Nama : Nor Azmarizal bin Mohd Shizan
Angka Giliran : 2020212340___
Kumpulan/Unit : Bahasa Melayu
Nama Pensyarah : Puan Mazlina binti Johari
Kursus : PSVK3213 (Asas Menggambar dan Membuat Corak dan Rekaan)
Tugasan 1 - Portfolio
Pengenalan Bidang
Menggambar dan
Membuat Corak
dan Rekaan
Menggambar ialah satu bidang yang memberi penegasan mengenai perkembangan persepsi,
kemahiran dan kemampuan murid dalam aspek melukis serta kegiatan membuat gambar dengan
menggunakan pelbagai media dan juga teknik yang menekankan aspek struktur, imbangan, ruang dan
komposisi. Umumnya, tujuan kegiatan menggambar dalam pendidikan seni visual adalah untuk
meneroka teknik-teknik yang berbeza dalam melukis dan membuat gambar dengan mengaplikasikan
asas seni reka (ASR) berdasarkan tema, pengalaman, imaginasi dan fantasi murid sama ada secara
manual ataupun berbantukan komputer.
Melalui bidang ini, pelbagai kemahiran asas dan teknik dalam proses rekaan akan
diperkenalkan dan penerokaan mengenai alat, bahan dan kegunaannya turut dirangkumi dalam
bidang menggambar ini. Malah, persepsi visual murid dan kesedaran terhadap asas seni reka seperti
warna, garisan, susunan serta kesannya akan dapat dikembangkan supaya murid dapat memahami
apa yang dilakukan melalui gubahan hasil kerjanya. Proses apresiasi hasil kerja dijalankan sebagai
satu proses pembelajaran dan ia boleh dilaksanakan melalui pelbagai cara. Contohnya melalui
pernyataan, nyanyian, jalan galeri (gallery walk), puisi dan cerita.
Secara ringkasnya, bidang menggambar adalah satu representasi visual sesuatu objek
dalam bentuk 2 dimensi (2D) yang dihasilkan di atas permukaan rata dan mempunyai komposisi
artistik yang dihasilkan melalui pengaplikasian warna. Terdapat 13 teknik dalam bidang menggambar,
iaitu lukisan, catan, kolaj, montaj, cetakan, resis, gososkan, stensilan, percikan, gurisan, capan, mozek
dan poster
Bidang membuat corak dan rekaan memberi peluang kepada murid
untuk memahami pelbagai cara penghasilan corak dan
mengaplikasikannya menjadi satu rekaan lain. Corak dan rekaan
tersebut juga boleh dipadankan dengan hasil karya daripada bidang
kegiatan lain seperti binaan, kraf dan sebagainya.
Corak merujuk kepada struktur susunan berulangan
berdasarkan motif yang dibuat secara tertentu atau bebas. Contoh
susunan corak ialah corak penuh, turun separa, berulang, orgee, batu
bata, berpusat, sendeng, berombak, bertindih, jidar, bertimbul,
berlajur dan cerminan.
Tajuk Portfolio:
Koi Hana
Dalam portfolio ini, pengkarya akan menghasilkan sebuah karya bertemakan flora fantasi yang bertajuk “Koi
Hana”. Karya akan dihasilkan menggunakan teknik hatching, layering dan burnishing menggunakan pensil
warna dalam bidang membuat corak dan rekaan serta teknik lukisan yang diwarnakan menggunakan warna
pensil dalam bidang menggambar. Penegasan utama karya diberikan kepada “bunga raya” yang
mencerminkan tema karya, iaitu flora. Media yang digunakan ialah warna pensil sepenuhnya.
Bunga raya atau nama saintifiknya Hibiscus rosa-sinensis adalah sejenis tumbuhan berbunga
sepanjang tahun dalam genus Hibiscus yang sering ditanam sebagai pokok hiasan. Malvaceae adalah
keluarga tumbuhan dicotyledonous yang terdiri daripada 1,000 spesies yang diedarkan di lebih daripada 100
jenis. Di antara watak-watak morfologi utama malvaceae, stamens adalah monadelphous, iaitu, dikimpal ke
dalam tiub. Ini adalah tumbuhan herba, pokok renek dan beberapa pokok dari kawasan sejuk ke kawasan
tropika. Ia adalah keluarga kosmopolitan. Antara tumbuhan hiasan dan berguna adalah Alcea (hollyhock),
Althaea, Gossypium, Hibiscus (bunga raya) dan Malva (mauve). Klasifikasi filogenetik termasuk
Bombacaceae, Tiliaceae dan Sterculiaceae dalam keluarga Malvaceae, yang banyak meningkatkan jumlah
spesies yang dimiliki oleh keluarga ini. Pelbagai jenis kacukan dan hibrid bunga raya dengan pelbagai warna
bunga telah dicipta. Antara hibrid yang popular dan biasa dijumpai di Malaysia ialah King Kakalua, Mystic Pink,
Pepper’s Surprise, Timeless, Apricot Brandy, Brilliant, Feelin Blue, Fire, Heart and Soul, Berganda, Kinchen’s
Yellow dan Pastel Pie.
