The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by dianaaa, 2024-04-05 05:27:22

kompetensi guru F2C

selamat membaca !!!!

CCCooorrreeetttaaannn FFF222CCC


CCAARRTTAA OORRGGAANNIISSAASSII DIANA SYAMIL KETUA EDITOR PEN. KETUA EDITOR ADIB IRHAM FAWWAZ EJAAN & TATABAHASA FATIN AFZA ANIS AJK SEMAKAN CERITA SEMUA PELAJAR F2C PENULIS IQMAL AUNI AJK ISI KANDUNGAN AJK MUKA SURAT


ISI KANDUNGAN Isi Kandungan 1.AKAUNTABILITI GURU Demi Jiwa Guru.............................................................1 - 2 Ketabahan Seorang Guru...........................................3 - 4 Guru Sebagai Role Modelku......................................5 - 6 Antara Kasih dan Benci...............................................7 - 8 Sebuah Lilin Yang Membakar Diri..........................9 - 10 2.Guru Pembina Modal Insan Guru Umpama Tukang Batu Yang Memahat.......11-12 Guruku Wiraku .................................................................13 Harapan Cikgu...............................................14 Guru sebagai Pemangkin Masa Depan Negara....15-16 Cikgu Idola.........................................................................17-18 Tanpamu Guru Siapalah Daku..................................19-20 Satu Kata Seribu Makna..............................................21-22 Guru Pembentuk Seorang Insan..............................23-24 Hmm, Kelas Belakang Lagi.........................................25-26 Kelas Puaka.......................................................................27-28 Cikgu Sayang Kamu......................................................29-30 Guruku Inspirasiku.......................................................31-32 Maafkan Cikgu Ya..........................................................33-34 Muka Ni Lagi....................................................................35-36 3.Guru Pembina Negara Bangsa Guru Pembina Bangsa.......................................................37 Patuhi Undang Jalan.....................................................38-39 Kapcai Usang ..................................................................40-41 Nak Jadi Macam Cikgu!!.............................................42 - 43 Bantulah Aku Cikgu ...................................................44 - 45 Cikgu, Aku Dah Berjaya!!............................................46-47


Ahmad merupakan guru baharu yang dipindahkan ke Sekolah Kebangsaan Magandai di Sabah. Beliau telah menamatkan pelajaran di universiti 5 bulan yang lalu dan ia menjadi cabaran buatnya kerana ditempatkan di sekolah yang berada di pedalaman. Sebelum berangkat ke Sabah, beliau berasa berat hati untuk meninggalkan tempat tinggalnya dimana sudah terbiasa dengan kehidupan yang serba serbi cukup kemudahan. Dia mula membayangkan bagaimana dia akan meghadapi keadaan di kawasan pedalam yang sudah semestinya kurang dari sudut kemudahan. Akan tetapi disebabkan dirinya penuh dengan jiwa pendidik, dia menyahut cabaran ini untuk pergi ke sekolah tersebut. Setelah tiba di Sabah, Ahmad memulakan kisah hidupnya di Sabah dengan melawat sekolah di mana dia bakal menjalankan perkhidmatannya sebagai seorang guru. Dalam perjalanan untuk melawat sekolah tersebut, dia mendapati bahawa lokasi sekolah amat jauh dari tempat tinggal dan keadaan jalan yang teruk. Malah tiada kemudahan seperti kereta dapat digunakan membuatkan dirinya amat terkejut dan berasa sedikit mengeluh dengan kepayahan tersebut. Perjalanan tetap diteruskan sehingga beliau sampai ke sekolah tersebut. Alangkah terkejutnya apabila melihat keadaan sekolah yang sangat daif yang sememangnya jauh beza jika dibandingkan dengan sekolah yang berada di semenanjung. Ahmad terus pergi ke pejabat sekolah untuk berjumpa dengan guru besar. Guru besar menerangkan tugas yang beliau perlu lakukan dan menceritakan serba sedikit tentang sekolah tersebut. Pelajar di sekolah tersebut tidak ramai dimana hanya mempunyai kurang 50 orang murid dalam sekolah tersebut. Guru bagi sekolah tersebut juga tidak ramai. Di sini, beliau dapat melihat bahawa sekolah tersebut dilihat hidup seperti sebuah keluarga. Keesokannya, Ahmad pergi ke sekolah dan mula melaksanakan tugasnya sebagai guru untuk hari pertama. Pihak sekolah mengadakan perhimpunan mingguan seperti biasa dan ditambah dengan acara berkenalan dengan guru baharu iaitu Cikgu Ahmad. Setelah tamat perhimpunan mingguan, Ahmad mulakan tugasnya dengan mengajar kelas pertama beliau iaitu kelas 2 Gembira. Di dalam kelas tersebut hanya mempunyai 5 orang murid dari etnik yang berbagai. Setelah habis kelas pertama, dia dapat menilai bahawa anak muridnya kurang dari sudut pembelajaran dan kepimpinan. Mungkin hal ini berlaku disebabkan mereka kurang terdedah kepada kehidupan luar. Jadi, Ahmad menyimpan hasrat untuk memastikan murid tersebut bakal berjaya merangkumi dari sudut pembentukan sahsiah, perkembangan dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Tujuan ini adalah untuk mendorong anak-anak muridnya menjadi insan yang berilmu pengetahuan, bermoral tinggi, harmonis dan seimbang. 1 1


Selepas seminggu bertugas di sekolah tersebut, terdapat seorang pelajar yang berjaya mencuit hatinya disebabkan oleh telatah murid tersebut. Ahmad mula memberikan perhatian kepada pelajar tersebut tidak kira dalam kurikulum mahupun ko-kurikulum. Pada suatu hari, Ahmad tersedar bahawa sebagai seorang guru dia perlu bersikap adil terhadap semua murid. Hal ini kerana beliau pernah melaluinya sendiri sewaktu menjadi murid di sekolah lamanya dahulu dimana dia tidak berpuas hati dengan gurunya akibat daripada sikap gurunya yang lebih memilih kawannya dan sentiasa membandingkannya dalam pelajaran. Hal tersebut membuatkan Ahmad tersedar bahawa perbuatannya akan menyinggung perasaan pelajar lain. Ahmad yang pada mulanya risau kerana bimbang dirinya tidak selesa di kawasan pedalaman yang jauh dari bandar dan kemudahan, kini beliau mula selesa dan suka untuk tinggal di situ. Ahmad sangat aktif dalam aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah kerana mahu yang terbaik untuk semua anak muridnya. Setelah setahun berkhidmat, Ahmad dinobatkan sebagai guru cemerlang bagi sekolah tersebut. Alangkah terkejutnya dia kerana dia tidak menyangka bahawa dia akan mendapat penghargaan setinggi itu. Ahmad berasa bersyukur dan terharu kerana tugas guru ini bukanlah tugas yang mudah namun sekiranya dilaksanakan dengan ikhlas dan minat ia akan membawa suatu kepuasan kepada diri sendiri. Pada suatu hari, ada sepasang ibu bapa datang ke sekolah untuk berjumpa dengan Cikgu Ahmad. Ahmad tertanya-tanya sebab mengapa mereka ingin berjumpa. Rupanya, mereka ingin mengucapkan terima kasih tak terhingga kerana mengajar anak mereka sehingga mendapat keputusan yang cemerlang dalam UPSR. Oleh sebab itu, mereka menawarkan hadiah kepada Cikgu Ahmad sebagai tanda penghargaan dan terima kasih. Namun, Ahmad menolak hadiah tersebut kerana hadiah tersebut sangat mahal melainkan ianya murah Ahmad akan terima. Tambahan pula, Ahmad mengetahui bahawa seorang guru tidak boleh menerima sebarang hadiah daripada keluarga pelajar sebagai balasan untuk diri mereka sendiri. Selain itu, bagi Ahmad sudah menjadi tanggungjawab guru untuk mendidik dan mengajar mereka. Sejujurnya,Ahmad sungguh gembira kerana banyak pihak menyenanginya sepanjang beliau menjadi guru. Profession seorang guru mempunyai tempat istimewa di hati Ahmad. 2


Minhah ataupun nama panjangnya Minhah Barakah merupakan seorang anak jati di negeri Kedah. Dia merupakan bekas pelajar di Universiti Pendidikan Sultan Idris dan baru-baru ini dia telah ditempatkan untuk menjadi seorang guru di SMK Batu Belah Batu Bertangkup yang terletak di kawasan pedalaman yang sangat terpencil di negeri Sarawak. Hanya Minhah sahaja yang diberikan penempatan yang paling jauh daripada rakan-rakannya yang lain. Walaupun agak terkesan dengan keadaanya yang sebegitu, Minhah mencuba sedaya upaya untuk mempersiapkan mental dan fizikalnya untuk berjauhan dengan keluarganya kerana dia merupakan seorang anak bongsu yang agak manja . Pada hari pertama persekolahannya sebagai seorang pendidik, dia telah diberikan amanah dan tugas untuk mengajar murid tingkatan 1 serta tingkatan 5 . Minhah mula berjinak-jinak dan membiasakan diri dengan suasana baharu bersama murid-muridnya di situ. Minhah banyak termenung di dalam kelasnya dan tidak dapat untuk memberikan perhatian yang penuh kepada muridnya. Pada suatu hari , Minhah diberikan peluang untuk melihat keadaan tempat tinggal anak muridnya, Nazri di Sarawak. Minhah diamanahkan untuk melawat Nazri yang mempunyai masalah untuk hadir ke sekolah setiap hari. Nazri telah lama tidak datang ke sekolah sejak satu bulan yang lalu. Apabila sampai di rumah Nazri, Minhah berasa agak sedih kerana kehidupan Nazri sangat jauh berbeza seperti kehidupannya sekarang. Nazri terpaksa menaiki sampan untuk ke sekolah dan perlu bangun awal sebelum subuh supaya dapat sampai ke sekolah pada waktu yang tepat. Kehidupan Nazri sangat dhaif kerana keadaan rumahnya yang sangat sempit dan keadaan bocor sana sini pada bumbung rumah. Rupa-rupanya, ayah Nazri telah meninggal sebulan yang lalu dan menyebabkan Nazri hilang semangat untuk ke sekolah kerana memikirkan keluarganya. 3


Minhah sangat bersimpati dengan keadaan Nazri dan memberikan sedikit sebanyak nasihat kepada Nazri untuk meneruskan kehidupannya sebagai seorang pelajar . Minhah juga secara sukarela memberikan sedikit bantuan dan sumbangan kepada keluarga Nazri demi kelansungan hidup mereka. Nazri juga berjanji bahawa dia akan mula untuk datang ke sekolah setiap hari dan berusaha dengan lebih gigih untuk mencapai cita-citanya demi keluarga yang tercinta. Minhah sangat lega dan gembira mendegar katakata Nazri dan menganggap Nazri seperti anaknya sendiri. Apabila pulang ke rumah, Minhah mula termenung dan memikirkan keadaannya yang sekarang. Dia sepatutnya lebih bersyukur dan tidak perlu bersedih untuk waktu yang lama kerana perlu berjauhan dari rakan-rakan dan keluarganya. Dia sedar bahawa ada lagi kehidupan yang lebih susah dansukar daripada kehidupan yang dia lalui sekarang . Dia berjanji kepada dirinya untuk menjadi seorang guru yang lebih bertanggungjawab dan tidakmemikirkan kehidupan sendiri sahaja.Minhah tidak lagi mencampur adukkan masalah peribadi yang dihadapi di dalam kelas dan tidak menunjukkan sebarang emosi semasa mengajar anak muridnya. 4


Pada suatu hari, di Sekolah Menengah Kebangsaan Trolak Barat, Cikgu Suzati sedang mengajar di dalam sebuah kelas yang dinamakan dengan Kelas 1 Mutiara.Ketika dia sedang mengajar, dia mendapati terdapat seorang murid yang tidak memberikan tumpuan di dalam kelasnya. Sejak kebelakangan ini, dia sering kali memerhatikan murid itu sentiasa berada dalam keadaan yang lesu, letih dan tidak fokus untuk belajar setiap kali dia memasuki ke dalam kelas tersebut. Malahan, murid itu juga selalu tidak menyiapkan tugasan yang diberikan olehnya. Murid tersebut bernama Suriyati. Cikgu Suzati seringkali memikirkan tentang mengapa Suriyati tidak belajar dan fokus ketika berada di dalam kelas. Selepas sesi persekolahan tamat. Cikgu Suzati bergegas sedia dan mengemas tempat kerjanya untuk pulang ke rumah. Namun, ketika dalam perjalanan ke arah keretanya, dia melihat kelibat seorang murid yang sedang duduk berseorangan di kantin sekolah. Setelah diteliti dengan baik, dia mendapati bahawa murid tersebut adalah Suriyati. Cikgu Suzati bergerak ke arah Suriyati dan bertanya mengapakah dia masih berada di kantin berseorangan. Suriyati berkata "saya sedang menunggu ayah saya mengambil saya untuk pulang ke rumah". Cikgu suzati mengerling ke arah jam dimuka telefonnya yang telah menunjukkan pukul 4 petang. Dia bertanya kepada Suriyati alamat rumahnya dan meminta izin kepada Suriyati untuk menghantar ke rumannya kerana hari sudah larut pelang. Ketika dalam perjalanan, dia bertanya kepada murid tersebut adakah dia mempunyai masalah atau apa-apa perkara untuk dikongsi yang menyebabkan dia seringkali tidak fokus dan tidak menyiapkan kerja yang diberikan. Murid tersebut menceritakan bahawa keluarganya mempunyai masalah dimana ibunya ditimpa sakit yang kronik dimana pembedahan perlu dilakukan. Namun, dia datang dari keluarga yang miskin, mereka tidak mempunyai kewangan yang mencukupi untuk menampung pembedahan ibunya. Oleh tu, sebagai anak sulung, dia membuat kerja sambilan pada waktu malam untuk membantu dan mengurangkan beban ayahnya untuk mencari wang bagi menampung pembedahan ibunya. Suriyati menangis teresak-esak sambil menceritakan masalahnya itu 5


