TEORI PGA 101
PEMBELAJARAN
BEHAVIORISME PELAJAR DAN
KEPERLUAN
PELAJAR
UNIVERSITI SAINS MALAYSIA
DISEDIAKAN OLEH
CHERYL KUAN MEI ZI (152613)
CINDY LEE KAH HUI (153213)
ISI KANDUNGAN ,0 1 . Pengenalan Definisi 04
dan Ciri-Ciri Teori 07
23
0 2 . Pelaziman Klasik - Ivan 33
Petrovich Pavlov
46
0 3 . Pelaziman Klasik - John
Broadus Watson 59
0 4 . Pelaziman Operan - Edward
Lee Thorndike
0 5 . Pelaziman Operan - Burrhus
Frederic Skinner
0 6 . Kesimpulan
0 7 . Rujukan 60
EBOOK 02
TEORI PEMBELAJARAN BEHAVIORISME
PENGHARGAAN
Bersyukur kami dengan limpah dan kurniaNya dapat kami
menyiapkan kerja kursus ini dengan jayanya. Pertama sekali, kami
ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada penyeleras kursus
PGA 101, Prof Madya Dr. Shahabuddin Hashim dan juga tutor kami,
Dr. Nor Asniza Ishak kerana memberi peluang untuk kami
menghasilkan kerja kursus ini. Kami juga mengucapkan terima
kasih kepada Prof Dr. Hairul Nizam Ismail yang memudahkan
tugasan kami dengan menyediakan slaid Powerpoint sebagai bahan
rujukan kami.
Kami juga mengucapkan terima kasih kepada Prof Madya Dr.
Shahabuddin Hashim dan Dr. Nor Asniza Ishak yang telah
memberikan tunjuk ajar serta penerangan yang jelas dari awal lagi.
Selanjutnya, kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada
penyeleras kursus dan tutor kami yang memberikan kepercayaan
kepada kami dalam melaksanakan tugasan ini dengan jayanya.
Bukan itu sahaja, kami ingin mengucapkan terima kasih kepada
kedua-dua ibu bapa dan rakan-rakan kami yang sentiasa
memberikan sokongan dan dorongan semasa menjalankan tugasan
ini. Tanpa sokongan daripada ibu bapa dan rakan-rakan, kami
mungkin tidak dapat menghasilkan tugasan ini dengan baiknya.
Jutaan terima kasih kepada rakan-rakan yang bertukar-tukar idea
dan bertungkus-lumus menjayakan tugasan ini.
Akhir sekali, harapan kami ialah tugasan yang kami hasilkan
mampu menimba ilmu pengetahuan masyarakat di samping
mendorong kami untuk menjadi bakal guru yang mengaplikasikan
teori-teori ini dalam pengajaran. Kami juga berharap agar buku ini
dapat banyak memberikan manfaat kepada para pembaca kami yang
merangkumi pelbagai lapisan masyarakat.
03
PENGENALAN
Teori Pembelajaran Behaviorisme merupakan satu teori psikologi yang
merujuk kepada tingkah laku manusia.
Menurut Desmita (2009), teori pembelajaran behaviorisme merupakan
teori pembelajaran yang memahami tingkah laku manusia dengan
menggunakan pendekatan objektif, mekanistik dan materialistik sehingga
perubahan tingkah laku pada diri seseorang dapat dilakukan melalui upaya
pengkondisian.
Dengan kata lain, teori behaviorisme menumpukan perhatian kepada faktor
persekitaran sebagai faktor yang mempengaruhi tingkah laku.
04
Menurut Siti Hajar Abdul Aziz (2008), teori ini dibawa masuk
oleh Mazhab Behavioris yang mengaji tentang tingkah laku
manusia oleh John Broadus Watson (1878-1958).
Menurut Kimble (1961), pembelajaran merupakan
perkembangan potensi tingkah laku individu yang tetap atau
agak tetap akibat daripada aktiviti pengukuhan berulang-
ulang kali adalah turut dikira sebagai pembelajaran.
