FLIP BOOK
OLAHRAGA
Kandungan REJAMAN LEMBING
BALINGAN
1. PENGENALAN
2. PERATURAN ACARA BALAPAN
3. PERATURAN ACARA PADANG
4. TUGAS-TUGAS PEGAWAI
OLAHRAGA
5. BORANG-BORANG ACARA
OLAHRAGA
6. ANSUR MAJU ACARA:
LOMPATAN
LEMPAR CAKERA
LONTAR PELURU
7. PENUTUP
Pengenalan
Sukan olahraga yang juga dikenali sebagai acara
padang dan balapan merupakan sukan yang berbeza
dengan suka-sukan yang lain. Hal ini demikian kerana
sukan ini mempunyai banyak acara yang boleh
dilakukan oleh lelaki dan wanita sama ada secara
individu atau berpasukan. Sukan balapan dan padang
juga merupakan antara sukan yang mempertaruhkan
pingat emas bagi setiap acara iaitu berbeza dengan
sukan yang lain yang hanya mempunyai satu pingat
emas seperti sukan bola sepak (Izzey, 2015). Setiap
acara dalam sukan olahraga meliputi aktiviti larian,
lompatan dan lontaran. Seseorang atlet kebiasaannya
akan berkemampuan untuk menguasai kemahiran
dalam satu atau dua acara, namun agak sukar untuk
mahir dalam ketiga-tiga acara dalam sukan balapan
dan padang. Misalnya, di sekolah seseorang murid
akan mengambil bahagian dalam acara tertentu yang
dapat mereka kuasai sama ada dalam acara larian,
lompatan atau lontaran. Oleh itu, seseorang itu
hendaklah menguasai sesuatu teknik bagi acara yang
ingin dikuasai oleh mereka dengan baik.
Peraturan
ACARA BALAPAN
ACARA PECUT
Peraturan / undang-undang lari pecut:
Acara jarak dekat (100m, 200m, 400m)
1.Blok permulaan hendaklah tegar dan diperbuat tanpa
spring yang boleh membantu pelari.
2.Sebelum permulaan, pelari hendaklah memanaskan
badan terlebih dahulu.
3.Semasa berada di garisan permulaan, pelari tidak
dibenarkan menyentuh garisan permulaan atau
kawasan di depan garisan ini dengan tangan atau
kaki.
4.Apabila memulakan larian dengan cara gaya dekam,
kedua-dua tanah hendaklah menyentuh tanah.
5.Pelumba yang memulakan larian sebelum tembakan
pistol pelepas oleh pegawai pelepas dikira batal.
6.Pelari hanya dibenarkan melakukan permulaan yang
batal sekali sahaja. Jika dia melakukan kesalahan kali
kedua, dia akan dibatalkan terus.
7.Pelari hendaklah berlari dalam lorong sendiri dari
awal hingga akhir.
8.Peserta yang terlebih dahulu mencecah torsonya
(iaitu torso, yang bukan kepala, leher, lengan, betis,
tangan atau kaki) jelas mencecah alur menegak
bahagian terdekat garisan penamat pada pita
penamat dikira pemenang.
ACARA JARAK SEDERHANA
PAKAIAN
1.Pelari boleh memakai spike atau tidak memakai kasut.
2.Lebih digalakkan memakai spike kerana lebih baik dan
lebih berkesan untuk cengkaman yang kuat pada trek.
3.Baju dan seluar hendaklah ringan dan tidak serap air
supaya tidak wujud halangan ketika berlari.
4.Setiap peserta hendaklah melekatkan nombor pada
baju atau seluar untuk memudahkan pegawai
kejohanan mengenalpasti para peserta.
5.Kasut yang digunakan hendaklah mengikut spesifikasi
antarabangsa iaitu mempunyai enam paku dengan
panjang paku tidak melebihi 25 cm dan diameter
tidak melebihi 4 mm.
PERMULAAN
Peserta-peserta ditentukan lorong melalui undian.
Lorong-lorong ini hanya digunakan untuk 100 meter
pertama dan selepas itu peserta tidak lagi berlari di
lorong tersebut.
Biasanya pelari yang diletakkan pada lorong pertama
@ paling dalam mempunyai kelebihan kerana dapat
melihat setiap pergerakan yang dilakukan oleh
peserta-peserta lain.
Apabila sudah melepasi 100 meter pertama, setiap
peserta akan mula memotong masuk ke lorong
pertama.
Semua permulaan akan dimulakan dengan arahan ‘
Ke garisan!’ oleh pegawai pelepas. Kemudian akan
diberi arahan sedia dan diikuti tembakan pistol
sebagai tanda perlumbaan dimulakan.
Untuk acara 800 meter, permulaan gaya berdiri
adalah sudah memadai.
Semasa berlari dalam kumpulan selepas melepasi
jarak 100 meter, sering berlaku perebutan untuk ke
lorong yang paling dalam.
Setiap peserta dilarang tolak-menolak atau melakukan
sesuatu yang menjejaskan peserta lain dan jika terjadi
larian peserta tersebut boleh dibatalkan.
100-200 meter pertama berlari dengan pantas
kemudian dengan kelajuan sederhana untuk jarak
selanjutnya.
100-150 meter terakhir, pelari mesti berlari dengan
kelajuan maksimum.
ACARA JARAK JAUH
Peraturan acara jarak jauh 5000 meter
1.Pelari akan berlari sebanyak 12 ½ pusingan balapan
bersaiz 400 meter.
2.Pelari akan berlari tanpa mengikut lorong tertentu.
