The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Rak Digital E-Books ETE Kolej Vokasional, 2023-09-19 02:54:12

PTA - SMART SWITCH HOSTEL SYSTEM

PTA - SMART SWITCH HOSTEL SYSTEM

37 4.9 Membaikpulih dan Penyelenggaraan Penggunaan Smart Switch Hostel System memerlukan proses membaikpulih dan penyelenggaraan dari semasa ke semasa. Pembaikan perlu dilakukan pada kerosakan yang berlaku dengan mengesan punca kerosakan terlebih dahulu. Antara kerosakan yang berkemungkinan berlaku pada projek ini adalah motion sensor tidak dapat mengesan pergerakan, Relay 4 Channel tidak dapat berfungsi dan keypad tidak berfungsi dengan baik. 4.9.1 Motion Sensor Tidak Berfungsi Sensor pergerakan tidak dapat mengesan pergerakan berkemungkinan berpunca oleh voltan rendah atau tidak stabil pada pengesan. Pengujian telah dilakukan dengan menggunakan multimeter untuk memastikan voltan pada setiap PIR melebihi 13VDC dan stabil. Setelah pengujian dilakukan dan penambahbaikan dibuat, Motion Sensor berngfungsi seperti yang dikehendaki. Rajah 33 : Sensor pergerakan 4.9.2 Relay 4 Channel Tidak Berfungsi Relay 4 Channel tidak berfungsi semasa melakukan pengujian pada projek. Hal ini disebabkan sambungan kabel tidak betul. Cara membaikinya dengan membuat pengujian keterusan untuk mengetahui sambungan kabel pada tamatan yang betul. Sekiranya relay 4 Channel tidak berfungsi, masalah ini juga mungkin disebabkan sambungan pada relay itu tidak bersentuhan. Cara untuk mengetahui sambungan tidak bersentuhan, ia perlu diuji dengan membuat pengujian keterusan menggunakan Buzzer. Sambungan bagi Relay 4 Channel telah dibaiki dan komponen berfungsi dengan baik.


38 Rajah 34 : Relay 4 Channel 4.9.3 Keypad tidak berfungsi Keypad tidak berfungsi boleh disebabkan oleh beberapa perkara antaranya ialah, sambungan pada terminalnya yang salah. Cara pembaikannya ialah dengan pengujian keterusan bagi mengenalpasti terminal yang betul. Langkah untuk pengujiannya ialah dengan menggunakan buzzer bagi mencari terminal yang betul. Setelah menjumpai sambungan yang salah, pembaikian telah dilakukan dan keypad berfungsi dengan baik. Rajah 35 : Keypad


39 4.10 PEMBANGUNAN PENGATURCARAAN MENGGUNAKAN SISTEM ARDUINO Penulisan pengaturcaraan yang dibangunkan adalah seperti yang dilampirkan pada lampiran. Rajah di bawah menunjukkan proses aturcara keseluruhan bagi sistem Arduino yang telah digabungkan pada projek. Rajah 36 : Pengaturcaraan projek menggunakan Arduino IDE Rajah 37 : Aturcara litar yang telah disemak dengan menekan butang verify.


40 Rajah 38 : Aturcara yang sudah selesai disemak. 4.11 DAPATAN DAN ANALISA KAJIAN Merekabentuk sistem Arduino yang diprogramkan oleh Arduino IDE bagi projek Smart Switch Hostel System yang telah berjaya dibangunkan dan dipasang pada prototaip bangunan asrama satu tingkat. Projek ini yang dikawal menggunakan sistem Arduino dapat berfungsi dengan baik seperti yang dikehendaki. Pengujian prototaip projek Smart Switch Hostel System telah dilakukan bagi memastikan keberhasilan projek berkendalian dengan sempurna. Pengujian projek dilakukan secara keseluruhan dengan menyambungkan prototaip projek dengan litar kawalan. Apabila suis togel di ON kan dalam bilik dorm asrama lampu di dalam bilik dorm asrama dan lampu penunjuk di bilik warden akan menyala bagi menandakan lampu sedang dipasang di dalam bilik asrama. Lampu juga boleh di OFF kan dengan menggunakan keypad yang berada di pejabat warden bagi mengawal penggunaan lampu di asrama dengan lebih mudah. Motion sensor yang berada pada bilik dorm asrama juga berfungsi untuk mengesan keberadaan pelajar di bilik dorm asrama. Jika sensor dapat mengesan pergerakan pelajar yang naik ke blok asrama lampu penunjuk bagi sensor yang berada di bilik warden akan menyala dan membolehkan warden mengesan kehadiran pelajar di blok asrama.


