hari Kebangsaan Malaysia (Kemerdekaan)
27
Minggu 6 (30/8/2021-3/9/2021)
✓ Cuti Hari Kebangsaan Malaysia (Kemerdekaan) 31/8/2021
✓ Belajar kemahiran dalam menghasilkan poster yang lebih baik menggunakan Adobe
Photoshop dan Adpbe Illustration
✓ Kemaskini berita di laman portal Majlis Daerah Raub
✓ Membuat Poster Hari Malaysia 2021
Minggu 7 (6/9/2021-10/9/2021)
✓ Mengemaskini portal Majlis Daerah Raub
✓ Pembelajaran kendiri meningkatkan kemahiran pengunaan aplikasi Adobe Illustrator
Minggu 8 (13/9/2021-17/9/2021)
✓ Menghadiri program “Jemputan ke slot sejenak bersama kaunselor pentadbiran
setiausaha kerajaan Pahang 2021”
✓ Semak email, membaca email dan balas email yang diperlukan
✓ Pembelajaran kendiri tentang aplikasi Microsoft Office (Excel, word, powerpoint)
✓ Membuat poster “Bacaan Yasin dan Doa Selamat”
28
Minggu 9 (20/9/2021-24/9/2021)
✓ Mengemaskini Potral Rasmi Majlis Daerah bahagian Berita Terkini
✓ Mengedit file PDF maklumat tentang kes covid-19 di Raub kepada PNG
✓ Menukar file CSV ke file Excel
✓ Membuat QR Code untuk Borang Soal Selidik untuk peniaga di Bandar Raub
29
Minggu 10 (27/9/2021-1/10/2021)
✓ Menghadiri Program “Majlis Perasmian Program Publisiti dan Penyertaan Awam Draf
Rancangan Tempatan Daerah Raub Pahang 2035
✓ Membuat Design paper bag untuk Majlis Daerah Raub
✓ Menghantar PC ke Jabatan Kewangan, Jabatan Perhubungan Awan, Pembangunan,
Penilaian dan Urus Setia Setempat
✓ Pemasangan PC di Jabatan Pembangunan dan Jabatan Penilaian
3.3 Bidang tugas latihan industri di Majlis Daerah Raub
Sepanjang latihan industri dijalani oleh pelajar, bidang tugas yang
dipertanggungjawabkan adalah pelbagai dan saya diletakkan dalam bidang reka bentuk grafik.
Hal ini demikian kerana pelajar berperanan dalam membantu menyelesaikan keperluan tugas di
bahagian Teknologi Maklumat. Berikut adalah antara tugas-tugas yang dilakukan oleh pelajar
sepanjang menjalankan latihan industri di Majlis Daerah Raub:
i. Menguruskan maklumat dalam laman portal rasmi Majlis Daerah Raub
ii. Memriksa email dan membalas email jika perlu
iii. Membuat rekaan bentuk grafik untuk poster, muka depan majalah, bag dan lain lain jika
perlu
iv. Membuat panggilan telefon dan Mengangkat telefon
30
3.4 Perkara-perkara utama yang dicapai.
Sepanjang saya menjalani latihan industri disini, terdapat beberapa perkara utama yang telah
dicapai seperti:
i. Kemahiran berkomunikasi.
Selama menjalankan tugas sebagai pelajar praktikal, banyak pengalaman yang saya perolehi
termasuklah kemahiran berkomunikasi. Saya dapat membina keyakinan diri apabila sering
berinteraksi dengan pelanggan-pelanggan yang datang memerlukan khidmat di kastam dan
juga melalui panggilan telefon dan interaksi dua hala.
ii. Pengurusan maklumat
Selain daripada berkomunikasi, cara pengurusan maklumat juga adalah menjadi salah satu
perkara utama yang telah saya capai sepanjang saya berada disini. Dari situ jugalah, kita dapat
mengetahui bagaimana cara untuk menguruskan maklumat. Diantaranya seperti mengikut
format yang disediakan, dan cara-cara menguruskan sesuatu kerja. Ianya dapat
mengaplikasikan pada masa akan datang.
