The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by BM10622 Amir Mujahid Bin Zulkifli, 2023-07-08 10:59:00

PBS PORTFOLIO

PBS PORTFOLIO

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU Peti Surat 11029 Jalan Pantai Baru 59990 KUALA LUMPUR Telefon . 03-2281 4400 No. Faks 03 2281 4444 Laman W eb : http://www.ipbmm.edu.my/ “1 MALAYSIA : RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN” Ruj. Kami : IPGKBM/UPRAK/13/401/043/Jld. 9(9) Tarikh 02 Jun 2023 Guru Besar/ Pengetua, TUAN SAHARUDIN BIN MOHD HASSIM SEKOLAH KEBANGSAAN SERI UTAMA, 45300 SUNGAI BESAR, SELANGOR Tuan, PENGENALAN DIRI PELAJAR PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP) INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk. 2. Adalah dengan ini disahkan bahawa pembawa surat ini ialah pelajar PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP) AMBILAN JUN 2022 lnstitut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu yang akan menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) 1 bermula pada 11/12 hingga 22/23 Jun 2023 (2 minggu). 3. Maklumat pelajar berkenaan adalah seperti berikut: 3.1 Nama : AMIR MUJAHID BIN ZULKIFLI 3.2 No. KP: 030311-10-0381 3.3 Major : BAHASA MELAYU 3.4 Minor : PENDIDIKAN ISLAM Sekian. Terima Kasih. “MALAYSIA MADANI” “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang menja nkan amanah, (HAJAH ILAH BINTI OSMAN B.C.K) Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu Lembah Pantai 59990 Kuala Lumpur


1.0 MAKLUMAT PENEMPATAN


2.0 BIODATA


2.0 BIODATA 2.1 NAMA IPGK IPG KAMPUS BAHASA MELAYU 2.2 GAMBAR 2.3 NAMA PELAJAR AMIR MUJAHID BIN ZULKIFLI 2.4 NO. KAD PENGENALAN 030311-10-0381 2.5 ALAMAT NO 27, LORONG 2B, TAMAN KLANG PERDANA, 42100 KLANG, SELANGOR DARUL EHSAN 2.6 NO TELEFON E-MEL 013-740 1874 [email protected] 2.7 AMBILAN PENGKHUSUSAN PISMP JUN 2022 BAHASA MELAYU PENDIDIKAN RENDAH 2.8 TAHUN DAN SEMESTER TAHUN 1 SEMESTER 3 2.9 TARIKH PBS 12-23 JUN 2023


3.0 PERNYATAAN PROFESSIONAL


3.0 PERNYATAAN PROFESIONAL 3.1.1 PERNYATAAN SEBELUM PBS Saya Amir Mujahid Bin Zulkifli iaitu pelajar PISMP ambilan Jun 2023 Bahasa Melayu telah ditugaskan untuk menjalankan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) dalam tempoh dua minggu yang bermula dari 12 Jun 2023 sehingga 23 Jun 2023. Ini merupakan kali pertama bagi saya dalam melaksanakan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) sebagai guru pelatih di IPGKBM. Saya telah memilih Sekolah Kebangsaan Telok Berembang, Sungai Besar Selangor. Saya memilih sekolah ini kerana perjalanan ke sana hanya mengambil masa 10 minit sahaja dan jalan yang perlu dilalui adalah mudah kerana status sekolah ini adalah luar bandar. Sebelum menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS), saya telah diberi taklimat berkaitan dengan PBS yang disampaikan oleh Encik Umar bin Norman yang memegang jawatan dalam unit praktikum di IPGKBM. Taklimat ini diadakan secara bersemuka di Dewan Za’ba pada 6 Jun 2023 selama 2 jam. Berdasarkan taklimat yang diberikan, saya dapat memahami bahawa PBS ini bertujuan untuk memberikan kefahaman dan input kepada guru pelatih dalam mengetahui pandangan perspektif sebagai seorang guru dan belajar tentang alam persekolahan pada masa kini yang telah berubah mengikut zaman. Tujuan utama dalam PBS ini adalah untuk mengenalpasti tiga bidang utama dalam pengurusan sesebuah sekolah iaitu kurikulum, ko-kurikulum dan maklumat umum juga prasarana sekolah. Fokus tugasan PBS juga adalah memberi pengetahuan yang lebih jelas berkaitan budaya sekolah dan memberi peluang untuk melihat proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas secara bersemuka. Pendedahan awal seperti ini dapat memberikan pemahaman dalam pengurusan strategi pengajaran dan pembelajaran melalui proses interaksi yang berlaku antara guru dengan murid. PBS juga dapat membiasakan seorang guru pelatih dalam mengadaptasi suasana sebenar di sekolah dan tanggungjawab setelah bergelar sebagai guru di sekolah. Pengalaman Berasakan Sekolah (PBS) ini akan dijalankan selama dua minggu di sekolah tempat yang telah dipilih. Oleh itu, terdapat beberapa strategi yang telah saya aturkan agar proses pengumpulan maklumat dapat dilakukan dengan lebih sistematik dan tersusun. Starategi yang saya tetapkan ialah mengadakan sesi temubual bersama Guru Besar, Penolong-Penolong Kanan, guru subjek dan guru pembimbing. Bagi melaksanakan temu bual ini, saya telah menyediakan soalan-soalan yang berkait rapat dengan skop tugas mereka. Saya juga akan berkenalan dengan warga sekolah dengan lebih dekat dan segala maklumat yang bermanfaat akan dilakukan catatan. Instrumen penilaian kendiri utama yang akan digunakan untuk melengkapkan tugasan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) ini adalah senarai semak, pemerhatian dan soalan temubual. Pada akhir tugasan ini, refleksi juga akan dibuat sebagai instrumen penilaian kendiri dan juga dijadikan Laporan Pemerhatian PBS. 3.1.2 SEMASA PBS Terdapat pelbagai hal yang telah dijalankan semasa PBS berlangsung di sekolah. Salah satunya ialah merancang strategi sepanjang keberadaan di sana. Dalam tempoh 10 hari iaitu bermula pada 12 Jun 2023 sehingga 23 Jun 2023 yang diberikan kepada guru pelaih untuk menjalani PBS merupakan tempoh masa yang agak singkat. Guru pelatih perlu mendapatkan pelbagai maklumat yang penting untuk melengkapkan tugasan seperti yang dikehendaki oleh pihak IPG. Hal ini memerlukan guru pelatih untuk membuat perancangan yang tersusun dan sistematik untuk mendapatkan maklumat-maklumat tersebut dalam tempoh 10 hari tersebut. Antara perancangan yang saya telah buat ialah mencatatkan aktiviti harian sebagai rujukan untuk membuat amalan refleksi, menyediakan soalan-soalan yang ingin diajukan kepada pihak yang berkaitan bagi tugasan kolaboratif serta menyediakan senarai semak maklumat yang ingin diperoleh.


