1
BUKU PANDUAN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI KUALA TERENGGANU
JABATAN PENDIDIKAN POLITEKNIK DAN KOLEJ KOMUNITI
KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI
TERBITAN PERTAMA
HAK CIPTA TERPELIHARA
KOLEJ KOMUNITI KUALA TERENGGANU
KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI
JALAN TENGKU AMPUAN MARIAM
20200 KUALA TERENGGANU
TEL : 09-620 4200 FAX : 09-620 4203 EMEL : [email protected]
BUKU PANDUAN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI KUALA TERENGGANU
2
SIDANG REDAKSI
PENAUNG
LT. KOL. BERSEKUTU (PA) HAJI ALI BIN MAMAT
PENASIHAT
CIK NIK SULIATI BINTI NIK AWANG
ENCIK MOHD NAJIB BIN ANUA
KETUA EDITOR
ENCIK IZAMUDDIN BIN JUSOH @ MD ROHIM
SIDANG REDAKSI
PUAN FARIDAH BINTI MUSTAFFA
PUAN NIK ANISAH BINTI NIK NGAH
PUAN SALINA BINTI MOHMED
PUAN CHE KU FARHANA BINTI CHE KU ALAM
PUAN AISHAH BINTI LIMAN
PUAN ROHIMAH BINTI ABD AZIZ
ENCIK MOHD KHAIRUL BIN OMAR
ENCIK HASBU BIN HUSIN
CIK HASNAH BINTI HASHIM
PUAN MUNIRAH BINTI ABDUL MANAN
PUAN NORUL HUDA BINTI MUDA
REKABENTUK GRAFIK
ENCIK MOHD FADHIL BIN RAMLE
BUKU PANDUAN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI KUALA TERENGGANU
3
ISI KANDUNGAN
BIL PERKARA MUKA SURAT
1. TINTA PENGARAH 4
5
2. PRAKATA 6
7
3. LATAR BELAKANG KOLEJ KOMUNITI KUALA TERENGGANU 8
9
4. VISI & MISI 10
13
5. CARTA ORGANISASI 36
42
6. MAKLUMAT UMUM 55
7. PENGIKTIRAFAN
8. PENGAMBILAN PELAJAR
9. HAL EHWAL PELAJAR
10. PENILAIAN DAN PEPERIKSAAN
11. LATIHAN INDUSTRI
BUKU PANDUAN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI KUALA TERENGGANU
4
TINTA PENGARAH
Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera,
Sepenuh kesyukuran saya lafazakan ke hadrat Allah S.W.T kerana di atas limpah kurniaNya
maka terhasilnya Buku Panduan Pelajar (Students’
Handbook) Kolej Komuniti Kuala Terengganu, Kementerian
Pengajian Tinggi.
Syabas dan tahniah diucapkan kepada sidang redaksi yang
telah bertungkus lumus merealisasikan perancangan yang
telah diatur. Semoga Buku Panduan Pelajar ini dapat
menjadi sumber maklumat ilmiah untuk rujukan semua
pihak. Tahun 2021 penuh dengan cabaran bagi Kolej
Komuniti Kuala Terengganu (KKKT) dalam melaksanakan
aktiviti yang dirancang bagi memenuhi prestasi yang
ditetapkan. KKKT perlu memastikan perancangan dan
pelaksanaan perlu bergerak seiring walaupun menghadapi
kekangan sumber manusia dan sumber kewangan yang
menuntut KKKT merancang dan menyusun penggunaan
sumber dengan lebih cekap dan berhemah.
Selaras Visi dan Misi Kolej Komuniti, semua warga KKKT akan terus berusaha bagi mencapai
hasrat Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti seiring dengan perubahan dari masa ke
semasa dan bersedia untuk melakar lebih banyak kejayaan pada masa akan datang.
Seterusnya, di dalam norma baharu ini dengan usaha berterusan untuk melawan penularan
wabak Covid-19, marilah kita sama-sama mematuhi segala SOP dan arahan yang telah
digariskan oleh pihak berkuasa, KITA JAGA KITA.
Akhir kata, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada warga KKKT dan semua yang
menunjukkan komitmen tinggi dalam meletakkan KKKT di mercu kejayaan yang dikecapi
sekarang. Semoga sokongan dan kerjasama ini akan berterusan di masa akan datang.
Sekian, terima kasih.
BUKU PANDUAN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI KUALA TERENGGANU
5
PRAKATA
Segala puji dan syukur ke hadrat Allah S.W.T, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas
junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, rasul pesuruh Allah.
Alhamdulillah, dengan keizinan dariNya, Buku Panduan Pelajar KKKT 2021 ini berjaya disiapkan
untuk tatapan semua warga KKKT khususnya dan pembaca secara umumnya. Buku Panduan
Pelajar ini merangkumkan program-program akademik yang terdapat di KKKT untuk rujukan para
pelajar dan bakal pelajar KKKT
Akhir kata, diharapkan buku ini akan dapat memberi informasi kepada semua warga KKKT, ibu
bapa dan anggota masyarakat keseluruhannya dalam usaha mengangkat KKKT ke arah yang
lebih baik lagi. Juga diharapkan menjadi asas penting kepada peningkatan kecemerlangan
berterusan pada masa-masa akan datang.
Sekian, terima kasih.
Ketua Editor.
BUKU PANDUAN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI KUALA TERENGGANU
6
LATAR BELAKANG KOLEJ KOMUNITI KUALA TERENGGANU
Kolej Komuniti Kuala Terengganu mula beroperasi pada Jun 2001 dan merupakan antara 10
Kolej Rintis yang memulakan operasi di unit-unit rumah kedai dan menawarkan 5 program di
peringkat sijil :
1. Sijil Teknologi Pembinaan Bangunan
2. Sijil Teknologi Senibina
3. Sijil Fesyen dan Pakaian
4. Sijil Servis Kenderaan Ringan
5. Sijil Teknologi Elektrik
BUKU PANDUAN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI KUALA TERENGGANU
7
VISI DAN MISI
BUKU PANDUAN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI KUALA TERENGGANU
CARTA ORGANISASI
BUKU PANDUAN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI KUALA TERENGGANU
9
MAKLUMAT UMUM
BUKU PANDUAN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI KUALA TERENGGANU
10
PENGIKTIRAFAN
Bermula 11 Julai 1996, kerajaan telah memperkenalkan satu dasar supaya MS ISO dilaksanakan
di semua agensi melalui Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam (PKPA) Bil. 2 Tahun 1996
bertajuk “Garis Panduan Bagi Melaksanakan MS ISO 9000 Dalam Perkhidmatan Awam”. Pada
ketika itu, pelaksanaan MS ISO 9000 adalah berasaskan salah satu pensijilan iaitu MS ISO 9001,
MS ISO 9002 atau MS ISO 9003 Versi 1994. Kolej Komuniti Kuala Terengganu (KKKT) telah
mula melaksanakan sistem pengurusan kualiti MS ISO 9001:2000 pada 15 Januari 2006 di
bawah pensijilan oleh pihak SIRIM QAS International. Selaras dengan penambahbaikan standard
oleh International Organisation For Standardization (ISO), KKKT beralih pula kepada pensijilan
MS ISO 9001:2015 pada tahun 2017 dan telah berjaya memperoleh persijilan tersebut pada 14
September 2018.
