The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by PISMPPK0622 Ahmad Ismail Bin Nazir, 2024-03-08 11:23:16

BUKU LOG PENGAKAP

BUKU LOG PENGAKAP

TUGAS MAJLIS PEMIMPIN a) Buku log Kumpulan. - Kedatangan ahli unit tiaptiap perjumpaan . - Perharian - Stok alatan kumpulan - Persediaan mengajar / program latihan - Kutipan yuran. b) Surat kebenaran ibubapa / penjaga - Pemimpin unit hendaklah terlebih dahulu membuat surat kebenaran murid/pelajar yang ingin memasuki unit pengakap dari ibubapa mereka dan surat kebenaran ini hendaklah disimpan dan difailkan. c) Butiran peribadi Unit Pengakap. - Nama ahli, No. K.Pengenalan - Tarikh lahir, bangsa , agama, kesihatan - Nama ibu bapa, alamat keluarga - Kecenderungan/minat.


PAKAIAN SERAGAM PENGAKAP


PAKAIAN SERAGAM PEMIMPIN PENGAKAP


LENCANA KEMAHIRAN


Sebelum dilantik menjadi ahli serta mendapat Lencana Keahlian, seseorang budak itu akan diuji dalam perkara-perkara berikut bagi menentukan bahawa ia faham dan mengerti makna-makna setiap perkara tersebut. Untuk lulus Lencana Keahlian seseorang perlu LULUS ujian-ujian berikut: Lambang Pengakap Malaysia & Lambang Pengakap Sedunia. Persetiaan Pengakap & Undang-Undang Pengakap. Lima Prinsip Rukun Negara Hormat Pengakap & Cogan Kata Pengakap. Sejarah Pergerakan Pengakap. Cerita Hutan Laung Agung Lencana ini dianugerahkan kepada seseorang budak sebagai mengakuil bahawa ia adalah seorang Ahli dalam Persaudaraan Pengakap Malaysia dan Sedunia yang luas itu. Lencana Keahlian Pengakap yang berupa Lambang Pengakap diatas latar biru tua ini dipakai pada saku kiri kemeja. LENCANA WAJIB


Lencana ahli renang diberi kepada Ahli Pengakap Kanak-kanak sebagai mengaku pengetahuan dan kesungguhan dalam berenang dengan mengetahui peraturan keselamatan di air, kemahiran keselamatan diri, menunjukkan pelbagai kaedah berenang seperti kuak lontang, kuak kupu-kupu, gaya bebas dan mengapar menimbulkan diri (mushroom float). Lencana basikal diberi kepada Ahli Pengakap Kanak-kanak sebagai mengakul pengetahuan dan kesungguhan dalam berbasikal dengan mengetahui undang-undang jalanraya. menjaga dan membaiki kerosakan kecil basikal dan mengamalkan peraturan berbasikal yang betul. LENCANA WAJIB: AHLI RENANG @ PENUNGGANG BASIKAL


Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Kanak-kanak sebagai mengakui minat dan pengetahuan tentang Persetian Pengakap, Rukun Negara, amalan Keagamaan, kesihatan dan keselamatan serta pengurusan diri dan keluarga. Sebelum layak mendapat lencana ini, seseorang Pengakap Kanak-kanak itù mestilah mendapatkan Lencana Keahlian dan Lencana Wajib terlebih dahulu. LENCANA KEMAJUAN - KERIS GANGSA


Setelah memperolehi Lencana Kemajuan Keris Gangsa, Pengakap Kanak-kanak itu dikehendaki meneruskan latihan dan ulian bagi mendapatkan DUA (2) Lencana Kepandaian dalam Kategori Kegemaran seperti dibawah mengikut minal dan kesukaannya dalam aktiviti-aktiviti lencana tersebut: 1.Ahli Koleksi Hobi 2.Ahli Kraf Tangan 3.Peladang Kecil 4.Pelukis 5.Pembaca Buku 6.Penghibur LENCANA KEPANDAIAN - KATEGORI KEGEMARAN


Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Kanak-kanak, sebagai mengakui pelbagai kemahiran, kegiatan luar dengan memperkenalkan asas berdikari dan perkhidmatan seperti kebersihan diri, rumah dan persekitaran. LENCANA KEMAJUAN KERIS PERAK LENCANA KEPANDAIAN - KATEGORI PERMAINAN Setelah memperolehi Lencana Kemajuan Keris Perak, Pengakap Kanak-kanak itu dikehendaki meneruskan latihan dan ujian pagi mendapatkan DUA (2) Lencana Kepandaian dalam Kategori Pengetahuan seperti dibawah mengikut kemahiran dan pengetahuannya dalam aktiviti-aktiviti lencana tersebut: 1.Ahli Olahraga 2.Ahli Pasukan Permainan. 3.Ahli Sains 4.Pencinta Alam Semulajadi 5.Pembaca Peta 6.Pemeliharaan Alam Sekitar 7.Pengembara.


