MPU12022 BAHASA KEBANGSAAN A TOPIK 2 KOMUNIKASI LISAN
TOPIK 2 KOMUNIKASI LISAN
HASIL PEMBELAJARAN KURSUS (HPK) HPK2 Menunjukkan kaedah bertutur dalam komunikasi lisan dengan sebutan dan intonasi yang betul (A3, CLS4) Kaedah Penilaian Tugasan 35%
SEBUTAN 2.1 Prinsip sebutan dalam Bahasa Melayu INTONASI 2.2 Komponen intonasi dalam Bahasa Melayu EJAAN & TATABAHASA 2.3 Elemen ejaan dan tatabahasa dalam Bahasa Melayu PENGUCAPAN AWAM 2.4 Konsep-konsep pengucapan awam TOPIK 2: KOMUNIKASI LISAN KANDUNGAN
Membincangkan prinsip sebutan dalam Bahasa Melayu 2.1
DEFINISI DAN PRINSIP SEBUTAN ● DEFINISI Sebutan: cara menyebut atau melafazkan sesuatu perkataan dan lain – lain ● Prinsip Sebutan ada tiga, iaitu: ○ Alat Ujaran ○ Alat Pernafasan ○ Organ Sebutan
2.1.1 ALAT UJARAN ● Alat Ujaran – Alat yang terlibat dalam menghasilkan bunyi Bahasa. ● Pita suara merupakan alat ujaran yang terpenting untuk menghasilkan sesuatu bunyi bahasa ● Tanpa pita suara, bunyi bahasa tidak dapat dihasilkan
2.1.2 ALAT PERNAFASAN ● Alat Pernafasan ○ Berfungsi sebagai alat penghasilan bunyi bahasa ○ Dalam sistem pernafasan, alat – alat penting yang terlibat ialah ■ paru – paru, ■ rongga tekak, ■ rongga hidung dan ■ rongga mulut
2.1.3 ORGAN SEBUTAN ● Organ Sebutan ■ Organ yang terlibat secara langsung dalam proses pengeluaran bunyi. ■ Contoh – contoh organ sebutan: ● Lidah ● Bibir ● Lelangit keras ● Lelangit lembut ● Pita suara
ALAT-ALAT ARTIKULASI
Membincangkan komponen intonasi dalam Bahasa Melayu 2.2
INTONASI ● Intonasi ialah turun naik bunyi atau tinggi rendah suara semasa bercakap ● Peranan Intonasi Dalam Ayat ○ Membezakan bahagian – bahagian subjek dan predikat ○ Nada suara yang berubah – ubah mencerminkan maksud isi pertuturan dan emosi ○ Menentukan jenis – jenis ayat dalam Bahasa Melayu.
2.2 KOMPONEN INTONASI DALAM BAHASA MELAYU Tingkat nada dalam intonasi ditandai oleh angka: ○ 1 = nada yang paling rendah ○ 2 = nada permulaan dalam ujaran. ○ 3 = nada tekanan dalam ujaran. ○ 4 = nada yang paling tinggi.
2.2 KOMPONEN INTONASI DALAM BAHASA MELAYU ○ Tambah nada, mora, jeda, tekanan ○ Suprasegmental bahasa melayu
INTONASI DALAM PELBAGAI JENIS AYAT Pegawai itu pengurus. 2 4 2 Pegawai itu pengurus? 2 4 3 Masuklah. 3 2 Pengurus pegawai itu 2 3 1 Jawatan itu saya mohon 2 4 2 3 Ayat Penyata Ayat Tanya Ayat Perintah Ayat Songsang Ayat Pasif
Membincangkan elemen ejaan dan tatabahasa dalam Bahasa Melayu 2.3
2.3.1 EJAAN ● DEFINISI EJAAN: Cara atau peraturan menulis perkataan dengan huruf (cari dari kamus dewan edisi ke 4)
PENULISAN HURUF VOKAL ● 6 fonem vokal iaitu [a],[e], [i], [o], [u] dan [ə] ● Dalam Bahasa Melayu, ada dua jenis vokal iaitu: ○ e taling / [e] = elok, tengok, enak ○ e pepet / [ə]= lemak, lembu, lemang PENULISAN HURUF KONSONAN ● 26 huruf konsonan, dibahagikan kepada konsonan asli dan konsonan pinjaman.
