The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by niksuliati, 2021-09-05 04:47:42

Buku Panduan Pelajar KKKT

Buku Panduan Pelajar KKKT

Keywords: Kolej Komuniti Kuala Terengganu

20

SINOPSIS

Program ini direka bentuk bertujuan memperkenalkan pelajar Kelainan Upaya pembelajaran,
Learning Disabilities (LD) terhadap keperluan tenaga kerja mengikut saranan kerajaan bagi
membantu golongan ini mengembangkan kemahiran di samping membantu meningkatkan taraf
hidup. Secara tidak lansung pelajar ini memperolehi pengalaman sebenar dunia pekerjaan. Sijil
Kemahiran Khas ini menawarkan Empat Modul Teras iaitu Asas Pengendalian Mesin, Jahitan
Asas Langsir, Jahitan Asas Set Cadar dan Jahitan Asas Hiasan. Pelajar Sijil Kemahiran Khas ini
akan dinilai berdasarkan Penilaian Berterusan yang merangkumi tugasan dan projek.

OBJEKTIF PROGRAM PENGAJIAN

1. Memperkembangkan potensi pelajar yang mengalami masalah pembelajaran ini secara
bersepadu untuk menjadikan mereka pelajar yang seimbang dari segi mental, emosi dan
integrasi sosial.

2. Menyediakan peluang untuk pelajar berkenaan mengembangkan bakat dan potensi diri.
3. Menyediakan dan memberi peluang serta kemudahan kepada pelajar ini mendapat

haluan bagi mendapat haluan bagi mendapatkan pengetahuan dan kemahiran yang
dikehendaki.
4. Menghasilkan tenaga pekerja yang berkebolehan dan berkemahiran dalam bidang
berkenaan selaras dengan keperluan semasa dan hasrat Negara bagi membantu pelajar
yang mengalami masalah pembelajaran.
5. Meningkatkan taraf hidup golongan khas ini dalam membantu mereka menambah sumber
pendapatan.

21

PROSPEK KERJA

Program ini menyediakan kemahiran di dalam bidang industri jahitan kreatif yang disediakan
khusus bagi golongan pelajar yang mengalami masalah pembelajaran yang mana ianya menepati
keperluan kerjaya dalam industri yang bersesuaian. Pengetahuan dan kemahiran dalam bidang
ini membolehkan pelajar berkenaan memulakan kerjaya di dalam bidang berikut:

• Melibatkan diri dalam keusahawanan bagi industri Kecil Dan Sederhana (IKS)
• Bekerja sebagai tukang jahit
• Bekerja di Sektor Perkilangan Tekstil

