KOLESTEROL & KERADANGAN – DR NORMAN
PUNCA SEBENAR PENYAKIT JANTUNG
DR NORMAN MOHD NORAWI
MBBS (Manipal), MScAARMMA (UCSI)
MNM (ACNEM), FAGE (MAHE)
Copyright ©Dr Norman Mohd Norawi 2020
1
KOLESTEROL & KERADANGAN – DR NORMAN
-: KANDUNGAN :-
1. Pendahuluan
2. Apa Itu Kolesterol?
3. Keradangan & Penyakit Kronik
4. Makanan Berkolesterol & Penyakit Jantung
5. Bukti Kajian – Keradangan Punca Penyakit Jantung
6. Mengawal Keradangan Dengan Pemakanan
7. Suplemen Untuk Mengawal Keradangan & Kolesterol
8. Kesimpulan
RUJUKAN
2
KOLESTEROL & KERADANGAN – DR NORMAN
Dr Norman Mohd Norawi
MBBS (Manipal) MScAARMMA (UCSI)
MNM (ACNEM), FAGE (MAHE)
MMC : 36627
Doktor Perubatan Nutrisi
Copyright© 2020 Dr Norman Mohd Norawi
Hak penerbitan oleh Dr Norman Mohd Norawi
Tidak dibenarkan mengulang cetak mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini
dalam apa jua bentuk sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum
mendapat keizinan secara bertulis daripada Dr Norman Mohd Norawi.
Diterbitkan oleh:
Dr Norman Mohd Norawi
Dr Norman Consultancy & Publication
D/A : Klinik Dr Norman 28, Jalan MJ1, Taman Merdeka Jaya, Batu Berendam, 75350, Melaka
Tel/Fax: 06 3178300
Email: [email protected]
Setiap buku/Ebook yang di jual, sebahagian hasil jualan akan di sumbangkan kepada NGO Pertubuhan
Kebajikan Ibnu Sina, Melaka (PERKIS) untuk usaha-usaha kebajikan dan bantuan kepada yang
memerlukan. Insyaallah
HAK CIPTA TERPELIHARA
Setiap bahagian daripada Ebook ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau
dipindahkan kepada bentuk lain, sama ada dengan cara elektronik, gambar, rakaman dan sebagainya
tanpa izin pemilik hakcipta terlebih dahulu
HAD LIABILITI
Buku Ebook ini diterbitkan dengan sebaik mungkin bagi tujuan panduan dan pendidikan kepada para
pembaca. Panduan dan nasihat yang terkandung dalam buku ini bertujuan baik dan bersifat umum.
Anda berkemungkinan perlu merujuk kepada penasihat atau pengamal perubatan professional untuk
sesuatu keputusan yang bersifat khusus untuk diri anda. Pihak pengarang dan penerbit serta wakil-
wakil mereka tidak memberikan apa-apa jaminan terhadap isi kandungan buku ini dan tidak boleh
dipertanggungjawabkan dengan apa-apa liabiliti atau kerugian kepada mana-mana pihak yang terhasil
dari keputusan yang anda buat.
3
KOLESTEROL & KERADANGAN – DR NORMAN
MAKANAN BERKOLESTEROL BUKAN PUNCA PENYAKIT JANTUNG
Kita selama ini selalu di takutkan bahawa makanan yang berkolesterol adalah
tidak sihat kerana ia boleh meningkatkan paras kolesterol dalam darah dan
menyebabkan masalah penyakit jantung koronari.
Saranan ini berdasarkan pemahaman ilmu sains 50 tahun dahulu, tetapi apabila
kita melihat kajian sains terkini ia tidak lagi menyokong pendapat ini. Dalam
buku ini saya cuba mencungkil kajian-kajian terkini yang menunjukkan kolesterol
dalam makanan bukanlah punca kolesterol menjadi tinggi dalam darah dan juga
tidak menyebabkan penyakit jantung koronari.
Punca sebenarnya penyakit kardiovaskular adalah berkaitan dengan masalah
keradangan kronik yang senyap (chronic silent inflammation). Kajian terkini
menunjukkan bahawa masalah pengerasan saluran darah atau atherosklerosis
adalah berkait dengan masalah keradangan dan bukannya kerana kolesterol
dalam darah. Cuma selalunya seseorang yang mempunyai masalah keradangan
tinggi mempunyai paras kolesterol tinggi kerana puncanya adalah sama iaitu
gula dan makanan proses yang banyak dimakan oleh masyarakat kita hari ini.
4
KOLESTEROL & KERADANGAN – DR NORMAN
FUNGSI FISIOLOGI JANTUNG MANUSIA
Secara umumnya jantung berdegup 72 kali seminit iaitu sebanyak 100,000 kali
sehari atau 36 juta kali setahun. Jantung juga mengepan satu juta tong darah
yang boleh memenuhkan empat kapal tangki yang besar sepanjang hayat
seseorang. Oleh kerana itu, jantung adalah organ terpenting untuk manusia
hidup. Jantung mengepam darah melalui saluran darah yang jika di buka satu
persatu akan menjadi sepanjang 60,000 batu, oleh itu jantung berkerja sangat
keras sepanjang masa.
Kesihatan jantung amat penting untuk menjamin kesihatan tubuh kita. Tanpa
jantung yang kuat dan sihat maka seseorang tidak mampu berfungsi dengan
aktif dan normal. Bahagian kanan jantung mengepam darah ke dalam paru-paru
untuk mengeluarkan karbon dioksidan daripada darah dan menyerap oksigen
daripada paru-paru. Bahagian kiri jantung berfungsi untuk mengepam darah ke
seluruh tubuh manusia untuk menghantar oksigen dan nutrisi ke semua sel-sel
dalam tubuh kita. Pengepaman darah ke seluruh tubuh di kawal berdasarkan
keperluan samada seseorang sedang berbaring, berdiri, berjalan, berlari, stres,
terdedah kepada suhu panas atau suhu sejuk secara automatik. Sungguh hebat
sistem ciptaan Tuhan ini. Jantung sendiri memerlukan bekalan darahnya sendiri
melalui saluran darah yang dipanggil koronari arteri. Jika berlaku masalah
kepada saluran darah ini maka fungsi jantung akan terganggu dan otot jantung
menjadi lemah atau mati.
5
KOLESTEROL & KERADANGAN – DR NORMAN
Sistem saluran darah arteri ini mempunyai tiga lapisan didindingnya. Lapisan
yang paling dalam dipanggil endothelium adalah lapisan yang sangat nipis.
Lapisan kedua adalah lebih tebal dan mengandungi lapisan otot halus yang
dipanggil lapisan medial. Lapisan inilah yang mengawal samada saluran darah
itu mengembang atau menguncup semasa penagliran darah berlaku. Lapisan
paling luar adalah lapisan ‘adventisia’ iaitu lapisan pembalut saluran darah yang
memisahkan saluran darah dengan tisu lain. Setiap satu lapisan mempunyai
fungsi masing-masing mengawal, memantau dan mengadaptasi mengikut
keperluan pengaliran darah.
Pengaliran darah dikawal oleh sistem saraf, sistem endokrina (hormon) dan
agen pencetus kimia. Semua sistem ini bergerak secara sinergi dengan masing-
masing menghantar isyarat tertentu untuk mengawal kadar pengaliran darah
mengikut keperluan tubuh.
Sistem jantung dan saluran darah ini secara kolektifnya dipanggil sebagai sistem
kardiovaskular. Ia akan berubah-ubah kadar pengaliran darahnya mengikut
aktiviti tubuh manusia. Seseoarng yang bersenam akan mempunyai pengaliran
darah yang lebih banyak berbanding dengan seseorang yang sedang tidur atau
berehat. Sistem ini sangat mengkagumkan dan efektif dan mempunyai
koordinasi yang sangat jitu serta bersinkroni menjadikan manusia boleh hidup
dengan aktif dan boleh mencari kehidupan didunia ini.
6
KOLESTEROL & KERADANGAN – DR NORMAN
Malangnya sistem ini menjadi rosak dan terganggu akibat tabiat manusia yang
tidak sihat seperti pemakanan yang tidak sihat, merokok, stres melampau, tidak
bersenam dan sebagainya.
Sistem kardiovaskular yang sihat akan mempunyai saluran darah yang licin dan
rata serta saluran darahnya adalah elastik dan tidak keras. Ia boleh
mengembang dan menguncup mengikut keperluan tubuh manusia.
Jika sistem ini mula tidak sihat semua fungsi-fungsinya akan terganggu dimana
ia menjadi keras dan kematu dan tersumbat di bahagian dalamnya akibat
masalah atherosklerosis. Pengaliran darah akan jadi sempit, lambat dan tidak
lancar disamping itu darah juga mudah membeku dan menyumbatkan saluran
darah tersebut yang natijah akhirnya adalah serangan jantung dan strok.
