BUKU LOG PANDU PUTERI BUKU LOG PANDU PUTERI Disediakan oleh: Chua Mun Chin
ISI KANDUNGAN
BIODATA Nama Pelajar: Angka Giliran: No. Kad Pengenalan: Kumpulan/Unit: Kod Kursus: Nama Kursus: Nama Pensyarah: Chua Mun Chin 2021311340152 030105-13-0520 PISMP MT2621/Mei 2026 MPU3441a Kokurikulum - Unit Beruniform Pandu Puteri Kadet 1 Puan Habibah Nor Bt Laili
BAHAGIAN A: PENGURUSAN & STRUKTUR ORGANISASI BAHAGIAN A: PENGURUSAN & STRUKTUR ORGANISASI
STRUKTUR & ORGANISASI PERTUBUHAN PANDU PUTERI MALAYSIA STRUKTUR & ORGANISASI PERTUBUHAN PANDU PUTERI MALAYSIA Penaung Diraja Kebawah Duli YMM Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Alharhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj Timbalan Yang Dipertua YM Dato ’ Tengku Shireen Binti Almarhum Dato ’ Paduka Tengku Suleiman Ketua Pesuruhjaya YBHG. Dato ’ Yeoh Soo Keng Pesuruhjaya Pandu Puteri Tunas Puan Julia Zainira Binti Zaimon Pesuruhjaya Pandu Puteri Remaja Puan Hariyani Binti Mohamed Pesuruhjaya Pandu Puteri Renjer Puan Azlul Adilah Zaghlol Pesuruhjaya Pandu Puteri Klover Dr. Nor Zafir Binti Md Salleh Pesuruhjaya Guild Puan Juriah Binti Mohamed Pesuruhjaya Program Cik Aliza Binti Alexander Selvaratnam @ Salim Pesuruhjaya Antarabangsa Cik Goh Yue Way (Judy)
STRUKTUR & ORGANISASI PERTUBUHAN PANDU PUTERI MALAYSIA STRUKTUR & ORGANISASI PERTUBUHAN PANDU PUTERI MALAYSIA Pesuruhjaya Latihan Puan Hindan binti Ahmad Pesuruhjaya Keahlian Puan Savagani A/P Govindasamy Setiausaha Kehormat Cik Joyce Ong Choon Kim Bendahari Kehormat Puan Zahridah Hanum binti Mazlan Penasihat Undang-undang Puan Noor Hajrah binti Mohd Noor Pesuruhjaya Perhubungan dengan Masyarakat Dr. Zanariah binti Ahmad Pesuruhjaya Kelip-kelip Puan Maizatul Akmam binti Hasan Husaini Pesuruhjaya dan Struktur dan Pengurusan Puan Crystal Wong
Yang Dipertua Cawangan IPG KPM Yang Berusaha Dr. Zanariah binti Ibrahim STRUKTUR & ORGANISASI PERTUBUHAN PANDU PUTERI MALAYSIA CAWANGAN IPGM KPM STRUKTUR & ORGANISASI PERTUBUHAN PANDU PUTERI MALAYSIA CAWANGAN IPGM KPM Ketua Pesuruhjaya Cawangan IPGM KPM Dr. Siti Rosni binti Mohamad Yusoff (IPGM Kampus Ipoh) Penolong Pesuruhjaya Cawangan IPGM KPM Dr. Noor Habibah binti Kaderan (IPGM Kampus Islam) Setiausaha Agong Pn Shahaliza binti Halim (IPGM Kampus Ipoh) Bendahari Kehormat Dr. Noor Habibah binti Kaderan (IPGM Kampus Islam) Pesuruhjaya Bahagian Keahlian Cik Luvrina binti Jamaludin (IPGM Kampus Tun Hussein Onn) Pesuruhjaya Antarabangsa Dr. Zainab Nawab Khan (IPGM Kampus Keningau) Ketua Pesuruhjaya Klover Dr. Solehah binti Ismail (IPGM Kampus Perempuan Melayu) Ketua Pesuruhjaya Latihan Dr. Ruziaton binti Jamros (IPGM Kampus Bahasa Melayu)
PENGURUSAN DAN STRUKTUR ORGANISASI PANDU PUTERI MALAYSIA PERINGKAT IPGMKTAR PENGURUSAN DAN STRUKTUR ORGANISASI PANDU PUTERI MALAYSIA PERINGKAT IPGMKTAR Penaung Puan Anis Alisya binti Abdullah Naib Penaung Dr. Noraini binti Omar Pesuruhjaya Ustazah Jamayah binti Lasot Penyelaras / Penasihat 1.Dr. Radna Wismawati Muhibah Bt Yahya Sawek 2.Puan Habibah Nor Bt Laili 3.Puan Voon Mui Yee Kapten Winnie Wyati anak Duin Penolong Kapten Dayang Nur Adibah Syazwani binti Awg Salleh Setiausaha Kelly Ling Kai Lee Penolong Setiausaha Lydia Lau Yen Ling Bendahari Esther Wong Siu Ning Penolong Bendahari Chua Mun Chin Ketua Pengangkutan Tan Yiu Yiu Ketua Peralatan Chung Chin You Ketua Keselamatan Sim Siaw Wei Ketua Kawad Cindy Chuo Sing Ting Ketua Jamuan Connie Lee Kuok Ying Ketua Dokumentasi Faustina Wong Yu Jin Ketua Publisiti & Sponsor Venus Tan Loi Ee
