❖ Kecederaan lebam – disebabkan himpitan atau pukulan alat-alat tumpul yang tidak memecahkan kulit. ➢ Tindakan : ❖ Segera mengawal pendarahan. ❖ Kawal dari serangan kuman dan pencemaran dengan membersihkan, menebat dan membalut luka. ❖ Angkat segera pesakit untuk mendapatkan rawatan selanjutnya. 5. MENGENAL PASTI KECEDERAAN KECIL DAN KESAKITAN TIBA-TIBA MENURUT KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA. a. DEFINISI KECEDERAAN KECIL Kecederaan yang tidak menggugat atau mengancam nyawa serta merta. b. JENIS KECEDERAAN YANG BIASA BERLAKU a) Pengsan atau pitam ➢ pengsan atau pitam dikenali sebagai kejutan saraf iaitu kehilangan daya kesedaran yang disebabkan oleh penyusutan sementara pengaliran darah ke otak. ➢ Simtom-simtom : i. Rasa lemah ii. Kulit kelihatan pucat iii. Rasa pening iv. Nadi menjadi lemah dan perlahan ➢ Rawatan : i. Alihkan mangsa ke tempat selamat/ teduh. ii. Longgarkan pakaian yang ketat. iii. Baringkan mangsa atau bengkokkan mangsa dengan kepala di celah lutut. iv. Tinggikan bahagian kaki mangsa lebih dari paras jantung. b) Terseliuh
➢ Terseliuh merupakan pengalihan tulang pada sendi. Pengalihan yang kuat dengan tiba-tiba menyebabkan sendi yang mengoyakkan ligament atau otot. ➢ Simtom-simtom : i. Rasa sakit pada sendi yang cedera. ii. Bengkak dan lebam di keliling sendi. iii. Kecacatan pada bahagian yang cedera. iv. Hilang upaya pada bahagian yang cedera. ➢ Rawatan : i. Kurangkan pergerakan ii. Ampu dan sokong bahagian yang cedera. iii. Beri rawatan demahan sejuk. iv. Letakkan mangsa dalam keadaan yang selesa. c) Kejang otot ➢ Kejang otot berlaku dimana mangsa tiba-tiba merasa sakit anggota badan disebabkan oleh penegangan dan pengecutan otot. ➢ Simtom-simtom: i. Otot tiba-tiba terasa sakit ii. Pergerakan otot berkenaan terbatas. iii. Bengkak di bahagian yang cedera. ➢ Rawatan : i. Beri mangsa minum air yang dicamput sedikit garam. ii. Regangan otot yang kejang secara berlawanan. iii. Urut otot yang kejang secara berlawanan. d) Serangan serangga ➢ Disebabkan oleh haiwan seperti lebah, tebuan, semut dan lain-lain. ➢ Lazimnya tidak mengecam nyawa serta merta tetapi ia mencemaskan. ➢ Bahaya kepada mereka yang alah kerana mungkin terjadi renjatan anaphylactic (alahan serius). ➢ Bahaya jika sengatan pada saluran pernafasan. ➢ Simtom-simtom: i. Takut dan cemas. ii. Sakit dibahagian yang di sengat.
iii. Berlaku bengkak iv. Renjatan boleh berlaku. ➢ Rawatan : i. Buang sengatan dengan penyepit jika terlekat pada badan. ii. Tuam kulit dengan demahan sejuk bagi melegakan dan mengurangkan bengkak. iii. Bawa mangsa untuk rawatan lanjut jika perlu. e) Patukan ular ➢ Patukan ular adalah gigitan ular yang menyebabkan sengat/ bias ular menembusi ke dalam badan. ➢ Jarang menyebabkan kematian tetapi amat mencemaskan. Tenang dan yakin boleh memastikan perebakan bias ular dapat dikurangkan. ➢ Simtom-simtom : i. Wujud sepasang lubang patukan. ii. Kesakitan dikawasan patukan. iii. Bengkak dan merah disekeliling patukan. iv. Rasa loya dan muntah. v. Penglihatan menjadi kabur. vi. Berpeluh banyak. vii. Mungkin akan berhenti bernafas. ➢ Rawatan : i. Rehat dan baringkan mangsa. ii. Nasihat dan pastikan mangsa tidak bergerak dan bertenang. iii. Cuci luka patukan dengan air dan sabun. iv. Kekal anggota yang cedera di bawah paras jantung supaya bias tersekat setempat. v. Ikat bahagian cadera dengan tali atau kain 10cm daripada jarak patukan. vi. Longgarkan ikatan setiap 10 minit. vii. Kenalpasti jenis ular. viii. Hantar mangsa segera ke hospital. 6. MENJELASKAN KAEDAH BANTUAN PERNAFASAN MENURUT KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA.