Setelah selesai menghantar Suriyati dan sudah tiba di rumahnya, Suzati memikirkan bagaimanakah dia dapat menolong dan mencari dana untuk membantu keluarga Suriyati. Setelah berfikir dan bertanya kepada rakan kerjanya yang lain, tiba-tiba dia mendapat idea yang bernas. Keesokan paginya, dia melaksanakan tabung derma dan mengedarnya kepada setiap kelas dan juga kepada guru-guru dan pekerja-pekerja yang berkhidmat di sekolah tersebut. Malahan, dia turut menampal dan menyebarkan QR kod banknya di masjid-masjid dan juga kepada kenalan rapatnya. Dia juga mencari agensi yang boleh untuk memberikan bantuan kepada keluarga Suriyati. Dalam tempoh 5 hari, Suzati berasa gembira kerana jumlah hasil kempen derma yang dilakukannya adalah sangat banyak dan mencukupi jumlan pembedahan ibu Suriyati. Setelah tamat persekolahan, Cikgu Suzati berjumpa dengan Suriyati dan menyerahkan hasil sumbangan tersebut. Suriyati berasa gembira dan berterima kasih atas usaha yang dilakukan gurunya itu. Kini, Suriyati sudah pun menjadi seorang guru yang berjaya dan bertanggungjawab seperti Cikgu Suzati. Dia menjadikan Cikgu Suzati sebagai role modeinya. Baginya. Cikgu Suzati adalah contoh yang amat baikbaginya kerana dia bukan sahaja menggalas tanggungjawab sebagai pendidik di dalam kelas, malahan dia menjaga imej dan profesionnya sebagai seorang guru dengan sering berpakaian kemas, bersopan santun, aktif melibatkan diri dalam aktiviti komuniti dan turut mengambil berat terhadap masalah yang dihadapi oleh pelajarnya. Itulah kisah yang menjadikan Cikgu Sebagai Role Modelku. 6


Syahmi tidak pernah disukai oleh guru-guru di sekolahnya terutamanya Cikgu Baharuddin, guru kelasnya. Hairan. Mengapa pula cikgu itu tidak menyayangi dirinya seperti rakan-rakan sekelasnya yang lain? Persoalan itu acapkali muncul di benak fikirannya. Mahu sekali dia bertanya, tapi dia terlebih dahulu boleh menjangkakan ekspresi muka guru tersebut apabila dia datang menyoal. PANGG!! Satu tamparan hinggap di pipi kanan Syahmi menyebabkanwajahnya berpaling dari melihat sang ratu. Kelopak mata wanita itu dibanjiri dengan mutiara yang berkilauan. Syahmi tidak lagi sanggup melihat raut wajah kecewanya, kerana dia pasti itu akan menambahkan lagi penyesalan yang terbuku di dada. ”Kau tak habis-habis menyusahkan aku!” Lali sudah dia mendengar ayat itu disebut ibunya, Puan Siti. Bagi ibunya, dia adalah satu beban.Dirinya sentiasa dibandingkan dengan sepupu-sepupunya yang lain dan sentiasa diingatkan kepadanya bahawa dia merupakan harapan kepada keluarga. ”Sudah-sudahlah bermain sukan itu, bukannya ada bawa manfaat kepada engkau pun. Kau tak sedar ke, disebabkan kau asyik sangat dengan sukan bola kau itu, prestasi akademik kau menurun?” Muka Syahmi tunduk memandang lantai. Ingin sahaja dia beritahu, bukan sebab dia bermain bola menjadi asbab penurunan dalam prestasi akademiknya, tetapi... 7


Pada keesokan harinya di sekolah, Cikgu Baharuddin masih lagi tidak hadir ke kelas seperti biasa. Mereka sudah lali dengan tindakan guru itu. Jadi, setiap kali waktu mengajarnya tiba, mereka akan mengulangkaji tajuk itu secara sesama sendiri. Syahmi, yang seringkali dipandang rendah oleh guru tersebut, sentiasa dipulaukan oleh rakan-rakan sekelasnya sendiri. Oleh itu, dia banyak meluangkan masanya sendirian. Suatu hari, ketika Syahmi masih sendiri di perpustakaan, dia terdengar beberapa kata orang mengenai guru kelasnya. Dia lantas bangun dan pergi ke arah meja pelajar tersebut dan menasihati mereka untuk tidak lagi berkata buruk mengenai Cikgu Baharuddin. Walaupun guru itu tidakmenyukainya, tetapi Syahmi sedar bahawa dia tidak mempunyai hak untuk membencinya. Iyalah, bukankah sesuatu ilmu itu tidak akan diberkati jikalau kita mempunyai dendam dengan guru tersebut? Dia lekas bergerak ke bilik pengetua untuk mengadu tentang ketidakhadiran Cikgu Baharuddin. Salah satu langkah untuk mengelakkan guru itu daripada menjadi bualan buruk orang adalah dengan menegurnya. Namun Syahmi tahu, kalau dia yang menegur belum tentu lagi cikgu itu nak dengar. Lebih baik dia adukan perkara ini kepada pihak yang sepatutnya. Selepas kejadian itu, Cikgu Baharuddin mula berteman rapat dengan Syahmi. Biarpun guru itu kekal dengan ekspresi menyampahnya sebaik sahaja dia kembali ke sekolah semula, tetapi lama kelamaan dia mula sedar akan kesilapannya. Dia sedar bahawa salah satu perkara yang terkandung dalam akauntabiliti guru terhadap pelajar adalah dengan menepati jadual waktu iaitu menghadiri sesi pengajaran kepada anakanak murid. 8


Haikal merupakan seorang guru di sekolah Kebangsaan Paya Dalam yang terletak di kasawan perkampungan yang terpencil dan jauh dari bandar yang berada di negeri Sarawak. Beliau merupakan seorang guru yang sangat bersungguh-sungguh dan tidak mencampurkan urusan kerja dengan masalah peribadinya dalam menjalankan tugas sebagai seorang guru. Beliau setiap hari akan hadir ke sekolah dan mengajar murid-muridnya dengan keadaan yang ceria dan penuh senyuman walaupun setiap hari beliau perlu berjalan kaki beberapa kilometer dan menaiki bot untuk sampai ke sekolahnya. Beliau terus mengajar murid-muridnya tanpa sebarang keluhan dan berasa lelah walaupun beliau telah berusia serta akan menamatkan perkhidmatannya sebagai seorang guru tidak lama lagi. Pada tahun ini, beliau telah diarahkan untuk mengajar kelas 6E yang merupakan sebuah kelas hujung yang penuh dengan murid yang mempunyai masalah disiplin dan pembelajaran. Pada setiap hari pasti akan beberapa orang murid di kelasnya yang tidak hadir ke sekolah walaupun tahun ini merupakan tahun yang amat penting bagi mereka kerana pada tahun ini mereka akan menduduki peperiksaan UPSR. Walaubagaimanapun beliau tidak menyerah dan terus memikirkan cara untuk beliau mengatasi masalah tersebut. Melihat keadaan kehadiran dan kadar disiplin murid kelasnya yang semakin memburuk ini, beliau telah mengambil inisiatif untuk pergi ke pejabat bagi mendapatkan maklumat tentang tempat tinggal dan latar belakang setiap murid di kelasnya. Setelah menyelidiki setiap latar belakang dan tempat tinggal muridnya, beliau mendapati bahawa sebahagian besar murid di kelasnya berasal daripada keluarga yang miskin dan kurang berkemampuan serta tinggal di tempat yang sangat jauh dari sekolah. Hal ini menyebabkan beliau berasa sebak dan bertanggungjawab untuk membantu murid-murid di kelasnya ini Berjaya di dalam bidang pelajarannya demi mengubah taraf hidup mereka. setiap hari selepas habis waktu bekerja, Cikgu Haikal akan pergi melawat ke beberapa rumah muridnya untuk meninjau keadaan muridnya yang tidak hadir. Pada hari itu beliau telah pergi ke rumah muridnya yang bernama hafizi yang telah lama tidak hadir ke sekolah. Sesampai sahaja beliau di rumah Hafizi, beliau melihat muridnya itu sedang menolong bapanya menanam pokok dan menuai padi. Melihat keadaan muridnya yang sukar itu, air mata cikgu Haikal tiba-tiba menitis dan mengalir ke pipinya. Beliau kemudian pergi berjumpa dengan ibu bapa Hafizi dan menerangkan tentang pentingnya untuk menghantar dan menyuruh anaknya hadir ke sekolah bagi persediaan menghadapi peperiksaan UPSR yang dapat membantu mengubah taraf hidup keluarga mereka. Ibu Bapanya berkata, “ Kami telah pun menyuruh dia pergi ke sekolah akan tetapi dia berkeras untuk tidak hadir bagi menolong ayahnya mencari rezeki”. Mendengar perkataan ibu Hafizi tersebut, Cikgu Haikal pergi berjumpa Hafizi dan menerangkan betapa pentingnnya peperiksaan UPSR baginya untuk dia mengubah hidup keluarganya. Namun Hafizi berkata, “ Saya bukannya tidak mahu hadir ke sekolah cikgu tetapi saya kesian kepada ayah saya yang tidak mampu membayar yuran persekolahan dan membeli alat-alat pmbelajaran untuk saya dan adik-adik”. Kemudian Cikgu Haikal pon berkata dan berjanji kepada Hafizi untuk menanggung segala yuran persekolahannya dan adik-adiknya. Mendengar kata-kata cikgunya itu, hafizi berasa terharu dan gembira lalu memeluk gurunya itu. Melihat keadaan muridnya yang susah, Haikal telah bekerjasama dengan rakan-rakan sekerjanya yang lain bagi menubuhkan satu tabung kutipan sumbangan bagi menyara keperluan anak-anak muridnya bersekolah. Selain itu, Cikgu Haikal juga sering mengadakan perjumpaan bersama murid-murid kelasnya bagi memberikan semangat dan motivasi serta sokongan moral untuk mereka Berjaya. Cikgu Haikal juga sering mengadakan kelas tambahan bahkan beliau turut pergi ke rumah muridnya yang tidak hadir untuk memastikan mereka tidak terlepas setiap pelajaran yang telah dipelajari. Cikgu Haikal juga telah membuat nota-nota yang padat dan menarik untuk anak-anak murid mereka. 9


