PERSETIAAN PANDU PUTERI MALAYSIA PERSETIAAN PANDU PUTERI MALAYSIA Persetiaan Pandu Puteri Bahawa dengan sesungguhnya, saya berjanji dan bersetia, dengan sedaya upaya menunaikan kewajipan saya kepada Tuhan, Raja dan Negara saya Malaysia menolong orang setiap masa dan mematuhi Undang-undang Pandu Puteri
UNDANG-UNDANG PANDU PUTERI UNDANG-UNDANG PANDU PUTERI 1.Seorang Pandu Puteri sentiasa taat dan setia. 2.Seorang Pandu Puteri boleh dipercayai. 3.Seorang Pandu Puteri suka menolong orang lain. 4.Seorang Pandu Puteri sentiasa bersopan santun. Seorang Pandu Puteri bersahabat dengan semua orang dan bersaudara dengan ahli Pandu Puteri yang lain. 5. Seorang Pandu Puteri berbuat baik kepada haiwan dan menjaga benda-benda yang hidup. 6. Seorang Pandu Puteri sentiasa menurut perintah. 7. Seorang Pandu Puteri bersemangat dan bergembira walaupun dalam kesulitan. 8. 9.Seorang Pandu Puteri sentiasa berjimat cermat. Seorang Pandu Puteri suci dalam fikiran, perkataan dan perbuatan. 10.
COGAN KATA Cogan Kata Pandu Puteri “Selalu Sedia ” merupakan cogan kata Pandu Puteri. Ini bermaksud setiap ahli Pandu Puteri hendaklah sentiasa bersedia untuk menghulurkan bantuan tanpa mengharapkan sebarang imbuhan dan balasan. Cogan Kata Pandu Puteri Tunas “Tolong Orang Selalu ” (TOS) merupakan cogan kata Pandu Puteri Tunas. Cogan kata ini diucap setiap kali Pandu Puteri Tunas selesai membuat Istiadat Lingkungan Pandu Puteri Tunas dan Istiadat Hormat Besar.
Lambang daun / Trefoil Bintang pecah 14 LOGO RASMI PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA LOGO RASMI PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA
Menurut persetujuan Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia (WAGGGS- World Association of Girl Guides and Girl Scouts) pada tahun 1982, semua negara bersetuju untuk menerima trefoil sebagai lencana ikrar (sebagai lambang cita-cita Pandu Puteri). Rekabentuk lencana Pandu Puteri Malaysia mula-mula diperkenalkan pada bulan Januari 1962. Ia dicipta oleh Cik Mary Bowers, seorang Pesuruhjaya Latihan di Ibu Pejabat. Lencana Pandu Puteri Malaysia terdiri daripada 3 rangkaian daun atau cantuman daun yang terdapat bintang pecah 14 di tengahnya serta perkataan Pandu Puteri di bawahnya. 3 rangkaian daun lebar itu melambangkan 3 persetiaan. Cantuman tiga daun itu melambangkan persaudaraan Pandu Puteri di negara ini. Bintang pecah 14 yang terdapat di tengah-tengah cantuman daun itu bererti wujudnya perpaduan antara 13 buah negeri serta Wilayah Persekutuan di negara ini. Ini penting kerana Pandu Puteri mementingkan perpaduan setiap ahlinya walaupun terdiri daripada pelbagai bangsa, agama dan budaya. Pemimpin akan menyemat lencana ini pada skaf ahli semasa Upacara Pelantikan yang diadakan setelah lulus Ujian Pra Persetiaan. Lencana ini juga dikenali sebagai Lencana Pelantikan.
Lambang Daun / Trefoil LENCANA PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA LENCANA PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA Bintang Pecah 14 Cerita berkenaan dengan reka bentuk Lencana Pandu Puteri Malaysia Semasa berkhemah dengan pasukannya, beliau telah memungut sehelai daun yang jatuh ke tanah. Daun itu menarik perhatian beliau kerana bentuknya. Berikutan satu perbincangan sesama ahli-ahli kadetnya, mereka telah mencapai kata putus untuk memohon kepada Ibu Pejabat supaya reka bentuk daun tadi digunakan sebagai reka bentuk trefoil. Ini menggantikan lencana trefoil Inggeris yang telah digunakan sebelum tahun 1962.
