The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Produk inovasi (buku prosiding printis 2020)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by e_ieda81, 2020-12-21 23:49:27

produk inovasi (buku prosiding printis 2020)

Produk inovasi (buku prosiding printis 2020)

DREAM HOUSE

KETUA PENYELIDIK
Sal Sabrina Binti Ahmad Shaidi , SMKA (P) Alawiyah
Abstrak

Dream House terdiri daripada sebuah lif yang mempunyai info berkenaan kaedah istinba’
hukum. Selain itu, terdapat beberapa patung yang mewakili golongan yang perlu meminta izin
mengikut situasi tertentu serta sahabat yang terlibat dalam sebab nuzul ayat. Di samping itu,
pokok-pokok yang dihiasi di halaman rumah mewakili adab sebelum memasuki bilik ibu bapa
dan kepentingan melaksanakan tuntutan wajib meminta izin sebelum memasuki bilik.
Seterusnya, rumah empat tingkat yang mempunyai tiga bilik dengan waktu yang berbeza iaitu
sebelum Subuh, sebelum Zohor dan selepas Isyak yang mewakili tiga waktu yang wajib
meminta izin. Akhir sekali, replika rumah Rasulullah yang digunakan untuk menceritakan
sebab-sebab nuzul ayat dan di dalamnya terdapat kad-kad yang dicampur dengan isi-isi bagi
kepentingan melaksanakan tuntutan wajib meminta izin sebelum memasuki bilik dan adab
sebelum memasuki bilik ibu bapa.

88

SMART DUSTER

KETUA PENYELIDIK
Umairah Binti Mohd Nadzir , MRSM Arau
Abstrak

Inovasi Smart Duster dalam bidang umum adalah produk pemadam papan putih yang lebih
efisien. Penggunaan pemadam papan putih yang tidak efisien di dalam kelas menyebabkan
guru mengambil masa yang lama untuk memadam papan putih dan masa pembelajaran pelajar
juga dibazirkan dengan menunggu guru memadam papan putih. Ia juga menghabiskan tenaga
untuk memadam papan putih secara konvensional. Setelah membuat kajian, guru mengambil
masa hampir 7 minit untuk memadam papan putih bersaiz 120 × 240 cm. Dengan Smart Duster,
ia memberi impak baik dengan memudahkan guru untuk memadam papan putih dan ia dapat
menjimatkan masa . Produk ini mudah digunakan oleh guru kerana Smart Duster ini
menggunakan alat kawalan jauh yang menggunakan bateri dan ia mudah digunakan kerana
reka bentuk alat kawalan jauhnya yang diinspirasikan daripada alat kawalan jauh kereta
mainan. Jelaslah terbukti bahawa Smart Duster memudahkan guru mengajar dan lebih
menjimatkan masa guru daripada membuang masa dengan memadam papan putih.

89

EZY GO GREEN(EGG)

KETUA PENYELIDIK
Ajriyatul Aiffa Husna Binti Husaini , SMK Syed Hassan

Abstrak

Ezy Go Green (EGG) dihasilkan bagi memenuhi keperluan sendiri semasa Perintah Kawalan
Pergerakan (PKP) kali pertama di mana sukar untuk mendapatkan fungsi baja dan racun organik
yang baik sebagai penggalak tumbesaran pokok, di samping dapat menguruskan sisa buangan
domestik yang banyak. Penghasilan EGG juga adalah 100% dihasilkan dengan menggunakan sisa
terbuang yang berasaskan organik kerana tiada bahan kimia dimasukkan. EGG dihasilkan
dengan menggunakan air hujan yang ditadah dan juga kulit telur , sisa-sisa sayuran dan buah-
buahan yang boleh didapati dari dewan makan asrama dan kantin sekolah. Kesemua bahan
buangan ini akan diletakkan di dalam tong yang ditutup rapi agar lalat tidak dapat masuk dan
juga mempunyai sistem penapis yang dapat mengasingkan bahan berbentuk pepejal dan
dibiarkan terurai selama 3-5 bulan. Apabila bahan buangan ini terurai, ia akan menghasilkan
cecair EGG yang berbaur sedikit masam, ada juga cecair EM yang berbau 'manis'. Cecair
bewarna perang yang terhasil dari proses ini dipanggil EGG dan ia yang akan dicampurkan
bersama bahan kompos asli untuk diperam dan dijadikan baja kompos yang sempurna. EGG
berpotensi dipasarkan dengan mudah kerana kos penghasilan bahan yang rendah dan mudah
didapati serta mampu milik.