Selain itu, saya juga telah melakukan pengumpulan dan perekodan maklumat melalui instrumen penilaian dalam melaksanakan tugasan PBS. Ia dapat membantu guru pelatih untuk mendapatkan pelbagai maklumat berkaitan pengurusan sekolah, guru-guru, murid- murid, kakitangan sekolah dan komuniti. Ia merupakan instrumen yang sangat berkesan dan perkara yang diperolehi adalah asli dan benar. Antara instrumen yang digunakan dalam penilaian semasa berada di sekolah ialah pemerhatian, senarai semak, temu bual dan soal selidik. Setiap intrumen yang digunakan adalah mengikut kesesuaian tugasan yang ingin diperoleh. 3.1.3 SELEPAS PBS Berdasarkan pengalaman berasaskan sekolah (PBS) yang telah selesai saya jalani selama dua minggu di Sekolah Kebangsaan Seri Utama (SKSU) ini membantu menambah pengetahuan daripada aspek kurikulum, kokurikulum, hal ehwal murid dan komuniti dalam sesebuah sekolah. Dalam hal ini, untuk mendapatkan maklumat dan data berdasarkan tugasan yang diberikan saya perlu mewujudkan suatu komunikasi lisan yang mantap dan mengikut prosedur yang tepat kerana berurusan dengan pihak atasan. Selain itu, saya juga telah menemubual guru-guru lama dan baru berkhidmat di sekolah SKSU disebabkan pengetahuan mereka yang luas untuk mendapatkan pandangan dan pendapat tentang pengurusan dan pentadbiran dan dasar pendidikan masa kini yang dilaksanakan oleh sekolah tersebut. Hal ini kerana, pandangan daripada kedua-dua pihak adalah berbeza disebabkan terdapat beberapa penambahbaikan yang telah dilakukan oleh pihak sekolah demi keselesaan murid-murid sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) berlangsung. Pada masa yang sama, saya juga berjaya mendapatkan keterangan daripada murid-murid tentang sekolah, suasana bilik darjah, program yang dilaksanakan dan aktiviti kokurikulum. Berdasarkan perkara yang saya lihat sepanjang dua minggu ini aktiviti waktu kokurikulum telah diubahsuai kerana cuaca yang panas dan murid-murid dan guru-guru dibenarkan untuk memakai baju tidak formal seperti baju sukan pada setiap hari. Di samping itu, saya juga telah mengambil peluang untuk mengetahui teknik, kaedah pengajaran dan cara mengawal murid-murid dalam bilik darjah dengan meminta kebenaran untuk mengikuti guru pembimbing dan membuat pemantauan sendiri. Justeru itu, disebabkan terdapat pelbagai program dan aktiviti yang telah dijalankan dan daripada perkara tersebut dapat membantu saya menambah pengetahuan terhadap kaedah pengajaran dan mengawal tingkah laku murid-murid di luar bilik darjah. Tambahan pula, melalui program yang dilaksanakan saya juga berpeluang untuk mencuba perkara yang baharu seperti menjadi pengacara majlis, menyertai mesyuarat guru dan ahli jawatankuasa sesuatu program sekolah. Kesimpulannya, dua minggu menjalani PBS bukan suatu masa yang singkat dan tidak juga terlalu lama untuk membantu saya menambah pengetahuan tentang pengurusan dan pentadbiran sekolah dan dasar pendidikan pada masa kini yang dilahirkan dalam suasana sekolah tersebut. Saya berharap dengan pengalaman yang telah saya jalani dapat membantu meningkatkan kemahiran dan pengetahuan saya. Ribuan terima kasih saya ucapkan kepada pihak sekolah SK Sungai Serdang kerana memberi peluang kepada saya untuk mengumpul pengalaman yang sangat bermakna ini.


3.2 LAPORAN PELAKSANAAN AKTIVITI YANG DIFOKUS BIL. TARIKH TINDAKAN 1. 12 JUN 2023 (ISNIN) - Bertemu dengan Guru Besar, Encik Saharuddin bin Mohd Hassim untuk melapor diri untuk PBS di sekolah. - Berjumpa dengan barisan-barisan pentadir sekolah di bilik mesyuarat - Mendapatkan maklumat umum berkaitan sekolah - Berjumpa dengan guru pembimbing yang telah ditetapkan oleh Guru Besar - Melawat persekitaran sekolah dan mengetahui prasarana sekolah - Sesi ‘Contact Point’ bersama semua guru di dewan sekolah selepas sesi persekolahan 2. 13 JUN 2023 (SELASA) - Menyambut murid-murid yang hadir ke sekolah (Program Guru Penyayang). - Temu bual bersama Guru Besar, Encik Saharuddin bin Mohd Hassim. - Berbincang mengenai bidang tugas sebagai guru besar dan membincangkan perjalanan sekolah dalam proses pengajaran dan pembelajaran - Mengetahui isu dan disiplin yang terdapat di sekolah serta jalinan yang diadakan oleh pihak sekolah dengan komuniti luar 3. 14 JUN 2023 (RABU) - Menyambut murid-murid yang hadir ke sekolah (Program Guru Penyayang). - Temu bual bersama Penolong Kanan Kokurikulum, Puan Norlelawati binti Abdul Latif - Mendapatkan maklumat berkaitan pengurusan sekolah dalam bidang kokurikulum dengan lebih jelas - Berbincang mengenai bidang tugas dan isu-isu berkaitan pelaksaan aktiviti kokurikulum - Mengikuti Gerak Kerja Kokurikulum (sukan dan permainan) 4. 15 JUN 2023 (KHAMIS) - Menyambut murid-murid yang hadir ke sekolah (Program Guru Penyayang). - Temu bual bersama Penolong Kanan Pentadbiran, Tuan Hj Md Yusof bin Hashim - Membincangkan pengurusan pentadbiran sekolah dan bidang tugas sebagai Penolong Kanan - Mendapatkan rekod maklumat umum sekolah daripada kerani untuk mengetahui carta organisasi, sejarah serta visi dan misi sekolah - Melihat guru subjek Bahasa Melayu menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran di kelas 4 Beta 5. 16 JUN 2023 (JUMAAT) - Menyambut murid-murid yang hadir ke sekolah (Program Guru Penyayang). - Menyertai Latihan Merentas Desa Fasa 1 - Membuat pemerhatian terhadap Program Kerohanian bagi murid Tahap 1 di dalam dewan sekolah. - Temu bual bersama Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Encik Azlizam bin Muhammad - Membincangkan berkaitan isu disiplin pelajar dan pengurusan sekolah - Melihat suasana pembelajaran di dalam kelas tahap 1 bagi subjek Pendidikan Islam


6. 19 JUN 2023 (ISNIN) - Mendapatkan laporan program mesyuarat agung PIBG daripada Penolong Setiusaha, Encik Mohd Shafiq bin Jahaya - Mendapatkan pengetahuan dengan lebih mendalam berkaitan dasar pendidikan yang dilaksanakan di sekolah - Menyertai proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas 1 Alfa bagi subjek Bahasa Melayu 7. 20 JUN 2023 (SELASA) - Menyambut murid-murid yang hadir ke sekolah (Program Guru Penyayang). - Menyertai Latihan Merentas Desa Fasa 2 - Membantu guru dalam sesi latihan sukan Bola Tampar. - Melawat persekitaran sekolah dan mengambil gambar fasiliti seperti bilik-bilik khas dan kemudahan yang disediakan 8. 21 JUN 2023 (RABU) - Menyambut murid-murid yang hadir ke sekolah (Program Guru Penyayang). - Temu bual bersama guru pembimbing, Puan Nor Azah binti Abdul Hamid - Mencatat maklumat berkaitan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran bagi subjek Bahasa Melayu - Berjumpa dengan guru-guru yang mengendalikan program dasar pendidikan kebangsaan - Mendapatkan maklumat berkaitan program-program yang berkaitan dengan dasar pendidikan kebangsaan di sekolah - Menghadiri mesyuarat mingguan bagi semua guru (Contact Point). 9. 22 JUN 2023 (KHAMIS) - Menyambut murid-murid yang hadir ke sekolah (Program Guru Penyayang). - Temu bual bersama guru subjek Pendidkan Islam, Puan Norhayati binti Abdul Rahman - Membincangkan kaedah pengajaran yang bersesuaian dengan masa kini - Berjumpa dengan beberapa orang guru untuk mengesahkan borang kolaborasi 10. 23 JUN 2023 (JUMAAT) - Menyambut murid-murid yang hadir ke sekolah (Program Guru Penyayang). - Kejohanan Merentas Desa Peringkat Sekolah 2023 - Berjumpa dengan Guru Besar dan barisan pentadbir di bilik mesyuarat - Mengesahkan borang kehadiran dan borang penilaian sepanjang melaksanakan PBS 11 24 JUN 2023 (SABTU) - Menyertai aktiviti Gotong Royong Perdana 2023


