DR NORMAN MOHD NORAWI
MBBS (MANIPAL), MScAARMMA (UCSI)
MNM (ACNEM), FAGE (MAHE)
COPYRIGHT© DR NORMAN MOHD NORAWI 2021
1
1. PENGENALAN
2. KEPENTINGAN TESTOSTERON KEPADA TUBUH
3. FAKTOR YANG MENGGANGGU PARAS TESTOSTERON
4. KAEDAH MENINGKATKAN TESTOSTERON SECARA NATURAL
1) Puasa Berkala
2) Senaman
3) Pengambilan lemak sihat & kurangkan karbohidrat proses
4) Berhenti Mengambil Gula Pasir
5) Detoksifikasi Hati
6) Mengawal Stres
7) Suplemen Vitamin D
8) Suplemen Zink
9) Suplemen DHEA
10) Tidur yang cukup
11) Mengurangkan perut Buncit
12) Pengambilan Suplemen Herba
i. Tongkat Ali
ii. Ginseng
iii. Ashwaganda
iv. Tribulus
v. Yohimbe
vi. Ekstrak Pine Bark
vii. L-Arginine
viii. Chrysin
ix. Maca
x. Gingko Biloba
xi. Horny Goat Weed
xii. Saw Palmetto
xiii. Basella Alba
2
Testosteron adalah hormon lelaki yang penting untuk sifat kelelakian dan kejantanan
seorang lelaki. Kajian menunjukkan secara purata lelaki zaman sekarang
mempunyai masalah paras testosteron yang rendah akibat pelbagai faktor
termasuklah pemakanan.
Kredit foto : https://www.health.harvard.edu/drugs-and-medications/testosterone--what-it-does-and-doesnt-do
Kajian menunjukkan lelaki di Okinawa , Jepun yang berumur 100 tahun mempunyai
paras testosteron lebih tinggi daripada lelaki di USA yang berumur 30 tahun. Ini
jelas menunjukkan ‘faktor pemakanan dan gaya hidup’ mempengaruhi paras hormon
tetstosteron seseorang lelaki. Hormon tumbesaran (Growth Hormone; GH) juga
sebenarnya berkaitan dengan paras hormon testosteron.
Kredit Foto : http://www.nutrawell.com.my/wp-content/uploads/2018/12/A-25-Year-Longevity-Study-The-Okinawa-Centenarian.pdf
3
Mengekalkan paras hormon testosteron ke tahap yang optimum adalah agak susah
sekarang kerana faktor gaya hidup kita yang tidak sihat, di samping masalah
penyakit kronik yang melanda masyarakat seperti diabetes, hipertensi dan obesiti
yang sangat kerap berlaku dalam masyarakat.
Masalah rendah hormon testosteron juga berlaku di kalangan wanita kerana wanita
juga memerlukan hormon ini secara fitrahnya untuk mengekalkan nafsu syahwat
yang normal. Wanita menghasilkan secara purata 0.3mg testoteron daripada kelenjar
adrenal dan ovari mereka. Lelaki menghasilkan testosteron daripada kelenjar testis
dan juga adrenal yang menghasilkan secara purata 7.0 mg testosteron setiap hari.
Kredit Foto : https://americanmalewellness.com/benefits-of-testosterone-therapy/
Secara umumnya lelaki perlu mengekalkan paras testosteron dalam darah 300ng ke
1200ng sehari bergantung kepada umur. Seseorang lelaki yang mempunyai paras
testosteron yang rendah boleh meningkatkan paras testosteronnya dengan
mengamalkan kaedah-kaedah yang saya senaraikan dalam bab seterusnya.
Kredit Foto : https://men-elite.com/2019/04/01/intermittent-fastings-effect-on-testosterone-levels/
4
Testosteron bukanlah semata-mata penting untuk nafsu syahwat semata-mata, ia
juga penting dalam sistem fisiologi tubuh seperti berikut:
Nafsu syahwat normal untuk lelaki dan wanita
Testosteron adalah hormon yang menjadi kunci kepada perasaan nafsu
syahwat seksual yang normal di kalangan lelaki dan juga wanita. Wanita1
masih memerlukan tahap hormon testosteron yang optimum untuk mereka
mempunyai paras nafsu syahwat seksual yang normal. Kajian2 menunjukkan
seseorang yang mempunyai nafsu syahwat yang rendah mempunyai masalah
hormon testosteron yang rendah. Memulihkan paras hormon testosteron yang
optimum adalah amat penting untuk memulihkan masalah rendah libido atau
lemah syahwat3.
1 Vegunta S, Kling JM, Kapoor E. Androgen Therapy in Women. J Womens Health (Larchmt). 2020 Jan;29(1):57-64.
doi: 10.1089/jwh.2018.7494. Epub 2019 Nov 5. Erratum in: J Womens Health (Larchmt). 2020 Nov;29(11):1487.
PMID: 31687883.
2 Rizk PJ, Kohn TP, Pastuszak AW, Khera M. Testosterone therapy improves erectile function and libido in
hypogonadal men. Curr Opin Urol. 2017 Nov;27(6):511-515. doi: 10.1097/MOU.0000000000000442. PMID:
28816715; PMCID: PMC5649360.
3 van Anders SM. Testosterone and sexual desire in healthy women and men. Arch Sex Behav. 2012
Dec;41(6):1471-84. doi: 10.1007/s10508-012-9946-2. Epub 2012 May 3. PMID: 22552705.
5
Daya tahan sakit yang normal dan sihat
Testosteron yang optimum akan menjadikan seseorang lelaki lebih tahan sakit
berbanding seseorang dengan hormon testosteron yang rendah. Lelaki secara
umumnya bersifat seperti jantan yang tahan sakit dan tidak akan menunjukkan
kesakitan dengan menjerit-jerit seperti wanita. Lelaki juga lebih susah untuk
menunjukkan emosi dan bersikap ‘macho’ yang tidak mudah menunjukkan
emosi atau lebih tahan sakit.
Kredit Foto : https://news.psu.edu/story/629587/2020/08/27/research/pain-catastrophizing-may-lead-little-exercise-more-
time-sedentary
Mengekalkan jumlah sel-sel darah merah
Testosteron juga membantu tubuh menghasilkan sel-sel darah merah secara
normal. Kajian4 menunjukkan paras testosteron yang rendah akan
menyebabkan masalah anemia atau kekurangan sel-sel darah merah. Lelaki
secara normalnya mempunyai paras hemoglobin dan jumlah sel-sel darah
merah yang lebih tinggi berbanding wanita.
Kredit Foto: https://www.medicalnewstoday.com/articles/320717
4 Roy CN, Snyder PJ, Stephens-Shields AJ, et al. Association of Testosterone Levels With Anemia in Older Men: A
Controlled Clinical Trial. JAMA Intern Med. 2017;177(4):480–490. doi:10.1001/jamainternmed.2016.9540
6
Membantu corak tidur yang normal dan regular
Testosteron penting untuk tidur yang lebih nyenyak dan menyihatkan. Kajian5
menunjukkan testosteron mempengaruhi faktor tidur yang menyihatkan.
Kortisol adalah hormon yang berkaitan dengan stres. Apabila seseorang
mengalami masalah tidur yang tidak cukup ia akan menyebabkan masalah
kesihatan kepada tubuh. Paras kortisol yang tinggi secara berpanjangan akan
menyebabkan penurunan paras hormon testosteron.
Paras hormon testosteron yang rendah akan menyebabkan masalah kelesuan
adrenal dan ia akan menyebabkan masalah gangguan tidur yang lebih kronik.
Meningkatkan paras hormon testosteron akan membantu tidur yang lebih
menyihatkan dan menyegarkan tubuh.
Kredit Foto : https://sph.umich.edu/pursuit/2020posts/why-sleep-is-so-important-to-your-health.html
5 Wittert G. The relationship between sleep disorders and testosterone in men. Asian J Androl. 2014;16(2):262-
265. doi:10.4103/1008-682X.122586
7
Meningkatkan ketumpatan tulang
Testsosteron sangat penting untuk tulang yang sihat dan kuat. Ia juga
membantu mencegah masalah reput tulang atau osteoporosis. Kajian6
menunjukkan seseorang dengan paras hormon testosteron yang rendah akan
mengalami masalah osteoporosis. Oleh kerana itu di antara kaedah untuk
merawat masalah osteoporosis di kalangan lelaki dan wanita adalah dengan
mengoptimakan paras hormon testosteron7.
