The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Rak Digital E-Books ETE Kolej Vokasional, 2023-09-19 02:54:12

PTA - SMART SWITCH HOSTEL SYSTEM

PTA - SMART SWITCH HOSTEL SYSTEM

SMART SWITCH HOSTEL SYSTEM MOHAMMAD SYAMIL AMRI BIN YUSRYI MUHAMAD HAZIQ IQBAL BIN NOORDIN MUHAMMAD YUS'AASRAF HAFIZ BIN MOHD YUSOF 2022 DIPLOMA TEKNOLOGI ELEKTRIK KOLEJ VOKASIONAL MELAKA TENGAH


i SMART SWITCH HOSTEL SYSTEM Oleh MOHAMMAD SYAMIL AMRI BIN YUSRYI MUHAMAD HAZIQ IQBAL BIN NOORDIN MUHAMMAD YUS'AASRAF HAFIZ BIN MOHD YUSOF Laporan Projek Yang Dikemukakan Kepada Kolej Vokasional Melaka Tengah Bagi Memenuhi Sebahagian Daripada Keperluan Diploma Teknologi Elektrik PROGRAM DIPLOMA TEKNOLOGI ELEKTRIK 2022


ii PENGAKUAN PENULIS “Dengan ini saya akui bahawa laporan ini adalah hasil kerja saya sendiri dan dibuat berdasarkan undang-undang yang termaktub di bawah peraturan Kolej Vokasional. Ia adalah asli berpandukan daripada kajian yang telah dilakukan oleh saya. Pengaturcaraan projek ini masih belum dihasilkan oleh mana-mana pihak atau institusi untuk mana-mana diploma atau kelayakan. Saya dengan ini berjanji sekiranya projek yang dilaksanakan oleh saya melanggar mana-mana syarat yang tertera di atas, segala hasil kerja saya akan digagalkan dan didapati sebagai tidak melengkapkan diploma dan bersetuju untuk dikenakan sebarang tindakan undang-undang di bawah peraturan Kolej Vokasional.” Nama Penulis 1 : Mohammad Syamil Amri Bin usryi No. Kad Pengenalan : 020415-10-0619 Tandatangan : Nama Penulis 2 : Muhamad Haziq Iqbal Bin Noordin No. Kad Pengenalan : 020615-01-0511 Tandatangan : Nama Penulis 3 : Muhammad Yus'aasraf Hafiz Bin Mohd Yusof No. Kad Pengenalan : 021010-04-0165 Tandatangan : Program : Diploma Teknologi Elektrik Nama Kolej : Kolej Vokasional Melaka Tengah Tajuk Projek : Smart Switch Hostel System Tarikh : 24 / 03 / 2021 Penyelia Projek : Pn. Ainnul Hidayah Binti Hisham Tandatangan :


iii PERAKUAN PENYELIA PROJEK (PP) “Saya dengan ini memperakui bahawa telah membaca laporan ini dan segala yang terkandung di dalam adalah benar. Projek ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti serta telah memenuhi segala syarat dan undang-undang di bawah peraturan Kolej Vokasional bagi tujuan penganugerahan Diploma Teknologi Elektrik dan Diploma Kemahiran Malaysia.” Tandatangan : ……………………………………. Nama : ……………………………………. No. Kad Pengenalan : ……………………………………. Tarikh : ………………………………


iv PENGHARGAAN Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bersyukur ke hadrat ilahi kerana dengan izin kurnianya dapat juga saya menyempurnakan tugasan projek ini. Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat sepanjang menjayakan tugasan ini. Terutamanya kepada pensyarah saya iaitu Pn. Ainnul Hidayah Binti Hisham kerana beliau telah banyak memberikan tunjuk ajar kepada saya sepanjang menjayakan tugasan ini. Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada ahli keluarga saya yang telah banyak memberi sokongan bagi menyelesaikan tugasan ini. Terima kasih juga kepada rakan-rakan seperjuangan saya kerana telah banyak menghulurkan bantuan dan kerjasama bagi melaksanakan impian menyempurnakan tugasan ini dengan jayanya. Ucapan ini juga ditujukan keada semua pihak yang telah terlibat dalam menjayakan tugasan ini sama ada secara langsung atau tidak langsung. Segala bantuan yang telah anda hulurkan amatlah saya hargai kerana tanpa bantuan dan sokongan anda semua, tugasan ini tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna. Sekian, terima kasih.


v ABSTRAK Pada era globalisasi ini, tenaga elektrik merupakan elemen terpenting dalam satu sistem pengoperasian sesebuah bangunan kediaman atau komersil. Ini kerana segala sistem yang beroperasi dalam bangunan itu adalah berasaskan kepada bekalan tenaga elektrik. Antara sistem yang terdapat ialah sistem pencahayaan. Namun pengguna di Malaysia yang mengunakan sistem pencahyaan (lampu) ini sering cuai dan menyebabkan pembaziran tenaga elektrik. Sistem yang dikawal secara manual ini memerlukan tenaga manusia untuk menekan suis bagi menghidupkan dan mematikan lampu. Penggunaan yang terlalu kerap juga akan menyebabkan suis atau mentol lampu cepat rosak. Ini semua bergantung kepada kekerapan penggunaan sistem pencahayaan tersebuat di sesebuah bangunan. Projek ‘Smart Switch Hostel System’’ yang dikawal dengan sistem Arduino merupakan satu sistem kawalan yang menggunakan program Arduino UNO. Aturcara untuk membuat sistem kawalan ini dibangunkan ialah dengan menggunakan “Software Arduino’. Sistem ini berfungsi apabila keypad ditekan untuk mengawal lampu dari jarak jauh dan sensor pergerakan dapat mengesan kehadiran orang di bangunan, Lampu penunjuk di pejabat warden juga akan menyala jika lampu di bilik dorm asrama menyala. Lampu penunjuk sensor pergerakan juga akan menyala jika terdapat pelajar di blok asrama.


vi ABSTRACT In this era of globalization, electricity is the most important element in an operating system of a residential or commercial building. This is because all the systems operating in the building are based on electricity supply. Among the systems available are lighting systems. However, consumers in Malaysia who use this lighting system (lamps) are often careless and cause a waste of electricity. This manually controlled system requires manpower to press a switch to turn the lights on and off. Too frequent use will also cause the switch or light bulb to quickly break down. This all depends on the frequency of use of the lighting system in a building. The ‘Smart Switch Hostel System’ project which is controlled with an Arduino system is a control system that uses the Arduino UNO program. The program to make this control system is developed by using "Arduino Software". The system works when the keypad is pressed to control the lights remotely and the motion sensor can detect the presence of people in the building, The indicator light in the warden’s office will also come on if the lights in the dorm room are on. The motion sensor indicator light will also come on if there are students in the dormitory block.