22

STRUKTUR PROGRAM SIJIL ASAS JAHITAN KREATIF

KOD KURSUS KREDIT

SEMESTER 1 : PENGENALAN ASAS SAMPEL JAHITAN

KJK 1015 Menghasilkan Asas Sampel Jahitan 5

KJK 1023 Menghasilkan Asas Langsir Standard 3

KJK 1033 Menghasilkan Asas Langsir Eyelet 3

KJK 1054 Menghasilkan Langsir Pelmet 4

KKW 1011 / KKW 1021 Pendidikan Islam 1 / Pendidikan Moral 1 1

KKW 1031 Kokurikulum 1

JUMLAH 17

SEMESTER 2 : JAHITAN KREATIF

KJK 2014 Menghasilkan Patchwork dan Quilting Set 4

Cadar Bayi

KJK 2024 Menghasilkan Patchwork dan Hiasan Tote 4

Bag

KJK 2033 Menghasilkan Produk Applique 3

KJK 2044 Menghasilkan Produk Jahitan Kreatif 4

KKW 2041 / KKW 2051 Pendidikan Islam II / Pendidikan Moral II 1

KKW 2061 Asas Aplikasi Komputer 1

JUMLAH 17

SEMESTER 3 : PAKAIAN TRADISIONAL WANITA DAN HIASAN

KJK 3015 Jahitan Baju Kurung Moden dan Kain 5

Duyung

KJK 3024 Menghasilkan Sulaman Manik 4

KJK 3034 Menghasilkan Asas Sulaman Riben 4

KJK 3043 Jahitan Kraf Felt 3

KKW 3072 Asas Keusahawanan 2

JUMLAH 18

SEMESTER 4

SLI 4018 LATIHAN INDUSTRI (LI) 8

JUMLAH KREDIT 60

Sumber rujukan : Maklumat Program Sijil Jahitan Kreatif, 2017

23

UNIT
PENGAJIAN

AM

24

UNIT PENGAJIAN AM

1. Puan Wan Nurazerine binti Wan Musa - Ketua Unit Pengajian AM
2. Cik Fatihah Asmida binti Yaakub - Timbalan Ketua Unit
3. Puan Darmila binti Ali - Pensyarah Unit
4. Puan Maziah binti Muda - Pensyarah Utama
5. Puan Faridah binti Mustaffa - Pensyarah Utama
6. Puan Salina binti Mohmed - Pensyarah Unit
7. Puan Suria binti Embong - Pensyarah Unit
8. Puan Noraishah binti Mohd Nor - Pensyarah Unit
9. Puan Rosnida @ Noryati binti Ghazali - Pensyarah Unit
10. Puan Wan Nordini binti Wan Mansor - Pensyarah Unit
11. Ts. Puan Noor Muzlinda binti Mat Hashim - Pensyarah Unit
12. Encik Mohd Fadli Shah bin Abdul Aziz - Pensyarah Unit

25

Mata Pelajaran Umum (MPU) merupakan mata pelajaran wajib diambil bagi setiap pelajar yang
mendaftar di mana-mana institusi pengajian tinggi. MPU dilaksanakan bagi meningkatkan kualiti
modal insan yang mana ia mampu melahirkan pelajar yang holistik, mempunyai nilai-nilai murni
dan jati diri yang beracuan Malaysia.

Antara subjek yang ditawarkan ialah:

• Pengajian Malaysia
• Communicative English
• Aplikasi Komputer
• Pendidikan Islam
• Pendidikan Moral (bagi yang bukan Islam)
• Matematik
• Sains
• Keusahawanan
• Workplace English
• Kokurikulum
• Bahasa Kebangsaan A

(bagi subjek Bahasa Kebangsaan A, ianya merupakan subjek wajib diambil khasnya kepada

pelajar yang tidak mencapai keputusan Kredit (C ) di dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Unit Pengajian AM di Kolej Komuniti Kuala Terengganu amat komited dalam mendidik, memberi
bimbingan dan tunjuk ajar kepada pelajar agar semua pelajar beroleh keputusan yang cemerlang
dalam subjek yang ditawarkan ini.

Sumber rujukan : Maklumat Pengajian Umum, Matematik, Sains dan Komputer, versi : 271020_2_Efektif: Disember2020

26

HAL EHWAL
PELAJAR

27

PENGENALAN

Unit Hal Ehwal Pelajar menyediakan platform khidmat kepada pelajar iaitu bantuan kewangan,
insurans, sukan dan juga khidmat psikologi. Pelajar juga diberi peluang untuk bertanding sebagai
Jawatankuasa Perwakilan Pelajar mengikut syarat yang telah ditetapkan

BANTUAN KEWANGAN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI (BKPKK)

Permohonan BKPKK ini adalah terbuka kepada semua pelajar yang mendaftar di Kolej
Komuniti. Syarat permohonan adalah seperti berikut :

I. Pemohon adalah warganegara Malaysia
II. Ibu/bapa/penjaga berpendapatan kasar bulanan keluarga sebanyak RM 4,849.00 dan ke

bawah
III. Mencapai keputusan peperiksaan semester pertama dengan HPNM 2.00 untuk

dipertimbangkan pemberian semester kedua
IV. Menghantar borang permohonan BKPKK dalam tempoh 14 hari dari tarikh Surat

Tawaran BKPKK
V. Pelajar tidak mempunyai penaja lain

PEMBATALAN BAYARAN BKPKK

• Pemohon berhenti pengajian
• Pemohon menangguhkan semester pengajian melebihi 2 semester
• Mencapai keputusan peperiksaan semester pertama dengan HPNM 2.00

28

INSURANS

Seseorang pelajar hendaklah mendapatkan skim perlindungan insurans berkelompok.
Perlindungan insurans ini bertujuan untuk menyediakan manfaat dalam bentuk bantuan
kewangan jika pelajar yang dilindungi meninggal dunia atau menderita keilatan kekal atau
kecederaan anggota badan sama ada akibat kemalangan atau penyakit. Pelajar atau waris perlu
membuat permohonan tuntutan insurans di unit HEP.

DISIPLIN

Dasar Pengurusan Disiplin

Dasar pengurusan disiplin kolej komuniti adalah ditentukan oleh KPT. Seseorang pelajar adalah
tertakluk kepada Akta 174 [ Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976 ] dan pindaan-
pindaannya dibaca bersama dengan Buku Panduan Peraturan Am Pelajar Kolej Komuniti.

