KOLESTEROL & KERADANGAN – DR NORMAN
Pengambilan makanan yang berserat tinggi dan mempunyai kandungan anti
oksidan yang tinggi juga amat penting untuk mengawal keradangan dan
kolesterol. Makanan proses didapati sngat rendah kandungan serat, anti
oksidan, mineral, vitamin dan zat-zat surih yang penting untuk kesihatan.
Pengambilan makanan daripada haiwan di bela secara komersil biasanya
mengandungi lemak yang tidak sihat iaitu tinggi omega 6 yang bersifat pro-
keradangan. Sesetengah minyak masak yang di ekstrak dan di proses
menggunakan bahan kimia dan pelarut kimia yang merbahaya juga boleh
menyebabkan masalah keradangan dan kolesterol tinggi. Alkohol, gula pasir dan
kafein yang berlebihan akan menyebabkan penghasilan kolesterol yang
berlebihan oleh organ hati dan ia juga meningkat kadar keradangan dalam
tubuh.
51
KOLESTEROL & KERADANGAN – DR NORMAN
MAKANAN YANG BOLEH MENURUNKAN KOLESTEROL &
MENGAWAL KERADANGAN
1. Sayur-sayuran
Sayur-sayuran adalah makanan berkhasiat tinggi yang bersifat anti-keradangan
dan tinggi dengan anti oksidan yang sangat mudah dan murah untuk di makan
setiap hari. Sayur-sayuran adalah kaya dengan fitokimia yang melawan radikal
bebas dan melambatkan proses penuaan yang akan membantu supaya saluran
darah arteri kekal fleksibel dan sihat. Sayur-sayuran berdaun hijau seperti
bayam, kangkung, sawi dan sebagainya mempunyai kandungan kalori yang
rendah tetapi mempunyai khasiat didalamnya yang melindungi daripada
penyakit jantung koronari dengan mengurangkan dan melambatkan
pembentukan plak atherosklerosis.
Sayur-sayuran juga kaya dengan serat yang sangat baik sebagai pre-biotik iaitu
makanan kepada bakteria baik probiotik disamping itu ia juga mengawal paras
insulin yang memuncak dengan melambatkan penghadaman karbohidrat. Serat
juga amat baik untuk mengawal berat badan dan mengelakkan masalah
sembelit. Kajian menunjukkan pengambilan sayur-sayuran setiap hari boleh
menurunkan kolesterol dan keradangan dalam tubuh.
Buah-buahan juga boleh membantu menurunkan kolesterol dan yang paling
penting ia mengandungi anti oksidan yang mencegah pengoksidaan kolesterol
LDL. Buah-buahan juga bersifat anti keradangan kerana kandungan khasiatnya
yang lengkap dengan vitamin, mineral, anti oksidan dan serat yang tinggi. Tetapi
kita perlu berhati-hati apabila makan buah-buahan agar yang terlalu berlebihan
terutamanya buah-buahan yang manis kerana kandungan gula fruktosanya yang
agak tinggi. Bersederhanalah dalam makan buah-buahan untuk membantu
mengurangkan risiko penyakit dan memberikan kesan kesihatan yang positif.
52
KOLESTEROL & KERADANGAN – DR NORMAN
2. Kekacang
Semua jenis kekacang adalah sumber yang baik untuk asid lemak tak tepu
(PUFA) dan asid lemak mono tak tepu (MUFA). Ia juga sumber serat yang baik.
Sesetengah kacang seperti almond mempunyai kandungan anti oksidan yang
tinggi seperti flavonoids dan fitonutrien yang meningkatkan kesihatan saluran
darah arteri dan mengurangkan keradangan kronik.
Kajian50 menunjukkan pengambilan kekacang dalam pemakanan seharian boleh
membantu menurunkan paras kolesterol LDL di kalangan individu yang tinggi
paras kolesterol dan juga pesakit diabetes. Kekacang juga boleh menghalang
kerosakan di dinding dalam arteri (endothelium) dan melindungi daripada
pembentukan plak kolesterol dan juga manfaat tambahan mengurangkan berat
badan & mengawal obesiti.
50 Berryman CE, Preston AG, Karmally W. Effects of almond consumption on the reduction of LDL-cholesterol: a
discussion of potential mechanisms and future research directions. Nutr Rev. 2011 Apr;69(4):171-85. doi:
10.1111/j.1753-4887.2011.00383.x.
53
KOLESTEROL & KERADANGAN – DR NORMAN
3. Chia Seeds & Flaxseeds
Flaxseed adalah sumber tumbuhan terkaya asid lemak omega 3 yang dipanggil
Asid Alfa Linolenic (ALA). Ia juga sumber nombor satu untuk bahan lignan yang
penting untuk keseimbangan hormon.
Kedua-dua chia seed dan flaxseed adalah kaya dengan serat boleh larut dan
serat tidak larut yang membantu dalam proses detoksifikasi dan kesihatan usus
dengan membekalkan makanan kepada probiotik. Serat yang tinggi akan
membantu mengawal paras insulin dalam darah yang akan menyebabkan paras
kolesterol menurun secara umumnya.
54
KOLESTEROL & KERADANGAN – DR NORMAN
4. Minyak Zaitun
Minyak zaitun mempunyai sifat anti-keradangan dengan kandungan asid lemak
mono tak tepu (MUFA) atau Omega 9 (Asid Oleik) di dalamnya. Ia juga
membantu mengawal paras kolesterol LDL dalam darah. Ia meningkatkan paras
kolesterol baik HDL di dalam darah.
Gunakan minyak zaitun ekstra dara (EVOO) dalam pemakanan seharian kita
setiap hari samada di minum terus, letak dalam salad & ulam, masak dengan
suhu yang rendah (menumis), marinat dan masak nasi minyak zaitun.
Menggunakan minyak zaitun dalam masakan akan menjadikan makanan sangat
enak dan berkhasiat tinggi.
55
KOLESTEROL & KERADANGAN – DR NORMAN
5. Avocados
Kajian51 menunjukkan avocado adalah diantara buah yang sangat baik untuk
kesihatan jantung. Avocado juga mempunyai kandungan asid lemak mono tak
tepu (MUFA) atau Omega 9 yang tinggi didalamnya. Ia membantu menurunkan
paras LDL dan meningkatkan paras HDL dalam darah, oleh itu ia membantu
mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular.
Avocado juga mengandungi serat yang tinggi yang akan membantu mengawal
paras glukosa dengan lebih baik. Ia juga mengandungi bahan fitokimia yang
membantu mengawal keradangan dan bersifat anti oksidan seperti beta
sitosterol, glutathion dan lutein. Terdapat pelbagai jenis menu masakan
menggunakan avocado yang boleh kita rujuk di internet untuk kita cuba amalkan
selalu.
