The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MPU3062 (KOKURIKULUM - PERMAINAN)
NUR FARHANA BINTI AHMAD HAYANI

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Farhana Hayani, 2022-09-09 09:23:48

TUGASAN 1 BUKU LOG - KADET REMAJA SEKOLAH

MPU3062 (KOKURIKULUM - PERMAINAN)
NUR FARHANA BINTI AHMAD HAYANI

BUKU LOG

KADET REMAJA SEKOLAH (KRS)

IPG KAMPUS RAJA MELEWAR

NAMA : NUR FARHANA BINTI AHMAD HAYANI
UNIT : PIMK 2
AMBILAN : PISMP AMBILAN JUN 2021
PENSYARAH/ PEMIMPIN KRS : PN.ERANA BINTI ABD SEMAN

INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS RAJA MELEWAR

JABATAN PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN

TAHUN AKADEMIK : Semester 4 / 2022

TUGASAN KERJA KURSUS
(INDIVIDU)

MPU3062
KOKURIKULUM – UNIT BERUNIFORM (KRS)

PROGRAM : PIMSP (PIMK2)
AMBILAN: JUN 2021
SEMESTER: EMPAT

NAMA PENSYARAH: PN. ERANA BINTI ABD SEMAN

NAMA PELAJAR: NUR FARHANA BINTI AHMAD HAYANI
ANGKA GILIRAN: 2021152340098
NO KAD PENGENALAN: 021010030442

TARIKH HANTAR: 2 SEPTEMBER 2022

Pengesahan pelajar:
Saya mengesahkan bahawa maklum balas telah diberikan oleh pensyarah.

Catatan (jika ada)

Tandatangan Pelajar: Tarikh: 2 SEPTEMBER 2022

MAKLUMAT PERIBADI

NUR FARHANA BINTI
AHMAD HAYANI

INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS RAJA MELEWAR

NAMA PENUH IPGM KAMPUS

NUR FARHANA BINTI AHMAD HAYANI RAJA MELEWAR

NO. KAD PENGENALAN ALAMAT

021010-03-0442 LOT 1482, KAMPUNG BERDANG, 17600 JELI,
KELANTAN
NO. TELEFON
EMAIL
013-9579613
[email protected]
NO. MATRIK
KURSUS
P15234028
MPU3062
PROGRAM (KOKURIKULUM - UNIT BERUNIFORM)

IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN UNIT BERUNIFORM

KURSUS/ SEMESTER KADET REMAJA SEKOLAH

PISMP - SEMESTER 1 TAHUN 2 NO. PENDAFTARAN AHLI KRS

AMBILAN KRS/NMA4001/20/023/P

PISMP AMBILAN JUN 2021 ANGKA GILIRAN

OPSYEN/ UNIT 2021152340098

PENDIDIKAN ISLAM/ PIMK2

SENARAI NAMA UNIT BERUNIFORM KRS

SENARAI NAMA UNIT BERUNIFORM KRS

SENARAI NAMA UNIT BERUNIFORM KRS

SENARAI NAMA UNIT BERUNIFORM KRS

SENARAI NAMA UNIT BERUNIFORM KRS

SENARAI NAMA UNIT BERUNIFORM KRS

CARTA ORGANISASI KRS
JAWATAN PERINGKAT IPG INDUK

MENTERI PELAJARAN MALAYSIA JURU AUDIT
(Penaung) 1 IPG

DR MOHD RADZI JIDIN 1 AHLI MAJLIS TADBIR

KETUA PENGARAH PENDIDIKAN
MALAYSIA
(Penasihat)

DATIN SRI HAJAH NOR ZAMANI

REKTOR IPG INDUK
(Pengerusi)

DR HJH RUSMINI KU AHMAD

TIMBALAN REKTOR IPG INDUK
(Timbalan Pengerusi)
DR ROSLI BIN YACOB

KETUA JABATAN
(Setiausaha Kehormat)

PENGERUSI MAJLIS TADBIR KRS
(Pen.Setiausaha Kehormat)

AHLI MAJLIS TADBIR KRS
(Bendahari Kehormat)

AHLI EX-OFFICIO
PENGARAH-PENGARAH IPG
4 AHLI MAJLIS TADBIR KRS PEGAWAI LATIH BPG PEGAWAI LATIH BPG

CARTA ORGANISASI KRS
PLATUN IPGKRM

PENSYARAH PENASIHAT:
PUAN ERANA BINTI ABD SEMAN

PENGERUSI: NAIB PENGERUSI:
AHMAD DANIAL HARIZ BIN NUR ALYA FARAHIN BINTI MD

JUNAIDI DISA

SETIAUSAHA: NAIB SETIAUSAHA:
NUR FARHANA BINTI AHMAD AHMAD FARIDUDDIN RASHID

HAYANI BIN AHMAD KAMAL

BENDAHARI:
NOR SHAKIRAH BINTI SARI

AJK Aktiviti: AJK Protokol:
ADDIN IQBAL HAQ YEOW JIA YI
SHARIFAH MUZHIRAH ARUNA NAIR
MOHAMMAD ZAIM DENISE ALISSA
ABDUL FAHIM HAFIZIN MUHAMMAD HANIS

AJK Teknikal: AJK Disiplin:
NUR HIDAYAH WAN AHMAD MUKHLIS
NURUL AQILAH
THEVARASAN SHERIL EZIATIE
MAYCLARITA UMBAN NURUL NADHIRAH
MUHAMMAD ZAIM
AJK Keselamatan:
NUR AIMUNI ADIBAH AJK Dokumentasi:
NUR AISYAH MAISARAH MUHAMMAD IKRAM
NUR HUSNINA HAZWANI
SURESH
NUR ALISSA SOFEA NUR SYIFA' AIDAH
GOH IAN LIM

ISI KANDUNGAN

1. Pengenalan, Konsep, Sejarah dan Kepentingan Unit Beruniform



1.1 Perlembagaan Pertubuhan............................................................................. 1 – 6
Prinsip-prinsip asas pertubuhan
Perlembagaan pertubuhan
Lambang dan cogan kata
Bendera dan lagu pertubuhan
Persetiaan/Ikrar dan undang-undang pertubuhan

1.2 Sejarah Unit Beruniform................................................................................ 7 – 14
Sejarah pengasas
Sejarah penubuhan
Sejarah penubuhan di Malaysia
Tujuan penubuhan
Istiadat-istiadat rasmi pertubuhan

1.3 Struktur dan Organisasi Pertubuhan......................................................... 15- 22
Struktur dan organisasi peringkat antarabangsa(jika ada)
Struktur dan organisasi peringkat
kebangsaan/negeri/daerah/IPG
Struktur dan organisasi peringkat sekolah dankumpulan
Fungsi majlis tadbir

1.4 Pengurusan dan Pentadbiran...................................................................... 23- 52
Pendaftaran ahli dan Kumpulan
Kuasa penganjur
Struktur unit
Pengurusan Buku Log/Folio/Laporan Aktiviti
Tanggungjawab pemimpin
Pakaian seragam ahli dan pemimpin
Takwim dan rancangan aktiviti


2. Kemahiran Perkhemahan



2.1 Kraf Perkhemahan........................................................................................ 53 - 63
Pengurusan dan penjagaan khemah
Tujuan dan faedah membuat gajet
Jenis-jenis gajet dan kegunaannya