➢ CPR ialah satu teknik yang boleh menyelamatkan nyawa, tanpa menggunakan alat-alat yang canggih dan kepakaran yang boleh diperolehi di hospital. ➢ CPR diberikan bila mangsa tidak sedarkan diri, tidak bernafas dan tiada denyutan nadi di carotid. ➢ Panduan lengkap melakukan CPR : (i) Pastikan kawasan selamat (ii) Panggil mangsa. “hello…hello..” (iii) Jika tiada tindak balas, minta bantuan orang ramai untuk menghubungi pihak hospital. (iv) Betulkan kedudukan mangsa. (v) Buka saluran pernafasan. (vi) Lakukan Dengar- rasa – Lihat untuk 10 saat. (vii) Jika mangsa tidak bernafas, beri 2 hembusan perlahan-lahan. (viii) Cari tempat tekanan – pertengahan tulang sternum. (ix) Beri tekanan jantung 30 kali dengan 2 kali hembusan. (x) Teruskan tekanan sehingga 5 kali pusingan. (xi) Lihat jika ada tanda-tanda bernyawa- batuk, bernafas atau pergerakan. (xii) Tunggu kehadiran ambulans. 7. PROSEDUR ASAS PERTOLONGAN CEMAS KEPADA MANGSA DALAM LATIHAN MENURUT KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA.
BAHAGIAN UTAMA YANG PERLU DIPERIKSA Tips kepada Pemberi Pertolongan Cemas a. Mempunyai kepercayaan kepada diri sendiri di dalam mengendalikan kes-kes kecemasan. b. Pantas ikhtiar menggunakan segala kemudahan yang terdapat di tempat kejadian atau sekelilingnya. c. Tajam perhatian di dalam mengenali tanda-tanda dan gejala sesuatu kes. d. Mempunyai sifat bertimbang rasa kepada mangsa. e. Tidak mempunyai sikap memilih bangsa atau keturunan semasa memberi keutamaan rawatan mangsa. f. Bersifat lemah lembut semasa memberi bantuan agar dapat mengurangkan kesakitan si mangsa.
7. Peraturan-peraturan Semasa Memberi Bantuan a) Membuat penilaian keadaan, - Menentukan keselamatan diri dan mangsa dalam keadaan selamat. - Kemudahan-kemudahan yang terdapat seperti telefon bagi kemudahan mendapatkan bantuan. - Dapat menilai keterukan/keparahan mangsa b) Membuat diagnosa – mendapatkan sejarah kejadian, tanda-tanda gejala, keadaan sekeliling yang boleh dijadikan bukti serta menjalankan pemeriksaan ke atas kecederaan mangsa. c) Memberi rawatan sementara – menjalankan rawatan mengikut prinsip dan memberi keutamaan kepada mangsa yang teruk. d) Membuat dan memberi laporan – mengikut sejarah, kecederaan, pernafasan, nadi, kesedaran dan rawatan yang telah dilakukan ke atas mangsa. Peringatan !!!
a) Elakkan dari melakukan bantuan yang berlebihan dari yang sepatutnya untuk mengelakkan mangsa menjadi lebih teruk. b) Hanya melonggarkan sahaja mana-mana bahagian yang ketat. c) Cuba dapatkan bantuan perubatan seberapa segera. d) Lakukan bantuan berdasarkan landas-landas selamatkan nyawa, pendarahan dan kecederaan patah. e) Beri kerjasama kepada pihak polis atau perubatan jika bantuan diperlukan.
