The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by hey arnold, 2021-01-11 00:27:37

BAHASA MELAYU BAB 2 MICHELLE

BAHASA MELAYU BAB 2 MICHELLE

BAHASA MELAYU BAB 2
FONOLOGI
STPM
SEMESTER 1

DISEDIAKAN OLEH MICHELLE SONIA ANAK MUT
KOLEJ TINGKATAN ENAM SHAH ALAM

SUB TOPIK ( BIDANG FONOLOGI )

2.1 KONSEP FONOLOGI

2.2 KONSEP PENTING DALAM KAJIAN FONETIK, FONOLOGI DAN FONEMIK

2.3 PENGGOLONGAN DAN PENGHASILAN BUNYI BAHASA
2.3.1 BUNYI VOKAL
2.3.2 BUNYI KONSONAN
2.3.3 DIFTONG
2.3.4 TRANSKRIPSI FONETIK

2.4 STRUKTUR SUKU KATA BAHASA MELAYU

2.5 SISTEM EJAAN RUMI BAHASA MELAYU
2.5.1 POLA KESELARASAN VOKAL
2.5.2 PENGEJAAN

2.6 TANDA BACA

2.1 KONSEP FONOLOGI

• Fonologi – bidang ilmu bahasa yangmengkaji
tentang bunyi sesuatubahasa dan fungsi-
fungsi bunyitersebut.

• Fonetik – bidang ilmu yang mengkajibunyi-
bunyi yang dihasilkan olehmanusia dan
memberi lambang lambang kepada bunyi-
bunyi tersebut.

• Fonetik terbahagi kepada 3 jenis

• Fonetik auditori (pendengaran) – mengkaji
tentang pendengaran dan persepsi bunyi
bahasa

• Fonetik akustik (fizikal) – mengkaji sifat fizikal
bunyi

• Fonetik artikulasi – mengkaji fungsi bunyi
alatartikulasi yang terlibat dalam
menghasilkan bunyi

2.2 KONSEP PENTING DALAM KAJIAN
FONETIK, FONOLOGI DAN FONEMIK

2.2.1 KONSEP BUNYI BAHASA
• Bunyi - yang dikeluarkan oleh alat ujaran.Mesti ada makna. Berterusan.

Boleh dipenggalkan mengikut suku kata.

Konsep Fonem
• Fonem - (huruf) unit bahasa yang terkecil dan berfungsi dalam sesuatu

bahasa. Dalam fonem jika terdapat dua fonem pada awal dan akhir
perkataan dan mempunyai sebutan yang berbeza dipanggil alofon.
• Unit bunyi bahasa terkecil dan dapat membezakan makna kata. Fonem
diwujudkan bagi kemudahan huraian sistem bunyi.

Konsep Alofon
• Dalam fonem jika terdapat dua fonem pada awal dan akhir perkataan dan

mempunyai sebutan yang berbeza dipanggil alofon.

Konsep Huruf
• Huruf - Fonem-fonem bahasa diberi lambang tulisan berupa huruf.

Huruf merupakan lambang dalam sistem bunyi bahasa yang
membentuk parkataan dalam tulisan.
• Dalam abjad Romawi terdapat 26 lambang iaitu 21 konsonan dan
lima fonem vokal.
Lambang fonem disebut huruf.Lambang dalam bahasa membentuk
perkataan dalam tulisan.
• Terdapat 3 jenis lambang:
i. Lambang ideogram. Satu lambang satu idea. Contoh bahasa cina.
ii. Lambang suku kata. Satu suku kata ada makna. Contoh bahasa
rencong dan jawa.
iii. Lambang fonologis atau fonemik.
• Lambang yang dicantum menjadi tulisan yang mempunyai makna.
Contohnya lambang romawi dan cyrilik.
• Sistem romawi digunakan dalam tulisan rumi bahasa melayu.Dalam
ejaan rumi ada 26 huruf atau lambang. 21 fonem konsonan dan 5
fonem vokal.
• - Bahasa pinjaman terdiri dari 5 huruf gabungan iaitu gh, kh, ny, sy
dan ng

Konsep Suku Kata

• Konsep suku kata - pecahan sesuatu perkataan
terdiri satu vokal atau gabungan vokal dengan
konsonan. Terdapat 11 pola suku kata. 4 pola
suku kata asli, 7 pola suku kata pinjaman.

