The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

FOLIO8NOVEL4ZON2022
Nama : DAYANG ARIYANI BINTI ARDIM
Kelas : 4 JAZARI
H/R : SIR ANUAR
Nama Guru : EN SHURDI BIN SHUIB

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ariyanidayang, 2022-06-10 08:50:07

FOLIO8NOVEL4ZON2022

FOLIO8NOVEL4ZON2022
Nama : DAYANG ARIYANI BINTI ARDIM
Kelas : 4 JAZARI
H/R : SIR ANUAR
Nama Guru : EN SHURDI BIN SHUIB

Akhir sekali, perwatakan Dahlia yang berdikari boleh dijadikan sebagai teladan dan ikutan
pembaca kerana walaupun Dahlia perlu menguruskan perihal rumah serta adik-adiknya, dia juga
berjaya menjadi murid cemerlang di sekolahnya.

KELEMAHAN NOVEL

Novel yang saya kaji di Tingkatan 5 iaitu Novel Songket Berbenang emas karya Khairuddin
Ayip. Terdapat beberapa kelemahan dalam novel ini.

Pada pendapat saya, jalan cerita novel yang tertalu sensitif bagi para ibu dalam kalangan
pembaca akan mengurangkan jumlah sasaran pembaca kepad novel tersebut.

Selain itu, jalan cerita mempunyai terlalu banyak maklumat yang disampaikan berkemungkinan
membuatkan jalan cerita tampak bosan dan akan berkemungkinan besar memudaratkan bilangan
pembaca.

Seterusnya, pengarang tidak peka akan tanggung jawab seorang pelajar yang hanya perlu
belajardan membanggakan kedua ibu-bapanya. Hal ini demikian kerana pelajar tidak boleh
bekerja dan hal ni dapay membawa salah faham bagi pembaca.

Alhir sekali, tingkah laku Dahlia yang hanya pergi tanpa memberitahu guru asramanya
merupakan satu contoh buruk kepada pembaca terutamanya pelajar sekolah berasrama penuh.

PENAMBAHBAIKAN NOVEL

Pada pendapat saya, penambahbaikan yang boleh dilakukan bagi memastikan novel ini
tampak unik dan menarik perhatian pembaca ialah pengarang mestilah memberi amaran awal
kepada para ibu dalam kalangan pembaca tentang isu sensitif yang melibatkan penyakit ibu
Dahlia.

Selain itu, pengarang mestilah mengurangkan isi maklumat yang kurang penting agar jalan
penceritaan tidak terlalu panjang dan mempunyai kemungkinan tinggi akan membuatkan
pembaca bosan akan plot cerita novel itu.

Seterusnya, pengarang mestilah peka akan tanggung-jawab seorang yang pelajar yang
sepatutnya hanya belajar dan hanya membanggakan kedua ibu-bapanya dan tidak boleh bekerja
kerana hal ini dapat membawa salah faham kepada pembaca dan sesetengah individu akan
mengambil kesempatan ke atas anak mereka.

Akhir sekali, pembaca perlulah berhati-hati dalam menjadikan novel ini sebagai contoh kerana
terdapat beberapa kesan negatif yang dinyatakan dalam jalan cerita novel ini seperti Dahlia yang
tidak memberitahu bahawa dia melawat ibunya kepada guru asramanya akan memberi pengaruh
buruk kepada pelajar sekolah berasrama penuh.

PENGENALAN NOVEL

(JILID 6)

6. TIRANI KARYA BEN SABARIAH
➢ CERITA RINGKAS
o Novel Tirani karangan Beb Sabariah tidak sekadar sebuah novel yang sarat dengan
penceritaannya tetapi lebih daripada itu. Pengarang turut menyelitkan warna budaya dan
resam masyarakat setempat khususnya etnik Sarawak. Keunikan etnik Sarawak
diketengahkan oleh pengarang menerusi usaha gigih watak utamanya, Waheeda dalam
mempromosikan industri pelancongan negeri Sarawak di mata dunia.
➢ BIOGRAFI PENGARANG

o Penulis Novel Tirani iaitu Beb Sabariah atau nama penuhnya Bibi Sabariah Hj Abang
Awet, lahir di Kampung Pusa, Saribas, Bahagian Betong, Sarawak. Lulus Senior
Cambridge dari SMK Green Road Kuching beliau terus mendapat pendidikan ikhtisas @
diploma dari Maktab Perguruan Rajang Bintangor, Sarikei dan Maktab Perguruan
Temenggong Ibrahim, Johor Baharu. Beliau mula aktif dalam penulisan karya kreatif
pada tahun 1999 dalam genre cerpen, puisi, rencana serta rencana kritikan sastera.

Menetap di Bandar raya Kuching, Beb Sabariah adalah ahli KEPEZI (Kelab Penulis
Zaharah Nawawi) dan PEKASA (Persatuan Karyawan Sastera Sarawak).

➢ GAMBARAN NOVEL

Sinopsis novel

➢ SINOPSIS KESELURUHAN
o TIRANI mengisahkan tentang seorang gadis yang bernama Waheeda mahu menjadi

cantik dan berhidung mancung kerana hidung asalnya pesek. Waheeda juga ingin
mencapai kemajuan atas nama dirinya dalam bidang pelancongan sehingga suaminya,
Zahid mengatakan bahawa Waheeda telah mengabaikan batas-batas pergaulan sebagai
isteri. Bagi menjadi cantik Waheeda yang kebetulan hidungnya digigit monyet
melakukan pembedahan rekonstruksi atau pembinaan semula wajahnya dengan
memasang hidung palsu menjadikannya hidungnya mancung dan cantik. Dengan
kejayaannya menjadi cantik datang jugalah kejayaannya dalam bidang kerjaya. Bidang
pelancongan yang diterokainya telah mempertemukannya dengan suaminya, Zahid, anak
rakan niaganya di Sarawak iaitu Datuk Yasser. Kecantikan dan kejayaan dalam kerjaya
yang dicapai oleh Waheeda tidak menjamin kebahagiaan rumah tangga. Sebenarnya tidak
menjadi kenyataan kerana apa yang diperolehnya itu yang merosakkan kehidupannya.
Kecantikannya itu menyebabkan tugasnya bertambah berat dan harapan orang
terhadapnya melambung tinggi sehingga Waheeda tidak larat memikulnya. Dalam novel
TIRANI cinta Waheeda terhadap suaminya begitu mendalam sehingga jatuh sakit jiwa
setelah diceraikan oleh suaminya. Penceraian itu berpunca daripada wajah anaknya yang
tidak ada mewarisi kecantikan dirinya dan ditambah dengan rasa cemburu oleh Zahid.
Akhirnya Waheeda bertekad untuk berjaya dan berdikari dalam bidang pelancongan
dengan menguruskan sebuah chalet di Cameron Highland. Kemajuan chalet yang
diusahakan oleh Waheeda dan anaknya Izzati telah menarik kehadiran ramai pelancong
termasuklah Zahid. Akhir mereka dipertemukan di chalet itu. Namun, di sudut hati
Waheeda dan Zahid terserlah satu falsafah hidup bahawa kecantikan seseorang hanyalah
satu TIRANI.

➢ SINOPSIS BAB 1 (MELONTAR PUING DUKA)
o Semasa di homestay miliknya, Waheeda sedang melayari laman sesawang tentang

kecantikan diri seorang wanita yang merupakan sinonim dengan sifatnya yang terlalu
obses dengan kecantikan. Lalu Waheeda teringat akan hidungnya yang kemet yang
menjadi ejekan kepada kawan-kawannya seperti Si Nuar, Si Man dan Mat Gusi. Hatinya
sentiasa memberontak dengan keadaan itu. Atas nasihat ibunya, Raidah dan kawannya
Nasuha serta Ustazah Ruqaiyah perasaan benci dan bergelora terhadap kawankawannya
dapat diredakan. Di pekarangan homestaynya suasana agak riuh dan sibuk telah
mematikan lamunan Waheeda. Keriuhan itu menggambarkan kesibukan dan persediaan
yang sedang dilakukan oleh pekerja homestay iaitu Fatimah, Babu Saiyidah, Liya dan
Nani untuk menyambut kedatangan pelancong Inggeris. Satu daripada keistimewaan
homestay ini adalah menyediakan makanan asli masyarakat Dayak Sarawak seperti
pansuh ayam dan bubur pedas, pansuh manok dan udang galah gulai tempoyak iaitu
masakan asli Sarawak. Selain makanan dan tempat tinggal, pengurusan homestay
Waheeda menyediakan pengalaman pergi ke dusun buah-buahan di Matang dan juga
pengalaman urutan kaki di kolam ikan kap. Selain itu, pelancong juga diberi penerangan
tentang sejarah tempatan di situ. Waheeda terus menyiapkan tugasannya untuk
memajukan lagi homestay itu.

➢ SINOPSIS BAB 2 (DAYANG MUDA)
o Semasa di pejabatnya, Waheeda dan Fatimah sibuk berbincang tentang 2 lawatan institusi

pelancongan dan lawatan Putera Andrew ke Rumah Panjang Annah Jais seterusnya ke
Dusun Tajau Emas. Mereka juga menyenaraikan barang-barang yang penting untuk
dipamerkan bagi menggambarkan identiti budaya masyarakat Sarawak kepada
rombongan yang hadir. Kehadiran para pelancong ini menyebabkan Waheeda berasa
amat gembira. Namun di sebalik kehadiran pelancong itu, Waheeda berasa amat kecewa
atas penampilan dirinya yang tidak cantik dan Waheeda memasang niat untuk membuat
pembedahan plastik. Hasrat ini telah dinyatakan kepada ibunya, Raidah. Tetapi bapa
Waheeda tidak menggalakkan kerana bercanggah dengan hukum agama. Emak Waheeda
terus memujuk anaknya supaya tidak melakukan apa yang dihajatinya. Tidak beberapa
lama kemudian, keadaan chalet pada malam itu menjadi kelam kabut. Seekor monyet

Belanda telah menempa masuk ke dalam chalet. Nasib malang telah menimpa Waheeda
kerana monyet itu telah menggigit muka Waheeda. Dia luka parah dan dibawa ke hospital
untuk mendapatkan rawatan yang dikendalikan oleh Dr. Zakaria. Melalui perbincangan
antara Waheeda dengan Dr Zakaria, Waheeda telah bersetuju untuk melakukan
pembedahan plastik dengan menggunakan kepakaran di Singapura.

➢ SINOPSIS BAB 3 (KATARSIS)
o Perjalanannya menuju ke lapangan terbang Kuching pada pagi itu ditemani oleh Ibu

Waheeda(Raidah), Kamri dan Ghazi selaku pemandu kereta pacuan empat roda (Prado).
Ghazi ialah abang Waheeda yang melepaskan jawatan sebagai jurutera di petronas telah
pulang ke pangkuan keluarga untuk memajukan perniagaan keluarganya. Pada awalnya,
perjalanan mereka agak lancar tetapi apabila menghampiri jambatan Tun Abdul Rahman
Yakob, keadaannya tersekat-sekat akibat jambatan roboh kerana dilanggar oleh tongkang
pasir pada malam tadi. Dalam perjananan itu Waheeda tidak banyak berkata-kata hanya
menyamput kata-kata ibunya sekali sekala. Waheeda banyak menyendiri sahaja. Namun,
ibunya Raidah banyak bercerita tentang sejarah jambatan gantung dan nama-nama jalan
yang dilalui oleh mereka yang semuanya mengambil nama pembesar-pembesar negeri
Sarawak. Raidah juga sangat kagum tentang bandar raya Kuching yang dinobatkan
sebagi Bandar Dalam Taman dan Bandar Selamat menurut perisytiharan daripada
Perikatan Bandar Sihat Sedunia. Mereka sempat sampai ke lapangan terbang Kuching
sebelum waktu berlepas. Raidah melihat wajah anaknya yang tidak menunjukkan rupa
kesedihan. Jelaslah Waheeda mempunyai perasaan katarsis. Sesampainya di lapangan
Terbang Changi, Singapura, Waheeda menuju ke rumah Bazilah iaitu kawan satu
university dengannya. Waheeda akan tinggal bersama Bazilah sepanjang menerima
rawatan di Silicon Medical Centre, Singapura yang dikendalikan oleh Dr Alma Hollis.

➢ SINOPSIS BAB 4 (SEMARAK API, SEMARAK HATI)
o Sebelum Waheeda menuju ke rumah Bazilah, Waheeda kagum dengan kebersihan bandar

raya Singapura dan Waheeda melihat kedai-kedai yang banyak berderet tetapi niatnya
bukannya untuk membeli belah. Dia juga amat peka kewujudan pokok-pokok semarak
api yang sedang berbunga. Rentetan daripada itu, telah menyedarkan Waheeda tentang

kepalsuan fakta sejarah yang telah dimanipulasikan oleh penjajah. Perjalanan diteruskan
ke rumah Bazilah. Dia sudah dinantikan oleh sahabatnya itu di rumah. Waheeda akan
tinggal di salah sebuah bilik di rumah kepunyaan pakcik Bazilah. Semalaman mereka
berbual mengenang kembali peristiwa-peristiwa semasa mereka sama-sama belajar di
Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Malaysia. Keesokan harinya, Waheeda telah
diperkenalkan oleh Bazilah kepada tunangnya, Dr Zahari. Kebetulannya Dr Zahari
merupakan doktor pakar pembedahan plastik di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bharu.
Dalam sebuah restoran, Dr Zahari menjelaskan gambaran tentang pembedahan plastik
yang akan dilalui oleh Waheeda. Pada masa yang sama, Waheeda juga menyatakan
bahawa dia berhajat untuk melakukan pembetulan di kelopak matanya. Waheeda dan
Bazilah sudah berada di Silicon Medical Centre (CMC). Di sini, Waheeda berjumpa
dengan Dr Alma Chen. Waheeda telah menyerahkan dokumen perubatan dari hospital di
Sarawak. Waheeda telah melengkapkan semua borang yang diperlukan untuk proses
pembedahan tersebut.