vii ISI KANDUNGAN PERKARA MUKA SURAT Muka Dalam Laporan Projek i Pengakuan Penulis ii Perakuan Penyelia Projek (PP) iii Penghargaan vi Abstrak v– vi Isi Kandungan vii - ix Senarai Jadual x Senarai Rajah xi - xii Senarai Lampiran xiii BAB 1 PENGENALAN 1 1.1 Pendahuluan 1 1.2 Latar Belakang Masalah 2 1.3 Penyaatan Masalah 3 1.4 Tujuan Projek 4 1.5 Objektif Projek 4 1.6 Persoalan Kajian 5 1.7 Skop Projek 5 1.8 Kepentingan Projek 5 BAB 2 KAJIAN LITERATUR 6 2.1 Pengenalan 6 2.2 Teori Kajian 7 2.2.1 Smart 7 2.2.2 Sistem 7 2.2.3 Switch 7 2.2.4 Asrama 8 2.2.5 Smart Switch Hostel System 8 2.3 Kajian Lepas 9 2.4 Ciri Mekanikal 9 2.4.1 Kepingan Cardboard 9 2.5 Ciri Elektrikal 10 2.5.1 Pad Kekunci 10


viii 2.5.2 Perisian Arduino 11 2.5.3 Diod Pemancar Cahaya (LED) 11 2.5.4 Suis Togel 12 2.5.5 Motion Sensor 13 2.6 Rumusan 13 BAB 3 METODOLOGI 14 3.1 Pengenalan 14 3.2 Pembuatan Projek 15 3.3 Carta Alir Pelaksanaan Projek 16 3.4 Carta Gantt 17 3.5 Senarai Harga 18 3.6 Rekabentuk Projek 19 3.7 Saiz Rekabentuk Projek 20 3.8 Langkah- Langkah Penghasilan Rajah Tangga 21 3.9 Proses Membangunkan Projek 21 3.9.1 Membangunkan Aturcara Arduino 21 3.9.2 Merekabentuk Litar 22 3.9.3 Membina Carta Alir Kendalian Projek 23 3.9.4 Membina Prototaip Projek 23 3.10 Kesimpulan 28 BAB 4 DAPATAN DAN ANALISIS 29 4.1 Pengenalan 29 4.2 Analisis Perkakasan Projek 29 4.3 Senarai Alatan Pengujian 30 4.3.1 Pena Ujian 30 4.3.2 Meter Pelbagai 30 4.3.3 Meter Megger 31 4.3.4 Buzzer 31 4.4 Kaedah Pengujian Dan Penentu Ukuran 32 4.4.1 Pengujian Kefungsian Litar 32 4.4.2 Pengujian Terhadap Projek 34 4.5 Pengujian Terhadap Komponen 35 4.6 Keselamatan Dalam Pengujian / Langkah Berjaga – jaga 35


ix 4.7 Keputusan Ujian Keterusan 36 4.8 Keputusan Ujian Penebatan 36 4.9 Membaikpulih Dan Penyelenggaraan 37 4.9.1 Motion Sensor Tidak Berfungsi 37 4.9.2 Relay 4 Channel Tidak Berfungsi 37 4.9.3 Keypad Tidak Berfungsi 38 4.10 Pembangunan Pengaturcaraan Menggunakan Sistem Arduino 39 4.11 Dapatan Dan Analisa Kajian 40 4.12 Kesimpulan 41 BAB 5 PERBINCANGAN, CADANGAN DAN KESIMPULAN 42 5.1 Pengenalan 42 5.2 Perbincangan 42 5.3 Cadangan 44 5.3.1 Cadangan Dapatan Kajian 44 5.3.2 Cadangan Pakar 45 5.4 Kesimpulan 45 5.5 Penutup 46 RUJUKAN 47 LAMPIRAN 48


x SENARAI JADUAL NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT 1 Senarai Harga 18 2 Turutan Penghasilan Litar 21 3 Ujian Keterusan 36 4 Ujian Penebatan 36


xi SENARAI RAJAH NO.RAJAH TAJUK MUKA SURAT 1 Keadaan dorm asrama 9 2 Contoh Cardboard 10 3 Keypad 11 4 Arduino 11 5 Light-Emitting Diode (LED) 12 6 Suis Togel 12 7 Motion Sensor 13 8 Carta Alir Perlaksanaan Projek 16 9 Carta Gantt Perlaksanaan Projek 17 10 Lakaran Rekabentuk Projek 19 11 Lakaran Rekabentuk Bilik Asrama 20 12 Lakaran Rekabentuk Bilik Warden 20 13 Perisian Arduino IDE 21 14 Kod Pengaturcaraan bagi projek 22 15 Rekabentuk litar projek 22 16 Carta Alir Kendalian Projek 23 17 Proses Pengukuran dan Pemotongan Papan 24 18 Proses pengukuran dan Pemotongan Perspektif 24 19 Pemasangan rangka tapak dan Mengecat 25 20 Proses Pemotongan Plastic Corrugated Board 25 21 Proses pencantuman Plastic Corrugated Board 26 22 Proses Membuat Prototaip Bangunan Asrama 26 23 Pembinaan Prototaip Bangunan Pejabat Warden 27 24 Proses pemasangan setiap binaan ke tapak projek 27 25 Pena Ujian 30 26 Meter Pelbagai (Multimeter) 31 27 Meter Megger (Megger Meter) 31 28 Buzzer 32 29 Kendalian Arduino UNO 33 30 Kendalian Motion Sensor 33 31 Kendalian Relay 4 Channel 33 32 Kendalian Keypad 34


xii 33 Sensor Pergerakan 37 34 Relay 4 Channel 38 35 Keypad 38 36 Pengaturcaraan projek menggunakan Arduino IDE 39 37 Aturcara Litar Yang Telah Disemak 39 38 Aturcara Yang Sudah Selesai Dsemak 40 39 Projek Smart Switch Hostel System 41


xiii SENARAI LAMPIRAN NO.LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT A Pengaturcaraan Arduino 48


1 BAB 1 PENGENALAN 1.1 PENDAHULUAN Tenaga elektrik merupakan elemen terpenting dalam satu sistem pengoperasian sesebuah bangunan kediaman atau komersil. Ini kerana segala sistem yang beroperasi dalam bangunan itu adalah berasaskan kepada bekalan tenaga elektrik. Antara sistem yang terdapat ialah sistem pencahayaan. Namun pengguna di Malaysia yang mengunakan sistem pencahyaan (lampu) ini sering cuai dan menyebabkan pembaziran tenaga elektrik. Sistem yang dikawal secara manual ini memerlukan tenaga manusia untuk menekan suis bagi menghidupkan dan mematikan lampu. Penggunaan yang terlalu kerap juga akan menyebabkan suis atau mentol lampu cepat rosak. Ini semua bergantung kepada kekerapan penggunaan sistem pencahayaan tersebuat di sesebuah bangunan. Sistem pencahayaan di sesebuah bangunan memerlukan penggunaan pada skala yang besar. Kawalan keluar masuk seseorang itu juga susah untuk dikawal. Oleh itu penggunaannya agak susah untuk dikawal dalam satu-satu masa. Antara contoh di bangunan-bangunan asrama, dimana para pelajar sering tidak mengikut peraturan yang ditetapkan untuk menutup lampu dan keluar masuk dorm sesuka hati tidak mengikut masa yang ditetapkan. Kecuaian pelajar ini juga akan mengakibatkan pembaziran penggunaan tenaga elektrik. Selain daripada bangunan asrama, sistem ini juga boleh digunakan pada bangunan-bangunan bertingkat seperti, pejabat. Ini kerana kawasannya yang besar dan mempunyai banyak bilik-bilik pejabat dimana, sukar untuk menghidup dan mematikan lampu pada setiap bilik dan mengenal pasti jika terdapat seseorang yang masuk ke suatu bilik tersebut pada waktu yang singkat.


