The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nooraiza009, 2021-03-29 06:27:12

selamat kembali ke sekolah

selamat kembali ke sekolah

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SEKSYEN 27,
JALAN SELAYANG 27/27, SEKSYEN 27
40400,SHAH ALAM SELANGOR

5 APRIL 2021- ISNIN

Latar Belakang

Pembukaan Semula Sekolah dalam norma baharu 2.0 telah ditetapkan oleh pihak
Kementerian Pendidikan Malaysia. Pembukaan sesi persekolahan 2021 secara
bersemuka ialah pada 5 April 2021

Kerajaan telah memutuskan bahawa Perintah Kawalan Pergerakan (PKPB) dilaksana
dengan mematuhi segala Prosedur Operasi Standard (S.O.P) yang telah ditetapkan
dengan mematuhi ciri keselamatan dan kesihatan yang ketat . lni bertujuan
mengelakkan wabak pandemik COVID 19 daripada merebak di sekolah.
Pihak Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 27 memberi perhatian serius dan
keutamaan kepada keselamatan dan kesihatan kepada warga sekolah serta ber-
harap dengan inisiatif ini maka penularan pandemik dapat di bendung .

Kumpulan Sasaran

Sesi persekolahan 2021, pembukaan sekolah secara bersemuka melibatkan semua
murid tingkatan 1, 2,3,4, 5 dan PPKI.

Prosedur Keselamatan Pencegahan COVID-19

Secara umum pelaksanaan dasar terdiri daripada:

1. Murid dan guru perlu mengelak daripada bersalaman atau bersentuhan dengan orang lain

2. Sentiasa kekalkan penjarakan fizikal sekurang-kurangnya 1 meter 3

3. Tidak berada di dalam kumpulan atau kelompok yang rapat

4. Dikehendaki memakai pelitup muka

5. Elakkan perkongsian alat tulis, buku dan sebagainya

6. Jadikan amalan menjaga kebersihan sebagai satu cara hidup dengan sentiasa membasuh
tangan dengan sabun atau sanitizer

7. Tidak berkongsi makanan, sudu dan garpu.

Pelaksanaan Dasar S.O.P Murid di Sekolah

A) PERINGATAN MESRA

 Diharapkan semua warga SMK SEKSYEN 27 berada dalam keadaan yang sihat dan
selamat.

 Sekiranya ada ahli keluarga murid yang terdekat telah melakukan ujian swab dan sedang
menunggu keputusan, pihak sekolah mohon agar murid berkenaan direhatkan sehingga
keputusan ujian tersebut dimaklumkan.

 Langkah berjaga-jaga amat diperlukan supaya jangkitan kes dapat dikawal dan diputuskan.
 Kerjasama semua amat dihargai dan didahuluidengan ucapan terima kasih

B) WAKTU PERSEKOLAHAN

HARI TINGKATAN/KELAS MASA
Isnin - Khamis 1, 2 dan 3 (Mawar, Melur, 7.30 pagi – 1.00 tengah Hari
Melati, Kenanga, Kemboja,
Jumaat Kekwa) 7.30 pagi – 1.30 tengahari
4 dan 5 (Sapphire, Emerald,
Diamond, Amethyst, Pearl) 7.30 pagi – 2.00 petang
1, 2 dan 3 (Abu Bakar) 7.30 pagi – 2.30 petang
4 dan 5 (Abu Bakar) 7.30 pagi - 12.30 tengah hari
PPKI 7.30 pagi – 12.00 tengahari
1, 2 dan 3 (Semua kelas) 7.30 pagi – 12.30 tengahari
4 dan 5 (Semua kelas) 7.30 pagi -11.45 pagi
PPKI

C) ETIKA BERPAKAIAN

 Semua murid memakai pakaian sekolah yang lengkap setiap hari.
 Pada hari jumaat, murid lelaki kelas ABU BAKAR digalakkan memakai baju melayu lengkap

dengan sampan yang telah ditetapkan.
 Murid dibenarkan memakai baju PJK dan seluar ‘track ‘sepanjang pdp jika ada kelas PJK.
 Murid dibenarkan memakai pakaian beruniform penuh/separa pada hari Rabu.