41 Rajah 37 : Projek Smart Switch Hostel System. 4.12 KESIMPULAN Kesimpulan yang dapat dirumuskan daripada proses pengujian dan penilaian produk ini dilaksanakan bagi memastikan objektif projek ini telah tercapai. Proses – proses yang telah dijalankan mendapati projek Smart Switch Hostel System berfungsi seperti yang dikehendaki. Sistem ini mengawal penggunaan lampu dan pergerakan pelajar di asrama. Projek Smart Switch Hostel System ini juga telah berjaya memudahkan kerja dan menjimatkan tenaga pengguna kerana ia dikawal dari jarak yang jauh.


42 BAB 5 PERBINCANGAN, CADANGAN DAN KESIMPULAN 5.1 PENGENALAN Dalam bab ini akan membincangkan tentang perbincangan, cadangan dan kesimpulan secara keseluruhan dari permulaan proses untuk membangunkan projek Smart Switch Hostel System ini sehinggalah ke akhir perlaksanaannya. Dalam perbincangan ini, kami dapat menjelaskan tentang objektif kajian yang telah dibuat berdasarkan hasil dapatan kajian yang telah dianalisis. Setelah siap projek ini dilaksanakan, boleh dikatakan objektif projek ini telah tercapai. Dalam bahagian ini, kekangan sistem, kekurangan dan kelebihan sistem akan dibincangkan. Hasil dari perbincangan ini akan dicadangkan untuk penambahbaikan bagi projek Smart Switch Hostel System pada masa hadapan 5.2 PERBINCANGAN Dalam proses untuk menghasilkan sebuah projek memerlukan perancangan yang teratur dan teliti supaya ia dapat berjalan dengan lancar. Berdasarkan daripada hasil perbincangan ini, kami dapat mengetahui tentang kelebihan dan kelemahan semasa menghasilkan projek tersebut. Perbincangan ini juga telah mencapai objektif kajian projek yang telah dinyatakan. Objektif kajian adalah seperti berikut : i. Mereka bentuk prototaip smart switch yang dapat dikawal sepenuhnya melalui keypad. ii. Membangunkan sistem smart switch yang boleh menunjukkan penggunaan lampu dan pergerakan pelajar di dorm-dorm asrama. iii. Membangunkan sistem yang memudahkan warden untuk mematikan lampu dari pejabat warden. iv. Membangunkan sistem yang dapat mengesan pergerakan pelajar di asrama.


43 Selain itu, terdapat juga perbincangan mengenai hasil daripada dapatan ynag diperolehi serta masalah yang dialami semasa membangunkan projek Smart Switch Hostel System By Arduino IDE. Antara perbincangan yang diutarakan adalah dengan membolehkan warden untuk mengesan kehadiran pelajar hanya dengan menggunakan telefon pintar melalui motion sensor. Di samping itu, terdapat juga beberapa masalah yang berlaku semasa membangunkan projek ini. Antaranya ialah 1. Menguji kefungsian litar projek. Setelah litar siap dipasang, pengujian terhadap litar tersebut mestilah dilakukan. Semasa melakukan pengujian itu, terdapat beberapa kerosakan yang didapati iaitu terdapat kabel pada komponen tidak dipasang pada kutub yang sepatutnya. Kemudian terdapat juga komponen – komponen projek yang tidak dapat berfungsi seperti sensor pergerakan tidak dapat mengesan pergerakan dengan baik. Penyelesaian terhadap masalah tersebut telah pun dilaksanakan dengan memasang kabel tersebut pada kutub yang betul dan menukarkan komponen sensor pergerakan itu dengan yang baru. 2. Perisian pada sistem Arduino UNO Terdapat beberapa masalah yang dialami semasa menyiapkan pengekodan sistem Arduino tersebut iaitu keypad tidak berkerja seperti yang dikehendaki. Ia berlaku disebabkan terdapat masalah pada perisian dalam pengaturcaraan sistem Arduino itu. Penyelesaianya adalah dengan membuat perbincangan bersama guru tentang pengaturcaraan tersebut serta mengubah perisian dalam pengaturcaraan sistem Arduino UNO itu.