TAJUK : PERTOLONGAN CEMAS DAN BANTUAN KESELAMATAN BAGI RENJATAN ELEKTRIK TUJUAN: Kertas penerangan ini akan menerangkan kepada pelajar-pelajar tentang jenis-jenis dan teknik-teknik pertolongan cemas jika terjadi sesuatu kemalangan dalam renjatan elektrik samada melibatkan diri pelatih itu sendiri ataupun melibatkan rakan pelajar terbabit. PENERANGAN : Mengetahui kaedah serta cara yang praktik didalam memberikan pertolongan cemas merupakan soal yang penting bagi seseorang sebelum mengendalikan keadaan yang mencemaskan. Kemalangan boleh berlaku samada luka berdarah yang teruk terbakar kulit, patah, pitam, tidak sedar diri dan berbagai-bagai lagi. Sering didapati bahawa pengendalian pertolongan cemas tidak begitu sesuai, oleh kerana ilmu mengenai pertolongan cemas tidak dipelajari ataupun tidak lengkap. Dengan mengetahui tentang pertolongan cemas dapatlah mengelakkan sesuatu kecederaan atau kemalangan itu daripada menjadi bertambah buruk dan menghindarkan terjadinya keadaan panik. Walaubagaimanapun apabila berlaku sesuatu kemalangan secara mendadak langkah-langkah awal mengenai pertolongan cemas perlulah diketahui. ASAS PERTOLONGAN CEMAS DEFINASI Pertolongan yang diberi kepada mereka yang terlibat dalam renjatan elektrik dan lain-lain kemalangan samada tercedera atau sakit dengan tiba-tiba sebelum mendapat rawatan dari pihak doctor atau sebelum doctor atau ketibaan doctor. OBJEKTIF MENYELAMAT NYAWA Sekiranya pengsan berikan bantuan pernafasan. Setiap saat adalah penting. Berhentikan pendarahan. Pulihkan renjatan
MENGELAKKAN KEADAAN DARI MENJADI LEBIH TERUK Mengurangkan pergerakan. Buat apa yang anda tahu sahaja. Melindungi pesakit daripada alam semulajadi. Jangan beri apa-apa makanan atau minimun melalui mulut. Basahkan bibir sekiranya perlu. MEMBERI KELEGAAN DAN KESELASAAN Memberi semangat yang teguh kepada pesakit yang masih sedar. Jangan tinggalkan pesakit berseorangan. Pastikan keadaan pesakit – periksa nadi dan pernafasan PUNCA KEMALANGAN Pada umumnya kemalangan didalam bengkelterbahagi kepada dua jenis bergantung pada punca berlakunya kemalangan tersebut :- 1. Kemalangan yang berpunca daripada kecuaian manusia. 2. Kemalangan yang berpunca daripada keadaan peralatan dan mesin dan juga keadaan kerja. 1. Kemalangan yang berpunca daripada Kecuaian Manusia. Sikap cuai semasa mengendalikan peralatan didalam bengkel boleh menyebabkab berlakunya kemalangan. Antara kecuaian yang biasa berlaku ialah : a. Sikap tidak bertanggungjawab. b. Menyalahgunakan peralatan dengan tujuan untuk bergurau senda. Contohnya, menyemburkan udara termampat kearah kawan boleh menyebabkan kecederaan jika terkena mata. c. Tidak mematuhi tanda-tanda amaran umpamanya tanda larangan merokok ditempattempat yang mudah terbakar dan sebagainya. 2. Kemalangan yang berpunca daripada Keadaan Alat, Mesin dan Keadaan Kerja. Selain kecuaian diri sendiri, kemalangan juga boleh berlaku akibat daripada keadaan peralatan, mesin serta keadaan kerja yang dilakukan. Antaranya ialah : a. Logam yang keras dan mempunyai tepi yang tajam boleh menyebabkan luka. b. Serpihan logam atau tatal yang panas dan tajam daripada operasi memesin, kerjakerja mengimpal, relau tindakan haba dan daripada kerja-kerja menempa boleh mengakibatkan kebakaran atau melecur pada bahagian anggota.
