The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by dianaaa, 2024-04-05 05:27:22

kompetensi guru F2C

selamat membaca !!!!

BANTULAH AKU,CIKGU!!! Oleh : Afif Mifzal “Guru itu hanyalah seorang yang ingin bekerja mendapatkan gaji sahaja”Itulah apa yang selalu dipercayai oleh seorang pelajar di sebuah sekolah yang terletak jauh di dalam pedalaman,Iqbal.Iqbal seorang yang pemalas dan sering membuat onar Ketika di sekolah.Iqbal sering kali ditangkap kerana melakukan kesalahan disiplin seperti menghisap rokok dan membuli budak-budak junior oleh guru disiplin sehinggakan guru yang ada di sana sudah serik dan penat untuk mengajar Iqbal kerana sikapnya yang buruk. Pada saat itulah,aku seorang guru yang bertaraf biasa berpindah masuk ke sekolah ini.Aku sering kali diberitahu tentang Iqbal oleh guru-guru yang ada di sana berkenaan sikapnya yang bukan sahaja melakukan kesalahan disiplin,malah turut juga biadab akan gurunya.Pernah dia mengherdik guru yang memarahinya akibat perangainya yang kurang biadab itu sehinggakan guru itu terasa hati dan tidak ingin lagi mengajar dia. Aku mula ditugaskan untuk menjadi guru kelas dan di sana adalah Iqbal yang sering digempar gempurkan perangainya yang agak biadab itu.Aku masih lagi ingat Ketika mula-mula berkenalan dengan murid-murid di kelas itu.Pagi itu,aku seperti biasa masuk ke dalam kelas dan mula memperkenalkan diriku sebagai Cikgu Amin kepada semua anak muridku di dalam kelas.Selepas itu,aku ingin berkenalan dengan semua anak muridku dan bertanyakan biodata mereka sehinggalah pada giliran Iqbal,aku melihatnya berpakaian yang Nampak seperti kurang berkemampuan kerana bajunya yang sudah lusuh.Aku mula bertanyakan Namanya namun Iqbal tidak menghiraukanku dan terus merenung ke arah tingkap.Aku juga turut berdiam kerana aku tetap mahu berkenalan dengan Iqbal dan akhirnya dia mengalah dan memberikan namanya. 44


Setiap kali kelas,aku akan sering memberikan perhatian kepada Iqbal kerana tahu bahawa dia ini memerlukan dorongan dan bimbingan oleh guru-guru walaupun aku sering kali diherdik dan Ketika aku mengajar,pernah dia meninggalkan kelas begitu sahaja.Pada saat itu,aku bertekad untuk mengubah sikapnya itu Aku mula cuba untuk menyiasat tentang biodatanya dan aku mula untuk memerhatikan Setiap gerak geri Iqbal.Selepas itu,baru aku tahu bahawa Iqbal ini merupakan seorang anak yang sudah tidak ada ibu dan ayahnya yang hanya melawatnya untuk memberi duit belanja kepadanya.Sejak dari situlah,aku cuba untuk membantunya dengan sengaja datang ke sekolah tepat Ketika dia ingin ke sekolah kerana aku ingin mengajaknya bersama aku pergi ke sekolah.Pada saat itulah aku tahu bahawa dia ini seorang yang kurang mendapatkan kasih sayang dan ingin mendapatkan perhatian daripada guru-gurunya di sekolah dengan membuat onar disebabkan dia tidak pandai dalam Pelajaran.Aku mula cuba membantunya dengan mengadakan kelas individu bersamanya dan sering membawanya berjalan-jalan bersama anak murid yang lain.Setelah itu,aku mula melihat perubahan sikapnya yang semakin lama semakin rajin di dalam kelas dan tidak lagi membuat onar di dalam kelas . Itulah kisah yang Iqbal lalui,seorang pelajar yang pada mulanya pemalas namun kini setelah 20 tahun yang berlalu Iqbal sudah Berjaya untuk menjadi seorang doktor yang terkenal oleh Masyarakat.Dia sering melawat aku dan bertanyakan khabar aku apabila dia tidak sibuk dengan kerjanya kerana telah menganggap aku sebagai seorang ayah baginya.Aku bangga melihatnya Berjaya di dalam kehidupanya ini kerana aku sering kali meletakkan bahawa tanpa adanya guru maka tidak adalah masa hadapan kerana generasi-genarasi yang baru akan belajar pada mulanya dengan,GURU. 45