51 Zhao CN, Meng X, Li Y, Li S, Liu Q, Tang GY, Li HB. Fruits for Prevention and Treatment of Cardiovascular
Diseases. Nutrients. 2017 Jun 13;9(6). pii: E598. doi: 10.3390/nu9060598.
56
KOLESTEROL & KERADANGAN – DR NORMAN
6. Ikan & Makanan laut
Ikan dan makanan laut (udang, sotong, kerang dsbgnya) mengandungi minyak
sihat yang kaya dengan asid lemak Omega 3 diantara yang tertinggi dalam
semua makanan yang ada. Asid lemak omega 3 bersifat anti-keradangan yang
kuat yang telah terbukti berdasarkan pelbagai kajian sains yang menunjukkan
ianya mampu menurunkan risiko penyakit jantung, strok, hypertensi, diabetes,
kanser, obesiti dan penyakit mental.
Ikan Salmon diantara ikan yang kaya dengan omega 3 di samping dagingnya yang
merah itu kaya dengan anti oksidan. Ikan-ikan tempatan seperti ikan kembong,
selar, cencaru, tenggiri, ikan sadin dan sebagainya juga mempunyai kandungan
omega 3 yang tinggi setanding dengan ikan salmon. Amalkan makan makanan
laut ini sekurang-kurangnya tiga kali seminggu.
57
KOLESTEROL & KERADANGAN – DR NORMAN
7. Tepung tanpa Gluten
Tepung gandum putih adalah makanan yang sangat biasa di ambil oleh
masyarakat Malaysia. Kajian menunjukkan tepung gandum putih adalah kurang
berkhasiat dan mengandungi bahan protin ‘gluten’ yang tidak sihat. Gandum
berserat penuh atau ‘wholegrain’ adalah lebih sihat berbanding tepung gandum
putih yang biasa kerana kandungan seratnya yang lebih tinggi. Tetapi
masalahnya semua jenis gandum mengandungi bahan protin ‘gluten’ yang mana
terdapat individu yang sensitif kepadanya dan boleh menyebabkan masalah
keradangan dalam tubuh. Roti jenis ‘sourdough’ juga adalah lebih rendah
kandungan gluten dan berserat tinggi.
Sekarang terdapat produk bijirin tanpa gluten seperti almond, quinoa, oats
gulung (rolled oats), buckwheat dan amaranth. Ia adalah lebih berkhasiat dan
lebih mudah dihadam dan ia mempunyai beta glucan iaitu serat boleh larut yang
sangat baik untuk kesihatan kardiovaskular. Ia juga mempunyai sifat dan rasa
yang sama dengan tepung gandum biasa dan boleh digunakan dalam semua
masakan dan hidangan yang menggunakan tepung gandum seperti kuih muih,
roti dan pastri.
Kita juga boleh menggunakan tepung tanpa gluten seperti tepung beras, tepung
pulut, tepung ubikayu, tepung kelapa, physillium husk sebagai ganti tepung
gandum.
58
KOLESTEROL & KERADANGAN – DR NORMAN
8. Teh Hijau
Teh hijau adalah minuman yang terkenal sebagai minuman berkhasiat dan sihat
dan membantu dalam awet muda. Ia kaya dengan bahan anti oksidan yang
boleh membantu mengurangkan risiko penyakit seperti kardiovaskular, strok,
hypertensi, diabetes, kanser dan sebagainya. Ia boleh membantu menurunkan
paras kolesterol dan juga bersifat anti keradangan yang sangat baik untuk
kesihatan.
Kajian52 epidemiologi menunjukkan pengambilan teh hijau mengurangkan
penyempitan dan pengerasan saluran darah iaitu atherosklerosis yang menjadi
punca penyakit kardiovaskular. Disamping itu teh hijau juga baik untuk
mengurangkan radang sendi (osteoarthritis) dan meningkatkan ketumpatan
tulang dan juga baik untuk fungsi otak dan mencegah penyakit degenerasi otak
seperti Penyakit Alzheimer, Parkinson, dementia (nyanyuk) dan sebagainya.
52 Kawada T. Green tea consumption and risk of cardiovascular disease or stroke. Int J Cardiol. 2016 Oct
15;221:831. doi: 10.1016/j.ijcard.2016.07.142. Epub 2016 Jul 9.
59
KOLESTEROL & KERADANGAN – DR NORMAN
9. Kacang & Legum
Kekacang & legum mengandungi kandungan protin yang tinggi, lemak sihat
MUFA (omega 9) dan serat yang tinggi yang akan membantu menurunkan
kolesterol. Kandungan lemak sihat Omega 9 itu juga bersifat anti keradangan/
Kekacang juga kaya dengan mineral dan vitamin yang sangat penting untuk
kesihatan dan membantu melancarkan pengaliran darah. Kekacang ada pelbagai
jenis seperti kacang kuda, kacang dhal, kacang hijau, kacang merah, kacang
mung, kacang pistachio, gajus, kacang tanah dan sebagainya. Ia boleh digunakan
dalam pelbagai jenis menu masakan atau sebagai makanan snek harian.
60
KOLESTEROL & KERADANGAN – DR NORMAN
10. Kunyit
Kunyit adalah rempah ratus yang sangat berkhasiat untuk melawan keradangan
dalam tubuh kerana kandungan bahan curcumin didalamnya. Curcumin juga
bersifat anti oksidan dan sangat baik untuk mencegah kanser.
Bahan ini membantu dalam menurunkan kolestrol, mencegah darah beku,
melawan virus, menentang radikal bebas, meningkatkan sistem imuniti tubuh
dan membantu menstabilkan hormon. Kajian telah membuktikan bahawa
bahan curcumin didalam kunyit boleh membantu mengurangkan risiko penyakit
seperti penyakit jantung, strok, hypertensi, diabetes, kanser, radang usus
(ulcerative colitis), radang sendi (arthritis) dan sebagainya.
61
KOLESTEROL & KERADANGAN – DR NORMAN
11. Keledek & Ubi Kayu
Keledek dan ubi kayu adalah makanan ‘ubi’ yang sangat biasa di makan di
Malaysia. Keduanya mengandungi serat yang tinggi yang boleh membantu
mengawal paras kolesterol darah. Keledek juga mengandungi bahan anti
keradangan & anti oksidan seperti beta karotin, anthocyanin bergantung kepada
warnanya.
Keledek dan Ubi kayu juga mempunyai indeks glisemik yang rendah yang
membantu mengawal paras insulin darah dan menurunkan paras kolesterol
secara tidak lansung. Ianya juga kaya dengan vitamin & mineral terutamanya
potassium yang baik untuk kesihatan.