➢ SINOPSIS BAB 5 (DOA SELAMAT)
o Pada malam itu, Waheeda menghantar e-mel yang menceritakan rawatan yang akan

dilaluinya. Apabila Ghazi menyatakan pembedahan tersebut mengambil masa kira-kira
10 jam kepada ibunya, Raidah menjadi gusar lalu bertindak dengan menyediakan sejenis
makanan yang bernama ketupat lepas. Penyediaan ketupat lepas ada kaitan dengan
kepercayaan masyarakat di situ untuk menolak bala. Raidah juga menyuruh Ghazi
membeli tiket kapal terbang ke Singapura. Raidah akan memberi ketupat lepas itu kepada
anaknya itu kononnya untuk menolak bala. Di rumah Bazilah, Waheeda menerima
panggilan daripada ibunya bahawa dia sudah sampai di Singapura. Waheeda terkejut dan
menyatakan kepada ibunya supaya menunggunya. Tiba-tiba ibunya sudah berada di
depan pintu rumahnya. Ibunya membawa ketupat lepas dan menyuruh Waheeda
membuka ikatan ketupat lepas bagi menolak bala lalu dimakannya. Bazilah juga
memakannya. Waheeda amat gembira dengan kehadiran ibunya. Pada keesokan pagi,
Raidah dan Bazilah menemani Waheeda ke SMC. Selepas berjumpa dengan Dr Alma
Chen dan menandatangani beberapa dokumen mereka terus ke bilik bedah. Di luar dewan
bedah, Raidah memeluk anaknya dan mendoakan keselamatan Waheeda. Begitu juga

dengan Bazilah. Kemudian Waheeda berjalan masuk ke bilik bedah dengan hati yang
tabah demi kecantikan wajahnya.

➢ SINOPSIS BAB 6 (METAMORFOSIS)
o Pembedahan terhadap Waheeda yang telah dirancang berjalan dengan lancar. Operasi ini

diketuai oleh Dr Sirrim Ghazizadeh dan dibantu oleh Dr Alma Chen dan Dr Averroes
(Dr.Rushdi). Di dalam bilik pembedahan, keadaan Waheeda sangat tenang dan rela
menjalani pembedahan itu demi kecantikan wajahnya. Pembedahan tersebut mengambil
masa selama 12 jam. Waheeda berasa sangat gembira kerana rupa-rupanya dia ditemani
oleh ibunya yang menunggu di luar bilik pembedahan. Waheeda melangkah keluar dari
SMC bersamasama ibunya selepas membayar bil pembedahan yang jumlahnya berpuluh
ribu ringgit. Waheeda berasa lega kerana hasratnya untuk merubah wajahnya seperti yang
diidamkan sudah terlaksana. Semasa Waheeda berehat di rumah, dia telah membaca satu
tawaran pakej pelancongan yang ditawarkan oleh Timberland Medical dan SMC ke Hotel
Flamingo De La Rossa, Pulau Sentosa, Singapura. Tawaran ini dikhaskan kepada
pelanggan SMC yang membayar 30 ribu ke atas. Waheeda menerima tawaran tersebut.

➢ SINOPSIS BAB 7 (KE PULAU SENTOSA)
o Percutian ke Pulau Sentosa ditemani oleh sahabatnya Bazilah dan Dr Zahari. Waheeda

bersama rakannya menghabiskan masa di pulau tersebut. Kebanyakan masa dihabiskan
dengan membaca buku yang tersedia di hotel tersebut. Mereka juga menghargai anugerah
alam di situ. Jenis tumbuh-tumbuhan yang ada di situ seperti pohon putat laut dan pohon
ketapang yang mengingatkan Waheeda kepada kampung halamannya. Suasana di situ
juga menjadi sumber inspirasi kepada Wheeda untuk memajukan lagi homestay
kepunyaan bapanya. Semasa Waheeda, Bazilah dan Dr Zahari berbincang, tiba-tiba
munculnya Dr Averroes. Dr Averroes juga dikenali sebagai Dr Rushdi. Percutian ini
semakin rancak dengan kehadiran Dr Rushdi. Mereka bersantai bersama-sama berkongsi
pengalaman dan pandangan.

➢ SINOPSIS BAB 8 (HADIAH ALAM)
o Waheeda dan Dr Rushdi terus bercerita. Dr Rushdi menyatakan bahawa kecantikan ialah

tirani yang hadir hanya sementara sahaja. Istilah tirani menurut Dr Rashdi berasal dari
Greek. Persoalan ini menjadi topik perbualan yang panjang antara mereka berdua. Pada
malamnya, sebelum tidur, Waheeda tersenyum teringatkan cerita-cerita yang
disampaikan oleh Dr Rushdi tentang dirinya dan kehebatan orang-orang Sepanyol. Cerita
Dr Rushdi juga mengingatkan Waheeda kepada kehebatan bangsanya dan kampung
halamannya. Sejurus selepas itu, Fatimah telah menelefonnya tentang ke hadiran
Persatuan Agen Pelancongan dan Perjalanan Malaysia (MATTA) ke tempat mereka.
Fatimah juga menerangkan pesta Bung Beratak yang dihadirinya bersama-sama
rombongan tersebut. Selepas itu, melalui e-mel Fatimah juga tentang projek perhotelan
yang dijalankan oleh syarikat Datuk Yaseer yang telah berjalan lancar. Waheeda teringat
semula akan chalet ayahnya yang mungkin jauh ketinggalan berbanding dengan hotel
Datuk Yasser. Waheeda memasang tekad untuk kembali ke Chalet Tajau Emas. Dengan
tidak disangka, Waheeda menerima berita gembira untuk menghadiri satu temu duga
pegawai Perhubungan di Flamingo Resort. Sebenarnya Waheeda telah membuat
persiapan diri dengan menghadiri bengkel Keusahawanan dan Keterampilan diri sebelum
ini. Sebelum tidur pada malam itu, Waheeda berfikir mungkin dia akan berpisah dengan
sahabatnya, Bazilah kerana Flamingo Resort terletak jauh di sebelah selatan Singapura.

➢ SINOPSIS BAB 9 (WAJAH PESOSNO)
o Kehadiran Waheeda sebagai Pegawai Perhubungan Awam yang baru di Flamingo Resort

telah mendapat perhatian oleh pekerja di situ. Kecantikan dan keramahan Waheeda amat
menyenangkan hati beberapa orang staf di situ seperti Lais, Anati dan Kong. Dalam pada
itu, Waheeda bersyukur diterima bekerja di situ. Namun, dia masih teringat kerjanya di
Tajau Emas. Waheeda makan bersama Kong di Restoran La Rosa. Selepas Kong
meninggalkan Waheeda di kafe, Waheeda sempat melihat seorang lelaki yang bernama
Zahid setelah dibisikkan oleh Alex kepadanya. Di rumah Bazilah, semasa kedua-dua
mereka berbual, Dr Zahari muncul. Waheeda sedar sejak belakangan ini, Dr Zahari selalu
datang ke rumah mereka. Tindakan Dr Zahari yang mesra dan seakan-akan tidak
mempedulikan Bazilah menyebabkan Waheeda kurang selesa. Waheeda berasa Dr Zahari

melemparkan pandangan mata yang cukup berlainan yang mungkin menyebabkan
Bazilah cemburu. Peristiwa ini menyebabkan Waheeda menganggap tirani itu memang
benar. Dengan alasan ini, Waheeda mengambil keputusan untuk berpindah ke Flamingo
Resort. Pada minggu pertama di tempat kerja, Waheeda telah menerima tugas yang agak
berat yang diberikan oleh Encik Halloway. Waheeda cuba mengaitkan budaya
masyarakat Singapura dengan masyarakat Sarawak. Waheeda teringat akan orang Ulu,
Long Dance atau Hiven Joh, kebudayaan suku kaum Kelabit, Kayan, Kenyah, Long
Bawang dan Penan. Dalam pada merangka program yang terbaik untuk resort tersebut,
Halloway datang dan mengajak berjumpa dengan Zahid. Dalam pertemuan ini, Halloway
telah menawarkan Waheeda sebagai wakil Flamingo Resort dalam pertandingan ratu
antarabangsa yang akan diadakan pada pertengahan hadapan. Waheeda terkejut
mendengar tawaran tersebut. Keadaan itu diredakan apabila Halloway memuji kecantikan
Waheeda. Setelah Halloway beredar, Waheeda berkenalan dengan Zahid. Melalui
perbualan tersebut, Waheeda dan Zahid begitu teruja dan hati mereka terus berbunga.

➢ SINOPSIS BAB 10 (SENYUM SEPULUH ELA)
o Datuk Yasser berkunjung ke Singapura dan menginap di Flamingo Resort dengan tujuan

untuk menemuinya anaknya Zahid yang baru pulang dari Amerika. Datuk Yasser banyak
membincangkan isu yang terkandung dalam akhbar hari itu,termasuklah tentang Islam,
rasuah, cetak rompak dan sebagainya. Tujuan asalnya untuk bertanya kepada Zahid
tentang kepulangan Zahid dari Amerika. Zahid menjelaskan kepada ayahnya bahawa dia
tidak suka tinggal di sana kerana beberapa isu negatif terhadap Malaysia dan Islam.
Datuk Yasser berasa bersyukur atas keputusan Zahid. Pada malam itu, perbualan anak
beranak itu berkisar kepada pengembangan perniagaan di Kuching, Seri Gading dan
mungkin ke Flamingo. Dalam kerancakan perbincangan, rupa-rupanya senyuman manis
Waheeda terlekat dalam lamunan Zahid. Selepas menikmati makanan tengah hari
bersama Halloway, Waheeda didatangi oleh Zahid. Seterusnya Zahid memperkenalkan
Waheeda kepada ayahnya Datuk Yasser. Perbualan Waheeda dengan Datuk Yasser
semakin rancak kerana Waheeda berasal dari Kuching dan ada kaitan dengan Tajau
Emas. Lantas ada kaitan dengan Seri Gading. Datuk Yasser sangat gembira dan
mencadangkan mereka makan bersama-sama pada malam itu. Waheeda tidak sabar untuk

menceritakan kepada Bazilah tentang pertemuannya dengan Zahid yang mungkin akan
membibitkan sesuatu yang bermakna. Seterusnya, persiapan sedang dibuat oleh Kong dan
Anati yang sibuk memberi idea tentang pakaian yang sesuai dipakai oleh Waheeda ke
Pertandingan Ratu Cantik Miss Tourism Internasional nanti. Waheeda mencadangkan
bahawa dia tidak mahu memakai fesyen yang berbelah sampai ke paha. Sebaliknya dia
akan mengenakan pakaian Gajoh Oleng yang merupakan pakaian tradisi Sarawak

➢ SINOPSIS BAB 11 (ORANG RUMAH SEBELAH)
o Fatimah menerima e-mel menceritakan hubungannya dengan Zahid. Fatimah

menceritakan bahawa Zahid yang ditemui oleh Waheeda adalah anak kepada Datuk
Yasser, tuan punya Sri Gading Holding. Raidah sangat gembira mendengar berita
tersebut Di Flamingo, berita kemenangan Waheeda sebagai Miss Tourism International
disebarkan kepada semua. Detik-detik kegemilangan diceritakan oleh Anati kepada
semua warga Flamingo Resort. Seterusnya Waheeda diberi cuti satu hari. Di biliknya
Waheda menerima bunga daripada Zahid dan Dr. Rushidi. Waheeda juga menceritakan
hubungannya dengan Zahid kepada Bazilah. Bazilah sangat gembira dan berpesan supaya
Waheeda menghantar kad jemputan nanti. Manakala di Tajau Emas pula, Raidah berasa
pelik bila diberitahu rombongan Datuk Yasser akan dating merisik anaknya sedangkan
Waheeda masih berada di Singapura. Acara merisik ini diteruskan juga tanpa kehadiran
Waheeda. Walau bagaimanapun, Raidah mengharapkan Waheeda akan pulang pada
majlis pertunangan itu nanti.

➢ SINOPSIS BAB 12 (BIDADARI DARI LANGIT)
o Tugas Waheeda di Flamingo semakin sibuk. Banyak aktiviti melibatkan dirinya setelah

digelar Ratu Miss Tourism International. Halloway terus sahaja menyarankan beberapa
tugas yang perlu dilaksanakan oleh Waheeda untuk acara di Flamingo. Waheeda tetap
menjalankan tugas yang diberi kepadanya. Sesekali Waheeda berasa kasihan kepada
keluarganya yang sibuk mengurus hal pertunangannya sedangkan dia tiada di sana. Di Sri
Gading, Zahid sering menunggu panggilan daripada Waheeda. Zahid berasa bersyukur
menginap di Flamingo Resort menjurus berkenalan dengan Waheeda. Zahid terus
menelefon Waheeda dan perbualan mereka agak panjang dan mesra. Dalam perbualan

tersebut, Zahid memujuk Waheeda supaya pulang ke Sarawak. Namun Waheeda
memaklumkan kesibukan tugasnya dan kontraknya masih belum berakhir. Kesibukan
persiapan di Tajau Emas disampaikan oleh Fatimah melalui telefon. Tetapi perbualan
mereka sering terganggu dengan bunyi bersin dan Waheeda menerangkan kepada
Fatimah, dia tidak berapa sihat dan sering selesema. Rentetan daripada itu, Waheeda
mendapatkan rawatan dari doktor di klinik panel Flamingo tetapi kesihatannya tetap tidak
berubah. Selesemanya masih berlarutan. Selepas bersin berpanjangan, Waheda berasa
tulang rawan hidungnya runtuh lalu menelefon Dr Rushidi. Kemudian Waheeda terus ke
SMC untuk mendapatkan rawata.

