n NAMA PROGRAM TEKNOLOGI ELEKTRIK SEMESTER 1 KOD DAN NAMA KURSUS CEA 1122 - KESELAMATAN DI TEMPAT KERJA STANDARD KANDUNGAN 1. Menentukan peraturan keselamatan peribadi dan prosedur kerja 2. Memilih dan mengamalkan penggunaan tempat kerja, peralatan dan kelengkapan secara selamat 3. Menyelenggara dan menjaga alatan dan kelengkapan 4. Menghindar bahaya di tempat kerja 5. Mengekalkan kebersihan peralatan dan tempat kerja 6. Mengenal pasti jenis-jenis alat pemadam kebakaran dan cara penggunaannya 7. Mengenal pasti langkah-langkah kecemasan 8. Menjelaskan dan memberikan pertolongan cemas BIL NOTA PEMBELAJARAN 1/6 BIL MUKA SURAT 01 daripada10 TAJUK: 1. Peraturan keselamatan umum TUJUAN: Modul ini merangkumi bahan-bahan panduan keselamatan di tempat kerja yang menyumbang kepada pengetahuan pelajar tentang bahaya dan risiko dan cara-cara menghapuskan dan mengurangkan bahaya dan risiko di tempat kerja. Modul ini juga memberi penjelasan mengenai langkah-langkah kecemasan, kelengkapan dan alatan tangan, peraturan asas, pemadaman kebakaran dan asas pertolongan cemas di tempat kerja. BAHAGIAN PENDIDIKAN DAN LATIHAN TEKNIKAL VOKASIONAL KEMENTERIAN PENDIDIKANMALAYSIA ARAS 5 & 6, BLOK E14, KOMPLEKS E PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN 62804 PUTRAJAYA NOTA PEMBELAJARAN NOTA PEMBELAJARAN
PENERANGAN: DEFINISI KESELAMATAN Sesuatu keadaan yang selamat dari mengalami atau menyebabkan kesakitan kecederaan atau kerugian ( kehilangan) (R.J Eifler et al., 1970) DEFINISI KEMALANGAN Kemalangan adalah insiden tidak terancang yang mengakibatkan kecederaan kepada individu, kemusnahan kepada logi dan alatan atau kedua-duanya sekali ( James, D.W.B. 1983) A. Langkah Keselamatan Diri Di antara langkah-langkah keselamatan diri yang perlu diikuti ialah : (i) Pakaian untuk bekerja mestilah sesuai dengan tugas yang dijalankan, misalnya memakai apron untuk kerja-kerja ketukangan kayu. Lengan baju yang panjang hendaklah dilipat hingga ke paras siku. (ii) Cincin, gelang tangan, jam tangan, rantai tangan dan rantai janganlah dipakai sewaktu bekerja. (iii) Kasut bertapak nipis, bertumit tinggi atau berpaku tidak dibenarkan. Sebaiknya kasut yang bertapak tebal dan berjahit di sekelilingnya adalah digakkan. Bagi kerja-kerja mengangkat barang-barang, kasut tahan hentakan hendaklah digunakan. (iv) Sarung tangan yang hendak dipakai mestilah sesuai dengan sesuatu tugas. Misalnya sarung tangan kulit sesuai bagi kerja-kerja kimpalan dan sarung tangan getah sesuai untuk kerja-kerja melibatkan bahan kimia dan elektrik. (v) Rambut hendaklah pendek dan ditutup dengan topi keselamatan. (vi) Sentiasa mematuhi arahan yang diberikan oleh guru, penyelia atau maklumat yang dinyatakan di papan kenyataan. Bertanya jika tidak faham. (vii) Jangan makan, minum, bergurau atau bermain ketika berada dalam kawasan kerja. (viii) Bersihkan tempat kerja dan alat disimpan semula setelah selesai digunakan. (ix) Laporkan kepada guru atau penyelia sekiranya terdapat sesuatu keadaan yang boleh mengakibatkan bahaya.
B. Sikap kerja yang baik (i) Tabiat kerja yang baik mesti diamalkan pada setiap kali kita bekerja. (ii) Utamakan kebersihan pada alat atau mesin, tempat kerja atau pakaian. Adalah lebih baik jika mengikut jadual bertugas yang telah ditetapkan. (iii) Paparkan papan tanda amaran bahaya atau arahan kerja yang betul menggunakan sesuatu alat atau mesin. (iv) Ikuti arahan dan amaran yang telah dinyatakan pada papan tanda tersebut. C. Pengenalan Kelengkapan Pelindung Peribadi Kelengkapan Pelindungan Peribadi adalah kelengkapan yang diperlukan untuk memberikan perlindungan kepada pemakainya daripada hazard yang sedang ditangani. Antara contoh kelengkapan ini termasuklah baju kalis api, Apparatus Pernafasan Lengkap Sendiri, topi dan kasut keselamatan dan lain-lain. Oleh kerana kelengkapan ini merupakan benteng terakhir bagi pemakainya daripada bencana hazard, maka adalah penting kelengkapan ini dipilih dan digunakan mengikut spesifikasi pembuatan dan kegunaannya yang berkesan. Seperti juga kelengkapan lain, kelengkapan perlindungan peribadi mestilah dipilih secara terancang. Pengguna mestilah dimaklumkan cara dan keadaan pemakaian yang optimum serta had penggunaannya. Pengguna juga mesti menyenggarakan kelengkapan tersebut seperti yang ditetapkan oleh pihak pembekal kelengkapan. Ini bagi memastikan kelengkapan boleh berfungsi dengan cekap dan berkesan apabila digunakan. Berikut adalah kelengkapan pelindungan peribadi : (i) Cermin Perlindungan dan “goggle’ Pemakaian cermin perlindung adalah perlu apabila bekerja di kawasan berhabuk yang beterbangan , partikel, wasap, luapan atau cahaya yang boleh menyebabkan kecederaan penglihatan. Cermin keselamatan berbentuk seakan cermin biasa tetapi melindungi mata dari partikel yang beterbangan.
Kantanya hendaklah tahan hentakan dan lebih kuat dari biasa. Boleh diperolehi di dalam bentuk pelindung tepi, cawan atau kanta lentuk bagi pelindungan tambahan. Goggle pula lebih tahan hentakan dan diperolehi dalam bentuk cermin berwarna dan ianya melindungi seluruh kawasan mata dari bahaya yang datang dari semua arah. (ii) Topi Keselamatan Pekerja hendaklah memakai pelindung kepala berpenebat di mana-mana jua terdapat bahaya kecederaan kepala dari kejutan elektrik atau terbakar disebabkan oleh sentuhan dengan bahagian-bahagian yang terdedeah kepada arus elektrik (OSHA 1910.335 (a)(1)(iv)). Topi keselamatan direka untuk mengurangkan bahaya kejutan elektrik, bahaya objek terjatuh, kebakaran dan sebagainya bagi pekerja yang terdedah kepada bahaya tersebut. Topi keselamatan wajib mematuhi piawaian ANSI Z89.1-2003 (American National Standard for Industrial Head Protection).topi keselamatan terbahagi kepada 3 kelas, iaitu:- Kelas A Hazard hentakan misalnya diguna dalam industri perlombongan, pembinaan, pembinaan kapal, pembalakan dan pembuatan. Mampu menghalang rintangan penembusan, memberi perlindungan dari elektrik konduktor voltan rendah ( telah diuji dengan 2.200v). Kelas B Hazard hentakan dan penembusan daripada objek tajam dan hazard elektrik, misalnya diguna oleh pekerja elektrik. Mampu menghalang rintangan penembusan, memberi perlindungan dari elektrik konduktor voltan tinggi ( telah diuji dengan 20.000v).