KKKT mendapat persijilan MS ISO 9001:2000 pada 30 Ogos 2006 oleh pihak SIRIM QAS International.
BUKU PANDUAN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI KUALA TERENGGANU
11
Secara rasminya KKKT mendapat pensijilan MS ISO 9001:2015 pada 14 September 2018
BUKU PANDUAN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI KUALA TERENGGANU
12
APAKAH MS ISO?
Fokus kepada penentuan keperluan dan pencapaian kepuasan pelanggan.
Pematuhan juga diberikan kepada peraturan dan undang-undang digunapakai.
Seringkali digunakan oleh Pihak Pengurusan Organisasi sebagai alat kawalan operasi.
Strategi pemasaran yang menggambarkan organisasi menghasilkan produk dan
perkhidmatan yang berkualiti.
Kaedah terbaik bagi ke arah peningkatan berterusan.
DASAR SISTEM PENGURUSAN KUALITI
KOLEJ KOMUNITI KUALA TERENGGANU
Kolej Komuniti Kuala Terengganu adalah komited untuk menyampaikan perkhidmatan Latihan
Teknikal dan Vokasional (TVET) kepada pelajar sepenuh masa berkaitan Pengambilan dan
Pendaftaran Pelajar, Pembangunan Pelajar, Penyampaian Pembelajaran dan Pengajaran,
Peperiksaan dan Pensijilan serta Pengurusan Latihan Industri yang berkesan dan memenuhi
kehendak pihak berkepentingan melalui perlaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti berasaskan MS
ISO 9001:2015 yang sentiasa ditambahbaik secara berterusan.
SKOP SISTEM PENGURUSAN KUALITI
KOLEJ KOMUNITI KUALA TERENGGANU
KKKT melaksanakan Sistem Pengurusan Kualiti bagi proses Pengambilan dan Pendaftaran
Pelajar, Pembangunan Pelajar, Penyampaian Pembelajaran dan Pengajaran, Peperiksaan dan
Pensijilan serta Pengurusan Latihan Industri pelajar sepenuh masa. Skop perlaksanaan Sistem
Pengurusan Kualiti KKKT tidak meliputi dan tidak berkaitan dengan Jabatan Pembelajaran
Sepanjang Hayat dan Program Sijil Jahitan Kreatif.
BUKU PANDUAN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI KUALA TERENGGANU
13
PENGAMBILAN PELAJAR
PROGRAM PENGAJIAN SEPENUH MASA
PROGRAM SIJIL TEKNOLOGI PEMBINAAN BANGUNAN
PROGRAM SIJIL TEKNOLOGI SENIBINA
PROGRAM SIJIL FESYEN DAN PAKAIAN
PROGRAM SIJIL SERVIS KENDERAAN RINGAN
PROGRAM SIJIL TEKNOLOGI ELEKTRIK
SYARAT KEMASUKAN
Warganegara Malaysia
Memiliki SPM atau setaraf
Lulus Bahasa Melayu
Lulus Sejarah (bagi SPM tahun 2013 ke atas)
TEMPOH PENGAJIAN
2 TAHUN ( 3 SEMESTER DI PUSAT PENGAJIAN DAN 1 SEMESTER DI INDUSTRI)
BUKU PANDUAN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI KUALA TERENGGANU
14
PROGRAM PENGAJIAN
SEPENUH MASA
BUKU PANDUAN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI KUALA TERENGGANU
15
MQA/FA7462
BUKU PANDUAN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI KUALA TERENGGANU
16
PROGRAM SIJIL TEKNOLOGI PEMBINAAN
Program Sijil Teknologi Pembinaan (STP) diketuai oleh Puan Nik Anisah binti Nik Ngah dan
mempunyai seramai tujuh orang pensyarah iaitu, Puan Norasyimah binti Ahmad selaku Timbalan
Ketua Program, Puan Afidah binti Alias selaku Setiausaha Program, Encik Mohd Arif bin Hasan
selaku penggubal kurikulum, Puan Zaimah binti Ismail selaku Penyelaras Bengkel Kerja Kayu,
Puan Nurul Huda binti Muda, Encik Mohd Shukri bin Awang Noh dan Encik Shamsul Bahri bin
Musa.
BUKU PANDUAN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI KUALA TERENGGANU
17
SINOPSIS
Program Sijil Teknologi Pembinaan Bangunan adalah salah satu program yang membolehkan
pelajar mendapat pengetahuan dan kemahiran bukan sahaja secara teori bahkan juga secara
amali dalam bidang Teknologi Pembinaan Bangunan. Dengan pengetahuan dan kemahiran
yang diperolehi itu nanti dapat membantu dan mampu menyediakan pelajar ke alam pekerjaan
PROSPEK KERJAYA
Program ini menyediakan pengetahuan dan kemahiran di dalam bidang teknologi pembinaan
bangunan yang mana ia boleh diimplimentasikan bagi kerjaya di dalam bidang tersebut.
