MASUK BARIS
Hukuman :
"Tiga Barisan Di hadapan Saya ............. Gerak"
Perbuatan :
Semua anggota hendaklah sedia, berlari dengan pantas, berbaris dalam
tiga barisan kira-kira 6 langkah di hadapan ketua/jurulatih iaitu setiap
orang mestilah mengambil tempatnya, barisan hadapan, barisan tengah
dan barisan belakang. Jarak di antara satu barisan dengan yang lain ialah
30 inci. Jarak di dalam barisan di antara seorang dengan yang lain ialah
sekadar satu tangan dan dalam keadaan sedia.
Kesalahan Biasa :
1. Datang berbaris tidak berlari
2. Tidak melakukan perbuatan sedia sebelum berlari.
3. Bercakap-cakap;
4. Barisan terlalu rapat atau terlalu jauh daripada jurulatih
MEMBETULKAN BARISAN
Hukuman:
" Ke kanan ........... Lurus"
Perbuatan:
Penanda kanan diam. Yang lain langkah* kaki kanan 6 inci ke hadapan
dan angkat kaki kiri serta hentak disebelah kaki kanan, kedua - dua
tangan lurus dan rapat ke badan. Diam dan kira masa sendiri (2-1).
Kemudian palingkan muka ke kanan; melainkan anggota yang nombor
satu dalam setiap barisan; serentak dengan itu anggota dalam barisan
hadapan angkat tangan ke paras bahu melalui sebelah belakang anggota
di kanannya, jari genggam dalam keadaan ibu jari di kedudukan atas
mencecah bahu anggota di sebelah kanan. Diam dan kira masa sendiri,
(2- 1), diikuti dengan hentak kaki ”pendek – pendek” sehingga barisan
lurus. Penanda kanan hendaklah diam. Anggota di sebelah kanan barisan
tengah dan barisan belakang hendaklah mengangkat tangan sekadar
menyentuh bahu anggota di hadapannya. Setiap barisan ini hendaklah
berdiri bersetentang dengan anggota - anggota di hadapan. Sesudah
barisan lurus, semua diam dan tunggu hukuman pandang depan.
Hukuman:
''Pandang.............depan''
Perbuatan:
Palingkan muka ke hadapan dan turunkan tangan ke sebelah rusuk
serentak dengan pantas
Hukuman:
”Ke Kiri…… Lurus”
Hukuman ini diberi apabila skuad menghadap ke belakang dan penanda
berada di sebelah kiri. Perbuatannya adalah sama dengan ke kanan lurus
kecuali semua anggota akan palingkan muka ke kiri dan angkat tangan kiri.
Penanda di sebelah kiri hendaklah diam. Kita boleh memberi nombor sama
ada dari kiri atau kanan.
Kesalahan Biasa :
1. Melompat dengan kedua-dua kaki dalam satu masa;
2. Pergerakan kaki dan bahu tidak sekata ke hadapan dan badan condong ke
depan semasa meluruskan barisan;
3. ”Pinggang lemah” semasa kaki bergerak;
4. Jarak dan bersetentang tidak betul;
5. Badan dan kepala tidak tegak semasa meluruskan barisan;
6. Turun tangan lambat dan siku bengkok.
7. Menepuk peha ketika
Hukuman :
"Luruskan ............ Barisan"
Perbuatan :
Pergerakan seperti di atas juga tetapi tidak perlu melangkah ke hadapan,
cuma hentakkan kaki kanan dan kiri berturut-turut dan terus bergerak
betulkan barisan. Apabila barisan telah lurus , turunkan tangan dan palingkan
muka ke depan dalam masa sendiri. Barisan tengah dan barisan belakang
hendaklah mengikuti anggota hadapan.
NOMBOR
Permulaan pelajaran, skuad hendaklah dinomborkan supaya
menyenangkan jurulatih memanggil anggota. Dari itu memadai dengan
memanggil “Nombor.......... barisan ..................” saja. Anggota juga tahu
kedudukannya dalam skuad.
Hukuman :
" Dari kanan ...........Nombor"
Perbuatan :
Barisan hadapan sahaja yang membilang nombor dengan pantas dari
kanan ke kiri. Anggota yang di sebelah kanan sekali bilang "satu" , yang
lain mengikut bilang "dua" dan seterusnya sehingga habis.
Kesalahan Biasa :
1. Tidak mengira nombor dengan cepat.
2. Suara perlahan.
3. Lupa nombor masing-masing
Ingatan :
Apabila anggota telah tersalah bilang, hendaklah diberi hukuman
"Semula" , kemudian ulang balik daripada anggota pertama.
BUKA / TUTUP BARISAN
Hukumannya: Perbuatannya :
"Buka Barisan .................Gerak". Barisan hadapan ambil dua langkah ke hadapan, iaitu langkah
kaki kanan kehadapan 30 inci dan kaki kiri 15 inci, kemudian
Kesalahan biasa :
1. Kedua-dua tangan tidak rapat ke badan angkat kaki kanan dan hentak di sebelah kaki kiri kepada
2. Tidak mengambil langkah cukup ke hadapan kedudukan sedia. Barisan belakang ambil dua langkah
dan ke belakang kebelakang mulai kaki kanan diikuti kaki kiri, kemudian angkat
3. Tangan dan bahu bergerak kaki kanan dan hentak di sebelah kaki kiri kepada kedudukan
4. Mata pandang ke bawah
5. Badan tidak tegak sedia. Masa bergerak bilang; (1-2-1)
Hukumannya: Perbuatannya :
"Tutup Barisan.......Gerak" Barisan hadapan ambil dua langkah ke belakang dan
Ingatan : barisan belakang ambil dua langkah ke hadapan.
Apabila skuad berjalan dalam barisan ke hadapan atau Pergerakannya adalah serupa seperti "Buka
ke belakang (melintang) ketika hukuman buka barisan Barisan......Gerak".
diberi, barisan hadapan hendaklah jalan terus, barisan
tengah hentak kaki dua kali , manakala barisan
belakang hentak kaki empat kali dan maju. Kalau
hukuman tutup barisan diberi, pergerakan adalah
sebaliknya.
BERPUSING KE KANAN /
KIRI / BELAKANG
Hukumannya: Perbuatannya :
”Bergerak ke kanan, kanan ........ Pusing" Dengan menetapkan kedua-dua lutut lurus, hendaklah
berpusing sebanyak 90 darjah ke kanan, di atas tumit
Kesalahan biasa : kaki kanan dan hujung kaki kiri dengan mengangkat
1. Tangan tidak rapat ke badan hujung kaki kanan dan tumit kaki kiri. Apabila sampai ke
2. Hentak kaki tendang kuda.
3. Membongkok hala yang baru tapak kaki kanan terletak atas bumi
4. Lutut bengkok menyerong ke kanan dan tumit kaki kiri terangkat. Kedua-
5. Angkat peha melebihi 45 darjah
dua lutut lurus, badan tegak seperti kedudukan sedia .
Keberatan badan di atas kaki kanan. Angkat kaki kiri dan
hentak di sebelah kaki kanan dengan pantas kepada
kedudukan sedia.