2.2 Ikhtiar Hidup.................................................................................................. 64 – 69
Masakan solar/rimba/kelompok
Membuat perangkap

2.3 Kebudayaan................................................................................................... 70 – 76
Nyanyian / Lagu perkhemahan
Permainan
Malam Kebudayaan

ISI KANDUNGAN

2.4 Jalan Lasak dan Pandu Arah........................................................................ 77 - 90
Tujuan
Peraturan & persediaan
Prosedur Jalan Lasak dan Pandu Arah
Membaca kompas/GlobalPositioning Satelite (GPS)
Komunikasi Radio Amatur /UHF VHF
Membaca peta topo dan kegunaan
Mengesan tanda dan simbol
Laporan pengembaraan

2.5 Khidmat Kesukarelawan.............................................................................. 91 - 97
Minggu Kerja
Bantuan Bencana
Masyarakat Penyayang
Hari Peringatan
Alam Sekitar

2.6 Simpulan dan Ikatan................................................................................... 98 – 103
Simpulan

oTali temali
oEnam jenis simpulan asas
oSimpul Manuk
oSimpul Buku Sila
oSimpul Tindih Kasih
oSimpul Bunga Geti
oSimpul Balak
oSimpul Belit

Ikatan
oTiga jenis ikatan
oSeraya
oSerong
oLilit Kacang

2.7 Asas Kawad Kaki...........................................................................................104 – 141
Bahasa Hukuman
Kawad statik dan dinamik
Kawad formasi

2.8 Asas Pertolongan Cemas............................................................................142 – 164
Tujuan dan prinsip
Anduh dan balutan
Merawat luka dan gigitan
Melecur, pitam dan patah
Keracunan dan terseliuh
Pemulihan pernafasan

PENGENALAN, KONSEP, SEJARAH DAN KEPENTINGAN UNIT
BERUNIFORM

1.1 Perlembagaan Pertubuhan
1.1.1 Prinsip-prinsip asas pertubuhan Kadet Remaja Sekolah (KRS)

1) Disiplin yang kental

KRS ditubuhkan melahirkan generasi pelajar yang cintakan negara, mempunyai disiplin diri
yang kental, berpegang teguh kepada ajaran agama. Ia juga membantu dalam menangani
masalah salah laku di dalam kalangan pelajar remaja seperti salahguna dadah, budaya lepak
dan juvana. Melalui pendidikan ini, pelajar dapat membentuk disiplin yang tinggi dengan
pemakaian baju unit beruniform seragam serta belajar untuk mematuhi masa.

2) Pegang teguh kepada agama


KRS ditubuhkan berasaskan agama dan mengambil nilai-nilai sentiment beragama seperti

menghormati orang lain, memurnikan jiwa dan menghindari dari melakukan perkara yang
ditegah agama. Disiplin yang diterapkan dalam beragama menjadi asas yang berguna kepada
pelajar untuk membentuk peribadi yang mulia. Ia juga melahirkan generasi yang mengetahui,
memahami, menghayati dan mengamalkanakhlak beragama serta mampu memberikan
sumbangan demi kesejahteraan hidup bermasyarakat dan mesra tetangga.

3) Cinta akan negara

Semangat cinta akan negara merupakan antara agenda utama dalam menubuhkan KRS. Dalam
kurikulum KRS, ia mendidik tentang semangat patriotik dan mengenali sisir budaya
masyarakat Malaysia dengan lebih dekat. Ia juga memupuk pelajar untuk menghargai para
pejuang kemerdekaan negara pada zama dahulu dan bersedia menggalas tugas dalam
mempertahankan negara. Rukun negara dan bendera Malaysia menjadi tunjang kepada
pendidikan.

4) Sanggup berkhidmat

KRS melahirkan generasi pelajar yang mengetahui, memahami, menghayati dan mengamalkan
nilai murni serta mampu memberikan sumbangan demi kesejahteraan hidup bermasyarakat
dan bernegara. Ia juga ditubuhkan untuk membina dan mengembangkan kefahaman,
kesedaran dan kepekaan mengenai isu-isu semasa di kalangan pelajar serta berkeupayaan
untuk bertindak sewajarnya.

PENGENALAN, KONSEP, SEJARAH DAN KEPENTINGAN UNIT
BERUNIFORM

1.1.2 Perlembagaan pertubuhan Kadet Remaja Sekolah (KRS)

1. Nama dan alamat berdaftar:

a) Nama 
Pasukan Badan Beruniform ini dikenali dengan nama Kadet Remaja Sekolah atau ringkasan
KRS bagi sekolah.

b) Alamat berdaftar atau alamat KRS: 

Peringkat Kebangsaan: 

- Bahagian Sukan Seni dan Kokurikulum, Kementerian PelajaranMalaysia, Aras 1&7, Blok

E13, Kompleks Kerajaan Parcel E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62604,

Putrajaya.


Peringkat Negeri: 

- Jabatan Pelajaran Negeri Selangor (JPS) 

Peringkat Daerah: 
- Pejabat Pelajaran Daerah Petaling Utama (PPD Petaling Utama)

Peringkat Sekolah:
- Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar, Jalan Sikamat, 70400 Seremban, Negeri
Sembilan Darul Khusus.

PENGENALAN, KONSEP, SEJARAH DAN KEPENTINGAN UNIT
BERUNIFORM

1.1.3 Lambang dan Cogan Kata Kadet Remaja Sekolah
1.1.3.1 Logo KRS(KRS)

Pengertian logo


1.Perisai melambangkan benteng ketahanan diri daripada gejala yang tidak sihat.
2.Bulan dan bintang melambangkan Agama Islam sebagai agama rasmi Negara

Malaysia.
3.Dua tangkai padi bersilang melambangkan resmi padi iaitu berilmudan

berketrampilan serta matang dan rasional dalam semua tindakan.
4.Buku yang terbuka dan rehal melambangkan peranan institusi pendidikan yang

mementingkan tradisi ilmu untuk semua tanpa mengira keturunan dan kaum,
agama dan latar belakang budaya ke arah melahirkan bangsa Malaysia selaras
dengan Falsafah Pendidikan Negara.
5.Warna hijau melambangkan alam sekitar yang sihat.
6.Warna merah melambangkan keperwiraan dan sedia berjuang mempertahankan
negara yang tercinta.
7.Warna kuning melambangkan warna diraja yang menjadi tonggak kedaulatan
Negara Malaysia.
8.Warna putih melambangkan keikhlasan serta kesucian.

PENGENALAN, KONSEP, SEJARAH DAN KEPENTINGAN UNIT
BERUNIFORM

1.1.3.2 Cogan kata Kadet Remaja Sekolah

' ILMU, IMAN, AMAL '

ILMU Asas keintelektualan dan
IMAN ketrampilan ahli KRS/TKRS




Keimanan yang mendalam
merupakan asas pembinaan diri

AMAL Penghayatan dan perlakuan gaya hidup
sihat yang berterusanmerupakan

natijah daripada kekuatan intelektual
dan disiplin diri

PENGENALAN, KONSEP, SEJARAH DAN KEPENTINGAN UNIT
BERUNIFORM

1.1.4 Bendera KRS dan Lagu Pertubuhan
1.1.4.1 Bendera KRS

Warna Hijau melambangkan :


Tunas muda/remaja yang masih boleh dibentuk.

