BUKU LOG PENGAKAP KOKURIKULUM UNIT BERUNIFORM MPU3441 NAMA: AHMAD ISMAIL BIN NAZIR ANGKA GILIRAN: 2021082340591 AMBILAN: PISMP JUN 2021/2026 UNIT: PK1 NAMA PENSYARAH: DR. HJ WAN ADI BIN YUSOFF
BIODATA DIRI PENGENALAN UNIT PENGAKAP LAMBANG PENGAKAP BENDERA PENGAKAP COGANKATA/MOTO PENGAKAP IKRAR PENGAKAP LAGU UNIT PENGAKAP PERLEMBAGAAN PENGAKAP SEJARAH PENUBUHAN PENGAKAP TUJUAN PENUBUHAN PENGAKAP ISTIADAT RASMI PENGAKAP STRUKTUR ORAGANISASI PELBAGAI PERINGKAT PENGURUSAN KEAHLIAN, PAKAIAN SERAGAM DAN PANGKAT KEMAHIRAN LAPORAN PERJUMPAAN AKTIVITI ISI KANDUNGAN
AHMAD ISMAIL BIN NAZIR NAMA: AHMAD ISMAIL BIN NAZIR NO. KAD PENGENALAN: 031118030427 TARIKH LAHIR: 18 NOVEMBER 2023 ALAMAT RUMAH: LOT 1655 LORONG PASIR KOTA PINTU GENG 15100 KOTA BHARU KELANTAN NO. TELEFON: 016-9611344 PROGRAM: PISMP AMBILAN JUN 2021/2026 UNIT: PENDIDIKAN KHAS 1 ANGKA GILIRAN: 2021.. ALAMAT IPG: INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS KOTA BHARU, 16100, KOTA BHARU KELANTAN.
PENGENALAN UNIT PENGAKAP
Definisi Pengakap: Pergerakan Pengakap diertikan sebagai pergerakan sukarela,bebas daripada politik untuk melatih generasi muda, terbuka kepada semua tanpa mengira asal usul, bangsa dan kepercayaan agama selaras dengan prinsip dan kaedah yang diilhamkan oleh pengasasnya. Matlamat: Matlamat sesuatu pergerakan adalah sebab disebalik kewujudannya. Matlamat untuk melatih generasi muda bagi melahirkan individu yang berpotensi dari segi fizikal, intelek, sosial dan rohani serta tanggungjawab terhadap masyarakatnya, negaranya dan seterusnya masyarakat antarabangsa. Unit Pengakap IPGM Kampus Kota Bharu: Unit Pengakap IPGM Kampus Kota Bharu terdiri daripada tiga orang pensyarah daripada beberapa jabatan yang berbeza serta 124 orang siswa guru pelatih. Unit ini merupakan unit yang paling ramai siswa sertai.
LAMBANG & BENDERA PENGAKAP
LAMBANG DAN MAKSUD LOGO PENGAKAP DUNIA 1) Pecahan tiga kelopak-melambangkan Persetiaan Pengakap yang tiga. 2) Dua buah bintang pecah lima warna ungu pada kelopak kiri dan kelopak kananmelambangkan Undang-undang Pengakap. 3) Ikatan putih-menunjukkan ikatan persaudaraan Pengakap. 4) Lingkaran tali berwarna putih-melambangkan persaudaraan Pengakap Sedunia. 5) Warna ungu-warna Pengakap Sedunia. 6) Warna putih-kesucian dan kebersihan.
LAMBANG DAN MAKSUD LOGO PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA 1. Terdapat 3 kelopak pada lambang yang membawa maksud 3 Persetiaan Pengakap iaitu: i. Taat kepada Tuhan, Raja dan Negara ii. Menolong orang setiap masa iii. Menurut undang-undang Pengakap. 2. Dua bintang pecah lima berwarna hijau menandakan undang-undang Pengakap yang sepuluh. 3. Ikatan hijau yang mengikat kelopak melambangkan "Persaudaraan Pengakap" 4. Bintang pecah 14 melambangkan "Kesemua negeri-negeri dalam Malaysia" 5. Bulan Sabit menandakan "Agama rasmi Negara iaitu Agama Islam".