Pengetahuan dan kemahiran di dalam bidang ini, membolehkan pelajar memulakan kerjaya di
dalam bidang berikut :
a. Juruteknik
b. Penyelia Tapak Bina
c. Pembantu Juruukur Bahan
d. Kerani Tapak
e. Kontraktor
BUKU PANDUAN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI KUALA TERENGGANU
PROGRAM SIJIL TEKNOLOGI PEMBINAAN 18
KOD KURSUS KREDIT
MPU 13012 / MPU 13022 SEMESTER 1 2
SBC 10012 Pendidikan Islam / Pendidikan Moral 2
SBM 10012 Aplikasi Komputer 2
STP 10102 Matematik 2
STP 10203 Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan 3
STP 10303 Bahan Struktur Binaan 3
STP 10403 Ukur Aras 3
Lukisan Pembinaan (CADD & BIM) 17
MPU 11012
SUE 10011 JUMLAH 2
SBS 1001 SEMESTER 2 1
STP 20503 Pengajian Malaysia 2
STP 20603 Communicative English 3
STP 20703 Sains 3
STP 20803 Anggaran Dan Pentadbiran Kontrak 3
Teknologi Binaan 3
SUK 10012 Ukur Terabas 17
MPU 12012 Binaan Struktur Bawah Tanah
STP 30902 2
STP 31002 JUMLAH 2
STP 31103 SEMESTER 3 2
STP 31203 Kokurikulum 2
STP 31304 Keusahawanan 3
Keusahawanan Kontraktor Binaan 3
SUT 40038 Kemasan Bangunan 3
Perpaipan Domestik Dan Sanitari 18
Binaan Struktur Atas
Projek Teknologi Pembinaan Bangunan 8
60
JUMLAH
SEMESTER 4
LATIHAN INDUSTRI
JUMLAH KREDIT
BUKU PANDUAN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI KUALA TERENGGANU
19
MQA/FA7461
BUKU PANDUAN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI KUALA TERENGGANU
20
PROGRAM SIJIL TEKNOLOGI SENIBINA
Program Sijil Teknologi Senibina mempunyai seramai 12 orang tenaga pengajar yang diketuai
oleh Puan Aishah binti Liman selaku Ketua Program. Antara tenaga-tenaga pengajar di bawah
Unit Teknologi Senibina ini adalah Encik Mohamad Hafiz bin Ahmad, Selaku Timbalan Ketua
Program, Puan Nor Zaini binti Senik, Puan Nor Suraya Aini binti Ngah, Puan Sarinah binti Said,
Cik Nor Risam binti Abd Ghani, Puan Halida binti Harun, Puan Nor Ezan binti Yusof, Puan Aisyah
binti Liman, Encik Mazlan bin Muhamed, Encik Jamalul Azam bin Johari, dan Puan Noraini binti
Sulaiman.
Program Sijil Teknologi Senibina telah beroperasi sepenuhnya di Kolej Cawangan Hulu
Terengganu.
BUKU PANDUAN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI KUALA TERENGGANU
21
SINOPSIS PROGRAM
Sijil Teknologi Senibina merupakan satu kursus kemahiran di dalam menyediakan lukisan seni
bina. Pelajar akan didedahkan kepada teknik menghasilkan lukisan kerja yang mematuhi
Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam yang boleh dijadikan rujukan dalam proses
rekabentuk sesebuah bangunan.Pelajar dalam kursus ini juga akan dilatih sehingga dapat
menghasilkan lukisan kerja seni bina (Architectural Working Drawing), membuat lukisan bagi
kerja tambahan/pengubahsuaian bangunan kecil, menggunakan pelbagai teknik rendering,
pembuatan model serta memahami dan mentafsir peraturan kecil bangunan.
PROSPEK KERJAYA
Lulusan kursus ini berpeluang berkhidmat sebagai
- Pelukis Pelan
- Pereka Lanskap
- Perekabentuk Terbantu Komputer (CAD)
- Perekabentuk Model Bangunan
BUKU PANDUAN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI KUALA TERENGGANU
STRUKTUR PROGRAM SIJIL TEKNOLOGI SENIBINA 22
KOD KURSUS KREDIT
MPU 11102 SEMESTER 1 2
SBC 10012 Pengajian Malaysia 2
SUE 10011 Aplikasi Komputer 1
STS 10014 Communicative English 4
STS 10024 Asas Lukisan Berbantu Komputer 4
STS 10033 Lukisan Grafik Seni Bina 3
STS10043 Lukisan Geometri Seni Bina 3
Bahan Binaan Bangunan 19
MPU 13012/ 13022
MPU 20021 JUMLAH 2
SUK 10012 SEMESTER 2 1
MPU 1212 Pendidikan Islam / Pendidikan Moral 2
STS 20055 Workplace English 2
STS 20064 Kokurikulum 5
STS 20073 Bahasa Kebangsaan 4
Lukisan Kerja Berbantu Komputer 3
MPU 12012 Lukisan Persembahan Seni Bina 19
STS 30084 Teknologi Pembinaan Bangunan
STS 30094 2
STS 30103 JUMLAH 4
STS 30113 SEMESTER 3 4
Keusahawanan 3
SUT 40038 Asas Lukisan Terukur 3
BIM Seni Bina 16
Lukisan Kemudahan Bangunan
Amalan Ikhtisas 8
62
JUMLAH
SEMESTER 4
LATIHAN INDUSTRI
JUMLAH KREDIT
BUKU PANDUAN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI KUALA TERENGGANU
23
MQA/FA2893
BUKU PANDUAN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI KUALA TERENGGANU
24
PROGRAM SIJIL FESYEN DAN PAKAIAN
Program Sijil Fesyen dan Pakaian diketuai oleh Puan Rohimah binti Abdul Aziz (Ketua Program
Sijil Fesyen dan Pakaian) dan mempunyai enam orang tenaga pengajar di bawah kelolaan beliau.
Mereka adalah Puan Farah Nureen binti Abdul Rahim selaku Timbalan Ketua Program, Puan
Wan Sazarena binti Wan Ahmad, Puan Nor Azlida binti Yusof, Puan Annur Rawihah binti Azizan,
Puan Suhaila binti Mohd Rofei dan Puan Umi Umaima binti Mohd Razali.
BUKU PANDUAN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI KUALA TERENGGANU
25
SINOPSIS PROGRAM
Program ini dibangunkan untuk merangkumi semua bidang utama dalam pengeluaran fesyen
dan pakaian, termasuk rekabentuk dan ilustrasi dan pembinaan pakaian. Kursuskursus
dijalankan di studio seni dan bengkel yang lengkap dengan pelbagai jenis peralatan melukis dan
menjahit. Program ini bertumpukan kepada aspek pengetahuan dan kemahiran mengendalikan
mesin jahit, teknik menjahit, pemilihan bahan, warna dan tekstur. Bukan sahaja pengetahuan
dan kemahiran teknikal, program ini juga membentuk para pelajar yang holistik dan bersahsiah
tinggi melalui kursus-kursus seperti Pendidikan Islam, Pendidikan Moral, Bahasa Inggeris,
Pengajian Malaysia dan Keusahawanan bagi membolehkan pelajar menceburi bidang tekno-
usahawan dalam bidang teknikal.