29

Kategori Kesalahan Disiplin Pelajar

1.0 RUPA DIRI

1.1 Berambut Panjang bagi pelajar lelaki

1.2 Rambut berfesyen seperti afro, punk, berekor atau diwarnakan

1.3 Memakai pakaian tidak mengikut peraturan Kolej Komuniti

1.4 Memakai barang perhiasan bagi pelajar lelaki

2.0 KAD PELAJAR

2.1 Tidak memakai Kad Pelajar

2.2 Memakai atau menggunakan Kad Pelajar lain

3.0 GANGGUAN SEKSUAL

3.1 Melakukan gangguan secara lisan – kata-kata. gurauan, bunyi, soalan,
panggilan telefonberbentuk ancaman atau cadangan seksual

3.2 Membuat isyarat tangan, bahasa isyarat, pandangan/kerlingan yang
membayangkan sesuatu niat/keinginan

3.3 Melakukan gangguan visual seperti menunjukkan bahan-bahan lucah, melukis
gambar lucah, menulis surat berunsur seksual, mendedahkan bahagian sulit

3.4 Melakukan gangguan fizikal seperti sentuhan yang tidak diingini,
menepuk, mencubit,menggesel badan, memeluk, mencium dll

3.5 Melakukan gangguan psikologi seperti mengulangi jemputan sosial yang
tidak diterima,memujuk untuk mencumbu, dll

4.0 VANDALISME

4.1 Merosakkan harta benda milik Kolej Komuniti, kerajaan, awam atau orang
perseorangan

4.2 Menconteng dinding/notis rasmi/pekeliling rasmi

4.3 Merosakkan tanaman di dalam/luar premis Kolej Komuniti

4.4 Mengotorkan kawasan/bangunan Kolej Komuniti

30

Contoh Rupa Diri dan Pakaian Pelajar

31

JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR (JPP)
Seksyen 7 Bahagian III, Akta 174 Akta Institusi-Institusi (Tatatertib) 1976 memperuntukkan
bahawa sesuatu institusi hendaklah mempunyai suatu Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP)
yand diwakili oleh sebilangan pelajar yang ditentukan oleh Pengarah.
Syarat Bertanding Dalam Pilihanraya adalah terbuka kepada semua pelajar yang berdaftar di
Kolej Komuniti kecuali:

a.Pelajar yang belum pernah menduduki peperiksaan pertama di Kolej Komuniti.
b.Pelajar yang HPNMnya kurang daripada 2.75.
c.Pelajar yang pernah mengulang semester.
d.Pelajar yang sedang menunggu keputusan perbicaraan tatatertib.
e.Pelajar yang pernah dikenakan tindakan tatatertib.
f.Pengecualian di atas adalah terbatal dengan kebenaran Pengarah kecuali perkara ‘a’
dan ‘b’.

SUKAN DAN REKREASI
Semua pelajar bebas untuk menyertai aktiviti sukan yang dianjurkan. Iklan aktiviti sukan melalui
sebaran media cetak dan media elektronik. Pelajar juga boleh memilih untuk menyertai aktiviti
sukan, sama ada yang dianjurkan oleh Kolej Komuniti Kuala Terengganu, Majlis Sukan Kolej
Komuniti (MASKOM), Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT), Kerajaan Negeri
Terengganu/Agensi/Jabatan Kerajaan Negeri Terengganu/Persekutuan, Kementerian,
persatuan/kelab dan lain-lain.

PERKHIDMATAN PSIKOLOGI DAN KAUNSELING
Unit Kaunseling Dan Kerjaya ditubuhkan untuk memberikan perkhidmatan kaunseling (individu
dan kelompok) dan juga konsultasi dalam membantu perkembangan kerjaya dan penyesuaian
diri pelajar dengan baik dan menyeluruh tertakluk kepada "Etika Kaunseling". Pelajar boleh
mendapatkan nasihat dan khidmat bantuan di samping meningkatkan kesihatan emosi di Unit
Psikologi dan Kerjaya. Pegawai Psokologi bertauliah sedia membantu pelajar dan memberikan
khidmat nasihat. Unit Kaunseling juga menganjurkan program-program peningkatan motivasi
pelajar dari segi rohani, jasmani, intelek dan spiritual oleh kaunselor bertauliah.

Sumber rujukan : Garis Panduan Pengurusan Hal Ehwal Pelajar Kolej Komuniti Edisi Oktober 2012.

32

PENILAIAN &
PEPERIKSAAN

33

PENGENALAN

Pengurusan Penilaian Akademik & Peperiksaan di Kolej Komuniti Kuala Terengganu diselia oleh
Unit Peperiksaan. Unit ini diketuai oleh Pegawai Peperiksaan dan dibantu oleh Penyelaras
Peperiksaan bagi setiap program.