62
KOLESTEROL & KERADANGAN – DR NORMAN
12. Persimmon (Pisang kaki)
Buah pisang kaki atau persimmon adalah agak asing bagi masyarakat Melayu
kerana ia buah yang diimport dari luar negara. Rasanya sangat sedap, manis dan
harga agak tinggi. Ia sangat popular diluar negara dan dipanggil sebagai “The
Divine Fruit” dan ia mengandungi kandungan serat yang tinggi serta kaya dengan
anti oksidan.
Kajian menunjukkan ia membantu mengurangkan keradangan dan mempunyai
anti oksidan yang kuat yang akan memberikan kesan positif kepada kesihatan
jantung dan saluran darah. Kajian53 yang dilakukan di Jepun menunjukkan
pengambilan buah persimmon ini secara tetap selama 12 minggu boleh
menurunkan paras kolesterol LDL dengan nyata.
53 Gato N1, Kadowaki A, Hashimoto N, Yokoyama S, Matsumoto K. Persimmon fruit tannin-rich fiber reduces
cholesterol levels in humans. Ann Nutr Metab. 2013;62(1):1-6. doi: 10.1159/000343787. Epub 2012 Nov 17.
63
KOLESTEROL & KERADANGAN – DR NORMAN
13. Bawang Putih
Bawang putih atau ‘garlic’ telah banyak di kaji untuk melihat kesannya yang
positif membantu kesihatan yang lebih baik. Kajian menunjukkan bawang putih
mentah mengandungi bahan yang di panggil ‘alicin’ yang bersifat anti
keradangan, anti oksidan, anti viral, anti diabetes dan meningkatkan imuniti
tubuh kita.
Kajian juga menunjukkan bawang putih boleh membantu mengawal
keradangan, menurunkan kolesterol, mencegah darah beku, menurunkan
tekanan darah tinggi dan membantu melawan jangkitan kuman. Kita patut
amalkan pengambilan bawang putih setiap hari dalam pemakanan kita untuk
kesihatan yang lebih baik.
64
KOLESTEROL & KERADANGAN – DR NORMAN
14. Bendi (Okra)
Buah sayuran ini sangat biasa di makan oleh masyarakat kita. Ia sangat kaya
dengan serat dan juga vitamin C, mineral potassium dan magnesium. Kajian
menunjukkan pengambilan bendi boleh membantu menurunkan kolesterol dan
mengawal paras glukosa darah. Oleh itu sangat baik untuk pesakit diabetes
sebagai sumber makanan sayuran.
Terdapat kajian yang menunjukkan bendi sebagai makanan super untuk
diamalkan selalu membantu mengawal paras LDL, mengawal glukosa dan
mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular. Terdapat satu kajian54 di makmal
yang diterbitkan dalam ‘The Journal of Nutritional Biochemistry’ menunjukkan
haiwan tikus makmal yang diberikan makan bendi menurunkan paras kolesterol
LDL dan trigliserida dan juga mengawal paras glukosa darahnya.
54 Fan S, Zhang Y, Sun Q et al. Extract of okra lowers blood glucose and serum lipids in high-fat diet-induced
obese C57BL/6 mice. J Nutr Biochem. 2014 Jul;25(7):702-9. doi: 10.1016/j.jnutbio.2014.02.010. Epub 2014 Mar
18.
65
KOLESTEROL & KERADANGAN – DR NORMAN
15. Oat
Oat adalah makan karbohidrat yang sememangnya terkenal sebagai makanan
yang boleh mengawal paras kolesterol darah. Sebenarnya oat adalah makanan
berserat tinggi, oleh itu ia mengawal paras insulin daripada melonjak yang akan
menyebabkan enzim yang menghasilkan kolesterol menjadi kurang aktif. Oat
juga kaya dengan vitamin dan mineral yang penting untuk kesihatan. Tetapi kita
perlu juga berkati-hati supaya tidak mengambil produk ‘oat segera’ yang dijual
di pasaran kerana terdapat sesetengahnya dicampur dengan gula dan tepung
gandum. Ini adalah kombinasi yang tidak sihat dan tidak membantu
menurunkan paras kolesterol dan keradangan dalam tubuh.
Dengan mengambil
semua makanan-
makanan yang saya
senaraikan diatas,
Insyaallah ia boleh
membantu mengawal
keradangan dan paras
kolesterol sarah kita
dengan cara yang lebih
asli dan natural. Tetapi
kita juga perlu pastikan
bahawa makanan yang
kita makan secara
keseluruhan juga perlu
seimbang diantara gizi
makanannya seperti
karbohidrat, lemak dan
protin. Pengambilan
makanan asli dan semulajadi akan membekalkan khasiat pemakanan yang lebih
lengkap dengan vitamin, mineral, anti oksidan dan serat yang kita perlukan
untuk mendapat kesihatan yang terbaik. Elakkan makan makanan yang tinggi
gula , lemak trans dan makanan karbohidrat halus seperti tepung gandum
termasuklah makanan proses secara berlebihan. Jangan kita lupa untuk
bergerak secara aktif dan bersenam selalu disamping itu kita juga perlu
mengawal stres dan mendapatkan tidur yang secukupnya. Pastikan juga kita
tidak mengamalkan tabiat yang tidak sihat seperti merokok dan minum
minuman keras yang sangat merosakkan kesihatn kita untuk jangkamasa
panjang.
66
KOLESTEROL & KERADANGAN – DR NORMAN
Kolesterol adalah bahan yang diperlukan oleh tubuh kita untuk berfungsi secara
normal dan sihat. Kita memerlukan kolesterol dalam makanan kita dan makanan
berkolesterol bukanlah punca kolesterol kita tinggi. Mengawal kolesterol adalah
dengan mengawal pengambilan makanan yang memuncakkan paras insulin
dengan cepat seperti gula pasir, tepung gandum dan makanan proses. Lemak
trans juga menyebabkan peningkatan paras kolesterol darah. Pengambilan
sayur-sayuran, buah-buahan, kekacang dan legum setiap hari amat penting
untuk kesihatan kerana makanan ini membantu mengawal keradangan dan
menurunkan kolesterol secara tidak lansung.
Amalkan budaya mencegah lebih baik daripada mengubati dan merawat dengan
pemakanan atau nutrisi adalah kaedah terbaik untuk kesihatan jangka masa
panjang dengan mengamalkan gaya hidup sihat.
