BUKU PANDUAN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI KUALA TERENGGANU
1
2
BUKU PANDUAN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI KUALA TERENGGANU
JABATAN PENDIDIKAN POLITEKNIK DAN KOLEJ KOMUNITI
KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI
TERBITAN PERTAMA TAHUN 2021
HAK CIPTA TERPELIHARA
KOLEJ KOMUNITI KUALA TERENGGANU
KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI
JALAN TENGKU AMPUAN MARIAM
20200 KUALA TERENGGANU
TEL : 09-620 4200 FAX : 09-620 4203 EMEL : [email protected]
3
SIDANG REDAKSI
PENAUNG
LT. KOL. BERSEKUTU (PA) HAJI ALI BIN MAMAT
PENASIHAT
CIK NIK SULIATI BINTI NIK AWANG
ENCIK MOHD NAJIB BIN ANUA
KETUA EDITOR
ENCIK IZAMUDDIN BIN JUSOH @ MD ROHIM
CIK FATIHAH ASMIDA BINTI YAAKUB
SIDANG REDAKSI
PUAN FARIDAH BINTI MUSTAFFA
PUAN SALINA BINTI MOHMED
PUAN NIK ANISAH BINTI NIK NGAH
ENCIK HASBU BIN HUSSIN
PUAN MUNIRAH BINTI ABDUL MANAN
CIK HASNAH BINTI HASHIM
PUAN NOORULHUDA BINTI MUDA
PUAN ROHIMAH BINTI ABD AZIZ
PUAN AISHAH BINTI LIMAN
PUAN CHE KU FARHANA BINTI CHE KU ALAM
ENCIK MOHD KHAIRUL BIN OMAR
PUAN JASNI BINTI RASUL
PUAN WAN NURAZERINE BINTI WAN MUSA
REKABENTUK GRAFIK
ENCIK MOHD FADHIL BIN RAMLE
4
ISI KANDUNGAN
BIL PERKARA MUKA SURAT
1. TINTA PENGARAH 5
6
2. PRAKATA 7
8
3. LATAR BELAKANG KOLEJ KOMUNITI KUALA TERENGGANU 9
10
4. VISI & MISI 11
15
5. CARTA ORGANISASI 17
22
6. MAKLUMAT UMUM 26
32
7. PENGIKTIRAFAN 43
49
8. PENGAMBILAN PELAJAR
9. OUTCOME BASED EDUCATION (OBE)
10. PROGRAM PENGAJIAN SEPENUH MASA
11. HAL EHWAL PELAJAR
12. PENILAIAN DAN PEPERIKSAAN
13. LATIHAN INDUSTRI
14. BINGKISAN AKTIVITI
5
TINTA PENGARAH
Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera,
Sepenuh kesyukuran saya lafazkan ke hadrat Allah S.W.T kerana di atas limpah kurnia-Nya maka
terhasilnya Buku Panduan Pelajar (Students’ Handbook)
Kolej Komuniti Kuala Terengganu, Kementerian Pengajian
Tinggi.
Syabas dan tahniah diucapkan kepada sidang redaksi yang
telah bertungkus lumus merealisasikan perancangan yang
telah diatur. Semoga Buku Panduan Pelajar ini dapat
menjadi sumber maklumat ilmiah untuk rujukan semua
pihak.
Selaras dengan Visi dan Misi Kolej Komuniti, semua warga
KKKT akan terus berusaha bagi mencapai hasrat Jabatan
Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti seiring dengan
perubahan dari masa ke semasa dan bersedia untuk
melakar lebih banyak kejayaan pada masa akan datang.
Seterusnya, di dalam norma baharu ini dengan usaha
berterusan untuk melawan penularan wabak Covid-19, marilah kita sama-sama mematuhi segala
SOP dan arahan yang telah digariskan oleh pihak berkuasa, KITA JAGA KITA.
Akhir kata, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada warga KKKT dan semua yang
menunjukkan komitmen tinggi dalam meletakkan KKKT di mercu kejayaan hingga dikecapi
sekarang. Semoga sokongan dan kerjasama ini akan berterusan di masa akan datang.
Sekian, terima kasih.
6
PRAKATA
Segala puji dan syukur ke hadrat Allah S.W.T, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas
junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, rasul pesuruh Allah.
Alhamdulillah, dengan izin dari-Nya, Buku Panduan Pelajar KKKT 2021 ini berjaya disiapkan
untuk tatapan semua warga KKKT khususnya dan pembaca secara umumnya. Buku Panduan
Pelajar ini merangkumkan maklumat akademik yang terdapat di KKKT untuk rujukan para pelajar
dan bakal pelajar KKKT
Akhir kata, diharapkan buku ini akan dapat memberi informasi kepada semua warga KKKT, ibu
bapa dan anggota masyarakat keseluruhannya dalam usaha mengangkat KKKT ke arah yang
lebih baik lagi. Juga diharapkan menjadi asas penting kepada peningkatan kecemerlangan
berterusan pada masa akan datang.
