2024 25 KEMENTERIAN PENDIDIKAN SEKOLAH SEKOLAH KEBANGSAAN PARIT GANTONG 0
PERKARA MUKA SURAT Maklumat Peribadi 5 Maklumat Pendidikan 6 Kata Aluan Guru Besar 7 Arahan Menjalankan Tugas Rasmi 8 Akujanji 9 Matlamat / Hala Tuju 10 Mapping / Teras Profesional Warga Sekolah 11 Sasaran Dan Dasar Sekolah (Kurikulum / HEM / Kokurikulum) 12-21 Visi / Misi / Rukunegara 22 Ikrar Awam Perkhidmatan / Ikrar Integriti 23 Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) 24 Tatasusila Profesional Perguruan 25-26 Teras Perkhidmatan Awam / Budaya Kerja 27 Aspirasi Sistem Pendidikan 28 Aspirasi Murid 29 Pembelajaran Abad 21 30 Proses Pemikiran 31 Pendidikan STEM 32 KONSEP KBAT/I-think 33 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) KPM 34 Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) KPM 35-43 Anjakan PPPM KPM 44 Fokus Pengurusan Pendidikan 45 Etika Kerja 46 7 Aspirasi Sekolah / Piagam Pelanggan 47 1
PERKARA MUKA SURAT Sejarah Sekolah 48 Pelan Lantai Sekolah 49 Senarai Nama Guru Besar 50 Maklumat Asas Sekolah 51 Lencana Sekolah / Lagu Sekolah / Tagline Sekolah 52 Bendera Sekolah 53 Carta Organisasi Pentadbiran Sekolah 54 Kami Warga Sekolah 55-58 Analisis Enrolmen Guru / Murid 59 MAKLUMAT PERSEKOLAHAN Kalendar 2024 61 Kalendar 2025 62 Penggal Persekolahan KPM 63 Cuti Perayaan / Umum KPM 64 Takwim Persekolahan SPaG 65 Tarikh Pembayaran Emolumen 66 Jadual Persekolahan Sesi Akademik 2024 / 2025 67 Jadual Agihan Waktu Pembelajaran Tahap 1 68 Jadual Agihan Waktu Pembelajaran Tahap 2 69 Jadual Kokurikulum / Program Akhir Tahun 70 -71 Pertandingan Peringkat Kawasan / Negeri 72 Maklumat Kokurikulum 73-74 TUGAS SEBAGAI AMANAH Semakan e-RPH 76 Semakan Buku Tulis / Kerja Murid 77 Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP) 78 Guru Bertugas mingguan / perhimpunan rasmi 79-82 KOMPONEN CARTA ORGANISASI DAN TUGAS Komponen Tugas Guru 84 Pengurusan dan Pentadbiran 85-89 Kurikulum 90-91 Hal Ehwal Murid (HEM) 92-94 Kokurikulum 95 Pasukan Pelaksana 96 Carta Organisasi Pengurusan 97 2
PERKARA MUKA SURAT Carta Organisasi Pengurusan Sekolah 98 Carta Pelaksanaan Komponen Pengurusan sekolah 99 Portfolio Berjawatan (H) 100 Portfolio Berjawatan (P) 101-104 Jawatankuasa P&P (P) 105 Carta Organisasi Jawatankuasa Pengurusan Sekolah 106 Jawatankuasa Sesi Akademik2024 / 2025 107-114 TUGAS-TUGAS KHAS (KEPIMPINAN 2) Carta Organisasi Jawatankuasa Digital Sekolah 116 Jawatankuasa Tugas-tugas Khas 117-124 Cadangan Aktiviti Program Sekolah 125 Senarai Penyelaras Papan Kenyataan 126 Senarai Penyelaras Bilik-bilik Khas 127 Senarai Penyelaras Pengisian Data (Online) 128-129 Carta Organisasi Jawatankuasa Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) 131 Bidang Tugas 132 Panduan Am 134-146 Senarai Guru Kelas / Pembantu 147 Panduan Guru Kelas / Pembantu 137 – 1148- 15039 KOMPONEN KURIKULUM (J) Pengenalan 141 Matlamat / Hala Tuju Pengurusan Kurikulum 142 Dasar Pengurusan Kurikulum 143 – 148 Jawatankuasa Pengurusan Kurikulum 149 Jawatankuasa Pengurusan Panitia 150 Tanggungjawab dan Fungsi Panitia 151 – 152 Bidang Tugas Panitia (3.1.1 / 3.1.2 ) 153 - 157 Jawatankuasa Pentaksiran 158 Jawatankuasa Pusat Sumber Sekolah (PSS) 159 - 160 3
PERKARA MUKA SURAT KOMPONEN HAL EHWAM MURID (J) Pengenalan 174 Matlamat / Hala Tuju Pengurusan Hal Ehwal Murid (HEM) 175 Dasar Pengurusan Hal Ehwal Murid (HEM) 176 Carta Organisasi Jawatankuasa Pengurusan Hal Ehwal Murid (HEM) 177 Jawatankuasa Kerja Pengurusan Hal Ehwal Murid (HEM) 178 Jawatankuasa Pengurusan Disiplin / Bimbingan Sekolah 179 Jawatankuasa Pengurusan 3K 180 KOMPONEN KOKURIKULUM (J) Pengenalan 182 Matlamat / Hala Tuju Pengurusan Kokurikulum 183 Dasar Pelaksanaan Pengurusan Kokurikulum 184 Carta Organisasi Jawatankuasa Pengurusan Kokurikulum 185 Pasukan Badan Beruniform (PBB) 186 Kelab Dan Persatuan 187 Sukan Dan Permainan 188 Rumah Sukan 189 Jawatankuasa Kerja Program Kokurikulum 190 Jawatankuasa Pembangunan Sukan Sekolah 191 Jawatankuasa Sukan Tahunan Sekolah 192 Jawatankuasa Sukantara Sekolah 193 PENDIDIKAN KHAS (PPKI) Dasar Pelaksanaan Pengurusan PPKI 19 Dasar Pelaksanaan Pengurusan PPKI 196-200 Jawatankuasa Pengurusan PPKI 201-203 TAKWIM SESI AKADEMIK SESI 2024 / 2025 204-217 4
MAKLUMAT PERIBADI d’SPaG kami hebat bermanfaat #believeinyourself PERIBADI Nama No. Tel Emel Alamat No. Gaji No Cukai Pendapatan LAMAN WEB PENDIDIKAN ID PENGGUNA KATALALUAN PENGURUSAN MURID https://www.moe.gov.my/ https://public.moe.gov.my/ https://apdm.moe.gov.my/ https://ssdm.moe.gov.my/ https://idme.moe.gov.my/login https://sepkm.com/e/login/ https://smpk.moe.gov.my/ https://espbt.moe.gov.my/ LAMAN WEB PENDIDIKAN ID PENGGUNA KATALALUAN PENGURUSAN DIRI 5
MAKLUMAT PENDIDIKAN d’SPaG kami hebat bermanfaat #believeinyourself LAMAN WEB PENDIDIKAN ID PENGGUNA KATALALUAN PENGURUSAN GURU https://sgmy.moe.gov.my/ https://epgo.moe.gov.my/ https://eoperasi.moe.gov.my/ https://splkpm.moe.gov.my/ https://epangkat.moe.gov.my/login.php https://eprestasi.moe.gov.my/ LAMAN WEB PENDIDIKAN ID PENGGUNA KATALALUAN PENGURUSAN SEKOLAH https://nkra.moe.gov.my/ https://emisonline.moe.gov.my/ https://spks.moe.gov.my/ https://pidp.moe.gov.my/ https://spkws.moe.gov.my/login.php https://sarana.moe.gov.my/ https://www.sistemguruonline.my/201 7/04/ssqs.html 6
Assalammualaikum dan salam sejahtera, Salam Melakaku Maju Jaya Rakyat Bahagia Menggamit dunia Salam Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera Tahniah dan syabas kepada warga SK Parit Gantong dengan komitmen padu melestarikan KECEMERLANGAN ORGANISASI KE ARAH KEMENJADIAN MURID SECARA HOLISTIK sepanjang kalender akademik 2024-2025. Bersyukur kita kehadrat Allah SWT dengan limpah kurnia serta izinNya, julung-julung kalinya Buku Pengurusan Sekolah bagi sesi 2024/2025 dapat dihasilkan. Kandungannya yang disusun rapi akan dapat memberikan panduan kepada guru dan staf sekolah ini untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan baik dan berkesan. Selama ini usaha gigih yang dijalankan oleh warga sekolah telah berjaya meletakkan sekolah ini sebagai salah sebuah sekolah cemerlang di negeri Melaka. Tahniah dan syabas kepada semua Penolong Kanan, guru, AKP, staf, murid, PIBG dan ibu bapa yang memberikan sumbangan ke arah kecemerlangan sekolah. Selari dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025, warga sekolah perlu berkerja sebagai satu pasukan dan memberikan komitmen terbaik untuk memenuhi matlamat yang ditetapkan agar segala usaha yang membuahkan kejayaan dan kecemerlangan memberi satu kepuasan kerja dalam profesion yang kita ceburi ini. Saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada jawatankuasa yang terlibat dalam menghasilkan Buku Pengurusan ini. Marilah kita memohon petunjuk daripada Allah SWT, mudah-mudahan segala usaha murni yang kita lakukan ini diberkati serta mendapat kejayaan dan keredaanNya jua. Akhir kata kepada semua guru dan staf selamat bertugas dan teruskan usaha gigih kita agar sekolah kita terus cemerlang dalam pelbagai bidang serta menjadi kebanggaan kita bersama. Selamat bertugas, sekian terima kasih. Saya yang menjalankan amanah, ..............................................…… ( WAIDAH BINTI ABD TALIB ) GURU BESAR SK PARIT GANTONG SEKAPUR SIRIH 7