67
KOLESTEROL & KERADANGAN – DR NORMAN
Suplemen adalah penting untuk membantu mengawal keradangan dalam tubuh
kita dan mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular dan serangan jantung
secara khususnya;
Dia antara suplemen yang boleh di ambil adalah;
1. Vitamin C
Terdapat beberapa kajian yang menunjukkan kesan vitamin C melindungi
daripada penyakit kardiovaskular.Dalam satu kajian , didapati lelaki yang
mengambil vitamin C yang paling tinggi akan mempunyai risiko 66% lebih
rendah mendapat penyakit jantung berbanding dengan lelaki yang
mengambil vitamin C yang paling rendah selepas di pertimbangkan
faktor-faktor risiko untuk penyakit kardiovaskular. Hasil kajian ini adalah
sangat penting dan menarik kerana lelaki yang dalam kajian ini adalah
perokok semuanya.
68
KOLESTEROL & KERADANGAN – DR NORMAN
Dalam satu kajian meta-analisis yang di buat dalam tempoh 10 tahun,
pengambilan suplemen vitamin C dalam dos sekurang-kurangnya 700mg
sehari mengurangkan risiko penyakit jantung koronari sehingga 25%.
Dalam satu kajian yang lebih panjang yang mengkaji kaitan di antara
vitamin C dengan risiko penyakit jantung di kalangan wanita yang
menggunakan suplemen vitamin C menunjukkan kadar risiko 28% lebih
rendah untuk mendapat penyakit jantung koronari berbanding dengan
wanita yang tidak mengambil suplemen vitamin C lansung. Kajian besar-
besaran ini yang di jalankan oleh Harvard Medical School yang melibatkan
85,000 peserta di kalangan jururawat wanita selama 16 tahun.
Kajian ini jelas menunjukkan pengambilan vitamin C mengurangkan risiko
penyakit jantung selepas di pertimbangkan faktor umur, merokok dan
lain-lain faktor risiko berkaitan penyakit jantung koronari. Kesimpulan
yang paling ketara daripada kajian ini menunjukkan wanita yang
mendapatkan sumber vitamin C daripada sumber makanan semata-mata
tidak mengalami pengurangan risiko penyakit jantung yang sebagaimana
wanita yang mengambil suplemen vitamin C mengalaminya.Oleh kerana
itu, penyelidik dalam kajian ini membuat kesimpulan bahawa
pengambilan suplemen vitamin C akan mengurangkan risiko penyakit
jantung koronari.
69
KOLESTEROL & KERADANGAN – DR NORMAN
2. Vitamin E (Tokotrienol)
Terdapat pelbagai kajian yang menunjukkan kebaikan vitamin E kepada
kesihatan yang dilaporkan dalam jurnal-jurnal perubatan sejak lebih dari
20 tahun yang lepas. Terdapat lebih dari 128 kajian yang dibuat ke atas
manusia, haiwan dan in-vitro yang menunjukkan kebaikan khusus vitamin
E jenis tokotrienol.
Dalam satu kajian secara ‘double-blind’ yang dibuat oleh Kenneth Jordan
Heart Foundation di USA merumuskan vitamin E tokotrienol dari minyak
kelapa sawit boleh membantu masalah atherosklerosis iaitu pemendapan
kolesterol pada dinding saluran darah arteri jantung yang menyebabkan
saluran darah menjadi keras dan tersumbat. Oleh itu ia boleh
mengurangkan risiko sakit jantung dan (strok) angin ahmar.
Dalam kajian ke atas manusia dan haiwan, vitamin E jenis tokotrienol juga
didapati boleh menurunkan paras keradangan dan kolesterol dalam darah
kerana ia menghalang aktiviti berlebihan enzim ‘HMG-CoA Reductase’
dalam organ hati yang menghasilkan kolesterol yang berlebihan. Kajian ini
dijalankan di USM, menunjukkan dengan pengambilan 100mg tokotrinol
70
KOLESTEROL & KERADANGAN – DR NORMAN
setiap hari selama 8 ke 10 minggu mampu menurunkan paras kolesterol
keseluruhan sebanyak 10-12% .
Kajian juga menunjukkan vitamin E tokotrienol adalah juga sejenis anti
oksidan yang amat kuat. Kajian menunjukkan vitamin E alfa-tokotrienol
adalah anti oksidan 40-60 kali lebih berkuasa daripada alfa-tokoferol dan
ianya boleh mencegah peroksidaan lemak yang boleh memudaratkan
kesihatan. Kajian juga menunjukkan vitamin E jenis delta tokotrienol
adalah yang tinggi tahap anti oksidan nya.
Dalam satu laporan yang di tulis dalam jurnal perubatan
Clin.Exp.Hypertension tahun 1999 menunjukkan tokotrienol ini boleh
membantu menurunkan paras tekanan darah disamping meningkatkan
paras anti oksidan dalam darah dan saluran darah.
71
KOLESTEROL & KERADANGAN – DR NORMAN
3. Omega 3
Banyak kajian telah dijalankan menunjukkan kesan baik pemakanan ikan
yang kaya dengan asid lemak Omega 3 dengan kesihatan kardiovaskular.
Dalam satu laporan yang diterbitkan dalam The American Journal of
Clinical Nutrition pada tahun 1997 , pengkaji mendapati dengan
pengambilan omega 3 dengan makan ikan setiap hari menurunkan paras
trigliserida darah sehingga 25%-30% dan membantu mengawal tekanan
darah & penyakit jantung.
Satu kajian di Amerika Syarikat yang dipanggil DART Study 2. (The Diet
and Reinfarction Trial), mengkaji hubung kait antara pemakanan ikan
yang kaya dengan Omega 3 dengan pencegahan penyakit kardiovaskular.
Hasil kajian ini mendapati terdapat penurunan sebanyak 29 peratus di
dalam kadar kematian di kalangan pesakit yang makan ikan setiap hari
dan tekanan darah menjadi lebih baik.
Oleh kerana bukti-bukti saintifik yang semakin banyak dikumpulkan maka
FDA di Amerika Syarikat telah mengesahkan bahawa kesan omega 3 (EPA
dan DHA) mampu menurunkan risiko sakit kardiovaskular. Ia juga telah
membenarkan pengilang dan pengedar yang menghasilkan makanan dan
suplemen mengiklankan bahawa produk yang mengandungi omega 3
boleh mengurangkan risiko sakit kardiovaskular dan mengawal paras
kolesterol darah.
72
KOLESTEROL & KERADANGAN – DR NORMAN
4. Vitamin B Kompleks
Vitamin B Kompleks juga amat penting untuk kesihatan jantung dan
kardiovaskular. Ia membantu mengawal keradangan dalam tubuh dengan
membantu menurunkan paras homosistin (homocysteine). Sayur-sayuran
adalah sumber utama vitamin B kompleks dan sepatutnya di amalkan
setiap hari.
73
KOLESTEROL & KERADANGAN – DR NORMAN
5. Magnesium
Magnesium adalah mineral yang sangat penting untuk kesihatan umum
dan kardiovaskular. Magnesium akan membantu mengawal tekanan
darah tinggi dan keradangan dalam tubuh.