2 Sistem kawalan lampu yang menggunkan suis secara manual akan menyebabkan penggunaan tenaga manusia dan masa yang lama diambil untuk menghidupkan dan mematikan lampu di sesebuah bangunan bertingkat. Jika berlaku kecuaian pengguna seperti lupa untuk menutup lampu selepas digunakan dan masuk ke dorm pada waktu yang tidak sepatutnya, orang yang bertangguangjawab untuk mematikan lampu itu tidak dapat mengetahui jika terdapat pelajar yang berada di dorm atau bilik tersebut. Orang yang bertanggungjawab perlu ke bilik yang mempunyai lampu yang masih bernyala dan mematikannya secara manual. Ini akan menyukarkan orang yang bertanggungjawab tersebut. Panel pengesan yang boleh menghidupkan dan mematikan lampu perlu ada bagi memudahkan untuk mengawal sistem pencahayaan di sesebuah bangunan bertingkat tersebut. Oleh itu kami memilih projek ini adalah bertujuan untuk memudahkan tugas warden bagi mengawal pergerakan pelajar di asrama dan mengesan kehadiran pelajar di satu-satu dorm. Kami akan membina sebuah prototaip Smart Switch Hostel System di mana warden boleh mengawal suis lampu dan kipas di asrama dan mengesan jika terdapat pelajar yang naik ke dorm. Hal ini demikian kerana salah satu peraturan di asrama adalah mereka perlu menutup lampu selepas jam 11 malam dan tidak boleh naik ke dorm pada waktu sesi pembelajaran. 1.2 LATAR BELAKANG MASALAH Projek kami ini diilhamkan daripada hasil pemantauan yang dibuat di mana kawalan terhadap peralatan elektrik seperti lampu dan kipas secara manual dan memerlukan tenaga manusia dan masa yang banyak untuk mengawal sistem sitem lampu kipas ini. Secara istilah kawalan lampu biasanya digunakan untuk menunjukkan kawalan pencahayaan yang tersendiri dalam ruang. Ini mungkin merangkumi sensor penghunian, sekatan masa, dan photocells yang berwayar keras untuk mengawal kumpulan lampu tetap secara bebas. Penyesuaian berlaku secara manual di setiap lokasi peranti. Kecekapan dan pasaran untuk kawalan pencahayaan kediaman telah dicirikan oleh Konsortium untuk Kecekapan Tenaga. Kawalan lampu secara manual adalah sistem kawalan lampu yang memang sudah digunakan sejak dahulu lagi. Namun begitu, pada era yang semakin menaik ini kawalan lampu manual ini masih digunakan di kebanyakkan bangunan-bangunan yang bertingkat di negara kita ini. Hal ini demikian kerana pengguna tidak didedahkan dengan sistem kawalan lampu automatik yang telah sedia ada pada masa kini. Hal ini juga demikian kerana


3 penggunaan sistem kawalan lampu secara automatik memerlukan kos pembinaan yang tinggi berbanding dengan sistem kawalan lampu secara manual. Oleh itu ia menyebabkan pengguna memerlukan tenaga yang banyak untuk menutup kesemua suis lampu yang berada di bangunan- bangunan yang bertingkat di samping ia juga akan membazirkan masa. Namun begitu, meskipun di bangunan yang perlu sentiasa dikawal seperti asrama mereka juga masih menggunakan sistem kawalan lampu manual yang memerlukan tenaga manusia bagi mengawalnya. Sebenarnya tanpa kita sedar hal ini akan menambahkan kesukaran pada warden yang mengawal ataupun menjaga asrama bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku contohnya pembaziran elektrik, kenaikan kos bil pembayaran elektrik dan banyak lagi. Di mana-mana sahaja kita dapat melihat perkara seperti ini boleh terjadi meskipun di asrama harian. Sifat tidak tidak mengambil kesah tentang pembaziran elektrik salah satu sebab utama mengapa perkara seperti ini berlaku. Namun begitu kita juga tidak boleh sepenuhnya menyalahkan sifat masyarakat yang tidak mengambil tahu tentang pembaziran elektrik ini kerana sistem kawalan secara automatik ini memerlukan kos yang tinggi bagi pembuatannya. Faktor- faktor ini menjadi pendorong utama kajian mengenai cara untuk mengawal lampu secara automatik. 1.3 PERNYATAAN MASALAH Sistem kawalan lampu secara manual merupakan sistem kawalan lampu yang banyak digunakan sejak dahulu lagi. Meskipun begitu pada masa kini dikatakan masih banyak bangunan asrama yang bertingkat masih menggunakan sistem kawalan lampu secara manual. Hal ini boleh menyebabkan kesukaran kepada warden yang menjaga blok-blok asrama untuk menutup kesemua lampu pada masa yang ditetapkan disamping perlu menggunakan tenaga yang banyak. Contohnya warden perlu untuk naik ke tingkat yang tinggi untuk memeriksa adakah lampu sudah ditutup oleh para pelajar. Selain itu, Hal ini juga boleh menyebabkan berlakunya pembaziran tenaga elektrik jika lampu tidak ditutup meskipun sudah tidak digunakan. Ia juga akan menambahkan kos bagi pembayaran bil elektrik yang begitu tinggi. Selain itu, ia juga akan menambahkan kerja warden untuk berjaga hingga tengah malam semata-mata untuk memastikan pelajar tidak membuka lampu pada lewat malam. Oleh itu, projek ini dibangunkan bagi memudahkan tugas warden bagi mengawal pergerakan pelajar di asrama.


