Sebab-sebab Ijtihad diperlukan
i. Hukum-hukum yang terkandung di dalam al Qurab, hadith dan Ijmak.
ii. Memudahkan kepada umat Islam beramal.
iii. Mengembangkan hukum -hukum yang sesuai sepanjang zaman.
Peranan Ijtihad
i. Menjelaskan hukum antara al Quran dan al Sunnah.
• Nabi SAW. melarang nazar dan bersabda:
Maksudnya : “Sesungguhnya ia tidak dapat menolak apa-apa, hanya ia mengeluarkan harta
orang yang bakhil.”
• Pada zahir al Sunnah ini nazar adalah sesuatu yang dibenci syarak. Ini
menyanggahi yang memuji mereka yang menunaikan nazar.
Firman Allah SWT:
Maksudnya : “(Mereka dikurniakan kesenangan itu kerana) mereka menyempurnakan
nazarnya (apatah lagi yang diwajibkan Tuhan kepadanya), serta mereka takutkan hari
(akhirat) yang azab seksanya merebak di sana sini.”
( Surah al Insan: 7 )
• Dalam hal ini ijtihad perlu dilakukan tentang sebab larangan Nabi SAW terhadap nazar
demi menyelaraskan hukum yang terkandung dalam al Qurandan al-Sunnah. Justeru
nazar yang dilarang dalam al-Sunnah di atas ialah berkaitan dengan mereka yang
memudah-mudahkan nazar.
ii. Menjelaskan percanggahan hukum fekah di dalam al-Sunnah.
Daripada Anas bin Malik r.a. katanya: Sabda Rasulullah SAW: “Tidak ada seorang muslim
yang menanam tanaman atau menyemai semaian lalu burung, atau insan atau binatang
berkaki empat memakannya, melainkan untuknya (pahala) sedekah.”
( Hadith riwayat al Bukhari )
47
Daripada Abdullah bin Mas‘ud katanya Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: “Jangan kamu memiliki al dhay‘ah (kebun atau perniagaan), nanti kamu
cintakan dunia.”
( Hadith riwayat al Tirmizi )
• Hadith pertama menggalakkan untuk bercucuk tanam, secara tidak langsung
menggalakkan atau mengizinkan memiliki ladang atau kebun yang
membolehkan kita bercucuk tanam. Manakala hadith kedua melarang
memiliki kebun dan perniagaan.
• Percanggahan yang terdapat pada zahir kedua-dua hadith ini diselesaikan
dengan berijtihad. Larangan nabi SAW. itu di dalam hadith yang kedua
ditujukkan kepada sesiapa yang memiliki kebun atau perniagaan akan
meninggalkan urusan agama.
iii. Meluaskan hukum fekah dalam hadith.
Sabda Rasulullah SAW: “Arak dari dua pokok ini iaitu tamar dan anggur.”
( Hadith riwayat Muslim )
• Berpandukan hadith ini seolah-olah arak hanya dibuat dari tamar dan anggur
sahaja. Pandangan ini adalah sempit disebabkan tidak memahami pengaruh
tempat dalam pembentukan Sabab al-Wurud (sebab keluarnya hadith).
Sedangkan arak itu sebenarnya adalah daripada setiap yang memabukkan
berdasarkan hadith:
Daripada Ibnu Umar Nabi SAW.: bersabda : “Tiap-tiap yang memabukkan
adalah haram dan tiap-tiap yang memabukkan adalah arak.”
( Hadith riwayat al Nasaie )
48
c. Isu-Isu Semasa Syariah Islam
i. Isu Syariah Islam
• Insuran/ Takaful
Definisi Takaful
• Takaful atau kafala dari segi pengertian bahasa ialah saling jamin menjamin,menjaga
atau memelihara iaitu peserta yang mengambil perlindungan takaful berniat ikhlas
akan saling jamin menjamin dikalangan mereka untuk saling bantu membantu ketika
ditimpa musibah.
• Takaful secara amnya mempunyai persamaan dengan insuran konvensional dimana
kedua-duanya merupakan instrumen untuk membantu golongan yang tidak bernasib
baik kerana ditimpa musibah. Akan tetapi takaful adalah merupakan insuran yang
berteraskan Islam dan diuruskan mengikut hukum-hukum dan syariat Islam.
Ciri-Ciri Takaful
• Adalah berkonsepkan seperti khairat kematian yang ada di masjid-masjid dan kariah-
kariah di kampung-kampung.
• Perbezaannya antara khairat kematian ialah takaful diurus secara profesional oleh
pengurusan yang terlatih dan dikawal oleh Majlis Pengawasan Syariah dan kerajaan.
• Produk-produk Takaful juga mesti mendapat pengiktirafan dari Majlis Penasihat
Syariah Bank Negara yang pakar dalam ilmu al-Quran, Sunnah, ijma', Bahasa Arab,
fiqh perbandingan, ilmu usul fiqh dan menguasai ilmu maqasid Syariah serta ilmu
kewangan semasa.
• Takaful adalah halal, tidak mengandungi unsur-unsur gharar, riba dan judi serta
dikeluarkan zakat pada semua simpanan dan pelaburan.
Perbezaan Antara Takaful Dengan Insurans Konvensional
• Pada 15 jun 1972 Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan dalam persidangan yang ke 5
telah memutuskan iaitu insurans nyawa yang dijalankan oleh syarikat-syarikat insuran
konvensional adalah suatu muamalah yang fasid (rosak dan tidak sah) yang
bercanggah dengan prinsip-prinsip Islam dari segi akadnya kerana mengandungi
unsur-unsur gharar (ketidakpastian), maisir (judi) dan riba.
• Al gharar (ketidakpastian) ialah ketidakpastian dalam transaksi muamalah dimana
terdapat sesuatu yang ingin disembunyikan oleh sebelah pihak dan ianya boleh
menimbulkan rasa ketidakadilan serta penganiayaan kepada pihak yang lain.
• Dari Ali r.a Rasullullah SAW pernah melarang jualbeli orang yang terpaksa, jualbeli
gharar dan penjualan buah sampai ianya dicapai. (hadith riwayat Abu Daud)
• Kontrak insuran mengandungi unsur gharar kerana apabila tidak berlaku tuntutan,
satu pihak (syarikat insuran) akan mendapat semua keuntungan (premium) sementara
satu pihak lagi (peserta) tidak mendapat sebarang keuntungan.
49
• Solat Jamak Dan Qasar
Solat Qasar Dan Jamak
Solat qasar dan jamak merupakan keringan dan kemudahan yang dikurniakan oleh
Allah kepada hamba-hambanya yang bermusafir. Dalil dari Al-Quran yang
menunjukkan keharusan disyariatkan solat qasar seperti firman Allah:
Maksudnya : “Dan apabila kamu bermusafir di muka bumi maka tidak mengapa
kamu mengqasar dari solat kamu”
( Surah al Nisa’ : 101 )
Ibnu Abbas berkata : “Rasulullah SAW menghimpunkan antara sembahyang Zuhur
dan Asar dan juga antara Maghrib dan Isyak ketika musafir”.
( Hadith riwayat al Bukhari )
Hukum Solat Qasar Dan Jamak
Jumhur ulama berpendapat bahawa solat qasar dan jamak bukan satu kewajipan
bahkan ia adalah satu rukhsah (keringan dan kelonggaran) untuk dilaksanakan. Oleh
itu hukumnya harus untuk solat qasar dan jamak atau tidak.
Syarat Perjalanan Yang Membolehkan Solat Qasar Dan Jamak
1. Jarak perjalanan hendaklah melebihi 89 KM.
2. Bukan tujuan maksiat.
3. Ada tempat yang dituju.
Solat Qasar
Solat qasar ialah memendekkan solat empat rakaat seperti Zuhur, Asar dan Isyak
kepada dua rakaat. Adapun solat Subuh dan Maghrib tidak boleh dipendekkan.
Syarat solat qasar:
1. Dilaksanakan ketika musafir.
2. Melepasi sempadan.
3. Tidak berniat untuk tinggal tempat tuju selama empat hari .
4. Tidak menjadi makmum kepada orang yang bermukim.
50
Solat Jamak
Solat jamak ialah menghimpunkan dua solat dalam satu waktu.
Jenis solat jamak:
Solat jamak takdim : menghimpunkan dua solat ke dalam waktu yang terdahulu iaitu
menghimpunkan solat Asar ke dalam waktu Zuhur atau solat Isyak ke dalam waktu
solat Maghrib.
Solat yang boleh dijamakkan : sembahyang Zuhur bersama Asar dan solat Maghrib
dengan Isyak.
Syarat solat jamak takdim :
1. Ditunaikan secara tertib antara keduanya.
2. Berniat Jamak untuk menunaikan solat yang kedua ke dalam waktu yang
pertama sebelum selesai solat pertama.
3. Ditunaikan secara muwalat (berturut-turut)
4. Perjalanan berterusan sehingga dia berada dalam keadaan solat yang kedua.
Solat jamak takhir : menghimpunkan dua solat pada waktu yang terkemudian iaitu
menghimpunkan solat Zuhur ke dalam waktu Asar atau solat Maghrib ke dalam waktu
Isyak.
Syarat solat jamak takhir :
1. Niat melewatkan solat pertama ketika dalam waktunya.
2. Berterusan dalam keadaan musafir sehingga solat selesai didirikan.
Solat jamak ketika hujan.
Hukum : harus bagi solat jamak takdim ketika hujan dan tidak harus bagi jamak
takhir.
Syarat-syarat boleh jamak:
1. Solat didirikan secara berjemaah di masjid yang jauh.
2. Hujan yang turun boleh menyakitkan perjalanan menuju ke masjid.
3. Hujan turun berterusan dari awal solat pertama hingga diberi salam dan ketika
awal solat kedua.
51
RUJUKAN
• Al Quran al Karim
• Tafsir Pimpinan ar-Rahman Kepada Pengertian al-Quran
• Prof. Dr. Haron Din. Manusia dan Islam. (1990). Yeohprinco Sdn. Bhd.
• Prof. Dr Yusuf al-Qaradhawi. Terjemahan Madhahl li Dirasah al-Syariah
al-Islamiah. (1998) Pustaka Ilmi.
