The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by pssskbangsar, 2021-11-18 03:27:58

Kepentingan Kegiatan Kokurikulum

19 November 2021

BAHASA MELAYU
PENULISAN BAHAGIAN C

5 OPAL

Kepentingan Kegiatan Kokurikulum

Kepentingan Kegiatan Kokurikulum

Kegiatan kokurikulum ialah aktiviti luar bilik darjah yang dibimbing oleh guru penasihat. Pelbagai aktiviti kokurikulum
yang dijalankan di sekolah. Antaranya aktiviti persatuan, sukan dan permainan serta pasukan beruniform.

Oleh yang demikian, aktiviti kokurikulum perlu disertai oleh murid-murid kerana ada banyak kepentingan
dan manfaatnya. Kegiatan kokurikulum dapat mengisi masa lapang. Contohnya, jika kita aktif dalam bidang sukan,
masa lapang kita akan diisi dengan latihan yang diselia atau dipantau oleh guru-guru.

Selain itu, kegiatan kokurikulum dapat membentuk disiplin diri. Contohnya, semasa menyertai aktiviti
persatuan, sukan atau unit beruniform, kita akan dilatih menepati masa, berpakaian kemas dan mematuhi peraturan.
Disiplin amat penting untuk mencapai kejayaan. Murid yang tidak berdisiplin susah untuk berjaya.

Di samping itu, kegiatan kokurikulum juga dapat melatih murid menjadi pemimpin. Ada pelbagai jawatan
dalam persatuan seperti pengerusi, setiausaha, bendahari, ahli jawatankuasa dan ahli biasa. Apabila pelajar
memegang sesuatu jawatan maka kita akan belajar menjadi ketua dan menguruskan aktiviti persatuan.

Seterusnya, kegiatan kokurikulum mampu mengukuhkan lagi perpaduan kaum. Setiap unit kokurikulum
mempunyai ramai ahli yang terdiri daripada pelbagai kaum seperti Melayu, Cina, India dan lain-lain. Dalam aktiviti
yang dijalankan, semua ahli akan berkumpul. Kita boleh berbincang untuk bertukar-tukar pendapat serta bekerjasama
dalam melakukan sesuatu aktiviti. Dengan ini akan mengeratkan hubungan sesama ahli. Kesimpulannya, banyak
kepentingan kegiatan kokurikulum kepada murid-murid di sekolah.

Oleh itu, pihak sekolah hendaklah mengadakan aktiviti yang menarik untuk menggalakkan murid
menyertainya. Ibu bapa pula hendaklah menggalakkan anak-anak mereka terlibat dengan kegiatan kokurikulum.


Click to View FlipBook Version