MAKLUMAT KOKURIKULUM
MISI Menjadikan Kokurikulum bidang yang diminati bagi Pelengkap kejayaan yang seimbang seiring kecemerlangan akademik VISI Membudayakan murid-murid Sekolah Kebangsaan Seri Utama dengan kegiatan kokurikulum melalui: ▪ Penyediaan dan perancangan aktiviti yang lebih tersusun dan berkesan supaya lebih menarik ▪ Mengadakan dan melengkapkan fasilitis dengan secukupnya ▪ Meningkatkan bakat , minat , dan kemahiran murid-murid dalam aktiviti kokurikulum yang di ceburi. ▪ Menyemai kesedaran dan kepatuhan terhadap agama dan kepercayaan kepada Tuhan TUGAS & TANGGUNGJAWAB AJK KERJA PENGURUSAN Tugas Jawatankuasa Pengurusan. 1. Merancang aktiviti sekolah (Rancangan Jangka Panjang /Pendek). 2. Mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya 2 kali setahun. 3. Menentukan peraturan kokurikulum sekolah. 4. Menentukan takwim dan jadual aktiviti. 5. Memastikan penglibatan pelajar menyeluruh. 6. Memastikan sekolah mengambil bahagian dalam kegiatan kokurikulum peringkat daerah/ negeri/kebangsaan. 7. Memastikan guru mematuhi takwim dan jadual Kokurikulum. 8. Menentukan tarikh Kejohanan Olahraga sekolah, Merentas Desa, Hari 9. Kecemerlangan Kokurikulum dan kegiatan lain. 10.Menilai aktiviti kokurikulum dan membuat laporan tahunan. 11.Memastikan konsep sukan untuk semua dan sukan untuk elitdilaksanakan di sekolah. 12.Membuat anggaran perbelanjaan dan menentukan peruntukan kewangan 13.Memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada guru dan pelaja yang telah menunjukkan prestasi cemerlang dalam bidang masing-masing. 14.Memastikan semua tempat dan alat selamat digunakan oleh pelajar.
MAKLUMAT HAL EHWAL MURID