PERATURAN AM KAEDAH PENILAIAN

Mendaftar Kursus/ LA

i. Pelajar yang telah mendaftar semester / modul dikehendaki mendaftar tiap–tiap
kursus / LA yang diambil melalui pensyarah kelas dalam tempoh satu (1) minggu
selepas pendaftaran semester / modul.

ii. Pelajar tidak dibenarkan mendaftar kursus / LA yang mempunyai pra syarat,
sekiranya pelajar belum lulus kursus / LA yang menjadi pra syarat bagi kursus /
LA tersebut.

iii. Pelajar perlu mendapat pengesahan TPA / TP / Ketua Program sebelum
mendaftar.

iv. Pelajar bertanggungjawab untuk menyemak senarai kursus / LA yang telah
didaftarkan dengan teliti.

v. Pelajar yang telah mendaftar kursus / LA berkenaan hendaklah mengikuti
sepenuhnya aktiviti pembelajaran bagi kursus / LA tersebut.

vi. Pindaan pendaftaran kursus / LA hendaklah diselesaikan pada minggu ketiga (3)
perkuliahan dengan mendapat kebenaran Timbalan Pengarah Akademik (TPA) /
Timbalan Pengarah (TP)

vii. Borang pendaftaran kursus / LA akan dikeluarkan selewat-lewatnya pada minggu
viii. ketiga semester / modul berkenaan kepada pelajar melalui pensyarah kelas.
ix. Satu salinan borang pendaftaran kursus hendaklah diserahkan kepada

x. TPA / TP, Unit Peperiksaan dan Fail Pelajar.

34

Menentukan Jumlah Kredit

Nilai kredit.

i. Setiap kursus / LA mempunyai nilai kredit tertentu.
ii. Setiap 40 jam belajar pelajar adalah bersamaan satu (1) kredit.
iii. Setiap kursus / LA direkabentuk antara satu (1) hingga lima (5) kredit
iv. Latihan Industri (LI) membawa lapan (8) hingga 12 kredit mengikut keperluan program.

Satu (1) bulan LI bersamaan dua (2) kredit

Beban kredit minimuman maksimum.
i. Pelajar dikehendaki mengambil minima sembilan (9) kredit bagi setiap semester / modul
kecuali bagi semester akhir / modul terakhir.
ii. Pelajar yang mendapat HPNM kurang dari 2.00 hendaklah mengambil tidak lebih
daripada 13 kredit termasuk kursus wajib pada semester /modul berikutnya.
iii. Bilangan kredit maksimum yang boleh diambil ialah 19 kredit, dengan kebenaran
Timbalan Pengarah Akademik (TPA) / Timbalan Pengarah(TP). Pelajar dinasihatkan
berbincang dengan pensyarah kelas terlebih dahulu.

Kredit Kursus/LA Ulangan (UK)

i. Bagi pelajar yang mengulang kursus / LA (UK), gred terkini akan menggantikan gred
terdahulu.

ii. Bagi tujuan pengiraan HPNM, kredit kira dan nilai mata terkini kursus/LA yang diulang
akan diambilkira, dan kredit kira serta nilai mata terdahulu dimansuhkan.

iii. Bagi pelajar yang perlu mengulang kursus / LA (UK) minima 9 kredit, pelajar TIDAK
DIBENARKAN mendaftar kursus/LA bagi semester/modul yang berikutnya.

Kredit Penebusan Gred (TG)

i. Bagi pelajar yang mendapat status LB DIBENARKAN mengulang kursus/LA bagi
menebus gred (TG), gred terkini akan menggantikan gred terdahulu.

ii. Bagi tujuan pengiraaan HPNM, kredit kira dan nilai mata terkini kursus / LA yang diperbaiki
akan diambilkira, dan kredit kira serta nilai mata terdahulu dimansuhkan.

35

Kredit Lulus Program dan Tempoh Pengajian

i. Pelajar mesti lulus semua kursus / LA yang ditetapkan untuk program yang diambilnya
termasuk LI.

ii. Kredit minimum bagi program sijil adalah 60 kredit manakala bagi program diploma adalah
90 kredit. Kredit sebenar hendaklah dirujuk kepada struktur program masing-masing.

iii. Tempoh pengajian lazim bagi sesuatu program adalah antara 4 hingga 6 semester/modul
manakala tempoh maksimum pengajian adalah 10 semester atau 40 bulan. Kerangka
tempoh pengajian maksimum ini ditetapkan bagi memastikan lulusan sentiasa relevan
dengan keperluan semasa.

Perpindahan Kredit

i. Pelajar boleh memohon kelulusan pindahan kredit bagi mana-mana kursus / LA daripada
Timbalan Pengarah Akademik (TPA) / Timbalan Pengarah (TP).

ii. Mata kredit yang diperolehi bagi kursus / LA yang dipindah kredit tidak diambilkira dalam
pengiraan HPNM.

iii. Jumlah Jam Kredit bagi kursus / LA yang dipindahkan akan diambil kira bagi menentukan
Jumlah Jam Kredit Terkumpul untuk tujuan penganugerahan Sijil/Diploma.

iv. Kursus-kursus / LA program Kolej yang telah dilaksanakan di sesebuah Kolej boleh
diterima atau dibawa ke Kolej lain yang menawarkan kursus / LA yang sama.

v. Pelaksanaan pindahan kredit hendaklah merujuk kepada Garis Panduan Pindahan Kredit
Program Pengajian Kolej Komuniti, Kementerian Pendidikan Malaysia edisi terkini..

