“AL MUKHTASAR”
PENDIDIKAN ISLAM
EDISI 2020
EDITOR : FALSAFAH ILMU
TAJUK : USTAZAH ZULAIHA BINTI MOHAMED
OLEH : USTAZAH ZAKIAH BINTI MD ALI
TAJUK : AKIDAH ISLAM
OLEH : USTAZAH WAN ROSLINA BINTI WAN KAFFI
TAJUK
OLEH : SYARIAH ISLAMIAH
: USTAZ HISAMUDIN BIN SALEH
TAJUK : USTAZ ABD AZIZ BIN MOHAMED
OLEH
: AKHLAK ISLAM
TAJUK : USTAZAH OSMAHYANTI BINTI OTHMAN
OLEH : USTAZAH ZAHARAH BINTI BAHARI
: TAMADUN ISLAM
: USTAZ ABD LATIF BIN AWANG NIK
: USTAZ SOLAHUDDIN BIN ABD RAHMAN
ISI KANDUNGAN HALAMAN
1.0 FALSAFAH ILMU 2
4
1.1 KONSEP ASAS ILMU 8
11
a. Definisi dan Pembahagian Ilmu
b. Tujuan Utama Ilmu dan Sifat Ilmu 12
c. Adab-adab Menuntut Ilmu 13
d. Nilai dan Kedudukan Orang Yang Berilmu 15
1.2 SUMBER ILMU 20
20
a. Sumber-sumber Ilmu 21
b. Konsep Umum Sumber Ilmu 22
c. Hierarki Ilmu
25
2.0 ULUM SYARIAH 28
28
2.1 AKIDAH ISLAM
37
a. Konsep Akidah 38
i. Definisi Akidah
ii. Sumber Akidah 42
46
iii. Metodologi Perbahasan Ilmu Tauhid
iv. Kepentingan Akidah 49
50
2.2 CABARAN AKIDAH SEMASA
a. Membezakan Akidah Yang Benar dan Akidah Yang Batil
b. Langkah Mengatasi Akidah Cabaran Akidah Semasa
c. Ajaran Sesat
2.3 SYARIAH ISLAM
a. Konsep Syariah
i. Definisi dan Prinsip-prinsip Syariah Islam
ii. Tujuan Syariah
b. Sumber Syariah Islam
i. Definisi al Quran, al Sunnah, Ijmak Ulama dan Qias
ii. Makna Ijtihad dan Syarat-syarat Mujtahid
c. Isu-isu Semasa Syariah Islam
i. Syariah Islam
• Insuran/ Takaful
• Solat Jamak dan Qasar
2.4 AKHLAK ISLAM 53
57
a. Konsep Akhlak
b. Isu-isu Akhlak Semasa 64
65
3.0 TAMADUN ISLAM 67
73
3.1 KONSEP TAMADUN ISLAM
i. Definisi Tamadun Islam 77
ii. Matlamat Tamadun Islam 79
81
iii. Dasar Tamadun Islam
3.2 KONSEP AL FALAH
3.3 TOKOH-TOKOH ISLAM
i. Syeikh Idris al Marbawi
ii. Dr. Yusuf al Qardawi
3.4 ISU SEMASA TAMADUN ISLAM
1. Falsafah Ilmu
1.1 Konsep Asas Ilmu
Pendahuluan
Kedatangan Islam membawa perintah menuntut, menyebar dan memuliakan ilmu.
Wahyu yang pertama iaitu ayat 1-5 surah al ‘Alaq dengan jelas mewajibkan pencarian
ilmu.
Maksudnya : “Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang
menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku;
Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah,Yang mengajar manusia melalui pena
dan tulisan, Dia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya”.
( Surah al ’Alaq :1-5 )
Justeru Agama Islam adalah tertegak atas dasar ilmu atau pengetahuan. Tanpa
ilmu dan pengetahuan kita tidak akan dapat mengenal Al-Khaliq dan seterusnya tidak
dapat berbakti kepadaNya. Perkataan “ilmu” disebut kira-kira 750 kali dalam al
Quran melalui pelbagai bentuk (Muhammad Dawilah,1993:9). Orang yang berilmu
diberikan pujian dan dipandang mulia di sisi Islam. Hal ini dapat kita lihat melalui
banyak ayat al Quran antaranya, Firman Allah SWT:
Maksudnya: “Katakanlah: Adakah sama orang yang berilmu dengan orang yang
tidak berilmu...”
( Surah al-Zumar: 9 )
Firman Allah SWT:
Maksudnya:“Allah memberikan hikmah (ilmu pengetahuan) kepada sesiapa yang
dikehendakiNya dan orang-orang yang diberikan ilmu pengetahuan bererti ia telah
diberikan kebaikan yang banyak.”
( Surah al-Baqarah: 269 )
1
FirmanNya lagi.
Maksudnya: “ Sesungguhnya orang yang takut kepada Allah ialah orang yang
berilmu.”
( Surah al Faatir: 28 )
a. Definisi dan Pembahagian Ilmu
Definisi ilmu
Dari segi bahasa: Berasal daripada Bahasa Arab iaitu
Alima: - ya’lamu : -‘ilman -‘alimun:
Dari segi istilah:
• Imam Al Ghazali mendefinisikan ilmu sebagai hakikat semua benda. Beliau
juga mengatakan ilmu yang paling sempurna ialah ilmu yang dimiliki oleh
Allah SWT
• Ibnu Khaldun mendefinisikan ilmu sebagai sesuatu yang dapat dipelajari oleh
manusia sama ada menggunakan akal fikiran, pancaindera, pengalaman-
pengalaman, mahupun dengan pertolongan wahyu Ilahi.
• Syed Muhammad Naquib al Attas mendefinisikan ilmu sebagai ketibaan
sesuatu makna ke dalam jiwa seseorang hasil daripada maklumat atau ketibaan
oleh hati tentang makna sesuatu.
• Qadi Abd Jabbar mendefinisikan ilmu sebagai suatu kepercayaan yang
memuaskan jiwa, bahawa objek yang dipercayai itu adalah menepati perkara
yang sebenarnya menurut realiti yang berlaku.
• Prof Dr. Othman Bakar mendefinisikan ilmu sebagai kalimah Allah yang
pengertiannya amat luas, hanya Allah sahaja yang mengetahui.
Kesimpulan
Perspektif Barat: Ilmu adalah pengetahuan yang dapat diperolehi melalui pengalaman,
perolehan maklumat secara dapatan empirik dan bagaimana manusia memikirkan
tentang sesuatu melalui kaedah tertentu. Barat hanya menerima ilmu melalui perkara
yang dapat diukur, dibuktikan dalam makmal sahaja. Mereka menolak perkara-
perkara ghaib seperti akhirat, syurga, neraka dan seumpamanya kerana perkara
tersebut tidak dapat dibuktikan secara empirik dan saintifik.
Perspektif Islam: Suatu himpunan pengetahuan manusia hasil usaha pemahaman
manusia yang lengkap merangkumi semua aspek, struktur, sistem, hukum-hukum
yang berkaitan dengan sesuatu yang dikaji dan diselidiki sehingga dapat memberi
keyakinan di hati untuk mengamalkannya dengan benar dan ilmu tidak hanya terbatas
pada dapatan empirik sahaja.
2
Pembahagian Ilmu
Imam al Ghazali membahagikan ilmu kepada dua kategori besar iaitu:
i. Ilmu Fardu Ain
ii. Ilmu Fardu Kifayah
i. Ilmu Fardu Ain ( Ilmu Wahyu )
• Berkaitan dengan ajaran agama yang asas dan perlu bagi setiap hamba Allah.
• Ilmu yang berdasarkan kepada al Qurandan al-Sunnah.
• Juga dikenali sebagai ilmu wahyu.
• Ilmu yang wajib dipelajari oleh setiap orang Islam.
• Contoh: Aqidah, Syariat dan Akhlak.
ii. Ilmu Fardu Kifayah
• Berkaitan dengan urusan keduniaan yang perlu bagi umat Islam.
• Ilmu yang diperolehi melalui akal manusia.
• Perlu untuk kesempurnaan hidup manusia.
• Kewajipan menuntut ilmu ini hanya terbatas ke atas segolongan manusia
sahaja.
• Contoh: Ilmu Kemasyarakatan, Ilmu Sains Tabii, Sains Fizik,
Sains Gunaan, Ekonomi, Pentadbiran dan sebagainya.
Pembahagian lain Imam al Ghazali membahagi ilmu kepada dua bahagian.
i. Ilmu Syariah- Ilmu ini diperolehi daripada nabi atau rasul bukan melalui akal,
ujikaji dan sebagainya. Semua ilmu syariah adalah sahih.
ii. Ilmu Ghair Syariah- Ilmu ini adalah ilmu keduniaan dan dibahagikan
kepada tiga hukum:
1. Terpuji ( mahmudah ) seperti perubatan, ekonomi dan seumpamanya.
2. Dikeji ( mazmumah ) seperti ilmu sihir, tangkal, nujum, ramalan dan
seumpamanya.
3. Harus ( mubah ) seperti ilmu kesusasteraan, sejarah dan sebagainya.
Menurut Ibnu Khaldun:
Ilmu terbahagi kepada dua bahagian iaitu:
i. Ilmu Naqliah; terbahagi kepada dua kategori:
i. Ilmu bersumberkan syariat (wahyu) seperti al Qurandan al-Sunnah
ii. Ilmu bukan bersumberkan wahyu seperti Ilmu Hadith, Ilmu Usul Fiqh, Ilmu
Fiqh, Ilmu Kalam dan Ilmu Tasawuf.
3
ii. Ilmu Aqliah pula adalah hasil daripada akal dan pemikiran manusia yang
berhubung rapat dengan kemajuan dan peradaban manusia. Ilmu Aqliah
terbahagi kepada empat kategori:
i.Ilmu Logik ( Mantiq )
ii.Ilmu Fizik
iii.Ilmu Metafizik ( Perkara Ghaib )
iv.Ilmu Pembelajaran
b. Tujuan, Sifat dan Kepentingan Ilmu
Tujuan Utama Ilmu
i. Mengenal Pencipta
Maksudnya: ”Dialah yang mengutus kepada kaum yang buta huruf seorang
Rasul di antara mereka, yang membacakan ayat-ayatNya kepada mereka,
menyucikan mereka dan mengajarkan mereka Kitab dan hikmah (Al-Sunnah).
dan sesungguhnya mereka sebelumnya benar-benar dalam kesesatan yang
nyata.”
( Surah al Jumuah: 2 )
• Tujuan utama ilmu ialah untuk mengenal Allah SWT.
• Manusia dibekalkan dengan akal yang mempunyai keupayaan yang amat
dahsyat.
• Untuk mengenal Allah SWT tidaklah perlu untuk menggunakan akal yang
tinggi.
• Akal sentiasa menghubungkan segala pengetahuannya dengan kebesaran
dan keagungan Allah SWT.
• Kewajipan manusia untuk mengenal Allah SWT melalui ilmu yang benar
dengan menggunakan akal dan pancaindera yang dianugerahkan oleh
Allah SWT.
ii. Menghubungkan Ilmu Dengan Allah SWT.
• Menghubungkan kembali ilmu itu dengan penciptaNya kerana ilmu datang
dari Allah SWT.
• Allah SWT bersifat dengan Maha Mengetahui, tiada suatu pun yang
terlindung daripada pengetahuanNya.
• Manusia tidak boleh lupa bahawa Allah SWT. yang menciptakan manusia
dan mengajar kepada manusia yang pertama iaitu Nabi Adam a.s beberapa
ilmu.
• Kita wajib menghubungkan ilmu dengan Allah SWT (Yang bersifat
’Aliman) agar tidak tersesat jalan. Firman Allah SWT:
4
Maksudnya: "Allah menyatakan bahwasanya tidak ada Ilah (yang berhak
disembah), melainkan Dia, Yang menegakkan keadilan. Para Malaikat dan
orang-orang yang berilmu (juga menyatakan yang demikian itu). Tak ada Ilah
(yang berhak disembah), melainkan Dia, Yang Maha Perkasa, lagi Maha
Bijaksana."
( Surah Ali Imran : 18 )
iii. Mencapai Kebenaran
• Mencari ilmu adalah untuk sampai kepada kebenaran (al Haqq) dan
keyakinan (al Yaqin).
• Melalui ilmu segala kepalsuan dan kebatilan dapat dihapuskan.
• Ilmu mampu mengeluarkan seseorang daripada keraguan kepada keyakinan.
• Kebenaran yang mutlak dan pasti adalah daripada Allah SWT.
Maksudnya: "Dengan kitab itulah, Allah memberi petunjuk orang-orang yang
mengikuti keredhaanNya, ke jalan keselamatan, dan (dengan kitab itu pula)
Allah mengeluarkan orang-orang itu dari gelap gelita, kepada cahaya yang
terang-benderang dengan izinNya, dan menunjukkan ke jalan yang lurus."
( Surah al Maidah: 16 )
iv. Berilmu dan Beramal
• Berilmu sahaja tidak memadai kerana tuntutan ke atas ilmu ialah
melaksanakan kefahaman dan roh itu sendiri.
• Orang yang berilmu tetapi tidak beramal dengan ilmunya merupakan suatu
yang keji.
• Orang yang berilmu tetapi tidak beramal mendapat celaan dan ancaman
dari Allah SWT FirmanNya:
Maksudnya: "Amat besar kebencian di sisi Allah, bahawa kamu mengatakan
apa-apa yang tiada kamu kerjakan."
( Surah al Saff: 3 )
5
v. Membentuk Kerohanian
• Al Quran seringkali menjelaskan bahawa ilmu dapat membentuk
kerohanian seseorang yang akan menyebabkan rasa takut kepada Allah
SWT.