➢ SINOPSIS BAB 13 (MATI HIDUP SEMULA)
o Di Sri Gading, Datuk Yasser sebagaimana biasa, sering menelaah statistik pelancongan

yang semakin meningkat dari semenanjung, Singapura, Sarawak dan Asean. Dia gembira
kerana rezeki semakin bertambah di Sri Gading. Hotel dan Pusat Peranginannya bernilai
RM60 juta. Datuk Yasser menyedari bahawa keuntungannya datangnya dari usaha
Waheeda yang sangat bijak mengiklankan Sri Gading dan Tajau Emas kepada pelancong.
Dalam pada itu, Datin Hazirah, isterinya menyatakan kerunsingan apabila melihat anak
mereka Zahid yang nampaknya gelisah, berjalan mundar mandir akibat tidak dapat
menghubungi Waheeda. Datin Hazirah juga bimbang kerana majlis pertunangan akan
berlangsung hanya tinggal 3 hari sahaja lagi. Keresahan Zahid menunggu Waheeda dapat
diredakan kerana dia ditemani oleh kawan baiknya iaitu Aiman. Zahid berasa cemburu
dan curiga lalu mengimbas kembali cara Kong dan Halloway melayan Waheeda. Dia
berasakan Waheeda berubah hati. Majlis pertunangan yang sepatutnya berlaku pada hari
Ahad bertukar menjadi majlis kenduri doa selamat di rumah Datuk Yasser. Manakala di
rumah Hj Fathir dan Hjh Raidah diadakan majlis pertunangan antara Fatimah dan Ghazi.
Hal ini disebabkan ketidakhadiran Waheeda ke rumahnya kerana dia sedang berada di
SMC untuk menerima rawatan. Kerunsingan yang dialami oleh Zahid menyebabkan dia
mengambil keputusan untuk pergi ke Singapura. Dalam pada itu juga , bapa Waheeda,
HJ. Fathir marah kepada isterinya Raidah dan telah menambahkan kerunsingan kepada
Raidah. Mereka tidak mengetahui apa yang berlaku kepada Waheeda. Hanya Fatimah
dan Ghazi yang mengetahui hal sebenarnya bahawa Waheeda di masukkan semula di

SMC kerana proses rinoskopi untuk merekonstruksi hidungnya yang telah mengalami
satu komplikasi. Walau bagaimanapun, proses tersebut berjaya dilakukan oleh Dr
Rushidi. Sesampainya Zahid di Flamingo, Zahid diberitahu oleh Anati bahawa Waheeda
berada di SMC. Zahid bergegas ke sana. Di sana proses merekonstruksi sudah selesai.
Semasa meninggalkan SMC, Zahid melihat kemesraan antara Waheeda dengan Dr
Rushidi. Zahid cemburu tetapi perasaan itu dapat diredakan apabila Waheeda
menyatakan bahawa situasi tersebut berlaku kerana Dr Rushidi ingin menguji deria bau
dengan menyembur minyak wangi selepas mengalami selesema yang agak teruk. Zahid
kembali tenang.

➢ SINOPSIS BAB 14 (BAGAIKAN PUTERI)
o Pesta perkahwinan antara Zahid dan Waheeda berlangsung di Taju emas. Rombongan

daripada Datuk Yasser hadir dengan deretan kereta yang banyak. Suasana di tajau Emas
sangat meriah. Tetamu yang diundang melebihi 1000 orang. Pelancong yang menjadi
tetamu Sri Gading dan Tajau emas juga menjadi tetamu undangan majlis ini. Antaranya
pelancong dari Arab, Inggeris, Jepun dan lain-lain lagi. Adat istiadat Melayu Sarawak
dipamerkan dengan teratur dan penuh meriah. Adat ini juga menjadi salah satu tarikan
pelancong untuk dating ke daerah itu. Irama muzik tradisional Melayu Sarawak
dihidangkan termasuk paluan kompang yang mengiringi 50 orang ahli hadrah. Suasana
Tajau Emas menjadi gilang gemilang. Upacara ijab kabur telah berjalan dengan jayanya.
Lafaz nikah dapat disempurnakan dengan sekali lafaz sahaja. Selepas acara akad nikah
dan menyarungkan cincin perkahwinan, kedua-dua pengantin diperkenalkan kepada
saudara mara kedua-dua belah pengantin. Majlis perkahwinan ini berlangsung selama dua
hari berturut-turut melibatkan semua kaum di daerah Matang. Datuk Yasser akan
mengadakan majlis sambutan yang serupa di Hotel Seri Gading pada minggu hadapan.
Kedua-dua keluarga yang bersatu itu sungguh gembira

➢ SINOPSIS BAB 15 (HIDUP RANGGI)
o Pemandangan di kawasan kampung Matang dan Kubah begitu indah. Banjaran Matang

yang menghijau dan Gunung Serapi yang membiru dari kejauhan sentiasa kelihatan
mengapung awan. Senario pemandangan dari Tajau Emas hingga ke kaki banjaran

bagaikan lukisan gambar. Ini telah digambarkan oleh zahid semasa dia berada di
kampungnya. Malahan pelancong asing juga memuji pemandangan di kawasan tersebut.
Zahid juga mengenangkan nasib yang akan menimpa kawasan yang menghijau tersebut
sekiranya rancangan untuk membina lapangan terbang kedua bagi Bandaraya Kuching
menjadi kenyataan. Dalam masa yang sama, zahid juga terkenang kehidupannya semasa
berada di luar negara bersama beberapa wanita. Malahan gaya boleh mencairkan hati
wanita. Sejak pertemuan dengan Waheeda di Flamingo, persepsi Zahid tentang cinta dan
kehidupan kini berbeza. Zahid teringat kata-kata kawannya bahawa hidup ranggi tidak
sampai ke mana sedangkan usia semakin meningkat. Dalam dua minggu bergelar
pengantin baru, keintiman semakin terpaut utuh antara Zahid dan Waheeda. Waheeda
juga bersyukur kerana berjaya membina kerjaya serta keterampilan sentiasa meniti di
bibirnya.

➢ SINOPSIS BAB 16 (MIMPI LAIN-LAIN)
o Zahid membaca akhbar di bilik pejabatnya. Kajian yang dibuat oleh The Expert banyak

member gambaran negatif kepada Malaysia. Pada waktu itu Waheeda muncul secara tiba-
tiba dan menyatakan dua ratus ribu pelancong dari timur tengah akan melawat Negara ini
pada tahun depan. Seri gading dan Tajau Emas bakal menempatkan pelancong-pelancong
tersebut yang datang ke Sarawak nanti. Waheeda telah membaca satu pojok ekonomi
Asia yang menyatakan Malaysia jatuh ke nombor lapan dalam kemajuan ekonomi
domestik, khususnya sektor pelancongan. Kemudian dia pula mengambil sekeping wadah
berkaitan alam sekitar yang ditulis oleh NAR, singkatan daripada Nasuha Abdul rahim.
NAR merupakan rakan yang sudah terputus hubungan dengannya. Di sinilah Waheeda
terkenang kembali kawan karibnya itu semasa di sekolah dahulu. Sepanjang pagi zahid
tekun menelaah akaun hotelnya. Dalam masa yang sama, zahid menanti isterinya,
Waheeda untuk makan tengah hari di restoran Sri gading bersamasama. Namun,
Waheeda tidak muncul-muncul. Kesibukan masing-masing menyebabkan mereka banyak
membuat aluan masing-masing. Zahid telah bergegas ke Tajau Emas apabila diberitahu
bahawa Waheeda telah dipanggil oleh pelanggan lelaki. Di Chalet tajau Emas, Zahid
ternampak lelaki itu berjabat tangan dengan Waheeda agak lama. Zahid kenal lelaki itu
datangnya dari Dubai. Waheeda beredar cepat dari situ bagi mengelakkan ketegangan

dengan suaminya, Zahid. Zahid perasan apabila sesekali terserempak pandangan
pelanggan terhadap isterinya. Kecantikan serta keterampilan Waheeda seolah-olah kini
menjadi milik masyarakat. Bagi Datuk Yasser pula, Waheeda bukan sahaja menantu yang
cekap malah berupaya mengendalikan perniagaan dengan baik. Datuk Yasser akur
dengan kehendak menantunya, Waheeda yang tidak ingin bergabung antara Seri Gading
dengan Tajau Emas kerana Waheeda ingin berdikari. Waheeda cuba membandingkan
perwatakan Datuk Yasser dengan ayahnya. Di mana ayahnya suka berkebun manakala
Datuk Yasser bekerja dalam bilik berhawa dingin. Waheeda kagum dengan semangat dan
tenaga yang dimiliki oleh ayahnya..

➢ SINOPSIS BAB 17 (KONFLIK)
o Waheeda berasa tidak sedap hati, mentuanya Datuk Yasser seakan membayangkan

dirinya seolah-olah manusia individualistik apabila enggan menerima cadangan
penggabungan Seri Gading-Tajau Emas. Waheeda ingin berdikari dan ingin membina
empayar sendiri. Walaupun begitu, Waheeda sentiasa bersedia datang ke Seri Gading
untuk membantu. Waheeda banyak terkenangkan masa-masa lalunya. Di mana masa
santainya biasanya diluangkan bersama-sama ibunya. Pada masa ini juga, Waheeda
mengusap-usap atas blaus ungu nipis yang melindungi perutnya yang kini mencecah
lapan bulan. Waheeda berbual-bual dengan ibunya tentang dirinya. Raidah cukup terhibur
mendengar luahan rasa anaknya. Di samping itu, Waheeda masih memikirkan perubahan
360 darjah yang berlaku dalam dirinya. Cantik dicemburui, hodoh pula dihina. Awal
tengah hari, Waheeda ke farmasi di Mall Matang Jaya untuk membeli ubat migrain.
Namun ubat yang hendak dibelinya tiada stok di farmasi tersebut. Waheeda berasa dia
perlu bergantung kepada ubat untuk meredakan sakit kepalanya. Mungkin stres, tumpuan
kerja, kerenah suami dan macammacam lagi. Bagi Zahid, Waheeda obsesi dengan kerja.
Manakala Waheeda menganggap Zahid merupakan seorang yang kuat cemburu.
Sedangkan Waheeda jujur dengan suami, Zahid. Hati Waheeda begitu tergores apabila
Zahid mengungkit insiden di Tajau Emas tempoh hari dan peristiwa semasa di SMC
dahulu pun masih dalam ingatan Waheeda. Pada malam itu, Waheeda berseorangan
setelah sehari suntuk tidak bersama suaminya. Waheeda sudah pun tidur apabila Zahid
pulang dari Seri Gading. Awal malam itu, Waheeda baring di atas katil mengingatkan

kenangan dalam kenangan yang melingkari hidupnya. Ibunya, Raidah tidak menyebelahi
sesiapa dan menasihati Waheeda supaya menjaga pergaulan dan agar tidak ingkar dengan
suami. Raidah faham bahawa keresahan dan sensitiviti hanyalah pembawaan anak dalam
kandungan.

➢ SINOPSIS BAB 18 (DILANDA NOSTALGIA)
o Zahid menemani isterinya menuruni Bukit Matang yang merakamkan sejarah hidup

kehidupan Fadhil sekeluarga. Pada waktu inilah Zahid dan Waheeda bergurau tentang
pendatang tanpa izin yang ditujukan kepada Zahid. Sesampainya di bawah, Waheeda
telah disambut oleh Halloway. Halloway bersama Dr Rushdi telah datang bercuti ke Seri
Gading tanpa pengetahuan Waheeda. Mereka telah mengimbau semasa di Flamingo
Resort. Kemesraan yang terjalin mereka menyebabkan Zahid meminta diri untuk
menyambung joging. Pada waktu inilah, Halloway dan Dr Rushdi memuji kecantikan
Waheeda dan kecantikan dan kehebatan wanita-wanita dahulu seperti Halen of Troy,
Cleopatra, Ratu Saba’ dan ramai lagi. Zahid melenting di hujung talian telefon
sekembalinya Waheeda ke biliknya. Zahid meragui kejujuran dan keikhlasan Waheeda.
Hati Waheeda tergores lagi. Malam itu Zahid tidak pulang ke rumah di Tajau emas
dengan alasan untuk menonton bola. Nostalgia pada peringkat awal begitu romantik bagi
pasangan Waheeda dan Zahid terutamanya apabila mengetahui kehadiran orang baru.
Namun, sejak peristiwa itu, hati Waheeda mudah tersentuh. Dia terkesan dinginnya
perhubungan dengan suaminya. Waheeda rimas melihat suaminya yang terlalu cemburu.
Riadah, ibu Waheeda termenung di katilnya. Kini menantunya semakin menjauhkan diri.
Riadah menasihati Waheeda supaya jangan membiarkan suaminya lalai akan
tanggungjawabnya. Bertubi-tubi motivasi diri memasuki benaknya. Waheeda pasrah
dengan laluan yang dihadapinya. Waheeda bangun sebelum mentari menyinari bumi.
Selepas bersenam kecil, Waheeda ke dapur. Raidah memberitahu Waheeda bahawa ada
tetamu yang dating iaitu Nasuha dan kawannya Balqis dari BERNAMA. Mereka datang
bersama pasukan BRP bagi menyiasat kes seorang menteri kanan yang dituduh rasuah.
Waheeda berbual dengan Nasuha tentang zaman hodohnya dan mengenai suaminya,
Zahid. Nasuha terkesima mendengar cerita yang disampaikan oleh Waheeda. Menurut

Waheeda, bila-bila masa sahaja dia akan bersalin. Pada petang itu, Nasuha menemani
Waheeda dan Raidah ke Hospital Normah tanpa kehadiran Zahid.