Secara normalnya bahagian dalam saluran darah atau endothelium adalah
sangat halus dan licin. Tetapi dengan adanya bahan kimia yang berkait dengan
keradangan akan menyebabkan bahagian endothelium ini menjadi ‘kesat’ dan
seolah-olah melekit. Pakar jantung Dr Dwight Lundell memanggil ia sebagai
kesan ‘velkro’. Apabila ini berlaku maka ia akan menyebabkan monosait tadi
melekat kepadanya. Ini menyebabkan kesan reaksi seolah-olah ada
pencerobohan oleh benda asing berlaku.
7
KOLESTEROL & KERADANGAN – DR NORMAN
Ada juga saintis berpendapat kesan kesat pada dinding saluran darah
endothelium ini berlaku akibat kerosakan kerana kesan molekul ‘LDL teroksida’.
LDL teroksida dalam darah akibat kesan radikal bebas yang mengalir bersama-
sama darah yang terhasil daripada proses metabolisma karbohidrat dan juga
yang masuk melalui persekitaran seperti merokok dan pencemaran udara. Ia
meransangkan monosait untuk menyerang LDL teroksida ini dan bermulalah
kitaran keradangan di dalam dinding saluran darah endothelium ini.
Bermulanya keradangan di dinding dalam saluran darah atau endothelium ini
menyebabkan fungsi endothelium terganggu yang dipanggil sebagai disfungsi
endothelium (endothelial dysfunction)
Ini adalah proses biologi akibat reaksi tubuh kepada benda asing (LDL teroksida)
dan ianya tidak memerlukan pakar bedah jantung untuk memulihkannya. Ia
boleh dipulihkan oleh diri kita sendiri dengan mengawal keradangan dengan
cara pemakanan yang betul disamping bersenam, mengawal stres dan
mengelakkan punca-punca keradangan. Semua kita mempunyai masalah
keradangan ini dan hanya kitalah yang boleh mengubahnya.
8
KOLESTEROL & KERADANGAN – DR NORMAN
Kolesterol adalah satu bahan seperti lilin dan lemak yang dihasilkan secara
semulajadi dalam tubuh kita. Kebanyakan daripada kita menyangka kolesterol
adalah bahan yang merbahaya dan menyebabkan penyakit. Hakikatnya kajian
menunjukkan kolesterol adalah bahan yang sangat penting untuk kesihatan dan
membantu kita untuk kekal sihat serta ianya mempunyai banyak fungsi-fungsi
biologi tubuh yang penting untuk metabolisma normal tubuh manusia.Kita
sepatutnya mengambil kolesterol yang secukupnya dalam pemakanan kita dan
bukannya mengelakkan pengambilan kolesterol dalam makanan.
Kolesterol adalah penting untuk fungsi dan struktur membran sel-sel tubuh
manusia. Tubuh manusia menggunakan kolesterol untuk penghasilan hormon
dan vitamin D. Manusia tidak akan boleh terus hidup tanpa kolesterol dalam
tubuh kita. Tubuh kita menghasilkan hampir 85% kolesterol didalam darah kita
dan hanya jumlah yang terlalu sedikit yang di berpunca daripada makanan
berkolesterol seperti telur, daging, ikan, ayam, udang, sotong dan sebagainya.
9
KOLESTEROL & KERADANGAN – DR NORMAN
KOLESTEROL DAN LIPOPROTIN
Apabila kita bercakap tentang kolesterol dalam darah, kita selalunya menyebut
tentang lipoprotin iaitu LDL (Low Density Lipoprotin) & HDL (High Density
Lipoprotin). Sebenarnya lipoprotin ini adalah ‘pengangkut’ kolesterol dalam
darah kerana kolesterol tidak boleh bergerak dalam darah dalam bentuknya
sendiri (sebagaimana manusia tidak bergerak di atas lebuhraya tanpa kenderaan
seperti kereta dll).
10
KOLESTEROL & KERADANGAN – DR NORMAN
Lipoprotin adalah bahan yang diperbuat daripada lemak (lipid) di bahagian
dalam dan protin di bahagian luarnya, oleh kerana iatu ia dipanggil ‘lipoprotin’.
Kita selalu diberitahu bahawa terdapat kolesterol ‘jahat’ LDL dan kolesterol
‘baik’ HDL. Sebenarnya LDL dan HDL ini adalah pengangkut kepada kolesterol
sahaja seumpama ‘kereta’ kepada manusia.
11
KOLESTEROL & KERADANGAN – DR NORMAN
APA ITU LDL?
LDL adalah lipoprotin pengangkut kolesterol yang paling utama dalam saluran
darah manusia iaitu 60 - 70% daripada total lipoprotin dalam darah. Ia
mengangkut kolesterol didalamnya untuk di bawa ke seluruh tubuh kita untuk
fungsi-fungsi biologi yang penting. Ia selalu dipanggil sebagai ‘kolesterol jahat’
kerana ia dikaitkan dengan masalah pengerasan saluran darah atau
‘atherosklerosis’1 yang menyebabkan penyumbatan saluran darah dan akan
menyebabkan serangan jantung atau strok.
Terdapat 3 jenis LDL sebenarnya iaitu jenis kecil & padat (small & dense) dan
besar & ‘fluffy’ (large & fluffy). Kajian2 menunjukkan paras kolesterol LDL yang
tinggi meningkatkan risiko penyakit jantung koronari3. Kajian4 terkini
1 https://www.healthline.com/health/atherosclerosis
2 The Lipid Research Clinics Coronary Primary Prevention Trial results. I. Reduction in incidence of coronary
heart disease. JAMA. 1984 Jan 20;251(3):351-64.
3 Stamler J, Wentworth D, Neaton JD. Is relationship between serum cholesterol and risk of premature death
from coronary heart disease continuous and graded? Findings in 356,222 primary screenees of the Multiple
Risk Factor Intervention Trial (MRFIT). JAMA. 1986 Nov 28;256(20):2823-8.
4 Packard C, Caslake M, Shepherd J. The role of small, dense low density lipoprotein (LDL): a new look. Int J
Cardiol. 2000 Jun 30;74 Suppl 1:S17-22.
12
KOLESTEROL & KERADANGAN – DR NORMAN
menunjukkan risiko yang lebih tinggi adalah apabila LDL dari jenis yang kecil dan
padat (small & dense) berbanding jenis yang besar dan ‘fluffy’.
Kajian terkini juga menunjukkan saiz LDL sahaja bukanlah faktor yang utama,
tetapi jumlah partikel LDL tersebut. Jika partikel LDL adalah banyak, maka risiko
yang lebih tinggi mendapat penyakt jantung dan jumlah partikel ini di panggil
sebagai LDL-P. Kajian juga menunjukkan LDL yang teroksida (oxidized LDL)
adalah juga faktor yang meningkatkan risiko penyakit jantung dan
kardiovaskular.
LDL akan teroksida apabila ia masuk ke dalam dinding saluran darah
(endothelium) yang rosak akibat pelbagai faktor seperti radikal bebas, toksin dan
sebagainya yang menyebabkan masalah keradangan kronik.
13
KOLESTEROL & KERADANGAN – DR NORMAN
Kajian terkini menunjukkan masalah kerosakan endothelium (endothelial
dysfunction) dan keradangan kronik (chronic inflammation) adalah punca
kepada masalah atherosklerosis dan bukannya semata-mata paras LDL yang
tinggi.
Oleh kerana itu, hanya dengan melihat paras LDL semata-mata bukanlah
indikator yang tepat untuk menentukan risiko penyakit jantung kerana terdapat
pelbagai faktor yang yang terlibat berdasarkan kajian terkini.
14
KOLESTEROL & KERADANGAN – DR NORMAN
APA ITU HDL?
Secara mudahnya HDL adalah pengangkut kolesterol yang mengangkut
kolesterol daripada seluruh tubuh dan membawanya kembali ke organ hati
untuk di buang atau di gunakan semula.
Kajian5 menunjukkan apabila paras HDL tinggi maka risiko penyakit jantung
adalah lebih rendah yang mencegah pembentukan plak atherosklerosis dalam
pembuluh darah di jantung6. Oleh kerana itu ia selalu di panggil sebagai
‘kolesterol baik’ kerana ia membantu mengurangkan risiko penyakit jantung7.
Kajian8 menunjukkan HDL sebenarnya akan menjadi rendah akibat pengambilan
gula dan lemak trans9 dalam pemakanan. HDL juga rendah apabila kadar
keradangan tinggi dalam tubuh10.
Kaitan sebenarnya diantara paras HDL yang tinggi adalah kadar keradangan
dalam tubuh seseorang. Mengawal kadar keradangan dalam tubuh adalah kunci
kepada mengurangkan risiko penyakit jantung & kardiovaskular.
