SeƟap Anak PERMATA Negara 151
10.3 Kod Etika Pendidik PERMATA
Setiap Pendidik PERMATA hendaklah:
x Menjalankan tugas dengan amanah dan penuh komitmen
x Menggalakkan perhubungan yang sihat di taska
x Proaktif dan bermotivasi tinggi untuk memajukan diri bagi meningkatkan
pengetahuan dan profesionalisme dalam bidang asuhan dan pendidikan awak
kanak-kanak
x Menyokong dasar, standard dan amalan di taska dengan adil, tiada diskriminasi,
bias dan prejudis, dan berdasarkan kepentingan kanak-kanak, keluarga dan
komuniti
x Bekerjasama dengan semua pihak semasa menjalankan tugas
x Memberi maklumat yang tepat kepada ibu bapa dan pihak pengurusan
x Merujuk kepada pihak pengurusan sebelum membuat sebarang keputusan
terutamanya yang menyentuh dasar berkaitan kanak-kanak dan ibu bapa
Adalah penting bagi pendidik mempunyai tahap kompetensi yang tinggi dalam
melaksanakan tanggungjawab sebagai pendidik kepada anak-anak yang bakal menjadi
generasi pewaris. Kod Etika ini hanyalah sebagai garis panduan bagi pendidik dalam
melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka di TASKA. Keberkesanan dan kejayaan
pelaksanaan pemakaian Kurikulum PERMATA Negara ini terletak sepenuhnya di tangan
pendidik. Ini kerana pendidiklah yang telah dipertanggungjawabkan untuk mengimplementasi
segala yang telahpun dimaktubkan dalam kurikulum ini. Hanya dengan implementasi yang
betul dan efektik oleh pendidik sahajalah yang dapat memastikan semua kanak-kanak yang
telah diasuh dan dididik ini akan berkembang minda, fizikal dan emosi mereka bagi
memulakan persekolahan formal setelah tamat program di TASKA. Penekanan kepada
aspek-aspek akhlak mulia dan amanah seseorang Pendidik adalah faktor kejayaan
Program PERMATA Negara.
“SETIAP ANAK PERMATA NEGARA”
Kurikulum PERMATA Negara
152 SeƟap Anak PERMATA Negara
LAMPIRAN 1
(1) CONTOH CARA MENULIS JURNAL/CATATAN ANEKDOT
TARIKH BERMULA: 21 April 2012
NAMA: Akmal Hakim (AK)
UMUR: 3 tahun 9 bulan
FOKUS PEMERHATIAN: Perkembangan sosial (boleh juga lebih dari satu fokus)
MASA: 09.15 pagi
NAMA PENDIDIK: Asma Husna Abd Rahim
******************************************************************
TARIKH: 21/4/12
Semasa AK datang dengan ayahnya pada pukul 8.25 pagi, dia kelihatan sangat seperti
biasa bersalam dengan saya dan mencium ayahnya sebelum masuk ke dalam TASKA. AK
anak yang periang dan sangat mudah mesra dengan rakan-rakan. Selepas meletak
begnya di rak, dia terus berlari ke dalam dan memeluk Juita yang sedang menghisap jari.
Juita juga baru sampai ke TASKA dihantar oleh ibunya.
AK suka bermain dengan mainan kereta traktor dan kereta bomba. Setiap pagi dia akan
ambil mainan tersebut dan bermain bersendirian, membuat bunyi traktor dan siren
kereta bomba. Hari ini saya terdengar dia berkata kepada Mohd Firdaus bahawa dekat
rumahnya ada kereta traktor korek tanah, dan traktor itu telah terjatuh ke dalam lubang
sambil menunjukkan bagaimana traktor itu terbalik ke dalam lubang, ”dia tak boleh
kontol”. (traktor itu hilang control). ”Bomba tu pergi angkat orang tu.. bunyi dia kuat,
eee oo, ee oo ada lampu biru...”. ”Kami tengok orang tu.. dia berdarah” kata AK.
Baru saya faham, mengapa AK sangat suka bermain dengan kedua-dua kereta mainan
tersebut. AK telah mempelajari fungsi traktor (mengorek tanah) dan traktor boleh
terbalik jika berada di tempat yang tidak stabil). Dia telah menggunakan perkataan ”tidak
boleh kontrol” yang menunjukkan kefahamannya mengapa traktor itu jatuh ke bawah.
Kurikulum PERMATA Negara
SeƟap Anak PERMATA Negara 153
LAMPIRAN II: SENARAI SEMAK PERKEMBANGAN
(DEVELOPMENTAL CHECK LIST)
Senarai Semak Perkembangan Motor Kasar
Kemahiran Motor Kasar Pemerhati: Nama Pendidik
Nama: Akmal Hakim (AK) Tarikh: 18/6, 18/7 .....
Program: PERMATA Negara (3-4 thn)
Arahan: Guna [ ] bila tingkah-laku diperhatikan. Tulis pemerhatian dan tarikh. Biarkan item
kosong sehingga dapat melihat tingkah-laku tersebut.