3.Pelari hendaklah berlari dan mula hingga tamat larian
untuk memenangi sebarang kedudukan. Pelari yang
menarik diri dikira batal dan terkeluar daripada
perlumbaan.
4.Pelari dibenarkan berjalan sebentar jika perlu dan
kemudian meneruskan larian, tetapi dia mesti berada di
dalam balapan dan tidak mengganggu pelari lain.
5.Pegawai perlumbaan akan membunyikan isyarat loceng
atau siren apabila pelari mempunyai baki satu pusingan
lagi untuk menamatkan lariannya.
6.Pelari hendaklah memakai pakaian yang sesuai baru
dibenarkan untuk berlari.
7.Pelari boleh berlari sama ada dengan memakai kasut,
spikes ataupun tanpa berkasut, tetapi pastikan kasut itu
tidak mendatangkan masalah atau kemungkinan
mendapat keeederaan.
8.Pelari hendaklah berlari dengan mematuhi aturan dan
undang-undang yang ditetapkan oleh IAAF.
9.Pelari tidak dibenarkan melakukan sesuatu kepada pelari
lain dengan niat untuk menghalangnya berlari,
mencederakan atau membatalkan lawannya. Pegawai
perlumbaan akan memberi isyarat batal jika terdapat
pelari yang bertindak demikian.
ACARA JARAK JAUH
Peraturan acara jarak jauh 10000 meter
1.Pelari akan berlari sebanyak 25 pusingan balapan bersaiz
400 meter.
2.Pelari akan berlari tanpa mengikut lorong tertentu.
3.Pelari hendaklah berlari dari mula hingga akhir larian
untuk memenangi sebarang kedudukan. Pelari yang
menarik diri dikira batal dan terkeluar daripada
perlumbaan.
4.Pelari dibenarkan berhenti atau berjalan sebentar jika
perlu dan kemudian meneruskan larian, tetapi dia mesti
berada di balapan dan tidak menggangu pelari lain yang
sedang berlari.
ACARA LARI BERPAGAR
1.·Pelari berlari dalam lorong masing-masing.
2.·Pembatalan boleh dikenakan kepada seseorang pelari
dalam keadaan berikut:
Mengheret kaki di bawah palang pagar.
Melompat pagar di lorong lain atau
Menjatuhkan pagar dengan tangan atau kaki secara
sengaja.
Acara yang Dipertandingkan:
1.60 meter berpagar - tertutup
2.100 meter lari berpagar - wanita
3.110 meter lari berpagar - lelaki
4.400 meter lari berpagar
ACARA LARI BERGANTI-GANTI
Jarak piawai bagi acara lari berganti-ganti ialah seperti 4 x
100M, Berganti-ganti Rampaian (Medley Relay), x 400M. x
800M 1200M-400V-800M-1600M Lari Berganti-ganti
Rampaian Jarak Jauh (Distance Medley Relay) dan 4x 1500m.
Garisan-garisan setebal 5sm hendaklah dibuat merintasi
balapan bagi menandakan jarak peringkat larian dan
menentukan garisan gores (scratch line). Bagi acara-acara 4 X
100M, 4 X 200M Lari Berganti-ganti dan untuk pertukaraan
pertama dan kedua Lari Berganti-ganti Rampaian, panjang
zon penukaran ialah 30M. Tanda gores ukur ialah 20M dari
permulaan zon. Untuk pertukaran ketiga Lari beganti-ganti
Rampaian, 4 X 400M dan Lari Berganti yang jaraknya lebih
dari itu. Zon pertukaran ialah 20M dan tanda gores ukur ialah
di tengah zon. Zon tersebut hendaklah bermula dan tamat
pada sisi garisan zon paling dekat dengan garisan permulaan
kearah larian. Untuk semua pertukaran yang dilakukan dalam
lorong, pegawai tertentu akan ditugaskan untuk meletakkan
atlet dalam zon pertukaran.
Spesifikasi Baton dan Panduan Interaksi
Baton hendaklah diguna untuk semua acara Lari Berganti-
ganti dalam stadium dan baton itu mesti dipegang di tangan
sepanjang perlumbaan.Jika boleh, penguntukan warna baton
untuk setiap lorong atau posisi atur mula dimasukan ke
dalam senarai mula. Atlet tidak dibenarkan memakai sarung
tangan atau mengunakan sebarang bahan pada tangan
untuk memperolehi genggaman baton yang lebih baik.
Menjatuhkan baton tidak mengakibatkan pembatalan, tetapi,
jika baton terjatuh, baton itu hendaklah diambil balik oleh
atlet yang menjatuhkannnya. Beliau boleh meninggalkan
lorongnya untuk mengutip baton dengan syarat perbuatan
beliau Itu tidak mengurangkan jarak yang patut
dihabiskannya.
Dalam semua perlumbaan lari berganti-ganti, baton
hendaklah diserahkan di dalam zon sambut. Penyerahan
baton bermula sebaik sahaja a menyentuh pelari yang
menerima dan selesai apabila baton berada hanya di
genggaman pelari yang menerima tadi. Dalam kawasan zon
sambut, hanya kedudukan baton yang menjadi pemutus.
Pemberian baton diluar zon sambut akan mengakibatkan
pembatalan. Jika baton dijatuhkan dan berada sama ada di
depan (termasuk melepasi garisan tamat) atau ditepi tempat
larian, atlet yang menjatuhkanya mesti mendapatkan balik
baton itu dan kembali ke posisi di mana baton itu berada
dalam gengamannya sebelum terlepas keluar, dan
meneruskan larian dari posisi itu.