iii. Penggunaan microsoft excel
Penggunaan microsoft excel juga adalah perkara utama yang tercapai. Disini hampir kesemua
kerja-kerja yang dilakukan menggunakan microsoft excel. Ketika di UTHM, penggunaan
microsoft excel hanyalah pada satu sem sahaja. Lalu, dengan menjalani latihan indsutri disini
jugalah dapat meningkatkan lagi kemahiran penggunaan microsoft excel. Dari sini, kita dapat
belajar cara penggunaan microsoft excel dengan cara yang betul seperti menjumlahkan dan
sebagainya.
iv. Pengurusan masa
Akhir sekali, dapat mengetahui bagaimana untuk menguruskan masa apabila melakukan
sesuatu kerja. Antanya seperti, pegawai saya memberikan tugas dan memberi tempoh untuk
menyiapkannya. Selain itu, waktu pekerjaan di sini juga dapat melatih diri saya untuk menjadi
seseorang pekerja yang berguna. Lalu, ia dapat dipraktikan apabila sudah masuk pada alam
pekerjaan.
31
BAB 4
KANDUNGAN LATIHAN
4.1 Pengenalan Latihan Utama
Latihan utama atau pun kerja utama merupakan salah satu keperluan penting dalam
menjalani latihan industri. Sepanjang menjalani latihan industri selama (10) sepuluh minggu
di Majlis Daerah Raub, saya telah ditugaskan untuk menjalankan beberapa aktiviti atau kerja
utama. Saya telah mendapat tunjuk ajar serta bantuan daripada pegawai dan kakitangan bagi
melaksana serta melengkapkan kerja yang ditugaskan. Sebelum ini saya telah memberitahu
dalam Laporan Teknikal bahawa Puan Noor Sinar Surya telah meletakkan kerja utama saya
adalah dengan membina poster, Puan Noor Sinar Surya memastikan tugasan saya tidak lari
jauh dari bidang saya iaitu Multimedia Kreatif jadi beliau telah memastikan bahawa reka
bentuk grafik adalah pekara yang sesuai untuk Latihan Industri saya.
Poster adalah satu bentuk komunikasi perhubungan dan pengiklanan. Ia berbentuk sejenis
reka bentuk grafik yang memerlukan tipografi, ilustrasi, gambar atau foto, reka letak dan
gubahan warna untuk menyampaikan mesej atau maklumat secara mudah dan spontan. Poster
biasa ditempatkan khas untuk dilihat oleh orang ramai yang sedang bergerak. Poster yang
berkesan perlu menarik perhatian pembaca. Justeru, nilai pembacaan amat dipentingkan, poster
yang awal wujud bersama-sama dengan perkembangan industri percetakan dan hanya
menggunakan susunan huruf semata-mata. Poster yang menggunakan ilustrasi menggunakan
teknik cetakan litografi, fungsi poster kebanyakkan digunakan untuk majlis dan pemberitahuan
selain fungsi pengiklanan. Dalam reka bentuk grafik sangat penting dalam membantu membina
poster yang memberi kesan kepada pembaca, disebabkan itu saya ditugas sepenuhnya dalam
membina poster yang menarik buat Majlis Daerah Raub.
Tugas dan fungsi seseorang pereka grafik itu luas kerana semua rekaan pastinya melalui
proses penghasilannya. Pereka grafik akan bertanggungjawab dalam kelancaran perjalanan
proses rekaan (design process) mengikut kehendak pelanggan pelanggan mereka. Proses
rekaan atau design process biasanya bermula dari peringkat kajian atau pengumpulan data,
lakaran perkembangan idea, proses rekaan digital dan juga percetakkan atau penerbitan. Setiap
peringkat proses rekaan memerlukan sentuhan kreativiti dan nilai artistik dari seorang pereka.