Sekian, terima kasih.
Ketua Editor
7
LATAR BELAKANG KOLEJ KOMUNITI KUALA TERENGGANU
Kolej Komuniti Kuala Terengganu mula beroperasi pada Jun 2001 dan merupakan antara 10
Kolej Rintis yang memulakan operasi di unit-unit rumah kedai dan menawarkan 6 program di
peringkat sijil :
1. Sijil Teknologi Pembinaan Bangunan
2. Sijil Teknologi Senibina
3. Sijil Fesyen dan Pakaian
4. Sijil Servis Kenderaan Ringan
5. Sijil Teknologi Elektrik
6. Sijil Asas Jahitan Kreatif
8
9
10
MAKLUMAT UMUM
11
PENGIKTIRAFAN
12
PENGIKTIRAFAN
Bermula 11 Julai 1996, kerajaan telah memperkenalkan satu dasar supaya MS ISO dilaksanakan
di semua agensi melalui Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam (PKPA) Bil. 2 Tahun 1996
bertajuk “Garis Panduan Bagi Melaksanakan MS ISO 9000 Dalam Perkhidmatan Awam”. Pada
ketika itu, pelaksanaan MS ISO 9000 adalah berasaskan salah satu pensijilan iaitu MS ISO 9001,
MS ISO 9002 atau MS ISO 9003 Versi 1994. Kolej Komuniti Kuala Terengganu (KKKT) telah
mula melaksanakan sistem pengurusan kualiti MS ISO 9001:2000 pada 15 Januari 2006 di
bawah pensijilan oleh pihak SIRIM QAS International. Selaras dengan penambahbaikan standard
oleh International Organisation For Standardization (ISO), KKKT beralih pula kepada pensijilan
MS ISO 9001:2015 pada tahun 2017 dan telah berjaya memperoleh persijilan tersebut pada 14
September 2018.
KKKT mendapat persijilan MS ISO 9001:2000 pada 30 Ogos 2006 oleh pihak SIRIM QAS International.
13
Secara rasminya KKKT mendapat pensijilan MS ISO 9001:2015 pada 14 September 2018
14
APAKAH MS ISO?
• Fokus kepada penentuan keperluan dan pencapaian kepuasan pelanggan.
• Pematuhan juga diberikan kepada peraturan dan undang-undang digunapakai.
• Seringkali digunakan oleh Pihak Pengurusan Organisasi sebagai alat kawalan operasi.
• Strategi pemasaran yang menggambarkan organisasi menghasilkan produk dan
perkhidmatan yang berkualiti.
• Kaedah terbaik bagi ke arah peningkatan berterusan.
DASAR SISTEM PENGURUSAN KUALITI
KOLEJ KOMUNITI KUALA TERENGGANU
Kolej Komuniti Kuala Terengganu adalah komited untuk menyampaikan perkhidmatan Latihan
Teknikal dan Vokasional (TVET) kepada pelajar sepenuh masa berkaitan Pengambilan dan
Pendaftaran Pelajar, Pembangunan Pelajar, Penyampaian Pembelajaran dan Pengajaran,
Peperiksaan dan Pensijilan serta Pengurusan Latihan Industri yang berkesan dan memenuhi
kehendak pihak berkepentingan melalui perlaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti berasaskan MS
ISO 9001:2015 yang sentiasa ditambahbaik secara berterusan.
SKOP SISTEM PENGURUSAN KUALITI
KOLEJ KOMUNITI KUALA TERENGGANU
KKKT melaksanakan Sistem Pengurusan Kualiti bagi proses Pengambilan dan Pendaftaran
Pelajar, Pembangunan Pelajar, Penyampaian Pembelajaran dan Pengajaran, Peperiksaan dan
Pensijilan serta Pengurusan Latihan Industri pelajar sepenuh masa. Skop perlaksanaan Sistem
Pengurusan Kualiti KKKT tidak meliputi dan tidak berkaitan dengan Jabatan Pembelajaran
Sepanjang Hayat dan Program Sijil Jahitan Kreatif.
15
PENGAMBILAN PELAJAR
16
PROGRAM PENGAJIAN SEPENUH MASA
Program Sijil Teknologi Pembinaan Bangunan
Program Sijil Teknologi Senibina
Program Sijil Fesyen Dan Pakaian
Program Sijil Servis Kenderaan Ringan
Program Sijil Teknologi Elektrik
SYARAT KELAYAKAN KEMASUKAN PROGRAM SIJIL KOLEJ KOMUNITI
Sijil Kolej Komuniti (SKK):
i. Warganegara Malaysia dan
ii. Lulus peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setara.
iii. Syarat khas berdasarkan program.