Sebelum menerima dan/atau setelah menyerahkan baton,
atlet tersebut hendaklah berada dalam zon atau lorong
masing-masing sehingga balapan lapang supaya tidak
menghalang atlet-atlet lain. Lari Berganti-ganti 100m
hendaklah dijalankan sepenuhnya dalam lorong.
Bagi acara 4x 200m, hendaklah menggunakan lorong dari
mula hingga tamat iaitu empat selekoh di lorong. Di lorong
untuk dua peringkat pertama dan kedua dan sebahagian dari
peringkai ketiga sehingga sampai ke tepi terdekat garisan
memotong selepas selekoh pertama (breakline), di mana
atlet boleh meninggalkan lorong mereka iaitu tiga selekoh
dalam lorong. Di lorong untuk peringkat pertama sehingga
sampai ke tepi terdekat garisan memotong selepas selekoh
pertama (breakline), dimana atlet dibenarkan meninggalkan
Lorong masing-masing iaitu satu selekoh dalam lorong. Lari
Berganti-ganti Rampaian (100m-200m-300m-400m) akan di
adakan di dalam lorong untuk peringkat satu dan dua, dan
sebahagian dari peringkat ketiga sehingga ke tepi terdekat
garisan memotong selekoh pertama (breakline) iaitu atlet
boleh meninggalkan lorong masing-masing iaitu dua selekoh
dalam lorong.
Bagi acara 4 x 400m boleh diadakan di lorong untuk
peringkat pertama dan sebahagian dari peringkat kedua
sehingga tiba di tepi terdekat garisan memotong di selekoh
pertama (breakline) di mana atlet boleh meninggalkan lorong
masing iaitu tiga selekoh dalam lorong. Di lorong untuk
peringkat pertama sehingga tiba di tepi terdekat garisan
memotong selekoh pertama (brakline), di mana atlet
dibenarkan meninggalkan lorong iaitu satu selekoh dalam
lorong. Jika terdapat kurang dari empat pasukan,
dicadangkan pilihan (b) hendaklah diamalkan. Bagi acara
4x800 m boleh diadakan di dalam lorong untuk peringkat
pertama sehingga ke tepi terdekat garisan memotong
selepas selekoh pertama (breakline), di mana atlet boleh
meninggalkan lorong masing-masing. Lari Berganti-ganti
Rampaian Jarak Jauh dan 4 X 1500m akan diadakan
keseluruhannya tanpa berlari dalam lorong. Pelari tidak
dibenarkan memulakan larian di luar kawasan penukaran
baton. Jika atlet tidak mengikut peraturan ini, pasukannya
boleh dibatalkan.
Pelari peringkat terakhir dalam acara Lari Berganti-ganti
Rampaian dan pelari-pelari peringkat ketiga dan keempat di
peringkat kedua dalam acara 4 x 400m, akan di tempatkan
oleh pegawai teknikal, di tempat menunggu dan hendaklah
beratur mengikut urutan kedudukan pasukan mereka
semasa berada di selekoh kedua (tempat mula 200m).
Apabila pelari yang mendatang melepasi tempat tersebut,
pelari yang menunggu mesti mengekalkan urutan itu
(walaupun kedudukan telah berubah) dan pelari tidak
dibenarkan menukar posisi mereka semasa penukaran. Jika
atlet tidak mematuhi peraturan ini, pasukannya akan di
batalkan. Untuk acara- acara dimana lorong tidak digunakan
dari mula hingga tamat, termasuk acara 4 x 200 m, jika
bersabit, Lari Berganti-ganti Medley dan 4 x 400m atlet yang
sedang menunggu boleh mengambil posisi di sebelah dalam
semasa dihampiri oleh pelari pasukannya, asalkan semasa
berbuat demikian penolakan dan penghalangan yang boleh
menjejaskan pergerakan pelari lain tidak berlaku. Dalam
acara 4 x 200, Lari Berganti-ganti Medley dan 4 x 400m, atlet
yang sedang menunggu mesti mengekalkan urutan. Jika atlet
tidak mematuhi peraturan, pasukan hendaklah dibatalkan.
BATON
TTEEKKNNIIKK LLAARRII
BBEERRGGAANNTTII--
GGAANNTTII
ACARA JALAN KAKI
Terdapat dua peraturan yang ditetapkan dalam acara jalan
kaki. Peraturan pertama mewajibkan jari kaki belakang
peserta tidak boleh meninggalkan tanah sehinggalah tumit
kaki depannya menyentuh tanah. Pelanggaran peraturan ini
dikenali sebagai hilang sentuhan atau ‘loss of contact’.
Peraturan kedua memerlukan kaki peserta yang menyokong
mesti diluruskan dari titik sentuhan dengan tanah dan kekal
lurus sehinggalah badan peserta melepasi kaki yang
menyokong tersebut. Peraturan-peraturan ini adalah dinilai
oleh mata kasar, yang boleh mengundang kontroversi
semasa peserta-peserta berada dalam keadaan pergerakan
yang laju.
Peserta mungkin melakukan kesalahan ‘loss contact’ untuk
beberapa milisaat dalam satu langkah yang boleh dikesan
dengan menggunakan filem kelajuan tinggi, akan tetapi fasa
apungan peserta semasa berlumba adalah tidak mampu
dikesan dengan mata kasar. Peserta perlu mengekalkan
keadaan badannya supaya rendah dengan tanah
(mengelakkan fasa apungan) dengan cara mengekalkan
ayunan lengannya dalam keadaan rendah, iaitu dihayun
separas punggung. Jika terdapat seseorang ternampak bahu
peserta jalan kaki naik tinggi, hal itu mungkin merupakan satu
tanda bahawa paserta tersebut ‘loss contact’ dengan tanah.