4.0 INSTRUMEN PENGUMPULAN DATA BERKAITAN TUGASAN


4.0 INSTRUMEN PENGUMPULAN DATA BERHUBUNG TUGASAN Instrumen pengumpulan data yang saya gunakan sepanjang melaksanakan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) ini ialah pemerhatian, temu bual dan senarai semak. Penggunaan ketiga-tiga instrumen ini memudahkan proses pengumpulan maklumat dan data serta memastikan bahannya tepat. Melalui itu saya dapat menganalisis dan menyusun segala fakta berkaitan sekolah dengan sistematik selama berada dua minggu di sini. 4.1 PEMERHATIAN Bagi melaksanakan tugasan PBS ini, saya telah menggunakan kaedah pemerhatian sebagai salah satu instrument kendiri. Melalui pemerhatian ini, saya dapat mengetahui prasarana yang terdapat di sekolah ini. Berdasarkan apa yang saya lihat, prasarana yang telah disediakan di sekolah ini adalah sangat baik dan mampu mewujudkan suasana pembelajaran yang menarik terhadap muridmurid. Namun begitu, terdapat juga beberapa kekurangan dari segi prasarana yang sedang dibaik pulih. Di samping itu, saya juga memerhati sekitar kawasan sekolah, Saya dapat melihat pihak pentadbiran bertungkus-lumus bagi mewujudkan susasana yang ceria di kawasan sekolah dengan tanaman pelbagai tumbuhan hiasan dan mural yang dilukis di dinding-dinding sekolah. Perkara ini dapat menarik minat murid untuk berada di sekolah dalam keadaan gembira. Logo sekolah Bangunan sekolah Pintu pagar sekolah Padang dan gelanggang Laluan gajah menyusur Dewan sekolah


Tempat letak kereta Astaka sekolah Bilik mesyuarat Bilik SPBT Kantin Bilik komputer Bilik guru Ruang rehat guru


Sudut bacaan Maklumat kelas Kata-kata hikmah Mural Bilik darjah


Visi Misi sekolah Info TS25 Logo Malaysia Madani Projek tanaman Projek ternakan ikan Tong kitar semula Bahan Bantu Mengajar


4.2 SENARAI SEMAK Pihak IPG Kampus Bahasa Melayu telah mengeluarkan satu senarai semak di Google Classroom bagi melengkapkan e-portfolio PBS ini. Pengumpulan maklumat dan data adalah mengikut senarai semak yang diberikan. Hasil dapatan pemerhatian mengikut senarai semak adalah seperti berikut: SENARAI SEMAK KEMUDAHAN KELAS Bil Perkara Ada Tiada Catatan 1. Papan Kenyataan / - Visi dan Misi Sekolah / - Peraturan Kelas / - Jadual Bertugas / 2. Keceriaan Kelas / 3. Kelengkapan Kemudahan / - Kerusi dan Meja / - Tong sampah / - Lampu dan kipas / - LCD Projektor / - Jam Dinding dan Papan Putih / - Meja Guru / - Tingkap dan Langsir / SENARAI SEMAK DISIPLIN MURID Bil Perkara Ada Tiada Catatan 1. Berpakaian kemas / 2. Menghormati guru / 3. Mendengar arahan guru / 4. Tidak mengganggu murid lain / 5. Menepati masa / SENARAI SEMAK NILAI / PERWATAKAN GURU-GURU SEMASA PROSES PdPR Bil Perkara Ada Tiada Catatan 1. Menepati masa / 2. Berpakaian menutup aurat dan kemas / 3. Mengamalkan nilai integriti / 4. Berinteraksi dengan sopan / 5. Mengamalkan budaya ilmu /


6. Sentiasa bekerjasama antara satu sama lain / SENARAI SEMAK PRASARANA Bil Perkara Ada Tidak Catatan 1. Bilik pejabat / 2. Bilik GPK Pentadbiran dan Guru Besar / 3. Bilik Persediaan / 4. Bilik Makmal Sains / 5. Bilik Peralatan Sukan / 6. Bilik Bimbingan dan Kaunseling / 7. Bilik Pemulihan / 8. Bilik Darjah / 9. Bilik Guru / 10 Bilik Isolasi / 11. Bilik Operasi Buku Teks / 12. Bilik kesihatan / 13. Bilik Gerakan Kokurikulum / 14. Bilik Komputer / 15. Bilik Pengurusan Sukan / 16. Bilik Kemahiran Hidup / 17. Bilik Muzik / 18. Bilik Sejarah / 19. Bilik Mesyuarat / 20. Bilik Pengurusan Peperiksaan / 21. Bilik Cetak / 22. Bilik Fail / 23. Bilik Utiliti / 24. Bilik J-Qaf / 25. Perpustakaan / 26. Bilik Media / 27. Dewan / 28. Surau / 29. Kantin / 30. Padang / 31. Tandas / 32. Pondok Keselamatan / 33. Kedai Buku / 34. Koperasi /


SENARAI SEMAK KURIKULUM Bil Perkara Ada Tiada Catatan 1. Sukatan Pelajaran / 2. Buku Rekod Pengajaran Guru / 3. Sumber Pengajaran dan Pembelajaran - Bahan Bantu Mengajar / - Bahan Bantu Belajar / - Sudut Bacaan / - Paparan Bahan Pembelajaran / SENARAI SEMAK KOKURIKULUM Bil Perkara Ada Tiada Catatan 1. Peralatan Sukan / Kelengkapan Prasarana Sukan / Tidak lengkap


4.3 TEMU BUAL Kaedah temu bual yang dijalankan adalah bertujuan mendapatkan maklumat secara mendalam dan menyeluruh berkenaan tajuk tugasan PBS yang dilaksanakan. Pada pendapat saya, kaedah temu bual merupakan kaedah yang paling berkesan untuk mendapatkan info-info atau maklumat secara holistik. Sesi temu bual ini melibatkan Guru Besar, Penolong Kanan Pentadbiran, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Penolong Kanan Kokurikulum, wakil guru, kakitangan sekolah, komuniti dan murid. Kerjasama yang diberikan oleh mereka amat baik dan menjawab segala persoalan seperti yang diingini. Respon yang ditunjukkan oleh murid juga adalah sangat memberangsangkan dan bersemangat unutk menjawab segala persoalan. Soalan temu bual lebih tertumpu kepada pentadbiran dan pengurusan sekolah terhadap cabaran yang mereka hadapi sepanjang melaksanakan tanggungjawab. Pada masa yang sama, saya telah menyediakan soalan yang berkaitan bagi memudahkan mereka membuat persediaan awal untuk memberi jawapan yang lebih professional berdasarkan bidang sendiri. Temu bual bersama Guru Besar Temu bual bersama PK Kokurikulum Temu bual bersama Guru Akademik


Temu bual bersama PK Pentadbiran Temu bual bersama Komuniti Sekolah Temu bual bersama PK Hal Ehwal Murid Temu bual bersama Kakitangan Sekolah


4.4 SOAL SELIDIK Soal selidik ini adalah antara usaha untuk mendapatkan gambaran dan pandangan terhadap sekolah. Kaedah ini saya gunakan kepada wakil murid supaya mereka dapat memberi tanggapan dan persepsi mereka mengenai sekolah ini. Saya memberikan borang soal selidik kepada beberapa orang pelajar dan mendapat respon yang berbeza-beza mengikut pendapat mereka terhadap sekolah ini. Perkara ini dapat memberi saya maklumat yang diperlukan dalam menyiapkan tugasan ini.


5.0 KOLABORATIF BERSAMA PIHAK SEKOLAH


5.0 KOLABORATIF BERSAMA PIHAK SEKOLAH 5.1 PERBINCANGAN DENGAN PENGURUS SEKOLAH LAMPIRAN 2-11 REKOD KOLABORATIF / INTERAKSI / PERBINCANGAN (Pengurus sekolah / guru / pensyarah / kakitangan sekolah / murid yang ditemu bual) PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH Tarikh : 13 JUN 2023 Masa : 10.00 PAGI Tajuk / Perkara : Perbincangan Isu dan Pengurusan di Sekolah Isi Perbincangan Cadangan Tindakan 1.Beliau memulakan perkhidmatan sebagai guru besar di sekolah ini pada tahun 2021. 2. Masalah yang timbul selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) COVID-19. Kemahiran 3M murid menurun terutamanya kemahiran membaca. Tahap tingkah laku murid berkurang seperti tiada budaya memberi salam kepada guru. Berlaku beberapa kes disiplin iaitu mencuri dan peras ugut tetapi tidak melibatkan fizikal. Penampilan dan pemakaian murid tidak kemas seperti memakai selipar ke sekolah dan berambut panjang. 3. Berbincang berkenaan pengurusan sekolah dan bidang tugas sebagai guru besar. 1. Program ‘Bijak Membaca’dan ‘Bantu Membaca’ yang menyasarkan semua murid tahun 1 hingga tahun 6 terutamanya yang belum menguasai tahap minimum kemahiran membaca. 2. Program amalan UTAMA ( Unggul, Terpuji, Aspirasi, Memperkasa, Akhlak) kepada murid-murid. 3. Menguatkuasakan peraturan sekolah semula seperti penampilan dan kegiatan murid di dalam sekolah. Tandatangan : SAHARUDDIN HASSIM Nama : ENCIK SAHARUDIN BIN MOHD HASSIM Jawatan : GURU BESAR