5 https://ahajournals.org/doi/full/10.1161/01.cir.0000154555.07002.ca
6 Kwiterovich PO Jr. The antiatherogenic role of high-density lipoprotein cholesterol. Am J Cardiol. 1998 Nov
5;82(9A):13Q-21Q.
7 Gordon DJ, Probstfield JL, Garrison RJ et al. High-density lipoprotein cholesterol and cardiovascular disease.
Four prospective American studies. Circulation. 1989 Jan;79(1):8-15.
8 Loh DA, Moy FM1, Zaharan NL et al. Sugar-sweetened beverage intake and its associations with
cardiometabolic risks among adolescents. Pediatr Obes. 2017 Feb;12(1):e1-e5. doi: 10.1111/ijpo.12108. Epub
2016 Feb 4.
9 Lichtenstein AH et al. Dietary trans fatty acids and cardiovascular disease risk: past and present. Curr
Atheroscler Rep. 2014 Aug;16(8):433. doi: 10.1007/s11883-014-0433-1.
10 Ronsein GE, Vaisar T et al. Inflammation, remodeling, and other factors affecting HDL cholesterol efflux. Curr
Opin Lipidol. 2017 Feb;28(1):52-59. doi: 10.1097/MOL.0000000000000382.
15
KOLESTEROL & KERADANGAN – DR NORMAN
Itulah persoalan yang selalu ditanya. Keradangan atau inflamasi atau
‘Inflammation’ dalam bahasa Inggeris adalah keadaan di mana tubuh
bertindakbalas kepada kecederaan, jangkitan kuman atau benda asing. Ia adalah
tindakbalas imuniti tubuh yang akan menyebab keadaan bengkak, radang, panas
dan sakit di kawasan yang mengalami proses keradangan tersebut. Ia terbahagi
kepada jenis akut iaitu tempoh masa pendek dan kronik iaitu tempoh masa
panjang.
Keradangan bermaksud seperti ‘api dalaman’ iaitu proses dimana tubuh
manusia bertindakbalas keatas pencerobohan dari luar berupa kuman, benda
asing dan kecederaan. Sebelum era antibiotik dan perubatan moden sekarang,
tubuh manusia dapat terus bertahan dan kekal hidup walaupun dijangkiti kuman
kerana proses keradangan ini. Ia adalah proses semulajadi yang baik sebagai
satu sisem pertahanan tubuh atau imuniti.
Sebagai contoh jika kita di gigit nyamuk maka kulit di bahagian yang di gigit akan
bengkak, radang /merah dan sakit. Ia adalah contoh keradangan akut yang akan
hilang dalam masa sekejap. Jika berlaku jangkitan tekak sebagai contohnya
maka tekak akan menjadi merah, bengkak, sakit tekak dan rasa panas itu adalah
simptom demam yang dirasakan oleh pesakit. Biasanya doktor akan
memberikan antibiotik untuk membunuh kuman tersebut dan selepas jangkitan
itu terkawal seseorang akan pulih.
16
KOLESTEROL & KERADANGAN – DR NORMAN
Saya tidak ingin membicarakan keradangan akut ini secara panjang lebar kerana
ianya bukanlah isunya disini. Jika ‘benda asing’ yang mengganggu sistem tubuh
manusia itu berada kekal lama maka berlaku lah keradangan kronik dan oleh
kerana prosesnya amat perlahan maka ianya adalah senyap tanpa kita sedari,
tanpa ada apa-apa simptom yang khusus.
Berdasarkan kajian, keradangan kronik yang senyap (chronic silent
inflammation) adalah faktor utama menyebabkan pelbagai penyakit kronik
sekarang terutamanya penyakit seperti penyakit jantung koronari, obesiti,
diabetes mellitus, kanser, strok dan tekanan darah tinggi.
Kadar keradangan ini boleh di ketahui dengan mengukur ‘biomarker’ atau
penanda dalam darah iaitu bahan pro-inflammasi sitokin seperti interleukin-6
(IL-6), faktor nekrosis tumor-α (TNF-α), Protin C-Reaktif (CRP) dan serum
amyloid-A (SAA).
17
KOLESTEROL & KERADANGAN – DR NORMAN
KERADANGAN DAN PENYAKIT KRONIK
Terdapat pelbagai mekanisma dan keadaan yang menyebabkan masalah
keradangan seperti pemakanan, aktiviti fizikal, obesiti, stres dan pencemaran.
Kajian menunjukkan pelbagai penyakit kronik hari ini sebenarnya berkaitan
dengan proses keradangan yang tidak terkawal dan berlebihan seperti obesiti,
penyakit jantung koronari, tekanan darah tinggi, strok, diabetes, kanser,
penyakit buah pinggang kronik, osteoarthritis, osteoporosis, kedutan kulit pra-
matang dan penyakit Alzheimer.
Peningkatan tekanan oksidatif akibat serangan radikal bebas yang berterusan
dan berlebihan akan menyebabkan masalah keradangan yang kronik. Oleh
kerana itu proses penuaan dikaitkan dengan peningkatan peredaran spesis
oksigen radikal (ROS) dan kekurangan anti oksidan dalam tubuh.
Oleh kerana itu saranan untuk pemakanan dan gaya hidup sihat sekarang
memfokuskan ke arah mengurangkan keradangan dalam tubuh. Pemakanan
yang meningkatkan kadar keradangan dalam tubuh adalah makanan proses
yang tinggi gula, asid lemak trans dan karbohidrat halus seperti tepung gandum.
18
KOLESTEROL & KERADANGAN – DR NORMAN
Kurang aktiviti fizikal dengan tidak bersenam juga berkait dengan peningkatan
kadar keradangan dalam tubuh. Stres yang tidak terkawal akan menyebabkan
masalah kerangan meningkat dan merosakkan keseimbangan hormon dalam
tubuh. Tabiat yang tidak sihat seperti merokok menyebabkan masalah
keradangan kerana asap rokok mengandungi pelbagai toksin dan bahan radikal
bebas yang menyebabkan keradangan berlaku terutamanya dalam saluran
darah dan paru-paru. Oleh kerana itu merokok sangat berkaitan dengan kanser
paru-paru dan juga masalah penyakit jantung koronari.
Pada 3 Oktober 2006, satu penilaian semula secara meluas dibuat keatas semua
kajian-kajian tentang ubat anti kolesterol statin dan ianya dilaporkan dalam
jurnal The Annals of Internal Medicine dan akhirnya kebenaran terserlah dan di
dedahkan.
Kesimpulan dari kajian penilaian semula ini menyatakan bahawa ‘bukti klinikal
terkini tidak menunjukkan terapi lipid (kolesterol) secara bertahap untuk
mencapai saranan paras LDL kolesterol adalah selamat atau memberi
manfaat’.
Ubat anti kolesterol statin bukanlah tidak menurunkan paras kolesterol, ianya
adalah sangat efektif menurunkan paras LDL ini. Kesan penurunan kolesterol ini
sangat kuat dan berkesan sehinggakan menurut satu kajian pesakit yang
19
KOLESTEROL & KERADANGAN – DR NORMAN
dimasukkan ke pusat-pusat jantung hampir 74% mempunyai paras kolesterol
yang normal. Jelas disini bahawa menurunkan paras kolesterol semata-mata
tidak mencegah penyakit jantung koronari. Itulah trend yang kita lihat hari ini
bahawa kadar penyakit jantung semakin meningkat walaupun ubat anti
kolesterol statin telah ada di pasaran sejak hampir 40 tahun dengan keadaan
hampir majoriti pesakit di berikan ubat ini oleh para doktor. Jika ubat ini benar-
benar mempunyai manfaat mengurangkan kadar penyakit jantung koronari
sudah pasti bilangan pesakit jantung semakin berkurangan.
Hakikatnya disini bahawa masyarakat perlu disedarkan tentang punca sebenar
penyakit jantung koronari adalah keradangan atau inflammasi dan
memfokuskan samada menurunkan kolesterol LDL atau menaikkan paras
kolesterol HDL semata-mata tidak akan menurunkan insiden penyakit jantung
koronari.
Paras kolesterol tinggi sebenarnya adalah kesan kepada pemakanan rendah
lemak dan tinggi karbohidrat dan ianya adalah penunjuk secara tidak lansung
kepada keadaan keradangan atau inflammasi dalam tubuh seseorang samada
tinggi atau rendah. Jika anda adalah pesakit saya yang datang ke klinik saya,
maka saya akan membuat ujian darah untuk menguji paras hsCRP untuk
mengetahui tahap keradangan dalam badan disamping ujian darah untuk paras
kolesterol tadi. Apabila keradangan ini dirawat dan punca sebenar kenaikan
paras kolesterol di rawat maka kolesterol tidak lagi menjadi suatu perkara perlu
dibimbangkan.