Kredit Foto : https://www.informedhealth.org/bone-structure.html
6 Golds G, Houdek D, Arnason T. Male Hypogonadism and Osteoporosis: The Effects, Clinical Consequences, and
Treatment of Testosterone Deficiency in Bone Health. Int J Endocrinol. 2017;2017:4602129.
doi:10.1155/2017/4602129
7 Tuck S, Francis R. Testosterone, bone and osteoporosis. Front Horm Res. 2009;37:123-132. doi:
10.1159/000176049. PMID: 19011293.
8
Memastikan saiz otot yang optimum dan kuat
Testosteron adalah hormon yang menjadikan seseorang lelaki lebih berotot
berbanding wanita. Ia menjadikan lelaki lebih kuat secara fizikal berbanding
wanita. Seseorang lelaki yang mempunyai masalah rendah testosteron akan
mengalami masalah otot yang kecut dan lembik8. Penggunaan testosteron
secara berlebihan pula akan menyebabkan otot menjadi terlalu besar seperti
yang di amalkan dalam sukan bina badan9.
Kredit Foto : https://www.brnfitness.com/blog/how-much-muscle-do-you-lose-taking-a-break-from-training/
Testosteron yang normal akan menjadikan otot lelaki kuat dan besar dalam
keadaan yang fitrah dan tidak terlalu besar dan kelihatan tidak normal. Wanita
yang menyalahgunakan hormon testosteron juga akan mempunyai otot yang
besar tetapi tidak boleh menyamai saiz otot lelaki.
Untuk lelaki mengekalkan saiz otot yang baik, maka paras hormon
testosteronnya mestilah di jaga pada tahap yang optimum.
8 Griggs RC, Kingston W, Jozefowicz RF, Herr BE, Forbes G, Halliday D. Effect of testosterone on muscle mass and
muscle protein synthesis. J Appl Physiol (1985). 1989 Jan;66(1):498-503. doi: 10.1152/jappl.1989.66.1.498. PMID:
2917954.
9 Bhasin S, Storer TW, Berman N, Callegari C, Clevenger B, Phillips J, Bunnell TJ, Tricker R, Shirazi A, Casaburi R. The
effects of supraphysiologic doses of testosterone on muscle size and strength in normal men. N Engl J Med. 1996
Jul 4;335(1):1-7. doi: 10.1056/NEJM199607043350101. PMID: 8637535.
9
Meningkatkan tenaga seseorang lelaki
Lelaki yang normal adalah lebih bertenaga berbanding wanita. Di antara
faktor yang menyumbangkan tenaga tambahan ini adalah kerana hormon
testosteron. Kajian10 menunjukkan lelaki muda adalah lebih bertenaga
berbanding lelaki yang berusia adalah kerana faktor hormon testosteron.
Semakin lelaki bertambah umur maka tenaga mereka akan berkurangan dan
menjadi lebih cepat penat dan tidak mampu menjalankan kerja-kerja yang
biasa mereka lakukan semasa muda.
Oleh kerana itu jika paras testosteron menjadi terlalu rendah maka seseorang
lelaki akan menjadi lesu dan lemah untuk kerja-kerja fizikal. Meningkatkan
paras hormon testosteron ke tahap yang optimum akan memastikan tenaga
kekal ke tahap yang optimum. Kajian11 menunjukkan seseorang yang ada
penyakit kronik seperti diabetes, kardiovaskular, kanser dsbgnya mengalami
tahap tenaga yang rendah adalah berkaitan dengan paras hormon testosteron
yang rendah.
Kredit Foto : https://www.huffpost.com/entry/unlimited-energy-10-secrets-of-high-energy-individuals_b_58b727d4e4b0ddf6542462cc
10 Bhasin S, Woodhouse L, Casaburi R, Singh AB, Bhasin D, Berman N, Chen X, Yarasheski KE, Magliano L, Dzekov C,
Dzekov J, Bross R, Phillips J, Sinha-Hikim I, Shen R, Storer TW. Testosterone dose-response relationships in healthy
young men. Am J Physiol Endocrinol Metab. 2001 Dec;281(6):E1172-81. doi: 10.1152/ajpendo.2001.281.6.E1172.
PMID: 11701431.
11 Harada N. Role of androgens in energy metabolism affecting on body composition, metabolic syndrome, type 2
diabetes, cardiovascular disease, and longevity: lessons from a meta-analysis and rodent studies. Biosci Biotechnol
Biochem. 2018 Oct;82(10):1667-1682. doi: 10.1080/09168451.2018.1490172. Epub 2018 Jun 29. PMID: 29957125.
10
Stres kronik
Gangguan nutrisi – tidak mengambil makananberkolesterol secukupnya
Gangguan mikrobiom – kuman baik dalam usus
Paras vitamin D yang rendah
Obesiti dan perut buncit
Penyakit Diabetes
Penyakit kardiovaskular – hipertensi, penyakit jantung koronari dan strok
Tidak bersenam secukupnya
Kesan sampingan ubat-ubat tertentu seperti ubat anti kolesterol, ubat diabetes
& ubat hipertensi
Masalah rendah testosteron juga berkaitan dengan masalah gangguan fungsi
imuniti tubuh, obesiti, diabetes, gangguan metabolisma tubuh dan penyakit-
penyakit kronik yang melanda masyarakat kita sekarang.
11
Kajian12 menunjukkan masalah testosteron rendah ini melibatkan 40% lelaki
yang berumur lebih 45 tahun. Tiada data khusus tentang masalah kekurangan
testosteron di kalangan wanita, tetapi terdapat artikel santifik yang
mencadangkan bahawa punca wanita mengalami masalah sakit-sakit badan
kronik yang tidak spesifik berpunca daripada gangguan homon termasuklah
testosteron13.
Terdapat rawatan yang boleh diberikan oleh doktor untuk meningkatkan paras
testosteron dengan mengambil rawatan Terapi Gantian Hormon Testosteron
samada dengan pengambilan pil atau krim testosteron. Penggunaan terapi
hormon bioidentikal mungkin adalah lebih selamat berbanding pengambilan
hormon sintetik di pasaran. Tetapi kajian14 menunjukkan rawatan gantian
hormon ini mempunyai kesan sampingan yang tidak di ingini. Kaedah yang lebih
selamat adalah dengan meningkatkan paras hormon testosteron secara natural
dan meransangkan tubuh kita menghasilkan testosteron secara optima.
Kredit Foto : https://theconversation.com/does-extra-testosterone-reduce-your-empathy-122872
12 Dandona P, Rosenberg MT. A practical guide to male hypogonadism in the primary care setting. Int J Clin Pract.
2010;64(6):682-696. doi:10.1111/j.1742-1241.2010.02355.x
13 https://www.wsj.com/articles/SB10001424052702304691904579349212319995486
14 Gruenewald DA, Matsumoto AM. Testosterone supplementation therapy for older men: potential benefits and
risks. J Am Geriatr Soc. 2003 Jan;51(1):101-15; discussion 115. doi: 10.1034/j.1601-5215.2002.51018.x. PMID:
12534854.
12
1. PUASA BERKALA (INTERMITTENT FASTING; IF)
Kajian15 menunjukkan dengan mengamalkan Puasa berkala (IF) akan
meningkatkan paras hormon testosteron dari 200% sehingga 400%. Lagi satu
kajian16 yang di jalankan oleh University Virginia Medical School
menunjukkan peningkatan paras hormon tumbesaran (GH) sehingga 2000%
daripada paras asas di kalangan peserta kajian yang berpuasa tanpa makan
apa-apa selama 24 jam dan paras GH ini berkait rapat dengan paras testosteron
juga.