Item Pemerhatian/bukti Tarikh
______ berjalan turun tangga Ada tapi AK masih teragak- 18/6/12
dengan kaki yang berlainan agak.
Boleh membaling dengan
______ membaling bola ke arah tinggi.
yang dituju 18/6/12
_____ menggerakkan Masih tidak boleh mengikut
kaki rentak muzik
mengikut rentak muzik
Boleh tapi menghadapi 18/6/12
______ mengayuh basikal beroda masalah semasa mula nak
tiga menggerakkan basikal.
Dan seterusnya... Dan seterusnya...
Dan seterusnya...
Kurikulum PERMATA Negara
154 SeƟap Anak PERMATA Negara
PANEL PENYEMAKAN SEMULA KURIKULUM PERMATA NEGARA EDISI KE TIGA:
Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Projek Perintis PERMATA
Datuk Siti Azizah Sheikh Abod
Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Kurikulum PERMATA
Prof. Dato’ Dr. Aminah Ayob
Penyunting
Puan Jameyah Sheriff
Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-Kanak Negara (NCDRC), Universiti Pendidikan Sultan Idris
(UPSI)
Prof. Madya Dr. Sopia Md Yassin
Prof. Madya Dr. Mohd Hassan Abdullah
Dr. Noor Aini Ahmad
Universiti Putra Malaysia
Dr. Rohani Abdullah
Puan Nani Menon
Puan Rosazizi Abdul Rahim
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
Prof. Madya Dr. Mastura Badzis
Universiti Malaya
Dr. Azizah Lebai Nordin
Bahagian Pembangunan Kurikulum, KPM
Puan Harlina Mohamad
Institut Pendidikan Guru, KPM
Encik Muhammad Hj Sulaiman (Kampus Raja Melewar, Seremban)
Puan Normasura Hj Jani (Kampus Perempuan Melayu, Melaka)
Puan Norzaini Yang (Kampus Bahasa Melayu, W.P. Kuala Lumpur)
Puan Rashidah Elias (Kampus Dato’ Razali Ismail, Kuala Terengganu)
Puan Siti Saleha Samuri (Kampus Pendidikan Islam, Bangi)
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
Jabatan Kemajuan Masyarakat Malaysia (KEMAS)
Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN)
Institut Sosial Malaysia
Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu
Kurikulum PERMATA Negara
SeƟap Anak PERMATA Negara 155
Majlis Pengasuhan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak (Majlis ECCE) Kurikulum PERMATA Negara
Puan Amy Bala
SEGI College
National Association of Early Childhood & Care Education Malaysia
(Pengerusi: Datin Radziah M. Daud)
Persatuan Pengasuh Berdaftar Malaysia
(Pengerusi: Puan Shamsinah Che Shariff)
Persatuan Pengasuh Berdaftar Negeri Sembilan/Melaka
(Pengerusi: Puan Rozita Kamil)
Persatuan Pengusaha TASKA Berdaftar WPKL
(Pengerusi: Puan Hjh Norhayati Shamsuddin)
Persatuan TASKA Melayu Malaysia
(Pengerusi: Puan Zainol Sulaiman)
Persatuan TASKA Negeri Selangor
(Pengerusi: Puan Hjh Mahanom Basri)
Persatuan TASKA Negeri Perak
(Pengerusi: Puan Ding Moi King)
Persatuan TASKA Negeri Johor
(Pengerusi: Puan Norhayati Daud)
Persatuan Pengasuh Negeri Pahang
(Pengerusi: Puan Rosnah Ahmad)
Persatuan Pengasuh Negeri Terengganu
(Pengerusi: Puan Ruhana Salleh)
Persatuan Pengasuh dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak Sarawak
(Pengerusi: Puan Hjh Juiter Abang)
Jurulatih PERMATA
Puan Audrey Lee Yoke Wah
Puan Argayah @ Rogayah Saad
Puan Nor Aeshah Hamzah
Puan Sakae Sasamori
Puan Nor Faizah Abdullah
Community Learning Curve
(Puan Norsheila Abdullah)
156 SeƟap Anak PERMATA Negara
Idaman Learning Network
(Puan Norma Wahab)
Pusat Latihan & Konsultasi Iltizam
(Puan Nik Rosminah Nik Taib)
Dandara Murni Training and Consultancy
(Puan Musalmah Muhamad)
Urusetia:
Bahagian PERMATA,
Jabatan Perdana Menteri
Unit Latihan PERMATA, Fakulti Ekologi Manusia
Universiti Putra Malaysia
Kurikulum PERMATA Negara
SeƟap Anak PERMATA Negara 157
Kurikulum PERMATA Negara
158 SeƟap Anak PERMATA Negara
Kurikulum PERMATA Negara
SeƟap Anak PERMATA Negara 159
Kurikulum PERMATA Negara
160 SeƟap Anak PERMATA Negara
Kurikulum PERMATA Negara