Hukumannya: Perbuatannya :
”Bergerak ke kiri, Kiri .......Pusing" Dengan menetapkan kedua-dua lutut lurus, hendaklah
berpusing sebanyak 90 darjah ke kiri, di atas tumit kaki kiri
Ingatan : dan hujung kaki kanan dengan mengangkat hujung kaki kiri
1. Tangan tidak rapat ke badan dan tumit kaki kanan. Apabila sampai ke hala yang baru tapak
2. Hentak kaki tendang kuda. kaki kiri terletak atas bumi menyerong ke kiri dan tumit kaki
3. Membongkok kanan terangkat. Kedua-dua lutut lurus, badan tegak seperti
4. Lutut bengkok kedudukan sedia . Keberatan badan di atas kaki kiri. Angkat
5. Angkat peha melebihi 45 darjah kaki kanan dan hentak di sebelah kaki kiri dengan pantas
kepada kedudukan sedia.
Hukumannya: Perbuatannya :
Menghadap ke belakang , "Belakang ......Pusing". Dengan menetapkan kedua-dua lutut lurus, hendaklah
Menghadap ke hadapan , "Belakang ......Pusing" berpusing 180 darjah mengikut pusingan jam ( ikut bahu
kanan ) , di atas tumit kaki kanan dan hujung kaki kiri dengan
Kesalahan biasa : mengangkat hujung kaki kanan dan tumit kaki kiri. Apabila
1. Tangan tidak rapat ke badan sampai kehala yang baru tapak kaki kanan terletak atas bumi
2. Hentak kaki tendang kuda. menyerong ke kanan dan tumit kaki kiri terangkat. Kedua-dua
3. Membongkok lutut lurus, badan tegak seperti kedudukan sedia. Keberatan
4. Lutut bengkok badan di atas kaki kanan. Angkat kaki kiri dan hentak di
5. Angkat peha melebihi 45 darjah. sebelah kaki kanan dengan pantas kepada kedudukan sedia.
6. Badan melonjak ketika berpusing
BERPUSING SEPARUH
KANAN / KIRI
Hukumannya: Perbuatannya :
”Bergerak ke kanan, separuh kanan ........ Pusing". Pergerakan sebagaimana berpusing kanan/kiri tetapi
”Bergerak ke kiri, separuh kiri .......Pusing". separuh kanan/kiri sahaja( 45darjah )
Kesalahan biasa :
1. Badan melonjak semasa berpusing
2. Tangan bergoyang dan membongkok semasa berpusing
3. Tumit bergerak dari tempatnya masa berpusing
4. Kedua-dua siku tidak lurus masa merapatkan kaki
5. Badan dan bahu tidak berpusing dengan betul dalam
pergerakan pertama.
6. Lutut bengkok semasa berpusing.
BERSURAI DAN KELUAR BARIS
Hukumannya: Perbuatannya :
"Ber..............surai" Skuad itu hendaklah dalam keadaan tutup barisan , pusing ke
kanan, hentak kaki kiri di sebelah kaki kanan, hormat sekali
Ingatan :
Jika bertongkat, hendaklah dibawa tongkat itu ke terus melangkah mulai kaki kanan kehadapan tiga langkah
dalam masa cepat ; terus bersurai.
kedudukan kepit sebelum memberi hormat.
Anggota yang tidak bertongkat ikut kiraan masa Perhatian :
Jangan disangkakan bersurai itu perkara kecil,
anggota yang bertongkat. bersurai ialah memberi hormat kepada pegawai.
Dengan sebab itu jurulatih hendaklah
memerhatikan pergerakan hormat dilakukan
dengan sempurna.
Hukumannya: Perbuatannya :
"Keluar ............... Baris" Berbeza dengan bersurai, keluar baris bermaksud aktiviti
belum tamat, malah bersurai sementara sahaja dan hormat
tidak dikehendaki. Anggota tidak boleh beredar dari padang
kawat atau kawasan latihan.
PARAS
Hukumannya:
"Yang tinggi ke kanan, rendah ke kiri, dalamsatu barisan..........paras".
Ingatan :
Jika dikehendaki kedudukan skuad itu tinggi di sebelah
kanan dan rendah di sebelah kiri, hukumannnya :
"Orang yang di sebelah kanan sekali diam, yang lain
bergerak ke kanan, kanan ............pusing".
" Jadikan tiga barisan..........cepat jalan"
( iaitu semasa mereka di dalam satu barisan ), maka skuad
hendaklah membuat pergerakan seperti di atas.
Perbuatannya :
Semua anggota membuat perbuatan keluar baris dan berbaris semula dalam satu barisan mengikut ketinggian
masing-masing dan berdiri dalam keadaan sedia.
"Dari kanan........... Nombor"
Skuad itu hendaklah menghitung nombor dari kanan ke kiri.
"Nombor ganjil satu langkah ke hadapan, genap satu langkah ke belakang...........gerak"
Jurulatih hendaklah memeriksa pergerakan
"Orang yang di sebelah kanan sekali diam, nombor ganjil ke kanan, genap ke kiri , barisan kanan dan kiri
..........pusing".
Anggota nombor satu diam, lain-lain anggota hendaklah berpusing seperti yang diperintahkan.
"Jadikan tiga barisan, .........cepat jalan"
Skuad itu dijadikan tiga baris. Anggota nombor dua menjadi nombor satu barisan tengah. Anggota nombor tiga
menjadi nombor satu barisan belakang. Anggota nombor empat jadi nombor dua barisan hadapan dan
seterusnya. Apabila berhenti di tempat masing-masing hendaklah berpusing ke hadapan bertiga-tiga setelah
mendapat isyarat ”up” dari anggota barisan belakang. Isyarat ”up” diberikan sekali lagi untuk pergerakan senang
diri.
Hukumannya:
"Yang rendah ke kanan, tinggi ke kiri, dalam satu barisan..........paras"
Ingatan :
Jika dikehendaki kedudukan skuad itu rendah di sebelah
kanan dan tinggi di sebelah kiri, hukumannnya :
"Orang yang di sebelah kanan sekali diam, yang lain
bergerak ke kanan, kanan ............pusing".
" Jadikan tiga barisan..........cepat jalan"
( iaitu semasa mereka di dalam satu barisan ), maka skuad
hendaklah membuat pergerakan seperti di atas
Perbuatannya :
Semua anggota membuat perbuatan keluar baris dan berbaris semula dalamsatubarisan mengikut ketinggian
masing-masing dan berdiri dalam keadaan sedia
"Dari kanan........... Nombor"
Skuad itu hendaklah menghitung nombor dari kanan ke kiri.
"Nombor ganjil satu langkah ke hadapan, genap satu langkah kebelakang...........gerak"
. Jurulatih hendaklah memeriksa pergerakan.
"Orang yang di sebelah kanan sekali diam, nombor ganjil ke kanan, genap ke kiri , barisan kanan dan kiri
..........pusing"
Anggota nombor satu diam, lain-lain anggota hendaklah berpusing seperti yang diperintahkan.
"Jadikan tiga barisan.........cepat jalan"
. Skuad itu dijadikan tiga baris. Anggota nombor tiga menjadi nombor satu barisan tengah. Anggota nombor lima
menjadi nombor satu barisan belakang. Anggota nombor tujuh jadi nombor dua barisan hadapan dan
seterusnya. Apabila berhenti di tempat masing-masing hendaklah berpusing ke hadapan bertiga-tiga setelah
mendapat isyarat ”up” dari anggota barisan belakang. Isyarat ”up” diberikan sekali lagi untuk pergerakan senang
diri.