4 1.4 TUJUAN PROJEK Tujuan projek prototaip ini direkabentuk dan dibangunkan adalah bertujuan untuk menyelesaikan masalah mengenai kesukaran untuk menghidupkan dan mematikan lampu pada jarak yang jauh apabila tiada orang yang menggunakan lampu di kawasan atau sesebuah bilik tersebut dan mengesan pergerakan pelajar keluar masuk dorm di asrama. Projek ini dijangka dapat menjimatkan penggunaan tenaga elektrik, tenaga manusia dan masa untuk mengawal sistem pencahayaan di sesebuah bangunan asrama. Disamping itu, dengan adanya prototaip ini juga, dapat memberikan keuntungan kepada penggunaanya kerana dapat menyelesaikan masalah sampingan berkaitan masalah untuk menghidupkan dan mematikan lampu pada masa yang singkat dan mudah disamping dapat memberi gambaran kepada pengguna mengenai projek yang kami bangunkan. Prototaip ini boleh digunapakai di bangunan-bangunan bertingkat seperti, bangunan asrama pelajar, pejabat, dan kawasan yang mempunyai banyak bilik yang menggunakan banyak suis dan lampu. Projek ini dapat mengurangkan kos pembayaran bil elektrik di sesebuah bangunan bertingkat. Dengan adanya prototaip ini, pembaziran elektrik dapat dielakkan kerana sistem pencahayaan di sesebuah bangunan akan lebih terkawal. Projek ini juga dihasilkan bertujuan memperkenalkan prototaip yang lebih efektif, berkualiti, menjimatkan kos dan memudahkan pengguna yang mengawalnya. 1.5 OBJEKTIF PROJEK Untuk mencapai tujuan dalam membangunkan prototaip ini, objektif projek yang telah dikenalpasti adalah : i. Mereka bentuk prototaip Smart Swicth Hostel System yang dapat dikawal melalui keypad yang dipasang dengan arahan kawalan pengaturcaraan Arduino. ii. Membangunkan pengaturcaraan menggunakan perisian Arduino yang dapat mengawal lampu dan mengesan pergerakan pelajar di dalam dorm asrama. iii. Membangunkan prototaip Smart Swicth Hostel System yang boleh menunjukkan kawalan penggunaan lampu dan pergerakan pelajar di dalam dorm asrama.


5 1.6 PERSOALAN KAJIAN Kajian projek ini dijalankan bagi mendapatkan jawapan beberapa persoalan sperti berikut : i. Bagaimana rekabentuk prototaip Smart Swicth Hostel System ii. Bagaimanakah pembangunan prototaip Smart Switch Hostel System dilakukan iii. Adakah prototaip Smart Switch Hostel System ini dapat beroperasi dengan baik. 1.7 SKOP PROJEK Skop projek ini adalah terhad kepada : i. Pembinaan prototaip yang merangkumi ciri-ciri kendalian yang mudah untuk diguna iaitu kawalan lampu dari jarak yang jauh menggunakan keypad. ii. Kawalan sistem pencahayaan jarak jauh yang digunakan pada bangunan bertingkat seperti asrama. iii. Pengawalan sepenuhnya penggunaan tenaga elektrik di sesebuah bangunan bertingkat. 1.8 KEPENTINGAN PROJEK Pembangunan prototaip ini dilakukan bagi membantu perkembangan teknologi dan menjadi pemangkin daya fikir kepada masyarakat yang lebih baik. Ia juga dapat membantu mempermudahkan pengurusan seharian manusia. Dengan adanya projek ini, ia dapat melahirkan daya fikir yang kreatif dan inovatif semasa penghasilan projek. Smart Switch Hostel System ini juga dapat memberi kemudahan kepada warden-warden yang bertugas di asrama terutama asrama yang mempunyai ramai penghuni. Ini kerana masalah dapat diatasi dengan mengurangkan penggunaan tenaga manusia di bangunan-bangunan asrama dengan adanya sistem yang mengawal lampu di asrama ini. Tambahan lagi, dengan penggunaan Smart Switch ini dapat menjimatkan masa untuk menutup lampu-lampu di dorm asrama pada masa yang ditetapkan dan dapat mengesan pergerakan pelajar di asrama.


6 BAB 2 KAJIAN LITERATUR 2.1 PENGENALAN Kajian literatur ini dibuat untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan projek yang akan dibangunkan . Dalam konteks rekabentuk ini, kajian yang terperinci dalam segala aspek adalah penting untuk memastikan setiap proses dapat dijalankan dengan baik. Kemajuan teknologi pada masa kini tiada had dan sempadan. Manusia telah mencuba mencipta pelbagai peralatan atau sistem yang dapat memudahkan kehidupan seharian mereka. Kemana sahaja kita berada kita dapat melihat pelbagai jenis alat kawalan elektrik yang digunakan untuk memenuhi keperluan pengguna. Pembinaan sistem kawalan prototaip ini memerlukan dua aspek pembinaan iaitu dari segi ciri mekanikal dan ciri elektrikal. Kajian dari segi ciri mekanikalnya ialah ianya dibina dengan menggunakan corrugated board untuk membentuk rangkanya. Manakala kajian dari ciri elektrikal pula, alat dan komponen elektrik yang terlibat ialah panel kawalan yang menunjukkan penggunaan lampu di setiap bilik asrama. Keypad, untuk mengawal sistem pencahyaan asrama dari jarak yang jauh, dan mentol LED yang boleh dikawal dengan menggunakan sistem kawalan asrama ini.


7 2.2 TEORI KAJIAN Pembangunan projek ini dilakukan dengan menggunakan pendekatan melalui teoriteori dan kaedah-kaedah perlaksanannya berdasarkan konsep sesuatu kajian. Pembangunan projek ini menggunakan teori kawalan menggunakan keypad sebagai rujukan untuk mempelajari lagi objektif utama pembangunan prototaip Smart Switch Hostel System. 2.2.1 Smart Menurut George T. Doran(1981). Kelebihan utama objektif SMART adalah bahawa mereka lebih mudah difahami dan mengetahui bila ia telah dilaksanakan. Kriteria SMART biasanya dikaitkan dengan pengurusan Peter Drucker mengikut konsep objektif. Selalunya, daripada istilah S.M.A.R.T., matlamat dan objektif akan muncul. Walaupun akronim SMART pada umumnya tetap sama, objektif dan matlamat boleh berbeza. Matlamat adalah tujuan tersendiri yang dapat dijangkakan dari penugasan atau projek. Objektif sebaliknya adalah langkah- langkah yang ditentukan yang akan mengarahkan penyelesaian sepenuhnya projek. 2.2.2 Sistem Menurut Marshall McLuhan, "Sistem" bermaksud "sesuatu untuk dilihat". Anda mesti mempunyai kecerunan visual yang sangat tinggi untuk melakukan sistematisasi. Tetapi dalam falsafah, sebelum Descartes, tidak ada "sistem". Plato tidak mempunyai "sistem". Aristoteles tidak mempunyai "sistem". Sistem adalah sekumpulan elemen yang saling berinteraksi atau saling berkaitan yang bertindak mengikut sekumpulan peraturan untuk membentuk keseluruhan yang bersatu. Sistem, dikelilingi dan dipengaruhi oleh persekitarannya, digambarkan oleh sempadan, struktur dan tujuannya dan dinyatakan dalam fungsinya. Sistem adalah subjek kajian teori sistem. 2.2.3 Switch Dalam kejuruteraan elektrik, switch adalah komponen elektrik yang dapat memutuskan atau menghubungkan jalan pengalir dalam litar elektrik, mengganggu arus elektrik atau mengalihkannya dari satu konduktor ke konduktor yang lain. Jenis switch yang paling biasa adalah peranti elektromekanikal yang terdiri daripada satu atau lebih set kenalan elektrik bergerak yang disambungkan ke litar luaran. Apabila