Trefoil Bintangbintang LENCANA PERSATUAN PANDU PUTERI DUNIA LENCANA PERSATUAN PANDU PUTERI DUNIA Jalur Simbol api Bulatan
BENDERA PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA BENDERA PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA Bendera Pandu Puteri Malaysia dikibarkan pada setiap perhimpunan Pandu Puteri peringkat kebangsaan, negeri, daerah mahupun sekolah. Ia juga dikibarkan di Rumah Pandu Puteri atau Pejabat Pandu Puteri kebangsaan atau negeri. Latar belakang keseluruhan bendera ini berwarna biru. Lencana Pandu Puteri Malaysia yang berwarna kuning emas diletakkan di tengah-tengahnya. Ia membawa maksud matahari menyinari setiap kanak-kanak di dunia. Perkataan Persatuan Pandu Puteri Malaysia mengelilingi lencana tersebut.
BENDERA DUNIA Bendera Dunia ialah bendera rasmi WAGGGS. Penggunaannya diluluskan pada tahun 1930 di Persidangan Dunia yang diadakan pada tahun tersebut. Pepina dan Bendera Dunia yang baharu ini diterima pada Mac 1991 selepas Upacara Perasmian PAX LODGE. Tiga petak kunik menyerong sederet di bahagian kanan bawah melambangkan tiga bahagian Persetiaan. Bahagian Putih di penjuru bahagian kanan bawah melambangkan komitmen semua ahli Pandu Puteri dan Pengakap Puteri terhadap keamanan.
BENDERA MALAYSIA
HORMAT PANDU PUTERI MALAYSIA HORMAT PANDU PUTERI MALAYSIA Hormat atau tabik Pandu Puteri adalah perlakuan menerusi isyarat yang dilakukan oleh Pandu Puteri kepada pegawaipegawai Pandu Puteri seperti pemimpin, ketua danjuga sesama ahli kumpulan. Ia juga diberikan kepada ketua negara, ketua negeri, pembesar dan tetamu kehormat dalam upacara rasmi. Upacara penerimaan hadiah atau kurniaan. Upacara mengibarkan bendera. Cara memberikan hormat adalah seperti berikut: Tiga jari tangan ditegakkan. 1. Ibu jari diletakkan di atas jari kelengkeng yang dibengkokkan. 2. Tangan diangkat sehingga sama tinggi dengan dahi. 3. Sebaik sahaja dapat ormat balas tangan dijatuhkan dan Pandu Puteri boleh bergerak dari situ. 4.