REKOD KOLABORATIF / INTERAKSI / PERBINCANGAN (Pengurus sekolah / guru / pensyarah / kakitangan sekolah / murid yang ditemu bual) PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH Tarikh : 15 JUN 2023 Masa : 10.30 PAGI Tajuk / Perkara : Perbincangan mengenai pengurusan kurikulum sekolah Isi Perbincangan Cadangan Tindakan 1. Alternatif yang digunakan oleh pihak sekolah dalam memastikan sistem pengurusan sekolah sentiasa berjalan dengan lancar dan sistematik. 2. Kaedah yang digunakan di sekolah untuk menilai tahap keupayaan murid. Cabaran : 1. Penglibatan ibu bapa masih di tahap sederhana bagi membantu kelancaran dan keberkesanan program yang melibatkan komuniti sekolah. 2. Terdapat beberapa orang guru perlu mengajar mata pelajaran bukan opsyen kesan daripada kekurangan guru. 3. Kemahiran 3M murid terjejas kesan daripada pandemik Covid19. 1. Pihak sekolah membuat sesuatu keputusan secara terancang berdasarkan beberapa langkah sebelum sesi persekolahan bermula. (perancangan,pelaksanaan, penilaian, post-mortem dan intervensi) 2. Mengaplikasikan pentaksiran secara menyeluruh seperti Pentaksiran Bilik Darjah (PBD). Cadangan tindakan: 1. Menyesuaikan waktu program dengan waktu penyertaan ibu bapa sebagai alternatif penglibatan komuniti mencapai 90% kehadiran. 2. Mempelbagaikan kursus-kursus berkaitan mata pelajaran bagi membantu meningkatkan ilmu dan kemahiran guru yang mengajar mata pelajaran bukan opsyen. 3. Murid dimasukkan ke dalam kelas pemulihan khas bagi memudahkan guru memberi bimbingan yang bersesuaian untuk menguasai kemahiran asas 3M dengan lebih baik. Tandatangan : ____________________________________ Nama : EN. MD YUSUF BIN HASHIM Jawatan : GURU PENOLONG KANAN PENTADBIRAN


REKOD KOLABORATIF / INTERAKSI / PERBINCANGAN (Pengurus sekolah / guru / pensyarah / kakitangan sekolah / murid yang ditemu bual) PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH Tarikh : 14 JUN 2023 Masa : 10.30 PAGI Tajuk / Perkara : PENGURUSAN KOKURIKULUM SK SERI UTAMA Isi Perbincangan Cadangan Tindakan 1. Terdapat empat pasukan unit beruniform, sembilan kelab persatuan, lima sukan permainan dan lapan sukan elit. 2. Jadual GERKO mempunyai 36 kali perjumpaan dan aktiviti yang dijalankan adalah secara bergilir bermula dengan unit beruniform, kelab persatuan dan seterusnya sukan permainan. 3. Isu semasa yang berlaku: -Berlaku ketidakcukupan murid yang menyertai sukan elit kerana pertandingan bagi ke semua sukan berlaku pada hari yang sama (bola tampar, bola baling, ragbi). - Waktu sesi persekolahan dan waktu kokurikulum mendapat bantahan ibu bapa kerana jarak masa yang singkat antara sesi tamat persekolahan dan waktu kokurikulum. -Waktu kokurikulum disingkatkan dan pakaian beruniform dilonggarkan supaya murid dan guru-guru boleh memakai baju sukan yang sesuai akibat faktor cuaca. -Terdapat segelintir guru yang liat menghadiri waktu kokurikulum pada sesi petang 4. Dasar : 1 Murid 1 Sukan (Kejohanan Merentas Desa Peringkat Sekolah [23/6/2023]) Cadangan tindakan menghadapi cabaran: 1. Guru perlu mencari pelapis murid lain yang berkebolehan bagi mewakili sukan elit. 2. Waktu kokurikulum dianjakkan setengah jam supaya memberi banyak masa kepada ibu bapa untuk mempersiap anak untuk menghadiri sesi petang kokurikulum. 3. Baju sukan murid dan guru mestilah tidak terlalu tebal dan warna yang tidak menyerap haba terlalu banyak. 4. Para pentadbir perlu lebih tegas dan mengenakan tindakan kepada guru yang tidak menghadiri waktu kokurikulum tanpa alasan yang kukuh beserta eviden. Tandatangan : ____________________________________ Nama : NORLELAWATI BINTI ABDUL LATIF Jawatan : GURU PENOLONG KANAN KOKURIKULUM


LAMPIRAN 2-11 REKOD KOLABORATIF / INTERAKSI / PERBINCANGAN (Pengurus sekolah / guru / pensyarah / kakitangan sekolah / murid yang ditemu bual) PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH Tarikh : 14 Jun 2023 Masa : 11:30 Pagi Tajuk / Perkara : Pengurusan dan Pentadbiran Hal Ehwal Murid Isi Perbincangan Cadangan Tindakan 1. Disiplin Beliau menyatakan masalah yang paling besar dalam kalangan murid ialah masalah tidak hadir ke sekolah. Antara faktornya adalah pengaruh gajet akibat wabak Covid19. Pelbagai inisiatif telah dilakukan bagi menggalakkan murid hadir ke sekolah. 2. Unit Bimbingan dan Kaunseling Guru kaunseling telah menjalankan tugas dengan sangat baik. Kaedah guru tersebut sangat berkesan dalam menyelesaikan masalah murid. Ada juga murid yang sukarela untuk mendapat bimbingan daripada guru tersebut. 3. Prasarana Sekolah Beliau memastikan prasarana sekolah dalam keadaan baik dan selamat digunakan. - Mencari kaedah altenatif untuk memberi ganjaran tanpa menggunakan wang seperti memberi sarapan percuma sebelum memulakan pembelajaran, sijil dan sebagainya. - Mempromosikan Unit Bimbingan dan Kaunseling kepada semua murid serta melancarkan pelbagai program untuk meningkatkan motivasi murid. - Membuat penambahbaikan bagi prasarana sekolah pada waktu yang sesuai iaitu pada waktu murid tidak berlegar-legar di kawasan sekolah. Tandatangan : Nama : ENCIK AZLIZAM BIN MUHAMMAD Jawatan : PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID


5.2 PERBINCANGAN DENGAN GURU-GURU LAIN LAMPIRAN 2-11 REKOD KOLABORATIF / INTERAKSI / PERBINCANGAN (Pengurus sekolah / guru / pensyarah / kakitangan sekolah / murid yang ditemu bual) PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH Tarikh : 19 JUN 2023 Masa : 11.00 PAGI Tajuk / Perkara : Pengajaran dan Pembelajaran Murid dalam Kelas Isi Perbincangan Cadangan Tindakan 1. Beliau telah berkhidmat di sekolah ini selama 5 tahun dan memegang jawatan sebagai ketua panitia Pendidikan Islam. 2. Pengajaran banyak difokuskan kepada bacaan Iqra’ dan seterusnya Al-Quran 3. Terdapat murid yang masih tidak dapat menghabiskan Iqra’ walaupun sudah memasuki tahap 2. 4. Pengajaran Pendidikan Islam di sekolah masih menggunakan cara yang lama dan tidak mempunyai banyak perubahan berbanding dahulu. 1. Sekolah telah membuat program ‘Bijak Membaca Iqra’ yang melibatkan muridmurid yang belum mahir untuk membaca Iqra’ dan Al-Quran. 2. Penggunaan bahan bantu mengajar perlulah diaplikasikan dalam sesi pengajaran dan pemmbelajaran di dalam kelas supaya murid tertarik untuk mempelajari bidang agama. Tandatangan : Nama : PUAN NORHAYATI BINTI ABDUL RAHMAN Jawatan : GURU PENDIDIKAN ISLAM