8 sepasang kenalan menyentuh arus dapat melintas di antara mereka, sementara ketika kontak dipisahkan tidak ada arus yang dapat mengalir. 2.2.4 Asrama Asrama adalah bentuk penginapan bersosial jangka pendek dan murah di mana para tetamu boleh menyewa tempat tidur, biasanya tempat tidur susun di asrama, dengan penggunaan ruang santai dan kadang-kadang dapur. Bilik persendirian juga boleh didapati, tetapi tempat penginapan ini mesti menawarkan asrama untuk dianggap sebagai asrama. Asrama adalah bentuk penginapan yang popular untuk backpacker, pelancong kitaran, dan pelancong tahun. Mereka adalah sebahagian daripada perkongsian ekonomi. Faedah asrama merangkumi kos dan peluang yang lebih rendah untuk bertemu orang dari seluruh dunia, mencari rakan kembara, dan berkongsi idea perjalanan. Menyediakan tempat penginapan yang berharga murah, di mana para tetamu boleh menyewa katil, biasanya katil dua tingkat, di dalam asrama dan berkongsi bilik mandi, ruang tamu dan kadang-kadang dapur.Di Malaysia, India, Pakistan dan Afrika Selatan, hostel juga merujuk kepada sekolah berasrama atau bilik asrama pelajar di kolej dan universiti. Di bahagian lain di dunia, perkataan hostel terutamanya merujuk kepada bangunan yang menawarkan penginapan berkongsi kepada pelancong atau pengembara beg galas. 2.2.5 Smart Switch Hostel System Smart Switch Hostel System adalah satu sistem yang boleh dikawal dari jarak jauh dan boleh digunakan pada bangunan-bangunan asrama. Sistem ini digunakan untuk mengawal lampu dari jarak yang jauh dan mengesan kehadiran pelajar di dorm. Dengan adanya sistem ini, ianya dapat memudahkan para warden untuk mengawal lampu di bangunan-bangunan asrama. Contohnya warden tidak perlu ke setiap dorm untuk menutup suis lampu jika berlaku kelalaian para penghuni di asrama. Hal ini dapat menjimatkan masa dan tenaga para warden disamping penggunaan tenaga elektrik juga dapat dijimatkan.


9 2.3 KAJIAN LEPAS Menurut Emelia Ernie (2008), kajian secara jurnal , majalah, dan buku juga secara tidak langsung ia boleh membantu dalam usaha untuk mengkaji dan menyiapkan projek yang dijalankan . Kajian ini dilakukan berdasarkan sistem dan penggunaan alat atau komponen yang berkaitan ataupersamaan dengan projek yang akan dibangunkan. Kaedah yang dilakukan boleh memberi sedikit gambaran bagi membangunkan projek yang baharu. Terdapat projek seumpamanya yang pernah dihasilkan tetapi masih menggunakan suis secara manual di mana 1 suis utama mengawal suis kawalan yang lain. Maka, individu yang terlibat masih perlu mengambil tahu atau maklum sama ada suis lampu perlu ditutup atau pun tidak. Pembangunan projek Smart Switch Hostel System adalah menggunakan konsep kawalan automatik yang berbeza daripada projek-projek seumpamanya sebelum ini. 2.4 CIRI MEKANIKAL Bagi mekanikal, prototaip bagi keratan rentas dorm asrama.dalam aras yang sama akan dibina. Prototaip binaan ini akan dipasangkan dengan litar kawalan bagi menunjukkan bagaimana sistem kawalan tersebut beroperasi. Prototaip ini akan dibina menggunakan kepingan cardboard. Rajah 1 : Keadaan dorm asrama 2.4.1 Cardboard Menurut Anne Brontë (1848) menyebutnya dalam novelnya, The Tenant of Wildfell Hall. Saudara-saudara Kellogg pertama kali menggunakan kadbod karton untuk


10 menyimpan bijirin jagung serpihan mereka, dan kemudian, ketika mereka mulai memasarkannya kepada masyarakat umum, beg kertas lilin yang ditutup dengan panas dibungkus di luar kotak dan dicetak dengan nama jenama mereka. Kadbod adalah istilah umum untuk produk berasaskan kertas tugas berat yang mempunyai ketebalan yang lebih besar dan daya tahan yang lebih tinggi atau sifat mekanik khusus lain terhadap kertas; seperti lipatan, ketegaran dan rintangan hentaman. Pembinaannya boleh terdiri dari kepingan tebal yang dikenali sebagai papan kertas hingga papan gentian bergelombang yang terbuat dari beberapa lapisan bergelombang dan rata. Rajah 2 : Contoh Cardboard 2.5 CIRI ELEKTRIKAL Bagi ciri elektrikal, litar kawalan bagi projek Smart Switch Hostel System akan dibangunkan bagi mengawal dengan litar yang berkaitan dengan arahan daripada komponen elektrik dan elektronik yang dipasang. Komponen serta peralatan elektrik dan elektronik ini mempunyai pelbagai jenis dan setiap satunya mempunyai fungsi yang berlainan. 2.5.1 Pad Kekunci Pad kekunci adalah blok atau pad butang yang disusun dengan susunan digit, simbol, atau huruf abjad. Pad yang kebanyakannya mengandungi nombor dan digunakan dengan komputer adalah papan kekunci berangka. Pad kekunci terdapat pada peranti yang memerlukan input berangka terutamanya seperti kalkulator, alat kawalan jauh


11 televisyen, telefon butang tekan, mesin layan diri, ATM, peranti Titik Jualan, kunci kombinasi, dan kunci pintu digital. Banyak peranti mengikut standard E.161 untuk susunannya. Rajah 3: Keypad 2.5.2 Perisian Arduino Reka bentuk papan Arduino menggunakan pelbagai mikropemproses dan pengawal. Papan dilengkapi dengan set pin input / output (I / O) digital dan analog yang mungkin dihubungkan ke pelbagai papan pengembangan ('perisai') atau papan roti (untuk prototaip) dan litar lain. Papan ini mempunyai antara muka komunikasi bersiri, termasuk Universal Serial Bus (USB) pada beberapa model, yang juga digunakan untuk memuatkan program. Mikrokontroler dapat diprogramkan menggunakan bahasa pengaturcaraan C dan C ++, menggunakan API standard yang juga dikenal sebagai "bahasa Arduino". Selain menggunakan rantai alat penyusun tradisional, projek Arduino menyediakan persekitaran pembangunan bersepadu (IDE) dan alat baris perintah (arduino-cli) yang dikembangkan di Go. Rajah 4 : Arduino 2.5.3 Diod Pemancar Cahaya (LED) Diod pemancar cahaya (LED) adalah sumber cahaya semikonduktor yang memancarkan cahaya ketika arus mengalir melaluinya. Elektron dalam