LAMBANG DAN MAKSUD LOGO PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA 6.Lingkaran Tali melambangkan "Perpaduan Rakyat Malaysia dan Persaudaraan Pengakap Sedunia". 7. Warna kuning pada bulan sabit dan bintang juga melambangkan warna diraja bagi Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja. 8. Warna kuning,hijau,merah yang terdapat pada lambang menandakan unit-unit pengakap iaitu: i. Kuning - Pengakap Kanak-Kanak ii. Hijau - Pengakap Muda iii. Merah - Pengakap Remaja
Maksud Logo: 1. Terdapat 3 kelopak pada lambang yang membawa maksud 3 Persetiaan Pengakap iaitu: a) Taat kepada Tuhan, Raja dan Negara b) Menolong orang setiap masa c) Menurut undang-undang Pengakap. 2. Dua bintang pecah lima berwarna hijau menandakan undang-undang Pengakap yang sepuluh. 3. Ikatan hijau yang mengikat kelopak melambangkan "Persaudaraan Pengakap" 4. Bintang pecah 14 melambangkan "Kesemua negeri-negeri dalam Malaysia" 5. Bulan Sabit menandakan "Agama rasmi Negara iaitu Agama Islam".
6. Lingkaran Tali melambangkan "Perpaduan Rakyat Malaysia dan Persaudaraan Pengakap Sedunia". 7. Warna kuning pada bulan sabit dan bintang juga melambangkan warna diraja bagi Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja. 8. Warna kuning,hijau,merah yang terdapat pada lambang menandakan unit-unit pengakap iaitu: a) Kuning - Pengakap Kanak-Kanak b) Hijau - Pengakap Muda c) Merah - Pengakap Rema
COGAN KATA PENGAKAP
COGAN KATA PENGAKAP MALAYSIA COGAN KATA PENGAKAP KANAK-KANAK a) Untuk murid tahap dua sekolah rendah iaitu berumur 9 tahun hingga 12 tahun. b) Cogan kata mereka ialah “Buat Sehabis Baik”. c) Mempelajari asas kepengakapan bagi membuat persediaan yang rapi dan menimba ilmu pengetahuan. d) Membentuk tingkah laku dan persepsi yang positif terhadap kepengakapan. COGAN KATA PENGAKAP MUDA a) Untuk tingkatan 1 hingga tingkatan 3 sekolah menengah. b) Cogan kata mereka ialah “Selalu Sedia”. c) Ahli pengakap selau bersedia menerima segala cabaran yang dipelajari asas kepengakapan dengan mengaplikasikan asas tersebut dalam kehidupan. d) Menerima latihan sesuai dengan umurnya. e) Satu Istiadat Meningkat Naik hendaklah diadakan dan ahli akan melafazkan semula Persetiaan Pengakap.
COGAN KATA PENGAKAP MALAYSIA COGAN KATA PENGAKAP REMAJA a) Untuk murid sekolah menengah tingkatan 4 dan 5 termasuk pelajar tingkatan 6. b) Cogan kata mereka ialah “Pandangan Luas” c) Ahli pengakap membentuk satu rutin dalam kepengakapan supaya dapat mencipta atau berfikiran jauh untuk sesuatu yang baharu dan sentiasa berfikir di luar kotak. COGAN KATA PENGAKAP KELANA a) Untuk ahli berusia 17 tahun hingga 40 tahun. b) Cogan kata mereka ialah “Berkhidmat” c) Ahli pengakap yang sukarela menjadi sebahagian daripada ahli akan berkhidmat untuk negara dan juga memegang kepada prinsip kepengakapan. d) Perkhidmatan tersebut akan membentuk jati diri yang kukuh dan sentiasa berfikiran lebih rasional.
IKRAR PENGAKAP
Persetiaan Pengakap Malaysia adalah aku janji yang akan menjadi tunjang kepada pelaksanaan prinsip kepengakapan. Persetiaan ini sama sahaja di semua peringkat seperti Pengakap Kanak-Kanak, Muda, Remaja, dan semua ahli berdaftar yang lain. Maklumat dan ilmu ini akan dipelajari ketika ahli dalam fasa melengkapkan Lencana Keahlian semasa awal penyertaan dalam pergerakan Pengakap. Prinsip yang diketengahkan dalam persetiaan ini menjurus kepada kebaikan dan kesejahteraan hidup.