20
KOLESTEROL & KERADANGAN – DR NORMAN
Berita baiknya adalah, keradangan amat mudah dirawat dan dikurangkan tanpa
perlu apa-apa ubat yang khusus dan ianya boleh dikawal sepenuhnya dengan
pemakanan yang betul, senaman secukupnya, mengawal stress dan
mengelakkan faktor-faktor yang menyebabkan keradangan itu sendiri seperti
merokok.
21
KOLESTEROL & KERADANGAN – DR NORMAN
Untuk mengubah ‘konsensus kolesterol’ yang sudah tertanam dalam hati
sanubari masyarakat kita hari ini memerlukan usaha pendidikan yang
berterusan dan konsisten. Menulis buku ini adalah satu usaha tambahan saya
untuk menyampaikan ilmu yang benar dan bermanfaat untuk kebaikan semua
masyarakat disamping sesi ceramah kesihatan yang saya sampaikan di seluruh
negara dan di media-media massa seperti TV dan radio.
22
KOLESTEROL & KERADANGAN – DR NORMAN
Masyarakat perlu didedahkan dengan punca sebenarnya penyakit-penyakit
kronik untuk mereka mengambil langkah-langkah pencegahan yang betul.
Situasi semasa yang kita lihat hari ini dengan pelbagai penyakit kronik yang
melanda masyarakat kita seperti wabak yang amat sukar dibendung adalah
berpunca daripada salah faham tentang konsep sebenar penyakit terjadi dan
kaedah yang pencegahan yang sebenarnya.
Yang lebih malang apabila ahli kesihatan sendiri dilihat keliru dengan konsep ini
kerana tiadanya pendedahan tentang perkembangan kajian-kajian terbaru
disamping tiadanya subjek perubatan nutrisi (Nutritional Medicine) yang diajar
secara khusus kepada mereka.
Subjek ini amat penting dan kritikal kepada semua masyarakat terutamanya
ahli-ahli kesihatan untuk membendung masalah kesihatan yang semakin
menular sekarang. Ia sepatutnya dijadikan subjek dalam pengajian perubatan
untuk semua ahli perubatan daripada doktor, jururawat, paramedik hinggalah
kakitangan kesihatan keseluruhannya.
23
KOLESTEROL & KERADANGAN – DR NORMAN
MEKANISMA FISIOLOGI KERADANGAN
Sistem imuniti tubuh di ciptakan Tuhan sebagai satu sistem pertahanan. Apabila
tubuh kita di serang oleh kuman atau benda asing ia akan memanggil sistem
pertahanan hadapan iaitu sel-sel darah putih dengan menghantar isyarat kimia.
Sel-sel darah putih yang menerima isyarat ini akan pergi ke tempat yang
diserang seperti pahlawan di medan perang. Sel-sel darah putih merembeskan
pelbagai bahan kimia sebagai senjata melawan pencerobohan ini.
Bahan kimia yang dirembeskan oleh sel-sel darah putih termasuklah bahan
oksidan yang memusnahkan penceroboh (kuman) tersebut. Proses oksidasi ini
seperti proses karat iaitu proses pemusnahan kuman sehingga ia mati. Terdapat
juga ‘senjata’ lain untuk membunuh penceroboh ini.
Bahan kimia isyarat yang memanggil sel-sel darah putih ini dipanggil sitokin
(cytokines). Sel darah putih utama yang menyerang penceroboh adalah
monosait (monocytes) yang sangat agresif. Jika penceroboh adalah kuman dan
dengan isyarat oleh sitokin dan tindakan oleh monosait maka jangkitan itu akan
di lawan. Terdapat sesetengah monosait akan menjadi makrofaj yang akan
makan semua kuman yang mati dan rosak. Makrofaj adalah lebih agresif
memakan kuman-kuman yang mati dan badan boleh mengawal jangkitan
dengan baik. Mekanisma ini berterusan sehinggalah semua kuman dan benda
asing ini musnah. Makrofaj inilah berkaitan dengan keradangan yang akan saya
terangkan seterusnya.
24
KOLESTEROL & KERADANGAN – DR NORMAN
Sitokin yang dirembeskan akan menyebabkan saluran darah kecil mengembang
untuk membawa lebih banyak darah ke kawasan yang terlibat. Apabila lebih
banyak darah masuk maka lebih banyak makrofaj akan sampai disamping itu
lebih banyak oksigen dan nutrisi untuk membantu sel-sel akan di hantar. Pada
masa ini keradangan mula kelihatan sebagai bengkak, radang kemerahan, rasa
sakit dan panas akibat berlaku peningkatan pengaliran darah. Rasa sakit pada
kawasan tersebut adalah satu isyarat supaya tubuh tidak menggerakkan atau
menggunakan kawasan tersebut. Oleh kerana itu kita perlu banyak berehat
semasa proses ini sedang berlaku.
Proses ini adalah untuk kemandirian tubuh manusia untuk terus kekal hidup.
Pencerobohon kuman yang sedikit boleh merebak dan menjadi teruk jika tiada
proses keradangan ini. Proses keradangan akan berterusan sehingga semua
penceroboh iaitu kuman ini mati dan proses pemulihan mula berlaku. Kita akan
melihat kebengkakan menurun, kemerahan semakin hilang dan suhu kawasan
tersebut kembali normal serta kesakitan atau demam akan hilang. Sebelum era
antibiotik, ramai manusia yang mati akibat jangkitan kuman yang tidak dapat
dikawal oleh proses keradangan ini terutama luka yang besar seperti
kecederaan atau semasa berperang. Proses keradangan akut ini sangat penting
untuk manusia. Dalam proses keradangan kronik pula proses ini berlaku secara
senyap dan amat lambat. Berlaku juga bengkak dalam saluran darah dan
kemerahan tetapi kita tidak nampak kerana ia berlaku dalam organ dalaman.
Bagi pakar jantung yang selalu membedah jantung mereka boleh melihat
keradangan ini pada saluran darah koronari semasa pembedahan.
25
KOLESTEROL & KERADANGAN – DR NORMAN
BAGAIMANA MAKANAN BERKOLESTEROL MEMPENGARUHI PARAS
KOLESTEROL DALAM DARAH?
Sebenarnya jumlah pengambilan kolesterol dalam makanan dan paras
kolesterol darah adalah suatu perkara yang berlainan. Sekali lalu, mungkin kita
fikir bahawa apabila kita ingin mengurangkan paras kolesterol dalam darah
maka kaedah yang paling efektif adalah mengawal pengambilan kolesterol
dalam makanan tetapi kajian sains tidak menunjukkan ia berlaku seperti itu.
Tubuh manusia mengawal jumlah kolesterol dalam darah dengan mengawal
kadar penghasilan kolesterol dalam tubuh kita. Majoriti kolesterol dalam tubuh
dihasilkan oleh organ hati kita.
26
KOLESTEROL & KERADANGAN – DR NORMAN
Berdasarkan kajian11, apabila kita mengurangkan pengambilan makanan
berkolesterol, maka tubuh kita akan meningkatkan penghasilan kolesterol
dalam tubuh. Apabila kita mengambil lebih makanan berkolesterol, maka tubuh
kita akan mengurangkan penghasilan kolesterol dalam tubuh12 ini dipanggil
sebagai mekanisma maklumbalas negatif (‘negative feedback mechanism’). Oleh
kerana itu dari aspek sains13, makanan berkolesterol mempunyai impak dan
kesan yang sangat sedikit kepada paras kolesterol dalam tubuh kita14.
Walaubagaimanapun terdapat kajian15 menunjukkan terdapat sesetengah
orang yang mengambil makanan berkolesterol akan meningkatkan paras
kolesterol darah mereka. Jumlah mereka adalah dalam 40% dari populasi
manusia dan dipanggil sebagai ‘hyper-responders’ dan ianya berpunca daripada
faktor genetik. Walaupun mereka mempunyai paras kolesterol yang lebih tinggi,
tetapi kajian16 menunjukkan kadar risiko penyakit jantung mereka tidaklah tinggi
walaupun paras kolesterol darah mereka tinggi. Ini adalah kerana paras
kolesterol darah kita bukanlah faktor penentu utama kepada risiko penyakit
jantung. Kajian17 menunjukkan LDL kolesterol yang dihasil oleh
‘hyperresponders’ ini adalah dari jenis yang ‘besar & fluffy’ dan bukannya jenis
yang ‘kecil & padat’ yang lebih berisiko tinggi.
Kajian18 menunjukkan penghasilan kolesterol HDL juga adalah tinggi di kalangan
‘hyperresponder’ dan ini menunjukkan risiko yang lebih rendah kepada penyakit
jantung. HDL kolesterol tinggi kerana sebagai respon kepada paras LDL yang
tinggi sebenarnya kerana jumlah yang lebih diperlukan untuk membawa
kolesterol kembali ke organ hati.
