The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

DISEDIAKAN OLEH _ NUR ILYA FATINI BINTI AFANDI 18DEV20F1003 WAN NUR QISTINA BUSSAINA BINTI MOHD AZLAN 18DEV20F1005 NURUL ATIQAH BINTI ZAKARIA 18DEV20F1011 NUR SYAHIRAH BINTI MAT DESA 18DEV20F1021 (3)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by qistinaazlan02, 2020-10-12 15:18:02

DISEDIAKAN OLEH _ NUR ILYA FATINI BINTI AFANDI 18DEV20F1003 WAN NUR QISTINA BUSSAINA BINTI MOHD AZLAN 18DEV20F1005 NURUL ATIQAH BINTI ZAKARIA 18DEV20F1011 NUR SYAHIRAH BINTI MAT DESA 18DEV20F1021 (3)

DISEDIAKAN OLEH _ NUR ILYA FATINI BINTI AFANDI 18DEV20F1003 WAN NUR QISTINA BUSSAINA BINTI MOHD AZLAN 18DEV20F1005 NURUL ATIQAH BINTI ZAKARIA 18DEV20F1011 NUR SYAHIRAH BINTI MAT DESA 18DEV20F1021 (3)

JABATAN PELANCONGAN DAN HOSPITALITI
DIPLOMA PENGURUSAN ACARA

NAMA PENSYARAH: EN.THOHIR BIN
BAHADOR

________________________________________________
MPU21032 - PENGHAYATAN ETIKA DAN

PERADABAN
TOPIK : PERPADUAN DI MALAYSIA

KELAS : DEV1B
SESI : JUN2020
________________________________________________
DISEDIAKAN OLEH:
NUR ILYA FATINI BINTI AFANDI
18DEV20F1003
WAN NUR QISTINA BUSSAINA BINTI MOHD
AZLAN 18DEV20F1005
NURUL ATIQAH BINTI ZAKARIA
18DEV20F1011
NUR SYAHIRAH BINTI MAT DESA
18DEV20F1021

Kata-Kata Aluan……..
‫اﻟﺴﻼم ﻋﻠﻴﻜﻢ ورﺣﻤﺔ ﷲ وﺑﺮﻛﺎﺗﻪ‬
Alhamdulillah ,dengan penuh kesyukuran kehadrat
Ilahi kerana limpah kurnianya , dapat kami
menyelesaikan tugasan kerja kursus ini dengan penuh
jayanya. Kami mengucapkan sepenuh penghargaan
,kepada Encik Thohir Bin Bahador
Pensyarah Etika dan Peradaban (MPU-21032) , di atas
kepercayaan beliau memberi tugasan ini kepada kami
semua. Dimana beliau banyak membantu kami
. sepanjang proses tugasan ini disiapkan
Dengan kesempatan ini kami ingin mengucapkan
ribuan terima kasih kepada kedua ibu bapa kami yang
telah banyak mendorong kami semua untuk terus
berusaha . Dan kami semua juga ingin menghadiahkan
sekalung terima kasih kepada rakan-rakan yang telah
banyak membantu dan mencetuskan idea sepanjang
proses penyiapan tugasan dilaksanakan . Dalam
menyiapkan tugasan ini , banyak yang telah kami
pelajari sepanjang penyiapan kerja kursus ini
dilakukan . Ianya memberi kami sekumpulan seribu
. satu makna dalam menimba ilmu ini

. Syukur Alhamdulillah
Sebelum kami mengundur kata , terimalah serangkap

kata dari kami

,BULAT AIR KERANA PEMBENTUNG‘
’BULAT MANUSIA KERANA MUAFAKAT

Kita
semua adalah rakyat
malaysia, inilah ikatan
yang menyatukan kita.