PROSPEK KERJAYA
Program ini menyediakan pengetahuan dan kemahiran di dalam bidang fesyen dan pakaian yang
mana ia boleh diimplimentasikan bagi kerjaya di dalam bidang pembuatan pakaian. Pengetahuan
dan kemahiran di dalam bidang ini, membolehkan pelajar memulakan kerjaya seperti:
Pembuat pakaian
Usahawan fesyen
Pembantu pereka fesyen
Sewing associate
Fashion buyer
Ilustrator fesyen
BUKU PANDUAN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI KUALA TERENGGANU
STRUKTUR PROGRAM SIJIL FESYEN DAN PAKAIAN 26
KOD KURSUS KREDIT
SBC 10012 SEMESTER 1 2
SUE 10011 Aplikasi Komputer 1
MPU 11102 Communicative English 2
SMP 10013 Pengajian Malaysia 3
SFP 10033 Asas Lukisan 3
SFP 10023 Sulaman 3
SFP 10013 Pembuatan Sampel 3
Pola Asas Pakaian 17
MPU 13012/ 13022
MPU 20021 JUMLAH 2
SFP 20073 SEMESTER 2 1
SFP 20063 Pendidikan Islam / Pendidikan Moral 3
SFP 20043 Workplace English 3
SFP 20053 Kajian Fabrik 3
SFP 20143 Senireka Fesyen 1 3
Pakaian Tradisional Wanita 3
MPU 12012 Pembuatan Pakaian Wanita 18
SFP 30123 Ilustrasi Fesyen Digital
SFP 30094 2
SFP 30103 JUMLAH 3
SFP 30113 SEMESTER 3 4
SFP 30132 Keusahawanan 3
Pakaian Lelaki 3
SUT 40038 Senireka Fesyen 2 2
Busana Warisan 17
Pakaian Kotemporari Wanita
Kostum dan Budaya 8
60
JUMLAH
SEMESTER 4
LATIHAN INDUSTRI
JUMLAH KREDIT
BUKU PANDUAN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI KUALA TERENGGANU
27
MQA/FA2453
BUKU PANDUAN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI KUALA TERENGGANU
28
PROGRAM SIJIL SERVIS KENDERAAN RINGAN
Program Sijil Servis Kenderaan Ringan diketuai oleh Encik Mohd Khairul bin Omar selaku Ketua
Program dan dibantu seramai 13 orang tenaga pengajar bagi Unit Servis Kenderaan Ringan.
Mereka adalah Encik Khairul Azlan bin Ariffin selaku Timbalan Ketua Program, Encik Mohd Fariq
bin Mohd Fauzi, Encik Adnan bin Ariffin, Encik Ahmad Rosdi bin Abdul Rahim, Encik Hasbu bin
Hussin, Encik Muhammad Baqir bin Ibrahim, Encik Mohd Khairil Nizam bin Othman, Encik Poo
Tsek Chuang, Encik Ramli bin Besar, Encik Nazri bin Wahab, YM Syed Fadhly Noor bin Sayed
Abdullah, Encik Saiful Azuwan bin Mohammad, dan Encik Mohd Razali bin Ab Rahman.
BUKU PANDUAN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI KUALA TERENGGANU
29
SINOPSIS PROGRAM
Program Servis Kenderaan Ringan adalah salah satu program yang membolehkan pelajar
mendapat pengetahuan dan kemahiran bukan sahaja secara teori bahkan juga secara amali
dalam bidang Automotif. Pelajar akan diberi pengetahuan dan kemahiran berkaitan servis asas,
sistem transmisi, sistem casis dan sistem enjin. Pelajar juga turut ditawarkan kursus berkaitan
dengan modul wajib yang mana akan membekalkan pelajar dengan kemahiran insaniah dan
pembelajaran secara kendiri melalui tugasan dan projek. Dengan pengetahuan dan kemahiran
yang diperolehi itu nanti dapat membantu dan mampu menyediakan pelajar ke alam pekerjaan.
PROSPEK KERJAYA
Program ini menyediakan pengetahuan dan kemahiran menservis kenderaan ringan untuk
diimplimentasikan dalam bidang Automotif. Pengetahuan dan kemahiran dalam bidang ini,
membolehkan pelajar memulakan kerjaya seperti:
Mekanik
Juruteknik servis kenderaan
Penasihat servis (Service Advisor)
Pengusaha bengkel servis
Pengusaha bengkel tayar
Pengusaha bengkel elektrik automotif
Pengusaha kedai aksesori automotif
BUKU PANDUAN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI KUALA TERENGGANU
STRUKTUR PROGRAM SIJIL SERVIS KENDERAAN RINGAN 30
KOD KURSUS KREDIT
MPU 13012 / MPU 13022 SEMESTER 1 2
SUE 10011 Pendidikan Islam / Pendidikan Moral 1
SPU 10052 Communicative English 2
SAU 10012 Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSH) 2
SAU 10022 Teknologi Woksyop 2
SAU 10032 Servis Asas Kenderaan 2
SAU 10042 Selenggara Roda 2
SAU 10053 Sistem Stereng 3
Sistem Brek 16
MPU 11012
SBC 10012 JUMLAH 2
SBM 10012 SEMESTER 2 2
SAU 20062 Pengajian Malaysia 2
SAU 20072 Aplikasi Komputer 2
SAU 20082 Matematik 2
SAU 20093 Sistem Elektrik Kenderaan 2
SAU 20103 Sistem Gantungan 3
Sistem Pacuan Akhir 3
SUE 10011 Sistem Transmisi Manual 18
MPU 12012 Sistem Transmisi Automatik
SBS 10012 1
SAU 30111 JUMLAH 2
SAU 30122 SEMESTER 3 2
SAU 30132 Workplace English 1
SAU 30142 Keusahawanan 2
SAU 30153 Sains 2
SAU 30163 Khidmat Pelanggan 2
Teknologi Hijau Automotif 3
Sistem Penyamanan Udara Kenderaan 3
Sistem Elektrik Enjin
Sistem Pengurusan Enjin
Rombak Rawat Enjin
BUKU PANDUAN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI KUALA TERENGGANU
SUT 40038 SEMESTER 4 JUMLAH 31
LATIHAN INDUSTRI JUMLAH KREDIT
18
8
60
BUKU PANDUAN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI KUALA TERENGGANU
32
MQA/FA2452
BUKU PANDUAN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI KUALA TERENGGANU
33
PROGRAM SIJIL TEKNOLOGI ELEKTRIK
Bagi Program Sijil Teknologi Elektrik pula, diketuai oleh Puan Che Ku Farhana binti Che Ku Alam
sebagai Ketua Program dan dibantu oleh 13 tenaga pengajar untuk program ini. Mereka adalah
Encik Mohd Zuhairi bin Mustafa selaku Timbalan Ketua Program, Puan Nor Azarina binti Nordin,
Encik Masnizaimi bin Mamat, Puan Wan Faizah binti Wan Abdullah, Puan Hajah Norfazliana binti
Romli, dan Encik Abdullah bin Bedul.