Bahagian-bahagian mesin yang bergerak saperti giar, takal dan tali sawat boleh menyebabkan tangan atau pakaian terperangkap. Akibatnya boleh menyebabkan kehilangan pancaindera. d. Logam dan peralatan-peralatan lain yang berat boleh mendatangkan kemalangan apabila peralatan tersebut terjatuh dan menimpa mana-mana bahagian anggota ketika mengangkatnya. e. Kerosakkan peralatan eletrik atau litar eletrik boleh menyebabkan kebakaran ataupun kejutan eletrik. f. Lantai yang licin kerana tumpahan minyak dan gris boleh mengakibatkan terjatuh ataupun terlanggar benda-benda yang keras. Ini boleh mengakibatkan kemalangan dan kecederaan dibahagian kepala. Aisd juga jadi punca kemalangan kerana ia boleh menyebabkan melecur apabila terkena pada kulit. Langkah Keselamatan. Untuk menjauhi sebarang kemalangan yang dinyatakan diatas para pelajar mestilah mempunyai semangat dan tabiat bekerja yang baik didalam bengkel iaitu dengan :- 1. Menrutamakan kebersihan pada setiap waktu. 2. Mempunyai sikap bertanggungjawab terhadap diri sendiri. 3. Bertimbang rasa terhadap kebajikan rakan sekelas. 4. Menghargai dan berpuas hati dengan hasil kerja. Tidak gopoh semasa melakukan sebarang kerja amali. LUKA-LUKA Luka terbahagi kepada dua kumpulan: Luka terbuka Luka tertutup Luka terbuka – luka yang teruk boleh melibatkan organ-organ lain kerana banyak tumpahan darah, renjatan dan juga jangkitan kuman. Ia terbahagi seperti berikut:-
1. Luka terhiris ( incised) Disebabkan alat tajam seperti pisau atau kaca, luka senang ditautkan kembali dan senang dirawat. Walaubagaimanapun oleh sebab saluran darah ditepi luka telah terpotong mungkin berlaku pendarahan yang banyak. (Rujuk rajah 1) 2. Luka tikaman ( Punctured) Luka tikaman mempunyai liang yang kecil tetapi dalam seperti tercucuk jarum atau terkena tikam. Kuman mudah meresap jauh kedalam tubuh dan risiko jangkitan adalah terlalu tinggi. (Rujuk rajah 2) Luka terkoyak (laceratich) Tisu yang koyak seperti terkena dawai kawat atau alat jentera yang melibatkan kerosakan tisu yang teruk, walaubagaimanapun darah yang keluar mungkin berkurangan daripada luka terhiris. (Rujuk rajah 3) Luka tembakan Luka akibat daripada terkena peluru tembakan senjata adalah kecil ditempat tembusan tetapi lukanya meluas diruang keluar. Peluru yang tidak keluar daripada badan, mengakibatkan kecederaan dalaman yang teruk. (Rujuk rajah 4) Luka tertutup Luka jenis ini biasanya kulit ari tidak pecah – tumpahan darah terjadi dalam tisu- bahagian yang lebam. (Rujuk rajah 5) AKIBAT LUKA Luka yang parah akan mengakibatkan seperti berikut:- Tumpahan darah Jangkitan kuman Renjatan Maut Luka yang parah mesti diberi perhatian berat dan dirawat dengan segera.