Kredit Foto : https://www.quora.com/Is-it-proven-that-intermittent-fasting-increases-testosterone-Did-anyone-measure-the-
testosterone-levels-before-and-after-this-lifestyle
Kaedah Puasa Berkala ini bermaksud tidak makan dalam tempoh tertentu
tetapi masih boleh minum air (tanpa kalori). Tempohnya boleh di buat selama
16 jam, 18 jam, 20 jam atau 24 jam. Ia akan membantu tubuh meningkatkan
hormon testosteron dan GH dalam tubuh terutamanya ini akan berlaku kerana
hormon insulin akan menjadi sangat rendah semasa berpuasa tadi.
15 Röjdmark S, Asplund A, Rössner S. Pituitary-testicular axis in obese men during short-term fasting. Acta
Endocrinol (Copenh). 1989 Nov;121(5):727-32. doi: 10.1530/acta.0.1210727. PMID: 2686332.
16 Ho KY, Veldhuis JD, Johnson ML, et al. Fasting enhances growth hormone secretion and amplifies the complex
rhythms of growth hormone secretion in man. J Clin Invest. 1988;81(4):968-975. doi:10.1172/JCI113450
13
Kredit Foto : https://menshealth.ciit.org/double-your-testosterone-9-tips-to-boost-testosterone-naturally/
Kredit Foto : https://www.realherbs.com/blogs/articles/boosting-testosterone-with-intermittent-fasting
14
2. SENAMAN MENINGKATKAN TESTOSTERON
Jika anda ingin meningkatkan hormon testosteron dan GH dengan lebih cepat
lagi, maka bersenam dengan kaedah mengangkat beban dan kombinasi
dengan kaedah HIIT (High Intensity Interval Training) adalah terbaik. Anda boleh
bersenam di gym sekurang-kurangnya 3 kali seminggu dengan mengangkat
beban besi yang berat. Mengangkat beban besi dengan ulangan 6 ke 12
ulangan dengan menggunakan otot-otot besar seperti otot peha (quadriceps &
hamstring), otot belakang, otot bahu dan otot dada akan membantu tubuh anda
meningkatkan hormon testosteron secara optimum.
Kredit Foto : https://itestosterone.com/training-increased-testosterone/
15
Kaedah latihan mengangkat beban ‘Dead Weight Lift’ juga adalah kaedah
yang sangat baik meningkat paras testosteron dengan maksimum. Bersenam
sekurang-kurangnya 30 minit sehingga sejam sebanyak 3 kali seminggu sudah
memadai untuk membantu meningkatkan paras testosteron anda dengan
optimum.
Kajian17 oleh Ball State University menunjukkan latihan mengangkat beban
besi akan menransangkan hormon GH dan testosteron dengan optimum.
Kajian18 lain oleh University of Nebraska Medical Center menunjukkan
latihan mengangkat beban akan meningkatkan paras hormon testosteron
dengan sangat cepat berbanding latihan senaman lain. Kesimpulan daripada
kajian-kajian yang ada menunjukkan dengan latihan senaman mengangkat
beban yang sederhana sahaja juga sudah memadai untuk meningkatkan paras
hormon testosteron ke tahap yang optimum.
Senaman Dead Weight Lift
Kredit Foto : https://goqii.com/blog/deadlift-and-its-benefits/
17 Craig BW, Brown R, Everhart J. Effects of progressive resistance training on growth hormone and testosterone
levels in young and elderly subjects. Mech Ageing Dev. 1989 Aug;49(2):159-69. doi: 10.1016/0047-6374(89)90099-
7. PMID: 2796409.
18 Schwab R, Johnson GO, Housh TJ, Kinder JE, Weir JP. Acute effects of different intensities of weight lifting on
serum testosterone. Med Sci Sports Exerc. 1993 Dec;25(12):1381-5. PMID: 8107546.
16
Selain daripada senaman mengangkat beban, kombinasi dengan senaman
HIIT seperti latihan ‘burst training’ adalah sangat baik meningkatkan paras
hormon GH dan testosteron. Kajian19 juga menunjukkan ‘burst training’ juga
akan membantu mengekalkan tahap testosteron tinggi lebih lama dan
mencegah paras testosteron menurun semula. Latihan ‘burst training’
melibatkan bersenam sehingga 90 ke 100% ke tahap maksimum keupayaan
kita dalam tempoh yang singkat dengan tujuan membakar simpanan tenaga
tubuh (glikogen) dan di ikuti oleh tempoh pemulihan dengan senaman yang
rendah impaknya. Ini akan menyebabkan tubuh kita membakar lemak dalam
tempoh 36 jam seterusnya untuk menggantikan simpanan tenaga yang
penting.
Kredit Foto : https://www.top.me/fitness/what-is-high-intensity-interval-training-and-why-is-it-so-effective-6639.html
Ia juga meningkatkan paras testosteron dan membantu membakar 3 ke 9 kali
ganda lebih banyak lemak dan akan membantu menurunkan degupan jantung
normal semasa rehat, menurunkan tekanan darah, meningkatkan fungsi otak,
melancarkan pengaliran darah dan membantu detoksifikasi tubuh melalui
sistem limfatik.
19 Kraemer RR, Durand RJ, Acevedo EO, Johnson LG, Synovitz LB, Kraemer GR, Gimpel T, Castracane VD. Effects of
high-intensity exercise on leptin and testosterone concentrations in well-trained males. Endocrine. 2003
Aug;21(3):261-5. doi: 10.1385/ENDO:21:3:261. PMID: 14515011.
17
3. PENGAMBILAN LEMAK SIHAT & MENGURANGKAN
KARBOHIDRAT PROSES
Selama ini kita di takut-takutkan untuk mengambil lebih lemak dalam
pemakanan seharian kita kerana kononnya menyebabkan penyakit jantung.
Hakikatnya pengambilan lemak sihat adalah sangat penting untuk
mengekalkan paras hormon testosteron yang optimum. Kebanyakan lelaki
yang mengalami masalah rendah testosteron suka mengambil makanan
proses, makanan segera dan makanan jajan yang tidak sihat yang tinggi
karbohidrat.
Kajian20 yang di terbitkan dalam Journal of Steroid Biochemistry yang
mengkaji kesan pemakanan ke atas paras testostosteron lelaki sihat.
Kesimpulan kajian ini menunjukkan lelaki yang mengurangkan pengambilan
lemak sihat akan mempunyai paras hormon androstenedione, testosterone dan
testosteron bebas yang rendah. Ini jelas menunjukkan bahawa pengambilan
‘rendah lemak’ akan menyebabkan masalah rendah testosteron.
Kredit Foto : https://bodylogiq.org/en/does-a-higher-fat-diet-increase-testosterone/
20 Hämäläinen E, Adlercreutz H, Puska P, Pietinen P. Diet and serum sex hormones in healthy men. J Steroid
Biochem. 1984 Jan;20(1):459-64. doi: 10.1016/0022-4731(84)90254-1. PMID: 6538617.
18
Terdapat 3 kategori lemak sihat iaitu lemak tepu, lemak PUFA Omega 3 dan
lemak mono tak tepu (MUFA). Lemak tepu sihat seperti minyak kelapa atau
santan dan lemak susu. Minyak kelapa adalah baik untuk meningkatkan
testosteron. Susu asli mentah dari haiwan yang di ternak secara fitrah adalah
sihat dan termasuk juga produk tenusu yang di peram seperti yogurt, kefir
dsbgnya. Elakkan mengambil susu proses seperti susu tepung dan susu rendah
lemak yang tinggi gula yang akan menyebabkan gangguan kepada paras
testosteron.
Kredit Foto : http://www.hormones.gr/8702/article/ketogenic-diet-and-testosterone-increase:-is%E2%80%A6.html
Lemak sihat yang seterusnya adalah lemak tak tepu (PUFA) jenis Omega 3.
Ia sangat baik untuk kesihatan dan pengambilan makanan dari sumber yang
kaya Omega 3 seperti ikan, makanan laut adalah baik untuk menjaga paras
testosteron. Sumber lain omega 3 adalah chia seed, walnut, flaxseed dan
minyak sacha inci.
19
Kredit Foto : https://www.facebook.com/nutrition.performance.coaching/posts/1762601950505305/
Bagi kaum wanita yang mempunyai masalah hormon testosteron yang
berlebihan pula, kajian menunjukkan pengambilan Omega 3 akan
menurunkan paras testosteron wanita dan memulihkan masalah PCOS (Poly
Cystic Ovarian Syndrome) yang berpunca daripada paras testosteron yang
tinggi.