REKOD KOLABORATIF / INTERAKSI / PERBINCANGAN (Pengurus sekolah / guru / pensyarah / kakitangan sekolah / murid yang ditemu bual) PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH Tarikh: 15.06.2023 Masa: 10.00 Pagi Tajuk / Perkara: Perbincangan dengan guru lain Isi Perbincangan Cadangan Tindakan 1. Sekolah SKSU terlibat dengan TS25 dengan kohort 6, bolehkah tuan terangkan secara umum? 2. Apakah antara aktiviti atau program yangpernah dilaksanakan dengan melibatkan TS25 di sekolah? 3. Sepanjang TS25 dilaksanakan di SKSU, apakah kejayaan sekolah yang telah berjayadicapai? 4. Bagi memastikan TS25 ini dapat dilaksanakan secara sistematik, bagaimanakah sistem pengurusan sekolah dijalankan? 1. Bermula : Mac 2021 - 2023 Program TS25 merupakan sebahagian daripada usaha KPM ke arah meningkatkankemenjadian murid dan sekolah berkualiti dengan mengaplikasikan amalan terbaik dalam pelaksanaan pengurusan dan kepimpinan serta pedagogi dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) selari dengan hasrat yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. 2. Menjalankan Pdpc menggunakan kaedah KmR ( Kefahaman melalui Rekabentuk ) di dalam kelas. 3. Tiada 4. - mewujudkan persekitaran dan bilik darjah pak 21 - mewujudkan budaya PAK 21 - meningkatkan kualiti pdpc guru - meningkatkan kehadiran murid - 100% guru menyediakan RPH mengikut format TS25 - Aktiviti Learning Walk dan PLC membantu penambahbaikan Pdpc guru.


- Penggunaan Tool Kits banyak membantu guru dalam menjayakan Pdpc PAK21. - Guru besar dan PKP sentiasa meyampaikan maklumat dan perkembangan TS25 dari masa ke semasa melalui - taklimat, mesyuarat dan LDP. Tandatangan : Nama : ENCIK SYAMSUL AFANDI BIN BADRULZAMAN Jawatan : GURU AKADEMIK


LAMPIRAN 2-11 REKOD KOLABORATIF / INTERAKSI / PERBINCANGAN (Pengurus sekolah / guru / pensyarah / kakitangan sekolah / murid yang ditemu bual) PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH Tarikh : 16 Jun 2023 Masa : 11:00 Pagi Tajuk/Perkara: Pembelajaran murid dalam subjek Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Isi Perbincangan Cadangan Tindakan 1. Beliau telah berkhidmat hampir 2 tahun di sekolah ini dan memegang jawatan sebagai Setiausaha Kokurikulum, Ketua Panitia Pendidikan Jasmani dan GuruKelas. 2. Cabaran dalam mengajar subjek PJPK. Murid kurang berminat dalam sukan, terlalu fokus kepada akademik, menjaga penampilan diri serta kekurangan alatan sukan. 3. Kaedah dalam membantu muridmurid untuk meningkatkan minat terhadap subjek PJPK. - Guru perlu mevariasikan kaedah pengajaran contohnya dengan menggunakan teknologi, BBM, inovasi alatan dan sebagainya. - Guru perlu mendekati dan memberi peluang yang sama rata kepada murid untuk menjadikan proses pengajaran lebih berkesan dan mendapat keseronokan apabila murid dapat menguasai sesuatu kemahiran. Tandatangan : Nama : ENCIK MOHD SHAFIQ BIN JAHAYA Jawatan : GURU AKADEMIK


5.3 PERBINCANGAN DENGAN KAKITANGAN SEKOLAH REKOD KOLABORATIF / INTERAKSI / PERBINCANGAN (Pengurus sekolah / guru / pensyarah / kakitangan sekolah / murid yang ditemu bual) PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH Tarikh: 15 Jun 2023 Masa: 11.00 Pagi Tajuk / Perkara: Perbincangan dengan komuniti sekolah Isi Perbincangan Cadangan Tindakan 1. Apa yang perlu dilakukan oleh pihak kantin untuk mendapatkan gred terbaik? 2. Berapakah anggaran juadah yang disediakan untuk murid-murid dan warga guru di sekolah dalam sehari? 3. Apakah syarat yang diberikan oleh pihak sekolah berkaitan penyediaan makanan? 1.Pihak kantin mementingkan aspek: • Kebersihan persekitaran; • Disiplin setiap pekerja (datang tepat pada waktu, melaksanakan tugasan yang telah ditetapkan) • Keselamatan guru-guru dan muridmurid. 2. Setiap hari sekurang-kurangnya lapan jenis makanan akan disediakan dan dua jenis air untuk murid-murid bersusu (milo/coklat) dan bergula (anggur/sarsi) 3.- Makanan bergoreng perlu dikurangkan, contohnya nugget dan sosej; - Makanan manis dan bercoklat perlu dikurangkan, contohnya donat coklat; - Tidak menjual makanan yang menggunakan pewarna dan minuman berkarbonat; - Membatasi persediaan makanan ringan.


4. Darimanakah dana perbelanjaan kantin diperolehi? 5. Apakah menu untuk murid RMT? 4. Dana perbelanjaan sepenuhnya milik sendiri kecuali makanan RMT (Rancangan Makanan Tambahan) ditanggung oleh pihak sekolah. 5. Nasi (menu nasi berbeza setiap hari), air dan buah. Tandatangan :_______________________________________ Nama :_NAZRAH BINTI JAMALUDDIN_____________ Jawatan :_PENGURUS KANTIN SK SERI UTAMA


5.4 INTERAKSI DENGAN MURID REKOD KOLABORATIF / INTERAKSI / PERBINCANGAN (Pengurus sekolah / guru / pensyarah / kakitangan sekolah / murid yang ditemu bual) PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH Tarikh: 21 Jun 2023 Masa: 8:00 pagi Tajuk / Perkara: Pengalaman sedia ada murid Isi Perbincangan Cadangan Tindakan 1. Subjek yang digemari? 2. Bagaimana anda datang ke sekolah? 3. Apakah cita-cita anda? 4. Adakah aktiviti di dalam kelas yang menarik dan menyeronokkan? 5. Apakah aktiviti yang diminati untuk disertai di sekolah? 6. Sukan yang digemari di sekolah? 1. Reka Bentuk Teknologi 2. Kereta 3.Juru terbang 4. Menyanyi dan riadah 5. Sukan sekolah 6. Bola baling Tandatangan :__________________________ Nama : MUHAMMAD AQIL BIN SAMSURI Jawatan : 6 ALFA


5.5 PERBINCANGAN DENGAN KOMUNITI SEKOLAH LAMPIRAN 2-11 REKOD KOLABORATIF / INTERAKSI / PERBINCANGAN (Pengurus sekolah / guru / pensyarah / kakitangan sekolah / murid yang ditemu bual) PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH Tarikh : 20 JUN 2023 Masa : 10.00 Pagi Tajuk / Perkara : Kerjasama antara komuniti luar dan sekolah Isi Perbincangan Cadangan / Tindakan 1. Beliau telah memegang jawatan sebagai Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru selama satu tahun. 2. Hubungan sekolah dengan komuniti luar sangat baik 3. Program-program yang dilaksanakan di sekolah hasil kerjasama pihak sekolah dengan PIBG 4. Terdapat banyak perancangan pada masa hadapan untuk membaik pulih kekurangan yang ada di sekolah 1. Program seperti gotong-royong perdana yang melibatkan komuniti luar seperti ibu bapa, JKR, pihak bomba dan lain-lain. 2. Pelaksanaan mesyuarat PIBG pada setiap tahun supaya adanya kesefahaman dan persetujuan antara pihak sekolah dan ibu bapa. Tandatangan : Nama : Tuan Haji Ahmad Zamri bin Shamsudin Jawatan : Yang Di Pertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru


6.0 ILMU / PENGETAHUAN BARU


6.0 ILMU / PENGETAHUAN BARU 6.1 PEMERHATIAN Pengalaman yang diperoleh semasa pelaksanaan PBS telah membantu saya dalam memahami bidang kerja sebagai seorang yang bergelar guru serta memberikan pendedahan kepada saya berkenaan peranan barisan-barisan pentadbir iaitu Guru Besar, Guru Penolong Kanan Pentadbiran, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid dan Guru Penolong Kanan Kokurikulum. Bukan itu sahaja, melalui program PBS ini juga, saya telah dapat menjiwai sedikit sebanyak usaha dan peranan guru-guru dalam memastikan kemenjadian murid itu berlaku secara holistik seiring dengan hasrat Falsafah Pendidikan Negara. Di samping itu, saya juga melakukan pemerhatian terhadap suasana persekitaran dan prasarana sekolah yang selesa dan menarik. Perkara ini dapat memberikan motivasi kepada murid untuk hadir ke sekolah. Biarpun dikategorikan sebagai sekolah pedalaman dan terdapat beberapa kekurangan dari segi kemudahan, pihak sekolah tetap berhasil untuk menceriakan suasana di sekolah ini dengan mural yang dapat menarik minat murid untuk hadir ke sekolah. Selain itu, banyak juga hiasan dan tumbuh-tumbuhan yang diletakkan di sekeliling sekolah. Sekolah ini juga mempunyai ruang seperti pondok kecil, bangku dan lain-lain lagi untuk kegunaan murid pada waktu rehat. Pengalaman bersama guru Bahasa Melayu dan Pendidikan Islam semasa proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) berlangsung dalam bilik darjah juga sangat membantu saya dalam memahami dengan lebih lanjut terhadap tanggungjawab guru semasa dalam bilik darjah seperti teknik untuk mengawal kelas yang bising dan mengelakkan murid mengantuk dan tidak bersemangat di dalam kelas. Selain itu, banyak ilmu yang dapat saya pelajari semasa proses PdP berlangsung iaitu penyediaan set induksi dan perancangan aktiviti yang menarik akan dapat menarik perhatian murid untuk kekal fokus di dalam kelas. Selain itu, daripada sudut kokurikulum pula, sekolah ini terdapat aktiviti sukan dan permainan ragbi, bola sepak, bola tampar, bola jaring, bola baling dan sepak takraw. Daripada aktiviti sukan tersebut sekolah ini lebih bergiat aktif dalam sukan ragbi dan bola baling. Sepanjang dua minggu ini terdapat banyak latihan yang sekolah telah jalankan sehingga mereka yang terlibat turut membuat latihan setiap hujung minggu waktu pagi kerana terdapat pertandingan peringkat daerah yang bakal dijalankan tidak lama lagi. Lain daripada itu, SKSU juga aktif dalam aktiviti beruniform terutamanya pengakap dan tunas kadet remaja sekolah dengan aktiviti kawad kaki serta perkhemahan. Sekolah ini setiap tahun akan menjalankan aktiviti perkhemahan di sekitar negeri Selangor sahaja. Berdasarkan semua aktiviti ini mestilah dilatih oleh guru yang mempunyai kemahiran dan pengetahuan yang tinggi tentang bidang tersebut supaya dapat menyampaikan ilmu pengetahuan yang benar. Murid-murid di sini juga mengamalkan budaya memberi salam kepada guru-guru dan kakitangan sekolah. Mereka diajar untuk memberi salam ketika bertemu guru-guru, pekerja kebersihan dan tetamu-tetamu lain. Bagi pelajar yang bukan muslim, mereka akan mengucapkan “Selamat Pagi” atau “Selamat Sejahtera” semasa berselisihan dengan guru. Tambahan pula, program Guru Penyayang iaitu barisan pentadbir dan guru-guru yang bertugas perlu menyambut kedatangan murid-murid pada setiap pagi. Hal ini dapat memberikan suatu budaya yang baik bukan sahaja kepada murid malah kepada guru juga.


Melalui pemerhatian saya, kesemua bilik darjah telah mengaplikasikan susun atur mengikut pelaksanaan PAK-21. Susun atur tersebut bertujuan memberikan peluang kepada murid untuk belajar bersama rakan mereka. Hal ini memudahkan mereka untuk berkomunikasi dan memahami dengan mudah tentang pelajaran yang diajarkan oleh guru. Guru juga mudah untuk mengenalpasti kelebihan dan kekurangan dalam diri setiap murid serta akan merancang pengajarannya dengan lebih baik. 6.2 SENARAI SEMAK Selama dua minggu menjalani PBS, senarai semak merupakan salah satu cara untuk saya menyiapkan tugasan yang diberikan. Hal ini kerana, senarai semak memudahkan saya untuk membuat pemerhatian di sekolah dari aspek organisasi sekolah, prasarana, aktiviti atau program yang dijalankan dan kokurikulum murid. Daripada perkara tersebut juga membantu saya meneliti sekolah dengan lebih dalam dan mengurangkan risiko untuk tertinggal sebarang maklumat. Selain itu, senarai semak ini juga membantu aktiviti harian yang saya lakukan setiap hari. Contohnya, saya akan membuat pemerhatian mengenai prasarana sekolah pada hari pertama, oleh itu saya akan senaraikan semua prasarana yang ada disekolah terlebih dahulu sebelum membuat sebarang tinjauan, hal ini kerana berkemungkinan prasarana yang saya senaraikan tidak wujud disekolah tersebut. Begitu juga pada hari seterusnya jika membuat temu bual dengan pihak pentadbir sekolah, guru-guru dan pihak komuniti. Melalui senarai semak ini dapat melancarkan lagi pengurusan saya dalam melaksanakan tugasan ini.


6.3 TEMU BUAL Bagi memperoleh maklumat dan data dengan lebih terperinci saya telah menemu bual guru besar, pihak pentadbir, guru, murid dan komuniti supaya dapat melauaskan lagi pandangan dan pengetahuan saya tentang pengurusan sekolah kerana jawapan yang pelbagai daripada pihak tertentu membantu saya mendapat jawapan yang lebih mendalam. Pada 13 Jun bersamaan hari Selasa, saya telah menemu bual penolong kanan kurikulum iaitu Tuan Haji Md Yusof bin Hashim berkaitan pengurusan kurikulum di sekolah SK Seri Utama. Ketika menemu bual Tuan Yusof saya bertanya tentang perbezaan yang sekolah dan guru hadapi tentang sesi persekolahan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan pada masa kini?, cara untuk meningkatkan potensi dan perkembangan murid? dan cara sekolah mendapatkan peruntukan untuk mengadakan sebarang program?. Hal ini demikian kerana, perkara tersebut merupakan salah satu yang umum dalam setiap sekolah sehingga menimbulkan keraguan dan tanda tanya kepada saya. Setelah sesi temu bual dijalankan banyak pengetahuan yang saya dapat tentang kurikulum sekolah dengan bantuan beliau kerana memberi jawapan yang sangat ringkas tetapi padat serta mudah untuk fahami. Selain itu, saya juga telah menemu bual Encik Azlizam bin Muhammad iaitu penolong kanan hal ehwal murid (HEM) tentang pengurusan murid-murid di sekolah. Dalam hal ini, soalan yang diajukan lebih memfokuskan murid-murid walaupun jumlah murid di SKSU tidak terlalu ramai dan keadaan disiplin juga terkawal, tetapi masih terdapat juga kumpulan kecil murid yang mempunyai masalah disiplin antaranya seperti tidak hadir ke sekolah dan perbuatan membuli. Berdasarkan jawapan yang diberikan oleh beliau guru kelas dan beberapa pihak pentadbir akan hadir ke rumah murid yang tidak hadir ke sekolah dalam jangka masa yang panjang tanpa memberi sebarang surat ketidakhadiran. Pada masa yang sama, sekolah ini juga mempunyai murid RMT dan murid tersebut dipilih berdasarkan Data Sedia Ada dari sistem APDM (aplikasi pangkalan data murid) dan perbincangan bersama Jawatankuasa PIBG/ KSIB/ PIBK. Seterusnya menemu bual Penolong Kanan Kokurikulum berkaitan aktiviti kokurikulum yang dijalankan oleh pihak sekolah bersama Puan Norlelawati binti Abdul Latif. Dalam hal ini, disebabkan cuaca panas dan penglibatan murid untuk melakukan aktiviti kokurikulum juga terbatas telah menyebabkan beliau mengubah waktu perjumpaan menjadi lebih singkat, murid boleh memakai t-shirt beruniform sahaja dan pihak sekolah telah menyediakan air untuk muridmurid. Tersebut merupakan salah satu alternatif yang dilakukan oleh pihak sekolah bagi muridmurid melaksanakan aktiviti dengan selesa. Dalam pada itu, SK Seri Utama sangat aktif dalam aktiviti sukan dan unit beruniform. Terdapat pelbagai pertandingan yang telah disertai oleh pihak sekolah tetapi disebabkan cuaca yang tidak mengizinkan pertandingan tersebut telah ditunda pada hari dan waktu yang lain. Walaubagaimana pun, murid-murid dan guru yang bertanggungjawab tidak berputus asa dan meneruskan latihan semampu yang boleh sebagai persediaan awal. Selanjutnya, untuk mengkaitkan pendidikan masa kini dengan pihak sekolah saya telah menemubual salah seorang guru iaitu En. Syamsul Afandi bin Badrulzaman Beliau merupakan salah satu guru yang bertanggungjawab berkaitan TS25. Menurut beliau TS25 ini bermula pada Mac 2021 hingga kini dan SKSU terlibat dengan TS25 kohort 6 yang merupakan usaha Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk meningkatkan kemenjadian murid dan sekolah yang berkualiti. Oleh itu, pihak sekolah telah menjalankan Pdpc dengan menggunakan kaedah KmR iaitu kefahaman melalui Rekabentuk di dalam bilik darjah. Walaupun SKSU masih tidak memperoleh kejayaan yang ingin dicapai, sistem pengurusan sekolah telah mewujudkan persekitaran bilik darjah PAK21, penggunaan Tool Kits untuk membantu guru menjalankan Pdpc PAK21 dengan lancar dan guru besar serta pihak pentadbir juga sentiasa menyampaikan maklumat tentang perkembangan TS25 ini dari semasa ke semasa melalui taklimat, mesyuarat dan LDP. Di samping itu, saya telah berjumpa guru besar iaitu Encik Saharudin bin Mohd Hassim berkaitan dengan pengurusan sekolah. Menurut beliau sebagai seorang pengurus sekolah, beliau telah dipertanggungjawabkan untuk mengurus organisasi, kurikulum, kokurikulum,hal ehwal murid, kewangan, pentadbiran pejabat,persekitaran dan kemudahan serta sumber