Laluan hidup yang jelas untuk masa depan.

Alam sekitar merupakan sebahagian daripada kurikulum KRS/TKRS.

1.1.4.2 Lirik Lagu Kadet Remaja Sekolah (KRS)

Kadet Remaja Sekolah Remaja, sambutlah cabaran
Menuju satu ikatan bersaudara Menjadi bangsa Malaysia
Bersatu menjulang keamanan negara Maju dan cemerlang
Menjayakan Ilmu, Iman dan Amal Remaja berwawasan
Jangan kita lupa kepada pencipta
Marilah kita membina peribadi
Membentuk insan yang kreatif Remaja, hayati budaya
Ke arah kecemerlangan diri Ilmu, Iman dan Amal
Sepanjang masa yang berterusan Kekalkan di hati dan jiwamu
Wawasan Kadet Remaja Sekolah

Lagu Kadet Remaja Sekolah

PENGENALAN, KONSEP, SEJARAH DAN KEPENTINGAN UNIT
BERUNIFORM

1.1.5 Persetiaan/Ikrar dan undang-undang pertubuhan KRS
1.1.5.1 Ikrar Kadet Remaja Sekolah

“Bahawasanya kami kadet remaja sekolah malaysia
berjanji dan bersetia akan menyemai semangat patriotik
tetap berdisiplin, berakhlak mulia berilmu, beriman dan

beramal kami juga akan memupuk semangat
keusahawanan, mencintai alam sekitar mempunyai
ketahanan mental dan fizikal bersedia berkhidmat untuk
masyarakat demi agama, bangsa dan negara serta
mendukung rukun agama dan rukun negara sepanjang


masa kami menjadi ahli kadet.”

1.1.5.2 Undang-undang pertubuhan KRS

Menepati masa.
Dilarang memakai jam tangan, gelang dan yang dikaitkan.
Sentiasa membawa buku log.
Berpakaian kemas.
Panggilan kepada AJK dalam perjumpaan mengikut jawatan dan pangkat
yang disandang oleh AJK tersebut.
Tindakan akan dikenakan kepada ahli jika tidak hadir tanpa sebab.
Jika tidak hadir serta mempunyai alasan, sistem surat menyurat perlu
dibuat dan tandatangan ibu bapa mesti ada didalam surat tersebut (WAJIB).
Setiap ahli atau AJK yang melanggar undang-undang KRS sebanyak 3 kali,
akan dikenakan denda mengikut arahan Presiden atau guru Penasihat.
Setiap ahli atau AJK dibenarkan keluar tanpa kebenaran AJK atasan dan
Guru Penasihat.
Menghormati setiap AJK dan ahli.

PENGENALAN, KONSEP, SEJARAH DAN KEPENTINGAN UNIT
BERUNIFORM

1.2 Sejarah Unit Beruniform KRS
1.2.1 Sejarah pengasas KRS

Allahyarham Muhammad Thani Bin Shaaban berlahir di Teluk Kumbar PulauPinang


pada 9 Disember 1963. Merupakan anak bongsu daripada dua orang adik-beradik. Bapanya

Shaaban bin Daud adalah bekas Guru Besar di SK Teluk Kumbar Pulau Pinang. Bondanya
Norma Binti Abdul Rahman adalah suri rumah sepenuh masa. Mendapat pendidikan awal
di SK Teluk Kumbar dan menyambung pelajaran di Sekolah Menengah Raja Tun Uda,
Bayan Lepas, Pulau Pinang. Merupakan eorang pelajar yang aktif dalam bidang
kokurikulum.

Minatnya dalam bidang pendidikan terserlah apabila beliau telah berjaya menamatkan
Kursus Perguruan Asas di Maktab Perguruan Temenggung IbrahimJohor Bharu pada 28
Februari 1985. Seterusnya beliau melanjutkan pengajiannya di peringkat ijazah di
Universiti Malaya dalam bidang Pendidikan Islam dan Sejarah. Beliau memulakan
perkhidmatan awalnya sebagai guru di SMK Raja Abdullah dan meneruskan sebagai guru
siswazah di SM Sains Selangor dan SM Sains HuluSelangor, Ulu Yam.

Beliau merupakan tokoh yang berjasa dalam bidang pendidikan apabila mencetuskan
idea penubuhan Kadet Remaja Sekolah Malaysia. Kadet Remaja Sekolah telah ditubuhkan
di Sekolah Menengah Raja Abdullah, Jalan Kepong KualaLumpur pada 27 Jun 1987. Pada
mulanya pasukan ini dikenali sebagai Kadet Putera Islam. Matlamat utama penubuhannya
adalah melahirkan pelajar cemerlang yang beriman, berilmu, berakhlak mulia dan
bersemangat patriotik serta berketrampilan selaras dengan usaha dan hasrat mengisi
tuntutan Falsafah Pendidikan Kebangsaan ke arah menjayakan Wawasan 2020.

Penubuhan Kadet Remaja Sekolah secara rasmi dan bernaung di bawah Kementerian
Pelajaran telah diusahakan oleh beliau pada 10 Ogos 1993. Tanggal 13September 1993, satu
pertemuan dengan Yang Berbahagia Tan Sri Datuk Dr. WanMohd Zahid Mohd Nordin.

PENGENALAN, KONSEP, SEJARAH DAN KEPENTINGAN UNIT
BERUNIFORM

1.2. 2 Sejarah penubuhan KRS

Kadet Remaja Sekolah ( KRS ) telah ditubuhkan dan diasaskan oleh En. Muhammad Thani
Bin Sha’aban di Sekolah Menengah Raja Abdullah, Jalan Kepong , Kuala Lumpur pada 27 Jun


1987 Pada mulanya pasukan ini dikenali sebagai Kadet Putera Islam Malaysia (KPIM) yang

merupakan pasukan beruniform kepada Persatuan Pelajar-Pelajar Islam SMRA (PERWIRA).
Keahliannya adalah seramai 20 orang pelajar sahaja iaitu terdiri daripada pelajar tingkatan I
dan 2. Matlamat utama penubuhannya ialah untuk melahirkan pelajar cemerlang yang
BERILMU, BERIMAN, DAN BERAMAL, berakhlak mulia, bersemangat patriotik dan
berketrampilan selaras dengan usaha dan hasrat mengisi tuntutan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan ke arah Wawasan 2020.

Pasukan KPIM ini bernaung di bawah pengawasan Unit Pendidikan Islam Jabatan
Pendidikan Wilayah Persekutuan. Setiap aktiviti yang dijalankan adalah berteraskan ISLAM
SEBAGAI CARA KEHIDUPAN (AD DEEN). Mulai tahun 1989 beberapa buah sekolah di Wilayah
Persekutuan telah mula menubuhkan KPIM. Di antaranya ialah Sek. Men. Tmn Tun Dr Ismail
di bawah pimpinan Ustaz Ahmad Farazilla Bin Abdul Ghani , Sek. Men Seri Titiwangsa di
bawah pimpinan En. Anuar Bin Abd Aziz dan Sek. Men. Agama Ma’ahad Hamidiah , Kajang ,
Selangor di bawah pimpinan En. Abu Hassan Bin Morad. Pada tahun 1993, sebanyak 53 buah
Sekolah Menengah di seluruh negara telah menubuhkan KPIM.