• Ilmu yang mengabaikan nilai-nilai kerohanian akan tempang kerana
manusia bukan terbina daripada unsur jasmani semata-mata bahkan
dilengkapkan dengan unsur rohani.
Rasulullah SAW bersabda : “Barang siapa mempelajari suatu ilmu yang
seharusnya dilakukan kerana Allah SWT, tetapi ia mempelajarinya hanya
untuk memperoleh harta benda dunia, maka ia tidak akan mendapatkan bau
harum syurga pada hari kiamat.”
( Hadith riwayat Abu Daud )
• Kebahagiaan hidup selalunya dirujuk kepada kebahagiaan rohani iaitu
ketenangan jiwa.
Maksudnya: "Dan agar orang-orang yang telah diberi ilmu, menyakini
bahwasanya al Quran itulah yang hak dari Rabb-mu, lalu mereka beriman,
dan tunduk hati mereka kepadanya, dan sesungguhnya, Allah adalah Pemberi
Petunjuk bagi orang-orang yang beriman, kepada jalan yang lurus."
( Surah al Hajj: 54 )
Sifat Ilmu
i. Rabbaniyyah
• Ilmu dalam Islam bersumberkan dari Allah SWT.
• Ia bersifat Rabbaniyyah atau ketuhanan.
• al Quran dan al Sunnah menjadi sumber ilmu yang utama.
• Ilmu digunakan untuk kebaikan manusia dan alam seluruhnya.
• Apabila ilmu tidak dikaitkan dengan Allah SWT, manusia akan menjadi
takbur dengan kelebihan yang ada padanya.
• Matlamat ilmu adalah untuk mendapatkan keredhaan Allah SWT.
ii. Terbuka
• Sumber untuk memperolehi ilmu adalah sentiasa terbuka dan tidak terbatas
kepada al Quran dan al Sunnah sahaja.
• Islam memberikan kebebasan kepada manusia untuk mengambil ilmu dari
sumber yang benar sama ada melalui kajian, pemerhatian dan seumpamanya.
• Walau bagaimanapun, hasil atau dapatan dari sumber yang bertentangan
dengan kenyataan al Quran dan al Sunnah adalah ditolak.
• Sumber ilmu tidak semestinya daripada orang Islam sahaja bahkan Islam
menggalakkan umatnya untuk mengambil ilmu dari siapa sahaja asalkan tidak
bercanggah dengan al Quran dan al Sunnah.
6
iii. Syumul
• Islam menerima dan mengiktiraf semua ilmu yang bermanfaat.
• Ilmu bersifat syumul atau menyeluruh.
• Islam meletakkan ilmu agama dan dunia adalah sama penting.
• Islam amat menekankan ilmu fardu kifayah disamping ilmu fardu ain.
• Tanpa ilmu fardu kifayah, ilmu fardu ain tidak dapat dilaksanakan dengan
sempurna.
Kepentingan Ilmu Pengetahuan
• Individu
i. Mempunyai akhlak yang baik.
ii. Dipandang mulia dan menjadi sumber rujukan.
iii. Disayangi Allah dan rasul.
iv. Membentuk individu yang berkeperibadian mulia .
• Masyarakat
i. Memupuk perpaduan di kalangan masyarakat.
ii. Membentuk masyarakat yang harmoni dan aman sentosa.
iii. Melahirkan generasi yang kreatif dan inovatif.
iv. Melahirkan masyarakat yang berwawasan dan berilmu.
• Negara
i. Membentuk sebuah negara yang setanding di mata dunia.
ii. Dihormati oleh negara luar dan dipandang mulia.
iii. Memenuhi wawasan negara untuk melahirkan individu yang berjaya.
iv. Pembangunan dan kemajuan dapat dijalankan dengan sempurna.
7
c. Adab-adab Menuntut Ilmu
i. Berniat Ikhlas
• Setiap muslim wajib mengikhlaskan niat menuntut ilmu kerana Allah.
• Rasulullah SAW pernah memberi amaran bahawa Allah akan menyediakan
tempat di dalam neraka bagi mereka yang menuntut ilmu untuk kesenangan
dunia semata-mata tanpa memikirkan maslahat Islam dan umatnya.
• Orang yang benar-benar ikhlas dalam menuntut ilmu sahaja yang mampu
memiliki sifat-sifat terpuji. Firman Allah s.w.t:
Maksudnya : “dan ketahuilah bahawa Allah mengetahui apa yang tersemat
dalam hatimu maka takutlah kepadaNya dan ketahuilah bahawa Allah Maha
Pengampun lagi Maha Penyayang.”
( Surah al Baqarah: 235 )
• Ingatlah bahawa setiap orang akan binasa melainkan orang yang berilmu,
setiap orang yang berilmu akan binasa melainkan orang yang beramal dan
setiap orang yang beramal akan binasa melainkan orang yang benar-benar
ikhlas.
ii. Tekun Berusaha Dan Tawakkal
• Sentiasa bersungguh-sungguh dalam menuntut ilmu tanpa mengira keadaan
dan masa.
• Menghindari perasaan malas dan mudah jemu dengan bahan-bahan ilmiah.
• Mewujudkan suasana sekeliling terutama di rumah dengan budaya ilmu dan
bukan sebaliknya.
• Mencontohi ulama’-ulama’ silam yang mana mereka belajar dalam keadaan
susah.
• Sentiasalah bertawakkal kepada Allah SWT dalam menuntut ilmu.
• Tawakkal yang dilakukan mestilah mencukupi syaratnya iaitu berusaha, tekun,
yakin, tidak mudah putus asa dan menyerah natijah ataupun keputusan kepada
Allah SWT sepenuh hati.
• Tekun berusaha mencari majlis ilmu.
Maksudnya: Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a., katanya : Rasulullah
SAW. bersabda: “ Jika kamu melalui taman syurga, maka berhentilah kamu
”. Para sahabat bertanya: “ Ya Rasulullah, apakah taman syurga itu? Beliau
menjawab: “Majlis-majlis ilmu.”
( Hadith riwayat al Tabrani )
8
iii. Menjauhi Maksiat
• Kita mestilah menghidupkan budaya amar ma’ruf dan nahi mungkar dalam
diri dan suasana sekeliling.
• Ilmu itu adalah nur yang suci yang mana ia tidak dapat kita perolehi jika diri
kita sentiasa disaluti dengan najis-najis dosa.
• Cubalah sedaya yang mungkin di dalam menghindari kehendak nafsu kita
dengan menutup segala jalan menuju ke arahnya.
• Jangan terlalu mengambil mudah terhadap perkara maksiat yang boleh
menjerumuskan kita kepada maksiat yang lebih besar.
iv. Menjauhi Pertengkaran Dan Perbantahan
• Perkara ini perlu dijauhkan kerana ia tidak mendatangkan kebaikan.
• Amalan ini juga menjadikan hati keras, mewariskan kedengkian dan
menyebabkan kemarahan.
• Pendapat boleh dikemukakan dengan cara berhikmah kecuali jika mereka
memerangi Islam. Firman Allah SWT:
Maksudnya: ”Janganlah kamu membantah Ahli Kitab itu melainkan dengan
cara yang paling baik…”
( Surah al Ankabut: 46 )
v. Memilih Teman Yang Soleh
• Pilihlah teman yang mampu membawa kita ke arah kebaikan.
• Hidupkan budaya nasihat menasihati antara satu sama lain di dalam menuntut
ilmu.
• Luqman al Hakim pernah berpesan kepada anaknya supaya sentiasa bersama
orang alim dan soleh serta menghadiri majlis ilmu kerana apabila Allah SWT
menurunkan keberkatan kita turut sama memperolehinya.
• Orang soleh akan menasihati kita ke arah kebaikan serta menegur kita apabila
berlakunya kesilapan dan kesalahan.
• Rasulullah SAW. pernah berpesan kepada kita melalui hadith yang
diriwayatkan oleh Imam Tarmizi dan Abu Daud: ”Seseorang itu mengikut
agama sahabat temannya. Maka hendaklah seseorang itu memerhati siapakah
yang dijadikan teman.”
vi. Memperbanyakkan Zikrullah
• Sentiasa solat lima waktu secara berjemaah dan mengamalkan wirid serta doa
selepas solat walaupun ringkas kerana ulama’ sufi begitu menitikberatkan
perkara wirid ini kerana ia boleh menghidupkan hati yang mati dan ia juga
boleh mendatangkan perasaan ingin memuhasabahkan diri dengan amalan
seharian.
9
Firman Allah SWT :
Maksudnya : ”Maka ingatlah kepadaKu, Aku pun akan ingat kepadamu,
bersyukurlah kepadaKu dan janganlah kamu ingkar kepadaKu.”
( Surah Al Baqarah : 152 )
• Hendaklah mengamalkan wirid yang ma’thur kerana boleh mengingatkan kita
kepada tujuan kehidupan yang sebenar iaitu beribadah kepada Allah .
• Bacalah al Quran sekurang-kurangnya sehelai setiap hari kerana ia merupakan
penawar segala penyakit.
• Mengamalkan perkara sunnah dalam setiap gerak kerja kita seharian walaupun
ia adalah remeh seperti memberi salam dan senyum supaya sentiasa diberkati
dan diredhai oleh Allah SWT .
vii. Menjaga Kehormatan
• Kita wajib menjaga kehormatan diri sendiri dan juga orang lain.
• Menutup segala keaiban diri dan orang lain akan membawa kepada keredhaan
Allah SWT.
• Seseorang yang dicucuri dengan keredhaan dan rahmat Allah SWT sahaja
yang mampu merasakan kebahagian di dalam kehidupan seharian.
• Mereka yang jauh daripada rahmat Allah SWT, akan dipenuhi dengan perkara
yang kurang baik dan derita.
viii. Doa Dan Keredhaan Ibubapa
• Sentiasa menjaga perasaan kedua ibubapa kita dan menghormati mereka
dalam perkara yang tidak menyalahi syariat Islam.
• Sentiasa berhubung dengan mereka dan mengambil berat tentang keadaan
keduanya serta mendoakan kebahagiaan mereka di dunia dan akhirat.
• Sentiasa meminta agar mereka meredhai kita dan mendoakan kejayaan kita.
• Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: ”Keredhaan Allah SWT bergantung kepada keredhaan ibubapa,
dan murka Allah bergantung kepada murka ibubapa.”
(Hadith riwayat al Tarmizi)
ix. Menghormati Guru
• Wajib menghormati guru dan mematuhi segala arahannya selagi mana tidak
menyalahi kehendak Islam.
• Patuh kepadanya walaupun fikrah atau pendapat kita berbeza.
• Merendah diri terhadap guru walaupun lebih muda dari segi umur.
• Sentiasa memuliakan dan menghormati orang yang berilmu.
• Tidak meninggalkan majlis ilmu sebelum mendapat kebenaran dari guru.
• Beradab dari segi cara duduk atau cara bercakap dalam majlis ilmu.
10
x. Beramal Dengan Segala Ilmu Yang Diperolehi
• Hendaklah mengamalkan segala ilmu yang dipelajari sebaik mungkin.
• Sentiasa mengingatkan kita bahawa orang yang berilmu dan tidak beramal
dengan ilmunya akan dihumban ke dalam api neraka lebih dahulu daripada
penyembah berhala.
• Jadikanlah ilmu yang dipelajari sebagai benteng daripada terjerumus ke
kancah maksiat dan jadikanlah juga ia sebagai senjata di dalam mematahkan
serangan musuh Islam serta jadikankanlah ia sebagai ubat yang mujarab di
dalam menyembuhkan penyakit jahil dan batil di dalam masyarakat.
• Jangan jadikan ia sebagai barangan jualan untuk mengejar kekayaan dunia
yang sementara.
Firman Allah SWT :
Maksudnya : “Dan kehidupan dunia ini hanya senda gurau dan permainan ,
dan sesungguhnya negeri akhirat itulah kehidupan yang sebenarnya,
sekiranya mereka mengetahui.”
( Surah Al Ankabut : 64 )
d. Nilai dan Kelebihan Orang Berilmu
Nilai Ilmu
• Persoalan aksiologi yang besar ialah menentukan sesuatu nilai pada ilmu.
• Pengaruh tamadun dan semasa ( zaman ) yang menentukan nilai sesuatu
ilmu.
• Dalam Islam, keutamaan ilmu adalah pada Ilmu Fardu Ain yang
berhubung dengan pengetahuan agama yang asas seperti akidah,
syariah dan akhlak.
• Selepas ilmu Fardu Ain diikuti oleh ilmu Fardu Kifayah atau ilmu
keduniaan yang menyokong kepada pelaksanaan ilmu Fardu Ain.
Kelebihan Orang Berilmu
Manusia yang mendapat sanjungan Allah SWT adalah golongan yang
menyampai dan mendidik masyarakat. Mereka meneruskan segala kerja-kerja yang
ditinggalkan Rasulullah SAW dalam menyempurnakan syariat ummah. Inilah
golongan yang disebut sebagai ulama atau orang yang berilmu dan menjadikan hidup
sebagai hamba agama dalam mentarbiah masyarakat agar mengenal pencipta.
Betapa Allah memuliakan golongan yang berilmu atau disebut sebagai ulama.
Ini kerana peranan mereka dalam sesebuah masyarakat terlalu besar. Mereka penerus
dakwah Nabi Muhammad SAW dalam melengkapkan agama umat manusia.
Mendidik dan mentarbiah jiwa-jiwa agar patuh dan taat kepada segala apa yang
diperintahkan oleh Allah SWT dan menjauhi larangannya agar kita benar-benar faham
mengapa kita diciptakan dan diletakkan d dunia
Masyarakat memanggil golongan yang alim dan fasih dengan ilmu agama
sebagai ulama. Bahkan kerap kita mendengar panggilan ulama itu dilengkapkan lagi
11
tambahannya al Alamah yang bermaksud sangat alim sebagai meninggikan lagi dan
memuliakan golongan berjasa itu.