32
Berikut merupakan aktiviti/kerja (projek) utama yang saya jalankan sepanjang tempoh latihan
industri berlangsung:
1. Reka bentuk grafik (Poster/majalah/bulletin/bag)
2. Mengemaskini maklumat/berita dalam portal rasmi Majlis Daerah Raub
Saya juga telah diberi satu tugas utama atau projek utama iaitu membuat poster “Hari
Kebangsaan Malaysia” dan “Hari Malaysia”. Aktiviti dan kerja kerja lain merupakan kerja
tambahan untuk mengasah kemahiran praktikal serta menambah ilmu pengetahuan di atas inisiatif
sendiri. Sepanjang menjalankan aktiviti tersebut, saya telah mendapat pelbagai ilmu-ilmu baru
samada dalam teori atau praktikal yang saya yakin boleh digunakan pada masa yang akan datang
selepas menamatkan pengajian.
33
4.2 Pengenalan Projek Utama (Reka bentuk grafik)
Rekaan grafik adalah merujuk kepada satu proses memanipulasi perkataan dan gambar
untuk menghasilkan solusi kepada masalah masalah komunikasi visual. Masalah masalah
komunikasi visual adalah bagaimana visual itu berkomunikasi, kebanyakkan rekaan grafik
melibatkan rekaan pada produk yang boleh dicetak seperti buku, majalah, risalah, pembungkusan,
poster dan gambar untuk digunakan pada media elektronik. Ada juga yang melibatkan rekaan-
rekaan berskala besar seperti billboard, giant signboard dan sebagainya. Ada juga yang melibatkan
media elektronik seperti di dalam montage sesebuah filem dan icon-icon di dalam imej komputer.
Bidang rekaan grafik (graphic design) di Malaysia sebenarnya tidak asing lagi kerana kebanyakkan
syarikat telah menggunakan khidmat pereka grafik dalam menghasilkan bahan pemasaran dan juga
penjenamaan mereka. Fungsi dan peranan seorang pereka grafik kini lebih luas, bukan sahaja
terlibat dalam membantu menghasilkan konsep rekaan malahan juga terlibat dengan mengikut
kehendak pembaca atau pelanggan mereka.
34
4.2.1 Fungsi pereka bentuk grafik
1. Terlibat secara langsung dalam menghasilkan visual (illustrasi, photo, logo, icon,
vector) yang sesuai untuk menyampaikan mesej dalam pengiklanan, identiti
korporat, website, pembungkusan, multimedia dan sebagainya.
2. Menghasilkan konsep rekaan yang terdiri daripada gabungan unsur-unsur dan
prinsip-prinsip rekaan
3. Bertanggungjawab dalam susun atur (layout) serta format dalam setiap rekaan yang
dihasilkan agar menepati citarasa pelanggan dan mempunyai nilai estetik, nilai
dekoratif dan nilai komersial.
4. Sebagai penasihat rekaan, menasihati serta memberi cadangan kepada pelanggan
dalam pemilihan warna, text, visual, stail dan sebagainya, mengikut kesesuaian
rekaan yang ingin dihasilkan.
5. Memastikan setiap rekaan dicetak dengan baik mengikut spesifikasi yang telah
dipersetujui bersama pelanggan agar kualiti dapat dijaga.
4.3 Penyataan Masalah
Berdasarkan tinjauan saya dan juga pemasalahan yang dibincangkan, kakitangan Majlis
Daerah Raub tidak berapa pandai dalam rekaan bentuk grafik, mereka mempunyai masalah dalam
pemilihan warna, gambar, illustration dan lain lain fungsi utama yang perlu ada dalam rekaan
sesuatu poster. Kakitangan juga tidak mempunyai kemahiran dalam menggunakan aplikasi seperti
Adobe Photoshop dan Adobe Illustrator, kepakaran mereka hanya menggunakan powerpoint, bagi
mereka menggunakan powerpoint dapat menyiapkan satu poster dengan cepat tanpa memikirkan
kualiti produk yang dikeluarkan. Bagi seorang pereka bentuk grafik fungsi fungsi penting perlu
diambil kira bagi mereka kualiti sebuah produk lebih baik berbanding mengeluarkan produk yang
hanya cepat siap tapi rekaan dilihat tidak professional.