12 semikonduktor bergabung semula dengan lubang elektron, membebaskan tenaga dalam bentuk foton. Warna cahaya (sepadan dengan tenaga foton) ditentukan oleh tenaga yang diperlukan agar elektron melintasi jurang pita semikonduktor. Cahaya putih diperoleh dengan menggunakan beberapa semikonduktor atau lapisan fosfor pemancar cahaya pada alat semikonduktor. Rajah 5 : LED 2.5.4 Suis Togel Suis Togel merupakan sejenis alat yang boleh memutuskan litar elektrik, menghentikan aliran arus elektrik ataupun mengalihkan arah aliran tersebut dari satu pengalir ke pengalir yang lain. Jenis suis yang paling lazim ialah jenis kendalian elektromekanikal dengan satu atau lebih set sesentuh elektrik. Setiap set sesentuh boleh jadi salah satu daripada dua keadaan - sama ada 'tertutup' yang bermaksud kedua-dua sesentuh adalah bersentuhan dan membenarkan aliran elektrik, ataupun 'terbuka' yang bermaksud sesentuh adalah berasingan dan tidak mengalirkan arus elektrik. Rajah 6 : Suis Togel


13 2.5.5 Motion sensor Motion sensor adalah peranti yang mengesan objek yang bergerak, terutama Manusia. Peranti sedemikian biasanya diintegrasikan sebagai komponen sistem yang secara automatik melaksanakan tugas atau memberi amaran pengguna gerakan di kawasan. Ia membentuk komponen keselamatan yang penting, kawalan lampu automatik, kawalan rumah, kecekapan tenaga dan lain-lain sistem yang berguna. Motion sensor ini sangat sensitive terhadap pergerakan dan akan menangkap pergerakan lalu mengaktifkan lampu lampu penunjuk yang menunjukkan terdapat pergerakan di satu-satu kawasan tersebut. Rajah 7 : Motion Sensor 2.6 Rumusan Susunan fakta-fakta serta teori-teori yang telah diterangkan di atas, pengkaji berharap agar ia dapat membantu dan diaplikasikan pada projek yang akan dibangunkan ini. Seterusnya, kajian ini juga membolehkan pengkaji mengetahui dengan lebih mendalam mengenai maklumat berkaitan Smart Switch Hostel System, terutamanya setiap unit komponen elektronik yang terdapat dalam litar kawalan lampu jarak jauh ini. Di sini pengkaji juga dapat mengetahui jenis kawalan yang sesuai untuk digunakan di bangunan-bangunan asrama. Dengan itu, beberapa objektif kajian juga dapat dicapai melalui penemuan informasi dan maklumat baru dari pengkaji.


14 BAB 3 METADOLOGI 3.1 Pengenalan Dalam bab 3 ini perkara yang dibincangkan adalah terperinci dan spesifik dalam menentukan kaedah dan proses dalam pemilihan litar, bahan, komponen dan sebagainya agar menghasilkan projek Smart Switch Hostel System ini. Menurut Zamuddin (2007), menyatakan bahawa metodologi adalah satu kaedah atau atau tatacara yang digunakan bagi menghasilkan projek. Metadologi kebiasaanya menjadi penentu yang akan membantu pengkaji untuk menjalankan kajian ke atas projek yang dihasilkan dengan lebih sistematik dan produktif mengikut prosedur perancangan kerja yang telah ditetapkan. Sehubungan itu, metadologi ini boleh dikatakan dapat melancarkan perancangan penghasilan projek tanpa menghadapi sebarang masalah. Dengan kata lain, menerusi bab ini segala maklumat bab ini segala maklumat berkaitan dengan pembangunan projek lebih mendalam dan idea berkaitan dengan aspek pemilihan bahan, reka bentuk projek dan penyeneraian litar yang digunakan. Rentatan daripada hal itu, skop pembangunan projek Smart Switch Hostel System dikecilkan agar maklumat kajian yang diperoleh dapat dianalisis bagi menjawab persoalan yang dimukakan.


15 3.2 PEMBUATAN PROJEK Di dalam pembuatan projek ini, proses ini dilakukan setelah segala proses perancangan projek selesai dilakukan. Pada permulaan proses pembuatan projek ini kami membuat lukisan lakaran untuk mendapatkan gambaran yang sebenar. Kami telah menjalani proses perancangan untuk mendapatkan persetujui dari penyelia kami. Keterangan proses penstrukturan perlaksanaan projek keseluruhannya adalah seperti berikut:- i. Mula - Memilih tajuk projek yang sesuai ii. Proses/Pemilihan - Merekabentuk projek iii. Proses - Mengenal pasti komponen. iv. Proses - Membeli bahan komponen v. Proses - Membangunkan aturcara vi. Pemilihan - Menggunakan Arduino vii. Pemilihan - Pengujian dan membaik pulih viii. Proses - Merekabentuk rangka projek ix. Proses - Memasang pada projek x. Proses - Kerja mekanikal xi. Pemilihan - Baik pulih dan pengujian xii. Proses - Persediaan laporan projek xiii. Tamat - Pembentangan projek


16 3.3 CARTA ALIR PELAKSANAAN PROJEK Bagi melaksanakan projek Smart Switch Hostel System ini, kami telah menyediakan carta alir bagi memastikan segala proses berjalan dengan lancar. Rajah 1 menunjukkan carta alir perlaksanaan projek. Rajah 8 : Carta Alir Perlaksanaan Projek


17 3.4 CARTA GANTT PROJEK Rajah 2 menunjukkan carta gantt bagi perlaksanaan projek Smart Switch Hostel System. Rajah 9 : Carta Gantt Perlaksanaan Projek


18 3.5 KOS PROJEK Sebuah projek memerlukan bahan dan peralatan untuk memudahkan pengkaji melakukan projek dengan sempurna. Jadual dibawah menunjukkan senarai bahan dan peralatan yang digunakan dalam projek ini. Jadual 1: Senarai Harga No. Senarai bahan Kos (RM) 1 Male-Male Jumper cable 5.00 2 Female-Female Jumper cable 5.00 3 Male-Female Jumper cable 5.00 4 Adaptor 12V 1A (UK Plug) 15.00 5 Arduino Uno 26.00 6 Extender 5.00 7 Motion Sensor 21.00 8 Toggle Switch 20.00 9 Relay 4 Channel 28.00 10 LED 5V Superbright 17.50 11 LED 2.00 12 Corrugated Board 12.00 13 Keypad 28.00 JUMLAH KOS PROJEK 189.50


19 3.6 REKABENTUK PROJEK Rajah 8 di bawah menunjukkan gambar rajah rekabentuk projek Smart Switch Hostel System. Rajah 10 : Lakaran rekabentuk projek. Rekabentuk merupakan pengetahuan tanpa penyusunan bahan secara terancang untuk menghasilkan sesuatu projek yang dapat memberikan impak kepada kehidupan manusia. Rekabentuk yang dihasilkan perlulah memainkan peranan bagi menepati tujuan dan keperluan yang dikehendaki serta dapat mencapai objektif sesuatu projek tersebut. Idea bagi rekabentuk projek smart switch hostel system diterjemahkan di dalam lakaran untuk memudahkan projek ini dikemaskini dan membuat penambahbaikan.