• Dr. Yusuf al-Alim. Al-Maqasid al-Ammah li al-Syariah al-Islamiah.
(1994). International Islamic Publishing House.
• Abdul Karim Zaidan. Al-Madkhal li ad-Dirasah al-Syariah al-Islamiah.
• Ahmad Tirmizi Taha, Kertas kerja Isu-Isu Perubatan Menurut Perspektif Hukum.
• Mohamad Sabri Haron, Kertas Kerja Saham: Isu dan Pemasalahannya
dalam konteks Malaysia. UKM.Bangi
• Syahnaz binti Sulaiman, Kertas Kerja Konsep Pinjaman Menurut
Perspektif Islam.
• http://www.e-fatwa.gov.my/
• http://www.islam.gov.my/garis-panduan-bersama-kawalan-ubat-ubat-dalam-islam
• http://www.takaful.
52
2.4 Akhlak Islam
a. Konsep Akhlak
Pengenalan
• Manusia tidak boleh dipisahkan daripada akhlak walaupun sedetik dalam
umurnya untuk meneruskan kehidupan. Segala aktiviti mereka sama ada kecil
atau besar tidak terlepas daripada perkiraan sama ada pahala ataupun dosa.
i. Definisi akhlak
• Dari segi bahasa pengertian akhlak berasal dari
akhlak yang bererti sifat, tabiat,
kata jamak: khalaqa- khalqan
perangai, budi pekerti dan adab.
• Dari segi istilah; akhlak bermaksud kumpulan sifat yang dimiliki oleh seseorang yang
melaluinya akan lahir perbuatan yang baik atau buruk.
• Imam al Ghazali mendefinisikan akhlak adalah sifat yang tertanam dalam jiwa
seseorang. Darinya akan terbentuk perbuatan dengan mudah tanpa memerlukan
pertimbangan fikiran terlebih dahulu.
• Imam Ahmad mengatakan al-khalq adalah kejadian atau bentuk yang nampak,
sedangkan al-khulq adalah perangai, tabiat, adat, maruah dan agama.
• Abu Bakar Jabir al Jazairi mendefinisikan akhlak adalah satu perkara yang bersemi
dalam diri seseorang yang menyebabkan lahirnya tindakan yang timbul dari
kemahuan sendiri sama ada baik atau jahat.
• Akhlak merupakan suatu sifat yang tetap dan sebati di dalam jiwa, di mana dengannya
akan melahirkan perbuatan-perbuatan (sama ada baik ataupun buruk) tanpa perlu
kepada pemikiran dan renungan terlebih dahulu.
• Kesimpulannya, akhlak mempunyai makna yang sinonim dengan tabiat. Apabila
perkataan akhlak dikaitkan dengan kalimah Islam, ia mencakupi segala hubungan
manusia dengan makhluk.
Akhlak Islam merangkumi tiga aspek iaitu:
• Rabbaniyah; akhlak dari Allah, akhlak terhadap Allah dan berakhlak akan
mendapat ganjaran atau sebaliknya.
• Insaniyyah; akhlak terhadap manusia dan mempunyai ciri kemanusiaan
(ihsan).
• Syumuliyyah; akhlak yang lengkap merangkumi semua perkara.
53
• Ciri-ciri Akhlak Islam
Akhlak Islam mempunyai beberapa ciri antaranya ialah:
i. Mutlak dan menyeluruh
Akhlak Islam bersifat mutlak, tidak boleh dipinda atau diubahsuai,
dikenakan kepada seluruh individu tanpa mengira kepentingan, warna
kulit, pangkat, tempat dan masa.
ii. Lengkap dan sempurna
Akhlak Islam merangkumi semua aspek kemanusiaan sama ada rohani,
jasmani dan akal. Ini bersesuaian dengan semua tuntutan naluri manusia
dalam usaha mengawal sifat-sifat tercela untuk kesempurnaan insan tanpa
menyekat hak kebebasan peribadi individu.
iii. Sederhana dan seimbang
Tuntutan akhlak dalam Islam bersifat sederhana, tidak membebankan
sehingga menjadi pasif dan tidak pula membiarkan bebas sehingga
menimbulkan bahaya dan kerosakan seperti sabar dalam keadaan yang
dibenarkan syarak.
iv. Mencakupi suruhan dan larangan
Demi kebaikan manusia, perlaksanaan akhlak Islam meliputi suruhan dan
larangan.Kedua-duanya tidak boleh diabaikan seperti suruhan berbuat baik
kepada jiran tetangga. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
”Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka janganlah
menyakiti jirannya, dan sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari
akhirat, hendaklah berbicara yang baik, (kalau tidak dapat) hendaklah
diam sahaja.”
( Riwayat Imam al Bukhari dan Muslim )
v. Bersih dalam perlaksanaan
Untuk mencapai kebaikan,akhlak Islamiah memerintahkan supaya cara
dan kaedah perlaksanaan sesuatu tingkah laku, perbuatan dan tindakan itu
hendaklah dengan cara yang baik dan saluran yang benar yang telah
ditetapkan oleh nilai akhlak Islamiah. Matlamat dan perlaksanaan mesti
bersih menurut tatacara Islam.
vi. Keseimbangan
Akhlak dalam Islam membawa keseimbangan bagi tuntutan-tuntutan
realiti hidup antara rohani dan jasmani serta aqliah dan antara kehidupan
akhirat sesuai dengan fitrah manusia itu sendiri.
54
• Dalil-dalil Akhlak:
• Terdapat banyak dalil-dalil yang menerangkan tentang akhlak dalam Islam.
i. Firman Allah SWT:
Maksudnya : “Dan bahawa sesungguhnya engkau )Muhammad)
mempunyai akhlak yang sangat-sangat mulia.”
( Surah al Qalam: 4 )
ii. Hadith Nabi SAW:
Maksudnya : “Kebajikan itu ialah akhlak yang baik.”
( Hadith riwayat al Bukhari )
iii. Hadith Nabi SAW:
Maksudnya : “Sesungguhnya orang yang paling baik akhlaknya ialah
orang yang paling baik agamanya.”
( Hadith riwayat al Tirmizi )
iv. Firman Allah SWT:
Maksudnya : “Demi sesungguhnya adalah bagi kamu pada diri Rasulullah
SAW itu contoh ikutan yang baik.”
( Surah al Ahzab: 21 )
ii. Kepentingan Akhlak
• Akhlak yang mulia mesti diamalkan dalam segenap lapangan kehidupan dan
disebarkan secara meluas untuk melahirkan peribadi yang mulia.
• Kedudukan akhlak dalam Islam disamakan dengan agama itu sendiri.
• Terdapat banyak ayat-ayat al Qurandan al-Sunnah yang membincangkan
kepentingan dan kelebihan akhlak antaranya ialah:
i. Akhlak merupakan salah satu rukun agama yang utama dalam akidah dan
syariat. Ini dijelaskan oleh baginda SAW dalam sabdanya:
Maksudnya: “Sesungguhnya aku diutuskan untuk
menyempurnakan kemuliaan akhlak.”
( Hadith riwayat al Bukhari )
ii. Akhlak menunjukkan martabat dan kesempurnaan iman seseorang. Sabda
Rasulullah SAW :
55
Maksudnya : “Seorang mukmin yang paling sempurna imannya
ialah yang paling baik akhlaknya.”
( Hadith riwayat Ahmad, Abu Daud, Hakim dan al Tirmizi )
iii. Akhlak adalah perkara yang paling berat nilai timbangannya di
akhirat kelak. Sabda Rasulullah SAW :
Maksudnya : “Tidak ada sesuatu yang lebih berat di dalam
timbangan (di akhirat) selain daripada akhlak yang baik.”
(Hadith riwayat Ahmad dan Abu Daud)
iv. Tanda orang yang hebat ialah yang baik akhlaknya. Sabda Rasulullah
SAW:
Maksudnya : “Sesungguhnya orang yang terbaik di kalangan kamu
adalah yang terbaik akhlaknya.”
( Hadith riwayat al Bukhari dan Muslim )
v. Akhlak yang baik akan menghapuskan dosa, dan akhlak yang buruk akan
merosakkan amalan yang baik. Sabda Rasulullah SAW yang
bermaksudnya:
“Akhlak yang baik mencairkan dosa seperti air mencairkan salji, dan
akhlak yang buruk akan merosakkan amalan seperti cuka merosakkan
madu.”
( Hadith riwayat Ahmad, Ibn Hibban, Tabrani dan al Baihaqi )
vi. Orang yang berakhlak sangat dicintai oleh Rasulullah SAW seperti dalam
sabdanya yang bermaksud:
“Sesungguhnya orang yang paling aku cintai dan paling dekat tempat
duduknya denganku di akhirat ialah yang paling baik akhlaknya di
kalangan kamu.”
( Hadith riwayat Ahmad, Ibn Hibban, Tabrani dan al Baihaqi )
56
b. Isu-Isu Akhlak Semasa
i. Makanan Halalan Toiyyiba
Prinsip Halal Dan Haram Dalam Pemakanan
• Setiap muslim wajib (fardhu) mencari makanan dan minuman yang halal.
• Islam mengharamkan semua benda yang dapat menghilangkan akal (mabuk) dan
melemahkan urat serta yang membahayakan tubuh badan.
• Imam al-Ghazali rahimahullah berkata bahawasanya;
”Perut pula hendaklah dipelihara dari memakan yang haram dan yang syubhah
(tidak jelas antara yang halal dan haram ). Ini kerana makanan yang kita makan
akan menjadi darah daging. ”
• Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“ Setiap daging yang tumbuh dari makanan yang haram maka neraka adalah lebih
utama untuknya.”
(Hadith riwayat Baihaqi dan al Tirmizi)
Definisi Halal dan Haram :
• Definisi halal: Halal berasal daripada kalimah arab (hillin) yang bermaksud
dibenarkan atau dibolehkan oleh hukum syarak.
• Definisi haram: Haram berasal daripada kalimah arab (haruma / harima) yang
bermaksud tidak dibenarkan atau ditegah oleh hukum syarak
Sumber Makanan Dan Minuman Manusia
• Haiwan di darat dan lautan, bahan semulajadi, bahan kimia dan mikro-organisma
yang dihalalkan oleh syarak.