8
9
10
11
HALA TUJU SEKOLAH Berusaha ke arah peningkatan prestasi dalam semua bidang. 1.0 SASARAN UTAMA (KPI) 1.0.1 Peningkatan prestasi akademik dalam peperiksaan peringkat sekolah sebanyak minimum 0.05%. 1.0.2 Pencapaian TP 3 dan ke atas bagi Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) melebihi 80% bagi setiap kelas dan mata pelajaran. 1.0.3 Mengekalkan TP 4 sebagai Tahap Penguasaan minimum peringkat sekolah 1.0.4 Murid pemulihan khas tahap 2 dapat dikurangkan. 1.1 DASAR UMUM 1.1.1 Dasar Kurikulum sekolah adalah selari dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan 1.1.2 Kurikulum yang dilaksanakan mestilah mematuhi kehendak KPM dan Jabatan JPN Melaka. 1.1.3 Program akademik diutamakan. Hal ini bermakna sekiranya program akademik bertembung dengan program lain, laluan diberikan kepada program akademik. PENGURUSAN KURIKULUM DAN PANITIA 1.1.4 Pemantapan program khas berasaskan panitia mata pelajaran. 1.1.5 Pengurusan fail kurikulum / panitia sistematik, lengkap dan mudah dikesan dengan menggunapakai sistem fail sekolah. 1.1.5 Mesyuarat Kurikulum / Panitia minimum 4 kali setahun. UNIT KURIKULUM) 12
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (PDPC) 1.1.6 PdPC berasaskan Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPMkualiti@sekolah) – Standard 4. 1.1.7 Peningkatan bilangan pencerapan pengajaran dan pembelajaran dan pemeriksaan buku latihan. 1.1.8 Peningkatan bilangan latihan dan kerja rumah untuk murid. 1.1.9 Peningkatan bilangan ujian topikal bagi setiap mata pelajaran. 1.1.10 100% guru menggunakan kaedah Pembelajaran abad ke 21 dalam PdP. PENGURUSAN PBD 1.1.12 Pengurusan sistem fail, lengkap dan mudah dikesan. Penyimpanan segala dokumen melalui Platform Google Classroom. 1.1.13 Pengoperasian PAJSK /PSIkometrik /PBD dengan menggunapakai SOP yang ditetapkan LPM. 1.1.14 Pelaporan PBD untuk semua murid menggunakan format yang ditetapkan LPM / JPN Melaka / sekolah. 1.1.15 Pelaporan PBD diisi mengikut jadual ditetapkan. PENGURUSAN PEPERIKSAAN DAN PENILAIAN 1.1.16 Pengurusan fail sistematik, lengkap dan mudah dikesan. Penyimpanan segala dokumen melalui Platform Google Classroom. 1.1.17 Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) dilaksanakan mengikut arahan dan SOP yang ditetapkan oleh LPM (jika ada). 1.1.18 Pengoperasian pentaksiran dalaman dengan memastikan keesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi dan berdasarkan sukatan pelajaran melalui Jawatankuasa Penjaminan Kualiti. 1.1.19 Memastikan semua murid diberi peluang untuk menduduki pentaksiran 13
UNIT HAL EHWAL MURID (HEM) HALA TUJU SEKOLAH Berusaha ke arah peningkatan prestasi dalam semua bidang. SASARAN UTAMA (KPI) Melahirkan 98% murid mencapai ciri murid unggul dari segi peningkatan sahsiah dan pembinaan jati diri, bermotivasi tinggi serta membangunkan potensi individu bagi memenuhi aspirasi negara. 1.1 SASARAN UNIT-UNIT HEM DISIPLIN 1.1.1 Mengekalkan zero ponteng. 1.1.2 Memastikan 90% peranan badan disiplin dalam menyebarluas dan menguatkuasakan semua peraturan sekolah, menganalisis data, mendapatkan data dan maklumat disiplin dengan lebih mantap. 1.1.3 Memastikan peratus kehadiran murid ke sekolah sekurang-kurangnya 90% setiap hari. 1.1.4 Memastikan Zero kes disiplin . BADAN PENGAWAS 1.1.5 Melahirkan 100% pengawas yang berkepimpinan, komited dan berketrampilan. BIASISWA DAN KWAPM 1.1.6 Memastikan 100% murid yang layak mengisi Borang Permohonan Bantuan Murid dengan lengkap mengikut panduan/syarat. KEBAJIKAN MURID 1.1.7 100% kebajikan murid akan diusahakan kepada murid yang ditimpa musibah (kematian/kemalangan) dalam tempoh 5 hari bekerja. KANTIN 1.1.8 Memastikan 100% pengurusan kantin dari segi keceriaan dan tahap kebersihan dapat dipertingkatkan 1.1.9 Memastikan 90% menu makanan dan minuman mencukupi. 1.1.10 Menambahbaik 90% pengurusan serta kualiti perkhidmatan kantin. 1.1.1 Memastikan tahap kebersihan kantin dikekalkan pada gred A yang diperakukan oleh Jabatan Kesihatan Melaka. 14
SKIM PINJAMAN BUKU TEKS 1.1.12 Memastikan 100% murid perdana dan PPKI layak menerima buku teks dan mencukupi untuk semua murid. 1.1.13 Memastikan sekurang-kurangnya 95% murid mematuhi peraturan skim pinjaman buku teks yang ditetapkan oleh pihak sekolah. 1.1.14 Memastikan 85% bilik BOSS lebih ceria dan bermaklumat. 1.1.15 Membuat tempahan buku teks tepat pada masa dan mencukupi. KESIHATAN DAN RAWATAN 1.1.16 Memastikan 100% program yang melibatkan kesihatan dan rawatan dilaksanakan seperti yang dirancang dengan baik dan teratur. PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH 1.1.17 Memastikan 100% program berbentuk Pendidikan Pencegahan Dadah dapat melibatkan murid dan dilaksanakan dengan baik. REKOD DAN PENDAFTARAN MURID TAHUN 1 1.1.18 Memastikan 100% rekod dan pendaftaran murid tahun 1 telah diisi oleh ibu bapa murid dibantu oleh guru-guru tahun 1 kelas masingmasing. SIJIL BERHENTI SEKOLAH 1.1.19 100% prosedur kerja sijil berhenti sekolah dilaksanakan seperti yang telah dirancang. SEKOLAH SELAMAT 1.1.20 Memastikan zero kes kemalangan dalam kawasan sekolah KEBERSIHAN DAN KECERIAAN KELAS 1.1.21 Memastikan 100% kelas menjalankan aktiviti kebersihan dan keceriaan kelas masing- masing. SAHSIAH / SEKOLAH PENYAYANG 1.1.22 Memastikan 100% program berbentuk sahsiah dan sekolah penyayang dilaksanakan dengan jayanya. 15