D) KAWASAN LARANGAN

 Mana-mana kawasan/tempat yang telah dipasang pita merah-putih adalah diwar-
takan sebagai kawasan larangan dan boleh diambil tindakan disiplin.

Pelaksanaan Dasar S.O.P Murid di Sekolah

E) Kehadiran Murid Masuk ke Sekolah

 Memastikan diri telah menjalani saringan kesihatan iaitu pengambilan suhu sebaik sahaja
tiba di sekolah.

 Hanya murid, guru dan kakitangan dengan suhu badan di bawah 37.50c sahaja dibenarkan
berada dalam kawasan sekolah

 Murid dengan suhu badan 37.50c dan ke atas serta bergejala seperti batuk, selesema,
demam serta sukar bernafas akan ditempatkan di bilik isolasi. Ibu bapa atau penjaga akan
segera dihubungi.

 Murid amat digalakkan agar memakai pelitup muka ketika berada dalam kawasan sekolah.

 Sila cuci tangan atau menggunakan cecair sanitasi sebelum masuk ke kelas, pejabat atau
bilik-bilik khas yang terdapat di sekitar sekolah.

 Sila patuh pada pelan laluan pergerakan terarah atau sehala dengan sentiasa peka kepada
tanda arah yang telah disedikan.

 Ketika berada dlm kawasan sekolah, murid perlu sentiasa amalkan penjarakan sosial satu
meter sebagai langkah pencegahan penularan wabak covid 19.

 Aktiviti luar bilik darjah dan perhimpunan adalah tidak dibenarkan.

F) Di Dalam Kelas

 Jumlah murid di dalam kelas pada setiap masa adalah mengikut bilangan murid yang telah
ditetapkan oleh pihak sekolah.

 Susunan meja bagi setiap kelas mesti berada dalam jarak satu (1) meter (bahu ke bahu)
 Murid tidak digalakkan berkongsi alat tulis atau barangan peribadi.
 Murid perlu berada di tempat yang telah ditentukan dan tidak boleh mengubah kedudukan.
 Murid tidak dibenarkan berkongsi meja dan kerusi.
 Sila patuh pada pelan laluan pergerakan sehala yang terdapat dalam kelas.
 Sila dapatkan kebenaran (slip keluar kelas) dari guru jika ingin ke tandas walaupun pada

waktu rehat. Hanya seorang murid di benarkan ke tandas pada satu-satu masa.
G) Bilik guru, bilik-bilik khas

 Murid tidak dibenarkan masuk tanpa kebenaran

H) Surau

 Penggunaan surau dibenarkan dengan penjarakan fizikal

Pelaksanaan Dasar S.O.P Murid di Sekolah

I) Makmal Sains dan Makmal Komputer
 Peraturan penggunaan makmal adalah kekal
 Murid berbaris sebelum masuk ke makmal dengan penjarakan fizikal dan tidak dibenarkan
duduk di tempat bertanda ‘X’

J) Waktu Rehat

 Waktu rehat murid adalah secara berperingkat. Sila patuhi waktu rehat kelas masing-
masing.

 Murid akan dibenarkan keluar dari kelas dengan pemantauan guru.

 Sila guna tangga 3 sahaja untuk ke kantin.

 Sentiasa amalkan penjarakan satu (1) meter semasa bergerak ke kantin dan semasa
berurusan membeli makanan di kantin.

 Hanya murid yang ingin membeli makanan atau minuman di kantin atau koperasi sahaja
dibenarkan turun.