BERHENTI DAN
BERJALAN DALAM MASA
CEPAT JALAN
Cepat jalan
Hukumannya: Perbuatannya :
"Dari kanan/kiri, cepat jalan" Langkah ke hadapan sejauh 30 inci dari tumit ke tumit
mulai kaki kanan, dengan memacakkan tumit ke bumi,
Kesalahan biasa : lutut lurus serta lenggangkan tangan separas bahu,
1. Jalan mengenjut; tangan kanan ke belakang, jari genggam, ibu jari di
2. Lutut kendur; bahagian atas menghala kehadapan , kedua-dua lengan
3. Lenggang tangan tidak lurus dan tidak separas bahu ke lurus. Masa berjalan badan tegak, buka dada, serta
hadapan dan tidak semaksima ke belakang.
pandang ke hadapan 200 meter.
4. Hujung kaki menghala keluar semasa memacak tumit;
5. Pinggang lemah; pandang ke bawah dan membengkok, Ingatan :
dan mengheret tumit semasa berjalan; (a) Lenggang tangan ke belakang semaksima
6. Semasa berjalan satu tangan tidak lenggang dan lenggang yang boleh. Lenggang tangan ke hadapan
tangan tidak sama. separas dengan bahu.
7. Mendongak secara keterlaluan (b) Melangkah dengan memacakkan tumit tanpa
membengkokkan lutut.
Berhenti
Hukumannya: Perbuatannya :
"Skuad.. ..........Henti" Bahasa "skuad" untuk memberi bahasa amaran dan "henti",
semasa beri tumit kaki kiri mencecah bumi di hadapan kaki
Kesalahan biasa : kanan. ‘Check’ atas kaki kanan. Hentak kaki kiri diikuti kaki
1. Bergoyang selepas berhenti. kanan dan pada masa yang sama kedua - dua tangan dibawa
2. Badan tidak cukup tegap dan tetap selepas
berhenti. kesisi dalam kedudukan sedia.
3. Mengangkat kaki kanan rendah semasa
dihentakkan ke tumit kiri.
4. Lurus, jarak, bersetentang tidak betul selepas
berhenti.
5. Turun tangan terlalu lambat.
6. Antara tumit tidak rapat dan antara hujung kaki
tidak 30 darjah .
7. Angkat peha melebihi 45 darjah.
8. Perbuatan ‘check’ menjadi hentak kaki.
BERHENTI DAN
BERJALAN DALAM MASA
PERLAHAN JALAN
Perlahan jalan Perbuatannya :
Hukumannya: 1. Langkah pertama : Tolak kaki kanan ke hadapan 15
"Dari kanan/kiri , perlahan...........Jalan" inci dalam keadaan tergantung, lutut lurus dantapak kaki
selari dengan bumi. Badan tegak dan tangan rapat ke
rusuk, ibu jari rapat pada penjahit seluar. Berat badan di
Kesalahan biasa : atas kaki kiri. Kemudian, tolak kaki kanan ke hadapan lagi
1. Tumit mencecah ke bumi dahulu / tapak kaki tidak selari 15 inci supaya cukup 30inci ( satu langkah ) dengan
dengan bumi. tapak kaki jejak ke tanah. Pada masa yang sama tolak
2. Siku renggang dari rusuk. kaki kiri ke hadapan 15 inci seperti kedudukan kaki kanan
3. Tangan mengikut pergerakan peha, dan bergerak pada tadi.
setiap kali melangkah. 2. Langkah ke dua : Tolak kaki kiri ke hadapan 15 inci
4. Memandang ke bawah. dalam keadaan tergantung, lutut lurus dan tapak kaki
5. Tidak menjaga jarak antara anggota selari dengan bumi. Badan tegak dan tangan rapat ke
Ingatan : rusuk. Kemudian tolak kaki kiri ke hadapan lagi 15 inci
1. Semasa perlahan jalan tidak perlu lenggang. supaya cukup 30inci (satu langkah) dengan tapak kaki
jejak ke tanah dan proses seperti itu dibuat berterusan.
2. Tangan rapat ke rusuk dan lurus dan tiada
pergerakan tangan.
Berhenti
Berhenti Semasa Perlahan Jalan Hukuman “
Henti “ diberi apabila kaki kanan mencecah
ke bumi, hentak kaki kiri dan kaki kanan.
LANGKAH KE HADAPAN
/ KE BELAKANG
Perbuatannya :
Hukumannya: Langkah kaki ( 15 inci langkah pertama, 30 inci langkah
"1/2/3 Langkah ke hadapan / ke belakang .............Gerak" seterusnya) ke hadapanatau ke belakang mengikut
bilangan langkah yang ditetapkan mulai kaki
kanandandiakhiri dengan sekali hentak (kaki kiri jika
Kesalahan biasa : bilangan langkah ganjil dan kaki kananjika bilangan
1. Tangan tidak rapat di rusuk, badan bengkok dan kepala langkah genap) Rapat kedua-dua tumit. Badan tegak,
tunduk. kedua - dua tangan rapat ke rusuk, jari genggam, ibu jari
2. Tumit tidak rapat. di sisi penjahit seluar serta pandang ke hadapan.
LANGKAH MERUSUK
Hukumannya:
"1/2/3/4/5/6/7/8 ......................... langkah ke kiri/kanan .............. gerak".
Perbuatannya :
- Angkat peha kiri/kanan 45 darjah ke hadapan dan bawa
ke sebelah kiri/kanansehingga habis bilangan langkah
yang diperintahkan. Langkah dibuat dengan mengangkat
peha kanan / kiri 45 darjah ke hadapan dan hentak padat
di sebelahkaki kiri / kanan. Tumit dirapatkan. - Badan
tegak, tangan rapat di rusuk (tiada pergerakan tangan)
Kesalahan biasa :
1. Langkah tidak sama;
2. Antara tumit tidak rapat
3. Bergerak seakan-akan melompat dan tidak dibawa kaki
kanan/kiri itu denganpantas apabila tinggi kaki kiri/kanan
mencecah ke bumi;
4. Angkat peha (kurang / lebih dari 45 darjah ).
Ingatan :
1. Tiap-tiap selangkah berhenti sebentar mengikut
bilangan (1-2-1, 1-2-2 , 1-2-3dan seterusnya ),
2. Langkah merusuk tidak boleh melebihi 8
langkah. Sekiranya lebih skuad hendaklah
digerakkan ke kiri/kanan
BELOK
Perbuatannya :
Hukumannya: Samada berjalan dalam satu barisan (file) atau bertiga-
"Kanan/kiri ......... Belok" tiga, maka orang yangdi sebelah dalam hendaklah
membelok seperti di atas satu lilitan bulatan ke kiri atau
kekanan 90 . Panjang atau pendek langkah bergantung
Kesalahan biasa : kepada kedudukan barisan. Anggota di dalam barisan,
1. Deretan di sebelah belakang terbawa-bawa lalu terpesong pendekkan langkah dan anggota di barisan luar,
keluar daripada pusat belok itu. 2. Jarak jadi rosak panjangkan langkah
disebabkan oleh angota di luar tidak memanjangkan langkah
dan anggota di dalam tidak memendekkan langkah keluar.