PENULISAN DIFTONG ● Diftong ialah gabungan bunyi dua vokal yang dilafazkan secara berterusan dalam satu hembusan nafas. ● Tiga jenis diftong: [ai], [au], [oi] PENULISAN DIGRAF ● Digraf ialah dua bunyi konsonan yang hadir secara berturut – turut yang menghasilkan satu bunyi dalam perkataan. 5 jenis digraph: [kh], [gh],[ng],[ny] dan [sy] - salah! Rujuk fonetik konsonan pinjaman ( ada simbol tersendiri) Nyatakan contoh
PENULISAN GUGUSAN KONSONAN ● Gabungan dua konsonan atau lebih dalam suku kata yang sama ● Lebih kepada perkataan bahasa asing berbanding digraf ● Contoh gugusan konsonan: ○ Gabungan 2 konsonan – klinik, drama, sketsa ○ Gabungan 3 konsonan – infrastruktur, strategi, struktur PENULISAN GABUNGAN VOKAL ● Gabungan huruf vokal yang tidak bersifat diftong ● Disebut juga vokal berganding yang tidak ditandai oleh ciri geluncuran semasa melafazkannya ● Merupakan bunyi tunggal dan menduduki 2 suku kata yang berbeza. ● Contoh gabungan vokal: ○ [ai] – main ○ [au] - laut ○ [ua] – buah ○ [ui] – duit
SISTEM KESELARASAN HURUF VOKAL ● Kesesuaian dua huruf vokal yang membentuk dua suku kata pada kata dasar. ● Terdapat 18 pola keselarasan huruf vokal (Rujuk Jadual 1) ● Prinsip keselarasan huruf vokal: ○ Antara dua huruf vokal pada kata dasar. ○ Kata dasar berakhir dengan suku kata tertutup. ○ Kata lebih daripada dua suku kata – yang terlibat ialah dua suku kata terakhir.
JADUAL 1 : Pola Keselarasan Huruf Vokal
JADUAL 2 : Pola Kekecualian Keselarasan Vokal
PENULISAN KATA
2.3.2 IMBUHAN ● Unit-unit bahasa tertentu yang ditambahkan pada bentukbentuk lain yang menyebabkan perubahan makna nahunya. ● Imbuhan berperanan sebagai pengubah ataupun penetap golongan kata dasar. ● Dalam bahasa Melayu, imbuhan-imbuhan terdiri daripada imbuhan: ○ Imbuhan awalan ○ Imbuhan akhiran ○ Imbuhan apitan; dan ○ Imbuhan sisipan
IMBUHAN AWALAN ● Ditambah pada bahagian hadapan kata dasar, ○ ber – dalam berjalan ○ ter – dalam terambil ○ di – dalam diambil IMBUHAN AKHIRAN ○ Ditambah pada bahagian belakang kata dasar, ■ - tan dalam lautan ■ - kan dalam panjangkan
IMBUHAN SISIPAN ● Diselitkan di antara unsur-unsur kata dasar, ○ - em - dalam gemuruh (kata dasar: guruh) ○ - in – dalam sinambung (kata dasar: sambung) IMBUHAN APITAN ○ Ditambahkan serentak pada hadapan dan belakang kata dasar ■ ke- … -an dalam kedudukan ■ pe- … -an dalam pedalaman
IMBUHAN PINJAMAN ● Contoh: biduanita, dwibahasa
2.3.3 PEMILIHAN KATA ○ Menerangkan bagaimana sesuatu kata itu dibina dan dibentuk sehingga dapat menghasilkan ayat dan ujaran. ○ Proses pembentukan kata dalam bahasa Melayu dari segi bentuk-bentuk yang terhasil : ■ Bentuk kata tunggal ■ Bentuk kata terbitan ■ Bentuk kata majmuk ■ Bentuk kata ganda
A. BENTUK KATA TUNGGAL ● Merujuk kepada perkataan yang tidak mengalami proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan. ○ Kata tunggal satu suku kata – yu, cat, draf, teks, skru, skrip. ○ Kata tunggal dua suku kata – ubi, adik, undi, ambil, buku, sikat. ○ Kata tunggal tiga suku kata – biasa, kaedah, utara, amaran. ○ Kata tunggal empat suku kata dan lebih – laksamana, salasilah, mesyuarat. B. BENTUK KATA TERBITAN ○ Bentuk perkataan yang dihasilkan melalui proses pengimbuhan. ○ Menggandingkan imbuhan pada kata dasar. ■ Kata terbitan berawalan– pelari, mahasiswa, mendaki, terbesar. ■ Kata terbitan berakhiran – jahitan, hadirin, besarkan, duduki. ■ Kata terbitan berapitan – perasaan, memainkan, diperdengarkan. ■ Kata terbitan bersisipan – telunjuk, selerak.