Kelas C Hazard impak yang kurang kuat dan tanpa perlindungan hazard elektrik. Diguna dalam industri pembuatan, penapis minyak, logi kimia. Perlindung kepala dalam operasi memadam kebakaran. melindungi dari impak dan rintangan penembusan ( biasanya diperbuat daripada aluminium yang mengendalikan arus elektrik ). Tidak boleh digunakan di kawasan bahaya elektrik. (iii) Sarung tangan keselamatan Menggunakan sarung tangan yang sesuai apabila tangan pekerja terdedah kepada bahaya seperti penyerapan bahan bahaya apabila tangan luka atau melecet, bahaya terbakar, bahan kimia dan sebagainya Pemilihan sarung tangan yang betul boleh melindungi dari tercedera. Apabila menggunakan sarung tangan pelindung pastikan ianya sesuai dan muat dengan tangan, selesa digunakan dan mampu menangani risiko bahaya . Jenis-jenis sarung tangan seperti: a) Sarung tangan pakai buang yang diperbuat dari bahan plastik dan melindungi tangan dari kesan gatal. b) Sarung tangan fabrik yang diperbuat dari kain fabrik yang membantu menggenggam dengan lebih baik apabila mengendalikan objek licin. Ia
juga membantu melindungi tangan anda dari kesan panas, haba atau sejuk. c) Sarung tangan kulit bagi melindungi tangan dari kecederaan percikan api atau pengeseran pada permukaan kasar. d) Sarung tangan pelapik besi yang melindungi dari kecederaan luka atau calar. Digunakan untuk kerja-kerja memotong dan mengerat. (iv) Kasut Keselamatan Kasut keselamatan diperlikan untuk melindungi kaki daripada bahan-bahan berat tajam dan sebagainya. Kasut keselamatan seharusnya mempunyai tapak berlapik dengan bahan kalis haba, hujung kasut (bahagian jari kaki) diperkukuh dengan logam atau pelindung metatarsal dan tapak bergetah dan berlekuk serta beralur. Perlindungan kaki daripada hazard panas. (v) Pengahadang muka
I. Penghadang muka hendaklah sentiasa dipakai apabila menggunakan jentera kayu, terutama apabila menggunakan mesin pelarik, gergaji piring dan lain-lain jentera. Penghadang muka ini dapat melindungi muka daripada terkena serpihan kayu, logam atau habuk yang mengakibatkan kecederaan pada muka. Pelindung mata dan muka direkabentuk untuk hazard tertentu. Pemilihan boleh dibuat berdasarkan jenis dan darjah hazard serta keselesaan memakai. II. Pelindung mata dibuat dalam berbagai spesifikasi lensa bagi tujuan perlindungan daripada tenaga pancaran. Misalnya; ketebalan <3.2mm, kegelapan perlindungan minimum 4 (lensa paling gelap membawa nilai 10) III. Ketebalan > 12.7 mm, kegelapan perlindungan minimum 6 IV. Perisai muka, ‘geoggles’ (iv) Pelindung Telinga Pelindung telinga digunakan untuk melindungi telinga daripada bunyi yang terlalu bising yang boleh menjejaskan pendengaran. Pelindung telinga dipakai dengan menutup keseluruhan cuping telinga atau lubang telinga tersumbat Penyumbat telinga yang mempunyai bentuk tetap atau boleh dibentuk. Penyumbat telinga boleh dibentuk biasanya dibuat daripada kapas berlilin, buih, kapas gentian kaca. Contoh pelindung telinga ialah ‘Earmuff’.
D. KESELAMATAN BENGKEL DAN PERSEKITARAN Bengkel merupakan lokasi yang tepat untuk pelajar melakukan kerja-kerja amali. Oleh itu, bengkel perlu menepati paiawaian keselamatan, selasa dan selamat digunakan. Beberapa peraturan perlu dipatuhi oleh pelajar, antaranya : (i) Memastikan susun atur semua peralatan dan perabot dalam bengkel sentiasa kemas dan selamat supaya tidak menghalang laluan terutamanya laluan kecemasan. (ii) Pelajar perlu mengemas semula peralatan yang telah digunakan. (iii) Pelajar perlu memastikan persekitaran bengkel bersih setiap kali selesai melakukan amali. (iv) Tidak membuat bising agar dapat mendengar arahan guru/ penyelia dengan jelas. (v) Mengenal pasti kedudukan alat pemadam kebakaran dan peti pertolongan cemas agar mudah dicapai apabila berlaku kebakaran atau kemalangan. (vi) Pelajar juga telah melengkapkan diri dengan latihan kebakaran. (vii) Elakkan minyak tertumpah diatas lantai kerana minyak akan menyebabkan licin dan mudah tergelincir. (viii) Pelajar tidak dibenarkan bermain, bergurau atau mengganggu fokus rakan sekerja. Malah seharusnya bersifat Sirius ketika melaksanakan tugasan amali di bengkel. (ix) Pelajar perlu mematuhi arahan yang telah ditetapkan bagi setiap bengkel.
Pengelasan tanda-tanda yang sesuai digunakan di bengkel TANDA BAHAYA TANDA AMARAN TANDA ARAHAN KESEMALATAN
E. KESELAMATAN SEWAKTU MENGGUNAKAN PERALATAN TANGAN DAN MESIN. Bagi menjamin keselamatan semasa menggunakan alatan dan mesin. Langkah-langkah yang berikut hendaklah dipatuhi: (i) Jangan menggunakan sesuatu alat atau mesin tanpa mengetahui cara yang betul bagaimana menggunakannya. (ii) Jangan menggunakan alat atau mesin tanpa pengetahuan guru/ penyelia. (iii) Periksa alat atau mesin terlebih dahulu untuk memastikan bahawa ia dapat beroperasi dengan baik. (iv) Alat atau mesin yang rosak perlu diperbaiki terlebih dahulu. (v) Alatan atau mesin yang telah digunakan perlu disimpan semula di tempatnya agar dapat mengelakkan sebarang kehilangan atau kerosakan. (vi) Jangan biarkan sebarang mesin hidup tanpa diawasi. (vii) Gunakan kelengkapan keselamatan diri yang sesuai untuk menjalankan kerja-kerja amali. (viii) Patuhi peraturan alatan dan mesin. (ix) Jangan rosakkan, buang atau tutup tanda arahan atau amaran yang terdapat pada alat-alat atau mesin. (x) Pastikan bahawa alat yang digunakan benar-benar sesuai dengan kerja yang hendak dilakukan. (xi) Jangan cuba membaiki alat atau mesin tanpa pengetahuan guru/ penyelia.
n NAMA PROGRAM TEKNOLOGI ELEKTRIK SEMESTER 1 KOD DAN NAMA KURSUS CEA 1122 (KESELAMATAN DI TEMPAT KERJA) STANDARD KANDUNGAN 1. Menentukan peraturan keselamatan peribadi dan prosedur kerja 2. Memilih dan mengamalkan penggunaan tempat kerja, peralatan dan kelengkapan secara selamat 3. Menyelenggara dan menjaga alatan dan kelengkapan 4. Menghindar bahaya di tempat kerja 5. Mengekalkan kebersihan peralatan dan tempat kerja 6. Mengenal pasti jenis-jenis alat pemadam kebakaran dan cara penggunaannya 7. Mengenal pasti langkah-langkah kecemasan 8. Menjelaskan dan memberikan pertolongan cemas BIL NOTA PEMBELAJARAN 2/6 BIL MUKA SURAT 01/14 TAJUK: 2. Keselamatan dan kesihatan pekerjaan (OSH) TUJUAN: Modul ini merangkumi bahan-bahan panduan keselamatan di tempat kerja yang menyumbang kepada pengetahuan pelajar tentang bahaya dan risiko dan cara-cara menghapuskan dan mengurangkan bahaya dan risiko di tempat kerja. Modul ini juga memberi penjelasan mengenai langkah-langkah kecemasan, kelengkapan dan alatan tangan, peraturan asas, pemadaman kebakaran dan asas pertolongan cemas di tempat kerja. BAHAGIAN PENDIDIKAN DAN LATIHAN TEKNIKAL VOKASIONAL KEMENTERIAN PENDIDIKANMALAYSIA ARAS 5 & 6, BLOK E14, KOMPLEKS E PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN 62804 PUTRAJAYA NOTA PEMBELAJARAN NOTA PEMBELAJARAN
PENERANGAN: DEFINISI KESELAMATAN Sesuatu keadaan yang selamat dari mengalami atau menyebabkan kesakitan kecederaan atau kerugian ( kehilangan) (R.J Eifler et al., 1970) DEFINISI KEMALANGAN Kemalangan adalah insiden tidak terancang yang mengakibatkan kecederaan kepada individu, kemusnahan kepada logi dan alatan atau kedua-duanya sekali ( James, D.W.B. 1983) 1. Pengenalan Keselamatan dan kesihatan pekerjaan meruapakan satu bidang yang bertujuan melindungi keselamatan dan kesihatan pekerja. Keselamatan tempat kerja merupakan suatu aspek penting di dalam sesebuah organisasi syarikat. Kerajaan telah mengambil langkah-langkah perlu dengan memperkenalkan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 pada 25 Februari 1994. Antara faktor yang membawa kepada pengenalan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 adalah kerana terdapatnya banyak kelemahan di dalam Akta Kilang dan Jentera 1967 dan statistik kemalangan di tempat kerja yang tinggi. Sebagai contoh, insiden letupan kilang mercun di Sungai Buloh yang berlaku pada 1994 yang mengakibatkan berpuluh-puluh pekerja terperangkap dan terkorban di dalam insiden tersebut. Di bawah Akta Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan 1994, ianya merupakan salah satu tanggungjawab majikan untuk mengambil berat tentang keselamatan dan kesihatan para pekerja ketika bekerja dan juga orang lain yang turut berada di kawasan tersebut. Akta ini dikawalselia oleh Jabatan Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan dari Kementerian Sumber Manusia dan dibahagikan kepada limabelas bahagian iaitu Permulaan (Preliminary), Perlantikan Pegawai (Appointment of Officers), Majlis Negara bagi Keselamatan & Kesihatan (National Council for OSH) , Kewajipan Am Majikan & Orang Yang Bekerja Sendiri (General Duties of Employers and Self-Employed Persons), Kewajipan Am Perekabentuk, Pengilang & Pembekal (General Duties of Designers, Manufacturers and Suppliers), Kewajipan Am Pekerja (General Duties of Employees), Organisasi Keselamatan & Kesihatan (Safety and Health Organizations), Pemberitahuan Mengenai Kemalangan, Kejadian Berbahaya, Keracunan Pekerjaan & Penyakit Pekerjaan & Siasatan (Notification of Accidents, Dangerous Occurrence, Occupational Poisoning and Occupational Diseases and Inquiry), Larangan Terhadap Penggunaan Loji atau Bahan (Prohibition Against Use of Plant or Substance), Tataamalan Industri (Industry Codes of Practice), Penguatkuasaan & Penyiasatan (Enforcement and Investigation), Liabiliti bagi Kesalahan (Liability for Offences), Rayuan (Appeals), Peraturan-peraturan (Regulations), dan Pelbagai (Miscellaneous). Artikel ini akan membincangkan tentang keselamatan dan kesihatan di tempat kerja dengan merujuk kepada Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerja 1994.