Segala usaha dan inisiatif yang telah dilakukan oleh cikgu haikal ini semakin hari semakin mula menampakkan hasil yang positif yang mana kadar kehadiran dan keputusan peperiksaan percubaan murid-muridnya semakin meningkat saban harinya. Melihat keadaan yang semakin membaik ini cikgu Haikal mula berasa gembira dan terharu dengan perkembangan anak-anak muridnya. Namun, langit tidak sentiasa cerah dan cuaca tidak sentiasa baik. Tempoh perkhidmatan Cikgu Haikal telah sampai ke penghujungnya. Haikal akan menamatkan perkhidmatannya pada hari selasa iaitu seminggu sebelum tarikh peperiksaan UPSR bermula. Perkara ini menyebabkan anak-anak muridnya berasa sedih dan tidak bersemangat. Haikal berkata kepada murid-muridnya, “Jangan sedih, cikgu pasti akan dating ke sekolah selepas ini untuk membantu kamu mengulang kaji sampai hari peperiksaan tiba”. Mendengar perkataan Haikal tersebut, anak-anak muridnya merasa lebih tenang dan gembira. Selepas bersara, Haikal tetap menunaikan janjinya dengan masih hadir ke sekolah untuk meninjau dan membantu anak-anak muridnya dalam mengulang kaji pelajaran mereka pada waktu rehat atau lapang dan selepas mereka balik sekolah tanpa mengganggu waktu kelas serta sesi PDPC yang ditetapkan oleh pihak sekolah. Setelah pelbagai usaha yang dilakukan kini tibalah hari besar yang dinanti-nantikan iaitu hari berlangsungnya peperiksaan UPSR. Sebelum pelajar dibolehkan masuk ke dalam dewan peperiksaan, Haikal mengambil kesempatan ini untuk berkumpul bersama-sama anak muridnya. Haikal berkata kepada anak muridnya, “ Sekarang cikgu nak kamu semua buat yang terbaik dalam peperiksaan ini. Cemerlang atau tidak itu semua ketentuan tuhan yang penting kamu semua perlu berusaha dan lakukan yang sebaik mungkin. Dalam masa yang sama kamu jangan pernah tinggal untuk berdoa kepadanya. Cikgu nak kamu semua ingat bahawa cikgu akan tetap bangga dengan kamu semua walauapapun Keputusan yang kamu semua dapat.”. Kata-kata haikal tersebut telah membuatkan anak muridnya menjadi lebih bersemangat dan terharu sehingga ada yang mengalirkan air mata. Kemudian pengawas yang menjaga peperiksaan tersebut memanggil para pelajar untuk berkumpul bagi bersiap sedia untuk memasuki dewan peperiksaan. Peperiksaan tersebut telah berlangsung selama seminggu. Selepas beberapa minggu, kini tarikh pengumuman keputusan pepriksaan telahpun tiba. Para murid, ibubapa berkumpul di dewan dengan perasaan gemuruh untuk menerima keputusan peperiksaan UPSR. Haikal turut hadir pada hari tersebut untuk melihat keputusan peperiksaan anak-anak muridnya. Alhamdulilah, kesemua anak muridnya mendapat nilai yang cemerlang dalam peperiksaan tersebut bahkan ada yang mendapat keputusan “straight A”. Haikal berasa gembira dan terharu melihat kejayaan anak-anak muridnya yang dulu sering dipandang hina serta terlibat dengan masalah disiplin. Sebelum haikal ingin berjalan pulang ke rumah, tiba-tiba semua anak muridnya datang bertemu dengannya. Hafizi selaku ketua kelas 6E berkata kepada Haikal, “Terima kasih cikgu kerana tidak berputus asa dalam mendidik kami semua.”. Kemudian dia mengeluarkan sesuatu di dalam begnya lalu berkata “Nah cikgu, ini hadiah terima kasih daripada kami semua”.Haikal melihat hadiah tersebut dengan kebingungan sambil berkata, “Lilin?”. Kemudian Hafizi menjawab, “Ya cikgu, kami beri lilin ini sebab ia melambangkan dan mengingatkan kami kepada cikgu. Pada pandangan kami semua cikgu ibarat lilin ini yang bersedia dan sentiasa membakar dirinya untuk menerangi masa depan kami. Terima kasih cikgu.” Mendengar kata-kata anak muridnya itu, Haikal tidak dapat menahan rasa terharu dan air matanya daripada jatuh menitis serta mengalir ke pipinya. Kesimpulannya, cerita ini menceritakan tentang kisah cikgu Haikal yang tidak berputus asa dalam menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang pendidik. Beliau bukan sahaja dapat mendidik anak-anak muridnya sehingga berjaya bahkan beliau juga berjaya membentuk sahsiah dan disiplin yang baik dalam diri murid-muridnya. Beliau merupakan seorang guru yang sangat bededikasi, kasih sayang dan mempunyai nilai akauntabiliti yang tinggi bahkan sanggup untuk mengorbakan masa, tenaga serta wang demi melihat anak-anak muridnya menjadi insan yang berguna. 10


GURU UMPAMA TUKANG BATU YANG MEMAHAT Di sebuah desa aman nan damai, tinggal seorang guru yang dianggap sebagai pahlawan oleh murid-muridnya. Namanya, Puan Sarah, seorang pendidik yang penuh dengan dedikasi dalam megembangkan potensi murid walaupun berhadapan dengan pelbagai cabaran. Ditugaskan di Sekolah Kebangsaan Ulu Ubai, Sarawak yang terletak di tengah hutan dengan kemudahan yang terhad tidak menjadi suatu penghalang kepada Puan Sarah bagi melahirkan murid yang cemerlang serta berdaya saing. Kisah ini bermula sewaktu Puan Sarah mula-mula ditempatkan di sekolah tersebut. Sekolah yang dibina dengan menggunakan kayu ini mempunyai jumlah murid seramai 30 orang di bawah bimbingan 13 orang guru. Sekolah ini hanya bergantung kepada generator untuk bekalan elektrik dan air tadahan hujan untuk bekalan airnya. Kebanyakan murid-muridnya daripada kalangan keluarga penoreh getah dan tidak mempunyai kewangan yang kukuh. Puan Sarah diberi amanah bagi mengajar subjek Pendidikan Seni Visual (PSV), namun dia sering menerapkan nilai-nilai murni di samping menyelitkan kata-kata nasihat kepada mereka. Bukan itu sahaja, Puan Sarah juga sering mengadakan aktiviti di luar bilik darjah bagi mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih menarik dan menyeronokkan. Sewaktu kelas pertama Puan Sarah bersama anak muridnya, beliau meminta mereka untuk membawa alatan melukis pada keesokan harinya untuk digunakan sewaktu kelas. Hal ini kerana sekolah tidak menyediakan sebarang alatan lukisan kepada para murid. Pada keesokan harinya, beliau meminta anak muridnya untuk mengeluarkan alatan tersebut, namun dia mendapati di atas meja mereka masih kosong. Lalu, dia bertanya kepada mereka sebab mereka tidak membawanya, lantas mereka menjawab mereka tidak mampu untuk membeli alatan melukis seperti pensel warna, cat air, krayon dan sebagainya. Mereka hanya mempunyai beberapa batang pensel kayu untuk kegunaan persekolahan. Mendengar jawapan tersebut, Puan Sarah dengan rasa tanggungjawab menggunakan wangnya sendiri bagi menyediakan alatan melukis kepada anak muridnya. Alangkah gembiranya mereka sewaktu mendapat set alatan melukis serta mewarna yang lengkap daripada Puan Sarah. Selepas daripada kejadian itu, anak-anak muridnya gigih mempelajari teknik lukisan yang diajar oleh Puan Sarah. Tambahan lagi, beliau tidak lokek memberi tips-tips untuk menghasilkan karya seni yang kreatif serta sering membimbing mereka dengan penuh kasih sayang. 11


Pada suatu hari, Puan Sarah berhasrat mengadakan suatu pertandingan melukis bagi mencungkil lagi bakat melukis anak muridnya. Sewaktu hari pertandingan berlangsung, murid-murid kelihatan bersemangat mencurahkan segala teknik-teknik yang dipelajari di atas helaian kertas yang disediakan. Tidak lama kemudian, pertandingan pun tamat dan tibalah masa bagi mencari para pemenang. Alangkah terkejutnya Puan Sarah apabila melihat karya-karya seni indah yang dihasilkan oleh anak muridnya. Kebanyakan daripada mereka berjaya mencapai target Puan Sarah malah melebihi jangkaannya. Mencari juara bagi pertandingan tersebut bukanlah perkara yang mudah, namun setelah diberi penilaian yang teliti, senarai nama pemenang akhirnya diumumkan. Menyedari bakat serta potensi anak-anak muridnya, Puan Sarah melihat masa depan yang cerah terbentang luas buat mereka. Beliau mengambil inisiatif menghantar satu kumpulan yang terdiri daripada beberapa orang anak muridnya bagi mewakili sekolah dalam pertandingan melukis anjuran Pertubuhan Kesenian dan Kebudayaan Sarawak. Setelah sekian lama membakar keringat dalam membimbing anak-anak muridnya, segala pengorbanannya akhirnya membuahkan hasil di mana mereka berjaya meraih johan dalam pertandingan tersebut. Mereka berjaya menghasilkan sebuah karya seni yang dikagumi oleh barisan juri. Mereka menerima ganjaran berbentuk wang tunai yang lumayan serta tawaran ke sebuah sekolah seni berprestij di ibu kota di mana mereka turut berhasrat untuk belajar di sana. Puan Sarah tumpang berbangga dan terharu di atas kejayaan mereka walaupun turut berasa berat hati untuk melepaskan anak murid kesayangannya. Sudah 30 tahun berlalu semenjak peristiwa tersebut berlaku. Kini, anakanak muridnya sudah berkerjaya dan membina kehidupan sendiri. Ada dalam kalangan mereka yang telah menjadi seorang pelukis terkenal malah memiliki studio sendiri. Ada juga yang menjadi pensyarah dalam bidang kesenian dan kebudayaan serta ada yang turut menjadi guru seni sepertinya. Puan Sarah masih meneruskan khidmatnya sebagai seorang guru demi mendidik anak bangsa kerana memiliki baki beberapa tahun sebelum menamatkan perkhidmatannya. Benarlah ungkapan bahawa guru itu umpama tukang batu yang memahat batu kasar menjadi karya seni yang indah. Begitulah juga guru dalam membentuk pemikiran dan karakter anak muridnya melalui proses pembelajaran. Hasil nukilan : Salsabiela 12


GURUKU WIRAKU Di sebuah kampung kecil di Beruas, tinggal seorang guru bernama Puan Rahimah yang dihormati oleh semua penduduk desa. Beliau bukan hanya seorang pendidik, tetapi juga seorang pembentuk modal insan yang menginspirasi anak-anak muda di kampung itu. Puan Rahimah tidak hanya mengajar subjek-subjek akademik, tetapi juga nilai-nilai tradisional Malaysia seperti kesopanan, sikap bertimbang rasa, dan semangat gotong-royong. Dia sering menceritakan kisah-kisah heroik tokoh-tokoh negara yang membangkitkan semangat patriotisme dalam diri anak-anak muridnya. Suatu hari, ketika kampung mereka menghadapi banjir besar, Puan Rahimah mengambil inisiatif untuk mengerahkan bantuan dan menyusun aktiviti-aktiviti kebajikan untuk membantu mangsa-mangsa banjir. Beliau membawa bersama anak-anak muridnya untuk turun padang dan memberi pertolongan kepada penduduk yang terjejas. Dalam proses membantu mangsa banjir, anak-anak murid Puan Rahimah belajar tentang nilai keberanian, ketabahan, dan kekuatan solidariti. Mereka melihat contoh teladan daripada guru mereka dan turut terlibat dalam membantu masyarakat setempat. Pengalaman ini mengukuhkan lagi ikatan antara guru dan murid, serta memperkukuhkan perpaduan di kalangan penduduk desa. Prestasi Puan Rahimah dan kejayaan anak-anak muridnya menarik perhatian media tempatan. Mereka menjadi contoh yang mengilhami masyarakat lain di seluruh negara untuk mengamalkan semangat kebersamaan dan gotongroyong. Puan Rahimah diiktiraf sebagai Guru Cemerlang Malaysia dan menerima pelbagai anugerah kecemerlangan dalam bidang pendidikan dan sumbangan kepada masyarakat. Cerita ini menggambarkan peranan penting seorang guru sebagai pembentuk modal insan Malaysia, yang tidak hanya memberi pengetahuan akademik tetapi juga membentuk nilai-nilai murni dan semangat kebangsaan dalam diri generasi muda negara ini. Hasil nukilan : Adib Hakeem 13


HARAPAN CIKGU Pada zaman di mana teknologi mendominasi, seorang guru yang dianggap sebagai penuntun masa depan negara, bernama Aisyah, menjalankan tugasnya dengan penuh dedikasi. Namun, baginya menjadi hanya seorang penuntun tidaklah mencukupi. Bagi Aisyah, tugasnya sebagai seorang guru adalah lebih dari sekadar memberikan pengetahuan kepada murid-muridnya. Baginya, seorang guru harus memabantu murid-murid untuk mencerahkan masa depan mereka. Setiap hari, Aisyah tidak hanya mengajar pelajaranpelajaran dalam buku teks, tetapi juga menginspirasi muridmuridnya untuk bermimpi dan mencapai potensi maksimal mereka. Beliau mengadakan sesi bimbingan peribadi dengan setiap murid, mendengarkan impian mereka, dan memberi nasihat serta sokongan. Suatu hari, seorang murid yang bernama Amir datang padanya dengan mimpi untuk menjadi ahli sains luar angkasa. Meskipun itu adalah cabaran besar di sebuah negara yang masih berkembang dalam bidang sains, Aisyah tidak pernah meragukan potensi pelajar itu. Sebaliknya, dia memberinya bahan bacaan tambahan, mendaftarkannya ke kem-kem sains, dan memberinya nasihat tentang langkah-langkah yang perlu diambil. Dengan tekun dan kerja keras, Amir akhirnya mendapat tempat di sebuah universiti terkemuka untuk belajar sains luar angkasa. Pada hari perpisahan mereka, Amir datang kepada Aisyah dan berkata, "Terima kasih, Puan Aisyah, kerana tidak hanya menjadi guru saya, tetapi juga pemangkin semagat kepada saya untuk terus maju. Anda telah membuka pintupintu baru untuk saya, dan saya berjanji akan memanfaatkannya sepenuhnya." Melihat Amir mengucapkan kata-kata itu, Aisyah tersenyum. Dia tahu bahawa tugasnya sebagai seorang guru tidak hanya tentang mengajar fakta-fakta, tetapi juga tentang membantu murid-muridnya menemukan impian mereka dan memberi mereka kepercayaan diri untuk mengejar mereka. Dengan itu, dia tahu bahawa dia telah berjaya dalam membentuk masa depan negara melalui pembinaan modal insan yang kukuh. Hasil nukilan : Irham 14