1.2 DASAR UMUM 1.2.1 Memperkasa dan mengembleng seluruh unit-unit HEM bagi mempertingkatkan program-program bagi melancarkan proses kerja serta melahirkan sistem kerja yang lebih sistematik. 1.2.2 Dasar Hal Ehwal Murid sekolah selari dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan. 1.2.3 Hal Ehwal Murid yang dilaksanakan mestilah mematuhi kehendak KPM dan JPN Melaka 1.2.4 Setiap murid mesti mempunyai Buku Peraturan Sekolah dan mematuhi peraturan yang ditetapan. DASAR UNIT-UNIT HEM DISIPLIN 1.2.5 Mematuhi tatacara amaran gantung sekolah dan buang sekolah. 1.2.6 Memastikan guru kelas mengurus dan mengemaskini surat amaran mengikut tempoh yang ditetapkan oleh pihak sekolah. 1.2.7 Penglibatan 85% dalam Program Sarana Ibu Bapa dan Sarana Sekolah. 1.2.8 Penglibatan 80% MPK dan komuniti setempat. 1.2.9 Guru disiplin dan guru bertugas bersama pengawas akan mengadakan “spot check” dan membuat pemantaun bagi mengawal kes disiplin di sekolah. 1.2.10 Merancang dan melaksanakan program dan aktiviti pendidikan disiplin dengan menggunakan mekanisme yang relevan, mematuhi amalan dan penilaian yang berkuatkuasa secara optima dan berterusan. BADAN PENGAWAS 1.2.11 Merancang dan melaksanakan pelbagai program seperti kursus pengawas, melatih pengawas untuk menguruskan majlis dan lain lain lagi bagi membolehkan mereka lebih bersedia dalam apa jua keadaan. 1.2.12 Memastikan pengawas dapat berfungsi seperti yang telah ditetapkan. BIASISWA DAN KWAPM 1.2.13 Memastikan borang yang diisi lengkap dengan semua maklumat. 1.2.14 Memastikan semua penerima mematuhi peraturan pengeluaran. KEBAJIKAN MURID 1.2.15 Memastikan sumber bantuan akan diusahakan dan disampaikan dalam tempoh 5 hari bekerja. 1.2.16 Memastikan data anak yatim mencapai 100% pada akhir April. 1.2.17 Memastikan data murid miskin berdasarkan APDM diperbaharui setiap 3 bulan. 1.2.18 Bantuan zakat dan sumbangan disampaikan kepada murid-murid yang berkelayakan. 1.2.19 Semua murid yang layak mendapat bantuan akan dihantar permohonan. 16
KANTIN 1.2.20 Meningkatkan keceriaan dan tahap kebersihan kantin sekolah dari semasa ke semasa. 1.2.21 Menambahbaik menu makanan dan minuman kepada pelajar secara berkala. 1.2.22 Meningkatkan pengurusan serta kualiti perkhidmatan kantin sekolah. 1.2.23 Memastikan laporan Kendiri Kantin mencapai skor 90% gred Penarafan Kendiri, kualiti kantin mengikut standard Jabatan Kesihatan. SKIM PINJAMAN BUKU TEKS 1.2.24 Pentadbir dan guru SPBT perlu memastikan semua murid layak menerima buku teks dan mencukupi untuk murid. 1.2.25 Guru SPBT perlu mengingatkan tentang peraturan pinjaman buku teks kepada murid, agar murid mematuhi peraturan tersebut dari semasa ke semasa. 1.2.26 Guru SPBT perlulah sentiasa memastikan bilik Boss lebih ceria dan bermaklumat. KESIHATAN DAN RAWATAN 1.2.27 Menguruskan program dan perkhidmatan kesihatan murid diurus secara sistematik dan terancang. 1.2.28 Memastikan semua murid mendapatkan rawatan seperti pergigian, suntikan dan lain-lain. 1.2.29 Memastikan laporan denggi dihantar setiap bulan pada tarikh yang ditetapkan. 1.2.30 Mewujudkan persekitaran yang bermaklumat tentang kesihatan PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH 1.2.31 Memastikan tahap pencapaian dan pengetahuan murid berkaitan kemahiran membanteras dan mencegah dadah boleh dipertingkatkan lagi. 1.2.32 Memastikan sebahagian murid terlibat dalam program penyediaan sudut/ lorong/ bilik akses maklumat PPDa di sekolah. 1.2.33 Semua murid terlibat dalam program Pelancaran Bulan Anti Dadah dan program 5 minit Anti Dadah. 17
REKOD DAN PENDAFTARAN MURID 1.2.34 Memastikan guru-guru tahun satu mendaftar dengan lengkap di dalam buku rekod pendaftaran 1.2.35 Memastikan murid didaftar selewat-lewatnya dalam bulan Mac. 1.2.36 Memastikan buku rekod tersebut sentiasa dipantau oleh guru penyelaras buku dari semasa ke semasa. RETAN BULANAN 1.2.37 Memastikan 9 orang guru kelas menutup kedatangan murid pada akhir setiap bulan,Mac – Disember 2024 dan Januari 2025 dalam Data APDM. 1.2.38 Memastikan pengiraan dan data kehadiran murid dalam Data APDM lengkap dan tepat. 1.2.39 Memastikan maklumat murid dalam data APDM diisi dengan lengkap dan dikemaskinikan dari semasa ke semasa. 1.2.40 Memastikan Retan Bulanan diserahkan untuk tujuan Dialog Prestasi dari semasa ke semasa. 1.2.41 Memastikan Retan Bulanan diserahkan untuk tujuan SKPM pada akhir setiap bulan. SIJIL BERHENTI SEKOLAH 1.2.42 Semua murid tahun 6 mendapat sijil berhenti sekolah dan fail peribadi yang lengkap sebelum sesi persekolahan 2024/2025 tamat. SEKOLAH SELAMAT 1.2.43 Memastikan keselamatan semua murid sentiasa terjamin semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung di dalam dan di luar bilik darjah. 1.2.44 Pemantauan aspek keselamatan dilakukan setiap awal bulan (Januari hingga November). 1.2.45 Pelaporan Keselamatan disiapkan lebih awal (Mac dan Jun). KEBERSIHAN & KECERIAAN KELAS 1.2.46 Memastikan semua kelas bersih dan ceria. 1.2.47 Memastikan setiap kelas mematuhi kriteria panduan pertandingan kebersihan dan keceriaan kelas yang telah ditetapkan. 1.2.48 Setiap kelas dipastikan mencapai skor kebersihan yang ditetapkan. 1.2.49 Mempertingkatkan tahap kebersihan dan keceriaan kelas mengikut piawaian kelas abad ke – 21 18
SAHSIAH / SEKOLAH PENYAYANG 1.2.50 Mempertingkatkan program mengimarahkan surau untuk memastikan pembinaan sahsiah dan karektor murid yang positif. 1.2.51 Memotivasikan murid untuk belajar dengan bersungguh-Sungguh dan berterusan bagi mencapai kecemerlangan. 1.2.52 Memastikan program berbentuk sahsiah diadakan seperti aktiviti : • Forum Pelajar Cemerlang • Ceramah Awal Remaja (Tahun 6) • Bengkel Pemantapan Sahsiah Murid • Persembahan Nilai Murni 1.2.53 Membudayakan amalan budaya penyayang melalui aktiviti : • Membuat Publisiti/ Promosi Mengalu-alukan • Kehadiran Murid Ke Sekolah Dengan Menyediakan Kain Rentang. • Mentor mentee – guru mengambil peduli terhadap murid semasa di sekolah. • Penghargaan Murid – Kad Hari Lahir Murid / Lawatan / Ziarah Cakna. • Soal Selidik – Soal Selidik Indeks Persepsi Murid Terhadap Guru Penyayang. • Kajian tindakan masalah ponteng 19
UNIT KOKURIKULUM HALA TUJU SEKOLAH Berusaha ke arah peningkatan prestasi dalam semua bidang. 1.0 SASARAN UTAMA (KPI) 1.0.1 Memastikan sekolah dapat menyertai beberapa acara terpilih dalam Balapan dan Padang, Sukan dan Permainan, Kelab dan Persatuan serta Unit Uniform di peringkat negeri dan kebangsaan 1.0.2 Memastikan penglibatan dan penyertaan 100% murid SK Parit Gantong dalam aktiviti kokurikulum sepanjang tahun. 2.0 SASARAN (KPI) SUKAN • Merentas Desa Jasin (Penyertaan Tahap 1 & 2) • Olahraga Merlimau (Kedudukan Keseluruhan Bawah 10) • Catur (Negeri Melaka) • Bola Sepak (penyertaan Merlimau) • Ragbi (penyertaan Merlimau) • Softball (Negeri Melaka) 2.0.1 Menyertai pertandingan yang dianjurkan oleh JPN Melaka 2.0.2 Menyertai pertandingan yang dianjurkan pihak NGO atau pihak luar/swasta atau anjuran pihak luar yang berkaitan. 2.0.3 Mencapai kedudukan sepuluh tempat teratas dalam pertandingan, permainan yang disertai sama ada peringkat Zon, Negeri atau Kebangsaan. 2.0.4 Memasuki sebanyak mungkin pertandingan inovasi yang dianjurkan di peringkat Negeri Melaka dan kebangsaan. 2.0.5 SASARAN (KPI) KOAKADEMIK • Bercerita BM & BI • Inovasi • MTQ (Negeri Melaka) • STEM ((Negeri Melaka) • UBB (penyertaan Kebangsaan) • Kitar Semula 3.0.1 Menyertai pertandingan yang dianjurkan oleh Jabatan Pendidikan Melaka atau anjuran NGO / pihak luar dan mendapat sijil penyertaan atau sijil penghargaan. 20