Sijil Kemahiran Khas (SKK (Khas))
i. Warganegara Malaysia;
ii. Tamat sekolah menengah;
iii. Pemegang kad OKU (Masalah Pembelajaran) dan
iv. Menguasai 3M (membaca, menulis & mengira) dan perlu menjalani proses saringan
TEMPOH PENGAJIAN
2 tahun/ 4 semester
Sumber rujukan : Garis Panduan Pengambilan Pelajar Kolej Komuniti Edisi 9, 2019
17
OUTCOME BASED
EDUCATION (OBE)
18
OUTCOME BASED EDUCATION
Apa itu Outcome Based Education (OBE)?
“Outcome-Based Education means clearly focusing and organizing everything in an
educational system around what is essential for all students to be able to do successfully
at the end of their learning experiences. This means starting with a clear pictire of what is
important for students to be able to do, then organizing the curriculum, instruction, and
assessment to make sure this learning ultimately happens” (Spady, 1994)
Oleh itu, Outcome Based Education (OBE) merupakan falsafah pendidikan yang memberi
tumpuan terhadap hasil yang harus dicapai oleh pelajar. Hasil pembelajaran ini diukur
berdasarkan pengetahuan dan kemampuan pelajar secara individu dengan pelbagai
pendekatan yang berpusatkan pelajar. Hasil pembelajaran pelajar ini boleh diukur,
dibuktikan dan diperbaiki. Terdapat empat (4) prinsip OBE yang terpakai dalam
pengajaran dan pembelajaran (PdP) adalah seperti berikut:
a. Clarity of focus / Kejelasan Fokus
Pensyarah mesti jelas terhadap apa yang mereka hendak pelajar tahu, fahami, dan
mampu laksanakan / tunjukkan untuk mencapai hasil pembelajaran. Pensyarah perlu
fokus dalam membantu pelajar untuk membina pengetahuan, kemahiran dan personaliti
yang dapat membantu mereka mencapai hasil yang ditetapkan dengan jelas.
19
b. Design down / Rekabentuk menurun
Rekabentuk kurikulum mesti bermula dengan mendefinasikan hasil pembelajaran dengan
jelas yang perlu dicapai oleh pelajar di akhir program.
c. High expectations / Jangkaan Tinggi
Pensyarah perlu mewujudkan tahap prestasi yang tinggi lagi mencabar kepada pelajar
untuk menggalakkan mereka terlibat secara mendalam dalam sesi pembelajaran. Pelajar
dapat menguasai CLO dan PLO apabila mereka mencapai markah penilaian melebihi
50%. Sekiranya baseline bagi CQI CORR dan PLORR mencapai melebihi 50% maka ia
hendaklah ditingkatkan.
d. Expanded opportunity / Peluang diperluaskan
Menyediakan pelbagai peluang pembelajaran yang menepati keperluan dan teknik
pembelajaran pelajar. Tidak semua pelajar dapat pelajari perkara yang sama dengan cara
yang sama pada masa yang sama. Kebanyakan pelajar mampu mencapai standard yang
lebih tinggi sekiranya mereka diberi peluang yang bersesuaian.
20
Konsep Design Down
21
VISI DAN MISI JPPKK
MATLAMAT PENDIDIKAN
PAi PROGRAMME AIMS
PEO PROGRAMME EDUCATIONAL OBJECTIVES
PLO PROGRAMME LEARNING OUTCOMES
CLO COURSE LEARNING OUTCOMES
GS GENERAL STATEMENTS
SS SPECIFIC STATEMENTS
22
PROGRAM PENGAJIAN
SEPENUH MASA
23
MQA/FA7462
24
PROGRAM SIJIL TEKNOLOGI PEMBINAAN BANGUNAN
1. Puan Nik Anisah binti Nik Ngah - Ketua Program
2. Puan Norasyimah binti Ahmad - Timbalan Ketua Program
3. Puan Afidah binti Alias - Pensyarah Program
4. Tuan Haji Mohamad Arif bin Hasan - Pensyarah Program
5. Puan Zaimah binti Ismail - Pensyarah Program
6. Puan Nurul Huda binti Muda - Pensyarah Program
7. Encik Mohd Shukri bin Awang Noh - Pensyarah Program
8. Encik Shamsul Bahri bin Musa - Pensyarah Program
25
SINOPSIS
Program Sijil Teknologi Pembinaan Bangunan adalah salah satu program yang membolehkan
pelajar mendapat pengetahuan dan kemahiran bukan sahaja secara teori bahkan juga secara
amali dalam bidang Teknologi Pembinaan Bangunan. Dengan pengetahuan dan kemahiran
yang diperolehi itu nanti dapat membantu dan mampu menyediakan pelajar ke alam pekerjaan.