RAJAH 1: LUKA TERHIRIS RAJAH 2: LUKA TIKAMAN RAJAH 3: LUKATERKOYAK RAJAH 4: LUKA TEMBAKAN LUKA TERTUTUP
RAWATAN Tindakan yang harus diambil ialah:- Berhentikan daripada tumpahan darah. Hindarkan daripada jangkitan kuman. Beri rawatan renjatan. Hantar kehospital dengan kadar segera. PATAH TULANG Patah bermaksud tulang yang retak atau tulang yang patah. Sebab patah Patah boleh disebabkan oleh:- kekuatan hentakan tepat(direct force) – Patah berlaku ditempat yang menerima hentakan. Kekuatan hentakan sipi (indirect force) – Patah yang berlaku bukan ditempat yang menerima hentakan. Jenis patah Tebahagi kepada dua jenis:- Patah tertutup – Tidak mencederakan tisu-tisu sekelilingnya, kecederaan yang minimum pada tisu-tisu sekelilingnya. Patah terbuka – Mencederakan tisu-tisu saluran organ, otot-otot dan tulang menembusi kulit. PATAH TERTUTUP PATAH TERBUKA
Patah juga boleh dilihat atau terjadi dalam beberapa keadaan dan bentuk:- Patah melintang – Patah melintang ditempat yang terkena hentakan. Patah menyiring – Patah yang serong ditempat yang terkena hentakan. Patah terpusing – Patah yang berlaku disekeliling tulang kelihatan seperti ‘spring’. Patah melarat – Tulang patah remok ditempat hentakan disebabkan tulang yang rapoh. Patah tertekan – Patah yang tulangnya cucuk-menyucuk antara satu sama lain. Patah tebu – Patah yang tidak berpisah kerana tulangnya masih lembut seperti kanak-kanak dan bayi. Patah tulang dalam senarai diatas boleh dikumpulkan samaada kedalam patah tertutup atau patah terbuka, tertakluk kepada keadaan patah
TANDA DAN GEJALA Patah dapat ditentukan dari cara pesakit mendapat kecederaan dan pemeriksaan yang dibuat tetapi penentuan hanya dapat dibuat dengan mengambil gambar X – ray. Rasa sakit pada bahagian yang cedera. Bengkak hanya pada tempat yang cedera. Lebam Pendek atau berubah dari bentuk asal. Hilang upaya yang biasa. Pergeseran tulang apabila digerakan. Nampak tulang jika patah terbuka. RAWATAN PERTOLONGAN CEMAS Tindakan yang perlu diambil:- Buat penilaian keadaan pesakit dan pastikan ketenatan kecederaan yang diambil. Pulihkan nafas pesakit jika perlu. Tahan darah jika terdapat luka atau patah terbuka. Pastikan pergerakan yang minimum sahaja kepada bahagian anggota yang cedera. Ampu bahagian anggota yang patah secepat mungkin dengan menggunakan andoh tuap. Tenangkan perasaan pesakit. Jika pesakit mengalami renjatan, beri rawatan sewajarnya. Hantar pesakit kehospital dengan kadar segera.
RAWATAN RENJATAN ELEKTRIK BAGAIMANA KEJUTAN ELEKTRIK BERLAKU Sentuhan serentak dua pengalir hidup. Sentuhan serentak antara punca hidup dengan bumi. Menyentuh punca bumi dan memegang litar yang hidup secara elektromagnet / elektrostatik. Berdiri diatas bumi dimana arus mengalir disebabkan oleh keupayaan yang berlainan. KESAN KECEDERAAN AKIBAT KEJUTAN ELEKTRIK Kekejangan otot dada dan daiferam menyebabkan kesesakan pernafasan. Keadaan ini boleh membawa maut dalam masa yang singkat. Kelumpuhan sementara pusat saraf. Ini akan menyebabkan terhenti pernafasan, menjadi lemas, boleh membawa maut kecuali mangsa dapat diselamatkan. Langkah menyelamatkan rakan terkena kejutan elektrik Tutup suis bekalan utama jika diketahui tempatnya. Jika tidak diketahui suis utama atau suis untuk ketempat berkenaan maka gunakan bahan penebat seperti baju dan seumpamanya untuk menyelamatkan mangsa dengan menarik mangsa tersebut daripada tempat berarus tetapi paada masa yang sama sentiasa berhatihati supaya badan simangsa tidak tersentuh dengan badan kita ketika arus elektrik masih mengalir ditubuhnya. Jika mangsa tidak sedarkan diri gunakan rawatan pertolongan cemas atau pemulihan pernafasan. Bawa si mangsa kehospital untuk bantuan perubatan seterusnya Pemulihan Pernafasan. Ada beberapa kaedah pemulihan pernafasan yang biasa digunakan iaitu : Kaedah mulut kemulut Kaedah tekanan pemulihan jantung Kaedah Holger Nielsen Kaedah Silvester Rawatan selanjutnya. Antara langkah segera yang perlu diambil ialah : Tanggalkan benda-benda yang mencerut seperti tali leher, tali pinggang atau kasut sebelum bahagian yang terbakar menjadi bengkak. Bahagian anggota yang melecur hendaklah dibalut dengan pembalut kain anduh atau kain bersih. Bahagian anggota yang melecur hendaklah jangan digerak-gerakkan. Mangsa tersebut hendaklah dihantar segera kekelinik atau hospital untuk rawatan lanjut.