BAHAGIAN B: SEJARAH PERKEMBANGAN & STRUKTUR ORGANISASI BAHAGIAN B: SEJARAH PERKEMBANGAN & STRUKTUR ORGANISASI
SEJARAH PENGASAS PANDU PUTERI SEJARAH PENGASAS PANDU PUTERI Olave St. Clair Soames atau lebih dikenali sebagai LadyBaden Powell iaitu beliau adalah isteri kepada Lord Robert Baden-Powell telah mengetahui pertubuhan “Girl Guides ” dengan bantuan adik Lord Robert Baden-Powell, Agnes Baden Powell pada tahun 1910 yang sebelumnya dikenali sebagai “Girl Scouts ” . Pada tahun 1916, beliau telah dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya Pandu Puteri atau “Girl Guides ” . Kemudian pada tahun 1918, beliau telah dilantik menjadi Ketua Pandu Puteri atau “Chief Guide ” . Beliau telah dibrei gelaran “World Chief Guide ” pada tahun 1930. Beliau hidup sehingga 25 Jun 1977 pada umur 88 tahun. Olave St. Clair Soames Lord Robert Baden-Powell
SEJARAH PENUBUHAN PANDU PUTERI DI DUNIA SEJARAH PENUBUHAN PANDU PUTERI DI DUNIA Tahun 1909 Sejumlah kecil gadis hadir untuk Perhimpunan Pengakap "Scout Rally ' pertama di Crystal Palace, memanggil diri mereka Pengakap Puteri. Mereka telah menarik perhatian pengasas pergerakan Pengakap, Lord Robert Baden-Powell. Lord Robert Baden-Powell menubuhkan Pandu Puteri sebagai pergerakan selari bagi mereka, diselenggarakan oleh adiknya Agnes Baden-Powell. Lord Robert Baden-Powell bimbang sekiranya mereka dikenali sebagai pengakap akan menyebabkan kanakkanak lelaki menjauhi diri, dan juga keluarga gadis! Oleh itu, Lord Robert Baden-Powell merilih nama "Girl Guides " atau " Pandu Puter " dengan rujukan kepada Guides Corps di India. Dalam masa beberapa bulan, kumpulan perempuan ini telah mempunyai nama dan programnya sendiri.
Tahun 1912 Di Serata Dunia Walaupun pergerakan Pandu Puteri dilahirkan di Britain, tetapi perkembangannya ke tempat lain amat pantas. Sebelum persatuan ini ditubuhkan, telah wujud beberapa kumpulan. Pandu Puteri telah bertapak di 10 negara. Kumpulankumpulan ini mempunyai pakaian seragam, lencana, peraturan dan nama yang berbeza tetapi mereka berkongsi prinsip dan cita-cita yang sama. Tahun 1910 Agnes Baden-Powell, mengadaptasikan buku Scouting for Boys " untuk kegunaan Pandu Puteri dan seterusya, pergerakan Pandu Puteri dilahirkan. Lord Robert Baden-Powell yang baru bersara mula bergerak secara sepenuh masa dalam Pengakap dan Pandu Puten. Semasa satu lawatan promosi untuk Pengakap dan Pandu Puteri, beliau berjumpa dengan Olave Soames dan seterusnya berkahwin dengannya. Gambar Olave St Clair Soames yang menjadi Ketua Pandu Puteri
Tahun 1919 Oleh sebab Pergerakan ini terus berkembang, satu badan rasmi diperlukan untuk menyatukan semua ahli dan pada tahun 1919, Olave Baden-Powell membentuk Majlis Antarabangsa (International Council), perintis kepada WAGGGS. Robert Baden-Powell dilantik sebagai Ketua Pengakap Sedunia. Tahun 1918 Sementara Agnes Baden Powell memainkan peranan utama sehingga kematiannya, Olave Baden Powell, menjadi Ketua Pandu Chief Guide England. Olave dilantik sebagai Ketua Pandu Puteri United Kingdom dan meneruskan usahanya dengan Lord Robert BadenPowell dalam mengembangkan Pandu puteri di seluruh dunia. Tahun 1920 Setahun kemudian, Persidangan Antarabangsa yang pertama telah diadakan. Persidangan ini merupakan satu peristiwa yang bersejarah dan memberi peluang kepada dunia Pandu Puteri dan Pengakap Puteri untuk berjumpa dan bertukar fikiran dan pengalaman. Buat kali pertamanya, kumpulan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri mula merancang lawatan ke luar negara.