• Semua jenis tumbuh-tumbuhan dan hasilnya adalah halal dimakan kecuali yang
berbisa, beracun, memabukkan, membahayakan kesihatan manusia serta yang
dihasilkan oleh bioteknologi DNA yang bersumberkan dari bahan yang haram seperti
DNA babi dan seumpamanya.
Ciri-ciri haiwan yang halal
• Haiwan darat halal dimakan kecuali haiwan yang tidak disembelih mengikut hukum
syarak, babi dan anjing.
• Semua jenis haiwan dan tumbuh-tumbuhan yang dihasilkan oleh bioteknologi DNA
adalah halal kecuali yang berasal dari haiwan yang lahir dari salah satu keturunan dari
babi atau anjing.
• Haiwan air ialah haiwan yang boleh hidup secara hakikinya di dalam air sahaja. Ianya
adalah halal dan boleh dimakan kecuali yang beracun, memabukkan dan
membahayakan kesihatan manusia.
57
Ciri-ciri haiwan darat yang haram
• Haiwan yang mempunyai taring atau gading yang digunakan untuk membunuh
iaitu haiwan-haiwan buas seperti harimau, beruang, gajah, badak sumbu, kucing
dan seumpamanya.
• Burung yang mempunyai kuku pencakar, paruh tajam, makan menyambar (burung
pemangsa) seperti burung helang, burung hantu dan seumpamanya.
• Haiwan-haiwan yang disyariatkan oleh Islam untuk dibunuh seperti tikus, kala
jengking, burung gagak, lipan, ular dan seumpamanya.
• Haiwan yang dilarang oleh Islam membunuhnya seperti semut, lebah, burung
belatuk, burung hud-hud dan labah-labah.
• Haiwan yang dipandang jijik (keji) oleh umum seperti kutu, lalat, ulat dan
seumpamanya.
• Haiwan dua alam (hidup di darat dan di air) seperti katak, buaya, penyu, anjing
laut dan seumpamanya.
Dalil Al QuranTentang Makanan Dan Minuman
• Islam menghalalkan makanan yang baik. Firman Allah SWT:
Maksudnya: "Hai manusia! Makanlah dari apa-apa yang ada di bumi ini
yang halal dan baik, dan jangan kamu mengikuti jejak syaitan kerana
sesungguhnya syaitan itu musuh yang terang-terangan bagi kamu."
( Surah al Baqarah: 168 )
• Allah SWT menjadikan bumi yang penuh dengan sumber makanan untuk
keperluan manusia.
• Allah SWT memerintahkan orang-orang beriman supaya makan makanan yang
baik dan menunaikan hak nikmat tersebut iaitu dengan bersyukur kepada Allah
SWT.
• Allah SWT mengharamkan kepada manusia memakan bangkai, darah, daging
babi dan binatang yang disembelih bukan kerana Allah.
Firman Allah SWT yang bermaksud:
"Hai orang-orang yang beriman! Makanlah yang baik-baik dari apa-apa
yang telah Kami berikan kepadamu, serta bersyukurlah kepada Allah kalau
betul-betul kamu berbakti kepadaNya. Allah hanya mengharamkan kepadamu
bangkai, darah, daging babi dan binatang yang disembelih bukan kerana
58
Allah. Maka barangsiapa dalam keadaan terpaksa dengan tidak sengaja dan
tidak melewati batas, maka tidaklah berdosa baginya, kerana sesungguhnya
Allah Maha Pengampun dan Maha Belas-kasih."
( Surah al Baqarah: 172-173 )
Islam Mengharamkan Memakan Bangkai
• Terdapat ayat-ayat lain yang menjelaskan binatang yang diharam memakannya
antaranya binatang yang dicekik, dipukul, jatuh dari atas, ditanduk dan kerana
dimakan binatang buas, semuanya adalah termasuk dalam pengertian bangkai.
• Binatang yang disembelih untuk berhala, adalah sama makna dengan yang disembelih
bukan kerana Allah dan dikira bangkai dan haram dimakan.
Hikmah Larangan Memakan Bangkai
• Perbuatan memakan bangkai dapat menjatuhkan harga diri manusia selaku makhluk
Allah yang terbaik.
• Bagi setiap nyawa haiwan yang direnggut dari jasadnya mestilah disertai dengan
tujuan untuk memakannya. Dalam hal ini,haiwan yang telah menjadi bangkai mati
bukan disertai dengan niat untuk memakannya. Contohnya haiwan yang mati kerana
dilanggar lori.
• Berbeza dengan menyembelih dan berburu, keduanya adalah berdasarkan tujuan dan
usaha. Kemungkinan haiwan itu mati kerana penyakit yang berbahaya, makan
makanan yang beracun dan sebagainya. Hal ini mungkin dapat memudaratkan
kesihatan individu yang memakannya.
• Mewujudkan kasih sayang antara manusia dan haiwan. Dengan pengharaman ini, para
penternak pasti tidak akan membiarkan ternakan mereka sakit dan akhirnya mati.
Mereka pasti akan segera mengubati ternakan mereka dan hal ini akan mewujudkan
kasih sayang antara manusia dan makhluk Allah yang lain.
Hikmah Diharamkan Memakan Darah yang Mengalir
• Ibnu Abbas pernah ditanya tentang limpa (thihal), maka jawab beliau:
“Makanlah! Orang-orang kemudian berkata: Itukan darah. Maka jawab Ibnu
Abbas: Darah yang diharamkan atas kamu hanyalah darah yang mengalir.”
• Hikmah diharamkan memakan darah yang mengalir kerana darah itu sesuatu yang
kotor. Ia juga memudaratkan dan berbahaya sama seperti bangkai
59
Adab-Adab Makan & Minum
• Membersihkan tangan sebelum dan selepas makan
• Membaca basmalah dan doa sebelum makan, dan hamdalah sesudah makan.
• Menggunakan tangan kanan.
• Mengecilkan suapan
• Mengunyah sehingga habis sebelum suapan baru
• Mengambil makanan yang terdekat
• Sunat bercakap ketika makan
• Tidak bercakap ketika makanan berada dalam mulut
• Makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang
• Makan makanan yang halal
• Tidak makan secara berlebihan dan membazir
60
ii. Pergaulan Bebas (Zina)
Definisi Pergaulan
• Bermaksud; percampuran bebas antara wanita dan lelaki ajnabi tanpa ikatan
yang sah mengikut syarak, di satu tempat yang pada kebiasaannya membawa
mereka berpandangan, bercakap dan berinteraksi.
• Pertemuan antara lelaki dan perempuan adalah harus dan dituntut untuk tujuan
kebaikan seperti menuntut ilmu, menjadi saksi di mahkamah, berjual beli, di
medan jihad dan seumpamanya.
Hukum pergaulan antara lelaki dan wanita
• Hukum asalnya adalah haram
• Ia menjadi harus jika terpaksa atau ada keperluan
• Pergaulan tersebut tetap haram jika melampaui batas-batas yang dibenarkan
syariat
Pergaulan yang diharuskan
i.Harus kerana terpaksa (dharurah)
• Iaitu pergaulan yang berlaku kerana terpaksa seperti menyelamat wanita
lemas, diperkosa dan lain-lain.
ii.Harus kerana keperluan seperti;
• pergaulan kerana urusan jual beli yang dibenarkan oleh syarak
• pergaulan kerana melakukan kerja kehakiman
• pergaulan kerana menjadi saksi
• pergaulan kerana amar makruf nahi mungkar
• pergaulan kerana melayan tetamu
• pergaulan kerana memuliakan tetamu dan jika perlu makan bersamanya
• pergaulan dalam kenderaan awam
• pergaulan dalam kerja-kerja jihad
• pergaulan untuk tujuan belajar atau mendengar nasihat
Batas-batas pergaulan yang perlu dipatuhi
i. Kedua belah pihak lelaki dan wanita hendaklah menundukkan pandangan.
• Tidak boleh melihat aurat.
• Tidak boleh memandang dengan syahwat (surah al-Nur ayat 30-31).
ii. Memakai pakaian yang sesuai berdasarkan ketetapan syarak, sebagai contoh
pakaian wanita ialah menutup seluruh badan kecuali muka dan kedua
pergelangan tangan (surah al-Nur ayat 31).
iii. Mematuhi adab-adab sebagai muslim dan muslimah dalam segala urusan
melibatkan lelaki dan wanita.
61
iv. Wanita hendaklah lebih berhati-hati dalam perkataan. Menghindari perkataan
lunak yang merayu dan membangkitkan syahwat, senda gurau dan kata-kata
yang sia-sia.
Firman Allah SWT yang bermaksud:
”Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara
sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi
ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik.”
( Surah al Ahzab: 32)
• cara berjalan dan pergerakan; tidak berlenggang lengguk atau menggoda.
• wangian di luar rumah; menjauhi diri dari bau-bauan yang harum.
• perhiasan; tidak berlebihan dalam perhiasan diri.
v. Bergaul apabila ada keperluan dalam proses pembelajaran, bekerja atau
aktiviti kemasyarakatan tanpa melanggar batas-batas syarak.
vi. Mengelakkan daripada berhimpit dan bersesak-sesak
vii. Tidak berkhalwat atau berdua-duaan tanpa mahram. Hadis daripada Ukbah bin
Amir menyebut bahawa Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud:
“Maka jangan sekali-kali seorang lelaki bersendirian dengan seorang
perempuan yang bukan mahramnya kerana yang ketiga ialah syaitan.”
(Riwayat at Tirmidzi)
Pergaulan yang diharamkan dalam Islam
• Pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan yang melampaui batas dan etika
agama.
• Perhubungan yang merangsang nafsu berahi.
• Melakukan hubungan seks tanpa ikatan pernikahan yang sah.
• Terlibat dengan perkara maksiat dan mungkar seperti dadah, arak dan gejala sosial
yang lain
Akibat pergaulan
• Banyak berlaku kes rogol dan sumbang mahram
• Jenayah zina berleluasa dalam masyarakat
• Berlaku kes pembuangan bayi dimerata tempat
• Bilangan anak tidak sah taraf bertambah dari tahun ke tahun
• Statistik dari Kementerian Dalam Negeri menunjukkan seramai 52,982 anak tidak
sah taraf telah didaftar pada tahun 2010
Hikmah menjaga adab pergaulan
i. Menjauhkan diri daripada perkara-perkara yang mendatangkan mudarat.
ii. Meletakkan martabat manusia sebagai khalifah di muka bumi dan membezakan
manusia dan haiwan.
iii. Membentuk manusia menjadi insan yang beradab dan tinggi tatasusila.