Apa yang menjadikan keadaan pangkal paha berputar
secara berlebihan adalah disebabkan oleh putaran penuh
pelvis oleh peserta. Peserta perlu menggerakkan pelvis ke
depan dan juga mengurangkan pergerakan sebelah kaki lagi
dalam usaha untuk mencapai daya tolakan ke depan yang
maksimum. Kelajuan dicapai dengan cara melangkah dengan
laju iaitu menggantikan kaki yang melangkah secara pantas.
Hal ini akan dapat mengurangkan risiko berlakunya keadaan
kaki meninggalkan tanah (fasa apungan). Langkahan yang
dibuat adalah pendek dan pantas, dengan daya tolakan ke
depan datang daripada bebola kaki, yang juga dapat
mengurangkan risiko hilang sentuhan dengan tanah. Peserta
lumba jalan kaki bertaraf dunia (lelaki dan perempuan)
secara puratanya dapat melakukan bawah tujuh dan lapan
minit per batu (atau bawah empat dan lima minit per
kilometer), dalam acara 20 kilometer (12.4 batu) perlumbaan
jalan kaki.
Gambarajah menunjukkan situasi acara lumba
jalan kaki 20 kilometer semasa Kejohanan
Olahraga Dunia di Helsinki, Finland. Peserta dua
dari kiri dan peserta paling kanan boleh dilihat
melakukan kesalahan ‘loss contact’ dengan tanah.
Peraturan
ACARA PADANG
ACARA LOMPAT TINGGI
1.·Atlet-atlet hendaklah melonjak dengan sebelah kaki.
2.·Seseorang atlet itu gagal sekiranya:
Selepas sesuatu lompatan, palang jatuh dari sangga
tiang akibat aksi atlet itu sendiri semasa melompat;
atau
Atlet itu menyentuh tanah termasuk kawasan
mendarat melebihi satah menegak sama ada di luar
atau di antara tiang dengan mana-mana bahagian
badannya, sebelum melepasi palang. Walau
bagaimanapun, sewaktu melompat, jika atlet itu
menyentuh kawasan mendarat dengan kakinya dan
pada hemah Hakim tidak memberi kelebihan
kepadanya, maka atas sebab ini, lompatan tersebut
tidaklah dianggap gagal.
Atlet menyentuh palang atau bahagian tegak tiang
semasa sedang berlari tanpa membuat lompatan.
Landas Lari dan Kawasan Lonjak
1.Lebar minima landas lari ialah 16m dan panjangnya mesti
berukuran sekurang kurangnya 15 m kecuali
pertandingan di bawah Peraturan 1.1 (a), (b), (c) dan (f), di
mana panjang minima ialah 25m.
2.Keseluruhan kecerunan maksima pada 15m terakhir
landas lari dan kawasan lonjak berbentuk separuh
bulatan yang pusatnya terletak di tengah-tengah di
antara tiang-tiang tegak dan berjejari minimum seperti
yang dinyatakan dalam Peraturan 182.3 itu tidak melebihi
1:250. Kawasan mendarat hendaklah ditempatkan
supaya kemaraan atlet adalah arring kecerunan
menurun.
3.Kawasan lonjak hendaklah rata atau sebarang kecerunan
hendaklah mengikut Peraturan 182.4 dan Manual
Kelengkapan Balapan dan Padang IAAF.
Peralatan
1.Kedua-duanya hendaklah mempunyai sangga untuk
menopang palang dengan mantap. Tiang-tiang tersebut
juga mestilah cukup tinggi supaya sekurang-kurangnya
paras tertingginya 0.10m paras ketinggian palang semasa
dinaikkan. Jarak di antara tiang hendaklah tidak kurang
daripada 4.00m dan tidak melebihi 4.04m.
2.Tiang tersebut tidak boleh dianjak semasa pertandingan
melainkan Referi merasakan sama ada landas lari dan
kawasan lonjak menjadi tidak sesuai. Jika demikian,
perubahan hendaklah dibuat hanya selepas satu
pusingan percubaan.
Sangga Palang
Sangga hendaklah rata dan berbentuk segi empat bujur, 40
mm x 60 mm. Sangga-sangga ini hendaklah melekap kukuh
pada tiang semasa pertandingan dan hendaklah menghadap
bertentangan. Hujung palang hendaklah terletak di atasnya
sedemikian rupa supaya palang mudah jatuh, ke depan atau
ke belakang, apabila tersentuh oleh atlet. Sangga-sangga ini
tidak boleh dibalut dengan getah atau dengan sebarang
bahan lain yang boleh meningkatkan kesan geserannya
dengan palang atau tidak juga ia boleh dipasang dengan apa
jua jenis spring. Sangga hendaklah sama tinggi di atas
kawasan lonjak betul-betul di bawah setiap hujung palang.
Semasa diguna, hendaklah ada ruang di antara hujung
palang dengan tiang sekurang-kurangnya 10mm.
Rajah 1: Tiang dan palang Lompat Tinggi
Kawasan Mendarat
1.Untuk pertandingan di bawah Peraturan 1.1(a), (b), (c), (d)
dan (f), kawasan mendarat tidak boleh kurang dari 6m
panjang X 4m lebar dan 0.7m tinggi di belah satah tegah
palang lompatan.