MAKSUD SETIAP JARI PANDU PUTERI MAKSUD SETIAP JARI PANDU PUTERI
HORMAT KEPANDUAN Cara-cara melakukan isyarat kepanduan adalah seperti berikut: i.Apabila hendak memberi hormat, Pandu Puteri mestiah berdiri tegak, tiga jari kanan ditegakkan dan ibu jarinya diletakkan di atas jari kelingking yang dibengkokkan seperti ketika membuat tanda isyarat. ii.Sewaktu memberi hormat, tangan diangkat sehingga sama tinggi dengan dahi, berhampiran hujung mata sebelah kanan. iii.Tangan kiri pula diluruskan ke sisi badan dalam keaadaan bersedia. Kemudian diturunkan dengan tertib. Kiri Kanan
ISYARAT KEPANDUAN Cara-cara melakukan isyarat kepanduan adalah seperti berikut: i.Ahli pandu puteri dalam keadaan sedia dan berdiri tegak. ii.Ayunkan tangan kanan ke atas bahu dengan cergas, siku berhampiran badan. Tangan kiri (di sisi) dirapatkan lurus ke badan. iii.Kedudukan jari adalah sama seperti dalam hormat Pandu Puteri. iv.Ibu jari diletakkan di atas jari kelengkeng yang dibengkokkan ke arah tapak tangan yang menunjukkan Pandu Puteri sentiasa memberi pertolongan atau erti kata lain, yang cerdik atau kuat memberi bantuan kepada yang lemah atau yang memerlukannya. v. Kedudukan tangan kanan adalah pada jarak 15 - 25cm dari telinga kanan. Kiri Kanan
BERJABAT TANGAN PANDU PUTERI MALAYSIA BERJABAT TANGAN PANDU PUTERI MALAYSIA Berjabat tangan adalah tanda persahabatan bagi Pandu Puteri. Ia juga manjadi amalan tradisi Pandu Puteri dunia. Pandu Puteri Malaysia menggunakan kedua0dua belah tangan apabila berjabat tangan dengam orang kenamaan dan orang yang tidak berpakaian seragam, bersesuaian dengan budaya kita. Pandu Puteri berjabat tangan menggunakan tangan kiri dengan ahli berpakaian seragam yang lain. Semua Pandu Puteri di negara ini yang berpakaian seragam berjabat tangan menggunakan tangan kiri.
LAGU DUNIA Arah kita jelas ke depan Bendera berkibar Tidak berlipat di dunia Harapan abadi Bersatu untuk kebenaran,Persahabatan kukuh Selagi dunia masih ada Akan nyanyi lagu ini. Our way is clear as we march on And see our flag on high Is never furled throughout the world For hope shall never die We must unite for what is right In friendship true and strong Until the earth in its rebirth Shall sing our song X2 https://youtu.be/qWCiIXzHLwc
TAPS SIANG (Versi Bahasa Melayu) Kami puji, nikmat diberi Matahari, bintang-bintang, langit biru; Mana pergi, hidup kami, Tuhan saksi (English version) Thanks and praise, for our days, Neath the Sun, neath the stars, neath the sky; As we go, this will know, God is nigh https://youtu.be/__pfzgDsU_0
TAPS MALAM (English version) Day is done, Gone the Sun From the sea, From the hills From the sky, all is well Safely rest, God is nigh (Versi Bahasa Melayu) Malam datang, siang hilang Dari laut, dari gunung, dari langit Semua selamat, sihat rehat Berkat Tuhan https://youtu.be/TJ0URoxq5z0
LAGU KUMPULAN BERENAM PANDU PUTERI TUNAS LAGU KUMPULAN BERENAM PANDU PUTERI TUNAS Siantan Siantan datang berkawan Berani macam pahlawan Melur Melur taat dan setia Berusaha setiap masa Kenanga Kami bernama Kenanga Berjasa bertenaga Cempaka Cempaka bersuka ria Menolong orang duka Teratai Teratai nama kami Bekerja setiap hari Kesidang Kami Kesidang datang Menolong pagi petang https://youtu.be/LTbOCppbXe0
BAHAGIAN D: LAPORAN AKTIVITI / KULIAH MINGGUAN BAHAGIAN D: LAPORAN AKTIVITI / KULIAH MINGGUAN
LAPORAN MINGGU 1 Tarikh: 17 Januari 2024 Hari: Rabu Masa: 0730 - 0930 Tempat: Makmal Fizik Laporan: Pada hari Rabu bertarikh 17 Januari 2024, telah diadakan perjumpaan Persatuan Pandu Puteri buat kali pertama bagi sesi 2024 di Makmal Fizik. Perjumpaan tersebut telah dikendalikan oleh pensyarah pembimbing bagi subjek MPU 34441a Kokurikulum bagi Unit Beruniform Pandu Puteri Kadet, iaitu Puan Habibah Nor binti Laili. Seramai 13 orang pelajar telah menyertai perjumpaan tersebut. Antara aktiviti yang telah dilaksanakan adalah taklimat bagi mengenalkan kursus oleh Puan Habibah. Setelah itu, sesi pengenalan terhadap Persatuan Pandu Puteri secara ringkas telah diberikan misalnya temasuklah hal berkaitan penubuhan Pandu Puteri, visi dan misi Pandu Puteri. Dalam pada itu, pemilihan ahli jawatankuasa juga telah dijalankan. Setiap ahli Pandu Puteri telah dilantik dan diberikan jawatan.