• - Dalam Bahasa Melayu, setiap suku kata
ditandai vokal yang mendahului atau
mengikuti konsonan.
- Dalam ejaan, terdapat 11 pola suku kata.

Alat-alat Pertuturan Manusia
- Setiap alat mempunyai fungsi tertentu sebagai alat
pertuturan. Dua jenis alat pertuturan iaitu:
a. Artikulator
b. Titik Artikulasi

Alat ujaran
• Terbahagi kepada dua:
• Alat pernafasan – sistem udara yang keluar

masuk ke paru-paru
• Alat sebutan – artikulasi, daerah artikulasi, udara

Alat Pernafasan
• Berfungsi menyedut oksigen
• Mengeluarkan bunyi bahasa
• Alat yang terlibat dalam menghasilkan bunyi

bahasa
• Paru-paru udara keluar masuk

menghasilkanbunyi – [a], [i], [p], [g]
• Rongga rengkung – peti suara, halkum –bunyi

tinggi atau rendah
• Rongga tekak – boleh diluas atau disempitkan
• Rongga hidung
• Rongga mulut

Alat Artikulasi

• Alat ujaran yang boleh membuatpenyempitan dan
boleh bergerak semasa menghasilkan bunyi bahasa

• Bibir atas dan bibir bawah – boleh dibundarkan atau
dihamparkan – bunyi [b],[w], [v]

• Tulang rahang – menentukan kedudukan bibir dan gusi

• Lidah – hujung lidah (bertemu gigi), daun lidah
(bertemu gusi) depan lidah(bertentangan lelangit
keras), belakang lidah dan akar lidah

• Lelangit lembut – sempadan lelangit keras hingga
ronga mulut – menentukan bunyi asal atau tidak

• Pita suara – dalam rongga hidung – boleh dirapat dan
direnggang

Daerah Artikulasi
• Bahagian dalam rongga mulut
• Gigi bawah, gigi atas, gusi, lelangit keras,“velum”

(bahagian atas lelangit lembut)

Bunyi-bunyi dalam bahasa Melayu
• Terbahagi kepada tiga bentuk:
• Vokal
• Konsonan
• Diftong

Bunyi tak bersuara

• Bunyi-bunyi tak bersuara ialah bunyi-bunyi
yang dihasilkan oleh alat pertuturan manusia
tetapi tidak dapat difahami oleh orang yang
mendengarnya.

• Contohnya, bunyi dengkuran, batuk,
berdehem, bersin dan sebagainya.

Bunyi bersuara

• Bunyi-bunyi yang dihasilkan oleh alat-alat
pertuturan manusia dan boleh difahami oleh
masyarakat atau komuniti sesuatu bahasa itu.

• Dalam bahasa Melayu bunyi bahasa
dibahagikan kepada tiga,iaitu vokal, konsonan
dan diftong.

Pasangan minimal
• Pasangan minimal ialah pasangan kata yang

mempunyai perbezaan bunyi itu membawa
makna yang berbeza .

Variasi bebas
• Variasi bebas adalah kebalikan daripada

pasangan minimal dan pasangan kata yang
mempunyai perbezaan bunyi yang minimal
juga tetapi ia tidak membezakan makna.