Manakala, untuk Kolej Komuniti Cawangan Setiu, terdiri daripada Tuan Haji Mohd Sahal bin
Harun selaku Caretaker, Encik Mohd Haffiz bin Zainal Abidin selaku Ketua Program, Encik
Ridzwan bin Mohamad Sumeri, Encik Mohd Fadhil bin Ramle, Puan Musnita binti Mohd, Encik
Azizan bin Mohd Maharudin dan Puan Rafidah binti Abdull Azis.
BUKU PANDUAN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI KUALA TERENGGANU
34
SINOPSIS PROGRAM
Program Sijil Teknologi Elektrik (dahulunya dikenali sebagai Sijil Pemasangan Elektrik)
direkabentuk bertujuan memperkenalkan pelajar kepada teknologi elektrik pada masa kini.
Pelajar akan memeperolehi pengetahuan dan latihan kemahiran berkaitan elektrik dan elektronik.
Pelajar berkemampuan untuk mengendalikan kerja-kerja pemasangan dan perkhidmatan
berkaitan industri elektrik dan elektronik. Program ini menawarkan kursus teras Teknologi
Elektrik, Alat Pengukuran Peranti Semikonduktor, Sistem Digit, Lukisan Terbantu Komputer,
Motor Elektrik Satu Fasa, Motor Elektrik Tiga Fasa, Pengawal Logik Bolehaturcara, Sistem
Automasi Bangunan serta Kursus Sistem Keselamatan dan Penyaman Udara. Selain itu, Kursus
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan juga ditawarkan sebagai teras umum selain Matematik
dan Sains. Pelajar juga didedahkan dengan elemen soft skills melalui kursus wajib yang
menerapkan kemahiran insaniah dan pembelajaran kendiri melalui tugasan serta projek.
Disamping itu lulusan daripada program ini juga akan mempelajari teknik-teknik keusahawanan
sebagai nilai tambah bagi menyahut cabaran dunia sebenar keusahawanan dalam bidang elektrik
dan elektronik.
PROSPEK KERJAYA
Program ini menyediakan pengetahuan dan kemahiran di dalam bidang Teknologi Elektrik yang
menyediakan laluan kerjaya seperti berikut :
Juruelektrik
Juruteknik Elektrik/Elektronik
Penolong Jurutera Gred JA29
Penolong Juruteknik Elektrik/Elektronik
BUKU PANDUAN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI KUALA TERENGGANU
35
STRUKTUR PROGRAM SIJIL TEKNOLOGI ELEKTRIK
KOD KURSUS KREDIT
SUE 10011 SEMESTER 1 1
MPU 11012 Communicative English 2
SBM 10012 Pengajian Malaysia 2
SBS 10012 Matematik 2
SEE 10013 Sains 3
SEE 10023 Teknologi Elektrik 3
SEE 10033 Alat Pengukuran 3
SEE 10043 Motor Elektrik Satu Fasa 3
Peranti Semikonduktor 19
SBC10012
MPU 12012 JUMLAH 2
SEE 20052 SEMESTER 2 2
SEE 20063 Aplikasi Komputer 2
SEE 20072 Keusahawanan 3
SEW 20023 Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 2
SEW 40043 Sistem Digit 3
Lukisan Terbantu Komputer 3
SUE 20021 Pemasangan Elektrik Satu Fasa 17
MPU 13012/MPU 13022 Pengawal Logik Boleh Aturcara
SEE 30083 1
SEE 30093 JUMLAH 2
SEE 30104 SEMESTER 3 3
SEW 40034 Workplace English 3
Pengajian Islam*/Pendidikan Moral** 4
SUT 40038 Motor Elektrik Tiga Fasa 4
Sistem Automasi Bangunan 17
Sistem Keselamatan & Penyamanan Udara
Pemasangan Elektrik Tiga Fasa 8
61
JUMLAH
SEMESTER 4
LATIHAN INDUSTRI (LI)
JUMLAH KREDIT
BUKU PANDUAN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI KUALA TERENGGANU
36
HAL EHWAL
PELAJAR
BUKU PANDUAN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI KUALA TERENGGANU
37
PENGENALAN
Unit Hal Ehwal Pelajar menyediakan platform khidmat kepada pelajar iaitu bantuan kewangan,
insurans, sukan dan juga khidmat psikologi. Pelajar juga diberi peluang untuk bertanding sebagai
Jawatankuasa Perwakilan Pelajar mengikut syarat yang telah ditetapkan
BANTUAN KEWANGAN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI (BKPKK)
Permohonan BKPKK ini adalah terbuka kepada semua pelajar yang mendaftar di Kolej
Komuniti. Syarat permohonan adalah seperti berikut :
I. Pemohon adalah warganegara Malaysia
II. Ibu/bapa/penjaga berpendapatan kasar bulanan keluarga sebanyak RM 3,000.00 dan ke
bawah
III. Mencapai keputusan peperiksaan semester pertama dengan
IV. HPNM 2.00 untuk dipertimbangkan pemberian semester kedua
V. Menghantar borang permohonan BKPKK dalam tempoh 14 hari dari tarikh Surat
Tawaran BKPKK
VI. Pelajar tidak mempunyai penaja lain
DOKUMEN YANG DIPERLUKAN
1 (satu) salinan Kad Pengenalan Pelajar yang telah disahkan
1 (satu) salinan Kad Pengenalan Ibu dan Bapa / Penjaga yang telah disahkan
1 (satu) salinan Borang Penyata Pendapatan Bulanan Keluarga (Borang BKPKK/B/02-
1) yang telah dicop sah dan diisi lengkap oleh pelajar
1 (satu) salinan Slip Gaji / Slip Penyata Pencen / Surat Perakuan Pendapatan Ibu dan
Bapa / Penjaga yang telah disah benar - (Borang BKPKK/B/02-2 – jika berkenaan)
1 (satu) salinan Akaun Bank Pelajar yang telah disahkan.