manusia di sekolah. Walaupun urusan tersebut mempunyai ketua unitnya yang tersendiri tetapi guru besar juga perlu memainkan peranan yang penting bagi mengekalkan keamanan dan kesejahteraan sekolah. Sebagai seorang guru besar yang perlu memainkan peranan penting, beliau perlulah bersikap profesional dan bijak dalam mengurus masa bagi mencapai matlamat yang diinginkan. Oleh itu, saya berasa sangat bangga dengan ilmu pengetahuan sedia ada beliau untuk menguruskan sekolah walaupun baru sahaja berkhidmat di SKSU pada tahun lepas. Tambahan pula, saya juga telah membuat temu bual bersama pengurus kantin sekolah yang merupakan salah seorang kakitangan di SKSU. Hal ini berkaitan dengan makanan kantin disekolah yang terdapat pelbagai makanan dan minuman. Makanan yang disediakan untuk murid telah diberi syarat oleh pihak sekolah kepada pengurus kantin supaya menjual makanan tertentu dan berkhasiat sahaja. Pihak kantin juga telah menyediakan makanan untuk murid RMT (Rancangan Makanan Tambahan) mengikut jumlah dan kuantiti yang diberikan. Menurut pengurus kantin semua perbelanjaan sepenuhnya milik sendiri kecuali makanan untuk murid RMT yang telah ditanggung oleh pihak sekolah.


7.0 REFLEKSI


7.0 REFLEKSI LAMPIRAN 2-13 AMALAN REFLEKSI PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH ( Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar) 1. Isu / Perkara yang difokuskan: Disiplin murid ketika berada di dalam bilik darjah sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) dilaksanakan. 2. Analisis Isu / Perkara yang difokuskan: 2.1 Kekuatan: - Guru memulakan kelas dengan membuat refleksi terhadap topik PdP sebelum ini sambil menunggu pelajar yang lewat masuk kelas. - Guru menggunakan bahan bantu mengajar yang menarik untuk menarik perhatian murid. - Guru mengambil dan mencatat kehadiran setiap murid yang hadir di dalam bilik darjah. - Murid-murid memberi maklum balas apabila guru menanyakan soalan. 2.2 Kelemahan: - Terdapat murid yang tidak membuat tugasan yang diberikan. - Terdapat murid yang gemar berjalan dan mengganggu rakan. 3. Cadangan Penambahbaikan: - Guru boleh meletakkan murid yang mengganggu rakan-rakan untuk duduk dihapan kelas sepanjang proses PdP dijalankan. - Memberi denda kepada murid yang tidak menyiapkan tugasan seperti menjawab soalan dihadapan kelas.


LAMPIRAN 2-13 AMALAN REFLEKSI PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH ( Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar) 1. Isu / Perkara yang difokuskan: Meningkatkan pengurusan kantin sekolah 2. Analisis Isu / Perkara yang difokuskan: 2.1 Kekuatan: - Harga makanan dan minum berpatutan dan pelanggan berpuas hati - Bersifat mesra pelanggan dan menyediakan makanan yang berkhasiat - Persekitaran kantin dalam keadaan ceria dan bersih - Terdapat ruang makan untuk guru dan staf sekolah 2.2 Kelemahan: - Tidak mempamerkan harga bagi makanan yang dijual - Tidak mempunyai menu makanan yang pelbagai - Tidak menyediakan plastik sampah yang mencukupi 3. Cadangan Penambahbaikan: - Menu pilihan makanan perlu dipelbagaikan - Buah-buahan yang pelbagai juga perlu dijual di kantin sekolah - Kurangkan makanan yang berminyak


LAMPIRAN 2-13 AMALAN REFLEKSI PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH ( Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar) 1. Isu / Perkara yang difokuskan: Program dan budaya yang dilaksanakan di sekolah 2. Analisis Isu / Perkara yang difokuskan: 2.1 Kekuatan: - Dapat melahirkan murid yang berbakat dalam kegiatan kokurikulum seperti sukan dan unit beruniform - Dapat melatih murid menjadi lebih berdisiplin - Budaya memberi salam dan mengucapkan terima kasih sentiasa dipratikkan di sekolah. 2.2 Kelemahan: - Murid tidak berminat - Segelintir murid yang sukar menerima teguran dan nasihat - Murid tidak konsisten dalam melakukan sesuatu perkara dalam jangka masa yang panjang. 3. Cadangan Penambahbaikan: - Mempelbagaikan aktiviti yang dapat menarik minat murid-murid seperti menambah aktiviti senaman dalam program. - Guru-guru memberi contoh yang baik dengan melakukan budaya yang sama kepada murid-murid apabila meminta sesuatu pertolongan.