62
RUJUKAN
1. Tafsir Pimpinan al Rahman kepada pengertian al Quran 30 juzuk. Darul Fikir
2. Dr.Haron Din. Islam dan Manusia. Hizbi Sdn.Bhd. Selangor.
3. Nazirmuddin Ahmad,Mohd Taib Ariffin, Marinah Awang, Azita Yunos @ Ahmad
.Pengantar Etika, Edisi Ketiga.
4. Abu Saufi. Keutamaan Amalan dan Akhlak Muslim.
5. Ghzalli Darussalam. Dinamika Ilmu Akhlak Islamiah.
6. Humaidi Tatapangarsa. Pengantar Kuliah Akhlak.
7. Muhammad Abdullah Darraz. Prinsip Akhlak Berdasarkan al-Quran.
8. Zakaria Stapa. Akidah dan Akhlak Dalam Kehidupan Muslim. Utusan Publications
& Distributors Sdn.Bhd.Kuala Lumpur.
9. Imam Ahmad bin Qudamah al Maqdisi. Jalan Mereka Menuju Allah (terjemahan.)
10. Akhmal Hj.Mohd Zain. Asas Pengetahuan Agama Islam. al Hidayah
Publishers.Kuala Lumpur.
11. Muhammad al Ghazali. Akhlak Seorang Muslim(terjemahan).Cresent News.Kuala
Lumpur.
12. As Sayyid Ahmad Al Hasyimi Bik.Moh Abdai Rathomy. Pilihan Hadith Rasulullah
SAW. (terjemahan). TB.Balai Buku.Surabaya.
13.Abu Bakar Jabir al Jazairi. Pedoman Hidup Muslim (Manhaj al
Muslim). Terjemahan.Darul Fajr Publishing House.Singapore.
14. Buku Rujukan Pendidikan Islam Berdasarkan Sukatan Pendidikan Islam Program
Matrikulasi KPM
15. Dr. Yusuf al-Qaradhawi. Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri(terjemahan). Halal dan
Haram Dalam Islam. (2013). Pustaka Cahaya Kasturi.Cetakan Ketiga 2014.
16. Laman sesawang ; http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/alkohol-dalam-
makanan-minuman-pewangi-dan-ubat-ubatan
63
3. TAMADUN ISLAM
3.1 Konsep Tamadun Islam
a) Definisi, Matlamat dan Dasar
• Menurut Kamus Dewan, tamadun diertikan sebagai kebudayaan, kemajuan dan
peradaban. Sesuatu bangsa yang bertamadun, bermakna bangsa yang beradab,
bersopan-santun dan berkemajuan.
• Bahasa: Tamadun berasal daripada kata dasar Bahasa Arab ‘maddana’ yang merujuk
kepada perbuatan membuka bandar dan kota serta perbuatan memperhalusi budi
pekerti.
• Pengertian yang lengkap: Pembangunan perbandaraan dan kehalusan budi pekerti
yang terpuji.
Pengertian Tamadun Islam
• Menurut Ibnu Khaldun (1332-1406 H) Tamadun Islam bermaksud pencapaian
manusia yang sudah melebihi keperluan asasi kehidupan sehingga dapat membuka
jalan ke arah pemikiran dan penghasilan daya cipta yang lebih halus dan mempunyai
nilai seni.
• Syed Qutb (1906- 1966) pula menyatakan tamadun Islam adalah segala bentuk
kemajuan yang dihasilkan oleh sekumpulan masyarakat yang berteraskan sistem
sosial, pemerintahan, ekonomi dan kebudayaan yang berteraskan syariat Allah SWT
serta bercirikan nilai moral Islam (akhlak).
• Syed Naquib al Attas menyatakan tamaduan Islam adalah keadaan kehidupan insan
bermasyarakat yang telah mencapai taraf kehalusan tatasusila dan kebudayaan yang
luhur bagi seluruh masyarakat.
Pengertian Tamadun Menurut Barat
• Dari perspektif Barat, Arnold Toynbee telah mengatakan tamadun ialah satu sistem
masyarakat yang dapat membantu manusia menambah hasil pengeluaran atau
produktiviti dan ia mempunyai empat elemen, iaitu bahan-bahan ekonomi, sistem
politik, pengetahuan dan seni.
• Mengikut Will Deorand dalam bukunya yang berjudul History of Civilization (dalam
M.A J. Beg: 1980) menjelaskan tamadun sebagai satu sistem sosial yang menolong
manusia bagi mempertinggikan kedudukan kebudayaan. Deorand juga menyatakan
tamadun ialah sesuatu kemajuan atau ciptaan baru yang dilahirkan oleh sesuatu umat
untuk menjadikan hidup mereka lebih tenteram dan lebih senang.
• Redfield (M.A J. Beg: 1980) menjelaskan bahawa tamadun ialah satu cara hidup yang
dapat diberikan kriteria tertentu. Redfield telah mengibaratkan tamadun sebagai
beberapa puncak pencapaian sama seperti puncak-puncak gunung di permukaan bumi
ini.
64
Matlamat Tamadun Islam
• Secara umumnya matlamat utama tamadun Islam ialah untuk mengangkat Islam
sebagai al-Din iaitu satu cara hidup yang lengkap kepada manusia. Ia juga akan
memaparkan keadilan sistem pemerintahan Islam yang pernah ditegakkan pada zaman
Nabi Muhammad SAW, Khulafa’ al-Rasyidin dan pada zaman pemerintahan Islam
yang seterusnya.
Ciri-ciri Untuk Mencapai Matlamat Tamadun Islam
Hubungan Manusia dengan Allah
• Tamadun Islam mengatur dan menyempurnakan hubungan manusia dengan
penciptanya iaitu Allah SWT melalui Rukun Iman yang enam, Rukun Islam yang
lima, doa, zikir, taubat, tasbih, jihad, amar makruf, nahi mungkar dan sebagainya. Ia
juga dikenali sebagai ibadat khusus. Ibadat sebenarnya merupakan fungsi utama
manusia sebagai khalifah Allah SWT di atas muka bumi ini. Hal ini diperjelaskan
melalui Firman Allah SWT yang bermaksud:
“Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: “Sesungguhnya aku hendak
menjadikan seorang khalifah di muka bumi”. Mereka berkata: “Mengapa Engkau
hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu makhluk yang akan kerosakkan padanya
dan menumpahkan darah pada hal kami sentiasa berstasbih memuji dan mensucikan
Engkau”. Allah berfirman: “Sesungguhnya aku mengetahui akan hal-hal yang tidak
kamu ketahui”.
( Surah al Baqarah: 30 )
• Beribadat kepada Allah s.w.t merupakan tanda kesyukuran manusia terhadap kurniaan
rahmat dan nikmat Allah SWT yang tidak terhingga dan ternilai banyaknya.
Kehidupan manusia di dunia ialah sementara dan merupakan jambatan untuk menuju
ke akhirat. Kehidupan akhirat lebih kekal dan abadi. Hidup di dunia terhad dalam
jangka masa tertentu yang diberikan oleh Allah SWT kepada manusia untuk
menyediakan bekalan secukupnya untuk kehidupan akhirat yang lebih kekal dan
abadi. Bekalan itu ialah beribadat kepada-Nya.
Hubungan Manusia dengan Manusia
• Tamadun Islam juga bermatlamat untuk mengatur dan menyempurnakan hubungan
manusia dengan manusia yang meliputi pembentukan sahsiah, keluarga, hidup
berjiran, pembentukan masyarakat, pembentukan institusi pemerintahan, hal
pentadbiran, kegiatan ekonomi, pendidikan, kebudayaan dan segala bidang kehidupan
manusia. Ia juga dikenali dengan ibadat umum.
65
• Setiap manusia diberikan penghormatan oleh Allah SWT dalam kadar yang sama.
Menyedari hakikat persamaan taraf ini, adalah menjadi tanggungjawab manusia untuk
bermu’amalah secara yang telah ditentukan oleh Allah SWT kerana antara satu sama
lain adalah khalifah disisi Allah SWT Mereka yang paling mulia di sisi Allah SWT
ialah mereka yang bertakwa kepadaNya. Hal ini dijelaskan oleh Allah SWT:
Maksudnya: “Wahai manusia, Sesungguhnya Kami menciptakan kamu daripada
seorang lelaki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan
bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling
mulia antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa antara kamu.
Sesungguhnya Allah Maha mengetahui lagi Maha mendalam pengetahuanNya”.
( Surah al Hujuraat: 13 )
• Hubungan manusia dengan manusia juga penting bagi menyempurnakan kemuliaan
kejadian manusia itu sendiri. Kesempurnaan hidup masyarakat manusia sebagai
khalifah Allah SWT di atas muka bumi hanya dapat dilaksanakan melalui mu’amalah
secara Islam kerana Islam sentiasa memperjuangkan kesatuan umat manusia.
Hubungan Manusia dengan Alam Sekitar
• Tamadun Islam juga amat menitik beratkan hubungan antara manusia dengan alam
sekitarnya. Di atas muka bumi terdapat pelbagai haiwan yang liar dan jinak yang
boleh diternak bagi dijadikan makanan yang enak dan berkhasiat. Tumbuh-tumbuhan
pula dijadikan oleh Allah SWT untuk membolehkan manusia dapat berteduh di
bawahnya, dijadikan bahan binaan rumah, perabot dan buahnya pula boleh dijadikan
makanan yang lazat.
• Galian-galian yang ada di perut bumi pula dapat digunakan dalam industri berat yang
menghasilkan pelbagai barangan atau peralatan untuk kemudahan manusia seperti
kenderaan, alat binaan rumah, perhiasan dan lain-lain lagi. Hal ini jelaskan oleh Allah
SWT:
Maksudnya: “Dan dialah yang telah menurunkan air hujan dari langit lalu
Kami tumbuhkan dengan air itu segala macam tumbuh-tumbuhan,maka Kami
66
keluarkan daripada tumbuh-tumbuhan itu tanaman-tanaman yang menghijau.
