BAB 6
KESIMPULAN
6.0 Kesimpulan
Kesimpulannya bahawa program latihan industri ini sememangnya memberi satu bentuk
latihan yang berbeza kepada pelajar bagi memahami ilmu yang dipelajari selama ini di Universiti
Terbukti latihan industri adalah pelengkap kepada ilmu atau teori yang dipelajari. Sepanjang
tempoh sepuluh (10) minggu menjalani latihan industri, saya ingin membuat kesimpulan bahawa
saya telah mempelajari pelbagai ilmu. Dengan bantuan kesemua kakitangan di pejabat Majlis
Daerah Raub, Pahang Darul Makmur, ia telah banyak membantu saya dalam menjalani latihan
industri dan telah banyak mengubah pandangan saya tentang sektor teknologi maklumat ini.
Latihan industri yang saya jalani di Jabatan Teknologi Maklumat, sangat mencabar apabila
berhadapan dengan pandemic covid-19. Malahan, latihan industri yang saya jalani ini melatih saya
untuk menjadi individu yang lebih berdisiplin terutama dalam pengurusan masa kerana menepati
masa ke tempat kerja dan menyediakan perkhidmatan tepat pada masa ia merupakan aspek yang
amat dititik beratkan oleh Majlis Daerah Raub. Nilai-nilai moral seperti jujur, bertanggungjawab
dan amanah dapat diterapkan melalui latihan industri ini.
Walaupun dalam jangka masa latihan yang singkat, pelbagai pengalaman menarik
dan seronok dapat dirasai dan tempuhi di sini. Diberi peluang untuk menyelesaikan tugasan seperti
yang dilakukan oleh kakitangan lain. Tugasan tugasan seperti ini telah membuka mata pelajar dan
secara tidak langsung telah menimbulkan minat secara mendalam tentang teknologi maklumat.
Namun begitu setiap tugasan yang diberi masih di pantau oleh kakitangan yang tidak putus
memberikan tunjuk ajar agar supaya tidak melakukan sebarang kesalahan. Dari segi perhubungan
dengan kakitangan jabatan, tiada sebarang masalah yang dihadapi. Ini kerana sikap setiap pekerja
yang ceria dan begitu prihatin terhadap setiap gerak kerja yang pelajar lakukan. Kerjasama yang
dihulurkan oleh kakitangan jabatan amat membanggakan. Selain itu, kerajinan dan keprihatinan
dalam setiap masalah yang timbul mencenderungkan diri pelajar untuk menjadikan mereka sebagai
contoh.
44
Kesimpulannya, pelaksannan latihan industri ini bukan sahaja dapat meningkatkan ilmu
pengetahunan dan pengalaman yang amat bernilai kepada pelajar, tetapi juga dapat
menyedarkan pelajar betapa pentingnya pendedahan awal dan ketilitan aspek kerja sebenar
untuk di dalami sepenuhnya oleh pemikiran dan perbuatan, perkembangan pemikiran dapat
mencari penyelesaian kepada masalah semasa bekerja dan membantu mencari buah fikiran
yang positif untuk dikongsi bersama. Pelajar perlu mempunyai minat yang mendalam
untuk memastikan apa yang mereka pilih bukannya sesuatu yang sia-sia tetapi sesuatu yang
mendatangkan faedah kepada diri sendiri. Akhir kata, terima kepada pihak Majlis Daerah
Raub kerana memberi peluang dan tunjuk ajar semasa menjalani latihan industri.
45
LAMPIRAN
iv
v
RUJUKAN
1Azizi Yahaya, Shahrin Hashim, Saari Bin Yazit, Keberkesanan Menjalani Latihan Industri Di
Kalangan Pelajar Pelajar, Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia Skudai Johor,
2017.
2Sulaiti Asri, Latihan industri dari rumah, 29 Aug 2021
3Ari Kusuma, Draf Dasar Latihan Industri, Universiti Malaysia Sabah Pusat Hubungan Industri
(PHI), 1 Jun 2015.
4Hanim Binti Sulaiman & Noor Hafisah Binti Sapuan Fakulti Pendidikan, Kemahiran Generik
Yang Diperoleh Pelajar Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)
PKPG Semasa Menjalani Latihan, Universiti Teknologi Malaysia.
1
2
3
4
vi