44 5.3 CADANGAN Dalam membangunkan sebuah projek, sudah pasti mempunyai kelebihan dan kelemahan yang perlu diakui. Projek Smart Switch Hostel System ini telah mencapai objektifnya iaitu dapat memudahkan pengguna untuk mengawal lampu dari jarak yang jauh tanpa menggunakan tenaga serta tidak menggunakan kos yang banyak dan bersifat mesra alam. Namun begitu, terdapat juga beberapa penambahbaikan yang perlu dibuat pada masa hadapan supaya produk lebih sempurna dan efektif dapat dibangunkan serta boleh dikomersial dipasaran untuk pengguna. Justeru, dalam kajian projek ini mempunyai beberapa cadangan penambahbaikan yang perlu dilakukan pada masa akan datang. Cadangan ini dirujuk berdasarkan daripada pengujian dan penilaian produk yang dihasilkan dan juga pengesahan pakar yang dibuat. Terdapat dua bahagian cadangan yang perlu dipertingkatkan lagi dalam projek ini iaitu cadangan dapatan kajian dan cadangan pakar. 5.3.1 Cadangan Dapatan Kajian Hasil daripada kajian dan penilaian yang telah kami buat, beberapa cadangan telah dikemukakan sebagai penambahbaikan pada dapatan kajian dalam mempertingkatkan lagi prestasi projek ini. Oleh itu, penambahan atau kajian yang lebih mendalam lagi tentang perkara yang berkaitan dengan projek ini dapat dilaksanakan pada masa akan datang. Hasil daripada analisis bab 4 ini dapat dirumuskan tentang beberapa cadangan dapatan kajian untuk penambahbaikan yang perlu dilakukan bagi meningkatkan lagi kecekapan sistem projek ini mengikut kesesuaian masa hadapan. Antara cadangan yang perlu dilakukan untuk penambahbaikan dalam projek ini ialah : i. Menambahkan Wifi Module untuk memudahkan kawalan lampu dengan menggunakan telefon pintar dari jarak jauh. ii. Menambahkan timer untuk memastikan lampu di tutup pada masa yang ditetapkan.


45 5.3.2 Cadangan Pakar Hasil cadangan pakar ini dapat diambil daripada komen dan cadangan yang telah dibuat oleh pengesahan pakar. Oleh itu, beberapa cadangan yang diberikan untuk penamhbaikan projek Smart Switch Hostel System ini. Antaranya ialah : I.Membuat pemilihan bahan dan kekemasan untuk prototaip projek dengan lebih baik. 5.4 KESIMPULAN Projek Smart Switch Hostel System ini merupakan salah satu sistem yang penting bagi bangunan bertingkat dan ia juga dianggap sebagai satu elemen penting untuk megawal sistem kawalan lampu dan pergerakan pelajar di asrama tersebut. Selama proses pembagunan projek ini, banyak ilmu dan pengalaman yang dapat diperolehi daripada kajian ilmiah yang dilakukan serta proses rekabentuk litar dan model projek. Matlamat yang terhasil daripada projek Smart Switch Hostel System yang dijalankan ini juga telah pun tercapai objektrifnya. Ia direkabentuk dan dibina untuk sistem kawalan suis jarak yang jauh. Ia juga merupakan sistem yang sesuai untuk pengguna pada masa kini disamping untuk menjimatkan penggunaan keewangan dan tenaga manusia . Kos yang diperlukan untuk menghasilkan sistem ini juga tidak terlalu tinggi dan berpatutan. Selain itu, daripada pengujian-pengujian yang telah dilakukan, pengguna dapat memahami dengan lebih mendalam tentang kajian ilmiah terhadap litar-litar yang diuji dan setiap komponen yang digunakan. Seterusnya, projek Smart Switch Hostel System ini juga dikawal sepenuhnya menggunakan Arduino UNO yang telah diprogramkan. Projek ini berfungsi apabila suis togel di ON kan untuk menghidupkan lampu pada bangunan asrama dan boleh di OFF kan dengan menggunakan keypad yang dikawal menggunakan relay 4 Channel. Lampu penunjuk di bilik warden juga akan menyala jika lampu di satu-satu bilik di ON kan. Lampu penunjuk Motion Sensor di bilik warden juga akan menyala jika terdapat pergerakan di bangunan asrama. Projek ini juga merupakan satu sistem yang mudah digunapakai dan tidak memerlukan kos yang terlalu tinggi. Kami juga dapat mengembangkan daya


46 pemikiran untuk menghasilkan sesuatu projek yang ideal mengikut perkembangan teknologi terkini yang bersesuaian pada masa akan datang. Akhir sekali, dapat disimpulkan bahawa pembangunan sesuatu projek haruslah dijalankan secara berperingkat mengikut fasa bagi memastikan projek tersebut dapat dibina secara teratur dan berfungsi dengan baik seperti yang telah dirancang. 5.5 PENUTUP Secara keseluruhannya, objektif kajian yang telah ditetapkan telah berjaya dicapai dan segala persoalan kajian yang dibuat sudah dapat dijawab. Segala persoalan telah terjawab hasil daripada analisis-analisis yang dilakukan sepanjang membangunkan projek Smart Temperature Control ini. Berdasarkan penilaian dan pengesahan dari pakar yang telah dilakukan juga mendapati bahawa komponen - komponen projek yang dibangunkan ini berfungsi dengan baik dan selamat untuk digunakan.


