The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

FOLIO8NOVEL4ZON2022
Nama : DAYANG ARIYANI BINTI ARDIM
Kelas : 4 JAZARI
H/R : SIR ANUAR
Nama Guru : EN SHURDI BIN SHUIB

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ariyanidayang, 2022-06-10 08:50:07

FOLIO8NOVEL4ZON2022

FOLIO8NOVEL4ZON2022
Nama : DAYANG ARIYANI BINTI ARDIM
Kelas : 4 JAZARI
H/R : SIR ANUAR
Nama Guru : EN SHURDI BIN SHUIB

➢ SINOPSIS BAB 14
o Lili berjumpa dengan Geetha di rumahnya, dan Geetha menyatakan rasa bosannya kerana

tiada kawan. Lili mempelawa Geetha untuk bermalam di rumah neneknya, Geetha setuju.
Setelah mendapat kebenaran daripada ibu Geetha, mereka bertolak menuju ke perhentian
bas. Lili berharap mereka akan sampai ke rumah neneknya sebelum waktu zohor, tetapi
mereka merancang untuk pergi bersiar-siar di perkampungan pada sebelah petang.
Mereka tertarik dengan keindahan kampung tersebut dengan mendaki bukit, tempat
melihat matahari terbit dan terbenam, suatu keunikan. Geetha bercerita tentang budaya
masyarakat India yang tinggal berjiran dengannya, terdapat pelbagai karenah dan ragam
hidup.

➢ SINOPSIS BAB 15
o Geetha dan Lili menolong nenek masak di dapur sambil bersembang kosong. Geetha

memberitahu nenek bahawa tekanan darah dan kandungan gula dalam badan ibunya
stabil kerana memakan herba dan rebusan akar-akar kayu. Nenek gembira dengan khabar
tersebut. Datuk masih lagi belum pulang ke rumah menyebabkan nenek berasa risau.
Abang Rashid telah pergi mencari datuk dengan menolak basikalnya dalam kegelapan
malam. Keesokan paginya datuk pulang ke rumah dengan dileteri nenek, dan di tepi
dinding terdapat dua buah bakul berisi akar-akar kayu dan daun-daun hutan

➢ SINOPSIS BAB 16
o Datuk bercerita dengan nenek pengalamannya mencari bahan-bahan untuk dijadikan

herba di hutan tanpa kepenatan dan keletihan. Tiba-tiba sahaja Danel muncul dengan
membawa buah-buahan dan makanan lalu diberikan kepada nenek. Datuk menyambut
kedatangan Danel seperti biasa seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku sebelum ini.
Manakala, Geetha dan Lili menyiapkan minuman kepada tetamu yang datang. Mereka
bercerita tentang Danel yang kali pertama bertemu di dalam bas yang sama dinaiki oleh
Lili dan Geetha sewaktu pulang ke kampung. Geetha memohon untuk balik kerana telah
berjanji kepada ibunya bahawa dia hanya dibenarkan bermalam semalam sahaja di rumah
nenek Lili. Sebelum Geetha dihantar pulang, nenek berpesan kepada Lili supaya pergi ke
kedai Ah Kwan untuk membeli barang-barang keperluan dapur. Dalam perjalanan

pulang, Lili terserempak dengan adegan kejar-mengejar beberapa orang pemuda yang
bersenjatakan parang. Lili mungkin kenal pemuda-pemuda tersebut dan mereka pernah
datang ke rumah nenek dulu. Sebaik sahaja tiba di rumah, Lili terkejut apabila melihat
Danel dalam keadaan meniarap sedang diurut oleh Datuk. Sebenarnya menurut kata
nenek, semenjak kebelakangan ini hubungan datuk dengan Danel begitu baik. Danel kini
lebih gemar menulis artikel berkaitan buah-buahan terutamanya pisang.

➢ SINOPSIS BAB 17
o Dalam artikel Danel yang berjudul Segala Tentang Pisang telah menghuraikan secara

panjang lebar berkaitan produk pisang di Tenom, Sabah. Penanaman pisang secara besar-
besaran di Sabah telah berjaya di eksport keluar negeri. Pendapatan lumayan ini juga
dibantu dengan tanaman sampingan lain seperti buah-buahan, getah dan kelapa sawit.
Hasil pertanian ini telah berjaya memberi pulangan tinggi kepada peladang dan hidup
mewah. Mengikut kajian perubatan, pisang bukan sahaja dapat mendatangkan pulangan
yang tinggi, malah boleh menghasilkan tenaga segera kepada tubuh badan di samping
boleh menyembuhkan pelbagai penyakit jika pengambilannya seimbang. Kulit pisang
pula boleh menyembuhkan bintat dan rasa gatal akibat gigitan nyamuk.

➢ SINOPSIS BAB 18
o Isu kubah surau telah dicetuskan oleh Pak Sahak, ketua kampung, Imam Sanusi dan

seorang pemuda. Mereka ke rumah datuk untuk berbincang supaya masalah yang buntu
ini dapat diselesaikan, jika tidak campur tangan Yang Berhormat diperlukan. Tiba-tiba,
Lili yang ternampak julur ranting di jendela mendapati Danel memberi isyarat mengajak
Lili menemaninya ke pekan untuk membeli minyak gamat, setelah mendapat kebenaran
nenek. Mereka ke pekan menaiki bas kerana kereta Danel digunakan oleh abangnya.
Semasa di dalam bas, Danel memberi alasan kenapa dia menulis artikel mengenai pisang.

➢ SINOPSIS BAB 19
o Sebelum pulang, Danel dan Lili singgah di restoran makanan segera untuk makan dua biji

burger, kentang goreng dan minuman berkarbohidrat, ini boleh mengundang penyakit
darah tinggi. Danel juga memberitahu, bahawa nenek Lili memang pandai memasak dan

masakannya sungguh sedap. Dia juga selalu ke rumah nenek membantu nenek masak
tanpa pengetahuan Lili. Menu masakan semuanya menggunakan pisang sebagai bahan
campuran. Mereka singgah di pasar raya untuk membeli beberapa barang keperluan,
seterusnya Lili merancang untuk singgah ke rumah Geetha. Setelah selesai mereka
pulang menaiki bas seperti biasa, sehinggalah sampai menyusuri jalan ke kampung dan
Danel mengekori sahaja Lili dari belakang. Sebaik sahaja sampai ke jalan besar yang
berturap, kelihatan seorang budak lelaki dikejar oleh beberapa orang lelaki dengan suara
yang memekik. Lili mengenali itulah anak-anak Che Jah yang sering menimbulkan
masalah. Tiba-tiba tangan Lili dipulas, Danel tergamam kerana senjata tajam yang
dipegang oleh Rafiq telah diacukan ke leher Lili. Sebaik sedar, Lili telah berada di tempat
penculikan yang dilakukan oleh kedua-dua anak lelaki Che Jah.

➢ SINOPSIS BAB 20
o Lili disembunyikan di sebuah rumah usang berlantaikan buluh. Danel telah datang

menyelamatkan Lili pada waktu kegelapan malam, kerana Danel memang tahu tempat
persembunyian Rafiq dan Haziq. Danel tidak memaklumkan kejadian itu kepada
penduduk-penduduk kampung atas alasan tertentu. Menurut Danel, Haziq satu sekolah
dengannya dan merupakan seorang pelajar pintar. Namun, pergaulan bebas kutu-kutu
rayau menyebabkan dirinya terperangkap dengan jenayah seperti mencuri, hisap dadah
dan pecah rumah. Sehinggakan mereka sanggup melakukan kekerasan dan mengugut
ibunya sendiri, juga orang-orang kampung menyumpah-nyumpah supaya anaknya
ditangkap dan dimasukkan ke dalam penjara. Sebaik-baik sahaja sampai ke rumah, nenek
menyambut kepulangan Lili dengan tangisan kerana bimbang akan keselamatan cucunya.
Sebenarnya nenek tahu tentang kejadian yang menimpa Lili.

➢ SINOPSIS BAB 21
o Lili berasa simpati tentang nasib malang Rafik dan Haziq kerana berpunca dari masalah

keluarga yang dihadapi. Sebaik sahaja berjumpa Danel, Lili terus bertanyakan khabar
berita nasib mereka dua beradik. Ketua kampung pula telah mengarahkan penduduk-
penduduk kampung merobohkan pondok tempat persembunyian mereka. Namun Lili
tetap berasa simpati dengan keadaan hidup malang yang menimpa Che Jah, Rafiq dan

Haziq. Menerusi maklumat yang diperoleh dari neneknya, sudah tentu banyak yang
bersifat negatif dan menyedihkan. Oleh itu, Lili bercadang untuk berjumpa dengan
Geetha untuk mendapatkan maklumat yang lebih telus dan bersifat terbuka. Bagi Lili,
Rafiq dan Haziq adalah manusia biasa yang memerlukan pertolongan dan perhatian
semua pihak, bukan mengutuk dan menghina secara berterusan. Lili memohon kebenaran
untuk ke rumah Geetha, tetapi neneknya tidak membenarkannya atas faktor keselamatan.

➢ SINOPSIS BAB 22
o Abang Rashid memberitahu Lili, bahawa Haziq dan Rafiq telah ditangkap oleh

penduduk-penduduk kampung dan salah seorang daripadanya teruk dibelasah oleh ayah
mereka. Lili bercadang ke rumah Che Jah untuk mengetahui keadaan yang sebenar dan
kemudiannya merancang ke pekan bersama-sama dengan Abang Rashid. Sebaik-baik
sahaja sampai ke rumah Che Jah, Lili disambut dan dipersilakan masuk ke dalam rumah.
Che Jah menjelaskan Haziq teruk dibelasah dengan tali pinggang oleh ayahnya. Menurut
cerita Che Jah lagi, Haziq semasa alam persekolahan dulu merupakan seorang pelajar
yang pandai, tetapi telah dibuang sekolah kerana selalu ponteng dan melawan guru.
Haziq menjadi nakal kerana bergaul bebas dengan budak-budak nakal sehingga
perangainya tidak dapat dilentur. Che Jah memohon maaf kepada Lili tentang apa yang
dilakukan oleh anaknya terhadap Lili, tetapi Lili secara ikhlas telah memaafkannya. Che
Jah memuji-muji kebaikan hati Lili yang sanggup datang menjenguk dan bertanya
khabar. Che Jah mempelawa Lili untuk makan tengah hari di rumahnya, dia tidak
menolak pelawaan itu.

➢ SINOPSIS BAB 23
o Nenek menegur Lili kerana mengambil tahu tentang hal keluarga orang lain. Nenek juga

memberitahu bahawa orang-orang kampung memang suka bermuka-muka. Kadang-
kadang boleh mengumpat hanya melalui jendela sahaja. Lili menghampiri datuk yang
masih belum selesai dengan isu kubah surau dan herba-herba ubatan tradisionalnya.
Seman suami Che Jah merupakan seorang bapa yang sangat garang. Seman bukan sahaja
garang terhadap anak-anaknya, tetapi juga terhadap orang-orang lain yang berurusan
dengannya. Kelakuan buruk Seman ialah suka berjudi, berhutang, menipu, minum arak

dan anak-anak serta isterinya akan menjadi mangsa kekejamannya. Lili melahirkan rasa
tidak puas hatinya terhadap segala tindakan dan perbuatan Seman yang tersalah mendidik
anak-anak dalam membina keluarga Bahagia

➢ SINOPSIS BAB 24
o Menjelang waktu isyak, melalui jendela Lili ternampak sebuah lori membawa kubah di

puncaknya terdapat bulan sabit. Selepas jam sepuluh malam, barulah Lili mendapat berita
dari datuk bahawa kubah surau akan dipasang dalam masa terdekat. Kini isu kubah surau
telah menjadi perbualan hangat dalam kalangan penduduk-penduduk kampung. Abang
Rashid lebih suka sebuah masjid didirikan di kampung tersebut sebagai tanda
pembangunan, begitu juga dengan Lili. Bagi datuk pula tidak kisah, sama ada kubah
surau atau sebuah masjid, yang penting ilmu-ilmu agama ditegakkan.

➢ SINOPSIS BAB 25
o Menjelang pagi, Lili memberitahu nenek untuk berada di luar, sama ada melihat kubah

surau atau bertemu dengan Che Jah. Nenek menasihati Lili agar dalam keadaan sebegini
lebih selamat tidak berjumpa dengan sesiapapun. Mengikut nalurinya, pada hari ini Lili
perlu berkomunikasi dengan seseorang. Danel datang membawa gulai kari pisang ikan
masin yang dimasak sendiri dan menyampaikan suatu pesanan khas ayahnya kepada
datuk. Berita kenaikan harga minyak petrol dan diesel telah menenggelami isu kubah
surau ketika ini. Di mana-mana sahaja semua penduduk akan membincangkan kenaikan
harga bahan api tersebut dan mengeluh tentangnya. Begitu juga kenaikan harga barangan
yang lain termasuk perubatan. Datuk sempat memperli Danel, bahawa kos perubatan
tradisional sahaja yang tidak naik. Lili ke rumah Che Jah menziarahinya dan sempat
melihat keuzuran Haziq yang belum sembuh akibat kesan dibelasah oleh ayahnya. Che
Jah begitu mesra melayan Lili, jangkaan dan gambaran buruk perwatakan Che Jah oleh
nenek, jauh berbeza. Lili memberitahu Che Jah, bahawa dia akan kembali ke Kuala
Lumpur seminggu lagi.

➢ SINOPSIS BAB 26
o Lili berpendapat, dua cadangan yang perlu diketengahkan iaitu perlunya dibina sebuah

masjid dan melaporkan kepada biro pengaduan jenayah yang dilakukan oleh Seman
terhadap ahli-ahli keluarganya. Datuk menasihati Lili agar tidak memikirkan hal-hal yang
berat dan lebih memberi tumpuan menghabiskan masa cuti persekolahan. Danel pula
telah banyak membantu, seperti menyelamatkan nyawa, membawanya ke pekan dan
dalam segala hal juga mereka bersependapat. Lili juga berpandangan bahawa tugas
membangunkan kampung terletak di bawah tanggungjawab Danel sebagai penduduk
tetap dan perlu memperjuangkannya.