11 Fernandez ML et al. Rethinking dietary cholesterol. Curr Opin Clin Nutr Metab Care. 2012 Mar;15(2):117-21.
doi: 10.1097/MCO.0b013e32834d2259.
12 Jones PJ, Pappu AS, Hatcher L, Li ZC, Illingworth DR, Connor WE. Dietary cholesterol feeding suppresses
human cholesterol synthesis measured by deuterium incorporation and urinary mevalonic acid levels.
Arterioscler Thromb Vasc Biol. 1996 Oct;16(10):1222-8.
13 Berger S, Raman G, Vishwanathan R, Jacques PF, Johnson EJ. Dietary cholesterol and cardiovascular disease:
a systematic review and meta-analysis. Am J Clin Nutr. 2015 Aug;102(2):276-94. doi: 10.3945/ajcn.114.100305.
Epub 2015 Jun 24.
14 McNamara DJ. Dietary cholesterol and the optimal diet for reducing risk of atherosclerosis. Can J Cardiol.
1995 Oct;11 Suppl G:123G-126G.
15 Herron KL, Vega-Lopez S, Conde K et al. Men classified as hypo- or hyperresponders to dietary cholesterol
feeding exhibit differences in lipoprotein metabolism. J Nutr. 2003 Apr;133(4):1036-42.
16 Herron KL, Vega-Lopez S, Conde K et al. Pre-menopausal women, classified as hypo- or hyperresponders, do
not alter their LDL/HDL ratio following a high dietary cholesterol challenge. J Am Coll Nutr. 2002 Jun;21(3):250-
8.
17 P2Namara DJ. Cholesterol intake and plasma cholesterol: an update. J Am Coll Nutr. 1997 Dec;16(6):530-4.
18 Mutungi G, Ratliff J, Puglisi M et al. Dietary cholesterol from eggs increases plasma HDL cholesterol in
overweight men consuming a carbohydrate-restricted diet. J Nutr. 2008 Feb;138(2):272-6.
27
KOLESTEROL & KERADANGAN – DR NORMAN
Bagi seseorang ‘hyperresponder’ nisbah diantara ‘LDL-HDL’nya adalah sama
kerana kedua-duanya naik apabila mereka makan makanan berkolesterol dan
ini menjadikan risiko penyakit jantung mereka sangat rendah19. Jelas di sini
semata-mata bergantung kepada paras LDL untuk mengukur risiko penyakit
jantung koronari adalah tidak tepat dan tidak memadai.
Hakikatnya kajian20 terkini menunjukkan faktor risiko utama kepada masalah
penyakit kardiovaskular adalah masalah ‘keradangan kronik’ yang berpunca
daripada gula, makanan proses dan lemak trans.
Jelas berdasarkan kajian, menunjukkan 60% populasi manusia sebenarnya tidak
akan meningkatkan paras kolesterol darah apabila mengambil makanan
berkolesterol dan risiko penyakit jantung juga tiada kaitan dengan makanan
yang berkolesterol sebenarnya.
19 https://www.healthline.com/health/cholesterol-ratio
20 Golia E, Limongelli G, Natale F, Fimiani F et al. Inflammation and cardiovascular disease: from pathogenesis
to therapeutic target. Curr Atheroscler Rep. 2014 Sep;16(9):435. doi: 10.1007/s11883-014-0435-z.
28
KOLESTEROL & KERADANGAN – DR NORMAN
KAITAN MAKANAN BERKOLESTEROL DENGAN PENYAKIT JANTUNG ??
Kajian terkini jelas menunjukkan bahawa penyakit jantung bukanlah semata-
mata kerana faktor paras kolesterol dalam darah dan juga bukan kerana
pemakanan yang tinggi kolesterol.
Terdapat pelbagai faktor dan ‘teori saintifik’ lain yang perlu dipertimbangkan
dalam menjelaskan kenapa terjadinya penyakit jantung dan kardiovaskular ini
seperti:
Keradangan kronik
Disfungsi Endothelium
Stres Oksidatif
Kolesterol teroksida/Oksi-sterol
Toksin persekitaran
Tekanan darah tinggi
Merokok
Stres melampau
Tidak aktif secara fizikal
Gaya hidup sedentari
29
KOLESTEROL & KERADANGAN – DR NORMAN
Penyakit jantung boleh dikaitkan dengan faktor-faktor yang disenaraikan diatas,
tetapi mengaitkan makanan berkolesterol sebagai puncanya adalah satu
dakwaan yang tidak berasaskan kajian saintifik yang kukuh dan terkini.
Kajian21 menunjukkan memasak makanan berkolesterol dengan kaedah
masakan dengan suhu yang tinggi akan menyebabkan pengoksidaan kolesterol
tersebut dan menghasilkan bahan yang dipanggil oksi-sterol. Bahan oksi-sterol
ini menyebabkan masalah keradangan kronik dan atherosklerosis yang menjadi
punca kepada penyakit jantung koronari22. Terdapat kajian23 menunjukkan
penggunaan minyak masak yang tinggi anti oksidan dan vitamin E seperti Minyak
Kelapa sawit boleh membantu mengurangkan penghasilan oksi-sterol ini.
21 Sabolová M, Pohořelá B, Fišnar J et al. Formation of oxysterols during thermal processing and frozen storage
of cooked minced meat. J Sci Food Agric. 2017 Dec;97(15):5092-5099. doi: 10.1002/jsfa.8386. Epub 2017 May
30.
22 Staprans I, Pan XM, Rapp JH, Feingold KR. The role of dietary oxidized cholesterol and oxidized fatty acids in
the development of atherosclerosis. Mol Nutr Food Res. 2005 Nov;49(11):1075-82.
23 Eder K, Müller G, Kluge H, Hirche F, Brandsch C. Concentrations of oxysterols in meat and meat products
from pigs fed diets differing in the type of fat (palm oil or soybean oil) and vitamin E concentrations. Meat Sci.
2005 May;70(1):15-23. doi: 10.1016/j.meatsci.2004.11.016. Epub 2005 Jan 4.
30
KOLESTEROL & KERADANGAN – DR NORMAN
31
KOLESTEROL & KERADANGAN – DR NORMAN
32
KOLESTEROL & KERADANGAN – DR NORMAN
KAJIAN-KAJIAN YANG KUKUH MENUNJUKKAN TIADA KAITAN DIANTARA
MAKANAN BERKOLESTEROL DENGAN PENYAKIT JANTUNG.
Terdapat banyak kajian-kajian24 terkini yang kukuh dan berkualiti tinggi yang
menunjukkan makanan berkolesterol bukanlah punca kepada penyakit jantung
koronari25.
Satu kajian26 yang panjang telah
dijalankan tentang telur secara
khususnya. Telur selalu di
persalahkan sebagai salah satu
makanan yang tinggi kolesterol dan
selalu di berikan nasihat untuk
mengelakkan mengambilnya.
Terdapat beberapa kajian27
menunjukkan pengambilan telur
sebenarnya tidak meningkatkan
risiko penyakit jantung28, malahan
ia membantu mengurangkan risiko
penyakit jantung dengan
meningkatkan paras HDL serta
menurunkan paras LDL29.
24 Jones PJ et al. Dietary cholesterol and the risk of cardiovascular disease in patients: a review of the Harvard
Egg Study and other data. Int J Clin Pract Suppl. 2009 Oct;(163):1-8, 28-36. doi: 10.1111/j.1742-
1241.2009.02136.x.
25 Berger S, Raman G, Vishwanathan R et al. Dietary cholesterol and cardiovascular disease: a systematic
review and meta-analysis. Am J Clin Nutr. 2015 Aug;102(2):276-94. doi: 10.3945/ajcn.114.100305. Epub 2015
Jun 24.
26 Virtanen JK, Mursu J, Virtanen HE et al. Associations of egg and cholesterol intakes with carotid intima-media
thickness and risk of incident coronary artery disease according to apolipoprotein E phenotype in men: the
Kuopio Ischaemic Heart Disease Risk Factor Study. Am J Clin Nutr. 2016 Mar;103(3):895-901. doi:
10.3945/ajcn.115.122317. Epub 2016 Feb 10.
27 Fernandez ML. Dietary cholesterol provided by eggs and plasma lipoproteins in healthy populations. Curr
Opin Clin Nutr Metab Care. 2006 Jan;9(1):8-12.