2. Tujuan dan Skop Tujuan utama Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 adalah untuk memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan orang-orang yang sedang bekerja, melindungi orang-orang di tempat kerja selain daripada orang-orang yang sedang bekerja, mengalakkan suatu persekitaran pekerjaan yang bersesuaian dengan fisiologi dan psikologi orang-orang yang sedang bekerja, mengadakan suatu sistem perundangan yang berasas kepada peraturan-peraturan dan tata amalan industri disamping peruntukan Akta. Secara ringkasnya, akta ini bertujuan untuk menjamin keselamatan bukan sahaja kepada pekerja tetapi juga kepada orang lain yang berada di tempat kerja.Orang lain tersebut merujuk kepada tetamu atau sesiapa sahaja yang mempunyai urusan dengan organisasi berkenaan. Manakala skop akta ini antara lain adalah merangkumi dan melindungi semua orang yang bekerja dalam semua aktiviti ekonomi termasuk perkhidmatan awam, badan berkanun dan sektor swasta kecuali mereka yang bekerja di atas kapal perdagangan, angkatan tentera. Sektor-sektor yang dirangkumi akta ini adalah sebagaimana peruntukkan dinyatakan dalam jadual pertama di bawah seksyen 1(2) iaitu pengilangan, perlombongan dan kuari, pembinaan, pertanian, perhutanan dan perikanan, kemudahan elektrik, gas, air dan perkhidmatan kebersihan, pengangkutan, penyimpanan dan komunikasi, perdagangan borong dan runcit, hotel dan restoran, kewangan, insurans, hartanah dan perkhidmatan perniagaan, perkhidmatan awam dan pihak berkuasa berkanun. 3. Organisasi Keselamatan dan Kesihatan Pekerja Organisasi Keselamatan dan Kesihatan Pekerja terbahagi kepada tiga iaitu Jabatan Keselamatan dan Kesihatan (Department of Safety and Health), Majlis Negara (National Council), Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (National Institute of Safety and Health). Di antara fungsi-fungsi Jabatan Keselamatan dan Kesihatan adalah menguatkuasakan Akta Kilang dan Jentera 1967 dan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994, menjalankan kerja galakan dan promosi, mengkaji perundangan sedia ada, memberi khidmat nasihat dan kepakaran, menjadi sekretariat kepada Majlis Negara bagi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan. 4. Keselamatan di Tempat Kerja (Tanggungjawab Majikan dan Orang yang Bekerja Sendiri) Adalah menjadi kewajipan tiap-tiap majikan dan tiap-tiap orang yang bekerja sendiri untuk memastikan setakat yang praktik, keselamatan, kesihatan dan kebajikan semasa bekerja semua pekerjanya. Kegagalan mematuhi peruntukan ini boleh menyebabkan majikan didenda RM 50,000 atau 2 tahun penjara atau kedua-duanya. Seterusnya di bawah seksyen 15(2) memperuntukkan bahawa majikan hendaklah setakat yang praktik melindungi keselamatan, kesihatan dan kebajikan
orang-orang yang bekerja untuk mereka termasuklah mengadakan dan menyelenggara loji dan sistem kerja yang selamat dan tanpa risiko kepada kesihatan, membuat perkiraan tentang langkahlangkah yang perlu diambil dalam penyimpanan, pengendalian, penyimpanan dan pengangkutan loji dan bahan, menyediakan maklumat, arahan, latihan dan pengawasan ke atas aktiviti-aktiviti berbahaya, menyelenggara tempat kerja serta menyediakan laluan keluar dan masuk yang selamat, dan menyediakan persekitaraan tempat kerja yang bebas daripada bahaya-bahaya yang tidak diingini seperti bising, habuk dan sebagainya. Kewajipan lain majikan dan orang yang bekerja sendiri adalah menyediakan Polisi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, memastikan orang lain selain daripada pekerjanya tidak tertedah kepada bahaya yang dihasilkan daripada aktiviti yang dijalankan oleh beliau serta memberitahu orang lain tentang aktiviti yang dijalankannya, dan memberi maklumat kepada orang lain berkenaan dengan aspek cara pengusahaannya yang boleh menyentuh keselamatan dan kesihatan orang lain. Perkataan yang digunakan bagi meletakkan tanggungjawab majikan dan orang yang bekerja sendiri adalah ‘setakat yang praktik’. Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerja tidaklah memperincikan secara menyeluruh tentang apa yang dimaksudkan dengan perkataan setakat yang praktik, apa yang dinyatakan hanyalah faktor-faktor yang perlu diambil kira dalam menentukan maksud perkataan ini. Faktor-faktor tersebut adalah seperti berikut:- 1. Teruknya bahaya atau risiko yang terlibat. 2. Keadaan pengetahuan mengenai bahaya atau risiko tersebut dan cara mengawalnya. 3. Kewujudan cara yang sesuai untuk menghapus atau mengurang bahaya atau risiko itu. 4. Kos yang terlibat bagi menghapus atau mengurangkan bahaya atau risiko itu. Faktor-faktor ini penting sebagai rujukan atau panduan majikan dan orang yang bekerja sendiri dalam mempraktikkan tanggungjawab yang terpikul di bahu mereka. Dalam pada itu, faktor-faktor ini juga adalah penting bagi Mahkamah dalam membuat keputusan sama ada sesuatu tindakan majikan dan orang yang bekerja sendiri adalah boleh dipraktikkan atau tidak. 5. Tanggungjawab Pekerja Akta ini bukan sahaja meletakkan tanggungjawab kepada majikan dan orang yang bekerja sendiri tetapi juga terhadap pekerjanya. Tanggungjawab pekerja antara lain adalah memberi perhatian munasabah terhadap keselamatan dan kesihatan dirinya dan orang lain semasa menjalankan aktiviti-aktivitinya, memberi kerjasama samada kepada majikan atau orang lain dalam hal berkaitan dengan pematuhan terhadap Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerja 1994, memakai peralatan perlindungan diri yang dibekalkan oleh majikan, dan mematuhi mana-mana arahan keselamatan dan kesihatan seperti yang dikehendaki di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerja 1994 dan peraturan-peraturannya. Kegagalan mematuhi peruntukan ini boleh mengakibatkan pekerja terbabit didenda RM 1000 atau penjara 3 bulan atau kedua-duanya sekali.