2.3 PENGGOLONGAN DAN

PENGHASILAN BUNYI BAHASA

2.3.1 BUNYI VOKAL
• Bunyi-bunyi vokal ialah bunyi-bunyi bahasa yang bersuara yang ketika

menghasilkannya udara dari paru-paru keluar berterusan melalui rongga
tekak dan rongga mulut tanpa mendapatkan sebarang sekatan atau
geseran.
• penghasilan bunyi-bunyi vokal pula ditentukan oleh beberapa ciri tertentu
iaitu, keadaan bibir sama ada dihamparkan atau dibundarkan, bahagian
lidah yang terlibat sama ada depan lidah atau belakang lidah, turun naik
lidah sama ada dinaikkan setinggi-tingginya, dinaikkan sedikit atau
diturunkan, keadaan lelangit lembut, sama ada dinaikkan dan udara dari
paru -paru keluar melalui rongga mulut sahaja ( menghasilkan bunyi-bunyi
vokal atau oral) atau dinaikkan tetapi tidak rapat sehingga udara dari paru-
paru keluar melalui rongga mulut dan juga rongga hidung ( menghasilkan
bunyi-bunyi vokal yang disengaukan) dan keadaan glotis dirapatkan dan
semasa udara keluar dari paru-paru pita suara bergetar. Selain vokal
terdapat juga separuh vokal, diftong dan vokal rangkap.

• Dalam pertuturan sebenar, kita perlu peka bahawa
terdapat lapan jenis huruf vokal yang wujud dalam
bahasa Melayu. Huraian berikut menyatakan peranan
dan keadaan serta kedudukan alat-alat artikulasi
seperti bibir, lidah, anak tekak, lelangit lembut dan pita
suara dalam membunyikan vokal-vokal bahasa Melayu.

Vokal depan sempit [i]. cara membunyikannya:
(a) Keadaan bibir hampar
(b) Depan lidah dinaikkan setinggi yang mungkin ke arah
lelangit keras tetapi tidak sampai menyentuh lelangit
keras
(c) Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi
menutup rongga hidung supaya udara tidak keluar
melalui rongga hidung Udara dari paru-paru keluar ke
rongga hidung Pita suara digerarkan.

Rajah kedudukan vokal bahasa Melayu

• Rajah di atas menunjukkan bahawa dalam bahasa Melayu terdapat tiga jenis vokal,
iaitu vokal depan, vokal tengah dan vokal belakang.

• Rajah itu merupakan gambaran keratan rentas lidah. Bahagian yang kiri sekali ialah
bahagian depan lidah dan di sebelah kanan ialah belakang lidah, manakala di
tengah-tengahnya ialah tengah lidah. Garis-garis yang melintang itu pula ialah
gambaran ketinggian lidah dinaikkan. Bagi membunyikan vokal [i] dan [u]
misalnya, bahagian lidah yang terlibat dalam penghasilannya dinaikkan tinggi ke
arah lelangit manakala bagi membunyikan vokal [a], lidah diangkat sedikit sahaja.

• Dalam bahasa Melayu baku, hanya ada 6 vokal, iaitu /al, lel, lil, lal, lu/ dan /o/.
Vokal /ɛ/ dan /ɔ/ hanya terdapat dalam dialek daerah.Vokal /el dalam ejaan
diwakili oleh huruf e- taling manakala vokal /əl oleh e-pepet.

 Vokal depan
• Terdapat tiga jenis vokal depan dalam bahasa Melayu.
 Lambang /i/
 Vokal depan sempit

• Cara penghasilan
 Depan lidah dinaikkan tinggi ke arah lelangit keras tetapi tidak sampai

menyentuhnya.
 Hujung lidah didekatkan pada gusi.
 Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan untuk menutup rongga hidung.
 Udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut tanpa sekatan
 Bibir berada dalam keadaan terhampar.
 Pita suara bergetar.

• Contoh dalam perkataan
 ikan
 imam
 pimpin
 biskut
 sapi
 topi

 Lambang /e/
 Vokal depan separuh sempit

• Cara penghasilan
 Depan lidah dinaikkan ke arah lelangit keras tetapi tidak setinggi seperti

membunyikan vokal /i/.
 Hujung lidah didekatkan pada gusi tetapi lebih rendah daripada semasa

membunyikan vokal /i/.
 Lelangit lembut dan anak tekak dinaikka untuk menutup rongga hidung.
 Udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut tanpa sekatan.
 Bibir berada dalam keadaan terhampar.
 Pita suara begetar.