Pembelajaran dalam teori ini juga bermaksud satu proses
berkaitan hubungan antara rangsangan dengan tindak balas
terhasil yang dikenali sebagai Proses Pelaziman:
-Pelaziman Klasik
-Pelaziman Operan
05
Ciri Teori Behaviorisme adalah melalui pembentukan respon atau reaksi
yang diberikan oleh seseorang individu. Hal ini demikian kerana teori ini
mengutamakan hubungan antara stimulus dan respon. Stimulus dan respon
yang dimaksudkan adalah sesuatu yang harus diperhatikan dan diukur.
Tambahan pula, teori ini menekankan terhadap respon yang berhubungan
dengan proses pembelajaran seseorang pelajar. Melalui stimulus positif yang
sering diberikan kepada pelajar, satu respon yang baik dapat dihasilkan.
Selanjutnya, teori ini mementingkan latihan terutamanya latihan yang
dilakukan berulang-ulang kali. Dengan perkataan lain, kelaziman akan wujud
apabila seseorang diberikan stimulus yang berulang-ulang sehingga individu
tersebut merespon dengan sendirinya walaupun hanya diberikan stimulus
yang ringan.
Akhir sekali, ciri lain teori ini ialah penyelesaian masalah melalui cara
cuba dan ralat. Seseorang yang melakukan perkara berulang-ulang kali lalu
mencuba perkara tersebut dengan cara yang sama, namun hasil yang berbeza
akan didapati. Pada tahap awal, apabila dia melakukan hal tersebut, dia
mendapati bahawa terdapat kekurangan atau kesalahan. Perkara ini akan
mendorongnya mencuba berulang kali sehingga menemui keberhasilan.
Tuntasnya, proses ini dinamakan sebagai kelaziman.
06
Ivan Petrovich Pavlov John Broadus Watson
07
Pelaziman
Klasik
PeOlpaezrimanan
08
Pelaziman Klasik
Ivan Petrovich Pavlov
John Broadus Watson
09
IVAN PETROVICH PAVLOV
(1849-1936)
10
IVAN PETROVICH
PAVLOV (1849-1936)
Ivan Petrovich Pavlov berasal dari
sebelah Tengah Rusia. lvan Pavlov
menyambung pengajiannya di Universiti
St.Petersburg dalam bidang Kimia dan
Fisiologi.
lvan Pavlov adalah satu-satunya tokoh
Teori Pembelajaran Behaviorisme yang
mempunyai latar belakang dalam
kepakaran Fisiologi dan Psikologi serta
doktor.
Ivan Pavlov yang merupakan pengasas
kepada Teori Pelaziman Klasik,
menyifatkan proses belajar sebagai satu
tindakan refleks bersyarat oleh pelajar
atau reaksi kepada hasil pembelajaran.
Beliau menekankan konsep hubungan
R-G, iaitu hubungan antara rangsangan
atau stimulus dengan gerak balas.
11
HUKUM IVAN PETROVICH PAVLOV
Pavlov telah menekankan dan menyimpulkan dua
hukum penting bagi membolehkan sesuatu proses
pembelajaran berlaku melalui Teori Pelaziman
Klasiknya. Dua hukum tersebut ialah Hukum
Rangsangan dan Hukum Gerak Balas.
Hukum Rangsangan
Rangsangan merupakan
agen persekitaran yang
akan menimbulkan
gerak balas.
Hukum Gerak Balas
Perubahan tingkah laku
yang timbul akibat
daripada rangsangan
yang telah diterima.
12
Sumber : https://images.app.goo.gl/vTKNwPEEaNg37Aaw9
Eksperimen '' Dog Salivation''
Rangsangan Terlazim (CS) : Bunyi loceng
Rangsangan Tak Terlazim (UCS) : Makanan
Gerak Balas tak Terlazim (UCR) : Rembesan saliva anjing
13
Sumber : https://images.app.goo.gl/KrLKvGH71LLYJ2ny9
Sebelum Pelaziman
Anjing terlihat makanan lalu merembeskan saliva.
Anjing terdengar bunyi loceng tanpa makanan, dan tiada
gerak balas dilakukan.
Semasa Pelaziman
Loceng dibunyikan dan makanan diberi kepada anjing,
saliva dirembeskan serentak.
Selepas Pelaziman
Loceng dibunyikan dahulu tanpa makanan, namun saliva
telah dirembaskan oleh anjing.
14
Berdasarkan Eksperimen ''Dog Salivation'',
Pavlov dapat menguatkan teorinya mengenai
Hubungan R-G dalam proses perubahan
tingkah laku iaitu pembelajaran baharu.