Refleksi Melalui perjumpaan kali pertama ini, saya telah memperoleh pemahaman awal berkaitan kursus MPU3441a Kokurikulum - Unit Beruniform Pandu Puteri Kadet 1. Saya dapat mengetahui objektif kursus, hasil pembelajaran yang akan diperoleh serta mengetahui serba sedikit mengenai Persatuan Pandu Puteri. Saya juga telah memperoleh kefahaman yang lebih mendalam mengenai organisasi dan pengurusan Pandu Puteri pada kuliah tersebut. Ahli-ahli pandu puteri membentuk ahli jawatankuasa Disediakan oleh, adi (DAYANG NUR ADIBAH SYAZWANI BINTI AWG SALLEH)
LAPORAN MINGGU 2 Tarikh: 24 Januari 2024 Hari: Rabu Masa: 0730 - 0930 Tempat: Makmal Fizik Laporan: Pada 24 Januari 2024, perjumpaan Persatuan Pandu Puteri yang kedua dijalankan di Makmal Fizik IPGMKTAR. Perjumpaan tersebut telah dikendalikan oleh pensyarah pembimbing bagi subjek MPU 34441a Kokurikulum bagi Unit Beruniform Pandu Puteri Kadet, iaitu Puan Habibah Nor binti Laili. Seramai 13 orang guru pelatih telah menyertai perjumpaan tersebut. Aktiviti belajar tiga lagu pandu puteri iaitu Lagu Dunia, Lagu Taps Siang dan Lagu Taps Malam Pandu Puteri diadakan untuk membantu ahli Pandu Puteri berasa kebersamaan dan persatuan melalui nyanyian bersama. Saya juga belajar untuk bekerja secara berpasukan dan bersamasama mencapai matlamat. Aktiviti belajar persetiaan dijalankan untuk menguatkan kesetiaan dan komitmen dalam kalangan ahli Pandu Puteri. Persetiaan merupakan satu bentuk komitmen dan kesetiaan ahli Pandu Puteri terhadap nilai-nilai, matlamat, dan objektif organisasi. Dengan mengulangi persetiaan secara berkala, ahli-ahli diajar untuk menghormati, mengamalkan, dan memperjuangkan nilai-nilai Pandu Puteri dalam kehidupan sehari-hari.
Seterusnya, aktiviti belajar undang-undang pandu puteri bertujuan untuk mempelajari kemahiran kehidupan. Belajar undang-undang membantu ahli Pandu Puteri untuk membangun kemahiran hidup yang berguna dalam kehidupan seharian mereka. Saya dapat belajar cara membuat keputusan dengan bertanggungjawab, memahami hak dan tanggungjawab dalam hubungan sosial, dan menghormati peraturan yang telah ditetapkan. Akhirnya, kami telah mempelajari cogan kata Pandu Puteri. Dengan mempelajari cogan kata Pandu Puteri, ahli Pandu Puteri dapat memperkukuhkan identiti organisasi. Cogan kata Pandu Puteri merupakan ungkapan yang mewakili nilai-nilai utama dan identiti organisasi. Dengan mempelajari cogan kata ini, ahli Pandu Puteri dapat lebih memahami dan menghayati makna serta tujuan dari organisasi Pandu Puteri.