Kredit Foto : https://www.researchgate.net/publication/281264848_Effect_of_Omega-
3_fatty_acids_supplementation_on_testosterone_levels_in_women_with_PCOS_Meta-analysis_of_randomized_controlled_trials
Kredit Foto : https://www.healthypcos.com/blogs/pcos/lower-pcos-testosterone-levels
Lemak sihat yang juga amat baik adalah lemak mono tak tepu (MUFA) iaitu
Omega 9 yang boleh membantu meningkatkan testosteron. Pengambilan
minyak zaitun extra virgin, minyak kelapa sawit dan avocado adalah sumber
yang kaya dengan Omega 9.
20
4. BERHENTI MENGAMBIL GULA PASIR
Satu perkara yang sangat penting untuk meningkatkan paras testosteron
adalah dengan berhenti mengambil gula pasir atau sukrosa (samada gula putih
atau gula perang). Kajian menunjukkan penduduk Malaysia adalah diantara
pengguna gula pasir yang tertinggi di dunia dan ia menyebabkan masalah
rendah testosteron ini sangat lumrah berlaku di kalangan penduduk Malaysia
yang juga mempunyai kadar penyakit diabetes yang tertinggi di Asia.
Kredit Foto : https://nutritionasiknowit.com/blog/2014/11/science-checkup-does-sugar-kill-your
Berdasarkan kajian pesakit diabetes adalah lebih mudah mendapat masalah
rendah testosteron dan ianya berpunca kerana :
Pengambilan makanan proses berkarbohidrat tinggi seperti gula dan
tepung gandum akan menyebabkan paras glukosa yang sentiasa tinggi.
Pankreas akan berkerja keras menghasilkan insulin untuk mengawal
paras glukosa darah menjadis stabil.
Ini akan menyebabkan paras insulin yang sentiasa tinggi yang akan
menyebabkan masalah rintangan insulin terjadi yang menjadi punca
diabetes jenis 2.
21
Paras insulin yang tinggi pula akan menyebabkan paras testosteron
menjadi rendah dan ia akan bertambah teruk apabila pesakit diabetes
mengambil ubat anti diabetes yang meningkatkan paras insulin seperti
ubat sulfonylurea dan suntikan insulin itu sendiri.
Oleh kerana itu semua pesakit diabetes perlu membuat ujian darah
untuk menguji paras hormon testosteron
Jika anda mempunyai masalah rendah testosteron, maka memebetulkan
pemakanan dengan mengamalkan kaedah makanan rendah karbohidrat dan
membuat puasa berkala (IF) perlu di buat untuk memulihkan paras testosteron
semula.
Kredit Foto : https://twitter.com/ketoaurelius/status/1291370799782297602
22
5. DETOKSIFIKASI HATI
Satu langkah yang boleh di buat untuk meningkatkan paras testosteron secara
semulajadi adalah dengan membuat detoksifikasi hati. Hati adalah organ yang
yang penting untuk menjaga paras testosteron yang optimum.
Kajian21 menunjukkan apabila hati tidak berfungsi dengan baik, maka ia akan
menyebabkan paras estrogen meningkat dan akan menurunkan paras
testosteron seseorang. Ini adalah kerana hati mempunyai sejenis enzim yang
akan mengkonjugasi kumpulan 17-beta-hydroxyl testosteron.
Kredit Foto: https://www.linkedin.com/pulse/what-know-before-you-treat-low-testosterone-dr-rob-kominiarek
Satu kajian22 yang di terbitkan dalam Journal of Gastroenterology and
Hepatology menunjukkan paras testosteron darah akan menurun sehingga
90% di kalangan pesakit dengan masalah kegagalan hati iaitu ‘sirrhosis hati’
dan paras testosteron semakin menurun apabila penyakit menjadi semakin
teruk. Di sini jelaskan kepentingan fungsi hati yang normal dalam
menentukan paras testosteron yang optimum.
21 Rao GS, Rao ML, Breuer H. Studies on a testosterone glucuronyltransferase from the cytosol fraction of human
liver. Biochem J. 1970 Oct;119(4):635-42. doi: 10.1042/bj1190635. PMID: 5493501; PMCID: PMC1179448.
22 Sinclair M, Grossmann M, Gow PJ, Angus PW. Testosterone in men with advanced liver disease: abnormalities
and implications. J Gastroenterol Hepatol. 2015 Feb;30(2):244-51. doi: 10.1111/jgh.12695. PMID: 25087838.
23
Kredit Foto : https://www.ncbi.nlm.nih.gov/books/NBK279000/
Kredit Foto : https://www.mdpi.com/1422-0067/22/5/2604/htm
24
6. MENGAWAL STRES
Bagi kebanyakan lelaki dengan masalah rendah testosteron dan mengalami
stres yang kronik dalam kehidupan mereka, maka masalah ini akan menjadi
lebih parah. Anda akan mengalami masalah mudah marah, kekecewaan, susah
memaafkan dan susah menumpukan perhatian kepada kerja seharian.
Masalah stres mental dan fizikal yang sekejap tidak menjadi satu isu malahan
ia baik sebagai sumber motivasi untuk lebih kuat berkerja. Tetapi stres yang
kronik dan tidak di kawal dengan baik akan menyebabkan pelbagai masalah
kesihatan yang kronik dan merbahaya. Apabila seseorang stres maka ia akan
mengalami paras hormon kortisol yang tinggi dan ini akan menyebabkan
penurunan paras hormon testosteron.
Kredit Foto : https://www.quora.com/If-cortisol-levels-are-highest-in-the-morning-and-testosterone-peaks-in-the-morning-too-how-is-
that-possible-if-its-known-that-high-cortisol-levels-lower-testosterone-levels
Dalam satu kajian23 tahun 2010 yang di terbitkan dalam ‘Journal Hormones
and Behavior’ menyelidik kesan klinikal dua hormon dengan teori ‘dual-
hormone hypothesis’. Kajian ini menunjukkan bahawa apabila paras hormon
kortisol meningkat, maka paras hormon testosteron akan meningkat pada
peringkat awal tetapi kemudian jika stres berpanjangan maka paras hormon
testosteron akan merudum sehingga ke paras yang lebih rendah daripada
sebelumnya.
23 Mehta PH, Josephs RA. Testosterone and cortisol jointly regulate dominance: evidence for a dual-hormone
hypothesis. Horm Behav. 2010 Nov;58(5):898-906. doi: 10.1016/j.yhbeh.2010.08.020. Epub 2010 Sep 15. PMID:
20816841.
25
Oleh kerana itu, adalah penting untuk kita mengawal stres dan mencari jalan
melepaskan stres untuk menjaga paras hormon testosteron untuk kekal
optimum.
Kita kena banyak belajar memaafkan, mengawal emosi dengan baik dan
banyakkan bersyukur serta berdoa kepada Allah untuk membantu mengawal
stres dengan lebih baik.
Kredit Foto : https://jamesclear.com/body-language-how-to-be-confident
26
7. SUPLEMEN VITAMIN D
Salah satu suplemen yang penting untuk menjaga hormon testosteron adalah
vitamin D3. Dalam satu kajian24 tahun 2011 yang di terbitkan dalam jurnal
‘Journal Hormone and Metabolic Research’ menunjukkan bahawa
pengambilan suplemen vitamin D akan meningkatkan paras hormon
testosteron dengan ketara di kalangan lelaki yang gemuk sehingga 30%.
Kajian ini adalah sangat menarik kerana pengambilan vitamin D3 juga boleh
membantu mencegah dan merawat penyakit kanser25. Jika anda mempunyai
masalah kekurangan vitamin D, ia akan menyebabkan paras hormon
testosteron merudum dengan teruk. Oleh kerana itua adalah penting untuk
seseorang mendedahkan kulitnya kepada cahaya matahari pagi selama 20 ke
30 minit untuk mendapatkan sumber vitamin D yang optimum.