➢ SINOPSIS BAB 27
o Nenek bersuara janggal mengatakan sesuatu sambil memanggil Abang Rashid. Abang

Rashid pula tergesa-gesa menyediakan basikalnya untuk membawa nenek ke rumah Che
Jah. Ada sesuatu perkara yang berlaku di sana sehingga menyebabkan nenek bergegas ke
rumah Che Jah. Lili dan Danel juga segera ke rumah Che Jah tetapi masih belum pasti
apa yang berlaku. Sebaik-baik sahaja sampai kedengaran tempikan seorang lelaki,
pastinya Seman sedang berang. Terdapat beberapa orang di dalam rumah Che Jah ketika
itu. Tiba-tiba seorang pemuda jatuh terhumban dari atas rumah, iaitu Haziq dengan
keadaan tubuhnya berdarah. Seman yang naik angin dan dalam keadaan yang tidak
siuman telah menerajang Haziq sehingga menyebabkan mulutnya berdarah. Tiada
seorang pun yang berani meleraikan ketegangan itu, mereka hanya berani melihat tentang
apa yang berlaku. Manakala, Che Jah telah memekik minta cerai kerana tidak sabar lagi
dengan karenah suaminya yang bertindak melulu.

➢ SINOPSIS BAB 28
o Che Jah belum berjaya menuntut cerai daripada suaminya. Suaminya, Seman masih

dengan perangai buruknya, kaki judi, sering pulang lewat malam dan sering memukul
anak-anak dan isterinya. Seorang pesakit baru yang datang berubat dengan datuk kerana
penyakit gout. Datuk meminta Lili mengambilkan sebotol herba untuk pesakit wanita
tersebut dan menerangkan pantang larang tentang sakit tersebut. Pesakit wanita tersebut
bernama Puan Hamimah dalam usia tiga puluhan lebih selesa dengan panggilan Kak

Mimah sanggup bermalam di rumah datuk kerana untuk habiskan berubat. Hasil
perbualan dengan Lili, Kak Mimah bekerja sebagai penolong pegawai, Jabatan Kebajikan
Masyarakat, Bahagian Warga Tua dan Keluarga. Tugasnya berkaitan dengan keganasan
rumah tangga, penganiayaan kanak-kanak dan pengabaian warga tua. Lili telah
mengambil kesempatan dan peluang ini untuk membuat aduan terus kepada Kak Mimah
untuk memanjangkan kes keluarga Che Jah untuk diambil tindakan oleh pihak berkuasa.

➢ SINOPSIS BAB 29
o Kak Mimah bersetuju membantu Lili untuk menyelesaikan masalah keluarga yang

dihadapi oleh Che Jah, yang akan diletakkan di bawah Akta Keganasan Rumah Tangga
1994. Kak Mimah akan balik ke Kuala Lumpur dan akan membuat laporan berkaitan
dengan kes tersebut dan Lili akan menjadi saksi. Danel datang ke rumah ketika datuk dan
nenek tiada di rumah. Lili bersembang dengan Danel hanya di pangkin sambil
membincangkan pembinaan masjid dan merancang untuk mengadakan pertemuan dengan
penduduk-penduduk kampung.

➢ SINOPSIS BAB 30
o Danel mencadangkan pengumuman akan dibuat di surau untuk mengadakan pertemuan

dengan penduduk-penduduk kampung ketika majlis pernikahan anak Pak Busu pada hari
Jumaat nanti. Danel dan Lili bercadang bertemu Geetha untuk memintanya
menyelesaikan masalah keluarga Che Jah. Geetha bersetuju dan ingin bertemu dengan
Che Jah terlebih dahulu. Mereka ke rumah Che Jah setelah mendapat kebenaran ibu
Geetha, tetapi Che Jah tiada di rumah.

➢ SINOPSIS 31
o Danel juga berbangga kerana Geetha sanggup membantu dalam menyelesaikan masalah

pembinaan masjid dan surau kampungnya. Mereka juga berbincang tentang bioteknologi
berkaitan dengan madu lebah, kambing dan pokok vanila mampu memberi pulangan
yang cukup lumayan. Kak Mimah telah menghubungi datuk, selain membincangkan
berkaitan rawatan mereka juga menyentuh isu keganasan rumah tangga Che Jah. Lili
tercengang dengan keputusan datuk untuk mengambil tindakan terhadap suami Che Jah

dan mengheretnya ke penjara. Mereka berbincang cara untuk menangkap suami Che Jah
dan menghukumnya mengikut lunas undang-undang.

➢ SINOPSIS BAB 32
o Berita kubah dilarikan orang menjadi isu hangat ketika ini. Beberapa orang wanita

mengesyaki angkara ini sudah pasti dilakukan oleh anak-anak Che Jah yang telah
terkenal dengan kejahatan lampaunya. Lili menenangkan keadaan dan meminta agar
mereka tidak membuat tuduhan melulu yang tiada kepastiannya. Datuk mengheret Rafiq
dan Haziq ke halaman rumah, penduduk-penduduk akan membelasah mereka dua
beradik. Datuk meminta semua penduduk kampung berkumpul. Mereka lihat Rafiq dan
Haziq dalam keadaan lesu dan badannya lebam-lebam akibat dibelasah. Datuk
mencarikan herba untuk memulihkan mereka tetapi badan mereka langsung tidak
bermaya. Badan Haziq lebam, manakala hidung Rafiq berdarah dan rebah di lantai
rumah. Geetha memberitahu Danel, biarlah datuk yang menyelesaikan masalah masjid
dan surau. Dia hanya ingin membantu menyelesaikan masalah keluarga Che Jah.

➢ SINOPSIS BAB 33
o Kak Mimah dan rakannya Nadia muncul ketika datuk ingin mengadakan pertemuan di

balai raya. Che Jah juga hadir sama tanpa dicari, membuat pengakuan untuk
dipanjangkan kepada pihak berkuasa. Suaminyalah yang telah melarikan kubah surau
kampung, bukannya Rafiq dan Haziq. Tindakan Che Jah biarlah pihak berkuasa
mengambil tindakan wajar supaya suaminya dihantar ke pusat pemulihan akidah.
Menurut Kak Mimah, jika Che Jah membuat laporan polis, tindakan mahkamah boleh
diambil, dan kes ini akan diletakkan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat dan
mendapat bantuan dari Jabatan Perlindungan Wanita dan Masyarakat bagi membiayai kos
rawatan pemulihan akidah suaminya. Suami Che Jah berjaya ditangkap oleh penduduk-
penduduk kampung di belakang pondok dusun. Haziq diberi herba sebagai penawar,
manakala Rafiq dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

➢ SINOPSIS BAB 34
o Sugi tidak mengaku terlibat dengan kemasukan dua orang wakil pemaju perumahan yang

datang memujuk penduduk-penduduk kampung menjualkan tanah mereka. Datuk pula
dituduh cuba melindungi Che Jah yang terlibat melindungi anak-anaknya dari kes culik
cucunya, Lili. Berpuluh-puluh pemuda kampung menunjuk perasaan di halaman rumah,
menuduh datuk terlibat dengan pemaju perumahan. Datuk tidak ambil kisah kerana itu
bukan urusannya. Sugi pula menjelaskan bahawa dia bukan bertujuan untuk
membangunkan kampung dengan projek rumah kos rendah, tetapi ingin memajukan
tanah-tanah penduduk kampung dengan projek agropolitan, penanaman Jatropha
Cuncas dan selama ini semuanya tersalah anggap. Haziq semakin pulih dari keletihan dan
mampu tersenyum, manakala Rafiq disahkan mengambil terlalu banyak dadah jenis
syabu sehingga sistem tubuh badannya banyak yang rosak. Kak Mimah berjanji akan
membantunya sehingga pulih.

➢ SINOPSIS BAB 35
o Ibu pulang ke kampung tanpa ayah yang hanya menaiki bas untuk membawa Lili balik ke

Kuala Lumpur. Cadangan Danel untuk mencadangkan pembinaan sebuah masjid diterima
oleh semua penduduk dan ketua kampung.

➢ SINOPSIS 36
o Matahari terbit dapat disaksikan oleh Lili dan Geetha seawal paginya. Ibu tiba ke

kampung dan akan membawa Lili ke Kuala Lumpur dan sempat untuk menghadiri majlis
perpisahan pengetuanya. Datuknya, Haji Abdul Rahman menceritakan maksud yang
tersembunyi tentang jendela menghadap jalan yang terlalu banyak kisah silam, sejak
zaman penjajahan hinggalah ke zaman komunis yang mereka tidak memasukkan sejarah
jendela menghadap jalan. Neneknya pula, Hajah Aisyah Tan Abdullah menceritakan
kisah zaman silam berasal dari Tanah Besar China sehinggalah pertemuannya dengan
datuk di Tanah Melayu ke hari ini. Lili kerap berjumpa dengan Geetha di Kuala Lumpur
dan meneruskan pelajarannya. Haziq dan Rafiq pula akan menduduki PMR pada tahun
hadapan dan hidupnya telah banyak berubah. Danel berharap Lili akan kembali semula

ke Kampung Sentosa dan berharap Lili telah mengetahui tentang jendela menghadap
jalan, manakala Danel telah banyak menulis artikel tentang pisang.

KEKUATAN NOVEL

Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 iaitu Novel Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Mat
Darin. Terdapat beberapa kelebihan dalam novel ini.

Pada pendapat saya, novel ini banyak menerapkan nilai murni yang dapat dijadikan teladan
dalam kalangan pembaca. Sebagai contoh, nilai kasih sayang yang ditunjukkan oleh Lili yang
sayang akan ibunya dan hanya akur akan suruhan ibunya untuk pulang ke kampung demi
menjaga hati ibunya agar tidak terguris.

Seterusnya, teknik plot yang digunakan dalam novel ini memberi kesan positif bagi
menghasilkan jalan cerita yang lebih menarik bagi membuatkan pembaca lebih menghayati
peristiwa-peristiwa yang terdapat di dalam novel itu. Sebagai contoh, teknik imbas kembali
apabila datuk mengimbas kembali kesilapannya mendidik ibu Lili. Datuk menyesal kerana tidak
memberikan pendidikan agama yang secukupnya yang menyebabkan ibu kurang mengamalkan

ilmu agama.

Selain itu, peristiwa di bab 6, pengarang ada menyatakan tentang konsep halaman rumah

yang digunakan oleh datuknya dan ibunya yang berbeza secara tidak lansung menarik minat
embaca untuk belajar tentang konsep-konsep hiasan rumah justeru menambah ilmu pengetahuan
pembaca

Di samping itu, Novel ini banyak menyatakan nama tumbuhan dan fungsi tumbuhan yang
digunakan oleh ibu dan datuknya untuk menjadi sebahagian perhiasan untuk halaman

rumah dan juga dijadikan sebagai herba kepada ubatan tradisional datuk dapat menarik minat
pembaca untuk melakukan kajian lanjut tentang tumbuhan justeru menambah ilmu pengetahuan
baharu.

Novel ini juga dapat membentuk kesatupaduan pembaca dari segi bangsa dan agama kerana
kerjasama yang ditunjukkan oleh Lili, Geetha dan Danel yang menjadi rakan akrab serta sentiasa
menyokong dan membantu antara satu sama lain untuk menyelesaikan masalah.

KELEMAHAN NOVEL

Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 iaitu Novel Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Mat
Darin. Terdapat beberapa kelemahan dalam novel ini.

Pada pendapat saya, jalan ceritanya yang perlahan serta mempunyai banyak pecahan bab
membuatkan sesetengah pembaca berasa bosan kerana pengakhirannya yang terlalu lambat untuk
dicapai tambahan pula kekurangan elemen-elemen yang mampu membuatkan pembaca lebih
menghayati jalan cerita novel itu.

Selain itu, kekerasan rumah tangga yang ditunjukkan oleh Seman kepada anak-anaknya dan
isterinya dapat menjadi kesan negatif kepada pembaca dan tidak boleh dijadikan sebagai teladan
dalam kehidupan seharian pembaca

Seterusnya, jalan cerita yang terlalu panjang. Sebagai contoh, datuk yang tidak memberitahu
cerita di sebalik kenapa semua jendela rumah di kampung itu menghadap jalan dan akhirnya
memberitahu di penghujung jalan cerita novel ini. Hal ini membuatkan pembaca agak keliru
dengan jalan cerita.

Akhir sekali, plot cerita yang mempunyai terlalu banyak permasalahan dan konflik tanpa ada
penyelesaian segera membuatkan pembaca mengalami kekeliruan kerana jalan cerita seperti
tergantung.

PENAMBAHBAIKAN NOVEL

Pada pendapat saya, penambahbaikan yang diperlukan di dalam novel ini bagi meningkatkan
lagi daya tarik pembaca terhadap novel ini ialah pengarang mestilah mengurangkan bilangan bab
atau meringkaskan sedikit jalan cerita agar plot cerita tidak kelihatan terlalu panjang dan
membosankan pihak pembaca.

Selain itu, pengarang perlulah mengurangkan peristiwa permasalahan bagi mengelakkan
pembaca untuk mengalami kekeliruan semasa menghayati jalan cerita novel dan
mempercepatkan jalan penyelesaian untuk setiap masalah yang watak hadapi untuk mengelakkan
pembaca menunggu dengan terlalu lama.

Seterusnya, pengarang perlulah mengurangkan sikap-sikap negatif dalam jalan cerita agar
pembaca tidak mudah terpengaruh dengan hal-hal negatif dan mengetepikan nilai-nilai murni.

Akhir sekali, pengarang perlulah memastikan jalan cerita dipenuhi dengan teknik plot untuk
menjadikan jalan penceritaan lebih menarik dan unik serta menarik perhatian pembaca untuk
membaca.

PENGENALAN NOVEL

(JILID 4)

4. NOVEL PANTAI KASIH KARYA AZMAH NORDIN
➢ CERITA RINGKAS
o Novel ini mengisahkan tentang menghadapi cabaran dan rintangan dalam hidupnya untuk
melupakan peristia hitam yang sering menghantuinya. Sebagai contoh, Raiha yang tabah
akan menghadapi kematian anaknya yang mengalami down sindrom serta mendapat
tentangan daripada suaminya sewaktu Raiha ingin melahirkan anaknya dan membesarkan
anaknya sendiri. Peristiwa anaknya yang meninggal kerana rentung sewaktu kebakaran
kereta mewah Raiha yang dicetuskan oleh Doktor Sadiz kerana kecewa bahawa Raiha
melebihkan anaknya berbanding dia. Selain itu, Raiha yang tabah menghadapi
kemusnahan rumah tangganya apabila bekas suaminya menang kes dan membiarkan dia
hidup tergantung. Kemudian, Ketabahan Raiha dalam mencapai cita-cita walaupun
ditentang oleh ayahnya kerana ayahnya beranggapan bahawa pakar bedah itu lebih
sesuai untuk mental dan fizikal seorang lelaki.