Marilah kita
selalu ingat bahawa
perpaduan adalah
kekuatan asas kita
sebagai rakyat dan
sebagai sebuah negara

Tunku Abdul
Rahman

OBJEKTIF
A. Menambahkan pengetahuan tentang konsep

sebenar perpaduan kaum di negara kita.
B. Memberi iktibar tentang kepentingan

perpaduan kaum di Malaysia
C. Menyenaraikan faktor-faktor yang
menyumbang kepada pengukuhan perpaduan

kaum
Mengetahui cabaran-cabaran untuk

mengekalkan perpaduan kaum.
E. Mencadangkan langkah-langkah untuk
mengekalkan dan memantapkan perpaduan

kaum.
F. Memupuk semangat patriotisme dalam diri
sendiri dan juga kalangan generasi muda melalui

kajian ini. Bak kata perpatah, “bersatu teguh,
bercerai roboh”.

G. Memberi pengalaman yang bernilai semasa
menjalani kajian tersebut.

Maksud
perpaduan

dalam
kepelbagaian

(unity in
diversity) dari

perspektif :

PSL IKOLOGI SOSIAL – RASA KESATUAN
MERENTAS PEMISAHAN FIZIKAL DAN

PSIKOLOGIKAL.

ANTROPOLOGI – SOSIOLOGI: ASPEK
EPISTEMOLOGY IALAH BAGAIMANA
MANUSIA MENGURUS ABSTRAK DAN
NYATA SERTA PERBEZAAN SOSIAL SEDIA

ADA.

1. ASPEK ONTOLOGY – MENGURUS DAN
MENYUSUN PERBEZAAN UNTUK

MEWUJUDKAN KEADAAN AMAN DAN
STABIL BAGI MERAIH KESENANGAN DAN

KEMEWAHAN MATERIAL.

2.MEMAHAMI ‘PERPADUAN’ DALAM
KONTEKS COGAN KATA ‘PERPADUAN

DALAM KEPELBAGAIAN’.

3. KONSEP ‘KESEPADUAN SOSIAL ADALAH
FENOMENA PRAPERDUAN DAN DIFAHAMI

MENERUSI KONSEP ‘TAKRIFAN HARIAN’
(EVERYDAY DEFINE DAN ‘TAKRIFAN
AUTORITI’(AUTHORITY DEFINE).

Perpaduan Nasional

- Satu keadaan di mana rakyat dari pelbagai kumpulan
etnik, agama dan wilayah hidup dengan aman sebagai
satu bangsa yang Bersatu dengan memberi komitmen
yang penuh kepada identiti kebangsaan berlandaskan
kepada Perlembangaan Persekutuan dan Rukun Negara.

- Perpaduan ialah suatu bentuk kesatuan yang
merupakan matlamat akhir yang diidamkan dalam

sebuah negara yang berbilang etnik.

-Penyatupaduan ialah proses menyatupadukan iaitu
usaha berterusan pada peringkat semua lapisan
masyarakat untuk menyelesaikan difisit sosial

berwahanakan tapak integrasi berprinsipkan tawar-
menawar, perundingan dan mediasi.

MATLAMAT PERPADUAN YANG DIIDAMKAN
* Perpaduan menjadi matlamat setiap bangsa dan

negara agar hidup sentiasa harmoni dan tenteram
tanpa menggugat keamanan.
* Tanpa keamanan, rakyat tidak akan hidup selesa dan
negara akan bergolak apabila perperangan luar.

TAHAP
KESEPADUAN
YANG DICAPAI

.Kesepaduan KESEPADUAN SOSIAL
nasional : Kesepaduan
Bermaksud penyatuan sosial boleh difahami
pelbagai kelompok yang sebagai jalinan hubungan
mempunyai latar belakang kerjasama antara kaum
sosial dan kebudayaan yang dan
berbeza, menjadi satu entity kelompok berkongsi
fizikal. Penyatuan ini lebih aktiviti budaya dan pinjam
merupakan penyatuan meminjam dalam unsur
yang berbentuk zahir dari budaya
luaran masing-masing.
Dari segi kemajmukan
bangsa, wujud pelbagai etnik Jalinan
dan budaya modeniti yang hubungan terjelma dalam
mengutamakan kestabilan putaran ekonomi dan
dan kemajuan. pasaran yang
Hal ini merentasi menyebabkan saling
hubungan horizontal antara kebergantungan melalui
etnik dan agama sekaligus kegiatan ekonomi seharian.
dapat membina negara
bangsa integrasi yang maju.