Bahawa dengan sesungguhnya, saya berjanji dan bersetia, yang saya, dengan seberapa daya upaya saya, akan: Taat kepada Tuhan, Raja dan Negara; Menolong orang pada setiap masa; Menurut Undang-Undang Pengakap TUJUAN PERSETIAAN PENGAKAP DIWUJUDKAN Berpegang teguh kepada pelaksanaan prinsipprinsip kepengakapan yang dilafazkan yang menjurus kepada kebaikan dan kesejahteraan hidup. 2. Dapat memahami, menghayati dan mempraktikkannya dalam kehidupan seharian 3. Melahirkan insan daripada segi JERIS melalui pengamalan Persetiaan Pengakap. PERSETIAAN PENGAKAP
Ahli-ahli yang memperbaharui persetiaan pengakap atau melafaz persetiaan ketika dilantik menjadi ahli baharu perlu berdiri tegak. Tekan jari kelingking menggunakan ibu jari kanan; 1. Kemudian angkat tangan kanan rapat ke badan; dan 2. Tapak tangan menghadap ke hadapan dengan jari lurus ke atas. 3. Sekiranya memegang tongkat ketika Persetiaan Dalam kedudukan kalih tongkat Penggunaan bahasa isyarat dibenarkan bagi Orang ke tangan kiri. Tapak tongkat masih berada di sebelah kaki kanan. MELAFAZKAN PERSETIAAN PENGAKAP
LAGU UNIT PENGAKAP
Lirik Lagu Pengakap Malaysia Kami Pengakap Malaysia Harapan nusa dan bangsa Berikrar setia Pada pertiwi tercinta Melatih generasi muda Menjadi insan yang berguna Persetiaan pengakap Teras dipegang bersama Menolong orang setia masa Menabur bakti di mana sahaja Demi Tuhan, Raja dan negara Berbudi, bersaudara Taat, menurut perintah Kami bangga junjung cita-cita Pengakap Malaysia Kami bangga junjung cita-cita Pengakap, Pengakap Malaysia LAGU RASMI PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA
PERLEMBAGAAN PENGAKAP MALAYSIA
PRINSIP Prinsip dalam pergerakan Pengakap boleh didapati daripada Persetian dan Undang-Undang Pengakap. Tiga prinsip pengakap ialah : 1. Kepercayaan kepada Tuhan 2. Tanggungjawab kepada masyarakat dan negara 3. Perkhidmatan kepada diri sendiri. MATLAMAT Mendorong perkembangan sikap yang cemerlang dalam mencapai tahap fizikal yang maksimum, berintelek dan menanam semangat berusaha sebagai seorang individu yang dapat memberi sumbangan yang positif terhadap masyarakat, negara dan antarabangsa. OBJEKTIF Taat kepada tuhan dan agama yang dianuti. Taat dan setia kepada negara Mempunyai perasaan persaudaraan. Berkhidmat kepada masyarakat. KEAHLIAN Dibuka kepada semua murid Tahun 3 hingga 6 disekolah ini . Permohonan menjadi ahli adalah dengan cara mengisi borang yang disediakan. Setiap ahli dikehendaki membayar yuran keahlian sebanyak RM10.00.
PINDAAN PERLEMBAGAAN Mana-mana bahagian dalam perlembagaan ini sah sehingga ia dipinda. Cadangan pindaan perlembagaan boleh dibuat oleh ahli, ahli jawatankuasa, pemimpin-pemimpin atau pentadbir sekolah secara bertulis. Satu mesyuarat khas yang dihadiri oleh pemimpin-pemimpin dan ahli jawatankuasa akan membincangkan cadangan tersebut dan meluluskannya jika perlu. Setiap pindaan yang telah diluluskan hendaklah dipamerkan dan disahkan oleh guru besar. HAL-HAL LAIN Setiap ahli perlu mengetahui tanggungjawab sendiri terhadap aktiviti yang dijalankan. Ahli-ahli hendaklah sentiasa peka dan mengikut aktiviti dengan penuh minat. Ahli-ahli pengakap adalah ahli yang berdaftar dengan Pertubuhan Pengakap Kebangsaan.