6. Kesihatan di Tempat Kerja Definisi penyakit pekerjaan adalah penyakit yang disebabkan atau berpunca daripada aktiviti dan faktor persekitaran di tempat kerja. Jenis-jenis penyakit pekerjaan boleh dibahagikan kepada dua bahagian iaitu organ sasaran dan agen penyebab. Jenis-jenis penyakit pekerjaan mengikut organ sasaran adalah penyakit sistem kardiovaskular seperti penyakit paru paru pekerjaan, penyakit kulit pekerjaan, penyakit otot rangka, penyakit sistem pembiakan, penyakit sistem saraf pusat, penyakit berkaitan bangunan, penyakit hati, penyakit ginjal, penyakit psikiatri atau gangguan kesihatan mental, penyakit kanser pekerjaan. Manakala jenis-jenis penyakit pekerjaan mengikut agen penyebab adalah seperti logam, gas, pelarut, racun serangga, hilang pendengaran akibat kebisingan, gegaran, suhu, radiasi, tekanan, agen berjangkit penyakit pekerjaan berjangkit. Di antara fungsi seksyen kesihatan di bawah akta ini adalah bertujuan memantau pemberitahuan penyakit dan keracunan pekerjaan yang di laporkan, memantau aktiviti penyiasatan penyakit pekerjaan oleh negeri-negeri, menganalisa data penyakit dan keracunan pekerjaan yang dilaporkan dan menyediakan laporan kejadian penyakit dan keracunan pekerjaan, merancang dan melaksana dan memantau program pengawasan kesihatan warga JKKP, memberi input kepakaran dalam penggubalan dasar kesihatan pekerjaan, memberi khidmat nasihat kepada pejabat negeri, agensi-agensi luar, pengamal kesihatan dan orangramai. Jenis-jenis hazad pekerjaan pula boleh dibahagiakan kepada lima iaitu hazad fizikal, hazad kimia, hazad biological, hazad ergonomic, hazad psikososial. Di antara jenis-jenis hazad fizikal adalah suhu terlampau seperti sejuk atau panas, mekanikal, gegaran, kebisingan, elektrikal, radiasi, tekanan rendah atau tinggi dan pencahayaan. Hazad kimia pula terdiri daripada asid atau alkali, pelarut, bahan disinfeksi, gas anastasia dan ubat sitotoksik. Manakala jenis-jenis hazad biological adalah seperti virus, bakteria, protozoa, kulat, plasmodium dan jenis-jenis hazad ergonomic pula antara lain adalah pergerakan berulang, tiada pergerakan, mengangkat beban, kecederaan otot rangka, unit paparan visual. Akhir sekali hazad psikososial adalah seperti stress pekerjaan, depresi atau kerisauan, ketagihan dadah atau ubat, dan penderaan seksual. 7. Penguatkuasaan Penguatkuasaan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 di peruntukkan di bawah Bahagian XI. Kuasa-kuasa diberi kepada Pegawai Keselamatan dan Kesihatan untuk mengambil
tindakan bagi melaksanakan tujuan akta termasuklah kuasa untuk memasuki premis, memeriksa, meneliti, menggeledah, mengambil salinan, menyita dan menyiasat. Setelah kuasa-kuasa itu dilaksanakan, pegawai tersebut boleh mengambil langkah yang terakhir iaitu dengan mengemukakan notis kepada majikan. 8. Akta Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan 1994 ( AKTA 514) Akta ini dinamakan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994. Tetakluk kepada subseksyen (3) . Akta ini hendaklah terpakai di seluruh Malaysia bagi industri yang dinyatakan dalam jadual. Peruntukan Akta ini hendaklah menjadi tambahan kepada, dan tidak mengurangkan , peruntukan mana-mana undang-undang bertulis lain yang berhubungan dengan keselamatan dan kesihatan pekerja. Sekiranya terdapat apa-apa percanggahan atau ketakkonsistenan antara peruntukan Akta ini dengan mana-mana undang-undang bertulis lain mengenai keselamatan dan kesihatan pekerjaan, peruntukan Akta ini hendaklah mengatasi dan peruntukan yang bercanggah atau tak konsisten dalam undang-undang bertulis lain itu hendaklah, setakat percanggahan atau ketakkonsistenan itu, ditafsirkan sebagai pengganti. Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain, “bahan” ertinya apa-apa bahan semulajadi atau buatan , sama ada dalam bentuk pepejal atau cecair atau dalam bentuk gas atau wap atau apa-apa gabungannya; “bahan bagi kegunaan semasa bekerja” ertinya apa-apa bahan yang dimaksudkan atau dibekalkan bagi kegunaan, sama ada secara eksklusif atau tidak, oleh orang-orang semasa bekerja; “boleh dipraktikkan” ertinya boleh dipraktikkan dengan mengambil kira :- ▪ Teruknya atau bahaya risiko yang terlibat; ▪ Keadaan pengetahuan mengenai bahaya atau risiko itu dan apa-apa cara untuk menghapuskan atau mengurangkan bahaya risiko itu;
▪ Ada tidaknya dan kesesuaian cara untuk menghapuskan atau mengurangkan bahaya atau risiko itu; ▪ Kos untuk menghapuskan atau mengurangkan bahaya atau risiko itu. “ditetapkan” ertinya ditetapkan oleh Akta ini atau melalui peraturan-peraturan; “ industri” ertinya perkhidmatan awam , pihak-pihak berkuasa berkanun atau mana-mana aktiviti ekonomi yang disenaraikan ; “kerajaan” ertinya Kerajaan Persekutuan, Kerajaan sesuatu negeri atau Kerajaan Tempatan ; “kesatuan sekerja” ertinya apa-apa persatuan atau gabungan pekerja atau majikan mengikut pengertian Akta Kesatuan Sekerja 1959; “kontrak perkhidmatan” ertinya apa-apa perjanjian sama ada secara lisan atau bertulis dan sama ada secara nyata atau tersirat, yang menurutnya seseorang bersetuju untuk menggaji seseorang yang lain sebagai pekerja dan orang lain itu bersetuju untuk berkhidmat dengan majikannya sebagai pekerja termasuklah suatu kontrak perantisan; “loji” termasuklah apa-apa jentera, kelengkapan, perkakas, alat atau peralatan, apa-apa komponennya dan apa-apa jua yang dipasangkan , disambungkan atau diperlengkapkan kepadanya ; “majikan” ertinya majikan langsung atau majikan utama atau kedua-duanya; “majikan utama” ertinya pemunya suatu industri atau orang yang dengannya seseorang pekerja telah membuat kontrak perkhidmatan termasuklah : Pengurus, ejen atau orang yang bertanggungjawab bagi pembayaran gaji atau upah kepada seseorang pekerja; Penghuni sesuatu tempat kerja; Wakil disisi undang-undang pemunya atau penghuni yang telah meninggal dunia dan; Mana-mana kerajaan di Malaysia , jabatan mana-mana kerajaan itu, pihak berkuasa tempatan atau badan berkanun
“majlis” ertinya Majlis Negara bagi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan yang ditubuhkan di bawah seksyen 8; “orang yang bekerja sendiri” ertinya seseorang individu yang bekerja untuk keuntungan atau ganjaran selain di bawah kontrak pekerjaan, sama ada atau tidak dia sendiri mengambil kerja orang lain; “pegawai” ertinya pegawai keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang dilantik di bawah subseksyen 5(2) dan termasuklah Ketua Pengarah , Timbalan Ketua Pengarah , Pengarah, Timbalan Pengarah dan Penolong Pengarah Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan; “pekerja” ertinya seseorang yang diambil kerja dan diberi gaji di bawah kontrak perkhidmatan mengenai atau yang berkaitan dengan kerja suatu industri yang baginya Akta ini terpakai dan : Yang diambil kerja secara langsung oleh majikan utama mengenai apa-apa kerja industri itu, atau yang bersampingan dengan atau sebagai permulaan bagi atau yang berkaitan dengan kerja industri itu, sama ada kerja itu dilakukan oleh pekerja itu di tempat kerja atau di tempat lain; Yang diambil kerja oleh atau melalui seorang majikan langsung di tempat kerja industri itu atau di bawah pengawasan majikan utama atau ejennya mengenai kerja yang biasanya menjadi sebahagian daripada kerja industri itu, atau yang menjadi permulaan bagi kerja yang dijalankan dalam atau bersampingan dengan maksud industri itu, atau; Yang perkhidmatannya dipinjamkan atau disewakan sementara kepada majikan utama oleh orang yang dengannya orang yang perkhidmatannya dipinjamkan atau disewakan itu telah memasuki suatu kontrak perkhidmatan; “pembekalan” berhubungan dengan apa-apa loji atau bahan, ertinya pembekalan melalui penjualan, pertukaran, pemajakan, penyewaan atau sewabeli, sama ada sebagai prinsipal atau ejen bagi yang lain; “penghuni” berhubungan dengan tempat kerja , ertinya seseorang yang menguruskan atau mengawal tempat kerja ; “premis” termasuklah
Mana-mana tanah, bangunan atau bahagian mana-mana bangunan; Mana-mana kenderaan, vesel atau pesawat udara; Apa-apa pepasangan di atas tanah, pepasangan luar pesisir atau pepasangan lain sama ada di atas dasar atau yang terapung di atsa mana-mana air dan; Mana-mana khemah struktur boleh alih. “tempat kerja” ertinya premis tempat orang-orang bekerja atau premis yang digunakan bagi penyimpanan loji atau bahan. Bagi maksud akta ini , risiko yang berbangkit daripada aktiviti orang-orang yang sedang bekerja hendaklah dikira sebagai termasuk risiko yang berkaiatan dengan cara suatu pengusahaan dijanakan, loji atau bahan yang digunakan bagi maksud sesuatu pengusahaan dan keadaan premis yang digunakan sedemikian atau mana-mana bahagiannya. Bagi maksud Akta ini : “kerja” ertinya kerja sebagai seorang pekerja atau sebagai orang yang bekerja sendiri; seseorang pekerja disifatkan sedang bekerja sepanjang masa dia berada di tempat kerjanya tetapi tidak selainnya; dan orang yang bekerja sendiri adalah sedang bekerja sepanjang masa yang ditumpukannya kepada kerja sebagai orang yang bekerja sendiri. 9. Tujuan Akta Terdapat beberapa objektif bagi Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994, antaranya ialah :
Untuk memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan orang-orang yang sedang bekerja terhadap risiko kepada keselamatan atau kesihatan yang berbangkit daripada aktiviti-aktiviti orangorang yang sedang bekerja. Untuk melindungi orang-orang di tempat kerja selain daripada orang-orang yang sedang bekerja terhadap risiko keselamatan atau kesihatan yang berbangkit daripada aktiviti orang-orang yang sedang bekerja. Untuk menggalakkan suatu persekitaran pekerjaan bagi orang-orang yang sedang bekerja yang disesuaikan dengan keperluan fisiolo gi dan psikologi mereka. Untuk mengadakan cara yang menurutnya perundangan keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang berkaitan boleh digantikan secara berperingkat-peringkat oleh sistem, peraturan dan tata amalan industri yang diluluskan, yang berjalan secara bergabung dengan peruntukan Akta ini yang dimaksudkan untuk mengekalkan atau memperbaiki standard keselamatan dan kesihatan.
