The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Ebook PGA101
Universiti Sains Malaysia

Disediakan oleh:
Cheryl Kuan Mei Zi (152613)
Cindy Lee Kah Hui (153213)

Music Info: Long Calming Piano Background by DS Productions
Music Link: https://youtu.be/duWhDWRSWZ8

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Cindy Lee, 2021-05-30 23:53:45

Teori Pembelajaran Behaviorisme

Ebook PGA101
Universiti Sains Malaysia

Disediakan oleh:
Cheryl Kuan Mei Zi (152613)
Cindy Lee Kah Hui (153213)

Music Info: Long Calming Piano Background by DS Productions
Music Link: https://youtu.be/duWhDWRSWZ8

Keywords: Teori Pembelajaran Behaviorisme,PGA101,Pelaziman Klasik,Pelaziman Operan

SEKKISNPNEERRIMEN

Reprinted from "Skinner Box", by BioRender, August 2019, retrieved from https://app.biorender.com/biorender-
templates/figures/5c95180bc2753f33003dacd3/t-5e5ad6d67701b80089960c57-skinner-box Copyright 2021 by BioRender.

Eksperimen Skinner dibahagikan kepada tiga bahagian utama.

C PEMBELAJARAN DISKRIMINASI

01. Skinner menyambung hubungan lampu dengan alat
penekan. Jadi, lampu akan menyala dan makanan akan
dikeluarkan apabila tikus memijak alat penekan.

02. Jika lampu tidak menyala, makanan tidak akan
dikeluarkan.

03. Proses ini diulang-ulang sehingga tikus hanya memijak
alat penekanan apabila lampu menyala sahaja.

HASIL
EKSPERIMEN

Fenomena ini dihuraikan sebagai
pembelajaran diskriminasi, iaitu tikus telah
belajar konsep diskriminasi dengan mengenal
pasti masa yang sesuai untuk memijak alat

penekan untuk mendapat makanan.

51

Konsep Teori Pelaziman
Operan Skinner

52 PELAZIMAN OPERAN
Burrhus Frederic Skinner

KONSEP
TEORI

PELAZIMAN OPERAN
BURRHUS FREDERIC SKINNER

DEFINISI

Teori Pelaziman Operan Skinner menyatakan
bahawa perkembangan keperibadian
seseorang atau perilaku merupakan akibat
daripada gerak balas terhadap kejadian
luaran yang berlaku. Dalam kata lain, tingkah
laku seseorang merupakan reaksi terhadap
stimulus tertentu.

PROSES-PROSES

01 PENEGUHAN POSITIF

02 PENEGUHAN NEGATIF

03 DENDAAN

04 PRINSIP PREMACK

05 PELUPUSAN

53

KONSEP TEORI PELAZIMAN OPERAN SKINNER

PROSES-PROSES

01 PENEGUHAN POSITIF

Peneguhan positif adalah memberi sesuatu ganjaran
atau hadiah setelah sesuatu perlakuan dilaksanakan.
Hal ini dapat menggalakkan individu tersebut
mengulangi dan memperkuat perlakuan itu.

02 PENEGUHAN NEGATIF

Peneguhan negatif ialah pemberian rangsangan yang
tidak selesa atau menyakitkan selepas sesuatu tingkah
laku ditunjukkan.

03 DENDAAN
04
Dendaan merupakan satu proses atau langkah untuk
melemahkan atau mengurangkan perulangan tingkah
laku yang tidak diingini. Namun, dendaan yang
dilaksanakan akan mendatangkan kesan negatif.

PRINSIP PREMACK

Konsep utama Prinsip Premack adalah mengaitkan
aktiviti yang kurang diminati kepada aktiviti yang lebih
diminati supaya tingkah laku terhadap aktiviti yang
kurang diminati dapat dikukuhkan.

05 PELUPUSAN

Pelupusan didefinisikan sebagai perlakuan yang tidak
diberikan peneguhan akan lupus dengan sendirinya.

54

Aplikasi Teori Skinner

55 PELAZIMAN OPERAN
Burrhus Frederic Skinner

PELAZIMAN OPERAN BURRHUS FREDERIC SKINNER

PEMBERIAN Kemahiran atau teknik yang baru dipelajari
PENEGUHAN haruslah diberi peneguhan secara
POSITIF DALAM berterusan dan diikuti secara berkala
supaya dapat dikukuh dan dikekalkan. Para
KELAS guru harus menghayati bahawa peneguhan
positif yang membawa keseronokan adalah
lebih berkesan daripada peneguhan negatif
yang membawa kesakitan.

Jadi, para guru wajarlah menyediakan
ganjaran atau hadiah mengikut kesukaan
anak muridnya. Ganjaran haruslah
diberikan mengikuti kadar kepayahan
tingkah laku yang diingini dilakukan oleh
pelajar.

APLIKASI TEORI SKINNER

Walaupun peneguhan negatif efektif untuk BERHATI-HATI
mengawal tingkah laku anak murid, namun SEMASA
peneguhan negatif yang kurang sesuai akan MEMBERI
menimbulkan kesan yang menyakiti hati
anak murid. PENEGUHAN
NEGATIF
Oleh hal yang demikian, para guru
dinasihatkan agar menggunakan prinsip
Jadual Peneguhan Skinner untuk merancang
dan melaksanakan peneguhan berterusan
dan berkala yang berpatutan bagi menjamin
tingkah laku operan itu dapat dikukuh dan
dikekalkan.