OBJEKTIF PROGRAM (OP)
Sijil Teknologi Pembinaan Bangunan akan melahirkan pasukan separa mahir yang boleh:
OP 1:mengaplikasi pengetahuan secara kreatif dan inovatif untuk menyelesaikan
masalah dalam melaksanakan tugas
OP 2:menunjukkan kemahiran teknikal serta teknik numerasi dengan
menggunakan teknologi digital sebagai pemudahcara dalam bidang teknologi
pembinaan bangunan
OP 3:mengamalkan etika dan profesionalisme, sikap kepimpinan dan
bertangggungjawab dalam melaksanakan tugas dengan menggunakan
kemahiran interpersonal dan berkomunikasi secara efektif
OP 4:menunjukkan sikap yang positif dan mempunyai kemahiran keusahawanan
dalam pembelajaran sepanjang hayat untuk pembangunan kerjaya.
PROSPEK KERJAYA
Program ini menyediakan pengetahuan dan kemahiran di dalam bidang teknologi pembinaan
bangunan yang mana ia boleh diimplimentasikan bagi kerjaya di dalam bidang tersebut.
Pengetahuan dan kemahiran di dalam bidang ini, membolehkan pelajar memulakan kerjaya di
dalam bidang berikut :
a. Juruteknik
b. Penyelia Tapak Bina
c. Pembantu Juruukur Bahan
d. Kerani Tapak
e. Kontraktor
26
STRUKTUR PROGRAM SIJIL TEKNOLOGI PEMBINAAN BANGUNAN
KOD KURSUS KREDIT
MPU 13012 / MPU 13022 SEMESTER 1 2
SBC 10012 Pendidikan Islam / Pendidikan Moral 2
SBM 10012 Aplikasi Komputer 2
STP 10102 Matematik 2
STP 10203 Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan 3
STP 10303 Bahan Struktur Binaan 3
STP 10403 Ukur Aras 3
Lukisan Pembinaan (CADD & BIM) 17
MPU 11012
SUE 10011 JUMLAH 2
SBS 1001 SEMESTER 2 1
STP 20503 Pengajian Malaysia 2
STP 20603 Communicative English 3
STP 20703 Sains 3
STP 20803 Anggaran Dan Pentadbiran Kontrak 3
Teknologi Binaan 3
SUK 10012 Ukur Terabas 17
MPU 12012 Binaan Struktur Bawah Tanah
STP 30902 2
STP 31002 JUMLAH 2
STP 31103 SEMESTER 3 2
STP 31203 Kokurikulum 2
STP 31304 Keusahawanan 3
Keusahawanan Kontraktor Binaan 3
SUT 40038 Kemasan Bangunan 3
Perpaipan Domestik Dan Sanitari 18
Binaan Struktur Atas
Projek Teknologi Pembinaan Bangunan 8
60
JUMLAH
SEMESTER 4
LATIHAN INDUSTRI
JUMLAH KREDIT
Sumber rujukan : Maklumat Program, Sijil Teknologi Pembinaan Bangunan, versi : 271020_2_Efektif : Sesi _1_2021/2022
27
MQA/FA7461
28
PROGRAM SIJIL TEKNOLOGI SENIBINA
1. Encik Wan Syahran bin Wan Salleh 8. Puan Halida binti Harun
Caretaker KKCHT
Pensyarah Program
2. Puan Aishah binti Liman
Ketua Program 9. Puan Nor Ezan binti Yusof
3. Encik Mohamad Hafiz bin Ahmad Pensyarah Program
Timbalan Ketua Program
10. Puan Aisyah binti Liman -
4. Puan Nor Zaini binti Senik
Pensyarah Program Pensyarah Program
5. Puan Nor Suraya Aini binti Ngah 11. Encik Mazlan bin Muhamed
Pensyarah Program
Pensyarah Program
6. Puan Sarinah binti Said
Pensyarah Program 12. Encik Jamalul Azam bin Johari
7. Cik Nor Risam binti Abd Ghani Pensyarah Program
Pensyarah Program
13. Puan Noraini binti Sulaiman
Pensyarah Program
14. Puan Norhaslinawati binti Md Saad
Pensyarah Program
10
Program Sijil Teknologi Senibina telah beroperasi sepenuhnya di Kolej Komuniti Cawangan Hulu
Terengganu.