➢ SINOPSIS BAB 19 (BAGAIKAN BONGKAH BATU)
o Waheeda telah dimasukkan ke Hospital Normah untuk bersalin. Di wad eksklusif

Hospital Normah, Raidah tidak senang duduk. Menyedari keadaan itu, Waheeda
menyatakan bahawa Zahid tidak datang. Pada masa itu juga, Datin Hazirah, ibu
mentuanya dating menziarahinya dengan membawa jambangan bunga pemberian Zahid.
Ibu mentuanya menyatakan Zahid sibuk kerana di hotelnya berlangsung konvensyen
antarabangsa. Sebaik Datin Hazirah meninggalkan bilik tersebut, fikiran Waheeda
teringat akan nada kasar Zahid yang menuduhnya bermain kayu tiga, nusyuz, ingkar dan
banyak lagi. Zahid suka mengungkit perkara-perkara yang sudah berlaku. Paling
menyakitkan hati Waheeda apabila Zahid tidak pasti anaknya, Izzati itu anaknya. Raidah
telah menasihati Waheeda supaya banyak bersabar bagi meredakan perasaan tersebut.
Waheeda telah pergi berjumpa dengan Nurjihan iaitu sepupu Balqis yang bekerja di
Makmal Spektro-Kimia. Waheeda mengajak Nurjihan makan di Sego Center atau Sukma
Ria. Di sini, Waheeda dan Nurjihan berbincang tentang ujian DNA terhadap anaknya,
Izzati. Waheeda telah membawa sampel rambutnya, rambut Zahid dan rambut Izzati.
Waheeda telah mengetahui maklumat tentang ujian DNA setelah disampaikan oleh
Nurjihan. Di rumahnya, Waheeda tidak sabar-sabar membaca artikel mengenai ujian
DNA yang diharapkan dapat membantu membersihkan namanya. Dia membaca berulang
kali demi untuk memberi kefahaman tentang ujian DNA. Di bilik tidurnya, Zahid
memerhati wajah bayi kecil yang banyak persamaan dengan Waheeda. Manakala rambut
lebat seperti dengan. Hidungnya peset tidak sama dengan hidung Waheeda dan Zahid.
Pada masa inilah, Zahid melemparkan tuduhan terhadap Waheeda. Waheeda telah
menunjukkan DNA yang telah dibuatnya. Waheeda berusaha menyelamatkan rumah
tangganya. Namun Zahid telah meninggalkan bilik tidurnya. Sejak belakangan ini,
kompromi antara Waheeda dan Zahid, seolah-olah terburai oleh sikap Zahid yang jarang
balik ke Tajau Emas. Ramai kawan-kawannya telah menenangkan Waheeda. Sekiranya
Zahid dating, datangnya untuk menambahkan luka di hati Waheeda. Raidah berasa
senang dan terus ke bilik Waheeda. Raidah perasan perubahan yang dialami oleh

Waheeda. Perasaan sayang dan cintai terhadap Zahid menjadikan jiwa Waheeda tidak
tenteram. Kemurungan Waheeda juga dapat diperhatikan oleh Ghazi dan mencadangkan
agar Waheeda mendapat bantuan pakar perubatan dan kaunseling

➢ SINOPSIS BAB 20 (KE PUSAT RAWATAN ISLAM)
o Lais tiba-tiba sangat terperanjat dan amat gembira apabila terserempak dengan Waheeda

di PUSRAWI. Kedua-dua mereka saling bertanya khabar dan Lais menjelaskan kepada
Waheeda bahawa kedatangannya menemani bapa saudaranya Pak Cik Aziz ke pusat
rawatan tersebut. Lais juga menerangkan bahawa Pak Cik Aziz telah diserang strok dan
kedatangan mereka ke situ bertujuan untuk mendapatkan rawatan. Lais menceritakan
bahawa selepas bekerja di Flamingo Resort dia telah membantu bapa saudaranya di
chalet dan kebun strawberi di Cameron Highlands. Selepas diisyhtiharkan bankrap, Pak
Cik Aziz ingin menjualkan perusahaannya. Selepas keluar dari bilik rawatan, Lais
memperkenalkan pakciknya kepada Waheeda, Raidah dan Ghazi. Sebelum beredar Lais
sempat meninggalkan alamat mereka di Cameron Hihglands dan nombor telefon kepada
Ghazi. Selepas itu Waheeda pula dipanggil untuk bertemu dengan kaunselor yang
bernama Dr.Qamariah. Waheeda telah menerangkan segala kesedihan yang dihadapinya,
bidang kerjayanya, dan sikap suaminya Yazid seorang yang panas baran dan kuat
cemburu sehingga melafazkan cerai talak satu kepadanya di hadapan keluarganya.
Setelah mendapat nasihat daripada Dr. Qamariah, serta sokongan moral ibu dan abangnya
Ghazi, Waheeda bersyukur dan berterima kasih serta semakin berfikiran positif, Waheeda
sudah berubah dan tidak murung lagi. Waheeda ingin memulakan hidup baru. Ghazi yang
sedang berada di apartment mereka di Kajang, tiba-tiba teringat akan chalet Pak Cik
Aziz. Lalu dia menelefon Lais dan Ghazi diberitahu bahawa Pak Cik Aziz akan
menjualkan chaletnya ‘Iwana-Iwani’ . Ghazi bersetuju dan akan berjumpa mereka pada
keesokan harinya.

➢ SINOPSIS BAB 21 (SINAR DI HUJUNG TEROWONG)
o Raidah menyuarakan hasratnya untuk pulang ke Tajau Emas. Dia amat rindu akan

cucunya Izzati. Di rumah Pak Cik Aziz pula perbincangan tentang pengambilalihan
Chalet Iwana-Iwani sedang berjalan rancak. Pak Cik Aziz menerangkan punca dia
diisytiharkan muflis kerana penyelewengan yang dilakukan oleh pekerja-pekerjanya.
Ghazi dan Waheeda amat berminat untuk membantu Pak Cik Aziz untuk mengambi; alih
Chalet Iwana-Iwani di Cameron Highlands setelah pergi melihat sendiri esok. Urusan
mengambil alih berlaku dan urusan dengan Bank Rakyat berjalan lancar. Dalam pada itu
Waheeda menyuarakan hasratnya untuk tinggal di Cameron Highlands kepada Ghazi. Dia
ingin melupakan kenangan pahit antara dia dan Zahid di Tajau Emas dan Seri Gading.
Dia mengharapkan Tajau Emas dapat diuruskan oleh Ghazi dan keluarga. Chalet Iwana-
Iwani diberi nama baharu dan Waheeda mengharapkan anaknya Izzati akan menjejak
langkahnya menjadi seorang ahli perniagaan yang berjaya.

➢ SINOPSIS BAB 22 (BAGAIKAN AIR GUNUNG)
o Sambil dia berehat, Waheeda teringat akan laporan DNA yang disimpannya berpuluh

tahun dahulu. Laporan itu membuktikan bahawa Izzati ialah anaknya dan Zahid. Dia
membacanya. Tanpa disedarinya Izzati hadir menunjukkan gambar-gambar yang
diambilnya semasa dia menerima Ijazah. Mereka terus berbincang tentang rupa paras
masing-masing. Izzati hairan melihatkan wajahnya tidak secantik ibunya. Hidungnya
penyet tetapi hidung ibunya mancung. Namun Waheeda terus menguatkan keyakinan diri
anaknya bahawa kecantikan rupa paras tidak semestinya membawa bahagia malah
kecerdikan otak amat perlu. Waheeda terus mengharapkan Izzati terus bersyukur kerana
Allah mengurniakannya otak yang pintar. Dengan kebijaksanaan dan kelulusan Izzati
dalam bidang pelancongan, Chalet Aya-Sajinah (nama baru kepada Chalet IwanaIwani)
telah berkembang maju dan dikunjungi oleh ramai pelancong dari dalam dan luar negeri.
Rezeki yang diterima oleh Waheeda dan Izzati melimpah-ruah bagaikan curahan air dari
gunung. Keterampilan Izzati mengendalikan Aya-Sajinah terbukti apabila pada suatu pagi
Lais melihat Izzati menghormati dua orang pelancong warga emas yang mula mendaftar
di chalet itu.

➢ SINOPSIS BAB 23 (SEJUK-SEJUK TROPIKA)
o Pada petang itu Zahid dan Aiman menghabiskan masa santai di Cafe Iwani. Sambil

menghirup kopi panas dan menikmati kesegaran udara di situ, Zahid menceritakan kisah
hidupnya kepada Aiman. Bermula dengan kecantikan bekas isterinya, kecurigaannya
akan kesetiaan, kelahiran anaknya yang tidak langsung serupa dengan wajahnya dan
isterinya sehingga tindakannya menceraikan isterinya. Aiman baru saja mengetahui
bahawa Zahid sudah keseorangan semula sekarang. Zahid juga mengatakan bahawa
kecantikan itu hanyalah tirani. Zahid juga mengakui bahawa kesempurnaan fizikal juga
hanya sementara, kerana pada bila-bila masa manusia boleh menjadi cacat sebagaimana
dirinya yang menjadi tempang akibat kemalangan. Lais sentiasa berada di kaunter dan
dapat mencuri dengar akan perbualan antara Zahid dan Aiman. Lais cuba mengajak Izzati
berada di kaunter pada waktu malam untuk melihat para pelancong yang menjadi tetamu
chalet itu kerana pada waktu siang mereka menghabiskan masa dengan bersiar-siar di
luar chalet. Lais juga mengajak Izzati berada di kaunter untuk mendengar perbualan
antara dua orang tetamu mereka yang mendaftar pagi tadi. Perbualan mereka agak kuat
dan mereka banyak bercerita tentang Kuching, Kuala Lumpur dan Los Angeles. Izzati
bersetuju untuk menemani Lais selepas waktu isyak di kaunter. Pada malam itu, Zahid
dan Aiman masuk ke kafe. Zahid sempat bertembung mata dengan Lais dan Izzati di
kaunter. Wajah dan senyuman Izzati amat meninggalkan kesan di hati Zahid dan
menyatakan kepada Aiman bahawa gadis di situ anggun. Perbualan antara Aiman dan
Zahid berkisar tentang kekesalan Zahid yang menceraikan isterinya akibat curiga dan
menuduh isterinya curang melahirkan anak yang tidak mewarisi wajah mereka berdua.
Zahid juga menceritakan kepada Aiman tentang sikapnya yang tidak mahu membaca
laporan data DNA tentang anak mereka. Zahid juga kesal kerana telah ditimpa
kemalangan jalan raya di Los Angeles mengakibatkan kakinya tempang dan doktor
mengesahkan bahawa dia tidak lagi berdaya mendapat zuriat. Izzati yang mendengar
terkedu. Manakala Lais pula lebih daripada terkedu, malah dia dapat mengaitkan Zahid,
seseorang pemuda yang kacak yang pernah dikenalinya di Flamingo Resort ketika dia
bekerja di sana dahulu. Ketika ingin membuat pembayaran di kaunter, Zahid sempat
menenung wajah Izzati dengan satu tenungan yang agak berlainan dan menyatakan
bahawa apabila dia memandang wajah Izzati dia teringat akan anaknya. Apabila ditanya,

Zahid mengatakan anaknya bernama Izzati. Izzati terharu dan terkejut. Izzati pulang
dengan wajah yang agak pelik dan berlainan menyebabkan Waheeda juga agak hairan
melihat tingkah laku anak gadisnya itu.

➢ SINOPSIS BAB 24 (KAMA HATI)
o Sekembalinya ke bilik pada malam itu, Zahid amat sukar melelapkan mata. Ingatannya

terpaku kepada gadis di kafe tadi, yang benar-benar menggugat fikirannya. Senyuman,
wajah, bulu matanya, lekuk pada dagu, dan lesung pipit,pada wajah gadis itu seolaholah
entiti dirinya dan gerak- geri gadis itu mengingatkannya kepada seseorang yang pernah
disayanginya. Zahid amat menyesali dirinya yang enggan melihat laporan DNA dulu
sekurang-kurangnya dia akan pasti anak itu anaknya atau bukan. Zahid memohon agar
Allah memberi petunjuk kepadanya. Pada pagi esoknya Zahid muncul awal di Restoran
Iwana. Harapannya akan dapat melihat wajah Izzati dengan lebih dekat lagi. Akhirnya
pertemuan Zahid dengan Izzati mengungkapkan rasa kesal, sedih, dan reda kerana gadis
yang dilihatnya dalam tiga hari itu ialah anaknya yang selama ini dirindunya. Zahid juga
ingin menemui Waheeda untuk meluahkan perasaan rindu, kesal dan bersalah akibat
tindakannya mengabaikan dan meninggalkan Waheeda dan Izzati selama 20 tahun.
Pertemuan Zahid dan Waheeda pada petang itu dalam suasana marah, kesal, sedih dan
sayu seolah-olah Waheeda tidak mahu memaafkannya. Namun Waheeda berasa amat
bertuah kerana Allah telah mengurniakan seorang anak yang sangat mulia jiwanya dan
meminta ibunya memaafkan ayahnya

KEKUATAN NOVEL

Novel yang saya kaji di Tingkatan 5 iaitu Novel Tirani karya Beb Sabariah. Terdapat
beberapa kelebihan dalam novel ini.