GURU SEBAGAI PEMANGKIN MASA DEPAN NEGARA Di sebuah kampung yang terletak di lereng bukit yang hijau subur, tinggallah seorang guru yang bernama Cikgu Rahim. Cikgu Rahim adalah seorang pendidik yang berdedikasi, yang setiap hari memancarkan semangat dan kebijaksanaan kepada murid-muridnya di Sekolah Kebangsaan Bukit Cerah. Dia tidak hanya melihat tugasnya sebagai memberikan pengajaran di dalam kelas, tetapi juga sebagai pembentuk modal insan yang akan membawa perubahan positif kepada masyarakat. Suatu hari, ketika Cikgu Rahim sedang bersiap untuk memberi pengajaran, dia mendapati bahawa pelbagai cabaran sedang menguji kesabarannya. Banyak daripada murid-muridnya terlibat dalam aktiviti yang kurang sihat dan kurang mendapat sokongan daripada keluarga mereka. Cikgu Rahim merasakan bahawa lebih banyak yang boleh dilakukan untuk membantu mereka mencapai potensi sebenar mereka. Dengan tekad yang kukuh, Cikgu Rahim memulakan usaha untuk membina hubungan yang lebih rapat dengan komuniti tempatan. Dia mengadakan pertemuan dengan ibu bapa, menyertai programprogram komuniti, dan bekerja sama dengan agensi tempatan untuk menyediakan bantuan yang diperlukan kepada muridmurid yang memerlukannya. Namun, dia menyedari bahawa salah satu cabaran terbesar yang perlu diatasi adalah kekangan masa. Setiap hari, selepas jam sekolah, Cikgu Rahim menghabiskan masa tambahan untuk memberi tuisyen dan bimbingan kepada murid-murid yang memerlukan bantuan tambahan. Dia juga mengambil inisiatif untuk melancarkan program kegiatan luar sekolah seperti kelas seni, sukan, dan kegiatan pembangunan diri. Namun, dengan tanggungjawab keluarga sendiri dan tugas-tugas pentadbiran sekolah yang perlu diuruskan, masa menjadi satu cabaran besar baginya. 15


Walaupun begitu, Cikgu Rahim tidak pernah putus asa. Dia terus mencari penyelesaian dan menggunakan setiap kepingan masa yang ada dengan bijak. Dia meminta bantuan daripada rakan sekerja, masyarakat tempatan, dan juga pelbagai pihak yang bersedia untuk memberi sokongan. Dengan kebulatan tekad dan semangat yang tidak padam, Cikgu Rahim meluangkan masa yang diperlukan untuk memastikan setiap muridnya mendapat peluang yang sama untuk berjaya. Masa berlalu, dan usaha Cikgu Rahim memberi hasil. Murid-muridnya mula menunjukkan peningkatan dalam pencapaian akademik dan perkembangan diri mereka. Mereka lebih berkeyakinan, lebih bersemangat untuk belajar, dan lebih bersedia untuk berinteraksi dengan komuniti. Kehadiran mereka dalam program-program luar sekolah meningkat, dan hubungan antara sekolah dan komuniti semakin kukuh. Akhirnya, pada suatu hari, sebuah majlis diadakan untuk menghargai sumbangan Cikgu Rahim kepada masyarakat. Ibu bapa, murid-murid, dan penduduk tempatan berkumpul untuk mengucapkan terima kasih kepada guru yang telah memainkan peranan penting dalam membentuk masa depan mereka. Cikgu Rahim dengan rendah hati menerima penghargaan itu, tetapi dia tahu bahawa pencapaian sebenar terletak pada setiap anak didiknya yang berjaya dan setiap komuniti yang berkembang. Kesimpulannya, Cikgu Rahim bukan sahaja seorang guru yang memberikan pengajaran, tetapi juga seorang pemimpin yang membawa perubahan positif kepada komuniti tempatnya berada. Dengan kebijaksanaan, kesabaran, dan tekad yang kuat, dia membuktikan bahawa walaupun masa adalah satu cabaran, ia tidak menjadi penghalang untuk mencapai matlamat yang mulia. Hasil nukilan : Syamiil Irfan 16


CIKGU IDOLA Di sebuah kampung di pinggir kota yang dikelilingi oleh sawah padi yang menghijau, terdapat seorang guru bernama Cikgu Hana. Beliau dikenali di seluruh kampung sebagai "Guru Idola ". Namanya dikenali bukan hanya kerana ilmu yang luas, tetapi juga kerana beliau mempunyai kebijaksanaan yang mendalam dan cara tersendiri dalam membimbing anak-anak dan remaja di kampung itu. Cikgu Hana bukanlah seorang yang hanya mengajar di dalam kelas. Beliau sering kali keluar mengadakan aktiviti luar untuk muridmuridnya. Setiap hari Sabtu, beliau akan mengajak mereka melakukan kerja sukarela untuk membersihkan kawasan sekitar sekolah. "Ketahuilah anak-anakku, kebersihan adalah sebahagian daripada iman, " kata Cikgu Hana sambil tersenyum. Pernah suatu hari, seorang pelajarnya bernama Ali menghadapi masalah dengan pembelajaran matematik. Ali rasa putus asa dan tidak menjumpai jalan keluar kerana tidak memahami topik yang diajarkan. Cikgu Hana melihat kegelisahan di wajah sugul Ali. Tanpa berlengah, beliau mengajak Ali untuk berbincang di rumahnya pada petang itu. "Saya faham, Ali. Matematik memang boleh menjadi sukar pada awalnya. Tapi, saya percaya dengan usaha dan ketekunan, kamu pasti boleh!" kata Cikgu Hana sambil memberi semangat kepada Ali. Maka bermulalah sesi kelas tambahan setiap petang Jumaat di rumah Cikgu Hana. Beliau tidak hanya mengajar matematik kepada Ali, tetapi juga memberi nasihat tentang kehidupan. "Ilmu yang kamu dapatkan hari ini adalah modal untuk masa depan, Ali. Jangan pernah berputus asa, kerana setiap cabaran adalah peluang untuk kita belajar, " pesan Cikgu Hana. Ali tidak hanya belajar matematik dengan Cikgu Hana, tetapi juga nilai-nilai kehidupan yang penting. Beliau belajar tentang kejujuran, kerja keras, dan juga tentang menghargai orang lain 17


Cikgu Hana bukan hanya seorang guru, tetapi juga seorang pembina akhlak yang baik. Akhirnya, Hari penentuan pun tiba di mana hari peperiksaan matematik akan berlaku . Ali menghadapinya dengan penuh keyakinan, asbab belajar bersama Cikgu Hana memberinya kekuatan. Dan hasilnya sungguh mengagumkan, Ali mendapat keputusan yang “Flying colours” dalam peperiksaan tersebut. "Terima kasih, Cikgu Tanpa bimbingan dan nasihat daripada cikgu, saya tidak akan memperoleh keputusan seperti ini , " ucap Ali dengan penuh rasa syukur dan gembira. Cikgu Hana tersenyum bangga. Bagi beliau, kebahagiaan seorang guru bukan hanya melihat muridnya berjaya dalam peperiksaan, tetapi juga melihat mereka tumbuh menjadi insan yang berilmu, bertanggungjawab, dan berakhlak mulia. Itulah kepuasan seorang Guru Pembina Modal Insan. Hasil nukilan : Amir Farhan 18


TANPAMU GURU SIAPALAH DAKU Di sebuah sekolah yang terletak di Sabah jauh di dalam pedalaman, terdapat seorang guru yang sangat bertungkus lumus untuk berusaha mendidik anak muridnya. Namanya ialah Fakhrul. Beliau bukan sahaja mengajar anak muridnya, beliau juga merupakan seorang penasihat dan mentor kepada anak-anak muridnya. Pada suatu hari, seorang anak muridnya yang sangat baik dan merupakan harapan sekolah yang bernama Nawfal mengalami kemalangan di simpang empat akibat lori yang laju melanggar kereta ahli keluarganya dan menyebabkan seluruh ahli keluarganya meninggal dunia. Akan tetapi, beliau seorang sahaja yang terselamat di dalam kemalangan itu. Kemudian sepantas kilat sahaja, berita mengenai kemalangan itu tersebar ke seluruh guru-guru, kawan-kawannya dan staf-staf di sekolah itu. Termasuklah seorang guru yang sangat menitikberatkan soal masa depan anak muridnya iaitu Fakhrul. Selepas sahaja mendengar berita kemalangan yang menimpa ahli keluarga Nawfal. Hari demi hari berlalu, gurunya Fakhrul mula merasakan anak muridnya mula berubah. Dia tidak hadir ke sekolah, bahkan, selepas kejadian itu, gurunya mula perasan bahawa Nawfal sedikit demi sedikit perangainya berubah daripada pelajar yang sangat baik dan rajin kepada pelajar yang sangat merosot dan penuh dengan kes disiplin hari demi hari. Lalu, gurunya terus memanggil anak muridnya ke bilik beliau dan bertanya kepadanya ”Mengapa kamu selalu ponteng kelas dan tidak pernah siapkan kerja sekolah yang diberikan ?” anak muridnya berkata ”Selepas sahaja kematian Ahli keluarga saya, saya merasakan seolah olah hidup saya ini kosong. MENGAPA SAYA PERLU BERJAYA ! BUKAN ADA ORANG YANG AKAN KISAHKAN TENTANG SAYA PUN !” Jawab anak muridnya dengan jeritan serta air mata yang jatuh ke pipinya. Kemudian anak muridnya serta merta meninggalkan gurunya dengan menutup pintu sekuatkuatnya. 19


Kemudian selepas seminggu kejadian di bilik itu, gurunya mengajak anak muridnya Aliff Teega untuk keluar pergi ke sebuah tasik. Lalu anak muridnya bertanya kepada gurunya ”Kenapa kita berada disini ?” lalu gurunya menceritakan kisah yang dihadapi oleh gurunya sewaktu beliau masih belajar dahulu. ”Dahulu sewaktu cikgu berumur 17 tahun, rumah cikgu mengalami kebakaran. Selepas seminggu kejadian itu, ibu cikgu pula kehilangan nyawanya akibat jatuh sakit” Gurunya sambung bercerita dengan penuh kesedihan ”Pada ketika itu, cikgu hanya ada seorang sahaja ibu yang merupakan tempat mengadu kesedihan, kegembiraan dan segalanya” ”Pada waktu itu, cikgu merasakan hidup cikgu kosong dan tidak ingin meneruskan kehidupan lagi” ”Akan tetapi cikgu tidak boleh teruskan bersedih, cikgu bangkit dan berusaha untuk menjadi manusia yang berjaya sehinggalah ke harini”. Selepas mendengar kisah gurunya, anak muridnya terus mengalirkan air mata dan memeluk erat gurunya. Kemudian anak muridnya berjanji kepada gurunya dengan berkata ”Saya minta maaf cikgu kerana berubah menjadi seperti ini. Saya berjanji bahawa saya akan berubah menjadi pelajar yang cemerlang dan menjadi lebih baik”. Mereka terus berkongsi cerita dan mereka menjadi sangat rapat selepas kejadian itu. Selepas kejadian di tasik itu, nawfal berusaha bersungguh-sungguh dalam pelajaranya dan berazam untuk menjadi manusia yang berjaya seperti gurunya iaitu menolong ramai anak murid dan menyelamatkan masa depan anakanak muridnya. 15 Tahun kemudian, Nawfal menjadi seorang yang berjaya dan sering dijemput ke sekolah-sekolah dan pelbagai tempat untuk memberikan program motivasi. Beliau sering mengungkapkan perkataan yang diberikan kepadanya daripada gurunya di dalam program motivasinya iaitu ”Semua perkara yang berlaku didunia ini mempunyai hikmahnya. Oleh itu, teruslah kuat dalam menghadapi kehidupan di dunia ini dan buatlah yang terbaik terhadap setiap perkara agar kita boleh menjadi versi yang terbaik dalam hidup kita” Hasil nukilan : Fawwaz 20


SATU KATA SERIBU MAKNA Cikgu Esi ialah seorang guru yang sangat amanah dalam menjalankan tanggungjawannya. Beliau mengetahui bahawa tugas seorang guru bukan sahaja mengajarkan ilmu pengetahuan kepada pelajar tetapi guru juga ditugaskan untuk membentuk jati diri seseorang murid. Oleh itu, beliau sering menerapkan nilai murni yang dapat membentuk jati diri seseorang murid dalam mata pelajaran yang diajarkannya. Seterusnya, di sekolah Cikgu Esi mendapati terdapat seorang muridnya yang bernama Nado yang terlibat dalam perilaku nakal di sekolah. Nado sering melakukan kenakalan kecil di sekolah seperti memonteng kelas, mengganggu pelajar lain sewaktu di dalam kelas dan melanggar peraturan-peraturan sekolah. Cikgu Esi menyadari bahawa Tindakan dan perilaku nakal yang dilakukan oleh Nado akan merosakkan masa depan Nado sendiri dan Cikgu Esi memutuskan untuk menasihati Nado agar tidak melakukan perilaku nakal lagi. Pada suatu hari, Cikgu Esi melihat melihat Nado sedang termenung sendirian di tepi padang sekolah dan Nado terlihat kemurungan seperti menghadapi masalah yang bermain di dalam fikiran Nado. Cikgu Esi juga mengetahui bahawa Nado tidak mempunyai rakan yang ramai kerana perilaku Nado yang nakal menyebabkan murid lain tidak selesa untuk berkawan dengan Nado. Selain itu, Nado juga berasal dari keluarga yang miskin dan kedua ibu bapa Nado telah bercerai. Hal ini akan menyebabkan Nado tiada tempat untuk meluahkan perasaannya. Pada waktu itu, terdetik dalam hati Cikgu Esi untuk menegur Nado dan mendengarkan masalah yang dihadapi Nado dan dengan pantas Cikgu Esi mendekati Nado dan menanyakan masalah yang dihadapi Nado. 21