Kredit Foto : https://blog.insidetracker.com/can-vitamin-d-restore-low-testosterone-levels
Jika anda ada masalah untuk mendedahkan diri kepada cahaya matahari, maka
anda perlu mengambil suplemen vitamin D. Anda perlu membuat ujian darah
untuk menentukan paras vitamin D dalam darah anda. Jika bacaannya adalah
kurang dari 50iu, maka anda perlu mengambil suplemen vitamin D3 dengan
dos 5000iu dua kali sehari (iaitu 10,000iu sehari) selama 3 bulan dan lakukan
ujian darah semula untuk memantau paras vitamin D tubuh anda. Jika mash
rendah, maka anda perlu meneruskan pengambilan suplemen vitamin D
sehingga pulih. Apabila paras vitamin D pulih, maka barulah paras hormon
testosteron anda akan pulih juga.
24 Pilz S, Frisch S, Koertke H, Kuhn J, Dreier J, Obermayer-Pietsch B, Wehr E, Zittermann A. Effect of vitamin D
supplementation on testosterone levels in men. Horm Metab Res. 2011 Mar;43(3):223-5. doi: 10.1055/s-0030-
1269854. Epub 2010 Dec 10. PMID: 21154195.
25 https://www.cancer.gov/about-cancer/causes-prevention/risk/diet/vitamin-d-fact-sheet
27
8. SUPLEMEN ZINK
Zink adalah mineral yang penting untuk penghasilan testosteron secukupnya.
Kekurangan mineral zink akan menyebabkan paras testosteron menjadi
rendah. Zink juga penting untuk tubuh kita melawan jangkitan kuman
(bakteria & virus), penghasilan DNA dan bahan genetik dan juga untuk
pemulihan lapisan dalam dinding saluran gastro-usus.
Diantara sumber zink yang baik adalah daging merah, daging ayam, makanan
laut, kekacang dan makanan dari hasil tenusu. Anda juga boleh mengambil
suplemen zink tambahan untuk memastikan tubuh kita tidak mengalami
kekurangan mineral zink ini.
Kredit Foto : https://bodylogiq.org/en/testosterone-science-how-to-increase-testosterone-naturally/
Pengambilan suplemen zink hanya akan meningkatkan testosteron kepada
mereka yang mengalami masalah kekurangan testosteron akibat kekurangan
mineral zink sahaja. Jumlah dos suplemen zink yang boleh diambil adalah 25
ke 45mg sehari. Kebanyakan suplemen multivitamin atau multi mineral
mengandungi zink di dalamnya. Baca label untuk memastikannya.
28
9. SUPLEMEN DHEA
Dalam sesetengah orang yang mengalami kekurangan testosteron ianya
berpunca daripada kekurangan hormon DHEA (dehydroepiandrosterone).
Hormon DHEA ini adalah asas kepada hormon estrogen dan testosteron.
DHEA ini boleh di ambil sebagai suplemen tambahan.
Kredit Foto : https://burnstrauma.biomedcentral.com/articles/10.1186/s41038-019-0158-z
Kajian menunjukkan DHEA ini mempunyai kelebihan dalam mengurangkan
keradangan, kesihatan otak yang baik, menguatkan tulang dan otot, membantu
menurunkan berat badan, mengurangkan risiko diabetes, mengurangkan
risiko penyakit jantung dan meningkatkan nafsu syahwat. Saintis berpendapat
di antara faktor yang menyumbang kepada kelebihan DHEA ini adalah kerana
ia membantu meningkatkan paras testosteron.
29
Kredit Foto : https://www.wikiwand.com/en/Prasterone
Satu kajian semula 17 kajian RCT menunjukkan pengambilan DHEA boleh
membantu meningkatkan kelahiran hidup di kalangan wanita mengandung
dan juga membantu lelaki yang mengalami masalah ‘mati pucuk’.
Walaubagaimanapun kajian lanjut tentang keselamatan DHEA masih lagi
dalam proses kajian yang sedang di jalankan.
Kredit Foto : https://www.researchgate.net/figure/Mechanism-of-action-of-DHEA-and-DHEA-S_fig2_51370772
30
10.TIDUR YANG CUKUP & MENYEGARKAN
Berdasarkan artikel saintifik yang di terbitkan dalam jurnal Current Opinion
of Endocrinology, Diabetes and Obesity, mendapatkan tidur yang cukup pada
waktu yang betul (malam) akan membantu meningkatkan paras hormon
testosteron secara natural26.
Secara umumnya kita memerlukan 7 jam waktu untuk tidur setiap malam dan
waktu yang paling baik untuk tidur adalah waktu malam yang meliputi waktu
di antara 10.00pm hingga 2.00am.
Kredit Foto : https://twitter.com/coachalanbishop/status/911995877216194561
Tubuh kita mempunyai ‘ritma circadian’ atau ‘jam biologi’ yang perlu
mengikut waktu yang tertentu setiap malam untuk tubuh meng’set’ kan
semula perembesan hormon kortisol yang penting untuk keseimbangan
hormon dalam tubuh yang akan mencegah masalah rendah testosteron.
Secara idealnya waktu yang paling sesuai untuk tidur adalah di antara pukul
10.00pm sehingga 6.00am untuk memastikan paras hormon testosteron yang
optimum.
26 Wittert G. The relationship between sleep disorders and testosterone in men. Asian J Androl. 2014 Mar-
Apr;16(2):262-5. doi: 10.4103/1008-682X.122586. PMID: 24435056; PMCID: PMC3955336.
31
11.MENGURANGKAN PERUT BUNCIT
Di antara tanda-tanda seseorang mengalami masalah kekurangan hormon
testosteron adalah masalah perut buncit dan otot yang ‘flabby’ (lemah &
lembik). Perut buncit adalah akibat masalah paras insulin yang tinggi akibat
masalah rintangan insulin. Seseorang yang ada masalah ini akan mempunyai
paras testosteron yang rendah.
Kredit Foto : https://www.stevegranthealth.com/articles/lose-pot-belly/
Menurut pendapat Dr Gary Wittert iaitu Head of the School of Medicine di
University of Adelaide, Australia, kadar penurunan berat badan adalah
berkadar lansung dengan peningkatan paras hormon testosteron secara
natural. Oleh itu jika kita ingin menurunkan berat badan dengan cepat dan
menghilangkan perut buncit, maka kita perlu meningkatkan paras testosteron
kita27.
Kredit Foto : https://testosteronebooster.dudaone.com/
27 Wittert G. The relationship between sleep disorders and testosterone in men. Asian J Androl. 2014 Mar-
Apr;16(2):262-5. doi: 10.4103/1008-682X.122586. PMID: 24435056; PMCID: PMC3955336.
32
Kredit Foto :
https://www.researchgate.net/publication/303295136_Importance_of_Different_Grades_of_Abdominal_Obesity_on_Testosterone_Le
vel_Erectile_Dysfunction_and_Clinical_Coincidence
Apabila kita mempertimbangkan kesan rintangan insulin dan tidur yang tidak
cukup kepada paras testosteron, maka kita dapat melihat perkaitan rapat di
antara masalah rendah testostosteron dengan obesiti, diabetes dan stres.
Perkara asas yang perlu di buat adalah berhenti mengambil gula dan
karbohidrat proses dalam pemakanan seharian yang menjadi punca kepada
amsalah rintangan insulin yang berkait rapat dengan isu obesiti, insomnia,
diabetes dan ketidakseimbangan hormon.
33
12.PENGAMBILAN SUPLEMEN HERBA
Beberapa jenis herba didapati boleh membantu meningkatkan paras hormon
testosteron seseorang iaitu:
i. TONGKAT ALI (Euricoma Longifolia)
Ia adalah herba yang tidak asing lagi kepada masyarakat Malaysia dan
telah di guna sejak turun temurun. Ia juga di panggil sebagai
‘Malaysian Ginseng’.
Kredit Foto : https://www.ergo-log.com/how-eurycoma-longifolia-boosts-testosterone-levels.html
Kajian28 menunjukkan ia sangat baik meningkatkan paras testosteron
dan juga mempunyai khasiat lain seperti anti malaria, anti diabetes,
anti kuman dan mengurangkan demam.