BERPUSING SEMASA
PERLAHAN JALAN
Ke kanan pusing
Hukumannya:
" Menghadap ke hadapan / belakang, kanan .......... pusing! "
" Bergerak ke kanan / kiri, kanan ............ pusing! "
Perbuatannya :
Hukuman “pusing” diberi semasa kaki kanan jejak ke
bumi. Angkat kaki kiri dan hentak di sebelah kaki kanan .
Dalam masa yang sama halakan kaki kanan kesebelah
kanan dan terus berjalan.
Ke kiri pusing
Hukumannya:
" Menghadap ke hadapan / belakang, kiri .......... pusing! "
" Bergerak ke kanan / kiri, kiri ............
Perbuatannya :
Hukuman “pusing” diberi semasa kaki kiri jejak ke bumi.
Angkat kaki kanan dan hentak di sebelah kaki kiri . Dalam
masa yang sama halakan kaki kiri ke sebelah kiri dan
terus berjalan
KE BELAKANG PUSING
Hukumannya:
" Bergerak ke kanan / kiri, belakang ............ pusing! "
Perbuatannya :
Hukuman pusing diberi semasa kaki kanan jejak ke bumi,
Kesalahan biasa : angkat kaki kiri letak di sebelah kaki kanan dalam
1. Semasa berpusing lutut bengkok . keadaan menghala ke kanan, angkat kaki kanan
2. Membiarkan tangan terhayun-hayun dari kedudukan sedia. menghala ke kanan dan letak di sebelah kaki kiri, angkat
3. Tidak mengekalkan jarak langkah. kaki kiri dan hentak di sebelah kaki kanan. Dengan
4. Tidak berpusing tepat dengan kepala, badan , bahu dan pantas hulurkan kaki kanan dan terus perlahan jalan
kaki.
5. Pergerakan berpusing tidak serupa dengan masa
berjalan.
6. Tidak mengangkat peha 45 darjah. 7. Hujung kaki
menjunam ke bumi atau mendongak.
BERPUSING SEMASA
CEPAT JALAN
Ke kanan pusing
Hukumannya: Perbuatannya :
" Menghadap ke hadapan / belakang, kanan .......... pusing "
" Bergerak ke kanan / kiri, kanan ............ pusing " Hukuman “pusing” diberi semasa kaki kiri jejak ke bumi.
’Check’ kaki kanan dan hentak kaki kiri di sebelah kaki
kanan. Dalam masa yang sama hala kaki kanan 90
darjah ke kanan dan terus berjalan
Ke kiri pusing
Hukumannya:
" Menghadap ke hadapan / belakang, kiri .......... pusing! "
" Bergerak ke kanan / kiri, kiri ............ pusing! "
Perbuatannya :
Hukuman “pusing” diberi semasa kaki kanan jejak ke
tanah. Angkat kaki kanan dan hentak di sebelah kaki kiri .
Dalam masa yang sama halakan kaki kiri ke sebelah kiri
dan terus berjalan.
Ke belakang pusing Peringatan :
Tangan dirapatkan ke sisi semasa pergerakan ”in”
Hukumannya: Perbuatannya :
"" Bergerak ke kanan / kiri, belakang ............ pusing! " Hukuman Hukuman pusing diberi semasa kaki kanan
Kesalahan biasa : jejak ke tanah, ’check’ kaki kiri, tarikkaki kanan di
1. Semasa berpusing lutut bengkok . belakang tumit kaki kiri dalam keadaan menghala ke
2. Membiarkan tangan terhayun-hayun dari kedudukan sedia kanan(in), hentak kaki kiri di sebelah kaki kanan, hentak
3. Tidak mengekalkan jarak langkah. kaki kanan di sebelah kaki kiri, hentakkaki kiri di sebelah
4. Tidak berpusing tepat dengan kepala, badan , bahu dan kaki kanan. Dengan pantas langkah kaki kanan dan terus
kaki .
5. Pergerakan berpusing tidak serupa dengan masa berjalan berjalan(maju).
6. Tidak mengangkat peha 45 darjah .
7. Hujung kaki menjunam ke bumi .
8. Seret kaki ketika pergerakan ’in’.
HENTAK KAKI, MAJU
DAN BERHENTI DALAM
PERLAHAN DAN CEPAT
JALAN
Hukumannya: Semasa cepat jalan
’’Hentak........kaki’’
Perbuatannya :
Hukuman diberi semasa kaki kiri jejak ke bumi, ’check’
kaki kanan dan mulahentak kaki dengan kaki kiri.
Kesalahan biasa :
1. Tangan, badan dan bahu bergerak semasa hentak kaki .
2. Tidak hentak kaki pada satu tempat .
3. Pinggang lemah dan bongkok .
4. Tidak pandang terus ke hadapan .
5. Lebih pantas daripada berjalan . Hukuman :
"Maju"
Hukuman diberi apabila kaki kanan jejak ke bumi,
kemudian hentak kaki kiri danmaju mulai kaki kanan.
Semasa perlahan jalan
Hukumannya: Perbuatannya :
’’Hentak........kaki’’ Hukuman diberi dengan sebutan yang panjang, semasa
kaki kanan melintasi kaki kiri dan mula hentak kaki
dengan kaki kiri.
Kesalahan biasa :
1. Tangan, badan dan bahu bergerak semasa hentak kaki .
2. Tidak hentak kaki pada satu tempat .
3. Pinggang lemah dan bongkok .
4. Tidak pandang terus ke hadapan .
5. Lebih pantas daripada berjalan . Hukuman :
"Maju"
Hukuman diberi apabila kaki kanan jejak ke bumi,
kemudian hentak kaki kiri danmaju mulai kaki kanan.
HENTAK KAKI CEPAT
SEMASA BERHENTI
Hukumannya: Perbuatannya :
’’Hentak kaki........cepat’’ Mula hentak kaki dengan kaki kanan.
Hukumannya: Perbuatannya :
’ ”Skuad...........henti” Hukuman diberi semasa kaki kanan jejak ke bumi. Hentak
kaki kiri dan kanan. Terusberhenti
Semasa perlahan jalan
Hukumannya: Perbuatannya :
’’Hentak........kaki’’ Hukuman diberi dengan sebutan yang panjang, semasa
kaki kanan melintasi kaki kiri dan mula hentak kaki
dengan kaki kiri.
Kesalahan biasa :
1. Tangan, badan dan bahu bergerak semasa hentak kaki .
2. Tidak hentak kaki pada satu tempat .
3. Pinggang lemah dan bongkok .
4. Tidak pandang terus ke hadapan .
5. Lebih pantas daripada berjalan . Hukuman :
"Maju"
Hukuman diberi apabila kaki kanan jejak ke bumi,
kemudian hentak kaki kiri danmaju mulai kaki kanan.
HENTAK KAKI CEPAT
SEMASA BERHENTI
Hukumannya: Perbuatannya :
’’Hentak kaki........cepat’’ Mula hentak kaki dengan kaki kanan.
Hukumannya: Perbuatannya :
’ ”Skuad...........henti” Hukuman diberi semasa kaki kanan jejak ke bumi. Hentak
kaki kiri dan kanan. Terusberhenti
BERJALAN, HENTAK KAKI
Berhenti dalam masa berlari
Hukumannya: Perbuatannya :
’" Dari kiri/ kanan........ cepat lari" Mula berlari dengan kaki kanan.