Kemudian, Nado menceritakan kepada Cikgu Esi bahawa dia merisaukan masa depan dirinya itu kerana Nado tahu bahawa dirinya tidak pintar dalam akademik dan tiada tempat untuk meminta bantuan. Oleh itu, Nado seing melakukan tindakan nakal di sekolah untuk melupakan tekanan yang dihadapi oleh dirinya. Seterusnya, setelah Cikgu Esi mengetahui masalah yang dihadapi oleh Nado beliau menasihati Nado untuk tidak terus melakukan perbuatan nakal di sekolah kerana hal itu akan memburukkan lagi situasi dan masalah yang di hadapi Nado. Seterusnya , seriing berjalannya hari demi hari di sekolah, Cikgu Esi terus memberikan khidmat nasihat kepada Nado untuk menjadi individu yang lebih baik. Hal ini kerana, Cikgu Esi dapat melihat potensi yang ada pada diri Nado untuk menjadi individu yang berjaya. Cikgu Esi terus menjalankan tanggungjawabnya untuk menggilap potensi Nado, memberikan bimbingan, membentuk akhlak, menjana perubahan di dalam diri Nado dan menjadi pendorong kemahiran berfikir kepada Nado. Kemudian, setelah bimbingan dan dorongan yang diberikan oleh Cikgu Esi kepada Nado selama beberapa bulan sebelum Nado menghadapi peperiksaan SPM yang menentukan masa depan Nado. Nado berhasil untuk memperoleh keputusan peperiksaan yang cemerlang dalam SPM. Nado berterima kasih kepada Cikgu Esi atas bimbingan dan dorongan yang diberikan dan Nado juga menyatakan hasratnya kepada Cikgu Esi untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang Pendidikan kerana Nado ingin menjadi seorang guru yang amanah dalam melakukan pekerjaan persis tindakan yang dilakukan oleh Cikgu Esi kepada Nado. Selain itu, Nado juga telah memiliki rakan yang ramai kerana sikap Nado yang telah berubah menjadi lebih baik kerana Cikgu Esi telah menerapkan nilai-nilai murni kepada Nado. Kesimpulannya, tindakan CIkgu Esi dalam memberikan bimbingan dan nasihat kepada Nado telah banyak memberikan perubahan kepada Nado untuk menjadi seorang insan yang berjaya. Hal ini selaras dengan kompetensi guru sebagai pembentuk modal insan. Hasil nukilan : Amrie 22


GURU PEMBENTUK SEORANG INSAN Nama aku Saliha. Aku dilahirkan dalam keluarga yang berjiwa pendidik atau lebih mudah lagi disebut sebagai guru. Ibu ayah aku kedua-duanya adalah seorang guru begitu juga atuk dan nenekku. Ibu ayah aku sangat menggalakkan aku dan adik beradik menceburi dalam bidang pendidikan. Kakak dan abangku sangat taat pada ibu ayah tetapi tidak untuk aku. Sejak dari lahir, aku sudah penat dipaksa oleh ibu ayah untuk meminati dalam bidang perguruan. Bukannya aku menghina pekerjaan guru tetapi aku mahu jadi lain daripada yang lain. Walaupun aku membenci bidang perguruan tetapi kini aku adalah seorang guru dan dengan paksaan oleh ibu ayah, aku bergraduasi dalam bidang pendidikan. Selepas aku bergraduasi, aku ditempatkan di satu sekolah yang bernama SMK Ayur Merah. Sekolah ini merupakan sekolah kampung dan mengambil masa yang lama untuk tiba ke bandar. Hari pertama aku di sekolah, para guru menyambut kedatanganku dengan baik dan aku masuk ke kelas pertamaku dengan hati yang terbuka walaupun di sudut hati, aku tidak ingin hidup dalam bidang ini. Aku masuk ke kelas yang dinamakan Kelas Murni dengan senyuman yang palsu. Semasa waktu pengajaran dan pembelajaran, segalanya berjalan dengan lancar tetapi mataku tertangkap pada susuk tubuh yang duduk berseorangan di bucu kanan kelas. Sepanjang aku mengajar, dia tidak sekilas pon memandangiku dan dia hanya meletakkan kepalanya di atas meja. Aku tidak ingin menghakiminya kerana aku tahu ada sesuatu disebalik dirinya itu. Semasa waktu rehat, aku bertanyakan tentang pelajar tersebut kepada guru-guru lain dan mereka memberitahu bahawa pelajar tersebut telah kehilangan ibu bapa seminggu yang lepas dan perkara itu membuatkan dirinya berputus asa dalam meneruskan kehidupan. Guru-guru lain juga tidak ingin membantu pelajar tersebut dengan alasan mereka tidak ingin mencampuri urusan orang lain. Aku terkejut dengan apa yang mereka katakan dan hatiku terus terdetik untuk mengubah dan memberi motivasi kepada pelajar tersebut. 23


Setiap kali aku memasuki kelasnya, aku akan selalu bertanyakan khabar kepadanya. Aku juga akan memberi lebih perhatian kepadanya kerana aku tahu dia sudah banyak tertinggal dalam pelajaran. Setiap kali waktu rehat juga, aku akan memberi duit belanja kepadanya. Lama- kelamaan, dia mula tersenyum dan gembira sewaktu belajar. Tiba-tiba pada suatu hari, dia datang berjumpa denganku dan menanyakan soalan kepadaku. Dia hairan mengapa aku berusaha sedaya upaya untuk mengambil perhatiannya sedangkan guru-guru lain tidak pernah hirau akan dirinya. Aku memberitahu bahawa tugas guru bukan sahaja mengajar atau memberi ilmu tetapi tugas guru juga untuk membentuk seorang insan yang cemerlang dalam segala aspek. "Saya ingin lihat awak berjaya menjadi modal insan yang dapat memberi manfaat kepada negara, bukan sahaja dalam pelajaran tetapi dari aspek rohani juga" itulah kata -kata ku kepadanya. Dia terus menangis selepas aku berkata sedemikian. Sejak mengenalinya, aku berasa ingin berbakti lagi dalam bidang perguruan ini. Selepas 23 tahun, aku berjumpa dengannya kembali di sekolah yang sama. Aku hairan dengan pakaiannya kerana dia memakai baju kurung yang lengkap seperti seorang guru. Ruparupanya, setelah aku banyak membantunya, dia terus berniat untuk menjadi seorang guru sepertiku. Dia telah berubah dan menjadi seorang insan yang lebih kuat serta bijak dalam pengurusan emosi. Dia bukan lagi seorang pelajar yang lemah dan cepat berputus asa seperti dahulu. Terima kasih Sarena kerana menjadi penyemangatku untuk terus berbakti di dalam bidang ini. Hasil nukilan : Afza Filzah 24


HMM, KELAS BELAKANG LAGI Sekolah Kebangsaan Paya Kelubi terdiri seramai 400 orang murid yang berlatarkan kisah hidup yang pelbagai. Saya merupakan guru praktikal yang pertama telah berada di sekolah tersebut pada tahum 2025 di saat kawan-kawan saya kebanyakannya telah dihantar ke semenanjung. Murid-murid yang tergolong dalam pelbagai etnik ini majoritinya dalam kalangan Orang Asli. Namun, tidak terlepas dari fikiran saya mengenai seorang murid yang penuh dengan penceritaan yang sangat buruk mengenainya. Ali, merupakan salah seorang murid yang berkebolehan dalam bidang sukan. Tetapi dia salah seorang murid dari kelas 5 Bakti yang tidak pernah mukanya tidak masuk ke dalam bilik disiplin. Apabila bercerita mengenainya, tidak pernah ada cerita yang menarik langsung malah lebih menyakitkan hati. Namun perkara tersebut bukanlah suatu yang memberi cabaran kepada saya kerana kelas 5 Bakti tidak tertulis dalam jadual kelas saya. Tetapi selepas sahaja seminggu, jadual kelas telah dirombak dan perkara yang mencabar saya ialah adanya tertulis 5 Bakti sebanyak 5 kali seminggu. Saya mula merasa resah tetapi saya redha dengan ketentuan tersebut. Maka bermulalah satu cabaran baru kepada saya dalam menceburi profesien sebagai seorang guru. Pada hari pertama saya masuk ke kelas tersebut, tidak dinafikan kelas yang paling belakang ini sangatlah bising. Penampakan Ali sedang melompat-lompat di atas meja menjadi tumpuan utama mataku pada ketika itu. Tanpa berfikir panjang, aku terus mengarahkan mereka untuk diam tatkala Ali masih lagi dengan dunianya. Setelah itu, aku berada di sampingnya dan terus bertanyakan dengan baik. “Ali kenapa kamu tak nak dengar cakap saya”. aku bertanya dengan nada yang lembut. Diapun berkata “Saya tak nak belajar, saya nak main”. Mendengar kata-kata tersebut, perkara tersebut mencetuskan sesuatu idea kepada saya bagaimana untuk menarik minat murid-murid yang suka bermain untuk belajar. 25


Keesokan harinya, saya pergi ke sekolah dengan penuh semangat yang baru sambil membawa bahan bantu mengajar yang telah saya siapkan sebelum ini pada tahun lepas. Bahan tersebut semestinya diutamakan kepada kelas yang suka bermain tetapi ilmu yang ingin disampaikan terselit dalam permainan tersebut. Saya juga telah meminta kebenaran daripada guru besar untuk membuat kelas di taman sekolah yang berada berhampiran dengan perpustakaan sekolah. Perkara-perkara tersebut telah memberikan banyak perubahan kepada murid-murid di kelas tersebut termasuklah Ali. Dia selalu datang kepada saya di bilik untuk bertanyakan soalan mengenai khabar dan pembelajaran. Pada suatu hari, Ali datang kepada saya dan menceritakan tentang abangnya yang telah tiada. Sebenarnya Ali merupakan seorang pelajar yang baik dan pandai serta aktif. Akan tetapi, dia masih mendahagakan kasih sayang seorang abang yang selalu menemaninya sejak dahulu. Oleh itu, sasaran saya untuk menyampaikan ilmu tentang ketrampilan, berkeperibadian yang mulia dan banyak lagi telah mencapai sasarannya melalui perubahan yang berlaku pada kelas 5 Bakti dari kelas yang paling malas untuk belajar malah sekarang lebih semangat dan seronok untuk belajar. Hasil nukilan : Hafize 26


KELAS PUAKA Peluh di dahi telah membasahi daguku, kakiku yang lenguh terasa seperti mahu tercabut dari tempatnya. Aku berasa sungguh penat selepas mengajar subjek Pendidikan Islam di kelas puaka itu. Ya, Kelas Tahun 2 Pluto sememangnya terkenal di kalangan sahabat-sahabat seperguruanku sebagai kelas yang paling nakal. Manakan tidaknya, kesemua murid-murid kelas itu menjadi sangat nakal dan buas gara-gara seorang murid bernama Khairul yang merupakan taiko di kelas itu. Kawan-kawannya memanggilnya “Kai” kerana dia banyak menginspirasi daripada watak petinju dalam permainan video yang bernama “Kai”. Wajahnya yang tampan juga telah meningkatkan imejnya di mata murid perempuan dan pengaruhnya di dalam kelas tersebut. Murid di kelas tersebut terdiri daripada 35 orang namun, tidak ada seorangpun yang mahu mendengar pengajaranku selama satu jam aku berada di kelas itu. Aku dianggap seperti kayu tunggul yang berguguran ditiup angin. Mereka semua terus hanyut dengan aktiviti yang tidak berfaedah seperti melepak, bermain, bersolek dan ada juga yang bermain telefon secara sembunyi. Pada awalnya, aku hairan mengapa guru-guru di sekolahku tidak mengambil tindakan ke atas perbuatan mereka yang melampau. Aku pernah berbual dengan guru disiplin di sekolah itu, dia mengatakan “ Khairul tu anak jutawan terkenal di Malaysia iaitu Dato Rahman, Beliau jugalah pemberi sumbangan utama kepada sekolah kita. Tanpa dia, sekolah kita tidak akan membangun dan terkenal seperti sekarang”. Selepas mendengar kenyataan tersebut baru aku memahami mengapa dia tidak dikenakan hukuman dan sentiasa lepas apabila pemeriksaan dijalankan. Namun jiwa pendidik di dalam hatiku ini, seolah-olah memberontak untuk memberi pelajaran kepada pelajar tersebut dan ingin mengubahnya supaya menjadi seorang insan yang berguna. Otakku yang bergeliga sedang berfikir sehinggalah aku mendapat satu idea. Untuk mengubah Khairul aku perlu menyiasat aktiviti di rumahnya dan siapa kawan karibnya. Aku dengan penuh semangat melangkah berani ke rumah Khairul yang berdekatan dengan sekolah ingin berjumpa ibu bapanya di sebuah rumah banglo mewah milik ibu bapanya. Setelah aku memberi salam dan menekan loceng di rumah tersebut, aku dijemput masuk dan duduk di ruang tamu, alangkah terkejutnya aku apabila aku diberitahu oleh gundik di rumah tersebut bahawa ibu bapa Khairul sudah setahun tidak balik ke rumah ini, mereka berdua mempunyai urusan yang penting di luar negara untuk meluaskan perniagaan mereka. Aku juga bertanya “siapa kawan-kawan Khairul yang sering bermain dengannya atau siapa kawan karibnya?”. Sekali lagi aku beristighfar panjang selepas mendengar jawapan daripada gundik tersebut “ Anak Dato Rahman tidak ada kawan karib, Tuan muda selalu menghabiskan masa dengan bermain permainan video di biliknya dan hanya turun sekali sekala untuk mengambil makanan 27