Tahun 1920 Perkhemahan Sedunia yang pertama diadakan dan pada tahun berikutnya (1921), Buletin Dunia dikeluarkan. Buletin ini kini dikenali sebagai “Our World News ” . Sementara itu, pasangan Baden-Powell meneruskan usaha mereka dalam mempromosikan Pengakap dan Pandu Puteri / Pengakap Puteri di seluruh dunia. Tahun 1928 Selepas Persidangan Antarabangsa Keempat yang diadakan di Amerika Syarikat pada tahun 1926, wakil dari beberapa negara berjumpa dengan Baden-Powell untuk bertanya tentang pembentukan satu persatuan. Sebelum Persidangan Antarabangsa Kelima di Hungary pada tahun 1928, Baden-Powell mendapatkan pendapat semua pertubuhan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri yang terkenal dan meminta mereka mempertimbangkan perkara ini secara serius. Akhirnya, perwakilan persidangan dari 26 negara membuat keputusan untuk membentuk Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia. Biro Dunia (World Bureau). Persatuan ini akan bertempat di London dan berfungsi sebagai urusetia. Selepas itu, keputusan diambil untuk pemilihan satu Jawatankuasa Dunia. Lord dan Lady Baden-Powell serta Pengarah Biro Dunia akan menjadi ahli ex-officio kepada Jawatan kuasa ini. Satu draf perlembagaan telah disetujui dan Pandu Puteri menjadi satu persatuan yang berpusat.
Tahun 1930 Perang Dunia Pertama tidak menghalang perkembangan Pergerakan ini. Banyak kumpulan yang menawarkan diri sebagai sukarelawan, 15 lagi negara yang memperkenalkan kumpulan Pandu Puteri, termasuklah Brazil, China dan Estonia. Olave Baden-Powell menjadi Ketua Pandu Chief Guide England dan Ketua Pandu Puteri Sedunia. Tahun 1931 Sementara itu, Pergerakan ini terus berkembang dengan pesat. Pada tahun 1931, keahlian persatuan ini melebihi satu juta. Tahun 1932 Pusat Dunia yang pertama dibuka. Tahun 1939 Perkhemahan Sedunia Pandu Puteri / Pengakap Puteri diadakan di Hungary. Tahun 1945 Setelah tergendala sementara disebabkan oleh peperangan, pergerakan ini dihidupkan semula pada tahun 1945 dan terus berkembang. Walau bagaimanapun, Lord Baden-Powell telah meninggal dunia pada masa itu, Walaupun bersedih atas pemergian suaminya, Olave meneruskan kerja beliau dalam Pandu Puteri.
Tahun 1957 Pembukaan Our Cabanadan. Tahun 1966 Pembukaan Sangam. Tahun 1977 Olave Baden-Powell meninggal dunia pada Jun 1977. Bagi mengingati beliau, WAGGGS memulakan Projek Pusat Olave (Olave Centre Project) dan meletakkan semula Biro Dunia (urusetia WAGGGS) bersama Pusat Dunia London (Pax Lodge). Sehingga Hari Ini: Pertumbuhan pesat ini adalah disebabkan oleh usaha ramai wanita yang bersemangat, mempunyai sumber dan berpandangan jauh. Mereka semua melihat ini sebagai peluang yang baik untuk pendidikan remaja wanita. Nama seperti Juliette Low (pengasas Pengakap Puteri di Amerika Syarikat), Olga Malkowska (pengasas di Poland) dan Antoinette Butte (pengasas di Perancis) membantu membentuk pergerakan yang kita kenali hari ini.