SINOPSIS PROGRAM
Program Sijil Teknologi Senibina adalah salah satu program yang membolehkan pelajar
mendapat pengetahuan dan kemahiran bukan sahaja secara teori bahkan juga secara amali
dalam bidang teknologi senibina. Kemahiran menggunakan perisian Autocad, SketchUp dan
Autodesk Revit akan didedahkan kepada pelajar selari dengan keperluan industri masa kini.
Melalui pengetahuan dan kemahiran kendiri dan meluaskan set minda selari dengan komunikasi
berkesan dan penyelesaian masalah dalam bidang senibina.
OBJEKTIF PROGRAM
OP 1: Mampu untuk mengaplikasikan pengetahuan secara kreatif dan inovatif serta
mampu menganalisa, membuat keputusan dan menyelesaikan masalah secara
signifikan dalam kerja-kerja teknologi senibina.
Op 2: Berkebolehan untuk menunjukkan kemahiran teknikal dengan menggunakan
teknologi digital yang menepati kehendak industri semasa sebagai pemudah cara
dalam kerja-kerja teknologi senibina.
OP 3 : Berkebolehan untuk menunjukkan kemahiran berkomunikasi secara efektif,
bertanggungjawab dalam tugas secara individu atau berpasukan serta boleh memberi
panduan kepada masyarakat dalam menyelesaikan masalah berkaitan.
OP 4 : Mampu untuk mengamalkan etika dan profesionalisme, mempunyai kemahiran
keusahawanan serta pengurusan dalam pembelajaran sepanjang hayat untuk
perkembangan kerjaya
11
PROSPEK KERJAYA
Program ini menyediakan pengetahuan dan kemahiran di dalam bidang teknologi senibina yang
boleh diimplimentasikan bagi kerjaya di dalam bidang tersebut. Pengetahuan dan kemahiran di
dalam bidang ini, membolehkan pelajar memulakan kerjaya di dalam bidang tersebut :
a. Pelukis Pelan Senibina
b. Penolong Pegawai Senibina
c. BIM Modeller
d. Usahawan
STRUKTUR PROGRAM SIJIL TEKNOLOGI SENIBINA 12
KOD KURSUS KREDIT
MPU 11102 SEMESTER 1 2
SBC 10012 Pengajian Malaysia 2
SUE 10011 Aplikasi Komputer 1
STS 10014 Communicative English 4
STS 10024 Asas Lukisan Berbantu Komputer 4
STS 10033 Lukisan Grafik Seni Bina 3
STS10043 Lukisan Geometri Seni Bina 3
Bahan Binaan Bangunan 19
MPU 13012/ 13022
MPU 20021 JUMLAH 2
SUK 10012 SEMESTER 2 1
MPU 1212 Pendidikan Islam / Pendidikan Moral 2
STS 20055 Workplace English 2
STS 20064 Kokurikulum 5
STS 20073 Bahasa Kebangsaan 4
Lukisan Kerja Berbantu Komputer 3
MPU 12012 Lukisan Persembahan Seni Bina 19
STS 30084 Teknologi Pembinaan Bangunan
STS 30094 2
STS 30103 JUMLAH 4
STS 30113 SEMESTER 3 4
Keusahawanan 3
SUT 40038 Asas Lukisan Terukur 3
BIM Seni Bina 16
Lukisan Kemudahan Bangunan
Amalan Ikhtisas 8
62
JUMLAH
SEMESTER 4
LATIHAN INDUSTRI
JUMLAH KREDIT
Sumber rujukan : Maklumat Program Sijil Teknologi Senibina, Versi : 140621_1_Efektif: Sesi_1_2021/2022
13
MQA/FA2893
14
PROGRAM SIJIL FESYEN DAN PAKAIAN
1. Puan Rohimah binti Abdul Aziz - Ketua Program
2. Puan Farah Nureen binti Abdul Rahim - Timbalan Ketua Program
3. Puan Wan Sazarena binti Wan Ahmad - Pensyarah Program
4. Puan Nor Azlida binti Yusof - Pensyarah Program
5. Puan Annur Rawihah binti Azizan - Pensyarah Program
6. Puan Suhaila binti Mohd Rofei - Pensyarah Program
7. Puan Umi Umaima binti Mohd Razali - Pensyarah Program
15
SINOPSIS PROGRAM
Program ini dibangunkan untuk merangkumi semua bidang utama dalam pengeluaran fesyen
dan pakaian, termasuk rekabentuk dan ilustrasi dan pembinaan pakaian. Kursus-kursus
dijalankan di studio seni dan bengkel yang lengkap dengan pelbagai jenis peralatan melukis dan
menjahit. Program ini bertumpukan kepada aspek pengetahuan dan kemahiran mengendalikan
mesin jahit, teknik menjahit, pemilihan bahan, warna dan tekstur. Bukan sahaja pengetahuan
dan kemahiran teknikal, program ini juga membentuk para pelajar yang holistik dan bersahsiah
tinggi melalui kursus-kursus seperti Pendidikan Islam, Pendidikan Moral, Bahasa Inggeris,
Pengajian Malaysia dan Keusahawanan bagi membolehkan pelajar menceburi bidang tekno-
usahawan dalam bidang teknikal.