4.0 DASAR UMUM : PENGURUSAN KEGIATAN 4.0.1 Mengenalpasti murid yang mempunyai bakat, kemahiran dan berpotensi untuk diketengahkan sebagai atlet sekolah yang cemerlang. 4.0.2 Mengadakan latihan berkala dan intensif untuk memberi impak yang tinggi kepada murid dan sekolah. 4.0.3 Membuat perancangan jangka pendek dan jangka panjang untuk setiap unit kokurikulum dan sukan dari segi pengurusan fail dan dokumentasi, pengurusan atlet dan latihan, pengurusan fasiliti serta alatan sukan. 4.0.4 Menyertai hampir keseluruhan dalam pertandingan yang melibatkan tiga unit utama iaitu sukan dan permainan, kelab dan persatuan serta badan beruniform anjuran KPM, JPN dan NGO. 4.0.5 Menyediakan pasukan pelapis bagi memastikan Pasukan SK Parit Gantong sentiasa berada disenarai pilihan bagi mewakili pasukan kawasan dan negeri. 21
“Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera” “Melestarikan Sistem Pendidikan yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara” BAHAWASANYA NEGARA KITA MALAYSIA Mendukung cita-cita hendak Mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya; Memelihara satu cara hidup yang demokratik; Mencipta satu masyarakat yang adil di mana Kemakmuran Negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; Menjamin satu cara hidup yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak; Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden; MAKA KAMI, rakyat Malaysia berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:- Kepercayaan Kepada Tuhan Kesetiaan Kepada Raja dan Negara Keluhuran Perlembagaan Kedaulatan Undang-Undang Kesopanan dan Kesusilaan VISI KPM MISI KPM IKRAR RUKUN NEGARA 2222
Kami yang telah dilantik berkhidmat dengan kerajaan Malaysia membuat ikrar di sini bahawa semasa dan selagi kami berkhidmat dengan Kerajaan, kami akan patuh dengan mengamalkan teras-teras perkhidmatan semasa menjalankan tugas. Ke arah ini kami : Berazam meningkatkan mutu perkhidmatan; Bekerja dengan penuh tanggungjawab; Berusaha mengikis sikap mementingkan diri sendiri; Berkhidmat dengan penuh muhibah dan kemesraan; Bekerja ke arah memajukan pemikiran rakyat dan pembangunan negara; Bekerjasama dalam membanteras kelemahan dan musuh-musuh negara; dan Berpegang teguh kepada ajaran agama. Kami, pegawai awam Malaysia, dengan sepenuh dan rela hati berikrar mempertahankan dan memperkukuhkan integrity perkhidmatan awam dengan mencegah dan membenteras segala bentuk rasuah,salah guna kuasa dan penyelewengan melalui tindakan yang berikut: Pertama : Berusaha memupuk dan mengamalkan nilai-nilai membenci rasuah; Kedua : Menutup semua ruang dan peluang yang memdedahkan kepada amalan rasuah; Ketiga : Bertindak tegas terhadap mereka yang melanggar undangundang, peraturan dan etika jabatan; Keempat : Bekerjasama sepenuhnya dengan mana-mana pihak untuk memerangi sebarang perlakuan jenayah rasuah; Kelima : Bertindak tegas terhadap mereka yang cuba menggugat integriti dan imej pegawai awam; dan Keenam : Mematuhi sepenuhnya kod etika jabatan dan mengamalkan nilainilai murni yang berteraskan ajaran agama dalam melaksanakan tugas. 23
INTELEK ROHANI JASMANI EMOSI Insan yang Seimbang dan Harmonis Ilmu Pengetahuan dan Akhlak Mulia Tanggungjawab Dan Sumbangan Kepada Masyarakat Kepercayaan Dan Kepatuhan Kepada Tuhan UNSUR ROHANI DAN EMOSI Unsur-unsur rohani dan emosi merangkumi aspek berikut : ❑Keyakinan terhadap Tuhan ❑Kepercayaan beragama ❑Kemantapan jiwa ❑Penghayatan nilai-nilai murni dan norma masyarakat ❑Berbudi pekerti mulia ❑Berbakti dan berkorban UNSUR JASMANI Ciri-ciri unsur jasmani ialah : ❑Kecergasan fizikal dan kesihatan diri ❑Dapat menggunakan anggota dan tenaga fizikal sendiri untuk berdikari dan hidup bermasyarakat. WARGANEGARA MALAYSIA YANG BAIK ❑Percaya dan patuh kepada Tuhan. ❑Berilmu pengetahuan ❑Berakhlak mulia ❑Bertanggungjawab kepada diri, masyarakat, agama dan negara ❑Berbakti dan memberi sumbangan kepada masyarakat dan negara ❑Memiliki sahsiah yang seimbang yang sepadu UNSUR INTELEK Unsur intelek ini mengambil kira aspek berikut : ❑Hikmah iaitu ilmu yang boleh membawa kepada kebenaran ❑Daya pemikiran yang kreatif dan inovatif ❑Daya pemikiran yang logik dan analisis ❑Ilmu yang bermanfaat ❑Masyarakat Malaysia yang berilmu pengetahuan memiliki sikap suka membaca serta cintakan ilmu pengetahuan. Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan masyarakat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. KEMENTERIAN PENDIDIKAN 24
25 Kami, guru-guru Malaysia, yakin bahawa tujuan utama pendidikan ialah berusaha menuju ke arah pembentukan warganegara yang berilmu, yang taat setia, yang bertanggungjawab dan berkebolehan, yang menyedari betapa pentingnya usaha menuju ke arah kebenaran dan ke arah pencapaian hasrat yang gemilang, dan yang percaya demokrasi, kebebasan perseorangan dan Prinsip-Prinsip Rukun Negara. Melalui pendidikan, masyarakat dapat membantu anak mudanya memahami kebudayaan mereka, memperolehi pengetahuan yang telah terkumpul sejak berzaman, dan menyediakan mereka untuk menghadapi cabaran pada masa hadapan. Dengan menyedari betapa besarnya tanggungjawab membimbing anak muda untuk mencapai kemajuan sepenuh-penuhnya, maka dengan ini kami menerima tatasusila berikut sebagai panduan untuk membolehkan kami menyempurnakan profesion kami ke taraf kesusilaan yang setinggi-tingginya I.TANGGUNGJAWAB TERHADAP PELAJAR 1. Lebih mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar kami daripada hal-hal lain. 2. Bersikap adil kepada pelajar pelajar tanpa mengira faktor-faktor jasmani, mental, emosi, politik, ekonomi, keturunan atau agama. 3. Merahsiakan maklumat ikhtisas atau sulit mengenai pelajar kecuali kepada mereka yang berhak mengetahuinya. 4. Membimbing atau mengajar seseorang pelajar dalam darjah sendiri atau dalam mata pelajaran-mata pelajaran yang diajar di bilik darjah tanpa sebarang bayaran. 5. Menunjukkan suatu cara berpakaian, pertuturan dan tingkahlaku yang dapat memberikan contoh yang baik kepada pelajar. 6. Memelihara dan memperbaiki kecekapan ikhtisas melalui pengkajian, penyelidikan, lawatan dan menghadiri kursus ikhtisas, persidangan, mesyuarat atau seminar supaya pengajaran kami mencapai mutu yang setinggi-tingginya. II. TANGGUNGJAWAB TERHADAP IBU BAPA 1. Menghormati tanggungjawab utama ibu bapa terhadap anak-anak mereka. 2. Berusaha mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat di antara institusi pendidikan dengan rumah tangga. 3. Menganggap semua maklumat yang diberikan oleh ibu bapa mengenai keadaan rumah tangga atau mengenai anak mereka sebagai sulit dan tidak akan membocorkannya kepada sesiapa kecuali kepada mereka yang berhak mengetahuinya. 4. Memberikan maklumat kepada ibu bapa demi kepentingan anak-anak mereka, dan menggunakan maklumat yang diterima daripada ibu bapa secara teliti dan bijaksana. 5. Mengelakkan diri dari menggunakan atau dipengaruhi oleh kedudukan sosial dan ekonomi ibu bapa pelajar. 6. Mengelakkan diri dari mengeluarkan kata-kata atau melakukan sesuatu yang boleh menjejaskan sesuatu kepercayaan pelajar terhadap ibu bapa atau penjaga mereka 25