Kredit Foto : https://www.purityproducts.com/blog/5-reasons-why-men-should-check-out-tongkat-ali
28 Rehman SU, Choe K, Yoo HH. Review on a Traditional Herbal Medicine, Eurycoma longifolia Jack (Tongkat Ali): Its
Traditional Uses, Chemistry, Evidence-Based Pharmacology and Toxicology. Molecules. 2016;21(3):331. Published
2016 Mar 10. doi:10.3390/molecules21030331
34
Disebabkan ia meningkatkan paras testosteron, maka ia mempunyai
kelebihan-kelebihan seperti:
Meningkatkan nafsu syahwat (libido)
Meningkatkan keupayaan bersenam/bersukan29
Membantu menurunkan berat badan
Meningkatkan kesuburan lelaki30
Membantu masalah kemurungan/depressi, tekanan darah tinggi dan rasa lesu
keterlaluan
Ia juga membantu mencegah dan merawat masalah reput tulang (osteoporosis) di
kalangan lelaki dan wanita31
Kajian32 masih banyak di jalankan sekarang dan secara umumnya dos
untuk ekstrak Tongkat Ali yang di cadangkan adalah diantara 100mg
hingga 200mg sehari. Kajian33 pengambilan sehingga dos 600mg sehari
tidak menunjukkan sebarang kesan sampingan yang merbahaya atau
merosakkan apa-apa organ dalam tubuh. Oleh itu ia adalah herba yang
selamat di ambil dan telah banyak di jual di pasaran sekarang.
29 Chen, Chee Keong et al. “Effects of Eurycoma Longifolia Jack Supplementation Combined with Resistance
Training on Isokinetic Muscular Strength and Power, Anaerobic Power, and Urinary Testosterone: Epitestosterone
Ratio in Young Males.” International journal of preventive medicine vol. 10 118. 5 Jul. 2019,
doi:10.4103/ijpvm.IJPVM_404_17
30 Tambi MI, Imran MK. Eurycoma longifolia Jack in managing idiopathic male infertility. Asian J Androl.
2010;12(3):376-380. doi:10.1038/aja.2010.7
31 Jayusman PA, Mohamed IN, Alias E, Mohamed N, Shuid AN. The Effects of Quassinoid-Rich Eurycoma longifolia
Extract on Bone Turnover and Histomorphometry Indices in the Androgen-Deficient Osteoporosis Rat Model.
Nutrients. 2018;10(7):799. Published 2018 Jun 21. doi:10.3390/nu10070799
32 George A, Henkel R. Phytoandrogenic properties of Eurycoma longifolia as natural alternative to testosterone
replacement therapy. Andrologia. 2014 Sep;46(7):708-21. doi: 10.1111/and.12214. Epub 2014 Jan 6. PMID:
24386995.
33 Ruan J, Li Z, Zhang Y, et al. Bioactive Constituents from the Roots of Eurycoma longifolia. Molecules.
2019;24(17):3157. Published 2019 Aug 30. doi:10.3390/molecules24173157
35
ii. GINSENG (Panax ginseng)
Ginseng adalah herba dari China dan Korea yang sangat popular di
seluruh dunia. Terdapat dua jenis ginseng iaitu Asian or Korean
ginseng (Panax ginseng) dan American ginseng (Panax quinquefolius).
Kajian menunjukkan jenis yang berbeza mempunyai kesan yang
berbeza. Ginseng China atau Korea adalah lebih ber’kuasa’ berbanding
Ginseng Amerika. Ia mengandungi bahan bioaktif yang di panggil
‘ginsenosides’. Ia juga adalah herba yang paling banyak di buat kajian
di Universiti-universiti di seluruh dunia dan telah terbukti selamat di
amalkan setiap hari. Kajian34 juga menunjukkan ginseng
meningkatkan paras testosteron dan DHEA di kalangan kaum wanita.
Ia di panggil sebagai herba ‘adaptogenik’ yang boleh membantu
menurunkan paras kortisol dan meningkatkan paras testosteron.
Kajian35 oleh University of Hong Kong menunjukkan pemberian herba
ginseng kepada tikus makmal meningkatkan hormon testosteron tikus
tersebut. Kajian ke atas manusia sedang di jalankan dan ia
menunjukkan kelebihan yang positif sebagai ‘testosteron booster’.
Kredit Foto : https://www.mdpi.com/2072-6643/12/6/1582/htm
34 Al-Dujaili, E.A.S.; Hajleh, M.N.A.; Chalmers, R. Effects of Ginseng Ingestion on Salivary Testosterone and DHEA
Levels in Healthy Females: An Exploratory Study. Nutrients 2020, 12, 1582. https://doi.org/10.3390/nu12061582
35 Leung KW, Wong AS. Ginseng and male reproductive function. Spermatogenesis. 2013;3(3):e26391.
doi:10.4161/spmg.26391
36
iii. ASHWAGANDHA (Withania Somnifera)
Ia adalah herba tradisional daripada India yang sangat popular di sana.
Ia mempunyai khasiat meningkatkan syahwat, fungsi seksual dan
menambahkan kesuburan. Ia juga di gunakan untuk membantu dalam
masalah mental seperti depressi dan kerisauan melampau (anxiety)36.
Pokok ashwaganda ini di gunakan daripada akar dan buahnya dan di
buat dalam bentuk teh, ekstrak dan kapsul suplemen37. Kajian38
menunjukkan ashwaganda mempunyai kesan positif dalam
meningkatkan kesuburan lelaki. Kajian39 juga menunjukkan
ashwaganda memberikan kesan positif meningkatkan testosteron di
kalangan lelaki berumur 60 ke 80 tahun.
36 Lopresti, Adrian L et al. “An investigation into the stress-relieving and pharmacological actions of an
ashwagandha (Withania somnifera) extract: A randomized, double-blind, placebo-controlled study.” Medicine vol.
98,37 (2019): e17186. doi:10.1097/MD.0000000000017186
37 Lopresti, Adrian L et al. “A Randomized, Double-Blind, Placebo-Controlled, Crossover Study Examining the
Hormonal and Vitality Effects of Ashwagandha ( Withania somnifera) in Aging, Overweight Males.” American
journal of men's health vol. 13,2 (2019): 1557988319835985. doi:10.1177/1557988319835985
38 Nasimi Doost Azgomi, Ramin et al. “Effects of Withania somnifera on Reproductive System: A Systematic Review
of the Available Evidence.” BioMed research international vol. 2018 4076430. 24 Jan. 2018,
doi:10.1155/2018/4076430
39 Kelgane, Sunil B et al. “Efficacy and Tolerability of Ashwagandha Root Extract in the Elderly for Improvement of
General Well-being and Sleep: A Prospective, Randomized, Double-blind, Placebo-controlled Study.” Cureus vol.
12,2 e7083. 23 Feb. 2020, doi:10.7759/cureus.7083
37
Satu kajian40 yang mengkaji 68 lelaki yang mandul dan ada masalah
lemah syahwat, dan mereka di berikan ashwaganda menunjukkan
perubahan positif kepada sperma mereka berbanding dengan plasebo.
Peserta kajian yang mengambil suplemen ashwaganda di dapati
menunjukkan kesan:
Peningkatan jumlah sperma
Peningkatan jumlah air mani semasa ejakulasi
Peningkatan paras testosteron dalam darah
Peningkatan pergerakan (motiliti) sperma
Kredit Foto : https://www.researchgate.net/figure/The-effect-of-Ashwagandha-treatment-in-a-serum-testosterone-and-b-
serum-creatine-kinase_fig1_284729503
40 Ambiye VR, Langade D, Dongre S, Aptikar P, Kulkarni M, Dongre A. Clinical Evaluation of the Spermatogenic
Activity of the Root Extract of Ashwagandha (Withania somnifera) in Oligospermic Males: A Pilot Study. Evid Based
Complement Alternat Med. 2013;2013:571420. doi:10.1155/2013/571420
38
iv. TRIBULUS TERRESTRIS (Puncturevine)
Tribulus ini adalah herba yang telah di gunakan sejak beribu tahun di
Asia, Eropah dan Afrika. Kajian41 menunjukkan ia boleh membantu
meningkatkan paras hormon testosteron. Kajian42 lain menunjukkan ia
boleh meningkatkan keupayaan atlit sukan dalam bersenam dan aktif
kompetitif.