OBJEKTIF PROGRAM (OP)
Program Sijil Fesyen dan Pakaian dapat menghasilkan pengamal fesyen yang:
OP 1:mengaplikasi pengetahuan dan pemahaman serta berkebolehan
menyelesaikan masalah dalam industri fesyen
OP 2 : menunjukkan kemahiran praktikal di dalam bidang fesyen dan pakaian
serta mempunyai kemahiran berkomunikasi dengan berkesan
OP 3 : menunjukkan kemahiran menggunakan teknologi digital dan numerasi
serta mengamalkan kerja berpasukan dalam menjalankan tanggungjawab social
OP 4:mengamalkan pengetahuan dan kemahiran keusahawanan dengan
menerapkan nilai etika dan profesionalisme dalam industri fesyen
16
PROSPEK KERJAYA
Program ini menyediakan pengetahuan dan kemahiran di dalam bidang fesyen dan pakaian yang
mana ia boleh diimplimentasikan bagi kerjaya di dalam bidang pembuatan pakaian. Pengetahuan
dan kemahiran di dalam bidang ini, membolehkan pelajar memulakan kerjaya seperti:
• Pembuat pakaian
• Usahawan fesyen
• Pembantu pereka fesyen
• Sewing associate
• Fashion buyer
• Ilustrator fesyen
STRUKTUR PROGRAM SIJIL FESYEN DAN PAKAIAN 17
KOD KURSUS KREDIT
SBC 10012 SEMESTER 1 2
SUE 10011 Aplikasi Komputer 1
MPU 11102 Communicative English 2
SMP 10013 Pengajian Malaysia 3
SFP 10033 Asas Lukisan 3
SFP 10023 Sulaman 3
SFP 10013 Pembuatan Sampel 3
Pola Asas Pakaian 17
MPU 13012/ 13022
MPU 20021 JUMLAH 2
SFP 20073 SEMESTER 2 1
SFP 20063 Pendidikan Islam / Pendidikan Moral 3
SFP 20043 Workplace English 3
SFP 20053 Kajian Fabrik 3
SFP 20143 Senireka Fesyen 1 3
Pakaian Tradisional Wanita 3
MPU 12012 Pembuatan Pakaian Wanita 18
SFP 30123 Ilustrasi Fesyen Digital
SFP 30094 2
SFP 30103 JUMLAH 3
SFP 30113 SEMESTER 3 4
SFP 30132 Keusahawanan 3
Pakaian Lelaki 3
SUT 40038 Senireka Fesyen 2 2
Busana Warisan 17
Pakaian Kotemporari Wanita
Kostum dan Budaya 8
60
JUMLAH
SEMESTER 4
LATIHAN INDUSTRI
JUMLAH KREDIT
Sumber rujukan : Maklumat program Sijil Fesyen dan Pakaian, versi: 271020_1_Efektif: Disember2020
18
MQA/FA2453
19
PROGRAM SIJIL SERVIS KENDERAAN RINGAN
1. Encik Mohd Khairul bin Omar 5. Encik Ahmad Rosdi bin Abdul Rahim
Ketua Program Pensyarah Program
2. Encik Khairul Azlan bin Ariffin 6. Encik Hasbu bin Hussin
Timbalan Ketua Program Pensyarah Program
3. Encik Mohd Fariq bin Mohd Fauzi 7. Encik Muhammad Baqir bin Ibrahim
Pensyarah Program Pensyarah Program
4. Encik Adnan bin Ariffin 8. En. Mohd Khairil Nizam bin Othman
Pensyarah Program Pensyarah Program
10
9. Encik Poo Tsek Chuang 12. YM Syed Fadhly Noor bin Sayed
Pensyarah Program Abdullah
Pensyarah Program
10. Encik Ramli bin Besar
Pensyarah Program 13. Encik Saiful Azuwan bin Mohammad
Pensyarah Program
11. En.Nazri bin Wahab
Pensyarah Program 14. Encik Mohd Razali bin Ab Rahman
Pensyarah Program
SINOPSIS PROGRAM
Program ini direkabentuk bertujuan untuk menghasilkan graduan holistik yang mempunyai ilmu
pengetahuan dan kemahiran kompeten dalam memenuhi permintaan tenaga kerja dalam sektor
industri automotif. Dalam program ini merangkumi pembelajaran dan pengajaran mengenai
komponen kenderaan, enjin, roda, brek, stereng, elektrik kenderaan, gantungan, transmisi dan
penyamanan udara kenderaan. Selain itu mengenai Keselamatan dan Kesihatan Pekerja
(Occupational Safety & Health), Khidmat Pelanggan, Teknologi Hijau, Pengurusan Enjin, Servis
Asas Kenderaan, Rombak Rawat Enjin dan Teknologi Woksyop.