• Contoh dalam perkataan
 elok
 enteng,
 leher,
 leleh,
 kole
 tempe

 Lambang /a/
 Vokal depan luas

• Cara penghasilan
 Kedudukan depan lidah adalah rendah.
 Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan untuk menutup rongga hidung.
 Udara dari paru-paru keluar melalui ronggamulut tanpa sekatan.
 Bibir berada dalam keadaan neutral.
 Pita suara bergetar

• Contoh dalam perkataan
 angkat
 ambil
 tampal
 sampah
 bola
 ketawa

 Vokal tengah ( Hanya ada satu vokal tengah dalam bahasa Melayu )
 Lambang /ə/

• Cara penghasilan
 Bahagian tengah lidah diletakkan di antara kedudukan untuk

membunyikan vokal separuh luas dan vokal separuh sempit.
 Keadaan bibir neutral.
 Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan untuk menutup rongga hidung.
 Udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut tanpa sekatan.
 Pita suara bergetar.

• Contoh dalam perkataan
 Empat
 emping

o [Nota: Dalam sebutan baku bahasa Melayu baku, vokal ini tidak hadir pada
suku kata akhir terbuka, kecuali pada perkataan ke dan dalam bahasa
lisan]

 Vokal belakang
• Terdapat dua jenis vokal belakang dalam bahasa Melayu.
 Lambang /u/
 Vokal belakang sempit

• Cara penghasilan
 Bahagian belakang lidah dinaikkan ke arah lelangit lembut tetapi tidak

sampai menyentuhnya.
 Hujung lidah diundurkan dari gigi bawah.
 Lelangit lembut diangkat untuk menutup rongga mulut yang tiada sekatan.
 Keadaan bibir bundar.
 Pita suara bergetar.

• Contoh dalam perkataan
 ulat
 ukir
 bulat

 Lambang /o/
 Vokal belakang separuh sempit

• Cara penghasilan
 Bahagian belakang lidah dinaikkan ke arah lelangit lembut tetapi tidak

setinggi seperti menghasilkan vokal /u/.
 Hujung lidah diundurkan dari gigi bawah.
 Lelangit lembut diangkat untuk menutup rongga hidung agar udara keluar

melalui rongga mulut yang tiada sekatan.
 Keadaan bibir hampir bundar.
 Pita suara bergetar.

• Contoh dalam perkataan
 Obor
 Ongkos

o [Nota: Dalam bahasa Melayu asli tidak banyak perkataan yang diakhiri
oleh bunyi vokal /o/.]

2.3.2 BUNYI KONSONAN

KONSEP BUNYI KONSONAN
• Konsonon ialah unit-unit fonologi atau bunyi-bunyi bahasa

selain bunyi vokal.
• Penentuan jenis konsonan bergantung pada keadaan pita

suara semasa penghasilannya, daerah artikulasi yang menjadi
lokasi sempitan atau gangguan, cara sekatan dan rongga yang
menjadi tempat laluan udara.
• Bunyi-bunyi konsonan terbahagi kepada dua ;

I. Konsonan asli ialah konsonan yang memang sedia ada dalam
sistem bunyi bahasa Melayu.

II. Konsonan pinjaman ialah konsonan yang dipinjam daripada
bahasa asing seperti bahasa Arab dan bahasa Inggeris.

• Terdapat 19 konsonan asli
• Konsonan-konsonan tersebut terbahagi

kepada tujuh jenis, iaitu:
i. Letupan
ii. Geseran
iii. Letusan
iv. Getaran
v. Sisian
vi. Sengauan
vii. Separuh vokal



Konsonan Letupan

• Ada tujuh konsonan letupan dalam bahasa
Melayu;ada tiga yang tak bersuara (konsonan
letupan di sebelah kiri dalam ruang jadual) dan
tiga bersuara (di sebelah kanan), manakala yang
satu lagi ialah letupan glotis atau hentian glotis

• Ciri utama konsonan letupan ialah berlakunya
sekatan udara pada daerah artikulasi tertentu
dan sekatan itu dilepaskan dengan serta-merta.