Panjang langkah 40 inci dan lajunya 180 langkah dalam
Kesalahan biasa : satu minit
1. Memandang ke bawah.
2. Berlari di atas tumit.
3. Lurus, jarak dan kelajuannya tidak betul.
Hentak kaki semasa berlari
Hukumannya: Perbuatannya :
‘’Hentak… kaki'' Diberi ketika kaki kiri jejak ke bumi, ’check’ dengan kaki
kanan dan mulakan hentakdengan kaki kiri.
Hukumannya: Perbuatannya :
‘’Maju" Diberi ketika kaki kanan jejak ke bumi, hentak kaki kiri
,kemudian mulakan berlari dengan kaki kanan.
Peringatan :
Sebelum berhenti semasa berlari hendaklah tukar pergerakan hentak kaki
terlebihdahulu dan beri hukuman henti sebagaimana pergerakan hentak kaki
TUKAR LANGKAH
PERLAHAN, CEPAT
JALAN DAN BERLARI
Dari Cepat Jalan ke Perlahan Jalan
Hukumannya: Perbuatannya :
" Tukar langkah perlahan, perlahan .........jalan" Hukuman ”Jalan” ketika kaki kiri jejak ke bumi. ’Check’
dengan kaki kanan, kemudian hentak kaki kiri di sebelah
kaki kanan. Dengan pantas hulur kaki kanan dan terus
melakukan pergerakan perlahan jalan.
Peringatan :
Kedudukan tangan dirapatkan di sisi semasa pergerakan check
Dari Perlahan ke Jalan Cepat
Hukumannya: Perbuatannya :
''Tukar langkah cepat, cepat...jalan" Hukuman " cepat " diberi ketika kaki kanan jejak ke
bumi, dan " jalan " ketika kaki kiri jejak ke bumi dan
hendaklah secara berturut-turut. dan mulakan pergerakan
cepat jalan dengan kaki kanan. Tangan dilenggangkan
Dari Cepat Jalan ke Langkah Berlari
Hukumannya: Perbuatannya :
" Tukar langkah berlari........ cepat lari" Hukuman '' lari '' diberi di atas kaki kanan, check dengan
kaki kiri, kemudian mulai lari dengan kaki kanan.
BUKA DAN TUTUP
BARISAN KETIKA
BERJALAN
Dari Cepat Jalan ke Perlahan Jalan
Hukumannya: Perbuatannya :
'' Buka ......... Barisan'' Hukumannya diberi di atas kaki kanan dan check di atas
kaki kiri dan hentak dengankaki kanan, barisan tengah
Hukumannya: hentak kaki 2 kali dan terus maju. Barisan belakang
'" Tutup............... barisan " hentak kaki 4 kali, barisan hadapan berjalan terus.
Perbuatannya :
Hukumannya diberi di atas kaki kanan dan check dengan
kaki kiri, hentak kaki kanan, barisan hadapan hentak kaki
4 kali, dan barisan tengah hentak kaki 2 kali
danterusmaju. Barisan belakang berjalan terus.
TUKAR HALUAN KETIKA
BERHENTI DAN BERJALAN
DALAMCEPATDANPERLAHAN
Tukar Haluan Masa Berhenti dalam masa cepat jalan
Hukumannya: Perbuatannya :
" Tukar haluan ke kanan dan henti, ke Anggota yang sebelah kanan, pusing ke kanan, yang lain
dalam barisan hadapanpusing separuh kanan, anggota
kanan........... Tukar " dalam barisan tengah dan belakang diam
Hukumannya: Perbuatannya :
''Cepat jalan'' Anggota yang sebelah kanan berjalan ke hadapan tiga
langkah lalu berhenti. Lainlain anggota berjalan berturut-
turut dan membelok ke hala baru, serta berhenti.
Jarakantara barisan ialah satu langkah.
TUKAR HALUAN KETIKA
BERHENTI DAN BERJALAN
DALAMCEPATDANPERLAHAN
Tukar Haluan Masa Berhenti dalam masa cepat jalan
Kesalahan biasa : Ingatan :
1. Tidak memastikan jarak yang betul. 1. Jika tukar haluan ke kiri buatlah ke sebelah kiri.
2. Anggota yang disebelah luar 2. Pergerakan ini biasa dibuat jika skuad itu lebih daripada
mempercepatkan langkah. enam anggota dalam barisan.
3. Memanjangkan langkah. 3. Jika tiada hukuman berhenti, mestilah hentak kaki,
4. Anggota nombor satu barisan hadapan ( kemudian akan diberi hukuman maju atau berhenti.
Penanda ) tidak ambil cukup tiga langkah. 4. Jika pergerakan ini dibuat dalam berjalan,maka anggota
5.Tidak berhenti atau hentak kaki di atas kaki dalam barisan hendaklah belok ke hala yang baru.
yang betul 5. Pergerakan bagi cepat jalan dan perlahan jalan adalah
sama.
2.8
ASAS
PERTOLONGAN
CEMAS
KAWAD FORMASI
Juga dikenali sebagai kawad persembahan.
Melibatkan asas-asas kawad statiK dan dinamik, tetapi diolah menjadi beberapa bentuk
formasi supaya lebih menarik
Contoh formasi kawad
ATURCARA PERGERAKAN KAWAD
A. Sebelum masuk padang
1. Dari kanan cepat jalan
2. Skuad henti
3. Skuad akan mengadap ke hadapan, ke kanan pusing
4. Buka barisan gerak
5. Ke kanan lurus / pandang hadapan
6. Nombor
B. Melapor
7. Bergerak ke kanan bertiga-tiga, ke kanan pusing
8. Bergerak ke kiri bertiga-tiga, ke belakang pusing
9. Skuad akan mengadap ke hadapan, ke kanan pusing
10. Empat langkah ke kiri, gerak
11. Bergerak ke kanan bertiga-tiga, ke kanan pusing
12. Dari kiri cepat jalan
13. Hormat, hormat ke hadapan hormat
14. Bergerak ke kanan bertiga-tiga, ke belakang pusing
15. Hentak kaki.
16. Maju
17. Bergerak ke kanan bertiga-tiga, ke belakang pusing
18. Skuad henti
19. Skuad akan menghadap ke hadapan, kekiri pusing
20. 3 jenis kawad formasi
21. Ke kanan lurus
22. Pandang hadapan
23. Melapor.
ASAS PERTOLONGAN CEMAS
Pertolongan Cemas ditakrifkan atau diertikan sebagai bantuan permulaan dan rawatan awal
yang diberikan kepada seseorang yang mengalami kecederaan dalam sebarang kemalangan
atau sakit secara mengejut dengan menggunakan objek sekeliling sebelum ketibaan ambulans,
doktor atau pakar perubatan atau sebelum mangsa dihantar ke hospital.
TUJUAN DAN PRINSIP
Tujuan Pertolongan Cemas.
a.Selamatkan nyawa.
-Memberi bantuan awal untuk menyelamatkan nyawa di dalam situasi yang mengancam nyawa
seperti pendarahan yang banyak, terhenti pernafasan dan jantung, terbakar dan melecur dan
lain lain lagi.
b. Mengelakkan kecederaan bertambah buruk.