10. Prinsip Asas Akta OSH Untuk Hak Pekerja dan Polisi OSH AKTA OSH Akta Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan 1994 dirangka berdasarkan enam prinsip iaitu: • Pencegahan kemalangan adalah sebahagian daripada aspek penting pengurusan dan kemahiran yang baik. • Pihak pengurusan dan pekerja mestilah bekerjasama dalam memastikan tempat kerja bebas daripada sebarang kemalangan • Penglibatan pihak atasan adalah diutamakan dalam memimpin perlaksanaan keselamatan di tempat kerja • Dasar keselamatan dan kesihatan pekerjaan hendaklah dirangka dan diketahui oleh semua pekerja di tempat kerja • Organisasi dan sumber yang perlu hendaklah dibangunkan dan disediakan bagi menyokong ke arah kesihatan dan keselamatan pekerjaan • Pengetahuan dan kaedah tersedia yang terbaik digunakan Keenam-enam prinsip tadi merupakan asas di dalam pembinaan dan perangkaan Akta Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan 1994. POLISI OSH Industri yang mengambil lima atau lebih ramai orang, harus mempunyai satu kenyataan bertulis berkaitan dasar untuk memastikan kesihatan dan keselamatan. Dasar keselamatan hendaklah membantu majikan menentukan keutamaan terperinci kesihatan dan keselamatan dan memastikan ia dipenuhi. Ia juga perlu menetapkan bagaimana dasar itu akan dilaksanakan. Kenyataan dasar tersebut perlu memberikan perhatian kepada semua pekerja.
10. Organisasi Buruh Antarabangsa (ILO) Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) merupakan sebuah agensi khusus Pertubuhan BangsaBangsa Bersatu yang menangani isu-isu buruh. Organisasi ini ditubuhkan pada 1919 melalui Persetiaan Versailles dan sebagai organ Liga Bangsa-bangsa. Selepas PBB ditubuhkan, ILO telah menjadi agensi pertubuhan tersebut. Matlamat utama ILO adalah untuk menggalakkan peluang bagi wanita dan lelaki mendapat pekerjaan yang memuaskan dan berhasil, dengan keadaan bebas, adil, selamat dan bermaruah. Kerja ILO dibahagikan kepada empat sektor, iaitu: (1) piawaian dan prinsip asas dan hak dalam pekerjaan, (2) pekerjaan (employment), (3) perlindungan sosial dan (4) dialog sosial. 12. Kepentingan Tanggungjawab Korporat Mengikut OSH 1994 Tanggungjawab memastikan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja terletak atas mereka yang mewujudkan risiko dan mereka yang bekerja dengan risiko tersebut (a) Peraturan Kendiri (Self Regulation) (b) Perundingan (c) Kerjasama dan penglibatan pekerja Penutup Dengan penguatkuasaan AKKP, dunia pekerjaan dan perindustrian di Malaysia telah memasuki era baru dengan perhatian yang serius diberikan kepada keselamatan dan kesihatan para pekerja. Kewujudan akta ini yang diperkenalkan kerajaan hingga ke hari ini telah berjaya mencapai objektifnya iaitu menyediakan suasana kerja yang selamat dan sihat bukan sahaja terhadap pekerja tetapi sesiapa sahaja yang berada di tempat kerja.
n NAMA PROGRAM TEKNOLOGI ELEKTRIK SEMESTER 1 KOD DAN NAMA KURSUS CEA 1122 (KESELAMATAN DI TEMPAT KERJA) STANDARD KANDUNGAN 1. Menentukan peraturan keselamatan peribadi dan prosedur kerja 2. Memilih dan mengamalkan penggunaan tempat kerja, peralatan dan kelengkapan secara selamat 3. Menyelenggara dan menjaga alatan dan kelengkapan 4. Menghindar bahaya di tempat kerja 5. Mengekalkan kebersihan peralatan dan tempat kerja 6. Mengenal pasti jenis-jenis alat pemadam kebakaran dan cara penggunaannya 7. Mengenal pasti langkah-langkah kecemasan 8. Menjelaskan dan memberikan pertolongan cemas BIL NOTA PEMBELAJARAN 3/6 BIL MUKA SURAT 01 /09 TAJUK: 3. Pengenalpastian Bahaya, Penilaian Risiko dan Kaedah Pencegahan TUJUAN: Modul ini merangkumi bahan-bahan panduan keselamatan di tempat kerja yang menyumbang kepada pengetahuan pelajar tentang bahaya dan risiko dan cara-cara menghapuskan dan mengurangkan bahaya dan risiko di tempat kerja. Modul ini juga memberi penjelasan mengenai langkah-langkah kecemasan, kelengkapan dan alatan tangan, peraturan asas, pemadaman kebakaran dan asas pertolongan cemas di tempat kerja. BAHAGIAN PENDIDIKAN DAN LATIHAN TEKNIKAL VOKASIONAL KEMENTERIAN PENDIDIKANMALAYSIA ARAS 5 & 6, BLOK E14, KOMPLEKS E PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN 62804 PUTRAJAYA NOTA PEMBELAJARAN NOTA PEMBELAJARAN
PENERANGAN: 1. Pengenalan Bagi memastikan pekerja dapat berfungsi dengan cemerlang, keselamatan dan kesihatan pekerja perlu diutamakan di setiap tempat kerja, samada di sektor pembuatan, pembangunan, pertanian, perlombongan, perikanan atau pun perkhidmatan. Antara tahun 1998-2003, secara purata 153 bagi setiap 10,000 pekerja terlibat dengan kemalangan di tempat kerja manakala 42 bagi setiap 10,000 pekerja terlibat dengan kemalangan dalam perjalanan pergi balik kerja. Kemalangan di kalangan pekerja mendatangkan implikasi serius seperti kehilangan nyawa dan kecacatan yang menelan kos yang tinggi. Sebagai contoh, perbelanjaan pampasan yang dikeluarkan oleh PERKESO pada tahun 2002 untuk faedah hilang upaya kekal akibat kemalangan di tempat kerja adalah RM119.6 juta manakala akibat kemalangan dalam perjalanan pergi-balik kerja adalah berjumlah RM102.7 juta. Oleh itu, kerajaan berwawasan untuk mengurangkan kadar kemalangan di tempat kerja melalui aktiviti-aktiviti program promosi keselamatan dan kesihatan pekerjaan, program latihan dan penguatkuasaan akta-akta serta peraturanperaturan berkaitan. 2. Definisi (a) Kemalangan Kemalangan merupakan kejadian yang tidak diingini yang boleh mengakibatkan kecederaan, kesakitan, kematian atau kerosakan kepada harta benda. (b) Kemalangan Di Tempat Kerja Meliputi kemalangan yang: 1. Berpunca dan terbit daripada pekerjaan yang dilakukan – Kemalangan yang melibatkan pengendalian mesin atau peralatan dan kemalangan di tempat kerja yang berpunca dari pekerjaan. 2. Berpunca daripada perjalanan: ❖ Ulang-alik dari tempat kediaman ke tempat kerja setiap hari. ❖ Dari tempat kerja ke tempat makan sewaktu rehat yang dibenarkan. ❖ Berkaitan dengan pekerjaan. (c) Hazard
Apa-apa yang berpotensi memudaratkan pekerja samada dari segi keselamatan atau kesihatan. Hazard boleh dibahagikan kepada: ❖ Hazard kimia – Pelarut, asid, alkali, gas, dan lain-lain. ❖ Hazard fizikal – Elektrik, haba, bunyi bising, radiasi, debu/habuk, dan lain-lain. ❖ Hazard biologikal – Virus, bakteria, kulat, parasit, serangga pembawa penyakit, haiwan Berbisa, dan lain-lain. ❖ Hazard ergonomik – Stesyen kerja yang tidak sesuai dengan pekerja, pengendalian manual, postur kekok (awkward posture), kerja berulang, dan lain-lain. ❖ Hazard psikososial – Kerja syif, tekanan di tempat kerja, penyalahgunaan dadah dan alkohol, gangguan seksual, keganasan, dan lain-lain. (d) Risiko ❖ Kebarangkalian bagi sesuatu hazard untuk menyebabkan kemudaratan. 3. Konsep Keselamatan dan Kesihatan di Tempat Kerja Dalam era ini, keselamatan dan kesihatan pekerja bukan lagi dianggap sebagai elemen yang berasingan kerana ia berkait rapat antara satu sama lain. Tempat kerja yang kurang selamat meningkatkan risiko kemalangan serta kecederaan yang pastinya menjejaskan kesihatan. Dalam masa yang sama, pekerja yang kurang sihat adalah lebih berisiko untuk mengalami kemalangan. Kewujudan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSHA) 1994 jelas menunjukkan perkaitan dan kepentingan kedua-dua elemen ini. Matlamat utama akta tersebut ialah untuk menghasilkan budaya kerja yang selamat dan sihat di kalangan semua pekerja dan majikan di Malaysia. Keselamatan di tempat kerja adalah berkenaan pencegahan kemalangan, kecederaan atau penyakit di kalangan pekerja atau orang-orang lain yang berada di tempat kerja. Selain daripada memelihara nyawa serta kesihatan pekerja yang merupakan aset terpenting dalam sesebuah organisasi atau syarikat,