C. BENTUK KATA MAJMUK ● Merangkaikan dua kata dasar dan bentuk yang terhasil membawa makna tertentu. ● Ada tiga kelompok : ○ Rangkaian kata bebas – gambar rajah, perdana menteri. ○ Berbentuk istilah khusus – pita suara, atur cara. ○ Mendukung maksud kiasan – anak emas, berat tangan. ● Kata majmuk yang telah mantap: ○ antarabangsa, jawatankuasa, beritahu, bumiputera, kakitangan, kerjasama, sukarela, tanggungjawab, olahraga, setiausaha, suruhanjaya, tandatangan, warganegara, pesuruhjaya, matahari ● Penggandaan kata majmuk: ○ alat-alat tulis, Menteri-Menteri Besar, ○ pesuruhjaya-pesuruhjaya. ● Pengimbuhan kata majmuk: ○ bercampur aduk, ditemu bual, ○ diurusniagakan.
2.3.4 STRUKTUR AYAT ○ Menerangkan bagaimana sesuatu kata itu dibina dan dibentuk sehingga dapat menghasilkan ayat dan ujaran. ○ Proses pembentukan kata dalam bahasa Melayu dari segi bentuk-bentuk yang terhasil : ■ Bentuk kata tunggal ■ Bentuk kata terbitan ■ Bentuk kata majmuk ■ Bentuk kata ganda
DEFINISI AYAT ● Bentuk bahasa yang terjadi dengan adanya sekumpulan kata yang tersusun dalam dua bahagian iaitu subjek dan predikat. ● Mengandungi makna yang lengkap. ● Boleh terbentuk daripada satu perkataan atau susunan beberapa perkataan. ● Pengucapannya dimulakan dan diakhiri dengan kesenyapan. ● Mengandungi intonasi yang sempurna. ● Mengandungi unsur klausa, manakala klausa terbentuk daripada unsur frasa dan frasa pula terdiri daripada bentukbentuk perkataan.
● Ayat terletak pada peringkat susunan yang tertinggi dalam tatabahasa seperti gambarajah di bawah:
POLA AYAT DASAR ● Ayat yang menjadi dasar atau sumber bagi pembentukan semua ayat lain sama ada ayat tunggal atau ayat majmuk.
AYAT TUNGGAL ● Ayat yang mengandungi hanya satu klausa iaitu satu unit rangkaian perkataan yang mengandungi satu subjek dan satu predikat.
AYAT MAJMUK ● Ayat yang dibina dengan mencantumkan dua ayat tunggal atau lebih dan pencantuman ayat – ayat itu disusun mengikut cara tertentu sehingga menjadi ayat baru. ● Contoh ○ Ayat 1: Ali sedang membaca buku. ○ Ayat 2: Fatimah sedang membuat kira-kira. Ayat Majmuk = Ali sedang membaca buku dan Fatimah sedang membuat kira-kira. 3 JENIS AYAT MAJMUK
JENIS-JENIS AYAT
2.3.5 PENANDA WACANA DEFINISI: perkataan ataupun rangkaian perkataan yang digunakan untuk menyambung idea antara ayat pertama dan ayat kedua. ● JENIS-JENIS PENANDA WACANA ● Terdapat 3 jenis penanda wacana iaitu: 1. Penanda Kronologi 2. Penanda Organisasi 3. Penanda Idea
1. PENANDA KRONOLOGI ● Memberi pengertian kepada persoalan berkaitan waktu ● Mengandungi kata kunci: “bila” dan seumpamanya. ● Contoh: Kini Lantas Sebelum Kemudian Pada Hari Esoknya Pada Zaman Dahulu Semenjak Itu Yang Itu Seumpamanya Mula-mula Lepas Itu Semenjak Pada Suatu Waktu Dua Tahun Kemudian Beberapa Tahun
2. PENANDA ORGANISASI ● Fungsi: mempertautkan sesuatu bahagian wacana dengan bahagian yang lain ● Contoh: ● Contoh ayat: Penduduk di negara yang dilanda peperangan hidup dalam kesengsaraan. Mereka bukan sahaja kehilangan harta benda malahan anggota keluarga yang tersayang. Contohnya, ramai penduduk Kemboja terpaksa melarikan diri ke negara jiran semata-semata untuk menyelamatkan diri daripada menjadi korban peperangan. CONTOH PENANDA ORGANISASI Pertama Untuk Merumuskan Tegasnya Dengan Perkataan Lain Contohnya Dapat Dinyatakan Bahawa Akhir Sekali Untuk Menjelaskan Lagi Dalam Hal Ini Akan Dinyatakan Pada Tempat Yang Lain Sebagai Kesimpulan Dalam Bahagian Ini Kita Akan Membincangkan Dalam Hubungan Ini Dan Yang Seumpamanya
