50
Penahanan Keputusan Peperiksaan
Pelajar yang tidak memenuhi syarat-syarat berhubung sesuatu program dan syarat- syarat lain
yang ditetapkan oleh Kolej Komuniti, maka keputusan dan / atau slip keputusan peperiksaannya
boleh ditahan sehingga ia memenuhi syarat-syarat tersebut.
Rayuan Keatas Keputusan Peperiksaan
i.Pelajar boleh membuat semakan semula skrip jawapan penilaian akhir melalui Timbalan
Pengarah Akademik (TPA) / Timbalan Pengarah (TP) dengan mengisi Borang Rayuan Semakan
Semula Keputusan bagi mana-mana kursus / LA dalam tempoh tujuh ( 7 ) hari selepas keputusan
diumumkan atau mengikut tarikh yang ditetapkan oleh kolej.
ii.Rayuan bagi kursus / LA yang tiada penilaian akhir (PA) atau rayuan markah Pentaksiran
Berterusan (PB) boleh dikemukakan dalam tempoh tujuh (7) hari selepas minggu peperiksaan.
iii.Setiap rayuan hendaklah disertakan resit bayaran rayuan penyemakan. Kadar bayaran rayuan
penyemakan adalah sebanyak RM25.00 bagi setiap kursus / LA.
iv.Semua pembayaran hendaklah dibuat dalam bentuk Kiriman Wang / Wang Pos atas nama
Pengarah Kolej Komuniti.
Semakan Semula Skrip Jawapan
i.Pelajar semester / modul akhir yang ingin membuat penyemakan semula skrip jawapan sesuatu
kursus / LA hendaklah mengemukakan permohonan secara bertulis kepada Jawatankuasa
Peperiksaan Kolej Komuniti untuk mendapat pengesahan daripada Jawatankuasa Peperiksaan
Pusat Kolej Komuniti.
ii.Keputusan semakan semula akan dimaklumkan kepada pelajar dalam tempoh 14 hari bekerja
dari tarikh penerimaan keputusan.
BUKU PANDUAN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI KUALA TERENGGANU
51
SISTEM GRED
BUKU PANDUAN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI KUALA TERENGGANU
52
SISTEM NILAIAN MATA
BUKU PANDUAN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI KUALA TERENGGANU
53
PENGANUGERAHAN
Pelajar layak dianugerahkan Sijil Kolej Komuniti setelah :
i.Lulus semua kursus yang telah ditetapkan
ii.Lulus Latihan Industri (LI)
iii.Memperolehi PNM > 2.00
iv.Tidak melebihi tempoh maksimum pengajian ang ditetapkan
v.Diperakukan oleh Jawatankuasa Peperiksaan Kolej Komuniti.
vi.Sijil ini akan dikeluarkan oleh Kolej Komuniti masing-masing dan ditandatangani oleh pengarah.
TRANSKRIP
i.Transkrip pelajar dikeluarkan dalam tempoh 14 hari selepas pengumuman keputusan oleh
Jawatankuasa Peperiksaan Pusat Kolej Komuniti.
ii.Setiap transkrip yang dikeluarkan perlu dicop oleh Jawatankuasa Peperiksaan Pusat Kolej
Komuniti.
iii.Sekiranya berlaku kehilangan atau kerosakan atas sebab-sebab munasabah, pelajar boleh
memohon salinan transkrip rasmi di Kolej Komuniti yang mengeluarkan dokumen berkenaan
dengan mengemukakan borang permohonan beserta Surat Akuan Sumpah disahkan oleh
Pesuruhjaya Sumpah.
iv.Penggantian transkrip akan dikeluarkan dalam tempoh 14 hari selepas permohonan lengkap
BUKU PANDUAN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI KUALA TERENGGANU
54
SIJIL KOLEJ KOMUNITI
i.Sijil Kolej Komuniti Kementerian Pengajian Tinggi hanya dikeluarkan sekali sahaja setelah
pelajar menamatkan pengajian di Kolej Komuniti Kementerian Pengajian Tinggi. Sijil ini akan
diserahkan semasa Majlis Konvokesyen.
ii.Sekiranya berlaku kehilangan atau kerosakan atas sebab-sebab munasabah, pelajar boleh
memohon salinan sijil atau transkrip rasmi di Kolej Komuniti yang mengeluarkan dokumen
berkenaan dengan mengemukakan borang permohonan beserta Surat Akuan Sumpah disahkan
oleh Pesuruhjaya Sumpah.
iii.Penggantian sijil akan dikeluarkan dalam tempoh 14 hari selepas permohonan lengkap.
PENGUMUMAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN
Pengumuman keputusan peperiksaan perlu dibuat dalam tempoh satu (1) minggu dari tarikh
Mesyuarat Jawatankuasa Peperiksaan Kolej Komuniti. Pegawai Peperiksaan Kolej Komuniti
akan mengumumkan keputusan peperiksaan bagi pihak Jawatankuasa Peperiksaan Kolej
Komuniti dengan mempamerkan keputusan di kolej atau hebahan melalui media elektronik. Slip
keputusan peperiksaan boleh didapati di Unit Peperiksaan selepas pengumuman dibuat.
PENAHANAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN
Pelajar yang tidak memenuhi syarat-syarat berhubung sesuatu program dan syarat-syarat lain
yang ditetapkan oleh Kolej Komuniti, maka keputusan dan / atau slip keputusan peperiksaannya
boleh ditahan sehingga ia memenuhi syarat-syarat tersebut
BUKU PANDUAN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI KUALA TERENGGANU
55
LATIHAN
INDUSTRI
BUKU PANDUAN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI KUALA TERENGGANU
56
PENGENALAN
Latihan Industri merujuk kepada penempatan pelajar sesebuah organisasi untuk menjalankan
latihan praktikal yang diselia oleh pihak industri yang dipilih, sama ada di luar ataupun di dalam
negara, dalam jangka masa yang ditetapkan sebelum mereka dianugerahkan Sijil Kolej Komuniti
(SKK), Kementerian Pendidikan Tinggi (Dasar Latihan Industri IPT, 2020)
SYARAT LAYAK MENJALANI LATIHAN INDUSTRI
Pelajar perlu lulus semua kursus/modul
TEMPOH LATIHAN INDUSTRI
Pelajar akan ditempatkan di industri selama tempoh 1 semester (16 Minggu / 24 Minggu).
Tempoh yang ditetapkan ini bagi memenuhi kriteria yang telah ditetapkan oleh Agensi Kelayakan
Malaysia (MQA)
TATACARA PERMOHONAN LATIHAN INDUSTRI
Sebelum Menjalani Latihan Industri
Menghadiri taklimat Latihan Industri 1 & 2
Mengisi borang maklumat pelajar (BMP)/resume di i-student
Menghantar dan mendapat jawapan penerimaan daripada industri
Mempunyai Buku Laporan Harian LI
BUKU PANDUAN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI KUALA TERENGGANU
57
Semasa Menjalani Latihan Industri
Melapor diri ke tempat LI
Menghantar borang lapor diri
Menghantar borang pertukaran alamat (jika berlaku)
Melengkapkan buku laporan harian LI
Lawatan penyeliaan/ pemantauan daripada Pensyarah Penyelia
Melengkapkan 16 minggu latihan industri
Selepas Menjalani Latihan Industri
Menghantar Surat Pengesahan Tamat LI
Menghantar Buku Harian LI
PERTUKARAN TEMPAT LATIHAN INDUSTRI
Pelajar hanya dibenarkan membuat permohonan pertukaran tempat LI dalam tempoh 2 minggu
selepas melaporkan diri. Pertukaran tempat LI (bagi kes yang dibenarkan sahaja) perlu mendapat
kelulusan Jawatankuasa Perhubungan & Latihan Industri Kolej Komuniti
ALUMNI
Alumni merujuk kepada siswazah atau lepasan sesebuah maktab, universiti atau yang setara
dengannya sama ada individu atau berkumpulan. Semua bekas pelajar Kolej Komuniti Kuala
Terengganu akan menjadi ahli kepada persatuan Alumni KKKT mengikut peraturan semasa
persatuan.
BUKU PANDUAN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI KUALA TERENGGANU
58
Hak Cipta KKKT@2021
BUKU PANDUAN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI KUALA TERENGGANU