Mengikuti Kursus / LA

i. Pelajar yang telah mendaftar kursus berkenaan hendaklah mengikuti sepenuhnya aktiviti
pembelajaran bagi kursus tersebut

36

Penilaian

i. Pelajar hendaklah menduduki atau melaksanakan semua aktiviti - aktiviti Pentaksiran
Berterusan (PB) dan Penilaian Akhir (PA) bagi semua kursus / LA yang diikuti
berdasarkan keperluan kurikulum.

ii. Pelajar LULUS penilaian sesuatu Kursus / LA jika memenuhi syarat-syarat berikut;
a. Memperolehi markah gabungan Pentaksiran Berterusan dan Penilaian Akhir dengan
MINIMA 40 Markah (Lulus Bersyarat) atau gred D iaitu Nilai Mata 1.00 dan;
b. Wajib HADIR Penilaian Akhir.
c. Kursus-kursus yang tidak melibatkan Penilaian Akhir akan dinilai secara 100%
Pentaksiran Berterusan.

iii. Struktur penilaian(1) secara umumnya adalah seperti berikut;

i. Program Sijil
Pentaksiran Berterusan (PB ) dan

Penilaian Akhir (PA)
Atau

Pentaksiran Berterusan (100%)

ii. Program Diploma
Pentaksiran Berterusan (PB ) dan

Penilaian Akhir (PA)
Atau

Pentaksiran Berterusan (100%)

iv. Penyediaan dokumen Pentaksiran Berterusan (PB) merujuk Panduan Ringkas Penulisan
Item Pentaksiran Kolej Komuniti. Penyediaan dokumen Penilaian Akhir (PA) merujuk
Panduan Pengurusan Bank Soalan.

(1)Struktur penilaian adalah TERTAKLUK kepada standard program MQA kurikulum program yang dibangunkan.

37

Penilaian Khas

Penilaian Khas (PK) boleh diadakan untuk kes-kes berikut :-

i. Pelajar yang tidak dapat menduduki PA kerana disahkan sakit oleh Pegawai Perubatan
hospital kerajaan atau swasta.

ii. Pelajar semester akhir (sebelum LI) yang lulus dengan bertaraf “Baik” atau “Kepujian”
tetapi gagal satu (1) kursus/LA daripada semester-semester/modul-modul sebelumnya.

iii. Pelajar yang kematian ibu/bapa/penjaga/suami/isteri/ anak.
iv. Sebab-sebab lain yang dapat diterima oleh pihak Kolej.
v. Markah PK akan menggantikan markah PA sahaja manakala markah PB adalah kekal.
vi. Markah PK akan menentukan keputusan kursus / LA berkenaan sama ada lulus atau

gagal dan diambilkira dalam pengiraan PNM dan HPNM.
vii. PK tidak boleh diadakan bagi pelajar yang tidak menduduki PA tanpa sebab.
viii. Sekiranya gagal dalam PK, pelajar dikehendaki mengulang kursus / LA tersebut pada

semester / modul kursus / LA tersebut ditawarkan.
ix. Pelajar perlu mendapat kebenaran Pengarah Kolej Komuniti bagi menduduki PK.

Menggugur Kursus / LA

i. Pelajar hendaklah terlebih dahulu mendapatkan kelulusan daripada Timbalan Pengarah
Akademik (TPA) / Timbalan Pengarah (TP).

ii. Pengguguran Kursus / LA hendaklah dibuat dalam tempoh yang dibenarkan iaitu minggu
keempat (4) perkuliahan.

Mengulang Kursus/LA (UK)

i. Pelajar perlu mendaftar untuk mengulang kursus / LA bersama-sama dengan kursus / LA
yang ditetapkan bagi semester / modul semasa setelah mendapat nasihat dan kelulusan
Timbalan Pengarah Akademik (TPA) / Timbalan Pengarah (TP) .

ii. Pindaan pendaftaran kursus / LA hendaklah diselesaikan selewat-lewatnya pada minggu
kedua selepas pendaftaran dengan mendapat kebenaran Timbalan Pengarah Akademik
(TPA) / Timbalan Pengarah (TP).

iii. Mengulang kursus / LA adalah keadaan apabila seseorang pelajar tidak mencapai kriteria
penilaian sesuatu kursus / LA atau gagal kursus / LA pada semester / modul sebelumnya.