35
4.4 Objektif Projek
Antara objektif utama tujuan reka bentuk grafik ialah:
1. Menentukan tema dan tajuk
2. Mengumpulkan maklumat berkaitan dengan tema melalui kajian serta meneliti tujuan
dan maklumat yang diperlukan
3. Menentukan tajuk, kata cogan, teks, serta jenis muka taip yang sesuai dan membuat
beberapa lakaran kasar dan ilustrasi
4. Merancangkan skim warna serta pilih lakaran yang baik bagi memperkembangkan
pilihan media dan teknik yang ditentukan menghasilkan kekemasan sempurna
4.5 Pekara Utama Projek
4.5.1 Ciri Ciri Poster Berkualiti
1. Daya penarik yang dinamik
2. Warna poster berkesan
3. Muka taip poster keterbacaan
4. Ilustrasi sesuai dengan tema
5. Kata cogan boleh membaca
6. Mesej jelas dan perbezaan niai-nilai moral
7. Gubahan asli dan unik
Poster merupakan suatu penampilan seni komunikasi tampak, berfungsi menyampaikan
mesej dalam bentuk imej, teks yang mudah, ringkas dan jelas. Gabungan antara teks, ilustrasi
yang mudah, jelas dan mudah difahami adalahpengenalan pada ciri-ciri poster. Selain itu poster
juga dimaksudkan sebagai pelekatdengan fungsi yang sama untuk menyebarkan maklumat,
pengumuman dalam bentukpengiklanan, kempen dan fungsi-fungsi tertentu untuk
berkomunikasi.
36
4.5.2 Prinsip Reka Bentuk Visual dalam Poster
Sebelum memulakan reka bentuk grafik dalam poster saya telah memastikan
prinsip visual berkait dengan kaedah atau cara menggunakan elemen elemen grafik
supaya visual yang dihasilkan menarik dan berkesan. Terdapat 6 prinsip dalam reka
bentuk visual yang saya guanakan iaitu:
1. C - Contrast (kontras)
Prinsip kontras mengatakan bahawa jika 2 item tidak serupa, maka
perbezaan itu hendaklah diperlihatkan dengan ketara seperti warna hitam
dan warna putih. Idea utama di sebalik kontras adalah untuk mengelakkan
unsur di dalam suatu muka surat kelihatan hampir sama. Kontras ada kaitan
dengan imej, warna dan tipografi.
2. A - Alignment (Seimbang)
Sesuatu yang tidak seimbang akan tumbang. Begitu juga dalam rekaan
sesuatu visual ia juga perlu seimbang, di mana elemen grafik disusun
supaya beratnya seimbang dalam setiap bahagian reka bentuk. Dengan cara
ini, mata rasa selesa memandang. Terdapat 2 jenis seimbang iaitu seimbang
formal dan seimbang tidak formal. Seimbang formal bermakna
pembahagian yang sama antara dua bahagian visual samada kiri dengan
kanan atau atas dengan bawah. Seimbang tidak formal bermakna
pembahagian yang tidak sama rata antara item kiri dengan kanan atau atas
dengan bawah. Contohnya, jongkang-jongkit yang masih seimbang tetapi
ianya bukan beban atau bahan yang sama jenis, cuma beratnya sahaja yang
sama. Dalam rekaan visual penggunaan penglihatan mata adalah cara untuk
menentukan keseimbangan.