➢ BIOGRAFI PENGARANG

o Azmah binti Nordin, 57, berasal dari Kedah, tetapi menetap di Sabah sejak berusia 15
tahun. Mula aktif dalam penulisan ketika berusia 27 tahun. Novel pertama beliau 'Si
Bidul' diterbitkan oleh DBP. Sejak itu, beliau telah menulis 50 buah novel. Azmah
menerima pelbagai anugerah penulisan sastera perdana, novel berunsur Islam dan SEA
Write Award. Novel 'Timulak Kapal Perang' terbitan tahun 1988 pernah terpilih sebagai
teks komsas menengah rendah. Novel 'Pantai Kasih' ini terbitan tahun 1994.

➢ GAMBARAN NOVEL

SINOPSIS NOVEL

➢ SINOPSIS KESELURUHAN NOVEL
o Novel ini menceritakan, Raiha seorang doktor muda yang terpaksa melalui pelbagai

bentuk cabaran sebelum berjaya menjadi doktor pakar bedah. Selepas menghadapi
kegagalan dalam perkahwinannya, dia akhirnya menerima pelawaan mentornya, Doktor
Uwang agar menyertainya di pusat rawatan mewah yang dikenali sebagai Pusat Rawatan
Pantai Kasih. Di sepanjang bertugas di pusat rawatan tersebut, fikiran Raiha sering
terganggu tentang komplikasi pesakit namun mereka masih mampu untuk bertungkus
lumus menabung wang bagi mendapatkan rawatan operasi daripada para pakar perubatan
di pusat rawatan itu. Anehnya, yang kaya raya tidak ramai pula yang menghadapi
komplikasi yang serupa. Kian terganggu Raiha, apabila melihat X-Ray milik salah
seorang daripada pesakit. Dari mata kasar, memang tiada yang aneh-aneh berlaku.
Namun nalurinya memberitahu ada sesuatu yang tidak kena pada X-Ray itu. Ini
membuatkan Raiha tambah tertekan. Di samping itu, Raiha juga sering diganggu
gambaran bekas suaminya yang perlahan-lahan mengingatkan dia pada kisah silamnya
yang amat mengerikan dan menyayat hati. Bagaimanapun, oleh semangatnya yang kuat,
dia teruskan juga perjuangan dalam bidang perubatan. Apabila dia cuba meluahkan
perasaan tentang masalah itu kepada Doktor Uwang, ternyata mentornya itu agak tidak
senang. Padahal sebelum itu, Doktor Uwang adalah guru demonstrator dalam bidang
anatominya dan mengajarnya tentang unsur-unsur surgeri ataupun pembedahan. Ketika
itu, dia menjadi siswi tahun pertama dalam spesifikasi ortopedik, di institusi tinggi
tempatan dahulu. Selang beberapa tahun kemudian, apabila dia memulakan klinikal
yearnya di sebuah hospital kerajaan, pernah beberapa kali membantu Doktor Uwang
dalam bilik pembedahan, selain kerap mengiringi lelaki itu ke ceramah-ceramah
perubatan dan sebagainya. Malah, hatinya perrnah tersangkut pada doktor kacak itu,
biarpun lelaki itu mungkin tidak menyedari pun akan kewujudannya. Biar apa pun, ketika
itu, selain daripada sebagai mentor, Doktor. Uwang adalah doktor nombor satu di
hatinya. Tetapi, apabila bekerja di pusat rawatan mewah milik Doktor. Uwang dan
ditugaskan untuk mengambil alih tugas membedah salah seorang pesakit yang

menghadapi komplikasi berulang-kali, pandangannya terhadap doktor itu mula berubah.
Pelbagai tanda tanya, menyelubunginya. Dan peristiwa aneh-aneh berlaku, sehinggalah
Doktor Uwang mengalami kemalangan di jalan yang berhampiran dengan pusat rawatan
itu. Biar apa pun perasaannya, sebagai seorang doktor yang profesional, Raiha tentang
menjalankan operasi ke atas Doktor Uwang dengan menggunakan peralatan yang dibeli
khas oleh doktor itu sendiri. Peralatan yang digunakan untuk pesakit-pesakit yang
berpendapatan sederhana.

➢ SINOPSIS BAB 1
o Raiha, seorang doktor pakar yang baharu menyertai Pusat Rawatan Pantai Kasih (PRPK)

menghadapai masa sukar apabila sentiasa terkenang peristiwa silam yang mengiringi
perjalanan hidupnya. Raiha amat terkesan dengan tugasan yang diberikan oleh Doktor
Uwang untuk membuat pembedahan kali keenam ke atas pesakit yang bernama Unong
Siron. Raiha berasa curiga tentang pembedahan yang sama dilakukan sebanyak lima kali
ke atas pesakit pada tempat pembedahan yang sama. Walaupun selesai menjalankan
tugasan dengan jayanya, namun Raiha berpendapat bahawa pembedahan tersebut tidak
harus berulang kali terutama kepada pesakit daripada kalangan golongan menengah dan
ke bawah. Prinsip hidup Raiha iaitu memuaskan semua pihak. Raiha juga dibayangi
dengan kenangan silam iaitu rasa pendam cintanya terhadap Doktor Uwang tetapi telah
terpadam selepas dia memilih Doktor Sadiz sebagai suami. Namun, kenangan itu sukar
dilupakan terutama sewaktu 9 dia memberikan bantuan kepada Doktor Uwang dalam
pembentangan seminar. Raiha juga teringat akan ayahnya yang membentak apabila Raiha
menyuarakan hasrat untuk berkahwin dengan Doktor Sadiz. Ayahnya yang berjaya
membesarkan dua orang adik lelaki tirinya menjadi golongan professional berpendapat
bahawa pemilihan Doktor Sadiz sebagai suaminya adalah kurang tepat dan akan
menyebabkan kesengsaraan pada masa depan. Ingatan terhadap larangan ayahnya supaya
bidang pakar pembedahan tidak menjadi pilihan kerana berpendapat bidang tersebut tidak
sesuai dan tidak berfaedah kepadanya dalam jangka masa panjang. Sister Felicia Landosi,
jururawat kanan yang banyak pengalaman begitu tidak menyenangi Raiha apabila dia
telah ditegur akibat melakukan sesuatu yang kurang menyenangkan di PRPK. Sister
Felicia ditawarkan dengan gaji yang lumayan supaya bertugas di PRPK setelah bertugas

di hospital kerajaan sebelum ini. Felicia berpendapat teguran Raiha dan amaran Doktor
Uwang terhadap dirinya tidak adil. Dia berhasrat untuk melupakan peristiwa hitam pada
malam yang menggemparkan itu. Doktor Alex pula mengesyaki bahawa beliau bergaduh
dengan Doktor Razak. Ingatannya juga kembali kepada kenangan lalu sewaktu anak
Raiha disambar api di hadapan matanya. Ingatan itu sukar dilupakan dan menghantuinya
selama ini. Dia juga sentiasa dibayangi keresahan khuatir tingkah lakunya diperhatikan
terutama di ruang farmasi. Dalam keadaan rakan sejawat yang sedang leka melaksanakan
tugas Felicia dibayangi dengan prasangka. Sehingga jururawat Ariana yang sedang
bercakap di gagang telefon dengan Doktor Razak turut diteguri kerana asyik bergayut di
telefon sahaja. Atas permintaanya sendiri dia tidak bertugas pada sebelah pagi sebaliknya
pada sebelah malam dan tugas rutin harian tidak perlu dilaksanakannya memberi peluang
kepadanya untuk mengelakkan diri daripada bertembung dengan Rahia.

➢ SINOPSIS BAB 2
o Doktor Uwang perpendirian tegas terhadap prinsip hidup, amat tidak bersetuju sekiranya

ada orang gaji di rumahnya. Malahan, anak tunggal hasil keterlanjurannya dahulupun
dihantar belajar di sekolah swasta berasrama seawal usia tujuh tahun lagi sehingga
anaknya itu kekok untuk bersama-samanya apabila ada peluang pulang bercuti
semesternya. Doktor Uwang berpendapat anaknya itu tidak harus pulang 10 langsung
kerana memalukannya sahaja. Ketegasan Doktor Uwang terhadap perniagaan kesihatan
menjadikannya sebagai salah seorang doktor berwibawa yang banyak membawa
keuntungan kepada PRPK. Ayah mentuanya yang menyerahkan PRPK kepadanya turut
berpendapat bahawa untuk kaya tidak harus ada halangan asalkan berusaha. Walaupun
agak kesal menyerahkan PRPK kepada Doktor Uwang, namun akur dengan kehebatan
menantunya menerajui PRPK. Doktor Uwang menganggap ayah mentuanya sama seperti
Raiha yang adakalanya seperti memperkecil-kecilkannya kewibawaannya tetapi dia
berpendapat bahawa untuk mendapat kesihatan yang baik mestilah menggunakan
kecanggihan alat perubatan. Doktor Uwang juga sering mengeluh kesakitan pada
pergelangan tangannya dan kepala lututnya namun belum sempat membuat diagnosis
tepat terhadap penyakitnya itu. Oleh sebab, dia kurang sihat untuk melakukan
pembedahan terhadap Unong Siron pada kali ini, tugas itu diserahkan kepada Raiha.

Raiha mempersoalkan kejadian infeksi yang berlaku kepada Unong Siron. Peribadi Raiha
yang dikenali sewaktu menjadi siswi dengan yang ada sekarang amat berbeza. Dahulu
Raiha menaruh hati terhadapnya tetapi sekarang sudah lenyap dan menganggap Raiha
sudah angkuh dan beranggapan Raiha tidak bersyukur dengan tawaran berkhidmat di
PRPK miliknya. Doktor Uwang juga teringat kembali terhadap kanak-kanak perempuan
yang sudah meninggal dunia dan sentiasa membayang hidupnya. Lamunannya tersentak
apabila ingatanya juga turut dibayangi oleh peristiwa pencerobohan doktor palsu yang
menyamar di PRPK miliknya.

➢ SINOPSIS BAB 3
o Sister Felicia menjalankan rutin hariannya seperti biasa walaupun dia sangat mamai

ketika itu. Dia menemui pesakitnya di bilik VVIP yang digambarkan seperti hotel
bertaraf lima bintang. Dia mengambil suhu dan mengukur nadi pesakit yang bergelar
Datin itu dengan berhati-hati serta bersopan santun. Baginya merawat pesakit berkelas
menengah atas ini perlukan kesabaran dan layanan yang tinggi. Pesakit itu perasan akan
perubahan diri Sister Felicia yang kelihatan pucat lalu ditegurnya tetapi dia mengatakan
bahawa keadaannya seperti biasa sahaja, barangkali cuaca musim kemarau panjang ini
menyebabkan keadaannya begitu. Dia terbayang kembali 11 peristiwa ketika dia bersama
Doktor Sadiz yang berkesudahan dengan gambaran kematian anak perempuannya yang
rentung akibat disambar api yang sedang marak membakar kereta mewah doktor itu.
Selepas meneladeni pesakit yang bergelar Datin itu, Felicia kemudiannya ke dapur dan
menikmati ais krim milik Raiha sambil teringat kembali zaman dia menjadi pelajar
bidang kejururawatan dahulu. Walaupun dia mempelajari bidang perubatan tetapi dia
masih tidak berupaya mengubati dirinya yang kelukaan. Malah dia mengambil ubat batuk
sebagai penawar kelukaan hatinya. Felicia juga sering mendengar keluhan ibu Unong
Sairon yang mengeluh tentang pembedahan anaknya yang keenam sama ada Berjaya
ataupun tidak kerana kemampuannya hanya setakat itu sahaja disebabkan semua wang
insurans anaknya sudah dihabiskan untuk belanja perubatan tersebut. Raiha masih
teringat akan peristiwa hitamnya. Pelbagai pertanyaan menyerpa benaknya tentang punca
kematian anaknya juga tentang keputusan perbicaraan Raiha vs Sadiz yang akhirnya
berpihak kepada bekas suaminya itu. Raiha juga teringat akan Doktor Sadiz yang

menyalahkan dirinya atas kematian anak perempuan mereka. Raiha pula memberitahu
bahawa semuanya berpunca daripada Doktor Sadiz menyebabkan sanak saudara yang
selama ini menyokongnya semakin berundur dari hidupnya. Raiha juga teringat akan
layanan kasar Felicia terhadap ibu pesakitnya Unong Siron, masyarakat kelas menengah
bawah. Sergahan Raiha terhadap Felicia menyebabkan Felicia kecil hati dan berasa
amarah dengan tindakan Raiha walaupun sebenarnya tindakannya mengasari ibu pesakit
adalah salah. Raiha berasa bersalah akan tindakannya menegur sikap Felicia. Dia teringat
kisah lama antaranya dengan Felicia. Mereka bersekolah di sekolah yang sama, tetapi
Felicia menghilang selepas kematian ibunya. Mereka bertemu di Hospital Kinabalu
selepas sekian lama menghilang. Pada ketika itu Felicia seorang jururawat manakala
Raiha sudah menjadi doktor. Raiha masih teringat akan serkahan Doktor Sadiz
terhadapnya. Doktor Sadiz menyatakan bahawa Raiha sengaja melarikan kereta
mewahnya. Bukan itu sahaja Doktor Sadiz juga meyatakan bahawa barang kemas yang
dibelikannya juga turut dibawa lari oleh Raiha. Namun Raiha cuba menyangkal dengan
mengatakan bahawa 12 barang kemas yang dibawa adalah barang kemas miliknya hasil
titik peuhnya sendiri. Doktor Sadiz menyatakan bahawa sampai mati sekalipun dia tidak
akan melepaskan Raiha. Doktor Sadiz mahu Raiha merana, gantung tidak bertali sebagai
balasan tergamak memalukannya di mata golongan masyarakat elit.