ACARA LOMPAT JAUH
Pertandingan peserta itu gagal sekiranya:
1.Semasa melonjak, satah ukuf tegak garisan lonjak dengan
mana-mana bahagian kaki/kasut, sama ada membuat
larian tanpa melompat atau sedang membuat lompatan
atau;
2.Melonjak dari luar hujung papan lonjak, sama ada selepas
atau sebelum lanjuran garisan lonjak (30.1.2)
3.Melakukan apa jua jenis balik kuang semasa membuat
larian atau sedang membuat lompatan atau
4.Selepas melompat tetapi sebelum sentuhan pertama di
kawasan mendarat, menyentuh landas lari atau tanah
diluar landas lari atau tanah di luar kawasan mendarat
atau (30.1.4)
5.Semasa mendarat (oleh kerana kehilangan kawalan
perseimbangan) menyentuh sempadan atau tanah di luar
sempadan kawasan mendarat dan kesan itu lebih hampir
kepada garisan lonjak atau pelunjurannya berbanding
dengan kesan daratan yang paling hampir di dalam
kawasan mendarat atau (30.1.5)
6.Meninggalkan kawasan mendarat dengan apa-apa cara
yang bertentangan dengan cara yang digambarkan di
dalam peraturan di bawah:
30.2
Semasa meninggalkan kawasan mendarat, sentuhan pertama
kaki seorang atlet dengan sempadan kawasan mendarat atau
tanah di luarnya hendaklah lebih jauh dari kesan mendarat di
pasir dari garisan lonjak. (termasuk mana-mana kesan yang
dibuat akibat kehilangan kawalan keseimbangan atau kesan
yang dibuat kerana berjalan di kawasan mendarat yang lebih
hampir kepada garisan lonjak dari kesan asal).
Nota: pertama tidak bermaksud meninggalkan tempat.
Seorang atlet tidak dikira gagal jika:
Berlari di mana-mana bahagian luar garisan putih yang
menandakan landas lari.
Selain yang terdapat dalam Peraturan 30.1.2 dia
melonjak, sebelum sampai garisan lonjak
Selain yang terdapat dalam peraturan 30.1.2 sebahagian
dari kaki/ kasut menyentuh tanah di luar mana-mana
hujung papan lonjak, sebelum lonjakan atau kawasan
mendarat.
Semasa mendarat, dia menyentuh dengan mana-mana
anggota badannya atau apa-apa yang dibadannya,
sempadan atau tanah di kawasan luar asalkan sentuhan
itu tidak melanggar peraturan 30.1.4 atau 30.1.5.
Berjalan balik melalui kawasan mendarat setelah
meninggalkan kawasan mendarat dengan cara yang betul
seperti disebut di peraturan 30.2
Nota: pertama adalah dikira sebagai meninggalkan kawasan
mendarat.
Garisan Lonjak
1.Jarak antara garisan lonjak dengan hujung kawasan
mendarat hendaklah sekurang-kurangnya 10m.
2.Garisan lonjak hendaklah diletakkan antara 1m dan 3m
dengan pangkal permulaan kawasan mendarat.
ACARA LOMPAT KIJANG
Peraturan 184 dan 185 boleh diguna pakai
untuk Lompat Kijang dengan syarat-syarat
tambahan berikut:
Pertandingan
1.Lompat kijang hendaklah mengandungi satu loncatan,
satu langkahan dan satu lompatan mengikut tertib ini.
2.Loncatan hendaklah dibuat supaya atlet mendarat di atas
kaki yang sama dengan yang melonjak, semasa
langkahan, pendaratan mesti dengan kaki yang sebelah
lagi dan terus membuat lompatan dengannya. Ianya tidak
dikira sebagai gagal sekiranya peserta menyentuh tanah
dengan kaki yang sepatutnya “tergantung”.
Garisan Lonjak
1.Jarak garisan lonjak ke hujung kawasan mendarat untuk
lelaki hendaklah sekurang-kurangnya 21m.
2.Untuk pertandingan antarabangsa, jarak garisan lonjak
dengan pangkal kawasan mendarat hendaklah tidak
kurang daripada 13m bagi lelaki dan 11m bagi wanita.
Bagi pertandingan-pertandingan lain, jarak ini boleh
disesuaikan mengikut kejohanan.
3.Di antara papan lonjak dan kawasan mendarat hendaklah
diadakan kawasan lonjak selebar 1.22m bagi peringkat
loncatan dan langkahan dengan asas yang kukuh dan
seragam.
Nota: untuk semua trek yang dibina sebelum 1 Januari 2004,
kawasan lonjak mempunyai lebar maksima 1.25m.
Bagaimanapun, apabila permukaan itu diganti keseluruhannya,
kelebaran landas lari mesti mematuhi peraturan ini.
ACARA LEMPAR CAKERA
Cakera
Badan cakera boleh dibuat padu atau lompong dan
diperbuat daripada kayu atau bahan lain yang sesuai dengan
rim logam dan berbentuk bulat. Keratin rentas tepinya
hendaklah dibulatkan dengan sempurna yang mempunyai
jejari lebih kurang 6mm. Cakera boleh dilekatkan dengan
lapisan logam bulat di tengah-tengah kedua-dua permukaan
lepernya. Sebaliknya, lapisan ini boleh juga tidak dipasangkan
asalkan permukaannya kekal rata dan ukuran serta beratnya
mematuhi spesifikasi.