Namun dalam portfolio ini, pengkarya akan menggunakan bunga raya Hibiscus rosa-sinensis, iaitu
bunga raya yang dikenali sebagai bunga sepatu dan kembang sepatu. Bunga raya ini akan digabungkan
bersama ikan koi dan daun pisang.
Koleksi Sumber
Ilham
1. Bunga Raya
Bunga raya (Hibiscus rosasinensis) ialah
sejenis tumbuhan berbunga sepanjang
tahun yang sering ditanam sebagai pokok
hiasan. Bunga raya ialah bunga kebangsaan
Malaysia.
Bunga ini ditanam secara meluas
sebagai hiasan di seluruh kawasan tropika
dan separa tropika. Bunganya besar, merah,
keras, tetapi tidak berbau. Pelbagai kultivar,
varieti, dan hibrid telah dihasilkan, dengan
warna bunga pelbagai daripada putih
kepada kuning dan kuning bata dan merah
jambu lembut, dengan kelopak set tunggal
dan berganda.
2. Ikan Koi
Koi atau secara spesifiknya nishikigoi, adalah
sejenis kelainan bela jinak kap biasa hiasan
(Cyprinus carpio) yang dibela bagi tujuan
mencantikkan di luar rumah dengan
menjadikannya kolam ikan koi atau taman air.
Terdapat banyak jenis ikan koi, tiga
antaranya yang sangat terkenal disebut
Gosanke. Yang termasuk Gosanke adalah :
1. Kohaku merupakan jenis ikan koi yang
mempunyai corak warna merah di atas
warna putih.
2. Sanke adalah jenis ikan koi yang
mempunyai corak warna merah dan
hitam di atas warna putih. Corak hitam
tidak terdapat di kepala.
3. Showa adalah jenis ikan koi hitam
dengan corak warna merah dan putih.
3. Daun Pisang
Daun pisang merupakan daun yang
diambil daripada pokok Pisang. Daun
pisang amat penting dalam kebudayaan
Melayu kerana ia digunakan secara
meluas sebagai bahan pembungkus pada
masa dahulu.
Pada masa kini, daun pisang masih
digunakan secara meluas bagi
membungkus makanan. Ini adalah kerana
kelebihannya yang tiada pada bahan
pembungkus moden seperti kertas atau
plastik, iaitu ia berbau wangi apabila
terkena panas seperti dilayur, atau
membungkus makanan panas.
4. Alam Fantasi
Fantasi bermaksud imaginasi yang tidak
dibatasi oleh kenyataan, angan-angan dan
menjadi sebuah khayalan. Hal ini untuk dapat
mencipta cerita yang baik seperti yang
diperlukan. Hasil ciptaan imaginasi yang tidak
terbatas, sama ada dinyatakan atau semata-
mata dibayangkan memberikan satu tarikan
yang baru kepada sesiapa yang melihat hasil
karya atau produksi yang terhasil.
Selain itu, fantasi (atau khayalan) ialah
satu genre yang menggunakan kuasa ajaib
dan bentuk kuasa ghaib lain sebagai unsur
utama plot, tema dan/atau latar. Banyak karya
dalam genre ini terjadi di dunia atau planet
rekaan di mana kuasa ajaib adalah biasa.
Lakaran Sumber Ilham
Lakaran Bunga Raya
Lakaran Ikan Koi
Lakaran Daun Pisang
Lakaran Perkembangan
Idea
1. Melakar rupa asal ikan koi secara pandangan atas menggunakan pensil.
2. Corak ikan koi (gelap) akan digugurkan tetapi ciri-ciri ikan seperti sirip
dan ekor dikekalkan.
3. Olahan lakaran sumber ilham yang akan diadaptasi serta dijalinkan kepada
ikan koi sebelum terhasilnya bunga fantasi, Koi Hana.
4. Menggabungkan rupa
bunga raya menjadi ekor
ikan koi.
5. Daun pisang diubah menjadi
badan ikan. Rupa, garisan serta
bentuk daun pisang dikekalkan.