III. TANGGUNGJAWAB TERHADAP MASYARAKAT DAN NEGARA 1. Mengelakkan diri dari menyebarkan sesuatu ajaran yang boleh merosakkan kepentingan pelajar, masyarakat atau negara, ataupun yang bertentangan dengan prinsip Rukun Negara. 2. Memupuk dalam diri setiap pelajar dengan sikap dan nilai yang boleh membantu dan membimbing mereka untuk menjadi warganegara yang taat setia, bertanggungjawab dan berguna, menghormati orang-orang yang lebih tua dan menghormati adanya perbezaan kebudayaan, keturunan dan agama. 3. Menghormati masyarakat tempat kami berkhidmat dan memenuhi segala tanggungjawab sebagai seorang warganegara dan sentiasa sanggup mengambil bahagian dalam sebarang kegiatan masyarakat. 4. Menggalakkan kerjasama dan persefahaman di antara guru dan ibu bapa, institusi pendidikan dengan masyarakat. 5. Memberikan sumbangan cergas untuk meninggikan kehidupan moral, kebudayaan dan kecendekiawan masyarakat. 6. Berpegang kepada tingkah laku yang sopan yang diterima oleh masyarakat dan menjalani kehidupan kami sehari-hari dengan baik. IV. TANGGUNGJAWAB TERHADAP RAKAN SEJAWAT DAN PROFESION PERGURUAN 1. Mengelakkan diri dari membuat sebarang kenyataan atau ulasan yang boleh mencemarkan nama baik seseorang guru di hadapan pelajar atau ibu bapa atau membuat sesuatu yang boleh menjatuhkan maruah seseorang guru. 2. Tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh menjejaskan kecekapan kami sebagai guru. 3. Berusaha dengan sepenuh-penuhnya menunaikan tanggungjawab kami dengan rajin dan bersungguh-sungguh dan mengekalkannya sejajar dengan kemajuan ikhtisas dan sosial. 4. Sentiasa bersedia membantu rakan sejawat kami terutamanya mereka yang baru dalam profesion perguruan. 5. Sentiasa mengawasi diri kami supaya tidak mencemarkan nama baik profesion perguruan. 6. Akan menjadi ahli sebuah pertubuhan guru. (Catatan): Guru yang dimaksudkan dalam konteks Talasusila ini ialah orang yang menyebarkan ilmu pengetahuan di sesebuah lnstitusi pendidikan peringkat rendah, menengah dan tinggi, termasuk guru terlalih yang bertugas dalam pentadbiran organisasi dan penyeliaan pendidikan. 26
1. Bekerja dengan penuh tanggungjawab. 2. Berusaha mengikis sikap mementingkan diri sendiri. 3. Berkhidmat dengan penuh muhibah dan kemesraan. 4. Bekerja ke arah memajukan pemikiran rakyat dan pembangunan negara. 5. Berpegang teguh kepada ajaran agama. 6. Bekerjasama membanteras kelemahan dan musuh-musuh negara. 1. Memahami dan menghayati : 1.1 Falsafah Pendidikan Kebangsaan 1.2 Falsafah, Matlamat dan Objektif Sekolah 2. Memelihara dan mempertingkatkan imej Sekolah, Jabatan dan Kementerian Pelajaran setiap masa. 3. Mementingkan mutu dan kesan pendidikan. 4. Menentukan Objektif ( setiap tugas ). 5. Mengamalkan kerja sepasukan secara bermesyuarat. 6. Sentiasa bekerja dengan bersih , cekap dan amanah. 7. Mengamalkan sikap jujur , ikhlas, amanah , seta adil. 8. Mengamalkan perkhidmatan penyayang. 9. Kepimpinan melalui teladan. 10. Sentiasa memimpin dan menilai diri sendiri. 11. Berusaha mempertingkatkan ilmu dan kemahiran. 12. Kerja adalah ibadah. 27
AKSES 100% enrolmen merentas semua peringkat daripada prasekolah hingga menengah atas menjelang 2020. KUALITI Negara dan kelompok sepertiga teratas dalam pentaksiran antarabangsa seperti TMSS dan PISA dalam tempoh 15 tahun. EKUITI 50% pengurangan dalam pencapaian (bandar-luar bandar, sosioekonomi, gender) menjelang tahun 2020. Sistem pendidikan yang menawarkan perkongsian pengalaman dan nilai kepada kanakkanak dengan menghargai kepelbagaian. Sistem yang memaksimumkan keberhasilan murid mengikut peruntukan sedia ada. KECEKAPAN PERPADUAN 28
KEMAHIRAN BERFIKIR Setiap kanak-kanak akan belajar cara mendapatkan pendidikan sepanjang hayat, cara untuk menghubung kait pelbagai pengetahuan yang berbeza dan cara untuk menjana pengetahuan baru. PENGETAHUAN Setiap kanak-kanak akan dapat membaca, menulis dan mengira, menguasai mata pelajaran teras seperti Matematik dan Sains dan mempunyai pengetahuan kukuh mengenai Malaysia, Asia dan Dunia. KEMAHIRAN DWIBAHASA Setiap kanak-kanak pada tahap minimum akan dapat menguasai Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris di galakkan untuk mempelajari bahasa tambahan. KEMAHIRAN MEMIMPIN Setiap kanak-kanak akan mencapai potensi diri sepenuhnya melalui peluang bekerja berkumpulan dan memegang peranan kepimpinan formal dan informal. IDENTITI NASIONAL Setiap kanak-kanak tanpa mengira agama, etnik atau status sosioekonomi akan berasa bangga dikenali sebagai anak Malaysia. ETIKA & KEROHANIAN Setiap kanak-kanak akan mempunyai asas moral yang kukuh untuk mendepani pelbagai cabaran kehidupan dan membantu mereka, dengan berani membuat keputusan yang tepat. 29
CRITICAL THINKING (PEMIKIRAN KRITIS) Pemikiran kritis adalah sebahagian daripada kemahiran berfikir yang dapat membantu manusia menyelesaikan sesuatu masalah dengan berkesan dan menyesuaikan diri dengan persekitaran. Manusia mempunyai kecenderungan untuk menggunakan proses kognitif apabila berhadapan dengan sesuatu keadaan atau masalah, tetapi tidak atau kurang mempunyai kemahiran untuk mengaplikasikan kecenderungan tersebut. CREATIVE THINKING (PEMIKIRAN KREATIF) Pemikiran kreatif adalah kecekapan menggunakan minda untuk menghasilkan idea yang baru, asli, luar biasa, pelbagai, dan bernilai. Komponen pemikiran kreatif juga termasuk kebolehan seseorang berfikir secara kreatif dan inovatif dalam menyelesaikan masalah. CHARACTER (PERWATAKAN) Watak adalah satu corak tingkah laku, fikiran dan perasaan berdasarkan prinsip-prinsip kekuatan moral dan integriti. Perwatakan yang baik adalah perkara yang paling berharga yang boleh dimiliki oleh seseorang kerana ia mencermin jati diri dan sahsiah peribadi. COMMUNICATION (KOMUNIKASI) Kemahiran komunikasi adalah penting dalam proses penyampaian maklumat, perkongsian pendapat dan interaksi antara dua pihak. Dengan adanya kemahiran komunikasi yang berkesan, perkongsian maklumat menjadi lebih mudah dan efektif. COLLABORATION (KOLABORASI) Kolaborasi adalah satu proses yang melibatkan kerjasama oleh beberapa individu dalam satu kumpulan atau pasukan untuk mencapai hasil yang diinginkan dan sekaligus melahirkan kepercayaan antara ahli-ahli yang terlibat. Pendek kata, kolaborasi merupakan satu bentuk kerjasama yang melibatkan dua atau sekelompok individu dalam melengkapkan sesuatu aktiviti atau menyelesaikan sesuatu permasalahan. 30