37
3. P - Proximity (Penyatuan)
Penyatuan ialah perhubungan yang lahir di antara elemen-elemen visual
apabila elemen-elemen tersebut berfungsi bersama sebagai satu
kesuluruhan. Dengan kata lain, elemen-elemen seperti penghurufan, warna,
bahan-bahan lain hendaklah saling melengkapi di antara satu dengan yang
lain untuk mengukuhkan idea dasar yang hendak disampaikan.Penyatuan
dapat diperolehi dengan menggunakan anak panah, kotak, garisan, bentuk-
bentuk tertentu, warna dan sebagainya.
4. R - Repetition
Prinsip ini menyatakan bahawa harus tekalkan sesuatu aspek reka bentuk
pada tempat tertentu. Unsur yang ditekalkan mungkin berupa fon yang
dihitamkan, garis kasar, bullet yang serupa, warna, unsur reka bentuk,
format tertentu, hubungan ruang dan sebagainya.
5. E - Emphasis (Dominan)
Dominan merupakan pusat penumpuan atau minat. Dalam sesuatu rekaan
visual, objek atau item utama mestilah ditonjolkan agar dapat dilihat dan
dibaca maksudnya.
38
4.6 Elemen Asas Reka Bentuk Grafik Dalam Projek
Dalam menghasilkan poster saya telah menekan elemen grafik seperti bahan bahan asas
yang digunakan untuk membentuk sesuatu komposisi visual. Antara elemen asas reka bentuk
Grafik terdiri daripada Ruang (Space), Garis (Line), Permukaan (Surface), Bentuk dua dimensi
(Shape), Bentuk tiga dimensi (Form) dan Warna.
Ruang adalah keluasan yang disediakan bagi sesuatu visual, sama ada sebesar kertas A4,
kertas manila mahupun seluas padang bola. Ruang terbahagi kepada dua jenis, iaitu ruang positif
dan ruang negatif. Ruang positif merupakan ruang yang digunakan, manakala ruang negatif
merupakan ruang yang kosong.Selain itu, di antara perkataan dan elemen elemen visual yang lain
haruslah mempunyai ruang ruang kosong yang ditinggalkan untuk mengelakkan perasaan sesak.
Keadaan sesak tersebut boleh mengelirukan seperti yang ditunjukkan dalam rajah yang di bawah.
Garisan mempunyai banyak fungsi seperti menunjukkan pergerakan dan arah atau aliran, seperti
aliran sungai, tiupan angin, arah larian dan lain-lain, menunjukkan suasana aman atau ganas seperti
letupan, menunjukkan kemegahan dan kekuatan seperti bangunan, menunjukkan kekusutan,
melukis objek atau benda,contoh: cawan, pasu dan lain-lain serta menghubungkan antara satu
elemen dengan elemen yang lain.
Permukaan (Surface)Sesuatu permukaan boleh dirawat dengan memberi warna dan tekstur.
Sekiranya kita mengulang beberapa garisan pada sesuatu kedudukan, sama ada menegak atau
mendatar, kita akan merasakan unsur permukaan wujud. Selain itu, Bentuk Dua Dimensi (Shape),
bentuk dua dimensi mempunyai hanya dimensi panjang dan lebar seperti sekeping kertas. Terdapat
tiga jenis bentuk dua dimensi, iaitu bentuk geometri, bentuk abstrak dan bentuk gambaran. Bentuk
Tiga Dimensi (Form) ialah bentuk tiga dimensi mempunyai dimensi panjang, lebar dan tinggi. Ia
boleh didapati dalam dua kategori, iaitu bentuk tiga dimensi sebenar dan bentuk tiga dimensi
tiruan. Bentuk tiga dimensi sebenar adalah bahan sebenar yang mempunyai dimensi panjang, lebar
dan tinggi, cth meja. Bentuk tiga dimensi tiruan ia kelihatan seolah-olah mempunyai dimensi
panjang, lebar dan tinggi atau tebal, contoh gambar foto dan lukisan yang diberi bayang.