PENGENALAN PANDU PUTERI PENGENALAN PANDU PUTERI Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia (WAGGGS) merupakan pertubuhan rasmi yang menggabungkan persatuan-persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri di seluruh dunia. Terdapat 145 organisasi ahli yang bergabung dengan WAGGGS dan mereka ditadbir mengikut lima rantau - Afrika, Arab, Asia Pasifik, Eropah dan Hemisfera Barat. WAGGGS mempunyai 10 juta orang ahli individu. Melalui organisasi ahlinya, WAGGGS menyediakan program pendidikan bukan formal yang berkualiti untuk remaja dan wanita muda mengembangkan kepimpinan dan kemahiran hidup melalui perkembangan kendiri, cabaran dan pengembaraan. Pandu Puteri dan Pengakap Puteri belajar melalui pengalaman.
SEJARAH PENUBUHAN PANDU PUTERI DI MALAYSIA SEJARAH PENUBUHAN PANDU PUTERI DI MALAYSIA Tahun 1917 Pasukan Pandu Puteri Pertama telah ditubuhkan oleh Cik Gertrude Ballad di Perempuan Methodist, Kuala Lumpur, dibantu oleh tiga orang pemimpin berpangkat Leftenan iaitu Cik Ford, Cik King dan Cik Pykett. Pasukan ini telah didaftarkan di Ibu Pejabat Pandu Puteri India dan dikelolakan di bawah YWCA. Lady Guillemard dilantik sebagai Yang Di Pertua dan Puan Cavendish dilantik sebagai Pesuruhjaya Penyelaras untuk Malaya. Tahun 1919 Penubuhan Pasukan Pandu Puteri Pulau Pinang. Tahun 1920an Pek Tunas Puteri yang pertama pula ditubuhkan di Sekolah Perempuan Kampung Baru, Kuala Lumpur. Tahun 1921 Penubuhan Pasukan Pandu Puteri Perak. Tahun 1923 Penubuhan Pasukan Pandu Puteri Pulau Pinang.
Tahun 1924 Pasukan Pandu Puteri Negeri Sembilan ditubuhkan pada tahun 1924. Tahun 1925 Pasukan Pandu Puteri Melaka ditubuhkan. Penubuhan Unit Renjer Puteri Pulau Pinang, Puan P. M. Robinson dilantik sebagai Ketua Unit Renjer Puteri Malaya. Tahun 1928 Pandu Puteri mula mendapat perhatian pihak kerajaan yang berkuasa pada masa ini. Kerajaan Negeri-negeri Selat serta Kerajaan Persekutuan telah memberi pengiktirafan rasmi dalam bentuk sokongan dan kerjasama seterusnya memberi sumbangan dan peruntukan tahunan sebanyak dua ribu ringgit. Tahun 1932 Pasukan Pandu Puteri Johor dan Pasukan Pandu Puteri Kedah ditubuhkan dan merupakan Pasukan Pandu Puteri yang pertama mengadakan kegiatan dalam Bahasa Melayu. Tahun 1934 Ketua Pengakap Lord Baden Powell dan Ketua Olave, Lady Baden Powell telah mengadakan lawatan ke Malaya.
Tahun 1937 - 1946 Kegiatan Pandu Puteri di Malaya tergendala disebabkan perubahan takhta pemerintahan kerajaan di mana Malaya mula diperintah oleh kerajaan Jepun. Tahun 1947 Kegiatan Pandu Puteri yang tergendala telah dihidupkan semula dengan usaha-usaha menggalakkan lebih ramai lagi penyertaan gadis-gadis remaja apabila penubuhan Pasukan Pandu Puteri dilancarkan di semua negeri Persekutuan Tanah Melayu. Beberapa orang ahli pandu puteri dan pemimpin dari PPPM telah mengambil bahagian dalam perhimpunan antarabangsa buat pertama kalinya. Tahun 1948 - 1960 Sekali lagi kegiatan Pandu Puteri tergendala akibat pengisytiharan darurat di seluruh negara. Tahun 1957 Persatuan Pandu Puteri Malaya diterima bergabung dengan WAGGGS (Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Sedunia). Perjanjian Pandu Puteri yang diubahsuai untuk memenuhi keperluan negara mula digunakan. Tahun 1960 PPPM telah diterima sebagai Ahli Tenderfoot WAGGGS, dalam Persidangan Dunia ke-17 di Athens, Greece.