MEMBUDAYAKAN KEMAHIRAN BERFIKIR Projek ini membantu pihak sekolah memupuk kemahiran berfikir; menyemai budaya pembelajaran sepanjang hayat; mahir dalam menyelesaikan masalah dan berupaya mencari jalan penyelesaian secara kreatif dalam kalangan murid sekolah. i-THINK merupakan kerjasama di antara Kementerian Pelajaran dan Agensi Inovasi Malaysia (AIM). i-THINK melahirkan inovator generasi masa depan dengan kebolehan dan kemahiran berfikir secara kritis serta berupaya untuk menyesuaikan diri dan menangani cabaran pada masa akan datang. Lapan Proses Pemikiran dibangunkan melalui alat berfikir visual, iaitu Peta Pemikiran yang memudahkan murid-murid dalam memahami konsep, menganalisis masalah dan mencari penyelesaian. 31
32
33
34
TERAS 1 : MEMbinA NEGARA BANGSA Dalam tempoh PIPP, KPM akan membina Negara Bangsa melalui pendidikan dengan memberi tumpuan kepada fokus dan strategi pelaksanaan seperti berikut : 1. Memperkasakan Bahasa Kebangsaan ❑ Menggerakkan gelombang baru Memperkasakan Bahasa Kebangsaan. ❑ Memantapkan pelaksanaan Dasar Buku Negara (DBN) dengan membentuk jawatankuasa induk penggerak DBN dan lima jawatankuasa kerja penggerak DBN. ❑ Mengkoordinasi peranan semua pihak yang terlibat untuk menggiatkan aktiviti kebahasaan, kesusasteraan, pengkaryaan, penterjemahan dan penerbitan. ❑ Mewujudkan Bulan Bahasa dan Sastera Negara. 2. Memantapkan perpaduan negara dan integrasi nasional ❑ Meningkatkan tahap kesedaran dan kefahaman rakyat Malaysia supaya menghormati Perlembagaan Malaysia. ❑ Meningkatkan semangat patriotik melalui Rukun Negara, penyebaran maklumat, Kempen Cintakan Warisan Bangsa Negara dan aktiviti kokurikulum. ❑ Menanamkan sifat hormatmenghormati dan peka terhadap sensitiviti masyarakat pelbagai kaum. ❑ Mempergiatkan aktiviti RIMUP dengan mewujudkan JK RIMUP di semua peringkat perancangan, pelaksanaan dan pemantauan aktviti RIMUP. 3. Memupuk kecintaan terhadap seni, warisan dan budaya bangsa ❑ Membina kurikulum kesenian. ❑ Membina Sekolah Seni. ❑ Meningkatkan kerjasama dengan KeKKWa. ❑ Membudayakan penggunaan tulisan Jawi. 4. Memupuk kefahaman yang jelas terhadap pendekatan Islam Hadhari ❑ Mempelbagai aktiviti untuk membimbing pelaksanaan Islam Hadhari dalam pembentukan pemikiran dan kehidupan. 35
TERAS 2 : MEMBANGUNKAN MODAL INSAN Dalam tempoh PIPP ini, KPM akan membangunkan modal insan dengan memberi fokus dan strategi pelaksanaan berikut: 1.Mengadakan lebih banyak pilihan pendidikan kepada ibu bapa dan pelajar ❑ Meneruskan kewujudan pelbagai jenis sekolah, aliran, mata pelajaran dan bidang pengkhususan. ❑ Meningkatkan peruntukan belanja mengurus kepada Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan. ❑ Meneruskan pendaftaran SAR dan SAN di seluruh negara. 2. Meningkatkan keupayaan dan penguasaan ilmu pengetahuan ❑ Mengkaji pelaksanaan KBSR dan KBSM supaya lebih menekankan kemahiran berfikir aras tinggi (higher order thinking skills) ❑ Memupuk budaya cintakan ilmu pengetahuan. ❑ Melaksanakan Program Pembestarian Sekolah. ❑ Menyediakan pusat akses. ❑ Menyediakan infrastruktur dan perkakasan yang mencukupi ❑ Melaksanakan Program Pengkomputeran Sekolah. ❑ Melaksanakan perisisan yang lengkap dan pelbagai. ❑ Mengadakan latihan dan bimbingan. ❑ Mewujudkan sistem penyelenggaraan yang berterusan. 3. Memupuk pelajar memiliki kemahiran dan keterampilan ❑ Melengkapkan diri pelajar dengan pelbagai jenis kemahiran hard and soft skills. ❑ Memupuk pelajar supaya menghayati dan mengamalkan nilai-nilai murni, budi bahasa dan adab. ❑ Memastikan sekolah memberi penekanan kepada keselamatan dan kebersihan dan kesihatan pelajar. 4. Memantapkan sistem pentaksiran dan penilaian supaya lebih holistik ❑ Menyediakan pentaksiran alternatif. ❑ Memantapkan pentaksiran sedia ada dengan unsur-unsur berasaskan kompetensi. ❑ Mengkaji semula sistem pentaksiran dan penilaian untuk menjadikan persekolahan tidak terlalu berorientasikan peperiksaan. 36
5. Memantapkan program kokurikulum dan sukan ❑ Penambahbaikan aktiviti sukan dan kokurikulum. ❑ Meningkatkan penyertaan murid. ❑ Meningkat semangat patriotik dengan memastikan Rukun Negara dipelajari dan dihayati sepenuhnya bermula daripada peringkat awal persekolahan. ❑ Memperkasakan sukan di sekolah ke arah sukan untuk semua. ❑ Memantapkan pelaksanaan kokurikulum bagi menggalakkan penglibatan pelajar yang lebih menyeluruh. ❑ Memantapkan program keguruan dalam kokurikulum dan sukan serta kejurulatihan. ❑ Menyediakan infrastruktur dan peralatan yang lebih lengkap di sekolah, pusat kokurikulum, kolej matrikulasi dan IPG. ❑ Meningkatkan kerjasama KPM dengan kementerian dan pihak luar KPM 6. Memperkukuh disiplin pelajar ❑ Meningkatkan serta memantapkan mekanisme pengurusan dan pemantauan disiplin sekolah. ❑ Meningkatkan kefahaman dan kemahiran pengurusan penguatkuasaan peraturan disiplin pelajar. ❑ Mempelbagaikan saluran aduan terus. 7. Memantapkan kurikulum ❑ Meneruskan pelaksanaan mata pelajaran Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral, serta Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan. ❑ Mempergiatkan pelaksanaan aktiviti kerjasama dengan pelbagai agensi. ❑ Memantapkan kurikulum sains dan matematik. 37
TERAS 3 : MEMPERKASAKAN SEKOLAH KEBANGSAAN Dalam tempoh PIPP ini, fokus dan strategi pelaksanaan berikut akan diberi tumpuan bagi memperkasakan SK : 1.Peluasan Program Prasekolah ❑ Menambahkan bilangan kelas prasekolah KPM. ❑ Menggunakan Kurikulum Prasekolah Kebangsaan. ❑ Memastikan murid berkeperluan khas mendapat program prasekolah. ❑ Memastikan guru dan pembantu guru prasekolah mencukupi dan terlatih. 2. Pemantapan Kepimpinan Pengetua/Guru Besar dan Kualiti Guru ❑ Memantapkan kepimpinan Pengetua/Guru Besar. ❑ Meningkatkan kualiti guru. 3. Pengukuhan Budaya Sekolah ❑ Mewujudkan SK yang berbudaya cemerlang, iklim dan budaya sekolah yang sihat. 4. Pemantapan Kurikulum ❑ Memastikan semua murid Tahap 1 menguasai 3M. ❑ Memperluas j-QAF. ❑ Memperkenalkan Bahasa Cina dan Tamil. ❑ Memperkenalkan program bagi pelajar berkeperluan khas. ❑ Meningkatkan akses dan pilihan program di peringkat menengah. 5. Pemantapan Aktiviti Kokurikulum dan Sukan ❑ Menambah baik aktiviti kokurikulum dan sukan. ❑ Meningkatkan penyertaan murid. 6. Penambahbaikan Sistem Sokongan ❑ Menambahbaik sistem sokongan. ❑ Menambah bilangan jawatan pembantu guru. 7. Peningkatan Prestasi Akademik ❑ Memastikan semua pelajar mendapat peluang bersekolah. ❑ Memantapkan program intervensi. 8. Menyediakan Infrastruktur Dan Kemudahan Asas Mencukupi Dan Berkualiti ❑ Meningkatkan kualiti prasarana SK. ❑ Meningkatkan kualiti infrastruktur dan kemudahan pendidikan. ❑ Menambah bilangan sekolah rendah satu sesi. ❑ Pembestarikan sekolah. 38