Menerusi pernyataan tersebut aku sudah sedar apakah punca Khairul atau Kai menjadi nakal di sekolah. Kemahiran berkomunikasinya yang kurang baik akibat daripada kurang didikan ibu bapa menyebabkan Khairul tidak pandai berkomunikasi dengan baik bersama kawan-kawannya, dia hanya mampu mempamerkan kekayaan di hadapan kawan-kawannya untuk menjalinkan hubungan dengannya. Aku juga sedar bahawa kebanyakkan kawan-kawannya terdiri daripada murid yang sudah mempunyai masalah disiplin sebelum berkawan dengan Khairul. Mereka hanya berkawan dengan Kai hanya disebabkan duit dan pengaruh Kai yang ramai di dalam kelas 2 Pluto. Oleh itu, untuk menyelesaikan masalah ini aku perlu berpura-pura menjadi kawan karib Kai untuk mempengaruhinya supaya menjadi pelajar yang baik. Selama tiga bulan aku belajar dengan Cikgu Suraya yang merupakan cikgu Kaunseling mengenai cara berkawan dan mendidik kanak-kanak bawah 12 tahun dengan lebih berkesan. Bermacam-macam aktiviti telah aku laksanakan seperti, aku mengajaknya mendaki bukit melihat keindahan alam, aku menjemput Kai dan kawan-kawannya ke rumahku untuk merasai masakan rakyat marhean dan aku juga banyak mengadakan aktiviti-aktiviti secara berkumpulan seperti bernyanyi, bermain, masak secara bersamasama untuk melatih kemahiran komunikasi Kai. Untuk merapatkan lagi jurang aku dengan Kai dan untuk mendapat perhatiannya, aku berlatih bermain permainan video yang selalu dimainkan oleh Kai selama sebulan untuk berlawan dengannya. Hasilnya, Kai dan kawan-kawannya bersa takjub dengan skil permainanku yang hebat dan laju. Hal ini juga telah menyebabkan hubungan aku dengan anak muridku semakin rapat. Selanjutnya, aku juga turut berjumpa dengan pekerja di rumah Kai tersebut supaya tidak mengabaikan pendidikan Kai walaupun dia berada di rumah dengan menghadkan waktu permainan video dan memantau Kai agar dia melaksanakan setiap kerja swkolah yang diberikan. Akhir sekali prestasi Kai dan kawan-kawannya semakin cemerlang dari sudut akademik dari hari ke hari. Pencapaian kelas 2 pluto pada peperiksaan akhir tahun sangat memuaskan walaupun tidak mencapai tahap cemerlang, namun peningkatan yang mendadak ini sangat menyenangkan diriku. Desas-desis negatif yang tersebar dalam kalangan kawan-kawanku di sekolah berkaitan kelas 2 Pluto bertukar positif dan ramai guru yang memuji akhlak dan moral yang ditunjukkan oleh kelas 2 Pluto. Perubahan drastik Kai lkepada pelajar yang baik dan bagus telah mempengaruhi semua kawan-kawannya di kelas. Kini, kelas 2 Pluto telah menyertai pelbagai pertandingan seperti deklamasi sajak, syarahan, nasyid dan lain-lain demi mengharumkan nama sekolah. Aku berasa bersyukur kepada tuhan dan aku berharap bahawa kelas 2 Pluto semakin cemerlang dan terbilang serta menjadi insan yang berguna kepada masyarakat dan negara. Tetapi aku masih sedih kerana tidak dapat berjumpa dengan Ibu bapa Kai kerana aku dikhabarkan bahawa ibu bapa Kai masih belum pulang dari luar negara sehingga sekarang. Hasil nukilan : Atif 28


CIKGU SAYANG KAMU Guru adalah seorang individu yang mempunyai tanggungjawab dan memainkan peranan penting dalam kehidupan seorang pelajar. Saya mempunyai seorang pelajar yang sentiasa membuatkan saya berasa lebih semangat dan tidak pernah rasa putus asa untuk menjadikan diri saya sebagai seorang guru yang hebat dan sentiasa berjiwa pendidik. Tingkah laku dan kelakuan pelajar yang pelbagai adalah satu cabaran yang perlu saya hadapi selagi saya bergelar seorang guru. Kisah ini akan saya ingat sampai bila-bila kerana ia merupakan satu pencapaian yang membuatkan saya bangga dengan anak murid saya. Aiman adalah anak jati kelahiran Setiu, Terengganu. Beliau merupakan anak yatim yang kematian ayah dan anak pertama daripada 7 orang adik beradik. Oleh sebab itu, Aiman memikul tanggungjawab sebagai seorang abang sulung dan juga sebagai seorang 'ayah' dalam keluarga. Tambahan pula, pada tahun ini, Aiman akan menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Akan tetapi, beliau tidak mengambil berat tentang keputusan peperiksaannya dan hanya memikirkan cara untuk menjana wang bagi menampung keperluan harian keluarganya. Aiman tidak suka belajar dan memilih untuk membuat kerja sambilan sebagai seorang pelayan di sebuah restoran yang gajinya sederhana dan hanya cukup-cukup makan. Bak kata pepatah, 'kais pagi makan pagi, kais petang makan petang'. Hal ini kerana, bagi Aiman, belajar hanyalah untuk menjadi kebanggan guru dan tidak mendatangkan manfaat dalam kehidupan sebagai seorang anak yang miskin dan perlu menampung keluarga. Pada suatu hari, Aiman hadir ke sekolah dengan keadaan pakaiannya yang koyak dan kedut. Rakan-rakan memandang sinis dan ketawakan Aiman kerana pakaiannya yang buruk berbanding pelajar lain. Apabila saya masuk ke dalam kelas untuk memulakan sesi pembelajaran dan pengajaran, mata saya tertumpu kepada Aiman yang sedang tidur dengan nyenyak. Saya datang kepada Aiman untuk kejutkan beliau tetapi hal yang tidak dijangka berlaku. Setelah Aiman bangun dari tidur, beliau memandang dan memarahi saya dengan nada suara yang keras kerana katanya beliau penat dengan kerja sambilan yang dilakukan dan baginya, saya menggangu beliau untuk berehat. Aiman bertindak dengan mengambil buku dan peralatan sekolah beliau dan dengan segera keluar meninggalkan kelas. Tindakan Aiman membuatkan saya terkedu kerana sepanjang saya menjadi guru kelas Aiman, beliau tidak pernah bersikap demikian dan merupakan pelajar yang diam berbanding pelajar lain. 29


Pada mulanya, saya tidak mahu untuk perkara ini dilaporkan kepada pihak atasan atau guru yang lain, akan tetapi perkara ini telahpun dilaporkan kepada guru yang lain oleh rakan sekelas Aiman sendiri. Hal ini telah menyebabkan mereka marah dan ada sebahagian daripada guru - guru berbincang untuk mengambil tindakan atas perbuatan Aiman dengan membuang beliau dari sekolah. Tindakan ini adalah kerana ini bukanlah kali pertama Aiman menimbulkan masalah. Beliau juga sering ponteng sekolah, melanggar peraturan sekolah dan sering tidak menyiapkan tugasan yang diberi guru. Saya terkejut dengan keputusan sekolah yang ingin membuang Aiman daripada terus belajar di sekolah tersebut. Bagi saya, Aiman patut diberi peluang terakhir kerana beliau akan menduduki SPM tidak lama lagi dan saya sebagai guru kelas Aiman merasakan bahawa Aiman bersikap sedemikian kerana penat dan letih beliau dalam menanggung keperluan keluarga beliau yang hidup susah berbanding pelajar lain yang hidup senang. Pada waktu petang, setelah selesai sesi pembelajaran dan pengajaran, saya bergerak dan berhasrat untuk berjumpa dengan Aiman dan memujuk beliau untuk kembali hadir ke sekolah dan saya sedia untuk memaafkan beliau atas apa yang beliau lakukan terhadap saya. Walaupun sepanjang saya bergelar sebagai seorang guru dalam tempoh 10 tahun tetapi ini adalah kali pertama saya menghadapi masalah seperti ini. Saya berkata kepada Aiman bahawa masih ada peluang untuk beliau teruskan pembelajaran dan berusaha bersungguh-sungguh dan saya juga berjanji untuk sentiasa menyokong dan membantu beliau untuk mencapai kecemerlangan dalam SPM. Saya berusaha memujuk Aiman untuk kembali ke sekolah kerana saya percaya bahawa Aiman adalah pelajar yang pandai dan boleh berjaya. Saya juga berjanji kepada ibu Aiman bahawa segala kos sepanjang pembelajaran Aiman adalah di bawah tanggungan saya. Bantuan ini dapat serba sedikit menolong ibu Aiman untuk menampung perbelanjaan anaknya untuk belajar. Pada keesokkan harinya, Aiman hadir ke sekolah dengan wajah dan pakaian yang baharu dan kelihatan lebih semangat untuk belajar. Saya gembira melihat Aiman bersetuju untuk menyambung pelajarannya dan mengambil peperiksaan SPM. Aiman berkata bahawa beliau melihat semangat dan keikhlasan saya dalam memastikan beliau sambung pelajaran di samping guru-guru yang lain sudah tidak prihatin dan ambil berat tentang kejayaan beliau. Aiman berterima kasih kepada saya kerana tidak putus asa dan sanggup menanggung kos pembelajaran beliau. Beliau juga berjanji kepada saya bahawa beliau akan belajar bersungguh-sungguh sebagai tanda terima kasih atas usaha saya mengajar dan mendidik beliau. Saya turut bersyukur atas semangat dan kerjasama Aiman dalam memastikan masa depan beliau yang lebih cerah. Hasil nukilan : Anum 30


GURUKU INSPIRASIKU Di sebuah kampung kecil yang terpencil, hiduplah seorang guru yang dikenali sebagai Cikgu Saleha yang cukup terkenal sebagai seorang guru pembina modal insan yang bukan sahaja mengajar muridnya mata pelajaran biasa tetapi juga memberi inspirasi kepada muridmuridnya merealisasi impian dan mengatasi cabaran dalam kehidupan mereka.Cikgu Saleha dikasihi oleh murid-muridnya atas keperibadiannya yang sangat ceria dan mempunyai sikap yang penuh dengan kasih sayang. Setiap kali hadir ke sekolah, beliau menyambut murid-muridnya dengan senyuman manis dan kehangatan yang amat menyentuh hati. Beliau juga amat cakna dan mengambil berat tentang kebajikan serta perkembangan akademik dan emosi setiap murid tanpa memilih kasih. Pada suatu hari, seorang murid baru yang digelar Sarah hadir mendaftar di sekolah Cikgu Saleha. Sarah ialah seorang gadis yang pemalu dan sering bersikap rendah diri kerana pencapaian akademiknya yang rendah. Namun, Cikgu Saleha tidak pernah memandang remeh terhadap Sarah kerana beliau dapat melihat potensi yang ada dalam diri muridnya itu. Cikgu Saleha memulakan usahanya untuk membina keyakinan diri Sarah dengan cara mengadakan perbincangan peribadi dan mendengar segala masalah serta kebimbangan yang dihadapi muridnya itu. Cikgu Saleha memberikan kata-kata semangat dan member dorongan kepada Sarah untuk teruskan berusaha serta meningkatkan keyakinan yang ada pada dirinya.Cikgu Saleha juga mengadakan kelas tambahan untuk membantu murid-muridnya yang menghadai kesukaran dalam pelajaran. Beliau menggunakan kaedah pengajaran yang kreatif dan menggalakkan kolaborasi antara murid-murid. Hal ini membantu Sarah untuk berasa lebih selesa dalam suasana pembelajarannya. Namun, cabaran mula datang apabila Sarah mahu menghadapi ujian akhir tahun. Sarah merasa sangat tertekan dan bimbang bahawa dia tidak akan mampu lulus ujian tersebut lalu Cikgu Faisal menyedari keadaan ini dan memberikan sokongan kepada Sarah. Beliau menghabiskan masa tambahan untuk memberi tunjuk ajar dan memberi semangat kepada Sarah. 31


Pada hari keputusan diumumkan, semua murid menunggu keputusan yang dinanti-nanti dengan gelisah. Ketika nama-nama dipanggil, Sarah dengan gembiranya mengetahui bahawa dia telah mencapai kejayaan yang luar biasa. Dia tidak hanya lulus, tetapi juga mendapat keputusan yang membanggakan dan cemerlang serta mendapat anugerah murid cemerlang keseluruhan di sekolahnya. Cikgu Faisal menyambutnya dengan terharu dan tersenyum penuh dengan kebanggaan. Kisah Sarah ini menjadi inspirasi bagi muridmurid lain di sekolah. Mereka belajar bahawa dengan usaha gigih dan bantuan guru yang penyayang seperti Cikgu Faisal, tiada halangan yang tidak dapat diatasi. Dan di bawah bimbingan Cikgu Faisal, setiap murid dapat mencapai potensi mereka yang sebenar dan menjadi insan yang berjaya dalam kehidupan. Hasil nukilan : Diana 32