LAMPIRAN 2-13 AMALAN REFLEKSI PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH ( Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar) 1. Isu / Perkara yang difokuskan: Pengurusan pusat sumber sekolah 2. Analisis Isu / Perkara yang difokuskan: 2.1 Kekuatan: - Mempunyai ruang pembacaan yang selesa - Bahan bacaan yang pelbagai dan terkini - Beroperasi bermula pukul 8.00 pagi sehingga pukul 2.00 petang - Terdapat guru yang bertugas setiap hari 2.2 Kelemahan: - Kekangan masa dalam menguruskan pusat sumber kerana memegang beberapa jawatan lain - Susunan kedudukan rak dan peralatan lain yang kurang teratur - Tidak menggunakan kad untuk pinjaman buku 3. Cadangan Penambahbaikan: - Memastikan pusat sumber dan bahan di pusat sumber sentiasa diselia dan dikemaskini bagi menjaga kualiti buku dan peralatan di pusat sumber - Membuat mengubahsuaian peralatan supaya lebih kemas dan selesa - Menggunakan kad untuk merekod buku yang dipinjam


LAMPIRAN 2-13 AMALAN REFLEKSI PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH ( Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar) 1. Isu / Perkara yang difokuskan: Aktiviti latihan sukan pada setiap pagi 2. Analisis Isu / Perkara yang difokuskan: 2.1 Kekuatan: - Memberi lebih masa kepada murid untuk berlatih bersama guru - Mencungkil bakat-bakat baru dalam bidang sukan - Melahirkan murid yang sihat dan cergas 2.2 Kelemahan: - Terdapat murid yang lambat masuk semula ke dalam kelas - Tidak memasuki sesi pembelajaran atas alasan berlatih - Tidak menepati masa yang diberikan 3. Cadangan Penambahbaikan: - Guru perlulah mengambil cakna terhadap pergerakan murid-murid - Mengenakan tindakan yang sewajarnya kepada murid yang terlibat


8.0 LAPORAN AKHIR


8.0 LAPORAN AKHIR Sepanjang 10 hari saya berada di sekolah Kebangsaan Seri Utama, saya telah berjaya dan memenuhi semua objektif dan tujuan saya sekolah tersebut. Kajian saya tentang cara guru mengenalpasti perbezaan individu bagi meningkatkan kualiti PdP. Barisan pentadbir, guru pembimbing dan guru-guru yang lain telah memberikan kerjasama yang terbaik kepada saya dalam usaha untuk menyiapkan tugasan yang diberikan. Setiap pemerhatian dan temubual saya semua berjalan dengan lancar kerana mereka memberikan kerjasama yang sangat baik. Pelaksanaan PBS di sekolah ini juga berpotensi untuk membina sikap positif dalam diri saya iaitu saya dapat membina keyakinan diri untuk berinteraksi dan bersosial dengan warga sekolah iaitu guru-guru dan kakitangan sekolah yang lain begitu juga dengan muridmurid. Hal ini secara tidak langsung turut mengajar saya mengenai cara-cara berkomunikasidalam suasana yang formal dengan baik seperti ketika sesi temu bual. Ketika berhadapan dengan murid pula, saya belajar cara-cara untuk berinteraksi dengan mereka dengan menggunakan pendekatan yang mesra dan lemah-lembut dengan harapan mereka akan berasa selesa dengan kehadiran saya di sekolah berkenaan. Dalam konteks yang lain, saya juga dapat melihat sendiri mengenai suasana dan hubungan sosial yang terdapat di sekolah. Kesemua guru-guru dan kakitangan yang ada di sekolah tersebut saling hormat-menghormati antara satu sama lain dan dapat saya katakan bahawa kesemua warga sekolah mengamalkan konsep kekeluargaan. Saya sangat bersyukur dan berterima kasih kerana mereka telah menyambut kehadiran saya dengan tangan yang terbuka serta menganggap saya seperti salah satu daripada warga yang baru disekolah tersebut. Melalui tugasan PBS Fasa 1 ini, saya telah menyedari bahawa sekolah merupakan sebuah tempat yang mampu membentuk sahsiah seseorang dan sebuah pusat yang mampu mengembangkan bakat dan potensi murid-murid dan juga guru-guru di sekolah. Setelah PBS fasa 1 melabuhkan tirainya, saya merasakan banyak perkara yang perlusaya perbaiki dan tingkatkan untuk menjadi guru yang cemerlang. Dengan adanya PBS ini saya dapat introspeksi diri supaya dapat meningkatkan kebolehan diri saya ke arah yang lebih baik. Justeru, masih jauh perjalanan saya untuk menjadi seorang guru dan masih banyak perkara yang saya perlu pelajari dalam usaha menjadi seorang pendidik.


MAKLUMAT UMUM SEKOLAH 1. ARAHAN: Lengkapkan maklumat yang disenaraikan dalam borang berikut: Bil Perkara Catatan / data 1 Nama dan Alamat Sekolah SK Seri Utama, Jalan Besar, 45300 Sungai Besar, Selangor 2 No. Telefon Sekolah 03-32241910 3 Alamat e-mel / Web Sekolah [email protected] 4 Lokasi (Bandar / Luar Bandar) Luar Bandar 5 Nama Pengurus Sekolah En. Saharudin Bin Mohd Hassim 6 Nama PK Pentadbiran En. MD Yusuf Bin Hashim 7 Nama PK HEM En. Azlizam Bin Muhamad 8 Nama PK Kokurikulum Pn. Norlelawati Binti Abdul Latif 9 Nama Penyelia Petang - 10 Gred/Tahap Sekolah A 11 Bilangan Guru Lelaki: 14 Perempuan: 33 12 Bilangan Guru Mengikut Kelayakan Akademik Siswazah: 43 Bukan Siswazah: 4 13 Bilangan Kelas 22 14 Purata Saiz Kelas 34 orang 15 Jumlah Murid Melayu Cina India Lainlain 494 Lelaki 244 - 5 8 Perempuan 222 - 8 7 16 Maklumat-maklumat lain yang menarik perhatian anda tentang sekolah ini


MAKLUMAT KURIKULUM


PENGURUSAN KURIKULUM SK SERI UTAMA Jawatankuasa Kurikulum Sekolah adalah bertindak sebagai badan akademik tertinggi yang memainkan peranan penting memastikan pelaksanaan pengurusan kurikulum sekolah berkesan dan berkualiti. Semua bidang / unit dalam Jawatankuasa Kurikulum Sekolah adalah bertanggungjawab secara langsung mempertingkatkan prestasi akademik sekolah. Objektif 1. Mempertingkatkan pengurusan kurikulum supaya sistematik dan berkesan. 2. Menghayati dan melaksanakan Dasar Kurikulum Sekolah. 3. Mengetahui dan memahami setiap bidang tugas supaya pelaksanaannya menjurus ke arah piawaian kualiti. Dasar Kurikulum Sekolah 1. Menentukan dan menyelaras segala dasar kurikulum sekolah supaya selari dengandasar yang ditetapkan oleh JPN/KPM dan Akta Pendidikan. 2. Mesyuarat ▪ mengadakan mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Sekolah minimum 4 kali setahun. ▪ menetapkan jadual mesyuarat panitia minimum 4 kali setahun. ▪ menetapkan sistem fail / format dokumen Jawatankuasa Kurikulum Sekolah dan panitia mata pelajaran. 3. Sukatan / Rancangan Pelajaran ▪ menetapkan dasar penyediaan DSKP, RPT dan Huraian serta kaedah penyediaan Rekod Persediaan Mengajar. ▪ garis panduan jenis buku/bahan/alat rujukan yang boleh digunakan dlm menyediakan rancangan pengajaran. 4. Jadual Waktu ▪ menetapkan waktu sekolah. ▪ menetapkan sistem jadual waktu. ▪ menetapkan dasar pengagihan tugas-tugas mengajar dan bilangan waktu mengajar untuk penyediaan jadual waktu induk dan persendirian. ▪ menetapkan dasar penyediaan jadual waktu ganti dan pengisiannya 5. Penilaian Dan Peperiksaan a) menetapkan sistem pengurusan penilaian dan peperiksaan sekolah yang berkaitan dengan: ▪ jenisnya (formatif, sumatif, kerja kursus, ujian lisan, PEKA, PAFA dan lainlain) ▪ bilangan dan takwim ▪ format (bentuk soalan, masa dan skema jawapan) ▪ syarat lulus ▪ kumpulan sasaran ▪ jadual penentu ujian ( JPU ) ▪ pengawasan ▪ headcount ▪ membuat analisa dan pasca nilai 6. Anggaran Perbelanjaan ▪ menetapkan dasar perbelanjaan tahunan dengan wang kerajaan, SUWA dan lain-lain bagi setiap panitia /unit. ▪ menentukan dasar perolehan, penggunaan, penyenggaraan, hapus kira peralatan dan kemudahan prasarana. 7. Pemantauan a) menentukan dasar dan sistem pemantauan yang berkesan ▪ pengurusan PdPc ▪ pengurusan panitia ▪ peperiksaan dan penilaian ▪ jadual waktu ▪ pengurusan kewangan ▪ bilik-bilik khas b) menetapkan jawatankuasa pemantauan c) menetapkan jadual waktu pemantauan


Click to View FlipBook Version