Ulama berperanan meneruskan penyebaran risalah kerasulan yang
ditinggalkan oleh Rasulullah dalam tiga bentuk sasaran yang khusus. Pertama,
membentuk akidah ummah, kedua, memahamkan tentang syariat (bagaimana
kehidupan dan ibadah sebagai seorang mukmin) dan ketiga membimbing gerak
langkah umat supaya tidak ada rasa takbur dan riak dengan amalan dan sentiasa
menjadikan Allah dan Rasul sebagai cinta utamanya.
Di antara kelebihan orang yang berilmu:
1. Allah SWT membezakan dan mengangkat darjat orang yang berilmu di dunia dan
akhirat.
Firman Allah SWT :
Maksudnya: Hai orang-orang beriman apabila dikatakan kepadamu: “Berlapang-
lapanglah dalam majlis”, maka lapangkanlah nescaya Allah akan memberi
kelapangan untukmu. Dan apabila dikatakan: “Berdirilah kamu”, maka berdirilah,
nescaya Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-
orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat. Dan Allah Maha Mengetahui
apa yang kamu kerjakan.”
( al Mujadalah : 11 )
2. Orang yang berilmu sentiasa dijadikan rujukan.
Allah SWT berfirman :
Maksudnya : “Maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai pengetahuan jika
kamu tidak mengetahui”
( Surah al Nahl: 43 )
12
3. Ilmu satu-satunya warisan Nabi.
Sabda Rasulullah SAW :
Dari Abu Darda', Rasulullah saw bersabda : Dan sesungguhnya ulama itu pewaris
para nabi,dan sesungguhnya para nabi itu tidak pernah mewariskan dinar dan tidak
pula dirham, tetapi mereka mewariskan ilmu. Maka barangsiapa mengambilnya,
sungguh telah mengambil bagian yang besar .
(Hadis riwayat Tirmidi, Ahmad dan Ibn Majah )
Tidak ada keraguan bahawa manusia termulia adalah para nabi. Kemuliaan
mereka diwariskan melalui ilmu Agama. Para Ulama' yang mengambilnya pula
berhak mendapatkan kemuliaan itu. Maka darjat mereka pun naik meninggi di akhirat
nanti, sejajar dengan para nabi dan syuhada Dari Usman bin Affan ra, Rasulullah
SAW bersabda: Yang Pertama memberi syafaat pada hari kiamat ada tiga: para nabi,
para ulama dan para syuhada.
4. Beramal dengan cara betul
Dari Abu Darda' r.a, Rasulullah SAW bersabda : "Dan sesungguh perbezaan
keutamaan orang yang berilmu dengan orang yang gemar beribadah, sebagaimana
keutamaan bulan purnama dari seluruh bintang lain " (Riwayat Tirmizi, Ahmad)
Mengapa orang berilmu (alim) mempunyai keutamaan yang lebih mulia
dibandingkan orang yang rajin beribadah semata-mata. Anologi mudah, seperti
seorang berilmu solat sunnah dua rakaat .Dia berwudhuk dengan betul dan khusyuk,
mengetahui syarat, Rukun solat dan hal- hal yang membatalkan ibadahnya. Sementara
seorang lagi yang gemar solat hingga lapan bahkan dua belas rakaat setiap malam,
tetapi tidak bacaannya, tidak mengetahui adab syarat dan rukunnya yang mana lebih
mulia amalannya?
5. Orang yang berilmu takut dan bertakwa kepada Allah SWT.
Allah SWT berfirman :
“Sesungguhnya yang takut kepada Allah diantara hamba-hambaNya hanyalah para
ulama”.
( Surah al Faathir : 28 )
Ilmu menjadikan para ulama takut kepada Allah. Bukan hanya ilmu agama
atau syariah tetapi semua ilmu yang baik berasal dari Allah sehingga mereka yang
mendalaminya seharusnya dapat merasakan keagungan dan kebesaran Allah SWT,
dan kemudian lebih takut kepadaNya. Ilmu akidah menjadikan manusia mengenal
Allah melalui dalil-dalil naqli (ayat qauliyyah) dalam al Quran dan hadis, tentang sifat
Allah SWT, kebesaran dan kekuasaanNya.
13
6. Orang yang berilmu mendapat kebaikan.
Dari Muawiyah ra, Rasulullah bersabda : "Barangsiapa yang Allah swt
menginginkan kebaikan padanya, maka akan difahamkan dalam masalah agama ".
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Dengan ilmu maka seluruh kebaikan akan diperolehi. Ketika ibadah maka dia
beribadah dengan betul sesuai syariat. Ia juga beribadah dengan ikhlas dan khusyuk
kerana ia adalah orang yang paling takut pada Allah swt. Ketika ia bermuamalah
maka ia mengetahui yang halal dan haram, maka tidak sedikit pun harta haram masuk
dalam tubuhnya dan tubuh isterinya. Bahkan ketika ia mendapat ujian dari Allah ,
baik berupa kenikmatan seperti kekayaan, pangkat, jawatan atau yang berupa
kesusahan seperti sakit, kematian dan musibah maka dia menghadapinya dengan
syukur ataupun sabar, syukur dan sabar adalah sumber kebaikan yang menakjubkan,
hanya dimiliki orang yang beriman dan berilmu.
Dari Suhaib bin Sinan ra , Rasulullah saw bersabda : "Sungguh mengagumkan
urusan kaum mukmin, semua urusannya adalah baik baginya.dan kebaikan ini hanya
dimiliki orang mukmin. Jika mendapat kesenangan ia bersyukur dan itu baik baginya.
Jika mendapat musibah ia bersabar dan hal itu juga baik baginya ! "
(Hadis riwayat Muslim)
7. Semua makhluk berdoa dan meminta ampun untuk orang yang berilmu.
D
a
r
i
A
b
u
al-Darda' ra. berkata: “Aku mendengar Rasulullah SWA bersabda: Barangsiapa
menempuh jalan untuk mencari ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan ke
surga, dan sesungguhnya para malaikat membentangkan sayapnya kepada pencari
ilmu, kerana redha terhadap apa yang ia perbuat. Sesungguhnya, penghuni langit
dan bumi sampai ikan-ikan di laut pun memintakan ampun bagi orang yang berilmu.
Keutamaan seorang berilmu dibandingkan ahli ibadah seperti keutamaan bulan
purnama dibandingkan semua bintang-bintang. Dan sesungguhnya para ulama
adalah pewaris para nabi, dan sesungguhnya para nabi tidak mewariskan dinar atau
pun dirham, akan tetapi mewariskan ilmu. Maka barangsiapa yang mengambilnya
berarti ia telah mendapatkan bahagian yang banyak “.
(Hadis riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi)
14
1.2 Sumber Ilmu
a. Sumber-sumber Ilmu
Dalam ajaran Islam, al Qurandan hadith adalah sumber utama ilmu
pengetahuan. Prof. Syed Muhamad Al Naquib Al Attas (1976) telah
membahagikan ilmu kepada dua iaitu ilmu yang diberi oleh Allah SWT sebagai
kurniaNya kepada insan iaitu melalui wahyu dan kedua ilmu yang dicapai dan
diperolehi oleh manusia itu sendiri berdasarkan daya usaha aqliahnya yang
berpunca daripada pengalaman hidup, indera, jasmani dan akal berdasarkan
pemerhatian, penyelidikan dan pengkajian.
Berdasarkan kenyataan di atas, sumber-sumber utama ilmu dapatlah
dikategorikan seperti berikut; iaitu dari sumber agama, pancaindera, penaakulan
(akal), intuisi dan autoriti. Ilmu yang utama dalam Islam sudah pastilah ilmu yang
satu yang berasal dari Allah SWT (wahyu) dan hadith-hadith Rasulullah SAW.
Ilmu dari Allah disalurkan kepada RasulNya untuk mengatur tindakan manusia
agar wujud keharmonian antara manusia dalam kehidupan mereka. Melaluinya
manusia memperolehi pengetahuan agama, akhlak dan alam ghaib.
Ilmu dari sumber pancaindera pula adalah berdasarkan apa yang dilihat,
dirasa, dihidu, disentuh dan sebagainya. Melalui pancaindera manusia akan
membentuk suatu corak maklumat empirikal yang membolehkan kita membuat
tafsiran, menganalisis serta membuat penilaian. Sumber ini akan melahirkan ilmu
empirikal. Berdasarkan penaakulan pula, akan melahirkan ilmu rasional. Proses
sumber ini adalah berdasarkan penaakulan manusia terhadap sesuatu insiden,
benda atau perkara. Manusia akan memerhati, mentafsir dan seterusnya membuat
keputusan yang bijaksana setelah membuat pertimbangan wajar tentang baik dan
buruknya sesuatu perkara.
Namun begitu, mengikut perspektif Islam semua bentuk ilmu adalah
berasal daripada Allah pencipta alam. Walau apa pun namanya, pemilik mutlak
sesuatu ilmu itu adalah Allah SWT. Ini selaras dengan ajaran Islam yang
menekankan bahawa segala yang ada di muka bumi dan langit adalah milik Allah
Taala.
b. Konsep Umum Sumber Ilmu
i. Wahyu ( al Quran dan al Sunnah )
Wahyu ialah pemberitahuan Allah SWT kepada para rasulNya tentang segala
petunjuk dan pengetahuan yang dikehendakiNya secara luar biasa.
i. al Quran
• al Quran adalah kalam Allah SWT yang bermukjizat, diwahyukan
kepada Nabi Muhammad SAW melalui malaikat Jibril a.s, dalam
Bahasa Arab, diriwayatkan secara mutawatir dan membacanya adalah
ibadah.
• Selain merupakan kitab petunjuk, al Quran juga adalah kitab yang
mengandungi konsep-konsep asas ilmu seperti proses penciptaan
manusia.
15
• Perincian ilmu secara teknikalnya ditinggalkan oleh Allah SWT
kepada manusia untuk memikirkannya dengan menggunakan kekuatan
akal.
ii. al Sunnah
• al Sunnah merupakan sumber kedua dalam perundangan Islam selepas al
Quran.
• al Sunnah ialah sesuatu yang disandarkan kepada Nabi Muhammad SAW
sama ada perkataan, perbuatan, pengakuan dan sifat-sifatnya.
• al Sunnah juga banyak memperkatakan seluruh bidang termasuk kesihatan,
kemasyarakatan, akhlak dan lain-lain.
Firman Allah SWT:
Maksudnya: “… Dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah SAW
kepada kamu maka terimalah serta amalkan, dan apa jua yang dilarangnya
kamu melakukannya maka patuhilah larangannya….”
( Surah al-Hasyr: 7 )
Kepentingan ilmu wahyu
• Wahyu merupakan sumber rujukan ilmu yang terutama dan tertinggi.
• Wahyu Allah SWT bersifat benar dan mutlak.
• Wahyu Allah SWT meliputi semua bidang ilmu pengetahuan antaranya
Ilmu Ibadat, Ilmu Aqidah, Ilmu Muamalat, Ilmu Ekonomi, Ilmu Akhlak
dan lain-lain.
• Wahyu Allah SWT sesuai digunakan dan diikuti pada semua keadaan,
tempat, dan masa.
• Sumber ilmu yang lain boleh diterima jika tidak bertentangan dengan
sumber pertama iaitu al Qurandan al-Sunnah yang sahih.
ii. Akal
• Menurut pandangan Islam akal adalah sumber ilmu yang memiliki
kemampuan terbatas.
• Antara kelebihan akal ialah melihat dan menilai kebesaran Allah SWT.
Namun demikian akal adalah terbatas dan tidak bersifat mutlak. Firman
Allah SWT:
16
Maksudnya: Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada
pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan,
dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal; ( 190 )
(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka
berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka
pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata):
“Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini
dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab
neraka ( 191 )
( Surah Ali Imran: 190-191 )
• Golongan rasionalisme mengatakan bahawa hanya melalui sumber akal
sahajalah manusia dapat memperolehi pengetahuan bahkan pengetahuan
akal yang paling benar dan sahih.
• Perbezaan antara manusia dan haiwan adalah melalui hasil tamadun yang
diusahakan oleh manusia berpunca dari pemikiran akal manusia yang
kreatif.
• Dengan akal manusia dapat menimbang dan membezakan antara yang baik
dan buruk, walaupun mungkin ianya tidak bersifat kebenaran secara mutlak
namun ianya memadai untuk mengatasi masalah kehidupan seharian.
iii. Indera
• Indera ialah pengalaman pancaindera atau deria.
• Pengetahuan melalui pancaindera dikenali sebagai pengetahuan aposteriori
kerana ia datang selepas melalui pengalaman terlebih dahulu.
• Pengetahuan pancaindera ialah semua pengetahuan yang diperolehi
manusia melalui kelima-lima pancainderanya iaitu mata (melihat), hidung
(menghidu), kulit (sentuhan), telinga (mendengar) dan lidah (merasa).
• Menurut Imam Al Ghazali ilmu melalui indera ialah usaha untuk
mendapatkan gambaran atau memerhati hakikat sesuatu benda.
• Indera terbahagi kepada dua iaitu indera lahiriyah dan indera batiniyah.
• Indera lahiriyah akan menyerap sifat lahiriyah objek tertentu kemudian
akan meransang daya rasional pula. Indera batin menghuraikan makna-
makna di dalam objek itu.
• Akan tetapi, sumber pancaindera ini mempunyai batas, kerana pancaindera
manusia tidak mampu menanggap sesuatu di luar daripada pancainderanya.
Contohnya, penglihatan manusia tidak dapat menyaksikan sejarah yang
telah berlalu.