TERAS 4 : MERAPATKAN JURANG PENDIDIKAN Dalam tempoh PIPP ini, KPM akan merapatkan jurang pendidikan dengan memberi tumpuan kepada fokus dan strategi pelaksanaan seperti berikut: 1.Membangunkan infrastruktur dan kemudahan pendidikan luar bandar ❑ Menambahbaik Program Pembangunan Pendidikan Luar Bandar dan pedalaman. ❑ Menambah baik Sekolah Kurang Murid (SKM). ❑ Merapatkan jurang digital. 2. Meningkatkan kadar penyertaan dan mengurangkan risiko keciciran ❑ Penguasaan 3M. ❑ Pengurangan kadar keciciran. ❑ Pemantapan program pendidikan bagi murid orang kurang upaya. ❑ Membuka kelas khas bagi murid autisme dan ADHD serta yang mempunyai dua kecacatan. ❑ Memantapkan program pendidikan khas inklusif. ❑ Menghasilkan kaedah penilaian yang diiktiraf. ❑ Menyediakan perkhidmatan pendidikan khas kepada kanakkanak dari umur satu hari di pusat perkhidmatan. ❑ Meminda Peraturan- Peraturan Pendidikan Khas 1997 untuk menerima pelajar dua kecacatan. ❑ Memantapkan instrumen saringan untuk kenal pasti murid berkeperluan khas. ❑ Menyediakan kemudahan pengangkutan untuk murid pendidikan khas. ❑ Mengeratkan kerjasama antara KPM, Kem. Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Kem. Kesihatan, KPT dan Kem. Sumber Manusia. 3. Meningkatkan bilangan guru terlatih dan mengikut opsyen di kawasan pedalaman ❑ Peningkatan bilangan guru terlatih dan mengikut opsyen di kawasan pedalaman. ❑ Mewajibkan guru baru berkhidmat di kawasan pedalaman. ❑ Menambah baik insentif khusus kepada guru yang berkhidmat di pedalaman. ❑ Menyediakan asurans kepada guru-guru yang berkhidmat di luar bandar. ❑ Menyediakan rumah guru dan kemudahan asas yang sempurna. 4. Menambah baik sistem pengagihan bantuan kepada pelajar miskin, berkeperluan khas dan kumpulan minoriti ❑ Pemantapan sistem pengagihan bantuan. ❑ Memantapkan Sistem Maklumat Murid (SMM). ❑ Memantau pelaksanaan program bantuan secara berterusan. ❑ Menilai impak program secara berkala. ❑ Mewujudkan Majlis Tindakan Pendidikan Daerah (MTPD). ❑ Mengukuhkan kerjasama antara sekolah, sektor awam dan swasta. 39
TERAS 5 : MEMARTABATKAN PROFESION KEGURUAN Dalam tempoh PIPP ini, KPM akan memartabatkan profesion keguruan dengan memberi tumpuan kepada fokus dan strategi pelaksanaan berikut: 1. Menambah baik sistem pemilihan calon guru ❑ Memperketat syarat dan kriteria pengambilan calon guru. ❑ Ujian Pemilihan Calon Guru Malaysia (Malaysian Teachers Selection Test - MTeST), temuduga individu dan berkumpulan serta ujian bertulis Bahasa Inggeris. ❑ Syarat tambahan Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) yang bersesuaian dengan keperluan opsyen. ❑ Pemilihan Guru Siswazah Sandaran Terlatih melalui iklan dan tapisan rapi. ❑ Pemantapan proses pelantikan dan pengesahan PPPS oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) bagi memastikan setiap guru mencapai standard minimum. 2. Memantapkan latihan perguruan ❑ Menaik taraf maktab perguruan kepada Institut Pendidikan Guru (IPG). ❑ Mereka bentuk dan menggubal Kurikulum IPG secara berpusat dan mendapat kelulusan MajlisKurikulum Pendidikan Guru. ❑ Memberi penekanan kepada elemen baru dalam kurikulum pendidikan guru. ❑ Membangunkan infostruktur yang meliputi Pusat Maklumat Latihan Keguruan, Sistem Penyaluran, Rangkaian ICT, Portal Pendidikan Guru dan Total Campus Management System. 3. Memantapkan kerjaya guru ❑ Penambahan perjawatan dan peluasan naik pangkat untuk PPPS di KPM/JPN/PPD/G. 4. Menambah baik persekitaran kerja dan kebajikan guru ❑ Menyediakan persekitaran kerja yang kondusif. ❑ Menyediakan kemudahan tempat tinggal yang mencukupi di kawasan pedalaman, luar bandar dan bandar melalui pembinaan rumah guru baru dan membaik pulih rumah guru sedia ada. ❑ Memperkasa peranan Yayasan Guru Malaysia untuk meningkatkan inisiatif menjaga dan memelihara kepentingan dan kebajikan guru. ❑ Mensifarkan GSTT. ❑ Memantapkan pelaksanaan Guru Simpanan. ❑ Mewujudkan tambahan jawatan kumpulan sokongan bagi mengurangkan beban tugas dan tanggungjawab guru dalam kerja-kerja pentadbiran. ❑ Mengkaji keperluan kemudahan asurans bagi guru-guru yang berkhidmat di kawasan pedalaman. 40
❑ Menyediakan kemudahan bilik guru dan bilik darjah yang kondusif untuk meningkatkan kualiti kerja dan p&p melalui projek naik taraf, bangunan tambahan dan pembinaan baru. ❑ Menempatkan guru mengikut opsyen dan keperluan. ❑ Menyediakan perancangan bagi mengatasi masalah kekurangan guru mengikut opsyen. ❑ Menyediakan data dan unjuran bilangan guru yang tidak mencukupi mengikut opsyen dan lokasi. 5. Memantapkan perancangan dan pengurusan sumber manusia ❑ Penyediaan mekanisme bekalan guru. ❑ Mewujudkan kerjasama dengan IPT tentang latihan guru. ❑ Menambahbaik sistem maklumat guru. ❑ Mewajibkan guru baru berkhidmat di Kawasan pedalaman. 41
TERAS 6 : MELONJAKKAN KECEMERLANGAN INSTITUSI PENDIDIKAN Rujukan : 1) RMK-9: Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010, Edisi Pelancaran. BPPDP, 2006. Kad Laporan keempat seperti Disember 2008 Sebanyak 300 institusi pendidikan yang menyerlah dan cemerlang dalam kluster institusi pendidikan tertentu akan dikenal pasti dan dipilih mengikut elemen utama dan elemen sokongan.Bagi sekolahsekolah yang terpilih, fokus akan diberikan terhadap perkara-perkara berikut : 1.Memastikan kepemimpinan teguh dan berkesan ❑ Pemantapan latihan kepemimpinan guru besar dan pengetua. ❑ Mengenalpasti memilih pengetua, guru besar dan guru penolong kanan. ❑ Menentukan KPI yang perlu dicapai oleh pengetua, guru besar dan guru penolong kanan. 2. Pemilihan guru dan jurulatih berkebolehan dan berkemahiran tinggi ❑ Memilih guru dan jurulatih melalui iklan, permohonan dan temu duga. ❑ Pengetua, guru besar dan guru bersama-sama akan menentukan KPI yang perlu dicapai oleh guru dan jurulatih. ❑ Prestasi guru dan jurulatih akan menentukan sama ada jawatan dikekalkan. 3. Memilih kelompok sekolah cemerlang ❑ Perlantikan sekolah. ❑ Meningkatkan keupayaan dengan memberi autonomi kepada sekolah. 4. Mewujudkan akauntabiliti ❑ Menyediakan pelbagai prosedur untuk memudahkan pelaksanaan program. ❑ Melaksanakan penilaian sekolah kluster. ❑ Melaksanakan penarafan kendiri. ❑ Memperkukuh mekanisme pemastian kualiti kolej matrikulasi. ❑ Memastikan semua program dan ijazah keluaran IPG diiktiraf di dalam dan luar negara. 5. Mewujudkan piawaian dan penandaarasan ❑ Menyediakan pengurusan perubahan dan mengenal pasti amalan terbaik. ❑ Melaksanakan penarafan kendiri. 6.Menjadikan Malaysia Pusat Kecemerlangan Pendidikan ❑ Meningkatkan jalinan antara sekolah-sekolah cemerlang dalam dan luar negara. ❑ Meningkatkan jalinan antara IPG dengan universiti luar negara. ❑ Meningkatkan jalinan Bestari (Smart partnership) antara universiti luar negara. ❑ Mempakejkan dan memasarkan IPG secara berkesan agar negara dapat dikenali sebagai pusat pendidikan guru. ❑ Mempakejkan dan memasarkan sekolah swasta dan antarabangsa untuk menarik minat pelajar. ❑ Meminda dasar sekolah antarabangsa supaya dapat meningkatkan daya saing negara dalam bidang pendidikan di rantau Asia. 42