3. PENANDA IDEA ● Fungsi: menghubungkan antara fakta dengan fakta dan idea dengan idea yang berfungsi untuk: a. mengembangkan idea b. pertentangan idea c. hubungan idea CONTOH PENANDA IDEA Mengembangkan Idea Pertentangan Idea Hubungan Idea malah tetapi jadi Selain itu Sama ada maka seterusnya sebenarnya kecuali Begitu juga sebaliknya Oleh itu Di samping itu walaupun Oleh hal yang demikian Lebih-lebih lagi Walau bagaimanapun Untuk tujuan itu Tambahan pula Pada masa yang sama Berikutan dengan itu
3. PENANDA IDEA ● Contoh-contoh ayat: Mengembangkan Idea Ratusan ribu istilah dalam sesuatu bahasa tidak membawa erti tanpa istilah-istilah tersebut digunakan dalam penulisan, perbincangan, dan penterjemahan. Tambahan pula, istilah yang secara abstrak dihasilkan oleh jawatankuasa istilah belum tentu sesuai bagi sesuatu bidang. Pertentangan Idea Hassan dan keluarganya berpindah ke bandar pada akhir tahun lalu. Namun, hatinya masih teringat akan kampung halamannya. Hubungan Idea Beg itu bukan saya beli, sebaliknya ia adalah beg percuma.
Membincangkan konsep-konsep pengucapan awam 2.4
2.4.1 UCAPAN ● Ucapan ditakrifkan sebagai satu bentuk interaksi yang berlaku bagi tujuan tertentu dengan dihadiri oleh sejumlah khalayak. ● Tujuan ucapan disampaikan ialah: ○ Untuk mempengaruhi atau mendapatkan tindakan ○ Untuk memberitahu / memaklumkan sesuatu ○ Untuk meyakinkan khalayak pendengar tentang sesuatu perkara ○ Untuk meraikan seseorang atau sesuatu acara
2.4.1 UCAPAN (sambungan) ● Ucapan ditakrifkan sebagai satu bentuk interaksi yang berlaku bagi tujuan tertentu dengan dihadiri oleh sejumlah khalayak. ● Tujuan ucapan disampaikan ialah: ○ Untuk mempengaruhi atau mendapatkan tindakan ○ Untuk memberitahu / memaklumkan sesuatu ○ Untuk meyakinkan khalayak pendengar tentang sesuatu perkara ○ Untuk meraikan seseorang atau sesuatu acara
2.4.1 UCAPAN (sambungan) ● Dari segi bahasa, ucapan yang akan disampaikan haruslah mengambilkira: ○ Bahasa Lisan ○ Bahasa Bukan Lisan ● Penggunaan bahasa lisan dalam ucapan melibatkan ○ pemilihan kata – kata yang membentuk frasa, ○ gabungan frasa menjadi klausa, ○ klausa – klausa disusun menjadi ayat, dan ○ ayat – ayat yang membentuk wacana.
2.4.1 UCAPAN (sambungan) ● Oleh yang demikian, penggunaan bahasa dalam ucapan mestilah: ○ Jelas ○ Mudah difahami ○ Tidak mengelirukan ○ Tepat dan konkrit
2.4.1 UCAPAN (sambungan) ● Antara variasi penggunaan bahasa dalam ucapan: ○ Bahasa retorik ○ Gaya bahasa perbandingan ○ Gaya bahasa penegasan ● Ucapan yang dihasilkan hendaklah mengambilkira juga perkara berikut: ○ Bahasa Teknikal ○ Perkataan dengan makna berlapis dan bahasa konotatif (bahasa yang membawa makna / maksud berbeza kepada pendengar yang berbeza).
2.4.1 UCAPAN (sambungan) ● Intonasi dan nada ucapan turut mempengaruhi audiens. ● Contoh intonasi dan nada yang boleh digunakan dalam ucapan: ○ Melankolik ○ Sedih ○ Tegas ○ Bersemangat ○ Bersungguh – sungguh ○ Patriotik