17
iv. Intuisi
• Intuisi merupakan sumber ilmu dan deria keenam.
• Ia adalah ilmu yang diperolehi melalui penghayatan secara langsung.
• Instuisi disama ertikan dengan naluri, ilham atau bisikan hati.
• Imam al Ghazali menyatakan bahawa ilham adalah berupa cahaya yang jatuh
di atas nurani, bersih dan lembut.
• Bagi kalangan ahli sufi Islam, sumber intuisi mereka dikenali dengan wijdan
dan diperolehi melalui pengalaman kasyaf iaitu pembukaan alam ghaib oleh
Allah swt kepada individu yang terpilih.
• Intuisi yang datang itu diproses dan pemprosesan itulah yang memungkinkan
terjelmanya ilmu pengetahuan yang dibantu dengan akal dan pancaindera.
c. Hirarki Ilmu
• Dalam menentukan hirarki ilmu, terdapat perbezaan ketara antara Islam
dan Barat. Perbezaan ini disebabkan berbeza dari segi penekanan dan
susunannya.
• Barat meletakkan sumber daripada akal dan pengalaman indera pada tahap
teratas, lebih tinggi dari sumber wahyu.
• Ini kerana falsafah kebendaan mereka yang hanya menerima ilmu dari
sumber empirik sahaja iaitu indera dan akal.
• Islam meletakkan sumber wahyu sebagai hirarki yang paling atas atau utama.
Menurut Islam secara tertibnya hirarki ilmu dapat disusun seperti berikut:
i. Ilmu wahyu iaitu al Quran dan al Sunnah
ii. Ilmu akal
iii. Ilmu indera
iv. Ilmu intuisi
Kesimpulan
Ilmu adalah suatu anugerah Allah SWT. yang agung kepada manusia sejak
Nabi Adam a.s lagi. Dengan ilmu manusia bukan sahaja mampu untuk memahami
sesuatu yang tidak mereka fahami sebelumnya bahkan mereka tahu menggunakan
sesuatu yang dianugerahkan kepada mereka. Dengan ilmu pengetahuan juga
manusia dapat mengenali Allah SWT yang mencipta seluruh makhluk di muka
bumi ini. Ilmu adalah bersepadu, tidak terpisah dari agama , nilai moral dan
akhlak. Pemisahan akan menyebabkan ilmu hilang manfaatnya dan membawa
kesengsaraan kepada manusia. Oleh itu, antara agenda besar umat Islam kini ialah
pengislaman ilmu iaitu mengembalikan ilmu itu kepada Penciptanya.
Sesungguhnya ilmu itu daripada Allah dan menjadi kewajipan kita untuk
menghubungkan kembali ilmu itu kepada PenciptaNya.
18
RUJUKAN
1. Al Quran al Karim
2. Al Quran Digital
3. Abdullah Al-Qari Bin Hj Salleh, 1978, Dasar-dasar Pendidikan Islam.
4. Dr. Asma Hasan Fahmi, 1979, Sejarah Falsafah Pendidikan.
5. Dr. Haron Din, 1985, Manusia dan Islam.
6. Imam Al-Ghazali, Terjemahan Syed Muhamad Dawilah Syed Abdullah. Ihya’
Ulumuddin.
7. Ramli Bin Awang,Esa Bin Khalid, Md Abbas Bin Abd Latiff, Ahmad Kilani Bin
Mohamed, Mahusssain Bin Mohd Zin, 1996, Konsep Ilmu dan Kosmologi.
19
2. Ulum Syar’iyah
2.1. Akidah Islam
a. Konsep Akidah
i. Definisi Akidah
• Bahasa: Akidah dari kalimah arab (’aqada) bererti simpulan atau ikatan pada
sesuatu benda. ”Akidah secara harfiah bererti sesuatu yang tersimpul secara
erat atau kuat.” (Prof. Abdul Aziz Dahlan)
• Dari sudut istilah: Akidah ialah pegangan yang mutlak, mantap, kuat, kekal
dan suci dalam jiwa seorang muslim.
• Akidah juga bermaksud iman dan makrifah, seperti makrifah Allah s.w.t, alam
ghaib, kitab-kitab, nabi-nabi, hari akhirat dan makrifah qadak qadar. (Sayid
Sabiq)
• Nama lain bagi ilmu aqidah ialah ilmu Usuluddin, ilmu Kalam dan ilmu
Tauhid
• Seruan para rasul dan nabi adalah sama iaitu mengajak manusia mentauhidkan
Allah s.w.t dan mentaatiNya. Firman Allah s.w.t:
Maksudnya: “Dan Kami tidak mengutus seorang rasul pun sebelum kamu
melainkan Kami wahyukan kepadanya: "Bahawasanya tidak ada Tuhan (yang
hak) melainkan Aku, maka sembahlah olehmu sekalian akan Aku."
( Surah al Anbia’: 25 )
• Umat Islam sepanjang zaman mempunyai akidah yang satu, tetapi berbeza
syariat bersesuaian dengan zaman mereka.
Kesimpulan
• Ilmu akidah atau ilmu tauhid adalah ilmu yang membincangkan kebenaran
pegangan dan keyakinan Islam bersumberkan dalil naqli (al Quran dan
Hadith) serta dalil aqli (akal).
• Hukum mempelajari ilmu ini adalah fardhu ain bagi setiap orang Islam sama
ada lelaki mahupun perempuan.
• Tauhid bermaksud mengEsakan Allah s.w.t sebagai Tuhan dari sudut
Rububiyyah, Uluhiyyah dan Asma’ wa Sifat.
ii. Sumber Akidah
i. Kitab Allah al Quran al Karim
ii. Sunnah Rasul s.a.w yang sahih
iii. Ijma’ al Salaf al Soleh
20
iii. Metodologi Perbahasan Ilmu Tauhid
i. Tauhid Rububiyyah
ii. Tauhid Uluhiyyah
iii. Tauhid Asma’ wa Sifat
Tauhid Rububiyyah
• “Rab” bererti pencipta, penguasa dan pentadbir juga bermaksud tuan atau raja.
• Dari sudut istilah bermaksud; mempercayai Allah SWT sebagai Rab atau
Pencipta dan Penguasa terhadap sesuatu serta mengimani bahawa tidak ada
saingan dalam pemerintahanNya.
• Allah SWT adalah pemberi segala-gala dan tidak ada sesiapa yang dapat
melakukan kebaikan dan keburukan melainkan dengan izinNya.
• Orang musyrik juga percaya kepada tauhid ini. Firman Allah SWT:
Maksudnya: Katakanlah: "Siapakah yang memberi rezeki kepadamu dari
langit dan bumi, atau siapakah yang kuasa (menciptakan) pendengaran dan
penglihatan, dan siapakah yang mengeluarkan yang hidup dari yang mati dan
mengeluarkan yang mati dari yang hidup dan siapakah yang mengatur segala
urusan?" Maka mereka akan menjawab: "Allah SWT."
( Surah Yunus: 31 )
Dalam ayat lain Allah SWT berfirman:
Maksudnya: "Dan jika kamu bertanyakan mereka tentang: Siapakah pencipta
mereka? Nescaya mereka menjawab: Allah SWT."
( Surah az Zukhruf: 87 )
Dalam ayat sebelumnya Allah SWT berfirman:
Maksudnya: "Dan jika kamu bertanyakan mereka: Siapakah pencipta langit
dan bumi? Nescaya mereka menjawab: Semuanya diciptakan oleh Yang Maha
Perkasa dan Yang Maha Mengetahui."
( Surah az Zukhruf: 9 )
21
Tauhid Uluhiyyah
• Beriman dan bersaksi terhadap Rububiyyah Allah SWT.
• Ia bermaksud: mentaati dan beribadah hanya kepada Allah SWT Yang Maha
Esa sebagaimana firman Allah SWT dalam surah al Fatihah ayat 5:
Maksudnya: “Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada
Engkaulah kami meminta pertolongan.”
• Beriktikad bahawa hanya Allah SWT yang berhak disembah, dicintai dan
dipatuhi
• Tauhid Rububiyyah hanya mempercayai kekuasaan Allah SWT sebagai Rab
(Tuhan), tanpa ada ketaatan dan ibadat kepadaNya berbeza dengan Tauhid
Uluhiyyah yang mengiktiraf, mentaati dan beribadat kepada Allah SWT.
• Tauhid Uluhiyyah juga bermaksud mentauhidkan Allah SWT dalam
peribadatan atau penyembahan. Inilah tujuan Allah SWT mengutuskan rasul
iaitu menyeru manusia menerima Tauhid al-Uluhiyyah. Firman Allah SWT:
Maksudnya: "Dan Kami tidak mengutuskan seorang rasul pun sebelum kamu,
melainkan Kami wahyukan kepadanya bahawasanya tiada tuhan melainkan
Aku, maka kamu sekalian hendaklah menyembah Aku."
( Surah al Anbiya’: 25 )
Firman Allah SWT lagi:
Maksudnya: "Dan sesungguhnya Kami telah utuskan pada setiap umat itu
seorang rasul (untuk menyeru): Sembahlah Allah SWT dan jauhilah taghut."
( Surah an Nahl : 36 )
22
Tauhid Asma’ wa Sifat
• Beriktikad bahawa Allah SWT memiliki 99 nama-nama dan sifat yang
maha sempurna, suci serta bersih dari segala kekurangan. Firman Allah
SWT:
Maksudnya: “Hanya milik Allah SWT Asma ul Husna (nama-nama yang baik),
maka berdoalah (kepadaNya) dengan nama-namaNya.”
( Surah al A’raf: 180 )
• Seseorang yang menghafaz Asma ul-Husna akan dimasukkan di syurga
sebagaimana sabda Nabi SAW :
Maksudnya: "Allah SWT mempunyai 99 nama kurang satu seratus.
Barangsiapa menghafaznya, ia akan masuk syurga. Dia (sesungguhnya Allah
SWT) itu ganjil dan suka kepada yang ganjil.”
( Hadith riwayat al Bukhari )
• Menurut as-Syeikh Hasan al-Banna, "sesungguhnya makrifah Allah SWT,
mentauhid dan membersihkanNya (tanzihihi) adalah setinggi-tinggi
martabat akidah Islam.”
• Nama, sifat dan zat Allah SWT tidak menyerupai makhluk (tidak
bertempat dan berjisim).
• Beriman kepada asma’ dan sifat Allah SWT adalah wajib, namun bertanya
tentang zatNya adalah dilarang kerana ia di luar kemampuan akal manusia.
• Keimanan mestilah mengikut landasan yang sebenar tanpa takwil dan
mengurang atau menambahkannya.
• Menjauhi dari perbalahan yang dilakukan oleh sebahagian ulama’ dalam
masalah ayat mutasyabihat (samar).
• Ayat-ayat dan hadith yang muhkamat ialah yang tetap, tegas dan nyata
maknanya serta jelas maksudnya. Selain itu ia dapat difahami dengan
mudah.
• Ayat-ayat dan hadith yang mutasyabihat pula ialah yang mengandung
sindiran, qias dan rumusan yang tidak dapat difahami kecuali oleh mereka
yang mempunyai ilmu pengetahuan yang mendalam seperti sahabat-
sahabat nabi SAW dan ahli-ahli tafsir dari ulama’ tabi’en contohnya
seperti Ibnu A’bbas, Ubai bin Kaab , Ibnu Mas’ud, I’krimah , Mujahid,
Qatadah dan lain-lain. ( Hj Sa’id Hj Ibrahim , bekas mufti negeri Sabah
dalam kitabnya Perbandingan Akidah dan Fahaman Umat Islam ).
23
• Contoh ayat mutasyabihat ; Allah SWT berfirman dalam Surah Ar
Rahman ayat 26-27.
Maksudnya : “Segala yang ada di muka bumi itu akan binasa dan akan
kekallah zat Tuhanmu yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan.”
Dalam hal ini Ahli Sunnah Wal Jamaah dalam mazhab Khalaf mentakwilkan
kalimah ( ) wajah itu kepada zat Allah SWT yang Maha Esa yang layak
bagi Allah SWT.
iv.Kepentingan Akidah
• Ia berperanan menjadi sumber kekuatan pada diri (roh) seseorang yang
beriman.
• Akidah sebagai asas Islam. Tanpanya tidak tertegak Islam dan kehidupan
individu muslim. Akidah yang rosak mengakibatkan terbatal Islam dalam diri
seseorang.
• Akidah adalah penggerak dan pencorak kehidupan di perjalanan dunia dan
penentu matlamat akhirnya di akhirat kelak.
• Seseorang yang tidak mengenal penciptanya tidak akan tahu tujuan dan
hikmah dia dicipta dia di muka bumi. Dia juga tidak tahu kehidupan di bumi
ini akan tamat sebagaimana dia tidak tahu kenapa ia bermula.
• Mereka yang tidak beriman dengan hari akhirat akan terpedaya dengan
kehidupan di dunia dan menjadikan setiap kerjanya untuk mencari kesenangan
di dunia sebelum mati.
• Mereka akan mencari kemewahan dunia tanpa hiraukan halal dan haram, tidak
hiraukan orang lain dan mementingkan diri sendiri. Sikap individualistik ini
yang akan memecahbelahkan masyarakat, merosakkan hubungan kemanusiaan
dan akhirnya menyebabkan berlaku peperangan antara sesama manusia.
• Akidah yang rosak menyebabkan berlakunya kezaliman, maksiat dan dosa
secara berleluasa. Ini antara sebab utama Allah SWT menurunkan azab ke atas
manusia termasuk umat Islam yang mengabaikan dan mensia-siakan agama
mereka (Surah ar-Rum: 41).