 Pihak kantin akan menyediakan makanan dan minuman yang telah siap dibungkus.
 Basuh tangan anda dengan air dan sabun sebelum dan setelah selesai membeli makanan.
 Sila makan dan minum di dalam kelas dengan pemantauan guru.
 Murid amat digalakkan membawa sudu, garfu serta bekalan makanan dan minuman dari

rumah.
 Buang sampah bungkusan makanan ke dalam plastik sampah. Jangan buang sampah dalam

laci meja atau atas lantai setelah selesai makan.
 Sila ikat dan buang plastik sampah ke dalam tong sampah bertutup yang disediakan di

hujung koridor kelas.
 Terus amalkan sikap positif menjaga persekitaran kelas agar sentiasa bersih sepanjang

masa terutamanya selepas rehat.

K) Bilik Segar ( Tandas)
 Murid tidak dibenarkan masuk tanpa kebenaran

Pelaksanaan Dasar S.O.P Murid di Sekolah

L) Waktu balik

 Waktu rehat murid adalah secara berperingkat. Sila patuhi waktu rehat kelas masing-
masing.

 Murid akan dibenarkan keluar dari kelas dengan pemantauan guru.

 Sila guna tangga 3 sahaja untuk ke kantin.

 Sentiasa amalkan penjarakan satu (1) meter semasa bergerak ke kantin dan semasa
berurusan membeli makanan di kantin.

 Hanya murid yang ingin membeli makanan atau minuman di kantin atau koperasi sahaja
dibenarkan turun.

 Pihak kantin akan menyediakan makanan dan minuman yang telah siap dibungkus.
 Basuh tangan anda dengan air dan sabun sebelum dan setelah selesai membeli makanan.
 Sila makan dan minum di dalam kelas dengan pemantauan guru.
 Murid amat digalakkan membawa sudu, garfu serta bekalan makanan dan minuman dari

rumah.
 Buang sampah bungkusan makanan ke dalam plastik sampah. Jangan buang sampah dalam

laci meja atau atas lantai setelah selesai makan.
 Sila ikat dan buang plastik sampah ke dalam tong sampah bertutup yang disediakan di

hujung koridor kelas.
 Terus amalkan sikap positif menjaga persekitaran kelas agar sentiasa bersih sepanjang

masa terutamanya selepas rehat.



Penglibatan ibu bapa/penjaga

Ibu bapa/ penjaga perlu memberi kesedaran kepada anak/ anak jagaan iaitu:

 Penjarakan fizikal sebelum, semasa dan selepas menaiki kenderaan.
 Tidak bersalaman atau bersentuhan antara satu sama lain.
 Sentiasa mengamalkan kebersihan sebelum dan selepas makan.
 Menghantar dan mengambil anak/anak jagaan termasuk jika dihubungi pihak sekolah.
 Menyediakan makanan dan minuman dari rumah bagi mengurangkan pergerakan ke kantin.
 Memastikan sarapan yang sesuai sebelum hadir ke sekolah.
 Menasihati anak-anak tidak berkongsi peralatan termasuk makanan dan minuman

dengan orang lain.
 Memastikan anak-anak menjaga kebersihan dan keselamatan sebelum dan selepas pu-

lang dari sekolah.
 Menyediakan pensanitasi tangan (hand sanitizer) dan pelitup muka.

Saranan kepada ibu bapa / penjaga

 Anak tidak ke sekolah jika bergejala:
Demam ( Suhu badan 37.5°C atau lebih), Batuk,
Selsema, Sakit tekak, Sesak Nafas

 Anak diingatkan untuk sentiasa mengamalkan penjarakan fizikal di dalam bas, kelas,
semasa menunggu kenderaan dan kantin.

 Anak diajar langkah mencuci tangan dengan betul menggunakan 'hand sanitizer' atau
sabun dan air.

 Sentiasa mengamalkan etika batuk dan bersin dengan betul.

ELAKKAN 3S

( 1 ) Sesak (2)Sempit (3)Sembang Dekat

AMALKAN 3W

( 1 ) Wash (cuci) (2) Wear (pakai) (3)Warn (amaran)












Click to View FlipBook Version