Usaha untuk menubuhkan KPIM secara rasmi dan bernaung di bawah Kementerian
Pendidikan Malaysia telah dimulakan pada 10 Ogos 1993. Satu pertemuan telah diadakan
dengan Yang Berbahagia Tan Sri Datuk Dr. Wan Mohd Zahid Bin Wan Mohd Nordin iaitu
Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia pada 13 September 1993. Di dalam pertemuan ini tesis
mengenai KPIM telah dibentangkan. Hasilnya, sebuah jawatankuasa kecil telah dibentuk
untuk menyediakan kertas kabinet. Jawatankuasa ini mencadangkan agar pasukan ini diberi
nama KADET PUTERA – PUTERI ISLAM (KPIM) . Walau bagaimanapun nama pasukan ini
kemudiannya ditukar kepada KADET REMAJA ISLAM (KRIS).

PENGENALAN, KONSEP, SEJARAH DAN KEPENTINGAN UNIT
BERUNIFORM

1.2. 3 Sejarah penubuhan di Malaysia

Kadet Remaja Sekolah ( KRS ) telah ditubuhkan dan diasaskan oleh En. Muhammad
Thani Bin Sha'aban di Sekolah Menengah Raja Abdullah, Jalan Kepong , Kuala Lumpur
pada 27 Jun 1987 Pada mulanya pasukan ini dikenali sebagai Kadet Putera Islam Malaysia
(KPIM) yang merupakan pasukan beruniform kepada Persatuan Pelajar-Pelajar Islam
SMRA (PERWIRA). Keahliannya adalah seramai 20 orang pelajar sahaja iaitu terdiri
daripada pelajar tingkatan I dan 2.

Matlamat utama penubuhannya ialah untuk melahirkan pelajar cemerlang yang
BERILMU, BERIMAN, DAN BERAMAL, berakhlak mulia , bersemangat patriotik dan
berketrampilan selaras dengan usaha dan hasrat mengisi tuntutan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan ke arah Wawasan 2020. Pasukan KPIM ini bernaung di bawah pengawasan


Unit Pendidikan Islam Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan. Setiap aktiviti yang

dijalankan adalah berteraskan ISLAM SEBAGAI CARA KEHIDUPAN (AD DEEN).

Mulai tahun 1989 beberapa buah sekolah di Wilayah Persekutuan telah mula
menubuhkan KPIM. Di antaranya ialah Sek. Men. Tmn Tun Dr Ismail di bawah pimpinan
Ustaz Ahmad Farazilla Bin Abdul Ghani , Sek. Men Seri Titiwangsa di bawah pimpinan
En. Anuar Bin Abd Aziz dan Sek. Men. Agama Ma'ahad Hamidiah, Kajang , Selangor di
bawah pimpinan En. Abu Hassan Bin Morad. Pada tahun 1993, sebanyak 53 buah Sekolah
Menengah di seluruh negara telah menubuhkan KPIM. Usaha untuk menubuhkan KPIM
secara rasmi dan bernaung di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia telah dimulakan
pada 10 Ogos 1993.

PENGENALAN, KONSEP, SEJARAH DAN KEPENTINGAN UNIT
BERUNIFORM

1.2. 4 Tujuan penubuhan

Membentuk generasi pelajar yang menjiwai semangat perpaduan,
memiliki ketrampilan diri, berdaya saing, mampu bersaing kreatif serta
inovatif dalam menghadapi pelbagai cabaran kehidupan.

Membantu mengembangkan semua aspek potensi manusia yang
berteraskan ilmu dan amal ke arah pembinaan dan pengukuhan sahsiah
pelajar yang mengamalkan nilai-nilai murni selaras dengan tuntutan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan demi menjayakan Wawasan 2020.


Menangani masalah salah laku di kalangan pelajar remaja seperti salah

laku kegunaan dadah, budaya lepak dan kes-kes juvana.

Mempelbagaikan kegiatan pasukan beruniform di sekolah bagi
menyediakan pelajar-pelajar memperolehi pengetahuan, pengalaman,
kemahiran, kebolehan mengurus dan memimpin.

Membina generasi pelajar bersifat patriotik yang menjiwai semangat
cintakan agama, bangsa dan negara.

Melahirkan generasi pelajar yang mengetahui, memahami, menghayati
danmengamalkan nilai murni serta mampu memberikan sumbangan
demi kesejahteraan hidup bermasyarakat dan negara.

Membina dan mengembangkan kefahaman, kesedaran dan
kepekaanmengenai isu-isu semasa dalam kalangan pelajar serta
berkeupayaan untukbertindak sewajarnya.

PENGENALAN, KONSEP, SEJARAH DAN KEPENTINGAN UNIT
BERUNIFORM

1.2. 5 Istiadat-istiadat rasmi pertubuhan
1.2.5.1 ISTIADAT PERKHEMAHAN

Susun atur kedudukan anggota semasa menaikkan bendera
Kedudukan anggota secara melintang

PESERTA PEGAWAI KOMANDER PESERTA




PEGAWAI

Kedudukan anggota secara melajur

PESERTA PEGAWAI KOMANDER PESERTA




PEGAWAI

PENGENALAN, KONSEP, SEJARAH DAN KEPENTINGAN UNIT
BERUNIFORM

1.2.5.2 ISTIADAT PERBARISAN

Perbarisan merupakan satu bentuk kawad yang dilakukan oleh satu kumpulan anggota yang
diseragamkan pelaksanaannya menjadi satu kontinjen dalam satu formasi kawad Ia diadakan
untuk memberi penghormatan atau penghargaan bagi sesuatu acara seperti kawalan kehormat,
hari sukan, tamat latihan/watikah/terima sijil, persaraan, ambil alih jawatan, menyambut hari
jadi pasukan, menyambut pembesar dan lain-lain peristiwa yang berbentuk istiadat/Rejimental
adakalanya perbarisan ini diadakan dalam bentuk rasmi / tidak rasmi.

Tujuan Istiadat Perbarisan
Memberi garis panduan bagaimana melaksanakan perbarisan supaya perkara-perkara asas
dan prosedur yang sedia ada harus dipatuhi agar ia lebih kemas, teratur dan seragam.




Tarikh,Tempat Dan Masa
Tarikh yang dipilih hendaklah disesuaikan dengan jadual- jadual ‘orang penting’.
Faktor kekuatan (bilangan) anggota harus juga diambil kira.
Pemilihan tempat hendaklah ditentukan berdasarkan kesesuaian majlis yang hendak
diadakan .
Masa hendaklah ditetapkan pada masa yang sesuai.

Pegawai

Perbarisan yang dilaksanakan oleh pegawai-pegawai Kadet Remaja Sekolah berkursus
atau apa-apa upacara majlis hendaklah mengikut keperluan, jika melebihi anggota 36
orang hendaklah dikira sebagai Kontijen besar dan jika kurang 36 anggota adalah sebagai
Kontijen kecil.