Pada pendapat saya, novel ini banyak menerapkan nilai-nilai murni yang dapat dijadikan
teladan dan panduan dalam kalangan pembaca. Sebagai contoh, nilai kegigihan yang ditunjukkan
oleh Waheeda sebagai pengusaha Chalet Tajau Emas, Waheeda Nurlyana telah berusaha sedaya-
upaya untuk mengembangkan perniagaan di bawah sektor pelancongan itu. Waheeda turut
menyediakan pakej pelancongan yang berbentuk ekopelancongan dan agropelancongan kepada
pengusaha walaupun menerima saingan sengit daripada pengusaha hotel dan chalet yang lain.

Selain itu, novel ini juga tampak menarik kerana binaan jalan cerita yang berdasarkan binaan
plot iaitu permulaan, perkembangan, klimaks, perumitan dan pengakhiran membuatkan jalan
cerita novel ini menarik minat pembaca. Sebagai contoh, bahagian perumitan menyatakan
bahawa Halloway dan Dr Rushdi membuat kejutan mengunjungi penginapan Waheeda di
Matang dan kedatangan mereka mencetuskan rasa cemburu suaminya. Waheeda leka berbual
dengan Halloway dan Dr. Rushdi disebabkan mereka sudah lama tidak bertemu sekali lagi
mendatangkan rasa cemburu kepada suaminya , Zahid. Malam itu berlaku krisis antara Zahid dan
Waheeda sehingga Zahid mengambil keputusan untuk tidak pulang ke bilik tidurnya. Raidah
dapat merasakan sikap menantunya semakin menjauhkan diri daripada isterinya, Waheeda dan
seluruh ahli keluarganya. Waheeda selamat melahirkan bayi perempuan di bilik wad eklusif
Hospital pakar Normah, Zahid tidak datang menjenguk bayinya. Waheeda meminta dan merayu
suaminya agar melihat hasil laporan DNA apabila suaminya, Zahid mempertikaikan status Izzati
sebagai anak kandungnya.

Seterusnya, novel ini juga disertakan dengan gaya bahasa bagi menyerlahkan lagi jalan
penceritaan membuatkan jalan cerita novel tampak lebih menarik untuk dihayati oleh pembaca
seperti elemen simile. Sebagai contoh, Serta-merta timbullah gambaran dirinya seperti mumia
Mesir kuno yangsedang berada di perbaringan untuk pameran…Fatimah terus menghampiri meja

pengurus Tajau Emas yang kelihatan ceria bagaikan bunga cina kembang pagi.Fatimah terus
menghampiri meja pengurus Tajau Emas yang kelihatan ceria bagaikan bunga cina kembang
pagi.

Di samping itu, novel ini juga amat membantu dalam memberi pengajaran kepada pembaca.
Sebagai contoh, kita hendaklah berani menghadapi risiko dalam melaksankan sesuatu pekerjaan
untuk meraih kejayaan.

Akhir sekali, perwatakan Waheeda yang cekal mengharungi liku-liku yang manis dalam alam
rumah tangganya bersama-sama dengan Zahid sehingga beroleh cahaya mata perempuan dapat
menjadi pedoman kepada pembaca terutamnya mereka yang ingin mendirikan rumah tangga
yang aman dan damai.

KELEMAHAN NOVEL

Novel yang saya kaji di Tingkatan 5 iaitu iaitu Novel Tirani karya Beb Sabariah. Terdapat
beberapa kelemahan dalam novel ini.

Pada pendapat saya, sikap si Nuar, si Man dan Mat gusi yang buruk dapat mempengaruhi
kelakuan pembaca terutamanya dalam kalangan kanak-kanak kerana perkara seperti ini menjadi
kebiasaan dalam masyarakat kini.

Selain itu, tindakan waheeda ingin melakukan pembedahan plastik kerana tidak yakin akan
penampilannya merupakan pengaruh buruk kerana perbuatan tersebut adalah dilarang di sisi
agama.

Seterusnya, unsur jalan cerita novel yang patut dielakkan kerana novel menceritakan
tentang perjalanan waheeda untuk menjalani pembedahan plastik sedangkan perbuatan tersebut
adalah haram di sisi agama islam.

Akhir sekali, jalan cerita mempunyai terlalu banyak maklumat yang disampaikan
berkemungkinan membuatkan jalan cerita tampak bosan dan akan berkemungkinan besar
memudaratkan bilangan pembaca.

PENAMBAHBAIKAN NOVEL

Pada pendapat saya, penambahbaikan yang boleh ditambah dalam novel ini bagi memastikan
jalan cerita novel ini tampak menarik oleh pembaca ialah pembaca mestilah berhati-hati dalam
menjadikan novel ini sebagai contoh kerana terdapat beberapa sikap negatif seperti sikap si Nuar,
si Man dan Mat gusi yang buruk dapat mempengaruhi kelakuan pembaca terutamanya dalam
kalangan kanak-kanak kerana perkara seperti ini menjadi kebiasaan dalam masyarakat kini.

Selain itu, pengarang perlu mengelakkan daripada menghasilkan novel yang mempunyai
unsur-unsur yang dilarang di sisi agama islam kerana sesi pembedahan plastik adalah haram di
sisi agama islam supaya tidak menjadi ikutan pembaca

Seterusnya, sikap negatif yang perlu dielakkan oleh pembaca ialah tiada keyakinan diri
kerana dengan alasan mempunyai rupa paras yang tidak cantik sehingga sanggup melakukan
perkara yang dilarang di sisi agama.

Akhir sekali, pengarang mestilah mengurangkan isi maklumat yang kurang penting agar
jalan penceritaan tidak terlalu panjang dan mempunyai kemungkinan tinggi akan membuatkan
pembaca bosan akan plot cerita novel itu.

PENGENALAN NOVEL

(JILID 7)

7. NOVEL BIMASAKTI MENARI KARYA SRI RAHAYU MOHD YUSOF
➢ CERITA RINGKAS
o Kegigihan anak muda dalam usaha melestarikan alam sekitar. Nurul Hafsa, Muhammad
Taufik dan Budiman telah bersatu hati dalam berjuang untuk melestarikan alam sekitar.
Mereka cuba memulihkan populasi kelip-kelip dan mengembalikan kegelapan langit di
Kuala Selangor sebagai kawasan mencerap bintang.
➢ BIOGRAFI PENGARANG

➢ Penulis dikenali dengan nama Sri Rahayu Mohd Yusop. Nama penuh beliau ialah Sri
Rahayu binti Mohd Yusop. Beliau lahir di Tanjong Karang, Selangor pada 18 Jun 1976
dan menjalani Pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Batu 9, Tanjong Karang
dari tahun 1983 hingga 1988. Kemudian, Beliau menjalani Pendidikan menengah di
Sekolah Tun Fatimah, Johor Bahru, Johor pada tahun 1989 hingga 1993. Seterusnya,

beliau melanjutkan pelajaran di Maktab Perguruan Ilmu Khas, Cheras; University of
Otago, New Zealand dan Dunedin College of Education, New Zealand pada tahun 1994
hingga 1999 dan berkarier sebagai seorang guru Bahasa inggeris di SMK Dato’ Harun,
Tanjong Karang pada tahun 2000 hingga 2003 dan di SMK Pandan Jaya, Ampang pada
tahun 2004 hingga 2020.

➢ GAMBARAN NOVEL

SINOPSIS NOVEL

➢ SINOPSIS KESELURUHAN
o Novel ini mengisahkan Nurul Hafsa yang bertugas sebagai Pegawai Sains di Balai Cerap

Sultan Salahuddin. Beliau dikunjungi oleh pelajar-pelajar dari Jepun untuk melihat buruj
Orion atau buruj Belantik dengan mata kasar, tanpa sebarang bantuan alat pencerap
namun gagal kerana langit terlalu cerah. Nurul Hafsa yang pada mulanya runsing dengan
situasi tersebut akhirnya telah mengambil langkah bijak bagi menyelesaikan masalah
tersebut dengan mengemukakan hujah yang dapat diterima oleh kumpulan pengunjung
tersebut. Dia dengan berani telah mengakui kekurangan yang berlaku pada malam
tersebut berpunca daripada kesan negatif akibat pembangunan pesat yang berlaku di
Kuala Selangor. Nurul Hafsa mengambil keputusan untuk melihat sendiri kelip-kelip di
Kampung Kuantan. Beliau kecewa kerana tidak banyak kelip-kelip di situ, apatah lagi
anak sungainya dipagar untuk menghalang bot atau sampan melaluinya. Budiman
mengajak Nurul Hafsa menemui ‘lelaki kelip-kelip’ atau nama sebenarnya Muhammad
Taufik yang merupakan pemilik anak sungai tersebut. Muhammad Taufik berbuat
demikian agar populasi kelip-kelip tidak terancam. Nurul Hafsa membentangkan Projek
Kawasan Simpan Langit Gelap di hadapan Menteri Besar, ahli akademik, ahli perniagaan
dan orang awam di bangunan SUK Shah Alam. Rancangannya ditentang oleh Dato’
Johann Arlington dan dia mengatur rancangan untuk mengupah tiga orang tonto bagi
menyiasat pergerakan Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik dan memastikan mereka tidak
dapat melaksanakan projek tersebut. Berita kemalangan Muhammad Taufik mengejutkan
Nurul Hafsa. Ketua Inspektor Lim mengesyaki kemalangan itu dirancang oleh musuhnya.
Selepas peristiwa itu, Nurul Hafsa pula menjadi mangsa apabila diculik dan abangnya,
Budiman cedera dipukul. Muhammad Taufik cuba membebaskan Nurul Hafsa dengan
mengikut arahan penculik untuk berjumpa di stesen minyak Petronas. Nurul Hafsa
dibebaskan tetapi Muhammad Taufik pula diculik. Nurul Hafsa cuba menyelamatkan
Muhammad Taufik dengan membuat laporan polis di IPD Kuala Selangor. Balai Polis
Bestari Jaya menerima aduan daripada penduduk setempat bahawa terdapat aktiviti bukan
perladangan dan pihak polis membentuk Pasukan Gerak Khas. Pasukan ini menyerbu dan

berjaya menembak tiga lelaki dan beberapa orang lelaki keluar menyerah diri.
Muhammad Taufik diselamatkan oleh Ketua Inspektor Lim. Nurul Hafsa, Haji Yassir dan
Budiman berada di Masjid Jamik Sultan Ibrahim Kuala Selangor untuk menghadiri
kenduri kesyukuran bagi meraikan pernikahan kali kedua Tan Sri Muhaimin dan bekas
isterinya. Tan Sri Muhaimin menyampaikan ucapan ringkas dengan menyatakan rasa
syukur beliau ke hadrat Ilahi dengan kembalinya anak dan isteri ke pangkuan beliau dan
musuh perniagaannya, Dato’ Johann Arlington pula bakal dihadapkan kemuka
pengadilan. Dalam majlis tersebut, Muhammad Taufik meluahkan isi hatinya terhadap
Nurul Hafsa. Muhammad Taufik menyampaikan hasratnya untuk menghantar rombongan
lamaran ke kediaman orang tua Nurul Hafsa.

➢ SINOPSIS BAB 1 (JANJI SRIKANDI)
o Dalam bab Janji Srikandi, penulis bercerita tentang Nurul Hafsa yang melalui hari

pertamanya bekerja sebagai Pegawai Sains di Balai Cerap Sultan Salahuddin, Kuala
Selangor. Sekumpulan pengunjung yang terdiri daripada kumpulan murid dan guru
pengiring dari Sekolah Rendah Kichihimahigashi, Hiroshima hadir ke balai cerap
tersebut untuk melihat buruj Orion atau buruj Belantik dengan mata kasar, tanpa sebarang
bantuan alat pencerap. Malangnya, Nurul Hafsa telah menghadapi masalah di luar
jangkaannya apabila langit pada malam tersebut yang sepatutnya telah benar-benar gelap
tetap cerah. Nurul Hafsa yang pada mulanya runsing dengan situasi tersebut akhirnya
telah mengambil langkah bijak bagi menyelesaikan masalah tersebut dengan
mengemukakan hujah yang dapat diterima oleh kumpulan pengunjung tersebut. Dia
dengan berani telah mengakui kekurangan yang berlaku pada malam tersebut berpunca
daripada kesan negatif akibat pembangunan pesat yang berlaku di Kuala Selangor. Pada
malam tersebut, Nurul Hafsa telah menanam azam dalam jiwa seterusnya berjanji kepada
para pengunjung bahawa dia akan memulihkan keadaan yang berlaku dengan sedaya
upayanya. Pada mulanya, Puan Wickham mempersoalkan kemampuan manusia untuk
menggerakkan bintang kembali ke kawasan pencerapan. Namun, Nurul Hafsa dengan
hujah bijaknya menyatakan bahawa bintang-bintang sememangnya sedia ada di langit,
hanya mata manusia sahaja yang tidak dapat melihat. Sedikit cahaya akan membuka deria
manusia, manakala banyak cahaya pula akan menutup deria kita. Dia memaklumkan

bahawa tuhan menciptakan deria manusia dengan penuh keterhadan agar kita tidak leka
dengan sesuatu yang tidak dapat dilihat oleh deria.