20 3.7 SAIZ REKABENTUK PROJEK Gambarajah di bawah menunjukkan lakaran-lakaran bahagian-bahagian dan ukuran pada projek Smart Switch Hostel System. Lakaran ini menjadi panduan semasa membangunkan prototaip projek. Rajah 11 : Lakaran Rekabentuk Bilik Asrama Rajah 12 : Lakaran Rekabentuk Bilik Warden


21 3.8 LANGKAH-LANGKAH PENGHASILAN RAJAH TANGGA BIL. PROSES KETERANGAN 1 Membuat tajuk Memilih tajuk yang bagus dan mengikut kesesuaian projek. 2 Mereka projek Mula melakukan projek dengan membuat litar skematik. 3 Pencarian komponen Mencari komponen yang diperlukan pada litar berdasarkan litar Arduino. 4 Pemilihan komponen Memilih komponen yang sesuai dan mengikut pada litar Arduino yang dibekalkan. 5 Menggunakan komponen Masukkan semua komponen yang terlibat dan mula membuat penyambungan pada litar Arduino tersebut. Jadual 2 : Turutan penghasilan litar 3.9 PROSES MEMBANGUNKAN PROJEK 3.9.1 Membangunkan Aturcara Arduino Proses untk membangunkan sistem ini berfungsi dengan menggunakan pengaturcaraan. Oleh itu, untuk memprogramkan litar projek ini perlulah memilih perisian yang bersesuaian. Arahan dan kawalan yang dilakukan semasa litar projek beroperasi adalah berdasarkan perisian pada sistem arduino yang telah dimasukkan ke dalam litar. Rajah di bawa menunjukkan aturcara sistem arduino bagi projek Smart Switch Hostel System Rajah 13 : Perisian Arduino IDE yang digunakan untuk pengaturcaraan


22 Rajah 14 : Kod pengaturcaraan bagi projek ini 3.9.2 Merekabentuk Litar Rajah 13 menunjukkan rekabentuk litar bagi projek Smart Switch Hostel System yang dibangunkan dengan menggunakan sistem Arduino. Rajah 15 : Rekabentuk litar projek


23 3.9.3 Membina Carta Alir Kendalian Projek Rajah 14 menunjukkan carta alir proses kerja Smart Switch Hostel System yang dibangunkan. Aturcara Arduino dibangunkan bagi memenuhi proses kerja yang dikehendaki. Rajah 16 : Carta alir kendalian projek 3.9.4 Membina Prototaip Projek Gambar rajah di bawah menunjukkan proses pembuatan projek Smart Switch Hostel System. Proses dimulakan dengan membangunkan prototaip bagi dipasang pada projek ini. Kemudian aturcara sistem Arduino dibangunkan merujuk kepada reka bentuk dan perlaksanaan carta alir proses kerja dengan menggunakan Arduino UNO. MULA LED MENYALA KEYPAD SUIS TOGEL LAMPU PENUNJUK MOTION SENSOR LAMPU PENUNJUK SENSROR


24 Rajah 17 : Proses pengukuran dan pemotongan papan Proses membuat pengukuran dan pemotongan papan untuk rangka tapak, sisi kanan dan sisi kiri. Proses ini menggunakan alatan tangan dan mesin pemotong kayu. Rajah 18 : Proses pengukuran dan pemotongan papan perspektif


25 Proses ini dilakukan bagi membuat penandaan dan pemotongan papan perspektif untuk membentuk bangunan projek. Rajah 19 : Pemasangan rangka tapak projek dan proses mengecat tapak projek Rangka projek ini dipasang untuk membentuk tapak bagi projek yang ingin dibangunkan. Ia digunakan sebagai penghadang. Pemasangan rangka projek ini menggunakan Aluminium Angle Iron. Seterusnya ianya dicat untuk penampakan yang lebih kemas. Rajah 20 : Proses pemotongan Plastic Corrugated Board


26 Proses seterusnya ialah mengukur dan memotong Plastic Corrugated Board untuk membentuk bangunan asrama. Rajah 21 : Proses pencantuman Plastic Corrugated Board Proses pencantuman Plastic Corrugated Board ini adalah untuk membentuk prototaip bangunan asrama bagi projek ini. Pencantuman dilakukan dengan menggunakan Hot Glue Gun. Rajah 22 : Proses membuat prototaip bangunan asrama


27 Proses membuat prototaip bangunan asrama ini dilakukan dengan mencantumkan setiap bahagian yang telah dipotong kepada satu dengan menggunakan Hot Glue Gun. Rajah 23 : Pembinaan prototaip bangunan pejabat warden Proses pembinaan prototaip pejabat warden ini menggunakan PVC Board. Prototaip pejabat warden ini dijadikan sebagai panel kawalan bagi projek ini. Rajah 24 : Proses pemasangan setiap binaan ke tapak projek Proses memasang prototaip bangunan asrama dan pejabat warden ke tapak projek dengan menggunakan Hot Glue Gun.


28 3.6 Kesimpulan Secara keseluruhan bab 3 ini menerangkan mengenai rekabentuk projek, pemilihan litar dan komponen yang digunakan dalam membina projek, menunjukkan perancangan perlaksanaan projek yang mewakili oleh carta alir, menerangkan jangkaan hasil projek dan analisis yang perlu dilaksanakan untuk memastikan semua kaedah yang digunakan dapat menghasilkan produk yang berkualiti dan boleh berfungsi dengan baik serta mencapai objektif projek. Penghasilan produk yang baik tidak akan dapat dicapai sekiranya peringkat metodologi kajian tidak dapat dilaksanakan dengan baik.


29 BAB 4 DAPATAN DAN ANALISIS 4.1 PENGENALAN Dalam bab ini, pengkaji membincangkan tentang hasil penganalisaan yang telah dijalankan terhadap beberapa aspek penting dalam penghasilan projek Smart Switch Hostel System. Ia merupakan elemen yang penting dan perlu ada di dalam sesuatu penulisan bagi mendomentasikan sesuatu projek dengan lebih tepat dan terperinci. Analisa ini dijalankan mengikut pelbagai kaedah dan instrument yang bersesuaian dengan projek yang dibangunkan. Seterusnya dalam bab ini juga pengkaji akan menjelaskan tentang keputusan bagi setiap pengujian yang telah dijalankan. Malah, keputusan bagi pengujian ini juga merupakan perkara yang sangat penting dalam kejayaan sesuatu produk yang dihasilkan serta menggambarkan keberkesanan dan kesempurnaan kajian yang dijalankan. 4.2 ANALISIS PERKAKASAN PROJEK Projek Smart Switch Hostel System ini melakukan pengujian dan membuat analisis dari segi aspek kebolehfungsian keypad untuk mengawal setiap lampu yang berada pada lampu LED yang telah dipasang dari jarak yang jauh. Voltan bekalan yang bersesuaian juga perlu diambil kira supaya tidak berlakunya litar terbakar yang boleh menyebabkan komponen di dalam litar rosak.