74
KOLESTEROL & KERADANGAN – DR NORMAN
6. Selenium
Selenium adalah mineral yang membantu dalam pelbagai fungsi fisiologi
tubuh. Ia bersifat anti oksidan dan membantu melawan keradangan.
Penting untuk kesihatan umum dan kardiovaskular.
75
KOLESTEROL & KERADANGAN – DR NORMAN
7. N-Acetyl Cysteine (NAC)
Sejenis anti oksidan yang kuat yang menjadi bahan asas kepada
penghasilan Glutathion dalam tubuh. Membantu melawan kesan radikal
bebas dan pengoksidaan yang menyebabkan masalah atherosklerosis.
Menbantu mengawal keradangan dan kolesterol dalam tubuh.
76
KOLESTEROL & KERADANGAN – DR NORMAN
8. Alfa Lipoik Asid (ALA)
Asid alfa Lipoik adalah sejenis anti oksidan yang akan mengitar semula Ko-
Enzim Q10, vitamin C dan vitamin E. Menyokong kesihatan kardiovaskular
dengan melindungi sel-sel tubuh daripada serangan radikal bebas. Boleh
membantu meningkatkan paras glutathion dalam tubuh. Kajian
menunjukkan ia boleh membantu merawat dan mencegah penyakit
kronik seperti kardiovaskular, kanser, diabetes, strok, penuaan pra
matang, penyakit Alzheimer, penyakit Parkinson, masalah imuniti dan
lemah otot.
77
KOLESTEROL & KERADANGAN – DR NORMAN
9. Ko-enzim Q10
Ko-enzim Q10 adalah bahan yang sangat penting menyokong fungsi otot
jantung. Ia bersifat anti oksidan yang akan membantu menjaga kesihatan
kardiovaskular. Pengambilan ubat anti kolesterol jenis ‘statin’ boleh
menyebabkan tubuh kita mengalami masalah kekurangan Ko-Enzim Q10
dalam rantaian Mevalonate.
78
KOLESTEROL & KERADANGAN – DR NORMAN
Kolesterol adalah bahan yang diperlukan oleh tubuh kita untuk berfungsi secara
normal dan sihat. Kita memerlukan kolesterol dalam makanan kita dan makanan
berkolesterol bukanlah punca kolesterol kita tinggi. Mengawal kolesterol adalah
dengan mengawal pengambilan makanan yang memuncakkan paras insulin
dengan cepat seperti gula pasir, tepung gandum dan makanan proses. Lemak
trans juga menyebabkan peningkatan paras kolesterol darah. Pengambilan
sayur-sayuran, buah-buahan, kekacang dan legum setiap hari amat penting
untuk kesihatan kerana makanan ini membantu mengawal keradangan dan
menurunkan kolesterol secara tidak lansung.
Mengawal keradangan kronik adalah lebih utama dalam mencegah dan
mengurangkan risiko penyakit jantung koronari dan kardiovaskular. Paras
kolesterol tinggi dalam darah adalah berkaitan dengan masalah keradangan
kronik dalam tubuh dan pemakanan berkolesterol tidak meningkatkan
keradangan dan paras kolesterol dalam tubuh. Tiada kaitan secara terus
diantara makanan berkolesterol dengan penyakit jantung koronari berdasarkan
kajian-kajian terkini.
79
KOLESTEROL & KERADANGAN – DR NORMAN
Oleh kerana itu pada tahun 2015, pihak USDA telah menarik balik saranan untuk
menghadkan pengambilan makanan berkolesterol dalam Garispanduan
Pemakanan 2015 (Dietary Guideline Advisory Committee 2015 ; DGAC) kerana
berdasarkan kajian, tiada bukti saintifik yang kukuh mengaitkan makanan
berkolesterol dengan paras kolesterol dalam darah dan penyakit jantung
koronari.
Amalkan budaya mencegah lebih baik daripada mengubati dan merawat dengan
pemakanan atau nutrisi adalah kaedah terbaik untuk kesihatan jangka masa
panjang dengan mengamalkan gaya hidup sihat.
80
KOLESTEROL & KERADANGAN – DR NORMAN
BIODATA PENULIS
-: DR NORMAN MOHD NORAWI :-
Dr Norman Mohd Norawi
MBBS(Manipal), MScAARMMA(UCSI)
MNM(ACNEM), FAGE (MAHE)
MMC : 36627
DR NORMAN CLINIC SDN BHD
(915557-P)
Dr Norman bin Mohd Norawi telah berkhidmat sebagai seorang doktor perubatan sejak tahun
1997 dengan pengalaman selama lebih 23 tahun dalam bidang perubatan. Keluarga beliau
berasal dari Kg Bayai Lama, Jempol, Negeri Sembilan. Beliau di lahirkan dan di besarkan di
Port Dickson, Negeri Sembilan.
Beliau pengasas dan pemilik kepada KLINIK DR NORMAN yang mempunyai cawangan di
Batu Berendam & Sg. Udang, Melaka, Batu Kikir, Jempol, Negeri Sembilan, Shah Alam
,Selangor.
Beliau adalah Konsultan Perubatan Nutrisi, Penuaan Sihat, Perubatan Estetik dan Perubatan
Regeneratif (Nutritional Medicine, Healthy Aging, Medical Aesthetic & Regenerative
Medicine) dan banyak menulis tentang kesihatan disamping memberikan ceramah kesihatan di
seluruh Malaysia.
Berkelulusan ijazah perubatan MBBS dari Kasturba Medical College, Manipal Academy of
Higher Education (MAHE), Manipal, India (1997). Beliau memperolehi ijazah Sarjana Sains
Perubatan Anti Penuaan, Perubatan Regeneratif dan Perubatan Esthetik (Master in Anti Aging,
Regenerative Medicine and Medical Aesthetic) (MScAARMMA) dari UCSI University, Kuala
Lumpur (2013). Beliau juga telah mendapat Master in Nutritional Medicine (MNM) daripada
Australasian College of Nutrition & Environmental Medicine (ACNEM) pada tahun 2018.
Aktif di Media Sosial FB Page : Dr Norman Norawi dengan menulis dan menyampaikan
ceramah secara Live. Beliau juga boleh di ikuti di Youtube Channel : Dr Norman Mohd Norawi.
Beliau adalah pengasas dan penggerak kepada program Anti Diabetes & Obesiti (ADO) Dr
Norman yang menjalankan usaha mendidik masyarakat ke arah mengawal dan memulihkan
masalah Diabetes & Obesiti di Malaysia.