 Konsonan letupan dua bibir [ p ] dan [ b ]

• Letupan ini terhasil apabila bibir atas dan bawah dirapatkan dan
lelangit lembut merapat ke dinding belakang rongga tekak.Udara
dari paru-paru akan tertahan di dalam rongga mulut dan seterusnya
dilepaskan serta merta.Jika udara yang dilepaskan itu tidak
menggetarkan pita suara maka bunyi yang terhasil ialah letupan dua
bibir tak bersuara [ p ].Manakala apabila pelepasan udara tersebut
menggetarkan pita suara maka bunyi yang terhasil ialah letupan
bersuara [ b ].

• Contoh bunyi konsonan :
1. P
• [ lapan ]
• [ tətap ] ( tetap )
2. B
• [ balik ]
• [ hidung ]

 Konsonan letupan gusi [ t ] dan [ d ]

• Untuk membunyikan konsonan ini,hujung lidah hendaklah
dirapatkan ke gusi atas.Lelangit lembut dinaikkan rapat ke belakang
rongga tekak.Kedudukan lidah akan menyekat udara dari paru-
paru,setelah itu apabila udara yang tersekat itu dilepaskan serta-
merta maka bunyi yang terhasil itu ialah bunyi letupan gusi.Jika
letupan gusi yang berlaku tidak menggetarkan pita suara,maka
bunyi yang terhasil ialah letupan gusi tak bersuara [ t ].Namun jika
menggetarkan pita suara maka bunyi yang terhasil ialah letupan
gusi bersuara [ d ].

• Contoh bunyi konsonan :
1. T
• [ tiga ]
• [ itu ]
2. D
• [ dasar ]
• [ had ]

 Konsonan letupan lelangit lembut [ k ] dan [ g ].

• Penghasilan bunyi ini terjadi apabila bahagian belakang lidah
dinaikkan sehingga menyentuh lelangit lembut. Udara yang
tertahan akan dilepaskan serta-merta.Jika pelepasan udara yang
berlaku tidak menggetarkan pita suara,maka bunyi yang terhasil
ialah letupan lelangit lembut tak bersuara [ k ].Sebaliknya jika
menggetarkan pita suara maka bunyi yang terhasil ialah letupan
lelangit lembut bersuara [ g ].

• Contoh bunyi konsonan :
1. K
• [ kambinŋ ] ( kambing )
• [ paku ]
2. G
• [ raga ]
• [ beg

 Konsonan letupan pita suara [ ]

• Letupan pita suara ini dihasilkan apabila pita suara
dirapatkan,dan keadaan ini menyebabkan aliran udara
terkumpul dan tertahan.Apabila pita suara terbuka
secara serta merta dan membebaskan udara,maka
bunyi yang terhasil dinamakan letupan pita suara
[ ].Oleh karana bunyi ini berlaku pada pita suara,bunyi
ini tidak dapat dikatakan sebagai bunyi bersuara atau
tak bersuara.

• Contoh bunyi konsonan [ ] :
• [ buda ] ( budak )
• [ kaka ] ( kakak )

 Konsonan letusan [ c ] dan [ j ].

• Perbezaan diantara bunyi letupan dan letusan ialah bunyi letusan
dilepaskan secara perlahan-lahan sehingga terdengar bunyi
geluncuran.Lelangit lembut hendaklah dinaikkan dan pita suara
bergetar dan tidak bergetar bagi menghasilkan bunyi bersuara dan
tidak bersuara.Konsonan letusan dalam bahasa melayu ialah
letusan lelangit keras tak bersuara [ c ] dan letusan lelangit keras
bersuara [ j ].