Lakaran Akhir
Perkembangan Idea
Kajian Komposisi
Kajian Komposisi 1
Kedudukan ikan koi
menghadap kepala ikan
koi yang kedua.
Kajian Komposisi 2
Kedudukan kepala ikan
koi berlawanan dengan
kedudukan ikan koi
yang kedua.
Kajian Komposisi 3
Kedudukan ikan koi secara
bertentangan tetapi selari.
Lakaran ini kelihatan
seimbang.
Dipilih
Kajian Warna
Kajian Warna 1
- Hijau kekuningan
- Hijau
- Kuning
- Ungu
Kajian Warna 2
- Jingga
- Kuning kejinggaan
- Merah keunguan
- Merah kejinggaan
- Hijau muda
- Hijau tua
- Ungu
- Coklat
- Hitam
Dipilih
Kajian Warna 3
- Biru cair
- Biru pekat
- Merah
- Maroon
- Hijau muda
- Hijau tua
- Jingga
- Kuning
- Ungu
Kajian warna yang dipilih
1. Flora fantasi Koi Hana kelihatan
lebih menonjol dengan warna
panas.
2. Ketegasan warna vermillion
kepada kedua-kedua bunga
fantasi mewujudkan sifat
harmoni.
3. Warna harmoni seperti hijau,
kuning, merah dan ungu
digunakan untuk menimbulkan
rasa selesa, aman, tenteram dan
indah.
Kajian warna latar yang dipilih
1. Latar belakang karya Koi
Hana yang menjadi pilihan
pengkarya.
2. Warna biru sesuai untuk
digabungkan dengan
gambar bunga fantasi yang
mengadaptasi seekor ikan
koi kepada sejenis bunga.
3. Sifat dan warna harmoni
air menampakkan
keindahan flora yang
diberikan penegasan pada
warnanya.
Kajian Teknik
HATCHING CROSS HATCHING STIPPLING
LAYERING SCRIBBLING BURNISHING
CROSS HATCHING
Teknik cross hatching ini adalah pengembangan dari teknik hatching sebelumnya. Jika teknik hatching
membuat garisan secara searah, Cross Hatching mengharuskan kita untuk menindih garisan dengan
garisan lain yang berbeza arah sehingga kedua teknik garisan tersebut saling berpangkah (crossing).
STIPPLING
Teknik ini juga dikenal dengan teknik titik-titik atau pointing. Jadi seperti namanya, teknik ini
menggunakan titik-titik halus untuk mewarnai. Hampir sama seperti teknik hatching, semakin rapat
jarak antara titik maka warna terlihat padat dan tebal.
LAYERING
Teknik satu ini juga cukup terkenal untuk mencampur dan membuat gandingan antara 2 warna atau
lebih. Teknik ini seperti teknik hatching yang dicampur dengan warna lain dengan teknik hatching juga.
SCRIBBLING
Teknik ini cukup jarang digunakan para artis yang belum profesional. Jadi pengaplikasian teknik ini
seperti mencoret-coret secara halus dengan pola lengkungan yang rawak (biasanya bukan garis lurus).
Tingkat penekanan pensil warna menentukan ketebalan warna juga.
BURNISHING
Teknik burnishing ini adalah teknik layering yang kemudian diratakan dengan pensil warna putih
dengan penekanan yang cukup sehingga kedua warna hasil teknik layering itu bersatu dengan warna
yang lebih lembut.
1. Teknik mix media.
2. Pen mata 0.3 digunakan untuk
menghasilkan garisan halus - jauh/ cerah.
3. Menggunakan pen mata 0.5 untuk
menghasilkan garisan tebal - dekat/ gelap.
4. Teknik layering untuk penegasan bunga
raya pada ekor ikan.
5. Teknik hatching untuk penegasan sirip.
6. Teknik burnishing untuk beri penekanan
yang cukup terhadap hasil teknik layering
itu agar bersatu dengan warna yang lebih
lembut.
1. Teknik goresan digunakan untuk
meratakan warna.
2. Teknik scribbling untuk
menghasilkan garisan secara halus
dengan pola lengkungan secara
spontan. Tingkat penekanan pensil
warna menentukan ketebalan warna
juga.
3. Teknik burnishing dan teknik
layering yang kemudian diratakan
dengan pensil warna putih dengan
penekanan yang cukup sehingga
kedua tona warna hasil teknik
layering itu bersatu dengan warna
yang lebih lembut.
4. Warna putih menentukan di mana
arah cahaya tertumpu dan bunga
Koi Hana tampil dengan estetika
tersendiri.
Karya Akhir