-Memberi rawatan pertolongan cemas yang betul dan pantas untuk mengelakkan kecederaan
atau keadaan pesakit menjadi bertambah buruk.
c.Mengurangkan kesakitan.
-Memberi keselesaan, keyakinan dan kata-kata semangat untuk memberikan kelegaan kepada
pesakit.
Prinsip-prinsip pertolongan cemas:
1. Menyelamatkan nyawa.
2. Mengurangkan kesakitan.
3. Mengelakkan daripada keadaan bertambah teruk.
4. Mendapat bantuan doktor atau menghantar pesakit ke hospital.
Peraturan Am Pertolongan cemas:
1. Memberi pertolongan kepada mangsa yang cedera teruk dahulu.
2. Keutamaan kepada mangsa yang tidak sedar menjaga, terutamanyapernafasan pesakit itu.
3. Jangan sekali-kali meninggalkan pakaian mangsa hanya sekadar melonggarkannya sahaja
dengan tujuan untuk memudahkan pemafasan mangsa dan pembantu mula memperhatikan
pergerakan pernafasan mangsa.
4. Membuat pengurusan bagi menghantar mangsa ke hospital.
Tindakan serta merta pertolongan cemas:
1. Menentukan pernafasan mangsa berkeadaan baik.
2. Memberikan rawatan renjatan dengan segera.
3. Cuba memberhentikan darah jika mangsa berdarah.
4. Memberikan rawatan yang rapi dan sempurna.
Arahan am untuk memberi rawatan bantu mula:
1. Bertindak dengan cepat dan tenang. Dapatkan bantuan orang yang berhampiran untuk
membuat panggilan ke polis, ambulans, keluarga dan sebagainya.
2. Bertindak berdasarkan DRABC [Danger Response Airways Breathing Circulation] iaitu:
a. Keluarkan mangsa dari kawasan yang berbahaya [D]
b. Pastikan mangsa bertindak balas dengan memanggil mangsa atau bertanya dengannya jika
mangsa sedar. [R]
c. Pastikan mulut dan hidung mangsa tidak tertutup atau tersembut - jika ada keluarkan dan
letakkan mangsa dalam kedudukan yang selesa [A] d. Pastikan mangsa bernafas dan jika
tidak, lakukan EAR [B]
e. Pastikan nadi mangsa berfungsi - semak di nadi karotid atau di leher [C], jika tidak
melakukan CPR.
Peti Pertolongan Cemas
Pertolongan cemas ialah bantuan segera atau rawatan kecemasan yang diberikan untuk orang
yang tercedera sebelum mendapatkan bantuan atau perawat yang bertauliah. la biasanya
terdiri dari satu siri teknik yang boleh dilakukan, walaupun tanpa latihan perubatan, oleh hampir
semua orang dengan peralatan yang minimum. Antara peralatan yang umumnya ialah peti
pertolongan cemas.
Oleh yang demikian adalah suatu kewajiban bagi ahli sukarelawan menyelamat khususnya
untuk mengetahui isi kandungan di dalam peti pertolongan cemas.
Peti Pertolongan Cemas
ANDUH DAN BALUTAN
Jenis anduh
Anduh besar Anduh menaik Anduh pergelangan tangan Anduh kecil
Jenis balutan anduh
Anduh lengan
Anduh kepala
Anduh lutut atau siku
Anduh pergelangan tangan
Anduh tapak kaki
Kesemua balutan-balutan diatas hendaklah menggunakan ikatan buku sila:
Ikatan buku sila
ANDUH LENGAN.
Bucu atas kain anduh hendaklah diletakkan pada siku lengan yang tercedera.
Kemudian ikatan buku sila diikat pada atas bahu.
Bucu atas kain anduh yang diletakkan pada siku tadi boleh dipinkan atau dilipat ke
bahagian dalam untuk lebih kemas.
Anduh lengan
ANDUH LUTUT
Lipat sedikit kain anduh dan letakkannya (seperti gambarajah di bawah) di ataslutut
yang tercedera.
Tarik kedua-dua hujung kain anduh melintasi bawah lutut kemudian ikatkan buku sila
pada atas bahagian lutut (seperti gambarrajah di bawah).
Tutup ikatan tersebut dengan bucu atas kain anduh untuk lebih kemas.
Anduh lutut
ANDUH KEPALA
Lipatkan sedikit kain anduh tersebut dan letakkannya pada atas dahi mangsa dan
biarkan bucu atas kain anduh berada di belakang kepala.
Pegang kedua-dua hujung kain anduh dan silang ke belakang kepala kemudian bawa
ke dahi dan diikat buku sila.
Lipat kain lebihan di belakang untuk lebih kemas.
Anduh kepala
ANDUH PERGELANGAN TANGAN atau TAPAK KAKI.
Letakkan tapak kakitangan yang tercedera di atas kain anduh, kemudian tarik dan letakkan
bucu atas kain anduh di atas kakitangan. (seperti gambarajah di bawah.)
Silangkan kedua-dua bucu hujung kain anduh di atas dan bawah. (seperti gambarajah di
bawah)
Ikatan buku sila kemudiannya diikat pada atas pergelangan tangan seperti yang
ditunjukkan di gambarajah di bawah.
Ikatan buku sila diikat pada belakang tumit jika terdapat kecerderaan pada bahagian kaki
yang mesti di balut.
Anduh pergelangan tangan
BALUTAN
Pembalut dilakukan untuk membantu pembebatan.
Pembebatan digunakan untuk menutup dan mengawal luka pendarahan.
Jenis kain pembalut
Pembalut Tiga Segi Kain pembalut
Pembalut Lebar
Pembalut Kecil
Pembalut Gulung
Jenis balutan luka Balutan luka siku
Luka Tangan
Balutan luka dada Balutan luka peha
Balutan luka jari
Balutan luka lutut Balutan luka lengan
Anduh dan balutan digunakan sekiranya:
Luka tusukan
Luka tertusuk boleh disebabkan oleh benda-benda tajam seperti jarum, paku, duri, kaca dan
lain-lain. la biasanya tidak banyak berdarah melainkan pembuluh darah yang besar tertusuk.
Seelok eloknya bersihkan luka tersebut sebelum rawatan diberi. Kemudian balut dengan
pembalut yang bersih dan bawa pesakit kehospital untuk rawatan lanjut.
Terkena selumbar
Cara merawat:
Cuci bahagian yang terkena selumbar dan Beri tuaman sejuk:
Ambil sehelai kain atau tuala. Lipat mengikut saiz yang dikehendaki
Rendam dalam air sejuk, perah hingga tidak menitik dan tuamkan pada bahagian yang
luka. Tuaman ini haruslah dikenakan pada bahagian cedera dan diulang-ulangkan
membasahkannya supaya sejuk.
MERAWAT LUKA DAN GIGITAN
MERAWAT LUKA
Luka seperti terpotong, terhiris atau melecet.
Rawatan:
1) Bersihkan luka. Kemudian sapu ubat pembunuh kuman yang sesuai.
2) Balut luka dengan teliti menggunakan kain pembalut kasa yang bersih.