39
Seterusnya, tujuan warna dalam grafik adalah untuk memudahkan atau meningkatkan
kejelasan visual. Lazimnya perbezaan warna antara latar (elemen negatif) dengan visual (elemen
positif) akan menimbulkan kontras yang baik. Salah satu fungsi warna dalam seni grafik ialah
melahirkan kesan atau pengaruh tertentu. Banyak mitos mengenai warna cuba dibuktikan pada
masa kini dengan kajian saintifik. Semuanya menjurus kepada kesan dan pengaruh warna kepada
benda-benda hidup. Warna jingga, merah, dan kuning dikatakan sebagai warna aroma panas
kerana dikaitkan dengan cahaya matahari dan api. Warna-warna panas ini dikatakan mempunyai
kesan aktif, membangkitkan perasaan, menceriakan suasana, kedekatan, kegarangan, kekuatan dan
semangat. Maka, warna-warna ini biasanya digunakan bagi karya yang bertemakan perayaan dan
kemeriahan. Manakala warna-warna sejuk atau dingin terdiri daripada warna-warna biru, ungu dan
hijau. Warna-warna ini dikaitkan dengan alam seperti langit, laut, air dan tumbuh-tumbuhan.
Nyata warna-warna dingin ini memberikan kesan pasif dan melahirkan ketenangan, kelembutan,
kedamaian, dan kesayuan. Warna putih pula menjadi lambing kebersihan, keaslian, dan kesucian.
Mewujudkan perasaan harmoni juga merupakan fungsi warna dalam seni grafik. Warna dikatakan
dapat memberikan berbagai-bagai pengertian estetik dan psikologi. Warna dapat menimbulkan
suasana yang dikehendaki, misalnya warna-warna yang terang boleh mencetuskan rasa keriangan,
kedamaian, selesa dan tenteram.
40
BAB 5
CADANGAN
5.1 Pengenalan
Latihan industri yang diadakan oleh pihak Universiti Tun Hussein Onn Malaysia merupakan
satu langkah yang bijak untuk memupuk semangat dan melatih para pelajar dalam bidang yang
diceburi. Melalui program latihan industri ini, ianya telah memberikan banyak ilmu dan latihan
kepada pelajar. Ianya boleh dikatakan sebagai satu langkah yang praktikal untuk memberi
pendedahan awal mengenai alam pekerjaan. Ini ditambah lagi dengan cabaran untuk bersaing
dengan lepasan pelajar IPTA dan IPTS dalam mendapatkan pekerjaan apabila mereka tamat
belajar kelak. Dengan itu, melalui program latihan industri ini ianya dapat memberi kelebihan
kepada para pelajar universiti atas pengalaman yang mereka ada.
Selain itu, melalui program latihan industri ini juga ianya dapat mendedahkan kepada pelajar
cabang yang lebih luas dalam bidang mereka dan mereka tidak perlu tertumpu dalam satu-satu
bidang sahaja. Apa yang dapat disimpulkan di sini, kedua-dua cara pembelajaran yang dipelajari
di institusi dan universiti merupakan dua cara pembelajaran yang berbeza tetapi mempunyai satu
matlamat yang sama iaitu memahirkan dan melengkapkan para pelajar dalam mendalami ilmu.
Setelah hampiran sepeuluh (10) minggu saya menjalani latihan industri, banyak cabaran yang
harus saya harungi. Pada mulanya sukar untuk saya menyesuaikan diri tetapi dengan sokongan
daripada semua pihak, latihan industri saya berjalan dengan lancar dan boleh menguasainya
dengan sempurna sehingga tamat latihan.
Setelah menjalani Latihan Industri di Majlis Daerah Raub, terdapat beberapa perkara yang
harus dititiberatkan oleh Majlis Daerah Raub dan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia serta
pelajar praktikal itu sendiri untuk memenuhi permintaan industri dan seterusnya meningkatkan
kualiti pelajar pelajar UTHM. Berikut adalah cadangan yang diajukan agar program latihan yang
lebih sempurna dapat diadakan pada masa akan datang.