Refleksi: Aktiviti pada Minggu 2 ini berjaya memberikan pengalaman dan pengetahuan tambahan kepada ahli Pandu Puteri dalam bidang lagu, undang-undang, persetiaan, dan cogan kata. Melalui aktiviti ini, diharapkan kami dapat lebih menghayati nilai-nilai yang menjadi asas kepada keanggotaan kami dalam organisasi Pandu Puteri. Semua ahli didapati aktif dan bersemangat dalam menyertai aktiviti-aktiviti yang dianjurkan, menunjukkan kesungguhan mereka untuk terus berkembang dalam peranan mereka sebagai ahli Pandu Puteri. Ahli-ahli Pandu Puteri belajar persetiaan Pandu Puteri Disediakan oleh, kelly (KELLY LING KAI LEE)
Tarikh: 31 Januari 2024 Hari: Rabu Masa: 0730 - 0930 Tempat: Astaka dan Bilik Kuliah 15 Laporan: Pada 31 Januari 2024, perjumpaan Persatuan Pandu Puteri yang ketiga dijalankan di Astaka IPGMKTAR. Perjumpaan tersebut telah dikendalikan oleh pensyarah pembimbing bagi subjek MPU 34441a Kokurikulum bagi Unit Beruniform Pandu Puteri Kadet, iaitu Puan Habibah Nor binti Laili. Seramai 13 orang guru pelatih telah menyertai perjumpaan tersebut. Aktiviti belajar isyarat tangan dan isyarat wisel diadakan dengan tujuan untuk memberi peluang kepada ahli Pandu Puteri untuk mempelajari dan mengamalkan isyarat-isyarat yang penting dalam konteks pandu puteri. Aktiviti ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan kemahiran komunikasi visual serta kecekapan dalam menggunakan isyarat tangan dan isyarat wisel semasa menjalankan aktiviti berkumpulan atau dalam keadaan kecemasan. Selepas sesi pembelajaran teori, ahli Pandu Puteri dibahagikan kepada kumpulan kecil untuk melaksanakan latihan praktikal. Latihan isyarat wisel dijalankan di astaka manakala latihan isyarat tangan dijalankan di bilik kuliah 15 disebabkan oleh cuaca panas di astaka. LAPORAN MINGGU 3
Refleksi: Aktiviti belajar isyarat tangan dan isyarat wisel telah berjaya dijalankan dengan baik. Ahli-ahli mendapat manfaat daripada pembelajaran teori serta latihan praktikal yang diberikan. Harapannya, kemahiran yang dipelajari dalam aktiviti ini akan dapat membantu ahli Pandu Puteri menjadi lebih berkebolehan dan bersedia dalam menghadapi pelbagai situasi kecemasan dan aktiviti luar. LAPORAN MINGGU 2 Latihan Isyarat Wisel Senarai isyarat wisel yang dipelajari
Ahli mendemokan cara menggunakan isyarat tangan “Berdiri dalam barisan, ketua di hadapan ” Disediakan oleh, cindy (CINDY CHUO SING TING) Ahli mendemokan cara menggunakan isyarat tangan “Diam ” Senarai isyarat tangan yang dipelajari
Tarikh: 7 Februari 2024 Hari: Rabu Masa: 0730 - 0930 Tempat: Astaka Laporan: Pada hari Rabu bertarikh 7 Februari 2024, perjumpaan Persatuan Pandu Puteri yang keempat telah diadakan di Makmal Fizik. Perjumpaan tersebut telah dikendalikan oleh pensyarah pembimbing bagi subjek MPU 34441a Kokurikulum bagi Unit Beruniform Pandu Puteri Kadet, iaitu Puan Habibah Nor binti Laili. Seramai 13 orang pelajar telah menyertai perjumpaan tersebut. Aktiviti yang telah dilaksanakan ialah latihan kawad kaki statik. Kawad kaki bertujuan untuk melatih ahli