Perpaduan di Malaysia dapat dilihat dari pelbagai aspek.
Terdapat pelbagai detik yang
boleh menimbulkan perpaduan di kalangan rakyat Malaysia.

Detik perpaduan
Hal ini boleh dilihat berlaku dalam kehidupan seharian masyarakat. Kita dapat
melihat detik-detik perpaduan yang muncul ketika berlakunya pergaulan di pasar,
emberi bantuan ketika bencana dan sokongan dalam sukan. Terdapat pelbagai
perkara yang boleh mewujudkanperpaduan, antaranya di dalam sukan bola sepak,
perkahwinan seperti ‘street wedding, aspek kesihatan, makanan dan sukan.

i. Sukan bola sepak ii. Kesihatan

Perlawanan bola Seseorang yang berasa

sepak adalah antara tidak sihat akan ke

satu daripada saat klinik atau hospital untuk
dan detik perpaduan memeriksa masalah
kesihatan dan
yang jelas dapat
mendapatkan ubat.
dilihat dikalangan Tidak kira bangsa, klinik dan

rakyat Malaysia hospital akan menjadi

apabila semua bangsa tempat rujukan setiap

tanpa mengira kaum rakyat dalam mendapatkan

dan keturunan sama rawatan terhadap sebarang

sama memenuhi masalah kesihatan yang

stadium bagi dihadapi. Sebagai doktor

menyokong pasukan ataupun jururawat,mereka

masing masing. tetap akan merawat pesakit

Mereka menyokong yang datang walaupun

pasukan masing - berlainan bangsa dan

masing tanpa melihat agama kerana tugas mulia
khususnya ketika sesuatu
pasukan mereka
wabak penyakit berjangkit
terdiri daripada kaum melanda Negara. Hal ini

atau bangsa berlainan berlaku di klinik dan
atau tidak.
hospital di Malaysia dan

ianya sesuatu yang menjadi

detik perpaduan dikalangan

rakyat yang mesti

diteruskan malah

dibanggakan.

iii. Makanan
Di Malaysia terdapat pelbagai jenis makanan
dan minuman , antaranya nasi lemak, teh
tarik, roti canai, soto, bakso, dan sebagainya.
Semua jenis makanan ini dimakan oleh
setiap bangsa di Malaysia kerana perbezaan
yang pelbagai ini dimanfaatkan untuk
penyatuan bangsa-bangsa di Malaysia tanpa
melihat ianya sebagai batasan atau
halangan.

a)Nasi lemak yang dinikmati oleh semua
bangsa walaupun makanan kaum Melayu.

b)Char koay teow yang
dinikmati oleh semua bangsa walaupun
ianya makanan kaum Cina.

c)Maruku yang terkenal dikalangan
bangsa India menjadi makanan semua
bangsa.

ivPerkahwinan: ‘Street Wedding’
Kita selalu menghadiri majlis perkahwinan saudara mara atau kenalan yang
diadakan di taman-taman perumahan selain diadakan di dewan-dewan besar.
Jika majlis perkahwinan yang diadakan di dewan besar ,ianya tidak
menimbulkan masalah kepada masyarakat memandangkan terdapat ruang yang
besar berserta tempat letak kereta yang cukup. Namun suasana majlis
perkahwinan dilakukan di taman-taman perumahan selalunya akan
menimbulkan suasana yang sesak dan kawasan letak kereta yang terhad kepada
para tetamu. Oleh itu, detik perpaduan yang wujud di kalangan rakyat Malaysia
ialah bertolak ansur dalam perkara tersebut kerana sikap saling memahami
antara satu sama lain tanpa mengira agama dan budaya.