GIGITAN
Digigit Hama rumput rumput panjang, lalang dan
Hama-Hama ini adalah didapati pada
belukar.Gigitannyamenyebabkan gatal dan bintat.
Rawatan:
1. Cuci tempat yang digigit bersih-bersih dengan air dan sabun
2. Tukar dan cuci pakaian, basuh dengan anti-septik
3. Jangan digaru kerana ini menambahkan gatal dan menyebabkan bengkak.
4. Bagi melegakan rasa gagal sapulah dengan ammonia atau soda yang tidak terlalu keras
atau minyak anti histamine.
Anduh dan balutan digunakan sekiranya:
Luka tusukan
Luka tertusuk boleh disebabkan oleh benda-benda tajam seperti jarum, paku, duri, kaca dan
lain-lain. la biasanya tidak banyak berdarah melainkan pembuluh darah yang besar tertusuk.
Seelok eloknya bersihkan luka tersebut sebelum rawatan diberi. Kemudian balut dengan
pembalut yang bersih dan bawa pesakit kehospital untuk rawatan lanjut.
Terkena selumbar
Cara merawat:
Cuci bahagian yang terkena selumbar dan Beri tuaman sejuk:
Ambil sehelai kain atau tuala. Lipat mengikut saiz yang dikehendaki
Rendam dalam air sejuk, perah hingga tidak menitik dan tuamkan pada bahagian yang
luka. Tuaman ini haruslah dikenakan pada bahagian cedera dan diulang-ulangkan
membasahkannya supaya sejuk.
MERAWAT LUKA DAN GIGITAN
MERAWAT LUKA
Luka seperti terpotong, terhiris atau melecet.
Rawatan:
1) Bersihkan luka. Kemudian sapu ubat pembunuh kuman yang sesuai.
2) Balut luka dengan teliti menggunakan kain pembalut kasa yang bersih.
GIGITAN
Digigit Hama rumput rumput panjang, lalang dan
Hama-Hama ini adalah didapati pada
belukar.Gigitannyamenyebabkan gatal dan bintat.
Rawatan:
1. Cuci tempat yang digigit bersih-bersih dengan air dan sabun
2. Tukar dan cuci pakaian, basuh dengan anti-septik
3. Jangan digaru kerana ini menambahkan gatal dan menyebabkan bengkak.
4. Bagi melegakan rasa gagal sapulah dengan ammonia atau soda yang tidak terlalu keras
atau minyak anti histamine.
MELECUR, PITAM DAN PATAH
MELECUR
Cuci bahagian yang terbakar atau kene wap itu dengan sabun dan air hangat. Kemudian
sapukan petroleum atau Vaselin dan balut dengan teliti. Jika terasa amat pedih berilah pesakit
2 pil aspirin dan ulangi setiap 2 jam bila anggap perlu untuk mengurangkan sakit.
PITAM
Pengsan dan pitam merupakan peringkat tidak sedarkan diri yang singkat. Gejala ini terjadi
disebabkan oleh otak seseorang yang tidak berfungsi dengan betul. Antara penyebabnya ialah:
(i)Kekurangan darah di dalam otak:
(ii) Kekurangan oksigen di dalam otak apabila pernafasan terganggu;
(i)Merasa sakit kepala yang teramat sangat sehingga menyebabkan pengsan.
Cara merawat:
(i) Baringkan pesakit dengan kedudukan kepalanya rendah.
(ii) Longgarkan pakaian ketat.
(i) Lap mukanya dengan tuala basah atau biarkan dia menyedut larutan harum ammonia
(iv) Apabila dia telah sedar semula, suruhlah ia bangun sendiri.
(v) Apabila ia sudah mampu bangun, berikan minuman sama ada air, kopi atau teh panas.
PATAH
Patah ialah tulang pecah atau retak. la mungkin disebabkan oleh daya secara langsung,
misalnya, jika seseorang dilanggar oleh sebuah kenderaan yang bergerak atau daya tidak
langsung, contohnya jika seorang pemain bola sepak telah tersepak tanah dan bukannya bola
maka daya mungkin dialihkan untuk memecah tempurung lututnya.
Tanda-tanda patah tulang:
(i)Pesakit mungkin terasa atau terdengar bunyi patah tulang.
(i)Bengkak dan lebam.
(ii)kecacatan bentuk di tempat yang patah atau terkehel.
(iv)Pesakit juga mungkin menunjukkan tanda-tanda kejutan, ini amat ketara jika patah berlaku
di tulang paha atau pelvis.
c.Langkah rawatan yang akan dilakukan ini bertujuan untuk mencegah pergerakan di sekeliling
tempat yang terlibat.
Cara merawat
(i)Suruh pesakit baring sehingga bahagian yang patah telah dicegah pergerakannya dengan
sempurna. Jika nyawa pesakit terancam, barulah dia dipindahkan.
(i)Gunakan kayu belat di tempat yang terlibat. Balut atau ikat untuk mencegah pergerakan.
(i)lkat pembalut dengan kuat untuk mencegah pergerakan, tetapi tidak terlalu kuat kerana ia
boleh menjejaskan pengaliran darah.
(iv)Semasa membalut anggota yang palah, sendi-sendi di bahagian atas dan bawah anggota
juga harus dicegah pergerakannya.
(v)Bawa mangsa ke hospital dengan segera.
KERACUNAN DAN TERSELIUH
KERACUNAN
Keracunan boleh terjadi melalui makanan, minuman, pernafasan dan menyerap pada kulit dan
mata.
Tanda-tanda
Kemungkinan terdapat tanda-tanda berikut bergantung keatas jenis racun:
- Muntah, kadang-kadang terdapat kesan darah.
- Daya sedar yang lemah.
- Rasa sakit dan perit yang membakar.
- Bekas-bekas kosong dikawasan persekitaran.
- Latar belakang pendedahan/tertelan
- Cirit-birit
- Pening kepala dan demam.
- Tanda-tanda renjatan.
- Perut sakit dan kejang.
Rawatan Awal Keracunan
a) Pastikan anda selamat dari sebarang ancaman bahaya.
b) Hampiri mangsa dan periksa nafas dan nadi, lakukan CPR jika perlu. Jika mangsa sedar,
tanyakan apa yang telah dimakan atau minum.
c) Tunggu arahan dan bertindak segera.
d) Jangan beri mangsa makan atau minum sehingga dibenarkan.
e) Jangan galakkan mangsa muntah melainkan diarahkan. Jika bibir mangsa terselar oleh
bahan-bahan kakis, beri mangsa minum airatau susu sejuk dari masa kesemasa sementara
menunggu bantuan perubatan.
Cara merawat
(i)Suruh pesakit baring sehingga bahagian yang patah telah dicegah pergerakannya dengan
sempurna. Jika nyawa pesakit terancam, barulah dia dipindahkan.
(i)Gunakan kayu belat di tempat yang terlibat. Balut atau ikat untuk mencegah pergerakan.
(i)lkat pembalut dengan kuat untuk mencegah pergerakan, tetapi tidak terlalu kuat kerana ia
boleh menjejaskan pengaliran darah.
(iv)Semasa membalut anggota yang palah, sendi-sendi di bahagian atas dan bawah anggota
juga harus dicegah pergerakannya.
(v)Bawa mangsa ke hospital dengan segera.