BUKU PANDUAN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI KUALA TERENGGANU
38
PEMBATALAN BAYARAN BKPKK
Pemohon berhenti pengajian
Pemohon menangguhkan semester pengajian melebihi 2 semester
Mencapai keputusan peperiksaan semester pertama dengan HPNM 2.00
INSURANS
Seseorang pelajar hendaklah mendapatkan skim perlindungan insurans berkelompok.
Perlindungan insurans ini bertujuan untuk menyediakan manfaat dalam bentuk bantuan
kewangan jika pelajar yang dilindungi meninggal dunia atau menderita keilatan kekal atau
kecederaan anggota badan sama ada akibat kemalangan atau penyakit. Pelajar atau waris perlu
membuat permohonan tuntutan insurans di unit HEP.
DISIPLIN
Dasar Pengurusan Disiplin
Dasar pengurusan disiplin kolej komuniti adalah ditentukan oleh KPT. Seseorang pelajar adalah
tertakluk kepada Akta 174 [ Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976 ] dan pindaan-
pindaannya dibaca bersama dengan Buku Panduan Peraturan Am Pelajar Kolej Komuniti.
BUKU PANDUAN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI KUALA TERENGGANU
39
Kategori Kesalahan Disiplin Pelajar
1.0 RUPA DIRI
1.1 Berambut Panjang bagi pelajar lelaki
1.2 Rambut berfesyen seperti afro, punk, berekor atau diwarnakan
1.3 Memakai pakaian tidak mengikut peraturan Kolej Komuniti
1.4 Memakai barang perhiasan bagi pelajar lelaki
2.0 KAD PELAJAR
2.1 Tidak memakai Kad Pelajar
2.2 Memakai atau menggunakan Kad Pelajar lain
3.0 GANGGUAN SEKSUAL
3.1 Melakukan gangguan secara lisan – kata-kata. gurauan, bunyi, soalan,
panggilan telefonberbentuk ancaman atau cadangan seksual
3.2 Membuat isyarat tangan, bahasa isyarat, pandangan/kerlingan yang
membayangkansesuatu niat/keinginan
3.3 Melakukan gangguan visual seperti menunjukkan bahan-bahan lucah, melukis
gambarlucah, menulis surat berunsur seksual, mendedahkan bahagian sulit
3.4 Melakukan gangguan fizikal seperti sentuhan yang tidak diingini,
menepuk, mencubit,menggesel badan, memeluk, mencium dll
3.5 Melakukan gangguan psikologi seperti mengulangi jemputan social yang
tidak diterima,memujuk untuk mencumbu, dll
4.0 VANDALISME
4.1 Merosakkan harta benda milik Kolej Komuniti, kerajaan, awam atau orang
perseorangan
4.2 Menconteng dinding/notis rasmi/pekeliling rasmi
4.3 Merosakkan tanaman di dalam/luar premis Kolej Komuniti
4.4 Mengotorkan kawasan/bangunan Kolej Komuniti
BUKU PANDUAN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI KUALA TERENGGANU
40
Contoh Rupa Diri dan Pakaian Pelajar
BUKU PANDUAN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI KUALA TERENGGANU
41
JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR (JPP)
Seksyen 7 Bahagian III, Akta 174 Akta Institusi-Institusi (Tatatertib) 1976 memperuntukkan
bahawa sesuatu institusi hendaklah mempunyai suatu Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP)
yand diwakili oleh sebilangan pelajar yang ditentukan oleh Pengarah.
Syarat Bertanding Dalam Pilihanraya adalah terbuka kepada semua pelajar yang berdaftar di
Kolej Komuniti kecuali:
a.Pelajar yang belum pernah menduduki peperiksaan pertama di Kolej Komuniti.
b.Pelajar yang HPNMnya kurang daripada 2.75.
c.Pelajar yang pernah mengulang semester.
d.Pelajar yang sedang menunggu keputusan perbicaraan tatatertib.
e.Pelajar yang pernah dikenakan tindakan tatatertib.
f.Pengecualian di atas adalah terbatal dengan kebenaran Pengarah kecuali perkara ‘a’
dan ‘b’.
SUKAN DAN REKREASI
Semua pelajar bebas untuk menyertai aktiviti sukan yang dianjurkan. Iklan aktiviti sukan melalui
sebaran media cetak dan media elektronik. Pelajar juga boleh memilih untuk menyertai aktiviti
sukan, sama ada yang dianjurkan oleh Kolej Komuniti Kuala Terengganu, Majlis Sukan Kolej
Komuniti (MASKOM), Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT), Kerajaan Negeri
Terengganu/Agensi/Jabatan Kerajaan Negeri Terengganu/Persekutuan, Kementerian,
persatuan/kelab dan lain-lain.
PERKHIDMATAN PSIKOLOGI DAN KAUNSELING
Unit Kaunseling Dan Kerjaya ditubuhkan untuk memberikan perkhidmatan kaunseling (individu
dan kelompok) dan juga konsultasi dalam membantu perkembangan kerjaya dan penyesuaian
diri pelajar dengan baik dan menyeluruh tertakluk kepada "Etika Kaunseling". Pelajar boleh
mendapatkan nasihat dan khidmat bantuan disamping meningkatkan kesihatan emosi di Unit
Psikologi dan Kerjaya. Pegawai Psokologi bertauliah sedia membantu pelajar dan memberikan
khidmat nasihat. Unit Kaunseling juga menganjurkan program-program peningkatan motivasi
pelajar dari segi rohani, jasmani, intelek dan spiritual oleh kaunselor bertauliah.