• Contoh bunyi konsonan :
1. C
• [ cat ]
• [ kaca ]
2. J
• [ jalan ]
• [ bijih ]

Konsonan sengauan

 Sengau dua bibir bersuara [ m ]
• Untuk menghasilkan konsonan sengau dua bibir,bibir bawah hendaklah dirapatkan

kepada bibir atas.Lelangit lembut dalam keadaan biasa menyebabkan udara
melalui rongga hidung.Malah semasa melafazkan bunyi ini,pita suara digetarkan.

• Contoh bunyi sengauan [ m ] :
• [ makan ]
• [ lama ]

 Sengau gusi bersuara [ n ]
• Bunyi ini dihasilkan dengan hujung lidah dirapatkan kepada gusi.Lelangit lembut

dalam keadaan biasa yang menyebabkan udara melalaui rongga hidung. Malah
semasa melafazkan bunyi ini,pita suara digetarkan.

• Contoh bunyi sengauan [ n ] :
• [ naŋka ] ( nangka )
• [ bina ]

 Sengau lelangit keras gusi bersuara [ ɲ ]
• Konsonan ini terhasil apabila depan lidah dirapatkan kepada lelangit

keras gusi. Lelangit lembut dalam keadaan biasa yang menyebabkan
udara melalaui rongga hidung. Malah semasa melafazkan bunyi
ini,pita suara digetarkan.
• Contoh bunyi sengauan [ ɲ ] :
• [ ɲawa ] (nyawa )
• [ ɲamo ] ( nyamuk )


 Sengau lelangit lembut bersuara [ ŋ ]
• Konsonan sengau lelangit lembut dihasilkan dengan belakang lidah

diangkat dan dirapatkan kepada lelangit lembut. lelangit lembut
dalam keadaan biasa yang menyebabkan udara melalaui rongga
hidung. malah semasa melafazkan bunyi ini,pita suara digetarkan.
• Contoh bunyi sengauan [ ŋ ] :
• [ ŋaŋa ] ( nganga )
• [ malaŋ ] ( malang)

Konsonan Geseran

 Geseran gigi bibir [ f ] dan [ v ]
• Bunyi geseran gigi bibir terhasil apabila bawah dan bibir atas

dirapatkan tetapi tidak menghalang aliran udara keluar.Laluan yang
sempit menyebabkan udara yang dikeluarkan daripada paru-paru
menyebabkan geseran berlaku.Bunyi geseran tak bersuara adalah [ f
] dan yang bersuara [ v ].

 Geseran gusi [ s ] dan [ z ]
• Bunyi geseran gusi terhasil apabila hujung lidah dirapatkan ke arah

sempadan gusi lelangit keras.Keadaan ini tidak menyekat aliran
udara.Udara yang keluar dari paru-paru akan menyebabkan geseran
berlaku.Bunyi geseran tak bersuara adalah [ s ] manakala yang
bersuara adalah [ z ].

 Geseran lelangit keras [ š ] dan [ ž ]
• Penghasilan konsonan ini ialah apabila hadapan lidah dinaikkan ke

arah lelangit keras tetapi tidak terlalu rapat.Udara dari paru-paru
terhembur keluar dengan berlakunya geseran. Bunyi geseran gusi
lelangit keras tak bersuara adalah [ š ] manakala bunyi geseran
lelangit keras bersuara adalah [ ž ].

 Geseran lelangit lembut [ x ] dan [ y ].
• Konsonan geseran lelangit lembut dihasilkan dengan mengangkat

belakang lidah rapat ke lelangit lembut.Udara yang keluar dari paru-
paru terdesak keluar melalaui rongga mulut. Konsonan
geseran lelangit lembut tak bersuara adalah [ x ] manakala
konsonan geseran lelangit lembut bersuara adalah [ y ].