Implikasi Akidah Tauhid Kepada Orang Yang Beriman Dalam Kehidupan
• Mereka mengetahui tujuan Allah SWT menciptakannya lalu menjalani
kehidupan di atas jalan yang lurus. Juga mereka mengetahui permulaan dan
pengakhiran kehidupan dan dia jauh dari kegelapan ( Surah al Mulk: 22).
• Tauhid menjadikan hati manusia itu bersatu di bawah agama Allah SWT yang
satu, kitab yang satu, Rasul yang satu dan kiblat yang satu. Iman menjadikan
manusia berkasih sayang dan bersaudara (Surah al Hujurat: 10).
24
• Perkara ini digambarkan oleh Rasulullah dalam sabda baginda yang
bermaksud:
“Perumpamaan orang yang beriman dalam kemesraan dan kasih sayang
antara mereka adalah seperti satu jasad. Apabila satu anggota sakit, semua
anggota yang lain terpaksa berjaga malam dan menanggung sakit demam.”
( Hadith riwayat Imam Muslim )
• Masyarakat beriman sentiasa tolong-menolong dalam melakukan kebajikan
dan ketakwaan, menegah dari melakukan dosa dan bermusuh-musuhan.
Semua individu akan bekerja untuk mendapat kejayaan yang diredhai Allah
SWT. Takut untuk melakukan kezaliman dan kejahatan kerana takutkan
Allah SWT. (Surah Ali Imran: 110).
• Apabila iman berkembang dalam masyarakat, akan membuahkan pelbagai
amalan soleh, maka pintu kebaikan akan dibuka dan mereka akan
memperoleh kemenangan dalam menghadapi musuh kerana mendapat
pertolongan Allah SWT. (Surah al A’raaf: 96) dan (Surah Muhammad: 7).
• Perihal orang Islam terdahulu, mereka golongan lemah dan fakir tetapi mereka
beriman dan mengerjakan amalan soleh. Dengan itu Allah SWT membuka
pintu dunia dan mengurniakan mereka kurniaanNya dan memberi
kemenangan.
2.2 Cabaran Akidah Semasa
a. Membezakan Akidah Yang Benar Dan Akidah Yang Batil
Ciri-ciri Akidah Yang Benar
• Akidah yang benar ialah akidah yang bertepatan dengan al Qurandan al-
Sunnah
• Akidah yang meyakini konsep Uluhiyyat, Nubuwat dan Ghaibiyat. Seseorang
yang mempunyai akidah yang benar, mempercayai dan meyakini dengan
sungguh-sungguh kepada:
i. Allah SWT dari sudut kekuasaan dan ketuhananNya.
ii. Para Malaikat sebagai makhluk dan tentera-tentera Allah SWT.
iii. Para Rasul sebagai utusan Allah SWT dan petujuk kebenaran.
iv. Kitab-kitab sebagai panduan dan hidayat untuk manusia.
v. Hari Akhirat sebagai hari kemusnahan alam dan pembalasan amal.
vi. Qadak dan Qadar iaitu pelaksanaan dan ketentuan yang berlaku
semuanya dalam ilmu Allah SWT.
Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah
Malaysia merupakan sebuah negara yang berpegang teguh kepada aliran dan
amalan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Dalam akidah ia mengikut mazhab Imam Abu
Hassan Asy’ari (260H – 324H) dan Imam Abu Mansor Al Maturidi ( 333H).
Dalam Fiqah ia mengikut mazhab Syafi’e dengan tambahan-tambahan yang
diperlukan berdasarkan keputusan-keputusan fatwa ( sama ada di peringkat
negeri atau peringkat kebangsaan ) mengikut kaedah yang wajar dalam Ahli
Sunnah. Dalam huraian berkenaan akhlak dan kerohanian ia mengikut Imam al
Ghazali Sistem pengetahuan dan panduan ilmu dalam Ahli Sunnah ini diikuti
dengan baiknya dan mesti dipelihara. (Dr. Uthman al Muhammady).
25
Ahli Sunnah Wal Jama’ah bermaksud orang-orang yang berpegang teguh
dengan kitab Allah SWT , sunnah RasulNya dan para sahabat, tabi’en dan tabi’
tabi’in serta orang yang bersama mereka. Juga beriltizam dengan kedua-duanya
(al Quran dan al-Sunnah) sama ada perkataan, perbuatan mahupun iktikad
sebagaimana yang difahami dan diamalkan oleh para ulama’ al salaf al soleh.
Manhaj Ahli Sunnah Wal Jamaah
• Berpegang kepada dua sumber utama iaitu :
i. al Quran
ii. al Sunnah yang sahih
• Ahli Sunnah Wal Jamaah ( ASWJ ) menjadikan Ijma’ al Salaf al Soleh
sebagai rujukan dalam iktikad mereka.
• Hadith yang sahih dari Rasulullah SAW wajib diterima dalam akidah
termasuk hadith ahad ( perawi tunggal ).
• Jika berlaku pertentangan antara nas dengan akal , nas perlu
didahulukan.
• Berbantah-bantah dalam agama adalah tercela.
Ciri-ciri Akidah Yang Batil
• Syirik iaitu menyekutukan Allah SWT dengan sesuatu, seperti percaya kepada
selain Allah SWT. atau memohon pertolongan dari selain Allah SWT
(tangkal dan lain-lain).
• Khurafat iaitu menganut kepercayaan karut/tahyul yang bertentangan dengan
tauhid (mandi Safar).
• Kufur iaitu ingkar kepada perintah Allah SWT (menolak hadith).
• Bid’ah dhalalah iaitu mengadakan sesuatu perkara baru dalam agama sama
ada menambah atau mengurangkan yang bercanggah dengan syarak
(mengurangkan waktu solat fardhu).
• Kepercayaan atau akidah yang bercanggah dengan al Quran dan Hadith.
• Perilaku (perbuatan) yang bertentangan dengan tauhid dan keimanan.
Antara Perkara Yang Merosakkan Iman Seseorang ialah:
i. Menolak al Qurandan Hadith sebahagian atau keseluruhannya. Firman Allah
SWT:
Maksudnya: “Sesungguhnya orang-orang yang kafir kepada Allah SWT dan
rasul rasul-Nya, dan bermaksud memperbedakan antara (keimanan kepada)
Allah SWT dan rasul-rasulNya, dengan mengatakan: "Kami beriman kepada
26
yang sebahagian dan kami kafir terhadap sebahagian (yang lain)", serta
bermaksud (dengan perkataan itu) mengambil jalan (tengah) di antara yang
demikian (iman atau kafir). Merekalah orang-orang yang kafir sebenar-
benarnya….”
( Surah al Nisa’: 150-151 )
ii. Menolak perkara yang dharurah dalam Islam iaitu "hukum hakam agama yang
sudah jelas diketahui" sama ada dalam bentuk meninggalkan suruhan (seperti
solat) atau melakukan larangan (seperti zina). Allah SWT menjelaskan dalam
firmanNya:
Maksudnya: “Dan tidaklah patut bagi laki-laki yang mukmin dan tidak (pula)
bagi wanita yang mukmin, apabila Allah SWT dan RasulNya telah
menetapkan sesuatu ketetapan, akan ada bagi mereka pilihan (yang lain)
tentang urusan mereka...”
( Surah al Ahzab: 36 )
iii.Menolak atau tidak percaya kepada mana-mana rukun iman
iv.Mempersendakan dan memperlekeh Islam secara sedar atau sengaja
v.Memusuhi Islam atau menolong musuh memerangi Islam (munafik) golongan
Muktazilah, Jabariah, Qadariah dan seumpamanya (pandangan sebahagian
ulama).
vi.Sebahagian ulama’ berpendapat golongan Mu’tazilah adalah terkeluar dari
Islam.
Kesimpulan
• Iman yang benar menuntut seseorang itu melaksanakan amar makruf dan
mencegah sebarang kemungkaran sama ada dengan tangan, lidah atau
sekurang-kurangnya dengan hati (tidak redha terhadap perkara tersebut).
• Islam melarang umatnya mengkafirkan orang lain kerana ia boleh merosakkan
kesucian dan kekuatan umat Islam. Sabda nabi s.a.w bermaksud:
"Sesiapa yang menuduh seorang mukmin sebagai kafir, dia seolah-olah telah
membunuhnya.”
( Hadith riwayat al Bukhari dan Muslim )
• Prinsip Ahli Sunnah Wal Jamaah tidak menghukum kafir terhadap seseorang
sehingga jelas terbukti kekafirannya
• Orang yang menolak sebahagian hadith ahad yang sahih (al Bukhari dan
Muslim) pun tidak boleh dituduh sebagai kafir. Dr Yusuf al Qardhawi
menjelaskan:
”Sebenarnya tidak ada ruang untuk meletakkan hukum kafir dalam isu ini. Ini
kerana ulama tidak mengkafirkan sesiapa pun kecuali mereka yang
mengingkari sunnah secara mutlak dan tidak menganggapnya sebagai sumber
hukum syara’ selepas al Quran.”
27
b. Langkah-langkah Mengatasi Cabaran Akidah Semasa
1. Mempelajari ilmu akidah Islam dengan betul dari guru ‘alim dan thiqah.
2. Sentiasa merujuk kepada al Quranal-Karim dan Sunnah Rasul s.a.w. yang sahih
serta Ijmak al-Salaf al-Soleh dalam masalah akidah.
3. Menjauhi sifat fanatik kepada sesuatu kumpulan atau individu melampaui
‘fanatik’ kepada al Qurandan Sunnah. ”Setiap kata-kata boleh diterima dan ditolak
kecuali nabi s.a.w yang maksum.” (al-Imam Hassan al-Banna)
4. Sentiasa peka terhadap ideologi-idealogi baru yang datang dari luar khususnya
dari barat.
5. Umat Islam perlu berhati-hati terhadap slogan; Keadilan dan Hak Asasi Manusia
(HAM). Ini kerana ia secara halus menafikan hak Allah SWT dan keaslian Syariat
Islam yang bersumberkan wahyu dan bersifat thabit.
6. Sentiasa berhati-hati terhadap hadith-hadith dhaif dan palsu yang menyentuh
permasalahan akidah.
7. Haram percaya dan berpegang kepada Sekularisme, Pluralisme dan Liberalisme
juga dikenali dengan SIPILIS di Indonesia. (Fatwa Majelis Ulama Indonesia
(MUI) 2005, dan resolusi Muzakarah Ulama Se-Malaysia, 2006, di Negeri Perak,
Malaysia. (Dr. Anis Malik Thoha)
c. Ajaran Sesat
Pengenalan
• Usaha menyelewengkan akidah Islam telah bermula sejak penghijrahan Nabi
Muhammad s.a.w ke Madinah dengan munculnya golongan munafik seperti
Abdullah bin Ubai bin Salul.
• Mereka pernah menarik diri dari peperangan Uhud dan membina masjid
Dhirar seperti firman Allah:
Maksudnya: “Dan (di antara orang-orang munafik itu) ada orang-orang yang
mendirikan masjid untuk menimbulkan kemudharatan (pada orang-orang
mukmin), untuk kekafiran dan untuk memecah belah antara orang-orang
mukmin serta menunggu kedatangan orang-orang yang telah memerangi
Allah SWT dan RasulNya sejak dahulu. Mereka Sesungguhnya bersumpah:
"Kami tidak menghendaki selain kebaikan." Dan Allah SWT menjadi saksi
bahawa sesungguhnya mereka itu adalah pendusta (dalam sumpahnya).”
( Surah at Taubah: 107 )
• Selepas kewafatan Rasulullah s.a.w., khalifah Abu Bakar r.a. berdepan dengan
kemunculan nabi-nabi palsu seperti Abdullah bin Habib al Kazzab di
Yamamah dan lain-lain
• Seorang Yahudi bernama Abdullah bin Sabak muncul di zaman khalifah
Othman bin Affan (33H- 45H) memecahbelahkan umat Islam dengan
28
menyatakan jawatan khalifah adalah ‘wasiat nabi’ kepada Saidina Ali.
Beliaulah yang telah mengasaskan ideologi Syiah.
• Kemuncak perpecahan umat Islam menyebabkan berlaku ‘fitnah al kubra’ dan
munculnya berbagai aliran politik, sehingga akhirnya menular kepada masalah
akidah umat Islam.
Takrif Ajaran Sesat
Sebarang ajaran atau amalan yang dibawa oleh orang-orang Islam atau orang-
orang bukan Islam yang mendakwa bahawa ajaran dan amalan tersebut adalah ajaran
Islam atau berdasarkan kepada ajaran Islam, sedangkan hakikatnya ajaran dan amalan
yang dibawa itu bertentangan dengan Islam (al Quran dan al Sunnah) serta
bertentangan dengan fahaman Ahli Sunnah wal Jamaah.
Ciri-Ciri Ajaran Sesat
1. Mengaku diri atau gurunya sebagai nabi atau wakilnya dan mendakwa menerima
wahyu.
2. Mengaku diri atau gurunya sebagai Imam al-Mahdi.
3. Mempercayai bahawa orang-orang tertentu tidak mati dan akan muncul sebagai
manusia yang istimewa seperti Imam al-Mahdi.
4. Mempercayai bahawa gurunya boleh menebus dosa dengan wang.
5. Melakukan penyerahan rohani dan jasmani kepada guru melalui nikah batin
dengan tujuan untuk mendapat anak yang soleh atau anak hakikat.
6. Mengaku Allah SWT menjelma di dalam diri manusia (guru).
7. Mempercayai bahawa roh orang yang mati menjelma semula ke dalam jasad
orang yang masih hidup dan roh si mati juga boleh memberi pertolongan apabila
diseru namanya.
8. Mendakwa pengikut ajarannya dijamin masuk syurga dan gurunya adalah
pemegang kunci pintu syurga.
9. Mendakwa bahawa semua agama adalah sama.
10. Memohon hajat kepada benda-benda tertentu seperti batu, cincin dan
seumpamanya kerana mempercayai azimat tersebut boleh memberi kesan.