SEJARAH & TUJUAN PENUBUHAN PENGAKAP
Lord Baden-Powell juga dikenali sebagai “BP” dilahirkan pada 22 Februari 1857 di Hyde Park, London. Bapanya, Reverend H.H. Baden-Powell merupakan seorang pensyarah di Universiti Oxford, London. Manakala ibunya pula adalah anak kepada Laksamana British yang bernama W.T.Smyth. Semasa BP berumur tiga tahun, ayahnya meninggal dunia. Tinggallah beliau bersama ibunya dalam keadaan yang sederhana. Sejak kecil sudah menunjukkan minat yang amat mendalam terhadap penghidupan di luar rumah dan alam semula jadi. Pada zaman persekolahan, BP banyak menceburkan diri dalam kegiatan sekolah seperti berlakon, menyanyi dan menembak. Pada tanggal 8 Januari 1941, beliau telah meninggal dunia di Paxtu, Kenya sebelum sempat menyambut ulang tahun ke 84. SEJARAH PENGASAS PENGAKAP DUNIA
Pergerakan Pengakap telah diasaskan oleh Robert Stephenson Smyth Baden Powell atau Lord BadenPowell, seorang tentera Inggeris berpangkat Leftenan Jeneral. Setelah bersara daripada tentera, Baden-Powell pulang ke England dan telah menganjurkan satu perkhemahan di Pulau Browsea selama 10 hari pada tahun 1907. Seramai 21 orang budak-budak turut serta dalam perkhemahan itu. Baden-Powell menggunakan idea berpandukan kepada pengalamannya dalam peperangan Mafeking dan buku “Aids To Scouting”. Selepas itu dalam tahun 1908, Baden-Powell pula mengarang sebuah buku berjudul “Scouting For Boys”. Kandungannya berdasarkan kepada pengalaman beliau semasa menjadi askar di India dan Afrika serta perkhemahan budak-budak di Pulau Browsea. Buku itu telah memikat hati budak-budak. Dengan itu wujudlah Pergerakan Pengakap. Dalam tempoh setahun sahaja Pergerakan Pengakap berkembang di England dan merebak ke Australia, Canada, New Zealand dan Afrika Selatan. Berikutnya pada tahun 1909, Pergerakan Pengakap ditubuhkan di Chile, Amerika Syarikat, Ghana, India dan selepas itu di seluruh dunia SEJARAH PENGASAS ANTARABANGSA
Pergerakan Pengakap mula berkembang di Malaysia (Malaya) 2 tahun setelah BP mengasaskan Pergerakan ini di England apabila F.C.Sands menubuhkan pasukan Pengakap Kanak-Kanak (cubs) di Singapura pada 2hb Julai 1910. Setelah tamat Perang Dunia ke-II iaitu tepat selepas Merdeka pada tahun 1957, Persekutuan BudakBudak Pengakap Tanah Melayu, menjadi ahli dalam Persidangan Pengakap Sedunia. Pada tahun 1963 (penubuhan Malaysia), Persekutuan Budak-Budak Pengakap Tanah Melayu ditukar kepada Persekutuan Pengakap Malaysia. Penubuhan Pengakap di Malaysia telah dilakukan oleh pegawai Ingeris sama ada daripada pengawai pentadbiran atau para pendidik. Pergerakan Pengakap juga ditubuhkan oleh pegawai Melayu seperti penubuhan Pengakap Kelantan dilakukan oleh para pelajar kelas malam anjuran Majlis Agama Islam, di Sekolah Inggeris Kota Bahru di bawah pimpinan Tengku Ahmad Temenggung (Tengku Panglima Raja Kelantan). Persekutuan Budak Pengakap