30 4.3 SENARAI ALATAN PENGUJIAN Setelah proses membangunkan dan merekabentuk projek Smart Switch Hostel System, pengujian terhadap projek perlulah dilakukan. Antara alat pengujian yang digunakan ialah pena ujian (test pen), meter pelbagai (multimeter), meter megger (megger meter) dan Buzzer. Rajah di bawah menunjukkan alatan pengujian yang digunakan dalam pengujian projek ini. 4.3.1 Pena Ujian (Test Pen) Pena ujian digunakan sebagai alat ujian bagi mengesan kehadiran arus elektrik yang mengalir melalui sesuatu litar hidup. Ia juga digunakan untuk mengesan kebocoran arus elektrik atau kabel hidup. Selain itu, pena ujian juga boleh digunakan untuk kerja ringan seperti mengetatkan dan melonggarkan skru kecil. Pena ujian ini sesuai dan selamat digunakan untuk mengesan voltan 50V-500V. Rajah 25 : Pena Ujian 4.3.2 Meter Pelbagai (Multimeter) Secara umumnya, meter pelbagai adalah alat untuk menyukat berbagai sukatan yang digabungkan dalam satu alat. Antara sukatan bacaan yang boleh disukat ialah menyukat arus elektrik (ampere), menyukat voltan (volt) dan menyukat rintangan (ohm). Meter pelbagai juga berfungsi untuk mencari asas kerosakan sesuatu litar elektrik dan elektronik.


31 Rajah 26 : Meter Pelbagai (Multimeter) 4.3.3 Meter Megger (Megger Meter) Meter megger digunakan untuk menguji rintangan penebatan. Meter ini juga digunakan untuk memastikan tiada kebocoran arus berlaku dan memastikan tidak berlakunya litar pintas. Selain itu, ia juga berfungsi untuk menguji ketahanan sesuatu kabel. Rajah 27 : Meter Megger (Megger Meter) 4.3.4 Buzzer Buzzer adalah sejenis peranti sebutan yang boleh menukarkan isyarat audio ke dalam isyarat bunyi. Ia digunakan secara meluas dalam elektronik terutamanya sebagai nada amaran dan bunyi penggera. Buzzer membekalkan kuasa dengan voltan DC. Secara umum, fungsi utamanya adalah mengingatkan dan mempunyai banyak aplikasi yang boleh digunakan.


32 Rajah 26 : Buzzer 4.4 KAEDAH PENGUJIAN DAN PENENTU UKURAN Sesuatu pemasangan litar elektrik yang telah siap perlu menjalani proses pengujian sebelum diberikan bekalan bagi memastikan pemasangan itu selamat digunakan. Oleh itu, Pengujian terhadap komponen projek adalah penting bagi memastikan kesesuaian komponen untuk digunakan bagi membangunkan sesebuah litar suatu agar litar dapat beroperasi dengan baik dan seterusnya dapat mengurangkan kadar kerosakkan. 4.4.1 Pengujian Kefungsian Litar Proses pengujian kefungsian litar ini mempunyai dua kaedah yang perlu dilakukan iaitu dalam keadaan statik dan dalam keadaan dinamik : i. Pengujian dalam keadaan statik iaitu menguji semua komponen litar tanpa bekalan masukan. Ia dapat memastikan bahawa komponen pada litar tersebut dapat berfungsi dengan baik sebelum memasukkan bekalan voltan. ii. Pengujian dalam keadaan dinamik dimana voltan bekalan dimasukkan untuk menguji kefungsian semua komponen litar dan dapat mengesan kerosakan. Pengujian ini juga dapat membuat pemeriksaan ke atas bekalan utama sama ada bekalan tersebut AC ataupun DC.


33 Rajah 29 : Kendalian Arduino UNO Rajah 30 : Kendalian Motion Sensor Rajah 31 : Kendalian Relay 4 Channel


34 Rajah 32 : Kendalian Keypad 4.4.2 Pengujian Terhadap Projek Terdapat beberapa proses pengujian dilakukan terhadap projek Smart Switch Hostel System ini. Antaranya ialah : i. Melakukan pemeriksaan secara visual (pemerhatian). ii. Melakukan ujian keterusan bagi memastikan kabel yang disambung ke Arduino adalah tepat dan terus bersambung kepada komponen. iii. Menguji relay 4 channel secara manual bagi memastikan lampu LED menyala seperti yang dikehendaki. iv. Melakukan pengujian dengan menggunakan pena penguji untuk memastikan terdapat bekalan pada litar. v. Melakukan pengujian keterusan arus menggunakan alat multimeter yang disetkan pada julat Ohm. vi. Memastikan sambungan setiap point tamatan adalah ketat agar tidak berlakunya kegagalan sambungan ketika pengujian.


35 4.5 PENGUJIAN TERHADAP KOMPONEN Pengujian terhadap komponen adalah penting bagi memastikan kesesuaian komponen untuk digunakan bagi membangunkan sesebuah litar agar litar dapat beroperasi dengan baik dan seterusnya dapat mengurangkan kadar kerosakan. Antara komponen yang perlu diuji ialah : i. Motion Sensor ii. Relay 4 Channel 4.6 KESELAMATAN DALAM PENGUJIAN / LANGKAH BERJAGA-JAGA Terdapat beberapa langkah-langkah keselamatan yang telah dititik beratkan dalam melakukan pengujian. Antaranya ialah: i. Melakukan pemeriksaan semula bagi memastikan pemasangan yang dipasang adalah betul. ii. Memakai sarung tangan, kasut keselamatan dan baju keselamatan, cermin mata perlindung sebelum melakukan pengujian. iii. Menggunakan peralatan dan alat pengujian yang selamat. iv. Menjalankan kerja mengikut Standard Operation Prosedur (SOP). v. Memastikan kabel disusun dengan kemas dan pastikan kabel diikat dengan ketat dan kemas pada setiap tamatan.


36 4.7 KEPUTUSAN UJIAN KETERUSAN Ujian keterusan ini bertujuan untuk memastikan setiap pengalir mempunyai keterusan di sepanjang litar. Jadual (3) menunjukkan keputusan ujian keterusan yang dijalankan pada setiap komponen yang digunakan dalam projek ini. BIL POINT PENGUJIAN ALAT PENGUJIAN NILAI BACAAN KEPUTUSAN 1 Arduino UNO Multimeter / Buzer 0Ω Baik 2 Motion Sensor Multimeter / Buzer 0Ω Baik 3 LCD display Multimeter 0Ω Baik 4 Keypad Multimeter 0Ω Baik 5 Relay 4 Channel Multimeter 0Ω Baik 6 Suis Togel Multimeter / Buzer 0Ω Baik Jadual 3 : Ujian Keterusan 4.8 KEPUTUSAN UJIAN PENEBATAN Pengujian penebatan ini dilakukan ke atas kabel - kabel pada litar yang telah siap dipasang untuk menguji ketahanan kabel tersebut. Jadual (4) menunjukkan keputusan ujian penebatan yang dijalankan pada komponen yang digunakan dalam projek ini. Jadual 4 : Ujian Penebatan BIL POINT PENGUJIAN ALAT PENGUJIAN NILAI BACAAN KEPUTUSAN 1 Plug 3 pin Megger tester Baik


Click to View FlipBook Version