Beliau juga aktif dalam kerja-kerja NGO dengan mengasaskan dan menjadi Presiden kepada
Pertubuhan Kebajikan Ibnu Sina, Melaka (PERKIS) sejak dari tahun 2010.
Buku ini adalah sebagai satu buku panduan umum kepada masyarakat untuk memahami tentang
pemakanan yang selalu di salah faham oleh masyarakat umum sekarang.
81
KOLESTEROL & KERADANGAN – DR NORMAN
-: RUJUKAN :-
1. Geovanini GR1, Libby P. Atherosclerosis and inflammation: overview and
updates. Clin Sci (Lond). 2018 Jun 21;132(12):1243-1252. doi:
10.1042/CS20180306. Print 2018 Jun 29.
2. Mason JC1, Libby P. Cardiovascular disease in patients with chronic
inflammation: mechanisms underlying premature cardiovascular events
in rheumatologic conditions. Eur Heart J. 2015 Feb 21;36(8):482-9c. doi:
10.1093/eurheartj/ehu403. Epub 2014 Nov 27.
3. Kanter MM1, Kris-Etherton PM, Fernandez ML, Vickers KC, Katz DL.
Exploring the factors that affect blood cholesterol and heart disease risk:
is dietary cholesterol as bad for you as history leads us to believe?. Adv
Nutr. 2012 Sep 1;3(5):711-7.
4. Fernandez ML. Rethinking dietary cholesterol. Curr Opin Clin Nutr Metab
Care. 2012 Mar;15(2):117-21
5. Teo K1, Chow CK, Vaz M, Rangarajan S, Yusuf S; PURE Investigators-
Writing Group. The Prospective Urban Rural Epidemiology (PURE) study:
examining the impact of societal influences on chronic noncommunicable
diseases in low-, middle-, and high-income countries. Am Heart J. 2009
Jul;158(1):1-7.e1. doi: 10.1016/j.ahj.2009.04.019
6. McNamara DJ. The impact of egg limitations on coronary heart disease
risk: do the numbers add up?
7. . J Am Coll Nutr. 2000 Oct;19(5 Suppl):540S-548S.
8. Berryman CE, Preston AG, Karmally W. Effects of almond consumption on
the reduction of LDL-cholesterol: a discussion of potential mechanisms
and future research directions. Nutr Rev. 2011 Apr;69(4):171-85. doi:
10.1111/j.1753-4887.2011.00383.x.
9. Zhao CN, Meng X, Li Y, Li S, Liu Q, Tang GY, Li HB. Fruits for Prevention and
Treatment of Cardiovascular Diseases. Nutrients. 2017 Jun 13;9(6). pii:
E598. doi: 10.3390/nu9060598.
10.Kawada T. Green tea consumption and risk of cardiovascular disease or
stroke. Int J Cardiol. 2016 Oct 15;221:831. doi:
10.1016/j.ijcard.2016.07.142. Epub 2016 Jul 9.
11.Gato N1, Kadowaki A, Hashimoto N, Yokoyama S, Matsumoto K.
Persimmon fruit tannin-rich fiber reduces cholesterol levels in humans.
82
KOLESTEROL & KERADANGAN – DR NORMAN
Ann Nutr Metab. 2013;62(1):1-6. doi: 10.1159/000343787. Epub 2012
Nov 17.
12.Fan S, Zhang Y, Sun Q et al. Extract of okra lowers blood glucose and serum
lipids in high-fat diet-induced obese C57BL/6 mice. J Nutr Biochem. 2014
Jul;25(7):702-9. doi: 10.1016/j.jnutbio.2014.02.010. Epub 2014 Mar 18.
13.https://www.healthline.com/health/atherosclerosis
14.The Lipid Research Clinics Coronary Primary Prevention Trial results. I.
Reduction in incidence of coronary heart disease. JAMA. 1984 Jan
20;251(3):351-64.
15.Stamler J, Wentworth D, Neaton JD. Is relationship between serum
cholesterol and risk of premature death from coronary heart disease
continuous and graded? Findings in 356,222 primary screenees of the
Multiple Risk Factor Intervention Trial (MRFIT). JAMA. 1986 Nov
28;256(20):2823-8.
16.Packard C, Caslake M, Shepherd J. The role of small, dense low density
lipoprotein (LDL): a new look. Int J Cardiol. 2000 Jun 30;74 Suppl 1:S17-22.
17.https://ahajournals.org/doi/full/10.1161/01.cir.0000154555.07002.ca
18.Kwiterovich PO Jr. The antiatherogenic role of high-density lipoprotein
cholesterol. Am J Cardiol. 1998 Nov 5;82(9A):13Q-21Q.
19.Gordon DJ, Probstfield JL, Garrison RJ et al. High-density lipoprotein
cholesterol and cardiovascular disease. Four prospective American
studies. Circulation. 1989 Jan;79(1):8-15.
20.Loh DA, Moy FM1, Zaharan NL et al. Sugar-sweetened beverage intake
and its associations with cardiometabolic risks among adolescents.
Pediatr Obes. 2017 Feb;12(1):e1-e5. doi: 10.1111/ijpo.12108. Epub 2016
Feb 4.
21.Lichtenstein AH et al. Dietary trans fatty acids and cardiovascular disease
risk: past and present. Curr Atheroscler Rep. 2014 Aug;16(8):433. doi:
10.1007/s11883-014-0433-1.
22.Ronsein GE, Vaisar T et al. Inflammation, remodeling, and other factors
affecting HDL cholesterol efflux. Curr Opin Lipidol. 2017 Feb;28(1):52-59.
doi: 10.1097/MOL.0000000000000382.
23.Fernandez ML et al. Rethinking dietary cholesterol. Curr Opin Clin Nutr
Metab Care. 2012 Mar;15(2):117-21. doi:
10.1097/MCO.0b013e32834d2259.
24.Jones PJ, Pappu AS, Hatcher L, Li ZC, Illingworth DR, Connor WE. Dietary
cholesterol feeding suppresses human cholesterol synthesis measured by
deuterium incorporation and urinary mevalonic acid levels. Arterioscler
Thromb Vasc Biol. 1996 Oct;16(10):1222-8.
83
KOLESTEROL & KERADANGAN – DR NORMAN
25.Berger S, Raman G, Vishwanathan R, Jacques PF, Johnson EJ. Dietary
cholesterol and cardiovascular disease: a systematic review and meta-
analysis. Am J Clin Nutr. 2015 Aug;102(2):276-94. doi:
10.3945/ajcn.114.100305. Epub 2015 Jun 24.
26.McNamara DJ. Dietary cholesterol and the optimal diet for reducing risk
of atherosclerosis. Can J Cardiol. 1995 Oct;11 Suppl G:123G-126G.