OBJEKTIF PROGRAM (OP)
Beberapa tahun setelah graduan menamatkan pengajian Program Sijil Servis Kenderaan
Ringan akan melahirkan pekerja teknikal yang:
OP 1 : dilengkapi dengan pengetahuan dan kemahiran khusus yang diperlukan
industri dalam bidang teknologi automotif.
OP 2 : berterusan terlibat dalam pembelajaran sepanjang hayat bagi
meningkatkan pengetahuan dan kemahiran.
OP 3 : diterapkan dengan kemahiran keusahawanan dalam bidang pekerjaan
OP 4 : mempunyai hubungan rapat dengan masyarakat dan industri.
10
PROSPEK KERJAYA
Program ini menyediakan pelajar dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam bidang
teknologi automotif. Ilmu pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi melalui program ini
akan membolehkan pelajar memulakan kerjaya sebagai:
• Mekanik
• Juruteknik servis kenderaan
• Penasihat servis (Service Advisor)
• Pengusaha bengkel servis
• Pengusaha bengkel tayar
• Pengusaha bengkel elektrik automotif
• Operator Pemasangan Automotif
• Detailing Car Wash Attendant
• Pemeriksan Kenderaan
• Pengusaha E-Dagangan Automotif
• Pengusaha Pusat Aksesori Kenderaan
• Pengusaha Alat Ganti Kenderaan
• Pengusaha Pusat Servis Penghawa Dingin Kenderaan
STRUKTUR PROGRAM SIJIL SERVIS KENDERAAN RINGAN 11
KOD KURSUS KREDIT
MPU 13012 / MPU 13022 SEMESTER 1 2
SUE 10011 Pendidikan Islam / Pendidikan Moral 1
SPU 10052 Communicative English 2
SAU 10012 Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSH) 2
SAU 10022 Teknologi Woksyop 2
SAU 10032 Servis Asas Kenderaan 2
SAU 10042 Selenggara Roda 2
SAU 10053 Sistem Stereng 3
Sistem Brek 16
MPU 11012
SBC 10012 JUMLAH 2
SBM 10012 SEMESTER 2 2
SAU 20062 Pengajian Malaysia 2
SAU 20072 Aplikasi Komputer 2
SAU 20082 Matematik 2
SAU 20093 Sistem Elektrik Kenderaan 2
SAU 20103 Sistem Gantungan 3
Sistem Pacuan Akhir 3
SUE 20021 Sistem Transmisi Manual 18
MPU 12012 Sistem Transmisi Automatik
SBS 10012 1
SAU 30111 JUMLAH 2
SAU 30122 SEMESTER 3 2
SAU 30132 Workplace English 1
SAU 30142 Keusahawanan 2
SAU 30153 Sains 2
SAU 30163 Khidmat Pelanggan 2
Teknologi Hijau Automotif 3
Sistem Penyamanan Udara Kenderaan 3
Sistem Elektrik Enjin
Sistem Pengurusan Enjin
Rombak Rawat Enjin
SUT 40038 SEMESTER 4 JUMLAH 12
LATIHAN INDUSTRI JUMLAH KREDIT
18
8
60
Sumber rujukan : Maklumat Program Sijil Servis Kenderaan Ringan, versi : 140621_1_Efektif: Sesi _1_2021/2022
13
MQA/FA2452
14
PROGRAM SIJIL TEKNOLOGI ELEKTRIK
1. Puan Che Ku Farhana binti Che Ku Alam -Ketua Program SKE KKKT
2. Encik Mohd Zuhairi bin Mustafa -Timbalan Ketua Program
3. Puan Nor Azarina binti Nordin -Pensyarah Program
4. Encik Masnizaimi bin Mamat -Pensyarah Program
5. Puan Wan Faizah binti Wan Abdullah -Pensyarah Program
6. Puan Hajah Norfazliana binti Romli -Pensyarah Program
7. Encik Abdullah bin Bedul -Pensyarah Program
8. Tuan Haji Mohd Sahal bin Harun -Pensyarah Program
9. Encik Mohd Haffiz bin Zainal Abidin -Pensyarah Program
10. Encik Ridzwan bin Mohamad Sumeri -Pensyarah Program
15
11. Encik Mohd Fadhil bin Ramle -Pensyarah Program
12. Puan Musnita binti Mohd -Pensyarah Program
13. Encik Azizan bin Mohd Maharudin -Pensyarah Program
14. Puan Rafidah binti Abdull Azis -Pensyarah Program
SINOPSIS PROGRAM
Program Sijil Teknologi Elektrik (dahulunya dikenali sebagai Sijil Pemasangan Elektrik)
direkabentuk bertujuan memperkenalkan pelajar kepada teknologi elektrik pada masa kini.