Pandu Puteri sentiasa berdisiplin dan patuh kepada arahan. Selain Itu, kawad kaki bukan sahaja membina semangat berpasukan dan bekerjasama, tetapi juga membina kekuatan mental dan fizikal yang kental. Sebelum latihan dimulakan, Puan Habibah memberikan penjelasan terperinci mengenai setiap arahan kawad kaki serta melakukan demonstrasi tindakan yang betul. Setiap ahli Pandu Puteri kemudiannya diberi peluang untuk menjalankan latihan kawad kaki. Mereka turut bergilir menjadi komander dalam latihan untuk memperkukuhkan kemahiran dan kefahaman mereka terhadap proses kawad kaki statik. LAPORAN MINGGU 4
Refleksi: Latihan kawad kaki pada minggu keempat ini telah membawa manfaat yang besar kepada kami sebagai ahli Persatuan Pandu Puteri. Melalui latihan ini, kami mempelajari arahan kawad kaki statik dan tindakannya. Kami dapat meningkatkan kemahiran kawad kaki statik serta meningkatkan koordinasi dalam melaksanakan arahan. Selain itu, latihan ini juga memberi kami kesedaran akan pentingnya kepatuhan dan disiplin dalam menjalankan tugastugas kami sebagai Pandu Puteri. Latihan kawad kaki telah memperkukuhkan ikatan antara ahli kumpulan. Kesemuanya, pengalaman ini telah memberi kami pemahaman yang lebih mendalam mengenai nilai-nilai kerjasama dan kedisiplinan, yang merupakan aspek penting dalam pembentukan diri kami sebagai ahli Persatuan Pandu Puteri. Kawad Kaki Statik dengan Arahan “Ke kanan lurus ”
S e n a r ai A r a h a n K a w a d K a ki S t a tik y a n g Dip elaj a ri Disediakan oleh, venus (VENUS TAN LOI EE)
Tarikh: 21 Februari 2024 Hari: Rabu Masa: 0730 - 0930 Tempat: Astaka Laporan: Pada 21 Februari 2024, aktiviti kawad dinamik dijalankan di astaka. Ini adalah aktiviti yang dijalankan bagi perjumpaan pada minggu kelima. Perjumpaan tersebut telah dikendalikan oleh pensyarah pembimbing bagi subjek MPU 34441a Kokurikulum bagi Unit Beruniform Pandu Puteri Kadet, iaitu Puan Habibah Nor binti Laili. Seramai 13 orang pelajar telah menyertai perjumpaan tersebut. Kawad dinamik melibatkan pergerakan berjalan. Tujuan kawad dinamik adalah untuk melatih ahli Pandu Puteri supaya sentiasa berdisiplin dan patuh akan arahan yang diberikan. Pada masa yang sama, semangat berpasukan dan bekerjasama dapat dilahirkan dalam kalangan ahli Pandu Puteri demi memastikan keseragaman pergerakan berjalan semasa kawad dinamik dilaksanakan. LAPORAN MINGGU 5
Sebagai makluman, aktiviti kawad dinamik ini telah dipimpin oleh Chua Mun Chin. Chua telah memberikan arahan yang jelas dan mudah difahami. Semua ahli pandu puteri juga menumpukan perhatian terhadap arahan yang diberikan dan memberikan kerjasama yang sepenuhnya sepanjang aktiviti kawad dinamik dijalankan. Selepas kawad dinamik, ahli Pandu Puteri telah menjalankan sesi perkongsian tentang kawad dinamik. Dalam sesi perkongsian, ahli-ahli sangat aktif untuk bertanyakan soalan kepada pensyarah pembimbing, iaitu Puan Habibah dan juga berkongsi pandangan masingmasing. Justeru, semua ahli dapat mempelajari arahan kawad dinamik dan bahasa hukuman yang betul.