➢ SINOPSIS BAB 4
o Raiha tiba di rumahnya di sebuah apartment di tingkat enam miliknya yang terletak tidak

jauh dari Pusat Rawatan Pantai Kasih. Di sepanjang jalan Raiha teringat akan peristiwa
hitam misteri kematian anaknya dan kekalahan kes tersebut di tangan bekas suaminya.
Setibanya dia di apartmentnya itu, dia berasa sangat sunyi dan teringat pula kisah
neneknya yang membesarkannya selama ini. Arwah neneknya yang berketurunan Idaan
menyatakan bahawa nenek moyangnya dahulu berasal dari Nunuk Ragang. Daerah itu
terletak di Tampias suatu kawasan di hulu lubuk dalam daerah Ranau. Raiha juga teringat
akan Doktor Sadiz yang melayani dengan baik sebelum peristiwa hitam muncul. Dia juga
teringat akan permintaan Doktor Sadiz supaya menggugurkan bayi yang sedang
dikandungnnya itu kerana kehadiranya bayi tersebut tidak direstui apatah lagi sudah
diketahui fizikal bayi tersebut yang kelebihan kromosom akan menyebabkan dia malu

dengan masyarakat. Anak-anak dengan bekas isterinya tidak ada yang cacat. Raiha tidak
tergamak hendak membunuh bayi tersebut apatah lagi bayi tersebut sah hukum dan
mempunyai hak untuk hidup. Akhirnya bayi tersebut lahir dan diberi nama Rohayu atau
panggilannya ‘Ayu’. Kegelisahan Datu Untong terhadap panggilan palsu dan
pencerobohan di Pusat Rawatan Pantai Kasih miliknya sebelum diserahkan kepada
anaknya Doktor Uwang amat jelas. Dia berharap selepas daripada insiden tersebut
perkara sebegitu tidak berulang. Kegelisahan turut dirasai oleh isteri Doktor Uwang,
namun tidak diendahkan oleh Doktor Uwang akan rungutan dan kegusaran isterinya itu.
Doktor Uwang berpendapat isterinya yang sah dan yang tidak rasmi serta bapanya juga
tidak harus ambil peduli tentang pencerobohan di Pusat Rawatan Pantai Kasih. Baginya,
mereka tidak tahu akan perniagaan kesihatan kini. 13 Doktor Uwang juga teringat akan
persoalan yang diajukan oleh emak Unong Siron yang mempersoalkan kewibawaannya
menangani kes pembedahan penggantian tulang pinggul hingga keenam kalinya itu.
Namun, dia sudah menetapkan pendiriannya bahawa dia akan berbuat apa-apa sahaja
untuk memberikan hasil baik berpihak kepadanya. Asalkan keuntungan berlipat kali
ganda masuk ke ke poketnya sudah memadai, tidak perlu memikirkan bagaimana mereka
mendapatkan wang membayar kos perubatan di situ. ‘Doktor Uwang mengelamun sambil
menonton rancangan ‘Money Matters’ di televisyen. Lamunannya hingga ke peristiwa
anak pak ciknya rentung dan disaksikan di hadapan matanya sendiri. Felicia memasuki
bilik farmasi lagi. Tiba-tiba muncul seorang pesakit lelaki yag pernah mendapatkan
rawatan di Pusat Rawatan Pantai Kasih itu. Dengan garangnya pesakit itu
membincangkan tentang infeksi yang terjadi kepadanya. Felicia bingkas ingin memanggil
Doktor Mohammad namun dihalang oleh pesakit tersebut. Lalu Felicia mencadangkan
Doktor Uwang. Cadangannya itu tidak dipersetujui oleh pesakit tersebut sebaliknya dia
mahukan Doktor Raiha. Feilcia memberitahu bahawa Doktor Raiha tiada dan tidak
dipercayai oleh pesakit itu sebaliknya menganggap Felicia berbohong dan sengapa mahu
menipu. Felicia juga dituduh sengaja menceritakan yang baik-baik tanpa memberitahu
risiko yang terpaksa dihadapi oleh pesakit. Felicia cuba menjelaskan hal yang sebenar
kepada pesakit itu tetapi pesakit itu digambarkan melemparkan simen dan splinnya ke
arahnya menyebabkan Felicia terjelopok, namun itu, merupakan hayalan Felicia semata-

mata. Apabila Felicia mengangkat muka suasana menjadi berubah apabila didapati dia
berada di stor Pusat Rawatan Pantai Kasih.

➢ SINOPSIS BAB 5
o Doktor Uwang melarikan diri daripada diganggu bayangan anak perempuan pak ciknya

yang mati secara sadis dengan mengunjungi kelab malam serba eksklusif. Walaupun dia
mencari ketenangan namun tidak ditemui di kelab malam mewah itu, kerana asyik
diperhatikan oleh seorang wanita sejak dia tiba di situ. Tiba-tiba wajah 14 Raiha muncul
dalam fikiran Doktor Uwang, begitu juga dengan Unong Siron yang baharu selesai
menjalani pembedahan penggantian sendi pinggul yang keenam. Dia tidak mahu
bayangan mereka menggangu hasratnya untuk mengaut keuntungan di Pusat Rawatan
Pantai Kasih itu. Doktor Uwang yang menghabiskan masa menikmati kehangatan kelab
malam sememangnya seorang yang pemilih. Kupu-kupu malam yang menjadi isteri-isteri
tidak rasminya haruslah dipastikan akan kebersihan dan kesihatan mereka terlebih
dahulu. Doktor Uwang melihat gelagat pengunjung kelab malam mewah itu. Tiba-tiba
wanitawanita yang dilihatnya dalam kelab malam itu berubah menjadi gadis mirim
Unong Siron dan seorang lagi berubah menjadi anak perempuan pak ciknya. Kehadiran
mereka dalam fikirannya amat tidak disenangi. Tiba-tiba kepala lutut dan kedua-dua
pergelangan tangannya ngilu yang amat sangat. Felicia berasa kurang senang dengan
Raiha yang cuba menganggu kredibilitinya selama ini. Hal ini seolah-oleh menyebabkan
dia mengunjungi bilik farmasi untuk mencari kelegaan. Felicia juga berasa terkejut
apabila Doktor Mohammad menyatakan bahawa dia mendapat panggilan palsu. Sister
Felicia mencadangkan supaya Doktor Mohammad pulang sahaja dan berehat di rumah
sebaliknya ditolak malah Doktor Mohammad bercadang untuk bermalam di bilik rehat
Pusat Rawatan Pantai Kasih sahaja pada malam itu. Dalam keadaan separa khayal dan
didatangi dengan beberapa peristiwa hitam dalam hidunya, Sister Felicia didapati
terjelepok di lantai bilik air oleh Ariana namun Sister Felicia menafikan bahawa dia
tergelincir di situ.

➢ SINOPSIS BAB 6
o Doktor Uwang teringat kisah kereta Porsche milik Doktor Sadiz yang terbakar. Kisahnya

bermula apabila ayah, Doktor Uwang iaitu Doktor Ontong meminta Doktor Uwang
menghantar pak usunya Doktor Sadiz pulang selepas sama-sama meraikan tahun baru di
rumahnya. Dalam perjalanan sewaktu hendak menghantar Felecia dan Doktor Sadiz
pulang, Doktor Sadiz mendapati pindu kondo tempat tinggalnya terbuka dan terdedah
luas. Doktor Sadiz juga berasa aneh kerana kereta Porsche yang diletakkan di garaj juga
tidak ada di tempatnya. Doktor Sadiz bergegas keluar dari 15 kereta itu bingkas menuju
ke kondminiumnya. Tidak sampai lima minit kemudian, Doktor Sadiz muncul lagi
dengan wajah muncung dan merungut-rungut. Doktor Sadiz marah kerana Raiha
membawa lari keretanya dan mengapa tidak menggunakan keretanya sendiri sekalipun
minyak keretanya habis diisi. Doktor Uwang menawarkan diri untuk membantu pak
ciknya itu. Doktor Sadiz meminta Doktor Uwang menghantarnya ke lokasi tempat tinggal
Raiha. Sister Felicia yang ada dalam kenderaan Doktor Uwang bercadang untuk pulang
sendiri tetapi dihalang oleh Doktor Uwang yang akan menghantarnya pulang selepas
selesai membantu Doktor Sadiz. Doktor Uwang juga menyatakan hasrat untuk
menaikkan pangkat Sister Felicia kerana didapati Felicia komited dengan tugasnya
selama ini. Mereka memerhatikan saat Doktor Sadiz muncul dengan gelen minyak yang
kosong. Lamunan Doktor Uwang tersentak apabila ada panggilan kecemasan dari Pusat
Rawatan Pantai Kasih. Isterinya menyatakan bahawa Doktor Raiha ingin
membincangkan hal pesakit Unong Siro dan panggilan tersebut amat penting. Di ruang
tamu apartment tempat tinggal Raiha, dia dikejar perasaan takut dan tidak tenteram.
Raiha teringat bagaimana dia mempersoalkan kewibawaan Doktor Uwang sehingga
terpaksa menjalankan pembedahan kali kelima terhadap pesakit yang sama di tempat
yang sama membuatkan Doktor Uwang marah dan tersinggung. Raiha juga berasa resah
apabila Pusat Rawatan Pantai Kasih diceroboh serta peristiwa hitam yang sering datang
dalam ingatannya. Raiha juga terbayang saat dia memarahi Sister Felicia yang melayan
kasar emak Unong Siron. Felicia yang memanggil emak Unong sebagai ‘sapi tua’
menjelaskan perkara sebenarnya yang berlaku antaranya dengan emak Unong ketika itu.
Felicia menganggap ‘sapi tua’ itu keterlaluan dan menuduhnya tidak jujur membuat
cadangan pembedahan di Pusat Rawatan Pantai Kasih. Raiha berpendapat bahawa walau

apa juga yang dinyatakan oleh Felicia, dia tidak sepatutnya melayan emak Unong Siron
dengan kasar begitu. Bagi Raiha yang penting adalah kebajikan para pesakit dan ahli
keluarga yang turut terlibat dalam perawatan itu. Mengasari orang yang memang sedia
menderita sakit pada badan dan mental, adalah kejam dan meminta Felicia supaya tidak
mengulanginya lagi. 16 Deringan telefon menyentak lamunan Raiha. Panggilan telefon
itu memintanya datang segera ke Pusat Rawatan Pantai Kasih. Dia tidak terus bingkas ke
sana sebaliknya wajah arwah ayahnya menerjah dalam ingatannya. Arwah ayahnya
memang tidak merestui hasratnya untuk menjadi pakar bedah. Walaupun arwah bapanya
seorang pakar bedah tetapi dia berpendapat tugas sebegitu tidak sesuai digalas oleh
Raiha. Hati Raiha geram dengan telahan bapanya itu lalu dia bingkas bangun dan
tergopoh gapah melangkah keluar dari apartmentnya menuju ke Pusat Rawatan Pantai
Kasih.

➢ SINOPSIS BAB 7
o Felicia Landosi, Sister Kanan kepercayaan Doktor Uwang di Pusat Rawatan Pantai Kasih

begitu tertekan dengan situasi di tempat kerja apatah lagi Doktor Usman sudah mulai
mempertikaikan kewibawaannya setelah mendapati bahawa dia telah melakukan
kesalahan besar. Doktor Uwang sering mempersoalkan tentang lafaz yang pernah dibuat
oleh Felicia ketika mengikuti Kursus Kejururawatan. Felicia juga tertekan dengan
serkahan ‘sapi tua’ iaitu ibu Unong Siron tentang musibah anaknya berpunca daripada
Felicia sendiri. Felicia berasa bahawa dirinya diperendahkan hingga setaraf dengan jiran
tetangga sewaktu dia masih dalam alam kanak-kanak hingga alam remaja menyebabkan
dia sungguh malu. Kepahitan hidupnya menyebabkan dia berjinak-jinak dengan ubat
batuk supaya dia dapat melupakan kisah silamnya. Felicia juga jengkel dengan sikap
Raiha yang dahulunya adalah merupakan rakan karib sekelas yang berjaya
menangkapnya ketika melakukan kesalahan. Dia juga begitu tertekan dengan peristiwa
hitam yang mencemarkan sejarah hidupnya. Dia sering teringat akan masyarakat jirannya
yang mengatakan bahawa dia merupakan golongan masyarakat kelas menengah bawah
begitu juga tentang kelahirannya yang tiada diketahui bapa kandungnya. Kenangan hitam
itu menghantui dirinya kerana ibunya yang dianggap liar itu menjadikan dia sebagai
mangsa ejekkan rakan-rakan sekolah. Keadaannya semakin parah apabila mula

berhalusinasi akibat kesan ubat batuknya itu. Tiba-tiba dia didatangi oleh seorang lelaki
kacak yang siap berpakaian 17 seperti seorang doktor. Keadaan mamai menyebabkan
Felicia tidak dapat melihat dengan jelas doktor muda itu, Doktor Muda itu bersimpati
dengan keadaan Felicia dan kerana sikap prihatinnya itulah Felicia sanggup percaya
dengan doktor muda itu. Raiha yang dalam perjalanan ke Pusat Rawatan Pantai Kasih
selepas mendapat panggilan kecemasan tadi mengambil keputusan untuk tidak lagi
mempersoalkan kewibawaan Doktor Uwang sehingga mencetuskan ketegangan
antaranya dan Doktor Uwang. Setibanya di Pusat Rawatan itu Raiha bergegas ke wad
yang dihuni oleh Unong Siron. Doktor Alex Ng menegurnya dengan mesra dan bertanya
sebab dia kembali semula sedangkan waktu bertugasnya sudah tamat. Raiha menyatakan
bahawa dia menerima panggilan kecemasan tentang Unong Siron. Doktor Alex Ng
menjelaskan bahawa mereka tidak membuat panggilan kecemasan tersebut. Raiha
teringat bahawa yang membuat panggilan tadi ialah Doktor Uwang sedangkan menurut
Doktor Alex, Doktor Uwang sudah pulang siang tadi. Mungkin ini adalah panggilan
palsu. Alex turut menjelaskan bahawa doktor-doktor lain turut juga menerima panggilan
palsu seperti itu. Terlanjur sudah berada di Pusat Rawatan Pantai Kasih, Raiha ingin
menjenguk Unong Siron yang baharu sahaja dibedah senja tadi. Dalam benak fikirannya,
Raiha berharap Unong akan berjaya pada kali ini.

➢ SINOPSIS BAB 8
o Raiha masih dihimpit dengan kenangan silam. Kenangan pedih bersama Doktor Sadiz

dan kehilangan anak perempuan kesayangannya itu sering menghantuinya tanpa henti.
Lamunannya terhenti apabila dia disapa oleh ibu Unong Siron yang inginkan kepastian
keadaan anaknya selepas menjalani pembedahan kali ke-6 infeksi ke atas tulang pinggul.
Dia berjanji supaya tidak berulang lagi pembedahan yang menyebabkan ibu tua itu
menghadapi kesukaran terutama apabila semua wang simpanannya habis. Dia juga
berjanji tidak akan ada derita lagi pada Unong yang terpaksa menghabiskan masa lama di
hospital. Setelah memastikan bahawa semuanya berada dalam keadaan normal, Dia amat
bersimpati dengan anak gadis kecil itu sehinggakan ingatannya teradap anak gadisnya
yang rentung datang kembali. Apatah lagi ingatan terhadap sikap Doktor Sadiz yang
memintanya menghantar ayu agar dipelihara oleh orang lain. 18 Lamunannya tersentak

apabila Ariana Abdullah menyatakan bahawa Sister Felicia Landosi ditahan oleh
penceroboh yang menyamar sebagai doktor dahulu, di bilik bedah. Keadaan menjadi
huru-hara dengan kejadian ini. Ibu Unong Siron menawarkan diri untuk menenangkan
penceroboh kerana dia kenal penceroboh yang tinggal bersebelahan dengan kampungnya.
Ibu Unong Siron meminta penceroboh yang menyamar sebagai doktor itu membantu
menyelamatkan anaknya yang parah. Hati penceroboh itu tersentuh dan membuka pintu
kecemasan. Pengawal keselamatan meluru masuk ke dalam bilik tersebut tetapi dihalangi
oleh Raiha yang menyatakan bahawa Unong Siron begitu parah dan dibawa ke hospital
lain untuk mendapatkan rawatan dan meminta penceroboh itu ke hospital tersebut.
Peristiwa itu pun berakhir. Ibu Unong Siron menceritakan sebenarnya penceroboh itu
adalah bekas penuntut bidang perubatan sebuah universiti tempatan yang gagal dalam
peperiksaan akhir semester.