Persekutuan Tanah Melayu dibentuk selepas Perang Dunia Ke-2. Persekutuan ini menjadi satu badan bebas dan berasingan serta menjadi ahli penuh kepada Persidangan Pengakap Sedunia (dulu terkenal sebagai Persidangan Pengakap Antarabangsa) pada 1hb September 1957. Persekutuan Pengakap Malaysia telah ditubuhkan pada bulan November 1964 yang mengandungi Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura. Persekutuan Pengakap Singapura kemudian berhenti menjadi sebahagian daripada Persekutuan Pengakap Malaysia apabila Singapura berpisah daripada Malaysia pada bulan Ogos 1965 SEJARAH PENGASAS MALAYSIA
Persekutuan Pengakap Malaysia terdiri daripada Majlis-majlis Negeri, iaitu Johor, Kedah, Perak, Sabah, Kelantan, Negeri Sembilan, Pahang, Perlis, Pulau Pinang, Sarawak, Selangor, Melaka, Terengganu, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Labuan. Rumah BP yang terletak di Jalan Hang Jebat, Kuala Lumpur, ialah ibu pejabat Persekutuan Pengakap Malaysia, yang telah didirikan dengan belanja RM150 ribu dan telah dibuka dengan rasminya pada 5 Januari 1957 sempena menyambut perayaan ulang tahun yang ke-50 Pengakap Dunia. Rumah BP adalah nadi pergerakan pengakap seluruh negara. Di sinilah Ketua Pesuruhjaya Negara mengarahkan segala gerak kerja Persekutuan Pengakap Malaysia. SEJARAH PENGASAS MALAYSIA
1910: Pulau Pinang oleh R Roberts, GH Goh & George Pykett 1913: Sabah oleh Thomas Cecil Alexander di Sandakan 1915: Pulau Pinang oleh HR Cheeseman di Penang Free School 1915: Sarawak oleh Thomas Cecil Alexander di Kuching (aktif selepas 1930) 1919: Pahang oleh GM Laidlow di Pekan (diaktifkan 1927 oleh HP Hertslet 1922: Kedah oleh EC Hicks, EAG Stuart, RPS Walker & CW Bloomfield 1926: Perak oleh LR Wheeler di Maktab Melayu Kuala Kangsar 1926: Melaka oleh R Brunstone di Bandar Melaka 1926: Negeri Sembilan oleh R Brunstone, Bird Smith & Roger Smith 1926: Selangor oleh BE Haw di Sekolah Victoria Institution 1927: Terengganu oleh AJ Gracle 1927: Kelantan oleh YM Tengku Ahmad Temenggong 1928: Johor oleh HR Cheeseman di Maktab Sultan Abu Bakar 1931: Perlis oleh Bird Smith & Roger Smith RINGKASAN TAHUN NEGERI YANG MENUBUHKAN PERGERAKAN PENGAKAP
ISTIADAT RASMI PENGAKAP
◆ ISTIADAT LAUNG AGUNG Istiadat Laung Agung adalah tradisi dalam Istiadat PKK dan telah digunakan diseluruh dunia. Ia dilakukan oleh PKK untuk menunjukkan bahawa mereka telah membuat "SehabisBaik". Kata penghargaan itu ditujukan khas kepada pemimpin PKK atau Akela. Laung Agung hendaklah diadakan pada setiap awaldan akhir perjumpaan PEK ISTIADAT RASMI PENGAKAP
1.Laung Agung dijalankan terlebih dahulu. 2. Akela bergerak kebulatan di hadapan bendera. 3. Akela memanggil penerima lencana berbarisdi hadapannya (ditengah bulatan). 4.Taklimat Akela tentang pentingnya lencana yangditerima oleh penerima. 5. Akela maju ke arah PKK dan PKK tabik hormat 6. Akela menyematkan lencana -Lencana Kemajuan di kiri lengan baju -Lencana Kepandaian di kanan lengan baju. 7. Akela bersalam dan ucapan “Syabas”. 8.PKK tabik hormat 9.Selesai semua -Pek beri sorakan “Tahniah”dan dijawab oleh penerima lencana. 10.PKK balik ke sekawan masing-masing ISTIADAT TERIMA ANUGERAH