 Geseran pita suara [ h ]
• Geseran pita suara terhasil apabila pita suara dirapatkan yang

mengakibatkan udara keluar di antara pita suara secara
bergeser.Seperti keadaan bunyi letupan glottis,bunyi ini juga
berlaku di pita suara maka itu tidak menunjukkan sama ada bunyi
ini bersuara ataupun tak bersuara

Konsonan Getaran

• Bahasa mempunyai satu bunyi getaran iaitu
[r].

• Bunyi ini terhasil apabila lidah digetarkan
dalam rongga mulut setelah itu lidah diangkat
ke arah gusi.

• Udara yang dilepaskan dari paru-paru
menggetarkan hujung lidah dan pita
suara,maka terhasillah bunyi getaran [ r ]

Konsonan Sisian

• Konsonan sisian dalam bahasa melayu ialah [ | ].
• Bunyi ini terhasil apabila udara dilepaskan melalui

kiri dan kanan lidah,manakala hujung lidah
diangkat ke arah tengah gusi.
• Lelangit lembut dirapatkan ke belakang rongga
tekak.
• Udara yang dilepaskan dari paru-paru melalui sisi
kanan dan kiri lidah dan menggetarkan pita
suara,maka terhasillah bunyi [ | ]

Separuh Vokal

• Kedudukan lidah semasa melafazkan bunyi
ini ialah sama seperti ketika melafazkan bunyi
vokal tetapi tidak sempurna,hanya separuh
sahaja.

• Hal ini kerana kedudukan lidah berubah selepas
itu.Ada dua bunyi separuh vokal,iaitu separuh
vokal dua bibir [ w ] dan separuh vokal lelangit
keras [ y ].

• Keadaan bibir pula dibundarkan semasa
melafazkan [ w ] dan terhampar ketika
melafazkan [ y ]

 Separuh Vokal Dua Bibir [w]

• Bibir dan belakang lidah mengambil kedudukan seperti
menghasilkan vokal [u],iaitu bibir dibundarkan dan
belakang lidah dinaikkan setinggi mungkin. Kemudian
berlaku geluncuran ke arah kedudukan vokal yang
mengikutinya [0]. Lelangit lembut dinaikkan dan pita
suara bergetar.

 Separuh Vokal Lelangit Keras [y]

• Bibir dan lidah mengambil kedudukan seperti
menghasilkan vokal [i]iaitu bibir dihamparkan
dan hujung lidah diangkat setinggi-tingginya.
Kemudian ,berlaku geluncuran ke arah vokal yang
mengikutnya [e]. Lelangit lembut dinaikkan dan pita
suara bergetar.

Konsonan Pinjaman

 Geseran Bibir –Gigi [f] dan [v]
• Bibir bawah dirapatkan ke gigi atas. Udara dari paru-

paru yang keluar melalui rongga mulut mengalami
geseran sewaktu melalui sempitan bibir bawah dan
gusi tersebut. Lelangit lembut dinaikkan untuk
menutup rongga hidung. Bagi menghasilkan bunyi
geseran bibir-bibir tidak bersuara, glotis direnggangkan
pita suara tidak digetarkan bunyi yang terhasl ialah
[f] dan bagi menghasilkan geseran bibir bersuara
pula,glotis dirapatkan, pita suara digetarkan,bunyi
yang terhasil ialah [v].

Geseran Gigi-[th] dan [dh/dz]

• Untuk menghasilkan bunyi ini,hujung lidah
berada d antara gigi atas dan gigi bawah .
Lelangit lembut dinaikkan .

• Udara yang keluar dari paru-paru dibiarkan
bergeser di daerah gigi.

• Jika glotis direnggangkan dan pita suara tidak
bergetar bunyi yang terhasil ialah bunyi
geseran tidak bersuara,[th].

• Jika glotis dirapatkan dan pita suara bergetar
bunyi yang terhasil ialah bunyi geseran
bersuara,[dh].