➢ SINOPSIS BAB 9
o Sewaktu Doktor Uwang membelok masuk ke kawasan Pusat Rawatan Pantai Kasih, dia

ternampak bayangan wajah anak saudaranya yang sudah meninggal dunia akibat rentung
di dalam kereta mewah yang terbakar. Dia teringat waktu Doktor Mohammad dan Doktor
Alex Ng memintanya bertugas walaupun sebenarnya dia ingin berehat di rumahnya
daripada kengiluan pada kedua-dua belah pergelangan tangan dan kepala lututnya.
Doktor Uwang juga terimbas kembali tentang infeksi yang berulang kembali walaupun
pembedahan kali keenam dilakukan ke atas Unong Siron dan menganggap sekiranya
menjadi akut sekalipun bukanlah salahnya. Dia juga terbayang semua wajah pesakitnya
yang pernah dibedah seolah-olah mahu berinteraksi dengannya. Kemudian disusuli
dengan wajah seorang kanak-kanak perempuan yang seluruh badannya melecur.
Kesemua wajah-wajah ini mengganggu hidupnya belakangan ini. Doktor Uwang juga
teringat saat dia menghantar Dotor Sadiz dan Felicia Landosi pulang selepas menghadiri
majlis sempena menyambut ketibaan tahun baru. Doktor Sadiz yang marah apabila
mendapati Raiha membawa pulang kereta Porsche 19 bersama-sama anak perempuannya.
Dia juga teringat ketika membawa Doktor Sadiz untuk membeli minyak petrol dan
berhenti di sebuah rumah tumpangan pada tengah malam dan teringat saat kereta Porsche
itu dijilat api tidak lama kemudian sehingga menyambar kanak-kanak perempuan yang

secara kebetulan berada di situ. Doktor Uwang juga terbayang wajah perempuan tua yang
memohon simpati sebagaimana wajah-wajah waris pesakit golongan kelas menengah
bawah yang lain. Perempuan tua itu bertanya tentang kesan sekiranya komplikasi masih
berlaku walaupun anaknya sudah dibedah sebanyak enam kali. Doktor Uwang masih
mengatakan bahawa urusan wang bukanlah urusannya. Kemarahan perempuan tua itu
menyebabkan Doktor Uwang tercabar apabila dicop sebagai doktor mata duitan. Doktor
Uwang tersentak apabila ingatannya kembali kepada penceroboh yang masuk dan
menyamar sebagai doktor di Pusat Rawatan Pantai Kasih yang sepatutnya sesuai
menangani kes anak peremuan tua itu. Raiha teringat sikap Doktor Sadiz yang tidak akan
memaafkannya walaupun sampai dia meninggal dunia. Doktor Sadiz akan membiarkan
hidup Raiha tergantunggantung. Raiha turut melihat sikap Doktor Sadiz yang keluar
melangkah dari mahkamah keluarga dengan senyum sinis. Dia juga masih ingat dengan
tidak dijangka-jangka kereta Doktor Sadiz yang memecut laju dan sedang mengekori lori
minyak petrol merempuh belakang lori yang berhenti secara tiba-tiba di persimpangan
lampu trafik. Doktor Uwang telah merempuh tembok Pusat Rawatan Pantai Kasih akibat
seluruh tubuhnya tidak dapat berfungsi dengan baik apabila tangannya berasa kebas dan
lututnya kejang. Dia dikeluarkan dari kenderaan mewah yang dipandunya dengan
bantuan pekerja-pekerja pusat rawatan tersebut dan Raihalah yang mengambil alih
menyelamatkan nyawanya dan melakukan pembedahan apabila didapati kecederaan teruk
di bahagian pergelengan tangan dan lutut kaki yang hancur dan memerlukan penggantian
sendi pada anggota tersebut. Akhirnya Felicia Landosi memohon maaf adaripada Raiha
atas penglibatan dirinya menjadi budak suruhan membeli minyak petrol oleh Doktor
Sadiz yang akhirnya 20 berjaya menjejaki Raiha dan menjadi saksi apabila Doktor Sadiz
melepas geram dengan membakar kereta itu sendiri. Dia sendiri terkejut apabila secara
tiba-tiba anak Raiha muncul di situ dan langsung disambar api dan dia turut menyatakan
bahawa sewaktu di mahkamah dia tidak tampil sebagai saksi kerana takut. Raiha
akhirnya tersedar bahawa mereka adalah mangsa keadaan.

KEKUATAN NOVEL

Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 iaitu Novel Pantai Kasih karya Azmah Nordin. Terdapat
bebrapa kelebihan dalam novel ini.

Pada pendapat saya, novel ini banayk menerapkan nilai-nilai murni yang dapat dijadikan
sebagai teladan dan panduan dalam kehidupan seharian pembaca. Sebagai contoh, nilai
keberanian yang ditunjukkan oleh Raiha yang berani mempertahankan bahawa kesalahan atas
kematian anak perempuannya adalah disebabkan oleh Roktor Sadiz. Sikapnya itu tidak disenangi
oleh Doktor Sadiz sehinggakan kes mereka itu berlarutan dan menjejaskan nama baiknya sendiri.
Sikapnya itu juga tidak disenangi oleh keluarganya sendiri kerana mempertahankan benang yang
basah. Apatah lagi Sister Felicia tidak muncul untuk menjadi saksi di mahkamah sehingga Raiha
kalah dalam kes tersebut.

Selain itu, penggunaan teknik plot dalam jalan cerita novel ini amatlah bagus kerana teknik
plot amat membantu dalam memastikan jalan cerita sesebuah novel tampak menarik untuk
pembaca. Sebagai contoh, salah satu teknik yang digunakan ialah teknik dialog antara Raiha dan
Sister Felicia ketika Raiha memanggilnya ke pejabat bagi memberikan penjelasan tentang sika
kasar Felicia terhadap ibu Unong Siron. Felicia menjelaskan bahawa ‘sapi tua’ panggilan
terhadap Ibu Unong telah menuduhnya tidak jujur kerana mencadangkan pembedahan terhadap
anaknya di Pusat Rawatan Pantai Kasih. Walaupun dia mendapat lima peratus daripada jumlah
kos yang dibayar tetapi Raiha berpendapat dia tidak harus bersikap kasar terhadap keluarga
pesakit

Seterusnya, penulis juga banyak menggunakan istilah-istilah sains dan secara tidak lansung
menarik minat pembaca untuk tahu akan maksud perkataan-perkataan tersebut justeru
menambahkan lagi ilmu pengetahuan baharu dari masa ke masa. Sebagai contoh,. Penulis
menggunakan ilmu bantu bagi memberikan gambaran yang jelas tentang bidang perubatan.
Antaranya X-Ray, Clinical year, surgery, annesthetic, Super VIP, diagnostic, roentgen, CT-
Scanning, ultra sonotopografi (SUG), mamografi, angiografi, hemodialisis.

Di samping itu, pendirian Raiha dan ketabahannya menempuh dugaan dan akhirnya mencapai
kejayaan selepas segala peristiwa pahit yang telah melanda dirinya amatlah digalakkan untuk
pembaca mengambil iktibar dan dijadikan sebagai panduan dalam kehidupan.

Akhir sekali, iktibar yang bole pembaca ambil daripada jalan cerita novel ini ialah masyarakat
mestilah sentiasa prihatin terhadap orang lain. Sebagai contoh, Kesukaran yang dihadapi oleh
golongan pertengahan terutama melunaskan bayaran pembiayaan perubatan haruslah diberikan
perhatian. Bukan semua orang mampu untuk membayar sejumlah wang apatah lagi telah
dijanjikan untuk menerima rawatan yang terbaik. Ibu Unong Siron berusaha dan tidak lokek
untuk membelanjakan wang insurans anaknya demi melihat anaknya kembali lincah dan sihat
seperti anak orang lain.

KELEMAHAN NOVEL

Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 iaitu Novel Pantai Kasih karya Asmah Nordin. Terdapat
beberapa kelemahan dalam novel ini.

Pada pendapat saya, perwatakan Dr Sadiz, bekas suami kepada Raiha yang amat kejam
hingga sanggup membakar kereta mewah Raiha hanya kerana kecewa akan Raiha yang lebih
menumpukan perhatiannya kepada anaknya yang mengalami penyakit Down Sydrome
hinggakan anak mereka telah terbunuh di dalam insiden tersebut kerana disambar api sehingga
rentung. Hal ini tidak boleh dijadikan teladan dan pedoman kepada pembaca.

Selain itu, sikap lebih mementingkan keuntungan syarikat digambarkan melalui watak Doktor
Uwang yang tidak menghiraukan kesusahan pesakitnya Unong asalkan berkemampuan
mendapatkan rawatan. Doktor Uwang juga sanggup menghantar anak perempuan tunggalnya
duduk di sekolah berasrama seawal usia 7 tahun semata-mata untuk tidak mengganggu rutin dan
statusnya. Apatah lagi anak itu adalah hasil keterlanjurannya sedangkan dia memang tidak
menginginkan anak apabila berumah tangga. Peristiwa ini tidak boleh dijadikan sebagai teladan
dalam kalangan pembaca.

Seterusnya, kekurangan teknik plot membuatkan jalan penceritaan kurang menarik dan
membuatkan pembaca hilang minat untuk membaca kerana cerita yang kurang unsur
keseronokan.

Akhir sekali, kekurangan gaya bahasa membuatkan jalan penceritaan kurang menarik
perhatian pembaca dan jalan certa yang tampak bosan kerana tiada unsur tambahan yang
membuatkan cerita lebih meriah.

PENAMBAHBAIKAN NOVEL

Pada pendapat saya, penambahbaikan novel yang diperlukan untuk memastikan novel tampak
menarik untuk dibaca ialah pengarang perlu mengurangkan sikap-sikap negatif yang terdapat
dalam novel ini agar pembaca terutamnya kanak-kanak tidak mudah terpengaruh dengan
kelakuan semasa peristiwa tersebut.

Selain itu, pengarang perlu memberi amaran kepada pembaca bahawa novel ini mempunyai
aksi ganas dalam jalan penceritaan agar pembaca tidak mudah terpengaruh dan langkah awal
dalam menjauhkan novel daripada kanak-kanak dapat dilaksanakan.

Seterusnya, pengarang perlu menambah sedikit lsgi gaya bahasa ke dalam jalan penceritaan
novel bertujuan memastikan novel tampak lebih meriah dan menarik minat pembaca untuk
membaca.

Akhir sekali, pengarang mestilah meningkatkan lagi penggunaan teknik plot ke dalam jalan
cerita agar cerita tidak kaku dan mempunyai jalan cerita yang amat menarik untuk dibaca dan
bukannya hanya ayat penyata.

PENGENALAN NOVEL
(JILID 5)

5. NOVEL SONGKET BERBENANG EMAS KARYA KHAIRUDDIN AYIP
➢ CERITA RINGKAS
o Novel ini berkisarkan tentang Dahlia, pelajar cerdik yang merupakan anak sulung dalam
sebuah keluarga yang kurang senang dan beberapa cabaran yang perlu ditempuh sebelum
mencapai kejayaan. Sebagai contoh, masalah emahnya, Saleha yang menghadapi tekanan
perasaan dan dimasukkan ke Hospital untuk proses pemulihan telah memaksa dirinya
untuk menguruskan segala perihal rumah dan adik-adiknya.
➢ BIOGRAFI PENGARANG

o Khairuddin bin Ayip lahir pada 25 Februari, 1962 di Karnpung Jelotong, Parit Raja, Batu
Pahat, Johor. Beliau merupakan anak keenam daripada sembilan adik beradik. Ayahnya
pekerja JPT sementara ibunya seorang penoreh getah. Pada tahun 1969, beliau mendapat
pendidikan awal di SK Pintas Raya dan pada tahun 1975, beliau meneruskan
persekolahan di SM Tun Ismail sehingga lulus SPM. Pada tahun 1980, Khairuddin
melanjutkan pelajaran ke tingkatan enam di SM Dato' Bentara Luar. Setelah lulus STP,

pada tahun 1982 hingga 1984 beliau mengikuti kursus dalam bidang Pendidikan Sekolah
Menengah, Pendidikan Seni dan Pengajian Melayu di Maktab Perguruan Temenggung
Ibrahim, Johor Bahru. Mulai tahun 1985, Khairuddin bertugas sebagai guru di SRK Sri
Petaling, Petaling Jaya. Setelah sepuluh tahun di sekolah tersebut, beliau bertugas di SR
Seksyen 18, Shah Alam sebagai Penyelia Petang. Bermula Disember 1995, bertugas
sebagai Guru Penolong Kanan I di SK Seksyen 20, Shah Alam. Mulai bulan Julai 1996,
beliau melanjutkan pelajaran dalam bidang Pengkhususan Bahasa dan Linguistik Melayu,
Fakulti Bahasa Moden dm Komunikasi, Universiti Putra Malaysia. Setelah tamat, pada
tahun 1999 beliau bertugas di SM Teknik, Shah Alam, Selangor. Kini beliau bertugas
sebagai Pegawai School Improvement Specialist Coaches (SISC) di Pejabat Pendidikan
Daerah Petaling Perdana, Selangor. Latar tempat tinggal banyak mempengaruhi
Khairuddin dalam bidang penulisan. Tempat lahir beliau Kampung Parit Jelotong,
merupakan kampung tradisi masyarakat berketurunan Jawa yang letaknya empat
kilometer dari pekan Parit Raja,. Beliau melalui kehidupan sebagai warga kampung,
penghuni asrama sekolah pada tahun 1981 dan sewaktu mengikuti kursus perguruan di
Maktab Perguruan Temenggung Ibrahim. Kehidupannya banyak berubah semasa
bertugas di SRK Sri Petaling, sekolah elit yang menempatkan anak menteri, kerabat raja,
datuk, orang berpangkat besar dan golongan berada. Selain itu, beliau melihat pelbagai
ragam kehidupan manusia yang baik hinggalah penagih dadah dan pelacur. Hidup di
kawasan Chow Kit yang terlalu keras, pentingkan diri dan nekad, secara tidak langsung
membentuk dirinya menjadi berani hadapi segala kemungkinan. Khairuddin mendapat
dorongan awal sebagai penulis kerana minat membaca buku dan novel bersiri Dewan
Pelajar serta faktor keluarga, apabila menatap karya abangnya Shamsuddin, Zainuddin
dan Baharuddin yang sering terpampang melalui media massa. Pada tahun 1975, beliau
mula menulis dan karyanya yang pertama tersiar dalam Berita Harian semasa beliau di
tingkatan tiga. Karya pertamanya dibayar sebanyak RM1O.OO menerusi rencana yang
tersiar dalam majalah Teruna. Pada tahun 1980, sewaktu menunggu keputusan SPM,
Khairuddin menulis novel Cinta Yang Rapuh yang diterbitkan oleh Knight
Publising dengan imbuhan RM250.00. Waktu itu mulai timbul keyakinan bakat dirinya
dalam bidang penulisan. Setahun kemudian, beliau menulis novel Pelangi Senja yang
diterbitkan oleh Tra-tra Publishing pada tahun 1983. Semasa menunggu keputusan STP,

beliau menggarap novel Ayahku Ayahku Jua (diterbitkan dengan judul Guruku Ibuku
Jua), yang berjaya mendapat tempat ketiga Peraduan Hadiah Sastera Esso-GAPENA 11,
1982. Beliau semakin yakin setelah menangi anugerah dan ayahnya mulai merestui minat
beliau. Mulai detik itu beliau terus berkarya, menulis puisi, cerpen, drama radio dan
drama pentas.