MAAFKAN CIKGU YA Maisarah, seorang pelajar baharu yang baru sahaja berpindah ke sekolah menengah kebangsaan taman melati sewaktu tingkatan 4. Malangnya, perkara yang baharu tidak semestinya elok. Maisarah seorang gadis yang tidak disukai oleh pelajar mahupun guru-guru. Hal ini kerana, dia suka membuat perkara yang menyakiti hati masyarakat lain. Dia juga sering dihina kerana fizikalnya yang besar dan sikapnya yang sering menyinggung hati kawan-kawan dan guru. Hal ini menyebabkan, tidak ada seorang pun yang mahu berkawan ataupun mendekatinya. Cikgu Syahmeena, seorang guru praktikum yang mengajar di sekolah itu. Cikgu ini seorang yang baik dan sabar serta prihatin. Pada suatu hari, cikgu Syahmeena perlu menggantikan kelas cikgu Nureen kerana cikgu tersebut cuti sakit. cikgu Syahmeena berasa takut kerana dia perlu menggantikan kelas yang didalamnya terdapat Maisarah tetapi dalam masa yang sama dia perlu bersedia dalam menempuhi cabaran yang bakal dihadapi. Setelah tiba di depan kelas tersebut, Cikgu Syahmeena menghentikan langkah dan menarik nafas kemudian masuk kekelas dengan senyuman yang ikhlas. apabila dia masuk ke kelas, terlihat sosok tubuh yang sedang tidur di meja. Dia melihat tanda nama dan tekaannya tepat sekali iaitu Maisarah. Dia cuba mengejut Maisarah tetapi Maisarah tidak bergerak. Cikgu cuba memanggil nama Maisarah dengan lebih kuat lagi namun, tidak ada sebarang reaksi yang dibalas. Sekali lagi, cikgu cuba menggoncangkan badan Maisarah tetapi tiada pergerakan daripada Maisarah. Cikgu Syahmeena terus menelefon cikgu Fareeha merangkap guru disiplin. Cikgu Fareeha datang dan cuba memanggil firdaus dan memercikkan air di muka Maisarah. Namun tiada sebarang respon. Cikgu Fareeha terus menelefon talian kecemasan dan ambulans datang lalu membawa Maisarah ke hospital. etelah Maisarah sedar dari pengsan, dia terus memarahi Cikgu Syahmeena dan Cikgu Fareeha kerana sesuka hati membawanya ke hospital tanpa kebenarannya. Tetapi Cikgu Syahmeena mengendahkan sahaja kemarahan maisarah tersebut, manakala Cikgu Fareeha perlu kembali ke sekolah. Malah, cikgu Syahmeena terus memeluk Maisarah dan berkata ”maafkan cikgu ya.. cikgu tidak tahu kamu sedang sakit”. Maisarah pun berhenti memukul cikgu dan membalas pelukan Cikgu Syahmeena dan menangis. 33


Kemudian, Cikgu Syahmeena menghantar Maisarah pulang ke rumah. Dalam perjalanan, Maisarah menceritakan kisah hidupnya. Maisarah ini sebenarnya seorang pelajar yang cemerlang dan suka belajar namun kehidupannya terus berubah semasa dia mula menghidap penyakit kronik yang menyebabkan kegemukan sejak dari tingkatan 1 namun penyakit itu semakin teruk sewaktu dia tingkatan 4 mengakibatkan dia perlu pindah sekolah yang berdekatan dengan rumahnya. Bapa maisarah meninggalkan keluarganya sewaktu maisarah tingkatan 1 dan ibunya juga menghidapi penyakit skizofrenia yang selalu mengikut arahan suara di dalam kepalanya yang menyuruh maisarah itu diusir keluar dari rumah. Hal ini menyebabkan pelajarannya terganggu dan dia mula benci dengan belajar. Kini, maisarah tinggal bersama neneknya yang merupakan pembakar semangatnya. Maisarah merasakan tekanan kerana banyak dugaan yang melanda kehidupannya. Maka, cara dia untuk menghilangkan stress ialah dengan menyakiti hati orang lain dan mersikap tidak sopan. Cikgu Syahmeena yang mendengar kisah maisarah hanya menahan air mata dari menitis ke pipi. setelah mendengar kisah Maisarah, Cikgu Syahmeena tumpang kasihan dan meletakkan targetnya untuk menjaga Maisarah dan memberikan pelajaran yang cukup. Sejak dari itu, Cikgu Syahmeena memberikan kelas tambahan kepada Maisarah. Cikgu Syahmeena juga sering melawat ke rumah maisarah. Maisarah juga semakin lama, dia berubah sikapnya ke arah yang lebih baik. Dia mula menghentikan bercakap perkara yang boleh mengguris hati orang sekeliling. Selepas 3 bulan, Maisarah mula menyertai pertandingan-pertandingan dan menceburi minatnya. Dia mula menyukai belajar dan selalu belajar walaupun di rumah. Cikgu Syahmeena juga sering membelikan buku-buku latihan kepadanya. Menjelang SPM, Maisarah berusaha bersungguhsungguh untuk mendapat keputusan yang cemerlang. Akhirnya, maisarah mendapat keputusan yang diingini. Maisarah terus menelefon Cikgu Syahmeena yang sedang berada di rumahnya dan memberitahu bahawa dia mendapat keputusan yang cemerlang atas sebab semangat dan usaha Cikgu Syahmeena dalam gigih mengajar maisarah. Maisarah mula mencipta hasratnya untuk menjadi seorang cikgu seperti Cikgu Syahmeena yang tidak pernah putus asa dengan mengajarnya sehingga dia berjaya mencapai ke menara gading. Dia ingin menjadi cikgu yang akan sentiasa memberikan sepenuh kepercayaan kepada anak muridnya bahawa muridnya mampu berjaya mendapat pencapaian yang cemerlang. Setelah berumur 29 tahun, Maisarah kini sudah sembuh dan sedang mengajar di sekolah menengah taman melati tingkatan 4 dan 5. Dia juga sedang berada di meja guru bersebelahan dengan meja Cikgu Syahmeena. Hasil nukilan : Afia 34


MUKA NI LAGI Yaakob,Yaakob,Yaakob!!! Nama ini memang tidak lari daripada fikiran guru-guru dimana jika disebut sahaja, nama Yaakob pasti tidak akan lari daripada melakukan masalah.Yaakob merupakan seorang pelajar yang tinggal di hujung kampung dan sejak dari kecil lagi, dia telah tinggal bersama ibunya sahaja kerana keluarganya berpisah disebabkan masalah rumah tangga. Oleh itu, Yaakob tidak mempunyai didikan yang secukupnya dalam aspek moral dan keperibadian. Pada suatu hari, Yaakob berjalan untuk pulang ke rumah secara seorang diri, dan dalam perjalanan menuju ke rumahnya, dia telah terserempak dengan sekumpulan samseng jalanan yang diketuai oleh seorang lelaki yang bernama Hanafiah. Yaakob cuba untuk mengelak daripada terserempak dengan mereka tetapi apakan daya, dia telah dipanggil oleh mereka untuk melakukan beberapa perkara.”Habislah aku, apa yang mereka nak buat dekat aku ni, ” ungkapan ini sering kali berulang dalam fikiran Yaakob. Akhirnya,Yaakob pasrahkan dirinya untuk pergi kesana.Ketua samseng jalanan, Hanafiah memanggil Yaakob dengan nada yang keras membuatkan Yaakob menggigil ketakutan. Perkara pertama yang disuruh untuk Yaakob lakukan adalah menghisap rokok. Pada awalnya Yaakob menolak suruhan mereka bagi melakukan perkara tersebut namun setelah dipaksa berkali-kali, akhirnya Yaakob menghisap rokok juga buat kali pertama kerana sebelum ini Yakoob tidak pernah melakukan perbuatan keji itu. Hari demi hari silih berganti, perbuatan menghisap rokok itu akhirnya sebati dalam diri Yaakob dan menyebabkan dirinya ketagihan. Tanpa dia sedari, perbuatan menghisap rokok itu lama-kelamaan dibawa ke sekolah.Pada waktu itu,dia masih belum berani untuk menunjukkan taringnya dimana kalau dia ingin menghisap rokok,dia akan pergi ke kawasan yang tersembunyi dan kosong supaya perbuatannya itu tidak kantoi oleh guru-guru di sekolahnya.Lama kelamaan,Yaakob semakin berani untuk menonjolkan perbuatannya itu di sekolah.Akhirnya,perbuatan yang dia lakukan itu memakan dirinya kerana sewaktu tengah khayal menghisap rokok,peronda sekolah terserempak dengan dia. Peronda itu tanpa banyak membuang masa terus memberi nasihat dan teguran kepada Yaakob supaya berhenti melakukan perbuat itu.Beberapa hari kemudian,Yaakob tetap melakukan perbuatan yang sama dengan tidak mengendahkan nasihat yang diberikan oleh peronda tersebut dan mula diketahui oleh beberapa guru-guru di sekolahnya. 35


3 bulan sebelum SPM berlangsung,Yaakob mendapat keputusan yang sangatlah tercorot di dalam kelas kerana sikapnya yang malas dan perilaku yang buruk. Guru kelas beliau,Encik Syahiran memikirkan apa yang menyebabkan si Yaakob ini tidak boleh cemerlang di dalam kelasnya sedangkan segala proses pembelajaran disampaikan dengan penuh kasih sayang dan mengibaratkan murid-murid di dalam kelasnya seperti anak muridnya.Sewaktu Encik Syahiran ingin pulang ke rumahnya dia ternampak Yakoob menghisap rokok dia kawasan letak kenderaan dia sekolah.Tanpa berfikir panjang,cikgunya terus menghayunkan tangan kepada Yaakob secara tidak tidak langsung tindakan itu membuka mata Yakoob dimana perbuatan merokak itu adalah salah salah disisi peraturan sekolah.Disebabkan tampar itu,Yaakob akhirnya mengubah sikapnya dan berazam untuk tidak melakukan perkara yang teruk.Akhirnya, peperiksaan SPM pun berlangsung dan apa yang mengejutkan ialah setelah diumumkan keputusan SPM, Yaakob dinobatkan sebagai pelajar terbaik di dalam sekolahnya kerana dia berjaya memperoleh keputusan yang cemerlang iaitu 12A (9A+ 3A). Setelah selesai penyerahan keputusan SPM, Yaakob terus pergi kepada guru kelas iaitu Encik Syahiran sambil mengalir air matanya dan berkata “tanpa cikgu siapalah saya,terima kasih cikgu kerana dengan tamparan tersebut telahpun mengubah perspeksi hidup saya sekaligus dapat menjadikan saya sorang yang lebih berdisiplin daripada sebelum ini”.Cikgunya pun membalas dengan memberi senyuman kepadanya. Hasil nukilan : Faiz 36


GURU PEMBINA BANGSA Oleh : Haikal Di sebuah kampung kecil di Malaysia, hiduplah seorang guru yang disegani oleh semua orang. Namanya Guru Hassan. Beliau bukan hanya mengajar pelajaran di sekolah, tetapi juga menjadi mentor bagi banyak orang di kampung tersebut. Ia dipandang sebagai pembina bangsa yang memegang peranan penting dalam membentuk masa depan negara. Guru Hassan selalu mengajarkan kepada murid-muridnya tentang nilai-nilai kejujuran, kerja keras, dan kasih sayang kepada semua. Ia juga menginspirasi mereka untuk berani bermimpi dan menggapai citacita yang tinggi. Tidak hanya dalam hal akademik, tetapi juga dalam pengembangan keperibadian yang kukuh dan bertanggungjawab. Suatu hari, ketika sedang duduk di bawah pohon yang rendang di halaman sekolah, Guru Hassan melihat sekelompok anak muda yang sedang bertengkar di padang. Tanpa ragu, dia segera menghampiri mereka dan berusaha menenangkan situasi. Dengan bijak, dia membimbing mereka untuk menyelesaikan konflik dengan cara yang baik dan damai. Tidak hanya itu, Guru Hassan juga aktif dalam kegiatan sosial di kampungnya. Beliau terlibat dalam program-program pembersihan kawasan, bantuan kepada warga yang memerlukan, serta mengadakan latihan-latihan untuk meningkatkan keterampilan masyarakat kampung. Dia percaya bahawa dengan memperkuat komunikasi sesama mereka, mereka dapat bersama-sama membangun negara yang lebih baik. Prestasi Guru Hassan tidak hanya dikenal di kampung, tetapi juga di peringkat nasional. Beliau selalu diundang untuk memberikan ceramah dan latihan bagi guru-guru lain di berbagai tempat. Dedikasinya terhadap pendidikan dan pembinaan masyarakat membuatnya dihormati oleh banyak orang, termasuk para pemimpin negara. Pada suatu hari, ketika menerima penghargaan atas sumbangan beliau yang luar biasa dalam bidang pendidikan dan pembinaan masyarakat, Guru Hassan mengatakan dalam pidatonya, "Sebagai guru, tugas kita tidak hanya mengisi pikiran anak-anak dengan pengetahuan, tetapi juga membimbing mereka menjadi generasi yang teguh, cerdas, dan bertanggung jawab. Saya percaya bahawa pendidikan adalah kunci bagi kemajuan suatu bangsa, dan kita semua memiliki peranan penting dalam membentuk masa depan negara kita." Dengan semangat dan dedikasi yang hebat, Guru Hassan terus menjalankan perananya sebagai pembina bangsa dengan penuh kebanggaan dan cinta kepada tanah airnya, Malaysia. Ia menjadi teladan bagi generasi muda yang bercita-cita tinggi untuk membangun negera ini menjadi lebih baik. 37