Setelah memperolehi Lencana KepandaianKategori Pengetahuan, Pengakap Kanakkanak itu perlu meneruskan latihan dan ujian bagi mendapatkan DUA (2) Lencana Kepandaian dalam Kategori Perkhidmatan seperti dibawah mengikut kemahirannya dalam aktivi-aktiviti lencana tersebut: 1.Pekerja Am 2.Pengurus Rumah 3.Penyelamat Nyawa 4.Ahli Pertolongan Cemas LENCANA KEPANDAIAN - KATEGORI PERKHIDMATAN LENCANA KEMAJUAN KERIS EMAS Setelah meperolehi kesemua Lencana Kepandalan iaitu Kalegori Kegermaran (2) Pengetahuan (2) dan Perkhidmatan (2), Pengakap Kanak-kanak itu perlu meneruskan latihan dan ujian bagi mendapatkan Lencana Kemajuan Keris Emas seperti dibawah mengikut aktiviti-aktiviti lencana tersebut: Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Kanak-kanak, sebagai mengakui kebolehan dan keberanian serta penghargaan diri dalam menjalankan tanggung jawab dan kepemimpinan seperti Kepimpinan Ketua Enam Sekawan, khidmat Masyarakat, aktiviti luar dan Pertolongan Cemas.


Setelah mendapat Lencana Kemajuan Keris Emas dah TUJUН Lencana Kepandaian iaitu SATU Lencana Wajib, DUA Lencana Kegemaran, Pengakap Kапаk-kanak itu layak memakai Tanda Cemerlang Rambu Pengakap Kanak-kanak (Anugerah Ketua Pesuruhjaya Negeri) dengan syarat: Telah memakai Lencana Keris Emas selama 1 bulan. 1. 2.Berkelakuan baik Menuniukkan sikap kepimpinan yang boleh dicontohi 3. 4.Dicalonkan oleh Pemimpin Kumpulan. Catatan: Rambu Pengakap Kanak-калак ini boleh dipakai sehingga Pengakap mendapat Anugerah Rambu Pengakap Muda. Anugerah Rambu dan Sijil dikeluarkan oleh Persekutuan Pengakap Negeri masing-masing dan ditandatangani oleh Ketua Pesuruhjaya Negeri. TANDA CEMERLANG RAMBU PENGAKAP KANAK-KANAK - ANUGERAH KETUA PESURUHJAYA NEGERI


LAPORAN PERJUMPAAN AKTIVITI


TAKLIMAT MAKLUMAT KURSUS TAKLIMAT PENTAKSIRAN BERTERUSAN MINGGU 1: 8 JANUARI 2024 Pada minggu pertama, saya menghadiri kuliah pertama untuk kursus ini dengan pensyarah memulakan sesi dengan kehadiran, taklimat maklumat kursus serta taklimat pentaksiran berterusan secara umum.


PENGENALAN PENGAKAP NYANYIAN LAGU PERSETIAAN PENGAKAP ISTIADAT LAUNG AGUNG ISTIADAT MENAIKKAN BENDERA MINGGU 2: 15 JANUARI 2024 Pada minggu kedua, saya menghadiri kuliah kedua untuk kursus ini dengan pensyarah memulakan sesi dengan kehadiran, kuliah, pengenalan pengakap, nyanyian lagu, persetiaan pengakap, istiadat laung agung dan istiadat menaikkan bendera.


IKATAN PEMERKASAAN ISTIADAT LAUNG AGUNG PEMERKASAAN ISTIADAT MENAIKKAN BENDERA MINGGU 3: 22 JANUARI 2024 Pada minggu ketiga, saya menghadiri kuliah keempat untuk kursus ini dengan pensyarah memulakan sesi dengan kehadiran, kuliah pemerkasaan istiadat laung agung, serta pemerkasaan istiadat menaikkan bendera.


SESI PEMBENTANGAN TOPIK PEMBELAJARANM 3 KUMPULAN DI DEWAN GERKO. MINGGU 4: 29 JANUARI 2024 Pada minggu empat, saya menghadiri kuliah keempat untuk kursus ini dengan pensyarah memulakan sesi dengan kehadiran, kuliah dan perbincangan antara pensyarah dan pelajar berkenaan topik 2,3 dan 4 oengakap.


SESI KULIAH MENGIKUT KELAS MASINGMASING DI DEWAN NN MINGGU 5: 5 FEBRUARI 2024 Pada minggu kelima, saya menghadiri kuliah kelima untuk kursus ini dengan pensyarah memulakan sesi dengan kehadiran, kuliah dan perbincangan antara pensyarah dan pelajar berkenaan topik lencana pengakap.


SESI KULIAH MENGIKUT PENSYARAH PERMAINAN KANAK-KANAK MINGGU 6: 19 FEBRUARI 2024 Pada minggu keenam, saya menghadiri kuliah keenam untuk kursus ini dengan pensyarah memulakan sesi dengan kehadiran, kuliah dan perbincangan dan aktiviti permainan kanakkanak dan persembahan lagu pengakap.


DITUNDA MINGGU 7: 26 FEBRUARI 2024


AMALI UNTUK KAWAD KAKI, PERTOLONGAN CEMAS, IKATAN DAN IKHTIAR HIDUP MINGGU 8: 4 MAC 2024 Pada minggu kelapan, saya menghadiri kuliah kelapan untuk kursus ini dengan pensyarah memulakan sesi dengan kehadiran, serta melaksanakn amali untuk kawad kaki, pertolongan cemas serta ikhtiar hidup.


TAMAT


Click to View FlipBook Version