BUKU PANDUAN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI KUALA TERENGGANU
42
PENILAIAN &
PEPERIKSAAN
BUKU PANDUAN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI KUALA TERENGGANU
43
PENGENALAN
Pengurusan Penilaian Akademik & Peperiksaan di Kolej Komuniti Kuala Terengganu diselia oleh
Unit Peperiksaan. Unit ini diketuai oleh Pegawai Peperiksaan dan dibantu oleh Penyelaras
Peperiksaan bagi setiap program.
Ruang Unit Peperiksaan adalah kawasan larangan kepada orang yang tidak berkenaan termasuk
pelajar dan staf.
PERATURAN AM KAEDAH PENILAIAN
Mendaftar Kursus
i.Pelajar yang telah mendaftar semester dikehendaki mendaftar semua kursus yang diambil
melalui pensyarah kelas dalam tempoh satu (1) minggu selepas pendaftaran semester.
ii.Pelajar tidak dibenarkan mendaftar kursus yang mempunyai pra syarat, sekiranya pelajar belum
lulus kursus yang menjadi pra syarat bagi kursus tersebut.
iii.Pelajar perlu mendapat pengesahan Ketua Program sebelum mendaftar.
iv.Pelajar bertanggungjawab untuk menyemak senarai kursus / LA yang telah didaftarkan dengan
teliti.
v.Pelajar yang telah mendaftar kursus / LA berkenaan hendaklah mengikuti sepenuhnya aktiviti
pembelajaran bagi kursus / LA tersebut.
vi.Pindaan pendaftaran kursus / LA hendaklah diselesaikan pada minggu ketiga (3) perkuliahan
dengan mendapat kebenaran Timbalan Pengarah Akademik (TPA)/ Timbalan Pengarah (TP)
vii.Borang pendaftaran kursus / LA akan dikeluarkan selewat-lewatnya pada minggu ketiga
semester / modul berkenaan kepada pelajar melalui pensyarah kelas.
viii.Satu salinan borang pendaftaran kursus hendaklah diserahkan kepada TPA / TP, Unit
Peperiksaan dan Fail Pelajar
.
BUKU PANDUAN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI KUALA TERENGGANU
44
Menentukan Jumlah Kredit
i.Setiap kursus / LA mempunyai nilai kredit tertentu.
iii.Setiap 40 jam belajar pelajar adalah bersamaan satu (1) kredit.
iv.Setiap kursus / LA direkabentuk antara satu (1) hingga lima (5) kredit
v.Latihan Industri (LI) membawa lapan (8) hingga 12 kredit mengikut keperluan program. Satu (1)
bulan LI bersamaan dua (2) kredit.
vi.Pelajar dikehendaki mengambil minima sembilan (9) kredit bagi setiap semester/ modul kecuali
bagi semester akhir / modul terakhir.
vii.Pelajar yang mendapat HPNM kurang dari 2.00 hendaklah mengambil tidak lebih daripada 13
kredit termasuk kursus wajib pada semester / modul berikutnya.
viii.Bilangan kredit maksimum yang boleh diambil ialah 19 kredit, dengan kebenaran Timbalan
Pengarah Akademik (TPA) / Timbalan Pengarah (TP). Pelajar dinasihatkan berbincang dengan
pensyarah kelas terlebih dahulu.
Kredit Kursus/LA Ulangan (UK)
i.Bagi pelajar yang mengulang kursus / LA (UK), gred terkini akan menggantikan gred terdahulu.
ii.Bagi tujuan pengiraan HPNM, kredit kira dan nilai mata terkini kursus/LA yang diulang akan
diambilkira, dan kredit kira serta nilai mata terdahulu dimansuhkan.
iii.Bagi pelajar yang perlu mengulang kursus / LA (UK) minima 9 kredit, pelajar TIDAK
DIBENARKAN mendaftar kursus/LA bagi semester/modul yang berikutnya.
BUKU PANDUAN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI KUALA TERENGGANU
45
Kredit Penebusan Gred (TG)
i.Bagi pelajar yang mendapat status Lulus (L) DIBENARKAN mengulang kursus/ LA bagi
menebus gred (TG), gred terkini akan menggantikan gred terdahulu.
ii.Bagi tujuan pengiraaan HPNM, kredit kira dan nilai mata terkini kursus/LA yang diperbaiki akan
diambilkira, dan kredit kira serta nilai mata terdahulu dimansuhkan.
Kredit Lulus Program & Tempoh Pengajian
i.Pelajar mesti lulus semua kursus / LA yang ditetapkan untuk program yang diambilnya termasuk
LI.
ii.Kredit minimum bagi program sijil adalah 60 kredit manakala bagi program diploma adalah 90
kredit. Kredit sebenar hendaklah dirujuk kepada struktur program masing-masing.
iii.Tempoh pengajian lazim bagi sesuatu program adalah antara 4 hingga 6 semester/modul
manakala tempoh maksimum pengajian adalah 10 semester atau 40 bulan. Kerangka tempoh
pengajian maksimum ini ditetapkan bagi memastikan lulusan sentiasa relevan dengan keperluan
semasa.
Mengikuti Kursus / LA
Pelajar yang telah mendaftar kursus berkenaan hendaklah mengikuti sepenuhnya aktiviti
pembelajaran bagi kursus / LA tersebut.
BUKU PANDUAN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI KUALA TERENGGANU
46
Perpindahan Kredit
i.Pelajar boleh memohon kelulusan pindahan kredit bagi mana-mana kursus / LA daripada
Timbalan Pengarah Akademik (TPA) / Timbalan Pengarah (TP).
ii.Mata kredit yang diperolehi bagi kursus / LA yang dipindah kredit tidak diambilkira dalam
pengiraan HPNM.
iv.Jumlah Jam Kredit bagi kursus / LA yang dipindahkan akan diambil kira bagi menentukan
Jumlah Jam Kredit Terkumpul untuk tujuan penganugerahan Sijil/ Diploma.
v.Kursus-kursus / LA program Kolej yang telah dilaksanakan di sesebuah Kolej boleh diterima
atau dibawa ke Kolej lain yang menawarkan kursus / LA yang sama.
vi.Pelaksanaan pindahan kredit hendaklah merujuk kepada Garis Panduan Pindahan Kredit
Program Pengajian Kolej Komuniti, Kementerian Pendidikan Malaysia edisi terkini.