◆ Manikayu adalah pengesahan yangditerima oleh orang dewasa dalam Pengakap yangtelah menyempurnakan Kursus Kepimpinan Manikayu (Peringkat Pengenalan hingga Peringkat Keempat) yang diberikan oleh Pasukan Latihan,Persekutuan Pengakap Malaysia. ◆ Mereka yang menghabiskan latihan diberikan pengesahan dalam bentuk dua mani kayu pada tali kulit. ◆ Penerima Manikayu dikenali sebagai Wood Badger atau Gilwellian. ISTIADAT TAMAT KURSUS (MANIKAYU)
STRUKTUR ORGANISASI PELBAGAI PERINGKAT
STRUKTUR ORGANISASI PENGAKAP IPGM KOTA BHARU
STRUKTUR ORGANISASI PENGAKAP ANTARABANGSA
STRUKTUR ORGANISASI PENGAKAP MALAYSIA
STRUKTUR ORGANISASI KUMPULAN LATIHAN MALAYSIA IPG
PEMBAHAGIAN SEKAWAN PENGAKAP Kumpulan 6 = Merah Kumpulan 7 = Perang Kumpulan 8 = Hijau Kumpulan 9 = Kuning Kumpulan 10 = Ungu
Kumpulan 6 (MERAH) 1. Alia 2. Afifah 3. Alifah 4. Aisah 5. Adriana 6. Hannan 7. Syamim Kumpulan 7 (PERANG) 1. Ismail 2. Amri 3. Syamina 4. Aisyah 5. Aisya 6. Hawa 7. Haziqah Kumpulan 8 (HIJAU) 1. Anabiela 2. Nabilah 3. Nurin 4. Shafiqah 5. Aimy 6. Syahir 7. Atif SENARAMI NAMA SEKAWAN PENGAKAP
Kumpulan 9 (KUNING) 1.Balqis 2.Sylvie 3. Zahirah 4.husna 5.najihah 6.Tara Kumpulan 10 (UNGU) 1. Aibaq 2. Syahmi 3. Ain maisarah 4. camielia adlin 5. ain sofia 6. afrina munirah 7. nur batrisyia SENARAMI NAMA SEKAWAN PENGAKAP
PENGURUSAN KEAHLIAN
PERATURAN PENDAFTARAN ◆ Pendaftaran ahli pengakap diperbaharui setiap tahun ◆ Pendaftaran keahlian bermula bulan mac ◆ Tertakluk dibawah akta : Akta Parlimen 1968, Akta (Perbadanan) Persekutuan Pengakap Malaysia pindaan Akta 143, Tahun 1974 pindaan Akta 409,Tahun 1989 YURAN KEAHLIAN Yuran pengakap kanak-kanak ◆ Bermula tahun 2018, yuran keahlian =RM7 ◆ Pengakap Kanak-kanak,Pengakap Muda Dan Pengakap Remaja ◆ Yuran sebelumnya =RM5 Yuran pengakap dewasa ◆ Pengakapdewasa =RM10 ◆ Barisan pemimpin, jawatankuasa kumpulan, ahli majlis & pesuruhjaya
BORANG PENDAFTARAN
TANGGUNGJAWAB PEMIMPIN PENGAKAP PENUBUHAN DAN PENDAFTARAN KUMPULAN Seorang yang dewasa berusia lebih dari 18 tahun 6 bulan dan menjadi pemimpin boleh menubuhkan kumpulan dengan menulis surat kepada Pesuruhjaya Pengakap Daerah/Setiausaha Persekutuan Tempatan untuk menyatakan tujuannya atau penerangan cara menubuhkan Pasukan Pengakap. Bila Pesuruhjaya Pengakap Daerah dan Persekutuan Pengakap Tempatan berpuas hati maka 3 keping borang PPM – (8) akan dikirimkan kepada pemimpin berkenaan untuk dipenuhkan. Setelah lengkap dan ditandatangani oleh Kuasa Penganjur (Guru Besar) dan bakal pemimpin, hendaklah dihantar kepada Persekutuan Pengakap Malaysia melalui Pesuruhjaya Pengakap Negeri.
