The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

AHLI KUMPULAN
NURNADIA WAHEEDA BINTI HASLIZIZI
NURLIYANA INSYIRAH BINTI SUHAIMIN
NUR KARMILA ARINA BINTI KHAIRUDDIN
MASNIZA AYUNI NADIRA BINTI MAHARAM
NURJANNATUL IRDINA BINTI AZHURI

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 1002-16-nurnadia, 2022-05-15 22:04:57

AKTIVITI LITERASI

AHLI KUMPULAN
NURNADIA WAHEEDA BINTI HASLIZIZI
NURLIYANA INSYIRAH BINTI SUHAIMIN
NUR KARMILA ARINA BINTI KHAIRUDDIN
MASNIZA AYUNI NADIRA BINTI MAHARAM
NURJANNATUL IRDINA BINTI AZHURI

Literasi
Membaca

● AKTIVITI PRABACAAN
● AKTIVITI PENGAMATAN PENGLIHATAN
● AKTIVITI PENGAMATAN PENDENGARAN
● AKTIVITI PERGERAKAN TANGAN DAN

MATA

AHLI KUMPULAN

NURNADIA WAHEEDA NURLIYANA INSYIRAH
BINTI HASLIZIZI BINTI SUHAIMIN

NUR KARMILA ARINA MASNIZA AYUNI NADIRA
BINTI KHAIRUDDIN BINTI MAHARAM

MURJANNATUL IRDINA
BINTI AZHURI

Aktiviti Prabacaan

● Aktiviti prabacaan merujuk kepada aktiviti yang
dijalankan untuk tujuan memberikan asas kepada
murid-murid sebelum mereka boleh membaca.
Walaupun kemahiran-kemahiran prabacaan dapat
dipelajari secara semulajadi di rumah atau di
prasekolah, kemahiran ini adalah penting dalam
perkembangan kemahiran membaca murid-murid.

● Kemahiran ini melibatkan pengamatan penglihatan,
pendengaran dan pergerakan mata serta tangan

Kemahiran pengamatan
penglihatan.

● Kemahiran pengamatan penglihatan dapat dipupuk dalam pelbagai jenis
aktiviti seperti aktiviti memadan dan juga arah.

● Aktiviti memadan adalah sebahagian daripada membaca kerana semasa
murid-murid membaca, sebenarnya mereka sedang memadankan huruf
atau perkataan dengan bunyi yang sesuai.

● Pada peringkat permulaan murid-murid boleh diperkenalkan dengan
memadan bentuk, diikuti corak, huruf dan akhirnya perkataan. Aplikasi
permainan seperti permainan "jigsaw puzzle" boleh digunakan.

● Manakala aktiviti arah ini lebih merujuk kepada menyesuaikan murid-murid
dengan membaca arah ayat dimulakan daripada kiri ke kanan untuk tulisan
rumi.

● Dalam situasi sebenar murid-murid tidak tahu arah ayat dimulakan. Oleh
itu, semasa guru hendaklah mengajar atau membacakan ayat-ayat
tersebut, mereka juga harus tunjuk pada huruf yang dibaca.

CONTOH
AKTIVITI

Contoh : Aktiviti
menggunakan buku

gambar

● Beli salinan buku kegemaran kanak-kanak yang murah dan
memisahkan halaman dari pengikatnya.
● Teks dipotong daripada ilustrasi.
● Letakkan gambar dan teks secara bercampur.
●Kemudian kanak-kanak tersebut diminta untuk mencantumkan
gambar dan teks seterusnya dapat mencipta cerita dari ingatannya.
● Mungkin kanak-kanak itu tidak dapat membacanya, tetapi jika anda
telah membaca buku bersama-sama dengan cukup masa, dia pasti

mengenali tampilan kata-kata untuk setiap halaman.

AKTIVITI PENGAMATAN
PENGLIHATAN

AKTIVITI 1

● Mengelaskan gambar yang sama jenis, benda dan saiz
● Bahan yang digunakan : Pelbagai gambar kereta, buku,

baju dan sebagainya
● Aktiviti murid :

-Murid mengelaskan gambar yang telah
dicampuradukkan oleh guru
-aktiviti ini boleh dijalankan secara individu atau
kumpulan

AKTIVITI PENGAMATAN
PENGLIHATAN

AKTIVITI 2

✘ Menampal berbagai-bagai gambar mengikut jenis di papan putih
✘ Bahan yang digunakan: Gambar benda hidup, gambar bukan benda
hidup, benda yang boleh dimakan, benda yang tidak boleh dimakan,
dan alat tulis yang sesuai
✘ Aktiviti Guru/Murid
-Guru berbincang dengan murid tentang benda hidup dan benda
bukan hidup. -Murid menyebut “benda hidup” atau “benda bukan
hidup” sebagai respons terhadap kad benda yang diimbaskan oleh
guru. -Guru memberi murid kad gambar dan murid melekatkan kad itu
di papan kenyataan mengikut tajuknya seperti benda hidup, pakaian,
alat tulis-menulis dan lain-lain