➢ GAMBARAN NOVEL

SINOPSIS NOVEL

➢ SINOPSIS KESELURUHAN
o Novel ini mengisahkan kehidupan Dahlia, seorang murid yang cerdik dan disenangi oleh

teman-temannya. Namun, Dahlia menghadapi masalah keluarga sehingga mengganggu
tumpuannya terhadap peperiksaan STPM yang bakal didudukinya. Sebagai anak sulung,
Dahlia terpaksa memberikan perhatian kepada adik-adiknya setelah pelbagai masalah
melanda keluarganya. Ibunya, Saleha dirawat di Hospital Permai kerana mengalami
masalah tekanan mental. Ayahnya dipatuk ular sehingga dimasukkan ke wad selama
beberapa hari. Adik lelakinya pula terpengaruh dengan kawan-kawan sehingga tidak
berminat untuk belajar. Situasi ini telah menyebabkan Dahlia terpaksa keluar dari asrama
untuk menjaga adik-adiknya. Tekanan hidup Dahlia semakin bertambah apabila
hubungannya dengan Azhari dipandang serong oleh jirannya. Tindakan berani Dahlia
terjun ke sungai untuk menyelamatkan Said tidak dihargai, malah dicemuh pula kerana
gagal menyelamatkannya. Walau bagaimanapun, Dahlia tetap tabah menghadapi dugaan.
Hadiah atas kesabarannya menghadapi pelbagai dugaan hidup ialah kejayaan Dahlia yang
dapat melanjutkan pelajaran ke Jepun dan pertunangannya dengan Azhari.

➢ SINOPSIS BAB 1 (KALAULAH ENGKAU MENGERTI)
o Setelah penat berlatih bola jaring untuk bertanding dengan pelajar tingkatan enam rendah,

Dahlia berbual-bual dengan Siti Wangi, rakan karibnya mengenai kertas kerja yang
disuruh oleh Cikgu Hisyam. Dia memberitahu Siti Wangi, isi telah dicari tetapi fakta-
fakta masih tidak lengkap. Kemudian, Kavita datang menemui Dahlia dengan membawa
pesanan seorang lelaki mahu bertemunya di kantin. Dahlia pergi bertemu dengan lelaki
itu yang bernama Azhari. Lelaki itu memberitahu Dahlia, dia telah habis belajar dan akan
mendapat segulung ijazah pada bulan Ogos nanti. Azhari juga memaklumkan
keluarganya akan datang ke rumah Dahlia untuk tujuan merisik. Dahlia meminta Azhari
mengerti bahawa dia masih belajar dan ingin membantu keluarganya kerana dia
merupakan anak sulung.

➢ SINOPSIS BAB 2 (DETIK-DETIK HATI TERSENTUH)
o Pada petang itu, Azhari menghantar Dahlia pulang ke kampungnya tetapi sehingga ke

jambatan sahaja. Jirannya yang bernama Aton telah menegurnya semasa dia turun dari
kereta Azhari. Aton juga menyindir Dahlia yang selalu balik dengan mengatakan bahawa
dia tidak suka tinggal di asrama. Dahlia membalas sindiran Aton dengan mengatakan
bahawa orang tuanya masih ada. Dahlia tidak suka akan Aton kerana Aton mengatakan
emaknya “tak betul”. Sewaktu sampai di rumahnya, Dahlia terdengar adiknya, Anggerik
menangis kelaparan. Melati memberitahu emak mereka telah keluar rumah dan belum
pulang lagi. Dahlia terus mendapatkan Anggerik dan memarahi Melati kerana membuat
susu yang terlalu cair. Sebenarnya, susu telah habis. Dahlia telah menyiapkan makan
malam manakala Melati disuruh pergi ke kedai Tauke Lim untuk membeli susu dan gula
pasir sekilo secara hutang. Selepas itu, Dahlia pergi mencari emaknya di kebun getah.
Dahlia terdengar emaknya bercakap sendirian dan tidak mempedulikan panggilannya.
Hati Dahlia benar-benar tersentuh apabila melihat ibunya sebegitu. Emaknya juga tidak
mengenalinya menyebabkan Dahlia menangis. Tiba-tiba, ayahnya Embong muncul dan
bertanyakan sebab Dahlia di situ kerana sudah masuk waktu Maghrib. Dahlia menuding
ke arah emaknya. Embong cuba memujuk Saleha balik ke rumah tetapi Saleha
mengatakan rumahnya di tengah kebun getah itu dan dia tidak mahu diganggu. Dahlia
mencadangkan ayahnya supaya mendapatkan bantuan orang kampung sebelum emaknya
pergi lebih jauh ke dalam kebun.

➢ SINOPSIS BAB 3 (JANGAN TINGGALKAN KAMI)
o Selepas solat Isyak, Dahlia asyik befikir tentang penyakit emaknya itu. Dia tertanya-

tanya sama ada emaknya terkena buatan orang. Akan tetapi, Dahlia tidak tahu orang yang
berhasad dengki dengan keluarganya. Akhirnya, Dahlia pasrah dan mengakui bahawa
semua yang berlaku itu adalah ketentuan Allah. Dahlia berdoa agar Allah menguatkan
imannya, memberi ketabahan dan kekuatan untuk melalui hari-hari yang mendatang. Dia
juga berdoa agar emaknya pulih seperti sediakala. Setelah habis berdoa, Dahlia terdengar
suara Nek Kiah,ibu kepada emaknya. Nek Kiah memarahi Embong kerana mengikat
Saleha. Ayah Dahlia memberitahu, beliau terpaksa berbuat sedemikian kerana takut
Saleha lari. Nek Kiah memang tidak suka akan keluarga Dahlia kerana mereka hidup

dalam kemiskinan. Nek Kiah membandingkan keluarga Dahlia dengan anak-anaknya
yang lain yang semuanya hidup senang-lenang. Haji Sulaiman selaku Ketua Kampung
Parit Haji Rais datang membawa orang dari Hospital Batu Pahat. Tujuan kedatangan
mereka adalah untuk membawa Saleha mendapatkan rawatan. Walaupun anak-anak dan
Nek Kiah melarang Saleha untuk dibawa ke hospital namun Embong serba salah
menghadapi situasi itu.

➢ SINOPSIS BAB 4 (DIBUAI KENANGAN INDAH)
o Dahlia menyelesaikan kerja rumah, kerja sekolah dan membantu Melati menyiapkan

latihan Matematik. Dahlia merebahkan dirinya di sebelah Anggerik. Dahlia mengimbas
kembali pantun yang diungkapkan oleh Azhari sewaktu menghantarnya pulang pada hari
Khamis yang lalu. Dahlia tidak sanggup untuk melukakan hati sesiapa. Dia meminta agar
Azhari mengerti keadaan keluarganya yang belum sempurna. Dahlia juga meminta izin
Azhari untuk membaiki diri sendiri dan keluarganya. Pada petang Khamis itu, dia
dihantar oleh Azhari pulang ke kampung tetapi Dahlia meminta Azhari
memberhentikannya jauh dari rumahnya untuk mengelakkan salah faham orang
kampung. Pada keesokan paginya,Dahlia dikejutkan oleh ayahnya yang menyuruhnya
pergi ke sekolah. Embong memberitahu Dahlia bahawa beliau akan menguruskan hal
berkaitan adik-adik Dahlia walaupun sebenarnya beliau sendiri tidak tahu akan cara
untuk menyelesaikan masalah tersebut kerana beliau terpaksa bekerja mencari nafkah
keluarga. Perkara inilah yang menjadi punca beliau tidak mahu menghantar isterinya ke
hospital. Embong pasrah memikirkan masalah tersebut, beliau menyerahkan segala-
galanya kepada Tuhan. Embong mengimbas kembali perbualannya dengan Saleha
mengenai ibu mentuanya, Nek Kiah yang tidak suka akan keluarga mereka. Nek Kiah
tidak suka keluarga mereka disebabkan mereka hidup miskin tidak seperti anak-anaknya
yang lain. Anak-anak Saleha dan Embong tidak diumpamakan sebagai cucu oleh Nek
Kiah. Embong juga teringat semula peristiwa isterinya pernah memberitahu bahawa
sejak belakangan ini beliau terasa ada bayang-bayang mengejarnya. Telinganya juga
sering terdengar suara yang pelik-pelik. Badannya juga terasa lemah. Embong dikejutkan
oleh suara Dahlia yang disangkakan isterinya. Embong memberitahu Dahlia doktor
memaklumkan emaknya hanya runsing, Embong tidak menceritakan perkara sebenar

yang berlaku kepada Saleha di bilik kurungan di hospital itu kerana bimbang Dahlia
tidak dapat menumpukan perhatian terhadap pelajarannya. Embong juga memberitahu
bahawa beliau akan memetik buah kelapa sawit Haji Sulaiman pada keesokannya.
Mereka dikejutkan oleh Abu Bakar, adik Dahlia yang sudah tiga hari tidak balik ke
rumah dan rela menjadi gelandangan setelah mendapat gred tiga dalam SPM

➢ SINOPSIS BAB 5 (KATA SETAJAM PEDANG)
o Dahlia menaiki bas JMBC berjalur merah untuk ke sekolah. Dia yang sepatutnya pulang

pada hari Sabtu ke asrama tidak berbuat demikian kerana adiknya, Anggerik asyik
menangis. Dahlia tidak rela dituduh mementingkan diri sendiri oleh sebab itu dia pergi
ke sekolah pada hari Ahad itu dari rumahnya. Dahlia sampai lewat ke Sekolah Menengah
Kebangsaan Temenggong Ibrahim iaitu lima minit pukul lapan pagi. Pintu pagar telah
berkunci. Dahlia ternampak Cikgu Salwani, warden asramanya sedang menuju ke bilik
guru. Dahlia ditanya oleh Cikgu Salwani punca kelewatannya dan meminta Dahlia
berjumpa dengannya pada petang itu. Dahlia tidak dapat menumpukan perhatiannya di
dalam kelas. Dia asyik teringat emak, Anggerik dan ayahnya. Siti Wangi mengingatkan
Dahlia, mereka ada janji temu pada pukul 2:00 petang untuk membincangkan kertas kerja
yang akan dibentangkan pada hari Khamis. Dahlia memberitahu dia tidak bersedia dan
pada petang itu dia hendak melawat emaknya di hospital. Pada petang itu, Dahlia tidak
bertemu dengan Cikgu Salwani kerana dia risau akan ditanya macam-macam. Dahlia
telah keluar dari asrama tanpa kebenaran wardennya dan terus pergi ke hospital untuk
berjumpa emaknya. Dahlia terserempak dengan Haji Sulaiman ketika di hospital. Haji
Sulaiman memaklumkan emaknya telah dibawa ke Hospital Permai, Johor Bahru.

➢ SINOPSIS BAB 6 (DITELAN ARUS DERAS)
o Dahlia telah dihantar oleh Haji Sulaiman ke rumahnya. Haji Sulaiman telah memberitahu

abahnya tentang Saleha yang telah dihantar ke Hospital Permai. Abah seolah-olah
menyalahkan nasibnya yang sebegitu. Pada petang itu Nek Kiah telah datang ke
rumahnya bertanyakan emaknya yang dikatakan telah dihantar ke rumah orang gila.
Dahlia amat terpukul dengan perkataan “ orang gila” yang dilafazkan oleh Nek Kiah,
nenek yang melahirkan emaknya. Nek Kiah memberitahu beliau geram apabila semua

orang bercakap mengenai emak Dahlia di balai raya. Dia memberitahu punca emak
Dahlia gila kerana rumah itu dilanggar hantu dan penuh syaitan dan selepas ini mungkin
ahli keluarga yang lain pula akan terkena. Nek Kiah telah mengeluarkan kapur dan
menggores pintu rumah dan pintu tengah dengan tanda pangkah supaya hantu tidak
masuk rumah. Dahlia mengucap dua kalimah syahadah beberapa kali kerana tidak
percaya dengan tindakan neneknya itu. Segala yang berlaku adalah ketentuan Tuhan.
Tiba-tiba Dahlia dikejutkan dengan jeritan di tebing sungai yang mengatakan Said telah
hilang dibawa arus sungai. Dahlia terus terjun ke dalam sungai untuk mencari Said.
Akhirnya, Dahlia telah menemui Said setelah dibantu oleh seorang pemuda yang bukan
daripada penduduk kampung itu. Malangnya, denyutan jantung Said sudah terhenti. Nek
Kiah telah menyuruh pemuda itu membawa Said keliling rumah tujuh kali kerana
dikatakan nyawanya boleh kembali tetapi malangnya Said telah tiada.