90

E-CONSTRUCTION TECHNOLOGY MASTERY

KETUA PENYELIDIK
Saidatul Aishah Binti Azemi, Kolej Komuniti Arau
Abstrak

Subjek Teknologi Pembinaan yang menggunakan banyak terminologi teknikal agak sukar
difahami oleh sesetengah pelajar yang tidak mempunyai latarbelakang teknikal sejak di
peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Oleh itu, nota digital ini diwujudkan dalam
menyediakan nota asas bagi subjek Teknologi Pembinaan dengan menggunakan kaedah ringkas
yang mudah difahami. Nota ini dapat menarik minat pelajar untuk mempelajari subjek
Teknologi Pembinaan disamping meningkatkan motivasi pelajar bagi meneruskan usaha untuk
terus cuba memahami terminologi teknikal. Selain itu, ia juga mempunyai paparan warna yang
ceria untuk menarik minat pelajar dalam mempelajari subjek Teknologi Pembinaan. Sebagai
penambahbaikan dimasa hadapan, ia juga perlu mempunyai penera`ngan berbentuk audio.
Kesimpulannya nota digital ini mudah untuk dibawa kemana-mana. Ia juga dapat meningkatkan
pemahaman serta minat pelajar terhadap subjek Teknologi Pembinaan.

91

WATER-BASED PORTABLE COOKER HOOD

KETUA PENYELIDIK

Ida Rohayu Binti Mohd Romli ,Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin

Abstrak

Pendedahan terhadap pencemaran udara dalam jangka panjang atau pendek telah dikaitkan
dengan kesan kesihatan yang boleh menyebabkan peningkatan kadar mortaliti dan morbiditi.
Salah satu faktor penyumbang yang diabaikan terhadap masalah ini adalah asap memasak yang
mengandungi bahan zarah terampai 2.5 (pm2.5) yang telah dikaji dengan teliti dan biasa
digunakan sebagai petunjuk pencemaran udara. Asap memasak yang tidak terkawal dan tidak
dirawat oleh mana-mana alat kawalan pencemaran dan kurangnya kesedaran di kalangan
peniaga mahupun pengendali makanan dikenal pasti sebagai salah satu faktor yang
mempengaruhi kualiti hidup. Oleh itu, objektif inovasi ini adalah untuk merangka dan
menghasilkan produk inovatif yang dapat mengatasi masalah yang telah dikenal pasti. Water-
Based Portable Cooker Hood yang berasaskan air, menggunakan sistem penyaringan atau
penapisan yang dibangunkan dan berfungsi sendiri untuk merawat asap memasak dan
mengukur perubahan zarah terampai pm2.5, sebelum dan selepas rawatan menggunakan alat
pengesan kualiti udara. Inovasi ini direka dengan mudah dan berfungsi untuk merawat asap
memasak sebelum dilepaskan kembali ke persekitaran, termasuk mempromosikan amalan
memasak yang mesra alam dan juga membantu peniaga makanan untuk memiliki hud
memasak yang sesuai untuk kegunaan di luar premis. Keistimewaan produk ini memainkan
peranan utama untuk mendapatkan kerjasama orang ramai untuk mencapai matlamat
mengurangkan pencemaran udara di peringkat domestik. Hasil kajian menunjukkan bahawa
Water-Based Portable Cooker Hood yang berasaskan air secara signifikan telah mempengaruhi
kualiti udara yang dibebaskan dan bertanggungjawab dalam mengurangkan tahap bacaan
pm2.5. Di samping itu,
ia dilihat sebagai satu kaedah
yang dapat menyalurkan amalan
memasak secara konvensional
kepada amalan yang lebih selamat
yang dapat menghasilkan udara bersih
dan dikembalikan ke persekitaran