Carta aliran Hubungan R-G Ivan Pavlov :
Rangsangan
Gerak Balas
Perubahan
tingkah laku
15
a. Pupusan :
Gerak balas terlazim akan terhapus jika rangsangan
terlazim tidak diberikan.
b. Pemulihan Spontan :
Rangsangan terlazim diberikan semula secara tiba-tiba
dan akan menimbulkan gerak balas terlazim (walaupun
tiada peneguhan diberikan).
c. Generalisasi (penyeluruhan) :
Seseorang terangsang dengan gerak balas yang hampir
sama. Sebagai contoh, bunyi yang seakan-akan dengan
loceng.
d. Diskriminasi :
Keupayaan membezakan antara dua rangsangan yang
berbeza.
16
Merujuk kepada Teori Pelaziman Klasik Ivan Pavlov,
pembelajaran merupakan akibat daripada rangsangan
yang diterima oleh individu atau organisma. Seseorang
guru perlu peka terhadap rangsangan dan gerak balas di
samping mengaitkannya dengan latihan kepada para
pelajar. Terdapat beberapa contoh aplikasi Teori
Pelaziman Ivan Pavlov dalam proses pengajaran dan
pembelajaran (PdP). Antara aplikasi tersebut adalah
seperti :
17
Rangsangan :
Guru memberikan motivasi kepada pelajar.
Salah satu cara memberikan motivasi kepada pelajar ialah
guru boleh memberikan kata-kata positif selain
memberikan ganjaran dalam bentuk hadiah atau
penghargaan kepada para pelajar sebagai perangsang
untuk menaikkan semangat mereka untuk belajar. Hari
Anugerah Kecemerlangan yang dianjurkan dan pemberian
hadiah dalam kuiz-kuiz boleh dipraktikkan oleh guru
sebagai motivasi-motivasi kepada pelajar.
Seterusnya, guru juga perlu memberi bimbingan dan
dorongan kepada pelajar dengan mendidik mereka dengan
penuh perhatian sebagai rangsangan untuk meningkatkan
motivasi intrinsik pelajar. Misalnya, dalam proses PdP
Bahasa Inggeris, guru memberikan pujian (rangsangan)
kepada murid yang memperoleh keputusan cemerlang
(gerak balas) dalam peperiksaan. Secara tidak langsung,
gerak balas tersebut akan menghasilkan sesuatu yang
baik secara berterusan.
18
Rangsangan :
Guru menjalankan aktiviti pengukuhan.
Guru boleh memberi pengulangan terhadap sesuatu
perkara kepada para pelajar seperti memberikan latihan
dan ujian dalam pembelajaran. Semua ini haruslah
dilaksanakan berulang kali kepada para pelajar untuk
mengukuhkan pemahaman dan peringatan mereka.
Contohnya, latihan subjek Biologi yang kerap diberi dan
berulang-ulang kali bukan sahaja dapat mengasah
memori, tetapi juga dapat meningkatkan kecekapan para
pelajar untuk menyelesaikan masalah yang memerlukan
konsep tersebut. Dengan ini, para pelajar dapat berfikir
secara kritis semasa menjawab soalan-soalan KBAT.
Peperiksaan sekolah dan kuiz-kuiz juga boleh dijadikan
sebagai peneguhan-peneguhan terhadap sesuatu ilmu
yang dipelajari.
19
Gerak balas :
Pelajar berasa gembira untuk belajar.
Pelajar akan berasa gembira untuk belajar. Secara
tidak langsung, suasana pembelajaran yang ceria dan
sihat mampu diwujudkan di sekolah. Bukan itu
sahaja, emosi pelajar yang gembira akan mendorong
mereka untuk belajar bersungguh-sungguh dan
menumpukan perhatian semasa pembelajaran
dijalankan. Ilmu pengetahuan dapat ditimba dengan
mudah dan efisien.
20
Kelebihan
Teori Pavlov ini dapat membiasakan
diri seseorang dengan keadaan-
keadaan yang tertentu sehingga
kebiasaan ini menjadi satu pola hidup
yang terjadi tanpa kita sedar.
Selanjutnya, minat para pelajar dalam
pembelajaran juga dapat ditarikan.