CIKGU, AKU DAH BERJAYA!! Oleh : Ayu “Di satu kawasan perbandaran yang terletak di Ipoh, Terdapat seorang anak gadis Tunggal yang tinggal Bersama ibu dan ayahnya yang bernama Ain. Tahun ini umurnya 13 tahun dan kini dia telah melanjutkan pelajaran ke Sekolah Menengah Batu Lima. Di sekolahnya itu, terdiri daripada pelbagai kaum, seperti melayu, cina, dan india. Hakikatnya, Ain tidak begitu rapat dengan mereka dan tidak berminat dalam mempelajari mana-mana subjek di sekolah. Tingkahlaku Ain ini disedari oleh seorang guru subjek Sejarah di kelasnya yang bernama Nisa. Hal ini kerana hampir setiap kali kelas cikgu Nisa’ , guru itu akan memastikan pelajar-pelajarnya duduk dalam satu kumpulan yang bercampur kaumnya untuk berbincang dan menjalankan aktiviti bersama. Ain seringkali membantah Tindakan cikgu Nisa’ itu sehingga dia menunjukkan perasaan tidak minat untuk belajar. Keputusan Ain yang merosot dalam peperiksaan baru-baru ini telah menyebabkan Ain dimarahi oleh hampir semua guru yang mengajarnya kecuali cikgu Nisa’. Pada suatu hari, Ain dipanggil oleh cikgu Nisa’ ke bilik guru. Sangkannya, dia pasti dimarahi oleh gurunya itu, akan tetapi, dia terkejut kerana sangkaannya itu tidak benar sama sekali, kerana gurunya itu lebih menggunakan sikap yang lemah lembut sambil mempelawanya makan kuih yang berada di atas meja cikgu Nisa’ itu. Sambil makan, cikgu Nisa’ bertanya kepadanya tentang prestasi dan komitmen Ain di dalam kelas terutamanya ketika diminta untuk bergabung dalam satu Kumpulan yang bercampur kaum, akan tetapi Ain hanya mendiam diri. Setelah itu, cikgu Nisa’ mula menegurnya dengan teguran yang mendalam dan menyentuh hati agar tidak mengguriskan hati Ain dan ini merupakan strategi cikgu nisa sendiri untuk mendapatkan hati anak muridnya itu. Tindakan cikgu nisa’ menegurnya secara bersemuka adalah untuk menyatakan kepadanya tentang betapa pentingnya bersatu dan bergabung dengan setiap kaum di Malaysia. Hal ini adalah untuk menyemai sikap cinta seseorang pelajar kepada negara dan menanam rasa penghayatan kepada prinsip-prinsip rukun negara. Sempat juga cikgu Nisa menyelit nasihat supaya Ain memperhatikan kelemahannya pada peperiksaan barubaru ini yang menyebabkan ain mendapat keputusan yang tidak memberangsangkan. Ain mendengar dengan tekun dan berjanji kepada gurunya untuk cuba bersama dan berganding bahu untuk bekerjasama dengan mereka apabila diberi tugasan secara berkumpulan. Cikgu Nisa’ tersenyum bangga, sebelum Ain menggerakkan Langkah ke bilik darjah, cikgu Nisa’ sempat menghadiahkan kepadanya buku Latihan Sejarah sebagai cara untuk 46


membaik pulih prestasi Ain di dalam mata pelajarannya. Sejak dari itu, Ain mula rapat dengan rakan-rakannya termasuklah yang berbangsa Cina dan India, kadangkadang kalau Ain tak faham apa yang dipelajarinya, Ain akan bertanya kepada rakan-rakannya. dia juga kerap berjumpa dengan cikgu Nisa’ untuk mengulangkaji bersama dengan gurunya. Sehinggalah pada tahun akhir Ain di tingkatan Lima, dia akan sentiasa berjumpa dengan cikgu Nisa bagi mendapatkan nasihat dan menyemak tugasan-tugasan yang diberikan . Cikgu Nisa juga sentiasa terbuka dengan kehadiran Ain untuk bertanya dan meminta pendapat kepadanya dengan harapan Ain dapat menjadi seseorang yang dapat menyumbang kepada negara dan bangsa serta memperolehi Keputusan yang cemerlang dalam SPM. Ternyata anggapan yang dibuat oleh cikgu Nisa’ adalah benar kerana Ain merupakan salah seorang ‘Top Students’ di sekolahnya. Pada peringkat pembelajaran seterusnya, Ain menyambung pengajiannya di Universiti Malaya dan mengambil jurusan Pendidikan. Meskipun berjaya menempa nama di sekolahnya, Ain tidak berasa angkuh bahkan dialah yang menjadi inspirasi kepada pelajar-pelajar di sekolah lamanya. Tambahan pula, Ain dijemput ke sekolah untuk berkongsi cara dan tips kejayaannya kepada pelajar-pelajar di sana. Cikgu Nisa’ yang mendapat berita bahawa Ain Berjaya membawa dirinya ke ‘Top Universiti’ di Malaysia, berasa bangga dan bertuah kerana pada akhirnya, setiap didikan dan nasihatnya memberi kesan yang mendalam kepada sikap, tingkah laku dan pembelajaran Ain. Jadi benarlah, seorang guru itu memberikan kesan yang bermakna dalam kehidupan seseorang individu. Setelah bergelar pelajar Universiti Malaya selama 5 tahun, Ain berjaya bergraduate dan menjadi seorang guru di Sekolah Menengah Intan Permata. Berita tentang kejayaannya itu, bukan sahaja dikongsi dengan keluarganya, malah turut dikongsi oleh guru-guru di sekolah lamanya cikgu Nisa. Ain tidak lupa jasa cikgu Nisa yang telah menyuntik kepadanya kata-kata yang positif yang sentiasa membakar semangat Ain untuk mengejar sesuatu yang besar di masa hadapan. Sebermulanya khidmat Ain sebagai guru Sejarah di sekolah barunya itu, dia turut berazam untuk menyumbang bakti kepada negara dan bangsa terutamanya dalam sektor Pendidikan yang akan diterima oleh kanak-kanak di Malaysia. Ain juga berazam untuk menjadi seorang insan yang sama seperti cikgu Nisa sebagai ejen perubahan kepada anak bangsa. 47


Terima kasih kepada bakal guru kumpulan F2C yang berjaya menulis buku yang mengandungi cerpen pendek yang memberi mesej yang cukup bermakna kepada semua guru agar terus kompeten dalam kerjaya mereka. Kumpulan ini mempunyai komitmen yang tinggi dan berdedikasi dalam menghasilkan buku ini. Semoga semua guru yang membaca cerpen pendek hasil karya kumpulan F2C akan memahami mesej di sebalik setiap cerita pendek ini dan menjadikannya sebagai pedoman untuk mengharungi liku-liku kehidupan sebagai seorang guru. Lakaran cerita pendek setiap guru untuk dikongsikan kepada semua pendidik amat bermakna dalam memandu kita untuk memartabatkan profesion keguruan. Nukilan Fasilitator


Click to View FlipBook Version