Penilaian
i.Pelajar2.1.5.1Pelajar hendaklah menduduki atau melaksanakan semua aktiviti- aktiviti
Pentaksiran Berterusan (PB) dan Penilaian Akhir (PA) bagi semua kursus / LA yang diikuti
berdasarkan keperluan kurikulum.
ii.Pelajar LULUS penilaian sesuatu Kursus / LA jika memenuhi syarat-syarat berikut;
Memperolehi markah gabungan Pentaksiran Berterusan dan Penilaian Akhir dengan
MINIMA 40 Markah (Lulus Bersyarat) atau gred D iaitu Nilai Mata 1.00
Wajib HADIR Penilaian Akhir.
Kursus-kursus yang tidak melibatkan Penilaian Akhir akan dinilai secara 100%
Pentaksiran Berterusan.
BUKU PANDUAN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI KUALA TERENGGANU
47
Penilaian Khas
Penilaian Khas (PK) boleh diadakan untuk kes-kes berikut :-
i.Pelajar yang tidak dapat menduduki PA kerana disahkan sakit oleh Pegawai Perubatan hospital
kerajaan atau swasta.
ii.Pelajar semester akhir (sebelum LI) yang lulus dengan bertaraf “Baik” atau “Kepujian” tetapi
gagal satu (1) kursus/LA daripada semester- semester/modul- modul sebelumnya.
iii.Pelajar yang kematian ibu/bapa/penjaga/suami/isteri/ anak.
iv.Sebab-sebab lain yang dapat diterima oleh pihak Kolej.
v.Markah PK akan menggantikan markah PA sahaja manakala markah PB adalah kekal.
vi.Markah PK akan menentukan keputusan kursus / LA berkenaan sama ada lulus atau gagal
dan diambilkira dalam pengiraan PNM dan HPNM.
vii.PK tidak boleh diadakan bagi pelajar yang tidak menduduki PA tanpa sebab.
viii.Sekiranya gagal dalam PK, pelajar dikehendaki mengulang kursus / LA tersebut pada
semester / modul kursus / LA tersebut ditawarkan.
ix.Pelajar perlu mendapat kebenaran Pengarah Kolej Komuniti bagi menduduki PK.
BUKU PANDUAN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI KUALA TERENGGANU
48
Mengulang Kursus / LA (UK)
i.Pelajar perlu mendaftar untuk mengulang kursus / LA bersama-sama dengan kursus / LA yang
ditetapkan bagi semester / modul semasa setelah mendapat nasihat dan kelulusan Timbalan
Pengarah Akademik (TPA) / Timbalan Pengarah (TP).
ii.Pindaan pendaftaran kursus / LA hendaklah diselesaikan selewat-lewatnya pada minggu kedua
selepas pendaftaran dengan mendapat kebenaran Timbalan Pengarah Akademik (TPA) /
Timbalan Pengarah (TP).
iii.Mengulang kursus / LA adalah keadaan apabila seseorang pelajar tidak mencapai kriteria
penilaian sesuatu kursus / LA atau gagal kursus / LA pada semester / modul sebelumnya.
iv.Kaedah Mengulang Kursus / LA ini juga adalah tertakluk kepada samada kursus/ LA itu
ditawarkan atau tidak pada semester / modul berkenaan (lihat syarat pendaftaran).
Bagaimanapun, pelajar perlu memohon kebenaran daripada Timbalan Pengarah Akademik
(TPA) / Timbalan Pengarah (TP). Pelajar dinasihatkan berbincang dengan pensyarah kelas
terlebih dahulu bagi mengulang kursus / LA untuk mengelakkan pertembungan jadual.
v.Pelajar dikehendaki mengulang kursus / LA bagi mana-mana kursus / LA yang disyaratkan ke
atasnya pada semester / modul berikut jika kursus / LA itu ditawarkan.
Meneruskan Pengajian ke Semester / Modul Berikutnya
i.Pelajar dikehendaki mengambil semula kursus / LA yang gagal pada semester / modul
seterusnya (sekiranya kursus / LA tersebut ditawarkan oleh pihak kolej).
ii.Pelajar dikehendaki lulus semua kursus / LA yang ditawarkan bagi sesuatu program sebelum
dibenarkan menjalani latihan industri di akhir pengajian. Pelajar yang mendapat status HPNM
Lulus Bersyarat perlu memperbaiki status keputusan sebelum menjalani Latihan Industri.
iii.Walau bagaimanapun, pelajar yang tidak memenuhi syarat untuk mendaftar latihan industri /
WBL, boleh membuat rayuan untuk dipertimbangkan menjalani latihan industri/WBL jika kursus /
LA berkenaan tidak ditawarkan pada semester/ modul tersebut dengan mendapat kebenaran
Timbalan Pengarah Akademik (TPA) / Timbalan Pengarah (TP).
BUKU PANDUAN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI KUALA TERENGGANU
49
Menamatkan Pengajian Program
Pelajar dianggap telah menamatkan pengajian program sekiranya :
i.Mendapat HPNM 2.00 atau lebih bagi sesuatu program dan telah lulus Latihan Industri / WBL.
ii.Memenuhi jumlah jam kredit yang ditetapkan bagi sesuatu program.
iii.Bagi pelajar Warganegara yang tidak kredit Bahasa Melayu SPM, WAJIB LULUS kursus MPU
1212 Bahasa Kebangsaan A.(berkuatkuasa Sesi Mac 2015)
Status Diberhentikan
i.Memperolehi status akademik (PNM) LB sebanyak tiga kali berturut-turut.
ii.Telah melebihi tempoh maksimum pengajian sesuatu program (10 semester) termasuk Latihan
Industri.
Pengumuman Keputusan Peperiksaan
i.Pengumuman keputusan peperiksaan perlu dibuat dalam tempoh satu (1) minggu dari tarikh
Mesyuarat Jawatankuasa Peperiksaan Kolej Komuniti.
ii.Pegawai Peperiksaan Kolej Komuniti akan mengumumkan keputusan peperiksaan bagi pihak
Jawatankuasa Peperiksaan Kolej Komuniti dengan mempamerkan keputusan di kolej atau
hebahan melalui media elektronik.
iii.Slip keputusan peperiksaan boleh didapati di Unit Peperiksaan selepas pengumuman dibuat.
BUKU PANDUAN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI KUALA TERENGGANU