Pembaca Doa
Seorang pembaca doa mestilah dilantik bagi membaca doa dalam sesuatu perbarisan.
Pembaca doa mestilah dipilih dari mereka yang mempunyai kepakaran serta nada suara
yang jelas ,terang dan baik.
Ia hendaklah hadir bersama semasa raptai diadakan.
Teks doa hendaklah sesuai dengan keperluan perbarisan,sederhana dan tidak terlalu
panjang.
Pembaca doa boleh dilantik dalam kalangan Kadet atau Pegawai Kadet Remaja Sekolah.

PENGENALAN, KONSEP, SEJARAH DAN KEPENTINGAN UNIT
BERUNIFORM

1.2.5.2 ISTIADAT PERBARISAN

Pengacara
Juruacara hendaklah dilantik bagi mengacarakan perbarisan. Juruacara mestilah
mempunyai suara yang baik disamping berpengalaman dalam mengacarakan perbarisan-
perbarisan yang lepas.
Bagi perbarisan yang besar atau berbentuk istiadat, juruacara hendaklah seorang pegawai
mestilah hadir semasa raptai perbarisanyang diadakan.
Skrip juruacara mestilah tepat ,ringkas dan jelas

1.2.5.3 ISTIADAT PERHIMPUNAN

Persiapan Tempat

Pentas = Pentas merupakan “wajah” kepada majlis yang diaturkan. 
Kerusi Vip Kerusi = VIP hendaklah disusun dengan betul mengikut kekanan. 
Backdrop Dan Hiasan Pentas = Backdrop hendaklah diletakkan pada papan backdrop di
tengah - tengah bahagian belakang pentas dan dapat dilihat pada keseluruhan kawasan
penglihatan para tetamu.
Penggunaan logo, gambar atau warna hendaklah bersesuaian dan boleh di baca oleh
tetamu kabur warna. 
Meja Hadiah = Kedudukan meja hadiah hendaklah berhampiran rostrum juruacara dan
berada di sebelah kiri belakang kerusi VIP. Sediakan kedudukan kerusi juga meja meletak
hadiah (selepas penerima menerima hadiah) Tetamu pada kedudukan kiri (menghadap
pentas) di bawah pentas.
Bendera = Kedudukan bendera mestilah di bahagian belakang pentas atau pada tiang tetap
yang disediakan di sebelah kanan pentas. Kedudukan bendera mestilah mengikut susunan
kekananan yang betul.
Kedudukan kerusi tetamu = Kedudukan kerusi tetamu hendaklah di susun mengikut
keluasan dewan dalam dua kolum. Setiap kolum mengandungi bilangan kerusi yang sama
banyak. Terdapat ruang berjalan pada bahagian tengah antara dua kolum dan pada
bahagian tepi setiap kolum. Kerusi tetamu khas diletakkan pada bahagian hadapan dewan
(menghadap pentas) dengan jumlah yang mencukupi mengikut senarai tetamu khas yang
akan hadir.
Kedudukan kerusi peserta-peserta kursus hendaklah pada kedudukan di belakang
kedudukan kerusi tetamu khas manakala tetamu biasa boleh diletakkan pada bahagian
belakang selepas peserta-peserta kursus.

PENGENALAN, KONSEP, SEJARAH DAN KEPENTINGAN UNIT
BERUNIFORM

1.2.5.3 ISTIADAT PERHIMPUNAN

Tatacara Perhimpunan
Ianya hendaklah disusun dengan betul.
Majlis pembukaan rasmi atau penutupan rasmi mempunyai tatacara yang sama.
Hanya sedikit perbezaan daripada segi kandungan acaranya

1.2.5.4 ISTIADAT PENTAULIAHAN

Majlis pentauliahan adalah satu majlis rasmi yang memerlukan perancangan dan
perlaksanaan berdasarkan protokol dan istiadat rasmi.


Majlis pentauliahan terbahagi kepada tiga keadaan majlis.

i. Majlis di dalam dewan.
ii. Majlis di luar dewan
iii. Majlis di dalam pejabat

Kebiasaannya, majlis ini diadakan di dalam dewan khususnya bagi kumpulan penerima
yang ramai. Majlis boleh juga diadakan di padang kawad atau kawasan lapang.

Majlis pentauliahan dalam pejabat pula diadakan jika penerimanya tidak ramai atau
sebagai majlis istimewa kepada penerima tauliah atau sijil berkenaan.

PENGENALAN, KONSEP, SEJARAH DAN KEPENTINGAN UNIT
BERUNIFORM

1.3 Struktur dan Organisasi Pertubuhan
1.3.1 Struktur dan organisasi peringkat antarabangsa (jika ada)
Struktur dan organisasi peringkat kebangsaan/negeri/daerah/IPG
Struktur dan organisasi peringkat sekolah dan kumpulan

Jawatankuasa

i. Penaung Peringkat Kebangsaan, Negeri dan Daerah: Menteri Pelajaran Malaysia.

ii. Penasihat Peringkat Kebangsaan, Negeri dan Daerah:
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia.

iii. Jawatankuasa Peringkat Kebangsaan, Negeri dan Daerah adalah seperti berikut:

Penaung

Pengerusi

Timbalan Pengerusi

Naib Pengerusi

Setiausaha

Penolong Setiausaha

Bendahari

AJK yang dilantik

iv. Jawatankuasa terdiri daripada empat peringkat:
Peringkat Kebangsaan
Peringkat Negeri
Peringkat Daerah
Peringkat Sekolah

v. Jawatankuasa Peringkat Kebangsaan:
Penaung : Menteri Pelajaran Malaysia
Penasihat : Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
Pengerusi : Pengarah Bahagian Sekolah
Timbalan Pengerusi : Timbalan Pengarah Bahagian Sekolah
Setiausaha : Ketua Penolong Pengarah (HEM ) Bahagian Sekolah
Penolong Setiausaha : Dilantik (Dua orang)
Bendahari : Dilantik

PENGENALAN, KONSEP, SEJARAH DAN KEPENTINGAN UNIT
BERUNIFORM

Ahli-ahli : Pengarah-Pengarah JPN, Pengarah Bahagian Pendidikan Guru, Pengarah Bhg.
Dakwah & Kepimpinan, Pengarah Bahagian Teknik &Vokasional, Pengarah Institut
Aminuddin Baki, Tiga ahli dilantik, Dua Wakil Jurulatih KRS, Dua Wakil Jurulatih TKRS
Juruaudit : Dilantik

vi. Jawatankuasa Peringkat Negeri:

Penaung : Menteri Pelajaran Malaysia

Penasihat : Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia

Pengerusi : Pengarah Pelajaran Negeri

Timbalan Pengerusi : Ketua Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan

Setiausaha : Ketua Unit Kokurikulum

Pen.Setiausaha 1 : Penyelia Pasukan Pakaian Seragam

Pen.Setiausaha 2 : Pegawai Tadbir KRS

Bendahari : Dilantik

Ahli-ahli : Dilantik Termasuk Pegawai Pelajaran Daerah, 2 Wakil Jurulatih KRS dan 2 Wakil

Jurulatih TKRS Wakil PKPSM dan MGB

Juruaudit : Dilantik

vii. Jawatankuasa Peringkat Gabungan/Daerah:
Jawatankuasa Peringkat Pejabat Pelajaran Gabungan ( Sabah dan Sarawak )