Kami keluarkan daripada tanaman yang menghijau itu butir-butir yang
banyak dan daripada mayang kurma yang mengurai tangkai-tangkai yang
menjurai. (Dan daripada air itu Kami keluarkan pula) kebun-kebun anggur
dan Kami keluarkan pula zaitun dan delima yang serupa dan yang tidak
serupa. Perhatikanlah buah-buahnya pada waktu pohonnya berbuah dan
(perhatikan pulalah) kematangannya.Sesungguhnya pada yang demikian itu
ada tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi orang yang beriman.
( Surah al An’am: 99 )
• Tamadun Islam mewajibkan agar manusia yang mengusahakan sesuatu yang
boleh membawa kepada kesejahteraan kehidupan mereka di atas muka bumi
ini melalui sumber alam yang sedia ada. Dalam masa yang sama mereka
berkewajipan memastikan agar kegiatan itu tidak merosakkan dan
memusnahkan alam sekitarnya serta membunuh kehidupan lain seperti haiwan
dan tumbuh-tumbuhan. Pembangunan yang digalakkan ialah yang mesra alam.
• Sesungguhnya tamadun Islam itu bermatlamatkan penyempurnaan hubungan
manusia dengan Allah SWT, hubungan manusia dengan manusia dan
hubungan manusia dengan alam sekitarnya. Jika matlamat ini tercapai tidak
syak lagi terbinalah tamadun yang aman, sejahtera, makmur, dan bahagia yang
digambarkan oleh al-Quran.
Matlamat Tamadun Barat
• Cendikiawan Barat berpendapat manusia hendaklah bergembira sepenuhnya
dalam kehidupan dunia. Inilah matlamat utama kehidupan manusia, iaitu
keseronokan pancaindera dan memenuhi runtunan hawa nafsu dan syahwat
kehaiwanan. Mereka bergantung sepenuhnya kepada pemikiran akal tanpa
merujuk atau dibantu oleh ajaran ketuhanan.
Dasar Tamadun Islam
• Dasar utama tamadun Islam ialah untuk memelihara dan memulihkan serta
menghormati hak asasi manusia yang telah dianugerahkan Allah SWT kepada
hamba-hambaNya di dunia ini, termasuk lain-lain makhluk ciptaanNya. Dasar
utama tamadun Islam ini ditentukan, didorong dan didukung oleh beberapa
aspek penting iaitu memelihara jiwa atau nyawa atau hak-hak hidup,
memelihara akal fikiran, memelihara kehormatan dan keturunan, memelihara
harta benda dan memelihara hak dan kebebasan.
Hak-Hak Hidup
• Allah SWT Pencipta Yang Maha Berkuasa terhadap sekalian alam telah
mengurniakan kepada setiap makhluk termasuk manusia nikmat kehidupan.
Oleh kerana kehidupan manusia ditentukan oleh Allah SWT, tanpa kebenaran-
Nya tidak ada sesiapa dari kalangan makhluk berhak untuk mencabar hak ini.
Tentang kehidupan ini, Allah SWT telah menegaskannya dalam firmanNya:
67
Maksudnya: “Dan sesungguhnya Kamilah yang menghidupkan dan
mematikan, dan Kamilah yang menjadi waris.”
( Surah Al Hijr: 23 )
• Berdasarkan pernyataan di atas, dapat disimpulkan bahawa setiap perkara
yang berhubung dengan kehidupan dan kawalannya adalah wajib seperti
memelihara kesihatan, melawan penyakit dan melawan wabak untuk
mengawal hidup. Setiap perkara yang boleh memudaratkan atau merosakkan
tubuh badan manusia atau mengancam nyawa kehidupan atau melemahkannya
adalah haram seperti mabuk (meminum minuman keras, menghisap dadah),
memakan benda yang mendatangkan bahaya kepada kesihatan tubuh badan
dan yang membawa kepada lemah anggota untuk melakukan ibadat kepada
Allah SWT.
Memelihara Akal Fikiran
• Dalam konteks ini, Islam sangat mengambil berat tentang pemeliharaan akal
fikiran. Pemeliharaan akal fikiran wajib ke atas manusia kerana membawa
kesempurnaan akal, dan ini menunjukkan kesempurnaan makhluk manusia
daripada makhluk-makhluk lain. Oleh itu, Islam telah menggariskan beberapa
panduan agar akal fikiran manusia berfikiran baik dan terkawal.
• Dalam Islam, diwajibkan ke atas setiap penganutnya supaya menuntut ilmu
pengetahuan sebanyak mungkin tanpa dibatasi oleh had masa, tempat atau
bangsa. Ini ditegaskan oleh sebuah hadith Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Tuntutlah ilmu dari dalam buaian hingga ke liang lahad.”
( Hadith riwayat Muslim )
• Bersesuaian dengan kewajipan menuntut ilmu, tidak terdapat tempat dalam
Islam kepada orang-orang yang jahil, seperti yang ditegaskan dalam hadith
Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Manusia itu ada dua golongan; orang pandai dan pelajar, tidak ada
kebajikan selain daripada kedua-duanya”.
( Hadith riwayat Muslim )
• Mengenai pemeliharaan akal fikiran manusia, dilarang penganutnya untuk
minum dan makan makanan yang dilarang atau memberi kesan negatif. Ini
akan pengaruhi tahap kesedaran seseorang manusia sebagai lambang manusia
untuk bertakwa dan berbakti kepada Allah SWT. Oleh itu, Islam melarang
umatnya meminum minuman yang memabukkan kerana ia boleh
menghilangkan sifat-sifat kemanusiaan serta melahirkan sifat-sifat
kebinatangan.
• Islam menggalakkan pemikiran yang berasaskan takwa dan tauhid kepada
Allah SWT. Manusia hendaklah sentiasa berfikiran terbuka dan lapang serta
68
bersih daripada segala unsur keburukan, kepalsuan, khayalan, keraguan dan
waswas. Fikiran-fikiran negatif ini memungkinkan pelaksanaan tingkah laku
negatif dalam kehidupan manusia yang tidak selaras dengan ajaran Islam.
Sebagaimana yang telah dijelaskan oleh Allah SWT melalui firmanNya:
Maksudnya: “Perumpamaan-perumpamaan itu Kami adakan untuk manusia,
tetapi tidak difahaminya, kecuali orang-orang yang berilmu.”
( Surah al ‘Ankabut: 43 )
Memelihara Kehormatan dan Keturunan
• Allah SWT Pencipta Yang Maha Berkuasa telah mencipta manusia sebaik-
baik makhlukNya di dunia, dan kehormatannya sebagai anak tanpa diambil
kira agama, asal keturunan, bahasa dan keadaannya. Kehormatan bagi setiap
manusia itu menentukan tiap-tiap seseorang mendapat hak yang sama terhadap
kehormatan diri, kedudukan maruah, habuan dan sebagainya.
• Ia menurunkan segala peraturan dan hukum yang menyentuh semua manusia
tanpa pengecualiannya. Manusia sama-sama dihukum dan sama- sama diberi
pengajaran. Allah SWT telah menjelaskan dengan terang fungsi manusia itu
dalam firmanNya:
“Dan sesungguhnya manusia itu tidak akan dapat, melainkan apa yang telah
diusahakannya”
(Surah al Najm: 39).
• Rasulullah SAW juga menerangkan bahawa seluruh umat manusia adalah
berasal daripada satu bapa dan satu ibu. Sabda baginda yang bermaksud:
“Wahai manusia, sesungguhnya Tuhan kamu satu (tunggal) dan kamu
sekalian berasal daripada Adam dan Adam berasal daripada tanah.”
( Hadith riwayat al-Bukhari Muslim )
• Islam menekankan tentang aspek pemeliharaan keturunan. Untuk itu, terdapat
undang-undang dan peraturan-peraturan dalam urusan nikah perkahwinan
dengan lengkap, semata-mata untuk menjamin keturunan manusia yang sejati
dan benar. Segala larangan terhadap perkara-perkara negetif seperti perzinaan,
seks bebas, hubungan di luar tabii (liwat) dan sebagainya adalah untuk
memelihara kehormatan dan kemuliaan keturunan manusia daripada sifat-sifat
kebinatangan.
Memelihara Harta Benda
• Dalam konteks ini, Islam telah menetapkan dan memberikan garis panduan
mengenai hak untuk memiliki harta benda dan kewajipan untuk
69
mempertahankan haknya. Di samping itu, Islam melalui kaedah ilmu faraid
telah menggariskan cara untuk menafkahkan harta tersebut secara halal
mengikul fitrah manusia sendiri.
• Dalam usaha memenuhi kehidupan dari aspek pemilikan harta benda, semua
orang dituntut mencari haluan hidup dan pencarian rezeki kehidupan adalah
terbuka kepada semua orang. Kekayaan di dunia ini tidak ditentukan kepada
sesuatu golongan sahaja, malah tiap-tiap orang hendaklah berusaha menurut
tenaga kemampuan dan kebolehan masing-masing. Allah SWT meluaskan
bidang memiliki harta benda seluas-luasnya kepada makhlukNya di dunia
tanpa sekatan yang di luar tabii manusia. Firman Allah SWT yang bermaksud:
“Allah yang telah memudahkan bagi kamu akan lautan, supaya kamu holeh
berjalan padanya dengan kapal-kapal dengan izin-Nya, dan supaya kamu
boleh mencari daripada kekayaannya, dan supaya kamu berterima kasih, dan
la telah memudahkan kamu apa-apa yang di langit dan apa-apa yang di bumi
semuanya. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat
tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi kaum yang berfikir.”
( Surah al Jaasiyah: 12-13 )
• Apabila seseorang dikurniakan kekayaan melalui titik peluhnya, maka
kekayaan itu tidak harus dilucutkan daripadanya dengan paksa atau dirampas.
Islam mengurniakan pahala yang besar di akhirat kepada pemilik harta untuk
mempertahankan hartanya walaupun ke titisan darah terakhir. Ini jelas dalam
sebuah hadith Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Abdullah bin Omar berkata ; Saya telah mendengar Rasulullah s.a.w
bersabda, “ Siapa yang terbunuh kerana mempertahankan hartanya, maka ia
mati syahid.”