47 Rujukan Ahmad Radzi Mat Isa, Yaacob Mat Daud, Roslinda Zainal (2007). ELEKTRONIK ASAS – PERANTI SEMIKONDUKTOR; Universiti Teknologi Malaysia. Mohd Isa bin Idris, Sabariah binti Haji Bohanudin, Norjah binti Janudin, Norani binti Hamzah, Salwani binti Mohd Daud, Pengarang (2002). PENGAJIAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK (Cetakan Pertama); Dewan Bahasa Dan Pustaka : Kuala Lumpur. K.Sam Shanmugam, Distinguished Professor Emeritus (1979), DIGITAL ANALOG COMMUNICATION SYSTEM; Wiley India Pvt. Limited. Ruzlaini Ghoni (2020), PENGENALAN ASAS ARDUINO; Dewan Bahasa Dan Pustaka : Kuala Lumpur. Zakaria Osman, Pengarang (2005), KAMUS KEJURUTERAAN ELEKTRIK (Cetakan Keempat); Golden Publications.


48 LAMPIRAN A PENGATURCARAAN ARDUINO #include <Keypad.h> //pir int pirsensor = 13; int led = A0; const byte ROWS = 4; //four rows const byte COLS = 3; //three columns char keys[ROWS][COLS] = { {'1','2','3'}, {'4','5','6'}, {'7','8','9'}, {'*','0','#'} }; byte rowPins[ROWS] = {2, 3, 4, 5}; //connect to the row pinouts of the keypad byte colPins[COLS] = {6,7,8}; //connect to the column pinouts of the keypad Keypad keypad = Keypad( makeKeymap(keys), rowPins, colPins, ROWS, COLS ); // end of keypad settings // start of relay settings const int relayPin[]={9,10,11,12};// output pins where 8 relays will be connected String relayNames[] ={"CH1", "CH2","CH3","CH4","CH5","CH6","CH7","CH8"};// Just put name for 8 relays // do not change lines bellow int pushed[] ={0,0,0,0, 0,0,0,0};// status of each buttons int relayStatus[] ={HIGH,HIGH,HIGH,HIGH, HIGH,HIGH,HIGH,HIGH};// initial status of relay // end of relay settings void setup(){ // OUTPUT PIR randomSeed(analogRead(0)); Serial.begin(9600); pinMode (pirsensor, INPUT); pinMode (led, OUTPUT); // Robojax 4x3 keypad with 8ch Relay test


49 for(int i=0; i<8; i++) { pinMode(relayPin[i], OUTPUT); // set relay pins as output digitalWrite(relayPin[i], HIGH);// initial relay status to be OFF } Serial.println("Robojax 8 channel relay keypad"); } void loop(){ //PIR sensor { if (digitalRead (pirsensor) == HIGH) { digitalWrite (led, LOW); } if (digitalRead (pirsensor) == LOW) { digitalWrite (led,HIGH); } } { // Robojax 4x3 keypad with 8ch Relay test int val; int knum; char key = keypad.getKey(); // just print the pressed key if(key && key !='*' && key !='#' && key !='0' && key !='9' ){ knum = (int)key-49;// convert char to integer (one less) if(knum>=0 && knum<8){ //Serial.println(knum); if(relayStatus[knum] == LOW){ pushed[knum] = 1-pushed[knum]; delay(50);


50 }// if controlRelay(knum);// turn relay ON or OFF } }else{ val = LOW; } if(knum>=0 && knum<8){ relayStatus[knum] = val; } delay(50); }// loop end } void controlRelay(int number) { if(pushed[number] == 1) { digitalWrite(relayPin[number], LOW);// Turn ON relay Serial.print(relayNames[number]); Serial.println(" ON"); }else{ digitalWrite(relayPin[number], HIGH); // turn OFF Serial.print(relayNames[number]); Serial.println(" OFF"); } }


Click to View FlipBook Version