38

iv. Kaedah Mengulang Kursus / LA ini juga adalah tertakluk kepada samada kursus / LA itu
ditawarkan atau tidak pada semester / modul berkenaan (lihat syarat pendaftaran).
Bagaimanapun, pelajar perlu memohon kebenaran daripada Timbalan Pengarah
Akademik (TPA) / Timbalan Pengarah (TP). Pelajar dinasihatkan berbincang dengan
pensyarah kelas terlebih dahulu bagi mengulang kursus / LA untuk mengelakkan
pertembungan jadual.

v. Pelajar dikehendaki mengulang kursus / LA bagi mana-mana kursus / LA yang
disyaratkan ke atasnya pada semester / modul berikut jika kursus / LA itu ditawarkan.

Meneruskan Pengajian ke Semester / Modul Berikutnya

i. Pelajar dikehendaki mengambil semula kursus / LA yang gagal pada semester / modul
seterusnya (sekiranya kursus / LA tersebut ditawarkan oleh pihak kolej ).

ii. Pelajar dikehendaki lulus semua kursus / LA yang ditawarkan bagi sesuatu program
sebelum dibenarkan menjalani latihan industri di akhir pengajian. Pelajar yang mendapat
status HPNM Lulus Bersyarat perlu memperbaiki status keputusan sebelum menjalani
Latihan Industri.

iii. Walau bagaimanapun, pelajar yang tidak memenuhi syarat untuk mendaftar latihan
industri / WBL, boleh membuat rayuan untuk dipertimbangkan menjalani latihan industri /
WBL jika kursus / LA berkenaan tidak ditawarkan pada semester / modul tersebut dengan
mendapat kebenaran Timbalan Pengarah Akademik (TPA) / Timbalan Pengarah (TP).

Menamatkan Pengajian Program

Pelajar dianggap telah menamatkan pengajian program sekiranya :

i. Mendapat HPNM 2.00 atau lebih bagi sesuatu program dan telah lulus Latihan Industri /
WBL.

ii. Memenuhi jumlah jam kredit yang ditetapkan bagi sesuatu program.
iii. Bagi pelajar Warganegara yang tidak kredit Bahasa Melayu SPM WAJIB LULUS kursus

MPU 1212 Bahasa Kebangsaan A.(berkuatkuasa Sesi Mac 2015.

39

Status Diberhentikan

i. Memperolehi status akademik (PNM) LB sebanyak tiga kali berturut-turut.
ii. Telah melebihi tempoh maksimum pengajian sesuatu program (10 semester) termasuk

Latihan Industri.

Pengumuman Keputusan Peperiksaan

i. Pengumuman keputusan peperiksaan perlu dibuat dalam tempoh satu (1) minggu dari
tarikh Mesyuarat Jawatankuasa Peperiksaan Kolej Komuniti.

ii. Pegawai Peperiksaan Kolej Komuniti akan mengumumkan keputusan peperiksaan dan
penilaian bagi pihak Jawatankuasa Peperiksaan Kolej Komuniti di laman sesawang
https://app.mypolycc.edu.my/ccms/ atau hebahan melalui media elektronik.

iii. Slip keputusan peperiksaan boleh didapati di Unit Peperiksaan dan selepas pengumuman
dibuat.

Penahanan Keputusan Peperiksaan

Pelajar yang tidak memenuhi syarat-syarat berhubung sesuatu program dan syarat- syarat lain
yang ditetapkan oleh Kolej Komuniti, maka keputusan dan / atau slip keputusan peperiksaannya
boleh ditahan sehingga ia memenuhi syarat-syarat tersebut.

Rayuan Ke Atas Keputusan Peperiksaan

i. Pelajar boleh membuat semakan semula skrip jawapan penilaian akhir melalui Timbalan
Pengarah Akademik (TPA)/ Timbalan Pengarah (TP) dengan mengisi Borang Rayuan
Semakan Semula Keputusan bagi mana-mana kursus/LA dalam tempoh tujuh (7) hari
selepas keputusan diumumkan atau mengikut tarikh yang ditetapkan oleh kolej.

ii. Rayuan bagi kursus/LA yang tiada penilaian akhir (PA) atau rayuan markah Pentaksiran
Berterusan (PB) boleh dikemukakan dalam tempoh tujuh (7) hari selepas minggu
peperiksaan.

iii. Setiap rayuan hendaklah disertakan resit bayaran rayuan penyemakan. Kadar bayaran
rayuan penyemakan adalah sebanyak RM25.00 bagi setiap kursus/LA.

40

iv. Semua pembayaran hendaklah dibuat dalam bentuk Kiriman Wang / Wang Pos atas
nama Pengarah Kolej Komuniti.