Tahun 1962 PPPM telah diberi penghormatan menjadi penganjur dan tuan rumah Persidangan Pemimpin Pandu Puteri Sedunia yang diadakan di Kuala Lumpur pada bulan Disember. Tahun 1964 Dame Leslie Whateley, Pengarah Biro Dunia telah memberi Pengiktirafan Persatuan Pandu Puteri Malaysia, gabungan Persatuan Pandu Puteri Sabah, Sarawak, Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu (Malaya) hasil daripada pembentukan negara Malaysia pada 1963. Tahun 1967 - 1976 Sambutan Tahun Jubli Emas 50 tahun disambut meriah dengan aktiviti-aktiviti Perkhemahan Jubli Emas. Tahun 1969 Perletakkan Batu Asas Bangunan Ibu Pejabat dan Perasmian Bangunan Ibu Pejabat, Wisma Pandu Puteri oleh DYMM Sri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Tuanku Intan Zaharah Ibni Almarhum tengku Seri Setia Raja Terengganu.
Tahun 1977 - 1986 Sambutan Tahun Jubli Intan disambut dengan Jambori Jubli Intan, Penubuhan Guild Trefoil Malaysia, Bengkel Penyediaan Buku Dasar Pertubuhan dan Undang-Undang (DPU) Perkhemahan dan Perkhemahan Antarabangsa KEMMAS. Majlis Kebangsaan bersetuju menukarkan BROWNIE kepada TUNAS PUTERI. Pakaian seragam baru untuk Pandu Puteri, Tunas Puteri dan Pemimpin mula digunakan di seluruh negara. Tahun 1986 PPP Selangor dipecahkan untuk membentuk PPP Wilayah Persekutuan dan PPP Selangor. Tahun 1987 - 1996 Merupakan tahun-tahun Pandu Puteri sebagai satu cabaran yang dimulakan dengan sambutan 70 tahun Pandu Puteri di Malaysia secara besar-besaran di seluruh negara. PPPM telah menjadi tuan rumah kepada Mesyuarat Jawatankuasa Asia Pasifik, Persidangan Ketua Pesuruhjaya Komanwel dan Jambori pandu Puteri Kebangsaan. Satu lagi detik sejarah PPPM ialah penubuhan Majlis Kadet Pandu Puteri Maktab Perguruan Malaysia di mana semua urusan latihan dan program Pandu Puteri guruguru pelatih dipertanggungjawabkan kepada Pesuruhjaya Kadet Pandu Puteri yang setaraf dengan Pesuruhjaya Negeri. Pelbagai Projek seperti Our Water Our World, Cleanathon, Round Robin, Kem Cabaran 96 telah dilaksanakan.
Tahun 1997 Sambutan 80 tahun PPPM dengan Semangat Keamanan dan Harmoni bermula. Tahun 1998 Sempena SUKOM 1998 di Malaysia, PPPM telah menganjurkan Perkhemahan Komanwel 1998. Tahun 1999 Bagi menyahut cabaran perkembangan era ICT, Laman Web PPPM telah mula dilancarkan dengan peningkatan maklumat dari semasa ke semasa. Tahun 2000 8 - 15 Februari Laporan Kemajuan WAGGGS ke atas Persatuan Pandu Puteri Malaysia oleh Jan Mac Intyre. Lawatan ke Selangor, Johor, Sabah, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang. Melancarkan Projek Biskut dan Penyerahan Jalur Gemilang - Ketua Kontinjen Bilateral Exchange Programme with China. Majlis Menandatangani Laman Web Persatuan Pandu Puteri Malaysia Pesta Tunas Puteri Antarabangsa 2000 / International Brownies Festival 2000 di UITM Shah Alam Selangor. Tema Kerjasama Sejagat Ke Arah Kesejahteraan Sedunia " (Global Cooperation For A Better World) 11 negara mengambil bahagian.