11. Mendakwa ajaran atau tarikatnya yang diamal sekarang diambil terus dari
Rasulullah s.a.w. secara jaga (yaqazah).
12. Mengaku dan mempercayai bahawa seseorang itu boleh berhubung dengan Allah
SWT melalui Nur Muhammad yang berada di dalam dirinya oleh itu dia pasti
masuk syurga.
13. Memansuhkan sebahagian syariat Islam seperti sembahyang (termasuk
sembahyang Jumaat), puasa, haji dengan anggapan seseorang yang telah sampai
kepada hakikat maka tidak perlu lagi syariat (mengamalkan suluk).
14. Mendakwa bahawa ibadat haji boleh ditunaikan di tempat lain dan tidak
semestinya di Mekah.
15. Mengubah dengan sengaja ayat al Qurandan maksudnya seperti mentakwil setiap
ayat al Qurandengan dakwaan ‘setiap yang zahir ada batinnya.’
16. Mendakwa orang yang mengamalkan syariat hanya kulit dan tidak sampai kepada
matlamat sebenar (hakikat).
29
i. Syiah
Definisi Syiah:
Menurut etimologi (lughah) bahasa Arab, “Syiah” bermaksud, “Pengikut dan
pembela seseorang”. Adapun mengikut terminologi (istilah) syariat Islam, “Golongan
yang berpendapat bahawa Sayidina Ali Bin Abi Talib RA lebih berhak dan utama
daripada Sahabat-Sahabat untuk memegang tampuk pemerintahan.
Pada mulanya, Syiah berpecah daripada Islam menjadi satu firqah. Ia berpunca
daripada persoalan siasah (politik). Demikian juga dengan firqah Khawarij, namun
ketika peristiwa kematian Sayidina Hussin Bin Ali di Karbala, pengaruh Syiah makin
meluas lalu dikenali sebagai satu fahaman dan mazhab yang telah menyentuh
persoalan akidah. Oleh itu, pelbagai fahaman dan fatwa ganjil yang diperkenalkan
oleh golongan Syiah sehingga membawa pada percanggahan dalam masalah akidah
(pegangan) dan pelbagai masalah fiqh. Asalnya, mereka ingin mempertahankan Ahlul
Bait Rasulullah SAW, namun semangat kecintaan tersebut telah diselewengkan oleh
beberapa ideologi sesat yang telah dibawa masuk melalui para munafik.
Sejarah Ringkas Kemunculan Syiah
Sebahagian ulama berpendapat pengasas utama Syiah adalah Abdullah Bin Saba’
yang berpura-pura menganut Islam tetapi hakikatnya adalah “duri dalam daging” bagi
umat Islam. Sejarah ini disokong oleh kebanyakan ulama ASWJ dan Syiah sendiri
kerana antara puak-puak Syiah ada yang dinisbahkan kepada namanya iaitu puak As-
Saba’iah. Satu peristiwa terjadi ketika Abdullah Bin Saba’ pernah berjumpa dengan
Sayidina Ali Bin Abi Talib RA: “Kamulah (Ali) kamulah (Tuhan).” Beliau
mengulanginya beberapa kali. Maka Sayidina Ali RA berkata: “Celakalah kamu
(dengan perkataanmu itu).” Sayidina Ali RA bertanya: “Siapakah aku yang
sebenarnya?” Lalu Abdullah Bin Saba’ berkata lagi: “Kamulah Allah!” Lantaran kata-
kata Abdullah Bin Saba’ tersebut, maka Sayidina Ali RA telah memerintahkan
menterinya untuk membakar golongan Syiah Saba’iah tersebut yang tidak mahu
bertaubat daripada pegangan sesat mereka itu.
Fatwa Ajaran Syiah Di Malaysia
Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka bil. 1/2014 yang bersidang pada
26 Rabiul Akhir 1435H bersamaan 26 Februari 2014M bersetuju fatwa mengenai
pengharaman ajaran syiah.
Di antara Sebab Pengharaman Ajaran Syiah Di Malaysia:
1. Fahaman dan ajaran Syiah adalah bercanggah dan menyeleweng daripada ajaran
Islam menurut pegangan Ahli Sunnah Wal Jama’ah serta boleh menjadi ancaman
kepada keutuhan agama, kesatuan ummah dan keselamatan serta keamanan
Negara.
2. Menambah atau mengurangi lafaz dan kandungan syahadah yang berlainan
daripada lafaz dan syahadah yang menjadi Ahli Sunnah Wal Jama’ah.
3. Mentaati Imam-Imam dan mempercayai mereka sebagai maksum serta
mempunyai sifat-sifat dan kelebihan yang luar biasa.
4. Mempercayai hanya Sayyidina Ali sahaja menghimpun al Quran dengan
sempurna dan menolak al Quran yang disusun oleh para sahabat Nabi SAW yang
lain serta mempercayai bahawa berlakunya penyelewengan (tahrif) sama ada
30
pengurangan atau penambahan di dalam al Quranserta mempercayai bahawa al
Quran mengandungi tujuh belas ribu ayat.
5. Menolak hadis-hadis yang diriwayatkan oleh para sahabat Rasulullah SAW dan
hanya menerima hadis-hadis yang diriwayatkan oleh para Imam 12.
6. Mencerca dan menghina para sahabat yang diredhai oleh Allah SWTdan para
isteri Rasulullah SAW dengan menuduh mereka sebagai pembohong, pengkhianat
dan murtad.
7. Menuduh Sayyidina Abu Bakar, Umar, Uthman dan Mu’awwiyah sebagai empat
berhala Quraisy serta pengikut-pengikutnya adalah musuh Allah.
8. Mempercayai Al-Raja’ah iaitu Allah SWT akan mengidupkan semua orang yang
telah mati ke dunia sebelum berlakunya Qiamat bersama-sama Imam Mahadi
untuk memberi keadilan.
9. Mengamalkan al Taqiah iaitu menyembunyikan hakikat aqidah, kepercayaan dan
amalan yang menjadi pegangan dan amal perbuatan yang ingin dilakukan.
10. Menyetarafkan Sayyidina Ali dengan Allah SWT.
11. Mengamalkan nikah Mut’ah.
12. Mempercayai Khalifah dan Imamah adalah sebahagian dari Rukun Islam dan
diwasiatkan secara nas:
• Mempercayai ilmu Allah berubah-ubah mengikut sesuatu peristiwa yang
berlaku kepada manusia (al Bada’).
• Menolak hadith yang diriwayatkan oleh para sahabat Rasulullah SAW
sekalipun hadith mutawatir dan hanya menerima hadith-hadith yang
diriwayatkan oleh Imam-Imam Syiah.
• Menolak Ijma’ Ulama.
• Menolak Qiyas.
13. Mempercayai amalan menziarah kubur Sayyidina Husain akan memperolehi
ganjaran Syurga.
14. Melakukan upacara memukul dan menyeksa tubuh badan sempena 10 Muharram.
15. Mengharuskan solat jama’ dalam semua keadaan.
16. Mengharamkan solat Dhuha.
17. Menetapkan Islam bukan syarat wajib haji.
18. Menetapkan prinsip khumus (1/5) sebagai kadar zakat.
19. Fahaman-fahaman dan amalan-amalan lain yang menjadi pegangan Syiah dan
bertentangan dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah.
Kesimpulan
Mana-mana orang Islam sama ada secara individu atau berkumpulan adalah
dilarang untuk berpegang atau menjadi pengikut ajaran Syiah dan sesiapa yang
melakukannya adalah disifatkan mengamalakn ajaran, pegangan dan fahaman yang
bercanggah dengan ajaran Islam menurut pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Mana-
mana orang Islam sama ada secara individu atau berkumpulan yang mengisytiharkan
diri sebagai orang yang bermazhab Syiah melalui pengakuan bersumpah atau apa-apa
kaedah lain dan sesiapa yang melakukannya adalah disifatkan mengamalkan ajaran,
pegangan dan fahaman yang bercanggah dengan ajaran Islam menurut pegangan Ahli
Sunnah Wal Jamaah. Mana-mana orang Islam sama ada secara individu atau
berkumpulan dilarang menjadi anggota atau pemimpin mana-mana golongan Syiah
atau membantu dalam menghidupkan atau mengembangkan kumpulan sedemikian
dan sesiapa yang melakukannya adalah disifatkan mengamalkan ajaran, pegangan,
fahaman yang bercanggah dengan ajaran Islam menurut pegangan Ahli Sunnah Wal
Jamaah.
31
ii. Liberalisme
• Fahaman Islam Liberal merupakan satu fahaman yang berteraskan prinsip kebebasan
individu tanpa sempadan. Fahaman ini muncul pada kurun ke-16 dan ke-17 ketika
zaman Renaissance, iaitu zaman golongan intelektual menyerang penyelewengan
pihak gereja.
• Definisi liberalisme menurut Encyclopaedia Britannica adalah satu falsafah hidup
yang mengutamakan kebebasan akal sebagai matlamat utama kehidupan. Ideologi
sebegini akan mendorong manusia ke arah pembebasan diri dari sebarang halangan
moral, seterusnya mengurangkan ketegasan agama dalam mengatur kehidupan setiap
manusia (Terence Ball Harry K. Girvetz Kenneth Minogue Richard Dagger, 2017).
Terdapat 4 intipati utama fahaman Liberalisme yang menyeleweng dari Islam
iaitu:
i. Mengkritik teks al-Quran
Golongan ini beranggapan bahawa al-Quran bukan sumber rujukan yang
muktamad bahkan telah mengalami proses perubahan ketika dari Nabi s.a.w kepada
sahabat dan generasi seterusnya. Nasr Hamid Abu Zaid (Mesir, beliau bertugas di
Univ. Leiden, Belanda) bersependapat dengan Frederich Schlie Marcher (1768-1834)
yang memberi teori bahawa al-Quran yang diturunkan melalui Malaikat Jibril a.s.
kepada Muhammad yang (sifatnya) manusiawi, sebagai penerima pertama, adalah
penyampaian teks hal ehwal manusia. Al Quran itu bukan Teks Ilahi dalam bentuk
asli, tapi telah disaring menurut pemikiran Muhammad (Mohd Hazizi Ab Rahman
2013)
ii. Kesetaraan atau persamaan (equality)
Semua agama adalah sama dan membawa kebaikan menuju kepada Tuhan.
Nama Tuhan boleh berbeza menurut bahasa-bahasa bangsa manusia. Jika Islam
mempunyai Syariat (hukum lahiriah) dan Tariqat (cara penyucian) perkara yang sama
juga terdapat pada semua agama lain di dunia. Tidak ada agama yang terbaik, lebih
baik, buruk dan tidak betul bahkan semuanya adalah sama dan setara.
iii. Liberalisme atau kebebasan
Liberalisme mengajar hak kebebasan beragama terhadap individu. Seseorang
individu boleh keluar masuk agama (murtad) secara bebas. Bahkan bebas
mentafsirkan nas-nas syarak dengan akal fikiran masing-masing. Berdasarkan
undang-undang sivil selepas seseorang anak berumur 18 tahun, ia bebas beragama
tanpa terikat dengan anutan ibubapa. Malah keluarga tidak mempunyai apa-apa hak
untuk menyekat atau menghalang seseorang ahli keluarga memilih agama yang
disukai.
iv. Penolakan Syariat Islam
Syariat yang ada di tangan umat Islam adalah ciptaan manusia, tidak mutlak
dan tidak suci. Mengikut mereka hukum Islam melanggar Hak Asasi Manusia (HAM)
dan tidak sesuai dengan perkembangan zaman. Abdullah an-Naim penulis dari Sudan
(penulis buku “Toward an Islamic Reformation”,1989) terpengaruh kuat dengan
orientalis Barat yang bencikan Islam iaitu antaranya Goldziher, Schacht dan Coulsan
yang menyebut bahawa syariat Islam adalah ciptaan fuqaha selama 300 tahun.
32
Antara isu-isu yang dibahaskan oleh pendukung-pendukung liberal di
Malaysia adalah:
• Golongan liberal berpendapat al Quran perlu ditafsirkan semula dengan
menggunakan rasional akal (Hafiz Firdaus Abdullah, 2007).
• Penceritaan dalam al Quran pula hanya bersifat sebagai teknik dakwah efektif
yang digunakan oleh para nabi, rasul dan umat terdahulu untuk berdakwah (Hafiz
Firdaus Abdullah, 2007)
• Golongan liberal juga mempunyai tanggapan tersendiri mengenai hadith seperti
hadith bukannya berasal daripada Nabi Muhammad SAW, bahkan diciptakan oleh
individu yang mempunyai kepentingan (Phayilah Yama, 2018).
• Manakala, hadith-hadith seperti penceritaan alam ghaib seperti azab kubur,
Padang Mahsyar, Titian Sirat, Pengadilan, Isra’ dan Mikraj, Dajjal, Penurunan
Nabi Isa suasana hari akhirat, fitnah-fitnah akhir zaman dan sebagainya
merupakan rekaan para perawi hadith (Ismail Yusuff , 2011).
• Pandangan golongan liberal terhadap sifat nubuwwah yang dikurniakan kepada
nabi hanyalah satu sifat keupayaan dalam memimpin manusia ke arah kebaikan.
Jika, ada manusia lain yang mampu untuk membimbing manusia ke arah
kebaikan, maka dia juga dikira memiliki sifat nubuwwah (Nur Zainatul Nadra
Binti Zainol, 2016).
• Seterusnya, kedudukan Nabi Muhammad SAW boleh dikritik kerana baginda juga
manusia biasa seperti mana manusia-manusia lain. Sebagai manusia, kita boleh
mengkritik dan memuji perbuatan baginda. Justeru, manusia perlu berfikiran kritis
dalam menilai sifat Rasulullah SAW (Danial Zainal Abidin, 2017).