PATUHI UNDANG JALAN Oleh : Amir Husin Setiap hari seakan-akan sama kerana tiada perkara yang menarik atau mencabar berlaku dalam kehidupan seorang pelajar bernama Loyd. Loyd atau nama sebenarnya Amir merupakan seorang pelajar sekolah menengah di sebuah bandar. Loyd yang merupakan anak Tunggal sangat disayangi oleh kedua ibu bapanya. Loyd dididik sejak kecil untuk sentiasa mengikut dan mematuhi segala peraturan yang ditetapkan dalam hidupnya tidak kira di rumah, di sekolah mahupun undang-undang yang terdapat dalam perlembagaan negara. Disebabkan watak Loyd yang dipandang menjengkelkan oleh rakan-rakannya kerana Loyd suka untuk menegur secara terus serta secara tegas apabila terdapat pelajar yang tidak mematuhi peraturan sekolah. Watak ini sesuai dengan jawatan yang dipertanggungjawabkan kepada dia iaitu sebagai pengawas sekolah. Pengawas iaitu sebuah jawatan yang diberikan kepada pelajar untuk menolong guru dalam memastikan semua pelajar mematuhi peraturan yang ditetapkan. Selain itu, terdapat juga aktiviti-aktiviti yang yang pernah di adakan sendiri oleh pengawas dan diketuai oleh Loyd seperti Majlis Khatam al-Quran, Majlis Sambutan Hari Guru, Sambutan Hari Raya, dan banyak lagi. Seorang yang berintegriti dan bertanggungjawab seperti Loyd mampu mengetuai dan melaksanakan program serta majlis dengan lancar. Namun langit tidak sentiasa cerah, Loyd bertolak dari rumahnya seperti biasa yang memakan masa 20 minit untuk sampai ke sekolah mengalami sesuatu kejadian yang tidak pernah terdetik di fikirannya. Ketika menaiki motor EX5 milik ayahnya. Loyd menukar gear satu dan memulas minyak ingin meneruskan perjalanan di sebuah lampu isyarat, namun ada pemandu kereta bertentangan dengan jalan yang dilalui Loyd memecut laju menghala ke arah Loyd. Loyd tidak dapat mengelak dan hanya sempat menekan brek dengan kuat. Namun, detik itu juga, roda motor Loyd tergelincir akibat air hujan yang berlopak di jalan, menyebabkan dia jatuh dan terpelanting ke bahu jalan. Pemandu kereta yang menyedari kejadian itu segera berhenti dan bergegas menolong Loyd. 38


Loyd, yang masih dalam keadaan terkejut, cuba untuk bangun dengan bantuan orang ramai yang berhenti untuk membantu. Pemandu kereta tersebut meminta maaf dan menawarkan diri untuk menghantarnya ke hospital. Loyd, meskipun kesakitan, bersyukur kerana keadaannya tidak terlalu parah. Dia mengalami beberapa kesan luka di tangan dan badan. Insiden itu menjadi pengajaran penting buat Loyd dan orang ramai yang menyaksikan kejadian tersebut. Setelah sembuh dari kejadian itu, Loyd mula menyedari pentingnya keselamatan di jalan raya tidak hanya untuk pejalan kaki tetapi juga para pemandu kereta dan penunggang motorsikal. Dia menyadari bahwa walaupun dia mungkin mematuhi peraturan jalan raya, ada kalanya faktor luar seperti kelalaian pengguna jalan raya yang lain atau kondisi jalan yang tidak terduga dapat membahayakan nyawa. Dengan pengalaman yang diperoleh, Loyd kemudian mengambil inisiatif untuk mengadakan program kesedaran tentang keselamatan jalan raya di sekolahnya. Dia bekerja sama dengan guru dan pengawas lain untuk menyampaikan pentingnya mematuhi peraturan lalu lintas dan bagaimana kecilnya tindakan pencegahan dapat menyelamatkan nyawa. Program itu merangkumi demonstrasi, pemberian brosur keselamatan, dan ceramah oleh pihak polis tentang keselamatan di jalan raya. Loyd menjadi lebih berhati-hati ketika di jalan raya, selalu memastikan untuk memeriksa keadaan kendaraannya sebelum berangkat dan selalu waspada terhadap sekelilingnya. Dia juga mengingatkan teman-temannya untuk melakukan hal yang sama. Pengalaman itu tidak hanya mengubah cara Loyd melihat keselamatan di jalan raya tetapi juga membawanya kepada kesedaran baru tentang betapa berharganya kehidupan dan pentingnya setiap tindakan pencegahan untuk melindunginya. Dia tahu sekarang, lebih dari sebelumnya, bahwa dia perlu lebih berhati-hati ketika di jalan raya. 39


KAPCAI USANG Oleh : Haron Zadul “Arghh!!!”. Pekikan itu memecah suasana keheningan sekolah pada pagi itu. Aku yang berada di kelas sebelah terus menghentikan pengajaranku lantas keluar menjengah ke kelas sebelah. Bisik hatiku kuat mengatakan ini mesti kerja si Hatim itu lagi. Sesudah aku sampai di muka pintu kelas tersebut, tekaan ku memang tepat. Aku melihat Hatim sedang bertelagah dengan beberapa orang rakannya di dalam kelas. Tanpa berfikir panjang, aku terus meleraikan pergaduhan tersebut dan memegang tangannya. “Apa yang kamu buat ni Hatim?” , soalku. Seperti biasa, dia dengan muka selambanya mengendahkan pertanyaanku lantas segera meninggalkan kelas. Begitulah Hatim setiap hari, ada sahaja masalah yang dibuatnya. Dia sering mencetuskan konflik dengan rakan-rakannya terutama yang berlainan bangsa. Aku selaku guru kelasnya juga sudah bingung bagaimana mahu mencari solusi. “Aku perlu lakukan sesuatu” , monologku sendiri. Aku mendapat idea yang bernas, aku mengambil keputusan untuk menyiasat latar belakang keluarga dan kehidupannya. Sejak dia berpindah ke sekolah ini pada tahun lepas, dia memang jarang bergaul dengan rakan-rakan yang lain dan sering menghabiskan masa sendirian. Pada suatu petang, ketika aku sedang menyiapkan laporan pembelajaran harianku, mataku menjengah ke luar jendela bilik guru. Aku melihat seorang ibu tua berpakaian sederhana sedang menunggu anaknya di hadapan pagar sekolah. Lalu, aku melihat Hatim pergi bersalam dan pulang bersama wanita tersebut. Mereka menaiki sebuah motosikal kapcai yang sudah agak usang. “Oh, itu pasti ibu Hatim” , tebakku. Entah bagaimana, hatiku terdetik untuk mengikuti mereka dua beranak dari kejauhan. Di dalam perjalanan, aku melihat motorsikal mereka berhenti di sebuah rumah teres. Tapi yang menghairankan, hanya wanita itu sahaja yang masuk ke dalam rumah, manakala Hatim masih menunggu di samping motorsikal. Mukanya kelihatan monyok. Setelah beberapa minit, ibunya keluar sambil diiringi oleh seorang lelaki tua berbangsa Cina. Kemudian, lelaki itu menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan Hatim tetapi dia tidak menyambut salam tersebut. Hatim buat endah tak endah sahaja dengan sapaan itu lantas mengajak ibunya untuk terus pulang ke rumah mereka. Aku hanya melihat situasi itu dari dalam keretaku yang berjarak kira-kira 50 meter di belakang. 40


“Keesokkan harinya, hatiku sekali lagi terdetik untuk pergi semula ke rumah lelaki Cina semalam seusai tamatnya sesi persekolahan. Sesampainya aku di muka pagar, aku teragak-agak sama ada hendak memberi salam atau tidak. Namun, aku tetap sahaja memberi salam. Sesudah beberapa ketika, salamku disambut. Lelaki berbangsa Cina yang kulihat semalam membuka pintu. Aku memperkenalkan siapa diriku. Kemudian, lelaki itu mempersilakan aku untuk masuk. Kami mula berborak dan bersembang panjang. Akhirnya, aku menemui jawapan di balik semua persoalan yang bermain di fikiranku selama ini. Ruparupanya, lelaki tersebut adalah ayah kepada Hatim. Ayahnya merupakan seorang Cina Muslim yang berkahwin dengan ibunya yang berbangsa Melayu. Keluarga mereka memang mempunyai konflik sejak dahulu lagi. Setelah mengetahui cerita yang sebenar, aku merangka sebuah perancangan untuk memperbaiki semula hubungan keluarga itu. Hari seterusnya, aku sengaja merancang sebuah pertemuan antara Hatim dengan ayahnya. Ketika perhimpunan, sebuah maskot harimau hadir bersempena dengan Minggu Bahasa peringkat sekolahku. Aku sengaja menyusun supaya Hatim dijadikan wakil kepada kelasnya untuk naik ke atas pentas sebagai simbolik upacara perasmian. Ketika sedang bergambar di atas pentas, maskot harimau tersebut tiba-tiba menanggalkan topeng kepalanya. Alangkah terkejutnya Hatim tatkala melihat dan sedar bahawa itu adalah bapanya. Lidahnya kelu dan dirinya terpaku. Aku segera pergi ke arah Hatim dan berkata kepadanya; “Hatim, ayah merupakan tulang belakang sesebuah keluarga. Dia berkorban jiwa raganya semata-mata ingin melihat kamu mampu datang ke sekolah seperti anak-anak yang lain. Tiada insan yang lebih gembira melihat kamu berjaya melainkan seorang ayah.” Hatim dengan berlinangan air mata segera memeluk erat ayahnya dan memohon maaf atas segala salah silapnya selama ini. Kini Hatim telahpun mendirikan rumah tangga. Peristiwa yang berlaku kira-kira 15 tahun yang lalu itu masih segar di fikiranku. Aku sedar, tugasku sebagai seorang guru bukan hanya membekalkan ilmu kepada anak murid, bahkan melayani anak murid seperti anak kandungku sendiri. Guru bukan sekadar pendidik, guru adalah pembimbing, guru adalah pencetus, guru juga adalah pendengar. 41


NAK JADI MACAM CIKGU !! Oleh : Amir Zoriff Di sebuah perkampungan di pinggir bandar, tersergam sebuah sekolah yang kelihatan daif tapi telah banyak melahirkan pelajar yang daripada pelbagai latar belakang. Dan ini ialah sekolahku suatu ketika dahulu. Sekali pandanganku terarah ke bangunan tersebut maka seribu kenangan menerjah dalam ingatanku. Terutamanya seorang figura yang aku kagumi, Cikgu Haron. Dan ini kisahku tentang seorang guru yang aku kagumi himgga mendorong aku memilih bidang ini sebagai kerjayaku. Beliau merupakan seorang insan yang banyak mengajarkan kami erti, pengorbanan, kesusahan hidup dan kasih sayang melalui didikan dan curahan ilmu beliau kepadaku. Segala ilmu yang telah dicurahkan mengalir dalam diriku sehingga ke hari ini. Setiap kali belajar dengan beliau, akan menyedarkanku akan kepentingan menuntut ilmu. Tanpa ilmu, kita tidak akan bisa menjalani kehidupan dengan tenang dan tenteram. Cikgu Haron merupakan guru yang aku kagumi sejak berada di tingkatan satu. Suami dan bapa kepada lima orang cahaya mata ini kini menetap di Alor Setar. Menerusi usaha beliau yang tidak mengenal erti penat lelah, pelbagai usaha telah dilakukan untuk memajukan tahap pendidikan di sekolah dengan cara menyebarkan ilmu-ilmu dan mendidik anak bangsa menjadi insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Berbalik pada peribadi Cikgu Haron. Ternyata bukan aku sahaja yang mengaguminya, malah pelajar-pelajar yang lain juga turut mengaguminya kerana ketinggian ilmunya terhias rapi bersama akhlak yang ditampilkannya. Dari sudut keilmuan, beliau sering menekankan ilmu agama kepada pelajarnya. Bukan itu sahaja, beliau juga selalu menginspirasikan pelajar dengan berkongsi cerita dan kata-kata motivasi untuk menyuntik semangat pelajar bagi memperoleh kejayaan di dunia mahupun di akhirat. Ilmu-ilmu ini bukan sahaja beliau sampaikan di dalam kelas, malah juga di luar kelas seperti pengisian di dalam program. 42


Bercakap soal ketegasan, Cikgu Haron juga berperwatakan tegas dan tidak memanjakan pelajar kerana ingin mendidik pelajar untuk berdisiplin. Mungkin ada yang tidak suka dengan cara ini, tapi bagi aku, cara inilah yang dapat melahirkan pelajar yang cemerlang. Walaupun perwatakan yang agak tegas, tetapi beliau pandai mengambil hati pelajar dengan memberikan hadiah atas kecemerlangan pelajarnya. Sebagai contoh, apabila pelajar cemerlang di dalam ujian ataupun peperiksaan, beliau memberikan hadiah seperti buku dan sebagainya. Kesimpulannya, Cikgu Haron merupakan idolaku dan juga sebahagian besar pelajar yang lain kerana beliau mempunyai keperibadian yang menyenangkan. Aku memilih beliau sebagai idola kerana keperibadian beliau memberi impak yang besar bagi diriku dalam menuntut ilmu. Moga dengan usaha beliau mendidikku mencintai ilmu akan memudahkan jalannya dan jalanku ke syurga. 43


Click to View FlipBook Version