21
Kelemahan
Sikap pelajar yang mula tergantung
secara terus-menurus terhadap stimulus
yang berasal dari luar dirinya. Pelajar
tersebut juga perlulah mempunyai
stimulus dalam diri sendiri (self
motivation).
Proses pembelajaran yang tidak
menyenorokkan akan menyebabkan
proses pembelajaran menjadi satu hala
sahaja, tanpa interaksi antara guru
dengan pelajar.
22
JOHN BROADUS WATSON
(1878-1958)
23
Watson dilahirkan di Greenville, South
Carolina. Beliau menamatkan
pelajaran di Furman University.
Watson mengambil major dalam
psikologi dan minor dalam bidang
falsafah & neurologi di Universiti
dalam negara Chicago.
Beliau telah menerima ijazah
kedoktoran semasa menuntut
University di Chicago. Watson telah
menghasilkan satu artikel yang
berjudul “Psychology as the
Behaviorist view it”.
Beliau memulakan pengajian tentang
mental dan merupakan seorang ahli
psikologi Amerika Syarikat.
Kajiannya banyak dipengaruhi oleh
teori pelaziman klasik Pavlov. Watson
merupakan orang pertama yang
mencipta istilah behaviorisme untuk
menghuraikan tingkah laku manusia.
24
HUKUM JOHN
BROADUS WATSON
Menurut Watson, tingkah laku manusia
ialah sesuatu refleks terlazim. Watson
berpendapat bahawa gerakan refleks
merupakan sesuatu yang mudah berlaku
secara semula jadi dan tidak perlu dipelajari
oleh manusia. Manusia mempelajari gerak
balas untuk menyesuaikan diri dalam
situasi-situasi baharu. Terdapat tiga jenis
emosi yang diberikan oleh Watson, iaitu
takut, marah dan juga kasih sayang.
25
Sumber : https://images.app.goo.gl/x2Any2k8ZoNnnJMh6
EKSPERIMEN "LITTLE ALBERT"
26
Sumber : https://images.app.goo.gl/U7ExUziydmWL3Xys5
Sebelum Pelaziman Semasa Pelaziman Selepas Pelaziman
Albert yang berusia 11 Bunyi penukul yang kuat Albert takut kepada
bulan tidak takut pada dan kemunculan tikus tikus putih.
tikus putih pada putih menyebabkan
mulanya. Albert berasa takut dan
menangis.
Albert takut dan
menangis apabila bunyi
yang kuat diwujudkan
oleh penukul.
27
APLIKASI TEORI
WATSON
Guru boleh mempengaruhi
pembelajaran dalam pengajaran
dengan menggunakan
rangsangan sesuai.
Dalam proses pengajaran dan
pembelajaran, guru seharusnya
memilih rangsangan positif yang
boleh memotivasikan pelajar.
28
Melalui eksperimen "Little Albert" ini, memang
tidak dapat dinafikan bahawa tingkah laku yang
positif dapat diajar dengan rangsangan sesuai
mengikut proses pembelajaran. Melalui latih tubi,
para pelajar dapat memperkuat kelemahan mereka
terhadap sesuatu mata pelajaran yang dipelajari.
Sebagai amsalan, seseorang pelajar yang lemah
dalam mata pelajaran Matematik boleh
memperbaik kelemahan sendiri dengan membuat
latihan. Hal ini demikian kerana subjek ini
memerlukan pelajar untuk menghafal formula atau
menguasai segala konsep atau formula dalam topik
seperti Integrasi. Oleh itu, para pelajar akan ingat
pembelajaran dengan lebih mudah di samping
menjawab peperiksaan dengan baik.
Tambahan pula, rangsangan positif perlu
digunakan oleh guru kerana perkara ini dapat
mendorong para pelajar lebih berminat untuk
belajar. Selanjutnya, penggunaan rangsangan yang
membawa kesan negatif perlulah dielakkan oleh
guru.
29
KELEBIHAN
Kelebihan teori pelaziman
Watson ini ialah gerak balas
dapat dihasilkan dengan hanya
memberikan rangsangan yang
bersesuaian dengan situasi-
situasi. Melalui rangsangan yang
diberikan, pelajar dapat
mengamalkan gerak balas
pelaziman.