27.Herron KL, Vega-Lopez S, Conde K et al. Men classified as hypo- or
hyperresponders to dietary cholesterol feeding exhibit differences in
lipoprotein metabolism. J Nutr. 2003 Apr;133(4):1036-42.
28.Herron KL, Vega-Lopez S, Conde K et al. Pre-menopausal women,
classified as hypo- or hyperresponders, do not alter their LDL/HDL ratio
following a high dietary cholesterol challenge. J Am Coll Nutr. 2002
Jun;21(3):250-8.
29.P2Namara DJ. Cholesterol intake and plasma cholesterol: an update. J Am
Coll Nutr. 1997 Dec;16(6):530-4.
30.Mutungi G, Ratliff J, Puglisi M et al. Dietary cholesterol from eggs
increases plasma HDL cholesterol in overweight men consuming a
carbohydrate-restricted diet. J Nutr. 2008 Feb;138(2):272-6.
31.https://www.healthline.com/health/cholesterol-ratio
32.Golia E, Limongelli G, Natale F, Fimiani F et al. Inflammation and
cardiovascular disease: from pathogenesis to therapeutic target. Curr
Atheroscler Rep. 2014 Sep;16(9):435. doi: 10.1007/s11883-014-0435-z.
33.Sabolová M, Pohořelá B, Fišnar J et al. Formation of oxysterols during
thermal processing and frozen storage of cooked minced meat. J Sci Food
Agric. 2017 Dec;97(15):5092-5099. doi: 10.1002/jsfa.8386. Epub 2017
May 30.
34.Staprans I, Pan XM, Rapp JH, Feingold KR. The role of dietary oxidized
cholesterol and oxidized fatty acids in the development of atherosclerosis.
Mol Nutr Food Res. 2005 Nov;49(11):1075-82.
35.Eder K, Müller G, Kluge H, Hirche F, Brandsch C. Concentrations of
oxysterols in meat and meat products from pigs fed diets differing in the
type of fat (palm oil or soybean oil) and vitamin E concentrations. Meat
Sci. 2005 May;70(1):15-23. doi: 10.1016/j.meatsci.2004.11.016. Epub
2005 Jan 4.
36.Jones PJ et al. Dietary cholesterol and the risk of cardiovascular disease in
patients: a review of the Harvard Egg Study and other data. Int J Clin Pract
Suppl. 2009 Oct;(163):1-8, 28-36. doi: 10.1111/j.1742-
1241.2009.02136.x.
37.Berger S, Raman G, Vishwanathan R et al. Dietary cholesterol and
cardiovascular disease: a systematic review and meta-analysis. Am J Clin
84
KOLESTEROL & KERADANGAN – DR NORMAN
Nutr. 2015 Aug;102(2):276-94. doi: 10.3945/ajcn.114.100305. Epub 2015
Jun 24.
38.Virtanen JK, Mursu J, Virtanen HE et al. Associations of egg and cholesterol
intakes with carotid intima-media thickness and risk of incident coronary
artery disease according to apolipoprotein E phenotype in men: the
Kuopio Ischaemic Heart Disease Risk Factor Study. Am J Clin Nutr. 2016
Mar;103(3):895-901. doi: 10.3945/ajcn.115.122317. Epub 2016 Feb 10.
39.Fernandez ML. Dietary cholesterol provided by eggs and plasma
lipoproteins in healthy populations. Curr Opin Clin Nutr Metab Care. 2006
Jan;9(1):8-12.
40.Rong Ying, Chen Li, Zhu Tingting, Song Yadong, Yu Miao, Shan Zhilei et al.
Egg consumption and risk of coronary heart disease and stroke: dose-
response meta-analysis of prospective cohort studies BMJ 2013; 346
:e8539
41.Frank B. Hu, MD; Meir J. Stampfer, MD; Eric B. Rimm, ScD; et al. A
Prospective Study of Egg Consumption and Risk of Cardiovascular Disease
in Men and Women. JAMA. 1999;281(15):1387-1394.
doi:10.1001/jama.281.15.1387
42.Blesso CN, Andersen CJ, Barona J, Volek JS, Fernandez ML. Whole egg
consumption improves lipoprotein profiles and insulin sensitivity to a
greater extent than yolk-free egg substitute in individuals with metabolic
syndrome. Metabolism. 2013 Mar;62(3):400-10. doi:
10.1016/j.metabol.2012.08.014. Epub 2012 Sep 27.
43.Fernandez ML. Rethinking dietary cholesterol. Curr Opin Clin Nutr Metab
Care. 2012 Mar;15(2):117-21. doi: 10.1097/MCO.0b013e32834d2259.
44.https://www.healthline.com/nutrition/11-most-nutrient-dense-foods-
on-the-planet
45.Mozaffarian D, Micha R, Wallace S. Effects on coronary heart disease of
increasing polyunsaturated fat in place of saturated fat: a systematic
review and meta-analysis of randomized controlled trials. PLoS Med. 2010
Mar 23;7(3):e1000252. doi: 10.1371/journal.pmed.1000252.
46.Gershuni VM. Saturated Fat: Part of a Healthy Diet. Curr Nutr Rep. 2018
Sep;7(3):85-96. doi: 10.1007/s13668-018-0238-x.
47.Davis TA, Anderson EC, Ginsburg AV, Goldberg AP. Weight loss improves
lipoprotein lipid profiles in patients with hypercholesterolemia. J Lab Clin
Med. 1985 Oct;106(4):447-54.
48.Białkowska M, Szostak WB, Kłosiewicz-Latoszek L, Naruszewicz M,
Nowicka G. Serum triglycerides, cholesterol, low density lipoprotein-apo
B and high density lipoprotein cholesterol subfractions after moderate
body weight loss. Nahrung. 1984;28(3):327-32.
85
KOLESTEROL & KERADANGAN – DR NORMAN
49.Di Buono M, Hannah JS, Katzel LI, Jones PJ. Weight loss due to energy
restriction suppresses cholesterol biosynthesis in overweight, mildly
hypercholesterolemic men. J Nutr. 1999 Aug;129(8):1545-8.
50.Dattilo AM, Kris-Etherton PM. Effects of weight reduction on blood lipids
and lipoproteins: a meta-analysis. Am J Clin Nutr. 1992 Aug;56(2):320-8.
51.Wing RR, Lang W, Wadden TA et al. Benefits of modest weight loss in
improving cardiovascular risk factors in overweight and obese individuals
with type 2 diabetes. Diabetes Care. 2011 Jul;34(7):1481-6. doi:
10.2337/dc10-2415. Epub 2011 May 18.
52.Ha V, Sievenpiper JL, de Souza RJ et al. Effect of dietary pulse intake on
established therapeutic lipid targets for cardiovascular risk reduction: a
systematic review and meta-analysis of randomized controlled trials.