KERACUNAN DAN TERSELIUH
KERACUNAN
Keracunan boleh terjadi melalui makanan, minuman, pernafasan dan menyerap pada kulit dan
mata.
Tanda-tanda
Kemungkinan terdapat tanda-tanda berikut bergantung keatas jenis racun:
- Muntah, kadang-kadang terdapat kesan darah.
- Daya sedar yang lemah.
- Rasa sakit dan perit yang membakar.
- Bekas-bekas kosong dikawasan persekitaran.
- Latar belakang pendedahan/tertelan
- Cirit-birit
- Pening kepala dan demam.
- Tanda-tanda renjatan.
- Perut sakit dan kejang.
Rawatan Awal Keracunan
a) Pastikan anda selamat dari sebarang ancaman bahaya.
b) Hampiri mangsa dan periksa nafas dan nadi, lakukan CPR jika perlu. Jika mangsa sedar,
tanyakan apa yang telah dimakan atau minum.
c) Tunggu arahan dan bertindak segera.
d) Jangan beri mangsa makan atau minum sehingga dibenarkan.
e) Jangan galakkan mangsa muntah melainkan diarahkan. Jika bibir mangsa terselar oleh
bahan-bahan kakis, beri mangsa minum airatau susu sejuk dari masa kesemasa sementara
menunggu bantuan perubatan.
TERMAKAN RACUN
Tanda-tanda
- Pernafasan adalah pendek-pendek tetapi cepat, susah bernafas, dan akhirnya
terhenti.
-Bahagian bibir, jari-jari, muka dan telinga menjadi kebiru-biruan.
- Kebanyakkannya menyebabkan tidak sedarkan diri.
Peraturan Am Memulihkan Asfiksia
A-Airways (saluran pernafasan)
- Terbuka atau tersekat
- Keluarkan bendasing seperti gigi palsu,rumput, tanah, bahan mentahdaripada mulut
jika ada.
B-Breathings (pemafasan)
- Boleh bernafas atau tidak
- Jika pernafasan terhenti, beri bantuan pemulihan pernafasan dengansegera.
DC-Circulation (peredaran darah)
- Pastikan adakah denyutan nadi atau tidak.
- Jika tiada, lakukan pemulihan CPR (Cardio-pulmonary Resuscitation) pemulihan
pernafasan dan pemulihan jantung dari luar
Jenis-jenis Pemulihan Pernafasan
i. Pemulihan pernafasan mulut ke mulut.
ii. Pemulihan pernafasan Holgen Nielson
iii. Pemulihan pernafasan mulut ke hidung.
iv. Pemulihan jantung dari luar atau tekanan dada (external cardiac compression)
v. Pemulihan kardio-palmonari (Cardio- Pulmonary Risucitation) CPR
SEKIAN
TERIMA KASIH
LAPORAN/REFLEKSI MINGGU 3
Tarikh : 26 Ogos 2022
Masa : 9.15 pagi – 12.15 tengah hari
Tempat : Kem Puteri IPGKRM
Bilangan ahli : 38 Orang
Pensyarah : Pn. Erana binti Abd Seman
Tajuk : Lagu, Ikrar dan asas kawad
Pensyarah meminta pelajar untuk menyanyikan lagu KRS dengan penuh semangat.
Pelajar juga diminta untuk membaca ikrar dengan suara yang lantang. Hal ini adalah untuk
memastikan setiap pelajar menghafal lagu dan ikrar KRS. Kemudian, pensyarah memberikan
penerangan berkaitan cara memberi hukuman kawad. Pensyarah dan pelajar bersoal jawab
berkaitan asas kawad kaki. Seterusnya, setiap pelajar diminta untuk memberikan hukuman
seorang demi seorang. Setiap orang mencuba dan belajar cara untuk memberikan hukuman
kawad.
REFLEKSI
Saya dapat mengetahui cara-cara untuk memberi hukuman kawad dengan betul. Saya
juga mempelajari beberapa asas kawad kaki berdasarkan penerangan dan maklumat yang
dikongsikan oleh pensyarah.
LAPORAN/REFLEKSI MINGGU 4
Tarikh : 2 September 2022
Masa : 9.15 pagi – 12.15 tengah hari
Tempat : Kem Puteri IPGKRM
Bilangan ahli : 21 Orang
Pensyarah : Pn. Erana binti Abd Seman
Tajuk : Ikatan dan simpulan
Pelajar diminta untuk membawa dua batang kayu dan seutas tali. Pelajar mempelajari
pelbagai jenis simpulan dan ikatan antaranya simpul manuk, simpul bunga geti, simpul balak,
ikatan seroya, ikatan serong dan sebagainya. Teknik ikatan dan simpulan yang dipraktikkan ini
akan dinilai semasa perkhemahan kelak. Pelajar berlatih bersama-sama rakan tentang cara
mengikat tali tersebut mengikut teknik dan cara sebagaimana yang diajarkan oleh pensyarah.
REFLEKSI
Saya dapat mengimbas kembali cara-cara membuat simpulan dan ikatan. Saya juga
dapat membuat persediaan untuk perkhemahan kelak.
LAPORAN/REFLEKSI MINGGU 5
Tarikh : 9 September 2022
Masa : 9.15 pagi – 12.15 tengah hari
Tempat : Kem Puteri IPGKRM
Bilangan ahli : 28 Orang
Pensyarah : Pn. Erana binti Abd Seman
Tajuk : Kawad kaki
Pensyarah menerangkan berkaitan hukuman kawad static dan hukuman kawad dinamik.
Pensyarah juga mengajarkan beberapa pergerakan asas kawad kaki. Pensyarah juga menguji
setiap pelajar untuk cuba memberi hukuman. Setiap pelajar diuji kelantangan suara dalam
memberikan hukuman kawad.
REFLEKSI
Saya dapat memperlajari pergerakan asas kawad dan cara memberi hukuman yang
betul.
RUJUKAN
Aehtoosham bin Suleman. (2019). Bantuan Asas Hidup. Kelantan: Jacknaim Press.
Hakim Mansor. (2020). Buku Log Kadet Remaja Sekolah. AnyFlip. https://anyflip.com/nnzy/swan/basic
Kamus Dewan Edisi Keempat. (2016). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kementerian Kesihatan Malaysia. (2014, Oktober 8). Berkhemah. http://www.myhealth.gov.my/berkhemah/
Kementerian Kesihatan Malaysia. (2012, April 27). Sukan & Kecederaan.
http://www.myhealth.gov.my/sukan-a-kecederaan/
Mohd Adha Mohd Zain. (2009, Februari 04). Cara melakukan Pertolongan Cemas (CPR). MY ADHA. http
s://www.myadha.net/2009/02/cara-melakukan-pertolongan-cemas-cpr.html
Pendidikan2u. (2017, Februari 05). Modul Membina Gajet Perkhemahan. https://www.pendidik2u.my/m odul-
membina-gajet-perkhemahan
Universiti Kebangsaan Malaysia. (2021). Apakah itu CPR. https://www.ukm.my/sispa/aktiviti/cpr/
Yusop Teppo. (2020. Mac 08). Lengkapkan diri dengan kemahiran pertolongan cemas. Utusan Borneo.
https://www.utusanborneo.com.my/2020/03/08/lengkapkan-diri-dengan-kemahiran-pertolongan-
cemas