( Hadith riwayat al Bukhari )
• Manakala, sesiapa yang bertujuan untuk melucutkan harta tanpa kebenaran
seperti pencuri, penyamun dan penipu akan dikenakan seksaan yang berat.
Memelihara Hak dan Kebebasan
• Islam telah menetapkan hak dan kebebasan seseorang individu sejak ia
dilahirkan. Kata-kata Saidina Umar al-Khattab berbunyi, “Bagaimanakah
kamu memperhambakan manusia, sedangkan ia diperanakkan dengan bebas.”
Hak dan kebebasan manusia tidak boleh dilucutkan dalam keadaan tertentu,
kecuali ketika seperti mempertahankan diri (kemerdekaan) dan untuk
keselamatan ummah. Kekalahan umat Islam bermakna musuh-musuh telah
melucutkan hak kebebasan manusia.
70
• Oleh yang demikian, setiap orang Islam hendaklah bebas daripada segala
unsur kezaliman yang merupakan kongkongan kebendaan dan nafsu yang
jahat. Sejahat-jahat pengabdian manusia ialah perhambaan kepada hawa nafsu
yang ganas. Allah SWT dengan tegas mengingatkan mereka yang berbuat
demikian melalui firmanNya yang bermaksud:
“Tidakkah engkau fikirkan (bagaimana peliknya) orang yang menjadikan
hawa nafsunya sebagai tuhannya”.
( Surah al Furqaan: 43 )
• Mengenai kebebasan seseorang individu dalam tanah airnya, Islam telah
menjelaskan kedudukan tersebut sebagai waris. Firman Allah SWT yang
bermaksud:
“Dan Kami hendak memberi kurnia kepada orang-orang yang tertindas di
bumi (Mesir) itu dan hendak menjadikan mereka pemimpin dan menjadikan
mereka orang- orang yang mewarisi (bumi)”.
( Surah al Qashash: 5 )
71
• Mengenai kebebasan setiap penduduk untuk memberi pendapat, pandangan
dan kritikan terhadap masyarakat, pentadbiran dan pemerintahnya, Islam telah
membuka ruang ini kepada mereka yang berkemampuan berbuat demikian.
Firman Allah SWT yang bermaksud:
“Mereka yang sekiranya Kami berikan kedudukan yang baik di bumi nescaya
mereka mendirikan sembahyang dan mengeluarkan zakat dan menyuruh
manusia berbuat kebaikan dan melarang mereka daripada melakukan
mungkar”.
( Surah al Hajj: 41 )
• Panduan dan bimbingan ini juga ditujukan kepada pemerintah agar mereka
dapat memenuhi dua aspek penting, iaitu pertama, melaksanakan kebajikan
dan kedua, melarang kemungkaran demi kestabilan masyarakat dan negara,
serta mereka sentiasa mendapat sokongan dari rakyat. Segala kebebasan ini
terikat kepada hak-hak tabi’e manusia dan maslahat umum. Maka itu, Islam
telah meletakkan kebebasan di bawah kepentingan umum.
72
3.2 Konsep Al- Falah
Umumnya, apa jua tindakan manusia pada kesudahannya ia meletakkan satu
matlamat iaitu untuk mencapai kejayaan. Dalam merencana untuk mencapai objektif
tersebut, manusia perlu bertindak mengikut pelan perancangan yang dirangkanya atau
yang telah ditentukan kepadanya. Islam sebagai agama yang syumul telah memandu
manusia untuk mencapai al- Falah yang sebenarnya.
a) Definisi al-Falah dan dalil-dalil
• Dari segi bahasa; Al-Falah diambil daripada kata kerja falaha-yaflahu yang
bererti mengolah, membajak, kejayaan, keuntungan, kesejahteraan dan
kemakmuran.
• Dari segi istilah; bermaksud kejayaan manusia menjalani kehidupan secara lancar
harmoni tanpa digugat sebarang kerosakan atau kesempitan juga membawa
pembangunan kearah kejayaan di dunia dan akhirat.
• Menurut Ahmad Mustafa Al-Maraghi, al-Falah adalah tercapainya tujuan yang
dicita-citakan, berkat ilham yang diberikan Allah pada orang-orang yang bertakwa
untuk menuju jalan keberhasilan.
• Terdapat beberapa istilah kejayaan dalam al Quran; Faiz (Ali Imran;185), al
fauzul ‘Azim (al-Maidah;119), Fauzan ‘Azima (an-Nisak;73), al Faizun (at-
Taubah;20) (al Mukminun;1-5) dan (an-Nur;52). Golongan manusia yang
mendapat nikmat tersebut adalah kelompok manusia yang memperolehi kejayaan
yang hakiki atau diistilahkan sebagai al-falah.
b) Cara-Cara Mendapatkan al-Falah
Al Qurantelah menentukan cara mencapai al-Falah didalam kehidupan melalui
beberapa contoh petikan ayat al Quranantaranya :
• Firman Allah s.w.t dalam surah al ’Asr, ayat 1-3:
Maksudnya:
“Demi Masa. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, Kecuali orang-
orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan
dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.”
73
b. Firman Allah dalam surah Mukminun ayat 1- 11
Maksudnya:
“ Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman, iaitu mereka yang
khusyu’ dalam sembahyangnya, dan mereka yang menjauhkan diri dari
perbuatan dan perkataan yang sia-sia; dan mereka yang berusaha
membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat harta itu); dan mereka
yang menjaga kehormatannya, kecuali kepada isterinya atau hamba
sahayanya, maka sesungguhnya mereka tidaklah tercela, kemudian sesiapa
yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang
yang melampaui batas; dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya, dan
mereka yang tetap memelihara sembahyangnya, mereka itulah orang-orang
yang berhak mewarisi; yang akan mewarisi syurga Firdaus; mereka kekal di
dalamnya” .
Melalui firman Allah s.w.t. tersebut bolehlah dirumuskan beberapa cara untuk
mencapai al-falah, seperti berikut:
• Beriman
Beriman yakni percaya dengan sepenuh hati kepada Allah, para malaikat, kitab-
kitab, para rasul, hari kiamat dan akhir sekali qada’ & qadar. Keimanan kepada
Allah adalah sebagai syarat utama bagi mencapai kejayaan. Setiap usaha dan amal
yang tidak didasari dengan keimanan kepada Allah adalah sia- sia.
• Beramal soleh
Beramal soleh boleh dijelaskan sebagai melakukan kebaikan berpandukan syariat
Islam. Beramal soleh tidak terbatas kepada sembahyang, puasa, zakat dan haji
semata-mata. Bahkan beramal soleh sebenarnya merangkumi pelbagai perkara
dalam kehidupan.
74
• Saling berpesan dengan kebenaran
Saling berpesan dengan kebenaran adalah cara hidup orang yang berjaya. Ibnu
Kathir dalam Tafsir al Quran al ’Azim menjelaskan maksud ‘saling berpesan
dengan kebenaran’ iaitu “Melakukan perkara yang disuruh dan meninggalkan
perkara yang dilarang”.
• Saling berpesan dengan kesabaran
Kesabaran adalah senjata utama dalam menghadapi pelbagai bentuk ujian
kehidupan. Justeru itu saling berpesan dengan kesabaran adalah sifat yang amat
dituntut. Sabar dan tenang di atas segala ujian yang menimpa serta sabar dalam
berdakwah.
• Khusyuk di dalam solat
Solat merupakan perkara pertama sekali yang akan disoal oleh Allah s.w.t. di hari
qiamat kelak. Jadi, orang yang menjaga solatnya dengan baik, khusyuk dan
tawadhu’, maka mereka merupakan orang yang berjaya. Hasil dari solat yang
khusyuk dan sempurna inilah dapat mencegah daripada perbuatan keji dan
mungkar. Sebagaimana firman Allah s.w.t di dalam surah al Ankabut ayat 45 yang
bermaksud:
“Sesungguhnya solat dapat mencegah seseorang itu dari melakukan
perbuatan keji dan mungkar.”
• Menjaga diri daripada terlibat dengan perkara-perkara yang melalaikan
dan tidak berfaedah
Perkara yang melalaikan boleh menjauhkan seseorang daripada mengingati Allah
s.w.t, maka senanglah syaitan dan hawa-nafsu menguasai serta membawa dirinya
ke arah kemaksiatan dan derhaka kepada Allah s.w.t.. Oleh itu mereka yang dapat
menjaga diri mereka daripada terlibat dengan perkara-perkara yang melalaikan,
mereka adalah orang-orang mukmin yang berjaya.
• Mengeluarkan zakat
Zakat berasal dari perkataan bahasa Arab. Ertinya ialah pembersihan. Makna
zakat di sini ialah mengeluarkan sebahagian harta dengan kadar yang ditentukan
oleh syara’. Zakat ini dikeluarkan kepada mereka yang disebut sebagai ‘asnaf
lapan’ di dalam surah At-Taubah. Mereka ialah golongan fakir, miskin, muallaf
dan selainnya. Tujuan Allah s.w.t. mewajibkan zakat kepada kita adalah untuk
menolong mereka yang berhajat serta membersihkan jiwa kita. Jadi apabila
seseorang itu mengeluarkan zakat, maka dia telah membersihkan jiwanya. Orang
yang bersih jiwanya daripada kekotoran dunia adalah orang yang berjaya.
75
• Menjaga kehormatan diri
Menjaga kemaluannya daripada melakukan perkara-perkara yang dilarang oleh
Allah s.w.t. melainkan kepada isteri dan hamba perempuannya. Oleh kerana
perkara ini merupakan satu perkara yang sukar untuk dielakkan maka Rasulullah
s.a.w. menjamin kepada mereka yang dapat menjaga kemaluannya dari
melakukan perkara yang dilarang oleh Allah s.w.t. dengan mendapat lindungan
‘ArasyNya di Padang Mahsyar kelak. Maka mereka yang berjaya menahan
nafsunya dari membuat perkara-perkara yang dilarang oleh Allah s.w.t. adalah
dari golongan orang mu’min yang berjaya.