92

E-KENDERAAN KK ARAU

KETUA PENYELIDIK
Zainudin Bin Yahya ,Kolej Komuniti Arau

Abstrak

E-Kenderaan KKA merupakan sistem pergerakan kenderaan Kolej Komuniti Arau yang
dibangunkan untuk memudahkan kakitangan Kolej Komuniti Arau untuk medapatkan
maklumat semasa pergerakan kenderaan jabatan di Kolej Komuniti Arau. Ini juga bertujuan
untuk membantu warga kolej menjimatkan masa untuk menempah kenderaan kolej tanpa
perlu pergi ke pejabat pentadbiran. E-Kenderaan KKA juga dapat memudahkan pihak
pentadbiran mengemaskini tempahan kenderaan Kolej Komuniti Arau secara terus di atas
talian. Melaui sistem ini, setiap pengguna yang hendak menggunakan kenderaan jabatan perlu
memohon melalui sistem ini. Selepas diluluskan oleh pegawai, pengguna tersebut boleh
menyemak status permohonannya. Semasa kenderaan keluar atau masuk melalui pintu pagar,
pengawal akan merekodkan masa ke dalam sistem ini. Kenderaan setiasa boleh dipantau sama
ada telah keluar atau belum pulang. Antara impak penggunaan sistem ini ialah dapat
memudahkan kakitangan Kolej Komuniti Arau untuk membuat tempahan kenderaan di mana
sahaja lokasi yang mempunyai rangkaian internet di samping mengelakkan daripada berlaku
pertindihan penempahan kenderaan. Secara tidak langsung, ia juga dapat menjimatkan kos dan
masa dalam membuat pengurusan tempahan kenderaan.

93

SIRES: SISTEM REKOD SI J I L KOLEJ KOMUNITI
ARAU

KETUA PENYELIDIK
Norhayati Md Sharif ,Kolej Komuniti Arau

Abstrak

SiReS: Sistem Rekod Sijil Kolej Komuniti Arau adalah sistem pengurusan rekod dan sijil secara
elektronik. Sistem ini dibangunkan khusus bagi membantu unit peperiksaan Kolej Komuniti
Arau Perlis (KKAP) dalam mengendalikan rekod dan sijil dengan sistematik. Ini berikutan
masalah dalam mengenalpasti lokasi fail, sijil dan transkrip pelajar di dalam simpanan unit
peperiksaan. Justeru itu, tujuan utama pembangunan dan pelaksanaan SiReS adalah membantu
institusi meningkatkan mutu pengurusan rekod yang lebih sistematik. Objektif khusus
pembangunan SiReS adalah untuk membolehkan unit peperiksaan KKAP menyimpan rekod sijil
dengan lebih sistematik dan teratur selain menjimatkan masa, kos dan tenaga dengan
mempercepatkan proses carian sijil pelajar. Sistem ini juga dapat memudahkan pengguna
menyemak status sijil dan transkrip para pelajar sama ada telah diambil atau belum. Impak dari
sistem ini, pengguna boleh mengenalpasti fail, sijil dan transkrip melalui sistem dengan lebih
pantas. Ini kerana penggunaan hanya perlu menaip sahaja di dalam sistem dan akan terus
mendapat maklumat simpanan ke fail yang khusus. Selain itu, SiReS dapat menyokong Green
Technology kerana menyokong penggunaan paperless. SiReS huga berkonsep mesra pengguna
kerana bahan sumber dapat dicapai dengan mudah dan mengaplikasikan kaedah
perkomputeran selaras dengan teknologi terkini Revolusi Industri 4.0.

94

INTELLIGENT CERTIFICATE (ICERT)

KETUA PENYELIDIK
Nasrul Effendy Bin Mat Nasir ,Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin
Abstrak

95

INTERACTIVE INTERNSHIP COMPACT GUIDELINES
(i-ICG)

KETUA PENYELIDIK
Mohd Zulfabli Bin Hasan ,Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin

Abstrak

Interactive Internship Compact Guidelines atau dikenali sebagai i-ICG adalah satu nota padat
berkenaan garis panduan latihan industri Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Perlis. Produk ini
dibangunkan seiring dengan revolusi industri 4.0 menggunakan Internet of Things (IoT) dan
Augmented Reality Technology (AR) yang mana dua (2) daripada sembilan (9) teras utama
dalam revolusi industri 4.0 (IR4). Sejajar dengan evolusi generasi Z pada masa kini, kajian
menunjukkan generasi Z lebih berminat kepada penggunaan teknologi, aplikasi telefon pintar
dan nota interaktif. Justeru, projek ini dibangunkan bagi menepati kehendak generasi Z supaya
proses pembelajaran dan pengajaran (P&P) dapat diteruskan dan saling memenangi antara
kedua-dua pihak (win-win situation). Di samping itu, latihan industri juga memainkan peranan
penting dalam membentuk dan menghasilkan graduan yang berkualiti sebelum menamatkan
pengajian di IPTA/IPTS. Oleh itu, Unit Perhubungan & Latihan Industri mengambil pendekatan
dengan menghasilkan garis panduan latihan industri yang interaktif kepada para pelajar yang
bakal menjalani latihan industri di PTSS supaya informasi dan garis panduan yang perlu diikuti
mampu disampaikan dengan cara yang paling terbaik kepada para pelajar. Kaedah yang
digunakan dalam menghasilkan nota ini adalah dengan menggunakan perisian Sparkol
videoscribe, penggunaan quick respond (QR) dan Augmented Reality technology (AR) dengan
bantuan aplikasi Zappar digunakan untuk mencapai pautan video tersebut. Secara tidak
langsung, penjanaan kod QR dan AR ini mampu menyokong teknologi hijau dengan
penggurangan penggunaan kertas (paperless). Hasil daripada penggunaan i-ICG ini, para pelajar
lebih memahami dan lebih berminat untuk mendapatkan informasi kerana ia dibekalkan
dengan cara yang menarik melalui video dan penyampaian yang interaktif. Hasil ujilari i-ICG ini
menunjukkan 98% pelajar tertarik dengan nota tersebut. Oleh itu, i- ICG ini telah diguna pakai
dan mendapat maklumbalas yang positif.

96

COVKIT ORGANIZER

KETUA PENYELIDIK
Nur Ilyani Bt Ramly ,Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin

Abstrak

CovKit Organizer dihasilkan untuk memenuhi keperluan rakyat Malaysia yang sedang menjalani
kehidupan norma baharu kesan daripada penyebaran wabak Corona Virus Desease – 2019
(COVID-19). Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menyarankan beberapa amalan bagi
pencegahan COVID-19 antaranya seperti menyaring suhu badan, memakai pelitup hidung dan
mulut serta mengamalkan penjarakkan sosial untuk mengekang penyebaran wabak. Justeru,
segala aktiviti telah berubah daripada kebiasaan bagi memastikan semua individu patuh
dengan Standard Operation Procedures (SOP) yang telah ditetapkan. Ini merupakan cabaran
yang perlu dihadapi oleh semua pihak bagi memastikan (SOP) dipatuhi. CovKit Organizer direka
khas untuk semua golongan masyarakat dan merupakan produk mampu milik. Kewujudan
produk ini untuk memudahkan individu sentiasa peka untuk membawa pelitup hidung dan
mulut serta hand sanitizer setiap masa. CovKit Organizer membawa maksud CovKit Organizer
yang mengandungi pelitup hidung dan mulut serta hand sanitizer di dalam satu bekas kecil. Kit
ini boleh diletak di dalam beg tangan wanita atau dijadikan sling bag bagi lelaki. CovKit
Organizer menggunakan bahan-bahan ringkas seperti fabrik fennal dan butang (untuk dijadikan
kit) manakala di dalamnya terdapat hand sanitizer, dan pelitup hidung dan mulut. KKM telah
menyarankan kaedah yang betul untuk menyimpan pelitup hidung dan mulut semasa makan,
iaitu tidak boleh meletakkannya di bawah dagu. Arahan itu turut menyatakan penutup muka
perlu dibuka sepenuhnya ketika melakukan aktiviti berkaitan di bahagian muka. Maka dengan
adanya kit ini selain mudah untuk dibawa, ia dapat menyimpan pelitup hidung dan mulut
dengan kaedah yang betul. Kesimpulannya produk ini dapat membantu masyarakat dalam
mengamalkan norma baharu bagi berdepan dengan wabak Covid-19.