20 - 26 November Aktiviti Antarabangsa "Bilaterial Exchange Programme Between Girl Guides Association Malaysia with The Chinese Young Pioneers " (Program Pertukaran Malaysia -China) Tahun 2001 7 - 12 September Kem Integrasi 2001: Kem ini disertai oleh peserta dari dalam dan luar negara dari Maldives, Korea dan Pakistan telah diadakan di Pusat Kecemerlangan dan Pembangunan Insan YPJ, Sekakap, Mersing, Johor. Projek Asia Pasifik: PPPM - Fiji GGA: Lend a Hand Tahun 2002 April Majlis Menjunjung Kasih ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Siti Aishah, Bekas Penaung Di Raja Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Ekspedisi Berbasikal Pulau Pinang (Oktober 2004) berjaya memasuki Malaysian Book of Records sebagai “Ekspedisi Berbasikal Wanita yang Terbesar di Malaysia ” . Sambutan menyambut sempena 85 tahun Pandu Puteri di Malaysia.
Tahun 2003 Projek Khidmat Hospital Majlis Renjer Puteri Kebangsaan telah dilancarkan di Hospital Besar Tengku Ampuan Afzan, Kuantan, Pahang. Projek berterusan ini akan diadakan disetiap cawangan Persatuan Pandu Puteri Malaysia pada bulan Oktober sempena Sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia. Tema yang ditetapkan ialah "Kami Membawa Keriangan " . Ahli Pandu Puteri Renjer akan berkhidmat di wad kanak-kanak (pediatrik). Projek "Lids for Limbs " telah diterima untuk dijalankan di setiap cawangan Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Projek Bungkusan Kash atau "Peace Packs " telah diterima untuk dijalankan di setiap cawangan Persatuan Pandu Puteri Malaysia.
Tahun 2004 Seramai 55 orang ahli Renjer Puteri dan Pemimpin mencipta sejarah mendaki Gunung Kinabalu dengan menyertai Ekspedisi Kinabalu Rakan Muda yang bertemakan "Menuju ke Puncak" . Seramai 49 ahli berjaya ke Puncak. Persatuan Pandu Puteri Malaysia dipilih sebagai salah satu organisasi ahli WAGGGS untuk projek International Signature Programme (ISP), satu kerjasama antara The UPS Foundation, WAGGGS dan PPPM. Melalui projek ini, PPPM menerima geran daripada The UPS Foundation selama tiga tahun untuk mencapai beberapa matlamat. Cycleton Puteri Terengganu (Ogos 2004) - 290 ahli Pandu Puteri dan Renjer Puteri berbasikal 300 km merentasi negeri Terengganu bagi menjana dana untuk kanak-kanak kurang upaya dan sakit kronik. Hasil kutipan dana telah dimasukkan ke Tabung Amal Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Terengganu. Ekspedisi Berbasikal Pulau Pinang (Oktober 2004) berjaya memasuki Malaysian Book of Records sebagai “Ekspedisi Berbasikal Wanita yang Terbesar di Malaysia ” .
Tahun 2005 21 - 23 Februari Pada pertama kalinya "Girl Guides ' Summit" diadakan di Hotel Kuala Lumpur International untuk ahli-ahli Pandu Puteri lepasan sekolah. Seramai 105 orang peserta mengambil bahagian. Sambutan Hari Peringatan Sedunia Peringkat Kebangsaandengan tema "Makanan " turut diadakan di acara ini. Sebanyak 4,581 "Peace Packs " telah dihantar ke Iraq. Pengurusan penghantaran dibuat oleh Kementerian Luar Negeri dan kos penghantaran dibiayai oleh Kementerian Pertahanan. 16 - 17 April Kursus Jurulatih Kurikulum Lencana HIV/AIDS WAGGGS diadakan di Wisma Pandu Puteri dengan kerjasama Majlis AIDS Malaysia. Seramai 23 orang Jurulatih Kurikulum Lencana HIV/AIDS berjaya dihasilkan. 16 - 19 Ogos Malaysia menjadi Tuan Rumah kepada Perhimpunan Agung Pertama Sahabat Asia Pasifik WAGGGS(Friends of Asia Pacific WAGGGS) yang diadakan di Kuantan, Pahang dan disertai oleh 190 orang peserta dari 12 negara.
17 Ogos Majlis Pelantikan KDYTM Tengku Puan Pahang Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti AlMutawakkil ‘Alallah Sultan Iskandar Al-Haj, D.K.; D.K. (Johor); S.P.M.J. sebagai Penaung Di Raja Sahabat Rantau Asia Pasifik WAGGGS di Kuantan, Pahang. September Mesyuarat Meja Bulat di Sungai Petani, Kedah bagi membincangkan Perlembagaan baharu PPPM. 20 Oktober YABhg Datin Paduka Seri Endon Mahmood, Yang Di Pertua PPPM kembali ke Rahmatullah. Tahun 2006 Januari - Perubahan nama bahagian dalam PPPM berkuasa. Pek Tunas Puteri / Pasukan Pandu Puteri / Unit Renjer Puteri diubah kepada Pasukan Pandu Puteri Tunas, Pasukan Pandu Puteri Remaja dan Pasukan Pandu Puteri Renjer.