Kurungan Keselamatan Lempar Cakera
Semua lemparan cakera hendaklah dibuat dari dalam
kandang atau kurungan bagi menjamin keselamatan
penonton, pegawai dan atlet. Kurungan yang dinyatakan
dalam peraturan ialah untuk digunakan apabila acara
tersebut dijalankan dalam arena dengan adanya acara-
acara yang dijalankan serentak atau apabila acara
tersebut dijalankan di luar dengan kehadiran
penonton.Jika keadaan ini tidak wujud, dan terutamanya
dalam kawasan latihan, kurungan yang lebih ringkas
memadai.
Kurungan hendaklah direka bentuk dibuat dan
disenggara supaya berupaya menahan cakera seberat
2kg yang melayang pada kadar kelajuan sehingga 25
meter sesaat. Pembikinannya hendaklah sebegitu rupa
supaya tidak mungkin terdapat lantunan atau pantulan
balik kepada atlet yang melempar atau melalui sebelah
atas kurungan.
Kurungan hendaklah berbentuk “U” seperti ditunjukkan
dalam rajah di bawah. Lebar buka pintunya hendaklah
6m, ditempatkan 7m di hadapan pusat bulatan balingan.
Hujung titik lebar buka pintu 6m tersebut hendaklah jadi
bahagian tepi dalam jarring kurungan. Tinggi panel jaring
atau tirai arring hendaklah sekurang-kurangnya 4m dan
ianya mesti 6m untuk 3m paling hampir dengan bahagian
hadapan kurungan di kedua-dua belah.
Perkiraan hendaklah dibuat dalam reka bentuk dan
pembinaan kurungan bagi mengelakkan cakera terkeluar
dari kurungan melalui sebarang sendi pada kurungan
atau jaringnya atau bawah panel jaring atau tirai arring.
Jaring kurungan boleh diperbuat daripada tali fiber asli
atau sintetik yang sesuai atau daripada dawai ke;uli
tekanan tinggi atau sederhana.
Sektor bahaya maksimum dari kurungan bagi lempar
cakera ialah lebih kurang 69 darjah apabila digunakan
oleh sama ada pelempar tangan kanan atau kiri dalam
pertandingan yang sama. Ini dikira bahawa cakera
dilepaskan dari pergerakan lingkaran lingkungan 1.5m.
justeru, penempatan dan penjajaran kurungan di dalam
arena sangatlah penting demi menjamin keselamatan.
KURUNGAN KESELAMATAN
BULATAN LEMPARAN
Lemparan Cakera
Lemparan perlu dilaksanakan dalam bulatan.
Masa melaksanakan lemparan hanya satu minit selepas
masuk dalam bulatan.
Cakera mestilah jatuh di antara dua garisan pinggir
bahagian dalam sektor.
Kaki tidak terkeluar atau menyentuh tanah di luar bulatan
ketika melempar.
Selesai lemparan, keluar dari separuh bulatan bahagian
belakang yang ditandai dengan garisan putih.
Lemparan batal apabila peserta keluar dari bulatan
sebelum cakera mendarat.
Mana-mana bahagian tubuh badan yang menyentuh
tanah di luar bulatan dikira batal.
Penggunaan sarung tangan tidak dibenarkan.
Lemparan hanya tiga kali untuk separuh akhir dan tiga
kali di peringkat akhir.
Kapur boleh digunakan pada tangan untuk membantu
pegangan cakera.
Hanya lemparan terjauh akan diambil kira bagi
menentukan pemenang.
Hendaklah memakai pakaian yang seragam.
BENTUK CAKERA
SAIZ GELANGGANG
ACARA LONTAR PELURU
Giliran peserta-peserta membuat percubaan akan
dijalankan dengan undian.
Tiga lontaran dibenarkan bagi peringkat separuh akhir
dan tiga lontaran lagi di peringkat akhir.
Setiap peserta hanya diberi dua kali lontaran untuk
membuat latihan sebelum memulakan pertandingan.
Peserta tidak dibenarkan menggunakan alat-alat sebagai
latihan semasa pertandingan dijalankan.
Lontaran mestilah dibuat dalam bulatan.
Peserta dinasihatkan tidak bergerak dan dalam keadaan
senyap.
Peluru mestilah dilontar atas bahu dengan sebelah
tangan sahaja.
Peluru mestilah rapat dengan dagu dan tangan tidak
boleh dijatuhkan kebawah daripada tempat lontaran.
Penggunaan pita di tangan tidak dibenarkan kecuali
untuk membalut luka.
Untuk mendapat cengkaman yang baik,peserta
dibenarkan menggunakan bahan yang sesuai di bahagian
tangan sahaja.
Peserta juga dibenarkan menggunakan tali pinggang bagi
keselamatan.
Peserta tidak dibenarkan menyembur sebarang bahan
sama ada di dalam bulatan atau kasutnya.
Jika peserta tersentuh tanah atau di luar bulatan dikira
batal.
Lontaran haruslah jatuh dalam sektor.
Peserta tidak boleh meninggalkan kawasan bulatan
sebelum peluru menyentuh tanah.
Peserta harus keluar belakang garisan putih yang telah
ditandakan oleh hakim.
Tiada peserta dibenarkan membawa alat sendiri untuk
diguna semasa pertandingan.