Kecederaan anggota. Kecederaan anggota yang teruk seperti luka besar atau terseliuh memerlukan rawatan segera sebelum dihantar kehospital untuk rawatan lanjut. Berikut adalah beberapa langkah segera yang perlu diambil perhatian, antaranya : Pastikan jenis kecederaan yang berlaku dan tempatkan simalang ditempat yang sesuai untuk diberi pertolongan tanpa menyentuh bahagian yang tercedera. Jika anggota tangan yang patah maka tangan tersebut hendaklah digalas atau diampu dengan mengikat keleher supaya tangan yang patah itu tidak terkulai. Jika luka serius yang menyebabkanbanyak darah keluar seperti luka ditangan maka dibahagian atas tangan perlu diikat dengan kain bagi tujuan menyekatmenyekat sementara pengaliran darah terus mengalir. Simalang perlu dihantar segera ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut. Kecederaan anggota. Kejutan elektrik boleh berlaku jika seseorang itu tersentuh punca bekalan elektrik yang bervoltan tinggi samada semasa membuat projek, membaiki alat-alat elektrik atau sebagainya. Kejutan seumpama ini boleh merangsang dan mengaktifkan denyutan jantung yang mengakibatkan penguncupan otot dan mungkin menghilangkan ingatan sementara atau mungkinjuga pingsan dan terus mati. Jangan menguji Voltan AC dengan tangan. Contoh cara menyelamatkan rakan yang sedang terkena kejutan elektrik.
Kaedah mulut ke mulut Bukakan saluran pernafasan dengan mendongakkan kepala mangsa Buka mulut anda seluas-luas yang boleh, ambil nafas panjang, picit hidungnya dengan jari anda dan rapatkan bibir anda dengan bibirnya. Dengan melihat selari kearah dada mangsa hembuskan udara keparu-paru mangsa. Anda boleh lihat dadanya naik ketakat maksimum. Alihkan mulut anda daripada mangsa dan hembuskan baki udara yang tinggal. Lihat dada mangsa turun lalu ambil nafas semula dan ulangi langkah 2 dan 3. Periksa denyutan nadi untuk memastikan jantung kembali normal. Jiak belum normal ulang beberapa kali langkah 2, 3 dan 4. Kaedah tekanan pemulihan jantung dari luar Telentangkan mangsa dipermukaan yang rata. Melutut disebelahnya dengan menghadap kedada dan sebaris dengan jantung manusia. Cari bahagian bawah tulang selangka. Letakkan genggaman seperti seperti ditempat yang ditunjukkan. Letakkan genggaman tangan anda dibahagian tengah tulang selangka bawah. Genggaman anda mestilah kuat.
Letakkan genggaman tangan anda dibahagian tengah tulang selangka bawah. Genggaman anda mestilah kuat.
Dengan meluruskan tangan anda gerakkan badan anda kehadapan, selepas itu undur kebelakang semula. Lakukan sebanyak 15 kali ( 8 kali seminit ). Periksa denyutan nadi setiap 3 minit. Sebaik sahaja denyutan nadi bermula hentikan tekanan dan lakukan pemulihan mulut kemulut sehingga pernafasannya normal kembali. Kaedah Holger Nielson Baringkan mangsa dalam keadaan meniarap. Kepalanya dipalingkan kesebelah dan diletakkan diatas tangan yang bertindih diantara satu sama lain. Angkat sedikit kepalanya kebelakang dan buka mulutnya untuk melawaskan saluran pernafasan.