• Golongan liberal juga berpendirian seandainya Allah terkenal dengan sifat Maha
Adil, mengapakah kandungan-kandungan di dalam perundangan Islam
mewujudkan ketidakadilan dalam masyarakat? (Jabatan Agama Islam Selangor,
2012)
• Selain itu, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti G25 turut mencadangkan
agar undang-undang penangkapan golongan yang berkhalwat dikaji semula
kerana mengganggu hak peribadi dan hak kebebasan (Shahrul Nazmi Sannusi &
Nurimanah Seman, 2018: 3).
• Liberal berpendapat tafsiran daripada para ulama hanya bertujuan untuk
memonopoli dan menghukum pandangan orang lain sebagai pandangan yang
salah dan sesat (Khalif Muammar, 2009).
• Ilmu-ilmu Islam seperti usul tafsir, usul fiqh, usul hadis, al-Jarh wa Ta’dil dan
sebagainya adalah ilmu yang muncul akibat pemahaman manusia yang tidak lepas
daripada kecacatan dan kesalahan (Hafiz Firdaus Abdullah, 2007).
• Seruan sekularisme di Malaysia berusaha untuk menerapkan pemikiran cara
moden dalam masyarakat Islamnya dengan menjadikan akal fikiran sebagai
pengukur dalam menilai kebenaran (Khalif Muammar, 2009).
Kesimpulan
Isu akidah adalah isu besar umat Islam masakini. Dalam kegawatan segelintir umat
Islam yang tidak pandai mengucap dua kalimah syahadah, tidak solat bahkan
menolak hukum dan ketetapan Allah SWT muncul pula berbagai idealogi baru yang
nampak mudah dan menyelesaikan masalah umat sedangkan hakikatnya ia telah
menyeleweng dari jalan sebenar. Idea-idea ini berpaksikan logik akal semata-mata
malah menolak al Quran dan al Sunnah tanpa sedar.
33
Haram percaya dan berpegang kepada Sekularisme, Pluralisme dan Liberalisme juga
dikenali dengan SIPILIS di Indonesia. (Fatwa Majelis Ulama Indonesia (MUI) 2005,
dan resolusi Muzakarah Ulama Se-Malaysia, 2006, di Negeri Perak, Malaysia. (Dr.
Anis Malik Thoha)
Kufur dan syirik kepada Allah SWT adalah dosa paling besar yang menyebabkan
seseorang hamba dicampakkan ke neraka Allah SWT kelak. Justeru, setiap manusia
bertanggungjawab terhadap nasib masa depan kehidupan di akhirat. Mereka tidak
boleh menyalahkan sesiapa atas balasan azab akibat dari dosa atau kekufurannya di
dunia. Semuanya akan kembali pada diri mereka masing-masing. Sekiranya Allah
SWT kehendaki nescaya seluruh penduduk alam ini beriman dan taat kepadaNya.
Firman Allah SWT:
Maksudnya: “Dan jikalau Tuhanmu menghendaki, tentulah beriman semua orang
yang di muka bumi seluruhnya. Maka apakah kamu (hendak) memaksa manusia
supaya mereka menjadi orang-orang yang beriman semuanya ?”
( Surah Yunus: 99 )
34
RUJUKAN.
1. Al Quran al Karim
2. Al Quran Pimpinan al Rahman
3. Al Quran Digital
4. Abdul Karim Zaidan Dr, (1987), Usul Dakwah, Darul Wafa, Kaherah
5. Al-Mausu’ah al Muyassarah fi al Adyan wal Mazahib al Mu’asarah, An
Nadwah al Alami lil Syabab al Islami (WAMY), Riyad.
6. Buku Rujukan Pendidikan Akidah Islam, Edisi Kedua, Kolej Matrikulasi
Melaka.
7. Imam Nawawi; (1986), Hadith 40, al Ittihad al Islami al Ali
8. Jakim, Fenomena Ajaran Sesat di Malaysia (1999)
9. Mohamad Sayid Tantawi Dr; (1987), Banu Israel fi al Quranwa Sunnah, az
Zahrak lil Iklam, Kaherah.
10. Dr.Muhammad Sayed al Wakil; 1987 (1408H), Jaulah Tarikhiyah fi Asril
Khulafak ar Rasyidin, Darul Mujtamak, Jeddah, Saudiah Muhammad Abdullah al
Khatib da
11. Muhammad Abdul Halim Hamid, (1990) Nazarat fi risalah at Taklim, Kaherah
12. Sayid Sabiq; (1999), Akidah Islam (terjemahan), Pustaka Nasional Singapura.
13. Siti Norbaya bt Abd Kadir, (2003), Ajaran sesat, Al Hidayah Publishers, Kuala
Lumpur
14. Al Qardhawi, (2004), Kebangkitan Islam (terjemahan), Pustaka Salam, Kuala
Lumpur
15. Ustaz Safuan, (2005), Kertas kerja Akidah Islam, Kolej Matrikulasi Kedah
16. Mohd Aizan bin Mas’od, (2013), Diskusi Isu Aqidah dan Pemikiran Semasa di
Malaysia, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
17. Dr.Anis Malik Thoha, Bahaya Fahaman Idealogy Moden Yang Boleh
Menyesatkan: Syiah, Pluralisme dan Liberalisme (SIPILIS);
18. Hj Jainal Sakiban Al Jauhari , Ahli Sunnah Wal Jamaah Kenapa Perlu
Dipertahankan Di Nusantara, Sekretariat Menangani Isu-isu Akidah Dan
Syariah Majlis Agama Islam Johor Dan Institut Ahli Sunnah Wal Jamaah, UTHM
,2014.
19. Hj Said Hj Ibrahim ( Bekas Mufti Sabah ), Perbandingan Akidah Dan Fahaman
Umat Islam, Darul Ma’rifah, Kuala Lumpur, Cet 1 1997.
20. Laman web Jakim: http://www.islam.gov.my/ppi/faktorasesat.html
21. Laman web Jakim: http://www.islam.gov.my/artikel/syiah1.html
22. Dr. Abdul Karim Zaidan, (1977). al-Wajiz fil usul al-Fiqh, cetakan ke-6,
Baghdad: Dar al- Arabiah.
23. Mohd Aizam bin Mas’od. (2015). Diskusi Isu Aqidah Pemikiran Semasa. Cetakan
ke2. Kuala Lumpur: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.
24. Prof. Madya Dr. Lutpi Ibrahim. (1993). Minhaj Kebenaran dan Pendedahannya
(Fiqh Lima Mazhab di antara Nas dan Ijtihad). Cetakan 1, Kuala Lumpur: al-
Wahdah Publications.
25. Kerjaaan Negeri Selangor (1998). Fatwa Tentang Fahaman Syiah. Jilid.5 No. 20
(https://www.muftiselangor.gov.my/soalan-lazim/85-fatwa/akidah/59-fatwa-tentang-
fahaman-syiah)
26. Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka bil. 1/2014 yang bersidang pada 26
Rabiul Akhir 1435H bersamaan 26 Februari 2014M. Fatwa Berkenaan
Pengaharaman Ajaran Syiah (http://e-smaf.islam.gov.my/e-
smaf/index.php/main/mainv1/fatwa/pr/10011)
35
2.3 Syariah Islam
a. Konsep Syariah
Pendahuluan
• Perkataan Syariah Islamiah dikenali juga sebagai agama Islam atau Deen al
Islam. Sejak Nabi Adam AS diutus oleh Allah SWT ke bumi sebagai khalifah
untuk mentadbir dan menjalani kehidupan di bumi, Allah SWT telah
menurunkan syariah (agama) sebagai peraturan melalui wahyuNya supaya
Nabi Adam AS. serta zuriatnya dapat menjalani kehidupan dengan aman dan
sejahera.
• Syariah Islam kepada Nabi Muhammad SAW bermula apabila wahyu pertama
diturunkan iaitu pada 17 Ramadhan 13 tahun sebelum Hijrah, bersamaan
tahun 610 Masehi. Wahyu diturunkan beransur-ansur selama lebih kurang 23
tahun, sesudah baginda dilantik oleh Allah SWT sebagai rasul.
• Syariah Islam adalah untuk semua golongan manusia dan jin. Firman Allah
SWT:
Maksudnya: “Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia
melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.”
( Surah al Zaariat: 56 )
Maksudnya : “Dan tiadalah Kami mengutusmu (wahai Muhammad)
melainkan untuk umat manusia seluruhnya, sebagai Rasul pembawa berita
gembira (kepada orang-orang yang beriman), dan pemberi amaran (kepada
orang-orang yang ingkar); akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui
(hakikat itu).”
Sabda Rasulullah SAW :
Maksudnya: “Daripada Ibnu Abbas telah berkata, sabda Rasulullah SAW:
Aku diberikan lima perkara, tidak diberikan kepada seorang pun sebelumku
dan tidak aku mengatakannya kerana kebanggaan, aku diutuskan untuk
seluruh merah dan hitam.”
( Hadith riwayat Ahmad )
36
i. Definisi Dan Prinsip-Prinsip Syariah
• Dari segi bahasa syariah bermaksud sumber atau jalan.
• Dari segi istilah syariah hukum yang diperundangkan oleh Allah SWT ke atas
hambaNya melalui lisan rasulNya.
• Hukum bermaksud perintah Allah SWT mengenai perbuatan mukallaf. Hukum
dinamakan “syariah” kerana kedudukannya yang lurus, sistemnya benar dan
tidak menyimpang dari tujuan yang benar.
• Apabila perkataan syariah disandarkan kepada Islam ia bermaksud syariah
yang diturunkan oleh Allah SWT merupakan khusus untuk agama Islam. Ini
bererti Syariah Islamiah digunakan bagi maksud keseluruhan ajaran Islam.
Dalam konsep ini ia sinonim dengan Deen al Islam dan Millah, yang biasanya
diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu sebagai agama Islam.
Prinsip-Prinsip Syariah Islam
• Islam adalah agama yang menjaga keperluan manusia dan menjamin
kebahagiaan melalui hukum-hukum yang telah disyariatkan. Oleh itu, Islam
telah menggariskan beberapa prinsip asas sebagai rahmat kepada manusia:
i. Mudah
• Syariah Islam yang diturunkan oleh Allah SWT untuk memberi kemudahan
kepada kaum muslimin. Firman Allah SWT:
Maksudnya: “Allah SWT menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Ia tidak
menghendaki kamu menanggung kesukaran.”
( Surah al Baqarah:185 )
• Tidak membebankan
• Contohnya solat dalam keadaan duduk bagi mereka yang tidak mampu berdiri.
Memendekkan solat empat rakaat menjadi dua rakaat dan menghimpunkan
dua solat dalam satu waktu bagi orang yang musafir.
ii. Beransur-ansur
• Syariah Islam diperundangkan ke atas manusia secara berperingkat-peringkat
dan ajarannya dijelaskan secara sedikit demi sedikit.
• Antara contohnya ialah;
i. Pengharaman arak yang diperintahkan secara beransur-ansur. Pada
peringkat pertama Allah SWT memberitahu arak itu mempunyai
kebaikan dan keburukan (al-Baqarah: 219). Peringkat yang kedua
Allah SWT memerintahkan kepada umat Islam agar tidak mendirikan
solat dalam keadaan mabuk (al-Nisa:43). Peringkat seterusnya Allah
SWT mengharamkan arak daripada diminum (al-Maidah: 90).
37
ii. Larangan bercakap ketika solat; Pada peringkat awal solat diwajibkan,
para sahabat nabi SAW. bercakap ketika solat, sehinggalah Allah SWT
menurunkan ayat memerintahkan supaya diam (al-Baqarah: 238).
iii. Adil
• Syariah Islam juga bertujuan untuk menegakkan keadilan secara
menyeluruh, tidak hanya di kalangan umat Islam bahkan bagi umat manusia
seluruhnya. Firman Allah SWT:
Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua
sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah SWT ,
lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu
terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan
keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil
itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah SWT ,
sesungguhnya Allah SWT Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang
kamu lakukan.”
( Surah al Maidah: 8 )
• Contohnya ialah kenyataan Rasulullah SAW yang sanggup mengambil
tindakan tegas jika anak baginda melakukan jenayah.
Maksudnya: “ Jika sekiranya Fatimah binti Muhammad mencuri nescaya aku
potong tangannya.”
( Hadith riwayat al Bukhari )
ii. Tujuan-tujuan Syariah
• Umumnya hukum syariah bertujuan untuk menjaga maslahah atau kebajikan
manusia yang mencakupi kebajikan individu dan masyarakat.
• Menjaga agama
• Agama merupakan satu keperluan kepada setiap manusia, kerana ia mengatur
kehidupan manusia, menyatakan hubungannya dengan Tuhan dan hubungan
manusia dengan manusia.
38
Firman Allah SWT:
Maksudnya: “Sesungguhnya agama (yang benar dan diredhai) di sisi Allah SWT
ialah Islam.”
( Surah Ali Imran: 19 )
• Untuk menjaga agama Allah SWT mensyariatkan Jihad. Firman Allah SWT:
Maksudnya : “Dan perangilah mereka sehingga tidak ada lagi fitnah, dan
(sehingga) menjadilah agama itu semata-mata kerana Allah SWT.”
( Surah al Baqarah: 193 )
• Orang Islam yang murtad dikenakan hukuman kerana mereka mencemari dan
merosakkan kemurnian agama. Sabda Rasulullah SAW:
Maksudnya: “Tidak halal darah seseorang muslim yang mengucap bahawa
tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah SWT dan bahawa aku Rasulullah
SAW kecuali salah satu dari tiga perkara: membunuh, penzina sudah
berkahwin dan meninggalkan agama keluar dari jemaah.”