Peserta juga mestilah memakai pakaian yang bersesuaian
ACARA REJAM LEMBING
Pertandingan
Lembing hendaklah dipegang pada bahagian pemegangnya
dengan sebelah tangan sahaja. Rejaman mesti dilakukan dari
paras atas bahu atau dari bahagian atas lengan yang
merejam dan tidak boleh dilempar atau dibaling. Cara-cara
ganjil tidak dibenarkan. Rejaman hanya dikira sah jika kepala
logamnya menujah tanah sebelum bahagian-bahagian lain
sampai. Atlet tidak dibenarkan berpusing membelakangkan
lengkok balingan melainkan lembing telah dilepaskan. Jika
lembing patah semasa merejamnya atau sedang meluncur di
udara, ianya tidak dikira gagal asalkan rejaman tersebut
dibuat mengikut peraturan ini. Begitu juga jika seseorang
atlet itu hilang imbangannya dan situasi-situasi yang telah
disebutkan atlet hendaklah diberi satu percubaan baru.
Lembing
Lembing hendaklah mempunyai tiga bahagian utama iaitu
kepala, batang dan pemegang. Batang bolehlah padu atau
rongga dan hendaklah diperbuat daripada logam atau bahan
lain yang sesuai supaya menjadi satu gabungan tetap dan
bersepadu. Permukaan batang tidak boleh mempunyai
gerutu, luruh atau lekukan, lubang atau kasaran dan
penyudahannya hendaklah licin dan seragam sepenuhnya.
Batangnya hendaklah dipasang dengan kepala logam di
hujungnva. Kepala hendaklah diperbuat daripada logam
sepenuhnya. Hujungnya boleh diperkuatkan dengan
campuran logam lain yang dimeteri asalkan kepala tad ilicin
dan seragam pada keseluruhan permukaannya.
Pemegangnya yang meniliti bahagian pusat graviti lembing.
Pemegang tidak boleh melebihi 8mm tebal daripada garis
pusat batang. Ianya boleh mempunyai permukaan yang tidak
licin tetapi tanpa sebarang bentuk tali kulit, simpulan atau
lekukan. Pemegang hendaklah mempunyai ketebalan yang
seragam. Keratan rentasnya hendaklah berbentuk bulat
keseluruhannya. Garis pusat maksimum batang hendaklah
betul-betul di depan pemegang.
Bahagian tengah batang, termasuk bahagian di bawah
pemegang, boleh mempunyai bentuk silinder serupa atau
boleh menirus sedikit menuju ke ekornya, tetapi tidak sekali-
kali pengurangan pada garis pusatnya, pada pemegang
melebihi 0.25mm. Dari depan dan belakang pemegang ini,
lembing hendaklah menirus sehingga ke hujung. Profil
membujurnya dari pemegang ke hujung kepala dan ekornya
hendaklah menirus lurus atau sedikit cembung dan tidak
boleh terdapat pengubahan mengejut pada keseluruhan
garis pusat kecuali betul-betul di belakang kepala, serta di
depan dan belakang pemegang, sepanjang lembing. Di
belakang kepala, pengurangan garis pusat tidak boleh
melebihi 2.5mm dan keperluan perubahan daripada profil
membujur ini tidak boleh terlanjur melebihi 300mm ke
belakang kepala.
Lembing tidak boleh mempunyai bahagian yang boleh
bergerak-gerak atau alat lain, yang boleh mengakibatkan
perubahan pusat graviti atau ciri-ciri perejamnya. Penirusan
lembing ke hujung kepala logam hendaklah sebegitu rupa
supaya sudut di hujungnya itu tidak melebihi 40 darjah. Garis
pusat, pada titik 150mm dari hujung kepala, tidak boleh
melebihi 80% daripada garis pusat maksima batang. Pada
pertengahan antara pusat graviti dan hujung kepala logam,
garis pusat hendaklah tidak melebihi 90% daripada garis
pusat maksima batang.
Penirusan lembing ke hujung ekornya adalah seperti
sedemikian supaya garis pusat, pada titik pertengahan antara
pusat graviti dan hujung ekor tersebut, hendaklah tidak
kurang daripada 90% garis pusat maksima batangnya. Pada
titik 150mm dari ekornya hendaklah garis pusat tidak kurang
daripada 40% daripada garis pusat maksima batang. Garis
pusat batang pada hujung ekornya hendaklah tidak kurang
daripada 3.5mm.
Aktiviti Merejam Lembing
Gambar Lembing
TUGAS-TUGAS
PEGAWAI OLAHRAGA DALAM
KEJOHANAN OLAHRAGA
PENGURUS KEJOHANAN
Penolong Kanan Kokurikulum
Tugas:
Bertanggungjawab terhadap kelicinan perjalanan
kejohanan (keseluruhan).
Memastikan semua pegawai melaporkan diri.
Melantik pengganti bagi pegawai yang gagal hadir.
Berkuasa menyingkirkan pegawai yang tidak mematuhi
peraturan.
Berkuasa membuat pindaan kejohanan atas sebab-sebab
munasabah.
Bekerjasama dengan Pengawas Balapan untuk
menentukan individu berkenaan sahaja yang berada
dalam kawasan pertandingan.
PENGURUS TEKNIK
Setiausaha Sukan
Tugas:
Memastikan persediaan:
balapan untuk acara trek
kawasan acara balingan & lompatan
Menentukan ukuran kawasan pertandingan
bulatan balingan, landas lari & garisan di balapan
(lorong)
Memastikan semua peralatan sukan yang digunakan
sesuai dan mengikut peraturan
Menyediakan borang-borang teknik
PANEL JURI RAYUAN
Sekurang-kurangnya 3 orang (tidak lebih 5)
Tugas: yang
Menyelesaikan semua bantahan atau rayuan yang
dikemukakan oleh peserta atau pasukan
bertanding.