Penaung : Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
Penasihat : Pengarah Pelajaran Negeri
Pengerusi : Pegawai Pelajaran Gabungan
Tim. Pengerusi : Ketua Unit
Setiausaha : Penyelia Kokurikulum
Pen. Setiausaha : Pegawai Tadbir Gabungan KRS
Bendahari : Dilantik
Ahli : Dilantik Termasuk 2 Wakil Jurulatih KRS dan 2 Wakil TKRS, Wakil PKPSM dan MGB (
Gabungan )
Ex-Officio : Pegawai Tadbir KRS Negeri
Juruaudit : Dilantik ( 2 orang )

PENGENALAN, KONSEP, SEJARAH DAN KEPENTINGAN UNIT
BERUNIFORM

viii. Jawatankuasa Peringkat Daerah
Penaung : Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
Penasihat : Pengarah Pelajaran Negeri
Pengerusi : Pegawai Pelajaran Daerah
Tim. Pengerusi : Penolong Pegawai Pelajaran Daerah ( SPPK )
Setiausaha : Penyelia
Pen. Setiausaha : Dilantik
Bendahari : Dilantik
Ahli : Dilantik Termasuk 2 Wakil Jurulatih KRS dan 2 Wakil TKRS, Wakil PKPSM dan MGB
Ex-Officio : Pegawai Tadbir KRS Negeri
Juruaudit : Dilantik ( 2 orang )

ix. Perlantikan bagi jawatan-jawatan di atas hendaklah dilakukan oleh Pengerusi setiap

Jawatankuasa.


x. Jawatankuasa Peringkat Sekolah:

Penaung : Pengarah Pelajaran Negeri

Penasihat : PPD

Pengerusi : Pengetua / Guru Besar

Timbalan Pengerusi : Pen.Kanan Kokurikulum

Setiausaha : Dilantik

Penolong Setiausaha : Dilantik

Bendahari : Dilantik

Ahli-ahli : ( 7 orang Dilantik + Ketua Platun KRS/TKRS )

Juruaudit (2 orang) : Dilantik di kalangan guru

xi. Perlantikan jawatan-jawatan di atas dilakukan oleh penolong pendaftar sekolah.

xii. Pemegang-pemegang jawatan ini dan tiap-tiap pegawai yang hendak menjalankan tugas
pengurusan KRS hendaklah warganegara Malaysia.

xiii. Guru KRS/TKRS sekolah adalah pemimpin dan pemudahcara kepada Jawatankuasa
Peringkat Sekolah.

xiv. Tugas Jawatankuasa ialah merancang, mengelola dan mengatur program KRS/TKRS.

xv. Jawatankuasa ini boleh menubuhkan jawatankuasa kecil untuk memantapkan lagi aktiviti
KRS/TKRS.

PENGENALAN, KONSEP, SEJARAH DAN KEPENTINGAN UNIT
BERUNIFORM

1.3.2 Fungsi Majlis Tadbir

Matlamat Majlis Tadbir
Memperkasa dan memartabatkan profesionalisme ahli dalam KRS
Menjadi contoh atau rujukan kepada semua pihak
Menjadi institusi yang menggerak, mengeratkan dan mengukuhkan hubungan muhibah,
kebajikan, kerjasama, persefahaman dan kesejahteraan bekerja
Menjadi saluran rasmi kepada semua ahli
Menjalin hubungan dan kerjasama dengan badan dan pertubuhan lain

Fungsi-Fungsi Pentadbir

Tugas Pengerusi

Mengurus dan mentadbir pertubuhan


Melaksanakan keputusan mesyuarat Agung

Mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa
Merancang, melaksana dan menyelia aktiviti
Meneliti catatan minit mesyuarat
Berhak mempunyai undi pemutus
Menandatangani cek-cek

Tugas Naib Pengerusi

Menjadi pengerusi mesyuarat dan menjalankan tugas apabila pengerusi tiada
Membantu pengerusi dalam pengurusan dan pentadbiran
Menjalankan tugas yang diamanahkan oleh pengerusi

Tugas Setiausaha

Menjalankan kerja pentadbiran mengikut undang-undang
Menjalankan perintah Mesyuarat Agung dan Majlis Tertinggi
Mengendalikan urusan surat-menyurat
Menyimpan buku daftar ahli
Menghasilkan dan menyimpan minit mesyuarat
Mencatat dan menandatangani minit mesyuarat / laporan
Tugas Penolong Setiausaha
Membantu setiausaha mentadbir dan mengurus pertubuhan
Menjalankan tugas semasa

PENGENALAN, KONSEP, SEJARAH DAN KEPENTINGAN UNIT
BERUNIFORM

Tugas Bendahari

Menyimpan rekod dan stok harta pertubuhan
Memungut dan menyimpan penyata pembayaran ahli
Memungut dan menyimpan penyata keluar masuk wang
Mengurus dan mentadbir pembelian dan urusan kewangan
Menyimpan dan menyiapkan penyata kira-kira
Menandatangani cek-cek yang diterima
Mengeluarkan resit
Melaporkan penyata kewangan dalam mesyuarat

Tugas Penolong Bendahari

Menjalankan tugas semasa ketiadaan bendahari


Membantu bendahari menyiapkan urusan kewangan Tugas Ketua Patrol

Mengetuai satu kumpulan kecil
Membantu pengerusi dan setiausaha melaksanakan tugas yang ditetapkan

Tugas AJK Biasa

Menghadiri mesyuarat atau perjumpaan KRS
Membantu, memberi idea dalam aktiviti pertubuhan KRS
Mempengerusikan biro-biro kecil sekiranya dilantik Tugas Ketua Pentadbir
Merancang, menyediakan anggaran, melaksana dan memantau program KRS di
peringkat negeri
Dilantik oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dan berpangkat MEJARKRS
Mencalonkan pegawai-pegawai dan ahli kadet untuk berkursus di peringkat
kebangsaan
Bertanggungjawab terhadap program KRS di peringkat negeri
Penasihat berkaitan dengan logistik KRS negeri
Pengesahan tatacara pemakaian uniform KRS dan TKRS ※ Membantu Ketua Unit dan
Penyelia KOKO
Tanggunjawab terhadap Pengarah Pelajaran Negeri dalam semua perancangan
program di peringkat kebangsaan

PENGENALAN, KONSEP, SEJARAH DAN KEPENTINGAN UNIT
BERUNIFORM

Tugas Ketua Jurulatih

Merancang, menyediakan anggaran, melaksana dan memantau programberkaitan
kejurulatihan KRS
Dilantik oleh KPM dan berpangkat MEJAR KRS
Bertanggungjawab kepada Pegawai Tadbir KRS
Mengeluarkan dan mengaturkan jadual tugas – jurulatih dalam sesuatu program
Merancang dan melaksanakan program di peringkat negeri
Membantu Pegawai Tadbir mencalonkan pegawai
Menyediakan modul kursus kejurulatihan di peringkat negeri
Mengenal pasti prestasi, peningkatan dan kebajikan jurulatih/pegawai
Tatacara perkhemahan