Semakan Semula Skrip Jawapan
i. Pelajar semester akhir yang ingin membuat penyemakan semula skrip jawapan sesuatu
kursus/LA hendaklah mengemukakan permohonan secara bertulis kepada Jawatankuasa
Peperiksaan Kolej Komuniti untuk mendapat pengesahan daripada Jawatankuasa
Peperiksaan Pusat Kolej Komuniti.
ii. Keputusan semakan semula akan dimaklumkan kepada pelajar dalam tempoh 14 hari
bekerja dari tarikh penerimaan keputusan.

SISTEM GRED

41

Sistem Nilaian Mata

42

PENGANUGERAHAN

i. Pelajar layak dianugerahkan Sijil Kolej Komuniti setelah :
ii. Lulus semua kursus yang telah ditetapkan
iii. Lulus Latihan Industri (LI)
iv. Memperolehi PNM > 2.00
v. Tidak melebihi tempoh maksimum pengajian yang ditetapkan
vi. Diperakukan oleh Jawatankuasa Peperiksaan Kolej Komuniti.
vii. Sijil ini akan dikeluarkan oleh Kolej Komuniti masing-masing dan ditandatangani oleh

pengarah.

TRANSKRIP

i. Transkrip pelajar dikeluarkan dalam tempoh 14 hari selepas pengumuman keputusan
oleh Jawatankuasa Peperiksaan Pusat Kolej Komuniti.

ii. Setiap transkrip yang dikeluarkan perlu dicop oleh Jawatankuasa Peperiksaan Pusat
Kolej Komuniti.

iii. Sekiranya berlaku kehilangan atau kerosakan atas sebab-sebab munasabah, pelajar
boleh memohon salinan transkrip rasmi di Kolej Komuniti yang mengeluarkan dokumen
berkenaan dengan mengemukakan borang permohonan beserta Surat Akuan Sumpah
disahkan oleh Pesuruhjaya Sumpah.

iv. Penggantian transkrip akan dikeluarkan dalam tempoh 14 hari selepas permohonan
lengkap.

SIJIL KOLEJ KOMUNITI

i. Sijil Kolej Komuniti Kementerian Pengajian Tinggi hanya dikeluarkan sekali sahaja setelah
pelajar menamatkan pengajian di Kolej Komuniti Kementerian Pengajian Tinggi. Sijil ini
akan diserahkan semasa Majlis Konvokesyen.

ii. Sekiranya berlaku kehilangan atau kerosakan atas sebab-sebab munasabah, pelajar
boleh memohon salinan sijil atau transkrip rasmi di Kolej Komuniti yang mengeluarkan
dokumen berkenaan dengan mengemukakan borang permohonan beserta Surat Akuan
Sumpah disahkan oleh Pesuruhjaya Sumpah.

iii. Penggantian sijil akan dikeluarkan dalam tempoh 14 hari selepas permohonan lengkap.

Sumber Rujukan : Bab 2, Peraturan Peperiksaan Dan Kaedah Penilaian Kolej Komuniti Edisi 5, 2017

43

LATIHAN
INDUSTRI &
ALUMNI

44

MATLAMAT

Matlamat LI ialah untuk membolehkan pelajar mendapat pengalaman di industri, firma atau
jabatan kerajaan yang berkaitan bagi melahirkan graduan yang mempunyai kompeten dan
berdaya saing bagi memenuhi keperluan semasa negara.

OBJEKTIF

i. Mendedahkan pelajar kepada alam pekerjaan dalam bidang masing-masing;
ii. Mendedahkan pelajar kepada teknologi terkini dan juga pengetahuan yang terbaru di

pasaran;
iii. Mendapat pengalaman bekerja di industri / organisasi berkaitan bidang masing-masing;
iv. Mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran akademik dalam alam pekerjaan yang

sebenar;
v. Mengukuhkan keyakinan diri dan kemahiran berkomunikasi secara berkesan di semua

peringkat di tempat kerja;
vi. Memupuk semangat bekerja secara berkumpulan;
vii. Menghayati nilai / etika kerja seperti jujur, amanah, berdisiplin, dan bertanggungjawab;
viii. Mengamalkan peraturan keselamatan dan amalan baik di tempat kerja;
ix. Menyediakan laporan teknikal berkaitan bidang masing-masing;
x. Meningkatkan peluang pekerjaan; dan
xi. Merapatkan jaringan antara kolej komuniti dengan industri.