28 Rong Ying, Chen Li, Zhu Tingting, Song Yadong, Yu Miao, Shan Zhilei et al. Egg consumption and risk of
coronary heart disease and stroke: dose-response meta-analysis of prospective cohort studies BMJ 2013; 346
:e8539
29 Frank B. Hu, MD; Meir J. Stampfer, MD; Eric B. Rimm, ScD; et al. A Prospective Study of Egg Consumption
and Risk of Cardiovascular Disease in Men and Women. JAMA. 1999;281(15):1387-1394.
doi:10.1001/jama.281.15.1387
33
KOLESTEROL & KERADANGAN – DR NORMAN
Kajian30 juga dijalankan untuk membandingkan pengambilan telur tanpa kuning
telur dengan pengambilan seluruh bahagian telur dengan paras kolesterol
darah. Kajian ini menunjukkan seseorang yang makan 3 biji telur penuh (kuning
& putih) setiap hari akan meningkatkan paras HDL dan menurunkan paras LDL
berbanding dengan seseorang yang hanya makan putih telur sahaja.
Makanan berkolesterol bukanlah punca kepada penyakit jantung dan ianya juga
tidak meningkatkan paras kolesterol malahan makanan yang berkolesterol
adalah sangat penting kepada kesihatan umum.
PATUTKAH KITA MENGELAKKAN MAKANAN BERKOLESTEROL?
Selama bertahun-tahun kita di fahamkan bahawa untuk menjaga kesihatan
terutamanya kesihatan jantung maka kita perlu mengelakkan atau
mengurangkan makanan berkolesterol. Tetapi berdasarkan kajian terkini31,
jelaslah ianya adalah kurang tepat dan tidak berdasarkan kajian sains.
30 Blesso CN, Andersen CJ, Barona J, Volek JS, Fernandez ML. Whole egg consumption improves lipoprotein
profiles and insulin sensitivity to a greater extent than yolk-free egg substitute in individuals with metabolic
syndrome. Metabolism. 2013 Mar;62(3):400-10. doi: 10.1016/j.metabol.2012.08.014. Epub 2012 Sep 27.
31 Fernandez ML. Rethinking dietary cholesterol. Curr Opin Clin Nutr Metab Care. 2012 Mar;15(2):117-21. doi:
10.1097/MCO.0b013e32834d2259.
34
KOLESTEROL & KERADANGAN – DR NORMAN
Kebanyakan makanan berkolesterol tinggi adalah makanan yang sangat
berkhasiat32 kepada kesihatan seperti telur, daging, ayam, ikan, udang, sotong,
kerang, kupang, susu penuh krim, hati, limpa dan sebagainya.
Makanan berkolesterol ini juga kaya dengan lemak tepu dan selalunya lemak
tepu dipersalahkan juga kerana kononnya meningkatkan risiko penyakit jantung
koronari. Terdapat kajian33 yang memberi saranan untuk menukar lemak tepu
(SFA) dengan lemak poli tak tepu (PUFA) untuk mengurangkan risiko penyakit
kardiovaskular. Tetapi terdapat banyak lagi kajian34 yang lain yang menunjukkan
lemak tepu bukanlah punca dan meningkatkan risiko penyakit kardiovaskular.
Subjek ini masih lagi mempunyai banyak kontroversi dan kedua-dua pandangan
mempunyai hujah dan kajian masing-masing.
32 https://www.healthline.com/nutrition/11-most-nutrient-dense-foods-on-the-planet
33 Mozaffarian D, Micha R, Wallace S. Effects on coronary heart disease of increasing polyunsaturated fat in
place of saturated fat: a systematic review and meta-analysis of randomized controlled trials. PLoS Med. 2010
Mar 23;7(3):e1000252. doi: 10.1371/journal.pmed.1000252.
34 Gershuni VM. Saturated Fat: Part of a Healthy Diet. Curr Nutr Rep. 2018 Sep;7(3):85-96. doi:
10.1007/s13668-018-0238-x.
35
KOLESTEROL & KERADANGAN – DR NORMAN
Menurut Dr Steven Nissen, seorang pakar jantung (cardiologist) daripada USA,
paras kolesterol darah ditentukan oleh faktor genetik dan bukannya akibat
pemakanan yang berkolesterol. Tubuh manusia menghasilkan kolestrol jauh
lebih banyak daripada jumlah yang boleh diambil melalui makanan, oleh kerana
itu mengelakkan pengambilan makanan berkolesterol untuk mengawal paras
kolesterol adalah satu usaha yang sia-sia. Ini adalah kerana 85% daripada
kolesterol dalam aliran darah adalah dihasilkan oleh tubuh kita sendiri dan
bukannya daripada makanan berkolesterol yang kita makan. Makanan yang
perlu kita awasi adalah makanan yang mengandungi lemak TRANs kerana ia
adalah punca sebenar kepada masalah keradangan, kolesterol tinggi dan
meningkatkan risiko penyakit jantung koronari. Ramai pakar jantung telah mula
mengutarakan pandangan mereka tentang kolesterol dan lemak tepu bukanlah
punca kepada penyakit jantung koronari, seperti Dr Thomas Levy, Dr Stephen
Sinatra dan Dr Aseem Malhotra.
Saya secara peribadi lebih yakin dengan
kajian yang menunjukkan lemak tepu tidak
menyebabkan peningkatan risiko penyakit
jantung dan kardiovaskular kerana banyak
kajian-kajian ini adalah lebih kukuh dan
merupakan kajian terkini, serta bukti-bukti
sejarah yang menunjukkan pengambilan
lemak tepu selama beribu-ribu tahun oleh
manusia tidak menyebabkan masalah
penyakit jantung dan obesiti. Saya lebih
yakin bahawa lemak yang menjadi punca
kepada masalah penyakit kardiovaskular
adalah lemak TRANS dan bukannya lemak
tepu asli. Terdapat banyak kajian telah
membuktikan kesan buruk lemak TRANS
meningkatkan risiko penyakit jantung
koronari dan fakta ini telah di terima secara
meluas oleh pihak berkuasa kesihatan.
36
KOLESTEROL & KERADANGAN – DR NORMAN
37
KOLESTEROL & KERADANGAN – DR NORMAN
BAGAIMANA UNTUK MENGAWAL PARAS KOLESTEROL & KERADANGAN
DALAM DARAH?
Secara umumnya seseorang yang mempunyai paras kolesterol yang tinggi dalam
darah sebenarnya mempunyai masalah keradangan yang tinggi kerana punca
yang menyebabkan kolesterol tinggi juga menyebabkan masalah keradangan
yang tinggi dalam tubuh.
Jika anda bimbangkan paras kolesterol yang tinggi dalam darah, maka kita juga
perlu mengukur tahap keradangan dalam tubuh. Kerana keutamaannya adalah
kita menurunkan tahap keradangan dan dengan itu paras kolesterol akan
menurun juga.
38
KOLESTEROL & KERADANGAN – DR NORMAN
Kita perlu mengubah pemakanan dan gaya hidup untuk menurunkan paras
kolesterol darah. Pemakanan yang tinggi gula pasir dan makanan proses perlu
di kurangkan dan dikawal dengan baik untuk mengawal paras kolesterol darah.
Menurunkan berat badan35 adalah kaedah yang baik untuk mengawal paras
kolesterol36 dan keradangan kronik. Kajian37 menunjukkan penurunan berat
badan sebanyak 5-10% boleh menurunkan paras kolesterol38 dan
mengurangkan risiko penyakit jantung di kalangan mereka yang mempunyai
masalah berat badan yang berlebihan39.
Paras kolesterol boleh juga di kawal dengan pengambilan makanan yang tidak
meningkatkan paras insulin dalam darah seperti kekacang40, avacado41, legum,
buah-buahan dan sayur-sayuran. Pengambilan minyak sihat seperti minyak
zaitun, minyak kelapa, minyak kelapa sawit, minyak ikan, habbatussauda juga
boleh membantu mengawal paras kolesterol dalam darah.
Aktif secara fizikal juga adalah faktor yang penting untuk mengawal paras
kolesterol dan keradangan dalam tubuh. Kajian42 menunjukkan dengan aktif
secara fizikal dengan bersenam akan mengawal paras kolesterol dengan lebih
baik dan mengurangkan risiko penyakit jantung koronari43.
35 Davis TA, Anderson EC, Ginsburg AV, Goldberg AP. Weight loss improves lipoprotein lipid profiles in patients
with hypercholesterolemia. J Lab Clin Med. 1985 Oct;106(4):447-54.
36 Białkowska M, Szostak WB, Kłosiewicz-Latoszek L, Naruszewicz M, Nowicka G. Serum triglycerides,
cholesterol, low density lipoprotein-apo B and high density lipoprotein cholesterol subfractions after moderate
body weight loss. Nahrung. 1984;28(3):327-32.
37 Di Buono M, Hannah JS, Katzel LI, Jones PJ. Weight loss due to energy restriction suppresses cholesterol
biosynthesis in overweight, mildly hypercholesterolemic men. J Nutr. 1999 Aug;129(8):1545-8.