pencegahan kemalangan secara tidak langsung dapat mengurangkan kos rawatan, pampasan, kehilangan produktiviti, ketidakhadiran bekerja, kerosakan harta-benda, perkhidmatan kesihatan masa depan, hilang upaya dan lain-lain lagi. Ringkasnya keselamatan dan kesihatan pekerjaan adalah penting dari sudut: ❖ Kemanusiaan dan moral; ❖ Perundangan; dan ❖ Kewangan. 4. Peranan Majikan dalam Pencegahan Kemalangan Majikan atau pihak pengurusan atasan merupakan tonggak utama dalam memastikan kejayaan sesuatu program pencegahan kemalangan di tempat kerja. Ianya berkait rapat dengan pengetahuan majikan tentang aspek keselamatan dan kesihatan di tempat kerja, sikap, komitmen, harapan dan peruntukan yang sanggup dilaburkan untuk tujuan keselamatan dan kesihatan. Pihak pengurusan di setiap peringkat perlu memahami tentang kepentingan pencegahan kemalangan dimana ia merupakan sebahagian daripada tugas utama. Majikan perlulah berpengetahuan tentang aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan serta mampu memantau aktivitiaktiviti yang dijalankan. Seksyen 15 Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 jelas menyatakan kewajipan majikan dan setiap orang yang bekerja sendiri untuk memastikan setakat yang praktik, kesihatan, keselamatan dan kebajikan semua pekerjanya semasa bekerja. 4.1 TANGGUNGJAWAB MAJIKAN Menyediakan dasar keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang merupakan pernyataan bertulis mengenai dasar am mengenai keselamatan dan kesihatan, organisasi, perkiraan, (pelan, kaedah, latihan, dan sebagainya) langkah-langkah keselamatan dan kesihatan di tempat kerja. ❖ Menubuhkan jawatankuasa keselamatan dan kesihatan bagi organisasi yang mempunyai 40 orang pekerja atau lebih. ❖ Menggaji atau melantik seorang pegawai yang kompeten untuk bertindak sebagai Pegawai Keselamatan dan Kesihatan bagi organisasi tertentu seperti yang telah ditetapkan dalam Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pegawai
Keselamatan Dan Kesihatan) 1997, atau apabila diarahkan oleh Ketua Pengarah, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan. ❖ Menyediakan maklumat, arahan dan penyeliaan bagi memastikan keselamatan dan kesihatan terjamin. ❖ Menyedia dan menyelenggara tempat dan sistem kerja supaya selamat dan sihat. ❖ Mengatur perolehan, penggunaan, pengendalian, penyimpanan, pengangkutan dan pelupusan bahan-bahan secara selamat. ❖ Menyediakan kemudahan kebajikan kepada pekerja seperti bilik rehat pekerja, tempat makan yang sesuai dan kemudahan kecemasan. ❖ Mengadakan pengawasan (surveillance) perubatan untuk pekerja yang terdedah kepada hazard tertentu di tempat kerja. ❖ Mengadakan latihan induksi dan latihan dalam perkhidmatan dari masa ke semasa. ❖ Melaporkan kejadian kemalangan dan penyakit pekerjaan kepada pihak yang berwajib. ❖ Menyediakan rekod-rekod keselamatan dan kesihatan. Membekalkan kelengkapan atau pakaian perlindungan peribadi (PPE) yang sesuai dan berkesan. 5. Peranan Pekerja dalam Pencegahan Kemalangan Peranan pekerja dalam pencegahan kemalangan adalah sama penting dengan majikan. Tanpa kerjasama serta sokongan pekerja, segala langkah keselamatan atau peraturan yang ditetapkan tidak akan dapat dipraktikkan. Segala 24 Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 menjelaskan bahawa pekerja turut bertanggungjawab dalam memberi perhatian yang munasabah bagi memelihara keselamatan dan kesihatan dirinya dan orang lain semasa bekerja. 5.1 TANGGUNGJAWAB PEKERJA ❖ Pekerja perlu memberi perhatian yang munasabah bagi menjaga keselamatan dirinya dan orang lain semasa bekerja. ❖ Pekerja perlu bekerjasama serta mematuhi arahan majikan atau orangorang lain yang berkaitan.
❖ Pekerja perlu mematuhi arahan berkaitan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja. ❖ Pekerja perlu menggunakan kelengkapan atau pakaian perlindungan peribadi atau apa-apa kelengkapan yang dibekalkan. 6. Punca-punca kemalangan dengan merujuk kepada OSHA Selain daripada perilaku tidak selamat semasa kerja dan keadaan kerja yang tidak selamat, faktor- faktor lain yang turut menyumbang kepada kemalangan juga perlu dikawal. 7. Jenis-jenis kemalangan dengan merujuk kepada OSHA ❖ Tersepit antara objek
❖ Terjatuh ❖ Tergelincir ❖ Berlanggar ❖ Meletup ❖ Terbakar 8. Jenis-jenis bahaya utama berpandukan OSHA Bahaya Fizikal Bahaya Kesihatan Bahaya Kebakaran ❖ cecair mudah terbakar ❖ cecair mudah terbakar ❖ aerosol mudah terbakar ❖ gas mudah terbakar ❖ pepejal mudah terbakar ❖ pengoksida ❖ piroforik Bahaya Letupan ❖ gas termampat Kesan sistemik ❖ karsinogen ❖ agen toksik ❖ Item yang sangat toksik ❖ Kakisan ❖ merengsa ❖ pemeka Kesan terhadap Organ ❖ Hepatotoxin ❖ Nephrotoxin
❖ letupan Bahaya reaktif ❖ peroksida organik ❖ Tidak stabil (reactive) ❖ Air-reaktif ❖ neurotoksin ❖ Darah / hematopoietik toksin ❖ toksin pernafasan ❖ toksin pembiakan ❖ bahaya kulit ❖ bahaya mata 9. Menentukan Jenis Pencegahan Kemalangan di Tempat Kerja Mengikut OSHA 9.1 PENGENALAN Kemalangan adalah sesuatu yang kompleks dan berlaku tanpa dirancang, namun ia boleh dicegah. Kemalangan boleh diakibatkan oleh dua sebab utama: • Tindakan yang tidak selamat (Unsafe act) • Keadaan kerja tidak selamat (Unsafe condition) Berikut adalah langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengatasi faktor yang menyumbang kepada kemalangan. Rajah 1 menerangkan faktor-faktor yang menyumbang kepada Kemalangan dengan lebih terperinci. Rajah 1 : Konsep Pencegahan Kemalangan
9.2 4 Langkah pencegahan kemalangan (a) Menghapuskan bahaya Menghapuskan hazard dari tempat atau proses kerja (misalnya tidak lagi menggunakan asbestos kerana ia boleh menyebabkan penyakit paru-paru seperti asbestosis dan barah). (b) Menghadkan tahap bahaya ❖ Susun atur yang kemas ❖ Ruang kerja yang selesa ❖ Pengalihan udara yang baik ❖ Pencahayaan yang mencukupi bagi kerja yang dilakukan. ❖ Bunyi bising yang terkawal. ❖ Sistem penggera berfungsi dengan baik. ❖ Sistem pencegah kebakaran berfungsi dengan baik. ❖ Tanda-tanda amaran yang jelan dan mencukupi. ❖ Tanda-tanda arahan keselamatan yang jelas dan mencukupi. (c) Mengasingkan dan menghalang ❖ Bahan kimia berbahaya disimpan di tempat yang selamat. ❖ Peralatan disimpan di tempat yang bersesuaian. (d) Memastikan rekabentuk selamat mengikut OSHA ❖ Peralatan berfungsi dengan baik. ❖ Peranti keselamatan pada mesin sesuai. ❖ Rekabentuk mesin dan alatan tangan tidak diubah suai. ❖ Rekabentuk mesin dan alatan tangan memenuhi kehendak ergonomik.