 Konsonan Geseran Bersuara [z]
• Hujung lidah ditemukan dengan daerah gusi. Lelangit

lembut dinaikkan. Arus udara dari paru-paru
keluar melalui rongga mulut dan dibiarkan bergeser di
pertemuan hujung lidah dengan gusi. Glotis dirapatkan
dan pita suara bergetar bunyi yang terhasil ialah bunyi
konsonan geseran bersuara,[z].

 Geseran Gusi Lelangit Keras Tak Bersuara[sy]
• Hadapan lidah dinaikkan ke arah gusi lelangit

keras untuk menyekat perjalanan udara yang keluar
melalui rongga mulut.Lelangit lembut dinaikkan untuk
menghasilkan bunyi geseran lelangit keras bersuara.
Glotis direnggangkan pita suara tidak
digetarkan dan menghasilkan bunyi geseran tidak
bersuara ,[sy]

Geseran Lelangit Lembut [kh] dan [gh]

• Untuk menghasilkan bunyi konsonan
ini,belakang lidah dinaikkan untuk menutup
rongga hidung.

• Udara dari rongga tekak keluar ke arah rongga
mulut melalui ruang yang telah mengalami
sempitan pada lelangit lembut.

• Bagi menghasilkan geseran bersuara [kh ],
glotis dirapatkan, pita suara digetarkan dan
bagi menghasilkan bunyi geseran lelangit
lembut tidak bersuara [ gh ], glotis
direnggangkan pita suara tidak digetarkan.

Letupan anak tekak tak bersuara[q ]

• Untuk menghasilkan bunyi konsonan ini, akar
lidah digerakkan hingga ke bahagian anak
tekak untuk menyekat laluan udara.

• Udara yang tersekat dilepaskan dengan serta
merta

• Pita suara tidak bergetar

2.3.3 DIFTONG

• Bunyi diftong ialah bunyi cantuman dua bunyi
vokal yang berada dalam satu suku kata.

• Bunyi ini dikeluarkan dengan
menggeluncurkan lidah dari vokal pertama ke
vokal yang berikutnya.

• Dalam bahasa Melayu, bunyi diftong terdiri
daripada tiga jenis, iaitu [ai], [au], dan [oi].

 Ciri-ciri diftong
 Bunyi diftong terdiri daripada deretan dua vokal yang berada padasatu suku kata.

 Diftong mempunyai satu puncak kelantangan, iaitu pada vokal pertama, kerana
sebutannya lebih lantang dan lebih panjang berbanding dengan vokal kedua.

 Semasa penyebutannya,terjadi geluncuranlidah selepas vokal pertama.

 Kedua-dua vokal dilafazkandalam satu hembusan nafas sahaja.

 Semua bunyi diftong ialah bunyi bersuara kerana arus udara dari paru-paru
menggetarkan pita suara.

 Arus udara tidak mengalami sebarang halangan semasa pergerakannya

• Bunyi diftong dihasilkan dengan penyebutan vokal
pertama dan lidah digeluncurkan ke arah vokal kedua
dalam satu hembusan nafas.

• Lelangit lembut dinaikkan dan anaktekak menyentuh
dinding tekak.

• Arus udara keluar melalui rongga mulut.

2.3.4 TRANSKRIPSI FONETIK

• Transkripsi adalah penurunan lambang-
lambang bunyi daripada lambang tulisan yang
mencatat sesuatu dalam kehidupan.

• Transkripsi ialah penulisan dalam bentuk
lambang-lambang fonetik daripada lambang-
lambang tulisan huruf-huruf biasa.

• Semua lambang dapat dipakai bagi
merakamkan bunyi secara bertulis.

• Transkripsi juga menurunkan lambang-
lambang bunyi sebutan ke dalam bentuk
lambang-lambang fonetik setepat mungkin
mengikut sebutan sebenar penutur sesuatu
bahasa.

• Proses catatan pertukaran transkripsi adalah
dalam bentuk tulisan dengan menggunakan
satu sistem tanda graf. Penggunaan abjab
transkripsi ditentukan oleh International
Phonetics Association (IPA)


Click to View FlipBook Version