➢ SINOPSIS BAB 2 (WICHAM)
o Dalam bab ini, penulis mendedahkan bahawa Puan Wickham yang hadir sebagai

pengiring kumpulan pelajar dari Hiroshima, Jepun merupakan ibu kepada salah seorang
Pegawai Cerap Sultan Salahuddin yang bernama Muhammad Taufik. Muhammad Taufik
berasa kesal dengan janji yang dibuat oleh Nurul Hafsa terhadap pengunjung tersebut
kerana dia benar-benar kenal dengan ibunya, Puan Wickham yang akan datang lagi
bersama kumpulan pengunjung tersebut untuk menuntut janji yang dilafazkan oleh Nurul
Hafsa. Walaupun Puan Wickham dan anaknya, Muhammad taufik tinggal berjauhan
namun kekerapan mereka berkomunikasi melalui rangkaian sosial menyebabkan mereka
tidak kekok untuk berbual setiap kali bersua muka. Mereka mempunyai minat dalam
bidang yang sama. Pada malam tersebut Muhammad Taufik menjemput ibunya untuk
bermalam di rumah prototaip Ikhtiar TeknoAlam yang diusahakan olehnya. Hal ini bagi
membolehkan Puan Wickham memberikan pendapat beliau tentang projek pembinaan
rumah mesra alam komersial yang sedang diusahakan oleh anaknya, Muhamad Taufik.
Muhammad Taufik bersyukur atas kepulangan ibunya walaupun dia tahu apabila subuh
menjelang, ibunya akan pergi kembali meneruskan tugas beliau.

➢ SINOPSIS BAB 3 (SUNGAI RAHSIA)
o Nurul Hafsa memutuskan untuk melakukan kajian terlebih dahulu tentang kebenaran

kata-kata kumpulan pengunjung dari Hiroshima yang kecewa kerana tidak dapat melihat
kelip-kelip di Kuala Selangor sebelum dia bertanyakan hal tersebut kepada abangnya,
Budiman. Nurul Hafsa telah pergi ke tempat orang melihat kelip-kelip dengan menaiki
kereta yang dipandu oleh ayahnya, Haji Yassir. Sesampai di sana, Haji Yassir tidak
berminat untuk bersama-sama Nurul Hafsa menaiki bot untuk melihat kelip-kelip. Hal ini
disebabkan seumur hidupnya Haji Yassir tinggal di Kampung Kuantan dan tidak pernah
ke mana-mana selain ke Tanah Suci Mekah. Dalam imaginasi Nurul Hafsa, dia nampak
kelip-kelip terbang dalam satu gerombolan dengan jumlah berjuta-juta ekor dan
melakukan kerlipan secara serentak. Malangnya, pemandangan hebat tersebut hanyalah

khayalan semata-mata. Realitinya, menunggu kehadiran serangga tersebut bagaikan
mereka menunggu kehadiran tetamu yang sangat pemalu. Akhirnya, Nurul Hafsa
menerima kanyataan bahawa perkara inilah yang dialami oleh kumpulan pengunjung dari
Jepun yang terbang beribu-ribu batu jauhnya tetapi hanya dapat menyaksikan kelip-kelip
yang cahayanya separuh mati kerana bilangannya yang sedikit. Nurul Hafsa turut
mengajak pengemudi bot yang dinaikinya untuk melalui suatu kawasan cabang sungai
milik persendirian yang dikatakan menjadi tempat kumpulan kelip-kelip berkelip
serentak seperti lampu-lampu hiasan. Namun demikian, dia begitu kecewa kerana
kawasan persendirian tersebut tidak dapat dilalui oleh mereka. Sepanjang perjalanan
pulang, Nurul hafsa melayan perasaan sambil memikirkan sudut hujahan yang bakal
dibentangkan dalam satu persidangan kemuncak fantasi. Kuala Selangor yang berubah
menjadi bandar pelancongan telah dicemari oleh pencemaran cahaya dengan senyap.

➢ SINOPSIS BAB 4 (BUDIMAN)
o Budiman kembali ke rumah dengan menaiki sebuah kereta jenis hibrid seperti yang

diimpikan oleh Nurul Hafsa. Budiman dan adiknya makan tengah hari bersama ayah
mereka, Haji Yassir. Seusai solat Zohor berjemaah, Budiman bertanyakan khabar Nurul
Hafsah tentang hari pertama dia bekerja di balai cerap. Setelah mendapat jawapan yang
mengecewakan daripada adiknya, Budiman yang merupakan seorang guru Sains di
Sekolah Menengah Kebangsaaan Tanjung Keramat sejak tiga tahun yang lalu membaca
laporan menggunakan Skala Langit Gelap Bortle yang ditaip adiknya, Nurul Hafsah.
Skala ini dicipta oleh John E Bortle untuk membantu peminat-peminat kaji falak amatur
membandingkan tahap kegelapan langit di sesuatu tempat pencerapan dengan tempat
pencerapan lain. Berdasarkan skala ini, Kuala Selangor yang pernah diklasifikasikan
sebagai kelas 1 sebelum ini, kini berada di kelas 8, iaitu langit terbias dengan warna putih
atau oren disebabkan cahaya lampu. Nurul Hafsah mengeluh apabila Kuala Selangor
yang baru empat tahun ditinggalkannya telah berubah. Budiman mengakui penduduk
Kuala Selangor belum menyedari bahawa pembangunan dan kemudahan yang dinikmati
jika tidak dirancang dengan teliti akan membawa kesan buruk terhadap alam sekitar.
Nurul Hafsa terkejut namun gembira apabila menyedari bahawa Budiman turut

menyokong usahanya untuk menyelamatkan Kuala Selangor daripada terus tercemar
akibat pembangunan yang tidak terancang.

➢ SINOPSIS BAB 5 (JIWA AYAHANDA)
o Tan Sri Muhaimin mengambil tempat pemandunya yang keletihan menunggu kepulangan

beliau di lapangan terbang dan memandu laju ke sebuah kawasan kampung tempat projek
rumah Ikhtiar TeknoAlam yang didiami anaknya Muhammad Taufik. Sepanjang
pemanduannya, beliau mengimbas kembali kenangan perpisahan antara beliau dengan
isterinya Maryam Wickham Abdullah kerana Muhammad Taufik telah menghantar
pesanan ringkas tentang kehadiran bekas isterinya untuk bermalam di situ. Beliau berasa
puas dapat membuktikan kepada bekas isterinya bahawa beliau telah melakukan yang
terbaik untuk anak mereka. Sesampai beliau di rumah Muhamamad Taufik, air muka
beliau berubah apabila dimaklumkan anaknya bahawa Puan Maryam telah pulang. Beliau
tetap bertanyakan khabar Puan Maryam kepada anaknya ketika mereka bersama dengan
pemandunya Sobirin menghadap hidangan yang dimasak Puan Maryam sebelum bekas
isterinya itu pergi. Walaupun Tan Sri Muhaimin terpaksa melepaskan isterinya kerana
perbezaan pendapat dan membawa haluan masing-masing, namun mereka tidak pernah
bermusuh dan zuriat menjadi penyambung silaturahim mereka berdua.

➢ SINOPSIS BAB 6 (CITA-CITA)
o Nurul Hafsa membuat keputusan untuk bercakap dengan Puan Foziah, Pegawai Atasan

Pejabat Majlis Daerah Kuala Selangor berkaitan dengan laporan tentang tahap kecerahan
langit Kuala Selangor yang telah dihantarnya. Namun demikian, Nurul Hafsa hanya
dinasihati agar tidak mengharapkan sebarang tindkan diambil kerana Puan Foziah
memaklumkan tiada undang-undang alam sekitar yang telah dilanggar di Kuala Selangor.
Namun demikian, Nurul hafsah tetap mengingati janjinya terhadap kumpulan pengunjung
kanak-kanak dari Jepun yang ingin melihat bintang di Kuala Selangor dan impiannya
yang sejak dulu hingga kini adalah untuk menjadikan Kuala Selangor, Bukit Melawati
dan Balai Cerap Sultan Salahuddin tempat tumpuan peminat-peminat langit seluruh dunia
melihat bintang. Dalam masa yang sama, Nurul Hafsah bertanyakan abangnya Budiman
sama ada dirinya telah hilang akal dan bimbang tentang hal yang remeh-temeh. Budiman

menasihati Nurul Hasfa agar bertenang dan beristighfar serta mendengar kata hati.
Akhirnya, dia bertekad tidak akan membiarkan masalah pencemaran di Kuala Selangor
daripada terus berlaku. Mereka sedar perkara ini tidak boleh dilakukan tanpa bantuan
orang lain. Budiman bersedia untuk membawa adiknya berjumpa dengan ‘ lelaki kelip-
kelip’. Lelaki tersebut merupakan individu yang memagar sungai kecil di kawasan orang
melihat kelip-kelip dan dialah juga yang menghantar Budiman pulang ke rumah dengan
kereta hibrid. Pada awalnya, Nurul Hafsa tidak senang dengan lelaki tersebut, namun
Budiman menasihati adiknya agar tidak terburu-buru bersangka buruk terhadap orang
lain. Nurul Hafsa bersedia untuk berjumpa lelaki tersebut dengan folio yang
dihasilkannya dengan tajuk Kuala Selangor: Kawasan Simpan Langit Gelap.

➢ SINOPSIS BAB 7 (LELAKI KELIP-KELIP)
o Nurul Hafsa menyiapkan dirinya untuk bertemu lelaki kelip-kelip dengan berhati-hati.

Dia beranggapan bahawa dia akan bertemu dengan seorang lelaki berpangkat bapa dan
berpengaruh seperti yang dikatakan oleh abangnya, Budiman. Setelah mereka berdua
sampai di kawasan rumah lelaki kelip-kelip, Nurul Hafsa ternampak seorang lelaki muda
sedang membuat kerja-kerja pertukangan yang melibatkan pembinaan sebuah peralatan
pertanian kecil-kecilan. Apabila Nurul Hafsa melihat wajah lelaki tersebut, mindanya
cuba mengingati kembali wajah-wajah yang pernah dia lihat sepanjang usianya.
Akhirnya, Nurul Hafsa mengecam wajah lelaki tersebut. Budiman memanggil lelaki
tersebut dengan nama Muhammad Taufik dan bertanyakan beliau sama ada masih
mengingati adiknya, Nurul Hafsa. Rupa-rupanya Muhammad Taufik merupakan rakan
sekolah abangnya ketika bersekolah di Tanjung Keramat. Budiman memaklumkan
bahawa selepas tahun 6, dia belajar di Otago. Dalam masa yang sama, Nurul Hafsa
menyindir perbuatan Muhammad Taufik yang memagar sebahagian daripada sungai
Selangor. Muhammad Taufik menjelaskan bahawa dia yang meminta ayahnya
membelikan tanah yang menyusuri tepi anak sungai di Kampung Kuantan, terus ke
kampung Api-api yang berkeluasan 50 hektar. Semua ini dilakukannya apabila dia
mendapati populasi kelip-kelip di Kampung Kuantan semakin berkurangan akibat
kehadiran pelancong yang ramai dengan bunyi enjin motor bot, cahaya lampu di jeti,
pencemaran air sungai, pemusnahan kawasan paya bakau, cahaya dari kawasan

petempatan manusia dan cahaya roda ferris yang semuanya membawa ancaman kepada
populasi kelip-kelip. Dia memagar anak sungai tersebut dengan harapan kelip-kelip
mempunyai tempat untk bersembunyi dan akan meruntuhkan pagar itu apabila populasi
kelip-kelip sudah pulih kembali. Nurul Hafsa yang mendengar penjelasan tersebut
memohon maaf daripada En. Taufik kerana telah tersalah anggap terhadap pemuda
tersebut.

➢ SINOPSIS BAB 8 (BEBAS GRID)
o Budiman mencadangkan Muhammad Taufik menunjukkan projek yang sedang

dilaksanakannya kepada Nurul Hafsa. Muhammad Taufik bersetuju lalu mengajak
Budiman dan adiknya meneliti rumah tradisional Melayu yang mempunyai ciri-ciri
berteknologi tinggi yang dibinanya. Setelah mendengar penjelasan Muhammad Taufik
tentang sistem rumah tersebut, lalu Nurul Hafsa membuat kesimpulan bahawa
Muhammad Taufik mencipta satu model tempat tinggal di luar grid. Muhammad Taufik
mengakui bahawa dia hendak mendirikan rumah di atas tanah satu per lapan ekar untuk
sebuah keluarga, yang dapat mengurangkan kebergantungan penduduk terhadap grid
utiliti yang sedia ada. Hasratnya adalah untuk menyampaikan mesej dan menanamkan
kesedaran bahawa apabila manusia kembali bergantung kepada alam semula jadi secara
terus, manusia akan menyedari betapa pentingnya alam sekitar. Hal ini disokong oleh
Nurul Hafsa. Sepanjang pertemuan tersebut, Nurul Hafsa sering bersetuju dengan
pendapat Muhammad Taufik menyebabkan abangnya, Budiman tersenyum melihat
gelagat dua pencinta alam etrsebut. Namun begitu, dia sedar bahawa adiknya Nurul Hafsa
dan sahabatnya Muhammad Taufik emmpunyai misi penting yang tidak boleh dilalaikan
dengan emosi. Akhirnya, Muhammad Taufik mengingatkan Nurul Hafsa tentang tujuan
asal mereka bertemu Muhammad Taufik menolongnya membawa kembali kegelapan ke
Kuala Selangor.

➢ SINOPSIS BAB 9 (ZURIAT)
o Bab ini menceritakan Muhammad Taufik meminta pertolongan ayahnya Tan Sri

Muhaimin untuk menyokong rancangannya untuk menjadikan Kuala Selangor satu
kawasan simpan langit gelap secara industri untuk tujuan kaji bintang amatur dan
profisional dan untuk menghalang kepupusan kelip-kelip. Pertemuan Tan Sri Muhaimin
dengan rakan lamanya Tan Sri Yahya telah membuka ruang kepada mereka untuk
berbicara tentang zuriat masing-masing. Pada akhir perbualan, Tan Sri Muhaimin
bertahmit apabila menyedari bahawa usaha-usaha anaknya selama ini merupakan
gabungan ciri-ciri terbaik dua orang manusia bernama Muhaimin dan Maryam.