➢ SINOPSIS BAB 7 (BUDI BERBALAS NISTA)
o Dahlia menangis setelah pulang daripada menziarahi mayat Said. Embong kehairanan

kerana selama ini Dahlia telah dididik berjiwa kuat dan mampu menghadapi setiap
dugaan. Selepas itu, Embong ke rumah Aton untuk menziarahi mayat Said. Said
merupakan anak tunggal Aton. Aton mencari Embong dan memarahinya dengan
mengatakan anaknya, Dahlialah yang menyebabkan Said mati dan Embonglah yang
mahu Said mati. Embong terdiam mendengar kata-kata Aton. Embong turun ke bawah
dan masuk ke dalam kelompok orang ramai di halaman di bawah pokok-pokok getah.
Embong membiarkan Aton berkata-kata tentang dirinya dan Dahlia, beliau yakin
kebenaran akan terbukti kelak. Embong terdengar suara-suara yang mempersoalkan
kematian Said dan percakapan mereka yang semakin menyakitkan hatinya. Namun,
Embong tetap bersabar dan beliau tidak mahu mencari musuh. Dalam perjalanan pulang
ke rumahnya, Embong bertemu dengan Tauke Lim. Tauke Lim memuji keberanian
Dahlia yang cuba menyelamatkan Said. Embong sudah tahu punca Dahlia menangis
setelah pulang dari rumah Aton. Memandangkan masa baru pukul 10.25 pagi, Embong
pergi memotong buah kelapa sawit di Parit Haji Kadir. Embong mengimbas kembali
peristiwa pada petang semalam ketika Dahlia sedang memasak di dapur dalam keadaan
yang lemah selepas menyelamatkan Said. Tersentuh hati Embong kerana sepatutnya

masa remaja Dahlia dihabiskan dengan buku-buku pelajaran dan bukan kerja-kerja dapur.
Embong bertekad untuk bekerja kuat demi masa depan anak-anaknya. Setelah tiba di
kebun kelapa sawit itu, Embong terbau sesuatu. Beliau ternampak ular sawa sebesar paha
melingkari pokok kelapa sawit. Sewaktu Embong pergi mencari buluh, ular sawa itu telah
hilang. Tanpa diduga, ular itu menjatuhkan tubuh ke arah Embong hingga menyebabkan
Embong panik.

➢ SINOPSIS BAB 8 (BAYANG-BAYANG KECELAKAAN)
o Dahlia bermimpi buruk tentang ular sawa itu yang cuba membelitnya. Dahlia tersedar

apabila terdengar tangisan Anggerik. Anggerik demam panas. Dahlia bercadang untuk
membawa Anggerik ke klinik pada petang itu. Dahlia ternampak dua orang lelaki
bersongkok ke rumah Aton. Dia teringat semula kata-kata orang yang menuduhnya
lambat menyelamatkan Said. Dahlia melakukan kerja-kerja di dapur sambil mendukung
adiknya. Melati meluahkan kata-kata untuk berhenti sekolah dan mahu Dahlia yang
meneruskan persekolahannya. Melati bertindak sedemikian kerana malu apabila ada
orang yang mengatakan emak mereka gila. Dahlia menasihati Melati supaya tidak
mendengar kata-kata orang kerana orang itu tidak akan menyenangkan kehidupan
mereka. Embong pulang membawa ular sawa di atas pungkis. Dahlia ketakutan. Embong
kehairanan apabila melihat Dahlia menggeletar ketakutan dan menyuruhnya membuang
ular itu. Embong membawa ular itu pulang sebagai bukti beliau telah berjuang dengan
maut untuk menyelamatkan dirinya. Embong cuba mendapatkan Dahlia untuk
mengetahui punca dia ketakutan. Dahlia memberitahu akan mimpinya itu. Embong keluar
dari rumah dan pergi memerhatikan aliran sungai yang deras berhampiran rumahnya itu,
dia memikirkan kesanggupan Dahlia berjuang menyelamatkan nyawa orang lain sehingga
sanggup mengetepikan nyawa sendiri. Tiba-tiba, Embong dikejutkan dengan kehadiran
seorang pemuda Melayu bersama-sama gadis India yang merupakan kawan Dahlia.

➢ SINOPSIS BAB 9 (APABILA TAMAK MENGUASAI JIWA)
o Najib telah datang bersama dengan Kavita untuk berjumpa dengan Dahlia. Najib melihat

kedaifan hidup keluarga Dahlia. Kini barulah dia memahami punca Dahlia menolak

hasratnya untuk datang pada Hari Raya Aidilfitri. Najib mempelawa Dahlia untuk
membawa adiknya ke klinik.
➢ SINOPSIS BAB 10 (SELAMAT TINGGAL, ASRAMA PUTERI!)
o Cikgu Salwani memarahi Dahlia yang telah mengambil keputusan untuk keluar dari
asrama. Beliau memaksa Dahlia untuk memberitahu puncanya tetapi Dahlia hanya
memberitahu bahawa dia ada masalah keluarga. Dahlia tidak mahu menceritakan perkara
sebenar. Cikgu Salwani meminta Dahlia agar jangan keluar dari asrama kerana STPM
tinggal hanya empat bulan sahaja. Dahlia menenangkan dirinya di perpustakaan. Tiba-
tiba dia disergah oleh Kavita yang memberitahu bahawa Cikgu Hisyam, guru kelasnya
ingin berjumpa dengan Dahlia di Bilik Kerjaya. Cikgu Hisyam telah mengetahui masalah
Dahlia daripada Kavita yang pernah berkunjung ke rumah Dahlia. Cikgu Hisyam
mengatakan bahawa Dahlia berpotensi untuk lulus dengan cemerlang dalam STPM

➢ SINOPSIS BAB 11 (PEDIHNYA MELAYAN KARENAH ANAK)
o . Embong marah akan Abu Bakar, anak lelaki tunggal yang tidak boleh diharap dan suka

berseronok sahaja. Abu Bakar kerap tidak pulang ke rumah. Kemarahan Embong
semakin membara apabila Bakar tidak mempedulikan kata-katanya dan terus
menunggang motosikal. Embong teringat kembali ular sawa yang telah diberikan kepada
Tauke Lim. Tiba-tiba Embong berasa kesal dan takut. Lamunan Embong terhenti apabila
Mawar, anaknya yang bersekolah di Sekolah Menengah Sains Johor di Kluang, pulang
bercuti. Mawar memberitahu bahawa dia balik kerana rindu akan emaknya. Mawar
bertanya tentang emaknya tetapi Embong mengatakan nanti Mawar akan tahu sendiri.
Pada hari itu, Dahlia pergi menziarahi emaknya di Hospital Permai. Embong tidak pergi
kerana masalah kewangan. Beliau tidak sanggup lagi untuk meminjam daripada Haji
Sulaiman dan Tauke Lim lagi walaupun mereka berdua sangat baik dan suka
membantunya

➢ SINOPSIS BAB 12 (AIR MATA MENITIS DI HOSPITAL PERMAI)
o Dahlia menaiki teksi ke Hospital Permai. Dahlia tiba di situ pada pukul 3:15 petang. Dia

membayangkan kedatangannya disambut oleh emaknya dengan baik. Lamunan Dahlia
dikejutkan oleh seorang wanita berusia 30-an yang bertanya tentang tujuan

kedatangannya. Wanita itu mencadangkan agar Dahlia berjumpa dengan doktor yang
merawat emaknya. Doktor Ridhuan memberitahu Dahlia penyakit ibunya sudah sampai
ke tahap berbahaya dan ingin mengetahui hal-hal yang menyebabkan emaknya menjadi
sebegitu. Beliau juga menjelaskan kemungkinan penyakit emak Dahlia berpunca daripada
tekanan. Doktor Ridhuan memanggil Azhari untuk membawa Dahlia melawat emaknya di
bilik 16. Dahlia terkejut kerana Azhari bekerja di situ. Azhari memberitahu bahawa dia
bekerja sementara di situ baru dua minggu. Azhari ingin mengetahui punca Dahlia berada di
situ. Dahlia dan Azhari pergi melawat emaknya, tetapi Saleha tidak mengenali anaknya itu
dan dikatakan Dahlia sebagai pengutip hutang. Keadaan tersebut sangat menyedihkan Dahlia.
Emaknya juga menyuruh Dahlia pergi dari situ.

➢ SINOPSIS BAB 13 (PAHITNYA MENELAN KENYATAAN)
o Embong terkejut apabila melihat Dahlia pulang dengan kereta yang dipandu oleh seorang

lelaki. Embong berprasangka yang bukan-bukan terhadap Dahlia. Pada malam itu, Dahlia
memberitahu keluarganya supaya tidak risau akan keadaan Saleha yang sedang dirawat.
Apabila Dahlia melihat ayahnya keseorangan di pintu barulah Dahlia menceritakan
perkara sebenar. Dahlia tidak mahu adik-adiknya risau akan keadaan emak mereka.
Tambahan pula, Mawar akan menghadapi peperiksaan SRP tidak lama lagi. Dahlia juga
memberitahu abahnya bahawa dia telah keluar dari asrama. Tiba-tiba, Embong terdengar
sesuatu di kandang kambingnya. Embong terkejut apabila melihat dua ekor kambing
peliharaannya telah hilang.

➢ SINOPSIS BAB 14 (HILANG DARI KANDANG)
o Tauke Lim datang kerana mahu membeli kambing Embong. Dia berasa hampa apabila

mendapat tahu kambing tersebut telah hilang. Embong meluahkan rasa kesal kerana
kambing itu menjadi harapannya. Embong yakin kambing peliharaannya telah dicuri
orang. Embong meminta Tauke Lim memberitahu kepadanya jika ada orang yang ingin
menjual kambing kepada Tauke Lim kerana dia ingin memastikan sama ada kambing itu
miliknya atau milik orang lain. Dahlia teringat akan Azhari yang tetap ingin melamarnya
walaupun telah mengetahui keadaan emaknya. Azhari masih ingin mengikat tali
pertunangannya dengan Dahlia kerana ibu bapanya mendesaknya berbuat sedemikian.

Kemudian, Dahlia dikejutkan dengan kedatangan tetamu. Rupa-rupanya yang datang itu
ialah rombongan keluarga Azhari yang ingin merisiknya.
➢ SINOPSIS BAB 15 (INGIN MEMPERSUNTING BUNGA DI TAMAN)
o Keluarga Azhari telah datang merisik Dahlia. Embong berasa berat untuk menerima
lamaran tersebut kerana Dahlia merupakan anak sulung yang menjadi harapan keluarga.
Embong sangat berharap Dahlia dapat belajar hingga ke universiti dan dapat membantu
keluarga. Walau bagaimanapun, ibu Azhari yang mengetuai rombongan itu kerana
suaminya ke Kuala Lumpur. Beliau mengatakan bahawa perkara itu tidak menjadi
halangan kepada ikatan Azhari dan Dahlia. Mereka sanggup menunggu Dahlia hingga
tamat pengajiannya. Akhirnya, Embong menyerahkan keputusan itu kepada Dahlia,
cincin merisik diletakkan dia atas meja. Selepas itu, Embong bersiap-siap untuk
menunaikan solat di masjid. Semasa mandi, Embong telah dipatuk oleh seekor ular di
pahanya.

➢ SINOPSIS BAB 16 (BISA ULAR TEDUNG)
o Embong terpaksa dimasukkan ke wad untuk mendapatkan rawatan. Semasa ketiadaan

ayahnya, Dahlia terpaksa menguruskan banyak perkara. Melihatkan keadaan itu, Mawar
menyuarakan hasratnya untuk berhenti sekolah agar dapat menjaga adik-adiknya. Dahlia
melarang hasrat Mawar kerana Mawar pernah berjanji kepada emak mereka untuk
memperoleh keputusan yang cemerlang dalam SRP. Sewaktu Dahlia melawat abahnya di
Hospital Batu Pahat, dia terserempak dengan Cikgu Hisyam dan Kavita yang kebetulan
menghantar Siti Wangi yang pengsan semasa menjalani latihan bola jaring. Kemudian,
Cikgu Hisyam dan Kavita menziarahi abah Dahlia. Cikgu Hisyam meminta Kavita untuk
membuat salinan nota-nota sepanjang Dahlia tidak hadir ke sekolah supaya dia tidak
ketinggalan dalam pelajaran. Pada petang itu,Nek Kiah dan Seman datang melawat
Embong. Nek Kiah memberitahu Dahlia sangkaannya bahawa rumah itu berhantu adalah
benar kerana seorang demi seorang keluarga Dahlia mendapat bencana. Nek Kiah juga
memberitahu tanah itu akan dijual dan menyuruh keluarga Dahlia duduk di kebun di
hujung kampung. Dahlia tidak bersetuju dengan cadangan neneknya.

➢ SINOPSIS BAB 17 (KUPERTAHANKAN TANAH SEKANGKANG KERA)
o Dahlia tertekan kerana banyak perkara yang difikirkannya. Antaranya ialah pelajarannya

yang banyak ketinggalan disebabkan dia kerap ponteng sekolah, emaknya yang masih
dirawat di hospital, abahnya dipatuk ular sedang dirawat di Hospital Batu Pahat, adiknya,
Abu Bakar tidak boleh diharap untuk membantunya dan juga hasrat Azhari yang ingin
melamarnya. Semasa Abu Bakar balik ke rumah untuk menukar pakaian, Dahlia
memeriksa dompet milik adiknya, dia terkejut apabila terdapat RM120 di dalam dompet
tersebut sedangkan adiknya tidak bekerja. Azhari datang ke rumah Dahlia untuk
mengambil pakaian emak Dahlia. Azhari terkejut apabila dimaklumkan bahawa abah
Dahlia dimasukkan ke Hospital Batu Pahat kerana dipatuk ular. Selepas Azhari pergi,
Nek Kiah datang untuk bertanya tentang rancangannya untuk menjual tanah tempat
tinggal keluarga Dahlia. Jika keluarga Dahlia mahu terus tinggal di situ mereka perlu
membayar sebanyak RM15000 kepadanya. Dahlia tidak dapat membuat sebarang
keputusan.