Terdiri daripada individu yang berkecuali:
Penolong Kanan Kokurikulum
Seorang Guru Kanan
Setiausaha Sukan Sekolah
REFERI (BALAPAN & PADANG)
Guru-guru yang berpengalaman
Pegawai undangan
Tugas:
Memastikan peraturan dipatuhi serta membuat
keputusan sekiranya timbul masalah tidak jelas tentang
peraturan.
Menyemak dan mengesahkan semua keputusan pada
borang keputusan.
Membuat keputusan terhadap bantahan berkaitan
pengendalian pertandingan.
Berkuasa memberi arahan atau menyingkirkan peserta
yang didapati berkelakuan tidak senonoh
Kad kuning: amaran
Kad merah: penyingkiran
Berkuasa membatalkan acara dan menjadualkannya
semula.
Menukar tempat pertandingan bagi acara padang jika
keadaan memerlukan. Penukaran hanya dilakukan
selepas satu pusingan tamat.
Melengkapkan dan menandatangani kad keputusan dan
serahkan kepada Pengerusi Pertandingan/Pencatat
Keputusan Kejohanan (Setelah selesai sesuatu acara)
KETUA HAKIM (BALAPAN & PADANG)
Guru-guru yang berpengalaman
Pegawai undangan
Tugas:
Mengagihkan dan menyelaras tugas hakim.
Mengesahkan keputusan setelah sesuatu acara selesai.
Menandatangani dan menyerahkan kad keputusan
kepada Referi berkenaan untuk tindakan seterusnya.
HAKIM BALAPAN
Tugas:
Bertanggungjawab ke atas semua acara trek dan acara
jalan raya.
Memerhati, mencatat & menentukan kedudukan setiap
peserta dalam sesuatu acara.
Mencatat maklumat yang berkaitan pada borang
keputusan acara balapan untuk tindakan Ketua Hakim.
HAKIM PADANG
Tugas:
Menghakim pertandingan acara padang mengikut
peraturan.
Mengukur dan merekod semua percubaan atlit.
Menyemak catatan pada setiap pusingan/peringkat.
Menunjukkan isyarat sah (angkat bendera putih) atau
tidak sah (angkat bendera merah).
Jika rekod berjaya dicipta, tiga orang hakim akan
membuat ukuran (acara padang).
PENGADIL
Guru-guru sekolah
Sukarelawan / staf sokongan
Tugas:
Bertugas di bawah seorang Ketua Pengadil & merupakan
pembantu kepada Referi tanpa kuasa untuk membuat
keputusan
Memastikan peserta yang bertanding tidak melanggar
peraturan acara: berlari mengikut lorong masing-masing
tiada kesalahan semasa pertukaran baton
Melaporkan kepada Referi secara bertulis kes-kes foul
dan perlangaran peraturan
Mengangkat bendera putih atau merah (batal)
KETUA PENJAGA MASA
Guru sekolah
Sukarelawan
Tugas:
Mengagih tugas kepada semua penjaga masa.
Memastikan semua penjaga masa menjalankan tugas
dengan baik dan sempurna.
Mendapatkan semua keputusan dan membuat rumusan
setelah selesai setiap acara.
Membuat keputusan rasmi dengan mengisi borang
“Laporan Ketua Penjaga Masa”.
Menghantar borang kepada Referi Balapan/Ketua Hakim.
PENJAGA MASA
Tugas:
Mencatat masa peserta dalam setiap acara balapan
(catatan merujuk pada masa jam sendiri).
Menyimpan rekod catatan pada jamnya sehingga
diperiksa.
Mengisi maklumat dalam borang penjaga masa – diserah
pada Ketua Penjaga Masa
Tidak digalakkan berbincang, membanding atau
menunjukkan masa yang dicatatkan kepada penjaga
masa yang lain.
Digalakkan terdapat:
Tiga penjaga masa ialah bagi tempat pertama hingga
ketiga (jam 1, jam 2 dan jam 3)
Dua penjaga masa untuk tempat ke-4 dan ke-5 (jam 1
dan jam 2)
Seorang penjaga masa untuk tempat ke-6
PELEPAS
Tugas:
Bertanggungjawab untuk memulakan semua acara trek
Mempunyai kawalan sepenuhnya terhadap peserta-
peserta daripada peringkat awal sehingga dilepaskan.
Hendaklah berada ditempat yang dapat dilihat oleh
semua penjaga masa & hakim di garisan penamat.
Memutuskan untuk memberi amaran dan pembatalan
permulaan dilakukan.
Dibantu oleh Pelepas Panggil Balik.
PELEPAS PANGGIL BALIK
Tugas:
Memerhati dengan jelas setiap peserta yang diawasinya.
Berfungsi sebagai individu yang akan memanggil balik
peserta jika berlaku ‘false start’.
Melaporkan sebarang perlanggaran peraturan kepada
Pelepas.
PENOLONG PELEPAS
Tugas:
Memeriksa & memastikan penyertaan peserta (Cth:
lorong, nombor peserta).
Memaklumkan pada Pelepas jika berlaku ‘false start’.
Menyediakan baton untuk pelari pertama bagi acara
berganti-ganti.
Memberi isyarat sedia pada Pelepas jika semua peserta
sudah bersedia.
JURUHEBAH
Tugas:
Mengumumkan peserta-peserta yang akan mengambil
bahagian.
Butiran yang patut diumumkan:
Nombor Acara
Acara
Kumpulan/Kelas
Nombor Lorong
Nama Peserta
Pasukan
Pencapaian (masa, jarak atau tinggi)
BORANG-
BORANG
ACARA OLAHRAGA
Borang Pendaftaran
Borang Pertandingan Lompat Tinggi