97

e4P@KKAPS (ePENDAFTARAN PENYERTAAN
PROGRAM PELAJAR @ KKAPS)

KETUA PENYELIDIK
Mohd Khairul Anuar Mat Kupli, Kolej Komuniti Arau

Abstrak

Unit Pembangunan Pelajar diwujudkan bagi memastikan proses pendaftaran pelajar serta
pembangunan pelajar berjalan dengan sistematik, teratur dan lancar. Selaku mantan pegawai
pengambilan serta inisiatif unit Pembangunan Pelajar telah mewujudkan satu sistem yang
dikenali sebagai e4P@KKAPs (ePendaftaran Penyertaan Program Pelajar @ KKAPs). Kewujudan
sistem ini adalah ekoran daripada pemasalahan yang wujud hasil daripada pemerhatian di
kaunter Unit Pembangunan Pelajar yang tidak tersusun dengan dokumen-dokumen melibatkan
penyertaan aktiviti pelajar. Keadaan ini disebabkan pelajar terpaksa mengisi borang penyertaan
sesuatu aktiviti dalam tempoh 1-2 minit bagi menyertai aktiviti yang bakal dilaksanakan oleh
Unit Pembangunan Pelajar. Dengan kewujudan sistem ini, peruntukan masa yang diperlukan
oleh seseorang pelajar bagi melengkap maklumat yang kehendaki bagi menyertai sebarang
aktiviti Kolej Komuniti Arau yang telah dirancang adalah kurang daripada 20 saat. Inovasi ini
dilihat sebagai cara terbaik untuk menggantikan kaedah manual kepada kaedah yang lebih
bersistematik yang mana ianya dapat mengurangkan penggunaan kertas, menjimatkan kos,
masa serta melancarkan proses pendaftaran penyertaan sesuatu aktiviti yang melibatkan
pelajar. Secara tidak langsung, segala aktiviti-aktiviti yang dirancang sebelumnya dapat direkod
untuk penyediaan laporan bulanan dan tahunan.

98

e-GREEN MOSQUE GUIDE (e-GMG)

KETUA PENYELIDIK
Rita Nurshahrizad Binti Mohd Radzi ,Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin

Abstrak

e-Green Mosque Guide (e-GMG) merupakan satu kaedah mudah dan pantas dalam memberi
panduan praktikal tentang amalan hijau di masjid. Ia dihasilkan bagi memenuhi keperluan
masjid dalam memberi kesedaran kepada pengunjung berkaitan amalan hijau dengan lebih
mudah dan berkesan terutamanya bagi menyelesaikan masalah berkaitan alam sekitar. Bagi
mengaplikasikan e-GMG, Masjid al Hussain, yang terkenal sebagai sebuah tarikan pelancongan
di Perlis telah dipilih ekoran isu bil air dan bil elektrik yang tinggi serta pencemaran udara dan
sampah yang dihadapinya. Justeru, e-GMG dihasilkan dengan menggunakan aplikasi Quick
Respond (QR) code yang dicetak pada poskad Masjid al Hussain sebagai medium akses untuk
pengunjung mendapatkan maklumat dan panduan amalan hijau dan amalan sunnah musafir
secara interaktif. Penggunaan e-GMG dapat memberi panduan praktikal dan seterusnya
meningkatkan kesedaran kepada pengunjung tentang amalan hijau di masjid. Dengan ini, isu bil
air dan bil elektrik yang tinggi serta pencemaran udara dan sampah dapat dibendung.
Penggunaan e-GMG diharap dapat diperluaskan lagi kepada institusi masjid yang lain sebagai
satu usaha bagi mendapatkan pengiktirafan Green Mosque.

99

KATS: KOLEJ KOMUNITI ARAU TIMETABLES
SYSTEM

KETUA PENYELIDIK
Hasnurul Nazimah Hashim, Kolej Komuniti Arau
Abstrak

KATS: Kolej Komuniti Arau Timetables System merupakan sistem penjadualan waktu kuliah
secara atas talian di Kolej Komuniti Arau. Dengan menggunakan sistem ini, seseorang
penyelaras jadual waktu tidak perlu lagi membuat instalasi perisian pada sesebuah komputer.
Dengan menggunakan komputer dan sambungan ke internet, penyelaras jadual waktu
berkenaan boleh membina jadual waktu kuliah walau di mana beliau berada. Melalui sistem
KATS pelbagai urusan dan masalah berkaitan dengan penjadualan dapat dilakukan dengan
mudah, cepat dan berkesan. KATS juga dapat menjimatkan kos dan masa pihak pengurusan
kolej, pensyarah dan pelajar dalam menguruskan dan merancang jadual waktu akademik di
Kolej Komuniti Arau