❑ Melibatkan pelajar, guru dan sekolah dalam pertandingan kokurikulum pada peringkat antarabangsa. ❑ Meningkatkan jalinan kerjasama antara sekolah-sekolah cemerlang di dalam dan luar negara. ❑ Penglibatan dalam badan-badan pendidikan dunia seperti UNESCO, OECD dan IEA. ❑ Menyertai lebih banyak kajian pada peringkat antarabangsa. ❑ Memperkasa kolej matrikulasi. 7. Merintis perubahan dan pembaharuan ❑ Melaksanakan pentaksiran berasaskan sekolah. ❑ Mengadakan P&P berasaskan Model Hasil Pembelajaran (outcome based learning). ❑ Memperkenalkan program alternatif untuk kemasukan ke IPT seperti International Baccalaureate dan peperiksaan Standard Admission Test (SAT) 43
MEMAKSIMUMKAN KEBERHASILAN MURID BAGI SETIAP RINGGIT. BEKERJASAMA DENGAN IBU BAPA, KOMUNITI DAN SEKTOR SWASTA 09 SECARA MELUAS. MENTRANSFORMASI KEBOLEHAN DAN KEUPAYAAN PENYAMPAIAN KEMENTERIAN. MEMANFAATKAN ICT BAGI MENINGKATKAN KUALITI PEMBELAJARAN DI MALAYSIA. 07 MENGUPAYA JPN, PPD DAN SEKOLAH UNTUK MENYEDIAKAN PENYELESAIAN KHUSUS BERASASKAN KEPERLUAN. MEMASTIKAN KEPIMPINAN BERPRESTASI TINGGI DITEMPATKAN DI SETIAP SEKOLAH. 05 MENTRANSFORMASI PROFESION KEGURUAN MENJADI PROFESION PILIHAN. MELAHIRKAN RAKYAT YANG MENGHAYATI NILAI. 03 MEMASTIKAN SETIAP MURID MENGUASAI KEMAHIRAN DALAM BAHASA MALAYSIA DAN BAHASA INGGERIS DAN DIGALAKKAN MEMPELAJARI BAHASA TAMBAHAN. MENYEDIAKAN KESAMARATAAN AKSES KEPADA PENDIDIKAN BERKUALITI BERTARAF ANTARABANGSA. 01 44
PEMbinAAN HUBUNGAN LUAR DAN MASYARAKAT PEMBANGUNAN STAF YANG KOMPREHENSIF 09 PEMbinAAN SISTEM INSTITUSI PERLAKSANAAN DAN PEMANTAUAN YANG BERKESAN : SISTEM PENTADBIRAN PEMbinAAN INSTITUSI PERANCANGAN DAN PENYELIDIKAN 07 PEMbinAAN INFRASTRUKTUR SOKONGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SISTEM PENILAIAN DAN PEPERIKSAAN 05 KURIKULUM YANG RELEVAN GURU YANG PROFESIONAL 03 SEKOLAH YANG BERKESAN PENGETUA DAN GURU BESAR YANG BERKESAN 01 45
Setiap pekerja hendaklah sentiasa berusaha menunaikan tugas mereka masing-masing. Sesebuah organisasi amat bergantung kepada pekerja yang produktif dan cemerlang dalam melaksanakan tugas-tugas yang diberikan. Terdapat etika kerja yang boleh dipraktikkan dalam tugas seharian untuk mendapat keredhaan Tuhan seterusnya meningkatkan kualiti sesebuah organisasi. BEKERJA DENGAN AZAM MENGABDIKAN DIRI KEPADA TUHAN Untuk menghasilkan perkhidmatan yang cemerlang, semangat bekerja sebagai satu pasukan dalam melaksanakan tugas amat penting. Sikap saling bantu membantu di antara pekerja akan menimbulkan suasana bekerja yang aman dan gembira. Sebagai seorang pekerja, seseorang itu hendaklah menyedari bahawa tugas yang dilaksanakan adalah amanah Tuhan. Sekiranya dia tidak menunaikan tugas tersebut sebaik-baiknya, maka bererti dia tidak menunaikan amanah Tuhan. Bekerja juga adalah seperti ibadat. Maka sewajarnya setiap pekerja menunaikan tugas sebaik-baiknya demi kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat. Sesungguhnya Tuhan itu maha melihat dan mendengar. Setiap gerak seseorang itu tidak lepas daripada pandangan-NYA. Seseorang pekerja itu harus menyedari bahawa jawatan yang dipegang adalah hasil permohonannya sendiri. Oleh yang demikian, wajarnya dia menjalankan tugasnya dengan penuh kerelaan dalam usaha mengabdikan diri kepada Tuhan di samping berusaha untuk menyara diri dan keluarga dengan rezeki yang halal. Ketekunan adalah suatu sifat yang perlu ada dalam setiap individu yang bergelar pekerja. Setiap pekerja akan dapat meningkatkan kecekapan dalam menjalankan tugas masing-masing sekiranya meeka tekun. Rasullah s.a.w bersabda yang bermaksud : “Sesungguhnya Allah suka apabila seseorang itu melakukan sesuatu pekerjaan dengan tekun”. Mutu kecekapan seseorang itu akan meningkat sekiranya pekerja itu sanggup belajar dan menambahkan ilmu pengetahuan yang berkaitan dengan tugasnya sepanjang masa. E T I K A K E R J A BEKERJA DENGAN IKHLAS DAN AMANAH BEKERJA DENGAN TEKUN DAN CEKAP BEKERJA DENGAN SEMANGAT SATU PASUKAN DAN BERPADU FIKIRAN 46
KERJA BERPERANCANGAN KEJAYAAN BERPANJANGAN ➢ Pengurusan yang perkasa ➢ Guru kratif dan Inovatif ➢ Fizikal yang kondusif ➢ Aktiviti berimpak tinggi ➢ Jalinan dan Jaringan yang hebat ➢ Murid Unggul 1. Memberikan perkhidmatan yang saksama kepada ibu bapa dan muridmurid 2. Meningkatkan prestasi akademik dan kokurikulum 3. Bertindak segera menangani masalah secara adil dan tasional 4. Membantu dalam melahirkan sahsiah murid berketrampilan dan berwawasan 5. Berkhidmat dengan penuh dedikasi seiring dengan etika professional perguruan 6. Sentiasa menjaga nama baik profesion perguruan berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. 47
Pada 01 Jun 1952, SK Parit Gantong telah ditubuhkan secara bergotong-royong tanpa bantuan dari kerajaan. Bangunan ini mengandungi 2 buah bilik darjah untuk menampung 117 orang murid bersama-sama 2 orang tenaga pengajar Tn. Hj Arshad bin Abd Karim selaku Guru Besar pertama dan dibantu oleh Cikgu Abdul Rahman bin Abdul Ghani. Bangunan tersebut didirikan di atas tanah Lot 2257 seluas 3r.38.7p(0.9992 ekar) yang dhadiahkan oleh En. Md Kiran bin Hassan. Pada 12 Disember 1957 Kerajaan (JKR No. 1610) telah mendirikan bangunan separuh kekal berukuran 20ka x 150ka. Mengandungi 5 bilik darjah untuk menggantikan bangunan lama yang telah uzur dan rosak.M00116Pt.M No Psk(13) Vl 15.0501967. Sekitar tahun 1978 KPM telah meluluskan pembinaan bangunan tambahan 2 tingkat dengan anggaran RM164 000.00- K.P.1580/J/362(2) mengandungi 4 bilik darjah, pejabat, bilik guru, padang dan pagar. Pada 15 September 1079 kerja-kerja pembinaan bangunan tambahan dimulakan siap pada 31 Disember 1980 dan mula beroperasi pada 05 Januari 1981. Pada 02 Fabruari 2002 pula , Lagu Maju Mulia SKPG pertama kali menjadi lagu rasmi sekolah ini di mana komposernya ialah Cikgu Abdul Rahman b Mahat dan penulis liriknya ialah Cikgu Anuar bin Abd Ghafar. Pada 01 Januari 1992, kelas prasekolah telah ditubuhkan di sekolah ini. Pada 09 November 2010, satu blok Prasekolah dan bangunan baru 3 tingkat telah siap dibina. 48
4949