➢ SINOPSIS BAB 18 (BUDI TANPA MENGIRA WARNA KULIT)
o Pada pagi itu, Dahlia membawa Anggerik untuk melawat abahnya di hospital. Dia

menunggu bas di pondok bas. Tauke Lim telah datang bertanyakan tanah yang akan
dijual. Menurut Seman, Dahlia telah bersetuju untuk menjual tanah tersebut, tetapi Dahlia
menafikannya. Tauke Lim berasa hairan akan sikap Nek Kiah yang tamak akan wang
sedangkan Nek Kiah tidak mengalami masalah kewangan. Tauke Lim berjanji akan
berbincang tentang perkara itu dengan abah Dahlia. Tauke Lim juga meminta agar Dahlia
mengajarkan anaknya, Ann dalam penulisan karangan Bahasa Melayu kerana anaknya
lemah dalam penulisan sedangkan peperiksaan SRP akan menjelang tidak lama lagi.
Dahlia bersetuju untuk menerima tawaran Tauke Lim itu. Dahlia terkejut apabila tiba-tiba
sahaja sebuah kereta Honda Civic milik Cikgu Hisyam berhenti di depan pondok bas
tersebut.

➢ SINOPSIS BAB 19 (APABILA DUA JEJAKA BERTEMU)
o Cikgu Hisyam dan Kavita menasihati Dahlia supaya tidak berhenti sekolah sebaliknya

terus bertahan lebih kurang empat lima bulan sahaja lagi sebelum menghadapi

peperiksaan. Namun begitu, Dahlia terasa amat sukar untuk ke sekolah semula kerana
memikirkan adik-adiknya yang memerlukan penjagaannya. Najib datang ke rumah
Dahlia. Najib melihat ada beberapa orang sedang mengukur tanah di kawasan itu. Dahlia
memaklumkan tanah itu akan dijual. Najib bersedia untuk membayar harga tanah tersebut
tetapi Dahlia menolak tawaran Najib. Kemudian, Azhari pula datang ke rumah Dahlia.
Timbul pelbagai persoalan dalam hati Azhari mengenai hubungan Najib dan Dahlia.
Kedatangan Najib dan Azhari ke rumah Dahlia telah menyebabkan Nek Kiah
memandang serong akan cucunya. Nek Kiah telah memberitahu Dahlia, tanah tersebut
telah ada pembelinya. Oleh itu, Dahlia perlulah bersiap sedia untuk berpindah.

➢ SINOPSIS BAB 20 (INGIN KUJUNJUNG LANGIT)
o Nek Kiah datang lagi untuk mengingatkan Dahlia tentang tanah tersebut yang akan

dijual. Nek Kiah terkejut apabila melihat Embong ada di rumah. Apabila Nek Kiah
bertanya kepada Dahlia sama ada dia telah memberitahu abahnya tentang hal tanah,
Embong menggunakan kesempatan itu untuk mengenakan Nek Kiah dengan
menggunakan parang yang sedang dipegangnya dengan mengatakan parang itu tajam dan
senang hendak potong leher. Selepas itu, Nek Kiah pulang ke rumah. Dahlia
memberitahu ayahnya dia ingin bekerja bagi membantu meringankan beban ayahnya.
Akan tetapi, Embong tidak bersetuju kerana beliau mahu Dahlia belajar hingga ke
universiti. Tauke Lim datang ke rumah Embong dan menyatakan kesanggupannya untuk
membayar harga tanah yang mahu dijual oleh Nek Kiah supaya Embong dan keluarganya
dapat terus tinggal di situ. Menurut Tauke Lim, beliau ikhlas membantu demi kebaikan
bersama-sama.

➢ SINOPSIS BAB 21 (HIJRAH REMAJA HARAPAN)
o Pada pagi itu Dahlia pergi ke balai raya. Pada ketika itu, tidak ramai yang datang ke balai

raya untuk bergotong-royong bagi majlis sambutan Maulidur Rasul yang akan diadakan
malam nanti. Dahlia membantu kerja-kerja memasak di situ. Tauke Lim turut
menyumbangkan barang-barang untuk sambutan tersebut. Haji Sulaiman selaku ketua
kampung amat risau akan hal ini kerana kurang sambutan. Aton dan Abu Bakar turut
berada di balai raya itu. Kedatangan Abu Bakar mengejutkan Dahlia kerana dia tidak

menyangka adiknya akan membantu kerja-kerja tersebut. Aton banyak bercakap daripada
melakukan kerja. Dia memberitahu Mak Aji, isteri Haji Sulaiman bahawa Dahlia
membawa lelaki silih berganti ke rumahnya. Kata-kata Aton telah menyebabkan Dahlia
bersedih. Abu Bakar yang terdengar akan kata-kata Aton itu telah hilang sabar dan
hampir-hampir memukul Aton tetapi dihalang oleh Haji Sulaiman. Dahlia terus pulang ke
rumah selepas peristiwa itu. Abu Bakar telah memujuk Dahlia. Dahlia memberitahu telah
banyak dugaan yang ditempuhinya. Abu Bakar juga telah memeluk ayahnya dan
memberitahu dialah yang telah mencuri kambing milik abahnya.

➢ SINOPSIS BAB 22 (KAIN MERAH YANG REPUT)
o Abu Bakar telah insaf akan perbuatannya yang terpengaruh oleh kawan-kawannya

yang datang daripada keluarga yang senang. Dia banyak membantu dalam melakukan
kerja-kerja rumah. Abu Bakar bertekad untuk memberi sumbangan kepada
keluarganya. Sewaktu mengemas barang-barang di bawah rumahnya, Abu Bakar
terjumpa kain merah yang hampir reput membalut dua biji telur ayam yang
mengandungi jarum peniti, cincin akik, butiran pasir, dan dua batang paku. Barang-
barang ini menunjukkan selama ini ada orang yang berhasad dengki terhadap
keluarga mereka. Abu Bakar ingin menunjukkan barang-barang itu kepada Embong
tetapi dilarang oleh Dahlia. Dahlia menyuruh Abu Bakar membuangnya ke sungai.
Dahlia melarang adiknya menyimpan perasaan dendam. Dahlia mendapati Nek Kiah
sudah beberapa hari tidak kelihatan di rumahnya atau di mana-mana di kampung itu.
Keadaan ini merisaukan Dahlia. Dahlia telah pergi ke rumah Nek Kiah dan didapati
neneknya sedang sakit. Namun begitu, Nek Kiah telah menghalaunya.

➢ SINOPSIS BAB 23 (SINAR KEBAHAGIAAN)
o Dahlia kembali semula ke sekolah. Kehadiran Dahlia disambut dengan gembira oleh

kawan-kawannya. Kavita memberitahu Dahlia bahawa Najib begitu berharap agar Dahlia
dapat menerima cintanya. Akan tetapi, Dahlia hanya menganggap Najib sebagai sahabat
sahaja, tidak lebih daripada itu. Semasa pulang ke rumah, Dahlia amat gembira apabila
mendapati emaknya telah pulang dari hospital. Saleha telah pulih daripada penyakitnya.
Azhari juga ada bersama-sama ketika itu. Dahlia mengajak Azhari pergi ke rumah

neneknya. Nek Kiah terbaring dalam keadaan mata yang terpejam. Panggilan Dahlia juga
tidak disahutnya.

➢ SINOPSIS BAB 24 (RUNTUHNYA TEMBOK KESOMBONGAN)
o Nek Kiah tinggal di rumah Embong selepas dimasukkan ke wad selama dua hari. Nek

Kiah berasa bersalah terhadap keluarga Embong. Mereka melayan Nek Kiah dengan
baik. Anak-anak dan cucunya yang lain, termasuk Seman langsung tidak menziarahinya
ketika beliau sakit. Pada hari itu, hujan turun dengan lebat. Air sungai sudah mula
melimpah. Abu Bakar memaklumkan jambatan telah patah dan orang kampung telah
mula mengemas barang-barang untuk berpindah ke balai raya. Embong dah ahli
keluarganya turut berkemas untuk berpindah ke balai raya. Dahlia dan keluarganya
berpindah dengan menaiki bot ke balai raya. Terdengar rungutan penduduk tentang
keadaan yang berlaku itu. Bagi Haji Sulaiman, banjir yang berlaku itu ada hikmah yang
tersendiri.

➢ SINOPSIS BAB 25 (INILAH KAMPUNGKU!)
o Banjir telah menyebabkan rumah Embong roboh . Nek Kiah telah mengajak Embong

sekeluarga tinggal di rumahnya. Mereka bersyukur akan perubahan Nek Kiah. Nek Kiah
juga tidak lagi menyebut tentang tanah yang hendak dijual itu. Sebelum semua mangsa
banjir pulang ke rumah masing-masing, Haji Sulaiman telah menyampaikan ucapan
kepada penduduk Kampung Parit Haji Rais. Beliau menyeru agar penduduk kampung
saling membantu antara satu sama lain dan prihatin akan masalah jiran tetangga. Beliau
juga berharap supaya penduduk kampung bersatu dan bersama-sama menjayakan apa-apa
projek di kampung itu keran mereka hidup bermasyarakat. Kesan daripada kata-kata Haji
Sulaiman, penduduk kampung itu mulai insaf dan mereka telah bergotong-royong
membina rumah Embong semula dengan wang sumbangan parti. Haji Sulaiman bangga
akan perubahan sikap penduduk kampungnya. Begitu juga dengan Tauke Lim. Dahlia
amat terharu dan terasa dirinya tidak disisihkan. Tauke Lim mengusik Dahlia, rumah
baharu nanti bolehlah dia naik pelamin.

➢ SINOPSIS BAB 26 (STPM, AKAN KUGAPAI KECEMERLANGAN)

o Dahlia sibuk membuat persiapan terakhir sebelum peperiksaan STPM menjelang. Dalam
kesibukan itu, Azhari telah datang dengan ibunya bagi membincangkan tarikh
pertunangan mereka. Keputusan dibuat pada 30 Disember, iaitu selepas Dahlia tamat
peperiksaannya. Dahlia hanya menurut sahaja kehendak keluarga Azhari dan
keluarganya. Selepas tamat peperiksaan, Dahlia berasa sedih kerana terpaksa berpisah
dengan kawan-kawannya. Dahlia juga memberitahu Siti Wangi dan Kavita tentang
pertunangannya. Dahlia juga bercadang untuk bekerja di kilang untuk mencari
pengalaman.

➢ SINOPSIS BAB 27 (BUNGA-BUNGA KEJAYAAN DALAM GENGGAMAN)
o Cikgu Daim telah datang ke rumah Embong untuk memberitahu bahawa Dahlia telah

terpilih untuk mengikuti pengajian di salah sebuah universiti di Jepun selama empat
tahun. Pemilihan Dahlia dibuat atas cadangan sekolahnya dan Jabatan Pelajaran Johor
berdasarkan pencapaiannya dalam peperiksaan. Sebelum bertolak ke Jepun Dahlia akan
belajar bahasa Jepun di Universiti Malaya selama enam bulan. Azhari terdengar berita itu
ketika dia datang untuk membeli cincin pertunangan mereka. Dia mengucapkan tahniah
dan merelakan Dahlia belajar di Jepun. Dahlia akan mendaftar di Universiti Malaya
sehari selepas dia bertunang dengan Azhari.

➢ SINOPSIS BAB 28 (KOI-BITO)
o Dahlia amat gembira kerana hubungan keluarganya dengan Nek Kiah semakin rapat.

Akan tetapi, Dahlia rasa sedikit berduka kerana dia akan ke Kuala Lumpur selepas
pertunangannya. Nek Kiah telah menghadiahkan gelang pusaka kepada Dahlia. Dahlia
teringat kembali kenangannya sewaktu pergi membeli cincin dengan Azhari. Kawan –
kawan Dahlia dan Cikgu Hisyam turut hadir sewaktu majlis pertunangannya. Bas ke
Kuala Lumpur akan bertolak pukul 5:00 petang tetapi rombongan keluarga Azhari belum
juga sampai. Dahlia semakin risau. Abahnya menyuruh Dahlia berkemas untuk bertolak
ke Kuala Lumpur. Haji Sulaiman menyerahkan sumbangan orang kampung kepada
Dahlia sebanyak RM500 termasuk yang diberi oleh Tauke Lim sebanyak RM300.
Akhirnya, Dahlia tiba di stesen bas Bandar Penggaram yang jauhnya kira-kira 17
kilometer dari kampungnya. Azhari datang berjumpa dengan Dahlia dan memberitahu

punca kelewatannya kerana jurucakap majlis yang merupakan pak ciknya lambat sampai.
Sebelum menaiki bas, Azhari telah menghadiahkan sehelai songket berbenang emas
berwarna merah kepada Dahlia. Azhari juga .menyebut “Koi-bito” yang tidak diketahui
maksudnya. Azhari meminta Dahlia agar menjaga jati diri sebagai orang Melayu walau
berada di mana-mana pun.

KEKUATAN NOVel

Novel yang saya kaji di Tingkatan 5 iaitu Novel Songket Berbenang Emas karya Khairuddin
Ayip. Terdapat beberapa kelebihan dalam novel ini.

Pada pendapat saya, novel ini banyak menerapkan nilai-nilai murni yang dapat dijadikan
teladan dan panduan dalam kalangan pembaca. Sebagai contoh, nilai kerjasama yang
ditunjukkan oleh penduduk kampung setelah ditegur oleh Haji Sulaiman. Mereka bekerjasama
membina rumah Embong yang roboh dilanda banjir. Penduduk kampung juga bekerjasama
mengumpulkan wang untuk diserahkan kepada Dahlia yang akan melanjutkan pelajaran.

Selain itu, novel ini juga tampak menarik kerana binaan jalan cerita yang berdasarkan binaan
plot membuatkan jalan cerita novel ini menarik minat pembaca. Sebagai contoh, salah satu
daripada bahagian perumitan ialah Seman telah datang ke rumah Nek Kiah dan memujuknya
untuk menjual tanah yang menjadi kawasan tempat tinggal Dahlia sekeluarga. Nek Kiah mahu
Dahlia dan keluarganya berpindah sekiranya tidak mampu membayar sebanyak RM15,000.
Dahlia tertekan kerana keluarganya tidak mampu untuk menyediakan wang sebanyak itu.

Seterusnya, novel ini juga disertakan dengan gaya bahasa bagi menyerlahkan lagi jalan
penceritaan membuatkan jalan cerita novel tampak lebih menarik untuk dihayati oleh pembaca
seperti elemen personafikasi. Sebagai contoh, motosikalnya mengaum, membelah kesunyian
pagi, bahang kepanasan bertakung di pelupuk mata dan rumahnya roboh ditelan air.

Di samping itu, novel ini amat membantu dalam memberi pengajaran kepada pembaca
terutamanya golongan pelajar kerana peristiwa yang terdapat dalam novel berkait dengan
kehidupan harian seorang pelajar. Sebagai contoh, kita mestilah sentiasa berusaha untuk
menyelesaikan masalah yang dihadapi kerana semua masalah mempunyai jalan penyelesaian.


Click to View FlipBook Version