13 - 17 Mac Perkhemahan Pandu Puteri Remaja Peringkat Kebangsaan diadakan di Kem Bina Negara, Kaki Bukit, Perlis dan dihadiri oleh 600 orang peserta. 1 - 6 April Malaysia menjadi Tuan Rumah kepada Seminar Penilaian Signature Programme Volunteerism yang dihadiri 27 peserta dari Malaysia, Hong Kong, Mexico, Afrika Selatan serta pegawai dari Biro Dunia WAGGGS, APCO Worldwide dan Points of Lights Foundation. Ketua Eksekutif WAGGGS, Lesley Bulman-Lever dan Pengarah Global Projek, Brenda Fitzpatrick bersama dengan rombongan PPPM mengadakan kunjungan hormat kepada YAB Dato ' Seri Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia dan YB Puan Komala Devi, Setiausaha Parlimen Kementerian Pelajaran Malaysia. Para peserta juga menghadiri Majlis Santapan bersama SPB Raja Permaisuri Agong Tuanku Fauziah, Penaung Di Raja PPPM. 26 April - 1 Mei Ekspedisi Berakit Menyusuri Sungai Pahang. Ekspedisi 5 hari 4 malam sejauh 180km disertai 140 orang ahli dan sukarelawan Pandu Puteri. PPPM mendapat hadiah Penyertaan Terbanyak
9 Jun Perlembagaan baharu Persatuan Pandu Puteri Malaysia dibentang dan diluluskan oleh Majlis Kebangsaan, berkuatkuasa serta- merta. Pelancaran projek khidmat masyarakat yang baharu “Program Etika Bendera : Kesedaran dan Penjagaan ” telah disempurnakan oleh Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Fauziah binti Al-Marhum Tengku Abdul Rashid, Penaung Di Raja Persatuan Pandu Puteri Malaysia di Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan di Hotel Sutera Harbour, Kota Kinabalu. Julai Modul Program Pandu Puteri Siswi dimantapkan. Oktober Projek Perintis Kempen Pendaftaran Pasukan dan Ahli dijalankan di kesemua 9 daerah di negeri Selangor.
Tahun 2007 Januari Pelaksanaan Perlembagaan Baharu Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Januari & Februari Siri Bengkel Berfikir secara Kreatif “Scientific Creative Thinking ” diadakan untuk ahli lepasan sekolah dengan kerjasama Empowering Potential Consultancy. 19 Januari Majlis Persembahan Selepang kepada SPB Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah sebagai Penaung Di Raja Persatuan Pandu Puteri Malaysia di Istana Negara. 1 April PPPM menerima tawaran daripada WAGGGS untuk menjadi Tuan Rumah Persidangan Rantau Asia Pasifik WAGGGS yang ke-9.
3 - 9 Jun Malaysia menjadi Tuan Rumah kepada "9th Asia Pacific Regional Conferenceand 3rd Friends of Asia Pacific WAGGGS Gathering " . Kedua-dua acara ini diadakan diSunway Resort dan dihadiri oleh 200 orang dari 22 negara di Rantau Asia Pasifik. Seramai 50 orang ahli dan sukarelawan PPPM berkhidmat sebagai sukarelawan di acara ini. Delegasi Malaysia ke Persidangan Rantau Asia Pasifik dianggotai oleh enam orang, termasuk dua orang Pemimpin Muda. 6 Jun Forum Belia bertajuk "Voice of Girls and Young Women " diadakan sempena Persidangan Rantau Asia Pasifik. 100 orang ahli Pandu Puteri Remaja dari Malaysia dan Singapura mengambil bahagian. 7 Jun Perjumpaan Ketua Eksekutif WAGGGS, Mary McPhail dengan ahli PPPM. 6 September Kunjungan Hormat kepada YABhg Datin Seri Jeanne Abdullah, Yang Di Pertua baharu PPPM.