Perjalanan Program

Aspek Keselamatan

Tugas Pegawai Teknikal

Pegawai Kanan Negeri
Membantu Pegawai Tadbir dan Ketua Jurulatih
Dilantik oleh KPM dan MEJAR KRS
Membantu Pegawai Tadbir dari aspek Teknikal
Melaksana prosedur-prosedur teknikal terhadap semua aktiviti
Menyelia ahli jawatankuasa teknikal
Bertanggungjawab dari aspek teknikal
Menjalankan tugas yang dimaklumkan oleh JPN / Kementerian
Tanggungjawab terhadap perjalanan pertandingan kawad kaki di peringkat negeri

Tugas Pegawai Istiadat

Pegawai kanan KRS Negeri
Tanggungjawab khas atas penglibatan pegawai & ahli kadet wanita
Dilantik oleh KPM & MEJAR KRS
Membantu Pegawai Tadbir, Ketua Jurulatih, Pegawai Teknikal & Pegawai Istiadat
Negeri
Membantu mengenal pasti prestasi, peningkatan & kebajikan jurulatih wanita & ahli
kadet wanita

PENGENALAN, KONSEP, SEJARAH DAN KEPENTINGAN UNIT
BERUNIFORM

Tugas Pegawai Data / Maklumat

Mengumpul data atau maklumat tentang : Pegawai, Jurulatih, Ahli kadet
Dilantik oleh JPN dan MEJAR KRS
Mengumpul maklumat statistik dan status semua pegawai, jurulatih dan ahli kadet –
semua peringkat
Mengemaskini data
Buat pendaftaran sekolah, pegawai, jurulatih dan ahli kadet
Bertanggungjawab terhadap : (berhubung dengan statistik KRS dan TKRS), Pengarah
Pelajaran Negeri, Ketua Unit Kokurikulum, Penyelia Kokurikulum JPN Negeri
Membantu Pegawai Tadbir, Ketua Jurulatih, Pegawai Teknikal, Pegawai Istiadat,
Pegawai HELWA, Tugas Penolong-Penolong Pegawai KRS dan TKRS
Membantu dan menjadi penolong kepada pegawai-pegawai kanan dalam merancang,


menyediakan anggaran, melaksana dan memantau aktiviti

Dilantik oleh JPN dan KAPTEN KRS
Penolong dan pembantu berkaitan logistik KRS Negeri
Bertanggungjawab: Pengarah Pelajaran Negeri, Ketua Unit Kokurikulum, Penyelia
Kokurikulum

PENGENALAN, KONSEP, SEJARAH DAN KEPENTINGAN UNIT
BERUNIFORM

1.1.4 Pengurusan dan pentadbiran KRS

PENDAFTARAN AHLI DAN
KUMPULAN

KUASA PENGANJUR


STRUKTUR UNIT

PENGURUSAN FOLIO/ BUKU
LOG/ LAPORAN AKTIVITI

TANGGUNGJAWAB PEMIMPIN

PAKAIAN SERAGAN
AHLI DAN PEMIMPIN

TAKWIM DAN
RANCANGAN AKTIVITI

ANUGERAH
DAN

PENILAIAN

PENGENALAN, KONSEP, SEJARAH DAN KEPENTINGAN UNIT
BERUNIFORM

PENDAFTARAN AHLI KUMPULAN :

Keahlian KRS adalah terbuka kepada SEMUA pelajar di SEKOLAH KERAJAAN dan
BANTUAN KERAJAAN.
Ahli Bersekutu KRS terbuka kepada semua pelajar yang menuntut di institut
pendidikan.
KRS yang dianggotai oleh ahli bersekutu diurus dan dibiayai oleh institusi di mana
KRS itu ditubuhkan.
Keahlian KRS lucut serta-merta apabila pelajar tersebut berhenti atau dihentikan
daripada menjadi pelajar berdaftar di sekolah/ institusi seperti yang dinyatakan di
atas.
Yuran Keahlian dikenakan sebagai RM1.00 bagi setiap ahli.


Format Borang Pendaftaran KRS/ TKRS

PENGENALAN, KONSEP, SEJARAH DAN KEPENTINGAN UNIT
BERUNIFORM

PENGENALAN, KONSEP, SEJARAH DAN KEPENTINGAN UNIT
BERUNIFORM

Kad Keahlian KRS dan TKRS

PENGENALAN, KONSEP, SEJARAH DAN KEPENTINGAN UNIT
BERUNIFORM

KUASA PENGANJUR :

Penganjur dibahagi kepada empat peringkat:

Peringkat Kebangsaan – Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia
Peringkat Negeri – Pengarah Pendidikan Malaysia
Peringkat Daerah – Pegawai Pendidikan Daerah
Peringkat Sekolah – Guru Besar dan Guru-guru Pembimbing

Tanggungjawab Kuasa Penganjur TKRS

Mempunyai kuasa mutlak, merancang atau membatalkan sesuatu aktiviti apabila


difikirkan perlu.

Guru penasihat hendaklah sentiasa bersama dengan ahli-ahli semasa aktiviti
dijalankan, bertanggungjawab akan semua peraturan, latihan, ujian dan kemajuan
pertubuhannya.
- Menguruskan pemilihan anggota pasukannya daripada pelajar baru setiap tahun sebagai
tambahan kepada pasukannya.)
Satu daftar keahlian hendaklah disimpan sebagai rekod.
Menguruskan yuran pendaftaran persatuan dijelaskan padaawal tahun.
Mendapat surat kebenaran mengajar dan nombor pendaftaran daripada pesuruhjaya
Daerah/ Negari/ Pusat.
Menguruskan latihan pasukannya.
- Pengecualian daripada melaksanakan latihan pada hari yang telah ditetapkan tidak boleh
dilakukan tanpa kebenaran khas daripada Guru Besar.
- Latihan tambahan pada hari lain itu boleh diadakan dan Guru Besar hendaklah dirujuk
dan dimaklumkan.
Menentukan apa-apa jua keperluan peralatan yang dikehendaki.
- Sekiranya peralatan-peralatan itu bukan hak ahli persendirian, guru pemimpin adalah
bertanggungjawab untuk tujuan rujukan dan pemeriksaan.
Meyimpan fail-fail dan lain-lain butiran/ maklumat dan sebagainya berkaitan dengan
pertubuhan berkenaan.
Menghantar salinan laporan aktiviti ke pejabat untuk fail sekolah.
Menyediakan langkah-langkah untuk meningkatkan prestasi pertubuhan masing-
masing.
Mengenal pasti murid yang berpotensi untuk diketengahkan sebagai pemimpin
sekolah atau wakil sekolah.

PENGENALAN, KONSEP, SEJARAH DAN KEPENTINGAN UNIT
BERUNIFORM

STRUKTUR UNIT KADET REMAJA SEKOLAH (KRS) :
KOMPENI

Satu kompeni gabungan platun diketuai oleh Ketua Kompeni berpangkat Mejar /
Kapten dibantu oleh Penolong Ketua Kompeni, Ejutan, Pegawai Waran, Staf Sarjan dan
4 orang Ketua Platun.

PENGENALAN, KONSEP, SEJARAH DAN KEPENTINGAN UNIT
BERUNIFORM

PLATUN
Setiap platun dianggotai seramai 38 orang anggota yang diketuai oleh 1 pegawai, 1
sarjan, 3 koperal dan 3 lans koperal serta 30 anggota kadet.