30
Sebagai contoh, walaupun dalam
bentuk hadiah kecil, guru boleh
memberi ganjaran sebagai
rangsangan kepada pelajar
apabila mereka memperoleh
keputusan yang baik dalam
ujian. Secara tidak langsung,
pelajar akan berusaha dengan
sedaya upaya (gerak balas) untuk
mendapatkan hadiah tersebut
dan mencapai kecemerlangan
dalam akademik.
31
KELEMAHAN
Terdapat kelemahan yang telah
timbul iaitu proses pembelajaran
pelaziman atau pengulangan
memerlukan jangka masa yang
panjang. Dalam teori ini,
pelaziman dapat diterangkan
melalui pengulangan latihan. Hal
ini disebabkan pelaziman hanya
akan wujud setelah latihan yang
berterusan dalam suatu tempoh
masa yang telah ditetapkan.
32
TEORI
PEMBELAJARAN
BEHAVIOURISME
Edward Lee Thorndike
Burrhus Frederic Skinner
PELAZIMAN
OPERAN
33
TEORI
PEMBELAJARAN
BEHAVIOURISME
Edward Lee Thorndike
PELAZIMAN
OPERAN
34
EDWARD LEE
THORNDIKE
BIODATA
Thorndike dilahirkan di Williamsburg,
Massachusetts.
Beliau lulus dari The Roxbury (1891), di
West Roxbury, Massachusetts dan
Wesleyan University (1895).
Beliau mendapat gelar MA di Harvard
University pada tahun 1897.
Pada tahun 1898, beliau telah
menamatkan PhD-nya di Universiti
Colombia.
Beliau tinggal dan mengajar di
Colombia sampai pencen pada tahun
1940.
35
Hukum Pembelajaran
Mengikut Thorndike
Hukum Kesediaan
Hukum Latihan
Hukum Kesan
36 PELAZIMAN OPERAN
Edward Lee Thorndike
HUKUM PEMBELAJARAN MENGIKUT THORNDIKE
HUKUM
KESEDIAAN
LAW OF READINESS
Hukum ini merupakan perkara yang Mengikut Thorndike, hukum ini boleh
ditunjukkan semasa seseorang
signifikan dan asas sebelum seseorang pelajar bersedia untuk belajar, maka
pembelajaran yang dijalankan sangat
murid memulakan pembelajaran. efektif dan akan menghasilkan
kepuasan. Sebaliknya, apabila
Seseorang murid perlulah bersiap seseorang murid tidak bersedia
untuk belajar, paksaan belajar akan
sedia dari segi kognitif, psikomotor menimbulkan perasaan kecewa
ataupun kesakitan.
dan elektif sebelum sesi
pembelajarannya bermula.
Selain itu, penekanan terhadap
ganjaran hanya akan berkesan jika
murid mahu menerima ganjaran
tersebut. Contohnya, ganjaran
mungkin tidak akan berkesan untuk
menggembirakan murid jika dia tidak
bersedia untuk belajar.
37
HUKUM PEMBELAJARAN MENGIKUT THORNDIKE
HUKUM HUKUM
LATIHAN KESAN
LAW OF EXERCISE LAW OF EFFECT
Hukum Latihan menyatakan bahawa Hukum Kesan menjelaskan bahawa
latihan tertentu yang dijalankan
berulang-ulang kali akan hubungan rangsangan dengan
mengukuhkan ikatan atau asosiasi
gerak balas yang tertentu dengan gerak balas akan bertambah kukuh
rangsangan yang berkenaan.
sekiranya individu memperoleh
38
kesan yang melegakan selepas
gerak balasnya dihasilkan.
Sebaliknya, hubungan rangsangan
dengan gerak balas akan menjadi
lemah semasa gerak balas yang
kurang memuaskan atau kecewa
dihasilkan.
Hukum kesan lebih menekankan
implikasi tingkah laku yang telah
dibuat oleh seseorang individu.
Gerak balas yang menghasilkan
kesan yang memuaskan dipelajari
manakala gerak balas yang
kesannya mengecewakan tidak
dipelajari.
Eksperimen Thorndike
39 PELAZIMAN OPERAN
Edward Lee Thorndike
EKSPERIMEN
THORNDIKE
Seekor kucing yang lapar dimasukkan ke
dalam sebuah sangkar. Satu tuil yang
berfungsi sebagai anak kunci untuk
membuka pintu sangkar telah diletakkan
di dalam sangkar tersebut.