100

COVID-19 TRACKER

KETUA PENYELIDIK
Nur Nadina Binti Anuar ,Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin

Abstrak

Mobile application system has become a daily necessity, simplifying tasks and matters with
itsexistence. Like the rest of the world, Malaysia, too, could not escaped from falling victim to
the deadly Covid-19 pandemic. The Malaysian government has proactively carried out the
Movement Control Order (MCO) in effort to curb the spread of the virus in Malaysia.
Furthermore, the Enhanced Movement Control Order (RCMO) were strictly enforced on the
worst affected area and listed as the red zones. Nevertheless, there are new cases reported in
new areas, believed to brought in by Covid-19 carrier(s) from the red zones. Returning
Malaysians from foreign countries are also the main contributors to Covid-19 positive cases in
Malaysia and the possibility for these returnees failing to adhere to the mandatory home
quarantine order make the situation more worrisome. The inefficiency in the current data
collecting system and the returnees’ status are the main cause of the stated concerns. On that
account, the main purpose for the proposal to build an integrated application named as COVID
Tracker in collecting the data on those who are at higher risk of being infected with COVID- 19
and track the movement and whereabouts of COVID-19 high-risk individual. The produced
application will be beneficial to avoid the virus from spred. Only by rapid identification and
tracking movement of these high-risk individuals whenever they are in public areas will allow
the curbing of the spread of this deadly virus, Covid-19, in Malaysia.

101

BABY SAFETY,

KETUA PENYELIDIK
Fariza Binti Ishak, Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin

Abstrak

Insiden bayi yang tertinggal di dalam kenderaan oleh pemandu sehingga menyebabkan
kematian bukanlah suatu yang janggal. Dalam konteks Malaysia, data yang dibentang di Dewan
Rakyat pada Ogos 2020 menunjukkan sejak dari tahun 2018 sehingga Ogos 2020 terdapat enam
kematian direkodkan berkaitan bayi yang ditinggalkan di dalam kenderaan akibat kecuaian yang
tidak diinginkan oleh mana - mana ibubapa. Walaupun bilangan ini dilihat rendah berbanding
kemalangan melibatkan kenderaan di jalan raya saban hari, pengusaha kenderaan seperti
General Motors yang berpengkalan di Amerika Syarikat sanggup membangunkan produk yang
dinamakan "Rear Seat Reminder yang berfungsi untuk mengingatkan pemandu untuk meninjau
tempat duduk belakang apabila ingin keluar dari kenderaan tersebut. Kajian turut menunjukkan
suhu di dalam sebuah kenderaan akan meningkat secara mendadak dengan tahap kepanasan
boleh meningkat dalam 10 hingga 20 darjah Celcius dalam masa 20 minit. Produk "Baby Safety
ini dibangunkan dengan fungsi memberikan amaran awal kepada pemandu secara langsung
menerusi bunyi sekiranya pemandu penggera dan peringatan tambahan kepada telefon pintar
mengendahkan atau tidak mendengar dengan jelas bunyi penggera. Notifikasi secara langsung
kepada telefon pintar pemandu adalah idea serta langkah susulan dalam memastikan pemandu
diberikan amaran tambahan. Produk ini menggunakan mikropengawal dan penderia yang
diletakkan di bangku bayi yang terdapat dipasaran serta bantal leher pemandu. Ubahsuai yang
minimum kepada kerusi bayi adalah penting dalam memastikan fungsi dan faktor keselamatan
kerusi bayi yang sedia ada tidak diganggu. Kos penghasilan produk yang rendah tetapi mampu
memberikan dua amaran awal kepada pemandu merupakan kelebihan produk ini untuk
disebarluaskan. Produk ini secara kesimpulannya memberi jawapan kepada permasalahan ibu
bapa tertinggal bayi di dalam kenderaan akibat tergesa - gesa meningggalkan kenderaan pada
masa akan datang

102


Click to View FlipBook Version