➢ SINOPSIS BAB 10 (SIDANG SEJUTA KELIP-KELIP)
o MuhamMad Taufik tersinggung jika sering dikaitkan dengan kedudukan dan kemewahan

ayahnya. Muhammad Taufik ketawa mengenangkan peristiwa dia selalu didampingi oleh
perempuan-perempuan yang ingin mengambil kesempatan atas kemewahannya. Namun
begitu, mereka akan meninggalkannya setelah mengenali Muhamad Taufik yang
sebenarnya. Kini, dia berhadapan dengan seorang gadis yang terang-terangan tertarik
oleh keistimewaan-keistimewaan yang ada pada dirinya. Muhammad Taufik dan Nurul
Hafsa bertemu di dalam bilik tutorial di Perpustakaan Awam Sultan Syarafuddin, Kuala
Selangor untuk berbincang tentang pembentangan tentang projek Kuala Selangor. Di situ
mereka berbalas-balas hujah bagi memantapkan pembentangan yang akan dilaksanakan
nanti. Budiman menemankan mereka berdua tetapi tidak mengganggu perbincangan
mereka. Muhammad Taufik kagun akan kesetiaan Budiman sebagai saudara tua yang
hadir untuk menjaga tatatertib perhubungan antara lelaki dan wanita yang bukan mahram.
Nurul Hafsa mengemukakan rasional pelaksanaan projek tersebut, iaitu untuk
mengembalikan populasi kelip-kelip ke Kuala Selangor sebelum pupus sepenuhnya dan
mengembalikan kegemilangan Kuala Selangor sebagai pusat kajian falak yang terkenal di
peringkat antarabangsa. Selesai perbincangan, Muhammad Taufik mempelawa mereka
berdua ke rumahnya malam tersebut untuk menebus kekecewaan Nurul Hafsa yang tidak
dapat melihat kelip-kelip di jeti Kampung Kuantan tempoh hari.

➢ SINOPSIS BAB 11 (LEWAT SATU MELINIUM)
o Muhammad Taufik memilih untuk menggerakkan sampan menggunakan pendayung,

bukannnya dengan menggunakan enjin motobot elektrik untuk membawa Nurul Hafsa
dan Budiman ke kawasan kelip-kelip. Mereka berhenti setelah sepuluh minit mendayung.
Berdasarkan pandangan Nurul Hafsa, keadaan gelap di situ adalah pada skala dua. Sambil
menantikan kelip-kelip yang mula hadir, Muhammad Taufik menerangkan kepada dua
beradik itu tentang jenis kelip-kelip atau dalam bahasa saintifiknya pteroptyx tener.
Kemudian bilangan kelip-kelip menjadi semakin banyak lalu menjadi satu gerombolan
kelip-kelip yang berkerlipan secara serentak bagaikan lingkaran Bimasakti. Pada malam
itu Nurul Hafsa terkejut apabila dimaklumkan Muhammad Taufik bahawa Puan
Wickham ialah ibunya. Nurul Hafsa bersetuju dengan permintaan Muhammad Taufik
bahawa dia akan meneruskan pencerapan data populasi kelip-kelip andai sesuatu terjadi
kepada Muhammad Taufik.

➢ SINOPSIS BAB 12 (STRATEGI)
o Muhammad Taufik akan mengambil masa seminggu untuk meminta bapanya

menggunakan pengaruh beliau agar dia dan Nurul Hafsa dapat bertemu dengan pegawai
daerah dan panel penasihatnya. Di hadapan dua insan penting tersebut, Nurul Hafsa
memulakan pembentangan dengan membaca surah al-A,raaf, ayat 56. Setelah dia dan
Muhammad Taufik selesai membuat pembentangan dan menjelaskan segala kekeliruan
Dato’ Haji Mustofa , pegawai daerah Kuala Selangor, mereka meminta Beliaumeneliti
cadangan mereka untuk mewartakan Kuala Selangor sebagai kawasan simpan langit
gelap yang pertama di negara ini.

➢ SINOPSIS BAB 13 (DENDAM KEMBALI MEKAR)
o Dalam bab ini, Dato’ Haji Mustafa telah mengunjungi individu bernama Johann

Arlington- Majid. Beliau memaklumkan minat mendalam menteri besar terhadap idea
projek Kawasan Simpan Langit Gelap. Johann marah dengan berita tersebut kerana hal
itu bermakna dia tidak dapat meneruskan penguasaan tender membekalkan lampu-lampu
daripada syarikat miliknya. Johann merupakan ahli perniagaan yang hanya
mementingkan kekayaan. Dia merupakan musuh lama Tan Sri Muhaimin apabila Marion

Wickham wanita yang dicintainya memilih Tan Sri Muhaimin sebagai suami. Dato’
Mustafa memaklumkan bahawa Muhammad Taufik akan membuat pembentangan
terbuka tentang projek tersebut di hadapan menteri besar, ahli akademik, ahli perniagaan
dan orang awam di bangunan SUK Shah Alam. Beliau meminta Johann untuk belajar
dan memberikan tempoh selama seminggu untuk berfikir bagi mendapatkan tender projek
tersebut jika mahu. Namun Johann tetap berkeras dengan pendiriannya, dan rasa
tamaknya.

➢ SINOPSIS BAB 14 (GELAP DALAM TERANG)
o Johan Arlington-Majid tetap hadir dalam sesi pembentangan terbuka projek yang

diusahakan Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik. Namun kehadirannya bukan untuk
memberi sokongan malah untuk mengganggu dan membuat kecoh pada hari itu. Nurul
Hafsa dengan ditemani Muhammad Haimin disisinya telah membentangkan projek
tersebut kepada yang hadir. Segala sanggahan daripada Johann telah berjaya dibidas dan
Menteri Besar sentiasa menyokong pandangan dan hujahannya. Pembentangan pada hari
tersebut banyak berkisar tentang jenis penggunaan lampu dan pencahayaan yang sesuai.
Menteri Besar turut menegur sikap buruk Johann dalam majlis tersebut. Pada akhir
pembentangan Menteri Besar mengumumkan bahawa pihak kerajaan negeri akan
mengiklankan tender dalam masa terdekat. Johann yang sentiasa bergelumang dengan
dendam kesumat dalam diam mengatur rancangan untuk mengupah tiga orang tonto bagi
menyiasat pergeragan Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik dan memastikan mereka tidak
dapat melaksanakan projek tersebut.

➢ SINOPSIS BAB 15 (KHIANAT)
o Nurul Hafsa memerhatikan lampu-lampu jalan yang terdapat di lorong menuju ke

rumahnya sambil memandu. Walaupun lorong tersebut sepi tetapi dia tidak pernah berasa
terancam. Lorong ke rumahnya memang tiada berorang melainkan dua tiga hari
kebelakangan terdapat tiga orang lelaki memotong rumput di tepi-tepi jalan. Namun
demikian, dia hairan walaupun tiga orang pemotong rumput bekerja tetapi lalang masih
meninggi. Ketika dia menghentikan kenderaannya di sisi motosikal Budiman, dia
menerima berita Taufik ditimpa kemalangan. Mereka terus pergi mencari Taufik dan

bertemu dengannya dalam rimbunan lalang dengan bajunya dibasahi darah di bahagian
rusuk. Nurul Hafsa segera menelefon ambulans dan Taufik dibawa ke Hospital Besar
Tanjung Karang. Menerut siasatan awal, polis memberitahu walaupun penyerang
mengambil barang-barang berharga milik Taufik, namun mereka meninggalkan telefon
bimbitnya sebagai suatu mesej peribadi penjenayah kepada mangsa. Pihak hospital
memaklumkan bahawa Muhammad Taufik berada dalam keadaan stabil.

➢ SINOPSIS BAB 16 (DUA-DUA KELIP TERAKHIR DI DUNIA)
o Nurul Hafsa bersama dengan ayah dan abangnya menuju ke hospital untuk melawat

Muhammad Taufik. Setibanya mereka di sana, Nurul Hafsa melihat ibu dan bapa
Muhammad Taufik sedang berbual dan sedikit bertelagah tentang kejadian yang
menimpa anak mereka. Nurul Hafsa meminta izain untuk berbual dengan mereka berdua
dan menceritakan keazaman Muhammad Taufik. Selepas itu mereka solat subuh
berjemaah di surau hospital. Kemudian, mereka mendapat khabar tentang keadaan
Muhammad Taufik yang semakin baik walaupun belum sedar. Nurul Hafsa melawat
Muhammad Taufik dua hari kemudian sambal ditemani abangnya, Budiman. Dia
memohon maaf kepada rakan seperjuangannya itu atas segala yang terjadi. Dia bersedia
jika Muhammad Taufik ingin mengundurkan diri. Namun begitu, temannya itu masih
berkobar-kobar untuk meneruskan perjuang mereka bersama. Dalam pertemuan tersebut,
Muhammad Taufik sempat bertanyakan Nurul Hafsa tentang sebab dia tidak memakai
selendang hitam bermanik Kristal.

➢ SINOPSIS BAB 17 (JALAN YANG DITINGGALKAN)
o Tan Sri Muhaimin memberitahu Muhammad Taufik ketika beliau dan bekas isterinya

berada di hospital bersama Muhammad Taufik bahawa Ketua Inspektor Lim menasihati
beliau agar memberitahu pihak media bahawa kejadian yang menimpa anaknya
merupakan kejadian jenayah biasa bagi memudahkan pihak polis menjalankan siasatan.
Namun begitu, Muhammad Taufik tidak bersetuju dan meminta ayahnya memberitahu
perkara sebenar bahawa serangan tersebut bermotifkan khianat kerana dia yakin motif
serangan tersebut adalah untuk membuktikan kegelapan sebagai punca jenayah
seterusnya menghalang projek kawasan Simpanan Langit Gelap akan dihentikan. Setelah

Menteri Besar berbincang dengan Tan Sri Muhaimin melalui perbualan telefon, keesokan
harinya akhbar mengeluarkan berita bahawa Kuala Selangor Akan Diwartakan Sebagai
Kawasan Simpan Langit Gelap.

➢ SINOPSIS BAB 18 (KERASUKAN)
o Sejak Muhammad Taufik dimasukkan ke hospital, sudah hampir seminggu kerja

mencerap populasi kelip-kelip terhenti. Sebagai menunaikan janji mereka terhadap
Muhammad Taufik, Nurul Hafsa dan Budiman meneruskan kerja tersebut dengan
menggunakan peralatan pencerapan yang telah disampaikan oleh Tan Sri Muhaimin
kepada mereka berdua. Ketika meranduk semak samun untuk balik ke kereta mereka
selepas melakukan aktiviti pencerapan, tiba-tiba Nurul Hafsa terdengar suatu bunyi dan
ternampak Budiman tergelimpang di tanah. Sepantas kilat, dia dicapai oleh tangan-tangan
ganas. Dia ternampak susuk tiga orang lelaki sebelum mulutnya dibalut dengan pita
pelekat bersaiz lebar dan kepalnya disarung dengan kain gelap.

➢ SINOPSIS BAB 19 (SELENDANG HITAM MANIK KRISTAL)
o Muhammad Taufik bersiap-siap untuk keluar dari Hospital dan mengikut ibunya pulang

ke Otago apabila dia kejutkan dengan jambangan bunga berbalut selendang hitam
bermanik kristal. Dia menjumpai sekeping nota dalam jambangan tersebut yang
memintanya berada di stesen petronas pada jam 8.30 pagi hari tersebut. Hatinya
bertambah bibang apabila melihat kerongsang yang yakininya milik Nurul Hafsa.
Muhammad Taufik meminta Tan Sri Muhaimin menghentikan kereta di stesen petronas
ketika dalam perjalanan ke lapangan terbang dengan alasan ingin ke tandas. Tanpa
disedari kedua-dua orang tuanya, dia pergi ke tempat van putih seperti yang tercatat
dalam nota yang diterimanya. Ketika itu, dia diarahkan masuk ke dalam van tersebut
sebelum disarung sebelumnya tangannya diikat dan dimasukkan ke dalam but kereta.
Kepanya disarung dengan kain hitam sepanjang perjalanan. Muhammad Taufik dibawa
ke lokasi yang sama dengan tempat Nurul Hafsa ditahan. Menyedari situasi tersebut, dia
cuba menenagkan Nurul Hafsa walaupun tidak dapat melihat apa-apa sebelum dia
dipukul di rusuknya sehingga tidak sedarkan diri.

➢ SINOPSIS BAB 20 (NYAWA UNTUK NYAWA)
o Nurul Hafsa telah dibebaskan oleh penculik. Dia bimbang dengan keadaan Muhammad

Taufik yang belum dibebaskan. Dalam keadaan tersebut, Nurul Hafsa berasa bertuah
kerana tidak dicederakan. Dia pasti bahawa perancang jenayah ini sebenarnya ingin
mencapai sesuatu yang boleh diukur dengan wang. Jika rancangan tersebut gagal
sekalipun, mereka masih boleh melepaskan diri daripada tuduhan mencederakan,
merogol atau membunuh mangsa. Dengan bantuan pemandu van sekolah yang
ditahannya ketika dia berjalan seorang diri, dia telah membuat laporan polis. Haji Yassir
dan Budiman bersyukur keran Nurul Hafsa selamat. Haji Yassir menenangkan Tan Sri
Muhaimin dengan meminta beliau bersabar, berdoa dan menyerahkan segalnya kapada
Allah. Kehilangan Muhammad Taufik disiarkan dalam berita setiap jam di semua stesen
televisyen tempatan.