Semangkuk makanan diletakkan di luar
sangkar untuk dijadikan sebagai
rangsangan terhadap kucing. Kucing
yang lapar akan menjalani proses cuba
jaya untuk melepaskan diri dari sangkar.
Kucing tersebut terpijak tuil dan berjaya
keluar dari sangkar untuk makan
makanan.
Kucing tersebut mengulangkan perkara Sumber :
yang sama untuk mendapatkan https://powertothepeoplethefutureoflearningblog.wordpress.com/201
makanan di luar, namun kesilapan yang 7/10/14/edwardthorndike/
dilakukan semakin berkurang.
Langkah-langkah yang sama diulangkan HASIL
beberapa kali oleh kucing tersebut. EKSPERIMEN
40 Pembelajaran merupakan proses
cuba-ralat (trial and error) atau
memilih dan menghubungkaitkan
(selecting and connecting).
Aplikasi Teori Thorndike
1 KESEDIAAN MURID UNTUK BELAJAR
2 MEWUJUDKAN SITUASI PEMBELAJARAN
YANG MENYERONOKKAN
3 MEMBERI LATIHAN DAN PENGULANGAN
KEPADA MURID
41 PELAZIMAN OPERAN
Edward Lee Thorndike
APLIKASI TEORI
THORNDIKE
Kesediaan Murid Untuk Belajar
Kesiapan merupakan prasyarat untuk Persiapan ini boleh membantu
proses pembelajaran yang efektif.
Para pendidik boleh menyarankan pelajar-pelajar untuk lebih
anak muridnya untuk bersiap sedia
dari segi fizikal, sosial dan emosi memahami pengetahuan yang
sebelum kelas bermula.
diajar dan pelajar boleh
Sebagai contoh, para pelajar boleh
membaca topik-topik yang akan menanyakan guru tentang soalan
diajar oleh guru sehari sebelum guru
mengajar topik tersebut. yang disediakan terlebih dahulu.
Dengan ini, objektif pembelajaran
boleh dicapaikan dengan mudah.
42
Mewujudkan Situasi
Pembelajaran yang
Menyeronokkan
Situasi pembelajaran yang menyeronokkan
boleh diwujudkan melalui pemberian
ganjaran, motivasi dan peluang sama rata
kepada murid. Guru haruslah mengingati
bahawa hukum kesan yang menekankan
tentang pelajar akan mengulangi tindakan
mereka yang menerima kesan positif.
Oleh hal yang demikian, para guru haruslah
menggunakan pelbagai strategi dalam
proses pengajaran dan pembelajaran supaya
minat pelajar dapat dipertahankan.
Memberi Latihan dan
Pengulangan kepada
Murid
Berdasarkan hukum latihan yang ditegaskan
oleh Thorndike, para guru perlulah sentiasa
menyediakan latihan tubi dan kuiz untuk
mengukuhkan ingatan pelajar.
Sebagai misalan, seorang murid yang
banyak menyiapkan latihan Matematik yang
diberikan akan lebih memahami dan
mengingati langkah penyelesaian soalan-
soalan. Hal ini juga mengukuhkan dan
meningkatkan ingatan pelajar terhadap
topik telah dipelajari dalam kelas.
APLIKASI TEORI
THORNDIKE
43
Kelebihan dan Kekurangan
Teori Thorndike
44 PELAZIMAN OPERAN
Edward Lee Thorndike
TEORI PELAZIMAN
OPERAN THORNDIKE
Rajah bawah menunjukkan kelebihan dan kekurangan teori pelaziman operan
yang diperkenalkan oleh Edward Lee Thorndike.
Kelebihan Kekurangan
Proses pembelajaran Tidak mampu
yang lancar menjelaskan situasi
Pengalaman yang belajar yang kompleks
berharga dimiliki Teori cuba-ralat tidak
Minat pembelajaran berlaku mutlak bagi
murid ditingkatkan manusia
KELEBIHAN
Kelebihan teori ini ialah proses pembelajaran
akan berjalan lancar sekiranya ketiga-tiga
hukum pembelajaran Thorndike diamalkan
oleh pelajar.
Selain itu, pengalaman yang berharga akan
dimiliki sekiranya pelajar menjalankan proses
cuba-ralat (trial and error), iaitu berulang-ulang
untuk mengatasi sesuatu permasalahan.