( Hadith riwayat al Bukhari dan Muslim )
• Menjaga nyawa
• Untuk menjaga nyawa, Islam mengharamkan pembunuhan sesama manusia
tanpa hak. Kecuali dalam bentuk hukuman seperti hukuman qisas. Firman
Allah SWT:
Maksudnya: “Dan di dalam hukuman Qisas itu ada jaminan hidup bagi kamu,
wahai orang-orang yang berakal fikiran, supaya kamu bertaqwa.”
( Surah al Baqarah:179 )
• Menjaga akal
• Akal merupakan kurniaan yang paling bernilai kepada manusia. Menjaga akal
mempunyai pertalian rapat dengan menjaga nyawa. Islam mensyariatkan
hukum-hukum khas untuk menjaga akal seperti pengharaman arak (khamr)
dan disyariatkan hukuman hudud kepada peminumnya. Firman Allah SWT:
39
Maksudnya : “Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya
arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-
batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan syaitan.
Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.”
( Surah al Maidah: 90 )
• Hadith yang diriwayatkan daripada Anas bin Malek r.a:
َ
Maksudnya: “Sesungguhnya Nabi SAW. dan Saidina Abu Bakar merotan
peminum arak dengan pelepah dan sandal sebanyak empat puluh kali.”
( Hadith riwayat Muslim )
• Islam mengharamkan segala yang memabukkan dan boleh memudaratkan akal
seperti dadah, ganja dan sebagainya.
• Menjaga keturunan dan maruah
• Maruah merupakan fitrah manusia yang membezakannya dengan
haiwan. Manusia dipuji atau dikeji kerana maruah.
• Bagi menjaga maruah maka Islam menggariskan hukum perkahwinan
dan kekeluargaan serta mengharamkan zina.
• Islam mensyariatkan hukuman hudud bagi penzina dan qazaf kepada
orang yang menuduh zina tanpa membawa 4 orang saksi yang adil.
• Firman Allah SWT:
Maksudnya: “Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah
kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat."
( Surah al Nur: 2 )
• Islam mengharamkan menasabkan anak angkat kepada bapa angkat,
kerana seolah-olah mencuri darah daging orang lain. Firman Allah SWT:
Maksudnya : “Panggillah anak-anak angkat itu dengan ber”bin”kan kepada
bapa-bapa mereka sendiri, cara itulah yang lebih adil di sisi Allah SWT”
( Surah al Ahzab : 5 )
40
• Menjaga harta
• Harta merupakan wasilah yang membantu manusia bagi mencapai
kebahagiaan dalam kehidupan. Harta merupakan keperluan daruri (keperluan
asas) untuk kepentingan manusia.
• Bagi menjaga harta, Islam mensyariatkan hukuman hudud kepada pencuri dan
penyamun. Firman Allah SWT:
Maksudnya : “Dan orang lelaki yang mencuri dan orang perempuan yang
mencuri maka (hukumnya) potonglah tangan mereka sebagai satu balasan
dengan sebab apa yang mereka telah usahakan, (juga sebagai) suatu hukuman
pencegah dari Allah SWT Dan (ingatlah) Allah SWT Maha Kuasa, lagi Maha
Bijaksana.”
( Surah al Ma’idah: 38 )
Firman Allah SWT:
Maksudnya: “Sesungguhnya balasan orang-orang yang memerangi Allah
SWT dan rasulNya serta melakukan bencana kerosakan di muka bumi, ialah
dengan dibalas bunuh (kalau mereka membunuh sahaja dengan tidak
merampas), atau dipalang (kalau mereka membunuh dan merampas), atau
dipotong tangan dan kaki mereka dengan berselang (kalau mereka merampas
sahaja), atau dibuang negeri (kalau mereka hanya mengganggu ketenteraman
umum). Hukuman yang demikian itu adalah suatu kehinaan di dunia bagi
mereka, dan di akhirat kelak mereka beroleh azab seksa yang amat besar.”
( Surah al Maidah: 33 )
b. Sumber Syariah Islam
• Sumber Syariah Islam di sini bermaksud sumber hukum fekah.
Secara umumnya ia dapat dibahagikan kepada dua bahagian
iaitu:
• Masodir Asliyah (sumber asal) iaitu:
• Al-Quran
• Al-Sunnah
• Masodir Tab’iyyah (sumber cabang) iaitu:
• Ijmak
• Qias
41
i. Definisi Al Quran, Al Sunnah, Ijmak Ulama Dan Qias
Definisi al-Quran
• Dari segi bahasa al Quranbermaksud baca.
• Dari segi istilah al Quranialah kalam Allah SWT yang bermukjizat, diwahyukan
kepada Nabi Muhammad SAW. melalui malaikat Jibril AS. dalam bahasa arab,
diriwayatkan secara mutawatir dan membacanya adalah ibadah.
Nama-Nama Lain Bagi al-Quran
i. Al Furqan ( Surah al Furqan: 1)
ii. Al Kitab (Surah al Zukhruf: 2)
iii. Al Zikr (Surah al Hijr: 9)
iv. Al Qaul (Surah al Qasas: 51)
Sifat-Sifat al Quran
i. Huda (petunjuk) (Surah al Baqarah: 185)
ii. Nur (cahaya) (Surah al Nisa’: 174)
iii. Syifa’ (pengubat) (Surah al Isra’: 82)
iv. Mau’izah (peringatan) (Surah Yunus: 57)
Bukti al Quran Benar Dan Masih Asli
i. Jaminan keaslian al Quran(Surah al Hijr: 9)
ii. Cabaran al Quransupaya mencipta satu surah menyamai al Quran (Surah
Al Baqarah: 23-24)
iii. Janji yang benar seperti pembukaan kota Mekah (Surah al Fath: 27)
iv. Penemuan sains seperti penemuan setiap benda hidup daripada air (Surah
Al Anbiya’: 30)
Definisi al Sunnah ( Hadith )
• Dari segi bahasa bererti jalan atau perangai.
• Dari segi istilah ialah segala apa yang disandarkan kepada Nabi Muhammad SAW. sama
ada perkataan, perbuatan, pengakuan dan sifat-sifatnya.
i. Contoh Sunnah Qauliah (kata-kata)
Maksudnya: “Daripada Abu Hurairah berkata sabda Rasulullah SAW: dua
kalimah yang ringan di mulut tetapi berat di timbangan serta disukai oleh .” Allah SWT
iaitu
( Hadith riwayat al Bukhari dan Muslim )
42
• Contoh Sunnah Fi’liah (perbuatan)
Maksudnya : “Daripada Huzaifah r.a. berkata : Apabila Rasulullah SAW. bangun pada
malam hari untuk menunaikan sembahyang tahajjud, baginda membersihkan mulutnya
dengan sugi.
( Hadith riwayat Muslim )
• Contoh Sunnah Taqririah (pengakuan)
Maksudnya : “Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas bahawa beliau telah berkata : seseorang
telah menjamah dhab di sebelah hidangan Rasulullah SAW. akan tetapi Rasulullah SAW.
membiarkannya.
( Hadith riwayat Tirmizi )
• Contoh Sunnah Sifah Khulukiyah (sifat Nabi SAW)
Maksudnya : “Abu Said al Khudri berkata : Rasulullah SAW. lebih malu daripada seorang
anak dara di dalam kamar, dan apabila dia melihat sesuatu yang dibencinya, kami
mengetahui melalui air mukanya.”
( Hadith riwayat Muslim )
Al Sunnah Sebagai Sumber Hukum
• Semua mazhab dalam Islam menerima al-Sunnah sebagai sumber hukum Islam yang
kedua selepas al- Quran. Ini adalah berdasarkan kepada perintah Allah SWT supaya
kita mematuhi perintah Rasulullah SAW. Firman Allah SWT:
Maksudnya : “ Dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah SAW kepada kamu maka
terimalah serta amalkan, dan apa jua yang dilarangnya kamu melakukannya maka patuhilah
larangannya.”
( Surah al Hasyr: 7 )
Firman Allah SWT:
Maksudnya: “Sesiapa yang taat kepada Rasulullah SAW , maka sesungguhnya ia telah taat
kepada Allah.”
( Surah al Nisa’: 80)
43
Sabda Rasulullah SAW:
Maksudnya : “Aku tinggalkan kepada kamu semua dua perkara, kamu tidak
akan sesat selama mana kamu berpegang dengan kedua-duanya iaitu
kitabullah (al Quran) dan al SunnahnabiNya”.
( Hadith riwayat Imam Malik )
Ijmak Ulama
Definisi Ijmak Ulama
• Ijmak ulama ialah persetujuan seluruh ulama mujtahidin dari umat Nabi
Muhammad selepas kewafatan baginda SAW. pada sesuatu zaman berkaitan
hukum syarak.
Hukum Beramal Dengan Ijmak
• Segala hukum yang telah disepakati oleh seluruh ulama mujtahid wajib
dipatuhi dan beramal dengannya oleh setiap umat Islam.
Ijmak Sebagai Sumber Hukum
• Hukum yang telah disepakati oleh semua ulama mujtahidin tentang sesuatu
perkara, maka hukum tersebut merupakan hukum agama yang menjadi sumber
selepas al Quran dan al Sunnah(hadith). Ijmak yang telah disepakati tidak
boleh diubah.
Firman Allah SWT:
Maksudnya : “Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah
dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada “ulil amri” (orang-orang
yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah
(berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu
mengembalikannya kepada (kitab) Allah (al Quran) dan (al Sunnah) RasulNya
- jika kamu benar beriman kepada Allah SWT dan hari akhirat. Yang demikian
adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya”.
Sabda Rasulullah SAW:
Ertinya: “Tidak akan bersepakat umatku dalam perkara kesesatan.”
( Hadith riwayat Ibnu Majah )
44
• Contoh Ijmak;
i. Memerangi golongan yang tidak membayar zakat di zaman Khalifah
Abu Bakar
ii. Menghimpun dan membukukan al Quran
• Ulama menyatakan hampir tidak berlaku ijmak zaman moden kerana
bilangan ulama yang ramai dan mereka bertaburan di seluruh dunia.
• Majmak Fiqh al Islami (1981) merupakan contoh perhimpunan ulama yang
hampir menyerupai ijmak ulama zaman moden ini.
Syarat Ijmak
i. Ahli-ahli ijmak terdiri daripada para mujtahidin.
ii. Ahli mujtahidin sekurang-kurangnya dua orang.
iii. Hal yang disepakati adalah masalah fiqhiyah yang tiada ketentuan
hukumnya dalam al Quran atau al Sunnah.
iv. Persepakatan berlaku selepas wafat Rasulullah SAW.
Qias
Definisi Qias
• Menyamakan masalah yang tidak dijelaskan hukumnya di dalam al-Quran,
Hadith atau ijmak ulama dengan masalah yang telah dijelaskan hukumnya
(asal) di dalam salah satu daripada dalil tersebut berdasarkan persamaan pada
illah (sebab) hukum pada keduanya.
Hukum Beramal Dengan Qias
• Wajib bagi setiap umat Islam beramal dengan hukum yang telah ditetapkan
oleh ulama melalui qias.
Qias Sebagai Sumber Hukum
• Qias merupakan sumber hukum yang keempat selepas al-Quran, al-Sunnah
dan ijmak. Firman Allah SWT:
Ertinya : "Maka insaflah dan ambillah pelajaran (dari peristiwa itu) wahai
orang-orang yang berakal fikiran serta celik mata hatinya.”
( Surah al Hasyr: 2 )
• Ayat ini menyarankan supaya kita mengambil iktibar daripada peristiwa yang
telah berlaku termasuk dalam menentukan hukum yang baru.
45
• Antara contoh-contoh qias:
i. Minuman tuak diharamkan (hukum baru), berdasarkan qias kepada
hukum haram arak (hukum asal) kerana illah (sebab) yang sama
iaitu memabukkan.
ii. Merokok diharamkan (hukum baru), berdasarkan qias kepada
hukum haram arak (hukum asal) kerana illah (sebab) yang
sama iaitu memudaratkan.
iii. Kewajipan zakat beras (hukum baru), berdasarkan qias kepada
hukum wajib zakat gandum (hukum asal) kerana illah (sebab)
yang sama iaitu makanan asasi.
ii. Makna Ijtihad Dan Syarat-syarat Mujtahid
Definisi Ijtihad
• Menurut bahasa perkataan ijtihad bermaksud usaha bersungguh-sungguh bagi
mencapai sesuatu. Menurut istilah ijtihad bermaksud mencurahkan sepenuh
tenaga untuk mendapatkan hukum syarak yang berbentuk amali, dengan cara
istimbat daripada dalil-dalil dan sumber syarak.
Hukum Ijtihad
• Hukum berijtihad adalah harus, namun boleh berubah mengikut keadaan,
masa dan tempat. Imam al-Ghazali di dalam kitabnya Ihya’ Ulumuddin
mengatakan bahawa “menyiapkan segala sesuatu yang diperlukan seperti
barang tenunan, jahitan, pertukangan dan sebagainya adalah fardu kifayah”.
Jelasnya ijtihad termasuk dalam fardu kifayah.
Contoh-contoh ijtihad zaman sekarang
i. Harus melakukan pemindahan organ (derma organ)
ii. Harus kahwin secara televideo dengan syarat-syaratnya
Syarat Mujtahid (orang-orang yang berijtihad)
i. Menguasai bahasa Arab
ii. Menguasai tafsir ayat-ayat ahkam
iii. Menguasai hadith-hadith ahkam
iv. Menguasai ayat-ayat nasikh dan mansukh
v. Mengetahui ijmak ulama
vi. Menguasai ilmu usul fekah
vii. Menguasai kaedah-kaedah fiqhiyah
46