38 Dattilo AM, Kris-Etherton PM. Effects of weight reduction on blood lipids and lipoproteins: a meta-analysis.
Am J Clin Nutr. 1992 Aug;56(2):320-8.
39 Wing RR, Lang W, Wadden TA et al. Benefits of modest weight loss in improving cardiovascular risk factors in
overweight and obese individuals with type 2 diabetes. Diabetes Care. 2011 Jul;34(7):1481-6. doi:
10.2337/dc10-2415. Epub 2011 May 18.
40 Ha V, Sievenpiper JL, de Souza RJ et al. Effect of dietary pulse intake on established therapeutic lipid targets
for cardiovascular risk reduction: a systematic review and meta-analysis of randomized controlled trials. CMAJ.
2014 May 13;186(8):E252-62. doi: 10.1503/cmaj.131727. Epub 2014 Apr 7.
41 Wang, Li et al. “Effect of a moderate fat diet with and without avocados on lipoprotein particle number, size
and subclasses in overweight and obese adults: a randomized, controlled trial.” Journal of the American Heart
Association vol. 4,1 e001355. 7 Jan. 2015, doi:10.1161/JAHA.114.001355
42 Rossi FE, Fortaleza AC, Neves LM et al. Combined Training (Aerobic Plus Strength) Potentiates a Reduction in
Body Fat but Demonstrates No Difference on the Lipid Profile in Postmenopausal Women When Compared
With Aerobic Training With a Similar Training Load. J Strength Cond Res. 2016 Jan;30(1):226-34. doi:
10.1519/JSC.0000000000001020.
43 Di Raimondo D, Tuttolomondo A, Buttà C et al. Metabolic and anti-inflammatory effects of a home-based
programme of aerobic physical exercise. Int J Clin Pract. 2013 Dec;67(12):1247-53. doi: 10.1111/ijcp.12269.
39
KOLESTEROL & KERADANGAN – DR NORMAN
Menurunkan paras kolesterol dan keradangan boleh dicapai dengan
mengamalkan gaya hidup sihat iaitu pemakanan sihat, aktif secara fizikal,
mengawal stres dan mengawal berat badan.
ELAKKAN MENGAMBIL MAKANAN PROSES
40
KOLESTEROL & KERADANGAN – DR NORMAN
41
KOLESTEROL & KERADANGAN – DR NORMAN
Mengawal Kolesterol & Keradangan dengan Pemakanan
Kolesterol adalah suatu perkara yang paling kita selalu salah faham dan
dikaitkan dengan kesihatan jantung. Bagi kebanyakan daripada kita kolesterol
ini adalah suatu konotasi yang negatif tentang kesihatan. Apabila disebut
kolesterol kita akan membayangkan ia sebagai satu penyakit dan perlu
dihindarkan serta kita amat bimbang jika paras kolesterol darah meningkat. Kita
juga selalu merasakan untuk mengawal kolesterol maka kita perlu mengelakkan
makanan berminyak dan berkolesterol tinggi. Tetapi hakikatnya banyak perkara
yang kita sangka sebelum ini sebenarnya adalah tidak tepat dengan kajian sains
terkini dan konsep sains pemakanan yang akan saya jelaskan dalam artikel ini.
Apabila kita bercakap tentang menurunkan kolesterol secara natural dengan
pemakanan maka mengelakkan makanan yang berlemak dan berkolesterol
rendah bukanlah jawapan yang sebenarnya. Sebenarnya ia adalah berkenaan
bersederhana dan seimbang serta mengambil makanan berkhasiat tinggi yang
akan membantu melawan ‘keradangan’ dan merawat tubuh secara
keseluruhan. Sebenarnya makanan yang boleh menurunkan kolesterol adalah
makanan asli atau ‘natural’ yang terdiri daripada buah-buahan, sayur-sayuran,
legum, bijirin berserat tinggi, ikan, daging dan lemak sihat.
42
KOLESTEROL & KERADANGAN – DR NORMAN
Apakah punca kolesterol tinggi?
Untuk permulaan ini kita perlu membetulkan salahfaham bahawa makanan
berkolesterol adalah punca kepada penyakit jantung koronari. Oleh kerana
salahfaham ini maka sebelum ini pihak berkuasa kesihatan memberi saranan
untuk menghadkan pengambilan kolesterol daripada makanan tidak lebih
daripada 300 mg sehari untuk orang dewasa yang sihat. Walaubagaimanapun,
bukti kajian terbaru menunjukkan bahawa terdapat kesilapan tentang saranan
ini. Oleh kerana itu pada tahun 2015, pihak USDA telah menarik semula saranan
untuk menghadkan pengambilan makanan berkolestrol.
Terdapat beberapa faktor seperti genetik, kurang aktiviti fizikal, stres yang tidak
terkawal dan hormon thyroid yang rendah boleh memberikan kesan kepada
paras kolesterol, tetapi faktor pemakanan adalah faktor utama yang
menyebabkan paras meningkat dengan cara yang tidak sihat. Kajian
menunjukkan pemakanan segera dan moden seperti makanan barat adalah
pemakanan yang menyebabkan kadar keradangan tubuh meningkat dan
meningkat paras kolesterol LDL dan menurunkan paras kolesterol HDL.
43
KOLESTEROL & KERADANGAN – DR NORMAN
Bagaimana sebenarnya keradangan dan kaitannya dengan paras kolesterol?
Kolesterol adalah bahan semulajadi yang dihasilkan oleh tubuh kita dan sangat
penting untuk pelbagai fungsi tubuh seperti penghasilan hormon, fungsi otak
dan saraf, penghasilan vitamin D, keanjalan kulit dan fungsi-fungsi sel yang lain.
Kolesterol majoritinya dihasilkan di dalam organ hati dengan jalinan yang
dipanggil sebagai jalinan Mevalonate (Mevalonate Pathway) dengan enzim yang
utama dipanggil sebagai HMG CoA Reductase. Jika kita tidak mengambil
kolesterol dalam pemakanan seharian kita maka kita boleh mengalami masalah
ketidakseimbangan hormon.
44
KOLESTEROL & KERADANGAN – DR NORMAN
Kolesterol berada dalam tubuh dalam bentuk asid lemak yang di angkut melalui
saluran darah dalam bentuk yang dipanggil sebagai ‘lipoprotin’. Terdapat
beberapa jenis lipoprotin yang ada dalam saluran darah seperti HDL, LDL, VLDL
dan Trigliserida.
Partikel lipoprotin ini tidak akan melekat di dinding saluran darah dan
menyebabkan ianya tersumbat. Kajian44 menunjukkan berlakunya keradangan
kronik didinding saluran darah yang akan menyebabkan kerosakan pada dinding
saluran darah tersebut yang dipanggil sebagai ‘disfungsi endothelial’
(endothelial dysfunction). Kajian45 oleh Professor Libby telah memberikan satu
penerangan yang lebih mendalam bagaimana proses atherosklerosis ini terjadi
dan kaitannya dengan proses keradangan kronik.
44 Geovanini GR1, Libby P. Atherosclerosis and inflammation: overview and updates. Clin Sci (Lond). 2018 Jun
21;132(12):1243-1252. doi: 10.1042/CS20180306. Print 2018 Jun 29.
45 Mason JC1, Libby P. Cardiovascular disease in patients with chronic inflammation: mechanisms underlying
premature cardiovascular events in rheumatologic conditions. Eur Heart J. 2015 Feb 21;36(8):482-9c. doi:
10.1093/eurheartj/ehu403. Epub 2014 Nov 27.
45
KOLESTEROL & KERADANGAN – DR NORMAN
Apabila keadaan ini berlaku maka kolesterol jenis LDL akan masuk ke dalam
dinding saluran darah dan akan menjadi teroksida. LDL teroksida (oxidized LDL)
ini akan mencetuskan tindakbalas dalam tubuh untuk menghantar sel-sel darah
putih jenis monosit yang akan masuk ke dalam dinding saluran darah tadi dan
beubah menjadi sel-sel pemakan atau makrofaj. Ini adalah bertujuan untuk cuba
mengeluarkan LDL teroksida tersebut dengan menelannya, tetapi apabila sel-sel
makrofaj ini menelan LDL teroksida tersebut ia akan mati dan seterusnya akan
tinggal disitu dan terkumpul secara beransur-ansur betambah yang
menyebabkan saluran darah bertambah sempit. Proses inilah yang menjadikan
keadaan yag dipanggil sebagai atherosclerosis atau pengerasan saluran darah.
Apabila keadaan ini berlaku secara berterusan, maka akan berlakunya
penyempitan saluran darah yang dipanggil sebagai ‘plak atherosklerotik ’ dan
plak ini boleh pecah yang menyebabkan darah beku yang akan menyumbatkan
terus pengaliran darah dan akan menyebabkan serangan jantung atau serangan
strok.