Refleksi: Melalui aktiviti kawad dinamik ini, saya dapat mempelajari arahan dan bahasa hukuman tentang kawad dinamik. Sebagai contoh, saya dapat mempelajari cara pembentukan barisan, cara cepat jalan dan cara melakukan pergerakan berjalan. Saya juga mengetahui cara memberikan arahan dan bahasa hukuman tentang kawad dinamik kepada ahli Pandu Puteri. Akhir sekali, saya berasa semangat bersatu padu sangat penting demi menjayakan aktiviti kawad dinamik dan juga mengeratkan hubungan antara ahli Pandu Puteri. Ahli-ahli Pandu Puteri melakukan Kawad Dinamik Disediakan oleh, lydia (LYDIA LAU YEN LING)
Tarikh: 1 Mac 2024 Hari: Jumaat Masa: 1430 - 1630 Tempat: Pulako Laporan: Pada 1 Mac 2024, perjumpaan Persatuan Pandu Puteri yang keenam dijalankan di Pulako IPGMKTAR. Perjumpaan tersebut telah dikendalikan oleh pensyarah pembimbing bagi subjek MPU 3441a Kokurikulum bagi Unit Beruniform Pandu Puteri Kadet, iaitu Puan Habibah Nor binti Laili. Seramai 13 orang guru pelatih telah menyertai perjumpaan tersebut. Aktiviti masakan rimba mengandungi memasak menggunakan bahan-bahan semula jadi dari hutan mengajar ahli Pandu Puteri untuk menghargai alam sekitar dan memahami pentingya menjaga kelestarian alam. Kepentingan belajar masakan rimba adalah belajar untuk memasak menggunakan bahan-bahan semula jadi yang terdapat di hutan untuk meningkatkan kemahiran bertahan hidup ahli Pandu Puteri, terutamanya dalam situasi kecemasan atau apabila berada di kawasan hutan terpencil. LAPORAN MINGGU 6
Semasa aktiviti masakan rimba, ahli Pandu Puteri diminta untuk memasak ikan dan kepak ayam. Kapten membahagikan kerja kepada setiap ahli Pandu Puteri, seperti menghidupkan api, mencuci ikan dan kepak ayam, menyediakan sos, mencuci pinggan mangkuk, menyediakan minuman dan lain-lain. Setiap ahli Pandu Puteri menjalankan tugas dengan baik dan akhirnya semua bersama-sama makan ikan dan kepak ayam. Justeru, masakan rimba ini adalah berjaya. Refleksi: Melalui aktiviti masakan rimba, saya memahami bahawa masakan rimba memerlukan kerjasama dan kolaborasi antara ahli Pandu Puteri. Setiap orang perlu bekerjasama dalam mencari kayu api, memasak, dan menyediakan hidangan dengan selamat dan cekap. Masakan rimba juga memerlukan penggunaan teknik memasak yang sederhana tetapi efektif. Oleh itu, pembelajaran teknik-teknik ini memberikan kemahiran amali yang boleh digunakan semasa berada di hutan. Menghidupkan api untuk memasak
Ikan dan kepak ayam yang sudah dimasak Memotong buah tembikai Berasa seronok semasa aktiviti masakan rimba Memasak kepak ayam Disediakan oleh, connie (CONNIE LEE KUOK YING)
Tarikh: 6 Mac 2024 Hari: Rabu Masa: 0730 -0930 Tempat: Makmal Fizik Laporan: Pada 6 Mac 2024, pembelajaran teori tentang ikatan dan perbincangan aktiviti kesukarelawan, iaitu tentang tugasan 2 MPU3441a telah dijalankan di makmal fizik. Ini adalah aktiviti yang dijalankan bagi perjumpaan pada minggu ketujuh. Perjumpaan tersebut telah dikendalikan oleh pensyarah pembimbing bagi subjek MPU 34441a Kokurikulum bagi Unit Beruniform Pandu Puteri Kadet, iaitu Puan Habibah Nor binti Laili. Seramai 13 orang pelajar telah menyertai perjumpaan tersebut. Puan Habibah telah memberi kuliah tentang jenis ikatan dan simpulan yang digunakan. Kami telah mencari maklumat berkaitan dengan