CMAJ. 2014 May 13;186(8):E252-62. doi: 10.1503/cmaj.131727. Epub
2014 Apr 7.
53.Wang, Li et al. “Effect of a moderate fat diet with and without avocados
on lipoprotein particle number, size and subclasses in overweight and
obese adults: a randomized, controlled trial.” Journal of the American
Heart Association vol. 4,1 e001355. 7 Jan. 2015,
doi:10.1161/JAHA.114.001355
54.Rossi FE, Fortaleza AC, Neves LM et al. Combined Training (Aerobic Plus
Strength) Potentiates a Reduction in Body Fat but Demonstrates No
Difference on the Lipid Profile in Postmenopausal Women When
Compared With Aerobic Training With a Similar Training Load. J Strength
Cond Res. 2016 Jan;30(1):226-34. doi: 10.1519/JSC.0000000000001020.
55.Di Raimondo D, Tuttolomondo A, Buttà C et al. Metabolic and anti-
inflammatory effects of a home-based programme of aerobic physical
exercise. Int J Clin Pract. 2013 Dec;67(12):1247-53. doi: 10.1111/ijcp.12
56.https://www.merriam-webster.com/dictionary/inflammation
57.Hunter P. The inflammation theory of disease. The growing realization
that chronic inflammation is crucial in many diseases opens new avenues
for treatment. EMBO Rep. 2012;13(11):968‐970.
doi:10.1038/embor.2012.142
58.Baliga MS, Joseph N, Venkataranganna MV, Saxena A, Ponemone V, Fayad
R (2012) Curcumin, an active component of turmeric in the prevention
and treatment of ulcerative colitis: preclinical and clinical observations.
Food Funct [Epub ahead of print] doi:10.1039/C2FO30097D
59.Cohen S, Janicki-Deverts D, Doyle WJ, Miller GE, Frank E, Rabin BS, Turner
RB (2012) Chronic stress, glucocorticoid receptor resistance,
inflammation, and disease risk. Proc Natl Acad Sci USA 109: 5995–5999
86
KOLESTEROL & KERADANGAN – DR NORMAN
60.Steven S, Frenis K, Oelze M, et al. Vascular Inflammation and Oxidative
Stress: Major Triggers for Cardiovascular Disease. Oxid Med Cell Longev.
2019;2019:7092151. Published 2019 Jun 23. doi:10.1155/2019/7092151
61.Henry R. M. A., Ferreira I., Kostense P. J., et al. Type 2 diabetes is
associated with impaired endothelium-dependent, flow-mediated
dilation, but impaired glucose metabolism is not; the Hoorn Study.
Atherosclerosis. 2004;174(1):49–56. doi:
10.1016/j.atherosclerosis.2004.01.002
62.Karbach S., Wenzel P., Waisman A., Munzel T., Daiber A. eNOS uncoupling
in cardiovascular diseases - the role of oxidative stress and inflammation.
Current Pharmaceutical Design. 2014;20(22):3579–3594. doi:
10.2174/13816128113196660748.
63.Lakatta E. G., Levy D. Arterial and cardiac aging: major shareholders in
cardiovascular disease enterprises: part I: aging arteries: a “set up” for
vascular disease. Circulation. 2003;107(1):139–146. doi:
10.1161/01.CIR.0000048892.83521.58.
64.Wieland G. D. From bedside to bench: research in comorbidity and aging.
Science of Aging Knowledge Environment. 2005;2005(39):p. pe29. doi:
10.1126/sageke.2005.39.pe29
65.Tanaka H., Dinenno F. A., Seals D. R. Age-related increase in femoral
intima-media thickness in healthy humans. Arteriosclerosis, Thrombosis,
and Vascular Biology. 2000;20(9):p. 2172. doi: 10.1161/01.ATV.20.9.2172.
66.Shechter M., Shechter A., Hod H., et al. Brachial artery endothelial
function predicts platelet function in control subjects and in patients with
acute myocardial infarction. Platelets. 2012;23(3):202–210. doi:
10.3109/09537104.2011.604805.
67.Vallbracht K. B., Schwimmbeck P. L., Seeberg B., Kuhl U., Schultheiss H. P.
Endothelial dysfunction of peripheral arteries in patients with
immunohistologically confirmed myocardial inflammation correlates with
endothelial expression of human leukocyte antigens and adhesion
molecules in myocardial biopsies. Journal of the American College of
Cardiology. 2002;40(3):515–520. doi: 10.1016/S0735-1097(02)01990-3
68.Crimi E., Ignarro L. J., Napoli C. Microcirculation and oxidative stress. Free
Radical Research. 2007;41(12):1364–1375. doi:
10.1080/10715760701732830
69.El Assar M., Angulo J., Rodriguez-Manas L. Oxidative stress and vascular
inflammation in aging. Free Radical Biology & Medicine. 2013;65:380–
401. doi: 10.1016/j.freeradbiomed.2013.07.003.
87
KOLESTEROL & KERADANGAN – DR NORMAN
70.Csiszar A., Toth J., Peti-Peterdi J., Ungvari Z. The aging kidney: role of
endothelial oxidative stress and inflammation. Acta Physiologica
Hungarica. 2007;94(1-2):107–115. doi: 10.1556/APhysiol.94.2007.1-2.10.
71.Price J. M., Hellermann A., Hellermann G., Sutton E. T. Aging enhances
vascular dysfunction induced by the Alzheimer’s peptide β-amyloid.
Neurological Research. 2004;26(3):305–311. doi:
10.1179/016164104225014003.
72.Coleman H. R., Chan C. C., Ferris F. L., III, Chew E. Y. Age-related macular
degeneration. The Lancet. 2008;372(9652):1835–1845. doi:
10.1016/S0140-6736(08)61759-6.
73.Fischer R., Maier O. Interrelation of oxidative stress and inflammation in
neurodegenerative disease: role of TNF. Oxidative Medicine and Cellular
Longevity. 2015;2015:18. doi: 10.1155/2015/610813.610813
74.Daiber A., Kienhoefer J., Zee R., et al. The role of mitochondrial reactive
oxygen species formation for age-induced vascular dysfunction. In: Bondy
S., Maiese K., editors. Aging and Age-Related Disorders. Humana Press;
2010. pp. 237–257
75.de Jager J., Dekker J. M., Kooy A., et al. Endothelial dysfunction and low-
grade inflammation explain much of the excess cardiovascular mortality
in individuals with type 2 diabetes: the Hoorn Study. Arteriosclerosis,
Thrombosis, and Vascular Biology. 2006;26(5):1086–1093. doi:
10.1161/01.ATV.0000215951.36219.a4.
76.
77.
88