n NAMA PROGRAM TEKNOLOGI ELEKTRIK SEMESTER 1 KOD DAN NAMA KURSUS CEA 1122 (KESELAMATAN DI TEMPAT KERJA) STANDARD KANDUNGAN 1. Menentukan peraturan keselamatan peribadi dan prosedur kerja 2. Memilih dan mengamalkan penggunaan tempat kerja, peralatan dan kelengkapan secara selamat 3. Menyelenggara dan menjaga alatan dan kelengkapan 4. Menghindar bahaya di tempat kerja 5. Mengekalkan kebersihan peralatan dan tempat kerja 6. Mengenal pasti jenis-jenis alat pemadam kebakaran dan cara penggunaannya 7. Mengenal pasti langkah-langkah kecemasan 8. Menjelaskan dan memberikan pertolongan cemas BIL NOTA PEMBELAJARAN 4/6 BIL MUKA SURAT 01/12 TAJUK: 4. Pencegahan kebakaran TUJUAN: Modul ini merangkumi bahan-bahan panduan keselamatan di tempat kerja yang menyumbang kepada pengetahuan pelajar tentang bahaya dan risiko dan cara-cara menghapuskan dan mengurangkan bahaya dan risiko di tempat kerja. Modul ini juga memberi penjelasan mengenai langkah-langkah kecemasan, kelengkapan dan alatan tangan, peraturan asas, pemadaman kebakaran dan asas pertolongan cemas di tempat kerja. BAHAGIAN PENDIDIKAN DAN LATIHAN TEKNIKAL VOKASIONAL KEMENTERIAN PENDIDIKANMALAYSIA ARAS 5 & 6, BLOK E14, KOMPLEKS E PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN 62804 PUTRAJAYA NOTA PEMBELAJARAN NOTA PEMBELAJARAN
PENERANGAN: 1. DEFINISI KEBAKARAN Apa itu Kebakaran? Kebakaran merupakan bencana yang sering dihadapi dan boleh digolongkan sebagai bencana alam atau kemalangan yang disebabkan oleh manusia. Definisi kebakaran menurut Depnaker: "Suatu reaksi oksida yang berlaku dengan cepat dari suatu bahan bakar yang menyebabkan api atau nyalaan." 2. FAKTOR KEBAKARAN (a) Bahan Api (bahan bakar) Bahanapi adalah semua bahan boleh terbakar samada pepejal, cecair atau gas. (b) Udara Udara untuk bernafas adalah 21% oksigen. Api hanya perlu 16% Oksigen untuk membakar. (c) Haba (Panas) Haba adalah tenaga yang diperlukan untuk meningkatkan suhu bahanapi ketahap pengewapan bagi membolehkan penyalaan. 3. KELAS KEBAKARAN Kebakaran diklasifikasikan kepada 4 kelas iaitu :- KELAS KEBAKARAN HURAIAN (a) Kelas A
Kebakaran bahan biasa mudah terbakar atau bahan bersebut. Contoh kayu, kertas, kain, getah dan plastik. (b) Kelas B Kebakaran cecair mudah terbakar contoh minyak tanah, minyak gas, cat, petrol dan propane. (c) Kelas C Kebakaran disebabkan oleh peralatan/peranti elektrik yang mempunyai bekalan kuasa contoh suis, kotak panel agihan, wayar litar dan motor. (d) Kelas D Kebakaran logam mudah terbakar seperti magnesium, potassium, sodium, titanium. Logam ini terbakar ketika suhu yang tinggi dan mengeluarkan oksigen untuk menyokong pembakaran. 4. CARA MENCEGAH KEBAKARAN Kelas Kebakaran Cara Mencegah
Kelas A (Kebakaran Biasa) Tempatkan kain perca berminyak dalam bekas bertudung. Kawasan kerja dan tempat simpanan barangan perlu bersih dari sampah sarap. Kelas B (Cecair atau gas mudah terbakar) • Jangan mengisi minyak ke dalam mesin/alat di tempat sempit terutama dekat dengan punca api seperti dapur pelebur/pemanas. • Jangan mengisi minyak ke dalam mesin/alat semasa masih panas. • Simpan bahan cecair mudah terbakar dalam bekas kedap dan kalis tumpah. Ambil dari simpanan kuantiti yang hendak diguna terus. • Simpan cecair mudah terbakar jauh dari punca arka/bunga api. • Guna cecair mudah terbakar hanya di kawasan peredaran udara yang baik. Kelas C (Peralatan Elektrik) • Periksa pendawaian lama, penebat lusuh dan pepasangan/peranti yang rosak. • Cegah motor daripada kepanasan. Bunga api dari motor boleh mencetus penyalaan dari habuk dan minyak. • Jangan ganti fius dalam litar yang lebih dari kadaran. • Periksa peralatan dari bau luar biasa. Bau ini boleh menjadi tanda awal kebakaran. • Jangan guna beban lebihan untuk soket. Kelas D (Logam mudah terbakar) • Memerlukan punca api yang tinggi untuk menyala. Tetapi bila ia menyala adalah amat sukar untuk dipadam disebabkan tindakbalas pembakaran menghasilkan oksigen untuk menyokong pembakaran walaupun dalam air. • Logam asli seperti potassium dan sodium bertindak secara pantas (boleh meletup) dengan air dan bahan kimia yang lain. Logam ini perlu disimpan dalam bekas kedap khas yang berisi cecair ‘nonreactive’ supaya tidak terdedah kepada udara lempap. • Pengetahuan tentang ciri-ciri logam dan bahan kimia mudah terbakar adalah penting untuk mencegah atau mengawal tindakbalas kimia/kebakaran.
5. CARA MEMADAM KEBAKARAN Kelas Kebakaran Cara Memadam kebakaran Kelas A (Kebakaran Biasa) • Padam api biasa dengan menyejukkan bahan terbakar di bawah suhu nyalaan dan basahkan bahan untuk mengelakkan nyalaan semula. • Gunakan pemadam api jenis pancutan air, buih atau bahan kimia kering pelbagai guna (ABC rated). Jangan gunakan pemadam api jenis karbon dioksida atau pemadam api bahan kimia kering biasa (BC rated). Kelas B (Cecair atau gas mudah terbakar) • Padamkan api dari cecair mudah terbakar dengan menghapuskan oksigen, dan mencegah wap dari punca nyalaan atau mencegah tindak balas kimia. • Pemadam api jenis buih, karbon dioksida, bahan kimia kering biasa (BC rated), bahan kimia kering pelbagai guna (ABC rated) dan pemadam halon. Kelas C (Peralatan Elektrik) • Padamkan api dengan menggunakan agen pemadam yang tidak boleh mengalirkan arus elektrik. • Pemadam api karbon dioksida, bahan kimia kering biasa (BC rated), bahan kimia kering pelbagai guna (ABC rated) dan pemadam halon. • Jangan sesekali menggunakan pemadam api jenis air. Kelas D (Logam mudah terbakar) • Padamkan api dengan menggunakan agen pemadam khas untuk bahan/logam tersebut di mana agen ini akan meresapkan suhu tinggi dari logam/bahan dan menyejukkannya dibawah tahap suhu nyalaan. • Pemadam api jenis serbuk kering. Jarang digunakan oleh orang awam.