ikatan dan simpulan seperti jenis ikatan, cara membuat ikatan dan kegunaan ikatan tersebut dan berkongsi sesama ahli Pandu Puteri. Seterusnya, Kapten Pandu Puteri telah memulakan perbincangan tentang program kesukarelawan bersama dengan pensyarah pembimbing, Puan Habibah. Setelah perbincangan, ahli Pandu Puteri bersetuju untuk mengadakan aktiviti kesukarelawanan di rumah anak yatim. Pembentukan jawatankuasa juga telah dilaksanakan bagi program kesukarelawan ini untuk pembahagian tugas dan memastikan segala urusan dilancarkan. LAPORAN MINGGU 7
Ahli-ahli Pandu Puteri juga membuat persiapan dengan menyediakan kotak untuk meletak barangan yang akan disumbangkan kepada rumah anak yatim. Refleksi: Melalui pembelajaran tentang ikatan dan simpulan, saya telah mempelajari pelbagai jenis ikatan dan simpulan serta kegunaan mereka. Misalnya, saya telah mempelajari simpulan buku sila yang dapat digunakan untuk mengikat kain pembalut atau kain anduh. Seterusnya, melalui perbincangan aktiviti kesukarelawan, saya dapat menyemai persetiaan Pandu Puteri, iaitu tolong orang selalu, terutamanya kepada mereka yang memerlukan. Perbincangan aktiviti kesukarelawan Ahli-ahli Pandu Puteri telah menyediakan kotak untuk meletak barangan sumbangan yang akan disalurkan untuk anak yatim. Disediakan oleh, chung (CHUNG CHIN YOU)
Tarikh: 13 Mac 2024 Hari: Rabu Masa: 0730 - 0930 Tempat: Makmal Fizik Laporan: Pada 13 Mac 2024, aktiviti membuat ikatan telah dijalankan di Makmal Fizik. Ini adalah aktiviti yang dijalankan pada minggu kelapan. Perjumpaan tersebut telah dikendalikan oleh pensyarah pembimbing bagi subjek MPU 34441a Kokurikulum bagi Unit Beruniform Pandu Puteri Kadet, iaitu Puan Habibah Nor binti Laili. Seramai 13 orang pelajar telah menyertai perjumpaan tersebut. Kami telah menghasilkan pelbagai jenis simpulan dan ikatan selepas diberi penjelasan oleh Puan Habibah. Jenis simpulan yang dihasilkan termasuklah buku sila, simpul manuk, bunga geti, tindih kasih, simpul balak dan juga simpul belit. Bukan itu sahaja, kami juga telah menghasilkan pelbagai jenis ikatan seperti ikatan seraya, ikatan serong, ikatan lilit kacang, ikatan silang tungku dan ikatan silang gunting. Kami juga telah mengaplikasikan ikatan yang dipelajari dalam kehidupan seharian seperti menggunakan ikatan silang tungku untuk mengikat pen dan sebagainya. Praktikal ini membolehkan kami melatih untuk membuat ikatan supaya kami boleh mengaplikasikannya apabila kami berada di dalam hutan. LAPORAN MINGGU 8
Refleksi: Melalui pembelajaran tentang ikatan dan simpulan, saya telah mempelajari pelbagai jenis simpulan dan ikatan. Sebagai contoh, saya dapat membuat ikatan pada sesuatu benda dengan menggunakan pelbagai jenis ikatan. Ahli-ahli mendapat manfaat daripada latihan praktikal yang dijalankan. Harapannya, kemahiran yang dipelajari dalam aktiviti ini akan dapat membantu ahli Pandu Puteri menjadi lebih berkebolehan dan bersedia dalam menghadapi pelbagai situasi semasa berada di aktiviti luar. Ikatan (Praktikal) Ikatan silang tungku yang digunakan untuk mengikat pen Ahli-ahli Pandu Puteri mempelajari untuk membuat simpulan dan ikatan.
Jenis ikatan yang dihasilkan Ikatan silang tungku Ikatan silang gunting Ikatan lilit kacang Ikatan serong Disediakan oleh, sim (SIM SIAW WEI)