41
5.1.2 Cadangan pada Pihak Syarikat
i. Majlis Daerah Raub perlulah memberi panduan kepada pelajar tentang prosedur
yang perlu dipatuhi semasa menjalankan latihan dan menyediakan jadual kerja
yang lengkap supaya pelajar dapat menimba sebanyak mungkin ilmu dalam bidang
yang berbeza dalam bidang kejuruteraan awam
ii. Pelatih pelatih juga seharusnya dibimbing dengan sebaik mungkin oleh penyelia
yang bertanggungjawab di mana pelatih menjalani latihan
iii. Pelajar harus didedahkan dengan kerja kerja di tempat kerja untuk memahami
antara teori dan amali supaya dapat lebih memahami dengan jelas tujuan dan
maksud kerja tersebut dilaksanakan
iv. Para pelatih seharusnya didedahkan dengan lebih banyak pengetahuan tentang
kerja kerja yang berkaitan dengan kursus pelajaran, di mana pengetahuan ini tidak
dapat diperolehi sepenuhnya di alam pekerjaan mereka, bukan hanya dengan
mendapatkannya secara teori sahaja
v. Ketua dan pekerja bawahan perlulah mempunyai hubungan komunikasi yang baik
seperti memberi penerangan secukupnya tentang sesuatu kerja supaya pekerja atau
pelatih dapat melakukan kerja dengan sebaik mungkin
5.1.3 Cadangan kepada Pihak Universiti
i. Pihak Universiti dapat menyelia dengan menghantar surat permohonan dan
dokumen berkaitan kepada organisasi tersebut dengan lebih berkesan.
ii. Pensyarah perlu menyemak senarai organisasi yang telah dipohon oleh pelajar
supaya pelajar memilih organisasi yang berkaitan dengan bidang yang di ceburi
supaya pelajar dapat mengambil manfaat daripada program latihan organisasi.
iii. Pihak Universiti hendaklah memberikan taklimat panduan yang lebih berkesan
kepada pelajar mengenai cara untuk melengkapkan buku laporan harian yang lebih
tepat. Contohnya seperti format bagi laporan, kaedah penulisan yang sesuai,
perkara-perkara yang perlu dan tidak perlu dalam penulisan laporan harian.
iv. Selain itu, perlu ditekankan cara yang sesuai bagi pelajar yang mungkin ketika
latihan akan melakukan kerja yang sama selama beberapa minggu atau bulan.
42
v. Pensyarah harus memantau pelatih dengan lebih kerap semasa latihan industri
dijalankan kerana ia dapat membantu para pelatih untuk mengutarakan masalah
yang dihadapi semasa latihan dan hubungan pelatih bersama pengarah, pelatih dan
rakan sekerja, ini dapat menjadikan pelajar lebih yakin dan semangat.
5.1.4 Cadangan kepada Pelajar pratikal
i. Pelajar mestilah menunjukkan disiplin yang tinggi dengan mematuhi peraturan dan
etika kerja yang baik agar pihak organisasi tidak memberi perspektif yang buruk
pada pihak institusi
ii. Pelajar yang ingin menjalani latihan industri hendaklah sentiasa bersedia untuk
menjalankan tugas yang bakal dilakukan dan sentiasa mengamalkan sikap
bertanggungjawab.
iii. Pelajar mestilah tidak mensia-siakan peluang yang telah diberi semasa menjalani
latihan industri supaya ilmu yang diperolehi sepanjang latihan dapat digunakan dan
menjadi panduan untuk menempuh alam pekerjaan serta ia akan menjadi asset yang
berguna kepada diri sendiri.
iv. Latihan industri merupakan pembelajaran secara berkesan untuk para pelajar dan
usaha ini harus diteruskan pada masa akan datang
43