Kredit Foto : https://www.healthline.com/nutrition/tribulus-terrestris
Satu kajian43 menunjukkan lelaki yang mengambil herba ini selama 60
hari akan mendapat kesan positif peningkatan jumlah sperma dan
peningkatan paras hormon testosteron. Ia mempunyai kesan yang lebih
ketara di kalangan lelaki yang mempunyai masalah ‘mati pucuk’.
Kredit Foto ;
https://go.gale.com/ps/i.do?id=GALE%7CA176473936&sid=googleScholar&v=2.1&it=r&linkaccess=abs&issn=09447
113&p=HRCA&sw=w&userGroupName=anon%7E24031c7f
41 Rogerson S, Riches CJ, Jennings C, Weatherby RP, Meir RA, Marshall-Gradisnik SM. The effect of five weeks of
Tribulus terrestris supplementation on muscle strength and body composition during preseason training in elite
rugby league players. J Strength Cond Res. 2007 May;21(2):348-53. doi: 10.1519/R-18395.1. PMID: 17530942.
42 Pokrywka A, Obmiński Z, Malczewska-Lenczowska J, Fijałek Z, Turek-Lepa E, Grucza R. Insights into Supplements
with Tribulus Terrestris used by Athletes. J Hum Kinet. 2014;41:99-105. Published 2014 Jul 8. doi:10.2478/hukin-
2014-0037
43 Qureshi A, Naughton DP, Petroczi A. A systematic review on the herbal extract Tribulus terrestris and the roots
of its putative aphrodisiac and performance enhancing effect. J Diet Suppl. 2014 Mar;11(1):64-79. doi:
10.3109/19390211.2014.887602. PMID: 24559105.
39
Kajian lanjut masih perlu di jalankan untuk membuktikan
keberkesanannya meningkatkan hormon testosteron.
Herba ini di ambil daripada buah, daun dan akarnya yang di hancurkan
dan di buat teh, kapsul atau tablet. Adalah di cadangkan dosnya tidak
melebihi 1500mg sehari berdasarkan saranan AECOSAN Scientific
Committee.
Kredit Foto : https://www.eurekaselect.com/166507/article
40
v. YOHIMBE (Pausinystalia Yohimbe)
Ini adalah herba yang mempunyai kesan positif meningkatkan hormon
testosteron dan memperbaiki kesan kekurangannya.
Kredit Foto : https://anabolicmen.com/yohimbe-testosterone/
Kajian44 menunjukkan Yohimbe ini mempunyai kesan yang baik
seolah-olah ubat Sildenafil (Viagra) untuk masalah ‘mati pucuk’dalam
haiwan tikus di makmal. Ia juga mempunyai kesan yang positif ke atas
fungsi meransangkan nafsu syahwat di otak.
Yohimbe juga di berikan preskripsi untuk masalah depressi dan
kerisauan melampau yang mengambil ubat SSRI, ini adalah kerana ia
boleh meningkatkan nafsu syahwat dan memperbaiki masalah ‘mati
pucuk’. Ia di luluskan oleh FDA untuk tujuan ini. Yohimbe juga di jual
sebagai suplemen dalam bentuk kapsul, pil atau di ambil sebagai
minuman teh herba45.
44 Sahoo HB, Nandy S, Senapati AK, Sarangi SP, Sahoo SK. Aphrodisiac activity of polyherbal formulation in
experimental models on male rats. Pharmacognosy Res. 2014;6(2):120-126. doi:10.4103/0974-8490.129029
45 Lim PHC. Asian herbals and aphrodisiacs used for managing ED. Transl Androl Urol. 2017;6(2):167-175.
doi:10.21037/tau.2017.04.04
41
Kredit Foto :
https://www.researchgate.net/publication/11468014_Yohimbine_treatment_of_organic_erectile_dysfunction_in_a_dose-
escalation_trial
Kredit Foto : https://www.semanticscholar.org/paper/Yohimbine-in-erectile-dysfunction%3A-the-facts-
Morales/636eb19982f54615dc0f6c6f8794588b6de8e222
42
vi. EKSTRAK PINE BARK
Ekstrak Pine Bark adalah bahan asli yang mengandungi bahan
proanthocyanidin. Ia di jual atas nama Pycnogenol. Kajian46
menunjukkan ia boleh membantu meningkatkan paras testosteron.
Kredit Foto : https://return2health.co.uk/pine-bark-extract
Kajian menunjukkan ia baik untuk membantu dalam masalah
Meningkatkan kesihatan kardiovaskular
Mengawal paras kolesterol
Meningkatkan pengaliran darah
Membantu dalam masalah ‘mati pucuk’47.
Terdapat kajian48 yang menggabungkan ekstrak pine bark ini dengan
bahan yang di panggil L- Arginine aspartate. Kombinasi dua bahan ini
didapati mempunyai kesan positif dalam meningkatkan testosteron dan
memulihkan masalah lemah tenaga batin atau ‘mati pucuk’. Kajian
lanjut masih di jalankan untuk mengesahkan keberkesanannya.
46 Ko JW, Park SW, Shin NR, et al. Inhibitory effects of Pycnogenol®, a pine bark extract, in a rat model of
testosterone propionate-induced benign prostatic hyperplasia. Lab Anim Res. 2018;34(3):111-117.
doi:10.5625/lar.2018.34.3.111
47 Stanislavov, R., Nikolova, V. & Rohdewald, P. Improvement of erectile function with Prelox: a randomized,
double-blind, placebo-controlled, crossover trial. Int J Impot Res 20, 173–180 (2008).
https://doi.org/10.1038/sj.ijir.3901597
48 Stanislavov R, Nikolova V. Treatment of erectile dysfunction with pycnogenol and L-arginine. J Sex Marital Ther.
2003 May-Jun;29(3):207-13. doi: 10.1080/00926230390155104. PMID: 12851125.
43
Dos yang di cadangkan utk Ekstrak Pine Bark ini adalah 200 ke 300mg,
walaubagaimanapun bagi pesakit yang mengambil kimoterapi, ubat
cair darah seperti warfarin dan ubat immunosupressif tidak sesuai
mengambilnya.
Kredit Foto :
https://www.researchgate.net/publication/327958699_Inhibitory_effects_of_PycnogenolR_a_pine_bark_extract_in_a_rat
_model_of_testosterone_propionate-induced_benign_prostatic_hyperplasia
44
vii. L-ARGININE
L Arginine adalah sejenis asid amino yang di perlukan oleh tubuh kita.
Ianya juga dihasilkan oleh tubuh manusia secara semulajadi. Tubuh
kita menggunakan L-Arginine untuk melancarkan pengaliran darah
dan ianya sangat penting untuk membantu dalam masalah lemah
tenaga batin / mati pucuk49.
Sumber L-Arginine adalah daripada daging merah, susu, daging
ayam/itik, ikan dan telur. Ia tidak meningkatkan paras testosterone50
secara terus tetapi ia akan membantu meningkatkan pengaliran darah
kepada zakar lelaki dan memulihkan masalah mati pucuk51.
Kredit Foto : https://www.fertstert.org/article/S0015-0282(10)00647-3/fulltext
Dos yang di cadangkan adalah 400 hingga 6000mg. Untuk
memulihkan mati pucuk, dos yang dicadangkan adalah 5000mg setiap
hari selama 6 minggu berdasarkan saranan Mayo Clinic.
49 Barassi, A., Corsi Romanelli, M.M., Pezzilli, R., Damele, C.A.L., Vaccalluzzo, L., Goi, G., Papini, N., Colpi, G.M.,
Massaccesi, L. and Melzi d'Eril, G.V. (2017), Levels of l-arginine and l-citrulline in patients with erectile dysfunction
of different etiology. Andrology, 5: 256-261. https://doi.org/10.1111/andr.12293
50 da Silva DV, Conte-Junior CA, Paschoalin VM, Alvares Tda S. Hormonal response to L-arginine supplementation in
physically active individuals. Food Nutr Res. 2014;58:10.3402/fnr.v58.22569. Published 2014 Mar 25.
doi:10.3402/fnr.v58.22569
51 https://www.healthline.com/health/erectile-dysfunction/l-arginine
45
viii. CHRYSIN (Passiflora incarnate)
Chrysin adalah ekstrak flavonoid yang di jumpai dalam tumbuhan
Passiflora incarnate atau blue passionflowers. Ianya biasa dalam
bentuk teh atau suplemen kapsul. Dos yang biasa di ambil adalah
500mg hingga 900mg.