Letakan lutut anda berhampiran dengan kepalanya dan kaki anda disebelah siku. Letakkan kedua-dua tangan anda diatas belakang mangsa itu. Ibu jari anda harus terletak diatas tulang belakang. Luruskan tangan anda dan tekan bahagian belakang mangsa selama 2 saat, nafas akan keluar. Jangan tekan terlalu kuat kerana boleh merosakkan paru-paru. Selepas itu tangan diturunkan perlahan-lahan kesiku mangsa dan naikkan tangannya selama 7 saat, nafas akan masuk. Jangan angkat tangan keterlaluan. 5. Letakkan kedua-dua tangan diatas belakang seperti langkah 2 dan ulang langkah 3, 4, dan 5 sebanyak 12 kali seminit. Langkah 3 dan 4 dilakukan selama 5 saat. Selepas 4 ulangan periksa denyutan jantung.
Kaedah Silvester. Baringkan mangsa dalam keadaan telentang dan pastikan mulutnya bebas daripada sebarang benda seperti gigi palsu. Letakan gulungan kain atau pelapik dibawah bahu untuk meninggikan supaya kepalanya terdonggak dan saluran pernafasanya terbuka. Letakkan kepala mangsa dicelah kelengkang anda. Ambil tanganya dan letakan diatas dada. Gerakkan badan anda kehadapan sambil menekan bahagian dada bawah lebih kurang 2 saat 3. Hentikan tekanan, undur kebelakang semula. Dengan segera angkat tangan mangsa keatas selama 2 saat. Ulangi langkah 2 dan 3 sebanyak 12 kali dalam seminit. Selepas 4 ulangan periksa degupan jantung. Jika sudah normal teruskan sehingga pernafasanya pulih.
Luka-luka kecil Dimana-mana bahagian luka yang berdarah tidak berhenti-henti, terutama dibahagian tangan atau jarijari, hendaklah dianggap sebagai kecederaan dan mesti menerima rawatan dengan sempurna. Untu memberi pertolongan cemas bagi menghentikan darah mengalir : Baringkan pesakit dengan sempurna. Tinggikan bahagian yang cedera dari paras badan. Tekan dan rapatkan bahagian yang luka. Minta bantuan perubatan. Sekiranya darah keluar dengan banyak dan merbahaya bawa pesakit kehospital. Terbakar atau melecur Sekiranya banyak bahagian yang terbakar, jangan memberi sebarang rawatan kecuali melindunginya dari terkena udara. Tutup badan si mangsa dengan menggunakan kein atau kertas yang bersih. Ini membolehkan si mangsa menggurangkan sakitnya. Sekiranya terbakar disebabkan bahan-bahan kimia seperti asid atau bahan pendingin, pastikan badan atau bahagian anggota mangsa di lalukan dengan air bersih. Kemudian beri rawatan yang sewajarnya.
SOALAN : 1. Nyatakan mengapa perlunya peti pertolongan cemas didalam bengkil. 2. Senaraikan dua kaedah yang boleh digunakan untuk menolong kawan yang sedang terkena kejutan elektrik. 3. Tuliskan 4 kaedah pemulihan pernafasan yang biasa digunakan ketika berlaku sesuatu kcemasan. 4. Apakah yang perlu dilakukan jika luka yang serius yang menyebabkan banyak darah keluar dari kaki seseorang. 5. Berikan 2 perkara yang menyebabkan patah. 6. Nyatakan 4 klasifikasi patah. 7. Senaraikan objektif bagi prinsip pertolongan cemas. 8. Senaraikan jenis-jenis luka 9. Nyatakan akibat daripada luka dan rawatan yang diambil. 10. Senaraikan jenis-jenis patah 11. Terangkan tanda-tanda daripada patah dan rawatan yang perlu dilakukan RUJUKAN : Buku panduan membaca dan menguji komponen elektronik. Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd 1997. JASNI ISMAIL Muka surat 3 hingga 9.