6. JENIS ALAT PEMADAM KEBAKARAN DAN CARA PENGGUNAAN Terdapat 4 jenis alat Pemadam api, iaitu:- (a) Jenis ABC • Jenis debu kering • Berat : 3 kg atau 12kg • Warna silinder : Biru atau merah • Kelebihan : (i) Bertindak lebih berkesan daripada alat pemadam api yang lain. (ii) Boleh memadam semua kelas api (A, B, C , D) • Kekurangan : (i) Hanya digunakan sekali sahaja 7. JENIS ALAT PEMADAM KEBAKARAN DAN CARA PENGGUNAAN Terdapat 4 jenis alat Pemadam api, iaitu:- (b) Jenis ABC
• Jenis debu kering (c) Jenis AB • Jenis Buih • Sesuai untuk kebakaran berpunca dari cecair dan kayu • Warna silinder : kuning/ krim (d) Jenis A
• Jenis air • Warna silinder : merah • Kelebihan : (i) Tidak merbahaya dan mudah digunakan (ii) Bertindak dengan segera (iii) Mudah isian semula • Kekurangan : (i) Hanya digunakan sekali sahaja (ii) Tidak boleh memadam api daripada minyak, enjin dan elektrik. (e) Jenis CO2 • Jenis karbon dioksida • Warna silinder : Hitam • Berat : 3kg
• Kelebihan : (i) Bertindak memadam secara menyelimut dan menyejuk. (ii) Tidak mengalirkan elektrik dan merosakkan peralatan elektrik. (iii) Sesuai untuk kelas api A dan C (iv) Gas bersih dan tidak merbahaya (v) Tidak membantu kebakaran (vi) Tidak meninggalkan kesan (vii) Boleh memadam ditempat yang tersorok. (viii) Cepat bertindak pada suhu yang biasa (ix) Boleh digunakan pada api yang berpunca dari cecair. • Kekurangan : (i) Kandungan gas tidak boleh dilihat. (ii) Tidak boleh diisi secara sendiri. (iii) Keberatan silinder tidak berpatutan dengan kandungan CO2 . 6.1 Komponen Pada Alat Pemadam Api
6.2 Kedudukan Semasa memadam Kebakaran Betul Salah Kedudukan harus menghala kepada arah angin. Kedudukan menentang arah angin. 6.3 Cara Menggunakan Alat Pemadam Kebakaran
n NAMA PROGRAM TEKNOLOGI ELEKTRIK SEMESTER 1 KOD DAN NAMA KURSUS CEA 1122 (KESELAMATAN DI TEMPAT KERJA) STANDARD KANDUNGAN 1. Menentukan peraturan keselamatan peribadi dan prosedur kerja 2. Memilih dan mengamalkan penggunaan tempat kerja, peralatan dan kelengkapan secara selamat 3. Menyelenggara dan menjaga alatan dan kelengkapan 4. Menghindar bahaya di tempat kerja 5. Mengekalkan kebersihan peralatan dan tempat kerja 6. Mengenal pasti jenis-jenis alat pemadam kebakaran dan cara penggunaannya 7. Mengenal pasti langkah-langkah kecemasan 8. Menjelaskan dan memberikan pertolongan cemas BIL NOTA PEMBELAJARAN 5/6 BIL MUKA SURAT 01 / 11 TAJUK: 5. Asas pertolongan cemas TUJUAN: Modul ini merangkumi bahan-bahan panduan keselamatan di tempat kerja yang menyumbang kepada pengetahuan pelajar tentang bahaya dan risiko dan cara-cara menghapuskan dan mengurangkan bahaya dan risiko di tempat kerja. Modul ini juga memberi penjelasan mengenai langkah-langkah kecemasan, kelengkapan dan alatan tangan, peraturan asas, pemadaman kebakaran dan asas pertolongan cemas di tempat kerja. BAHAGIAN PENDIDIKAN DAN LATIHAN TEKNIKAL VOKASIONAL KEMENTERIAN PENDIDIKANMALAYSIA ARAS 5 & 6, BLOK E14, KOMPLEKS E PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN 62804 PUTRAJAYA NOTA PEMBELAJARAN NOTA PEMBELAJARAN
PENERANGAN: 1. DEFINISI PERTOLONGAN CEMAS Pertolongan cemas ditakrifkan sebagai bantuan permulaan yang diberikan kepada seseorang yang mengalami kecederaan dalam sebarang kemalangan atau sakit secara mengejut / tiba-tiba sebelum ketibaan ambulans, doctor atau pakar perubatan sebelum mangsa dihantar ke hospital. KEMUDAHAN PERTOLONGAN CEMAS ➢ Kotak/peti pertolongan cemas ➢ Bilik rawatan pertolongan cemas ➢ Peralatan cemas 2. DEFINISI PETI PERTOLONGAN CEMAS Peti pertolongan cemas adalah kotak yang mengandungi peralatan ringkas dan ubatubatan mudah yang boleh digunakan semasa pertolongan cemas. 3. SENARAI KANDUNGAN DALAM PETI PERTOLONGAN CEMAS MENURUT KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA Sebuah kotak pertolongan cemas sekurang-kurangnya dilengkapi dengan beberapa peralatan dan ubat-ubatan penting. Antaranya : (a) Pembalut tiga segi (membuat anduh, pad cincin dan pembalut) (b) Pembalut gulung pelbagai saiz ( membalut luka) (c) Kapas (membersih luka, Membuat alas dan melumur ubat) (d) Kertas nipis ( membersih luka dan kegunaan lain) (e) Pin penyemat (menyemat anduh dan sebagainya yang berkaitan) (f) Gunting (memotong pembalut gulung) (g) Penyepit ( mengeluarkan serpihan, menyepit kapas) (h) Yellow solution atau Iodin untuk luka (i) Blue solution untuk luka (j) Pisau kecil (k) Ubat mata (l) Vicks ( selsema dan gigit serangga) (m)Dettol (membasuh luka) (n) Panadol (selsema, demam dan sakit kepala) (o) Minyak angin atau ubat gosok (untuk senak perut,gigitan serangga dan sebagainya)
4. KESAKITAN RINGAN MERUJUK PANDUAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (a) Terbakar ➢ Dikelaskan kepada 2 faktor : (i) Kedalaman kecederaan (ii) Peratus kawasan permukaan yang terbakar ➢ Tahap kebakaran : (i) Tahap pertama ( Superficial Burn) – kecederaan terbakar/ melecur pada bahagian kulit luar sahaja. Ia melibatkan lapisan epidermis dan terasa sakit. (ii) Tahap kedua ( Intermediate Burn) – kecederaan sampai ke tisu dan otot-otot. Ia disebabkan oleh lapisan atas kulit musnah. Kulit kelihatan kemerahan dan mengelembung. Terasa sangat sakit (iii) Tahap ke tiga (Deep Burn) – terbakar sampai ke tulang. Kulit kelihatan merah, lepuh dan Nampak keputihan. Ianya akan kelihatan kehitaman seperti arang. Ianya terjadi kerana epidermis, dermis dan lapisan sel yang membentuk kulit yang mengandungi folikel bulu roma dan saraf musnah. Tidak terasa sakit. ➢ Akibat : Akibat Tindakan Haba Asingkan mangsa daripada sumber kebakaran atau haba. ❖ Padam api sekiranya ada ❖ Pastikan mangsa mempunyai saluran pernafasan, bebas dari sebarang sekatan. ❖ Periksa nadi. ❖ Buat penilaian tahap tenat mangsa. Kimia ❖ Basuh dan simbah bahagian yang terkena bahan kimia. ❖ Dapatkan rawatan segera jika melibatkan muka ❖ Jangan pecahkan lepuhan yang terbentuk. ❖ Jangan tekan tempat terbakar. ❖ Jangan gunakan bahan yang berminyak. ❖ Jangan menggunakan bahan untuk meneutralkan bahan kimia yang terlibat. Elektrik ❖ Tutup suis. ❖ Asingkan mangsa dari pendawaian elektrik, jangan sentuh mangsa jika tidak pasti akan keselamatan diri.
❖ Pemulihan ABC (Airway, Breathing dan Circulation) perlu diberi segera. ❖ Langkah seterusnya adalah sama seperti kebakaran haba. Sinaran ❖ Asingkan ke tempat yang sejuk ❖ Sejukkan kulit dengan mengelap badan menggunakan air sejuk. ❖ Berikan minum air sejuk berselang-selang ❖ Jangan pecahkan lepuhan yang terbentuk. ❖ Bawa mangsa ke hospital jika perlu. (b) Kecederaan tulang, sendi, ligament dan otot. ❖ Fraktur bermaksud tulang yang patah atau retak ❖ Kecederaan otot (strain) – otot diregang secara berlebihan. ❖ Terseliuh (sprain) – kecederaan berlaku akibat rentapan kuat dan mengejut ❖ Dislokasi – berlaku apabila hujung tulang sendi terkeluar dari kedudkan normal ❖ Lutut terkunci – tulang rawan sendi lutut terkoyak atau terkeluar dari kedudukan normalnya. ❖ Tindakan : ➢ Memberikan rawatan segera sekiranya berlaku gangguan saluran pernafasan, gangguan nafas, dan gangguan sirkulasi ➢ Kurangkan pergerakan bahagian bahagian yang tercedera. ➢ Menghalangkan pergerakan bahagian dengan menggunakan belat (splin), anduh dan pembebat. ➢ Mencegah kontaminasi luka. ➢ Mencegah keadaan bengkak dari lebih serius ➢ Merawat renjatan sekiranya berlaku. (c) Luka ➢ Boleh dikalaskan kepada 6 jenis: ❖ Luka hirisan – disebabkan alat yang tajam seperti pisau ❖ Luka laserasi – disebabkan oleh dawai, mesin termasuk alat tumpul dan tajam. ❖ Luka melelas – disebabkan oleh geselan kulit pada benda kesat. ❖ Luka tikaman – disebabkan alat-alat tajam hujung yang menembusi kulit. ❖ Luka peluru – disebabkan tembakan senjata api.