56

Kelebihan dan Kekurangan
Teori Skinner

57 PELAZIMAN OPERAN
Burrhus Frederic Skinner

TEORI PELAZIMAN
OPERAN SKINNER

Rajah bawah menunjukkan kelebihan dan kekurangan teori pelaziman operan
yang diperkenalkan oleh Burrhus Frederic Skinner.

Kelebihan Kekurangan

Guru dinasihatkan Kesan yang tidak
agar menghargai dan menyeronokkan dibawa
menyayangi murid oleh hukuman atau
Penghapusan sistem peneguhan negatif
hukuman Melakukan sesuatu
Minat pembelajaran demi ganjaran sahaja
murid ditingkatkan

KELEBIHAN

Para guru dinasihatkan agar menghargai
dan menyayangi setiap anak didiknya. Selain
itu, teori ini menyumbang kepada
penghapusan sistem hukuman kepada para
murid. Perkara ini telah menghasilkan
suasana pembelajaran yang seronok dan
selamat supaya kesalahan para pelajar dapat
dikurangkan dan minat belajar akan
ditingkatkan.

KEKURANGAN

Hukuman ataupun peneguhan negatif akan
menghasilkan tingkah laku yang diharapkan
dibetulkan, namun hukuman atau
peneguhan negatif boleh membawa kesan
yang tidak menyeronokkan. Misalnya,
penggunaan hukuman verbal mahupun
fizikal seperti kata-kata kasar, ejekan, dan
cubitan boleh menyakiti seseorang individu.

Di samping itu, seseorang individu mungkin
melakukan sesuatu demi mendapatkan
ganjaran sahaja. Hal ini mungkin disebabkan
teori ini yang amat menekankan kepentingan
ganjaran dalam proses pembelajaran.

58

KONKLUSI

Ivan Petrovich Pavlov dan John Broadus Watson memperkenalkan pelaziman klasik,
manakala Edward Lee Thorndike dan Burrhus Frederic Skinner memperkenalkan
pelaziman operan. Pelaziman Klasik menekankan bahawa tingkah laku yang bersifat
pasif dilakukan selepas rangsangan, manakala pelaziman operan menekankan bahawa
tingkah laku yang kesan daripada rangsangan dan peneguhan.

Ahli-ahli psikologi seperti Ivan Petrovich Pavlov, John Broadus Watson dan lain-lain
berpendapat bahawa peneguhan harus disesuaikan dengan situasi-situasi yang khusus.
Peneguhan tidak sepatutnya diberikan secara berterusan atau dengan paksaan kerana
perkara ini hanya akan mengurangkan keberkesanannya.

Memang tidak dapat dinafikan bahawa para guru memainkan peranan yang signifikan
dalam menjalankan aktiviti yang menarik untuk mendorong murid bergiat aktif dalam
proses pembelajaran di dalam kelas. Aktiviti-aktiviti ini mampu meningkatkan hubungan
antara rangsangan dan gerak balas.

Akhir sekali, ganjaran dan peneguhan yang membawa kepada tindak balas positif
perlu diberikan kepada murid agar dapat membantu para pelajar berkembang dengan
seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.

59

RUJUKAN

Asim, A. (n.d.). Behavioural Learning Theory.
http://ahmadasim.blogspot.com/p/cognitive-learning-theory.html

BioRender. (2021). Skinner box. BioRender App. https://app.biorender.com/biorender-
templates/figures/5c95180bc2753f33003dacd3/t-5e5ad6d67701b80089960c57-
skinner-box%20Copyright%202021

Catpeart. (2017, October 14). Edward L. Thorndike & The Behaviourist Learning Theory.
Power to the people. https://powertothepeoplethefutureoflearningblog.wordpress.com
/2017/10/14/edwardthorndike/

Edwar, E. (2018, June 11). John Broadus Watson – Teori Belajar Behaviorisme (Behavioral
Learning Theory – Classical Conditioning Theory). Erwin Edwar.
http://www.erwinedwar.com/2018/06/john-broadus-watson-teori-belajar.html

Pavlov (1927) Salivation Reflex in Dogs. (n.d.). Psychology Wizard.
https://www.psychologywizard.net/pavlov-ao1-ao3.html

Qadeer, Z. (2020, June 2). What are some of the creepiest experiments ever done in
human history? Quora. https://www.quora.com/What-are-some-of-the-creepiest-
experiments-ever-done-in-human-history/answer/Zaigham-Qadeer-3

Schunk, D. H. (2011). Learning Theories: An Educational Perspective (6th ed.). Pearson
Education.

Teha D. (2010). Teori Watson - Pelaziman Tingkah Laku.
https://teoripembelajaranbehavioris.blogspot.com/2010/09/teori-watson-pelaziman-
tingkah-laku.html?fbclid=IwAR2eK95i7uDLQTMeM5ulcuiKCx8VlbLaOm20ihu_
J38F6KlfXB_UkXiJEeo

Teha D. (2010). Teori Ivan Pavlov - Pelaziman Klasik.
https://teoripembelajaranbehavioris.blogspot.com/2010/09/teori-ivan-pavlov-
pelaziman-klasik.html?fbclid=IwAR1vN7AQqIxj9K2nOl78DiFZj_x7VzYziM7vXml
WddX1_YVcRdB1XR3_ixo

60


Click to View FlipBook Version