Bukan itu sahaja, pemberian hadiah atau
motivasi guru dapat membantu pelajar-pelajar
lebih berminat untuk belajar dan menuju ke
sasaran mereka.
KEKURANGAN
Kekurangannya ialah teori ini tidak mampu
menjelaskan situasi belajar yang kompleks.
Hal ini demikian kerana terdapat banyak hal
lain yang berkaitan dengan pendidikan atau
pembelajaran kecuali hubungan antara
rangsangan dan gerak balas.
Sehubungan dengan itu, teori cuba-ralat (trial
and error) tidak berlaku mutlak bagi manusia
kerana teori ini terlalu memandangkan
manusia sebagai mekanisme dan automatik
semata-mata disamakan dengan haiwan.
45
TEORI
PEMBELAJARAN
BEHAVIOURISME
Burrhus Frederic Skinner
PELAZIMAN
OPERAN
46
TOKOH PELAZIMAN OPERAN
Burrhus Frederic Skinner
AHLI PSIKOLOGI AMERIKA SYARIKAT
1904-1990
Beliau berhenti menulis dan Beliau menerima Ijazah Kesusasteraan
Bahasa Inggeris di Kolej Hamilton pada
mengkhususkan dirinya dalam bidang tahun 1926 dan beliau juga menulis dan
berkarya sementara itu.
psikologi tingkah laku haiwan di Universiti
Selepas mendapat ijazah kedoktoran (PhD),
Harvard selepas mendapat inspirasi Skinner bekerja sebagai pengajar di
Universiti Minnesota.
daripada penulisan Watson dan Pavlov.
Beliau menjadi dekan Fakulti Psikologi
Universiti Indianna.
Skinner menerima jabatan guru besar
psikologi di Universiti Harvard.
47
Eksperimen Skinner
48 PELAZIMAN OPERAN
Burrhus Frederic Skinner
SEKKISNPNEERRIMEN
Reprinted from "Skinner Box", by BioRender, August 2019, retrieved from https://app.biorender.com/biorender-
templates/figures/5c95180bc2753f33003dacd3/t-5e5ad6d67701b80089960c57-skinner-box Copyright 2021 by BioRender.
Eksperimen Skinner dibahagikan kepada tiga bahagian utama.
A PELAZIMAN OPERAN
01. Seekor tikus yang lapar diletakkan ke dalam Kotak
Skinner yang dilengkapi dengan alat penekan dan sebiji
lampu pada dindingnya.
02. Pada permulaannya, tikus itu berlari-lari di dalam kotak
untuk mencari makanan. Apabila tikus itu terpijak alat
penekan, biji-biji makanan terkeluar.
03. Proses yang sama diulangi beberapa kali sehingga tikus
itu mendapati bahawa makanan akan diperolehi jika alat
penekan itu dipijak.
HASIL
EKSPERIMEN
Perbuatan menekan butang untuk mendapat makanan
dinamakan pelaziman operan. Pembelajaran melalui cara
ini dikatakan sebagai pembelajaran melalui pelaziman.
Eksperimen ini menunjukkan bahawa satu gerak balas
49 hanya akan berulang jika mendapat ganjaran.
SEKKISNPNEERRIMEN
Reprinted from "Skinner Box", by BioRender, August 2019, retrieved from https://app.biorender.com/biorender-
templates/figures/5c95180bc2753f33003dacd3/t-5e5ad6d67701b80089960c57-skinner-box Copyright 2021 by BioRender.
Eksperimen Skinner dibahagikan kepada tiga bahagian utama.
B PROSES PENGHAPUSAN
01. Skinner memutuskan hubungan makanan dengan alat
penekan.
02. Makanan tidak terkeluar apabila alat penekan ditekan
oleh tikus tersebut.
03. Perulangan situasi ini menyebabkan tikus itu berhenti
untuk menekan butang tersebut
HASIL
EKSPERIMEN
Fenomena ini dihuraikan oleh Skinner sebagai
proses penghapusan, iaitu tikus akan berhenti
memijak alat penekan (gerak balas) selepas
makanan (ganjaran) tidak dikeluarkan lagi. Dengan
kata lain, sekiranya ganjaran dihentikan, gerak
balas tersebut akan hilang juga.
50