Apabila mendapat kelulusan dari Persekutuan Tempatan dan Pesuruhjaya Pengakap Daerah, maka bakal pemimpin hendaklah bersetuju menerima tujuan tujuan, cara-cara dan dasar Persekutuan untuk mengusahakan dengan sedaya upayanya. a) Menubuhkan jawatankuasa Kumpulan dengan secepat mungkin dan tidak lewat dari 3 bulan setelah kumpulan ditubuhkan. b) Hendaklah mengandungi sekurang-kurangnya 3 patrol dan tidak lebih dari 6 patrol mempunyai sejumlah 18 / 48 orang ahli. Apabila lebih dari dua unit maka hendaklah ada seorang Pemimpin Kumpulan, 2 oreang pemimpin dan beberapa orang penolong pemimpin. Jika satu unit sahaja maka hendaklah ada seorang pemimpin bertugas dan beberapa orang penolong-penolongnya mengikut keperluan kumpulan itu.
c)Menegaskan tentang keagamaan dalam pengakap supaya perjalanan kumpulan itu mengikut nilai-nilai agama. d) Menentukan semua ahli pengakap menerima latihan sepenuhnya mengikut skim latihan. e)Menolong kumpulan itu untuk mendapatkan tempat / rumah yang sesuai dan peralatan latihan untuk berlatih. f) Pemimpin mesti patuh akan Dasar, Pertubuhan dan Perlembagaan Persekutuan Pengakap Malaysia
Bagi ibu pejabat, seterusnya menerima borang PPM-8 dua salinan akan dikembaliukan ke Pesuruhjaya Negeri dan Persekutuan Tempatan untuk direkodkan. Usaha seterusnya oleh kumpulan ialah pembayaran pendaftaran keahlian dan kumpulan dengan memenuhkan borang PPM 1 (A) dan PPM (B) Borang pendaftaran kumpulan RM 10.00 Borang pendaftaran ahli pengakap RM 3.00 Bayaran pendaftaran pemimpin / ahli biasa RM 5.00 PERATURAN DAN PEMBATALAN KUMPULAN Kumpulan yang tidak memperbaharui pendaftarannya bersekali dengan keahliannya, maka kumpulan itu tidak dibenarkan menjalankan latihan / perjumpaan dan tidak dibenarkan ahliahlinya memakai uniform pengakap. Kumpulan itu dengan sendirinya digantung keahliannya mengikut peraturan perlembagaan Persekutuan peraturan 44 – 46 dan 47.Dalam masa penggantungan semua latihan kumpulan dan pemimpinnya secara automatik digantung keahlian pemimpinnya serta tauliahnya mengikut peraturan 80 PPM.
Walau bagaimanapun penggantungan ini adalah sementara sehingga kumpulan itu memperbaharui pendaftaran keahliannya. Pihak Persuruhjaya Daerah akan memaklumkan kepada kuasa penganjur akan kesalahan perkara ini. Pihak Pesuruhjaya Daerah akan menarik balik surat penggantungan kumpulan dan tauliah pemimpin setelah pendaftaran disempurnakan kemudian. PENTADBIRAN KUMPULAN a)Majlis Kumpulan Keanggotaan Majlis Kumpulan hendaklah terdiri dari:- i)Seorang Pengerusi ii)Seorang Setiausaha iii)Seorang Bendahari iv)Sekurang-sekurangnya 7 orang ahli jawatankuasa v) Pemimpin kumpulan adalah sebagai ahli tasmi bagi mewakili Majlis Pemimpin Kumpulan. vi) Kuasa Penganjur adalah sebagai penasihat.
b) Majlis Pemimpin Kumpulan. i) Pemimpin kumpulan / pemimpin bertugas – Pengerusi ii) Seorang pemimpin dilantik - Setiausaha iii) Semua pemimpin dan penolong pemimpin - jawatankuasa c) Majlis Ketua Patrol Pemimpin kumpulan hendaklah menubuhkan Majlis Ketua Patrol yang terdiri daripada ketua-ketua patrol dan penolongnya. TAULIAH-TAULIAH Pemimpin kumpulan hendaklah memohon tauliah tetap/sementara pemimpin kepada Pesuruhjaya Daerah untuk pemimpin-pemimpin seperti berikut. a) Tauliah Tetap – kepada pemimpin yang telah menghadiri dan lulus Kursus Kepimpinan Manikayu peringkat II b) Tauliah sementara – kepada pemimpin yang belum menghadiri sebarang kursus kepimpinan manikayu. c) Tanpa Tauliah – pemimpin yang tidak mempunyai sebarang tauliah, maka ianya tidak boleh menjalankan latihan kepada ahli pengakapnya.