• Menjaga amanah dan janji yang diberikan kepada mereka
Islam amat menitik berat soal amanah dan janji. Ini adalah kerana mereka yang
mengkhianati serta tidak memelihara amanah dan janjinya dengan baik, mereka
inilah disifatkan oleh Rasulullah s.a.w. sebagai orang munafik sebagaimana
sabdanya yang bermaksud:
“Ada empat perkara, sesiapa yang melakukannya maka ia adalah seorang
munafik tulen. Sesiapa yang melakukan satu daripada empat perkara itu, maka
ia mempunyai salah satu daripada sifat munafik, hingga dia meninggalkannya .
(Empat sifat itu ialah) apabila diberi amanah ia khianat, apabila bercakap ia
berdusta, apabila berjanji ia mungkir dan apabila bertengkar ia mengenepikan
kebenaran. (Menegakkan benang basah ).”
(Riwayat Imam Ahmad)
Kesimpulan.
Daripada perspektif Islam, konsep kejayaan yang ditekankan ialah mendapat
keuntungan, kebahagian, kejayaan bukan sahaja di alam dunia tetapi kejayaan
tersebut berkesinambungan untuk dikongsi di alam akhirat. Meskipun begitu,
kemuncak kepada pencapaian tersebut adalah untuk mendapat keredhaan,
keampunan, rahmat dan perlindungan dari Allah s.w.t.. Golongan manusia yang
mendapat nikmat tersebut adalah kelompok manusia yang memperolehi kejayaan
yang hakiki atau diistilahkan sebagai al-falah.
76
3.3 Tokoh-Tokoh Islam
c. Latar belakang, Personaliti dan Sumbangan
Syeikh Idris al Marbawi
Biodata
• Dr. Syeikh Mohamad Idris bin Abdul Rauf Al-Marbawi dilahirkan di sebuah
kampung bernama Misfallah di Makkah pada 28 Dzulkaedah 1313 Hijrah
bersamaan 10 Mei 1896. Ibu bapa beliau berasal dari Kampung Lubok
Merbau, Kuala Kangsar, Perak Darul Ridzuan. Pada tahun 1323 Hijrah, beliau
pulang ke Malaysia bersama-sama keluarga.
• Beliau telah kembali ke Rahmatullah ketika berusia 93 tahun pada hari
Jumaat, 13 Oktober 1989, jam 8.30 pagi di Hospital Besar Ipoh, Perak.
Jenazah beliau disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Lubok
Merbau, Kuala Kangsar Perak.
Pendidikan
• Beliau meneruskan pengajiannya di Sekolah Melayu Lubok Merbau (kini
dikenali Sekolah Kebangsaan Syeikh Mohd Idris Al-Marbawi). Seterusnya
beliau melanjutkan pengajiannya di beberapa buah sekolah pondok, antaranya
Pondok Wan Mohammad, Bukit Chandan, Kuala Kangsar (kini dikenali
sebagai Madrasah Idrisiah), Pada tahun 1924, beliau menyambung pengajian
di Universiti Al-Azhar, Mesir, dan berjaya memperoleh Ijazah 'Aliyah
(tertinggi). Beliau merupakan anak jati Perak pertama berjaya melanjutkan
pengajiannya di Makkah. Semasa berada di sana, beliau menyusun kamus
Arab-Melayu atau dikenali sebagai Kamus Al-Marbawi yang diterbitkan
dalam tahun 1937 dan telah diulang cetak lebih daripada 24 kali.
Sifat Peribadi
• Beliau adalah seorang tokoh ilmuan yang warak dan amat mementingkan
hubungan kekeluargaan. Orang ramai yang mengenali beliau ternyata amat
menyenangi dan menghormatinya. Keperibadian mulia di samping ketajaman
fikiran walaupun telah berusia 90-an, merupakan aset beliau yang amat
berharga. Penghayatan beliau terhadap ilmu, sifat rendah diri, di samping sifat
dahagakan ilmu yang dimiliki, tidak dapat dinafikan lagi.
• Semasa diminta berucap setelah dianugerahkan Tokoh Ma’al Hijrah, beliau
dengan terus terang menyatakan yang beliau tidak layak berucap di situ kerana
merasakan dirinya masih kekurangan ilmu. Dalam satu kejadian lain pula,
beliau telah dilihat mengambil wudhu’ dengan menggunakan air yang sangat
minimum yang tidak habis segayung air.
Anugerah dan Sumbangan
• Atas sumbangan dan jasa besar dalam keagamaan dan persuratan, Syeikh Idris
dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Persuratan Universiti Kebangsaan
Malaysia (UKM) pada 5 Julai 1980.
77
• Pada 1 Muharram 1408 Hijrah bersamaan 28 Ogos 1987, beliau diisytihar
sebagai Tokoh Ma’al Hijrah Kebangsaan yang pertama.
• Pada 19 April 1988, beliau telah dianugerahkan Pingat Ahli Mahkota Perak
(AMP) oleh Sultan Perak, Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni
Almarhum Yussuf Izzuddin Shah sempena hari keputeraan baginda.
• Sepanjang hampir 60 tahun berada di Timur Tengah, beliau banyak
menjelajah dan menyaksikan pelbagai bentuk kebangkitan Islam selain
daripada menjalankan kerja berdakwah. Ini telah banyak memberi kesedaran
dan pengalaman berguna kepada beliau. Atas dasar ingin melihat lebih ramai
muda mudi memperolehi pendidikan yang sempurna, beliau telah
menggunakan wang ganjaran Tokoh Ma’al Hijrah untuk membolehkan
anaknya menubuhkan sebuah Kolej Pengajian Islam yang dinamakan Kolej
Idris Al-Marbawi Al-Islami di Ipoh, Perak. Tenaga pengajarnya terdiri
daripada anaknya, Mariam dan cucu-cucunya serta beberapa orang tenaga
pengajar luar.
• Di antara hasil karya yang disumbangkan oleh beliau adalah:
➢ Kamus al Marbawi
➢ Kitab Bahrul Mazi
➢ Tafsir Quran Al Marbawi
➢ Tafsir Surah Yasin
➢ Tafsir Nurul Yaqin
➢ Tafsir Fathul Qadir
➢ Kitab Bulughul Maram
➢ Kitab Jami'ul Ulum
➢ Usulul Islam
➢ Nizamul Hayah
➢ Mu'jamul Ka'inat ( 4 Jilid ) dan lain-lain.
78
Dr Yusuf al-Qardhawi
Biodata
• Beliau dilahirkan di desa Shafat al-Turab, Mahallah al-Kubra Negeri
Gharbiah, Mesir pada 9 September 1926 bersamaan 1344H. Nama penuhnya
ialah Yusuf bin Abdullah bin Ali bin Yusuf. Al-Qaradhawi merupakan nama
keluarganya. Nama ini diambil dari sebuah daerah yang bernama al-Qardhah
yang dinasabkan kepada keturunannya.
Pendidikan
• Ketika berusia 5 tahun, Yusuf telah dihantar ke kuttab di kampungnya untuk
menghafaz al Quran. Apabila usianya menjangkau 7 tahun, beliau memasuki
sekolah rendah (Madrasah Ilzamiyyah) yang diuruskan oleh Kementerian
Pendidikan. Di sekolah ini, beliau belajar matematik, sejarah, kesihatan dan
lain-lain.
• Beliau sejak kecil lagi mendapat pendidikan secara formal melalui sekolah
kerajaan di sebelah pagi dan pendidikan agama (al Kuttab) di sebelah petang.
Pada usia 10 tahun, Al-Qardhawi telah berjaya menamatkan hafalan al
Quranberserta hukum tajwid. Beliau telah diminta oleh penduduk kampung
untuk menjadi imam semasa solat harian. Al-Qardhawi mula mengajar agama
di masjid ketika berusia 16 tahun dan mula berkhutbah di mimbar Jumaat
semenjak berusia 17 tahun.
• Dr. Yusuf al-Qardhawi menyambung pelajaran ke Maahad Tanta selama 5
tahun. Semasa di Maahad Tanta, al-Qardhawi tidak hanya membaca buku-
buku berkaitan dengan sukatan pelajaran sahaja malah telah meluaskan
pembacaannya ke bidang- bidang yang lain. Minat al-Qardhawi yang
mendalam terhadap ilmu mendorong al-Qardhawi meminjam buku daripada
perpustakaan Dar al Kutub Tanta atau menyewa daripada perpustakaan al
Azmah.
• Pada tahun 1952/1953 beliau menyelesaikan pengajian beliau di Fakulti
Usuluddin Universiti al Azhar dan menjadi pelajar terbaik fakulti berkenaaan.
Beliau menyambung pengajian beliau di peringkat sarjana dan Diploma
Pendidikan dan berjaya mendapat ijazah pertama. Dr. Yusuf al-Qardhawi telah
melanjutkan kajian Ph.D beliau pada tahun 1973 dalam bidang Fiqh Zakat.
Tesis Ph.D beliau menjadi kebanggaan sarjana Islam termasuk al- Maududi
dan Muhammad Mubarak.
Sifat Peribadi
• al-Qardhawi melibatkan diri dengan Ikhwanul Muslimin di Mesir. Pemikiran
Imam Hassan al-Banna selaku pengasas gerakan Ikhwanul Muslimin banyak
memberi kesan yang mendalam kepada al-Qardhawi.
al-Qardhawi meyifatkan Hassan al-Banna sebagai pendakwah agung yang
mempunyai keperibadian yang sederhana.
79
• Penglibatan al Qardawi dengan Ikhwan telah menyebabkan beliau dipenjara
beberapa kali. Pada tahun 1949 beliau telah dipenjara selama 10 bulan pada
zaman pemerintahan Raja Faruk. Ketika itu beliau baru berusia 23 tahun. Pada
tahun Jan 1954 , beliau sekali lagi ditangkap selama dua setengah bulan. Pada
November 1954 , beliau sekali lagi telah ditahan selama 20 bulan.
Sumbangan Dan Penulisan
Prof Dr. Yusuf al Qardawi memberi sumbangan besar kepada dunia Islam.
Beliau telah menjawat beberapa jawatan penting dalam organisasi ataupun
pentadbiran. Antara jawatan yang disandang ialah:
• Penyelia Hal Ehwal di Kementerian Wakaf dan Jabatan Kebudayaan al Azhar.