SEKSYEN
Setiap seksyen dianggotai seramai 12 anggota yang diketuai oleh 1 koperal, 1 lans
koperal dan 10 anggota kadet.

PENGENALAN, KONSEP, SEJARAH DAN KEPENTINGAN UNIT
BERUNIFORM

PENGURUSAN FOLIO/ BUKU LOG/ LAPORAN AKTIVITI :

BUKU LOG
Buku catatan rasmi
Kandungan: fakta yang dialami dan dipelajari oleh seseorang anggota KRS
Perlu dikemaskini dan diteliti oleh Pegawai KRS / Jurulatih Jemputan

FUNGSI BUKU LOG
Membantu para anggota untuk membuat refleksi kendiri selepas sesuatu aktiviti
dijalankan.
Melatih para anggota untuk bersikap bertanggungjawab dalam setiap aktiviti yang
dijalankan supaya mampu meningkatkan kualiti latihan dan pengalaman pada diri
sendiri dan pasukan.


Memupuk nilai-nilai untuk menjadi seorang pemimpin dan pengurus supaya cekap

dan bersifat proaktif dalam menjalani tugasan yang diberi.
Sebagai bukti dan kebanggaan menjalani pelbagai latihan kursus sepanjang menjadi
seseorang anggota

JENIS BUKU LOG
Penulisan Log Pelajaran (Latihan Mingguan)
Penulisan Log Harian (Perkhemahan Kursus Ekspedisi Lawatan)

TUJUAN PENULISAN BUKU LOG

Pengurusan
Mengambil perhatian tentang maklumat pengurusan kem. Panduan menjalankan
aktiviti seterusnya.
Sumber/ ilmu tersebut hanya didapati daripada pengalaman dan perlu dicatat sendiri.

Rujukan/ Kerjaya
Sebagai suatu kerjaya pada masa depan, apabila melanjutkan pelajaran.
Bukti dan rujukan jika menjadi jurulatih TKRS

Kepimpinan
Pengalaman dan pelajaran yang dicatat boleh kekal dalam ingatan. Dapat memperbaiki
kelemahan/kesilapan.
Sebagai rujukan dan panduan.

PENGENALAN, KONSEP, SEJARAH DAN KEPENTINGAN UNIT
BERUNIFORM

PENGURUSAN FOLIO/ BUKU LOG/ LAPORAN AKTIVITI :

KANDUNGAN BUKU LOG

Biodata
Penghargaan
Pendahuluan
Nota Penulisan
Jadual Kursus
Jadual
Penulisan Harian (disertai foto)
Penulisan Pelajaran
Nota Lagu
Nota Pertolongan Cemas
Kreativiti  Carta/ Rajah
Lampiran
Autograf
Ulasan Penilaian

LAPORAN
Komponen-komponen yang terdapat di dalam Laporan 
Tajuk Negeri Daerah 
Nama persatuan/ kelab Tempat 
Tarikh 
Ketua penasihat
Bilangan ahli persatuan 
Bilangan penceramah jemputan
Bilangan penasihat 
Kekuatan aktiviti
Kelemahan 
Cadangan penambahbaikan
Senarai nama jurulatih, penceramah
Peserta aktiviti yang terkini 
Gambar-gambar semasa aktiviti
Tandatangan  Tarikh

PENGENALAN, KONSEP, SEJARAH DAN KEPENTINGAN UNIT
BERUNIFORM

TANGGUNGJAWAB PEMIMPIN
Memberi nasihat, panduan dan bimbingan.
Memastikan keselamatan ahli
Menjaga kebajikan ahli Menguruskan dan menyimpan rekod-rekod

SISTEM PANGKAT KADET REMAJA SEKOLAH/ TUNAS KADET REMAJA SEKOLAH




PENGETUA/ GURU BESAR
Komandan KRS/TKRS
Lantikan secara automatik sebagai Pegawai Pengurusan dengan nama panggilan
Komandan KRS/TKRS Sekolah

PENOLONG KANAN KOKURIKULUM
Timbalan Komandan KRS/TKRS
Lantikan secara automatik sebagai Pegawai Pengurusan dengan nama panggilan
Timbalan Komandan KRS/TKRS Sekolah.

PEMIMPIN
PEGAWAI PLATUN
o wajib menghadiri Kursus Pegawai KRS Tahap 1 dengan lulus dan ditauliahkan sebagai
pegawai dengan
KENAIKAN PANGKAT LEFTENAN KRS
o setelah mengikuti kursus Pegawai KRS Tahap2dan lulus.

PENGENALAN, KONSEP, SEJARAH DAN KEPENTINGAN UNIT
BERUNIFORM

TANGGUNGJAWAB PEMIMPIN

KENAIKAN PANGKAT KAPTEN KRS
o Setelah mengikuti kursus pengurusan peringkat negeri/kebangsaan dan telah
mengendalikan beberapa program aktiviti peringkat negeri/kebangsaan.
o Telah menjadi jurulatih kanan KRS negeri selama 3 tahun.

KENAIKAN PANGKAT MAJOR KRS
o Setelah mengikuti kursus pengurusan peringkat kebangsaan dan telah mengendalikan
beberapa program/aktiviti peringkat negeri/kebangsaan.
o Telah menjadi jurulatih kanan KRS negeri selama 3 tahun.
o Merupakan salah seorang Pegawai Tadbir Negeri atau Ketua Jurulatih Negeri atau


Pegawai Istiadat Negeri atau Pegawai Teknikal Negeri atau Pegawai Hal Ehwal Wanita

Negeri.

PAKAIAN SERAGAM AHLI & PEMIMPIN

Pakaian KRS

PENGENALAN, KONSEP, SEJARAH DAN KEPENTINGAN UNIT
BERUNIFORM

PAKAIAN SERAGAM AHLI & PEMIMPIN

Pakaian Pegawai

Pakaian dan peralatan istiadat KRS


Pakaian dan peralatan pegawai No. 2
(Bush Jacket)

Pakaian dan peralatan istiadat KRS (lelaki)

PENGENALAN, KONSEP, SEJARAH DAN KEPENTINGAN UNIT
BERUNIFORM

PAKAIAN SERAGAM AHLI & PEMIMPIN
Pakaian dan peralatan istiadat KRS (Perempuan)




Pakaian dan peralatan pegawai lelaki-No 2 (Bush Jacket) )

PENGENALAN, KONSEP, SEJARAH DAN KEPENTINGAN UNIT
BERUNIFORM

PAKAIAN SERAGAM AHLI & PEMIMPIN
Pakaian dan peralatan pegawai lelaki-No 2 (Bush Jacket) )




Pakaian dan peralatan pegawai perempuan-No 2 (Bush Jacket) )

PENGENALAN, KONSEP, SEJARAH DAN KEPENTINGAN UNIT
BERUNIFORM

PAKAIAN SERAGAM AHLI & PEMIMPIN
Pakaian dan peralatan pegawai perempuan-No 2 (Bush Jacket) )

PENGENALAN, KONSEP, SEJARAH DAN KEPENTINGAN UNIT
BERUNIFORM

PAKAIAN SERAGAM AHLI & PEMIMPIN
Pakaian kadet / murid Pakaian dan peralatan kadet No.3 putera




Pakaian dan peralatan kadet No.3 puteri


Click to View FlipBook Version