v.Sukan
Sudah hampir semua rakyat Malaysia mengenali Datuk Lee Chong
Wei. Beliau dikenali sebagai pemain badminton nombor satu Malaysia.
Walaupun Datuk Lee Chong Wei adalah berbangsa cina, namun
semua rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa menyokong dan
meminatinya. Begitu juga dengan sukan-sukan yang lain. Tidak kira
apa bangsa dan agama ianya tidak menjadi halangan untuk peminat
menyaksikan dan menyokong setiap aksi yang dipersembahkan kerana
pemain-pemain sukan bukan bermain untuk diri mereka. Mereka juga
bermain untuk Negara.

Selain itu, terdapat detik perbezaan yang dapat kita nilai dan lihat
daripada perpaduan yang terjalin. Setiap perbezaan perlu dilihat
daripada aspek positif untuk mengukuhkan perpaduan dan hubungan
antara kaum. Hal ini demikian kerana kita tidak boleh lari daripada
perbezaan khasnya berkaitan dengan budaya dan bangsa di Malaysia.

Ø Sambutan perayaan
Detik perbezaan dalam sambutan perayaan di Malaysia jelas kelihatan
kerana sambutan perayaan selalunya berkait dengan kebudayaan dan
agama. Namun hal ini tidak boleh dilihat sebagai perbezaan yang akan
menggugat perpaduan bangsa kerana budaya dan agama mempunyai
ciri-ciri tertentu. Aktiviti kunjung mengunjung yang tidak berkaitan
dengan hal-hal keagamaan perlu diteriskan agar perpaduan semakin
utuh.

Ø Jenayah
Setiap bangsa dan agama terdedah dengan pelbagai jenayah. Sebagai
warganegara, kita haruslah patuh kepada setiap peraturan dan
undang-undang negara kerana hukuman tidak melihat bangsa untuk
dijatuhkan hukuman. Disebabkan itu,undang-undang di Malaysia
adalah menetapkan sama rata tidak mengira bangsa,gama dan kaum.

Ø Tempat kerja
Terdapat tempat kerja yang memilih bangsa-bangsa tertentu dan
syarat-syarat tertentu. Isu tempat kerja tidak harus timbul sebagai
salah satu detik perbezaan yang akan menggugat perpaduan kaum
memandangkan pekerjaan tidak terikat kepada bangsa dan kaum.
Selain itu, isu tempat kerja perlu dilihat sebagai peluang untuk
meningkatkan produktiviti kerana berlainan bangsa dan agama akan
memberikan pelbagai idea untuk majikan memperolehi manfaat yang
pelbagai dari kalangan pekerja.

Ø Pengebumian
Pengebumian mempunyai kaitan dengan anutan agama seseorang.
Agama tidak menghalang untuk seseorang penganut bersedih dan
menghormati atas kehilangan salah seorang ahli keluarga yang
berlainan bangsa dan agama. Ziarah menziarahi digalakkan sebagai
memberikan sokongan kepada ahli keluarga yang kematian orang
yang disayangi.

KEBAIKAN PERPADUAN
DI MALAYSIA

i. Dapat menjamin keamanan
dan kesejahteraan negara.
ii. Melahirkan sebuah negara
yang aman dan tiada masalah
pertelingkahan antara kaum
iii. Para pelabur asing tidak
akan berasa was-was untuk
melabur di Malaysia.
iv. Mempertingkatkan
ekonomi pelancongan di
Malaysia kerana keadaan
masyarakat majmuk yang
bersatu hati.
v. Perpaduan juga
memudahkan Malaysia
menuntut hak sebagai
warganegara. Contohnya, hak
kesitimewaan dan memilih
calon pemimpin untuk
mentadbir negara dan
sebagainya.