9 Oktober Lawatan Mesra YB Dato ’ Seri Azalina binti Dato ’Othman Said, Menteri Beliadan Sukan bersama rombongan Kementerian Belia dan Sukan ke Wisma Pandu Puteri. 25 November Majlis Makan Malam sempena Ulang Tahun ke-90 Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Tahun 2008 19 Januari Pelancaran “Kempen Mega Pendaftaran Keahlian Peringkat Kebangsaan ” di Sungai Petani, Kedah. 6 - 12 Julai Delegasi Persatuan Pandu Puteri Malaysia menghadiri Persidangan Dunia WAGGGS ke-33 di Afrika Selatan dan membentangkan pembidaan untuk Persidangan Dunia ke-34, 2011 17 - 22 Ogos Perkhemahan Antarabangsa Pandu Puteri Remaja diadakan di Kem Bina Negara, Ulu Kenas, Kuala Kangsar, Perak. Perkhemahan ini dihadiri oleh 500 peserta dari Malaysia, Maldives, Singapura, Sri Lanka, Hong Kong dan United Kingdom.
SEJARAH PANDU PUTERI TUNAS SEJARAH PANDU PUTERI TUNAS Pandu Puteri Tunas merupakan pasukan pertama yang ditubuhkan di Malaya laitu pada tahun 1920. Pada mulanya, Pandu Puteri Tunas dikenali dengan nama Brownie. Nama Brownie kekal digunakan hingga tahun 1984. Pada 30 November 1984, Jawatankuasa Kerja Kebangsaan telah mengadakan mesyuarat dan bersetuju untuk menukar nama Brownie kepada Tunas Puteri. Nama ini lebih sesuai digunakan selaras dengan perkembangan bahasa di negara kita. Tunas Puteri berasal daripada gabungan dua perkataan iaitu Tunas dan Puteri. Tunas bermaksud pucuk yang mula tumbuh, bakal menjadi sebatang pokok. Kerudian, pokok ini akan menghasilkan buah yang baik jika dipupuk dan dijaga dengan baik sejak tunas lagi. Perkataan puteri pula bermaksud gadis bangsawan yang lemah lembut, yang membayangkan sifat-sifat rupawan, kesopanan dan kemuliaan dini. Gabungan huruf Tunas Puteri mengandungi erti yang mendalam dan mengandungi sifat-sifat warganegara yang sempurna.
SEJARAH PANDU PUTERI TUNAS SEJARAH PANDU PUTERI TUNAS T - Tolong orang selalu U - Untuk menunaikan kewajipan kepada Tuhan, Raja dan Negara N - Nilai hidup yang murni A - Akhlak yang utuh S - Selalu senyum tanda persahabatan P - Patuh kepada undang-undang Pandu Puteri Tunas U - Utamakan tanggungjawab sendiri T - Tabah menghadapi cabaran E - Erat dalam perpaduan R - Rela berkhidmat untuk masyarakat I - Indah budi bahasa
Ahli Pandu Puteri Tunas Kini, Tunas Puteri dikenali sebagai Pandu Puteri Tunas. Pandu Puteri Tunas dianggotai oleh kanakkanak perempuan yang berusia 7 hingga 12 tahun. Ahli-ahli baharu menjalani latihan berdasarkan Program Pra-Persetiaan sebelum menyertai Pasukan Pandu Puteri Tunas. Setelah lulus ujian PraPersetiaan, mereka dilantik menjadi seorang Pandu Puteri Tunas dalam istiadat perlantikan. Seterusnya, mereka dilatih dan diuji melalui Program Calit Emas, Tangga Emas dan Tangan Emas di samping mengambil ujian-ujian Lencana Keekapan yang digemari untuk meningkatkan keemerlangan dalam perkembangan diri. Pandu Puteri Tunas mestilah sentiasa berpegang teguh kepada Persetiaan yang dilafaz. Persetiaan ini menunjukkan bahawa seseorang Pandu Puteri Tunas itu sentiasa bersopan santun dan mematuhi undangundang yang telah ditetapkan.
Kumpulan Pandu Puteri Tunas Kumpulan Pandu Puteri Tunas mengambil nama bunga seperti Melur, Siantan, Teratai, Kesidang, Cempaka dan kenanga.
BAHAGIAN C: PRINSIP ASAS PANDU PUTERI MALAYSIA BAHAGIAN C: PRINSIP ASAS PANDU PUTERI MALAYSIA
PERLEMBAGAAN PANDU PUTERI MALAYSIA PERLEMBAGAAN PANDU PUTERI MALAYSIA