K
O
I
H
A
N
A
Penulisan Refleksi
Ekspresi visual seseorang pelukis terhadap sesuatu objek yang dilukis misalnya merupakan manifestasi rasa
dalaman yang dianggap sebagai pernyataan perasaan. Menurut Chapman (1985), ada tiga aspek yang
menentukan perbezaan ekspresi, iaitu daya intuisi, persepsi dan konsepsi. Ketiga-tiga aspek ini mempunyai
pengertian yang berlainan dan ada pelbagai faktor pula yang akan membawa kepada perbezaan bentuk
ekspresinya. Konsep ekspresi visual pada sebuah lukisan umpamanya boleh membawa pelbagai pengertian
bergantung kepada si pelukis itu. Sebenarnya terdapat pelbagai pendekatan yang digunakan oleh manusia
bagi tujuan ekspresi antaranya melalui lisan, perasaan dan emosi, tulisan dan bahasa, penciptaan dan
penghasilan pergerakan.
Berdasarkan karya “Koi Hana” yang dihasilkan oleh Nor Azmarizal, terdapat ciri-ciri kreativiti, estetika
dan ekspresi visual di dalamnya. Karya tersebut berkonsepkan flora fantasi yang lahir daripada imaginasi
pelukis secara alami. Pertama sekali, melalui olahan alat dan bahan yang digunakan. Pelukis menggunakan
pensil warna sepenuhnya pada kertas A4 dan fokus kepada tona warna dan latar belakang lukisan. Dalam
lukisan itu, ada beberapa isi kandungan yang dilukis olehnya.
Antara isi kandungan dalam karya itu ialah menggunakan subjek ikan koi, daun pokok pisang dan bunga raya
untuk menggambarkan sebuah fantasi flora serta habitatnya yang indah nian. Lukisan itu bertemakan
gabungan tiga subjek yang telah dinyatakan menjadi sejenis flora yang baharu dan ia dianggap sebagai bunga
ajaib oleh pelukis kerana bunga itu cantik dan menarik. Pengkarya menggunakan unsur-unsur seni dan prinsip
rekaan dengan penggunaan warna yang cerah untuk menambahkan nilai estetik.
Seterusnya, melalui aspek apresiasi dari segi aspek menggambar. Hal ini dapat dilihat dari segi
penggunaan warna yang cerah dan menarik antara warna asas serta sejuk menambahkan nilai estetik karya
ini. Keadaan flora fantasi itu diperkukuhkan dengan penggunaan warna hijau muda, hijau tua, jingga, coklat,
ungu, merah dan kuning. Selain itu, dari segi penggunaan garisan pada objek yang dilukis diberikan
penekanan dalam lukisan untuk mewujudkan outline, garisan halus pada daun-daun serta badan ikan yang
terdiri daripada daun pisang dan jelas kelihatan garisan berarah pada ekor ikan yang terhasil dengan
gabungan bunga raya. Rupa objek yang dilukis seperti ikan, daun-daun dan bunga raya telah digunakan untuk
mewujudkan kesan pergerakan dalam lukisan. Penegasan ditegaskan melalui aspek garisan, rupa dan tona
warna yang diutamakan dan menarik perhatian orang yang melihat lukisan itu.
Di samping itu, subjek merangkumi aspek persekitaran yang terhasil daripada pengalaman langsung
pelukis dengan menegaskan subjek seperti daun pisang, bunga raya dan ikan koi. Tambahan pula, aspek
imbangan dimanfaatkan dengan warna seperti penggunaan warna panas seperti jingga untuk menonjolkan
kepala ikan koi dan warna sejuk seperti biru sebagai latar belakang. Oleh itu, lukisan ini dilukis secara
menyeluruh dari aspek kesatuan. Mesej atau ekspresi yang disampaikan adalah gambaran kepada kehidupan
bunga fantasi masa depan yang hidup di dalam air dengan aman, tenang, tenteram dan makmur. Untuk aspek
penilaian, hasil karya ini dapat dimaksudkan dari segi hidupan flora akuatik yang hidup dengan tenang tanpa
sebarang gangguan. Justeru, wujud cerita di dalam karya “Koi Hana” itu. Setiap individu belajar melalui
persekitaran serta pengalaman diri yang dialami mereka. Nilai masyarakatnya menjadi sebahagian daripada
cara dan sikap mereka pada seni visual untuk menampakkan imej yang menjadi ekspresi individu sama ada
dalam keadaan gembira atau duka.
Akhir sekali, seni merupakan jambatan yang menghubungkan imaginasi individu yang divisualkan
secara gabungan beberapa subjek mahupun secara spontan yang biasanya dipengaruhi persekitaran. Setiap
insan harus berusaha mencungkil bakat setiap diri mengikut kecekapan dan penerimaan diri sendiri.
Rujukan
Badrul Azmi Abdul Holed. (2014). Sejarah dan apresiasi seni lukis dan seni reka. Perlis: Universiti Malaysia.
Bowie, S. (2011). Print dan pattern 2. London: Laurence King Publishing Ltd.
Herberholz, D., (2002). Artworks for elementary teachers: developing artistic and perceptual awareness.
Boston: Mc Graw Hill.
Jan Murphy (2017) Beginning oil: tips and techniques for learning to paint in oil. USA: Walter Foster
Publishing.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2010). Dunia Seni Visual,KSSR. Bahagian Pembangunan Kurikulum,
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Malèn Gual (Editor), Reyes Jimènez, Ricard Bru (2015). 1917: Picasso in Barcelona. NY: Distributed Art
Publishers.
Pepin, V. R. (2011). Patterns and ornaments of the 19th century. Amsterdam: The Pepin Press BV.
Prince, E. S. (2018). Art is fundamental: teaching the elements and principles of art in elementary school.
USA : Independent Publishers Group.
Lampiran
Sekian, terima kasih.