Pelajar akan memeperolehi pengetahuan dan latihan kemahiran berkaitan elektrik dan elektronik.
Pelajar berkemampuan untuk mengendalikan kerja-kerja pemasangan dan perkhidmatan
berkaitan industri elektrik dan elektronik. Program ini menawarkan kursus teras Teknologi
Elektrik, Alat Pengukuran Peranti Semikonduktor, Sistem Digit, Lukisan Terbantu Komputer,
Motor Elektrik Satu Fasa, Motor Elektrik Tiga Fasa, Pengawal Logik Bolehaturcara, Sistem
Automasi Bangunan serta Kursus Sistem Keselamatan dan Penyaman Udara. Selain itu, Kursus
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan juga ditawarkan sebagai teras umum selain Matematik
dan Sains. Pelajar juga didedahkan dengan elemen soft skills melalui kursus wajib yang
menerapkan kemahiran insaniah dan pembelajaran kendiri melalui tugasan serta projek.
Disamping itu, lulusan daripada program ini juga akan mempelajari teknik-teknik keusahawanan
sebagai nilai tambah bagi menyahut cabaran dunia sebenar keusahawanan dalam bidang elektrik
dan elektronik.
OBJEKTIF PROGRAM (OP)
Program Sijil Teknologi Elektrik akan menghasilkan tenaga kerja yang:
OP 1:Menjadi juruteknik dalam bidang elektrik dan elektronik selari keperluan semasa
dan hasrat negara.
OP 2:Melibatkan diri secara berterusan dalam aktiviti peningkatan pengetahuan,
kemahiran dan kerjaya secara dinamik.
OP 3:Memberi sumbangan kepada masyarakat dengan penuh tanggungjawab serta
beretika.
OP 4:Melibatkan diri dalam aktiviti berkaitan keusahawanan atau aktiviti bercirikan
inovatif.
16
PROSPEK KERJAYA
Program ini menyediakan pengetahuan dan kemahiran di dalam bidang Teknologi Elektrik yang
menyediakan laluan kerjaya seperti berikut :
• Juruelektrik
• Juruteknik Elektrik/Elektronik
• Penolong Jurutera Gred JA29
• Penolong Juruteknik Elektrik/Elektronik
17
STRUKTUR PROGRAM SIJIL TEKNOLOGI ELEKTRIK
KOD KURSUS KREDIT
SUE 10011 SEMESTER 1 1
MPU 11012 Communicative English 2
Pengajian Malaysia
SBM 10012 Matematik 2
SBS 10012 Sains 2
SEE 10013 Teknologi Elektrik 3
SEE 10023 Alat Pengukuran 3
SEE 10033 Motor Elektrik Satu Fasa 3
SEE 10043 Peranti Semikonduktor 3
JUMLAH 19
SEMESTER 2
SBC10012 Aplikasi Komputer 2
MPU 12012 Keusahawanan 2
SEE 20052 Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 2
SEE 20063 Sistem Digit 3
SEE 20072 Lukisan Terbantu Komputer 2
SEW 20023 Pemasangan Elektrik Satu Fasa 3
SEW 40043 Pengawal Logik Boleh Aturcara 3
JUMLAH 17
SEMESTER 3
SUE 20021 Workplace English 1
MPU 13012/MPU 13022 Pengajian Islam*/Pendidikan Moral** 2
SEE 30083 Motor Elektrik Tiga Fasa 3
SEE 30093 Sistem Automasi Bangunan 3
SEE 30104 Sistem Keselamatan & Penyamanan Udara 4
SEW 40034 Pemasangan Elektrik Tiga Fasa 4
JUMLAH 17
SEMESTER 4
SUT 40038 LATIHAN INDUSTRI (LI) 8
JUMLAH KREDIT 61
Sumber rujukan : Maklumat Program Sijil Teknologi Elektrik, Versi: 140621_1_Efektif: Sesi_1_2021/2022
18
19
PROGRAM SIJIL ASAS JAHITAN KREATIF
1. Puan Jasni binti Rasul -Ketua Program
2. Puan Analiza Suria binti Mohd Yusof -Pensyarah Program
3. Puan Wan Norihan binti Wan Mohd Noor -Pensyarah Program