HASIL PEMBELAJARAN

Setelah tamat LI, pelajar berupaya untuk:
i. menggunakan kemahiran teknologi yang digunakan di tempat kerja yang sebenar;
ii. mengamalkan peraturan keselamatan dan amalan baik di tempat kerja; dan
iii. mengukuhkan keyakinan diri dan kemahiran berkomunikasi secara berkesan

45
TEMPOH LATIHAN INDUSTRI
Pelajar akan ditempatkan di industri selama tempoh 1 semester (16 minggu/ 24 minggu). Tempoh
yang ditetapkan ini bagi memenuhi kriteria yang telah ditetapkan oleh Agensi Kelayakan Malaysia
(MQA)
SYARAT LAYAK MENJALANI LATIHAN INDUSTRI

i. Pelajar WAJIB lulus semua kursus/modul ; dan
ii. Bagi program Sijil Asas Kolej Komuniti, pelajar perlu lulus tapisan di peringkat kolej

komuniti berdasarkan kriteria yang ditetapkan mengikut program.

KREDIT DAN PENILAIAN
Kredit
LI membawa lapan (8) hingga 12 kredit mengikut keperluan program. Satu (1) bulan LI
bersamaan dua (2) kredit. Kursus LI diambil kira dalam pengiraan jumlah kredit bergraduat tetapi
tidak diambil kira dalam pengiraan HPNM.
Kriteria Penilaian Latihan Industri
Penilaian LI dibuat berdasarkan kriteria seperti dalam rajah.

Kriteria Penilaian LI

46

Kriteria Penilaian LI (Sijil Asas Kolej Komuniti)
PROSES LATIHAN INDUSTRI

47

PERTUKARAN TEMPAT LATIHAN (BAGI KES YANG DIBENARKAN SAHAJA)

i. Pelajar hanya dibenarkan membuat permohonan pertukaran tempat LI dalam tempoh 2
minggu selepas melaporkan diri;

ii. Pertukaran tempat LI (bagi kes yang dibenarkan sahaja) perlu mendapat kelulusan
Jawatankuasa Perhubungan & Latihan Industri Kolej Komuniti.

PERATURAN LATIHAN INDUSTRI
Peraturan Am

i. Pelajar tidak dibenarkan membocor sebarang rahsia tempat latihan;
ii. Pelajar tidak dibenarkan mengeluarkan sebarang harta benda tempat latihan tanpa

kebenaran;
iii. Pelajar tidak dibenarkan menggunakan apa-apa harta benda tempat latihan untuk tujuan

peribadi;
iv. Pelajar tidak dibenarkan mencemar nama baik pegawai / kakitangan di tempat latihan;
v. Pelajar tidak dibenarkan terlibat dengan kegiatan jenayah atau politik semasa menjalani

LI;
vi. Pelajar hendaklah memaklumkan pihak UKK, dan pihak tempat latihan sekiranya

mengalami masalah kesihatan yang boleh memudaratkan pelajar semasa menjalani LI;
dan
vii. Pelajar yang melanggar mana-mana peraturan yang ditetapkan oleh kolej komuniti atau
tempat latihan boleh diberhentikan daripada tempat latihan serta dikenakan tindakan
tatatertib oleh pihak kolej komuniti KPT.

Tindakan Tatatertib Yang Boleh Dikenakan
Pelajar yang melanggar peraturan ini boleh dikenakan tindakan berikut:

i. tindakan secara pentadbiran sebagaimana yang ditentukan oleh pihak kolej komuniti KPT;
atau

ii. kaedah tatatertib mengikut mana-mana yang berkenaan [Kaedah 48, Akta Institusi-
institusi Pelajaran (tatatertib) 1976, (Akta 174)]

48
Penyingkiran Dari Industri / Firma
Pelajar adalah di bawah pengawasan pihak industri dan segala peraturan di industri adalah
berkuat kuasa ke atas pelajar. Pelajar yang telah disingkirkan oleh sesebuah industri adalah dikira
gagal dalam LI dan perlu mengulang LI.
Rayuan Ke Atas Tindakan
Pelajar yang dikenakan tindakan tatatertib berhak mengemukakan rayuan terhadap apa-apa
hukuman yang dijatuhkan ke atas mereka kepada pihak kolej komuniti dalam tempoh 14 hari dari
tarikh surat hukuman dikeluarkan. Keputusan pihak kolej komuniti berhubung dengan rayuan
tersebut adalah muktamad.
ALUMNI
Alumni merujuk kepada siswazah atau lepasan sesebuah maktab, universiti atau yang setara
dengannya sama ada individu atau berkumpulan. Semua bekas pelajar Kolej Komuniti Kuala
Terengganu akan menjadi ahli kepada persatuan Alumni KKKT mengikut peraturan semasa
persatuan.

Sumber rujukan : Garis Panduan Pelaksanaan Latihan Industri Kolej Komuniti (Edisi Pelajar)

49

BINGKISAN
AKTIVITI

50

51

52

53

54
Hak Cipta KKKT@2021


Click to View FlipBook Version