n NAMA PROGRAM TEKNOLOGI ELEKTRIK SEMESTER 1 KOD DAN NAMA KURSUS CEA 1122(KESELAMATAN DI TEMPAT KERJA) STANDARD KANDUNGAN 1. Menentukan peraturan keselamatan peribadi dan prosedur kerja 2. Memilih dan mengamalkan penggunaan tempat kerja, peralatan dan kelengkapan secara selamat 3. Menyelenggara dan menjaga alatan dan kelengkapan 4. Menghindar bahaya di tempat kerja 5. Mengekalkan kebersihan peralatan dan tempat kerja 6. Mengenal pasti jenis-jenis alat pemadam kebakaran dan cara penggunaannya 7. Mengenal pasti langkah-langkah kecemasan 8. Menjelaskan dan memberikan pertolongan cemas BIL NOTA PEMBELAJARAN 6/6 BIL MUKA SURAT 01 / 09 TAJUK: 6. Keselamatan peralatan tangan dan kelengkapan di tempat kerja TUJUAN: Modul ini merangkumi bahan-bahan panduan keselamatan di tempat kerja yang menyumbang kepada pengetahuan pelajar tentang bahaya dan risiko dan cara-cara menghapuskan dan mengurangkan bahaya dan risiko di tempat kerja. Modul ini juga memberi penjelasan mengenai langkah-langkah kecemasan, kelengkapan dan alatan tangan, peraturan asas, pemadaman kebakaran dan asas pertolongan cemas di tempat kerja. BAHAGIAN PENDIDIKAN DAN LATIHAN TEKNIKAL VOKASIONAL KEMENTERIAN PENDIDIKANMALAYSIA ARAS 5 & 6, BLOK E14, KOMPLEKS E PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN 62804 PUTRAJAYA NOTA PEMBELAJARAN NOTA PEMBELAJARAN
PENERANGAN: 1) ALAT TANGAN
2) ALAT PENGUJI
3) ALAT PENGUKUR
CARA-CARA PENYENGGARAAN ALATAN TANGAN DAN KELENGKAPAN Alatan tangan dan perkakas perlu diletakkan di tempat yang selamat dan mudah diperoleh apabila perlu. Alatan tangan dan kelengkapan yang tidak disimpan di tempat yang betul akan mudah rosak dan hilang. Antara kaedah penyenggaraan alatan tangan dan kelengkapan ialah: a) Pembersihan b) Meminyakkan c) Penyimpanan d) penggantian ❖ Pembersihan Alatan tangan dan kelengkapan yang telah digunakan hendaklah dibersihkan dari habuk-habuk dan bebas dari bahan pengakis sebelum disimpan.
Gambar 1 : Membersih stock and dies ❖ Meminyakkan alat dan kelengkapan Terdapat beberapa alatan tangan dan kelengkapan yang perlu diminyakkan. Bahagian yang telah diminyakkan akan menghindari daripada berlakunya karat dan memudahkan pergerakan. Gambar 2 : Cara meminyak alatan tangan
❖ Penyimpanan dan penstoran Alatan tangan dan kelengkapan yang tidak digunakan dan yang telah digunakan hendaklah disimpan di tempat yang dikhaskan. Penyimpanan yang tidak teratur boleh menjejaskan kerja-kerja yang akan dilakukan. Ia juga boleh membahayakan sekiranya diletakkan di merata-rata tempat. Antara kaedah menyimpan peralatan adalah dengan menggunakan kotak khas atau menyusun di papan panel yang dikhaskan. Gambar 3 : Kotak penyimpanan alatan tangan ❖ Penggantian Alatan tangan atau perkakasan yang rosak atau hilang hendaklah diganti. Alatan tangan atau kelengkapan yang telah rosak tidak boleh digunakan. Pastikan peralatan yang telah rosak tersebut dilabel. Sebarang penggantian alatan tangan atau kelengkapan hendaklah mengikut prosedur yang ditetapkan.