AISYALAM ID NAUDAPREP MALAD NARABAC I. Aspek politik iaitu politik perkauman boleh
menimbulkan perasaan kurang senang hati dan
mengukuhkan semangat perkauman jika sesuatu
tindakan diambil tanpa mendapat kata sepakat oleh

semua pihak.
II. Sejak zaman penjajahan lagi, masalah integrasi

telah wujud terutamanya semasa penjajahan
British. Mereka menjalankan dasar “divide and rule”

iatu dasar pecah dan perintah agar dapat
memerintah dan mengeksploitasi ekonomi negara.

Dasar ini jugalah yang memisahkan kaum-kaum
utama negara ini mengikut bidang ekonomi yang

dijalankan:
a. Masyarakat melayu mengendalikan pertanian dan

ditempatkan di kawasan luar Bandar iaitu di
kampong-kampung.

b. Masyarakat Cina ditempatkan dilombong-
lombong bijih timah dan bandar-bandar kerana

aktiviti perlombongan dan perdagangan yang
dijalankan mereka.

c. Masyarakat India pula ditempatkan di lading-
ladang getah.

III. Cabaran dari segi ekonomi yang paling nyata
ialah perbezaan dari segi pekerjaan di mana
perbezaan ini diwujudkan oleh pihak British
melalui pecah dan perintah sepertimana
dinyatakan sebelum ini.
IV. Penyalahgunaan media sosial telah mula

menular sejak akhir-akhir ini. Media sosial seperti
web dan blog serta facebook menyebabkan

timbulnya kerenggangan kaum kerana banyak
menimbulkan isu sensitif.

KESIMPULAN BERDASARKAN PERPADUAN DI MALAYSIA :

Perpaduan di Malaysia dicapai
melalui pelbagai jenis aspek :
I. Sosial
II. Politik
III. Ekonomi

Sosial Politik
- Masyarakat Malaysia - Perpaduan juga memainkan
merupakan sebuah peranan penting dalam politik
masyarakat majmuk yang negara.
terdiri daripada pelbagai - Kestabilan politik perlu
kaum dan budaya serta diperkukuhkan supaya negara
agama. terhindar daripada ancaman
- Disamping itu, anasir luar.
masyarakat di Malaysia - Bahkan juga, politik negara
juga hidup dalam bersatu- memerlukan sebuah ikatan
padu serta saling bantu- perpaduan untuk mengekalkan
membantu. kedudukan negara yang
politiknya stabil di persada
antarabangsa.

Ekonomi
- Ekonomi merupakan perkara penting
dalam sesebuah negara. Oleh itu,
sektor ekonomi berkait rapat dengan
ekonomi sesebuah negara.
- Perpaduan yang kukuh sebenarnya
mempengaruhi ekonomi negara kerana
kestabilan ekonomi dapat menarik
minat pelabur asing dalam membuat
pelaburan.
- Akhir sekali, ekonomi yang stabil
datangnya daripada perpaduan
masyarakat itu sendiri. Oleh itu,
perpaduan masyarakat ini sebenarnya
memberi pelbagai faedah.

PENUTUP

Semua pihak harus berganding bahu
dalam mewujudkan perpaduan kaum.

Perpaduan merupakan asas bagi
kecemerlangan pendidikan,

keseimbangan ekonomi dan kemajuan
negara. Selain itu, negara akan kacau

bilau sekiranya perpaduan tidak
dipupuk sejak dari awal. Hal ini
demikian kerana akhlak yang baik
akan menjadi pemangkin kepada
generasi akan datang. Kita tidak boleh
bersikap evasif mahupun “bagai enau
dalam belukar melepaskan pucuk
masing masing” kerana perpaduan
kaum itu hanya akan wujud apabila
semua kaum menjalankan obligasi
masing-masing dengan sempurna dan
bersikap bertolak ansur di dalam

melalukan sesuatu urusan.


Click to View FlipBook Version