Kajian52 menunjukkan chrysin akan meningkatkan pergerakan sperma,
jumlah sperma , kepekatan sperma dan paras hormon testosteron. Ia
juga membantu mengurangkan pertukaran testosteron kepada estrogen
dengan mengurangkan aktiviti enzim aromatase53. Oleh itu ia akan
meningkatkan paras hormon testosteron.
52 Gambelunghe C, Rossi R, Sommavilla M, Ferranti C, Rossi R, Ciculi C, Gizzi S, Micheletti A, Rufini S. Effects of
chrysin on urinary testosterone levels in human males. J Med Food. 2003 Winter;6(4):387-90. doi:
10.1089/109662003772519967. PMID: 14977449.
53 Balam FH, Ahmadi ZS, Ghorbani A. Inhibitory effect of chrysin on estrogen biosynthesis by suppression of
enzyme aromatase (CYP19): A systematic review. Heliyon. 2020;6(3):e03557. Published 2020 Mar 7.
doi:10.1016/j.heliyon.2020.e03557
46
ix. MACA (Lepidium meyenii)
Maca atau Lepidium meyenii juga di kenali sebagai ‘Peruvian
Ginseng’ adalah sejenis tumbuhan herba yang bersifat adaptogenik dan
membantu tubuh melawan stress. Ia adalah herba yang telah di
gunakan oleh masyarakat asli di Peru sejak 3000 tahun dahulu yang
menanamnya di pergunungan Andes54. Bahagian akarnya yang
berwarna merah, hitam, putih atau kuning yang kelihatan seperti
tumbuhan lobak yang di gunakan dalam perubatan.
Kredit Foto : https://www.healthline.com/nutrition/benefits-of-maca-root
Ia lebih popular sebagai ubat kuat tenaga batin (aphrodisiac)
tradisional tetapi kajian sains telah membuktikan dakwaan ini.
Kajian55 klinikal pada tahun 2012 menunjukkan pengambilan
suplemen herba ini akan meningkatkan nafsu syahwat di kalangan
orang lelaki selepas di amalkan selama 8 minggu. Penyelidik juga
membuat ujian berkaitan depressi dan kerisauan (anxiety) dan juga
paras hormon testosteron dan estrogen sepanjang tempoh kajian.
Didapati herba Maca ini meningkatkan syahwat secara terus tanpa
dipengaruhi faktor-faktor lain yang meningkatkan nafsu syahwat.
54 Gonzales GF. Ethnobiology and Ethnopharmacology of Lepidium meyenii (Maca), a Plant from the Peruvian
Highlands. Evid Based Complement Alternat Med. 2012;2012:193496. doi: 10.1155/2012/193496. Epub 2011 Oct
2. PMID: 21977053; PMCID: PMC3184420.
55 Gonzales GF, Córdova A, Vega K, Chung A, Villena A, Góñez C, Castillo S. Effect of Lepidium meyenii (MACA) on
sexual desire and its absent relationship with serum testosterone levels in adult healthy men. Andrologia. 2002
Dec;34(6):367-72. doi: 10.1046/j.1439-0272.2002.00519.x. PMID: 12472620.
47
Kredit Foto : https://drcolinholloway.com/2017/02/20/health-benefits-of-peruvian-maca/
Maca juga mempunyai kesan yang sama ke atas kaum wanita. Satu
kajian56 meta-analisis yang membuat analisa ke atas 4 kajian klinikal
menunjukkan pengambilan suplemen Maca ini meningkatkan nafsu
syahwat (libido) di kalangan lelaki dewasa dan wanita menopaus.
Kajian lanjut masih di jalankan dan khasiat positif Maca ini
menunjukkan potensi yang baik untuk di jadikan satu suplemen yang
boleh di amalkan bagi mereka yang mempunyai masalah rendah
testosteron dan lemah tenaga batin.
Kajian57 juga menunjukkan akar Maca ini juga menunjukkan potensi
yang baik meningkatkan kepekatan sperma dan pergerakan sperma
berbanding plasebo walaupun tiada perubahan kepada paras hormon
testosteron.
56 Shin BC, Lee MS, Yang EJ, Lim HS, Ernst E. Maca (L. meyenii) for improving sexual function: a systematic review.
BMC Complement Altern Med. 2010 Aug 6;10:44. doi: 10.1186/1472-6882-10-44. PMID: 20691074; PMCID:
PMC2928177.
57 Melnikovova I, Fait T, Kolarova M, Fernandez EC, Milella L. Effect of Lepidium meyenii Walp. on Semen
Parameters and Serum Hormone Levels in Healthy Adult Men: A Double-Blind, Randomized, Placebo-Controlled
Pilot Study. Evid Based Complement Alternat Med. 2015;2015:324369. doi: 10.1155/2015/324369. Epub 2015 Sep
1. PMID: 26421049; PMCID: PMC4569766
48
Walaubagaimanapun Maca masih belum di iktiraf oleh Natural
Medicine Comprehensive Database58 sebagai suplemen tradisional
untuk meningkatkan nafsu syahwat dan tenaga batin kerana kajian
yang ada masih belum banyak dan konklusif.
Kredit Foto : https://www.fwdfuel.com/benefits-of-maca-root/health-benefits-of-maca-root-infograph/
58 https://medlineplus.gov/druginfo/natural/555.html
49
x. GINKGO BILOBA
Ginkgo biloba adalah sejenis tumbuhan herba daripada China pada
asalnya, tetapi telah di tanam di banyak tempat sekarang. Ia dikatakan
mempunyai khasiat yang sangat baik meransangkan fungsi otak
sebagai agen ‘nootropik’ dan banyak di ambil untuk meningkatkan
fungsi otak, memori dan kognitif. Ia mempunyai kesan meningkatkan
pengaliran darah, mencairkan darah, meransangkan neurotransmitter
otak dan melawan kesan radikal bebas sebagai anti oksidan.
Kredit Foto : https://www.mynaturalorigins.store/organic-ginkgo-biloba-leaf-whole-ginkgo-biloba-l-c2x27023516
Ginkgo biloba adalah herba yang sangat popular seperti Ginseng di
seluruh dunia. Ia juga di katakan boleh meningkatkan hormon
testosteron berdasarkan kajian yang ada59. Kajian juga meunjukkan ia
boleh meningkatkan tingkahlaku seksual di kalangan haiwan tikus
makmal yang di kaji60.
Sumber lain juga menunjukkan Ginkgo biloba boleh merawat masalah
lemah tenaga batin (mati pucuk) dan lemah syahwat61. Kajian
menunjukkan Ginkgo akan memperbaiki paras nitrik oksida (NO)
dalam darah dan meningkatkan pengaliran darah dengan menyebabkan
saluran menjadi kembang (dilatation)62. Oleh itu ia akan membantu
memulihkan masalah lemah tenaga batin atau mati pucuk.
59 Wu XY, Wang WY, Wang RR, Xie L, Fang ZX, Chen GR. [Ginkgo biloba extract enhances testosterone synthesis of
Leydig cells in type 2 diabetic rats]. Zhonghua Nan Ke Xue. 2008 Apr;14(4):371-6. Chinese. PMID: 18481435
60 Yeh KY, Pu HF, Kaphle K, Lin SF, Wu LS, Lin JH, Tsai YF. Ginkgo biloba extract enhances male copulatory behavior
and reduces serum prolactin levels in rats. Horm Behav. 2008 Jan;53(1):225-31. doi: 10.1016/j.yhbeh.2007.10.001.
Epub 2007 Oct 10. PMID: 18001735.
61 https://www.healthline.com/health/erectile-dysfunction
62 Wu YZ, Li SQ, Zu XG, Du J, Wang FF. Ginkgo biloba extract improves coronary artery circulation in patients with
coronary artery disease: contribution of plasma nitric oxide and endothelin-1. Phytother Res. 2008 Jun;22(6):734-
9. doi: 10.1002/ptr.2335. PMID: 18446847.
50