The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MPU12022 - Topik 2 Komunikasi Lisan

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ENCIK MOHD NORHAIRY BIN MOHD YUSOFF (KKBTGAJAH), 2023-02-28 02:48:14

Bahasa Kebangsaan A Topik 2

MPU12022 - Topik 2 Komunikasi Lisan

2.4.1 UCAPAN (sambungan) ● Bahasa Bukan Lisan juga mempengaruhi audiens dan pengucap apabila satu – satu ucapan disampaikan. ○ Bahasa Bukan Lisan melibatkan: ■ Gerak Badan ■ Gerak Tangan ■ Hubungan Mata ■ Memek Muka


2.4.1 UCAPAN (sambungan) ● Selain itu, terdapat sifat fisiologi yang mempengaruhi audiens dan pengucap, antaranya: ○ Kebersihan, ○ Penampilan diri ○ Kekemasan ○ Kesesuaian majlis


2.4.2 TEMU RAMAH ● Temu ramah ialah soal jawab dengan seseorang untuk mendapatkan keterangan atau pendapatnya tentang sesuatu hal atau masalah. ● Persediaan sebelum temu ramah dijalankan adalah seperti berikut: ○ Kenal pasti topik perbincangan / kandungan temu ramah. ○ Buat kajian awal tentang perkara – perkara berkaitan , contohnya tujuan temu ramah, latar belakang orang yang ditemu ramah dan sebagainya. ○ Menetapkan matlamat yang ingin diketahui melalui temu ramah.


2.4.2 TEMU RAMAH (sambungan) ● Etika – etika yang perlu dipatuhi semasa temu ramah dijalankan ialah: ○ Menjaga suasana ○ Bersikap wajar ○ Memelihara situasi ○ Menjaga pokok persoalan ○ Kritis ○ Sopan santun ○ Membuat kesimpulan


2.4.3 PIDATO ● Pidato ialah suatu ucapan yang dilakukan dengan susunan yang baik dan sistematik yang akan disampaikan kepada khalayak pada suatu acara. ● Pidato mempunyai beberapa tujuan, antara lain: ○ Informatif: berpidato dengan tujuan untuk memberikan suatu informasi baharu kepada para audiens. ○ Argumentasi: untuk menyampaikan pendapat, idea atau gagasan baru kepada audiens. ○ Persuasif: bermaksud mempengaruhi audiens untuk bersetuju dengan pemidato. ○ Agitasi: untuk menggerakkan atau mengobarkan semangat para audiens. ○ Deskriptif: menjelaskan suatu keadaan tertentu dengan disertai keterangan – keterangan yang bersesuaian. ○ Rekreatif: bertujuan untuk menghiburkan audiens.


2.4.3 PIDATO (sambungan) ● Sebelum menyampaikan pidato, seorang pemidato hendaklah: ○ Menentukan tema dan tujuan spesifik pidato itu diadakan. ○ Menyusun kerangka pidato ● Salam pembuka ● Pendahuluan ● Kandungan ● Kesimpulan ● Harapan ● Penutup ○ Mengumpulkan kandungan pidato dan huraiannya. ○ Menjaga sensitiviti audiens dan tidak menyentuh isu – isu sensitif


2.4.3 PIDATO (sambungan) ○ Cara – cara menjadi pemidato yang terbaik: i) Berpengetahuan luas tentang tema dan kandungan pidato yang akan disampaikan ii) Mampu mengawal dan menarik perhatian pendengar melalui pidato yang disampaikan. Ini boleh diperolehi melalui latihan dan pengalaman. iii) Menunjukkan keyakinan terhadap diri sendiri dalam menyampaikan pidato iv) Berperibadi yang baik, terutamanya dari aspek berpakaian, berjalan dan berinteraksi dengan khalayak.


2.4.3 PIDATO (sambungan) ○ Tips ketika berpidato di hadapan khalayak umum: i) Berpidato dengan singkat, padat dan jelas (tidak perlu berlama – lama dan panjang lebar). ii) Teks pidato yang disampaikan hendaklah menggunakan bahasa yang jelas dan mudah difahami. iii) Cara penyampaian pidato harus berupaya menarik perhatian pendengar. iv) Mewujudkan hubungan mata dengan pendengar secara konsisten. v) Menyelitkan unsur humor yang tidak keterlaluan sewaktu berpidato. vi) Pidato disampaikan dengan tenang dan tidak terburuburu.


2.4.4 FORUM ● Forum merupakan satu sesi perbincangan yang melibatkan beberapa ahli panel untuk mencanai fikiran dan mengemukakan pendapat tentang sesuatu tajuk yang dijalankan secara formal. ● Teknik berforum merupakan aktiviti lisan untuk berkongsi pengetahuan dan pengalaman secara langsung untuk meningkatkan kemahiran menyampaikan idea dengan jelas, objektif, kreatif dan rasional.


2.4.4 FORUM (sambungan) ● Untuk menjayakan aktiviti ini, tajuk forum yang dipilih haruslah mudah, menarik dan mencabar selaras dengan kemahiran, pencapaian serta peringkat umur. ● Persediaan yang rapi perlu dibuat sebelum, semasa dan selepas penilaian bagi membolehkan forum yang dijalankan mencapai matlamatnya.


TERIMA KASIH Disediakan oleh: PUAN MIRA FAIZURA BINTI NARAWI PUAN NURFAQIHA BINTI YUSOFF https://kksantubong.mypolycc.edu.my/


Click to View FlipBook Version