• Pengasas dan Dekan Fakulti Shyariah dan Pengajian Islam Universiti Qatar.
• Pengarah, Kolej Agama, Qatar selama 12 tahun bermula tahun 1961.
• Pengarah Bahagian Pengajian Islam, Fakulti Pendidikan Qatar 1973.
• Pengarah Pusat Pengkajian Sunnah dan Sirah , Universiti Qatar, 1991 hingga
kini.
• Pengarah Pusat Pengkajian Sunnah dan Sirah , Universiti Qatar, 1991 hingga
kini.
Prof Dr. Yusuf al-Qardhawitelah menyumbang sumbangan yang amat
bermakna kepada umat Islam melalui bidang penulisan. Antara Karya Dr. Yusuf
Al- Qardawi yang terkenal ialah:
• Al-Halal wa al-Haram fi al-Islam, (Halal dan Haram dalam Islam), al-Maktab
al-Islami, Beirut, 1980.
• Fatawa Mu’asarah, 2 jilid ( Fatwa-Fatwa Semasa), Dar al-Wafa’, Kaherah.,
1993.
• Al-Fatwa bayn al-Indibat wa al-Tasayyub, (Fatwa-fatwa antara Kejituan dan
Pencerobohan), Dar al- Maktabah Wahbah, Kaherah, 1999.
• Fiqh al-Siyam, (Hukum Tentang Puasa), Dar al-Wafa’, Kaherah,1991.
• Fiqh al-Taharah, (Hukunm Tentang Kebersihan), Maktabah Wahbah,
Kaherah, 2002.
• Fiqh al-Ghina’ wa al-Musiqa (Hukum Tentang Nyayian dan Muzik) Maktabah
Wahbah, Kaherah, 2001.
• Fi Fiqh al-Aqaliyyat al-Muslimah, ( Fiqh Minoriti Muslim) Dar l-Shuruq,
Kaherah, 2001.
• Fiqh al-Zakat 2 Juzuk (Fikah Tentang Zakat), Muasassah al-Risalah, Beirut.
• Dur al-Zakat fi alaj al-Musykilat al-Iqtisadiyyah, (Peranan Zakat Dalam
Mengatasi Masalah Ekonomi), Dar al-Shuruq, Kaherah, 2001
80
3.4 Isu Semasa Tamadun Islam
Tamadun Islam merupakan sebuah tamadun yang berbeza dengan tamadun-
tamadun dunia lain. Ilmuan serta cendikiawan Islam seperti Ibnu Sina atau Avicenna,
Ibnu Rusyd atau Averos dan al-Khawarizmi telah menyumbang kepada pembangunan
sains dan teknologi dunia. Malahan pembangunan ilmu dalam dunia Islam telah
diakui sebagai pemangkin kepada Zaman Pembaharuan (Renaissance) di Eropah yang
akhirnya melahirkan satu tamadun yang gemilang di sana.
Ajaran Islam mula masuk ke nusantara di kenal pasti secara rasminya apabila
kesultanan Melayu Melaka menjalankan pemerintahannya selaian sokongan pelbagai
etnik yang tingggal di Melaka. Kemasukan agama Islam ke nusantara telah
menyebabkan ajaran Islam diasimilasikan dalam kehidupan masyarakat Melayu.
Umat Islam perlu membina semula ketamadunan agung kerana ia dapat
mengembalikan 'izzah' atau kuasa serta kemuliaan agama kepada ummah. Untuk
merealisasikan perkara itu, umat Islam perlu melaksanakan beberapa perubahan
seperti yang disebut dalam al-Quran iaitu perubahan dalaman merangkumi hati, roh,
nafsu, akal serta perubahan luaran meliputi akhlak dan tindak tanduk. Islam bukanlah
semata-mata agama yang tersebar, sebaliknya ia adalah agama yang menghimpunkan
akidah, syariah dan manhaj (tujuan) kehidupan.
Islam telah merealisasikan tamadun yang besar dan kemajuan di dalam pelbagai
bidang ilmu dan kajian, kesenian, pensyariatan malah kehidupan.
Golongan ulama dan umara sentiasa bergabung tenaga dalam membentuk
umat Islam yang berilmu dan bersilang kemahiran untuk memimpin ummah ke mercu
kejayaan. Isu terkini tamadun Islam ialah ketidakupayaan negara Islam untuk
mempertahankan ummah, dan itu memberi peluang kepada musuh Islam menindas
dengan mudah. Ini adalah berpunca dari negara Islam yang bertelagah dan
berbunuhan antara sesama sendiri yang berlaku antara Iraq dan Iran, pembunuhan
kejam ke atas rakyat Mesir dan Syria, pengusiran dari tanah air suku Rohingya,
kekejaman ke atas bumi dan rakyat Palestin dan Uighur. Dan atas sebab itu, ummah
kini ditindas, dibunuh, diusir dari negara sendiri, diperkosa malah meninggal dunia
dalam usaha melarikan diri.
Malah apa yang terjadi hingga kini iaitu penjajahan haram ke atas tanahair
dan rakyat Palestin oleh Yahudi Israil laknatullah tiada berkesudahan. Tangisan
dan derita bersambung saban tahun. Pembunuhan dan kezaliman masih terus
berlaku.
Ini berlaku kerana umat Islam tidak boleh melindungi diri sendiri. Kita tiada
ilmu pengetahuan sains yang membolehkan kita membina senjata ini. Negara
Islam tidak mampu menghasilkan senjata berteknologi tinggi dengan keupayaan
sendiri. Dunia Islam pada zaman kini, memerlukan senjata berteknologi tinggi
seperti peluru berpandu, kereta perisai, jet pejuang dan juga kapal perang, sebagai
persiapan untuk melindungi negara sendiri.
Malah dalam isu ini juga negara-negara Arab memandang sepi nasib yang
ditelan rakyat Palestin. Tiada bantuan yang dihulurkan. Malah Malaysia telah
dikenali seantero dunia terus membantu rakyat Palestin dari pelbagai organisasi
bukan kerajaan (NGO). Dunia Islam harus kembali melihat zaman kegemilangan
81
tamadun Islam dan keupayaan pemerintahan ketika itu bagi memastikan maruah
Islam terus tinggi dan mulia.
Dalam isu Rohingya pula pada tahun 1978, dianggarkan seramai 200,000
0rang Rohingya telah melarikan diri ke Bangladesh berikutan operasi Nagamin
(Raja Naga) tentera Myanmar. Kempen ketenteraan ini disasarkan secara terus
kepada orang awam dan mengakibatkan pembunuhan, rogol dan pemusnahan
masjid serta penindasan agama secara besar-besaran.
Malah terus berulang lagi pada tahun 1991 sehingga 1992 yang mana
dianggarkan berjumlah suku juta orang telah melarikan diri ke Bangladesh.
Mereka telah dipaksa bekerja tanpa bayaran oleh tentera Myanmar di projek
infrastruktur dan ekonomi, lazimnya dalam keadaan teruk. Banyak berlaku
pencabulan hak-hak kemanusiaan, penyeksaan, rogol, hukuman mati terus dan
lain-lainnya.
Masih banyak lagi isu-isu yang melanda umat Islam kini yang memerlukan
perhatian umat Islam dan pemimpin dunia Islam. Kita sebagai umat Islam wajib
berusaha dan berjuang meninggikan maruah agama Islam dari terus ditindas dan
dipermainkan oleh golongan kuffar. Justeru ummah perlu memperkasakan diri
dan komuniti dalam pelbagai bidang bagi mendepani cabaran ini.
82
GLOSARI
BIL PERKATAAN MAKSUD
1. Ajnabi Lelaki/perempuan asing.
2.
3. Aksiologi Nilai ilmu.
4. Al Khaliq Pencipta.
5. Amar ma'ruf Menyuruh melakukan kebaikan.
Binatang padang pasir, seakan-akan biawak kecil yang
6. Dhab/ Dab dianggap mempunyai khasiat perubatan, selalunya dikaitkan
7. Deen dengan peningkatan tenaga batin lelaki.
8. Agama Islam.
9.
10. Dhaif Lemah.
11. Dna Acid deoksiribonukleik.
12.
Empirik Dapatan melalui kajian.
13. Fiqhiyah Pengetahuan (ilmu) tentang ibadat dan hukum-hukum syarak
Hierarki dalam agama Islam.
14. Susunan.
Hudud 1. (Jamak bagi had) Batasan atau peraturan.
15. Imunoglobulin 2. Hukum yang telah ditetapkan oleh Allah yang tidak boleh
16. Istinbat
Khairat diubah-ubah oleh manusi, seperti hukum zina, murtad dan
17. minum arak.
18. Kumpulan protein yang berkebolehan bertindak sebagai
antibodi.
19. Amalan mengeluarkan hukum atau keputusan berdasarkan al
20. Quran dan hadith tertentu.
21. Kebajikan, derma, sedekah.
22.
Ma'thur Perkara yang dilakukan oleh nabi atau nas yang terdapat dalam
23. al quran dan al sunnah.
24.
25. Maslahat Kebaikan.
26.
27. Mutawatir 1. Diturunkan daripada seorang kepada seseorang tanpa putus
Nahi mungkar (bukan hadith, berita, riwayat, khabar dan lain-lain).
Qanaah
Qatie' 2. Diriwayatkan oleh sejumlah perawi yang bilangan mereka
ramai dan terjamin mereka tidak mampu melakukan
Qazaf pembohongan mulai awal hingga akhir sanad.
Sukuk
Thabit 3. Diriwayatkan oleh beberapa bilangan orang yang sampai
Thiqah menyampai perkhabaran (al Hadith) itu, dan telah pasti dan
Wasatiyyah yakin mereka tidak bermuafakat berdusta tentangnya.
Zuhud Mencegah kemungkaran
Sikap berpada-pada iaitu berpuas hati dengan apa yang ada.
Tetap dan tidak boleh berubah
Melimparkan tuduhan zina kepada orang yang baik lagi suci
atau menafikan keturunanya.
Sijil kewangan yang diterbitkan berasaskan prinsip Islam.
Tetap
Dipercayai
Kesederhanaan
Soleh hidupnya dan tidak dikuasai oleh kemewahan dan
keseronokan dunia.
83
84