Aktiviti Pengamatan Pendengaran

1. Mengetuk benda satu persatu untuk mendapatkan pelbagai bunyi dan
membantu mengecam bunyi.

Bahan
❖ Meja
❖ Tin
❖ Paku
❖ Tempurung
❖ Batu

Aktiviti Guru dengan Murid
❖ Guru memperkenalkan benda-benda yang menghasilkan bunyi seperti tin, meja,
tempurung dan paku
❖ Guru mengetuk benda itu satu persatu beberapa kali dan murid mendengarnya
❖ Guru mengetuk dua benda berlainan. Contohnya, meja dengan batu, meja dengan tin
dan sebagainya. Murid menyatakan sama ada bunyi benda itu sama atau tidak
❖ Murid menyanyikan lagu “Mari Bergembira” dengan mengikut nyanyian guru.
❖ Murid menyanyi sambil menghentak kaki, menepuk tangan dan sebagainya

Aktiviti Pengamatan Pendengaran

2. Mendengar rakaman dan menyatakan bunyi-bunyi alam seperti bunyi air
mengalir, air menitik, angin kencang, petir, hujan lebat, ombak, bunyi
haiwan dan sebagainya.

Bahan

❖ Pita rakaman yang megandungi bunyi-bunyi tersebut.
❖ Beberapa gambar carta yang dapat disesuaikan dengan bunyi-bunyi yang
diperdengarkan.

Aktiviti Guru dengan Murid

❖ Guru memperdengarkan bunyi-bunyi daripada pita rakaman. Pada mulanya, guru
menyatakan bunyi-bunyi tersebut
❖ Rakaman bunyi-bunyi itu diperdengarkan sekali lagi dan murid menyatakan jenis
bunyi itu.
❖ Kemudian murid memilih gambar yang sesuai dengan bunyi yang diperdengarkan

AKTIVITI PERGERAKAN TANGAN DAN
MATA

Kemahiran ini dapat dipupuk melalui aktiviti motor tangan seperti
mewarna. Perkembangan motor tangan adalah amat penting kerana
pada peringkat awal, motor halus kanak-kanak belum matang lagi.

Guru harus mengalakkan kanak-kanak untuk menggunakan kreativiti untuk
melukis dan mewarna mengunakan peralatan yang berbeza. Ini bertujuan untuk
melatih kanak-kanak memegang pensel atau objek yang seumpama seperti crayon
atau pensel warna dengan cara yang betul dan pada masa yang sama melatih motor

halus

Selain itu guru juga boleh memberi permainan yang menggunakan
objek kecil seperti set bongkah yang dapat membantu dalam

perkembangan motor. Kalau tidak terdapat set bongkah, guru juga
dapat melakukan aktiviti seperti menggunting tetapi harus diingatkan

untuk berhati-hati semasa menggunakannya.

CONTOH AKTIVITI : MELAKUKAN ORIGAMI

● Antara bahan yang boleh digunakan dalam aktiviti ini
adalah kertas warna
● Murid dikehendaki membuat origami bersama guru. Guru
perlu menunjukkan satu persatu langkah bagi membuat
origami dan murid perlu mengikutinya
● Bentuk origami tersebut haruslah bentuk yang mudah
agar ia tidak menyukarkan murid dalam proses membuat
origami tersebut
● Contoh origami yang sesuai adalah model kepala arnab

CONTOH AKTIVITI : LACING CARDS

● ‘Lacing cards’ tidak semestinya dibuat menggunakan
kertas, tetapi ia juga boleh diubahsuai dengan
menggunakan fabrik seperti kain felt. Sediakan pelbagai
bentuk ‘lacing cards’ mengikut kreativiti guru dan minat
anak. Kemudian, tebuk lubang di sekeliling bentuk
tersebut. Potong tali atau benang mengikut panjang yang
bersesuaian untuk dimasukkan ke dalam lubang yang telah
ditebuk tadi.
● Ajar murid untuk melakukan aktiviti ala-ala menjahit ini
dengan memasukkan serta mengeluarkan tali atau benang
melalui lubang-lubang di sepanjang bahagian tepi bentuk
tersebut.

Contoh aktiviti tangan :

Murid dikehendaki: Murid dikehendaki:

● Menggenggam dan membuka tangan. ● Menutup kedua-dua mata dengan tangan, membuka
Hendaklah dilakukan beberapa kali mata,melihat dan menyebut benda yang ditunjuk atau
● Menggenggam dan menghancurkan dipegang oleh guru
atau merenyukkan sehelai daun atau ● Menutup sebelah mata, melihat dan menyebut benda
kertas. yang ditunjuk atau dipegang oleh guru. lakukan latihan
● Melukis bentuk-bentuk di dalam yang sama pada mata yang sebelah lagi
bekas yang mengandungi pasir atau ● Menyebutkan nama benda-benda kecil yang dipegang
tanah. oleh guru seperti getah pemadam, pengasah pensel,
● Memasang butang baju, mancis, dan seterusnya benda-benda sederhana besar
menanggalkan dan memasang semula. dan benda-benda yang besar.
● Membuka tali kasut dan mengikat ● Menyebutkan warna benda atau alat yang ditunjukkan
semula. oleh guru.
● Menyebut bentuk blok-blok geometri yang diperbuat
daripada kad bod atau plastik sama ada segi empat, segi
tiga, bulat, separuh bulat,bu"ur dan sebagainya.

TERIMA
KASIH !


Click to View FlipBook Version