Kolesterol semata-mata bukan berbahaya tanpa keradangan kronik yang terjadi
pada masa yang sama. Keradangan kronik ini, sebenarnya adalah punca utama
kepada masalah atherosklerosis iaitu saluran darah menjadi keras dan tidak lagi
elastik. Ini menyebabkan berlakunya tekanan darah tinggi dan proses ini berlaku
secara berterusan dan keradangan itu akan terus meningkat dari masa ke
semasa. Berdasarkan kajian terkini, keradangan adalah ‘akar kepada pelbagai
penyakit’ termasuklah penyakit jantung koronari. Oleh kerana itu kita perlu
untuk mengawal keradangan dalam pemakanan seharian kita dan bukannya
46
KOLESTEROL & KERADANGAN – DR NORMAN
semata-mata mengawal paras kolesterol sahaja. Dengan mengawal keradangan,
selalunya paras kolesterol juga akan menurun dan risiko penyakit jantung
koronari juga akan menurun.
Kita selalu ditakutkan dengan makanan
berminyak atau berlemak dan makanan
berkolesterol tinggi sebagai punca
kepada peningkatan paras kolesterol
dan meningkatkan risiko penyakit
jantung. Hakikatnya , kajian46 terkini
menunjukkan makanan yang
berkolesterol dan berlemak tidak
menyebabkan masalah penyakit
jantung. Makanan yang menyebabkan
risiko penyakit kardiovaskular
meningkat sebenarnya adalah
makanan yang menyebabkan
peningkatan keradangan dalam tubuh
kita seperti lemak trans, gula pasir dan
karbohidrat proses.
Terdapat banyak buku telah di tulis oleh doktor pakar jantung sendiri yang
menulis dengan bukti-bukti saintifik yang kukuh yang menunjukkan kolesterol
bukan punca penyakit jantung.
Kajian47 juga menunjukkan pengambilan makanan berkolesterol tidak
meningkatkan paras kolesterol dan tidak meningkatkan risiko penyakit
kardiovaskular, oleh kerana itulah pada tahun 2015, pihak USDA di USA yang
mengeluarkan garis panduan pemakanan sihat telah menarik balik saranan
untuk menghadkan pengambilan kolesterol dalam makanan. Ia di ikuti oleh
negara lain seperti Australia, Canada, New Zealand, Korea, India dan negara-
negara Eropah. Baru-baru ini pada tahun 2018, Kementerian Kesihatan Malaysia
juga telah mengeluarkan kenyataan menyokong fakta bahawa makanan
berkolesterol bukan punca kepada kolesterol tinggi dan meningkatkan risiko
penyakit kardiovaskular.
46 Kanter MM1, Kris-Etherton PM, Fernandez ML, Vickers KC, Katz DL. Exploring the factors that affect blood
cholesterol and heart disease risk: is dietary cholesterol as bad for you as history leads us to believe?. Adv
Nutr. 2012 Sep 1;3(5):711-7.
47 Fernandez ML. Rethinking dietary cholesterol. Curr Opin Clin Nutr Metab Care. 2012 Mar;15(2):117-21
47
KOLESTEROL & KERADANGAN – DR NORMAN
Terdapat sesetangah individu yang sensitif kepada kolesterol dalam makanan
dan jumlah mereka sangat sedikit. Hampir tiga suku penduduk dunia sebenarnya
boleh mengambil makanan berkolesterol melebihi 300mg sehari dan terus kekal
sihat tanpa meningkatkan risiko penyakit kardiovaskular. Malahan kajian48
terbaru menunjukkan, pengambilan LEMAK SIHAT ( minyak zaitun, minyak
kelapa, minyak ikan, minyak habbatussauda, avocado, minyak kelapa sawit)
sebenarnya akan meningkatkan paras HDL dan menurunkan paras LDL dan juga
mengurangkan kadar keradangan dalam tubuh dan ini adalah penanda kepada
kesihatan yang lebih baik.
Sebenarnya pesakit yang
berisiko tinggi mendapat
penyakit kardiovaskular perlu
mengawal dan menghadkan
pemakanan yang tinggi gula,
tepung gandum atau
karbohidrat proses dan juga
asid lemak trans (makanan
proses) yang sebenarnya
menjadi punca kepada
peningkatan paras kolesterol
dan keradangan kronik dalam
tubuh seseorang.
Data daripada kajian49 yang
ada, menunjukkan,
mengurangkan pengambilan
makanan berkolesterol seperti
telur, sebenarnya mempunyai
impak yang sangat kecil untuk
mengurangkan risiko penyakit
kardivaskular berbanding dengan membetulkan pemakanan , gaya hidup sihat,
mengawal stres dan bersenam secara konsisten.
48 Teo K1, Chow CK, Vaz M, Rangarajan S, Yusuf S; PURE Investigators-Writing Group. The Prospective Urban
Rural Epidemiology (PURE) study: examining the impact of societal influences on chronic noncommunicable
diseases in low-, middle-, and high-income countries. Am Heart J. 2009 Jul;158(1):1-7.e1. doi:
10.1016/j.ahj.2009.04.019
49 McNamara DJ. The impact of egg limitations on coronary heart disease risk: do the numbers add up?
. J Am Coll Nutr. 2000 Oct;19(5 Suppl):540S-548S.
48
KOLESTEROL & KERADANGAN – DR NORMAN
Apakah makanan yang boleh mengawal keradangan dan menurunkan paras
kolesterol?
Jika anda membuat carian di internet tentang makanan yang boleh mengawal
dan menurunkan kolesterol. Tetapi kita perlu memahami konsep yang
sebenarnya mengapa sesuatu makanan boleh membantu menurunkan
kolesterol dan mengawal keradangan, dan sesetengah makanan meningkatkan
kolesterol dan meningkatkan keradangan dalam tubuh.
Makanan yang tinggi dengan asid lemak tepu sebenarnya tidak meningkatkan
kolesterol dan keradangan terutamanya lemak tepu sihat daripada tumbuh-
tumbuhan seperti minyak kelapa, minyak zaitun, minyak kelapa sawit, avocado
dan sebagainya. Minyak zaitun juga kaya dengan asid lemak mono (MUFA) atau
Omega 9 yang bersifat anti keradangan dan membantu menurunkan kolesterol.
Kekacang dan minyak dari bijirin kebiasaannya kaya dengan asid lemak tak tepu
(PUFA) dan MUFA yang boleh mengawal kolesterol dan keradangan.
49
KOLESTEROL & KERADANGAN – DR NORMAN
Disamping bertukar kepada pengambilan lemak sihat, satu lagi kaedah
mengawal keradangan dan kolesterol adalah dengan mengambil makanan
berserat tinggi seperti sayur-sayuran, buah-buahan, oat, gandum wholegrain,
granola, ubi kayu, keledek, keladi dan legum.
Pengambilan protin sihat juga adalah penting untuk mengawal keradangan dan
kolesterol dengan mengambil protin putih iaitu makanan laut seperti ikan,
udang, sotong, kerang dan sebagainya. Pengambilan protin lain seperti ayam,
daging, daging kambing, telur, kekacang dan sebagainya juga baik untuk
kesihatan. Daging daripada haiwan yang diternak secara ‘lepas-bebas’ (free-
range) atau mudahnya kita panggil sebagai ‘haiwan kampung’ adalah terbaik
kerana kandungan asid lemak omega 3 nya lebih tinggi dan ia membantu
mengawal keradangan.
Pengambilan makanan dengan gaya Mediterranean yang kaya dengan buah-
buahan, sayur-sayuran, protin sihat seperti ikan dan makanan laut serta kaya
dengan lemak sihat iaitu minyak zaitun dan juga kaya dengan bijirin berserat
tinggi telah terbukti mengawal keradangan dan menurunkan kolesterol.
Makanan gaya ini walaupun kaya dengan lemak tetapi ianya masih sihat kerana
sumber makanan karbohidrat utamanya adalah makanan karbohidrat asli dan
rendah gula, garam dan bahan sintetik serta tiada karbohidrat proses. Makanan
gaya Mediterranean juga adalah enak dan sangat berkhasiat. Oleh kerana itu
secara umumnya didapati kadar penyakit jantung di negara yang mengamalkan
gaya pemakanan Mediterranean adalah lebih rendah.
Makanan yang boleh meningkatkan kolesterol dan keradangan dalam tubuh dan
perlu kita elakkan adalah:
makanan yang tinggi dengan gula
makanan kaya dengan asid lemak trans (marjerin, krimer)
makanan kaya dengan karbohidrat proses halus (tepung)
makanan proses yang dibungkus
produk tenusu yang non-organik dan homogenised
minuman beralkohol
minuman proses dan bergula tinggi
berlebihan pengambilan kopi
50