➢ SINOPSIS BAB 21 (LEGASI BAJU BIRU)
o Bab ini menceritakan kronologi penculikan Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik. Dengan

bantuan CCTV, pihak polis cuba mengecam van putih yang digunakan oleh penculik
tersebut. Malangnya, nombor pendaftaran kenderaan tersebut sukar dikesan kerana kabur.
Tan Sri Muhaimin telah memaklumkan kepada Ketua Inspektor Lim tentang pesanan
ringkas yang dihantar ke telefon bimbitnya yang memintanya menarik balik sebut harga
Dedaun Emas jika tidak mahu menerima padah. Berita tengah hari yang membawa
khabar tentang penculikan sensasi etrsebut secara besar-besaran telah membuahkan hasil.
Seorang penduduk tempatan telah membuat aduan tentang aktiviti bukan perladangan di
sebuah ladang kelapa sawit yang terletak jauh di pedalaman Bestari Jaya. Pasukan Gerak
Khas telah diarahkan ke lokasi tersebut untuk mengadakan serbuan dan tangkapan.
Selepas berbalas tembakan, Muhammad taufik berjaya diselamatkan.

➢ SINOPSIS BAB 22 (CINTA PEJUANG)
o Nurul Hafsa, Haji Yassir dan Budiman berada di Masjid Jamik Sultan Ibrahim Kuala

Selangor untuk menghadiri kenduri kesyukuran bagi meraikan pernikahan kali kedua Tan
Sri Muhaimin dan bekas isterinya. Tan Sri Muhaimin menyampaikan ucapan ringkas
menyatakan rasa syukur beliau ke hadrat Ilahi dengan kembalinya anak dan isteri ke

pangkuan beliau. Musuh perniagaannya pula bakan menghadapi pengadilan. Dalam
majlis tersebut, Muhammad Taufik meluahkan isi hatinya terhadap Nurul Hafsa. Dia
telah mengembalikan selendang hitam manik kristal yang disimpannya semenjak hari
pertama dia mengetahui Nurul Hafsa diculik. Muhammad Taufik menyampaikan
hasratnya untuk menghantar rombongan lamaran ke kediaman orang tau Nurul Hafsa.
Dalam keadaan malu dan meminta diri untuk membantu mengemaskan kenduri yang
baru selesai, dia menerima pesanan ringkas daripada Muhammad Taufik bertulis kita
ialah dua kelip-kelip terakhir di dunia.

KEKUATAN NOVEL

Novel yang saya kaji di Tingkatan 5 iaitu Novel Bimasakti Menari karya Sri Rahayu Mohd
Yusof. Terdapat beberapa kelebihan dalam novel ini.

Pada pendapat saya, novel ini banyak menerapkan nilai-nilai murni yang dapat dipratikkan
dan dijadikan sebagai panduan dalam kalangan pembaca. Sebagai contoh, nilai tanggung-jawab
yang ditunjukkan oleh Budiman yang bertanggungjawab menemani adiknya Nurul Hafsa untuk
berjumpa dengan Muhammad Taufik bagi menjaga hubungan adiknya dengan lelaki bukan
mahram walaupun pertemuan mereka untuk berbincang tentang projek Kawasan Simpan Langit
Gelap.

Selain itu, novel ini juga tampak menarik kerena pengarang menyertakan beberapa teknik
plot yang membuatkan jalan cerita lebih menarik perhatian pembaca. Sebagai contoh, teknik
dialog. Pengarang mengetengahkan teknik dialog melalui perbuala antara Dato' Mustofa dengan
Dato' Johann mengenai Menteri Besar yang suka akan projek yang dicadangkan oleh
Muhammad Taufik iaitu projek Kawasan Simpan Langit Gelap Kuala Selangor.

Seterusnya, novel ini juga disertakan dengan beberapa gaya bahasa bagi membuatkan jalan
cerita novel kelihatan nyata dan unik seperti Teknik monolog. Contohnya, Dato’ Johann
ArlingtonMajid merungut dalam hati tentang kelip-kelip yang tidak perlu ada di Kuala Selangor
yang indah dan malar hijau

Di samping itu, perwatakan Nurul Hafsa yang cinta akan alam sekitar boleh dipraktikkan dan
dijadikan sebagai panduan dalam kehidupan kerana kini, masalah pencemaran alam sekitar telah
berleluasa yang disebabkan oleh individu yang tidak endah akan alam sekitar.

Akhir sekali, novel ini amat membantu dalam memberi pengajaran kepada pembaca agar
boleh dipratikkan dalam kehidupan seharian. Sebagai contoh, peranan ibu-bapa dalam
memberikan kasih-sayang kepada anak-anak amat penting dalam membentuk keharmonian
keluarga..

KELEMAHAN NOVEL

Novel yang saya kaji di Tingkatan 5 iaitu Novel Bimasakti Menari karya Sri Rahyu Mohd
Yusof. Terdapat beberapa kelemahan dalam novel ini.

Pada pendapat saya, perkembangan konflik yang ditimbulkan oleh Johan Arlington-Majid
agak terbatas dan terlalu cepat untuk diusaikan.

Selain itu, konteks novel yang kurang menarik perhatian pembaca remaja kerana
konteksnya tentang alam sekitar berkemungkinan kerana remaja yang lebih suka akan novel
yang berkisarkan alam cinta, seram dan lain lain

Seterusnya, jalan cerita yang terlalu banyak fakta berkemungkinan membuatkan pembaa
berasa bosan kerana tiada unsur keseronokan.

Akhir sekali, jalan cerita mempunyai terlalu banyak maklumat yang disampaikan
berkemungkinan membuatkan jalan cerita tampak bosan dan akan berkemungkinan besar
memudaratkan bilangan pembaca.

PENAMBAHBAIKAN NOVEL

Pada pendapat saya, penambahbaikan yang boleh ditambah untuk memastikan jalan cerita
novel tampak lebih menarik dan unik kepada pembaca ialah konflik yang ditimbulkan daripada
Johann Arlington-Majid mungkin boleh dikembangkan lagi kerana perkembangannya agak
terbatas dan terlalu cepat untuk diusaikan.

Selain itu, pengarang mestilah menyeimbangkan isi fakta dan rekaan agar jalan cerita tidak
terlalu membosankan dan pada masa yang bersifat logikal serta memberi keunikan kepada jalan
cerita novel tersebut dan secara tidak lansung menarik minat pembaca untuk membaca

Seterusnya, saya tidak menggalakkan novel yang mempunyai unsur-unsur alam sekitar seperti
ini dijadikan sebagai novel untuk rujukan pelajar remaja tingkatan 4 dan 5 kerana remaja kini
tidak gemar akan hal-hal seperti ini.

Akhir sekali, pengarang mestilah mengurangkan isi maklumat yang kurang penting agar jalan
penceritaan tidak terlalu panjang dan mempunyai kemungkinan tinggi akan membuatkan
pembaca bosan akan plot cerita novel itu.

PENGENALAN NOVEL

(Jilid 8)

8. NOVEL SILIR DAKSINA KARYA NIZAR PARMAN
➢ CERITA RINGKAS
o Konflik keluarga yang dialami oleh Haiqal berpunca daripada perceraian ibu bapanya
menyebabkan dia dipisahkan oleh ibunya daripada ayah kandungnya iaitu Abdullah
Kayan.
➢ BIOGRAFI PENGARANG

o Penulis novel Silir Daksina, Nizar Parman, 42, adalah anak kelahiran Batu Pahat, Johor.
Beliau merupakan seorang guru di SK Seri Lalang, Kluang dan baru menamatkan
pengajian ijazah asas di Universiti Terbuka Malaysia pengkhususan Bahasa Melayu
sekolah rendah. Novel Silir Daksina adalah novel pertama beliau namun amat bertuah
apabila terus menang tempat kedua hadiah sastera Utusan-Exxon Mobil tahun 2009
kategori novel remaja. Menurut laporan panel hakim HSKU novel ini menepati ciri-ciri
yang mewajarkan ia memenangi HSKU pada tahun 2009. Antaranya novel ini
menampilkan watak remaja yang unggul serta mempunyai jati diri yang tinggi dan
berakhlak mulia.

➢ GAMBARAN NOVEL

SINOPSIS NOVEL

➢ SINOPSIS KESELURUHAN
o Haiqal berbekalkan sebuah manuskrip lama yang diterima daripada seorang gadis

berbangsa Cina yang tidak dikenalinya telah pergi ke kampung halaman ayahnya,
Abdullah Kayan. Haiqal dilahirkan di kampung itu sebelum menetap di Kuala
Terengganu. Manuskrip yang separuh jalan itu menarik minatnya untuk mengenali
ayahnya dengan lebih dekat walaupun mendapat tentangan daripada uminya yang seolah-
olah mahu melenyapkan nama Abdullah Kayan dalam hidup Haiqal. Kehadirannya di
Kampung Seri Purnama diterima dengan baik oleh masyarakatnya. Di kampung itulah dia
mula membongkar kehidupan sebenar ayahnya melalui orang-orang yang rapat dengan
ayahnya. Watak-watak yang dilukiskan oleh ayahnya dalam manuskrip lama itu seolah-
olah cerminan watak-watak sebenar yang wujud di kampung itu. Abdullah Kayan bukan
hanya penggiat aktiviti kebudayaan di kampung itu, malahan beliau merupakan seorang
guru yang aktif menulis sehingga pernah mewujudkan Aksara di kampungnya. Oleh
sebab kecintaannya terhadap bidang itu, beliau sanggup meninggalkan keluarganya di
Terengganu dan berpisah dengan Haiqal. Perjuangan itu kini diwariskan kepada Haiqal.
Mampukah Haiqal melaksanakan hasrat ayahnya itu? Manuskrip lama itu menyimpan
banyak rahsia yang perlu dihuraikan.

➢ SINOPSIS BAB 1 (TERSINGKAP RAHSIA)
o haiqal begitu teruja membaca manuskrip berkulit biru muda yang setebal 58 muka surat.

Hatinya tersentuh dengan cerita yang ditulis oleh penulisnya Abdullah Kayan, nama yang
pernah disebut uminya. Adakala Haiqal berasa dia seperti berada dalam alam Abdullah
Kayan l Fikiran Haiqal menerawang pada masa usianya 6 tahun,,masih di sekolah tadika.
Uminya membuka rahsia tentang dirinya,,,bahawa ayahnya bukan walid Haiqal bertanya
tentang ayahnya. Uminya memberitahu ayahnya berada jauh dari tempat tinggal mereka.
Haiqal menyimpan tekad untuk menncari ayahnya Abdullah Kayan.

➢ SINOPSIS BAB 2 (KISAH SEORANG TEMAN)
o Haikal menghabiskan waktu petangnya di gerai makanan Ratna di pantai Batu Buruk.

Kawan sekelasnya di sekolah.l Ratna tidak meneruskan pengajian selepas tamat SPM
sebaliknya membantu ibunya menguruskan perniagaan ibunya. Sementara itu Haikal
meneruskan pengajian STPM dan sedang menunggu keputusan STPM. Mereka berkawan
baik. Haikal memberitahu Ratna bahawa dia sedang meneliti manuskrip ayahnya. lSambil
mereka bersiar-siar di pantai, Haikal cuba menghayati pertemuan cinta ayah dan ibunya..
Ratna tiba-tiba ingin tahu punca perpisahan ayah dan ibu Haikal. Haikal tidak tahu.
Haikal pernah cuba bertanya umi tetapi dibatalkan khuatir mengganggu kebahagian umi
walid dan Nurul Aisyah. Uminya juga belum tahu tentang manuskrip yang diterimanya.
Haiqal menerimanya daripada Ong Swee Hwa beralamat Kampung Seri Purnama Batu
Pahat Johor.

➢ SINOPSIS BAB 3 (SENASKHAH MANUSKRIP LAMA)
o Aku teringat tentang gelagat seorang anak Tauke Lim Ai Ling yang cuba mengikut

rentak tari penari-penari yang sedang berlatih. Aku menyarankan Ai Ling belajar tarian
zapin dan menyertai kumpulan tarian zapin kanak-kanak di kampung mereka. Aku
menawarkan perkidmatannya untuk membimbing Ai Ling dalan subjek Bahasa Melayu.
Aku sebenarnya teringat akan anaknya Aiman yang jauh terpisah apabila teringat kepada
Ai Ling. Aiman yang seusiadengan Ai Ling. Aku menggunakan masa di rumah untuk
menanda buku latihan pelajar-pelajarnya. Masa lapangnya digunakan untuk menulis puisi
atau cerpen, ataupun berbual-bual dengan Tauke Lim. Tauke Lim tinggal berjiran dengan
aku. Tauke Lim mengambil upah menoreh dan menjaga kebun getah ayah aku yang lama
tidak ditoreh.Ketika itu Tauke Lim datang dengan motorsikal Honda 70cc. Tauke Lim
tinggal menyewa di bandar setelah berhijrah dari kampung halamannya kerana semua
harta peninggalan mendiang bapanya dijual oleh abangnya yang sangat gemar berjudi.
Tauke Lim seorang yang rajin bekerja. Waktu pagi dia menoreh getah sementara petang
digunakan untuk meraih hasil tani penduduk kampung untuk dijual di bandar. Akhirnya,
Tauke Lim berjaya membeli setengah ekar tanah ayah aku dan membina sebuah rumah
separuh papan. Hasil gigihnya Tauke Lim rumahnya diubah suai menjadi rumah batu
sepenuhnya. Sudah 18 tahun Tauke Lim tinggal di kampung aku. Anak sulung Tauke


Click to View FlipBook Version